Thursday, July 04, 2019

Bekas Menteri Kata, Najib Buat Banyak “Tahi”


A Kadir Jasin


MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

Gambar hiasan: Pasangan "power" Najib dan Abdul Azeez
MUTAKHIR, 5 Jun - Saya kecewa dan hairan mengapa masih ramai pembahas yang menghantar komen guna "anonymous". Kita tidak layan komen "anonymous" di sini. Busuk-busuk pun gunalah nama samaran.

Kita berada dalam Malaysia baru yang lebih bebas dan terbuka. Mengapa masih takut dan teragak-agak? Tidak ada masalah sikit pun untuk tidak bersetuju atau membelasah saya. Terima kasih.

POSTING ASAL


MINTA maaf kisah kali ini panjang sikit.

Ia bermula bila seorang bekas menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tumbang 9 Mei 2018 lalu sifatkan penyelewengan bekas Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, sebagai “tahi”.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Saya kata “najis”, tapi dia kata bukan najis tapi tahi.

Dia pun buat congak dan dapat angka RM75 bilion “najis kewangan” yang Najib bebankan ke atas negara dan rakyat jelata.

Sikit sebanyak saya sudah sebut dalam tampalan Facebook saya semalam. Tapi saya tidak terkejut kalau ada lagi tahi yang kita akan jumpa di masa depan.

Sebahagian daripada tahi atau “taik” yang Najib tinggalkan itu ada unsur jenayah macam pecah amanah dan pengubahan duit haram SRC International yang sedang dibicarakan sekarang.

Itu pun, macam saya kata dalam Facebook saya, ada lagi orang Melayu Islam, tok haji, tok lebai, malah pensyarah universiti, yang percaya Najib ini baik dan sanjung dia sebagai “bossku”.

Maaf cakaplah kalau saya terpaksa kata, banyak orang Melayu Islam di Malaysia ini kalau pasal identiti (jati diri) bukan main bersemangat tapi nampak macam tak faham atau tak peduli berkenaan digniti (harga diri).

Atau orang Melayu Islam di Malaysia ini adalah hipokrit paling besar di dunia. Cakap pasal bangsa Melayu dan agama Islam bergegar-gegar, tapi duit rasuah, duit curi dan duit yang mereka tidak tahu haram halalnya mereka terima, bagi makan anak bini dan buat naik haji.

Saya pun malu bila suku-sakat saya sendiri kata: “Tak apalah yang curi duit tu dia bukan kita. Itu antara dia dengan Tuhanlah. Dia bagi kita ambil lah.”

Bukan ambil saja. Lepas itu pertahan pula orang yang mereka sendiri kata buat salah.

Mereka ini orang yang sembahyang sampai kematu dahi dan tak putus-putus hadir kuliah agama di mana mereka selalu dibagi amaran supaya jaga makan minum.

Jaga apa yang dibagi makan kepada anak bini. Dibagi amaran, daging yang jadi daripada sumber haram akan dibakar api neraka.

Yang sedih dan anehnya bukan rakyat totok saja yang percaya diayah bahawa Najib ini kena aniaya dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) aniaya dia.

Profesor dan pensyarah pun ada yang percaya – macam seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang sebarkan maklumat palsu, tidak lengkap dan buat kesimpulan songsang kononnya kerajaan PH jual harta negara
.
Najib Yang Jual

Kalau pun ada kerajaan PH jual harta negara, ini adalah harta yang sudah pun dijual oleh Najib dan kerajaan BN masa mereka berkuasa macam tanah TRX, tanah Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.

Itu pun mana yang tidak terlambat kita runding semula dan berjaya kurangkan belanja dan dapat syarat yang lebih baik daripada yang Najib rundingkan. 

Ambil contoh ECRL yang kita berjaya kurangkan kos sebanyak RM21.5 bilion.

Yang lain yang kita dengar dijual itu adakah harta syarikat (korporat) yang sememangnya boleh dijual beli. Itu pun kerana terpaksa jual untuk tampung hutang yang Najib tinggalkan dan kerugian besar yang Najib dan konco-konco dia buat.

Kita tidak jual sesuka hati macam Adnan Mansor buat dengan tanah Bandaraya Kuala Lumpur. Hanya aset korporat yang tidak terlalu penting, tidak strategik atau rugi terlalu besar kita jual.

Aset penting dan strategik macam yang dimiliki Felda dan Tabung Haji (TH) dijual kepada agensi milik kerajaan sendiri. Lebih kurang dari tangan kiri kepada tangan kanan.

Penerbangan Malaysia (Mas) pun kalau ada pembeli tempat, kita wajib bagi keutaman kepada mereka sebelum kita berunding dengan orang luar.

Cukuplah kerajaan dan pembayar cukai bagi kepada Mas RM25 bilion sejak tahun 2001.

Kalau tak percaya, tengoklah TH. Dari awal lagi kita bagi amaran dan kita bantah Najib lantik konco dia, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, jadi pengerusi TH.

Kita tahu siapa dia ini. Tapi Najib masa dia berkuasa dia tak dengar nasihat siapa pun kecuali konco-konco dia dan bini dia, Datin Paduka Seri Puti Reno Rosmah Mansor.
 
Abdul Azeez dilantik jadi pengerusi TH pada 1 Julai 2013. Kalau ikut gelaran menanglah dia ni Melayu yang hebat – Datuk Seri Panglima. Tapi panglima apa? Dalam masa tak sampai lima tahun TH lingkup.

Berikut inti pati laporan/penjelasan yang saya dapat daripada beberapa sumber termasuk TH sendiri dan Kementerian Kewangan mengenai bala yang timpa TH:

1.Pengurusan dan pentadbiran terdahulu telah menyeleweng dana Tabung Haji melalui pembelian yang meragukan sehingga rugi RM10.2 bilion.

2.Pengurusan juga telah memanipulasi standard perakaunan untuk mengelakkan akaun mereka menunjukkan kerugian dan dengan itu boleh bayar hibah yang tinggi. Mereka guna duit penyimpan untuk bayar hibah. Maksudnya makan modal.

3.Untuk selamatkan Tabung Haji, Kerajaan terpaksa beli aset TH yang telah jatuh nilainya dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Kerajaan beli aset TH yang nilainya RM9.7 bilion dengan harga RM19.9 bilion melalui syarikat milik kerajaan Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

Kerajaan tak jual harta TH kepada orang luar atau kepada Cina DAP macam didakwa oleh sesetengah pensyarah dan profesor “kangkung” serta lebai penjaja agama. Tak macam Najib jual Edra kepada syarikat negeri China.
Alhamdulillah Abdul Azeez telah pun didakwa di mahkamah dan siasatan telah dan sedang dilakukan ke atas bekas ahli lembaga pengarah serta pengurusan kanan TH.

Yang banyak jual aset negara dan aset GLC kepada orang luar ni Najib dan konco-konco dia. Bila tak ada duit untuk bayar hutang atau untuk isytihar dividen yang tinggi mereka jual aset untuk jana keuntungan luar biasa.

Hari demi hari harta negara dan aset GLC makin berkurangan atau susut nilainya. Kemampuan untuk buat keuntungan semakin tipis maka akhirnya jadilah macam TH.

Banyak Lagi Najis

Masalahnya bukan di TH dan Felda saja Najib dan konco-konco dia buat “najis”. Banyak lagi tempat yang mereka geledah dan perah.

Berikut saya senaraikan secara sepintas lalu butir-butir yang saya peroleh daripada sumber rasmi, separuh rasmi dan media massa mengenai “tahi” yang Najib dan konco-konco dia tinggalkan:

1MDB

1.Kerajaan sekarang sedang tanggung RM32.2 bilion hutang 1MDB.

2.Jumlah ini bagaimanapun belum masuk bayaran faedah dan bayaran lain yang berkaitan dengannya.

3.Aset 1MDB tidak mampu jana hasil untuk bayar faedah dan bayar balik pinjaman maka dengan itu perlu ditanggung melalui peruntukan Kerajaan. Kita yang bayar cukai dan anak cucu kitalah yang tanggung.

4.Jumlah faedah dan bayaran balik pinjaman yang Kerajaan kana tanggung dianggarkan lebih RM50 bilion.

Felda

1.Kelemahan tadbir urus dan penyelewengan seperti beli harta dengan harga yang terlalu tinggi telah jejaskan kewangan FELDA. Bagi pulihkan balik Felda Kerajaan terpaksa suntik RM6.2 bilion.

2.Contoh terbaik penyelewengan ialah apabila Felda “dipaksa” beli syarikat ladang PT Eagle High Plantation di Indonesia dengan nilai RM2.1 bilion walaupun harga pasaran hanya RM1.0 bilion. Pada akhir tahun 2018, nilai pelaburan ini telah jatuh kepada RM600 juta saja.

3.Ini semua kerana pemilik PT Eagle High Plantation adalah kawan baik dan konco Najib bernama (Tan Sri) Peter Sondakh, seorang Cina Indonesia.

SSER

1.Skandal saluran paip gas Sabah bernilai RM9.4 bilion ini melibatkan syarikat dari negeri China.

2.Konspirasi menipu ini jelas bila bayaran RM8.3 bilion atau 88 peratus dibuat sedangkan kerja pembinaan yang dilaksanakan hanya 13 peratus. Itu pun tidak dapat disahkan secara rasmi.

Satu lagi skandal yang dikhuatiri akan meletup ialah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang melabur pencen anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Apa yang ditemui sehingga ini ialah:

1.Tindakan pengurusan terdahulu telah jejaskan kedudukan kewangan hingga susah bagi LTAT hendak isytihar dividen bagi tahun kewangan 2018.

2.Sebagai contoh, LTAT telah “dikerah” untuk beli syarikat konsesi “automated enforcement system” (AES) dengan harga RM555 juta walaupun projek tersebut dikhuatiri tidak berdaya maju dan ditentang oleh pengguna jalan raya.

3.Yang peliknya, ada ahli lembaga pengarah yang duduk dalam lembaga lebih 20 tahun dan kumpul saham anak syarikat LTAT sampai hampir RM150 juta.

Saya yakin iaitu setelah selamatkan TH dan Felda, kerajaan tentulah tidak akan abaikan kebajikan anggota dan pesara tentera. Sekali lagi kerajaan PH kena bersihkan “najis” yang kerajaan BN tinggalkan. Najib ni lama jadi Menteri Pertahanan.

SRC International Sdn Bhd

1.SRC ni asalnya anak syarikat 1MDB. Tapi bila tak mampu bayar balik hutang, Najib pindahkan ke Kementerian Kewangan. Masa itu dia Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

2.Seperti yang kita dengar dalam laporan perbicaraan Najib sekarang, dia arah Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) supaya bagi pinjaman RM4 bilion kepada RSC yang sebanyak RM42 juta didakwa masuk ke dalam akaun peribadi dia.

3.Hutang RM4 bilion ini dijamin oleh Kerajaan Pusat tapi SRC ni tak ada aset untuk bayar balik hutang KWAP. Nak bayar faedah pun tak ada duit.

4. Jadi siapa yang kena tanggung “tahi” yang Najib buat ini? Jawabnya Kementerian Kewangan. Akhirnya kita yang bayar cukai dan anak cucu kitalah yang kena tanggung “tahi” Najib ini.

Bayaran balik Cukai Jualan

1.Kerajaan BN kata hasil cukai dan kedudukan kewangan kerajaan lebih kukuh kerana GST. Tapi dia tak ambil kira rebat cukai pendapatan dan GST yang kena dipulangkan kepada pembayar cukai.

2. Bila Kerajaan PH ambil alih, kita dapati Najib berhutang RM37 bilion kepada pembayar cukai. Kita paksa sediakan RM37 bilion untuk bayaran balik tertunggak iaitu RM19 bilion untuk GST dan RM18 bilion untuk cukai pendapatan.

3.Jumlah itu tak dapat dibiayai dengan hasil biasa jadi kerajaan terpaksa minta dividen khas RM30 bilion dari Petronas.

Jangan Jadi Munafik

Tok haji, tok lebai, petani, nelayan, kakitangan kerajaan, profesor tulen dan profesor kangkung marilah kita berfikir dalam sikit.

Kalau Najib ni tak ada apa-apa nak sembunyi, pasal  apa dia bantah sangat akta wajibkan Ahli Parlimen macam dia isytihar harta?

Boleh kata semua Ahli Parlimen PH dah isytihar. Jadi pasal apa pembangkang liat sangat?

Dulu masa skandal 1MDB mula timbul, Najib kata dia kaya dan banyak duit sebab “legacy” – keturunan.

Memanglah keturunan dia kaya, terutama sebelah ibu. Datuk dia, Almarhum Tan Sri Mohamed Noah Omar atau “Noh Berot”, adalah rakan kongsi mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dalam projek judi dan riadah Genting Highlands. Gelaran “Noh Berot’ ni adalah kerana dia belajar di Beirut, Lebanon.

Berkenaan pensyarah yang menuduh kerajaan PH jual RM20 bilion aset negara dalam masa 400 hari itu, nama yang dia pakai adalah Abdul Muein Abadi. Dia dakwa dia pensyarah program Sains Politik UKM.

Rencananya yang bertajuk “Eksklusif: 400 hari PH jual lebih RM20 bilion aset negara” itu disiarkan, antara lain, oleh portal politik Umno-Online. Maaf cakaplah rasa macam ada konspirasi.

Naib Canselor UKM ni nama dia Prof. Ir. Dr Mohd Hamdi Abdul Shukor. Dia ni lantikan zaman kerajaan PH oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Punyalah baik kerajaan PH dan si Maszlee ni maka turut dilantiknya bekas menteri kabinet Najib, Tan Sri Abdul Wahid Omar, untuk jadi pengerusi lembaga pengarah UKM.

Jadi saya mintalah Maszlee bagi penjelasan dan pencerahan kalau dia baca blog kita ini. Takut-takut kita ni jadi mangsa mainan kayu tiga oleh "the deep state". 

Wallahuaklam. Terima kasih.

27 comments:

  1. No to road name for KKK3:25 PM

    Datuk,
    leave the existing names of roads alone. We don't want names changing here and there ever so often.
    There is no logic in the action by the Selangor government to rename Jalan Semangat in Petaling Jaya to Jalan Professor Khoo Kay Kim in honour of the prominent historian.

    KKK is no stranger to controversy, he has not done much for the nation except to stick to his own prejudiced opinions. He could be a good lecturer, he could have written many books, but that is about it.

    IF the Selangor govt wants to "glorify" his name, get it done for some new unnamed roads. Don't touch existing names which have historical value.

    ReplyDelete
  2. some
    went too deep
    they missed the God spot
    salaam

    ReplyDelete
  3. Artkel ni mesti sebab sakit bontot Najib telanjangkan Menteri kewayangan Pakatan Harapan kan? Adakah sebab itu perkataan "Tahi" digunakan untuk sedapkan hati sendiri? kalau apa yang Najib tulis salah senang aje, saman lah Najib dengan segera. Ada berani?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang ditelanjangkan tu??citer la sama nak tau jugak....bab hutang 800b tu ka?kahkahkahkahkah 800b tu ka?

      Delete
  4. TUN perak5:50 PM

    Ape CRITE DATO hutang sekarang da dkat 800b..

    Dah JUAL byak ASET krajaan pon x "bole cover" lgi ke??

    Jgn nnti kite smue kene LELONG cm "3 abdul" sudahhhh

    ReplyDelete
  5. Anwar5:50 PM

    Datuk, mungkin boleh kaji dan semak fakta dalam tulisan saya ini sekiranya berguna.

    Menjawab 'fakta-fakta' dari pensyarah politik (bukan ekonomi) dari UKM

    Saya memilih untuk mengulas cuma beberapa perkara sahaja. Sebabnya, saya bukanlah seorang ahli politik, justeru saya tidak dibayar dan tidaklah berfaedah untuk saya membuang masa mengkaji setiap keputusan-keputusan kerajaan, GLC, badan dana ataupun syarikat-syarikat lain di dalam mana-mana penjualan saham syarikat.

    Ini sepatutnya kerja bekas pejuang-pejuang cyber yang kini sudahpun menjadi pegawai-pegawai khas di dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan. Dan secara jujurnya saya hairan ke mana pergi mereka ini, adakah sudah terlalu sibuk, berjimba atau gembira dengan jawatan yang di pegang, wallahualam.

    Berkenaan 'penjualan IHH' kepada syarikat Jepun. Ia digembar-gemburkan oleh Najib seumpama kita sudahpun kehilangan hak milik ke atas syarikat ini. Nada hampir sama dicanang oleh pensyarah politik ini. Sebenarnya kita cuma jual 16% peratus sahaja saham Khazanah. Dengan
    itu Khazanah kini menjadi pemegang saham sebanyak 26.1% sahaja. Mitsui dengan itu bertambah 32.9% menjadikan ia sebagai 'single largest shareholder'.Tetapi adakah itu bererti kita sudah kehilangan hak untuk memanggil syarikat ini syarikat hak milik Malaysia. Tak betul pun.

    Sebabnya syarikat ini selain ditubuhkan di Malaysia, berada di dalam Bursa Malaysia dan beribu pejabat di Kuala Lumpur, sahamnya turut dimiliki oleh KWAP, KWSP, PNB dan Public Mutual. Dijumlahkan kesemua saham ini, syarikat, khazanah dan badan-badan dana milik negara, IHH ini nyatalah secara kumulatifnya dimiliki oleh kita.

    Syarikat insurans Turki, iaitu Acibadem Sigorta yang Khazanah jual itu pula, perbincangan untuk menjualnya dah lama pun. Carilah berita, sekitar awal 2018 sudah pun ada ceritanya. Bukanlah baru. Khazanah memang merancang hendak menjualnya ketika itu seiring dengan pengumuman dari Presiden Turki, Erdogan yang menjurus ke arah pemilikan insurans yang lebih rendah harganya dan mampu milik.

    Berkenaan Sapura Upstream, saya tak pasti kalau sesuatu 'perkongsian strategik', di mana sesebuah syarikat asing, OMV yang telah membeli 50% saham modal terbitan bagi sebuah syarikat yang dikira sebagai syarikat usahasama baru, patut dipanggil sebagai menjual negara atau menjual pegangan syarikat. Tak tahu lah, saya lebih terima itu sebagai pelaburan.

    Axiata tak jual Axiata Digital wahai encik pensyarah ooi. Yang dijual adalah portfolio Digital Ventures milik Axiata Digital. Itulah pentingnya english education.

    References saya? Tak payah lah. Saya cadang Google sendiri. Saya tak nak letak link, dan kemudian ber'demi-demi Allah' kononnya saya betul.

    Rebuttle untuk isu-isu lain atau penjelasannya? Kaji lah sendiri. Jadilah masyarakat dan rakyat yang tak disuap buta-buta dengan posting media sosial.

    Kita dalam era 'post truth'. Semata-mata link yang diberi bersama, bukan suatu bukti atau keterangan sah. Nilaikan sendiri. Jangan jadi bodoh. Tok sah jadi bangang. Elak jadi taksub tak bertempat.

    Yang betul, kita kata betul. Calling a spade, spade.

    ReplyDelete
  6. power Datuk,..sekarang kita tengok berok kena belacan...

    ReplyDelete
  7. Yang pastinya Syed outside the box punggg dah menyampah,banyak menyanggah Dan mensampahkan pH....
    Rakyat jelata muak kes kes liwat, kekwat.... Penattt...

    ReplyDelete
  8. Farid8:39 PM

    Amat malang kita umat Melayu Islam apabila mengangkat ketua yang tiada amanah.
    Nilai jati diri boleh digadai apabila disuap oleh si pengkhianat bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  9. Rakyat yang penat9:45 PM

    Aslm DAKJ,

    Kalau kita lihat pada trend belanja Kerajaan dan gelagat agensi pembangunan kerajaan membiayai projek melalui kaedah PFI, PPP dan lain2 kaedah off-budget, sebenarnya kita boleh tahu yang kerajaan dahulu sudah over commit perbelanjaan kerajaan. Belanja melebihi pendapatan atau kemampuan. Sebab itulah mahu tak mahu GST dilaksanakan. Walaupun GST ini lambat laun memang diperlukan memandangkan tanggungan perbelanjaan sosial kerajaan yang tinggi terutamanya belanja pendidikan dan kesihatan, namun belanja pembangunan dalam bentuk projek-projek yang over price secara keterlaluan untuk membela orang-orang politik dan belanja-belanja popular untuk mendapatkan sokongan penjawat awam melalui kenaikan gaji yang berturut-turut tanpa mengira prestasi ekonomi menyebabkan gst lebih mendesak lagi untuk dilaksanakan.

    Hebatnya tahap belanja kerajaan yang telah over commit ini, dengan pelaksanaan gst pun, pendapatan kerajaan masih tidak dapat menampung peningkatan perbelanjaan. Buktinya, walaupun jumlah bajet kerajaan meningkat tetapi peruntukan operasi jabatan kerajaan dipotong secara besar-besaran sehingga menjejaskan operasi jabatan seperti hospital, klinik, sekolah, geran untuk ipta dan banyak lagi agensi pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan.

    Walaupun begitu, penyokong politik masih perlu terus dibela. Orang yang sudah biasa berbelanja besar tidak akan boleh menurunkan taraf hidup mereka. Itulah sebabnya projek-projek pembangunan dijalankan secara ppp dan pfi. Ini kerana pendapatan yang tidak mencukupi menghadkan kemampuan kerajaan untuk berhutang bagi melaksanakan projek-projek yangsudah tentulah over price. Kalau projek di bawah peruntukan p3mbangunanpun sudah over price bayangkanlah projek-projek yang dibangunkan secara ppp dan pfi atau bayaran tertangguh. Berlebih-lebihan lagilah over pricenya. Kerajaan lingkup tak apa, yang penting penyokong politik dapat habuan masing-masing. Bolehlah kahwin dengan artis.

    ReplyDelete
  10. Rakyat yang penat9:45 PM

    Bagusnya ppp dan pfi ni, bolehlah kerajaan lama sorok hutang tidak langsungnya, sebab ppp tidak dikira sebagai hutang kerajaan. Walaupun hakikatnya kerajaan sudah commit bayaran pajakan untuk tempoh jangkamasa panjang yang bahasa orang biasanya berhutang jugalah tu.

    Yang tidak baiknya ppp, pfi dan off budget ni, bayaran pajakannya adalah termaktub dalam kontrak. Mesti dibayar terlebih dahulu. Inilah sebabnya walau bajet meningkat tetapi peruntukan untuk operasi jabatan kerajaan terpaksa dikurangkan.

    Tidak cukup dengan menjalankan projek secara ppp, pfi dan off budget, saya percaya itulah puncanya kerajaan tidak memulangkan bayaran balik cukai kepada pembayar cukai. Ini bagi menunjukkan gambaran kewangan kerajaan yang semakin pulih. Tambah lagi dengan aset kerajaan yang dijual. Tambah lagi dengan tuntutan kontraktor dan pembekal yang lewat dibayar. Tambah lagi dengan menjarah aset dan wang institusi awam lain seperti epf, kwap, th, felda, felcra, khazanah dan banyak lagi saya percaya.

    The dot has connected. Nampak tak. Dan malaun-malaun ini dipertahankan oleh penyokong-penyokongnya dan mereka-mereka yang mendapat imbuhan seperti tok-tok imam yang dapat pergi haji, peneroka felda dan pendeposit tabung haji yang enak dibuai duit dividen yang tidak sepatutnya. Dia ambil 1000 dia bagi rakyat 10, sapa tanggung? Kerajaanlah.

    Unfortunately, pandainya kerajaan ph mereka terburu-buru hapuskan gst tanpa tahu keadaan kewangan sebenar kerajaan. Dahlah harga barang tak turun, kerajaan pula berkurang hasil, terpaksalah ambil duit petronas untuk bayar balik duit cukai yang kena dipulangkan. Itulah sebabnya defisit kerajaan naik balik tahun lepas. Sebab hasil kerajaan dari gst berkurang.

    ReplyDelete
  11. Rakyat yang penat9:53 PM

    Cakap senanglah, sebelum pru janji bulan dan bintang. Bila dah memerintah baru kau tahu air liur kau tak laku. Walaupun kita suka dapat turunkan penyamun, tapi itu bukan pengakhiran cerita, kisah seterusnya adalah macamana kita nak bawa negara ni ke tahap ekonomi yang seterusnya dan lebih tinggi.

    Rakyat tak suka retorik menteri kewangan kononnya nak kurangkan hutang dengan tubuh jawatankuasa itulah, pejabat inilah sedangkan masalah belanja yang over commit takde penyelesaian juga.

    Sebagai rakyat malaysia:
    X mau dengar cerita pengganti pm
    X mau dengar menteri bangsa india cakap tamil
    X mau baca menteri cina keluar kenyataan dalam bahasa mandarin. Ini malaysia maaa.
    X mau menteri tak reti buat kerja. Please resign.
    X mau penasihat dan orang lantikan politik menteri besar kepala. Ikut peraturanlah deiii.
    X mau menteri sama menteri buat kenyataan bercanggah.
    Tolonglah buat kerja.
    Guan eng too many talk dan stunt. Tak tau ekonomi.
    Mat sabu, salahudin ayob, saifudin nasution, menteri pelancongan, khalid samad, mujahid yusof rawa dan beberapa lagi you know who you are please resign.

    No provocation towards malay and islam. Adib case, temple haram, rumah urut, pendatang haram, unemployment, harga barang, harga rumah tolong selesaikan.

    ReplyDelete
  12. Firebrand10:17 PM

    A lecturer being threatened for telling factual truth... A desperate move by a failed government.

    ReplyDelete
  13. DS Najib belajr dari kelemahan dulu. Sebelum PRU14 dia 'senyap man'. PH pula memaksimumkan social media. Hasilnya BN jatuh. Sekarang DSN memaksimumkan media mana kala banyak orang kuat PH yg dulu hebat sekarang diam. Maka berjaya lah dia memberi persepsi yg kerajaan PH sudah gagal. Ya sebuk dgn Kementerian masing dan jawatan baru. Percaya sungguh dgn falsafah bila sudah berkuasa tak perlu bising2 hanya buat Kerja. Tapi jangan lepas PRU15 Jadi pembangkang semula. Berjinak2 lah semula dgn social media.

    ReplyDelete
  14. Salam Dato’ Kadir.

    Ilmuwan vs wartawan

    Kelakar betul post Dato’ kalini. Professor tu tulis berdasarkan rujukan-rujukan yg beritanya dari suratkhabar PH sendiri (sbb dia takut bias nanti). Jadi sepatutnya, Dato’ bagilah rujukan-rujukan balik secara ilmiah, bukannya kata merepek-repek dan mengikut emosi seperti kata tahilah, taiklah, professor kangkunglah dan sebagainya……. Bila dah rasa kalah berdebat, siap bagi warning kpd TNClah, Menteri Pendidikanlah. Ini ke standard Dato’ nak berdebat dgn ilmuwan??? Nampak tak Dato’ beza antara ilmuwan dan wartawan. Inilah yg akan terjadi bila sesuatu perkara dipegang oleh bukan ahlinya.

    Jika kita bandingkan, di zaman dulu, selain dari Najib and the gang, pemimpin Malaysia terdiri drp golongan intellectuals, academicians, professors, pakar-pakar, consultants dan sebagainya. Zaman PH ni, pemimpinnya terdiri dari bloggers, SRP, SPM, penipu sijil akedemik, masalah moral, semburit dan pengampu-pengampu Tun Mahathir. Bila ajak lawan secara ilmiah, secara evidence based, terus terkebil-kebil tak reti. Lepastu marah-marah kata orang lain macam-macam.

    Akhir kata sekali lagi, nampak tak bezanya fakta yg dibentangkan oleh para ilmuwan yg penuh dgn rujukan dan evidence based berbanding dgn wartawan yg penuh dgn emosi dan dendam. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  15. Najib Bapa Perasuah Negara.

    ReplyDelete
  16. Dato..sebanyak mana Mana pun tuduhan pada najib Dan kroni2 beliau, biarlah mahkahmah yg menentukan samada beliau bersalah atau tidak. Dato, Ada x dato melihat rakyat atauvpenyokong najib tidor protest atas jalan atau merusuh membakar harta awam masa najib di dakwa di mahkahmah spt kejadian Masa 1998, bila pm in waiting di tangkap? Rakyat Malaysia dah matang dato bukan lagi spt puak2 penyokong pm in the waiting dahulu. Yg Kita mahu saksikan keadilan dilaksanakan bukan secara selective prosecution. Jgn nanti andai kerajaan ph-dap tersungkur Pula d pru15, Kita akan lihat Pula puak2 ph-dap di heret ke mahkamah. Jgn Pula nanti si mirzan, mokhzani Dan mukriz pul di beri notis berbilion2 oleh income tax Dept spt yg dilakukan sekarang oleh kjaaan ph-dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juge kita tak lihat baju2 spt warne kuning cube menjatuhkan kerajaan yg sah dipilih

      Delete
  17. Makin cerah PH jadi kerajaan sepenggal ni.

    ReplyDelete
  18. Najib adalah bala dan malapetaka Allah turunkan untuk rakyat Malaysia yang kufur, munafik, kaki rasuah, dan macam2 lagi dosa yang kita lakukan. Olih itu sedarlah wahai rakyat dan bangkit semula dengan keimanan dan jati diri untuk membangunkan melayu dan islam baru di negara kita. Long live Tun, to hell with Najib and gang.

    ReplyDelete
  19. Apa cerita pun aku tetap akan undi PH dlm PRU 15. Undi lain dari PH is not an option.

    ReplyDelete
  20. Setuju dengan dato

    Tahi@taik tu walau disolek macam mana pun..walau dibedak di perfume wangi mana pun..namun tahi tetap tahi..

    Ada pulah golongan ilmuan..golongan agamawan sanggup menyolek tahi agar menjadi bunga..walau namannya bunga, sedarlah yang tahi itu fitrahnya tetaplah sebagai tahi juga..

    ReplyDelete
  21. Anonymous tu orang yg tak berkepentingan lah. Tak de kepentingan apa2.
    Some people konon kata dia journelist yg impartial, tapi penipu lagi besar dari politikus2.

    ReplyDelete
  22. Already more than half of the body in the grave, yet egotistically continue to deny all the past wrongdoings just to save face in this materialistic world. Really no fear for God and the consequences await in the afterlife? If the estimation of RM75 billions is correct, then he should be severely punished, equivalent to the crime he'd committed. Why would we and our next generation and the next, have to be burdened with this particular person's misappropriation? That is not fair. Thankfully, the corrupt regime was ousted and came to an ignominious end, thus far. Only time will tell the whole bunch of crooks to be jailed soon. But, they are all 'pious' Muslims who pray 5 times a day and readily travel afar to perform their annual umrah and even the hajj. When comes to religion, Muslim is said a cut above the rest. It is such a shame that what the Muslim politicians did, were totally opposite to the real teachings of Islam. People sling off at them for this.

    ReplyDelete
  23. Dato'.. banyak sungguh yang saya nak komen atas komentar-komentar Dato' ni. Tapi saya pendekkan kepada dua perkara sahajalah.

    1. Cadangan: Kalau boleh Dato' gunalah numbering system ke atas perenggan-perenggan yang Dato' tulis.. seperti Dr. M selalu buat dalam blog beliau, dan setiap perenggan tu janganlah terlalu panjang. Sebabnya, bila siapa-siapa nak ulas tulisan Dato' ni, senanglah rujuk kepada item no berapa.

    2. Pemerhatian: Setelah saya baca dari atas ke bawah apa yang Dato' nak sampaikan, saya membuat kesimpulah bahawa tulisan Dato' ini tidak bersifat terbuka. Lebih kepada biased terhadap mereka yang Dato' sokong dan kondem yang Dato' tidak sebulu. Saya tak jumpa rujukan-rujukan kepada fakta Dato'. I always thought Dato' is more than that. Wartawan yang mendapat title Dato' bukanlah calang-calang wartawan. Come on Dato', keep your mind open like a true blue great journalist.. jangan biarkan dendam kesumat melunturkan kewibawaan Dato'.

    ReplyDelete
  24. saya nak tanya datuk, mana banyak tahi Datuk Seri Najib Razak dengan tahi Tun Dr Mahathir Mohammad yang ditinggalkan?

    ReplyDelete
  25. Kadiag: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ‎
    Terima kasih banyak Kadiag ataih ‘coretan’ hang pasai apa yg bekaih menteri kata...
    Hang dah kaba banyak poin, tapi izin aku tambah sikit lagi.
    Penyokong2 MOI & geng antara lain banyak tediri dari sebagian besag kepala parti dia, temasok munkin
    menteri tu, sebagian kepala2 media, kepala kementerian, jabatan2, universiti2, tauke2, polisi2, jabatan hukum,
    sebagian ‘agamawan’ dan sisa2 feudal.
    Jugak dikalangan orang awam yg pilih untuk diam atau kaku bila belaku ‘kemunkaran’ besag besaran.
    Ramai depa ni masih bekeliaran....
    Munkin perlu pada satu pasukkan khas untuk mengesan depa ni secara sistematik dan jika di dapati besekonkoi
    secara lansung atau subahat, maka diambik tindakkan sewajagnya,

    Izin aku ingatkan diri aku dan sesapa saja ayat 113: suroh Hud :
    وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
    Yg maksod dia lebih korang

    “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka,
    dan sekali-kali kamu tiada mempunyai penolong pun selain
    daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.(dari TafsirQ.com dgn sikit suntingan.)

    Wallahua’lam dan maghap no,
    Aku

    ReplyDelete