A Kadir Jasin
PERJUANGAN menyelamatkan negara daripada rejim kleptokrasi dan mengembalikan hak rakyat jelata melangkah maju setapak lagi. Alhamdulillah.
Bergambar sebelum bersidang |
Portal Berita Malaysiakini melaporkan malam tadi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik pengerusi Pakatan Harapan (Harapan).
[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan.
Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh dinamakan sebagai Ketua Umum manakala isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dilantik Presiden.
Tiga Timbalan Presiden adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu.
Naib Presiden terdiri daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM), Chong Chien Jen (DAP) dan Salahuddin Ayub (Amanah).
Barisan kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (Malaysian Insight) |
Inilah pentas harapan untuk membebaskan negara dah rakyat jelata daripada cengkaman maut pemerintahan kleptokrasi, rasuah dan penyelewengan yang diketuai oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.
Pakatan ini bukanlah mengenai perwatakan dan jingoisme tetapi mengenai perjuangan dan idealisme.
Moga-moga Tuhan memberkatinya. Insya Allah.
Berikut ada kenyataan media Majlis Presiden Pakatan Harapan bertanggal 13 JULAI 2017
“Menyedari bahawa rakyat mengharapkan perubahan politik negara ke arah pemerintahan yang lebih demokratik, adil dan sejahtera serta sebuah kerajaan yang komited untuk melaksanakan reformasi institusi, menjalankan tadbirurus yang baik dan mengutamakan kebajikan rakyat; dan
Menginsafi bahawa Malaysia di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sedang berada di dalam keadaan krisis yang tenat, terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa yang amat luar biasa, dan rakyat menanggung beban;
Maka, Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab untuk membela rakyat dan membina semula negara yang dirosakkan oleh pentadbiran Dato Sri Najib Tun Razak. Melalui kesatuan politik di antara KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM, kami akan menggembleng seluruh kekuatan rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-14 dan membentuk kerajaan.
Oleh yang demikian, Pakatan Harapan mendokong matlamat-matlamat berikut:
1) Menurunkan kerajaan pimpinan kleptokrat yang diketuai oleh Dato Seri Najib Tun Razak;
2) Memulihkan kedaulatan dan keluhuran undang-undang seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia;
3) Membatalkan dan memperbetulkan semua tindakan yang melanggar undang-undang dan menggadaikan kepentingan rakyat di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib termasuk mendapatkan kembali wang rakyat yang hilang melalui skandal besar seperti 1MDB;
4) Membebaskan semua tahanan politik dan menggugurkan semua dakwaan politik;
5) Reformasi undang-undang dan institusi yang telah disalahgunakan terutamanya berhubung kuasa Perdana Menteri; dan
6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.
Sebagai tanda kesatuan politik yang lebih jitu, segar dan dinamik, Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju menerima struktur kepimpinan Pakatan Harapan yang baharu iaitu:
Ketua Umum:
Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Pengerusi:
Tun Dr Mahathir Mohamad
Presiden:
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Timbalan-Timbalan Presiden:
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
YAB Lim Guan Eng
Tuan Haji Mohamad Sabu
Naib- Naib Presiden:
YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir
YB Chong Chieng Jen
Tuan Haji Salahuddin Ayub
Ketua Setiausaha:
Datuk Saifuddin Abdullah
Bendahari:
YB M. Kula Segaran
Sejurus mendapat mandat rakyat dalam PRU-14, dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:
• Menghapuskan GST;
• Menstabilkan harga petrol;
• Memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat;
• Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh;
• Memerangi rasuah hingga ke akar umbi;
• Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB; dan
• Memulihkan FELDA.
Pakatan Harapan memberi komitmen bahawa proses memohon pengampunan dan pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan dalam tempoh seminggu selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan. Permohonan yang dikemukakan mengikut proses undang-undang ini, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, akan membolehkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim kembali mengambil bahagian semula dalam politik negara sepenuhnya.
Ditandatangani oleh:
YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi PPBM
YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
YB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Presiden PPBM
YB Tan Kok Wai
Pemangku Pengerusi DAP
YBhg Tn Hj Mohamad Sabu
Presiden AMANAH
Wallahuaklam.
Selepas berteka teki, tawar menawar, muzakarrah, akhirnya seperti yang diharapkan penyelesaian terbaik telah dicapai.
ReplyDeleteMenunjukkan satu hati, satu harapan yang mengambilkira pandangan rakyat sebelum ini.
Penghapusan gst dan stabilkan harga petrol adalah langkah yang banyak mempengaruhi kos saraan hidup menjadi lebih ringan.
Manifesto yang mungkin terlalu awal didedahkan kepada musuh dan sekaligus PRU tidak mungkin di adakan secepat mungkin kerana dengan membawa manifesto itu sahaja, BN sudah ketinggalan jauh, 7-0, pintu gawang BN bocor.
Barisan kepimpinan sedia ada nampak sukar dibeli dengan dedak.
Walaupun Anwar masih dipenjara, PH jalan terus di bawah kepimpinan Tun selaku Pengerusi.
Jika Tun disiasat, ditangkap, didakwa, dipenjara, PH akan jalan terus dibawah kepimpinan Presiden dan 3 Timbalan Presiden yang cukup kental.
Andai Tun pergi dulu menemui Ya Rabbi sebelum PRU, situasi sekarang sudahpun cukup untuk dianggap kemenangan atas perjuangannya bersama kepimpinan.
Dalam usianya yang panjang, Tun harus bersyukur dapat melihat beberapa kelemahan dan kesilapannya masa lampau, sempat memaafkan dan mohon maaf, sempat bertaubat dan lebih penting sempat berusaha untuk membetulkannya.
Itulah rahmat dan kurnia Allah kepada Tun.
Long term I don't favour the above line-up for reasons I shall keep to myself for the moment. But briefly, appointing Wan Azizah as president will provide umno with plenty of ammos to bombard PH. Seeking pardon for anwar to enable him to be PM is definitely not a glorious idea. Would not it entail Wan Azizah vacating her seat to make way for a by-election like one time before? Kajang and then Permatang Pauh, they were both disgusting/filthy moves. I would rather have Mahathir for a single term PM. However, as long as Najib can be toppled and all his stooges removed & later buried underground, any group of people, even with an atom of credibility, would do, for they can't worse than Najib and his bunch of thieves. In fact, Msia will not have a worse PM than Najib for at the least the next millennium.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteSyukur alhamdullilah.
Sangat halus dan terbaik.
Tahniah Pakatan!
Selamatkan la Malaysia.
asalam dato kj'
ReplyDeletedgn tertubuh nya Harapan 'all bets r off'.
2 yab abg jo (serawak), apa tunggu lagi?
angin puting beliung akan mula bertiup.
layar yg d pasang sambil melabuhkan sauh, sudah pasti akan menenggelamkan 'phinisi
bugis'.
ayoh!!! selamatkan diri sebelum terlewat.
yab zahid hamidi, apa khabar?
Gugur airmata sy bc manifesto ni datuk..Ya Allah,berilah kejayaan pada pakatan ni. Berkatilah usaha2 mereka yg terlibat. Aamiiin ya rabb..
ReplyDelete
ReplyDeleteDatuk,
Tahniah.
Good to see a final PH line-up and now full steam ahead.
MO1 is very keen to keep stealing our money for another 5 years, so pls. keep a watchful eye on all the usual barua2 in the EC and their gerrymandering and cheating.
Hope you also working closely with DS Shafie in Sabah.
Best of luck!
i want to believe those appointed to accomplish d mission will totally commited. we'll c tat.
ReplyDeleteWhen (or should I say "if") PH capture Putrajaya...
ReplyDelete6th PM is MO1
7th PM ?
8th PM is Anwar Ibrahim (Tun M confirmed this)
9th PM will of course be Mukhriz (who else?)
Lim Kit Siang fits very well at No.7 isn't it?
Very smart of the DAP Chinese and how stupid can the PH Melayu be.
The PH melayu looks like Einstein compared to the UMNO'S melayu.1MDB have shown us how smart one Chinese guy is and how stupid our Malays in the government and UMNO are.You need a new yardstick to measure the level of stupidity those Malays have shown.
Deletekahkahkah. well said. hopefully our old stupid friend may understand better the comparison between " melayu cerdik " dan " PM Bangang "
Delete1. Debater Old Friend. You may be old but I don't think you are my friend. Your argument says its all ..."Lim Kit Siang fits very well at No.7 isn't it?
ReplyDeleteVery smart of the DAP Chinese and how stupid can the PH Melayu be."
2. I believe my old friends are cleverer than that. Also, if you are my friend I don't think you would have such a deem view of your own bangsa, unless you are not a Malay but pretending to be one.
3. We may not be Umno's dedak eaters, but we are not as dumb as you think we are.
4. On the contrary those Melayus who are being taken for a ride by Najib and his Cina proxy/crony, Jho Low, are the stupid ones.
5. They have not only become Najib-Jho Low's victims butthey are also being made donkeys of by Najib-Jho Low's dedak eaters.
Wallahuaklam. Thank you.
This indeed is a very significant progress. Many were skeptical before this if Pakatan can really work together. This development is significant enough to remove all doubts. It can provide the great push to really get everybody on board. Single party, single logo, single manifesto. That’s the way to go. It takes a great personality like Tun to be able to do it. At his age! There is no one else like him in the world. To reconcile with Anwar is already hard enough. To be able to get the 2 factions in PKR to finally agree is a great achievement indeed.
ReplyDeleteBN will spare no effort to place road blocks. Already ROS is targeting DAP by recycling the old issue of party elections.
The real work of course is to get those on the ground to really work together and not to sabotage for self interest. That is the real difficult part. But I have full faith in Tun’s ability to lead in this. He has enough clout and experience to know how to do it properly. I am sure there are trojan horses within Bersatu. And the 2 factions in PKR.
PAS must now be shivering as to what is going to happen to them now. They had found themselves trapped by the curse of the Sang Kelembai. They have no way to go but to continue to support UMNO, openly or behind the scene. Them backstabbing Najib at the last moment is still a possibility though. Maybe as a last resort when they see that there is really no chance for UMNO. But my real hope is for both to be trashed in the coming elections. They are becoming more and more irrelevant to the country and of late only bring more and more disasters. Let them be buried in the dustbins of history. Our country will be much better without them around.
Sekarang lebih jelas, pilihan hanya antara 2 kumpulan pemimpin.
ReplyDeleteMana yang kurang mengkhianati amanah, memalsukan harapan dan memperbodohkan rakyat yang akan menjadi pilihan.
Kuasa Allah Taala TM duduk bawah Anwar. Sejarah ni...
ReplyDeleteAnywsy Dato, kita x sabar lahi nak nyahkan BN melalui peti undi.
Insha Allah akan turun berkerja demi Malaysia yg cemerlang.
Datuk,
ReplyDelete6th PM is MO1
7th PM ?...so what if it's LKS?..unless someone can tell me he is not qualified?...or less qualified than MO1?...bugger is as clean as a slate...after darkness is light...if LKS has the heart for Malaysia, I will give him my soul...so be it, if it is His will...who am I?...and, who are you?
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi, dan tidak pula pada diri kalian sendiri, melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh al- Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah," (QS Al-Hadîd [57]: 22).
8th PM is Anwar Ibrahim (Tun M confirmed this)
9th PM will of course be Mukhriz (who else?)
Kadiag, السلام عليكم ,
ReplyDeleteAlhamdulillah, baguih la, sunggohpon agak lambat, maklumla banyak rintangan,last2 hampa capai jugak kerangka kerjasama nak kemudi masa depan dgn izin Allah S.W.T. Tahnia'h.
Aku nak komen pasai 'coretan' hang dlm fesbuk hang ni :
" Seperti saya katakan dalam tampalan Facebook saya hari ini, laluan di hadapan amat mencabar dan menuntut pengorbanan. "
Dlm perjuangan yg dilancag ni memang perlu korban, dan kadang2 ni di luag jankaan maknusia... lantaran tu kena pegang habih pada taufiq dan hidayah Allah. Orang yg mengaji pasai perubahan masyarakat ada yg kata korban tu ada beberapa sisi, antaranya korban dari segi :
1. Masa, 'kejengkilan' dan kerosakkan yg belaku telah makan masa yg berabad abad, jadi nak olah dan rawat balik jugak munkin ambik masa yg sangat lama... maka perlu pada daya sobag yg tinggi dan ketekunan....dan stratigi yg tesusun dan mantap.
2. Duit dan lain2 'resources', sebagai bandingan pihak depa ada bebillion billion kalu tidak bertrillion trillion, temasuk sebagian besag jentera kerajaan dan yg bekaitan kerajaan, sisa2 feudal, bank2 besag, cukong2 dan hampiag semua kaum atasan dan petengahan. Untuk kelaih bawahan pulak, gula2 dlm bentuk BRIM, 'duit raya' untuk peneroka dan bonos untuk kakitangan awam pra pilihan raya, pi 'umroh' free dll.
3. Tenaga maknusia, ini jugak sabit dgn duit dlm para 2, di ataih, dan yg penting 'organisasi', ada 'chain of command', struktur dll. Depa ni pulak dapat sokongan 'geo politic' dari luag negeri, misalannya yg dok di canang dua tiga tahun ni 'penderma arab', 'haji' tajaan 1MDB dll.
4. Tebaran dan tusukkan maklumat. Ada orang kata ni zaman 'information technology', sapa yg kuasa tebaran maklumat dia lah yg bekuasa. Cengkaman depa tehadap media aruih perdana tetap ampuh, munkin kesan dari penguasaan depa ataih sumbag kewangan yg hampiag tidak terhad dan penguasaan 'teknologi' dan organisasi termasuk sekolah2, pusat2 latihan dan unibersiti sebagai tapak indoktrinasi.
Sikit2 aku harap, coretan ni bulih lakag laluan 'amat sukar' dan korban yg hang maksud kena hadap tu. Munkin hampa ada pakag2 atau yg fakih dlm mengatog strategi dan tusukkan maklumat untuk gerakkan hampa ni... hanyasanya Insya'Allah, kita (dgn izin) tak bulih gagai atau kecundang lagi... mad bin saleh kata "failure is not an option" dan sunggoh pon dah banyak kejayaan, kena pecut sakan lagi. Pulon habih.
Mintak maghap no.
Aku
Please jangan ada Tan Sri Mahyudin dalam senarai. Beliau seorang pemimpin dengan gaya 'landlord' yang lesu dan pemalas. Lebih baik gantikan tempat beliau dengan orang lain.
ReplyDeleteOld Friend.. You argue without logic. You are pathetic and I feel sorry for you.
ReplyDeleteRead this "Old Friend". Your level of mentality is the same as Salleh Keruak's ...
ReplyDelete‘Umno kini takut dengan barisan kepimpinan HARAPAN’
- Alyaa Azhar
14 Jul 2017, petang 3:48
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak diberitahu untuk "membuat keputusan" berhubung peranan yang sepatutnya dimainkan oleh DAP dalam Pakatan Harapan.
Ketua Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff merujuk kenyataan pada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang hari ini mempersoalkan ketiadaan wakil DAP dalam tiga kedudukan teratas dalam barisan HARAPAN.
"Dia harus membuat keputusan apa yang dia mahu - DAP menguasai HARAPAN atau perwakilan yang adil dalam HARAPAN?" kata Rais kepada Malaysiakini.
Katanya, Salleh dan pemimpin Umno lain sering-kali mendakwa bahawa DAP menguasai HARAPAN dan membuat semua keputusan penting serta kepentingan Melayu akan diketepikan jika pakatan pembangkang berkuasa.
"Sekarang mereka berkata, bahawa DAP telah diketepikan, jadi mana yang betul?" soalnya.
Rais percaya bahawa pengumuman barisan kepimpinan HARAPAN itu telah ‘menakutkan’ pemimpin BN dan Umno.
"Jadi mereka bertindak secara tidak rasional, mereka takut, berhubung apa yang akan berlaku," katanya.
https://m.malaysiakini.com/news/388554#.WWjWwGdBn_Q.whatsapp
ReplyDeleteOld Friend pun mcm Said Kruak.
TDM kata dia ni semua nak ukur, siapa tinggi siapa rendah.
Old Fiend (pun intended) dan Said Kruak memang rendah.
Said Kruak tak faham apa TDM cuba sampaikan.
Old friend dah mula meroyan. Buat tuduhan tanpa fakta... Itulah cara cybertrooper UMNO yg 6% bekerja.
ReplyDeleteMereka bukannya apa Datuk, sekadar ketakutan yg amat sangat kerana the Bugis Phinisi is about to be torpedoed bu Harapan.
Sallam Dato'
ReplyDeleteAlhamdullillah.
Mereka yang berniat baik untuk rakyat, usaha mereka semakin berhasil.
Diharapkan pembangkang semakin kuat menentang kemungkaran.
Mengikut kata pepatah melayu,
Membujur lalu melintang patah. Lawan tetap lawan.
Abolish GST within 100 after taking over government. Malaysian economists say that is impossible...
ReplyDeleteReally??????...
Way back in 1998, when the ringgit plunged face down to its lowest value within short period of time during the Asian financial crisis, World Bank and IMF adviced Malaysia to recapitalized the economy with offshore capitals, start borrowing and increase the interest rate. Mahathir refused their advice. Malaysia Mahathir stunned the world by coming up with its own formula by imposing capital control and pegging the ringgit.
World Bank, IMF and financial international bodies critisized the move and labelled it recipe for disaster. Several years later Malaysian economy recovered faster than Korea and regional countrie. World Bank and IMF acknowledged Malaysian formula and congratulated its success. They were forced to swallow their own vomits and licked their own spits. To Mahathir, their way is not the only way. There is more than one way to skin a cat.
Mahathir and Daim had the last laugh and laugh all the way to the bank...
Wah! Logo baru Pakatan Harapan seperti lencana Star Trek???
ReplyDeleteOrang yg bodoh shj yg tak nampak kelibat rocket DAP pada logo PH tu... bukan nya Star Trek. Dua sirip (fins) yg terdapat di ekor roket DAP telah dicantum menjadikan kelihatan seperti kepala anak panah (arrow heads) pada logo PH.
DAP prominently presented itself in the PH logo. The stupid Melayus from PAKATAN is blind to the Chinese chauvinist DAP manoeuvering.
my old friend
ReplyDeleteur prejudicial attitude seems to run deep in ur head. wat else could u do..... a bigotry cries to justify ur dysfunctional belief. may I tell u, on d other side, there r chinese who scream for chinese insecurity too. not only u who call PH melayu stupid, they also call PH chinese stupid. d reason is simple…to make believe tat HARAPAN cannot perform!
it’s a cheap talk thou. people who r just sick n tired of bn wouldn’t care for more…. just change them.
Salam Datuk
ReplyDeletePH...ambil perhatian dengan Bumi Kenyalang. Buat masa kini...inilah satu satunya negeri yang berani menongkah arus walaupun duduk sebumbung.
Politik Semenanjung dan Bumi Kenyalang jauh berbeza...Perpaduan dan semangat kenegerian amat kental disini...pemimpin Bumi Kenyalang berjuang demi kepentingan rakyat dan bebas dari cengkaman parti semenanjung. Hanya DAP sahaja parti dari semenanjung yang dapat meraih kerusi Parlimen...PKR pula dapat satu kerusi DUN.
PBB dibawah pimpinan Abang Jo...merupakan tonggak utama..dan bagi rakyat bumi kenyalang...PBB tiada dosa besar dan akan tetap menjadi pilihan mereka walau apa sekali baju dipakai (BN/PH/Bebas)...jangan lupa faktor ini...
Merisiklah secara senyap...pastinya satu kerangka akan tercapai.
Yang penting...rakyat bumi kenyalang juga jelek dengan MO1....hanya kecelaruan pihak pembangkang akan memihak kepada MO1. Parti komponen bumi kenyalang punya nada dan nadi tersendiri...bukan seperti UMNO di Sabah...tiada yang mustahil.
This piece of news wet my eyes. I am not feeling helpless anymore. I can see light at the end of the tunnel. 100% support.
ReplyDeleteSALAM KASIH DAN SAYANG
ReplyDeleteDakj,
Izinkan,
Sdr Manan Razali said..
Old Friend.. You argue without logic. You are pathetic and I feel sorry for you
We believe you have left out one more comment to Old Friend..
Old friend.. You are a D.U.M.B. ( Deranged. Useless. Mental. Blockhead)
Period!
Semoga Dakj sekeluarga sentiasa dinaungi dgn Zat Kasih dan Sayang Allah Swt..
ALFATIHAH, AAMIIN
apa boleh buat pakatan harapan dapat ketua tua
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDelete"...dalam tempoh 100 hari pertama setelah membentuk kerajaan, Pakatan Harapan komited untuk...memberi fokus kepada usaha meringankan beban rakyat"
1. Beban utama rakyat adalah kos sara hidup yang tinggi.
2. BR1M tidak dapat meyelesaikan masaalah ini sebab sekali dapat BRIM, esok duit sudah habis dibelanjakan...begitu la sikap manusia bila dapat duit atas angin, belanja pun macam angin.
3. Kalau betul jujur mau kasi "BR1M", kerajaan Harapan cuba usaha macam mana nak "institutionalise" kan skim ini pada rakyat yang memerlukannya...bukan sebagai umpan ahli2 politik...cukup la kita berpolitik...jangan sampai mau tolong orang susah pun mau jadi politik...kita ubah la sikit kita.
4.Tolong la jangan kasi "BR1M" Harapan ini sekali gus...tetapi di"institutionalise"kan supaya masuk tiap2 bulan...jadi bolih pakai duit sikit2 untuk keperluan harian.
5. Tolong la jangan orang2 politik suruh orang2 kampung berbaris didewan2 untuk pungut BR1M macam apa yang UMNO buat sekarang...sangat memalukan...nampak sangat pemimpin2 Melayu UMNO ini kurang adab kemeluannya.
Datuk,
ReplyDelete"...usaha meringankan beban rakyat"
1. Peluang pekerjaan untuk anak2 muda dan orang2 pencen.
2. Bila, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi TPM dan Menteri Pelajaran pada suatu ketika, beliau telah melancarkan konsep Kolej Vokasional...satu konsep yang paling terbaik...tetapi, pada saat ini diabaikan tanpa arahtuju sebab Kerajaan BN tidak cukup duit.
Aku pasti, dalam Budget Oct 2017 ini, perkara ini akan dibentengkan juga, tetapi sekadar melepaskan batuk ditangga sebab "tidak banyak duit" bolih disapu olih MO1 kalau banding dengan budget untuk BTN, East Coast Railway, TRX, Jakim, Permata, PanBorneo dsbnya.
Buat la target untuk 1 juta anak2 kita masuk program Vokasional...insyallah dengan skills yang mereka pelajari nanti, senang mereka dapat kerja atau buat kerja sendiri.
3. Kerajaan Harapan kalau bolih janji lah pada orang Sabah/Sarawak untuk memulihkan pembelajaraan Bahasa English...sebagai bahasa rasmi Sabah/Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dengan mengadakan cukup guru2 Bahasa English untuk sekolah2 terpencil diluar2 bandar...ini bolih dilakukan kalau ada pengurangan guru2 dari Semenanjung (14,000 orang) yang makan belanja begitu besar sekali sebab kos2 alaun (50%-75% dari gaji). Tolong la jangan hantar guru/ustaz/ustazah agama lagi...tetapi, yang mahir dalam musik, Bahasa English, Sains dan Matematik.
Janjikan la jangan tutup Maktab2 Perguruan di Sabah/Sarawak atau ditukar taraf kepada kolej2 biasa...ini sudah berlaku sejak tahun lalu...secara senyap2.
Ambil la anak2 Sabah yang bagus result mereka tanpa kira bangsa dan agama untuk masuk jadi guru2...put a number...say, 10,000-15,000 in the next 5 years...
4. Banyak orang2 pencen..macam kawan saya...ada Phd dari University Manchester, England tapi dia bangsa Cina la...jadi mau masuk UMSabah sebagai tutor memang zero la...ini cerita dia la, entah betul atau tidak, sia tidak tau pula...idea ini pun dari dia juga.
Orang2 pencen ini katanya ada skill masing2.
Bagi la peluang sekali lagi untuk orang pencen jadi tukang translator (contohnya: English-> BM) untuk buku2/journals dsbnya dengan ganjaran yang berpatutan...sekali gus menyelesaikan masaalah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tolong jangan la spend duit yang berlebihan untuk "skim sarahan agama" untuk orang pencen...ada ke?
Ex ex yang pernah jadi bankers, accountants, financiers, mechanics, sales, marketing, productions, logistics, warehousing, manufacturing banyak di Malaysia.
Dia kata di England, orang2 ex ex ini jadi tutors, advisers, pensyarah tambahan sebab pengalaman mereka...tetapi banyak juga yang tidak ada Masters atau Phd...betul ke?
Kalau betul, sayang juga sebab contohnya macam Datuk AKJ sendiri...orang wartawan...corporate...sayang pengalaman beliau kalau setakap tulis2 blog saja...bolih ajar anak2 di University atau mana mana...mungkin Datuk tidak mau gaji besar sebab sudah cukup, tetapi bukan semua macam Datuk.
Dengan ini, maka ada peluang kerja yang baru untuk orang2 pencen, lalu dapat mengurangkan kekurangan tenaga2 mahir...BUKAN untuk compete dengan anak2 yang baru lepas University/Kolej dalam peluang pekerjaan.
Yang pencen tetapi tidak ada sijil...adakan peluang buat kerja kemahiran tangan untuk barangan/servis dimana mereka bolih jual pada kilang2/syarikat2/supermarkets.
Jangan la macam UMNO, lancar program, masuk surat kabar, muka orang politik kasi sijil...lepas tu hancur...malas la mau cakap.
5. Jangan la campur business dengan politik. Bukan kurangkan, tetapi hapuskan la. Cukup la apa yang UMNO pernah buat...tidak akan menjadi sebab prinsip berniaga tidak sama dengan berpolitik.
Who call the shot? Ketum, Peng. or Pres?
ReplyDeleteAs Salam Datuk,
ReplyDeleteBaru baru ini Dr M telah pun menyenarai kan (mungkin) sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan dan saya tertarik dengan manifesto tersebut.
Sebagai seorang pengundi saya bersedia memangkah Pakatan Harapan dalam PRU 14 nanti sekiranya pakar pakar ekonomi Pakatan Harapan dapat memberi huraian secara lengkap keatas perkara perkara berikut yang kemungkinan Pakatan Harapan akan laksanakan sekiranya Pakatan Harapan menang dlm PRU 14 nanti.
Huraian huraian nya mestilah di siarkan SEBELUM PRU 14, bukan selepas nya. Kenyataan saperti "huraian lengkap pelaksanaan akan di beri selepas PRU 14" BUKANLAH jawapan yang dinanti nantikan.
1. Penghapusan GST.
Sekiranya rejim pencukaian GST dihapuskan, apakah rejim pencukaian gantian yang akan dilaksanakan? Adakah rejim pencukaian ini lebih rendah dari 6%. Kalau lebih rendah dari 6%, adakah kerajaan PH akan mampu mengumpul pendapatan lebih tinggi berbanding dg GST bagi menampung perbelanjaan kerajaan termasuk pembangunan. Bagaimana nak melaksanakan nya.
2. Menstabilkan harga runcit minyak petrol.
Harap huraikan bagaimana hendak melaksanakan nya kerana kita sedia maklum Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak utama dunia. Harga minyak di pasaran Malaysia terlalu bergantung kepada harga pasaran minyak dunia. Penstabilan tersebut pula pada kadar berapa ringgit bagi setiap liter dan berapa lama pula boleh dikekalkan.
3. BRIM
Adakan kerajaan PH akan mengekalkan skim ini atau akan dihapuskan. Jika dikekalkan, mengapa? Kalau hendak di hapuskan, akan adakah skim gantian dan bagaimana cara pelaksanaan nya.
4. PTPTN
Adakan skim ini akan dikekalkan, kalau dikekalkan, mengapa?Jika dihapuskan, akan ada kah skim gantian? Bagaimana hendak melaksanakan nya. Sekiranya seluruh sistem pembelajaran pendidikan tinggi hendak dibiayai secara percuma pula, daripada sumber mana akan datang nya sumber kewangan yang besar untuk subjek ini.
5. Bagaimana hendak menstabilkan harga harga barangan keperluan harian saperti gula, tepong, minyak masak, gandum, susu, bawang dan beras.
Kita sedia maklum sebahagian daripada barangan ini di import sepenuhnya.
Pada harga harga berapa kah barangan ini hendak distabilkan.
Diharap dapat memberi jawapan yang ikhlas,jelas dan munasabah kerana isu isu diatas memberi impak secara terus keatas rakyat.
Sekian, terima kasih.
Tak payah tanya pd Datuk Kadiaq.
DeleteLihat shj apa yg telah menimpa rakyat Pulau Pinang setelah mengundi Pakatan.
Janji-janji kosong shj, seperti sistem monorail yang merentasi bahagian pulau dan seberang (tanah besar), mendengar suara rakyat, membanteras penjaga parkir haram, tidak menaikkan tarif air dan memelihara alam sekitar.
Daripada lima janji yang ditabur DAP dari 2008 hingga 2010 itu tidak ada satu pun menjadi kenyataan, sebaliknya banyak bukit di kawasan pulau telah gondol.
DAP turut berjanji hendak mempertahankan kebebasan media, menjadikan negeri itu sebagai hab pendidikan di Balik Pulau, membina terowong dasar laut, menyelesaikan masalah banjir dan menyediakan rumah mampu milik, semuanya tidak dilaksanakan.
Lima lagi janji yang ditebur DAP sepanjang memerintah Pulau Pinang ialah untuk membina sistem pengangutan aliran ringan (LRT) pada 2013, berjanji tidak menaikkan cukai pintu, lessen perniagaan, bayaran perkhidmatan dan cukai tanah, juga berjanji menyediakan laluan khas bas, pasar malam Chow Rasta dan menyediakan rangkaian jalan raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Apa daripada janji-janji itu yang telah ditunai atau dilaksanakan oleh kerajaan Lim Guan Eng? Tidak ada satu pun yang mereka terjemahkan kepada rakyat.
Bahkan, dalam tempoh 11 tahun memerintah, sebanyak empat kali kerajaan DAP menaikkan tarif air dan lebih lima bukit yang menjadi destinasi pelancongan telah dibotakkan untuk projek yang tidak ada kaitan dengan kepentingan rakyat.
Tidak banyak yg boleh kita harapkan dari HARAPAN, except FALSE HOPE.
post 3.52
ReplyDeletei think u write a joke….do u? yea, i got it. i mean doin’ shit. u make me remind this;
at d age of 10 or 12…..i did similar joke ….u know, to my teachers who bitched me up. I told ‘em like, his mother must be f…d up by d ape as he was lookin like one. came wit my whole gang…we sketched picture of bad apes named after his, stacked them onto d walls. We got our amusement…joy …d like of sitting in a pulled gig….we shrieked n laughed out loud!
u c…our imagination is quite alike…isn’t it? u stipulate PH logo to bad omen ….i equalize my teacher to a bad ape. Both r childish…but still I come out better as i did ve my reason for tat!
Datuk,
ReplyDelete"...Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh".
Ini jalan cerita nya...
- July 16, 2017, Sunday...Run-down schools no excuse....KUCHING..Minister of Education, Science and Technological Research Dato Sri Michael Manyin.
“The future of our boys and girls lies in your hands (of rural teachers). As teachers, you have to be committed.”
Manyin said the state has 1,454 schools, of which 1,020 are dilapidated and 415 in critical condition."....(1)
- Bukan ke Sarawak dibawah PBB/BN sejak 1963...tidak pernah putus2...hingga masih banyak sekolah2 dalam keadaan teruk????
- Lain pula ceritanya, bila ada orang2 Penan yang tinggal dalam hutan meminta duit untuk sekolah anak2 mereka dari ex-CM..sekarang sudah jadi TYT Sarawak, Tun Taib Mahmud...
"Return Taib's RM1.2m donation to S'wak, Penan leaders tell Aussie varsity...30 Dec 2015... Eleven Penan leaders have demanded that Adelaide University in Australia return A$400,000 (about RM1.2 million) in donation received from former Sarawak chief minister Taib Mahmud.
The letter, sent to Adelaide University vice-chancellor Warren Bebbington and signed by the Penan leaders with their thumbprints, said the donation should be returned to Sarawak as they claimed the money was illegally acquired by Taib.
"We need this money urgently to develop the Penan Peace Park and send our children to school and higher education.
"For you, A$400,000 is not much, but for the Penan this is a lot of money which can help change our young generation's lives," the letter said.
The Penan were nomadic hunter-gatherers until their rainforests were mostly destroyed by logging and plantation during Taib's tenure as Sarawak's chief minister beginning mid-1980s.
The indigenous people have been struggling to protect their rainforests for almost 30 years, with the Penan Peace Park being their latest attempt for a community-administered forest reserve.
The donations from Taib to Adelaide University had been disclosed under a Freedom of Information request by South Australian Greens MP Mark Parnell...(2)
- Orang bilang, Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.
"Wife presents 'birthday boy' Taib with RM1.5m Bentley...24 May 2016...Sarawak governor Abdul Taib Mahmud received a surprise birthday present from his wife - an RM1.5 million car.
Ragad Taib presented the 80-year-old former chief minister with the white Bentley Continental GT V8 S convertible, affixed with gold ribbons, during a celebration in Kuching last Saturday....(3)
- Ketua Lanun Bugis dari Malaya menjadi-jadi mengganas di bumi Kenyalang...
"Najib launches eight packages of Pan Borneo Highway...December 19, 2016...MIRI: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday launched eight packages of the Pan Borneo Highway costing total of RM12.5 billion." (4)
Selamatkan lah anak2 Sarawak...mereka juga orang kita...orang Malaysia!
sources:
(1) http://www.theborneopost.com/2017/07/16/run-down-schools-no-excuse/
(2) http://www.malaysiakini.com/news/324965
(3) https://www.malaysiakini.com/news/342801
(4) http://www.theborneopost.com/2016/12/19/najib-launches-eight-packages-of-pan-borneo-highway/
Datuk,
ReplyDelete"...Memulakan proses reformasi institusi secara menyeluruh....6) Menghadkan penggal perkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja."
- Menteri Besar Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman...27 Mac 2003...14 tahun.
- Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Hj. Adnan Bin Hj. Yaakob...25 Mei 1999...17 tahun.
- Kerajaan Harapan, tolong la kurangkan penggal perkhidmatan Menteri Besar dan juga suruh mereka declare assets di Parlimen atau Undangan Negeri TIAP TIAP TAHUN!
Pak Kadir.
ReplyDeletePakatan Harapan .. aku melihat nye seperti burong dan kucing bersatu melawan Mappadulong. Atau seperti ayam dan musang bersatu untuk menibai Hajjah Rosmah.
Katakanlah burung dan kucing yang menang. Katakanlah ayam bersama musang betul-betul berjaya menibai Hajjah Rosmah?
Salam Dato,
ReplyDeleteMohon satu soalan yg indirectly berkait dgn masalah kepimpinan di Malaysia sekarang tetapi tidak berkait dgn tajuk entry Dato.
Setiap hari kita dengar rakyat Malaysia mengutuk MO1 dan pencacai nya berkaitan isu penyelewengan 1mdb.
Dan setiap hari jugak kita dengar MO1 dan para pencacainya menafikan dan menyembunyikan segala bukti dan saksi tentang penyelewengan dana 1mdb walaupun bukti dan saksi di luar negara telah pun di adili dan di hukum.
Persoalan saya siapa kah yang perlu menanggung dosa para rakyat yang setiap hari mengutuk dan mencaci MO1 dan para pencacai nya atas bebanan hidup setiap hari yg.semakin berat sedangkan MO1 seperti tidak langsung merasa bersalah dan berdosa dan bertanggung jawab dengan penyelewengan dana 1mdb.
Semoga Allah memberkati negara kita ini agar kembali menjadi Tanah Melayu yang sejahtera seperti dulu.
Wassalam.
Datuk,
ReplyDeleteAbdullah Ngah 9:30 AM said..."apa boleh buat pakatan harapan dapat ketua tua"
1. Seharusnya orang2 tua terutama sekali yang macam Tun perlu berehat, bukan memikirkan pasal hal2 negara apatah lagi beliau sudah pernah memikul tanggung jawab yang besar sebagai PM selama 22 tahun.
2. Anak2 bini aku pun suruh aku berehat juga, jangan sibuk pasal keadaan politik semasa memandangkan hampir semua ahli keluarga adalah orang2 UMNO...pembesar2 UMNO...dalam party...dalam kerajaan...dalam GLCs...dalam Parlimen pun ada.
3. Mereka kata aku sibuk, tapi satu habuk pun tarak...masih juga pakai Kancil 2ndhand...dari dulu tak ubah2, asyik kasi sakit hati orang lain pasal cerita UMNO...hingga hari raya yang lalu, kami tidak sudah dijemput kerumah terbuka saudara2 orang kuat UMNO, melepas tak dapat makan sedap2 tahun ini...tunggu hari raya haji la, mana tau ada rezeki daging ok juga...malahan ada yang tidak mau jawab watsupp "Selamat Hari Raya"...kami tak ada rumah terbuka sebab barang mahal.
4. Tapi aku tabik Tun...bukan senang pada usia 92 tahun masih bolih buat kerja yang paling terberat dan yang paling susah pada saat ini...
Tidak ada satu orang pun di muka bumi Malaysia ini yang dapat memikul beban Tun...tidak ada...no one...and, nobody......
Itu la Tun.
Tun kasi roh dan nyawanya pada bumi Malaysia ini.
Dia hanya orang tua.
5. Aku pula, komplain pasal tidak kena jemput rumah terbuka hari raya.
ReplyDeleteDatuk, the words of PutraKraken are not mere TIPS, but AN OBVIOUS INVITE. I say so because I don't even know who PutraKraken is. Yet, the message PARALLEL those expressed by my SOURCES some months ago. It's NOT ODD to come across two or more things ALIKE these days.
lebih baik dapat ketua tua daripada mendapat ketua yang pencuri
ReplyDeletePada Abu Zed,
ReplyDeleteMasa perang dunia kedua, Britain bergabung dengan kominis Rusia, Peranchis dan Amerika untuk lawan Adolf Hitler.
Who call the shot?
Tak pulak timbul 3 kapten dengan satu peta dan kapal akan karam.
Dalam perang dunia kedua, ada kapal selam bukan saja kapal layar.
Kapal selam masa perang dunia betul-betul boleh selam bukan macam sekarang.
Yang mana lebih susah, menang pilihanraya atau menang perang.?
Hahaha. I can't help but laugh at the line-up. Macam tengok album my daddy gambar orang lama tapi jelma sebagai orang baru. Lawak sungguhlah DAKJ. A convict and past shelf-life wifey still there. They are liabilities. Tun pun should just be Patron. My heart goes out to Muhyiddin. Tulah resign kerana tak tentu hala marah, dah jadi nombor tiga. Sampai ke tualah kempunan jadi PM. Even the corrupt LGE and clown Sabupun senior than him.
ReplyDeleteWhere is the defacto PM old man Lim? Takkanlah anak ada, bapak takde. Oh ok I understand. DAP'secret weapon as PM can't be divulged kan. Kesian Mukhz daddy nak dia jadi PM. Timbalan menteri pun nampaknya jauh. Yg ada hope cuma Azmin Ali je. Tapi if parti kalah teruk, jadi MP or State Assemblyman jelah.
Tapi takpelahkan. Tak salah berangan. Lagipun baik punya untuk kami semua rujuk untuk bahan lawak.Thanks again dear DAKJ for making my night.a very non-impressive line-up.
Btw betulke you akan jadi Ketua Penerangan Parti? Itu I sokong unanimously. Because you are very good at making something out of nothing. Ramai kawan I suka baca blog u as they think you can amolify lousy people as fantasticos. Ada dah sign up jadi pribumi member because of you. Not Tun or Anu-war. Jauh sekalilah Sabut oops Sabu atau LGE.
how some lickers do to live up their morals? there’s no forever…no way out.
ReplyDeletebfore d formation …….they said it'll never happen
after it happened…….it wont work
after it worked……it wont be long
When it stays……yhey said, wait we’ll see d mess.
ha…ha…ha,,,,,it almost a rhyme just like my kindergarten song…uler oh uler knapa ko mkan ktk …….
but when d not so young who did tat, he or she must be a fool.
Datuk,
ReplyDelete1. Kerajaan HARAPAN belum ujud lagi...sama ada di peringkat mana2 Negeri atau di peringkat Persekutuan sebab belum pernah bertanding pun...jadi HARAPAN adalah cerita terbaru...umat2 terbaru.
2. Yang ada sekarang, hanya la saki baki kerajaan Pakatan Rakyat saja.
3. Sebab umat2 Kerajaan Pakatan Rakyat itu "sudah mati"..."yang hidup, akan mati".
4. Umat2 Pakatan Rakyat mati kerana PAS...itu takdirNya.
5. Patah tumbuh, hilang berganti saudara Old Friend 8:34 PM....
"Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
(Al-An'aam 6:6)
Saudara oldfriend,
ReplyDeleteSebenarnya berkenaan dengan LRT ini, di bandar Johor Bahru pun ada juga cerita LRT dari tahun 2008. Sampai sekarang tak ada pun. Johor, bukan DAP yang perintah. (MRT ada, work in progress tapi cuma hubungkan Singapore dengan Bukit Chagar, JB saja).
Yang kita dengar manfaat di Penang, ibu tunggal dan warga emas dapat Rm100. Teksi dapat Rm600. Tukang tarik beca RM100. Budak sekolah rendah dan sekolah menengah dapat Rm100. Bayi baru lahir RM200. Pelajar universiti, tahun pertama dapat RM1,000. Khairat kematian RM1,000. Tukang gali kubur pun dapat elaun.
Lim Guan Eng heran macamana budak belasan tahun boleh hafal Quran. Budak yang hafal Quran pun dapat Elaun.
Manfaat yang ini, orang Johor dan orang KL tak dapat pun.
Ini baru Pakatan perintah Penang dan Selangor, kalau perintah Malaysia, macam-macam lagi rakyat dapat agaknya.
Yang ramai orang ingat dulu, berkobar-kobar PM kita kata dulu, Malaysia akan jadi negara pendapatan tinggi pada tahun 2020.
Betul ke, negara pendapatan tinggi.?
Atau, negara hutang tinggi atau negara harga barang tinggi.?
Cikgu Hasan said...
ReplyDeletemcm tak cerdik je komen Abdullah Ngah!Apa yang boleh kita buat dengan pemimpin tua,Tun Mahathir ini dua kali lima dengan Najib. pencuri duit rakyat belaka.Jatuhkan pencuri baru dan naikkan pencuri lama.cerdikkah ini.macam tak ada orang lain untuk buat pemimpin sedangkan ramai lagi orang lain yang lebih baik berbanding Tun Mahahtir yang sering mempersenda sendakan undang undang Islam itu.
9:53 AM
Blogger mad said...
lebih baik dapat ketua tua daripada mendapat ketua yang pencuri.Macam mana Mad boleh maaf pencuri dahulu dan tak maafkan pencuri baru. Kalau pencuri lama baik sudah tentu pencuri baru pun baiklah.kerana mereka itu adalah pencuri.dua dua pencuri, yang satu itu baik dan yang lagi tak baik. Lojik kah.
Datuk,
ReplyDelete1. BN bukan party yang calang2...selepas 60 tahun...melalui evolusi...hingga yang tinggal sekarang hanya UMNO saja yang berkuasa...kuasa hegemoni...dan, nampak2nya selepas PRU14 nanti, kebanyakan komponen yang hanya tinggal nama saja, kecuali PBB (Sarawak)...itu pun mungkin tinggal Muslim PBB saja (50%).
2. PBS Sabah...silap hari bulan Dr.Maximus, Pemangku Presiden yang menggantikan DS Pairin, tinggal hingus...hangus olih bangsa2 Rungus (suku kaum Dusun) dikawasan dia...itu pun saya hanya dengar2 cerita saja.
3. Siapa lagi yang masih tinggal dalam BN?...MIC? MCA? Gerakan? LDP? PBS? SUPP? PBB?...mereka2 ini bagai burung2 dalam "sangkar emas" UMNO...cantik dipandang, untuk hiburan UMNO...jadi gundik2 UMNO.
4. Kerana kita biasa sangat dengan konsep politik BN...maka ia jadi ukuran politik sejak 60 tahun...itu la kebanyakan daripada kita termasuk sebilangan pembahas2 disini masih belum biasa atau faham tentang konsep baru yang dibawa olih HARAPAN dimana empat buah party komponennya adalah sama rata.
5. Ini suatu konsep politik nasional yang baru untuk generasi baru hingga kesuatu masa nanti ianya akan mengalami perubahan lagi mengikut evolusi pada zaman itu.
6. Olih kerana orang kuat paling atas dalam HARAPAN itu adalah orang yang paling terkuat dalam UMNO pada suatu ketika dulu, dan pernah memegang tampuk kerajaan , ia-itu Tun dan Anwar...terutama sekalinya Tun, ini suatu pendekatan politik yang berbeza sekali.
7. Maka kita masih dengar suara2 sumbang dari pembahas2 tertentu sebab mereka masih belum dapat menerimanya, bukan tidak mau menerimanya bahawa ini la hakikat politik baru yang diutarakan olih Tun.
8. Tun orang tua. Kita harus belajar dari dia, bukan menghina dia. Tetapi, Tun seorang orang politik, jadi dia tak kisah siapa mau hina dia. Tetapi, yang rugi adalah kita, bukan dia.
9. Politik orang bukan Melayu sudah berubah...tetapi mereka minority saja...tidak bolih buat perubahan nasional.
10. Hanya orang Melayu/Pribumi saja yang bolih menukar wajah politik nasional ke zaman yang lebih mencabar.
Ketuanya adalah Tun.
Tun is leading the way for all the Malaysian to "cross the Rubicon".
Ini la peluang terakhir kalau kita mau cara politik yang baru.
Selamatkan la Malaysia!
Datuk,
ReplyDelete1. Siapa kata Tun mempersendakkan undang-undang Islam?
2. Mari kita tinjau kembali serba sikit apa yang kita tau, saja saja mau bertukar pendapat.
3. Tengku Abdul Rahman 100% tau...Tun Dr.Mahathir pun 100% tau...mungkin Najib juga tau sikit2, bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu itu TIDAK sama dengan Perlembagaan selepas penubuhan "Malaysia".
5.Ucapan Tunku Abdul Rahman...
“I would like to make it clear that this country ("Malaysia")is not an Islamic state as it is generally understood, we merely provided that Islam shall be the official religion of the State.”
6. Undang2 Islam di Malaysia hanya la undang2 kekeluargaan sahaja dan itu sudah dijamin dalam perlembagaan, macam juga undang2 Native Customary Laws di Sabah/Sarawak dan tidak kurangnya Adat Pepatih...selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan.
7. Tidak pernah kita dengar atau secara bertulis, Tun membantah undang2 Islam atau Syariah...siapa kata?...mana bukti ucapan beliau?
8. Sesiapa pun tidak bolih dengan sesuka hati tukar dasar perlembagaan persekutuan seperti ucapan Tunku itu tadi, sebab itu la "Malaysia"...termasuk la RUU355, kalau di luluskan dan bertukarnya wajah perlembagaan kita, maka dengan sendirinya TIDAK ADA MALAYSIA.
9. "Malaysia" bukan UMNO punya, bukan PAS punya...dan bukan Tun Dr.Mahathir punya...jauh sekali la Najib punya atau Rosmah punya.
10. Jadi kalau Abdullah Ngah 9:53 AM rasa, atau DS Hadi PAS rasa perlembagaan persekutuan itu mesti ditukar ikut Medina Constitution atau Undang Undang Syariah yang mana satu...apa kata kita settle the issue once for all.
LET NAJIB CALL FOR A NATIONAL REFERENDUM.
That's how we settle this issue once for all.
THIS IS NOT POLITICS.
This is about our rights as Malayans, Sabahans and Sarawakians whether "Malaysia" should continue to exist.
If UK can exit EU, so can we.
What do think?
I was reading the blocked Syed Akbar Ali's blog posting dated 17.7.2017, Monday, in which he had stated that "the government's data shows that average income fell from USD$10,345 in 2013 to USD$8,821 in 2016. Hence in 2017, the average Malaysian must be far worse off than one were 4 years ago in 2013!
ReplyDeleteAs a Committee Member of the Bar Council Small Firm Practice and Future Of Law Committee, I am downright distressed and will definitely bring this matter up in the upcoming 11.8.2017 committee meeting as it must surely affect practitioners etc. and post on my FB timeline etc.
Anyway, I've emailed the blogger requesting for links & sources.
http://syedsoutsidethebox.blogspot.sg.prx.proxyunblocker.org
sukasamasuka,
ReplyDeletesaya boleh baca hati anda, bahawa anda adalah seorang yang persisnya kura kura makan tahu.mustahil sukasama suka tahu tahu kenyataan Tun Mahahir disepanjang menjawat jawatan perdana menteri terhadap Islam.banyak kenyataan beliau yang mengambarkan mempersenda sendakan islam disiarkan oleh akhbar utusan Malaysia. mengapa dikatakan tidak ada kenyataan bertulis yang Tun Mahathir mempersenda sendakan Islam.nampak dengan jelas benang basah sukasamakuka ketiia mempertahankan hujah dan membela TUN M yang sah mmpunyai nafsu lawamah dan amarah.masa tun M menjadi perdana menteri banyak usaha untuk mengharamkan Pas,trade mark bencinya kepada Parti islam yang hendak medaulatkan undang undang islam di malaysia.
Datuk, interesting?...tolong bagi satu dan sumbernya sekali dari utusan...mau baca, mungkin I miss the boat.
Delete