A Kadir Jasin
APA yang membezakan Malaysia
dengan banyak negara bekas tanah jajahan dari segi kemajuan ekonomi dan kemasyarakatan adalah kita memulakan proses perindustrian awal.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan
disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Masa kita mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957 industri yang ada hanyalah memproses bahan mentah untuk eksport
macam kilang papan, peleburan timah, mengilang getah dan kelapa.
Segala barang keperluan
pengguna seperti makanan, pakaian, alat jentera, elektrik dan ubat-ubatan diimport,
khususnya dari England, United Kingdom atau dari “empire”, iaitu tanah-tanah
jajahan Inggeris seperti Hong Kong dan India yang sudah ada industri.
Kita memulakan proses
perindustrian secara terancang pada pertengahan tahun 1960-an dengan menjemput
pelabur tempatan dan asing mengeluarkan barang-barang gantian import seperti
makanan diproses, pakaian, kelengkapan elektrik dan jentera ringan.
Itulah asal-usul
bertapaknya pelaburan asing selepas merdeka di negara kita. Dengan itu juga
pergantungan kita terhadap modal Inggeris berkurangan dan kita memperoleh
pelaburan daripada negara-negara Eropah yang lain dan, paling ketara, daripada Jepun.
Tetapi sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, khususnya akibat jangkitan skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), dasar pelaburan asing kita telah berubah.
Mula Jual Tanah
Kerajaan telah mula
menjual industri strategik yang kita bina sendiri kepada orang asing dan sejak
setahun dua ini hatta tanah pun mula dijual, dipajak dan digadai kepada orang
asing.
Skandal penipuan 1MDB terus
merebak jangkiti ekonomi, kewangan dan kedaulatan negara kita.
Pada awal bulan ini, akhbar
Financial Times melaporkan yang 1MDB sedang bersiap sedia membayar balik hutang
sebanyak AS$6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) dengan pertolongan negara China.
1MDB berhutang kepada
syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company
(IPIC), tapi tak ada duit nak bayar balik. Macam mana nak bayar balik bila perniagaan
tak untung. Rugi ada.
IPIC telah kemuka saman ke
atas 1MDB di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. Dua orang pegawai IPIC yang subahat tipu 1MDB telah ditangkap oleh kerajaan Abu Dhabi.
Duit sendiri memang tak
ada. Bukan saja berniaga tak untung, tapi banyak dah dilesapkan dan dibawa lari
ke luar negara. Pejabat Peguam Negara Switzerland yang sedang siasat pengalihan
duit haram (money laundering) syak sebanyak AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB
telah disonglap.
Skandal 1MDB bukan saja memalukan
negara kita malah sangat berbahaya. Singapura telah pun bicara dan dapati bersalah beberapa orang yang jadi orang tengah mencuri dan menggelapkan duit 1MDB.
Tapi Peguam Negara Malaysia (Tan Sri) Apandi Ali kata tak ada bukti perbuatan salah di Malaysia.
Apandi Ali kata tak ada bukti |
Macam saya dah kata banyak kali, 1MDB adalah
perniagaan atas angin ala skim cepat kaya Pak Man Telo yang direka oleh seorang
Cina Pulau Pinang bernama Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Kalau dia berniaga atas
angin bersendirian itu hak dia lah. Di negara kita ada macam-macam skim
perniagaan atas angin dan haram sampai ketua samseng pun boleh jadi kaya-raya
dan dibagi gelaran datuk oleh raja Melayu.
Tapi dalam hal 1MDB ini ia
babitkan kerajaan Malaysia – ertinya kita semua – melalui Kementerian Kewangan.
1MDB adalah anak syarikat Kementerian Kewangan. Oleh sebab itu hutang 1MDB sebanyak
RM50 bilion jadi hutang kita semua.
Secara teknikal Malaysia
dah “insolvent” atau tak cukup duit nak bayar hutang. Lebih kurang dah muflis akibat
hutang 1MDB.
Jho Low sudah lama cabut
dari Malaysia. Dia dan konco-konco yang termasuk anak tiri Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berfoya-foya di pusat-pusat hiburan dan perjudian dunia
di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.
Ikut taksiran Jabatan
Kehakiman Amerika (DoJ), Jho Low dan gengnya, termasuk anak (Datin Seri) Rosmah
Mansor bernama Riza Shahriz Abdul Aziz, dah guna kira-kira AS$1 bilion (RM4
bilion) duit yang dicuri dari 1MDB untuk beli harta di Amerika Syarikat saja.
Minta Sedekah Dari China
Sekarang, akibat
perbuatan kaki putar Cina Pulau Pinang yang berupa sahabat akrab keluarga Mohd Najib Tun Abdul Razak itu, negara
kita terpaksa minta sedekah kepada China.
Umno takut-takutkan orang
Melayu terhadap DAP, tapi yang menipu kita semua adalah Cina kawan Perdana Menteri
sendiri.
Kita tahu negara komunis
China tak akan bantu 1MDB atau kerajaan Malaysia secara percuma atau sukarela. Mesti
ada kira bicara di sebaliknya. Dalam bahasa Inggeris dia kata quid pro quo. Dalam
bahasa mudah, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau.
China akan bantu pasal sudah
pun dibagi kontrak dan projek beratus bilion ringgit oleh kerajaan Najib macam Projek
Landasan Kereta Api Pantai Timur berharga RM55 bilion, pembelian 10 buah kapal
peronda persisiran berharga RM300 juta tiap satu, Projek Bandar Malaysia di
atas tapak Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi dan kilang penjana elektrik.
Dalam masa tak sampai 10
tahun, China muncul sebagai pelabur, pemaju hartanah dan kontraktor asing yang
paling agresif dan dapat layanan istimewa di Malaysia sampai jejaskan kedudukan
pemaju tempatan.
Pada 22 November lepas agensi
berita ekonomi antarabangsa Bloomberg siar rencana berkenaan “bandar raya China”
bernilai AS$100 bilion (RM400 bilion) yang sedang dibina di Johor.
Antara lain berita itu
kata, pemaju dari China yakin Johor Baru yang dekat dengan Singapura akan jadi
Shenzhen baru. Shenzhen ni adalah bandar raya baru di tanah besar China ke
utara Hong Kong.
Ungkapan “the next
Shenzhen” atau Shenzhen baru itu sangat menarik. Tapi kalau kita faham, ia sangat
menakutkan. Johor Baru akan jadi Shenzhen baru sebab kebanyakan harta yang
sedang dimajukan di situ ditujukan khas kepada pembeli dari China dan Singapura.
Johor Baru akan jadi Shenzhen Baru |
China banyak duit dan
selera pelabur China sangat besar. Menurut Bloomberg, projek yang akan jadi “Shenzhen
baru” itu dikenali sebagai Forest City dan mampu tempatkan 700,000 penduduk.
Pembinaan bermula Februari lalu dan 8,000 unit apartmen dah dijual.
Ia adalah projek
terbesar antara kira-kira 60 projek di Iskandar Malaysia yang semuanya akan
menambah setengah juta kediaman yang ditujukan kepada pembeli luar negara,
khususnya dari China dan Singapura.
Kalau kita tak jaga-jaga
dan kita biar orang tamak bermaharajalela, boleh jadi kita akan alami masalah
kependudukan dan percanggahan budaya yang sangat besar.
Sekarang pun sudah ramai
rakyat tempatan, khususnya Bumiputera dan bukan Bumiputera miskin, dah terpinggir
dan tertindas akibat persaingan daripada pendatang Singapura yang lebih kaya.
Sebaliknya rakyat jelata
kita yang ada kemampuan tak berminat dengan harta di “next Shenzhen” sebab mereka
dah ada rumah di Australia, New Zealand, England, Amerika Syarikat dan Kanada atau
sedang berkira-kira berhijrah ke luar negara.
Kita juga tak boleh pandang
ringan kemungkinan negara kita, khususnya Johor, dibanjiri pemastautin asing
yang berbeza bahasa dan budaya dengan kita atau yang tak hormati kepelbagaian kaum
kita.
Sifat tamak dan gila
duit orang kita yang berkuasa boleh sebabkan negara dijajah semula melalui
pemilikan ekonomi dan pemberian hutang. Akhirnya kita terpaksa hantar “bunga
emas” kepada China macam raja-raja kita buat pada zaman dulu kala.
Inilah bencana yang
sedang timpa kita akibat sabotaj ekonomi dalam bentuk 1MDB.
Dalam Umno berkempen menakut-nakutkan
orang Melayu, orang kampung dan orang Felda terhadap Cina DAP, tapi di belakang
mereka, kerajaan yang Umno pimpin dah ditipu oleh Cina Jho Low kawan keluarga
Najib.
Jho Low (kiri sekali) bercuti atas kapal bersama keluarga Najib |
Banyak tanah dan harta pusaka
dah dijual-gadai kepada negara China kerana nak tampung hutang RM50 bilion yang
Jho Low bebankan ke atas kita semua melalui skandal 1MDB.
Dia curi duit untuk
bersuka-suka, negara kita yang jadi hina dan berhutang beribu-ribu juta yang
kita, anak dan cucu kita jadi kuda, jadi mangsa.
Inikah wasatiyyah?
Wallahuaklam.
Datuk.
ReplyDeleteTulisan ini sungguh bagus...senang di baca...pakai bahasa yang begitu senang untuk difahami olih orang2 kampong macam saya.
Terima kasih, Datuk.
Malaysia ini negara yang berpotensi besar
ReplyDeleteMalaysia ini tanah yang bermaruah
Malaysia ini pertiwi yang sejahtera
Tapi potensi sudah jadi liabiliti
Maruah sudah tergadai
Pertiwi sudah dipandang hina
Sedarlah, bangkitlah, jangan lena lagi
Bersama kita bersatu supaya amanah Tuhan dijaga dipulihara sebaiknya untuk mengembalikan maruah nusa dan bangsa
ReplyDeleteSalam Datuk,
"Sekarang, akibat perbuatan kaki putar Cina Pulau Pinang yang berupa sahabat akrab keluarga Mohd Najib Tun Abdul Razak itu, negara kita terpaksa minta sedekah kepada China.
Umno takut-takutkan orang Melayu terhadap DAP tapi yang menipu kita semua adalah Cina kawan Perdana Menteri sendiri.
Kita tahu negara komunis China tak akan bantu 1MDB atau kerajaan Malaysia cara percuma atau sukarela. Mesti ada kira bicara di sebaliknya. Dalam bahasa Inggeris dia kata quit pro quo. Dalam bahasa mudah, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau."
As you mentioned, the respected FT in London reports that the ECRL China deal has been used to try and pay off the loss to IPIC of US$6.5 billion from the "Aabar tiruan" scam which is the ultimate source of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil's so-called 2.6 billion "donation" that is actually merely stolen funds from 1MDB bonds.
Now, Johari, Rahman Dahlan and Irwan are tying in each in knots with denials, lies and half-truths.
a) In July, Fadillah Yusof said the ECRL cost would remain RM30 billion as set by govt in 2015, not "pumped up" to RM60 billion to cover up 1MDB debts. But now the cost is confirmed RM55 billion. How did the cost go up by RM25 billion in under 6 months?
b) The leaked ECRL documents show that two Jho Low companies (Loh & Loh Corporation Berhad and Putrajaya Perdana Berhad) will have their debts of US$315 million cleared by this deal. If the names sound familiar, it's because the MACC arrested people from these companies before the Bugis thief sabotaged their investigation. What does Jho Low have to do with the ECRL? Why are Malaysians paying off his criminal debts?
We often forget that MO1 is digging one hole to fill another. Part of the mark-up will go to fill the US$6.5 billion hole created by the theft from Aabar and IPIC. I suspect that the rest will be GE14 dedak.
In the end, the rakyat pays twice for the theft.
It is time for us to wake up, once and for all.
Do we want to be victimised by MO1 forever?
ReplyDeleteI repeat my obejction to Wan Azizah as interim PM. If she is supposed to balik dapur when Anwar is released, who can guarantee that he will be pardoned?
He is barred for 5 years after release.
I suggest the Opposition do not cheat the voters.
We are not stupid.
Anwar's PM Ambition is not a National Mission.
Put forward Azmin and TSMY as the most credible pairing for now.
If Anwar is pardoned, then Azmin can resign if he so wishes.
If Anwar is NOT pardoned (equally likely) then at least you are not stuck with Kak Wan for 5 years in a job she cannot do.
No party should make a "promise" so fraught with uncertainty.
The Selangor govt and others have fully capable survey bodies.
Put it to the test:
Who would the rakyat vote for as PM/DPM?
Do a sample size of 2,000 nationally. There are professionals who do this all the time.
Then the results are based on rational logic, not on some far-fetched scheme to make Anwar PM.
I am sure that more would support Azmin/TSMY over Azizah/TSMY.
Do not fail even before we start.
dia ni sah memang kaki tonggek. mula2 tonggek tanjong pagaq. dah jadi gian.
ReplyDeleteCatatan reaksi saya terhadap pemikiran tuan: https://twitter.com/dzulhijah
ReplyDeleteDatuk, ada typo sikit, it should be quid pro quo and not quit pro quo.
ReplyDeleteDuterte is also trying to be friendly with China. But the big difference between him and Najib is that he is doing so from a position of strength while Najib is on his knees kowtowing and begging. The straits of Malacca is of utmost importance to China. So having an indebted Malaysia is of course a golden opportunity they must seize.
Dato, Adakah kjaan Msia punya undang2 untuk mendakwa pemimpin atasan atas salah laku semasa menjadi ketua kjaan?
ReplyDeleteDlm fahaman saya ini semcm economic plundering atau grave mismanagement.
Apa sialnya kita rakyat msia
dpt leader mcm dia ni.
Undang2 pula mcm undang2 zaman tentera bergajah. Sentuh tu x bole, ini x bole.
mendapat pemimpin mcm dia ni?
Seorg teman bangsa Tiong hua psrnah bertanya pada saya, kalau pigi Makkah selalu bole kah cuci dosa si polan tu. Aku x terjawab.
ReplyDeleteWhat a funny country we have become.
The Swiss A-G tells our A-G, "$800 million has been stolen via a Ponzi scheme from your KWAP".
http://www.finews.com/news/english-news/24653-swiss-prosecutor-1mdb-src-ponzi-scheme-najib-razak-jho-low-riza-aziz
What does our A-G do?
Immediately ask for full details?
Fly to Switzerland?
Seek justice for KWAP members and the rakyat?
No such thing.
He hides under the bed, hoping the Swiss A-G will go away.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete
ReplyDelete'Some 3,650 members from Barisan Nasional, PKR and other opposition parties in Sabah jumped ship to Parti Warisan Sabah (Warisan) last Saturday, its vice-president Junz Wong revealed.
Of that, 1,550 were from PKR while 400 left Umno to join the two-month-old Sabah-based party.
About 150 Parti Bersatu Sabah (PBS) members also defected to Warisan.
The remaining were from Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu or Upko (50), Parti Maju Sabah (500), Parti Reformasi Negeri Sarawak (500) and Parti Cinta Sabah (500).
Wong, who is the former Sabah DAP secretary, said the “extraordinary” reception Warisan received at a roadshow in Kundasang – almost a two-hour drive from Kota Kinabalu — had increased its chances of wresting the state from BN.
“We will definitely be organising more roadshows after this,” he told FMT.
Warisan was set up in October by former Umno vice-president Shafie Apdal.'
Better for all Peninsula parties with a Sabah presence to transfer their members to a local party.
That is the way the wind is blowing.
Johor???
ReplyDeletegoing, going ,gone.
help!!! bangsa Johor, let us save her b4 it becomes jolor.
god forbid.
Kadir,
ReplyDeleteYou appear to put the blame for this fiasco somewhat largely on that "Chinese" from Penang. By your leave, I contend that several hundreds, nay, thousand others with Malay/Arabic sounding names could also be implicated :
1. The majority of the Malay (and bumiputra) political, feudal and 'religious' elite, mostly from the major 'secular' and so called 'islamic' parties as well as those from across the South China Sea. They had continued supporting the alleged perpetrators despite mounting evidence of outright plunder and stark deception. The division chiefs and other party 'warlords' have mostly continued 'renting' their names for projects in 'direct negotiations' contracts and sundry deals for services before 'subbing' them out to third parties. A number of them of course get cheques without even that much ado, as 'exposed' by one of the head honchos of Bandar Tun Razak division and reported by the "Malaysians must know the truth" blog :
"An UMNO Division Secretary, Zaharin Mod Yasin from Bandar Tun Razak district in KL, has openly acknowledged on Facebook how ....... personally handed him so many fat cheques that he can’t remember how many he received or presumably how much they added up to! Posting on his publicly accessible page just a few days ago on December 14th, Zaharain even included photographs of two of these cheques."
2. Some heads of the bureaucracy both in uniforms and 'civvies', including those who continue to run down a struggling cartoonist for 'sedition', throwing a 60 year old widowed mother into solitary confinement, hounding students and kicking them out of classes, while a head of the 'legal' service appears to be unremitting in his indifference to the various litigations and sentences handed down in neighbouring Singapore and in more distant jurisdictions.
3. Those in the know but continue playing dumb. This perhaps include some of the mainstream media players who have access to a variety of informations networks, some donning expensive suits and with rudimentary book study, yet continue spewing out half truths and misinformations.
Thank you.
Saya percaya kita tertanya satu soalan yang sama. Apa sudah jadi kepada negara kita? Keadaan negara kita agak tenat. Sepatutnya dah hampir 60 tahun merdeka, rakyat kita sedang menikmati faedah atau nikmat yang melimpah ruah hasil usaha keras pemimpin2 yang diberi amanah untuk membangunkan negara.
ReplyDeleteTetapi malangnya kita sedang bergelut atau berdepan dengan situasi yang kita tidak pernah jangkakan akan berlaku. Negara kita sudah tidak ada wang, terpaksa hutang keliling pinggang, kos sara hidup semakin meningkat, nilai matawang yang merudum, sistem pendidikan haru biru, ekonomi yang tidak berkembang, hubungan sesama kaum tidak erat dan lain2. Kenapa keadaan ini boleh berlaku? Puncanya kita tidak menghargai apa erti kemerdekaan dan hubung kait dengan semangat patriotisme.
Terus terang saya katakan kita tidak mempunyai semangat patriotisme. Kalau kita ada, kita tidak akan berbuat sesuatu yang boleh menghancurkan negara. Negara kita seperti hidup segan mati tak mahu. Untuk menyelamatkan negara supaya menjadi negara yang dihormati dan disegani semula, apakah jalan penyelesaiannya.
Kita sebagai rakyat Malaysia ialah jalan penyelesaiannya. Tiada siapa melainkan kita yang dapat mengubah nasib negara kita yg terumbang-ambing.
Lihatlah Korea Selatan, siapa yg mendesak presiden mereka letak jawatan? Rakyat Korea Selatan sendiri yg ambil inisiatif kerana rakyat Korea Selatan tahu tanpa berbuat apa-apa, negara mereka boleh hancur.
Kenapa rakyat Korea Selatan lantang menentang salah laku pemimpin mereka? Jawapannya rakyat Korea Selatan ada semangat patriotisme. Dengan adanya semangat patriotisme, mereka sayangkan negara mereka. Cuba bandingkan rakyat Korea Selatan dengan rakyat negara kita. Apa perbezaannya? Sangat besar bukan? Tahu takpe.
Rasa malu amat sangat bukan? Belum terlambat jika kita masih sayangkan negara dan paling penting selamatkan negara demi anak-anak dan cucu-cicit kita.
Salam pak Kadiaq.
ReplyDeleteVery well written indeed. I have nothing to add.
So may I just berdoa this time.
May Allah bless you and give you all the strength you need in your struggle against the real pengkhianat negara.
And the same goes to all the other fighters too.
Aamiin.
The fact of the matter:
ReplyDelete1) to tackle a problem, one must acknowledge the problem first.
2) to acknowledge the problem, one must be brave and bold enough to admit the existence of the problem as with all things problem, something must gone wrong somewhere.
3) then hopefully you will tackle the root cause of the problem.
or
you can ignore all the above and keep on creating more problems.
that's the gist of the current matter. don't you think?
Datuk.
ReplyDeleteUMNO ada tiga isu "pecah amanah" yang paling besar yang perlu mereka selesaikan sendiri.
1. 1MDB...coretan nya disini "Cina Jho Low Berfoya-foya Melayu Jadi Kuda"
2. Auta "Derma Arab" RM2.6 billion masuk akaun peribadi PM Najib di AmBank.
3. RM42 million masuk akaun peribadi PM Najib diAmBank dari SRC International, anak buah syarikat Kementarian Kewangan.
4. Ini semua duit rakyat Malaysia.
5. Tetapi, 1MDB betul kerja anak haramzadah!
Pak Kadir.
ReplyDeleteCoretan Pak Kadir menarik sekali. Huraiaan 1MDB jadi mudah difahami.
Tapi saya agak ngeri bila Pak Kadir cerita prihal Tanah Sg.Besi dan lenih lagi Kotaraya Next Shenzhen.
Next Shenzhen akan menempatkan 700,000 orang luar. Dari segi sosial nya orang luar ini adalah yang aktif dan berduit .. yang banyak duit.
Senang-senang je orang luar yg byk duit ini akan melahap kaum Melayu yang kurang duit.
Penduduk Johor 2016 berjumlah 3.6juta. 1.8 juta atau 50% berusia 28 tahun keatas. Penduduk Melayu kurang lebih 60% sahaja.
Jadi 700,000 orang luar ini akan mewakili 20% penduduk Johor dan 40% untuk penduduk 28 tahun keatas.
Saya tak berani untuk adukan pula peratusan orang luar yang kaya raya ini dengan kaum Melayu Johor yang nyambut raya setahun dua kali tu.
Dulu lepas je Merdeka peratusan penduduk Melayu dan Bukan Melayu adalah 50% .. dari segi sosio-ekonomi antara kaum keadaannya sangat kritikal. Dan Tunku dah pun lakukan apa yg patut di lakukan??
Jadi dengan kehadiran 700,000 orang luar ini, apa pula yang patut dilakukan? Angka ini belum dimasukan lagi 1.5 juta pendatang yang dibawah akaun Zahid?
Datuk.
ReplyDeleteKomen panglimo potaseh 11:18 AM amat menarik sekali..."Dan Tunku dah pun lakukan apa yg patut di lakukan??"...dan, izinkan saya mengulas sikit disini, panglimo.
1. Memang tepat sekali yang Tunku "sudah lakukan apa yang patut"...panglimo tau...Datuk AKJ tau...Tun M jangan cerita la.
2. "Malaysia" itu ditubuhkan mengikut perjanjian Malaysia Agreement 1963 atas dasar "racial partnership"...bukan nya slogan2 kosong seperti, Islam Hadiri, Islam Wassatiyah, Syariah, Hudud dsbnya.
3. BN dibawah Abdullah Bodowi dan Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil, menjahanamkan konsep "racial partnership" itu.
4. Sekarang BN hanya tinggal UMNO.
5. Silap2 haribulan, "Malaysia" hanya tinggal Malaya sahaja.
Note: Singapore keluar (secede) dari Malaysia!...Brunei tidak pernah menyertai Malaysia...ini dalam sejarah...dalam archive negara dan di UK...bukan hasutan.
ReplyDeleteHere we go again.......
"Parti pembangkang dari semenanjung Malaysia masih kuat dan popular berbanding parti tempatan di Sabah, kata Stephen Wong.
Pengerusi DAP Sabah itu berkata oleh itu tidak ada sebab untuk mereka memberi laluan mudah kepada parti tempatan di Sabah bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Ini bukan pandangan rakyat (di Sabah). Itu hanyalah pandangan peribadi. Sebagai parti nasional yang sudah lama berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu kita lebih banyak mendapat sokongan berbanding parti tempatan di Sabah.
“Kalau ikut keputusan PRU lalu, kita lebih banyak mendapat sokongan. Alasan sebegitu tidak cukup untuk menghalang parti pembangkang dari semenanjung untuk bertanding,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas ketua PKR Sabah Datuk Lajim Ukin yang meminta bekas partinya dan parti pembangkang dari semenanjung supaya jangan bertanding di negeri itu pada PRU akan datang.
Lajim yang juga presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) berkata parti tempatan Sabah perlu diberi peluang untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) berdasarkan pertandingan 1 lawan 1.
Stephen berkata partinya bersikap terbuka dan sedia kerjasama dengan parti tempatan di Sabah dalam mewujudkan pertandingan 1 lawan 1 di negeri itu dalam PRU.
Bagaimanapun, katanya parti tempatan di Sabah dinasihatkan tidak bersikap mementingkan diri sendiri dan perlu sentiasa berbincang dengan parti nasional.
“Banyak parti tempatan di Sabah, cakap mahu 1 lawan 1, tetapi semua mahu jadi ‘King’, ketua menteri dan bertanding di semua kerusi."
Zaid Ibrahim has written a blog post where he rightly blasts the selfish agendas of our politicians.
If PKR and DAP create multi-corner fights in East Malaysia, then they are to be blamed.
The "Leader of Opposition" (konon) Wan Azizah could not prevent PKR and DAP from fighting each other in Sarawak.
Do these people not understand the basics?
ReplyDelete"PAS bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan parti selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran, kata Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu yakin mereka mampu memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian.
“PAS akan menyertai PRU akan datang sebagai Gagasan Sejahtera dengan Ikatan (Parti Ikatan Bangsa Malaysia), dan cuba memenangi sebanyak mungkin kerusi. Sasaran kita adalah (membentuk) gabungan pasca pilihan raya.
“Mungkin kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Ketika itu, kita akan melihat gabungan mana paling boleh berkompromi dan menghormati kita,” katanya."
Why does UMNO need PAS?
Perhaps as a safety net in Kedah.
Not in Johor, where PAS is weak.
If PAS does its dirty work of splitting votes in Selangor, what then?
What unholy deals are being made backstage?
ReplyDeletePLAYING PING-PONG WITH LAND?
"1MDB's Tun Razak Exchange (TRX) project is now under the full control of the Finance Ministry, Second Finance Minister Johari Abdul Ghani has said.
Johari said the project, with a gross development value of at least RM40 billion, is now a government undertaking.
"TRX is now taken over by the MoF and we are going to complete the entire project. We will complete it.
Read more: https://www.malaysiakini.com/news/366826#ixzz4TSQ3dkGH
We will have to finish it. Otherwise, we will have to leave it to 1MDB and they will never be able to do it," Johari (photo) is quoted as saying by The Malaysian Reserve yesterday.
TRX was touted as a future hub for Islamic finance when it was launched in 2012 by Prime Minister Najib Abdul Razak.
The 70-acre project, located on prime land next to Bulatan Pandan in Kuala Lumpur, was a key asset for 1MDB, which acquired the land from Putrajaya at RM194.1 million (or RM63.4 per square feet) in 2010.
Since then, the value of the land has increased exponentially. Lembaga Tabung Haji, for example, paid RM2,774 per sq ft for a 0.64ha plot of land in TRX last year.
1MDB, an MoF-owned sovereign wealth fund, subsequently faced problems with debt repayments, reportedly amounting to RM42 billion."
This is financial "management" as practised by MO1:
a) Sell land dirt cheap to a scam company called 1Malaysia Dah Bankrap;
b) Keep revaluing the land so that Tabung Haji investors overpay for it;
c) Use "financing" for TRX as an excuse to conspire with Arabs and Chinese to skim off bond proceeds into your own personal account;
b) Take over the land again and use it for further milking in the future, as will doubtless happen.
Maybe China will buy off TRX too?
Datuk,
ReplyDeletePutrajaya and the country's zombie leaders are on a "death-wish".
With all the borrowings and borrowings to cover 1MDB debts as too little,
they will now embark on a gigantic borrowing spree to get 55 billion Ringgit for the East Coast Railway, 50 billion for the high-speed train and the Pan-Borneo Highway costing 16 billion.
All this when the govt cannot even meet the budget expenses for all the ministries.
It is a national tragedy when it imposed cuts on the education and health ministries.
Never mind, the faster they spiral down, the faster there will be a change in govt.
Be prepared however for all the country's assets to be pawned off or sold off to meet the new expenditure.
Datuk yang mulia,
ReplyDelete“Ia menyakitkan, ia menyukarkan. Tetapi perjuangan mesti diteruskan.”...
...ini la kata kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas mengumumkan hadiah tunai RM10,000 yang diterimanya tahun lalu dalam satu majlis dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...yang dipetik dari FMT...
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/22/dari-tangan-najib-kepada-anis-saddiq-lepaskan-hadiah-rm10000/
Untuk "anaknda ku" Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang sangat aku kasihi sebagai anak2 aku sendiri...
Sungguh mulia perjuangan kamu...ini lah perjuangan orang2 muda macam kamu...kamu akan menentukan arah tuju PRU14.
Tetapi, masih ramai anak2 muda macam kamu yang belum mendaftar...kalau kamu gagal disini, tidak ada perubahan apa2 di bumi Malaysia ini untuk masa yang begitu lama...masa itu mungkin aku sudah tiada...entah la dimana Datuk AKJ...entah la kalau "ayahnda ku" Tun Dr. Mahathir masih kuat lagi.
Hanya orang2 muda, tidak kira siapa, yang akan menentukan nasib Malaysia selepas PRU14.
Berbuat baik la kamu dengan anak2 muda dari Sabah macam durang si Darrel Leiking dan Junz Wong untuk menentukan nasib kamu bersama2 di bumi Malaysia ini.
Jangan la kamu pisahkan silaturahim antara Malaya, Sabah dan Sarawak...itu la "Malaysia" yang sebenar...dalam konteks "racial partnership"...hormat bangsa orang...hormat agama orang...hormat adat dan budaya orang...jangan kamu sakitkan hati orang2 bukan Islam...jangan kamu membohong untuk kuasa dan wang ringgit.
"anaknda ku" Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kamu akan berjaya selagi kamu memegang 4 prinsip hidup yang paling senang (tanya orang tua kamu, durang tau dari mana "asal" nasihat ini)..."kerja lah rajin2 dan jujur...ikut cakap ketua kamu, kecuali bila dia bawa kamu main duit, main perempuan, minum arak dan main judi"
Aku doakan kamu berjaya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bantu lah "adik2, kakak2 dan abang2" kamu yang masih susah dikampong2 dan desa...moga2an doa kamu diterima...
Hadis sahih Anas r.a....dimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda
"Hendak la kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekali pun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima olih Allah Taala"...Hadis Riwayat Ahmad- sanad Hasan.
ReplyDeleteJOHARI BUAT TAK TAHU JER.....
"Finance Minister II Johari Abdul Gani today welcomed the conviction of former BSI Singapore banker Yeo Jiawei on witness-tampering charges in relation to the island-state's investigations into the 1MDB money trail.
"Very good. Because we want to make sure all banks that facilitated this will take action," Johari told reporters after the 20th anniversary celebrations of Prasarana's Ampang Line at the Bukit Jalil LRT station."
Poor Johari.
Refer to your Cabinet friend A R Dahlan, who happily concedes that MO1 is the Bugis thief.
Then read the 136 pages to understand how, when and why money from 1MDB reached Singapore.
Johari will regret his ignorance in coming months.
ReplyDelete"Malaysia will give the world another cause to be dismissed as a “laughing stock” if Dr Mahathir Mohamad is investigated for attempting to undermine parliamentary democracy, according to Lim Kit Siang.
“Imagine Mahathir, who is a great-grandfather and not just grandfather, and at the advanced age of 91 years, investigated and accused of being 'engaged in activities detrimental to parliamentary democracy' after being the prime minister for 22 years."
Salam Datuk,
This section 124C is being abused by the gomen left, right and centre.
Bascially, anyone who knows too much about the wrongdoings of Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) is thus "detrimental to parliamentary democracy".
The gomen of Mappadulung also likes the word "topple".
Take this example:
A robber steals money.
A witness sees it and makes a report.
The robber is arrested.
Hence, the robber is "toppled", and the making of the report is detrimental to further theft by the robber.
Khai & Chang were locked up under the ROSMA Act for making reports that we now know to be true.
Is this correct use of the law?
Or merely an attempt to silence those who know too much?
Ustaz Mappadulung will be acting very, very, very Islamic in the coming months in order to remind the oghang kampung what a good, clean and righteous Muslim he is.
Do the facts support this posturing?
Dato,
ReplyDeleteMalaysia's Finance Minister II, Johari Abdul Ghani's comments praising Singapore for taking action against Bank Employees for Malpractises involving 1MDB echoes of Sarcasm Directed towards Certain Authorities in Malaysia, for not taking any action against ANYONE in Malaysia, especially when the shenanigans in 1MDB have been widely reported worldwide.
ReplyDeletePAS intentions becoming clearer?
"Dewan Ulama PAS tidak menolak kemungkinan akan membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional, asalkan parti Islam itu dihormati.
“Sekarang ini PAS bersendirian dan PAS hanya dengan Ikatan dalam blok ketiga pembangkang, jadi kalau keputusan pilihan raya umum nanti gabungan itu yang menguntungkan PAS, mungkin boleh bentuk kerajaan dengan parti lain,” kata ketua sayap tersebut, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, kepada FMT.
PAS kini mengadakan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia pimpinan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, di bawah apa yang dikenali Gagasan Sejahtera.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki baru-baru ini berkata parti itu bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana pakatan politik selepas pilihan raya umum akan datang untuk menubuhkan kerajaan campuran.
Katanya, PAS yakin memainkan peranan itu memandangkan negara sedang menuju ke arah sistem kerajaan campuran (multi-party system), di mana tiada gabungan yang mampu membentuk kerajaan kukuh secara bersendirian."
In kedai kopi late at night the Parti Dedak Najib men do their dirty deals - the mark-ups, the RM800 screwdrivers and RM5,000 scanners.
Will PAS in the future Unity Gomen also be invited to share the "rezeki" of stealing public funds?
Saya pun heran Dato, mengapa masih ramnai orang Melayu yg bangang....Adakah kerana UMNO yg membangangkan orang melayu. Pemimpin UMNO kenyang bak lintah montok menghisap dari bangsa Melayu yang bangang...
ReplyDeleteAdakah benar jika saya syak , sejarah UMNo ialah sejarah yg mana semua pemimpinnya adalah penipu bangsa Melayu marhain? Kecuali Tunku Abdul Rahman , Tun Razak, Tun Husin on. Husin dan Razak pun saya kira membentuk Dinasti dalam UMNO? Jadi layakah mereka dikata pembela agama , bangsa dan Negara? Tunku dan Tun Razak tak zalim...lain lain semua sumbat musuh politik dlam penjara!
Why is that alarming?
ReplyDelete700,000 new citizen from PRC is not a problem.
In the past, we have given citizenships to millions of Indonesians, Bangla, and Pakis so that they can vote for UMNO. Why is this a problem?
You are clearly being a racist.
PRC immigrants brings investment and spending power.
They can integrate easily because 7 million of their cousins had been here more than 100 years.
The ethnic ratio will be more balanced.
More importantly, there will NEVER be another May 13 because the aircraft carrier from Chinese Navy will be docking in Melaka.
In fact, I think 700,000 is too little.
3-5 million should be targeted.
For that alone, I will vote for Najib.
Datuk.
ReplyDelete"Dalam Umno berkempen menakut-nakutkan orang Melayu, orang kampung dan orang Felda terhadap Cina DAP, tapi di belakang mereka, kerajaan yang Umno pimpin DAH DI TIPU oleh Cina Jho Low kawan keluarga Najib."
1. UMNO kena tipu olih Cina Jho Low, kawan keluarga Najib?
2. Siapa yang kata?...dan, dari mana fakta Datuk?
3. Kalau fakta Datuk betul, kesian juga dengar Najib dan anak tiri dia kena tipu?...maka, mereka ini tidak la bersalah.
4. Kalau begitu,aku rasa Najib harus jadi Perdana Menteri untuk sekurang2nya 3 panggal lagi...atau 15 tahun.
5. Jadi sokongan saya pada UMNO selama ini adalah tepat sekali...so, I am right....Tun is wrong...again.
ReplyDeleteAbout that RM6.5 billion loan to Felda, the EPF says :
• RM6.5bil loan taken by Felda Holdings Bhd not in default
• Felda continues to service loan
If the EPF has rescheduled the Felda loan (being such a friendly lender) then of course the loan will not be in default. Its as simple as that.
The question that EPF must answer is "Have they ever resheduled this RM6.5 Billion loan to Felda?"
Please answer honestly. Because if Felda CANNOT repay the loan and EPF keeps rescheduling the loan, there will never be a default. You will be cheating the public.
So please tell the truth. And Malaysian Press, please ask EPF the right questions.
Felda borrowed the RM6.5 Billion from EPF in 2010 for replanting of the oil palm trees.
But that was not achieved because even this year they say they need money for replanting.
So what was that RM6.5 billion used for? Can the EPF answer?
If the loan was NOT used for the intended purpose then that is a breach of covenants - and an act of default.
The EPF must bear in mind that not telling the whole truth, covering up the truth or worse telling lies, is not only wrong, unethical, unprofessional and maybe criminal but for orang Islam who like to show off by going to the masjid and sitting in front, it is also hypocritical (sifat kemunafikan) and of course a perbuatan berdosa.
So please tell the truth.
Now here is something else to ponder. The EPF has dumped 192.6 million FGV shares and recorded a loss in excess of RM0.5 BILLION.
What about Tabung Haji, PNB, ASB, SOCSO, LTAT, KWP, Felda Land etc who bought over 2.1 billion FGV shares? Their paper losses total up something like RM7 BILLION!
Datuk.
ReplyDelete"1MDB berhutang kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), tapi tak ada duit nak bayar balik. Macam mana nak bayar balik bila perniagaan tak untung. Rugi ada."
1. 1MDB ada bayar kepada IPIC...sebanyak RM3.5 billion...PM Najib tau sebab dia duduk dalam 1MDB...kalau RM3.50, PM Najib tak perlu tau lah, sebab itu harga rokok haram yang aku beli ditepi jalan raya.
2. Konon2nya, mengikut 1MDB, bayaran itu sudah dibuat kepada subsidiary IPIC...ia-lah Aabar Investments PJS...kenapa bukan terus pada IPIC, itu aku tidak tau...kena tanya PM Najib sebab dia yang luluskan...bekas Bank Negara, Zeti pun tau.
3. Tetapi, sebenarnya, ada empat buah lagi subsidiary IPIC...semuanya palsu...dengan nama yang hampir sama.
Aabar Investments PJS Limited (British Virgin Islands)
Aabar International Investments PJS Limited (British Virgin Islands)
Aabar Investments PJS Limited (Seychelles)
Aabar Investments PJS Limited (Samoa)
4. Semua "Aabar" palsu ini ada lah kepunyaan satu pengarah yang sama...ia-itu Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny, yang secara kebetulan pula pada ketika itu adalah CEO Aabar Investments PJS, ia-itu subsidiary tulen kepunyaan IPIC.
5. Duit sebanyak RM3.5 billion itu dicuri lalu dimasukkan ke dalam akaun "Aabar" yang palsu...ia-itu Aabar Investments PJS Limited (British Virgin Islands).
6. Jadi, IPIC marah sebab belum terima wang sebanyak RM3.5 billion ini dari 1MDB.
7. Kalau 1MDB itu jujur, bila rakan kongsi dia, IPIC, kata dia belum terima duit dari bayaran hutang itu, apa la salah nya kalau PM Najib hantar team dari Bank Negara dan Ketua Polis Negara (dengan kerjasama Polis Interpol?) untuk menolong buat siasatan tentang dakwaan IPIC itu?
Ini bukan kerja susah...orang buta pun bolih buat.
Kenapa tak buat?..."jawapan"nya ada dalam Audit Negara yang tidak bolih dibincang disini...atau di Parlimen...sebab "under Official Secret Act".
8. Tanpa mendapat jawapan yang memuaskan dari 1MDB..."IPIC telah kemuka saman ke atas 1MDB di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. Dua orang pegawai IPIC yang subahat tipu 1MDB telah ditangkap oleh kerajaan Abu Dhabi."
9. Connecting the dots...Mohamed Ahmed Badawy al-Husseiny, Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz (anak Rosmah Mansor dari laki pertama) adalah satu geng perompak yang sama yang berfoya foya dengan pelacur2, minum arak dan berjudi.
10. Tetapi kepala perompak itu ialah "MO1"...Dahalan kata hanya orang bodoh saja tidak tau bahawa "MO1" itu adalah PM Najib.
Jadi semua orang bodoh sudah tau...kecuali Hadi...itu lah dia jadi penasihat UMNO sebab dia pandai.
MO1 memang senang di perkudakan.. baik oleh jho low mahupun rm
ReplyDeleteKadiag, salaam.
ReplyDeleteSatu sebab aku suka baca blog hang ialah pasai penkomen yg buat sumbangan yg bernaih2 samping maklumat dan analisa hang sendiri. Contoh mudah ialah komen En hihwag 9.57 mlm dimana dia tanya pasai duit KWSP bagi 'pinjam' kat Felda. Munkin sangat depa dok 'rollover' (lanjut tempoh bayag) duit tu kerana Felda tak dapat bayag ikut jaduai. Dan duit pencen rakyat dipeguna sesuka hati bukan pekara baru. Baru lagi cerita duit Amanah Wang Pencen kena "sapu"...bebilion bilion. Munkin benag jugak saham FGV lebih 192 juta KWSP lambak di pasaran saham sebagai 'panic selling '. Depa rasa rogi RM500,000,000 tak pa kod, pasai kalu depa pegang lagi lama takut lagi banyak lagi rogi. Lagi pulak munkin depa rasa, biag la rogi, bukan duit mak pak depa.
Last sekali En hihwag tanya lagu mana Tabung Haji, PNB, ASB, SOCSO, Tabong Angkatan Tentera dll yg telah beli 2.1 bilion saham FGV...?
Hanyasanya bila mengelamun balik, benda2 sedahsyat ni tak belaku masa Raja Liyeh pegang FELDA dolu 2. Sayang jugak En hihwag nulih dlm basa gomen.....
Macam mana pon terima kasih kad hang dan penyumbang 2 yg baik2 dan mangap la kalu aku telanjog basa ka apa ka...
Aku
Hanya orang yg kurang ilmu sahaja tidak yakin dengan transaksi haram dari dana 1 MDB bagaimana ia mengalir ke Akaun akaun yang sengaja dibuat ke akaun lain. Ini bukan wrong entry, tapi sengaja masukan wang ke akaun yg dirancang. Tanyala kepada mana Pegawai bank...jawapan mesti sama.Tiada transaksi yang tidak dapat dikesan sama ada transaksi halal atau haram.
ReplyDeleteTahu apa itu AMLA? Jika tidak tahu jangan komen tentag 1 MDB. Taraf pemikiran mereka yang menulis diruangan ini biarlah high class, bukan sekadar pengampu bertaraf paria
.
Siapakah atau parti manakah yang menjadi penyamun merampas kerja kuat "kumpulan pembangkang British/Nasionalis "sebelum merdeka dan akhirnya mengaku menjadi hero memerdekakan Tanah Melayu?
ReplyDeleteKumpulan pejuang pejuang anti British yang mahukan Persekutuan Tanah Melyu merdeka melalui/ bersama Indonesia seperti Burhanudin Helmi, Abu Bakar Al Baqir, Ahmad Boestamam (Abdullah Sani) sengaja di nafikan jasa mereka kepada negara!,
Shamsiah Fakeh, Musa Ahmad, Rasid Maidin bukan Komunis! tetapi "dikomuniskan" oleh British dan PARTI PERIKATAN . Mereka aslanya anti British tetapi terperangkap dan diburu British .
Tak mungkin orang Islam di atas itu menjadi bukan islam@menganut ideologi komunis /tak percaya tuhan. Rashid Maidin akhirnya seorang Hajji
Chin Peng dan segala penyokongnya ketika itu yang berbangsa Cina memang komunis
Belajar Sejarah bukan untuk hafal skrip yg disunting oleh Pemerintah
Tulisan ini bermaksud .. kita jangan jadi kacang lupakan kulit
Ketika negara ini ditadbirurus dengan tingkahlaku yang " menjahanamkan Rakyat Marhain", ketika sang penguasa kenyang merampok harta negara .Mereka makan daging, rakyat marhain makan tulang
Jangan jadikan Negara ini hanya ada seorang/sekumpulan yg maha berkuasa. Ubah melalui pilihanraya yang mesti adil dan telus!
Pengkhianat sbnar ialah pnimpin melayu....sdah smpai mssanya mreka ubn diturunkan @GE14 nnti....,
ReplyDeleteIt's a matter of time before najib will devour zakat money. Partly to pay off 1mdb's monstrous debts & partly to go into his pockets, again! We all thought he would repent after the 1mdb disaster but seems like najib is addicted to stealing, a compulsive thief.
ReplyDelete>>anyak tanah dan harta pusaka dah dijual-gadai kepada negara China kerana nak tampung hutang RM50 bilion yang Jho Low bebankan ke atas kita semua melalui skandal 1MDB.
ReplyDeleteDia curi duit untuk bersuka-suka, negara kita yang jadi hina dan berhutang beribu-ribu juta yang kita, anak dan cucu kita jadi kuda, jadi mangsa.<<
Penghianat sebenar nya UMNO.. Khadir langsung tak sebut nama MO#1/2/3/4
Kadir lawak betol lah
Saya agak hairan kenapa Datuk berkata Jho Low yang menipu? Ini menimbulkan tanggapan negatif hanya kepada Jho Low shj sedangkan kita tahu bahawa Jho Low ialah rakan subahat kepada Najib dalam penipuan ini. Jho Low hanyalah salah seorang pemain daripada satu pasukan penipu yang Jurulatih dan Pengurusnya ialah Najib sendiri. Saya masih percaya bahawa Jho Low hanya membantu Najib menipu dalam 1MDB. Bagaimana pulak skandal lain seperti FGV dan ... Jadi kesimpulannya ialah Kepala Penipu ialah Najib dengan bantuan sepasukan penipu pelbagai bangsa dalam negara dan luar negara.
ReplyDeleteBagi saya Cina tidak jahat, Melayu pun tidak jahat, ... yang jahat memang Jho Low yang kebetulan keturunan Cina (tapi bukan dari DAP), begitu juga anak tiri Najib yang kebetulan Melayu, ... Depa shj yang jahat termasuklah Pahlawan Bugis tu.