A Kadir Jasin
﷽
INI cerita lawak. Tapi apa nak
dihairankan? Malaysia dah jadi bahan lawak satu dunia.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak
akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Sarawak Report (SR) lapor
maklumat yang ia dakwa dari Laporan Pengauditan 1MDB oleh Ketua Juruaudit
Negara, (Tan Sri) Ambrin Buang.
Laporan itu dah diserahkan
kepada Parlimen tapi dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Jadi salah
kalau dedahkan kepada umum.
[Teruskan perjuangan Selamatkan
Malaysia. Tandatangani Deklarasi Rakyat di sini.]
Kalau betul maklumat SR itu
daripada laporan tersebut, ia sudah langgar OSA dan boleh disiasat, dihadapkan
ke mahkamah dan sekiranya sabit kesalahan dihukum penjara mandatori sehingga
dua tahun.
Boleh jadi masa Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng
Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, arah Ambrin menentukan kesahihan (verify) laporan audit
1MDB pada 4 Mac tahun lepas dia nak sabotaj atau lengahkan penyiasatan ke atas
syarikat yang dia sendiri kemudikan.
Dia mungkin sangka Ambrin akan
bagi cap jari kepada akaun tersebut maka dengan itu bebaslah dia daripada
disyaki seleweng berbilion-bilion ringgit duit 1MDB.
Jadi apabila laporan Ambrin itu
bukan saja tak dihebahkan malah dikunci pula di bawah OSA jelaslah ada benda
besar yang Mohd Najib tak mahu rakyat jelata tahu.
Soalnya, trompet beliau yakni
(Datuk Seri) Salleh Said Keruak aka SSK, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dah
kata laporan SR kena disiasat untuk sahkan betul atau tidak.
KPN Mohd Najib pula, (Tan Sri)
Khalid Abu Bakar kata dia akan tanya Ambrin.
Tapi macam mana dia nak tanya
dan macam mana Ambrin nak jawab pasal laporan itu dah jadi dokumen super sulit
bawah OSA?
Katakanlah Khalid tanya dan
Ambrin sahkan laporan SR tu betul. Kita yang baca laporan SR walaupun SSK cuba
sekat tahulah bahawa maklumat itu benar. Dengan itu lagi banyaklah pekung di
dada Mohd Najib terdedah.
Tapi Ambrin boleh kata dia tak
boleh jawab pasal laporan itu sudah diOSAkan.
Masalahnya kita yang baca berita
arahan Mohd Najib kepada Ambrin 4 Mac tahun lalu dan laporan SR tiga hari lepas
boleh buat kesimpulan bahawa bila laporan Ketua Juruaudit Negara itu diOSAkan
maka tentulah ada rahsia besar yang Mohd Najib dan konco-konco beliau nak
sembunyikan.
Nak tangkap dan siasat SR pun
tak boleh pasal ia beroperasi di UK. Bukan tak cuba tapi tak berjaya!
Tahun lepas Khalid cuba tangkap
pengarang SR, Claire Rewcastle-Brown, tapi gagal bila Polis Antarabangsa
(Interpol) kata tak ada sebab nak tanggap perempuan orang putih itu.
Syusyah kan?
Kalau betul maklumat SR itu dari
laporan Ketua Juruaudit Negara, ia dah jadi cerita kong-kalikong.
Kita rakyat jelata Malaysia yang
tak layari Internet tak tahu tapi orang putih yang jauh beribu batu tahu.
Balik kepada cerita zaman dulu
kala. Orang Melayu tak tahu apa-apa. Dok tak dok orang putih dah jajah satu
Malaya.
Boleh lagi kusut kepala SSK. Dia
sekat SR dan blog tapi rakyat jelata yang celik komputer boleh baca juga.
Mereka lompat kawat duri yang dia pasang.
Terima kasih kepada pembahas
yang kongsi maklumat macam mana nak lompat atau runtuhkan tembok yang SSK
dirikan.
NOTA KAKI (ulangan): 1. Mappadulung
Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone bukan fiksyen ciptaan saya. Ia adalah gelaran
tertinggi Bugis daerah Gowa, Sulawesi yang diberikan kepada Mohd Najib pada 12
November 2005; 2. Pemakan dedak adalah gelaran yang laskar siber (cyber warriors) Umno/Mohd
Najib bagi kepada satu sama lain selepas Perhimpunan Agung Umno 2014 apabila
Mohd Najib menuduh mereka bangang kerana menyerang parti sendiri.
Wallahuaklam.
Salam Dato.
ReplyDeleteOrg yg dah bersalah akan melalakulan apa sahaja untuk menyelamatkan diri.
Lebih2 lagi bila kuasa ada ditangan.
Sy pernah menonton satu filem Cina mengenai seorg raja yg zalim. Beliau begitu takut kuasa dirampas higga memberi arahan kpd Ketua tentera...mcm KPN kitalah agar menangkap sesiapa sahaja tidak kira kumpulan atau individu yg DISYAKI berkomplot untuk menjatuhkan dia.
Justeru itu...ramailah yg telah ditangkap tanpa sebab yg kuat atau tanpa apa2 sebab sekali pun...cuma kerana Ketua Tentera mengesyaki sesuatu.
Dlm ketaksuban yg teramat sngat pd Raja... 2 dan 3 ekor beruk yg berkeliaran dikawasan istana pun ditangkap juga oleh Ketua tentera yg tolol ini.
Entah2 Ketua tentera yg tolol ini pun mentedarah dedak juga nmpaknya serupa yg terjadi pd Ketua2 Melayu dlm Umno dan Penjawat awam kita dizaman ini.
Tapi harap2...tiadalah berok2 dikawasan hutan diPutra Jaya ditangkap pula kerana berada dekat dgn rumah PM
ReplyDeleteSalam Datuk,
Here is the ultimate irony.
On his own blog, Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone sang the praises of the upcoming report!
"Former Umno deputy president Muhyiddin Yassin has asked Prime Minister Najib Abdul Razak whether he has forgotten the pledge he made a year ago, when asking the people to be patient while waiting for the auditor-general's report on 1MDB.
Najib, the Pagoh MP said, had promised that the auditor-general's report on 1MDB would be announced and gave the assurance that individuals involved with the abuse and swindling of 1MDB would be brought to justice.
Muhyiddin quoted Najib's blog NajibRazak.com dated May 2015, which stated:
“It is not fair for certain politicians to put the government culpable in the court of public opinion before the actual facts are being tabled to the rightful authorities from the auditor-general and the Public Accounts Committee (PAC) which are deemed non-partisan... hence while waiting for it, please stop speculations and make conclusion without the information tabled by the auditor-general in its detailed study on the financial affairs of 1MDB.
“If we are sincere in finding the truth to the allegation, we need to get information from a rightful source (like the auditor-general) and not from a news portal or third party or a blog which may have a hidden agenda.”
Regrettably, Muhyiddin said, Najib broke his promise.
He reminded that the auditor-general began its probe in March 2015 and the interim report was completed in June 2015, adding that the final report was tabled to the PAC on March 2016.
Not only that the auditor-general's report was not revealed to the public, it was classified, Muhyiddin added.
“It was also classified under OSA 1972. The action to classify the auditor-general's report as a confidential document seems strange as the auditor-general is responsible under Article 107 of the Federal Constitution to give the report to the Yang di-Pertuan Agong.
“The report is then tabled in the Dewan Rakyat. Has the government been given more power under the Federal Constitution to hide the report from public knowledge?” he asked."
Here are those words again:
"……please stop speculations and make conclusion without the information tabled by the auditor-general in its detailed study on the financial affairs of 1MDB."
Unfortunately for Mappadulung, Ambrin did his job too professionally, hence a hasty cover-up under the OSA.
This is illegal and unconstitutional.
ReplyDeleteNo Prime Minister in our history has told as many lies, done as many flip-flops, and destroyed the country just to save himself, more than this Bugis pirate.
We are truly unlucky.
In the short time remaining, all parties must unite and save the country.
All that lies before us is even worse theft, moral decay and abuse, otherwise.
ReplyDeleteThe MCA is in favour of US$ 7 billion going missing from public funds:
"Declassifying the Auditor-General’s (A-G) report on 1MDB might have a negative impact on the nation if it is politicised and past political issues resurrected, MCA’s Ti Lian Ker said.
While the party’s Central Committee member conceded that the A-G’s report should “ideally be transparent”, making it available to the public could lead to issues being recycled by Opposition leaders and subsequently lead to yet another trial by media.
“Transparency must come in the interest of justice and accountability, not victimisation or mere politicking."
What a moronic statement.
Who is the "victims" here?
The public.
Yet this MCA barua calls it "mere politicking"?
Then they wonder why nobody votes for them?
Where is "justice and accountability" on 1MDB?
asalam d kj,
ReplyDeleteeid Mubarak.
t sri Ambrin ada lah senior saya dam PTD. saya tlh terserempak dgn beliau d masjid putra selepas solat jumaat. semas itu odit k atas 1MDB sedang giat d usahakan olih JAN. atas pertanyaan saya, beliau berkata bahawa amanah yg d pikul tidak akan d sia2 kan.
he is known 2 b n upright n God fearing person. if given d permission, he will readily speak d truth.
pada perkiraan saya sudah terlambat kalau kita masih berharap yg ds Najib akan melepaskan jawatan secara sukarela kerana beliau sendiri tahu bahawa jika semua maklumat 1MDB sudah terburai maka besar kemungkinan tuduhan CBT akan d kenakan k atas nya.
hanya satu orang sahaja yg mungkin bolih mempengaruhi nya utk mengambil keputusan yg terbaik - IBUNDA nya.
semasa bertugas menjaga tun Razak d London saya berkesempatan memerhati nya. saya bolih membuat kesimpulan bahawa Tun Raha adalah isteri mithali yg wajib d contohi.
beliau amat menyayangi ds Najib. ada satu ketika seorang ahli veteran wanita UMNO tlh pergi berjumpa utk mendapat ehsan nya sebelum berjumpa ds Najib. beliau tlh melarangi nya dgn alasan t/jawab yg sedang d pikul anak nya sudah pun teramat berat.
dgn kemelut yg sedang melanda keluarga rahah/razak sekarang, amat bertepatan sekali jika Tun Rahah dpt memberi nasihat yg terikhlas kpd anak nya. selaku anak yg solih(obedient), ds Najib harus akur. keadaan tidak mungkin bolih menjadi lebih baik. sebelum ia nya ranap sama sekali, masih tidak terlewat bagi mereka menyelamatkan sedikit legasi positif tun Razak.
mari lah kita berdoa bersama sama agar Tun Rahah dpt membantu demi ABT.
Salam Datuk
ReplyDeleteSaya tidak la kalau YDP Agong ada kuasa utk mengarahkan Najib atau Parliament de- classify kn Laporan AG itu.
Something tells me the Agong prefer to let it be.
Sedih sekali melihat 3 juta ahli UMNO kecut dan menggigil utk jatuh kan satu org yg skrg sedang menghancurkan bangsa dan negara. Mungkin 2 orang - Najib n Rosmah.
Terbukti ahli UMNO tidak ada telor.Mereka rela anak cucu cicit mereka menderita hingga 2-3 generasi
Saya pening mengingatkan pendirian/pemikiran orang UMNO yang terdiri dari Melayu Islam. Mereka sepatutnya menyuarakan tentangan terhadap Najib kerana melakukan penyelewengan berbillion ringgit. Sebaliknya mereka menyokong Najib dan ini bermakna bersubahat/membantu Najib terus melenyapkan wang rakyat. Apakah pendirian mereka yang sebenar? Untuk menjaga kedudukan dan kepentingan mereka? Dimana perjuangan mereka untuk bekerja untuk rakyat, agama dan negara?
ReplyDeleteMereka dah jadi golongan yang tidak mempunyai moral dan integriti.
Boleh perjelaskan maksud ...laporan itu dah diserahkan kepada parlimen tapi dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Siapa "parlimen", speaker sahaja, ahli parlimen parti yg memerintah atau semua anggota parlimen. Penting untuk saya tahu siapa mereka untuk dipertanggunjawabkan kemudian kelak jika terbukti laporan itu mendedahkan perlakuan jenayah kerana menyimpan jenayah dari diadili adalah juga satu jenayah. Begitu juga dengan dokumen yang di OSAkan, siapa yang bertanggungjawab melaksanakan perundangan itu, jika polis, kenapa perlu IGP nak kena jumpa ketua juruaudit negara padahal dokumen itu dibawah jagaan beliau, bandingkan saja dengan laporan SR. Apabila rakyat biasa seperti saya mula keliru, rasanya adanya sesuatu yang tak kena telah berlaku...
ReplyDeleteDah semua jalan ditutup, nmpknya kena tunggu malaikat mungkar dan nakir soal Najib dalam kubur pasal 1mdb
ReplyDeleteTerbaik..
DeleteTak lama dah tuuu
kena audit dgn malaikat ; Allahu akhbar.
DeleteDatuk.
ReplyDelete"David Cameron to resign Wednesday...(13th Jul, 2016...London Time)...as Theresa May to become British PM.
London (CNN- British Prime Minister David Cameron is to resign Wednesday, paving the way for Home Secretary Theresa May to take the reins.
(http://edition.cnn.com/2016/07/11/europe/britain-politics-may-leadsom/)
Congratulation, Theresa May!
All the best wishes from Malaysian...like me, that is, luv!...Lov yr Brexit Speech recently, my luv...very inspiring, indeed...very inspiring!!...but, I don't think you will get invited for a cup of tea to Putrajaya, my dear...u know what I mean, luv.
I love everything British...many of us do, behind the curtain.
Ada Ketua Polis pun bodoh mcm Mak Cik Felda.
ReplyDeleteSR telah buat laporan berdasarkan Audit Repot mengatakan US$7bilion telah dicuri dan diseleweng olih Najib and the Geng melalui 'dubious and fictitious circumstances and transactions.
Tugas Polis dibawah kanun acara jenayah dan Akta polis adalh utk menyiasat tohmahan tu tak kiralah samada maklumat mengenai perbuatan jenayah tu adalah hasil dari pembocoran dokumen yg diOSA atau tidak. Polis bodoh shj yg nak siasat samada lapuran Audit yg dibocorkan olih SR adalh tulen atau tidak. Polis professional akan siasat samada maklumat yg mengandungi dakwaan penjenayahan tu betul atau tidak.
Tugas polis & polis professional adalah utk menyiasat semua tohmahan mengenai kesalahan jenayah tanpa mengira dari mana maklumat tu datang..samada dari orang biasa ke, org politik ke, org local atau luar negeri ke atau dari dokumen tulen atau palsu ke atau dokumen yg diOSA atau tidak ke. Yg penting dn disuruh olih undang2 adalah utk menyiasat maklumat yg mengandungi dakwaan jenayah. Polis ditubuhkan ..for the preservation of peace and security of Msia, the prevention and detection of crime, the apprehension and prosecution of offenders...
Sekarang kerja2 detection of crime yg dilakukan olih penyamun2 1MDB telah dibuat olih Clare Brown dan bukan olih Polis Msiaysia, yg sepatutnya mengikut Polis Act adalah 'statutory duty' mereka. Clare brown dh buat kerja mereka dan expose rampant corruption, stealing and theft in 1MDB..banyak pulak helah siKhalid ni. Polis professional akan segera mendapatkan lapuran audit dari Ambrin utk memulakn siasatan terhadap perompak dan penyamun 1MDB. Tugas polis adalah utk siasat maklumat mengenai tohmahan kesalahan jenayah dan bukan siasat tulen atau tak tulen dokumen dari mana maklumat tu dtg.
LaM,
DeleteI beg to differ..
Mak cik Felda pon lebih pandai drp KBAB1
Datuk.
ReplyDeleteJust look at the new PM-designate Theresa May in her recent speech...
"Brexit means Brexit, and we're going to make a success of it. There will be no attempts to remain inside the EU. No attempts to rejoin it by the back door. No second referendum. The country voted to leave the European Union, and as prime minister, I will make sure we leave the European Union," she said.
(http://edition.cnn.com/2016/07/11/europe/britain-politics-may-leadsom/).
That is a very powerful speech...don't you think, Datuk?
Not only that yeah...listen carefully to what she had to say after that..."to unite the country and to create a "strong, new, positive vision for the future," not just for the privileged few, but for everyone."
Isn't that something, everyone...only..and only British PM can say something like that with a strong moral conviction...solid British tradition.
But, again luv...very unlikely, you will get invited to Malaysia for a cup of tea if you talk like that...coz, that bugger at Putrajaya drinks teh tarik laced with rakyat's bloood, luv...neeee, not your cuppa of tea, luv...don't soil your nice dress with Hermes bags and stuffs, all very corrupted...you are above that luv...shall we say, let's keep it that way.
Datuk.
ReplyDelete"Syusyah kan?"
Kami ni memang orang syusyah ba, bos ku...kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang...jadi, apa yang syusyahnya.
Tapi, kalau Tun.M membohong...syusah la.
Kalau Datuk membohong...susyah la.
Sebab orang syusah macam kami hanya dengar cakap Tun.M saja...sama cakap Datuk. Kami suka dengar sebab Tun M dan Datuk tidak cakap bohong.
Jadi ramai la yang sakit hati bila kami suka dengar cakap Tun.M dan Datuk...tapi, mau dengar cakap siapa pula?...ada ke?
Oh ya...ada juga..aku suka juga dengar cakap si Lim Kit Siang sejak dari sekolah lagi...sebab aku benci dia...Cina la katakan...tapi kalau dibandingkan cakap LKS dengan Mufti Pahang dan Mufti Kelantan, aku rasa sedap lagi lagu si LKS...sebab dia belum pernah kata "Oooi Melayu!...hormat orang Cina bila kita makan sup babi"...pernah dengar LKS kata "itu Melayu UMNO...kafir harbi"....ada?...mana ada, bos ku.
Sampai sekarang...masa buka rumah hari raya baru2 ni...orang UMNO benci LKS. Orang Melayu UMNO yang bercakap sampai keluar api dari mulut dia tu BUKAN NYA MELAYU PUN...tapi, kalau bercakap macam Melayu...ptuuuih!
Lagunya kalau mau jadi Melayu, bukan syusyah...hentam saja orang Cina...hentam saja LKS...hentam saja Lim Guan Eng...confirm la orang tu jadi "Melayu"...padahal....
Salam Datuk
ReplyDeleteKalau masa Pak Lah dulu terkenal dengan flip flopnya
Kini Najib...bukan setakat flip flop
Telungkup telungkap!...
Pembelot pembelit
Menteri kabinet beliau pon sama
Melayu!...Oh Melayu!...
Rupanya kamu ditipu pemimpin melayu kamu sendiri...
Melayu memang bangsat!
Tapi melayu tak salahkan melayu
Pemimpin durjana tetap jadi pujaan
Melayu rela ditindas dan dihina asalkan yang menindas itu Melayu dan "Islam"
Tak ape...orang kita jugak kan?
Sekurang kurangnya dapat jugak tempiasnya...BR1Mlah, sponsor pegi umrah lah...malah pergi haji pon sponsor jugak.
MELAYU OH MELAYU!...MANA MARUAH KAMU?
Pening mencari jawapan ... memikir APA LG NK DBUAT PADA BANGSAKU NI UNTUK SEDAR...
ReplyDelete"Kata miskin, tapi disuruh pilih tol percuma dipilihnya yang kena bayar."
"Kata susah, tapi disuruh pilih pendidikan percuma hingga ke IPTA, dipilihnya pendidikan yang berbayar, malah sanggup berhutang dengan PTPTN pulak tu.".
"Kata bangsanya macam 'anak kecil main api', tapi bila disuruh pilih yang tak ade kenaikan harga barang, dipilihnya yg kena GST.".
"kata nak masuk syurga, tapi kenapa pilih/bersekongkol dengan 'pencuri' yg dilaknati.?".
" Kata bangsanya melarat, tapi kenapa pilih pemerintah yang korup, menyeleweng & salahguna kuasa."...
ADA SESIAPA BOLIH TOLONG CARIKAN JAWAPAN KENAPA BANGSA KU TIADA BERKEMAMPUAN UNTUK BERPIKIR MANA SATU PILIHAN TERBAIK DEMI BANGSA, NEGARA & AGAMA.
NAK KATA TAK CERDIK TAKLEH PULAK, YANG ADA TU TAHAP PROFESSOR PUN ADA!!!
Semakin menarik hikayat 1001mdb ni...
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteHaw, haw, haw, these donkeys bray at everyone and everything. When they are caught out by WSJ and SR, what do they do? They haw again and again.
Kadiag, salaam.
ReplyDeleteTulihsan hang kali ni di sambut pengkomen En. LaM 3.45 petang dgn bahasa yg mudah yg pd aku sedikit sebanyak terangkan tugaih2 polis. Terima kasih banyak.
Munkin, jauh dlm lubok hati depa, depa dah sedag dan memang tau apa yg perlu depa buat, munkin jugak masih ada 'kekangan2' yg depa tak dapat nak kalahkan untok laksanakan tugaih seadanya.
Kita di belah sini memang heran, pelik macam mana benda ni bulih melarut sampai ke tahap di maki hamun, di sumpah seranah secara 'direct', di pangge nama2 yg hina, di cerca saban hari...tapi masih kekai lagu tuu jugak. Usia kita tinggai sikit, takkan nak di habihkan begitu saja...?
Munkin jugak depa pikiag kita ni apa la sangat, dok tulih benda tu, benda tuuu jugak, macam dok menyalak bukit, biag pi la, lama2 dah puwaih bosan menyalak, balik la ke tempat asai atau pon cari benda lain nak buat.
Tapi Amrin bukan blogger, bukin penulih 'picisan' ka apa ka... bukan tukang karut, bukan tok dalang....
Aku
ReplyDeleteWalaupun mendabik dada mengaku menjadi pahlawan bugis dan panglima Islam pilihan Allah, setiap gerak gerinya tidak mencerminkan langsung apa yang dia katakan terhadap dirinya. Berjiwa besar pun bukan, berani pun bukan, ikhlas pun bukan, budiman jauh sekali.
Mengapa pemimpin berjiwa kecil ini berkeras tidak mahu rakyat membaca laporan Ketua Audit Negara mengenai salahlaku 1MDB? Adakah salahlaku ini mesti dirahsiakan?
Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nyiru.
Kesimpulannya, takkanlah dia mahu terus memegang jawatan Perdana Menteri walaupun namanya sudah jijik dan kredibilitinya sudah hancur?
https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/07/12/wait-for-the-audit-report-kata-kata-pemimpin-munafik/
ReplyDeleteSalleh Keruak seems to be the lone voice screaming "treason" over the audit report!
Who is the traitor?
Not TS Ambrin Buang.
The traitors are those trying to keep the truth from the Malaysian rakyat.
Don't you get it, Salleh Keruak?
Hang tak faham ke?
Dapek half truth pun dah cukup lah yo ... full truth tak pakai kan ...
ReplyDeleteNak cubo hombuih deflated ball ( oghang kato ) la ni ...
Silokan yo ... sampai putih mato pun takpo .
Gang ANC ni tak nampak lak Ultrakiasu DAP cover terowong P.Pinang dongan tuntutan saman .
Mano poi CAT ?
YB Datuk Salled sekurangnyo nyuruh baco seluruh dokumem .
Hombuih jagan tak hombuih .
Waghih
Kalau 1mdb bgs xde mslh knp perlu OSA.
DeleteBknkah laporan audit boeh digunakan utk menunjukkan kebenaran dari segala tohmahan.
Mcm mn nk tahu separuh benar separuh palsu kalau dokumen sebenar xboeh dibaca rakyat?
DeleteAyoo Waghih,
Osah itam eh hati ekau nih, mato dah buto, tolingo pun dah pokak badak macam si Rosmah waghih ekau tu laki bini.
Dah tak nampak mano yang bona mano yang salah.
Den dah koba an dulu jangan makan bondo yang datang eh dari hasil yang haram, jangan makan dodak.
Nanti hati kito jadi golap, tompek bosaghang setan dan iblih, rosak keturunan kito.
Ekau dogil, ekau solambo jo pulun sumo nyo.
Tu sobab eh bilo si Najib dongan laki eh si Rosmah waghih ekau tu buek salah, ekau kato boto ajo.
Dah molambak bukti dan contoh kosalahan dioghang laki bini ekau buek dono ajo.
Sumonyo boto dik ekau.
Yang ekau dongan geng dodakmen ekau bising hanyo pasai Guan Eng ngan DAP.
Saman la dio, dakwo la dio, kuk mahkamah kato dio salah, sumbek an dio kek Kajang resort ko, kek Sg Buluh resort ko.
Takdo bezo antagho UMNO dongan DAP do - samo jo jahat, samo jo rasuah, samo jo monipu.
Tapi molaun-molaun yang membawak masalah bosa kepado negagho, yang monyamun khazanah negagho, yang menjatuhkan maruah negagho ekau sanjung, ekau pujo.
Ekau ni tak boleh dihombuih dah.
Ekau ni kono ghondam dalam air polimbah tujuh haghi tujuh malam baghu boleh pulih.
Maap yo Waghih.
Another Waghih
Terbebannye menjadi melayu Islam dinegara ku ini drp sekecil2 nye setiap hari setiap tahun cukup masa haulnye setiap perjalanan setiap pembelian dan bermacam amacam lgi bentuk cukai g mesti dipikul dan dibayar olih org melayu Islam.
ReplyDeleteCukai tambah
Cukai pintu
Tol / packet kereta
Cukai pembelian kereta
Cukai Insuran
Cukai lesen pelbagai
Gst 6%
Pelbagai kaedah pakat
Fitrah RM7 sekepala
Dan banyak lgi jenis cukai yg mesti dibayar sepanjang tahun.
Berapa lama lgilah mampu ditanggung olih melayu Islam ni
Hanya Allah saja yg tahu.
Kaedah penukaran pemerentah yg xnampak penghujungnye dik melayu ni xdi amat dan terlalu gemar mkn dedak. Biar pon Janka masa pendek akan memudaratkan sepemakannye.
Datuk, kalau benar apa yang dikatakan DS Khairuddin berkenaan parti baru itu, maka tolonglah promo cepat2, saya sudah tidak sabar nak isi borang. Buat secara online pon bagus. Tak online pon sanggup asalkan boleh jadi ahli dengan segera.
ReplyDeleteSalam Hormat Dato'
ReplyDeleteAll systems are corrupt. Money breeds corruption. people in power hold all the strings.
Terima kasih.
ReplyDeleteNazri Aziz and his feeble excuse:
"Former deputy prime minister Muhyiddin Yassin should check his facts before accusing Prime Minister Najib Abdul Razak of breaking his promise on 1MDB, said a minister.
Tourism and Culture Minister Nazri Abdul Aziz said those responsible for 1MDB's failures were the board of directors and they had already resigned."
Resigned?
They were shown a "VIP Back Door" to make a leisurely exit.
In a proper country, they would have multiple probes launched against them.
Who is the "kambing hitam"? Shahrol?
No. You think the IGP is going after him? Not a chance.
Takpe lah, orang Malaysia mmg mudah lupa.
By next year, they hope all will be forgotten, even the biggest financial scandal in the nation's history.
That's why we must not let them forget.
Laporan odit yang diOSAkan mungkinkah diperkOSAkan pula oleh pihak pihak tertentu untuk menegak benang basah. Manalah tau kan benda yang pelik pelik kerap terjadi terhadap kehidupan liar spesis 1MDB ni !
ReplyDeleteSalam Datuk
ReplyDeleteThis is from SR...
This is copy of the Auditor General’s exact report. We have re-typed the entire report in order to frustrate attempts to persecute whistleblowers, so please excuse any typing errors. The text is an exact replica.
This is the executive summary. The rest of the report will follow later.
http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/1mdb-report-summary/
Setuju dengan Fendi Ahmad
ReplyDeletea. Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci. Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi. Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB telah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negera (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi.
ReplyDeleteb. Dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB telah membentangkan maklumat yang tidak lengkap/tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat malah telah mengambil tindakan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.
c. Terdapat juga keadaan di mana pengurusan 1MDB memberikan maklumat yang tidak tepat atau berbeza kepada pihak yang berkepentingan.
d. Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah/pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.
e. Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan.
Datuk.
ReplyDelete“Congratulations @theresa_may. Looking forward to work with you to further strengthen UK-Malaysia ties, especially trade and investment,” said Najib in his Twitter account here today.
hehehe...someone got balls to congratulate world-class leader...hoping that by doing so, he can associate himself like one....without realizing, he has committed a world-class white-collar crime...earning himself as the Most Corrupted Prime Minister in the Commonwealth...can you believe that, this little Bugis twat screwed-up London Stock Exchange by scheming his own friends (International Petroleum Investment Company (IPIC) and its subsidiary, Aabar Investments PJS (Aabar) by lying through his teeth (Ministry of Finance).
Theresa May was an Oxford graduate (not from Nottingham University)...known for her high moral values...integrity...and very ethical. I can tell you, Najib, right on your face, she WILL NOT be impressed with your Rosmah's collection of Hermes bags, Parfums and shoes...
I only wish we have David Cameron as our Prime Minister...and that of Theresa May.
Kuality orang British ba, bos ku...yang kita ada di Malaysia hanya macam anjing kurap...anak haramzadah!
Kalau nak tubuh parti baru semata-mata untuk melawan UMNO maka ia perlu bermula daripada zero.
ReplyDeleteMampukah parti baru pimpinan Dr. Mahathir membawa parti baru mencabar hegemoni Umno yang telah berusia 70 tahun? Kalau benar Dr. Mahathir ingin menubuhkan parti baru.
Begitu juga dengan Datuk Onn yang telah menubuhkan Parti Negara kerana kecewa dengan ahli-ahli Umno yang enggan membuka keahlian kepada kaum lain selain melayu. Akhirnya, Parti Negara berkubur bersama dengan kematian Datuk Onn.
Assalamualaikum dan selamt hari raya datuk...
ReplyDeleteSaya minta maaf jika terkasar bahasa jua sebelum ini... cuma
Perdana Menteri kita kaya baguslah agar Negara lain yang datang melawat malaysia mereka akan hormati kerana kemudahan seiring dengan semasa jika dahulu buang najis pun disungai ikan pun berlambak masa itu pun boleh menjala. sekarang kita sudah tahap maju hasil dari kepemimpinan dahulu jadi diteruskan legasi. arab saudi sudah kaya dan berkemampuan terpulang padanya nak bersedekah (derma), apa orang kaya yang banyak duit tu nak simpan banyak2 buat apa, PM kita ikut amalan arab saudi menjadi dermawan itu sifat manusia. Banyak cubaan2 nak jadikan PM kita dari dahulu lagi surat layang sekarang lagi canggih, semata2 nak tengok MALAYSIA jatuh. Hangpa tau dak sukarno jatuh sebab pa?, INDONESIA jadik duit pisang JUTAAN sebab pa? DEPA Dok target PEMIMPIN dari zaman komunis. depa nak miskin macam komunis itu pemikiran komunis.
Datuk..
ReplyDeleteTentang 1MDB pula wajar diletak OSA ia adalah peraturan keselamatan RAHSIA seperti Datuk pernah beritahu orang tua2 dulu kata jaga jangan main mercun, jadi penjagaan keselamatan RAHSIA adalah keutamaan.
punca jadi OSA :
1)ada pencuri maklumat(masih disoal) 2)manipulasi dari akhbar
3)penglibatan pihak musuh 4)sabotaj dan berbagai
kebaikan OSA :
1)maklumat penting terjaga rapi 2)dikawal dan selamat serta terpelihara
3)rakyat boleh tumpu pada pembangunan negara 4)musuh gagal tembusi