A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
RAJA-RAJA Melayu telah bertitah.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak
akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama
samaran.]
Pertama, mereka menitahkan agar kerajaan menyelesaikan
secepat mungkin penyiasatan yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Kedua, mereka mahu tindakan sepatutnya dan tegas diambil
ke atas orang-orang yang dibabitkan.
Menjunjung kasih Tuanku.
Kita mahu lihat sama ada kerajaan, bermula dengan Perdana
Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib
Abdul Razak, akan mentaati perintah Raja-Raja Melayu itu atau menderhakainya.
Kita juga mahu lihat sama ada Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Bin Haji Ali, Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar, Ketua Pesuruhjaya, Suruhnjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) Abu Kassim Mohamed,Gabenor Bank Negara (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz dan Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) taat kepada Raja-Raja Melayu atau setia dan takut kepada Mohd
Najib.
Peranan Peguam Negara (Mohamed Apandi) amat penting |
Dalam erti kata lain, Raja-Raja Melayu berasa tidak boleh
berdian diri lagi.
Pertimbangkan fakta-fakta berikut yang terkandung dalam
titah mereka yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, (Datuk
Seri) Syed Danial Syed Ahmad semalam:
1. Raja-Raja Melayu menekankan peri pentingnya semua pihak
yang terbabit memberikan kerjasama
"sahih dan ikhlas" demi memastikan penyiasatan itu mencapai
matlamat.
2. Hasil penyiasatan mesti dilaporkan secara terperinci
dan telus supaya orang ramai yakin terhadap keikhlasan kerajaan tidak
menyembunyikan fakta dan kebenaran.
3. Kegagalan memberi penjelasan dan jawapan yang
meyakinkan dikhuatiri menyebabkan berlakunya krisis keyakinan.
Natijahnya, kecuali Mohd Najib dan para penyokong ekstrem
beliau sudah hilang akal, "mereng" dan derhaka kepada Raja, mereka akan
melakukan seperti yang dititahkan.
PERINGATAN: Mohon kerjasama dan persefahaman.
Semua ulasan yang mengandungi unsur-unsur lèse-majesté
tidak akan disiarkan.
Wallahuaklam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteif this place becomes a banana republic, no one can claim legitimacy. thats why i think the "rulers?" have voiced out
ReplyDeleteBERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH...INI ADALAH TITAH SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU UNTUK MENTENTERAMKAN KEADAAN SEMASA DAN MEMAKMORKAN NEGARA SEMOGA NEGARA MALAYSIA DI HURMATI DI MATA DUNIA.
ReplyDeletetun m jgk yg mengajar melawan titah raja masa jd PM dulu
ReplyDeleteCuba beri contoh bang?
DeleteYou need to do some reading.
DeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteSaya tidak lah memberi harapan tinggi mengenai titah DiRaja. Panglima Bugis juga
masih ada penyokong beliau dalam Majlis Raja2..walau bagaimana pun harapan tetap harapan..
gua link tok, tq
ReplyDeleteSuatu komen yg wajar dan munasabah dr AKJ... Tetapi saya agak hairan kenapa suratkhabar mashyur yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan kedaulatan raja Raja Melayu enggan menyiarkan tititah Majlis Raja Raja Melayu ...: pelik kan ?Cuba Google - memang ada headline tetapi artikel tersebut tidak dapat dibaca lagi kerana pautannya sudah dipadam (page not found!)
ReplyDeleteSaya percaya Majlis Raja-Raja bertitah kerana kerajaan tidak memperlihat keseriusan untuk mendedahkan hasil siasatan kepada rakyat atau menyelesaikan isu ini. Ini termasuklah pembubaran pasukan penyiasat yang dianggotai empat kepala agensi berkaitan dibubarkan tanpa alasan.
ReplyDeleteSepatutnya perkara yang dititahkan oleh Majlis Raja-Raja telah lama dilontarkan oleh UMNO kerana UMNO sering melabelkan dirinya sebagai parti yang membela rakyat. Tetapi UMNO tidak berbuat demikian apabila berada dalam keadaan yang memerlukan, malah cuba menutup mulut sesetengah dalam kalangan UMNO yang bertanya tentang 1MDB. Saya mengandaikan UMNO bukan kerajaan dan kerajaan bukan UMNO.
Kenapa UMNO tidak menyoal kerajaan di sebalik kegagalan menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh banyak pihak? Kerajaan tidak menjawab isu 1MDB dengan menyakinkan malah yang dikatakan “jawapan” itu pula mengundang persoalan.
Sekarang apakah pendirian UMNO dalam isu 1MDB? Adakah UMNO mahu bukan sahaja membisu malah mahu membisukan siapa sahaja yang hendak bertanya dan bersuara mengenai 1MDB? Apakah pendirian UMNO antara kerajaan dan Majlis Raja-Raja?
Sebelum ini UMNO selalu juga melabelkan parti ini sebagai mempertahankan institusi Raja. Sekarang adalah masanya untuk UMNO memperlihatkan parti ini mempertahankan institusi Raja-Raja yang bersuara dalam isu yang melibatkan kepentingan dan masa depan rakyat.
UMNO mesti menyatakan pendirian kepada rakyat, setidak-tidaknya orang Melayu pihak manakah yang mereka pertahankan? Adakah UMNO akan berterusan mempertahankan kerajaan yang gagal menyelesaikan isu 1MDB? Atau Raja-Raja yang menyuarakan kegelisahan serta kegusaran rakyat?
Kalau sebelum ini ada pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan kerana “bertanya” tentang 1MDB, adakah UMNO juga akan mengambil tindakan yang sama terhadap Raja? Sehingga petang ini tidak ada reaksi daripada UMNO berhubung kenyataan Majlis Raja-Raja.
Ketiadaan reaksi daripada UMNO dan kerajaan boleh memberikan pelbagai tafsiran. Adakah ini bermakna suara Majlis Raja-Raja dipandang remeh oleh kerajaan dan UMNO? Harap UMNO tidak menganggap kenyataan Majlis Raja-Raja sebagai campur tangan dalam ruang kuasa eksekutif kerajaan. Sebabnya isu 1MDB adalah isu negara, bukan politik.
Rakyat tentu sahaja menyokong penuh keprihatinan Majlis Raja-Raja yang membawa suara rakyat kepada kerajaan selepas rakyat dinafikan hak untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya.
As-salam ya kaum...! Sabar...sabar...! Semuanya akan setel enam bulan lagi. Cuma enam lagi...sabar-sabar banyak! Takkan lari...1MDB dikejar!
ReplyDeleteSalam dato,
ReplyDeleteLazimnya Perdana Menteri menasihati Yang Dipertuan Agong.
Terkini macam bukan kelaziman begitu lagi...
Pemahaman saya Majlis Raja Raja dipengurusi olih Yang Dipertuan Agong.
Pelik tapi benar. Cicak pun bolih jadi dinasour,kalau kamera di`perincikan'!.
Abu Bakar Ab Rahman
Sallam Datuk,
ReplyDeleteSalah satu prinsip Rukun Negara ialah kesetiaan kepada Raja dan Negara, maka sewajarnyalah Najib dan pengikut-pengikutnya akur dan patuh jika tidak mahu dicap sebagai penderhaka. Najib harus berundur sementara sehuingga selesai siasatan 1MDB atau terus menjadi Jebat. Sejarah menunjukkan melayu pantang DERHAKA (tak taulah kalau Najib ingin mencipta sejarah sebagai seorang penderhaka)
Allah selamatkan kita semua.
Saya tidak fikir akan ada perubahan drastik kerana kedaulatan undang-undang dan.keluhuran perlembagaan sudah ditunggang terbalik sejak awal lagi tanpa segan silu.
ReplyDeleteMereka bukan sahaja mereng malah sanggup derhaka dan kurang ajar.
Seperti kata TDM, Ghani Patail dipersembahkan kepada SPB Agong sebagai sangat gering dan oleh itu perlu digugurkan jawatan sedangkan hakikatnya tidak.
Apakah hukuman yang sewajarnya. Tangguhkan pada suatu masa yang sesuai (?)
Titah Raja dan Sultan Melayu sewajarmya menjadi pendorong kepada setiap agensi dan jabatan kerajaan untuk berlindung dan bertindak.
Alhamdulillah. The Majesties have spoken. Daulat Tuanku.
ReplyDeleteNo more dilly-dally. Fast-forward action-now. Yang mana patut masuk jail, cepat sumbat mereka ke sana.
If the PM is not found guilty, accept it and move on. Keep the peace and let him do the business of governing.
Time for us to move forward as we have been bogged down by the IMDB scandal. A year already in limbo.
Onwards and Upwards.
AsSalam Dato'.....saya berasa sceptical dgn ketaatan Najib dan kuncunya kepada titah Majlis Raja2. Lihat sahaja tajuk berita di media2 arus perdana, Utusan dan BHarian.....langsung tidak memberi ruang kpd titah baginda ini. Sangat kurang ajar....!!
ReplyDeleteI think it is not too late for the Rulers to summon both Macc Chief and Bank Negara Governor together with the former AG who was sacked so that the Rulers could be more informed of the situation. As the former deputy SB said, Najib's men purposely created the Chinese issues to divert the 1MDB fiasco. So things would be in 'status quo' if the Rulers are not forceful enough, ie to see what they had decreed is complied with. The Agong and the Rulers are entitled to get more information pertaining to the 1MDB investigation u/d Art 40(1)..which says, the Agong shll be entitled at his request, to any info concerning the government of the Federation.
ReplyDeleteBank Negara had completed their investigation and the investigation papers have been submitted to the AG Chambers. They had recommended certain action. Apandi is sitting on it. And we have not heard anything since Zeti's announcement a month ago.
The Macc has completed the investigation with regard to the RM42million corrupt payment received by Najib as a result of the RM4billion loan from Pension Fund to SCR. A sample of the draft charge has been prepared. They are in the midst of preparing charges when Gani Patail was removed.
With these kind of information in the hands of the Rulers, they could effectively put their decree into action. The Macc has their own prosecutors amongst which was the late Kevin Morais. The Macc DPPs who are well versed and knowledgeable in corruption matters & cases have their hands tied since any consent to prosecute against Najib must get the greenlight from Apandi. And Apandi as we all know by now is appointed to protect Najib from prosecution. These matters shld be laid bf the Conference of Rulers. The country should be saved by the Rulers now.
Saya percaya Majlis Raja-Raja bertitah kerana kerajaan tidak memperlihat keseriusan untuk mendedahkan hasil siasatan kepada rakyat atau menyelesaikan isu ini. Ini termasuklah pembubaran pasukan penyiasat yang dianggotai empat kepala agensi berkaitan dibubarkan tanpa alasan.
ReplyDeleteSepatutnya perkara yang dititahkan oleh Majlis Raja-Raja telah lama dilontarkan oleh UMNO kerana UMNO sering melabelkan dirinya sebagai parti yang membela rakyat. Tetapi UMNO tidak berbuat demikian apabila berada dalam keadaan yang memerlukan, malah cuba menutup mulut sesetengah dalam kalangan UMNO yang bertanya tentang 1MDB. Saya mengandaikan UMNO bukan kerajaan dan kerajaan bukan UMNO.
Kenapa UMNO tidak menyoal kerajaan di sebalik kegagalan menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan oleh banyak pihak? Kerajaan tidak menjawab isu 1MDB dengan menyakinkan malah yang dikatakan “jawapan” itu pula mengundang persoalan.
Sekarang apakah pendirian UMNO dalam isu 1MDB? Adakah UMNO mahu bukan sahaja membisu malah mahu membisukan siapa sahaja yang hendak bertanya dan bersuara mengenai 1MDB? Apakah pendirian UMNO antara kerajaan dan Majlis Raja-Raja?
Sebelum ini UMNO selalu juga melabelkan parti ini sebagai mempertahankan institusi Raja. Sekarang adalah masanya untuk UMNO memperlihatkan parti ini mempertahankan institusi Raja-Raja yang bersuara dalam isu yang melibatkan kepentingan dan masa depan rakyat.
UMNO mesti menyatakan pendirian kepada rakyat, setidak-tidaknya orang Melayu pihak manakah yang mereka pertahankan? Adakah UMNO akan berterusan mempertahankan kerajaan yang gagal menyelesaikan isu 1MDB? Atau Raja-Raja yang menyuarakan kegelisahan serta kegusaran rakyat?
Kalau sebelum ini ada pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan kerana “bertanya” tentang 1MDB, adakah UMNO juga akan mengambil tindakan yang sama terhadap Raja? Sehingga petang ini tidak ada reaksi daripada UMNO berhubung kenyataan Majlis Raja-Raja.
Ketiadaan reaksi daripada UMNO dan kerajaan boleh memberikan pelbagai tafsiran. Adakah ini bermakna suara Majlis Raja-Raja dipandang remeh oleh kerajaan dan UMNO? Harap UMNO tidak menganggap kenyataan Majlis Raja-Raja sebagai campur tangan dalam ruang kuasa eksekutif kerajaan. Sebabnya isu 1MDB adalah isu negara, bukan politik.
Rakyat tentu sahaja menyokong penuh keprihatinan Majlis Raja-Raja yang membawa suara rakyat kepada kerajaan selepas rakyat dinafikan hak untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya.
ReplyDelete@ LaM said...
"I think it is not too late for the Rulers to summon both Macc Chief and Bank Negara Governor together with the former AG who was sacked so that the Rulers could be more informed of the situation. As the former deputy SB said, Najib's men purposely created the Chinese issues to divert the 1MDB fiasco. So things would be in 'status quo' if the Rulers are not forceful enough, ie to see what they had decreed is complied with. The Agong and the Rulers are entitled to get more information pertaining to the 1MDB investigation u/d Art 40(1)..which says, the Agong shall be entitled at his request, to any info concerning the government of the Federation.
Bank Negara had completed their investigation and the investigation papers have been submitted to the AG Chambers. They had recommended certain action. Apandi is sitting on it. And we have not heard anything since Zeti's announcement a month ago."
In fact, this MUST be done so that the Rulers are aware of all pertinent facts.
As you say, this is right, proper & constitutional.
Some of the compromised parties are "di-Raja" or who hold their appointments at the pleasure of DYMM YDPA.
It is pure, misguided fantasy to say:
"If the PM is not found guilty, accept it and move on. Keep the peace and let him do the business of governing."
You can be sure that locally, he will indeed be found "not guilty'.
Not because that is the truth, but simply because he sabotaged all institutions investigating him.
Please, let us not get confused.
Gabenor Johor, ada mana-mana ahli UMNO menasihati Tun Mahathir ketika itu jika anda mengungkit kisah sekarang dengan masa silam? Harap berikan sekali fakta..terima kasih.
ReplyDeleteIGP, PDRM, AG, do take heed. Withdraw all charges/actions taken against your fellow rakyat, activists, academia, oppo politicians, NGOs, and any others who are charged under the Penal Code, Sedition Act, SOSMA for speaking out on 1MDB and PM.
ReplyDeleteThe Rulers have spoken. Show your loyalty and service to the country and not to any individual.
seingat saya belum pernah Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan sebegini. Ini menunjukkan betapa seriousnya isu IMDB.
ReplyDeleteVery good that the Raja-Raja Melayu have made their stand known on 1MDB. Daulat Tuanku-Tuanku!
ReplyDeleteWe must also fight against the TPP since it will make Malaysia a colony of the United States and the western imperialist nations.
This is the advice of Joseph Stiglitz & Adam Hersh to Malaysia.
"(Oct 2): Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is facing his last best chance to reverse the course of the Trans-Pacific Partnership, or TPP, a new international economic agreement that would lock in unequal trading relationships between advanced economy countries, such as the United States, Japan, Canada, and Australia, and developing economies like Malaysia."
http://www.theedgemarkets.com/en/article/don%E2%80%99t-let-tpp-jeopardise-malaysia%E2%80%99s-future
nak tengok sapa lagi power. cuma satu soalan; 1mdb saja ka, tppa & gst macam mana?
ReplyDeleteMajlis tertinggi UMNO sila AMBIL PERHATIAN perkara ini. Semuanya bermula di sini.
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteSoalan Dato Adakah Mereka Berani Menentang Raja Raja?
AliBaba and the Forty Thieves akan Berani membuat apa saja sebab ini melibatkan keselamatan peribadi mereka. Semakin lama hal 1MDB di biarkan semakin ramai lagi yang terlibat sebagai "Forced" Accomplices.
Dalam kes Altantuya, yang dilapurkan olih Aljazeera, Sirul, yang dituduh membunuh Altantuya berkata...jika dia tidak ikut arahan, dia akan dibunuh....
I wish to “Memohon limpah Perkenan” and make some proposals.
ReplyDeleteProposals:
1. “Menjunjung duli” I hope the Rulers will get involved by way of appointing one of the Rulers to preside the investigation process through a special body. This body is higher than a Royal Commission of Inquiry (RCI);
2. This body, let us call it Royal Inquiry (RI), will report to the Conference of Rulers through special sittings;
3. The RI is to be headed by someone senior in the ruling party. Since he has been asking questions and looking for answers, I would humbly propose Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin to lead.
4. The three investigating bodies (MACC, police and BNM) to come together under the RI and to produce a holistic and comprehensive report;
5. To include the past external auditors of 1MDB and the Attorney-General (AG) into the RI;
6. Since there will be conflict of interest, it is advisable for people involved to go on leave;
7. Have a deadline — Investigations started sometime in March/April 2015 and as we are aware BNM and MACC have given their findings to the AG. It is long overdue and the AG has to decide and report to the RI on the next course of action.
As stated in the Ruler’s statement, if this issue is allowed to drag on, it could jeopardise the country’s economy and the livelihood of the people.
“Justice delayed is justice denied.”
saya namoak Datuk Seri Mohd Najib Razak, perdana menteri Malaysia ini lebih kebal dari raja raja Melayu.Persoalan sekarang siapakah yang lebih kuasa antara perdana menteri dengan raja raja Melayu.Yang Di pertuan Agung pun kena dengar nasihat perdana menteridulu dalan serba serbi. bermakna raja raja Melayu sudah hilang kuasa dari segi politik sekarang ini.bertitah boleh.Di dengar entah tidak.
ReplyDelete
ReplyDeleteKemana hala pilihan Melayu.
Andai tersilap tumpahan taat setia
Akan hilanglah Melayu di dunia.
Kerana Melayu berpasakkan taat setianya kepada DYMM Paduka Sultan dan Raja Raja Melayu.
Hidup Melayu.
Kadir
ReplyDeleteSekarang ini semua orang sebok dengan donation kapada Najib $2.6 billion dan lupa dengan wang $42 m Yang juga masok account Najib.
Sabenarnya wang derma $2.6 billion ini Tak pun di suasat okeh MACC.
Yang di siasat ileh MACC is lah wang $42m Yang masok account Najib. Dan steak at ini bukit Yang di prolehi mandapati Najib me ang Tak dapat lari.
Liong Sik membuat kenyataan dan beta I mencabar Najib untok menyaman nya kerana is Ada bukit kukoh Yang Najib menggunakan wang $42m ini untok pernelanjaan peribadi.
Saya Tak Tahu bagaimana Najib hendak merpatahankan diri ya
Dan bila MACC mengumakan Kan bukit ini kapada AG Saya Tak Tahu Sama Ada is berani untok tidak meng ambil tindakan ka atas Najib.
Check mate Dato.
1. Terima kasih kepada para pembahas dan rakan-rakan yang mendoakan kesihatan dan selamatan saya serta keluarga. Alhamdulillah, seperti selalu saya kata, saya tidak pernah tidak OK. (I’m never not OK). Dalam hidup ni, sihat badan dan akal, cukup makan, cukup pakai kira dah ok la tu.
ReplyDelete2. Kalau kita tidak buat salah, apalah yang nak kita takutkan sangat. Tapi kalau kata tak takut langsung, itu dah masuk istilah bongkak. Hari ini, peguam (Datuk Paduka) Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang pula ditahan di bawah Sosma macam Khairuddin. Chang sudah pun menjangka penahanannya.
3. Jadi saya tidak salahkan para pembahas kalau ada yang berasa takut untuk terus berbahas. Saya sendiri kerap mengingatkan para pembahas agar berhati-hati. Sebab itu jugalah dalam blog ini saya tidak membenarkan pengenalan/identiti “Anonymous”. Kita mahu perbahasan yang sihat dan tidak melampau. Malangnya, apa yang sederhana dan berhemah masih boleh ditakrifkan sebagai melampau oleh pihak-pihak yang tidak sealiran dengan kita.
4. Marilah kita memohon kepada Allah agar memberikan kita petunjuk dan perlindungan.
Wallahuaklam. Terima kasih.
Kata orang lebih ramai lebihlah meriahnya.
ReplyDeleteDi negara ini kita ada sembilan raja dan satu agong .. tapi suara dan peranan dari kalangan yang teramat mulia ini seakan tenggelam. Berbeza dengan jiran kita seperti Thailand dan Brunei yang memiliki raja yang sangat berpengaruh didalam pentadbiran negara mereka.
Najib wants so much to be the worst pm in history.
ReplyDeleteAssalam mualaikum dato,
ReplyDeleteSaya amat YAKIN sekali org seperti Najib ini yg sudah di situasi tersepit TIDAK akan hirau dgn titah Raja2. Malah saya YAKIN sekali Najib akan cuba ' doctored ' SEMUA dokumen2 mengenai 1MDB dll. Kita harus ingat..ada juga sebahagian Raja2 yg memihak dgn dia. Justru Raja2 ini akan memberi sepatah dua kata kata ke Najib apa dia harus lakukan.
Najib is in desperate situation. Desperate person WILL DO ANYTHING to keep himself above everybody. You can even say he will go down fighting
Wallahualam
The Majesties statement was very well-worded. Hoped the government will abide by it.
ReplyDeleteBut why are the UMNO controlled media did not carry it or hid it in some pages. Not given prominence.
Not one UNNO top guns supported it. All mute except for Muhyiddin.Bro KJpun membisu.
CASH IS KING........... remember !!!
ReplyDeleteApakah seorang "queen" lebih "berkuasa" dari 9 King. kiasan nya sudah ter nampak di muka depan akhbar Melayu..
ReplyDelete1. Pembahas Daniel Noor, antara lain, berkata: "Kita harus ingat..ada juga sebahagian Raja2 yg memihak dgn dia. Justru Raja2 ini akan memberi sepatah dua kata kata ke Najib apa dia harus lakukan."
ReplyDelete2. Minta dijauhkan Allah. Setelah Pejabat Peguam Negara, PDRM, SPRM dan Bank Negara diporakperandakan demi menutup bangkai gajah Tok Mia, janganlah Raja-Raja Melayu pula dilaga-lagakan.
3. Pembahas Adion, pengarang akhbar makan gaji, akhbar mereka milik parti dan lesen mereka kerajaan yang bagi. Jadi antara kewartawanan dan keselamatan, ramai yang memilih keselamatan.
4. Tapi bukan semua rakyat jelata bergantung kepada media tradisional dan arus perdana untuk dapat berita dan maklumat. Alhamdulillah kita sudah ada saluran baru yang bebas, pantas dan percuma untuk dapat berita dan untuk berbahas.
5. Sungguh malang bagi pemimpin media massa arus perdana terpaksa tunduk dan ikut perintah orang yang bukan dari dunia kewartawanan atau terlatih dalam bidang komunikasi.
Wallahuaklam. Terima Kasih.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete