Saturday, February 09, 2013

Ular Dalam Mitos Cina


A Kadir Jasin

[SILA ambil perhatian, kalau mahu komen saudara dan saudari disiarkan, sila guna Google Account, OpenID atau Name/URL untuk mengulas. Terima kasih.]

DALAM mitos Cina, ular lazimnya dikaitkan dengan raksasa atau raksasa yang hidup semula. Raksasa pula dikaitkan dengan keburukan.

Maka tidak hairanlah kalau ahli nujum Taiwan, Tsai Shang-chi mengaitkan tahun ular dengan pergolakan politik. Taiwan adalah antara negara yang paling bergelora politiknya walaupun boleh dikatakan semua penduduknya Cina.

Penulis agensi berita Associated Press (AP), Annie Huang mengingatkan pembaca bahawa dalam dua putaran terakhir almanak Cina, tahun ular membawa bencana besar.

Pada tahun 1989 berlaku tindakan kejam pemerintah komunis ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi di Dataran Tiananmen, Beijing. Pada tahun 2001, berlaku  serangan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia serta Pentagon di Amerika.

Di negara kita pun politik bergelora, tetapi patut jugalah. Kalau Taiwan yang homogen penduduknya itu pun bergelora, apalah kita yang mempunyai penduduk berbagai-bagai bangsa, kaum, suku kaum, agama, budaya, bahasa dan status ekonomi.

China yang diperintah secara kuku besi oleh Parti Komunis China pun makin hari makin gelora. Orang bakar diri, orang bunuh diri, orang kaya tambah kaya, orang miskin papa kedana.

Di Singapura yang sudah berdekad-dekad tidak ada pemogokan tiba-tiba dilanda mogok oleh pemandu-pemandu bas dari Negara China.

Dalam pilihan raya kecil Ponggol East pada 26 Januari lepas, Parti Buruh mengalahkan parti pemerintah (Parti Tindakan Rakyat/PAP). Calon Parti Buruh memperoleh 54.5% undi. Dalam pilihan raya 2011, PAP menang dengan 54% undi.

Fahami Mitos Nyonya Ular Putih

Kita di Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum tidak berapa lama lagi.

Jadi eloklah mana-mana juga parti yang sangat-sangat mengharapkan undi orang Cina tahu sedikit sebanyak mengenai mitos Nyonya Ular Putih.

                                          Lukisan Cina mengenai Nyonya Ular Putih

Manalah tahu Madam White Snake akan muncul menguasai minda dan mentaliti pengundi Cina untuk memilih siapa yang hendak dipangkah dan siapa pula yang hendak dibelasah.

Mengikut mitos Cina, Nyonya Ular Putih mempunyai kuasa mengubah dirinya daripada ular kepada manusia dan kembali semula kepada ular atau sebaliknya.

Sesiapa yang percaya kepada feng-shui atau daun teh bolehlah minta bantuan pakar feng-shui dan pembaca daun teh. Tetapi yang beragama Islam kenalah berwaspada kerana perbuatan seperti itu khurafat dan besar dosanya.

Ular Dalam Kehidupan Saya

Secara peribadi, ular jauh sekali daripada mitos bagi saya. Ia adalah realiti. Ular adalah sebahagian daripada kehidupan saya sejak kecil. Nenek saya hampir mati dipatuk ular tedung yang bersembunyi di dalam guri tempat dia menyimpan beras.

Di kampung saya ada ular tedung (senduk dan selar), ular kapak, ular punti, ular katam tebu, ular sawa, ular guni buruk, ular daun, ular lidi, ular air dan macam-macam jenis lagi. Sekarang di bandar pun banyak ular.

Tidak sampai tiga bulan lalu, ular tedung senduk masuk kandang burung saya dan makan dua ekor burung – seekor pipit jawa dan seekor budgerigar (berasal dari Australia).

Ia masuk melalui lubang kecil di lantai. Setelah menelan dua ekor burung itu, badannya terlalu besar untuk bolos melalui lubang itu. Saya mengetuk kepalanya perlahan-lahan dengan buluh panjang. Ia memuntahkan kedua-dua ekor burung yang ditelannya itu. Saya menjerut lehernya dan melepaskannya di padang golf.

Kalau boleh, saya tidak sekali-kali akan membunuh ular. Masa kecil, saya pernah simpan ular air sebagai binatang kesayangan (pet). Kita boleh mengelak bahaya dipatuk ular kalau kita berhati-hati, tahu tabiat ular dan melayannya dengan berhemah. Insya-Allah, kalau kita dalami alam ciptaan Allah, dengan ular pun kita boleh hidup bersama – coexist.

27 comments:

  1. Harimau Kumbang6:14 PM

    Manusia suka membelit ni ada di mana2 jua...

    ReplyDelete
  2. mmmmm agaknyalah petua untuk menghadapi sang ular kita kena ketuk perlahan-lahan . perrr..llaaa...hhhhhan... la...hannn..

    ReplyDelete
  3. Lahuma10:32 PM

    Dato.

    Ular lambang malapetaka.
    Boleh jadi benar.

    Pru 13 pengundi ada 13.3 juta.
    Pengundi tanpa parti ada 40% 5.32 juta
    Selebihnya 7,98 juta adalah pengundi dari BN/PR iaitu 60%.

    Maknanya semua parti kena ada strategi yang baik untuk menawan golongan ini.

    Kalau hantar kader atau ejen yang tak ada mesra pengundi.Rugi lah.

    Ejen pun kenalah manis ,berhemah dan memikat.
    Maklumlah hendak undi.

    Parti-parti pun kena pilihlah ejen yang baik-baik.Bukan kaki panas baran,bengis muka masam.

    Semua broker parti sudah tidur tak lena.Ada yang mimpi dapat kuasa,Ada
    pula yang takut hilang kuasa.

    YB-YB parti pun kalau tak jadi calon sudah boleh kira pencen.
    EXCO ke ,MB ke.
    Menteri lagi banyak.

    Yang initak kira parti.


    Yang mengeluh panjang ialah ahli gurka parti ,buruh paksa parti atau buruh sukarewan parti.

    Sebab itu calon diutamakan.
    Parti selepas itu.

    Selamat berfikir untuk mengundi.

    Terima kasih.
    .

    ReplyDelete
  4. awangbatuburok10:58 PM

    Salam Sejahtera Datuk dan Selamat Tahun Baru kapada pengunjung Tionghua,

    Sangat menarik tajuk yang Datuk kemukakan hari ini. Cerita lagenda ular ini sangat menarik dalam suasana PRU13 semakin hampir. Mungkin telahan feng sui mengenai ular itu ada kebenaran memandangkan sehari dua ini "ular tua" yang dah bersara pun semakin aggresif dalam kancah politik negara. Setelah 22tahun bermaharajalela diharap patukan ular tua tersebut tidak sebisa dahulu dan rakyat selamat dari patukan dalam PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  5. Ybhg Datuk Kadir.

    Sekali lagi kita berbicara tentang telekan.

    Kata Datuk ,ahli nujum Tsai Shang-chi dari Taiwan mengaitkan Tahun Ular dengan pergolakan politik. Manakala Annie Huang pula mengaitkan Tahun Ular dengan bencana besar.

    Akan tetapi pakar Feng shui dan pengasas Mings, Master David Koh pula meramalkan pada Tahun Ular ini memberi tuah kepada orang yang memakai warna BIRU dan HIJAU.

    Secara suka-suka dan santai cuba kita terapkan telekan Master David Koh dalam senario politik kita. Mengikut telekan ini, Barisan Nasional yang memakai lambang warna biru dan PAS yang memakai lambang warna hijau akan bertuah dalam pilihan raya kali ini. Warna merah dan kuning tidak tersenarai dalam golongan yang bertuah.

    Apapun ini hanya terapan kepada telekan Feng shui tadi .

    Yang kita khuatir ialah telekan David Koh kebetulan terjadi dan disusuli perkara seperti yang disebut Annie Huang.

    Telek menelek ini pun bahaya. Kasihan psephologist yang bekerja dengan Bank Islam. Tak pasal pasal kena gantung kerja.

    Wallahualam
    ---------------------------

    Seronok jugak baca review buku The Signal and The Noise oleh Nate Silver. Dunia meneka dalam kesamaran.





    ReplyDelete
  6. awangbatuburok11:00 PM

    Salam Sejahtera Datuk dan Selamat Tahun Baru kapada pengunjung Tionghua,

    Sangat menarik tajuk yang Datuk kemukakan hari ini. Cerita lagenda ular ini sangat menarik dalam suasana PRU13 semakin hampir. Mungkin telahan feng sui mengenai ular itu ada kebenaran memandangkan sehari dua ini "ular tua" yang dah bersara pun semakin aggresif dalam kancah politik negara. Setelah 22tahun bermaharajalela diharap patukan ular tua tersebut tidak sebisa dahulu dan rakyat selamat dari patukan dalam PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  7. Aslkum Dakj

    Kesian lanun2 Umno yg hari2 mengular terhadap ahli dan rakyat.

    Setelah mereka mematuk PAS pada tahun 70an sehingga membuang PAS dari BN maka kali ni tektik ular meraka telah dikesan lebih awal oleh ulamak baik TGNA dan TGHA.

    Ada ulamak syaitan bisu dikalangan UMNO dan PAS yg suka kalau UMNOBN dapat mematuk PAS sekali lagi. Tentunya dgn habuan dunia spt gelaran Dato Sri, Tan Sri, senator dll.

    Masa nak Pujuk PAS sertai gabungan BN tak pulak dengar PAS sombong bongkak, dah lari dari perjuangan Islam.

    Ini semua kerja ular. Saya doa satu hari nanti ular2 yg penuh dalam UMNO akan membelit tuan2 mereka sendiri.

    Kpd Dakj , janganlah terlampau baik hati dgn beri ruang kpd ucapan tahniah murahan . Tempat yg paling sesuai nak buat ucapan tahniah ialah dgn beli iklan di Utusan atau BH.

    Yg saya tau bila Mahadir dan cairkan kuasa sultan maka sumber pendapatan mereka terjejas hingga ada ( bukan semua) yg dikatakan terpaksa menjual gelaran dato pada harga biasa dan dato seri pada harga berganda kepada bisnesmen.

    Kalau yg betul2 layak dpt Dato Seri spt Dakj saya tak akan komplain.

    ReplyDelete
  8. Feng shui dan telekan memang sebahagian daripada budaya Cina. Satu hari, saya berbual-bual dengan seorang Cina Kristian berumur sekitar 40an. Tak sangka pula bila dia berkata orang Cina percaya tentang nasib, maksudnya kalau nasib badan nak jadi orang kaya, macam mana pun akan jadi kaya juga. Kalau nasib sial, macam mana pun sial tu akan tiba juga.

    ReplyDelete
  9. Tok,
    sayang ular dua ekor burung kita mati ditelannya
    tak baloi lah...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ,

    YBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati.Mengapa agaknya ada diantara kita tidak bercakap dengan positif tetapi kemungkinan keadaan huru-hara hasil dari keputusan PRU akan datang.Bukankah apa yang kita fikirkan atau zahirkan suatu doa.Bersabit dengan ular orang tua kita dahulu sudah memberi panduan. Ular adalah tidak seburuk sesetengah manusia.Dari itu pemimpin kita perlulah berhati-hati agar negara tidak tergadai sebab melayan kehendak mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  11. hayamwurok2:54 PM

    salam dato'

    orang-orang tua kita dulu berpesan kalau jumpa ular dengan sifulan lebih baik kita ketuk dulu sifulan tu. pesanan ini macam dah dilupakan padahal saheh kebenarannya cuma masyarakat kita la ni acuh tak acuh kolot katanya akhirnya kita yang merana. maklumlah ular lidah bercabang dan suka membelit.

    ReplyDelete
  12. Shamsuri6:21 PM

    Ada dua ekor ular tua.Satu dari Kedah.Satu dari Kelantan.Eloknya dua-dua rehat sajalah.

    ReplyDelete
  13. langitbiru8:54 PM

    Tak kira tahun ular ke,tahun lembu ke, saya doa UMNOBN tumbang dlm PRU13.

    UMNOBN tu banyak jenis ULAR SAWA. Makan kenyang kenyang lepas tu tidur lena nak bergerak pun tak boleh. Anak lembu pun dia baham. Ibu lembu tak leh la, TAPI ibu kambing hitam lagi cepat dia baham.

    Yang kategori ULAR SAWA ni yang dok pegang jawatan besar besar lah, semua hak orang pun dia sapu.

    Yang dok pegang jawatan level kampung tu jenis jenis ular lidi,ular pucuk, ular air je

    Yang pasti, tak dak jenis King Cobra.
    King Phyton ada la.

    Kali ini lah kita ubah.

    ReplyDelete
  14. Dato'

    baru-baru ni ada seorang ADUN cakap "saya menawarkan diri untuk tidak bertanding kerusi DUN, tapi kalau ditawarkan bertanding kerusi Parlimen saya terima"

    kalau jumpa ADUN ni dengan ular, Dato' nak ketuk yang mana satu dulu?

    Usabukata

    ReplyDelete
  15. abdullahngah8:37 AM

    sebab sebab orang Melayu lemah atau dengan kata lain umat Islam jadi lemah miskipun kayaraya ialah mereka tak bunuh ular, sedang ada hadis dapat pahala membunuh ular binatang berbisa.

    Sebab itu orang melayu umat Islam jadi begitu, kerana sunah dapat pahala membunuh ular tapi tak akan membunuh ular malahan bela ular yang islam larang.

    Inilah punca umno tahan lema memerintah negara ini,kerana calon calon macam ular pun boleh menang pilihanraya.

    Sepatutnya calon calon macam ular kena bunuh barulah melayu umat islam tidak perpinggir macam jadi hari ini.

    pemimpin kayaraya rakyat miskin papa kedana. Kalau ada yang kayapun kaya hutang bank.



    ReplyDelete
  16. dato'
    nyonya ular puteh cerita dongeng dari negeri china ni setia pd tuannya tapi pihak ketiga menyebabkan kan dia bolih lemah. yang nak pegang jawatan apa pun pastikan ia tidak dalam kelaparan dan tidak terlalu kenyang serta bukan jenis mengharap.

    dolsuko

    ReplyDelete
  17. Mustapha Ong2:59 PM

    Salam Bro KJasin,

    Tajuk penukisan saudara "Ular Dalam Mitos Cina" membawa seribu makna kepada bangsa Cina sendiri dan juga yang bukan bangsa Cina, khusus nya di masyarakat Malaysia yang selalu mempercayai perkara-perkara yang ajib bin hairan.

    Namun demikian mengikut kepercayaan fen shui, pada tahun ini Ular Hitam Dalam Air adalah ganas, tetapi boleh membawa tuah dan sail kepada yang kepunyaan badan. Kata orang Malaysia, jika kita jumpa seakor ular dan seorang samseng India, kita harus bunuh orang dulu dan bukan ular itu! (NO OFFENCE PLEASE TO MY INDIAN FRIENDS) Entah diantara kedua-dua mereka siapa kah yang lebih bisa dan merbahaya!

    Kita telah memahami bahwa Najib dan Lim Kit Siang, kedua-dua nya adalah "ular" dan ada yang memperkatakan mereka kedua adalah sahabat baik dalam tanah dan bukan secara terbuka. Oleh yang demikian, tidak mungkin LKS akan melawan Najib, sungguh nya LGE adalah anak kandungan nya. Tambah lagi, LGE bukan sekor ular dan akan kalah dengan Najib jika mereka berdua diperjudikan nasib politik mereka. Itu sebab LGE amat menghormati Najib! Kita tunggu lihat selepas keputusan PRU13 diketahui nanti!!!

    ReplyDelete
  18. Lahuma4:01 PM

    Dato

    Ular lidi tengok Melayu pun ketawa.

    Melayu banyak puak.
    Puak mengikut fahaman parti.
    Kemudian dalam parti pula dan mazhab serta kem-kem.

    Cakap fasal Islam.Yang pecah teruk Melayu Islam.

    Orang lain berpolitik cukup bergaya.Bergaduh tapi boleh jaga kepentingan mereka.Melayu/Islam kalau bergaduh habis pecah satu kandang.

    Macam ketam.Cakap lain buat lain.

    Calon yang diundi hendakalah pilihan dari pengundi bukan dari parti yang lintang pukang.

    Selamat mengundi.Calon diutamakan.Parti tak penting.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Sdr Abdullahngah dan para pembahas serta pengunjung sekalian,

    1. Terima kasih kerana beritathu mengenai pahala bunuh ular berbisa. Tetapi kalau boleh saya tetap tidak akan bunuh makhluk Allah itu. Lagi pun, ular tedung beri amaran bila terserempak kita. Hanya ular kapak yang susah dikesan.

    2. Daripada ular yang berbisa itulah juga datangnya penawar (anti-venom) apabila kita dipatuk ular. Sesungguhnya Allah maha kaya dan maha mengetahui. Hanya kita saja yang jahil dan ada orang lebih utamakan pahala daripada dosa.

    3. Bisa ular tedung boleh bawa maut kalau tidak dirawat segera. Bisa ular kapak tidak membunuh. Bisa ular kapak akan menyebabkan tempat gigitan busuk dan reput kalau lambat diubati. Jadi eloklah kita kenal ular supaya kita tahu cara mengelak dan mengubatinya kalau dipatuk.

    4. Di kampung saya habis ular dibubuh. Burung hantu pun ditembak juga. Padahnya tikus bermaharajalela. Dulu bilangan tikus terkawal sebab dimakan ular dan burung hantu. Satu lagi rahsia kekayaan Allah Taala yang manusia tidak tahu. Hari ini mereka begitu takut dan hormat kepada tikus sampai mereka tidak sebut tikus lagi. Mereka bagi jolokan "orang malam" kerana tikus serang padi di sawah pada waktu malam.

    5. Mana-mana ular yang tidak dibunuh, sekarang mati pula terkena racun siput emas. Ikan pun mati juga. Saya pun tidak pasti berapa lama lagi petani boleh bersawah dengan tahap keracunan bumi dan persekitaran akibat kegunaan racum dan baja kimia yang berlebihan.

    6. Istilah bumi beracun sudah jadi kenyataan di kampung saya di Kedah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  20. Lahuma7:37 AM

    Tahniah cikgu Non kerana berani macam ular naga.Ular juga yang sapu duit anak yatim Memamli.Ada ular nak nafi ke.

    ReplyDelete
  21. abdullahngah3:42 PM

    Apabila datuk kata begitu, maka saya boleh buat kesimpulan bahawa orang Melayu tolak "pahala" dan utamakan "wang".

    Pada saya kebanyakan orang Melayu bertuhankan "wang".Dapat habis cerita.

    Yang baik dikatakan jahat. yang jahat dikata baik.

    Atas sebab itu, dapat RM 50.00 undi umno miskipun jelas telah dikhianati orang melayu sampai mati.

    Mereka tak kira dosa pahala. Yang mereka mahu wang, wang, wang miskipun wang itu akan bawa mereka keneraka.

    Tolak pahala bermakna tolak syurga dan ambil wang RM 500 raih neraka.

    Mengapa saya kata begitu? kerana para pemimpin yang beri wang minta yang terima wang dengan kata kata tuan puan yang ambil wang ini ingat undi BN.

    Disisi undang undang sah memberi meminta balasan ia adalah rasuah.

    Boleh tanya SPRM. Saya kurang arif dengan undang undang rasuah.

    Setahu saya, yang memberi dan yang menerima adalah penjenayah yang merbahayakan dan mengamcam keselamatan negara.

    Saya beri kata, umno akan menang besar PRU 13 ini, kerana 4 juta rakyat sudah dibeli undinya.

    50 peratus rakyat negara ini mindanya ada persamaan dengan Datuk yang tidak mahu tawaran pahala, sebaliknya enggan membunuh ular miskipun ular itu sangat berbisa.

    ReplyDelete
  22. Kadir.
    Orang melayu memang gagah.Di Telok Intan ada bomoh ular yang terkenal.Satu hari dia kena patok ular tedong Sela.Dia boleh panggil ular tedong yang datang untok melawan dan membunoh ular tedong sela tadi.
    Salepas ular itu di bunoh ia jatoh pengsan dan mati di hospital.
    Najib di lahir tahun Ular.Anwar di lahir tahun tikus.Ada tak kemungkinan ular makan tikus.
    Pileharan raya tahun ini belaku di tahun ular.Pilehan raya tahun 1969 juga tahun ular,Alliance kalah dan DAP / Gerakan buat kacau.Maka jailah peristiwa 13 May.
    Pilehan raya 1969 diadakan pada bulan -april.
    Tak tahu bila GE 13 di adakan.Katanya bulan march.

    Hati hati la kawan kawan.

    ReplyDelete
  23. aslkum Dakj

    Alahai Lahuma.

    Kalau sdr tak boleh beza antara cicit ular dgn Raja ular yg banyak di kalangan UMNOBN bagaimana sdr nak buat analisa calon dlm PRU nanti.

    Cuba insaf sikit demi masa depan anak cucu sendiri kalau pun tak nak fikir anak cucu org lain.

    Perangai ular mana ingat org lain.

    ReplyDelete
  24. Aslkum Dakj

    Ada ular sangat tua letak jawatan pd 2003 dgn harapan pengantinya akan pelihara dan pertahan segala legacynya

    22 tahun pemerintahannya apa projek yg tak beliau swastakan. Menjadikan tak banyak lagi projek yg ada untuk diagih pd kroni penganti2nya.

    Punya hebat ular ni, melalui bukunya dilema Melayu, beliau memberi harapan menggunung kpd orang Melayu UMNO yg langsung memberi kemenangan kpdnya dalam pemilihan UMNO.

    Hari ni selepas hampir 10 tahun turun tahta ular ini terus ingin membelit sana sini terutama bila ular bernama Najib beri muka.

    Sayang selepas melihat bgmana Najib mula ketengahkan anak lelakinya yg tak kurang tampan, mau tak mau anak ular ini dah ada pesaing.

    Saya akan sangat gembira jika ular tua ini tidak lagi dilayan oleh Najib.

    Itu pun kalau UMNOBN masih berkuasa

    Adakah anda yakin berkokoknya si ular tua ni semata2 kerana faktor Anuar semata2?

    ReplyDelete
  25. Kadiir.

    Bagaimana dengan perpatah Melayu,jika jumpa orang India dan ular tedong,kita katok orang Indian dahulu.
    Tentu orang Melayu buat peribahasa ini berdasar kanpengalaman.

    Teringat ceita Deepak tulis surat kapada Tun M

    ReplyDelete
  26. Lahuma9:23 AM

    Dato.

    Undi Pas Haram.
    Demekian lapor media tegar BN.

    Betul ke.
    atau separuh betul
    atau sikit betul.
    atau tak betul lansung.

    Apa beza BN dengan PR.
    Dalam BN ada parti haram halal
    Dalam PR ada parti haram halal

    Pengundi kena bijak.
    Guna akal
    Buat perbincangan dulu.

    Apa nak buat.
    jangan gelojoh macam mereka.

    Tinjau dulu siapa calon,
    jangan kira parti.

    Calon yang baik akhlak,
    Bukan kaki judi perempuan,
    Amanah semua segi,
    Kelulusannya
    Dan sebagainya setelah dibuat bandingan.

    Beri undi pada calon yang terbagus.

    Parti tak penting lagi buat masa ini.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  27. Alwi Saad(Awi Pak Aad)9:20 AM

    Salam Datok..saya baru baca tentang 'ular 'tulisan Dato...harap tak lambat untok sambung sikit,tapi bukan mengenai ular yang bisa atau menyusur di celah2 akar.Ular yang di maksud kan ia lah 'ular danu'.Bagi oghang Peghelih (Perlis),mungkin juga Kedah,ularq danu tu ia lah pelangi atau rainbow.Orang2 sekarang mungkin tak tahu apa tu ularq danu,walaupun ia akan bersama kita sahingga kiamat.

    ReplyDelete