A Kadir
Jasin
MUKHADIMAH: Pandangan
yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis
dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan
apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.
Nada suara yang meyakinkan daripada Al-Sultan Abdullah |
ESOK, Selasa, 30 Julai 2019, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah Pahang akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Daulat Tuanku.
Dalam temu ramah dengan akhbar The Star yang disiarkan pada Ahad, 28 Julai,
Al-Sultan Abdullah melahirkan harapan untuk melihat Malaysia yang bersatu,
aman, stabil dan harmoni sepanjang pemerintahan baginda.
Namun begitu, baginda mengakui bahawa harapan tersebut mungkin tidak
tercapai dalam masa yang singkat.
Bagi diri saya, walaupun saya kritikal terhadap tindak-tanduk dan
kelakuan sesetengah raja Melayu, namun saya amat yakin bahawa seorang raja yang
adil dan bijaksana boleh membantu menjadikan Malaysia bersatu, aman, stabil dan
harmoni.
Sekiranya hari ini negara kita tidak mencerminkan ciri-ciri yang
Al-Sultan Abdullah sebutkan itu, boleh jadi sebahagiannya disebabkan
oleh tindak-tanduk dan kelakuan sebilangan kecil raja-raja kita juga.
Justeru itu, saya amat yakin sekiranya Al-Sultan Abdullah menunaikan tanggungjawab baginda seperti yang baginda janjikan dan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan maka kebimbangan baginda yang Malaysia menjadi kacau-bilau akan dijauhkan Tuhan.
Insya Allah jika baginda dan Raja-raja Melayu yang lain
boleh memberi kerjasama kepada kerajaan pilihan rakyat jelata, ekonomi negara
akan pulih dan kesejahteraan rakyat jelata, khususnya yang memerlukan
pembelaan, akan menjadi bertambah baik.
Sebab itulah saya selalu kata bahawa tempat raja
adalah di atas takhta dan bukan di dalam bilik lembaga atau di dalam hutan belantara
mencari balak dan emas suasa.
Saya telah sebutkan banyak kali dan saya ulang sekali
lagi, iaitu raja-raja tidak boleh berniaga, bersaing dengan rakyat jelata dan diseret
ke mahkamah macam orang biasa.
Tidak mengapa kalau kerajaan pusat dan negeri hendak
mengkaji semula peruntukan diraja supaya raja-raja kita boleh hidup selesa
tanpa keperluan berniaga atau membuat kerja-kerja yang merendahkan martabat
istana.
Begitu jugalah kalau perbelanjaan raja terlalu besar dan mewah
seperti memiliki istana gergasi atau jet peribadi yang memerlukan belanja
penyelenggaraan yang besar maka kerajaan berhak mengehadkannya.
Al-Sultan Abdullah yakin kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir mampu memulihkan
ekonomi negara dan kebajikan rakyat jelata.
Di sini, saya amat yakin, Raja-raja Melayu boleh memainkan peranan
menasihati pemimpin politik agar menumpukan perhatian kepada tugas yang
diamanahkan dan bukan membuat kerja-kerja yang dilarang.
Berkenaan ulasan Al-Sultan Abdullah berkaitan serangan ke atas istana
dalam media sosial, saya rasa serangan yang tidak berasas dan melampau wajib
disekat dan ditangani mengikut lunas undang-undang.
Saya berkata begitu kerana saya sendiri sudah dua kali disiasat oleh
polis berikutan aduan orang ramai ke atas tulisan saya mengenai raja-raja walaupun saya berhati-hati dengan fakta dan bahasa.
Bercakap bagi pihak Istana Pahang, Al-Sultan Abdullah berkata, keluarga
diraja tidak berbeza daripada institusi atau istana lain yang sentiasa
diperhatikan oleh rakyat jelata.
Amat tepat kata Al-Sultan Abdullah, iaitu istana akan dikecam hebat
apabila dilihat cuba mempolitikkan sesuatu.
Al-Sultan Abdullah berkata, baginda sentiasa diingatkan tentang perlunya
institusi raja kekal relevan dalam suasana politik negara yang lebih
terbuka dan demokratik sekarang.
Saya juga tertarik dengan komen baginda bahawa jika (raja-raja) berasa mereka adalah bahan muzium maka mereka akan berakhir di dalam muzium.
Tetapi jika kehadiran (raja-raja) adalah untuk berkhidmat kepada rakyat
jelata dan berada bersama mereka, baginda
yakin rakyat jelata tahu bagaimana menghargainya.
Kesimpulannya, saya amat yakin kita akan melalui zaman yang lebih
tenteram dan membanggakan di bawah pemerintahan Al-Sultan Abdullah berbanding
dengan zaman pemerintahan raja sebelum ini.
Insya Allah.
Kadiag, “السلام عليكم ورحمة الله”
ReplyDeleteAku ada buat silap dlm hantaran baru ni, dimana pasai Manohara Pinot, aku nulih
“ Kenunnya dah jadi ‘wakil rakyat’ di Sidoarjo, Surobaya lepaih pemilu baru2 ni “
Sebenagnya dia gagai dipilih.
Perkara ni munkin dapat pencerahan dari pautan ni :
“Manohara Gagal Jadi Anggota DPR“ dari tribunnews.com.
Sekali lagi, maghap no.
Aku,
Tanah Melayu INI Tanah berdaulat. Tanah Jawi Serambi Mekah. Ada hikmat penuh nikmat. Tujuh petala langit bertemu tujuh petala bumi. Bulan bertemu bintang.
ReplyDeleteMengalir sungai sungai taman syurgawi. Bidadari menari, menyanyi sepuluh darul.Berpayung mahkota singgahsana bertakhta berperi...
Salam Datuk.
ReplyDeleteBolih tolong ulas / komen dengan tindakan PMO meminta Pihak Istana Negara untuk mengubah Protokol Istana Negara dengan mengubah kedudukan kerusi Bekas Perdana Menteri ,DS Najib jauh kebelakang.Jika benar kenapa sampai begitu sekali jadinya ?
Nasib baik ada kerusi Walau pun jauh.
DeleteZaman Najib Tun Mahathir dah dapat surat jemputan boleh dibatalkan atas alasan takde kerusi.
Najib penyangak atau tun penyamun? Jawab ler.
Raja x payah berniaga. Anak Maharaja baru boleh kot.
ReplyDeleteBetul ke Dato, MSM, syarikat dibawah FGV nak jual tanah ladang di Cuping, Perlis. Nampak macam dah ada iklan panggil tawaran bidaan. Kalau betul bertambah buruk persepsi rakyat Melayu kepada Kerajaan sekarang. Ladang tu tersangat luas atau hampir 12,000 ekar di Utara Perlis. Negeri Perlis bukannya besar pun. Mungkin Dato boleh bagi pencerahan supaya dapat dikurangkan sikit suhu kemarahan orang Melayu kepada kerajaan hari ini.
ReplyDelete