A Kadir Jasin
MUTAKHIR - Yang terbaru menjadi "viral" - tersebar luas - di media sosial ialah gambar apa yang kelihatan seperti kertas tuduhan (charge sheet) yang melibatkan Perdana Menteri dan seorang lagi dalam kes RM27 juta duit SRC International, anak syarikat Kementerian Kewangan. Wallahuaklam.
POSTING ASAL
MOHON sabar kalau cerita ini panjang. Sukar hendak dipendekkan. Jadi saya mulakan dengan membuat kesimpulan iaitu:
POSTING ASAL
MOHON sabar kalau cerita ini panjang. Sukar hendak dipendekkan. Jadi saya mulakan dengan membuat kesimpulan iaitu:
Penyingkiran (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin pada 28
Julai dan penamatan undur tarikh (back-dated) perkhidmatan Peguam Negara (Tan
Sri) Abdul Gani Patail 27 Julai tidak menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya
memburukkan lagi keadaan negara dan imej (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak.
[PERINGATAN:
Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau
Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Implikasi dua peristiwa itu
serta perubahan-perubahan lain yang menyusurinya di Jabatan Peguam Negara, PDRM,
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) dan PAC adalah seperti berikut:-
1.Perdana Menteri terselamat
daripada kemungkinan diheret ke mahkamah bersabit 1MDB dan SRC International.
Satu “donia” sudah dengar cerita duit SRC International yang nawaitunya untuk
kegiatan CSR (tanggungjawab sosial korporat) tetapi masuk akaun peribadi
Perdana Menteri.
2.Menyiasat dan merangka
pertuduhan melibatkan wang CSR SRC International lebih mudah kerana jumlah yang
lebih kecil dan melibatkan hanya dua buah bank tempatan berbanding 1MDB yang
membabitkan AS$700 juta.
3. Mohd Najib berjaya
mengekalkan kuasa eksekutif tetapi di mata khalayak yang mengerti beliau telah
hilang kuasa moral (moral authority) untuk memerintah.
4. Kuasa eksekutif beliau
menjadi semakin kukuh kerana pengkritik beliau dalam Umno dan kerajaan telah
disingkirkan atau digula-gula dengan pemberian jawatan menteri dan timbalan
menteri.
Pasukan Petugas Lumpuh
5. Sekali gus pemberhentian
undur tempoh Abdul Gani memporak-perandakan penyiasatan Pasukan Petugas 1MDB.
Penyiasat akan terhenti atau dialih matlamatnya, pegawai ditukar dan fail-fail
hilang atau dibakulsampahkan. (TI Malaysia berkata, Pasukan Petugas itu boleh
dianggap terkubur tetapi MACC berkata ia akan meneruskan penyiasatan).
6. Tetapi maklumat berkaitan
dengan penyiasatan 1MDB akan terus tersebar kerana banyak pihak dalam dan luar
mempunyai maklumat dan dokumen mengenainya. Sudah terlambat menimbus bangkai
gajah kerana sudah ditokak-tokak dan cebisannya dilarikan singa, cheetah,
harimau bintang, dubuk (hyena), rubah, hereng, biawak dan helang.
1MDB ibarat bangkai gajah |
7. Dengan melantik
pembesar-pembesar Umno yang kemaruk kuasa dan bermuka-muka menjadi menteri dan
timbalan menteri, Mohd Najib boleh mengarahkan mereka mengesan dan membinasakan
pencuri-pencuri bangkai gajah itu. Inilah yang sedang berlaku dengan rancak
sekarang iaitu mengalihkan perhatian daripada menyiasat jenayah kepada memburu
pihak-pihak yang mendedahkan jenayah.
8. Gerakan taktikal Mohd Najib
juga melumpuhkan PAC. Hatta pengerusi PAC, Nur Jazlan bin (Tan Sri) Mohamed
Rahmat, yang bunyi begitu komited, ikhlas dan berani sebelum ini tetapi dengan
riang rianya menerima jawatan timbalan menteri.
9. Speaker Dewan Rakyat sudah
pun berkata anggota baru PAC tidak akan dilantik (sehingga Dewan bersidang
Oktober ini). Namun Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw, wajib meneruskan
tugas dengan ahli yang tinggal sekali pun tidak mendapat kerjasama pengurusan
Parlimen atau hasil siasatan mereka tidak diiktiraf.
Agen Bebas Muhyiddin Yassin
10. Dengan penyingkirannya
daripada kabinet, Muhyiddin boleh bertindak sebagai free agent mewakili Umno
akar umbi kerana beliau adalah Timbalan Presiden Umno.
11.Tetapi beliau harus
berhati-hati meniti buih kerana Majlis Tertinggi yang berada dalam poket
Presiden boleh menyingkirkan beliau atas alasan melanggar disiplin.
12. Muhyiddin boleh menjadikan
Umno terangkum (inclusive) sekali lagi dengan berinteraksi dengan akar Umbi
walaupun percubaan sudah mula dibuat bagi menyekat beliau mendampingi ahli.
12. Muhyiddin dan para penyokong
beliau mungkin tidak berupaya mengubah keadaan di peringkat atas sama ada dalam
Umno atau kerajaan tetapi mereka boleh mengubah persepsi dan sokongan rakyat
jelata dan pengundi.
13. Mohd Najib mungkin telah
berjaya berpaut kepada kuasa tetapi setiap hari berlalu ekonomi bertambah goyah,
ringgit dibedal, pasaran modal lesu dan Malaysia menjadi bahan ketawa satu
dunia.
Menara Dua Bukit Aman dijilat api |
14. Sebagai renungan, apakah
berkat apabila, sebaik sahaja menteri polis ((Datuk Seri) Ahmad Zahid bin
Hamidi) dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri, menara dua Bukit
Aman tiba-tiba dijilat api? Satu kebetulan yang sangat menakjubkan!
Wallahuaklam.