Tuesday, October 21, 2014

Isu Kepemimpinan: Memperkatakan Sikap Melayu


A Kadir Jasin

SIAPAKAH orang Melayu kalau bukan bangsa yang “moderate” (sederhana), “tolerant” (tahan uji), bertolak ansur dan pemurah?

[NOTA Badan: Minta sangat-sangat ambil perhatian yang komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Dalam blog kita ini, pembahas WAJIB ada nama. Nama samaran dan nama pena pun tak apa. Angka pun boleh. Guna nama sendiri macam saya lagilah bagus.]

Orang Melayu begitu pemurah dan mengalu-alukan tetamu sehingga sanggup mengikat perut, meminjam dan berhutang.

Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei).

Orang Melayu menerima mereka sebagai jiran. Menerima babi dan anjing, tokong dan kuil mereka.

Orang Melayu itu jugalah yang kerana percaya kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyetujui pemberian kewarganegaraan kepada sejuta lebih perantau Cina dan India pada 31 Ogos 1957.

Orang Melayu itu jugalah yang rela hati memberikan kebebasan ekonomi, pendidikan, bahasa, budaya dan agama kepada warganegara perantau itu.

Kerana Melayu percaya kepada Tunku, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad mereka kekal “moderate” (sederhana), toleransi, bertolak ansur dan pemurah terhadap warganegara keturunan perantau selama hampir lima dekad.

Walaupun mereka ketinggalan dalam banyak bidang, namun mereka yakin hak dan kepentingan mereka seperti termaktub dalam Perlembagaan selamat di tangan Tunku, Abdul Razak, Hussein dan Mahathir.

Tetapi, selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India.

Segelintir Melayu yang masih berani bersuara mempertahankan hak mereka dilabelkan “racist” (perkauman) manakala yang mempertahankan Islam dicap “extremist” (pelampau).

Tetapi apabila orang Cina dan India, orang Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh bersuara mempertahankan bangsa, agama, bahasa dan budaya mereka, mereka digambarkan sebagai orang terpinggir yang dianaktirikan dan bakal pupus. Mereka dikatakan memperjuangkan hak asasi.

Alhamdulillah, kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu/Islam.

Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu/Islam - sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat – untuk mempertahankan Melayu dan Islam.

Orang Melayu dan Islam Malaysia hari ini tetap sederhana, tahan uji, bertolak ansur dan pemurah seperti orang Melayu dan orang Islam Malaysia pada tahun 1957.

Orang Cina dan India pula “menerima” orang Melayu/Islam kerana kuasa politiknya dan mereka berlindung di bawah kuasa politik Melayu/Islam yang toleransi untuk hidup lebih senang daripada di bumi asal mereka.

Gagasan Panca-Mahathir Kelirukan Melayu

Kini banyak orang Melayu/Islam keliru dan curiga dengan pelbagai gagasan, dasar, slogan dan rancangan yang dikemukakan oleh kepemimpinan Melayu kontemporari – daripada Islam Hadhari dan keterbukaan pada era Abdullah kepada 1Malaysia, keterangkuman, kesederhanaan, transformasi dan wasatiah pada era Mohd Najib.

Pada masa yang sama, mereka mula didedahkan oleh media baru/siber kepada fakta dan angka yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya makin tertinggal dan terkebelakang berbanding orang keturunan perantau. Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana.

Mereka juga sudah boleh dengar dan baca dari media siber apa yang orang Cina dan India kata mengenai mereka, bangsa mereka dan agama mereka.

Parti-parti politik Melayu/Islam boleh terus mengutuk dan mempersendakan Ibrahim Ali, Perkasa, Majlis Perundingan Melayu dan NGO-NGO Melayu/Islam lain.

Suara alternatif orang Melayu
Tetapi mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa NGO-NGO Melayu/Islam ini muncul dan mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu/Islam kerana orang Melayu/Islam tidak yakin lagi kepada kepemimpinan politik Melayu/Islam sebagai pelindung hak dan kepentingan mereka.

Ramai pemimpin Melayu/Islam generasi ini tidak pun faham asas kuasa Melayu. Asas kuasa Melayu bukan ekonomi. Asas kuasa Melayu adalah politik.

Dengan kuasa politik itulah orang Melayu merundingkan kemerdekaan, membuat undang-undang serta menubuhkan perkhidmatan awam, polis dan tentera.

Tetapi selepas era Mahathir, hal itu mula diketepikan oleh kepemimpinan yang mahu dipuji dan dipuja. Mereka mematikan legasi dan menggantikannya dengan dasar liberal dan terbuka tanpa batas.

Mereka dipuji dan dipuja di persada dunia tetapi dihukum teruk pada pilihan raya umum 2008 dan 2013. Akibatnya, orang Melayu/Islam hilang kuasa politik yang dibina melalui darah dan air mata oleh pemimpin Melayu/Islam lampau.

Tertelan Diayah Liberal Berat

Bermula pada era Abdullah dan berterusan ke dalam era Mohd Najib, bukan sahaja kuasa politik Melayu semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat mula disia-siakan.

Atas nama transformasi politik, Mohd Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat. Sekarang golongan liberal yang kemaruk puji-pujian Barat ini bercadang memansuhkan Akta Hasutan pula.

Maaf cakap, bagi saya semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu/Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan “hook, line and sinker” segala bentuk diayah golongan liberal Barat.

Golongan ini dari dulu lagi tidak senang dan mendapati aneh bagaimana sebuah negara yang dipelopori orang Melayu/Islam boleh maju, aman dan selamat.

Mereka mahu Malaysia jahanam seperti negara-negara Islam lain. Bagi mereka, pucuk dicita ulam mendatang apabila ada pemimpin Melayu/Islam yang gembira bersekongkol dan bersekedudukan dengan mereka.

Upahnya murah saja – puji dan puja, gambar besar di layar raksasa di Dataran Masa. Dataran Masa adalah terjemahan langsung/literal Times Square di New York.

Wajah Mohd Najib di Layar Elektronik "Dataran Masa" (Penjelasan Pejabat Media PM: Iklan ini tidak dibayar oleh kerajaan)
Umno adalah akar tunjang kuasa Melayu. Umno yang saya kenali dan sokong adalah Umno perjuangan, bukan Umno Presiden atau Umno Majlis Tertinggi. Umno yang berani bersuara bukan Umno yang memuji memuja.

Kita lihat Umno yang mana akan menonjol pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini. Adakah ia perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pengakhiran Umno atau perhimpunan yang menandakan permulaan kepada pemulihannya.

Wallahuaklam.

57 comments:

  1. Dato'..jom lah kita beramai-ramai naik tingkat paling atas Twin Tower..pakat-pakat terjun kalau perhimpunan umno kali ini merupakan titik pemulihan..

    Lebih baik Dato' pi bersyarah kat ghebau tengah bendang pun gheti bahasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha Sdra Kluangman..

      Sy berfikiran sama....tiap kali perhimpunan Umno...ada puji pujian...pantun seloka...tawa nagis hingga berhingus pun ada....dulu cabut keris...(tapi kini diam seribu bahasa bila Cina rasa 'intimidated'...lepas tu minta maaf...he he tak dak telig...baghal sungguh).

      Dan semasa Pau juga...kutuk itu ini tentang parti Pembangkang...dan yg paling tidak boleh ditinggalkan adalah PUJI2 AN PADA KETUA TERUTAMA PM DAN TPM...melambung2. berbaldi baldi.....oleh 'Yes Men' kaki bodek.

      Org Melayu tahu memang PAU masa untuk bersongket mahal....kopiah tinggi ala tarbus....kereta mahal berjenama....spek hitam berjenama......glamor habis...emua berjenama saja.....kereta umur 10 tahun lebih pi park jauh2...proton pun sama......PAU setiap tahun serupa saja.

      Macam 'Grammy Award Bollywood'...

      Tetapi sdra....kita cuba InshAllah...DAKJ pun dah tulis dasyat....mesti ada yg sedar dan buka mata.....tentang apa yg dikhianati okeh ketua2 Melayu dewasa ini...terutama era Pak Lah dan Najib..

      Terima kasih

      Delete
  2. Nak harap Perkasa pun tidak boleh juga. Perkasa adalah tempat pemimpin-pemimpin Umno yang kecewa dalam pemilihan Umno tahun 2008.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Kadiaq yg budiman,

    Saya Zukri Valenteno amat tersentuh dgn tulisan Tok. Saya sedih dan hiba mengenangkan nasib Bangsa Melayu...

    Dan saya sgt terharu memikirkan masa depan kita dan masa depan anak2 kita dan anak2 kami yg akan terdedah kepada perkembangan2 yg Tok habaq tadi.

    Apakah akan ada sesiapa atau sesuatu atau sesebuah entiti yg akan muncul untuk menyelamatkan Melayu yg kian layu ni?

    Perkembangan mutakhir ini sgt2 membimbangkan saya dan keluarga, apatah lagi bila KITA MELAYU NI DIUJI, DIDUGA, DICUBA DAN DIDOMBA daripada setiap orang yang Non-Melayu, setiap pelusok, setiap bangsa dlm n luaq negara, dan segala mcm termasuklah Melayu yg TAK SEDAQ DIRI…astaghfirullah!!

    Saya insaf kerna kita tidak punyai byk masa lagi untuk bertindak, dan sekiranya saya seorang tidak akan mendatangkan hasil, lantaran saya hanyalah ibarat sebutir cecair di lautan besar…

    Saya tidak punya apa2 pon yg nak disenjatakan melainkan doa, kudrat 4 kerat dan akal fikiran namun ianya tidak mencukupi untuk menangani apa yg Tok cakap.

    Apakah nasib Melayu kita ni Tok?

    Kepada siapakah kita nak harapkan? Melayu manakah yg akan "pick up the gauntlet u have thrown and…".

    Ayuhlah Kita Melayu Bangkit, Tok!!


    zukri@Seri Gombak, Selangor

    ReplyDelete
  4. awang batuburok3:54 PM


    Salam Dato,

    Sangat setuju bahawa kuasa politik ditangan Kuasawan Melayu (dgn izin meminjam istilah Pak Samad Said) telah berjaya membawa kejayaan kapada bangsa Melayu dan ummat Islam sehingga ketahun 1982.

    Kuasa politik ditangan Kuasawan Separuh Melayu diawal 1980an telah merosakkan jatidiri orang-orang Melayu apabila mereka diajar supaya hanya pandai mengampu dan membodek para Kuasawan politik jika ingin mendapat sesuatu habuan. Mereka kehulu kehilir diajar jadi Tukang Sorak dan Tukang Ampusana-ampusini, sedangkan kampung halaman semakin tergadai sedikit demi sedikit kapada Tauke-tauke terpilih yang jadi Tukang Sorak dan Tukang Ampu.

    Melayu-Islam yang tidak sanggup jadi Tukang Ampu dan Tukang Puji Kuasawan yang bertakhta akan terpinggir dan ditindas habis habis dgn menggunakan berbagai akta yang pada mulanya bertujuan baik tetapi telah disalah gunakan untuk menindas pembangkang dan penentang Kuasawan Politik yang berada ditampuk kekuasaan.

    Apa yang berlaku terhadap hak royalti Petroleum untuk negeri umat Melayu-Islam Kelantan dan Terengganu adalah bukti yang tidak dapat dipadamkan dalam lipatan sejarah dan catitan Malaikat Raqib dan Atib untuk dibentangkan diPadang Mahsyar nanti.

    Terimakasih Dato kerana sudi menyiarkan rintihan Umat Melayu-Islam yang terpinggir kerana tidak mampu jadi Tukang Ampu dan Tukang Puji kapada Kuasawan yang bertakhta.

    ReplyDelete
  5. Zed-854:36 PM

    Dato’

    Asal usulnya dahulu, Nabi Adam yang paling awal sampai di dunia ini. Dunia ini tempat yang sementara sahaja, cukup masa kita terpaksa balik semula ke kampong halaman asal.

    Saya tidak percaya kepada NGO seperti Perkasa dan lebih lagi Isma.

    Realitinya adalah, mengikut perpatah orang putih “everybody is for himself”.

    Malaysia ini diperintah oleh orang melayu dari merdeka dan saya berani mengatakan semangat dan motivasi ramai orang melayu lebih kepada tembolok sendiri.

    Politik negara kita terlampau sangat berlegar kepada soal perkauman, walhal perkara yang lebih utama seperti masalah ekonomi orang melayu, masalah keselamatan, masalah pendidikan ditolak ke tepi.

    UMNO amat bersungguh-sungguh di waktu pilihanraya, dengan gambar, slogan dan macam-macam. Saya mendapat tuala muka percuma dari Puteri UMNO.

    Selepas pilihanraya, ramai di kalangan pemimpin UMNO tidak berapa minat untuk mendengar masalah orang melayu. Di Parlimen pun, tempat di mana segala masalah negara dibawa untuk dibahas, PM pun jarang-jarang datang. Mungkin tidak berapa minat untuk mengetahui masalah negara.

    Mengapa di negara-negara maju PM mereka boleh selalu datang mendengar masalah negara dan berbahas di Parlimen tetapi PM kita tidak boleh.?

    Masalah orang cina pada pandangan saya boleh diselesaikan sekiranya semua bangsa yang utama , cina, india dan melayu tinggal pada satu kawasan yang sama. Sekarang ini, ramai orang melayu tinggal di tempat di tempat orang melayu, orang cina tinggal di tempat orang cina.

    Ada orang cina berbangsa baba di Melaka boleh bercakap melayu lebih baik dari orang melayu. Mungkin mereka makan belacan.

    Pemimpin MCA, Datuk Wee Ka Siong boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik (tidak pelat) kerana dia tinggal di kampong melayu dari kecil. Dalam forum beberapa bulan yang lepas, dia mengaku dirinya adalah orang kafir. Saya teringat dulu Samy Vellu marah kepada PAS kerana mengatakannya kafir.

    Saya sudah lama berkerja dengan GLC orang melayu. Minta-maaf saya katakan, saya tidak yakin kepada agenda orang melayu dari UMNO, apatah lagi Perkasa dan Isma.

    Orang melayu bukan satu dua orang tetapi hampir 20 juta orang. Kita harus lebih fokus kepada agenda “rakyat” yang melibat semua sekali orang melayu tidak kira kaya atau miskin dan semua yang memegang kerakyatan di Malaysia.

    Bukan hanya Malaysia sahaja yang menjadi negara berbilang kaum tetapi kebanyakkan negara di dunia ini adalah berbilang kaum.

    ReplyDelete
  6. SALAM TOK..

    Menarik kisah kebenaran ini.. selagi melayu itu hidup selagi itu melayu itu lemah bangsa nya.. Melayu Malaysia suka kepada 3 perkara, satu pasar malam dua keraian, 3 tidur.

    Selagi melayu di pandang pengemis oleh agensi Kerajaan selagi itu melayu akan lemah.

    Saya nak tanya PNB? KWSP? KWAP? TH? TNB?TELIKOM?MOF INC.... banyak mana depa tolong betulkan ekonomi melayu

    Di UKAS ada satu perkataan baru" TENDER" dan melayu yang ada BABA di belakang serta melayu yang mampu memberi SHARE kepada mereka serta keluarga mereka

    Demi ALLAH saya lihat dengan mata kepala saya sendiri AGENSI KERAJAAN .. melayan dengan penuh kehinaan bila orang orang melayu datang berjumpa mereka mencari peluang serta sesuap nasi.

    Anwar Ibrahim bagi orang melayu kaya,Mahathir, dan saya Zaman Pak Lah .Yang tak menarik bila anwar masuk jail semua gang dia terlungkup sama.

    Syed Mokthar sahaja yang berjaya pada tiga zaman kepada # 3.Perdana Menteri.. zaman Mahathir Zaman Pak LAH dan Zaman Najib..
    (MOGA ALLAH RAHMATILAH SYED MOKHTAR seisi keluarga)

    yang boleh betulkan nasib melayu hanya KSN KSU TKSU SUB..
    nasib melayu di tangan mereka,

    salam

    ReplyDelete
  7. abdullahngah6:29 PM

    para pemimpin melayu terkenal ter sohol pakat pakat kumpul harta, Tun mahathir oerana menteri anaknya antara yang terkaya Tun Abdullah jadi perdana menteri anak menantu jadi orang antara yang terkaya.

    Hairan, Datuk boleh kata menantu Abdullah antara yang baik kepimpinan, malah dia ada cam untuk jadi perdana menteri kerana otak baik.

    Baik baham duit.

    Najib jadi perdana menteri adik jadi orang antara yang terkaya buibu pun mungkin jadi antara orang yang terkaya.

    salah guna kuasa pun baik. Hairan sungguh.

    ReplyDelete
  8. ismail muda6:45 PM

    Datuk, saya kurang yakin, malah ragu2 national recon yg hendak dicapai oleh PM Najib. Mana mungkin nak dicapai, kalau Menteri di bawah jagaan Najib pun cakap pelik2 & selalu bercelaru. Seorg demi sorang cakap merapu2 & susah nampak kelibat pun yg datang dari akal fikiran mereka. Bukan nak memuji melangit, tetapi kelebihan Tun Mahathir ialah dpat mengawal & serba tahu pergerakan Mentri2 seliaannya. Belum nampak ketokohan, keterampilan & kelebihan wazir2 yg dilantik skrg.
    Melihat trend yg lepas, tiada tanda2 pemulihan dlm umno. Apa lagi kebangkitan. Percaya lah dewan merdeka pwtc hanya jadi gimik pembahas di kalangan para penglipur lara...

    ReplyDelete
  9. Joe Black7:14 PM

    Dato'

    Malangnya kebanyakan orang Melayu tidak berpengetahuan tentang latar belakang Ibrahim Ali....

    Gia mengasaskan perkasa olih kerana dia sudah lagi kehabisan tempat untuk Melompat. Dari UMNO... Ke pangkuan Tg Razali diSemangat 46.. Ke Pas dan Akhirnya menubuhkan Perkasa untuk bertakhta.

    Sedih melihat orang Melayu terutama yang bijak pandai dijadikan pengikut beliau...

    Dimana Agaknya Berada Pemimpin Melayu Tulin?

    ReplyDelete
  10. Salam Dato,



    Saya dah `lemas' memikirkan tindakan dan hala pemimpin melayu/bumiputra `membawa' lebih kurang 20 juta penduduk dinegara ini.. was it foward,in circle or not going anywhere.



    Perkara ini SANGAT MEMERLUKAN perubahan,TETAPI DOK MAKIN CACAT dan bertambah HODOH setiap hari,setiap bulan dan telah bertahun tahun...



    Perspektif saya adalah begini:-


    Sebelum 1445 tahun dulu,penduduk disaudi arabia sekarang ni ada lebih 360 puak (dan tuhan),tidak termasuk puak puak lain dinegara jiran,oman, yaman,syria,palestine, iran(parsi), iraq dll.



    Didalam 500-600 tahun sejak zaman rasulullah nabi muhammad saw mengembangkan ajaran islam,hampir separuh negara negara di benua asia disatukan..(saya andaikan hampir semua rakyat disana bersatu juga dibawah islam).



    Tetapi selepas zaman itu semua dah berpecah belah jadi negara negara berbeza fahaman sesudah 800 tahun sesudah itu.



    Di hujung kurun 20 dan awal kurun 21 ini,PENDUDUK PENDUDUK disetiap negara itu pulak dah mula berpecah belah,bermusuhan dan berbunuhan..WALAUPUN MENGAKU PENGIKUT AJARAN ISLAM!.



    DiMalaysia,saya tidak tahu `sejauh mana' kesatuan orang melayu/ bumiputera dizaman 1940-50an dan 1955-57,dan jumlahnya dalam 2 juta orang kalau tak silap saya..dan YANG MINTA MERDEKA beria ia tu adakan dari SEMUA 2 juta orang atau 20-30 orang?.



    Saya juga tidak tahu sama ada betul sultan sultan melayu mahu merdekakan negara ini diwaktu itu dari menjadi negeri negeri dan wilayah wilayah mutlak mereka?..apa `faedah' kepada sultan sultan melayu kalau mereka setuju untuk MERDEKAkan Tanah Melayu (negeri negeri mereka) ketika itu?.



    SETAHU SAYA orang melayu mula bersatu selepas MERDEKA,didalam parti politik UMNO,PAS,dll,bukan didalam ugama islam...TETAPI tak pulak mereka berpolitik sebelumnya..tau tau dah pandai berpolitik dah dari tahun 1940-50an....


    Sebelum tu, rakyat sultan sultan,tiba tiba dah jadi ahli politik(royal subjects turned politicians!)..walaupun terlalu sedikit yang pergi sekolah rendah,paling ramai kesekolah dewasa dan sekolah pondok(mengaji quran/ugama)tanpa pelajaran politk pun!!.





    TETAPI HAMPIR KESEMUA orang melayu/bumiputra tinggal diluar bandar..DAN BESATU PADU LAH MEMPERTAHANKAN LUAR BANDAR/KAMPUNG KAMPUNG!...


    DAN olih kerana kepandaian berpolitik orang melayu/bumiputra,
    dari `kepala kepala' sampai `keekoq ekoq' (disemua peringkat dikampung kampung dan diluar bandar), RAMAI RAMAI lah mereka MEMERDEKAkan pulak bandar dan pekan,TANPA diminta,TANPA segan silu,tanpa sayang..dan dengan penuh gembira,sorak dan senyum semuanya...



    SEOLAH OLAH MALAYA dan MALAYSIA adalah kampung dan luar bandar sahaja sempadannya!!.



    Orang melayu/bumiputra sekarang kelihatan sebenarnya masih diperingkat semenanjung arab ketika rasulullah nabi muhammad saw dimekah sebelum berumur 41 tahun....



    OILH itu, janganlah dato dan mereka yang sewaktunya menaruh harapann yang TERLALU tinggi untuk tujuan bersatu bangsa dan tujuan itu..



    MUNGKIN orang melayu akan bersatu selepas kuat ikut/hayati ajaran Islamnya,kemudian selepas pandai kebolihan berpolitiknya,dan selepas ramai `panglima panglima' yang mempastikan kesatuan tersebut seperti dizaman 1430h dulu.


    Atau seperti panglima panglima CRUSADERS dulu...



    TETAPI yang mana satu dulu akan berlaku ? ..kekuatan `panglima panglima' melayu/bumiputra atau
    kemusnahan olih laskar laskar ala`crusaders" ?.

    Lebih teruk lagi bila ramai melayu/bumiputra dah jadi `crusaders' juga...



    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  11. Salam dato' AKJ..

    Saya melihat UMNO tandus generasi muda yang memikul UMNO perjuangan.. Yang muda dalam UMNO sekarang hampir sebahagian besar daripada mereka mempunyai motif memenuhi poket sendiri dan kaum kerabat.. Tak ramai yang faham UMNO itu wadah perjuangan mempertahankan kedaulatan bangsa agama dan negara.. UMNO Sudah tandus mereka yang mempunyai kekuatan pidato dan ketajaman idea buah fikiran yang menongkah pemikiran neo liberal presiden dan barisan kabinetnya.. lantas pemulihan yang bagaimana lagi mampu kita harapkan dari perhimpunan yang bakal berlangsung..

    Ini adalah natijah daripada sikap tamak sebahagian ahli UMNO.. Orang muda berkaliber punya idea matang dan pandai berpidato dipandang sebagai ancaman lalu dipandang sepi.. ada yang lebih buruk borang keahlian mereka ini tidak pun diproses.. lalu golongan ini membawa diri sama ada menjadi sepi.. atau sekadar berhujah di blog supaya pandangan mereka diketengahkan..

    Lebih ramai yang bukan ahli umno memahami UMNO perjuangan.. Cuba dari luar mengutarakan apa yang perlu diberi perhatian..

    Selagi keterangkuman UMNO hanya kepada kelompok yang ada sekarang tanpa ada nafas dan nadi baru.. permulaan kepada pengakhiran UMNO itu sebenarnya telah bermula untuk suatu tempoh yang lama..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  12. Assalam Dato',
    Dalam kawasan perumahan tempat saya tinggal, tiba-tiba saja tertegak kain rentang yang tertulis (lebih kurang) "Demi agama Islam dan bangsa Melayu, marilah kita sama-sama berjuang..." siap dengan gambar bersaiz besar dua orang pemimpin Isma.

    Apa pendapat Dato' tentang kain rentang ini? Wajar atau tidak? Apa agaknya pandangan kaum bukan Melayu dan non-muslim mengenainya? Bagaimana pula dengan kesannya terhadap perpaduan rakyat Malaysia dan hubungan harmonis yang sering dilaung-laungkan?




    ReplyDelete
  13. janggut2:32 AM

    Kita sudah tiada masa,bangunlah dengan gagah perkasa,janganlah terlalai ,teruskan usaha,melayu kan gagah

    ReplyDelete
  14. PENGUNDI AMPANG3:44 AM

    Datuk AKJ,

    1.Orang Melayu dalam konteks Melayu semata-mata tidak perlu meraung sepanjang masa mengenangkan nasib bangsa yang tidak tentu hala kerana kebejatan pemimpin.

    Pemimpin Etnik Cina Malaysia dan Etnik India Malaysia seperti yang diketahui pun 2 x 5 dengan Melayu.

    Penyakit yang dideritai oleh pemimpin Melayu memenuhkan tembolok diri dan suku sakat juga dideritai oleh pemimpin ' kuasawan ' (Oh Pak Samad!!)etnik Cina dan India.

    Semua orang yang siuman dan tidak fanatik kepada parti tahu kewujudan penyakit yang seperti tidak ada penawarnya ini.

    Rakyat juga tahu pidato-pidato pemimpin yang kononnya hendak membela kepentingan rakyat terbanyak adalah temberang.

    Bagaimanapun, rakyat tidak kisah kerana turut menderita dengan penyakit yang tidak kurang kroniknya, iaitu 'Sesiapa pun yang jadi pemimpin akan diserang penyakit memenuhkan tembolok diri sendiri dan suku sakat'.

    KENDATI PUN DEMIKIAN, DALAM KONTEKS HIDUP BERAGAMA, ORANG MELAYU KHUSUSNYA PEMIMPIN WAJAR BERTAUBAT SEPANJANG SIANG DAN MALAM KERANA KHIANAT KEPADA AMANAH.ORANG ISLAM TIDAK SAMA DENGAN BUKAN ISLAM.

    2. Apa yang orang Melayu ingin tahu ialah adakah Etnik Cina juga khususnya meraung mengenangkan nasib bangsa kerana kebejatan pemimpin mereka?

    Adakah mereka tidak meraung sekuat orang Melayu kerana mereka ada faktor X yang tidak dimiliki oleh orang Melayu?

    ReplyDelete
  15. 1. Terima kasih para pembahas sekalian. Istilah "sekalian" sangat menarik. Ia merujuk kepada orang yang berkongsi sungai (kali). Sekalian, sekampung, selembah, selurah dan seumpamanya.

    2. Soalnya berapa ramai anggota barisan kepemimpinan negara kita (BN dan PR) yang pernah hidup bergantung kepada sungai untuk merasa susah senang dan menyemai kesetiakawanan? Zaman saya kanak-kanak dan remaja, di sungailah (di kali) kita berjumpa, khususnya pada musim kemarau apabila perigi (telaga) kering.

    3. Berkenaan ulasan Sdr Kluangman, berputus asa ditegah oleh Islam, apatahlah lagi bunuh diri. Jadi janganlah putus asa apatah lagi bunuh diri semata-mata kerana pemimpin dan pembesar yang hambar.

    4. Dulu boleh bercakap dengan "keghebau". La ni depa buat bendang pakai traktor. Dah tah buleh dok nak cakap. Keghebau mengala faham tiga, empat arahan - berjalan, berhenti, pusing kiri, pusing kanan.

    5. Bila manusia bodoh, kita kata bodoh macam kerbau. Tapi dalam konteks kejadian, saya rasa manusia yang bodoh lebih teruk daripada kerbau. Tak guna satu duit. Lagi tak guna manusia yang kena cucuk hidung. Tak kiralah siapa yang cucuk dan pegang talinya! Lagi teruk cucuk tak bertali.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Salam Dato.

    Parti Umno kini umpama 'double - edged sword'.....menaikan dan menjatuhkan bangsa.

    Parti ini umpama Raksasa yg hilang kawalan....keraa tidak bertuan.

    Tetapi Raksasa ini ujud bukan dgn semula jadi....tetapi terhasil dari perbuatan manusia.....seperti cerita2 sains yg kita tontoni.

    Ini bahaya kerana ramai yg telah jadi mangsa.

    Kerana itu kita wajar membendung pergerakannya atau menghapuskan langsung demi keselamatan semua manusia.

    Kerana org Melayulah yg mencipta Parti yg sudah jadi Raksasa yg hilang kawalan ini....org Melayu juga yg mesti bertanggung jawap menghapuskan nya.

    Syabas...syukur dan terima kasih pd Dato yg cukup bersusah payah melontar segala apa kelemahan....kekotoran...kejahilan dan keburukan ketua2 Melayu dlm parti ini yg sudah smpai ketahap bahaya yg maksimum.

    Era Umno....boleh dibahagi 2.

    1. Era sebelum Mahathir....dan

    2. Era selepas Mahathir.

    Jelas sekali... Era selepas Mahathir cukup menyayat hati kerana ketua2 Melayu cukup lemah dan kuat berkompromi.

    DiEra ini...Umno sudah menjadi Parti anak beranak....laki bini...rakan taulan.

    Presiden sudah menjadi begitu kebal seperi 'X-Man' dan jawatanTPM cuma nama sahaja.

    Pemuda dan ketua nya cuma....budak suruhan sahaja....yg kenyang perut....suka hati....cuma menunggu masa dan waktu yg sesuai untuk bertindak.

    Dato....sesuatu wajar dilakukan....semua yg tak betul mesti dirungkaikan dan dipulihkan.

    Sy yg sudah lewat 50an serta ramai kawan2 rasa sngat tertekan dgn perkembangan negara sejak 2008 selepas GE12.

    Cukup2 lah bangsa kita dicerca...dicaci dan dituduh rasis...dan kini label sebagai 'Pendatang' pula.

    Yg pelik nya tuduhan atau label ini datang dari sekutu BN sendiri....huh begitu dangkal sekali kawan sekutu ini.

    Buta sejarahkah atau sengaja berkata begitu?

    Inilah yg terjadi bila ketua sudah hilang kawalan.

    Terima kasih.





    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita semua adalah juga pendatang di bumi Allah dan ini bukan lah isu besar kalau difikirkan secara lebih rasional.

      Delete
    2. Terima kasih...sdra Kawanlama.

      Inilah yg kita perkatakan sekian lama...sy kira kamu adalah seorg Melayu.

      Tetapi jika kamu berpandangan begini.......Selamatlah hak Bangsa Melayu dan Ugama dikerjakan oleh 'Perantau' seperti kata DAKJ.

      Org Melayu seperti kamu memang dikehendaki sngat oleh Pembangkang Dap....sbgai rakan sekutu.

      Sama seperti rakan sekutu Pkr dan Pas diwaktu ini..yg dilayan seperti sampah sahaja.

      Nampak nya kamu masih mentah dan kurang mengetahui sejarah dan latar belakang perantau ini....Singapura cuma diseberang sahaja...cuba tanya Melayu diSingapura bagaimana Cina PAP melayan mereka.

      Terima kasih.

      Delete
  17. salam DAKJ

    orang melayu secara individu perlu sedar diri.setiap orang melayu mesti sedar diri.

    nak berkuasa /dalam politik mesti bersatu.

    nak kuasai ekonomi,mesti bermuamalah sesama bangsa/agama sebagai pilahan utama.mesti tahu menguruskan perniagaan,ada perancangan,mesti berjimat bukan enjoy.

    kelemahan orang melayu punca kejayaan pendatang.

    kelemahan tersebut sebenarnya ada penawar dan ubatnya tapi kebanyakanya tidak/enggan/kurang/tak peduli untuk mengambilnya.

    bukankah bermuamalah sesama islam dapat pahala,mengambil teman rapat/rakan kongsi niaga/rakan politik islam adalah disuruh.hisap dadah,rokok,ketum,judi,rasuah dilarang.
    amanah,jujur, bertangunjawab, ikhlas dikehendaki.riba telah dilarang sama sekali.

    ReplyDelete
  18. Tunggu PAU Tan Sri? Lihatlah nanti...PAU akan jadi Fiesta Puja Memuja dan Puji Memuji Pemimpim Atasan oleh Pambahas Upahan. Selamat menyambut ulangtahun Fiesta Puja Memuja Dan Puji Memuji Pemimpin UMNO Nov 2014.

    ReplyDelete
  19. Joe Black...!!!

    Kamu tak kenal Ibrahim Ali lagi dan tak usah perlekehkan beliau.

    Ibrahim Ali bukan kaki ampu utk kepentingan diri sendiri. Kalau penting diri sendiri lebih baik beliau cari jalan selamat membodek semua Pemimpin dan kalau beliau lakukan begitu dari dulu, beliau adalah menteri paling kanan sekali. Tak rasalah pemimpin yg ada skrg. Kalau beliau mahu jadi seperti menteri ayam Hassan Malek zaman pak lah beliau dah jadi menteri kanan.

    Kalau nak goyang kaki menang setiap PRU beliau beleh kekal kerjasama dgn PAS. Tak payah penat2 nak berkempen pasti menang terus di Pasir Mas bersama simbul PAS. Bayangkan kalau Ibrahim Ali, Zul Nordin, Zahid Mat Arip dan Ezam Md Noor dan puluhan pemimpin PKR dulu masih lagi bersama Anwar Ibrahim, dah lama BN bungkus.

    Tapi yg lain tak tahulah samada ada jiwa melayu atau nak kan jawatan dan pangkat. Tapi Ibrahim Ali kekal dgn perjuangan Melayunya dari dulu sehingga sekarang melihat tidak boleh lagi bersama dgn UMNO, PKR dan PAS jika nak bersuara utk Melayu sbb tu tubuh Perkasa. Sekarang Perkasa sudah lebih kurang 500 ribu ahli yang kamu kata bodoh bersama Ibrhaim Ali. Apa kamu buat utk bantu Melayu?

    Melayu yg keluar dari umno, pkr dan PAS adalah Melayu yg paling bijak.

    ReplyDelete
  20. Joe Black...!!!

    Kamu tak kenal Ibrahim Ali lagi dan tak usah perlekehkan beliau.

    Ibrahim Ali bukan kaki ampu utk kepentingan diri sendiri. Kalau penting diri sendiri lebih baik beliau cari jalan selamat membodek semua Pemimpin dan kalau beliau lakukan begitu dari dulu, beliau adalah menteri paling kanan sekali. Tak rasalah pemimpin yg ada skrg. Kalau beliau mahu jadi seperti menteri ayam Hassan Malek zaman pak lah beliau dah jadi menteri kanan.

    Kalau nak goyang kaki menang setiap PRU beliau beleh kekal kerjasama dgn PAS. Tak payah penat2 nak berkempen pasti menang terus di Pasir Mas bersama simbul PAS. Bayangkan kalau Ibrahim Ali, Zul Nordin, Zahid Mat Arip dan Ezam Md Noor dan puluhan pemimpin PKR dulu masih lagi bersama Anwar Ibrahim, dah lama BN bungkus.

    Tapi yg lain tak tahulah samada ada jiwa melayu atau nak kan jawatan dan pangkat. Tapi Ibrahim Ali kekal dgn perjuangan Melayunya dari dulu sehingga sekarang melihat tidak boleh lagi bersama dgn UMNO, PKR dan PAS jika nak bersuara utk Melayu sbb tu tubuh Perkasa. Sekarang Perkasa sudah lebih kurang 500 ribu ahli yang kamu kata bodoh bersama Ibrhaim Ali. Apa kamu buat utk bantu Melayu?

    Melayu yg keluar dari umno, pkr dan PAS adalah Melayu yg paling bijak.

    ReplyDelete
  21. 1. Sdr Syed Hassan Syed Ali, kalau Tan Sri yang Sdr tujukan itu saya, sila ambil maklum saya bukan Tan Sri. Saya Datuk (Persekutuan) saja.

    2. Saya kenal Ibrahim (Tok Him) Ali pada tahun 1977 masa tunjuk perasaan krisis MB Kelantan. Budak-budak dia baling lumpur ke arah bangunan Dewan Undangan Negeri dan tekena saya. Tok Him bukan jenis orang yang boleh dibeli. Kalau dia tak setuju, dia keluar.

    3. Saya jadi card carring member Perkasa. Saya sokong suara alternatif Melayu macam Perkasa dan MPM setelah Umno dan parti-parti Melayu/Islam lain mula mengabaikan tanggungjawab kepada orang Melayu.

    4. Sebelum PRU 2013 saya secara rasmi keluar Perkasa apabila ia bersekongkol dengan Umno. Tapi lepas PRU 2013 nampaknya Perkasa kembali bebas. Kali ini saya sokong dari luar saja.

    5. Sdr MSH, Umno tak salah. Yang salah ahli Umno dan orang Melayu jenis tak ambil tahu, jenis takut bersuara dan jenis mengampu yang membiarkan Umno dijangkiti pelbagai jenis kuman dan virus.

    6. Sebaik-baiknya kita kawal jangkitan itu daripada terus merebak dengan memusnahkan kuman dan virus berbahaya itu. Sambil itu kita beri suntikan sel baru yang kuat dan sihat ke dalam jasat Umno.

    7. Selagi pemandu van ayam, tukang kahwin lari dan manusia seumpama mereka menguasai Umno dan kerajaan, selagi itulah Melayu akan jadi bahan ketawa dan merempat di bumi sendiri.

    8. Saya sudah banyak tahun tidak jenguk PAU. Tapi saya minta juga pass masuk. Manalah sesuatu yang mengejudkan berlaku.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. din klang8:26 PM

      Dato

      Umno dulu ditubuhkan untuk berjuang mempertahankan hak dan kuasa orang Melayu.

      Umno sekarang berjuang untuk mempertahankan kuasa dan hak pemimpin Melayu elit dan yang mahu dilihat elit

      Tak apa lah....

      Delete
  22. Zed-855:59 PM

    Saudara Syed Hassan,

    Orang seperti Ibrahim Ali, adalah orang yang tidak ada prinsip.

    Selain daripada mengapi-apikan antara kaum di Malaysia ini, apa sumbangannya kepada orang melayu?

    Ada ucapan beliau di Youtube antaranya menyebut,

    "Seorang Islam yang waras sudah tentu tidak akan mengundi UMNO, kecuali orang gila"

    Sekiranya dia ingin bertanding lagi dalam pilihanraya, dia perlu buat baik dengan boss youtube, Sergey Brin di Amerika supaya dapat padamkan ucapannya.

    ReplyDelete
  23. Menarik ulasan dan komen-komen. Ada satu dua orang yang masih tiada pegangan. ISMA dan Perkasa, wujud demi mempertahankan maruah Melayu dan Islam. Jika bersama satu suara, bukan kah baik ? Lihat puak pembangkang. Sasaran nya tetap Ibrahim Alidan ISMA. Mereka ingin sangat kuburkan dua pertubuhan ini. Hanya dengan cara itu Umno akan hilang kedibiliti nya dan mudah di 'ayuk' dan mengikut kata mereka. Kini Nancy Shukri menjadi sasaran. Harap Nancy lebih kuat dang berpegang dengan kebenaran.

    Umno tidak salah. Yang salah ialah perwakilan dan adikuasa di dalam nya. Juga yang salah Melayu yang dalam dilemma di pengaruh pembangkang dalam retorik ABU dan nyanyian maut Anwar ! Di semarakkan lagi bukan Islam yang sudah lama menantikan kebebasan yang sudah di mansuhkan Najib ! Berselfie satu hal. Bersekongkol menjadikan macam-macam hal !

    Siapa boleh menerjah Pengkhianat, Munafik, Ekstremis menjahanamkan Melayu, Islam dan Malaysia ?

    Kita ! Walaupun Kadirjadin tidak pernah menyebut atau berterimaksih dengan maae, tidak mengapa. Penting nya, Melayu Moderat berpaksikan Islam seperti paparan artikel nya, memang itu kebenaran nya. Terlampau banyak mengalah dan berkorban, bertambah derita di zaman Najib, Melayu itu mesti berpadu dalam apa jua keadaan.

    Najib tersasar, tugas ahli-ahli Umno perbetulkan. Jika tidak, karam lah satu kapal. Bersedia lah Barisan Alternatif (gambar artikel) Tokoh-Tokoh Melayu, WIRA tidak di dendang, menyangga Umno kelak !

    ReplyDelete
  24. Termasuklah kuman sindrom bisu sepanjang 1981 hingga 2003.

    ReplyDelete
  25. Joe Black7:52 AM

    Syed Hassan,

    Sah anda bukan orang Kelantan...
    sebab semua orang Kelantan yang sudah lama kenal watak Ibrahim Ali menganggap beliau itu kekurangan fikiran waras. Cuma orang luar yang belum hidup dengan beliau tak kenal siapa itu Ibrahim Ali. Kerana itulah beliau popular dikalangan yang kurang kenal beliau di luar negeri kelantan.

    Beliau bukan sahaja ghairah dalam bidang "politik melompat" (lompat apabila terdedah motif beliau yang sebenarnya) bahkan juga cuba tetapi gagal mendapat sokongan Istana Kelantan. Dulu dia tak banyak bising sebab beliau pernah di bela olih beberapa tokoh perniagaan Tionghwa. Ya... Bangsa Cina.

    Pendek kata siIbrahim ini memang tukang perosak negara.(sorry Datuk Beg to differ apabila Datuk kata Ibrahim Ali "bukan jenis orang yang bolih dibeli").

    ReplyDelete
  26. Pak Teh Omar8:25 AM

    Ya, termasuklah sdr kawanlama dalam sindrom bisu sepanjang tempoh 1981-2003 itu... mengapa sdra juga membisu? Mengapa sekarang baru berani hendak serang Tun Dr Mahathir. Mengapa tidak dalam tempoh itu sdra mengkritik dia? Orang macam kawanlama inilah yang menjahanamkan bangsa dan agamanya sebab dia baling batu sembunyi tangan. Dia marah orang bangkitkan pasal Mohd Najib tapi dia sendiri bangkitkan nama Tun Dr Mahathir...lets use your brain to discuss the issue lah KawanLama...

    ReplyDelete
  27. Heh heh heh, TunMahathir tak ada apa apabila dikritik tapi, melebih-lebih pula si Pak TO ni.

    ReplyDelete
  28. Tak tau pula Datuk dulu perkasa. he3

    ReplyDelete
  29. Peringatan!!

    Untuk mereka yg asyik menunding jari pd Tun M.

    Tun M sudah lebih 10 tahun...berhenti memegang kuasa.....sbgai Presiden Umno dan PM negara.

    Yg jadi PM lepas Era Mahathir ialah Pak Lah dan Najib (Najib kini dah masuk 7 tahun jadi PM)...

    Fokus pd isu.

    Disini kita bercerita tentang Najib yg mermerintah (bukan juga pasal Pak Lah).


    Kenapa mesti mengikut dakyah pembangkang yg terang2 kehabisan modal dan asyik2 Mahathir ?

    Mereka seperti Kit Siang.. Anwar dan Nik Aziz...memangnya lah menyimpan dendam kesumat dlm diri kerana telah tewas...terduduk dan kecewa kerana tidak berupaya menentang Mahathir dizaman nya.

    Tetapi itu lah Mahathir...tegas dan berani dgn org2 seperti ini....demi untuk kepentingan negara.

    Tidak kah mereka Ketua Pembangkang yg 3 ekor ini...akan bersikap begini juga...jika berkuasa?.

    Mungkin kejam langsung?

    Sebenarnya mereka 3 ekor ini memang GERUN....dan takut sngat....dgn nama Mahathir.....mungkin dgn bayang2 pun dah Trauma....itu sebenarnya.

    Hata...kalau dah handal sngat saman lah Mahathir?

    Cerdik lah sikit...jgnlah kita pula terikut2 dgn dakyah 3 ekor ini....main sedap mulut saja...bila kehabisan Modal...dan ide...salahkan Mahathir.

    Heh heh.....dah lebih 10 tahun dia berhenti...jemu lah dgn org2 yg kurang modal berbahas.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga diingatkan bahawa segala apajua yang berlaku ini adalah atas dasar-dasar kerajaan terdahulu, kenapa takut sangat hendak mengimbau kembali dasar-dasar digubal sejak 1980an hingga sekarang untuk kita fikirkan secara rasional.

      Kenapa berpilih-pilih dan lihat semula zaman TunMahathir membuat ulasan dan pandangan semasa krisis tahun 1987 dan habis dibongksrkan sejarah lama sejak sebelum dan selepas merdeka.....kalau tak percaya pergi buat sedikit research tentang komen yang juga kritikal terhadap TAR & THOnn semasa perbalahan dan pengharaman UMNO..

      Kenapa tidak bokeh terima apabila TunMahathir pula dikritik?

      Delete
  30. Datuk cuba ketengahkan bagawa "........selepas era empat gergasi Malaysia itu, kepemimpinan Melayu melakukan satu demi satu kesilapan sehingga Melayu kini menjadi bahan caci, fitnah dan benci orang Cina dan India."

    Lupakah yang peristewa berdarah dalam sejarah negara berlaku pada 13Mei1969?

    Datuk juga menulis "Bermula pada era Abdullah dan berterusan ke dalam era Mohd Najib, bukan sahaja kuasa politik Melayu semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu ketika mereka kuat mula disia-siakan."

    Tidak luntur dan sebenarnya semakin terhakis serta luntur adalah pengaruh UMNO Baru saja. NGO & politik Melayu nampak terus kukuh pada keseluruhannya.

    Juga Datuk membangkitkan "Pada masa yang sama, mereka mula didedahkan oleh media baru/siber...... Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana"

    Memang tepat kenyataan ini oleh kerana dulu kita hanya dipaksa menerima apajua berita daripada media perdana elektronik atau akhbar sebagai contoh hanya ruang seperti KuntaKunte dll yang hanya memuji dan memuja pemerintah ketika itu..

    ReplyDelete


  31. AsSlm Datuk,

    Datuk menekankan bahawa "Umno adalah akar tunjang kuasa Melayu. Umno yang saya kenali dan sokong adalah Umno perjuangan, bukan Umno Presiden atau Umno Majlis Tertinggi. Umno yang berani bersuara bukan Umno yang memuji memuja."

    Tapi UMNO yang saya kenali pula UMNO sejak tahun 1946 di mana seronok melihat anak-anak orang kampung yang ramai menghuni MRSM, bangunkan tanah semata-mata untuk rakyat, kewujudan ASB dll semata-mata untuk rakyat berdarah Melayu. Bukan macam sekarang yang nampak gah dengan penswataan, bangunan pencakar langit, dan lain-lain yang tidak fokus kepada aspek pembangunan insan..

    Tanah-tanah milik rakyat sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri dijual atas nama "penswataan". Transeksi jual tanah sudah macam aktiviti utama dan mudah ke arah mendapat pendapatan kerajaan.

    ReplyDelete
  32. Pemimpin Melayu itu adalah cermin bangsa Melayu. Orang Melayu yang meletakkan mereka di tempat pemimpin maka jika mereka tidak mampu melonjakkan martabat Melayu jangan salahkan mereka, salahkan diri sendiri. Jangan salahkan BR1M atau apa-apa juga "largesse" kerana orang Melayu bangga menerima BR1M dan largesse berduri tu.

    Politik sememangnya memberikan kuasa untuk mengatur ekonomi tetapi perlu diingat bahawa ramai orang berjaya membina kuasa ekonomi tanpa bantuan kuasa politik. Kelihatannya makin ramai Melayu mengharapkan keajaiban politik untuk meningkatkan taraf ekonomi sehingga lupa Melayu, seperti juga Cina dan India boleh berjaya dengan usaha gigih. Semakin kita didodoikan dengan bantuan politik maka semakain pudar semngat juang kita. UMNO mendodoikan Melayu dengan lagu genre BR1M, manakala PKR pula war-warkan genre percuma dan PAS pula umumkan genre kebajikan - semuanya menghkhayalkan dan melenakan Melayu. Jadilah kita bangsa yang serba-serbinya mengharapkan bantuan.

    ReplyDelete
  33. Zed-859:54 AM

    Saudara MSH,

    Kalau kita hendak buat perbandingan dengan Singapura, sebenarnya kuasa politik berada di tangan orang cina di Singapura. Orang melayu Cuma 15%

    Terbalik di Malaysia, disebabkan kita mengamalkan demokrasi, kuasa politik adalah di tangan orang melayu kerana jumlah orang melayu adalah majority.

    Oleh itu, saya rasa perbandingan DAP dengan PAP tidak berapa sesuai.

    Kalau kita hendak buat perbandingan, Singapura merdeka sama dengan Malaysia. (Sebenarnya Singapura tahun 1965). Singapura boleh membawa orang cina di Singapura lebih maju dari Malaysia, lebih dari Malaysia yang ditabbir orang melayu, membawa kemajuan kepada orang melayu. Negara kita juga lebih kaya dari Singupura dengan hasil-hasil bumi.

    ReplyDelete
  34. Pak Teh Omar10:35 AM

    Wahai saudaraku KawanLama,

    Janganlah mengata dulang paku serpih
    MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH

    Melayuku semakin layu
    Mahathir juga yang dikritik selalu

    Melayuku semakin layu
    Mohd Najib juga yang diampu

    Melayuku semakin layu
    Cina juga yang digerun dari dulu

    Tahniah KawanLama!
    Orang seperti saudara inilah yang telah dibutakan hatinya dan ditulikan telinganya untuk melihat nasib anak bangsa Melayu. Yang kita bercakap sekarang ini bukan untuk kita. Pak Teh Omar dah tua. Tapi untuk anak cucu kita. Apakah mereka akan terus mewarisi tanah air ini?

    Datuk,

    Jangan bimbang. I am with you. Pak Teh akan buat apa yang Pak Teh mampu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AsSlm Pak Teh Omar,

      Janganlah hendak dibimbangkan sangat dan kalau kita sedar sudah semakin berusia itu ingat-ingat sedikit pesanan begini "Setiap janin Melayu telah pun tertulis beberapa perkara termasuk rezekinya, umurnya, pekerjaannya dan kecelakaan atau kebahagiaan hidupnya”.

      Tetapi saya tidak sampai buta hati dan masih menjadi pendengar yang cukup sabar dan baik, kerana tetap berusaha mencari rezeki ye...

      Delete
  35. Zaaba anak Sarawak11:26 AM

    Salam Tok,

    UMNO takkan bangkit sehingga kalah betol betol dalam PRU. Kalah sehingga duduk sebelah pembangkang. Selagi tak duduk sebelah pembangkang selagi tu lah UMNO takkan bangkit.

    Dah takde modal, peringatkan rakyat akan jasa UMNO dulu... tapi mereka lupa, UMNO dulu dan UMNO sekarang seperti langit dan bumi.

    Adakah wajar untuk terus menyokong UMNO sekiranya mereka telah teramat tersasar?

    Consider this...
    (1) Calon UMNO menawarkan diri untuk bekerja walaupun tahu pakej gaji rasmi kurang menarik.
    (2) Masa interview (PRU/GE), cakap bukan main lagi hebat.
    (3) Panel interview (iaitu rakyat) setuju memilih calon.
    (4) You got the job...Congrats!
    (5) Lepas dipilih, lupa pulak siapa yang bagi kerja... lupa pulak pasal interview hari tu...

    If UMNO or any political parties for that matter offered themselves to lead and are given the mandate to lead, why should the rakyat be terhutang budi? Kindly enlighten me...

    Yes... UMNO of the early days fought for independence. So did the others that are non-UMNO...
    Yes... we should be terhutang budi for UMNO then...
    Tapi sampai bila nak terhutang budi...takkan terhutang budi sekali kat anak cucu cicit...

    Terhutang budi kat atok / ayah mereka... yes... sampai bila bila tapi not to present crop of UMNO leaders... So they should STOP cakap pasal terhutang budi... It may have been their fathers or atoks but definitely not them!

    UMNO GA nanti semua puji-puji Najib & Co... takde siapa nak tegur.. takut Tok... nanti cash stop flowing nak buat camne?
    Dah terbiasa spoon fed... takkan nak suruh kerja sekarang...

    Sekian...

    ReplyDelete
  36. Salam Sdra Zed-85.

    Terima Kasih....memberi pencerahan.

    Sy sebenarnya tidak membandingkan cara permerintahan Singapura dgn Malaysia.

    Tiap2 negara berlainan cara pemerintahannya.
    Apa yg sy tekankan disini adalah sikap Cina Dap yg cenderung kpd cara PAP.

    Dari kelibat dan sikap yg mereka tunjukan sekian lama....mereka cuma berminat pd kesamarataan...atau Equaliti dan meritokrasi.

    Ini tidak salah jika....jurang kekayaan ekonomi Cina dan Melayu sudah rapat atau sama rata.

    Disaat ini pun bangsa Melayu masih terkial2 dan majoriti mungkin melebihi 60% (12 juta) hidup dgn pendapatan dibawah RM3000 sebulan.

    Selain dari penjawat awam yg baru 10 atau 20%...penduduk Melayu Malaysia org Melayu masih lagi bersaing dan menghadapi kesempitan hidup.

    Sdra pun tahu....siapa yg memonopolikan..
    'urban...rural dan hardcore poor'.

    Ini kerana...org Melayu terpaksa bersaing diatas pentas yg TIDAK SAMA RATA...'NOT ON A LEVEL PLAYING FIELD'..

    Sebab itu kerajaan terpaksa menolong untuk membetulkan nya terlebih dahulu...seperti DEB.

    Tetapi ini tidak penting bagi Dap.
    Kerja2 yg kerajaan lakukan sekian lama ini tidak penting bagi mereka malah membosankan kerana mereka merasa bahawa kerajaan cuma menolong kaum bumiputra Melayu sahaja.

    Perasaan ini tidak adil dan juga tidak ada meritnya...kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan mereka.

    Ini terbukti bilamana lebih dari 90% Syarikat yg tersenarai diBSKL milil mereka.

    Disamping itu...lebih dari 16 billionair negara ada lah org Cina...Melayu cuma 3 atau 4 org sahaja.

    Mereka tahu semua ini tetapi kerana sifat tamak dan mahu semua....dan marah atau dengki dgn kerajaan pimpinan Melayu khususnya dgn Umno.

    Semua yg mereka lakukan...seperti mengukutuk...mencaci...memfitnah.....mempersenda pemerintah dan org2 Melayu kelihatan atau memang disengajakan.

    Justeru itu.....ANDAIKAN MEREKA YG BERKUASA....APA LAGI YG MUNGKIN MEREKA AKAN LAKUKAN?

    Jawapan nya ?

    Sy kira sdra atau pembahas2 lain dan DAJK pun boleh berikan.

    Sebab itu sy sarankan...sdra 'Pembahas Kawanlama' celik mata dan lihat apa yg kerajaan Singapura lakukan pd penduduk minoriti Melayu duSingapura.

    Ini tidak mustahil terjadi jika Dap dpt berkuasa....bersama Pkr dan Pas....kerana mereka yg akan jadi 'Anchor'.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sdra MSH atas saranan sdra itu.

      Sudah banyak kali bertanya dengan sahabat, saudara dan kawan kerja Melayu di S'pore dan mereka cukup selesa hidup walaupun tiada kuasa politik sebab kerajaan mereka menjanji "satu rumah satu keluarga" sentiasa ditunaikan. Tanah swasta pun dimbil demi untuk pembangunan rumah dan infra untuk rakyat.

      Tapi pihak kerajaan kita tidak berani menjanjikan sebegitu dan hanya berasa cukup seronok dan bangga tidak bertempat apabila lihat kereta proton plate S'pore dipandu di jalanraya di S'pore.

      Delete
  37. Lahuma6:29 PM

    Dato.

    Kenapa Melayu hari ini diera marca merba,berselerak dan lintang pukang.

    Puncanya kerana pemimpin Melayu sendiri yang dipilih ahli atau rakyat terdiri dari mereka yang low class dan tak ada kualiti.

    Pemimpin Melayu hari ini adalah terdiri daripada yang nafsu kemaruk kuasa yang amat tinggi.

    Inilah yang ada dalam UMNO,PAS dan PKR -separuh Melayu.
    Taktik penawaran diri mereka lemahkan bangsa Melayu sendiri.Melayu jadi manja dan mandom.

    Mereka lah penyumbang pada kerosakan Melayu.Tamak haloba,ego,jual agama dan maruah bangsa.Talam dua muka dengan rakyat.

    UMNO/Pas/Pkr 2x5=5x2.Yang buat laba ialah asakar upahan mereka.

    Puja puji bodek sudah tak terkiralah masa kini.

    Bukan UMNO sahaja lemah.Pas pun lemah.PKR pun goyang.Akibatnya parti dan pemimpin Melayu terpaksa gadai maruah bangsa,agama Islam dan maruah negara.

    Mengenai perhimpuanan UMNO yakinlah semua ini ibarat temasya politik.Masuk angin keluar asap.Syok sendiri.

    UMNO sebenarnya sudah tersepit dalam banyak keadaan.PM Najib pun sudah merosot teruk imejnya.Banyak buat kenyataan yang tak sepatutnya.

    Jadilah perhimpunan yang meriah tetapi tak memberi apa makna.
    Perhimpunan elit ala bangsawan .Itulah UMNO kini.

    Terima kasih Dato.

    ReplyDelete
  38. budak jawa12:39 AM

    zed85,

    singapura lebih maju dari malaysia kerana ramai barua dalam malaysia ni yang menyokong singapura dan sikap kerajaan kita yang berlembut terhadap negara jiran itu (typical malay traits).

    orang miskin di singapura banyak ambil kesempatan kos sara hidup lebih rendah di jb. so singapura dah jimatbanyak usaha, masa dan tenaga dalam isu kemiskinan.

    malaysia susah nak maju sebab cina dan india sibuk bising pasal penghapusan etnik dan diskriminasi,persoal hak kaum bumiputera, poersoal sejarah, taknak bersatu (menolak sistem satu sekolah) dan banyak lagi.

    orang melayu pula sibuk berpolitik, merempit, berdrama, malas berusaha,banyak salah faham agama terutama dalam hal ekonomi dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  39. Din Kalut8:30 AM

    Kita janganlah menghina atau memburukan PERKASA atau ISMA kerana mereka menjadi saingan pertubuhan kita.
    Ini hujah kolot namanya.

    ReplyDelete
  40. Zed-8510:24 AM

    Saudara MSH,

    Saya mengerti pendirian saudara mengenai DAP.

    Setakat ini kita ada 2 negeri yang mana parti DAP adalah dominan, Selangor dan Penang.

    Di Selangor, saya nampak percakaran lebih kepada PKR dan PAS (Melayu dgn Melayu). Di Penang setakat ini, setelah berapa tahun tidak banyak goyah.

    Bukan senang untuk pembangkang untuk ambil Selangor dan Penang. Sekiranya pentadbiran Penang dan Selangor tidak memperdulikan orang melayu maka pendeklah masa pentadbiran pakatan rakyat di Selangor dan Penang.

    Isu “level playing field” sebenarnya, pada pandangan saya, di kalangan orang melayu sendiri pun tidak “level playing field”.

    Apa yang penting adalah di negara kita, orang melayu yang ramai miskin dan golongan sederhana sekarang ini menghadap tekanan ekonomi.

    Dunia sekarang tidak sama lagi dengan dahulu. Bilangan manusia semakn ramai dan persaingan semakin sengit. Harga barang semakin naik

    Ramai yang memuji Tun M, tetapi pandangan saya, kerajaan yang ada sekarang sepatutnya mesti lebih baik dari zaman Tun M kerana cabaran adalah lebih besar.

    Kerajaan Singapura semakin maju berberapa langkah dari kita dan kita nampaknya tidak banyak berubah, masih lagi dengan isu ketirisan, boros, rasuah dan lain-lain.

    Kita boleh cuba merubah UMNO supaya dapat menjadi kerajaan yang lebih baik. Nampaknya tidak berapa berkesan.

    Selain dari itu ramai yang berpandangan, UMNO akan berubah setelah jadi pembangkang sementara.

    Budak Jawa,

    Saya duduk JB, tengok di TV siaran Singapure, selalu PM Singapura di Parlimen dengar segala masalah rakyat. Mereka berbahas masalah dalam negara mereka dengan baik dan sunguh-sungguh.

    Saya tengok di TV dan internet di Malaysia, berbahas di Parlimen banyak merapu. Yang selalu datang parlimen Noh Omar dan Bung Mokhtar. Mengikut media, PM kita datang 26 kali sahaja dari tahun 2009 hingga 2014. Agaknya tidak berapa minat hendak datang dengar masalah orang melayu.

    Saya tengok PM Singapura sanggup beratur belakang ramai rakyat beli makanan di gerai. PM kita pergi luar negara pakai pesawat jet.

    ReplyDelete
  41. Pada masa dulu zaman Tunku dan Tun Razak oraqng Melayu tak lah cerdik macam sekarang sebab mereka tak belajar di universiti mereka sokong saja apa yang Tunku dan tun Razak cakap. Sekarang pun walaupun orang Melayu dah ramai belajar tinggi mereka pun masih bodoh lagi malah rabun pula mereka sokong saja apa yang mahathir, dollah badawi dan najib cakap asalkan mereka dapat wang dan projek. sama lah macam raja melayu zaman dahulu mereka berebut takhta tapi bila inggeris kacau daun mereka ikut saja sebab dapat pencen besar.

    ReplyDelete
  42. Zed-8511:33 AM

    Saudara MSH,

    Apabila saya baca semula komen saudara saya ingin tambah sedikit.

    Ini berkenaan dengan konsep “meritokrasi”.

    Adalah terlalu umum saya rasa kalau kita hendak guna ungkapan “orang melayu” dan “orang cina”. Ini adalah kerana orang melayu ada yang miskin, sederhana dan berada.

    Bagi orang melayu yang biasa “average” di Malaysia, dia harus bersaing dengan orang bangsa asing dan juga sama sendiri.

    Kalaulah orang melayu bersaing sama-sendiri, maka adalah penting keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai kebolehan atau “merit”.

    Oleh itu konsep meritokrasi ini amat releven dan jika tidak akan menjadi carca-marba masyarakat kita.

    Bagi negara-negara yang mengamalkan meritokrasi, bukan bermakna golongan yang serba kurang dan dhaif diketepikan.

    Saya tidak menyokong untuk hak istimewa orang melayu dibatalkan tetapi konsep meritokrasi amat relaven.

    Saya berpandangan, pentadbiran “governance” adalah penting. Kalau polisi kita banyak memihak kepada orang melayu yang serba berkurangan tetapi pentadbiran lemah, tidak cekap maka tidak akan sampai maksud asal dan dapat membantu orang melayu. Contohnya, dalam blog ini saya terbaca, kalau tidak silap saya belanjawan untuk makanan khasiat untuk kanak-kanak orang melayu miskin, digunakan untuk majlis jamuan. Ini adalah sebahagian dan ada banyak lagi.

    Satu lagi adalah kita terlalu fokus untuk golongan yang paling kaya di Malaysia. Saya rasa tidak begitu penting. Orang cina seperti Robert Kuok memang dari dahulu sudah terlampau kaya. Kalau ditambah 10 orang melayu lagi dalam senarai tetapi majority orang melayu miskin tidak guna.

    Kita bukan berharap orang melayu kesemuanya menjadi billionaire tetapi orang melayu dalam Malaysia dapat hidup dengan lebih sempurna dan bermaruah. Tidak tertekan terutamanya dalam ekonomi seperti sekarang.

    ReplyDelete
  43. Suffian12:12 PM

    Assalamualaikum....

    sudah-sudahlah menyalahkan kaum cina & India atas segala yg kita (melayu) dapat. Cina tetap cina walau apa pun kita lakukan....mereka rajin, pragmatik, berorientasikan keuntungan. sepatutnya kita dah lama belajar sesuatu dari kaum cina ini tetapi melayu majoritinya masih kebudak-budakkan masih tetap menyalahkan mereka apabila kalah bersaing. Dlm permainan badminton apabila diberi bola tanggung maka musuh smash aje le , itulah diri mereka sebenarnya tak kan melayu masih tak belajar2 lagi setelah sekian lama hidup bersama dlm negara ini.
    Masalah sebenarnya terletak pada diri majoriti melayu...mereka terus memilih pemimpin2 yg rasuah, menyeleweng, tak competent , haprak dan mencari2 kelemahan pemimpin2 yg mahu berkhidmat kpd mereka. Tkasih.

    ReplyDelete
  44. Bidalan lama menyebut "sepuluh jong masuk anjing bercawat ekor juga". Perubahan demi perubahan berlaku, masih ramai dari kalangan kita yang kekal berfikir dan bertindak cara lama.

    Satu sikap Melayu yang paling negatif ialah tidak suka menabung kerana ikut sangat nafsu mahu bergaya. Di masa dahulu, sanggup menjual kebun (tanah) kerana nak buat majlis kenduri kahwin yang hebat. Sekarang ada yang sanggup hutang kad kredit semata-mata nak tukar sport rim dan pasang spoiler kereta.

    ReplyDelete
  45. Hassan-KB3:22 AM

    Datuk
    Saya nampak kalau la orang Melayu melihat parti-parti politik (UMNO, PAS, PKR...) sebagai kenderaan untuk menuju kejayaan kita takkan sampai ke mana tetapi kalau menganggap sebagai titi atau laluan insyaallah kita boleh capai.

    Bukan salah pemimpin UMNO, PAS, PKR atau lain-lain parti jika Melayu mundur tetapi ahli-ahli parti sendiri. Ahli yg bernas fikiran akan melantik pemimpin yang cerdas fikiran. Ahli-ahli yg menyeleweng hanya melantik pemimpin yg menyeleweng

    Oleh itu sama-sama lah mengorak langkah menuju kejayaan..

    ReplyDelete
  46. Bajet Malaysia tahun 2013 RM 251.6 b manakala KDNK Malaysia tahun 2013 USD 312.44 b @ RM 1030 b. Jadi bajet cuma 24% saja daripada KDNK. Tiga suku ekonomi Malaysia ada struktur, rangkaian dan landasannya sendiri. Kerajaan yang ditunjangi UMNO hanya ada sebahagian kecil sahaja umpilan keatas ekonomi negara. Justeru jika Melayu masih kekal dengan paradigma mengharap pimpinan UMNO merangka kemajuan mereka maka Melayu akan terus melayu di bumi bertuah ini.

    Sementara kita mengalu-alukan sebarang langkah proaktif membantu Melayu tetapi kita Melayu mestilah berazam dan berusaha membantu Melayu miskin dengan tidak menjadikan diri kita orang miskin. Tetapi ini adalah kata-kata yang bersifat akademik dan falsafah sama seperti pesanan orang-orang dahulu "Rajin dan usaha tangga kejayaan; Jimat cermat tangga kekayaan; Berusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian." Klise mungkin, tetapi bukankah semua itu benar?

    ReplyDelete
  47. Salam Kadir,this is the article that I agree 100%.no more addition,
    beautiful piece of arts
    If the present leader were to read your article, rest assured that what you said representing our aspiration,frustration,
    and ambitions.
    I rest my case.

    ReplyDelete
  48. Lahuma9:37 AM

    Dato.

    UMNO dan PAS sudah hilang arah haluan mereka saat ini.

    PM Najib akan buat apa saja asalkan beliau terus jadi PM.
    Begitu juga Anwar yang ghairah hendak jadi PM.
    Dia juga akan buat apa sahaja asalkan jadi PM.

    Inilah perlumbaan yang paling hebat.
    Tawar menawar yang banyak merugikan bangsa dan agama.

    Pas macam hilang punca.Imej Islamnya hancur sama sekaliBegitulah kuat cengkaman Anwar terhadap Pas.
    PASMA adalah galang ganti pada Pas sebagai tongkat Anwar.

    Semua parti Melayu tipu Melayu.
    Matlamat hendalk kuasa sahaja.

    Bila tanah rezab Melayu tinggal 11.9%.mana pemimpin Melayu betrsuara.
    UMNO yang kena bertanggung mala petaka ini.Kebanyakan MB adalah UMNO kecuali Kelantan.

    Walaupun Perkasa dikatakan rasis tetapi dia ambil peranan bangkitkan isu ini.

    Kepimpinan Melayu makin lemah dan merungsingkan.Perebutan kuasa amat jelas.
    Banyak sudah terlelong maruah bangsa dan agama.

    Kerana kepimpinan Melayu lemah.
    Parti Melayu kucar kacir.
    Ahli parti Melayu bukan pejuang bangsa tetapi petualang bangsa.

    Makan kaum lain ambil kesempatan yang cukup tepat ketika ini.


    Terima kasih Dato.






    ReplyDelete
  49. Datuk...

    Saya setuju dengan apa yang dizahirkan oleh Safiai Saad dan munkin pembahas-pembahas yang lain.

    Betul kata Datuk...UMNO dulu berpaksikan Perjuangan...tapi UMNO sekarang lebih tunduk dan angguk saja..

    Tiada apa transformasi pun selain daripada terma-terma baru semasa Pemilihan UMNO yang lepas.
    Itu pun saya lihat banyak kepincangannya.

    Politik wang masih lagi berkuasa.
    Tikam kawan daripada belakang masih lagi berlaku.

    Lihat saja PAU bulan depan...rasa-rasanya boleh
    diramal seperti apa sesetengah pembahas Datuk menzahirkan diruang ini..
    Salam.

    ReplyDelete