A Kadir Jasin
﷽
TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini melaporkan kepada pelopor Deklarasi Rakyat di rumahnya di Seri Kembangan hasil menghadap Yang di-Pertuan Agong 15 September lepas.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Dr Mahathir menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah bagi menyerahkan petisyen Deklarasi Rakyat kepada Seri Paduka Baginda.Hadir dalam mesyuarat hari ini adalah penandatangan dari parti-parti politik, badan bukan Kerajaan, bloggers dan penggiat media sosial.
Mesyuarat memperbaharui keputusan untuk menyembahkan petisyen yang sama kepada Majlis Raja-raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.
Selain itu, usaha juga akan dibuat untuk menghadap mana-mana Raja Melayu yang sanggup berjumpa dengan wakil Deklarasi Rakyat.
Mesyuarat diperingatkan semula
mengenai titah Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober tahun lalu yang mahukan kerajaan
menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB secepat mungkin dan mengambil tindakan
tegas yang bersesuaian ke atas semua yang didapati terlibat dan arahan
Persidangan Raja-raja kepada Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, pada
17 Februari supaya membuat beberapa pindaan ke atas Akta Majlis Keselamatan
Negara.
Sebaliknya, Apandi menutup
siasatan ke atas 1MDB dan membebaskan Perdana Menteri (Datuk Seri I
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib
Tun Abdul Razak daripada segala tanggungjawab.
Akta Majlis Keselamatan Negara
pula dikuatkuasakan menjadi undang-undang pada 4 Ogos tanpa mendapat
persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Dr Mahathir mengulangi hujah beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapat perintah mengenai status undang-undang akta tersebut di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh meminta mahkamah agung memberi pendapat mengenai kesan mana-mana peruntukan perlembagaan. (Baca lanjut di sini)
Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN.
Wallahuaklam.
ReplyDeleteSalam Datuk.
Next steps in the Kelab Klepet Survival Plan.
Firstly, the hudud wayang part 2:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/hadi-confirms-will-re-table-shariah-bill
This will be showcased by Parti Dedak Najib as a great boost to their Islamic credentials, unlike the theft of US$4 billion for vote buying, shopping and film financing.
Second, the gross gerrymandering of boundaries, reducing TSMY's voter base by 22% in a gross abuse of power, among many other irregularities.
The objective of a redelineation exercise is to achieve what the Constitution stated, in the 13th Schedule, Part 1, 2(c)…
“…the number of electors within each constituency in a State ought to be approximately equal except that, having regard to the greater difficulty of reaching electors in the country districts and the other disadvantages facing rural constituencies, a measure of weightage for area ought to be given to such constituencies.”
According to the constituency definition developed by the EC under Tan Sri Abdul Aziz Yusof, there should be no more than 60,000 voters for each urban constituency, 40,000 to 60,000 voters in each semi-urban constituency, and 20,000 to 40,000 voters in each rural constituency.
What the current EC Cheating Exercise is doing has thrown that out of the window, and the evil intent is clear.
An injunction must be filed to the courts in due course.
Assalamualaikum DAKJ.
ReplyDeleteJasa MKN dan 1MDB besar kerana menyalurkan peruntukan jutaan ringgit seperti peperangan lahad datu, banjir di kelantan semua itu berjalan lancar dan mensejahterakan rakyat Malaysia
Kesimpulan
Agong sebagai ketua agama Islam menolak apa jua pemansuhan MKN dan 1MDB yang berhasil tuaian untuk rakyat seperti BR1M dan sebagainya, usahlah mengheret Sultan atau agong untuk menzalimi rakyat.
We are not talking about "pemansuhan." Please be objective with your arguments :)
DeleteHhhhm....Sdra Zaidi...
DeleteDah2.....ko melalok lagi.
Masa sekolah dulu ko ada belajar asas menulis ke tidak?
Nmpak mcm tidak.
Kalau belum...ko belajar dulu asas menulis...lepas tu ko hantar tulian ko disini.
Sbg tips nya...ko pastikan tulisan ko ada isi...ada fakta....ditulis mengikut tertib yg betul...ada pengenalan....body...dan penutup cerita.
Pastikan. semua ini...spt;
Pembukaan...latarbakang.... 'body'...ada tema...ada 'continuity' atau ada 'connection' antara satu bab dan satu bab...ada 'flow' dsb...agar mudah pembaca memahami apa mesej yg kamu nak sampaikan.
Mungkin kopiah ko tu menganggu kerja2 menulis ko....ooops aku bergurau sahaja.
Baiklah selamat menulis.
Aku rass selepas aku dan ramai yg komplen...nmpk mcm ko dah faham sedikit sbnyk tentang cara mempertahankan idola Lanun Bugis ko....tanpa menulis dan mengutuk Tun M.
Itu baru betul.
Baru releven....tetapi biar ada isi...sebab isi penting untuk menjadi mesej ko releven.
Kipidap.
Kita tunggu la mesyuarat Majlis Raja Raja yang akan datang dan lihat samada deklarasi rakyat yang di persembahkan kepada Tuanku akan dibentang kan atau tidak. Mesyuarat yang lepas bertarikh 6hb October tu mesti lah ada minit mesyuarat nya mengenai permintaan Raja Raja mengenai siasatan 1MDB tu dan tentu nya nanti ada updatenya, kan kah itu peraturan mesyuarat yang standard. Tak perlu lah nak "give the pressure to the institusi Raja Raja". When time comes, they will decide. I salute and respect the integrity and intelligence of the Sultans and Raja Raja.
ReplyDeleteMengapa perlu tergopoh gopoh?
Salam Datuk
ReplyDeleteRaja Wang bersemayam di Singgahsana
Raja Wang bertahta di hati
Raja Wang lebih berdaulat
Segalanya Wang...Wang...dan Wang
Bahkan Wang juga menjadi Kiblat
Cash is King
long Live King Cash
But on the other hand...
Money is the roots of all evil...
KING CASH IS A DEVIL..!!!
MO1 IS A THIEF..!!!
Datuk,
ReplyDelete" Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN."
Apa ke satu kesalahan dari segi undang undang negara kalau kerajaan mengingkari dan tidak memperdulikan titah Raja-raja?
Kalau tidak...case closed.
Kalau iya...siapa yang akan membawa kes ini ke hadapan mahkamah? Di sini aku sarankan kita gunakan guaman luar negara seperti Queen Counsel untuk menyelesaikan masaalah ini sebab perlembagaan kita berdasarkan perlembagaan British. Aku rasa belum ada peguam Malaysia yang bertarap antarabangsa atau di iktiraf setanding dengan British Queen counsel...kalau ada pun mungkin mereka takut.
Tetapi, ada ke kita berani membuat usul sedemikian, maklum lah mungkin kita takut di tuduh olih orang orang UMNO sebagai bergantung pada penjajah...ini kan fikiran Melayu pada keseluruhannya. Ini yang kita kena ubah.
Datuk,
ReplyDeletethat's the way to move ahead, take charge of our future!
And for that blogger who apparently had an out of body experience by floating to the meeting between the Agong and Tun M, hahaha, fit only for ridicule and the dustbin.
But he should not be let off the hook, he has to be charged for insulting the Agong and probably sedition by putting words in the Agong's mouth.
Datuk,
ReplyDelete1. Tun M sudah buat yang terbaik untuk rakyat bila beliau menyerahkan Petisyen Rakyat kepada yang di-Pertuan Agong.
2. Sebagai rakyat biasa, aku tidak mengharap apa apa dari yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
3. Hanya kami berharap, selepas usaha Tun M ini, parti parti dalam gabungan pembangkang bolih duduk dan bersetuju untuk mengemukakan dasar dasar kerajaan baru selepas PRU14.
4. Kalau ini kita tidak bolih buat, jangan lah pula kita mengharap orang lain bolih buat apa yang kita mau.
5. Apa ke dalam sebulan dua ini kita kan nampak parti parti pembangkang dapat bersatu dengan satu tekad yang baru atau kita tunggu selepas PRU14?
Cakap kan senang, siapa pun bolih...cuba kita tengok macam mana kamu buat kerja?
Majoriti pengundi Melayu yang terus bertaqlid kepada UMNO dan juga majotiri ahli UMNO memang jenis manusia yang boleh dikelentong dengan hujah-hujah setaraf apa yang ditulis oleh pemakai songkok tinggi Muhamad Zaidi @ 6:03 PM "Jasa MKN dan 1MDB besar kerana menyalurkan peruntukan jutaan ringgit seperti peperangan lahad datu, banjir di kelantan semua itu berjalan lancar dan mensejahterakan rakyat Malaysia." Mereka adalah golongan pengikut yang malas membaca dan berfikir sehingga tidak tahu bahawa setiap sen yang dibelanjakan untuk operasi Lahad Datu dan operasai banjir tu semuannya diambil dari bajet yang ada audit hitam-putihnya BUKSAN dari duit poket PM atau menteri sendiri apatahlagi duit 1MDB yang pada mulanya dinafikan kewujudannya. Kalau operasi banjir tu, jangan pula lupakan sumbangan sukarelawan yang datang dari segenap lapisan masyarakat danb parti-parti politik.
ReplyDeleteKadiag, salaam.
ReplyDeleteSayup2 aku ingat maknusia milik 'personality' yg ada kesatuan atau 'unity'. Maksudnya, aspek2 watak seorang tu ada hubung kait yg kuat antara set2 perangai yg dia pamerkan. Misainya seorang boss yg belaku zalim kpd orang2 bepangkat rendah dari dia, kerapkali tak dapat elak belaku zalim jugak dgn ahli keluarganya sendiri.
Dlm keh hak dok landa Malaya ni, anak Rahah nampak pandang lekeh pada rakyat jelata, tak tekesan dgn rakyat dok meraung mengenai kenaikkan kos sara hidup, kos perumahan, lambakkan hutang, penbanjiran pendatang, pengangguran dll.... dia jugak pandang enteng seruan raja2 melayu supaya segera selesaikan kemelut 1MDB, malah isu ni menjadi semakin kalut dan serabut, semakin menanah. Bukan setakat tu saja... tapi sisa kuasa raja melayu isytihag "dhorurat" pon dia dah ambik aleh, dah mahkamah Malaya pulak tak dak hak lagi untok menilai kelakuan dia bawah akta "keselamatan" ini. Nampak kepala2 agama ni pon dia pandang sebelah mata saja, waima kepala agama pon tak sain tanda tak setuju dgn 'rampaih' sisa kuasa ni...
Sekali guih, kuasa seorang dari ahli2 'triad' ('tripod') dia, kalu dia sedag laa, jugak tehakih. Tapi munkin jugak 'ahli' dia ni tak nak peduli, al maklum, katanya depa ni kamcheng sakan, dan macam boss dia masa di Kazak(?) mana ka, katanya dia ni jugak suka joget2 dihalayak.
Macamana pon, lojiknya, telah wujud 'kesatuan kepentingan' raja2 melayu dgn rakyat. Ini munkin keteraan (genius) Mat Tehag, tapi samaada kepala2 agama in mau ambik peduli, satu hai lain pulak. Macam mana pon, tahni'ah untok Mat Tehag.
Jadinya, pejalanan seteruihnya yg aku nampak, semestinya beteraihkan usaha kita sendiri, sekali dgn taufiq dan hidayah yg Maha Kuasa. Dari tinjauwan aku yg tak seberapa ni Kadiag, pejalanan ni nampak masih jauh, rata2 aku tengok kadag 'kepedulian' sangat rendah.
Ni pasai pesempadan kawasan undi nampak terang2 nak chilok corak buang undi, Sarawak yg rakyat tak berapa ramai dapat banyak kerosi tambahan, tapi bandag2 Malaya, yg banyak terima hijroh orang kampong, haram tak betambah kerosi. 'Selingkohan' depa buat nampak terang2, mutlaq, in buat aku gerun dgn ancaman Allah S.W.T. Munkin depa nampak munkag ni macam orang kata "lalat singgah kad hidong saja...".
Nak kira, macam2 usaha dah buat....dgn breder pon dah salam... tapi, insya'allah, yg Maha Esa takkan tanya kita bejaya dak cegah munkag, tapi kita coba ka dak.... hang pecaya lah.
dengan rendah hati, aku.
salam dato kj. sungguh pun saya berdoa agar satu keajaiban(miracle) akan berlaku ekoran drpd pertemuan tun m dgn baginda agong, namun harapan saya meleset.
ReplyDeletesaya pernah berkongsi pendapat d sini bahawa baginda tidak gemar pd controversy lebih2 lagi d akhir pemerintah nya.
ini tlh d maklumkan olih sepupu baginda kpd saya
barang d ingat baginda amat menyayangi permaisuri nya yg amat akrab dgn rosmah.
kita lihat sahaja tindak susulan majlis raja2. pd pendapat saya tidak banyak akan berubah. hope I m wrong here.
tiada strategi yg lebih afdhal dari memenangi 'hearts n minds' penduduk luar Bandar - nohtah(period)
A desperate move by Mahathir to drag raja raja Melayu dan Agong ke kancah politik.
DeleteAnda tidak salah dalam pandangan anda.Dendam kesumat Mahathir pada Najib.
Buah kerdas pandang rendah pada orang kampong.Komen berunsur riak.
Salam Datuk
ReplyDeleteSaya more or less setuju dgn pendapt Sukasamasuka.
Saya dan mungkin majoriti rakyat Msia dont have faith and high hope dgn Raja2 and Agong.
Ada di kalangan mereka yg di jaga dgn baek oleh Najis and company.
Mereka ini hanya gunakan kuasa ' veto ' dan isu ini tidak akan di besarkan.
Pabila keutamaan pemimpin mengikut keperluan agenda peribadi.
ReplyDeleteMO1 tak sanggup nak terbang ke New York untuk menghadiri mesyuarat pemimpin PBB.
Di mesyuarat Asean di Laos minggu lepas pun ramai kelihatan body language para pemimpin yg hadir cuba mengelak dari di lihat mesra dengan nya.
Datuk yang bijaksana,
ReplyDeleteIni cadangan "men on the street" saja untuk gabungan party party dalam Unity Government yang baru:
1. Perdana Menteri nya di tetapkan dengan undi rahsia dari party party komponen, bukan semestinya dari party yang majority dalam gabungan...sekurang-kurangnya sebulan selepas PRU untuk dipersetujui olih Agong.
2. Perdana Menteri itu tugas utamanya untuk melaksanakan common joint manifesto yang dipersetujui...untuk maksimum dua term (10 tahun) sahaja dengan syarat dia diundi secara rahsia macam proses perkara 1 diatas.
3. Adakan mid-term review...selepas 2 tahun, dimana Perdana Menteri bolih disingkir secara undi rahsia...selepas di adakan pendapat rakyat secara polling.
4. Semua wakil rakyat mesti mengistiharkan harta...kerajaan dan bukan kerajaan...diperingkat negeri (ADUN) dan persekutuan (MP)...untuk di serahkan kepada Parlimen Persekutuan, bukan negeri....untuk dibahas dan tindakan lanjut.
5. Bangsa, agama, negeri, pelajaran dan jantina bukan jadi ukuran siapa yang akan jadi Perdana Menteri Malaysia baru ini...tetapi prestasi kerja.
Kalau la orang politik susah menerima ini, lagi bagus jadi tukang jual mee goreng macam saya, lagi senang buat kerja...jadi, kita mau tengok la bolih ke kerajaan baru ini cakap serupa bikin atau pun "business as usual"?
Cadangan yang bernas Sukasamasuka cuma tak perlu rahsia, biar telus. Cuma jika PRU akan datang kalau boleh undian dibolehkan juga melalui 'Smart Phone' untuk sesetengah mereka yang gagal pulang mengundi.
DeleteAsSalam DAKJ n semuo .
ReplyDeleteTakdo yang baghu yang dibangkitkan olih Tun M dlm mesyuarat tu ...
Taklak dikhonaran yang Tun M hanyo bawak 45 tandotangan deklarasi rakyat.
Cakap awal bergogar ado 1.4 juta tandotangan sokongan .
Takpolah ..dapek minam teh pun dah kiro monanglah tu ... walaupun takdapek jawab soalan dari Sultan Kedah mengenoi sohih ko tandotangan tu ...
Yoolah ... Sultan Kedah bagi face dan nasihat kek Tun M supayo Tun M sodar kubur kati maghi ...
Waghih
Ha ha ....
DeleteWaghih ...Waghhhihh....bilo ko buko mulok....den toruih golak.
Takpolah itu hok ko buet lawsk...
Kah kah kah....lawok bodoh teramat sangat.
Ko memang 'clown'...paling bes.
Isi kosong belako.
kipidap.