A Kadir Jasin
بِسْمِ
اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama
Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
OLEH sebab ada pembesar kontemporari kita sangat bangga dengan asal-usul
Jawanya, maka saya mulakan nukilan kali ini dengan mengemukakan tiga “hadangan”
bagi orang-orang besar menurut kebijaksanaan orang Jawa.
Pertama, gemrincinging ringgit.
Kedua, gebyaring wentis kuning.
Ketiga, klubuking iwak ono
kedung.
[PERINGATAN:
Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau
Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Tiga halangan di atas amat
tepat dan bermakna dalam konteks apa yang sedang berlaku di negara kita
sekarang di mana wang, kuasa dan wanita memainkan peranan penting.
(Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan 53, dan peguam beliau, Matthias Chang Wen Chieh, 65, didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi, iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Peranchis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Penal Code) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. Hari ini, 13 Oktober, Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, menjelaskan mereka tidak didakwa di bawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Khairuddin dan Chang Boleh Dedah Dalam Mahkamah |
1. Apakah usaha mendedahkan kemungkaran
dan mencari kebenaran mengenai 1MBD dan penglibatan Perdana Menteri (Datuk Seri
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak adalah mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara?
2. Bukankah Khairuddin terlebih
dahulu membuat aduan terhadap 1MDB dan Mohd Najib kepada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia dan kepada Bank Negara Malaysia?
[Berkenaan PDRM, saya sengaja
menyebut nama penuhnya kerana saya ingin tahu sama ada ia masih taat dan setia
kepada Raja atau itu hanya pada nama saja.]
3. Yang mana lebih berunsur
“sabotaj” terhadap sistem perbankan dan kewangan negara – membuat laporan rasmi
kepada PDRM, SPRM dan Bank Negara atau menyembunyikan maklumat keluar masuk
wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi seseorang dan memberi maklumat palsu kepada Bank Negara?
4. Bagi ramai rakyat jelata,
Khairuddin dan Chang adalah syuhada politik (political martyrs).
5. Pendakwaan Khairuddin dan
Chang berkemungkinan memperkukuhkan azam agensi-agensi penyiasatan di Singapura,
Hong Kong, Switzerland, United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat menyiasat
laporan terhadap 1MDB dan Mohd Najib. Mungkin lebih banyak akaun bank dan aset,
termasuk kediaman, akan dibekukan.
6. Malaysia akan terus menjadi
bahan persendaan masyarakat antarabangsa yang seterusnya memburukkan lagi
ketidakyakinan terhadap pemerintahan dan ekonomi negara.
7. Agensi-agensi nasional dan
internasional telah pun menampakkan sikap tidak ambil hirau (disdain) dan tidak
yakin dengan tindak-tanduk agensi-agensi Malaysia. Ini terbukti apabila pihak
berkuasa mata wang mereka membekukan akaun-akaun berkaitan 1MDB dan Polis
Antarabangsa (Interpol) menolak permintaan PDRM agar mengeluarkan waran tangkap
ke atas Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Polis Thailand pula
tidak membenarkan Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar menemu bual
bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo.
8. Negara-negara seperti
Singapura dan Switzerland serta wilayah berautonomi Hong Kong amat tegas mengenai
jenayah rasuah dan pembersihan wang haram (money laundering) manakala Amerika
Syarikat sangat tegas terhadap pakatan untuk menipu (conspiracy to defraud).
9. Tindakan Mohamed Apandi
merestui tuduhan terhadap Khairuddin dan Chang tetapi pada masa yang sama
menolak perakuan pakar (expert recommendation) Bank Negara agar mendakwa 1MDB
berkemungkinan memperkukuhkan lagi iltizam pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara
serta kakitangan awam lain yang berintegriti untuk tidak tunduk kepada
intimidasi.
Keputusan Mohamed Apandi Cetus Tindak Balas |
11. Di arena politik, Umno sudah
berpecah kepada dua puak – puak Mohd Najib dan puak Muhyiddin-Shafie. Di peringkat akar umbi pula, kepemimpinan
bahagian dan cawangan tidak lagi berani angkat kepala kerana malu diherdik dan
dipersendakan oleh ahli-ahli sendiri.
12. Barisan Nasional hanya wujud
pada nama. Ramai perwakilan ke Persidangan Agung MCA baru-baru ini secara
terbuka menggesa Mohd Najib meletakkan jawatan. MIC lumpuh akibat krisis
dalaman. Di Sarawak, parti-parti suku kaum yang membentuk BN negeri mula
bersuara mengenai autonomi dan menjauhkan diri daripada krisis pemerintahan
pusat. Umno Sabah pun telah berpecah akibat pemecatan Shafie dan penonjolan
musuh-musuh politik beliau.
13. Kem Mohd Najib serba salah.
Mereka mahu menyingkir atau, setidak-tidaknya pun, meminggirkan Muhyiddin
dan Shafie, tetapi tidak berani kerana mereka tidak yakin dengan kekuatan
mereka sendiri. Duri dalam daging sudah bernanah.
14. Secara tersirat, pendakwaan
terhadap Khairuddin dan Chang adalah “amaran” bahawa sesiapa saja yang membuat
laporan rasmi membabitkan 1MDB dan Perdana Menteri berkemungkinan
disiasat dan didakwa sebagai pensabotaj.
15. Soalnya, kalau membuat
laporan, memberi maklumat dan menyerahkan dokumen kepada PDRM dan SPRM adalah
sabotaj, bagaimana pula PDRM dan SPRM hendak mendapatkan kerjasama rakyat
jelata dalam usaha mencegah jenayah dan membasmi rasuah?
Natijahnya, di sebalik jargon,
slogan dan retorik seperti 1Malaysia, rakyat didahulukan, keterangkuman (inclusivess)
dan kesederhanaan (moderate) terselit unsur-unsur ancaman yang mendalam dan
menyeluruh.
Abdul Rauf jawab surat saya, terima kasih |
Nota Kaki: Terima kasih kepada Setiausaha Kerja Umno Malaysia,
(Datuk) Abdul Rauf Yusoh kerana menjawab surat saya. Harap-harap saudara masih
ingat rumah terbuka “power” di kediaman saudara pada tahun 2008 apabila kita -
termasuk Tun Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin - hadir memberi sokongan kepada Mohd Najib sebagai bakal Perdana
Menteri. Sejarah sewajarnya menjadi pengajar kita dan kebenaran menjadi
landasan perjuangan kita.
Wallahuaklam.
berani kerana benar, takut kerana bersalah....
ReplyDeleteSalam Datuk
ReplyDeleteKesemua 15 points yg datuk nyatakan memang tepat. Pada pandangan saya mungkin najib boleh control agensi2 dlm negeri spt AG, PDRM, MACC dan lain2 tetapi beliau skrg rasanya lebih risau dgn BNM terutama Zeti. Kenapa? Beliau tahu pengaruh dan cara kerja Zeti yg firm dimana Zeti disegani dan dihormati oleh kalangan banker dan govener perbankan antarabangsa dan saya rasa pihak2 luar spt Singapura. HongKong dan Swiss mereka berurusan secara telus dan tegas dan pasti mereka telah menyalurkan maklumat2 kpd Zeti dan pihak2 luar ini juga sdg melihat drama 1mdb dan 2.6 billion sejauh mana akan dimainkan sdgkan pihak2 luar ini lah yg sdg melihat skrip yg original dan yg pasti mereka akan mainkan skrip yg original tidak lama lagi dan bagi saya Zeti is on their favour dan diharapkan agar TanSri Zeti selamat dan sihat.
ReplyDeleteSalam Datuk AKJ,
Tindakan mencari kebenaran ,diangap mensabotaj perkhidmatan negara dan negara . Bagimana pula tindakan rakyat Malaysia berketurunan Cina membawa duta Cina melawat Petaling Street diambang ketegangan kaum ?.
Duta Cina telah mengeluarkan kenyataan mencampuri urusan keselamatan dalaman Malaysia ,dan bolih juga diangap menghasut rakyat berketurunan Cina , yang Cina dibelakang mereka .
Bagimana tindaktanduk MCA menjemput Duta Cina menghadiri persidangan agong mereka ,adakah ini amalan biasa bagi parti politik di Malaysia ,dan Duta Cina juga telah mengeluarkan kenyataan yang juga berbau hasutan kapada rakyat berketurunan Cina .
Malang sunguh PDRM .
Salam hormat DAKJ:Saya keliru antara BNM & AG,tapi utk senang bagi saya nak faham agaknya macam ni:Misalkan dlm syarikat saya,pegawai bawahan saya buat permohonan pada saya utk siapkan dana operational satu projek,setelah saya teliti atas kertas(sebab projek belum terlihat)saya faham dana itu perlu jadi saya luluskan.6 bulan kemudian setelah saya lihat laporan kewangan dana yg saya luluskan ada yg tak kena,terdapat penyelewengan(saya tahu sebab saya bos dan faham hal projek)akhirnya saya laporkan pada polis pegawai saya curang.Lebih kurang macam tu kut..TS Zeti dan BNM pada awalnya fikir dana itu dibuat projek betul,tapi ternyata satu penipuan.Jadi betul lah BNM.
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteOpposition supporters are jumping with Glee when Najib went Beserk trying to eliminate all opposition against him in UMNO....
Tangkap.. Tangkap... Tangkap they say. If Possible they want him to put all his party members behind bars.
UMNO's Veterans have Declared Open War against Him and will Drive most of the Party Members Against Him!(Remember the Rule Trust Nobody? Not even those closest to you?). This open War is not going to "Blow Away" like the Haze or Racial Shenanigans (debatable?). It will in fact get worse until the Next Elections. It will only get better AFTER he has lost the elections.
Just Remember Though:
"JUST BECAUSE THE PERSON WHO CRITICIZE YOU IS AN IDIOT DOESN'T MAKE HIM WRONG"
You would like to think his idiocy makes him wrong, but it doesn't. Treat all criticism as if it has been produced by the monkey with the typewriter; that is, see it as a lucky shot that happened to hit the mark. That way, you can make corrective use of the assault, yet denigrate the source (Get It? Not Rocket Science La).
Currently, it's looking like it's YOUR monkey that's at the Typewriter!
salam awal muharam.. di malaysia ni tok .. banyak perkara ajaib belaku.
ReplyDelete"bila turun bala ALLAH lah non, semua kita kena" itu kata kata keramat yang tersemat di jiwa saya.. kata kata TOK kepada saya pada tahun tahun yang berlalu..
BAHAYA MALAYSIA
Episod pendakwaan Khairuddin dan Chang adalah entri baru kepada senarai bukti kebobrokan politik pembesar UMNO tanpa segan silu menghina kepintaran berfikir bangsanya sendiri. Kebejatan akhlak pembesar UMNO memperalat instrumen negara demi kelangsungan politik sendiri sambil merampok kekayaan negara untuk diri sendiri dan konco-konco tidak memperlihatkan tanda-tanda mengurang, malahan sebaliknya.
ReplyDeleteMedia arus perdana, seawal penggal kedua keperdanaan Mahathir ditampuk kuasa telah dikorokan menjadi instrumen memperbodohkan Melayu semata-mata untuk mempastikan Presiden UMNO terus kekal berkuasa. Massa Melayu terus seperti katak di bawah tempurung, laksana anjing terus bercawat ekor walaupun sudah berpuluh jong keluar masuk muara.
Bumi tercinta ini sedikit demi sedikit dipenuhi pendatang asing yang pasti akan meminggirkan Melayu nanti. Massa Melayu masih rasa selesa dengan status quo sosio-politik yang ada walau pun bangsa kita sedang menuju ke satu zaman gelap. Apakah kesedaran itu hanya akan bangkit apabila "pedang sang aljogo sudah berada di tenggorok" seperti yang pernah diungkapkan oleh Khalil Gibran? Atau pun penyesalan hanya akan hadir apabila kita menjadi "Melayu-cong" menyamai pelarian Vietcong seperti yang pernah disuarakan Syed Hussein Ali di satu forum di ODT UKM tahun 1974 dulu?
Lepas tngk apandi maksud nama dia kalau di pecahkan inggeris dan tambil menjadi a-pig, sori la sesapa nak tembak 1mdb, strict woo brader ni. Nampak gaya mcm no nonsense character, mcm guru besar pun ada. Nak lawan kan dengan khairuddin yg tak sudah2 nak berselfie sana sini, tngk kamera nak pose, nak senyum mangga.
ReplyDeleteDulu masa memula si khairuddin ni kluar, nampak sempoi je skang ni dia mcm tengah basking in the limelight.
Dark days ahead.
Sallam Dato’
ReplyDeleteDS Khairuddin dan lawyer Chang ditahan dibawah seksyen 124L dalam undang-undang jenayah kanun keseksaan (Penal Code).
Tuduhan jenayah yang dibuat oleh DS Khairuddin dan lawyer Chang adalah kerana membuat laporan polis di luar negara.
Apa logiknya membuat laporan polis boleh menjadi satu jenayah?
Laporan polis telahpun dibuat oleh DS Khairudin di Malaysia.
Tetapi, seperti dimaklumkan di dalam media dan kementerian kewangan, dana 1MDB telah merentas keluar sempadan Malaysia ke luar negara.
Bidang kuasa PDRM untuk menyiasat hanya terbatas di Malaysia sahaja.
Seksyen 124L, termasuk seksyen 124B, 124C diperkenalkan dalam tahun 2012 ketika Najib menjadi PM.
Kita memberikan kuasa kepada anggota Parlimen untuk mengubal undang-undang untuk kesejahteraan rakyat.
Majlis Peguam (Bar Council) telah melontarkan kritikan supaya undang-undang baru seksyen 124B tidak disalahgunakan.
Apakah undang-undang baru seperti 124L dan kebelakangan ini seksyen 124B disalahgunakan bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk golongan tertentu?
Majlis Raja Raja Melayu bertitah menyuruh siasat pengaliran keluar beribu ribu juta duit pinjaman syarikat 1MDB ke luar negara. Dan hukum mereka yang terlibat.
ReplyDeleteTapi Apandi Ali pergi caj orang yang nak dedahkan ke mana pergi wang beribu-ribu juta yang di pinjam dari Kumpulan Wang Pencen, duit rakyat buat apa?
Boleh dapat balek ke duit beribu ribu juta yang di curi oleh Jho Lo?
Raja-Raja bertitah supaya institusi negara diperkuatkan tapi si Rahaman Dahlan orang Sabah ni pergi serang Gobenor Bank Negara pula kerana nak selamatkan wang yang dicuri Jho Lo. Apa hal?
Pokoknya Raja Raja, Bank Negara dan rakyat amnya mahu wang beribu ribu juta KWAP dikembalikan.
Apandi dh jadi peguamcara 1MDB. Dia ni memang evil hearted dan kuat menipu pula. Sebebarnya Apandi lah perancang dengan menasihati Khalid twit guna Sosma dlm kes Khairuddin.
ReplyDeleteMacam Khalid Twitter juga, Apandi kata Khairuddin dan Chang bukan dituduh dibawah Sosma tetapi dibawah Kanun Keseksaan. Untuk BN, dia tak mahu beri izin untuk pendakwaan. Untuk orang yg melapurkan jenayah pegawai 1mdb atau Najib, dia ckp ada kes memsabotaj negara dan terus dakwa dan tentukan tak dapat bail dgn menggunakan Akta Sosma.
Sebenarnya lagi senang nak bukti kes BN terhadap 1MDB dari nak bukti kes memesabotaj Negara yg melibatkan membuat laporan kepada pihak agensi luar Negara. Daripada jadi Peguam Negara dan Pendakwaraya dan membuat dosa, lebih baik Apandi mintak Najib jadikan dia peguam 1MDB. Gaji lagi lumayan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThe TPPA signed, things could be different. ..
ReplyDeleteSemacam umno merelakan dirinya dihina dan berpecah. Adakah umno dibayar untuk berpecah? Apabila umnno kalah PRU 14 nanti kerana satu melayu ni ..... melayu akan merana. PAS tidak cukup cerdik untuk memerintah negara.... Majlis Tertinggi umno buat apa?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSallam Dato'
ReplyDeleteSallam Hijrah semoga ramai hati yang akan berhijrah ke kota kebenaran, melihat kepada scenario yang berlaku sekarang ini teringat saya suatu peristiwa ketika saya bertugas di Cameron Highlands di tahun 80an dulu dalam Operasi saikologi untuk memenangi hati orang asli sambil mendapat maklumat pergerakan (PGK) Pengganas Gerila Komunis, salah seorang pegawai bawahan saya telah di laporkan memeras ugut seorang tauke ekor haram cina, apa harus saya lakukan? ini sudah jadi kisah peyamun merompak pencuri. Tindakan saya ialah memanggil kedua dua pihak, buka meja dan YAM SENG, pegawai berkenaan saya hantar ke pendalaman "Pos Minson" tinggal bersama orang asli sehingga ia boleh bertutur dengan baik dialek orang asli tersebut. Si tauke ekor haram ini saya serahkan kepada polis tempatan ketika itu.
Itulah scenario yang sedang terjadi sekarang dan saya tak sabar menanti (whose head are going to roll) selepas PRU akan datang, kata kata "Duit BRIM kita sapu undi BN minta maaf lah". Itu lah scenario harian sekarang di pasar, kedai runcit malahan dalam masjid.
Semoga yang benar di lindungi Allah, ingatlah doa orang yang terainaya di makbul tuhan.
Dear Dato,
ReplyDelete1. One step forward a day towards fail state.
2. Malaysia masih aman, masih ada BRIM
3. Kes culik kes luar biasa
4. semuanya ok
5. maseh ramai yang sokong kerajaan BN, maseh kenang jasa umno bn
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya sebenarnya agak hairan dengan penjelasan Peguam Negara kenapa dia tidak boleh mengambil tindakan ke atas 1MDB. Mungkin ada yang lebih arif mengenai perkara ini.
Kemungkinan ada 'administrative oversight' bila BNM memberi kan kelulusan kepada 1MDB dahulu tanpa pemeriksaan teliti. Tetapi adakah dengan ini bermakna 1MDB boleh terlepas begitu sahaja? Kesalahan 1MDB sepatutnya dipisahkan dari masalah pentadbiran BNM.
Bagi saya sepatutnya kita memuji tindakan BNM yang telah mengambil keputusan untuk bertindak walaupun terlewat dan tindakan ini mendedahkan kelemahan mereka sendiri.
Orang yang puaka, haram jadah dan jahat , tidak lagi menghargai ciri-ciri kemanusian.
ReplyDeleteZeti perlu jaga keselamatan sendiri, jauhi dari tong-tong simen!
Pelik, Apandi Ali kan Peguam Negara yang menyebelahi rakyat yang perlu menjawap kepada rakyat.
ReplyDeleteAdakah tak pelik Peguam Negara tidak mahu menjawab soalan dari journalist?
Kalau Majlis Raja Raja Melayu keluar titah memanglah tak ada press conference.
Ini Peguam Negara berlagak macam Raja pula. Bagi kenyataan lepas tu blah tak mahu bersemuka dengan rakyat.
Pelik betul kerajaan Najib sekarang.. semua kerana tak nak jawap kemana pergi beribu ribu duit rakyat.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteSudah tiba masanya agar UMNO melakukan renaissance dalam dirinya sendiri. Saya berpendapat bahawa neo-feudalisme yang membarah dalam parti segera ditangani agar anak cucu kita tidak mencaci kita dikemudian hari.
Lawan kita sebenarnya ialah neo-liberal yang dibawa oleh pembangkang. Saya khuatir apabila jalur jalur pemikiran mereka diterima rakyat, adakah kita akhirnya menuju ke sebuah pembentukan negara republik? Saya mewakili anak-anak muda melihat UMNO ini tidak lagi mempunyai idealisme yang kuat seperti zaman di mana UMNO ini mula ditubuhkan.
Sebagai seorang ahli parti saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan setengah pak pak menteri kita yg saya kira hanya bangga dengan jawatan dan mulalah membuat lawak seperti timb menteri MITI kita.
Datuk saya fikir setelah jatuhnya rejim DS Najib ini, eloklah dimulakan upacara penyucian di dalam UMNO. Janganlah kita menanam benih-benih pelapis yg akhirnya dipandang lekeh.
kalau "hilang" orang berdua ni nanti, cari je tong-tong minyak yang diisi konkrit di dalamnya.....!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteSalam Dato AKJ.
ReplyDeleteNampak gayanya Najib telah 'berjaya' memporak-perandakan pentadbiran Negara, demi mempertahankan 1MDB. Habis semua badan Kerajaan yang memelihara dan menguatkuasakan undang-undang telah hilang kredibility dan tidak lagi dihormati Rakyat. Di media-sosial atau sembang-sembang di kedai kopi, menteri-menteri Kabinet beliau menjadi bahan lawak-jenaka, mengalahkan rangcangan lawak Scenario TV3.
Peguam Negara pun sudah jadi 'Peguam-Bela' 1MDB. Sepatutnya Peguam Negara memihak kepada Bank Negara.
Tindakan Najib 'mendekatkan-diri' dengan Agama atau menggunakan orang Agama untuk menampakan beliau 'bersih' akan hanya mendatangkan kehinaan kepada Islam. Lebih kurang sama saja dengan seorang bekas-TPM yang mengunakan agama untuk mengaburi tabiat songsang beliau.
Selain 1MDB, TPPA, PFI dan Saham FGV yang merudum boleh juga mengakibat UMNO dan Najib terlucut 'seluar', PRU14 nanti.
First, they got rid of ISA on the ground it had been used to silent dissents in the past and replacing it with brand new law called SOSMA. Well guest what, among those earlier charged under SOSMA are not those of terrorists or extremists but government critics! How ironic. Even the crimes they allegedly made not even clearly laid out as offences under SOSMA which is economic sabotage.
ReplyDelete
ReplyDeleteSalam Dato AKJ.
Saya terlihat sebelah kiri-atas, blog Dato, ada berita mengenai MH17.
Izinkan saya beri pendapat.
Belanda tak berani istihar siapa yang lepaskan missile itu walaupun laporan menuding-jari kearah Pemberontak yang disokong Russia. Pada masa yang sama, Russia juga mengeluarkan laporan sendiri yang mendakwa Ukraine bertanggong-jawab melepaskan missile lama, jenis lain pula. Dalam hal ini saya lebih cenderong mempercayai Russia, kerana bukan mereka yang mencetuskan huru-hara di Ukraine.
Pada firasat saya, Ukraine dengan bantuan US menjadi dalang menembak MH17 untuk memburukkan Russia. Maklumlah mana-mana Kerajaan yang tidak ikut telunjuk US, sama seperti di Negara-Negara Arab-Spring, US dan Barat adalah pembiaya dan penghasut supaya pembangkang dan Rakyat di Negara berkenaan memberontak, jatuhkan kerajaan mereka. Apa yang berlaku di Ukraine didalangi US dan Barat. Masyarakat pro-Russia berfahaman Christian (Eastern) Orthodox disebelah timur, termasuk di Semenanjung Cremia, manakala sebelah barat, majoritynya berfahaman Kristian Catholic yang pro-Barat dan US.
Sebulan sebelum itu, MAS kehilangan MH370. Juga ada kaitan dengan pergolakan yang berlaku di Ukraine. Ketika itu, US sedang mengelabah, kerana Russia masuk dan campur-tangan. President Viktor Yanukovych lari ke Russia pada hujung Feb 2014. Russia pula merampas Cremia yang 95% penduduknya adalah keturunan Russia yang berfahaman Orthodok. Kemudian diadakan referendum yang sudah tentu memihak kepada Russia. Presiden Putin mengeluarkan kenyataan bahawa "Russia is not the instigator in Ukraine" yang ditujukan kepada US.
Sebelum kehilangan MH370, Ukraine sedang ‘bermandi-darah’ disebabkan pihak Pembangkang cuba mengulingkan Kerajaan yang sah, melalui jalanraya. Media antarabangsa dan seluruh dunia menumpukan berita utama mereka mengenai pertumpah-darah sesama penganut Kristian, akibat campur-tangan asing dalam politik di Ukraine. Policy luar Amerika dipersalahkan, lebih-lebih lagi setelah melihat apa yang terjadi di Timur-Tengah. Penipuan UK dan US mengenai ‘weapon of mass destruction’ yang kononnya dimiliki Saddam Hussein, kembali hangat diperkatakan. Di Arab Saudi yang tidak mengamalkan demokrasi, Amerika boleh ‘menutup-mata’ pula. Setelah MH370 hilang, semua media beralih kepada Malaysia yang kehilangan jet penumpang bersama 239 nyawa.
Salam Datuk,
ReplyDeleteKita, rakyat Malaysia dikeletong hidup2 oleh orang keturunan Bugis dan Jawa.Melayu UMNO ( N for Najib )masih memberi sokongan kepada kedua2 pendatang ini.
Melayu akan hidup walaupun UMNO tiada ada dimuka bumi Malaysia ini.. jangan risau
hantar saja UMNO kekubur atau Kepulauan BUgis dan Jawa.
Salam Dato.
ReplyDeleteDlm Utusan hari ini;
'Siasat segera insiden kebocoran maklumat siasatan 1MDB" - Mohd.Puad Zarkashi...(ahli MTEN).
"1MDB gesa Tony Pua..'walk the talk".
"Dr M just want to put Najib on the spot....he (Najib) knows what he is doing...ad he loves the party and the country as not to see it destroyed"...Shahril Samad.
3 hari lepas...Rahman Dahlan berkata ..Zeti sbg gabenor BNM tidak sepatutnya memberi arahan pd 1MDB membawa pulang duit USD1.83 kerana ianya tidak melanggar apa2 undang2 atau Akta 'not against BNM regulation'...lagi pun kes ini sudah lama.
Dato...nmpk nya rakyat jelata terpaksa mengharungi 1001 cerita2 yg mengarut bertujuan untuk MENUTUP PEKONG Bugis...didlm kehidupan harian sejak Tun M mempersoalkan 1MDB (dimana Bugis menguasai 100% Pentadbiran).
- Mohd Puat...masih defensif...menyokong Boss.
- Arul pula berbelit2 dgn jawapan dia pasal 1MDB.
- Rahman Dahlan....nmpak lebih pandai dari Zeti dan lebih tahu tentang peraturan atau Akta BNM...semata2 kerana nak jaga 'buntut' Boss.
- Shahril Samad...pun bersuara juga....tetapi sy lebih sedap mendengar dia bersuara... bila dia diam sahaja.
Tentang org Ketua yg tiba2 megah dgn darah Jawa pula....sy tiada lagi komen...cuma sy ulangi komen dari seorg Pembahas sebelum ini.................." bercakap pasal ..'fast cars and superbikes'...barangkali ok kot...bercakap pasal perkara2 terutama pentadbiran dan ekonomi negara..buang masa sahaja.
Betul...bila Ainina berkata ...Menteri2 yg mengelilingi Bugis tidak lagi memakai otak untuk berfikir bila mana mereka sibuk dgn tugas 'cover Boss' dari buat kerja yg mereka diamanahkan.
Dato....negara mcm makin hari makin bercelaru nmpaknya.....jentera kerajaan sibuk dgn kerja2 'damage control dan cover up' sahaja.
Semua adalah kerana hasil kerja tangan.....Bugis belaka....makin teruk pula bila ada Jawa yg tumpang sekaki.
Terima kasih.
ReplyDeleteThe Rulers' decree has been ignored.
The utterly nonsensical reasons given by the AGC for the BNM cover-up and the SOSMA detentions are unsound in law and purely political.
The Rulers' decree has been ignored. And Their Majesties also have legal advisers, please note. Do not underestimate Their Majesties; they know what is going on.
TS Zeti is going to shortly shred the poor reasoning of the AGC with a detailed statement.
The AGC of course will do nothing.
There is only one way to break the impasse:
The Rulers must initiate an RCI and inform the Bugis that they have done so in the interests of the nation.
TS Abu Kassim, TS Zeti and quite a few other people should then testify in front of the RCI, whose security should be ensured by the Armed Forces.
Only then can we see justice for the Malaysian people.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum DAKJ
ReplyDeleteAlasan Peguam Negara mengelakkan pendakwaan 1MDB sebagaimana saranan BNM nampak bijak tapi melucukan. Selepas ini banyaklah pesalah yang akan menggunakan alasan yang sama dalam pembelaan di mahkamah. Jika seorang yang telah memiliki lesen memandu misalnya, disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas boleh mengatakan bahawa dia telah diberi kebenaran oleh JPJ melalui lesen memandunya. Jadi pihak berkuasa tidak boleh mendakwanya kerana kebenaran oleh JPJ itu adalah mutlak. Seseorang yang telah diberi kebenaran bebas melakukan sekehendak hatinya dengan beralaskan kebenaran itu sebagaimana 1MDB. Sepertimana yang dihujahkan oleh pembahas Malindo di atas, senario yang tercetus dari alasan Peguam Negara adalah tidak masuk akal walaupun nampak macam bijak menuding jari kepada BNM.
SALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDAKJ,
Looks like the rakyat are made to sing to Najib's music..
SPINNING AND SPINNING THE WORLD GO ROUND.. PENING, PENING, PENING
and the government officials are doing the cha-cha dance..
ONE STEP FORWARD, TWO STEPS BACKWARDS... CAMNE NAK SAMPAI DESTINASI (KEPUTUSAN) DAA..
Semoga sdr AKJ sekeluarga sentiasa dinaungi dgn Sinaran Zat Kasih dan Sayang Allah Swt..
ALFATIHAH, AAMIIN
Ps.. still sitting on the dock of the bay watching the Bugis ship spinning.. hahaha
Salam Dato.
ReplyDeleteLanjutan dari komen sy diatas...
Nmpak mcm Rahman Dahlan dan AG lagi arif tentang hal ehwal BNM dari Gabenor sendiri.
Tetapi yg sy tahu ...Zeti di situ sejak 1998..(18 tahun) ...dan telah mndpt pengiktirafan sbgai Cenral Banker of the Year Award dari Euromoney.
Ertikata disini....mereka2 ini akan mendambakan diri pd Bugis ini dgn apa cara sekali pun....asalkan 'the Boss Ass is guarded'.. ..kasihan.
Sekali lagi sy tekankan disini....bahawa Ainina melihat...dan ramai yg dpt melihat betapa berberapa org Menteri seperti Salleh Keruak..Rahman Dahlan..Nur Jazlan... org2 seperti Puad...Shahril.....budak 'baju merah' ..Jamal...dll akan selalu memperbodohkan diri mereka mempertahankan Boss asalkan 'status quo'.
Tetapi apa yg nak terperanjatnya bila...Tun M pun disanggah mereka.
Kadang2 sy tertanya....adakah ini sebenarnya sifat bangsa Melayu yg selalu kita bermegah2 sngat....kerana kepentingan diri semata2....mata dan hati telah menjadi buta... tidak lagi dpt melihat antara kebenaran dan kepalsuan.
Tidak lagi dpt menilai antara kaca dan permata.
Huh!!! lekeh betul org2 ini.....memang layak dibangsatkan saja...buat malu bangsa.
Wallahmuallam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJangan biarkan negara anda diselubungi misteri.......
ReplyDeleteBarah di dalam UMNO telah bermula dari Mahathir lagi. Manusia jahat dan tamak menguasai pentadbiran melayu UMNO.
ReplyDeleteKesimpulan dari kenyataan AG Apandi, Rahman Dahlan orang Sabah, Syed Keluak orang Sabah,utusan malaysia,bharian,nst rocky bru dan kuncunya,shahril,azlina mereka memandang pengagihan 42 ribu juta kepada orang yahudi,arab,india,cina bukan masaalah.
Mereka menentang Majlis Raja-raja melayu untuk caj mereka yang salah, mereka menentang arahan BNM untuk wang beribu juta KWAP yang di curi Jho Lo di kembalikan!
Biar betul!! Perlukah Presiden UMNO seperti ini dipertahankan lagi? Perlukah UMNO dipertahankan kerana jika Presiden di tukar mereka ini masih ada dalam pentadbiran.
Apakah solusi bangsa Melayu bila peminpin dan apparatus UMNO sendiri tanpa malu mengambil wang dari tabung tabung melayu untuk diagihkan kepada bangsa bangsa cina, yahudi,india dll?
Bila Presiden tanpa malu menerima beribu juta? Khir Toyo terima hanya ratus ribu pun dipenjarakan.
Ini adalah serius dan kita perlu duduk bermuafakat..kerana kekayaan melayu kini digunakan untuk menghasncurkan diri sendiri..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteYBhg Dato dan Pembahas yang saya hormati. Isu undi tidak percaya ini seperti double sided sword. Kalau diluluskan maka tergugatlah kedududukan YAB PM. Kalau tidak lenyaplah semua isu yang dibangkitkan dan kehidupan akan berjalan seperti biasa.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
Pencetus Strategic Vision,
Petaling Jaya.