tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post3057305598432549207..comments2024-02-02T18:26:56.123+08:00Comments on The Scribe A Kadir Jasin: EGM MCA Jadi Ilham Nik Abdul AzizA KADIR JASINhttp://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comBlogger88125tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-63130590197819815972009-11-14T17:29:58.365+08:002009-11-14T17:29:58.365+08:00Salam Dato'
Lama tak menyibuk di sini. Busy &...Salam Dato'

Lama tak menyibuk di sini. Busy & buat-buat busy. Went back to school.

Suka dengan idea Datuk Agama-Islam (PAS), Ideology-sosialisme (DAP) Liberalisme-hak Asasi(PKR). BN patut cilok idea ini jika mereka nak menjadi the longest serving parti in the world.

Sudah ada bayangkah pemain yang hebat dari segi kecerdikan, kecerdasan fikiran perancangan & pelaksanaan untuk merealisasikan pelan di atas? Dia bukan saja perlu cerdik dan cerdas, yang paling penting dia perlulah juga disenangi dan boleh diterima semua, macam Anwar Ibrahim. Datuk dah ada nampak orang yang sehebat Anwar?

Sebenarnya, I nak tergolek-telentang juga bila Datuk tugaskan DAP menganut sosialisme. Yang saya nampaklah aura kapitalis DAP lebih kuat dari UMNO.

Apapun I sinceraly hope (from the bottom of my heart) that PKR tak end-up macam parti Semangat 46. Saya ini tidaklah jahat dan nak sangat tengok bulan terbelah dua, Bulan ditodak roket ka. Tidaklah jahat dan busuk hati saya mau lihat kehancuran dan perpecahan sesama mereka.mardhiahhttp://mardhee.diaryland.comnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-43422098637983618422009-11-04T11:18:03.482+08:002009-11-04T11:18:03.482+08:00Salam Dato'..
Berikut adalah beberapa fakta2 ...Salam Dato'..

Berikut adalah beberapa fakta2 mudah kehidupan yg banyak manusia tak boleh cerna kerana minda serabut...

1) Taksub pemimpin adalah punca perpecahan ummah.. sedangkan Islam itu datangnya satu dari 1Tuhan 1Kitab & 1Nabi..lengkap & sempurna.. peliknya Islam zaman skrg ada banyak model & versi ikut kreativiti seolah2 produk asal itu cacat & tidak lengkap! Who reset those standards?

2) Umur tua subsidi bukan bermakna kena dok rumah gedegung-gedegang hentam dahi solat sunat byk.. Allah tetap tak subsidi tuntutan2 rukun2 lain mcm Zakat & Haji! Mana yg utama? Mana yg dahulu? Rukun atau sunat?

3) Tiada manusia yg maksum (perfect)..hanya "manusia contoh" saja sempurna untuk menjadi 'standard' yg disebut dlm al-Quran (Al-Ahzab:21) iaitu Rasulullah s.a.w..

if you follow someone you can never be ahead of that person....if you follow Allah s.w.t, then only you can 'mencarut'..but we are only mortal, which is which do we follow?

Jadi tak payah nak taksub kat 'ulamak' ..tiada yg 100% sempurna..whatever remaining product left in this 'akhir zaman' is just 50% or even less in terms of 'efficiency' (output/input) dah hampir 15 abad jauh kita dgn Rasulullah s.a.w

4) "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur. " (An-Nahl:78)

- kita keluar kedunia sama saja..bukan kat dahi dah ada cap "ulamak" mcm birth right..apa kalian ingat org biasa luar sana tak mampu jadi setaraf atau lebih dari Nik Aziz?
Apakah al-Quran itu untuk bacaan, fahaman & fikiran "org2 terpilih" saja mcm agama Hindu khas utk si Brahmin dan org lain hanya ikut saja membabi buta?

Islam is not an entitled birth right.. there are standard to be complied called Rukun Islam i.e. something that got nothing to do with physical appearance, flag or branding whatsoever. Its the religion that practice knowledge & wisdom.

Mcm tagline IBM: Think!

Tagline kita pun sepatutnya:
1Tuhan, 1Quran, 1Islam..

p/s: Sesetengah manusia tgk perawakan mcm pijak semut pun tak mati tetapi lidah & lain2..Masyaallah! tetapi kalau dah 'cinta' tu racun pun jadi penawar, bara api digenggam rasa sejuk..itulah menifestasi taksub! ..no mortal is perfect unless you're an immortal..

Wallahualam

(",)affendi hussainhttps://www.blogger.com/profile/14427438276304284716noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-32219474498029906582009-10-30T01:25:13.323+08:002009-10-30T01:25:13.323+08:00DAKJ,
Nik Aziz: Alim, MB
Tetapi Bukan "Paka...DAKJ,

Nik Aziz: Alim, MB
Tetapi Bukan "Pakar"

Dalam bidang perubatan, kalau mukmin perlukan nasihat tentang kesihatan, pihak yang paling afdal untuk dirujuk bagi mendapatkan pandangan ialah doktor perubatan dan kalau melibatkan masalah yang lebih rumit maka ia akan melibatkan pakar itu dan ini tetapi bukan pak menteri kesihatan. Pak menteri ada peranannya tersendiri.

Dalam bidang pendidikan, kalau ibu bapa muslim mahukan pandangan mengenai apa yang terbaik untuk pendidikan anaknya maka pihak yang paling afdal di dengari nasihatnya ialah guru kaunseling bertauliah dan kalau perlukan nasihat yang lebih mendalam dan terperinci, berjumpalah dengan pakar kaunseling pendidikan bertauliah tetapi bukan menteri pendidikan. Menteri pendidikan ada peranannya tersendiri.

Dalam bidang politik, kalau mukmin ingin mendapatkan pandangan berhubung sistem demokrasi sesebuah negara makanya pihak yang paling afdal dirujuk adalah pegawai penerangan dan kalau perlukan penerangan yang lebih jelas dan berwibawa kenalah berjumpa dengan pakar perlembagaan atau perundangan negara tetapi bukannya pakar perlembagaan parti (politikawan). Politikawan ada peranan mereka tersendiri.

Dalam bidang agama, kalau ummah mahukan pandangan mengenai sesuatu perkara, menambah pengetahuan, meleraikan keraguan atau pengesahan, pihak yang paling afdal untuk dirujuk sepatutnya ikutlah tertib seperti yang di atas. Betulkan? Persoalannya apakah itu yang berlaku? Yang melata sekarang ini ialah masing-masing pihak mahu mengikut cara mereka sendiri.

Ini menampakkan, dalam konteks agama, mukmin tidak mencontohi trend sejagat walhal itulah trend yang terbaik. Kenapa? Ya, adakah kerana ketaksuban, kefanatikan dan semangat assobiyah berlebihan? Adakah kerana ummah terlalu mengambil mudah dalam mendapatkan pandangan dari segi agama hingga mereka berasakan sesiapa saja layak membicarakan aspek khusus lagi kompleks; ummah melihat sesiapa saja yang banyak memberikan ceramah makanya dia adalah pakar; dan mereka melihat sesiapa saja dari kalangan mereka yang menjadi ketua maka ia secara tidak langsung adalah pakar rujukan untuk segala-galanya?

Bukannya apa Dato, kalau melihat perkembangan yang menjurus kepada kekeliruan dan perpecahan sekarang ini punca sebenarnya perlu dikenalpasti dan itupun kalau kita berasakan yang kekeliruan berkenaan mahu rungkaikan dan ummah dapat terus bertaut. Cuba difikirkan sejenak apa yang ada di negara lain. Nah, mereka juga ada lebih daripada satu parti ummah tetapi apakah mereka berpecah begitu sekali?

Anak Bapak -- sering jumpa pakarAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-22941145576144030682009-10-29T17:58:33.315+08:002009-10-29T17:58:33.315+08:00Perniagaan yang dimaksudkan Allah swt adalah orang...Perniagaan yang dimaksudkan Allah swt adalah orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki kurniaan Allah swt. Keuntungan yang diperolehi diakhirat adalah pahala dan karunia Allah swt. Karunia siapakah yang lebih baik dari karunia Allah swt!

Allah swt bertanya kepada orang-orang yang beriman melalui ayat 10 Surah As-Saff,

61:10 Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Surah As-Saff ayat 10)

Perniagaan yang dimaksudkan Allah swt adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu sepertimana jawaban Allah swt kepada pertanyaanNya diatas dalam Surah As-Saff ayat 11.

61:11 (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (Surah As-Saff ayat 11)

Seterusnya, Allah swt menjelaskan dalam Surah At-Taubah ayat 111 jualbeli Allah swt dengan orang-orang yang beriman yang mana keuntungannya adalah Syurga Allah swt.

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9:111)
• 9:111 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur'an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar."

Jadi, bagi orang-orang yang beriman, mereka percaya yaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwaraga, beramal dan beribadat kepada Allah swt, selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Allah swt anugerahkan, dan berperang pada jalan Allah adalah “satu perniagaan” atau “jualbeli” dengan Allah swt yang sekali-kali tidak akan rugi dan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah yang pedih.

“Berniaga dengan Allah swt” ini tak perlu untuk kita tutup blog atau berhenti berniaga yang halal didunia ini, tetapi “berniaga” dengan Allah swt ini adalah amal ibadat semata-mata kerana Allah swt. Segala apa jua pekerjaan atau perniagaan yang didasari ketaqwaan kita kerana Allah swt adalah amal ibadat atau perniagaan kita dengan Allah swt. Perkara ini perlu kita lakukan secara berterusan atau istiqamah hinggalah degup jantung kita berhenti menemui Illahi.langitbirunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-75790586281824240542009-10-29T17:56:22.816+08:002009-10-29T17:56:22.816+08:00Bicara AKJ,Qaseh Bonda sedikit sebanyak telah dije...Bicara AKJ,Qaseh Bonda sedikit sebanyak telah dijelaskan oleh Yangretibasa.

Saya cuma tokok tambah Yangretibasa.

Perniagaan adalah salah satu sumber rezeki yang paling banyak dan paling menguntungkan. Kebanyakan orang-orang kaya, hartawan,jutawan , baik dari dulu mahupun sekarang adalah terdiri dari peniaga-peniaga. Ada yang membina empayar perniagaan yang cukup besar yang mampu membeli dunia dan seisinya dengan kuasa perniagaan mereka. Inilah kehebatan dan kekuatan perniagaan. Maka, beruntunglah mereka yang diberi kelebihan oleh Allah swt sebagai ahli perniagaan yang berjaya.
Allah swt juga mengambil ibarat perbandingan keuntungan perniagaan didunia ini dengan keuntungan perniagaan atau kejayaan di akhirat. Keuntungan perniagaan diakhirat ini diperolehi melalui “perniagaan didunia” yang telah mereka yang beriman usahakan semasa hayat berada di mukabumi Allah swt. “Perniagaan dengan Allah s.w.t” ini boleh kita faham janji-janji Allah s.w.t dalam beberapa ayat Al-Quran.

35:29 Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. (Surah Al-Fatir Ayat 29)

35:30 Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Surah Al-Fatir Ayat 30)langitbirunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-69142152475669716492009-10-29T11:23:12.580+08:002009-10-29T11:23:12.580+08:00Assalamualaikum,
Dengan penuh keharuan, saya menya...Assalamualaikum,
Dengan penuh keharuan, saya menyatakan rasa simpati saya yang amat sangat terhadap mereka yang membenci TG Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga tergamak menyumpah, mengutuk, mencerca, menghina, mencaci maki dan melabelnya sebagai haprak dan nyanyuk.
Saya hulurkan rasa kasihan belas saya terhadap anda kerana saya takut anda 'dianugerahi' dosa besar oleh Allah SWT dan mendapat kecelakaan di dunia yang fana ini.

Sebenarnya, tak kenal maka tak cinta. Saya cukup yakin, anda yang membenci TG Nik Aziz tidak kenal akan TG Nik Aziz dengan erti kata kenal sekenal-kenalnya. Oleh sebab itu, terlalu mudahlah anda membuat andaian yang melulu dan kesimpulan yang tersasar jauh. Anda tersalah
"baca" siapa TG Nik Aziz, lantas sewenang-wenang "menghukum" beliau.

Pada "bacaan" saya, TG Nik Aziz ialah seorang manusia yang menepati Firman Allah SWT dalam al-Quran, Surah al-Baqarah: Ayat 207 yang bermaksud "Dan ada sesetengah manusia yang menjual (mengorbankan) dirinya kerana mengharapkan keredhaan Allah, dan Allah pengasih kepada hamba-Nya".

Menurut "bacaan" saya lagi, TG Nik Aziz merupakan seorang ulama Rabbani yang setiap gerak-gerinya ditumpukan kepada Allah. Beliau pasrah dan berserah diri serta jiwa raganya kepada perjuangan membela Islam.

Beliau seorang insan mulia yang tiada berkepentingan peribadi. Kepentingan Islam itulah keutamaannya. Malunya hanya kepada Allah; beliau tidak malu kepada manusia. 'Marahnya' kerana Allah.
'sukanya' kerana Allah. Setiap 'pendirian' dan 'keputusannya' semata-mata kerana sayang dan cinta beliau akan Islam.

Dan oleh sebab saya juga mengasihi anda semua, maka saya dengan ikhlasnya menasihati anda supaya memohon maaf kepada TG Nik Aziz kerana keterlanjuran anda menyumpah maki TG Nik Aziz.

Wassalam. Tolong maafkan saya.Yangretibasenoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-62115044893346465572009-10-29T03:46:16.978+08:002009-10-29T03:46:16.978+08:00Assalamualaikum Datuk AKJ dan semua,
Saya berpand...Assalamualaikum Datuk AKJ dan semua,

Saya berpandangan bahawa 'faham agama' QasehBonda berada pada tahap yang cukup baik. Memang pendapatnya benar, Datuk. Manusia dicipta oleh Allah SWT untuk beribadat kepada-Nya. Dan
sesungguhnya, seluruh amal ibadat orang beriman itu merupakan perniagaan antara makhluq dengan Khaliq.

Sesungguhnya, Allah SWT sendiri yang telah menunjuk ajar kepada mereka yang beriman akan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan mereka daripada azab yang pedih. Sila lihat al-Quran: as-Sof: 10 - 13.

Bertambah lengkaplah pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada orang yang beriman apabila Allah SWT membeli diri orang yang beriman itu dan harta bendanya dengan bayaran syurga. Sila rujuk al-Quran: at-Taubah: 111.

Maha Suci Allah SWT. Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT.

Wassalam. Tolong maafkan saya.Yangretibasenoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-20371527287390633972009-10-28T20:10:17.039+08:002009-10-28T20:10:17.039+08:00Asm... Datuk
PAS pula dilanda krisis. Cukup dan le...Asm... Datuk
PAS pula dilanda krisis. Cukup dan lengkaplah parti-pasti politik di Malaysia ini menghadapi marhalah-marhalah yang sudah pasti akan diuji dengan mehnah-mehnah yang kelak akan mematangkan parti itu kelak. Harap-harapkan begitulah. Cakap TGNA ada betulnya. Kalau disemak kembali senario yang terjadi sebelum-sebelum ini, jelas perkara berunding dengan UMNO ini sudah tutup buku.Malah sudah dua kali dihebahkan yang tidak ada lagi perundingan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Hari ini dalam Berita Harian (28.10.09) sekali lagi dimuatkan yang Ustaz Hadi mengumumkan bahawa tidak ada lagi perundingan dengan UMNO atas isu Kerajaan Perpaduan.
Pimpinan PAS seharusnya faham bahawa isu kerajaan perpaduan ini sudah menjadi "kudis" yang kian merobok tubuh dan jasad PAS. Mungkin kekecohan di Selangor turut menjadi penyebab (kalau tak banyak pun, sedikitnya ada) kekalahan PAS di Bagan Pinang. PAS tidak perlulah berselindung menyatakan bahawa kawasan Bagan Pinang itu umpama Permatang Pauh
dengan Anwar Ibrahim. Itu alasan 'escapism" namanya. PAS perlu selidik kenapa pengundi India boleh "swing" semula kepada BN. Tidakkah isu kuil di Selangor ada sahamnya. Berapa kerat pimpinan PAS yang menyokong Ir. Khalid Samat menanngani isu ini. Terkial-kiallah YB itu seorang mempertahankan dasar Kerajaan Pakatan.
Berbalik kepada isu beberapa kerat pemimpin PAS yang kemaruk sangat hendak jadi menteri atau menteri besar. Kalau betul nak sangat ambil langkah umumkan pemindahan parti senang cakap. Macam UStaz Nakaie. Taklah kecoh jadi sampai bergegar jasad PAS.
Lagi satu hari ini kita lihat penyakit "hubbun dunya" dah mula melanda pimpinan PAS. Gaya hidup sesetengah pimpinan PAS dah ada gaya pemimpin-pemimpin UMNO. Mau ada kelas, rumah mau besar, bersikap apologitik tidak kena gaya dengan niat yang .... Tidak ada lagi gaya hidup kesedeharnaan, sikap tawaduk dan memikul amanah ALLAH.
Kalau beginilah gayanya suasana politiking dalam PAS,elok benarlah ALLAH datangkan satu kaum atau puak lain yang betul-betul ikhlas dalam menegakkan kalimahNYA. Lagi pun PAS sekadar satu wadah yang memperjuangkan Islam. Boleh jadi ibarat ular. Sementara hendak membesar dan matang ular akan bersalin kulit beberapa kali. Jadi tidak salah kalau pejuang-pejuang PAS boleh bertukar wadah kelak. Biarlah kapal PAS tenggelam kerana PAS tak mampu lagi untuk membawa muatan Islamnya, nakhodanya kian mabuk laut akibat lama belayar. Namun muatan Islam dan anak-anak kapalnya perlu diselamatkan.Ibarat kata salah seorang pimpinan PAS kalau betul hendak bersama UMNO, teruskan. Tentang diri "aku" biarlah "aku" bawa diri. Mungkin "aku" hendak cari bahtera penyelamat yang dimaksudkan ituAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/17365236612395625336noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-47701452006635448762009-10-28T16:42:45.498+08:002009-10-28T16:42:45.498+08:00Tun Mahathir kata membangkang amat mudah daripada...Tun Mahathir kata membangkang amat mudah daripada mentadbir negara dan baru kini, pakatan berkenaan mula terasa kebenaran kenyataan itu.

''Mungkin 100 tahun lagi baru mereka faham bagaimana untuk mentadbir sebuah negara,'' jelasnya

comment:

Memang benar kata Tun M. Sudah nampak bahawa mereka memang tak pandai mentadbir negara.

Tapi ramai juga yang tidak dapat terima hakikat ini. Mereka maseh lagi cuba nak menafikannya dengan memberikan bermacam hujah.pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-52147465383773463732009-10-28T14:33:37.641+08:002009-10-28T14:33:37.641+08:00Saji,
Hujah saudara ada substance. I respect your...Saji,

Hujah saudara ada substance. I respect your views.

I cannot elaborate further my view as I must admit I am not really competent in this subject and I do not want to ridicule myself something that I am not qualified to have serious intellectual discourse about Islamic issues.

My argument is based on my general perception and how I view the current political development which I don't expect others to agree or disagree with me.

It is my personal view. I might be wrong and I leave it to others free to interpret it.

Salam.pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-84562459363986571532009-10-28T13:41:45.471+08:002009-10-28T13:41:45.471+08:00Salam semua.Komen saya sebelum ini kena delete ke ...Salam semua.Komen saya sebelum ini kena delete ke dato?.Tak kisahlah tu asalkan niat kita baikkan dato.Ingat mengingati sesama saudara amalan mulia.
Apa pun, semoga yang baik itu dijadikan tauladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan.
Tepuk dada tanyalah iman.Jangan pula tanya Aiman.Nanti dia kata Aiman tak kisah.

rakyat tak bodoh.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-88582194166721281262009-10-28T13:39:09.207+08:002009-10-28T13:39:09.207+08:00Salam pakbelalang
Terima kasih kerana mengambil p...Salam pakbelalang

Terima kasih kerana mengambil perhatian komen saya. Namun saya ingin ulas lanjut

1. Sdr kata, "Saya tak kira sama ada UMNO masuk PAS atau PAS masuk UMNO asal objectivenya satu, iaitu penyatuan ummah dan bersama-sama memertabatkan agama Islam."

Saya kata, dalam memberikan pandangan kita cuba elak suruh orang buat tafsiran itu ini dan suruh buat pilihan sendiri macam orang politik lakukan. Tentukkan yang terbaik dan sokong dengan justifikasi yang sesuai dan wajar di samping buat perbandingan mengapa ia lebih baik dari yang satu lagi.

2. Sdr kata, "Competition antara UMNO dengan PAS memang baik tapi patutkah kita ada "competition" demi untuk memperjuangkan agama Islam?"

Saya kata, gemilangnya tamdaun Islam silam kerana adanya compitition di kalangan ilmuan Islam ketika itu dari segi tuntutan agama melakukan ijtihad dalam komponen syariah,khasnya yang akhirnya membentuk 4 mazhab utama -Hanbali, Maliki, Shafie' dan Hanfi yang menjadi ikutan umat Islam yang ditinggalkannya hingga skarang.

Dan saya kata, perjuangan mempertahankan dasar Islam di nagara ini membabitkan kuasa melaksanakanya, khasnya dimonopoli oleh UMNO iaitu lawan compitition yang banyak kelemahannnya seperti bertentangan dengan amalan demokrasi Islam dari segi kebebasan melakukan ijtihad misalnya dan dibelenggu masalah produktiviti, kualiti dan inovasi. Begitulah negara2 Islam lain yang dikuasai oleh satu parti atau mengamalkan sistem beraja

3. Sdr kata, "Saya lihat competition yang sedia ada tidak memperlihatkan kearah kebaikan malahan memudharatkan perpaduan ummah."

Saya kata, compitition yang berkesan hanya akan berlaku sekiranya sistem dua parti tempatan berlaku nanti berdasarkan hujah saya di bawah perkara 2 di atas.

4. Sdr kata, "Ianya semakin kusutkan lagi ikatan silaturrahim antara ummah."

Betul. Tetapi tidakkah ia kesan daripada perjuangan mempertahankan dasar Islam tempatan yang dimonopoli oleh UMNO seperti dibincangkan diatas?

5. Sdr kata, "Pemimpin masing-masing cuba mempegaruhi rakyat untuk menegakkan siapa yang lebeh memperjuangkan dasar Islam."

Betul.

6. Sdr kata, "Akhirnya bercelaru pemikiran rakyat hinggakan tidak dapat memastikan yang mana dasar Islam yang patut diikuti antara dua parti ini."

Saya kata, antara sebab pemikiran rakyat bercelaru kerana UMNO dan PAS dari awal tidak menyediakan master plan yang menggambarkan rupa bentuk dasar Islam yang masing2 perjuangkan. Atau mereka terikat dengan gaya perancangan cara piece meal atau bahagian2 atau adhock.

7. Sdr kata, "I think there should be a win-win situation for both parties to compromise their principles and ideologies for the sake of Muslim unity."

Saya kata, penghalang utama kompromi ialah soal tuntutan pelaksanan hukum jenayah Islam -hudud. Kerana syariah Islam tidak ada kompromi dalam hal ini atas alasan ia berdasarkan nas al Quran.sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-42390664526669473622009-10-28T10:14:24.207+08:002009-10-28T10:14:24.207+08:00Datuk, maaf nak jawab golongan taksub nik aziz dan...Datuk, maaf nak jawab golongan taksub nik aziz dan pas.

Qasehbonda,

sikap hang menepati pepatah ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Hang dok mintak datuk kadiaq banyakkan pahala, jauhi dosa tapi hang pa sendiri buat dosa!

Nak tanya sikit, hang ada buat sedekah? hang ada perlu nak gaji 70 pekerja? hang ada kolum dan blog berwibawa macam datuk kadiaq?

Kalau hang tak dak semua tu, hang dok diam2 saja dan bagi ulasan yang lebih bernas. Jangan dok pandai tibai oghang saja. Kalau setakat blog yang macam hang ada tu tok sah dok eksyen lah!

QasehayahandaAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-48991855231198737252009-10-28T08:41:59.469+08:002009-10-28T08:41:59.469+08:00Qaseh bonda dan Kadir Jasin
Saya ada dengar satu ...Qaseh bonda dan Kadir Jasin

Saya ada dengar satu hadis sama sama dia hadis atau tidak kena rujuk Dr Asri Zainal Abidin.

Hadis itu maksudnya: "Semua perniaga masuk neraka kecuali yang beriman dan bertakwa"

Barangkali semua perniaga marah dan tidak setuju.abdullahngahnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-19063081130935402042009-10-28T03:25:07.951+08:002009-10-28T03:25:07.951+08:00Qaseh Bonda,
Islam adalah agama yang luas tafsira...Qaseh Bonda,

Islam adalah agama yang luas tafsirannya, lengkap, tuntas dan seimbang serba serbinya. Melihat angka dalam konteks yang saudara sebutkan hanya memperlihatkan betapa sempitnya pemikiran saudara.

Melihat kekayaan menerusi kaca mata saudara yang hanya terbayangkan unsur-unsur negatif, hanya menampakkan betapa sempitnya pemahaman saudara berhubung tuntutan agama dalam soal ini: 'seolah-olah manusia itu hidup selama-lamanya'.

Saudara,

Seorang Mukmin perlu kenal angka bukan sekadar untuk tujuan yang anda sebut di atas. Mukmin perlu kenal angka agar mereka faham tentang matematik, sains, biologi, teknologi, ICT dsbnya. Secara ringkasnya: angka tiada hadnya.

Kalau itupun tidak terfikirkan oleh saudara, macam mana mukmin mampu menjadi khalifah di atas muka bumi? Bagaimana mahu memakmurkan bumi? Bagaimana mahu memperbaiki kerosakan yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia? Bagaimana mahu mencegah kemungkaran? bagaimana mahu menghasilkan air yang suci lagi menyucikan? Bagaiman mahu menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam persekitaran tanah yang kering dan tidak subur?

Mukmin yang sengaja tidak mahu berusaha menjadi kaya (miskin) seolah-olah mengharapkan ehsan Tuhan di dunia dan di akhirat apakah digalakan dalam agama?

Nampaknya anda menggunakan pandangan peribadi bagi menjustifikasikan tanggapan negatif anda terhadap mereka yang berusaha untuk menjadi kaya seolah-olah ia hanya membawa kepada kekufuran. Kalau tidak betul harap saudara nafikan.

Bukalah mata saudara dan ayuh bandingkan perbezaan antara orang Islam yang beriman yang beranggapan lebih selesa memilih jalan kemiskinan dan mereka yang berusaha mencari kekayaan didunia agar dengan itu mendapat kekayaan di akhirat jua:

Asas kepada kekayaan adalah ilmu. Dan asas kepada ilmu adalah membaca. Hakikatnya tidak ada ilmu yang boleh didapatkan dengan percuma waima mengaji agama perlukan fulus untuk membeli itu dan ini. Apakah anda boleh sujud dan rukuk hanya dengan memakai cawat?

Saudara,

Manusia perlu ada ilmu, kemahiran, iltizam, kekuatan dan kekayaan untuk melayari bahtera kehidupan dan meneruskan kelangsungan diri dan generasi yang akan datang. Bagaimana manusia dapat mengembangkan ajaran agama untuk waktu kini dan pada masa hadapan kalau kelangsungan mereka tidak menjadi sebahagian dari isu yang perlu difikirkan?

Untuk mengekalkan kelangsungan, manusia perlu berusaha kerana nasib setiap individu dan puak tidak akan berubah dengan sendirinya melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya.

Persoalannya, apa yang perlu diubah? Putaran ganas kehidupanlah yang perlu diubah! Putaran ganas kehidupan adalah seperti berikut:

Miskin ---> tidak mendapat pendidikan sepenuhnya ---> miskin--> kufur ---> miskin

Kalau kemiskinan digantikan dengan kekayaan putaran berkenaan akan menjadi:

Kaya ---> dapat menuntut ilmu sampai ke Mesir dan Cina ----> kaya ---> dapat membantu manusia keluar dari kekufuran (menerusi amal jariah dsbnya) ---> lebih ramai yang menjadi kaya ---> bertambah ramailah ummah yang dapat menjadi khalifah dalam erti kata yang sebenarnya.

Kesimpulannya: Tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Sedarkah anda bahawa dalam konteks laman web ini saja menampakkan yang kita di sini adalah ibarat tangan yang dibawah? Tak payah ceritalah bab yang lain itu...malu bro.

AntihipokritAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-48293750194429868772009-10-28T02:08:09.793+08:002009-10-28T02:08:09.793+08:00kekekekeke..
Apa korang orang UMNO ingat korang l...kekekekeke..

Apa korang orang UMNO ingat korang leh buat-buat isu kerajaan perpaduan?

Korang kena ingat team mana yang nak sangat berpadu-padu nie?

Geng Terengganu lah... Korang ingat si Mat Said tu asyik kena belasah dengan Derih Jusuh nak diam diri je ke... ke diorang dah pakat dgn Hadi nak perintah Terengganu... kekehehe...

Apa kata kalau PAS setuju nak bergabung dan perintah Terengganu? hehehe

Dan Geng PAS Kelantan plak bangkang.. so Awang Adik dengan Mustapa kena tunggulah hahhaa

Last-last sekali UMNO kena main sekali lagi dengan Nik Aziz.. hahhaa cayalah...-Orang Kampong-noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-3867533747494729782009-10-27T23:29:05.049+08:002009-10-27T23:29:05.049+08:00Sdr Fed up
Bagaimana jika saya kata ada empat jen...Sdr Fed up

Bagaimana jika saya kata ada empat jenis kiasan/analogi seperti di bawah:

Pertama, kiasan yang boleh dilihat melalui pandnagan mata dan akal atau logik akal/sains

Kedua, kiasan ynag boleh dilihat melalui pandangan mata hati

Ketiga, kiasan khayalan

Keempat, kiasan berdasarkan pengalaman lalu atau ada prcedentnya.

Kan lebih mudah difahami jika kiasan Qesah Bunda tersebut diletakkan sebagai kiasan mata hati di atas.sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-6881812594359120162009-10-27T23:06:47.394+08:002009-10-27T23:06:47.394+08:00Salam Dato'
Mungkin petikan daripada perengga...Salam Dato'

Mungkin petikan daripada perenggan terakhir bahagian Prakta buku Islam dan Pembangunan Sosial oleh Profesor Muhsin Abd Al-Hamid di bawah mampu menyokong respon Dato' terhadap ulasan Qesah Bonda (19:19AM)

" Sebenarnya semua Muslim jika memahami bahawa usaha yang terus menerus adalah ibadah kepada Allah SWT dan mereka menurut agama yang diperintahkan akan beraktiviti dan akan dihisab jika lalai dan bermalasan, maka mereka akan bergegas melangkah cepat dengan semangat yang agung untuk menyampurnakan tugas dan mengulang pembangunan yang baru melalui pembangunan yang universal dalam semua bidang kehidupan."sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-17716160608561265382009-10-27T22:56:56.586+08:002009-10-27T22:56:56.586+08:00SALAH PANDANG ?
Jikalau sekali pandang
Nik aziz n...SALAH PANDANG ?

Jikalau sekali pandang
Nik aziz nampak terang
Lihat apa yang bentang
EGM untuk Pas cadang

Hasrat atasan Pas beza
Kawan atau lawan gaya
Ala dua kelompok ada
Ingin berkawan dicerca

Musuhi UMNO kepalai
Nik Aziz tak sorang diri
Geng sebalik, dia namai
Tersenarai presiden parti

Rasanya anwar amat suka
Kata nik aziz jelas senada
Musuhi UMNO usah reda
UMNO kuat,sekat agenda

Ukhuwah Pas mesti julang
Semua ahli Pas arah juang
Nik aziz dan hadi ditenang
Agenda anwar jauh buang

serling
[27.10.09]
selasa
….BENGAH @ SERLINGhttps://www.blogger.com/profile/05724543442342005153noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-18206745464106304822009-10-27T22:42:52.714+08:002009-10-27T22:42:52.714+08:00Dato' AKJ dan Saudara/saudari Qaseh Bonda yang...Dato' AKJ dan Saudara/saudari Qaseh Bonda yang saya hormati

Allah SWT berfirman dalam surahtul al Mujadilah yang maksudnya berbunyi:

"Aku meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan pengetahuan dengan beberapa darjat."

Mungkin ada berdua tahu mengapa saya kemukakan firman di atas yang merupakan ayat al Quran yang digunakan oleh Perdana Menteri, DSN dalam mukadimah ucapan pembentangan bajet hari Jumaat lalu.sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-90135145840421969332009-10-27T22:38:01.717+08:002009-10-27T22:38:01.717+08:00Kalau syarat untuk memanggil EGM pun tidak dapat d...Kalau syarat untuk memanggil EGM pun tidak dapat dipenuhi oleh Dato Nik Aziz tak hairanlah dia mudah dipermain oleh orang di bawahnya seperti Husam.

Yang pelik bin hairan ialah bagaimana Dato Nik Aziz boleh terpengaruh dengan DSAI sedangkan dia tentu tahu mengenai moral Pengerusi Parti Keadilan kerana yang mula membangkitkannya ialah orangnya sendiri iaitu Mohd Sabu dan Mahfuz Omar.

Difahamkan Dato Nik Aziz tak dapat hadir kerana persidangan DUN Kelantan sedang berjalan. Pelik kalau dia tak hadir sebab dia yang mencadangkannya.

Nampaknya apa juga langkah Dato Nik Aziz serba tak kena, semuanya sumbang. Jalan yang terbaik ialah lepaskanlah jawatan seperti yang disyorkan oleh Tun Dr. Mahathir.Al-Joharinoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-62495265219806253892009-10-27T21:42:27.580+08:002009-10-27T21:42:27.580+08:00Kasihan Dato' tak faham cakap majaz. Kena meng...Kasihan Dato' tak faham cakap majaz. Kena mengaji banyak-banyak lagi. TGNA kata kita kena buat pahala-pahala banyak kerana di akhirat kelak RM, USD atau Euros tak laku. Perniagaan yang menjamin ada foreign exchange yang sah di perlakukan di akhirat kelak ialah pahala. Yang macam ni pun tak pernah dengaq ke. Cakap pun kena fikiaq dulu. Kalau tidak nanti nampak sangat jahilun murakabun kita Dato'. KENA FAHAM DATO APA ERTI CAKAP MAJAZ, DATO' OI.Man Memalihttps://www.blogger.com/profile/01419050131913593252noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-53532886384560936352009-10-27T20:22:57.390+08:002009-10-27T20:22:57.390+08:00Salam hormat Dato' semoga sehat selalu .
Depa...Salam hormat Dato' semoga sehat selalu .

Depa nak EGM ke apa ke bukan isu bagi umat melayu, apa yang mereka harapkan adalah orang melayu islam boleh bersatu supaya apa sahaja peruntukan perlembagaan yang ada sekarang ini dipertahankan terutamanya Perkara 3,152,dan 153. Ini satu amanah dari pemimpin terdahulu yang bijak dan berpandangan jauh walau pun orang melayu pada masa itu lemah dan daif dari segala segi. Walaupun tidak sempurna 100% terutama perkara 3, tetapi mereka telah berjaya meletakanya dan tugas melayu islam sekarang memperelok lagi bukan mengutuk, tetapi dengan syarat kita menguasai lebih 2/3 parlimen. Jika dengan perpecahan seperti sekarang apa yang boleh kita harapkan.

Orang politik ni nampaknya suka kepada isu , Politik dan isu tidak boleh dipisahkan. Tapi kalau pentas politik senyap sunyi dari isu tak kena juga. Surat kabar nak tulis pasal apa pulak. Orang pollitik suka publicity.

Apa pun yang amat menyedihkan kita sebagai orang melayu, parti politik melayu berkerat rotan nampaknya sekarang sehingga mereka yang ingin berbaik dengan sebelah sana pun nak dibuang. Kalau nak dikira jasa parti pemerintah banyak jasanya kepada melayu terutama dlm perkara DEB yang hasilnya kita sama2 saksikan. Berlainan fahaman dan cara boleh tetapi jangan sampai merugikan bangsa. Lambat laun menang sorak kampong tergadai.

Tidak kah mereka ingin mengambil iktibar dari apa yang dialami oleh rakyat Pelestin atas pertelingkahan HAMAS dan FATAH dengan ego masing2. Siapa yang mendapat keuntungan atas perbalahan tersebut. Sedarlah orang melayu masih ketinggalan dalam semua segi kehidupan, penganguran, pembuangan pekerja ditambah pulak dengan masalah dadah dan keruntuhan moral. Sepatunya mereka pakat sama2berbincang untuk mengatasi masalah ini bukan berpolitik sepanjang masa. Jika kita terlalu banyak bercakap kurang bekerja lah jadinya dan satu benda tak dapat buat.

Elok ikut cara Mat saleh sikit lah berpolitik dan berkempen masa pilihanraya lepas tu tumpu pada kerja.

Maaf jika ada yang terasa tetapi tujuannya untuk ingat mengingat sesama islam demi anak cucu kita nanti.

WassalamPak Mat Tempehttps://www.blogger.com/profile/14569859359078599427noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-61923570288808136492009-10-27T18:15:29.781+08:002009-10-27T18:15:29.781+08:00Sdra Saji,
1. Saya tak kira sama ada UMNO masuk P...Sdra Saji,

1. Saya tak kira sama ada UMNO masuk PAS atau PAS masuk UMNO asal objectivenya satu, iaitu penyatuan ummah dan bersama-sama memertabatkan agama Islam.

2. Competition antara UMNO dengan PAS memang baik tapi patutkah kita ada "competition" demi untuk memperjuangkan agama Islam?

3. Saya lihat competition yang sedia ada tidak memperlihatkan kearah kebaikan malahan memudharatkan perpaduan ummah.

4. Ianya semakin kusutkan lagi ikatan silaturrahim antara ummah.

5.Pemimpin masing-masing cuba mempegaruhi rakyat untuk menegakkan siapa yang lebeh memperjuangkan dasar Islam.

6. Akhirnya bercelaru pemikiran rakyat hinggakan tidak dapat memastikan yang mana dasar Islam yang patut diikuti antara dua parti ini.

7. I think there should be a win-win situation for both parties to compromise their principles and ideologies for the sake of Muslim unity.

8. Unity is strength !!It is very simple word of wisdom to follow if really we want to sincerely commit ourselves.pakbelalanghttps://www.blogger.com/profile/14222785831655365630noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-28234977620442964312009-10-27T12:30:14.090+08:002009-10-27T12:30:14.090+08:00Salam Datuk yang saya sanjungi...
Terima kasih di...Salam Datuk yang saya sanjungi...

Terima kasih di atas kesudian Datuk mengulas komen saya...

Persepsi saya dengan Datuk tentang berniaga munkin berbeza....

Itu adalah hak individu untuk mentafsirkan mengikut kacamata masing2...

Umur 60 keatas adalah umur subsidi dari Tuhan...modal yang di beri adalah nyawa...maaf bukan duit...

Rasullullah yang maksum tu pun mohon ampun pada Allah lebih dari 70 kali sehari bahkan adakalanya
sampai 100 kali sehari...

Kenapa mesti di jelaskan dengan bilangan?

Rasullullah juga memujuk Fatimah yang bersungut kerana penat bekerja seharian tanpa pembantu...
Diajarkan Fatimah amalan harian 33 kali Subhanallah...33 kali Alhamdulillah...33 kali AllahuAkbar...

Kenapa mesti dinyatakan jumlah yang perlu di baca...

Memberikan kekuatan dalaman pada sesiapa saja yang rajin mengamalkannya..

Imam Ghazali juga ada meninggalkan zikir2 harian buat amalan...
Bacalah kalau mampu lebih dari 1000 kali sehari...
Pasti akan menemui jawapan bilamana bilangannya bertambah dari hari ke hari...

Dalam perniagaan masing2 berebut untuk menambahkan bilangan dari masa kesemasa...

Bagi menebus kedua ibu bapa untuk ke syurga juga ada di nyatakan jumlah amalan...

Beruntunglah orang2 yang kaya didunia bahkan bertambah muliana di akhirat...

Rugi juga jadinya pada manusia2 yang kaya muliana didunia tapi miskin kelana di akhirat...

Yang pastinya bagi yang miskin hina didunia masih berkesempatan kaya di akhirat bilamana dia bijak mengendalikan perniagaan dengan bermodalkan nyawa...

Kalau tidak masa kan rumput2 liar masih kuat mencengkam bumi...

Jalan kita munkin berbeza...perjalanannya tetap sama...

Kelainan dicipta Impak ditempaQaseh Bondahttps://www.blogger.com/profile/15776439973701573376noreply@blogger.com