tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post464884046143401252..comments2024-02-02T18:26:56.123+08:00Comments on The Scribe A Kadir Jasin: Pas dan DAP: Perjuangan lwn LakonanA KADIR JASINhttp://www.blogger.com/profile/05865106109792000636noreply@blogger.comBlogger110125tag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-58350882489209746482009-10-24T02:18:56.946+08:002009-10-24T02:18:56.946+08:00Datuk,
Setuju dengan pendapat Osmand.
Ramai yang...Datuk,

Setuju dengan pendapat Osmand.

Ramai yang meneriak slogan keterbukaan dan meritokrasi. Kalau itulah yang dituntut pasti ianya akan tercapai nanti. Tapi mampukah orang-orang Melayu mengharungi lautan meritokrasi khususnya yang berkaitan dengan pelajaran, ekonomi dan pekerjaan.

Maaf kalau masih berfikiran di zaman batu.Tok MAnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-3839816495622477132009-10-22T08:51:13.948+08:002009-10-22T08:51:13.948+08:00Siapa kadir jasin ni?Siapa kadir jasin ni?PERENUNG LANGIThttps://www.blogger.com/profile/13772420634102113238noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-39160718174907068102009-10-20T16:50:13.637+08:002009-10-20T16:50:13.637+08:00pada fikiran saya terdapat 2 generasi yang lahir d...pada fikiran saya terdapat 2 generasi yang lahir dan diawal berdeka dan mereka yang lahir 20 puluh tahun selepas merdeka. cara pemikiran lantas mengujudkan perbezaan yang mat ketara. saya menceritakan pada anak-anak saya tentang bagaimana saya membaca buku menggunakan pelita minyak tanah dan keseronokan membakar kuping-kuping kudis dipelita berkenaan yang menghasil bunyi yang sungguh menarik. mereka tak dapat bayangkan, apatah lagi sekarang gesolin amat susah untuk diperolehi. mungkin kalau ada pun sekadar menerangi dikala tujuh likur. lantas saya berpendapat cukup sukar nak gambarkan kesusahan yang kerajan hadapi bagi membangunkan negara ini kepada generasi muda yang berfikiran terbuka seluas-luasnya. yang nampak keadilan untuk semua, walaupun suatu masa dulu ada rakan yang datang berteduh,menumpang mencari sesuap nasi kerana tanah mereka terbakar, lantas dikosongkan bilik,langsung akhirnya berhak menuntut hak keatas rumah itu.
kemerdekaan perlu dikhabarkan tidak terjadi secara tak sengaja, pembangunan bukanlah jelmaan tongkat sakti DO RE MI semata-mata.
Tak salah menyokong PAS atau UMNO tapi sokongan biarlah berpaksikan bumi yang nyata. biarlah melayu terus berkuasa.osmandhttps://www.blogger.com/profile/16420681239034390592noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-12817752642224066032009-10-20T10:10:42.252+08:002009-10-20T10:10:42.252+08:00Saudara Saji,
Alhamdulillah, segala puji bagi All...Saudara Saji,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t

Berbanyak-banyak terimaksih berkongsi ilmu.langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-20320071855177911842009-10-19T03:02:58.272+08:002009-10-19T03:02:58.272+08:00Sdr langit biru
1. Kerana sdr sudah sedikit seban...Sdr langit biru

1. Kerana sdr sudah sedikit sebanyak memahmi ilmu KBB yang sdr perolehi melalui rakan arkitek pelajar PHD sdr tersbut, saya percaya, sdr akan lebih faham mengenai ilmu KBB tersebut jika sdr berpeluang membaca buku Conservation of Historical Buildings, yang saya rasa, rakan sdr terebut mampu mendapatkanya dan membantu sdr memahaminya (kalau kesukaran memahaminya sendiri).

2. Percayalah, dengan menganggap intervensi maksud Islamnya berijtihad serta kefahaman ilmu KBB dengan contoh2 produk KBB tersohor tempatan yang berlainan darjah intervensi KBB dan penekanan struktur nilai KBB (akan dihurai di bawah) akan banyak membantu sdr secara perumpamaan/ analogi ( menggunakan teknik sinektiks cara analogi langsung) melakukan dakwah Islamiah dan apa yang sdr tulis mengenai siasah politik Islam dalam konteks realiti politik tempatan yang meliputi keperluan mengesan secara ilmiah (yang meliputi gambaran analogi) yang mudah difahami oleh kebanyakan orang dan bukan Islam atau mampu dipandang dengan mata dan akal atau logik akal/sains dan praktikal mengenai perbezaan syariah Islam yang diperjuangkan oleh parti Melayu PAS dan UMNO masing2.

3. Ini, khasnya,kefahaman mengenai 7 darjah intervensi KBB dan 3 struktur nilai KBB dibawah:

Tujuh darjah intervensi KBB:

a) Pencegahan daripada kemusnahan
(preventition of deterioration)
b) Pemeliharaan keadaan sedia ada ( preventition of existing state)
c) Pengukuhan fabrik (consolidation of fabric)
d) Baik pulih (restoration)
e) Pemulihan (rehabilitation)
f) Pengeluaran semula (reproduction)
g) Pembinaan semula (reconstruction)

Tiga struktur nilai KBB:

i) Nilai Emosi- keajiban,identiti, kesinambungan, keruhanian dan simbolik

ii) Nilai Budaya - dokumenteri, pensejarahan, arkiologi, usia, kepupusan, astetika, simbolik, senibinaan,landskap dan ekologi.

iii) Nilai Fungsi - functional, ekonomi, politik dan etnik.sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-51185836335085767102009-10-18T13:06:34.473+08:002009-10-18T13:06:34.473+08:00Kewajiban Memerintah Dengan Hukum Allah swt.
“ Se...Kewajiban Memerintah Dengan Hukum Allah swt.

“ Sesungguhnya mentadbir sesebuah negara dengan hukum yang disyariatkan oleh Allah swt dan menjadikannya sebagai sumber rujukan hukum perundangan negara ialah satu tuntutan yang diwajibkan oleh Allah swt dan RasulNya. Ia merupakan bukti kepada sifat ‘ubudiyyah dan tanda keyakinan kepada risalah kenabian Nabi Muhammad saw.

Penolakan hukum dan ketetapanNya sama ada seluruh atau sebahagian daripadanya akan berhak menerima azab dan seksaNya. Sehubungan dengan itu, hukum dan ketetapanNya hendaklah dipakai dalam urusan kerajaan dengan rakyat, diamalkan oleh kelompok umat Islam dalam semua keadaan dan ketika dan dijadikan rujukan dalam suasana pertelingkahan umum atau khusus”

Oleh Abdul Aziz Ibn Baz, Mufti Kerajaan Arab Saudi.

Dipetik dari buku SISTEM POLITIK ISLAM: MENURUT PANDANGAN AL-QURAN DAN AL-HADIS DAN PENDAPAT ULAMA SALAF

Penulis Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy

Penerbit: Telaga Birulangit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-16829491351549146102009-10-18T12:41:55.033+08:002009-10-18T12:41:55.033+08:00Inilah bahagian Jihad Dakwah al-Amr bil makruf dan...Inilah bahagian Jihad Dakwah al-Amr bil makruf dan al-nahy ‘anil munkar iaitu jihad menghadapi musuh-musuh Islam daripada dalam masyarakat atau Negara Islam.

Jihad yang memerlukan kita menghadapi hujah hujah munafik,orintalis, dan kuffar yang mengenegahkan pelbagai kefahaman, ideolofi, teori-teori,teologi, budaya pemikiran dan falsafah yang berbagai corak dan aliran YANG MENYERANG Islam secara terang-terangan atau secara sulit dan halus. Maka tentu sekali kita kena memperlengkapkan diri sebaik mungkin.

DAN salah satu “senjata” yang paling ampuh di dalam sebuah negara yang majoritinya rakyatnya beragama Islam dan agama rasmi negara adalah Islam sudah tentunya menguasai KEPIMPINAN NEGARA dapat membantu Jihad Dakwah al-Amr bil makruf dan al-nahy ‘anil munkar.

Sebagaimana saya nyatakan “amat terbuka luas” juga bermaksud boleh pilih pelbagai jalan, cara, dan kaedah bagi mencapai matlamat yang sama. Boleh jadi kaedah lama,kaedah baru, kaedah lateral, vertikal atau horizontal apa saja bagi mencapai satu matlamat. Maka, pendukung-pendukung (Organisasi,Badan Persatuan Pertubuhan, atau Badan Politik Partisan) ini perlu BERLAPANG DADA antara satu sama lain WALAUPUN berbeza jalan,cara,wadah dan kaedah tadi asalkan bersandarkan DASAR-DASAR TAQWA bagi mencapai satu matlamat yang sama.

Taqwa saya boleh istilahkan sebagai “Roh Islam”. Ilmu Ukhrawi tanpa Roh Islam jadilah seperti golongan Ahli Kitab, Orientalis yang amat tinggi kefahamannya terhadap Islam tapi tidak beriman dengannya. Ilmu Duniawi/Moden juga wajib ada padanya Roh Islam sebagaimana Ahli Saintis mengaitkan penemuan Sains sebagai Kejadian Illahi selaras dengan tuntunan Al-Quran. Kedua-dua ilmu ini perlu ada sebagai satu kesatuan bagi menghadapi hujah munafik,orientalis dan kuffar.

Pokok Pangkalnya di sini adalah apakah DASAR-DASAR TAQWA ada dalam pendukung-pendukung-pendukung tadi?

Di sana kita perlu memilih untuk terjun bersama bergabung dengan mana-mana pendukung.

Mohon maaf kiranya jawapan saya tidak menjawab soalan Saudara.
Wallahualam.langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-53699373452472114322009-10-18T12:39:24.826+08:002009-10-18T12:39:24.826+08:00Saudara Saji,
Terimakasih kerana meluangkan masa m...Saudara Saji,
Terimakasih kerana meluangkan masa mengkaji penulisan saya.

Baru-baru ini, saya berkenalan secara tak sengaja dengan seorang sahabat, seorang arkitek yang sedang belajar di peringkat PhD. Beliau sedang mengkaji beberapa bangunan bersejarah di Pulau Pinang, dan bagaimana perlu diubahsuai bangunan bersejarah tersebut DENGAN mengekalkan nilai-nilai sejarah nya yang cukup tinggi dan tak ternilai, yang mampu menjadi satu tujuan pelancungan. Saya berasa cukup kagum ilmu yang beliau ceburi. Perkenalan dan perbualan tamat di situ sahaja kerana beliau kembali ke KL.

Secara jujur, saya tidak tahu ilmu Konservasi Bangunan Bersejarah (KBB). Maka, jika perumpamaan perbandingan saudara menganalogikan pemimpin UMNO/PAS sebagai ahli KBB, dan Syariat Perundangan Islam sebagai Bangunan Central Market, yang mana perlu diberi “KPI” berdasarkan kepada “Darjah Intervensi dan Struktur Nilainya” yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/PAS (sebagai ahli KBB), terus terang saya katakan sukar untuk saya memahaminya, kerana saya tiada berilmu dalam bidang ini.

Saya mengambil sedutan kesimpulan saudara, “…perubahan kegunaannya telah disesuaikan dengan pembangunan persekitarannya yang semasa dengannya dan ianya diterima oleh masyarakat tempatan dan antarbangsa”.

Mungkinkah saya boleh mengertikan begini:

Menyesuaikan keadaan masyarakat,negara, dan politik semasa dengan Dasar-Dasar Islam, ATAU, Menyesuaikan Dasar-Dasar Islam dengan keadaan masyarakat,negara, dan politik semasa? Yang mana satu?

Saya juga mengambil kupasan saudara “...salah satu perkara yang dinasihatkan Prof Yusof al Qaradawi kepada ulamak Islam semasa dalam menjelaskan ajaran Islam dan permasalahan umat Islam di zaman moden ini atau berijtihad (bagi yang mampu) ialah, gunakan kaedah lain yang belum dicuba meskipun ia tidak ditanya, asalkan ia mampu menjelaskan”.

Tentu sekali saya bersetuju dengan saudara. Sebagaimana yang kita faham konsep Jihad,“Jihad dengan Lisan dan Kalam”, dan “Jihad dengan Ilmu” yang amat terbuka luas untuk semua muslim dan mukmin dan amat mencabar kerana memerlukan penguasaan ilmu ukhrawi/agama BERSAMA ilmu duniawi/ moden, disamping kemantapan iman dan ketinggian ketaqwaan.langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-604450857256502682009-10-17T11:18:25.343+08:002009-10-17T11:18:25.343+08:00Sdr langit biru
Menggapa sdr tidak menjawab soala...Sdr langit biru

Menggapa sdr tidak menjawab soalan dalam komen saya sebelum ini (saya ulangi di bawah) yang saya acukan di perenggan terakhir.

"Saya bukan hendak menyebelah mana2 pihak antara sdr. Tetapi salah satu perkara yang dinasihatkan Prof Yusof al Qaradawi kepada ulamak Islam semasa dalam menjelaskan ajaran Islam dan permasalahan umat Islam di zaman moden ini atau berijtihad (bagi yang mampu) ialah, gunakan kaedah lain yang belum dicuba meskipun ia tidak ditanya, asalkan ia mampu menjelaskan.

Di mana, dalam konteks perbincangan ini, adalah jelas sdr langit biru adalah contoh ulamak Islam semasa yang faham nasihat al Qaradawi tersebut tetapi tidak mampu beralih menggunakannya ( nasihat al Qaradawi tersebut), kerana terus menggunaakan kaedah lama iaitu fakta sejarah Islam yang tersohor itu untuk menjelaskan permaslahan semasa umat Islam tempatan seperti yang sdr bertiga bincangkan itu yang berkisar kepada tajuk PERBEZAAN DI ANTARA SYARIAT ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH PARTI PAS DAN UMNO.

Mungkin ada baiknya saya berikan contoh di bawah apa yang dimaksudkan oleh al Qaradawi di atas sebagai kaedah lain itu yang saya akan kaitkan dengan tajuk perbincangan sdr bertiga di atas.

Jika dilihat dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah (KBB) dan pengalaman ahli KBB mengkonservasikan bangunan bersejarah negara dan kita anggap, pertama, syariat Islam yang di perjuangkan oleh parti UMNO yang seadanya itu sebagai seakan2 melakukan usaha konservasi (dalam erti kata mengambalikan zaman kegemilanagan syariat dan tamudan Islam silam yang telah runtuh itu), dan kedua, menganggap usaha konservasi parti UMNO itu sebagai seakan2 sama dengan tindakan ahli konservasi tempatan melakukan usaha terhadap bangunan lama Central Markat di Pusat Bandar KL yang diubah menjadi bangunan Pasar Seni itu pada dekad 80an, kita boleh melakukan sinektiks untuk bukan sahaja menjelaskan secara analogi bahawa, produk konservasi iaitu Pasar Seni yang dihasilkan oleh parti UMNO itu adalah seakan2 sama dengan syariat Islam yang dikonservasikan oleh parti UMNO itu setakat ini, malah bagaimana secara analoginya parti UMNO mengkonservasikan/memperjuangkan syariat Islam. Bukan begitu?

Maksudnya, kegunaan asal bangunan berkenaan sebagai pasar menjual ikan, daging, sayur dsb ditukar menjadi bangunan yang menjual kraf tangan dsb yang merasionalkan nama asal bangunan sebagai Central Market ditukar menjadi Pasar Seni, elemen2 asal/klasikal luar bangunan melibatkan dinding, tingkap dan pintu atau facade dikekalkan, tetapi elemen2 dalamannya dan bumbung diubah,dan sebagainya.

Yang pasti, perubahan kegunaannya telah disesuaikan dengan pembangunan persekitarannya yang semasa dengannya dan ianya diterima oleh masyarakat tempatan dan antarbangsa.

Sdr langit biru, jika pemimpin PAS dianalogikan sebagai kumpulan ahli konservasi bangunan bersejarah dan usahnya melakukan konservasi terhadap syariat Islam di negara ini dianalogikan sebagai melakukan konservasi terhadap bangunan lama Centarl Market pada dekad 80an, apakah pendekatan konservasi diketengahkan oleh para pemimpin PAS tersebut terhadap bangunan Central Market tetsebut (yang meliputi darjah intrvensi dan struktur nilainya, jika ianya berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin UMNO di atas?"

Tanpa prasangka;

1. Saudara sedang menyemak adanya nasihat Prof Dr Yusof al Qaradawi tersebut?

2. Kerana penguasaan/ pegkajian agama sdr dalam siasah Islam sahaja? Atau, menguasai ilmu ukhrawi/agama tetapi tidak menguasai ilmu duniawi/ moden yang meliputi ilmu teknikal/sains?

3. Tidak memunyai kenalan/ saudara
yang arif bidang konservasi bangunan bersejarah untuk dirujuk?
Atau, mahukan maklumat tambahan mengenai ilmu konservasi bangunan bersejarah?sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-20998665079044667602009-10-16T15:37:58.693+08:002009-10-16T15:37:58.693+08:00“Jihad dengan Lisan dan Kalam”, dan “Jihad dengan ...“Jihad dengan Lisan dan Kalam”, dan “Jihad dengan Ilmu” adalah terbuka luas untuk semua muslim dan mukmin. Ia adalah Jihad menyampaikan,menjelaskan dan menerangkan KESEMPURNAAN ISLAM sebagai ADDin dan satu cara hidup. Jihad menyampaikan Ilmu Wahyu, Ilmu Al-quran atau Ilmu kenabian. Jihad yang memerlukan mengemukakan bukti dan hujah atas kebenaran Islam yang merangkumi akidah Islam, akhlak Islam, sistem siasah perundangan Islam sebagai pengawal ketenteraman dan keselamatan masyarakat dan Negara. Jihad inilah jihad yang menghadapi hujah hujah munafik,orintalis, dan kuffar yang mengenegahkan pelbagai kefahaman, ideolofi, teori-teori,pemikiran dan falsafah yang berbagai corak dan aliran yang bertentangan,bercanggahan,penyelewengan,pendustaan dan kekeliruan samada secara langsung atau tidak, atau secara halus hinggakan pendukung Islam sendiri secara tidak sedar mampu terperangkap dan terjerumus ke pihak mereka.
Inilah jihad yang amat susah dan mencabar yang memerlukan kemantapan iman, ilmu dan taqwa yang tinggi bagi menghadapi musuh yang nyata ini. Inilah jihad yang memerlukan KEKUASAAN, kekuatan ketenteraan dan polis pasukan keselamatan bagi menjamin ancaman fizikal dari musuh.

Menyorot kembali Sirah Rasulullah s.a.w, perlu kita perhatikan selama 13 tahun di bumi Mekah, Nabi memberi tarbiyah kepada para sahabat memantapkan Ilmu, Iman, Jihad dan TAQWA. Inilah generasi terbaik umat Islam yang tiada tolok bandingnya dari segi keilmuan, keimanan, semangat jihad, dan KETAQWAAN. Semua perkara dalam kehidupan hanya bersandarkan semata-mata kepada dasar TAQWA.

Maka kita kembali kepada Jihad Pemimpin Islam masakini. Di sana perlu kita faham pula maksud “Ulil Amri” di dalam al-Quran. Ulil Amri inilah pemimpin Islam yang benar-benar BERTAQWA yang hanya meletakkan Quran dan Hadis sebagai panduan KEPIMPINAN bagi mentadbir masyarakat dan Negara. Inilah pemimpin yang NIATNYA tiada lain melainkan menjadi khalifah KERANA ALLAH SWT.

Pemimpin yang diangkat bukan bersandarkan dasar TAQWA, akan menuhankan diri dimukabumi menggunakan kuasa mengikut hawa nafsu mereka maka hancurlah masyarakat dan Negara.

Jadi, mana mungkin Pemimpin Ulil Amri yang memahami benar dasar-dasar TAQWA “merevolusikan” Sistem Politik & Pentadbiran Negara kepada Sistem Pemerinthan Islam yang berdasarkan TAQWA mensia-siakan ummah dan Negara (dengan membiarkan kelemahan ilmu, perundangan, ekonomi dan ketidaksejahteraan, dsb).

Secara ringkasnya, dalam Sistem Kenegaraan, 2 faktor utama menentukan baik buruknya Negara iaitu PEMIMPINNYA dan SISTEMNYA. Dan faktor paling penting menentukan perjalanannya adalah DASAR TAQWA kedua-duanya.

Saya fikir dan harap, penjelasan saya sudah menjawab persoalan saudara. Terpulanglah bagaimana saudara untuk menilai dan mentafsirkannya dalam konteks KEPIMPINAN UMNO BARISAN NASIONAL DAN DASAR-DASARNYA.

Terimakasih.langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-26708212317373958412009-10-16T15:37:01.325+08:002009-10-16T15:37:01.325+08:00Terimakasih Saudara Azman Mohd Isa,
Pertama kali ...Terimakasih Saudara Azman Mohd Isa,

Pertama kali izinkan saya jelaskan sedikit mengenai PARTI dan POLITIK. Diantaranya terdapat jurang perbezaan yang mana kadang-kadang ia bertemu kekadang berpisah. Saudara boleh dipanggil POLITIKUS atau PARTISAN dengan segala pengertian terkandung didalamnya, Politikus bolehjadi langsung tiada tergantungan dengan parti politik, Partisan atau aktivis pengikut setia parti yang bolehjadi langsung tidak mengenal politik. Keduanya pula bolehjadi bercantum menjadi POLITIKUS PARTISAN.

Bila kita menyebut politik, sudut mana yang saudara nampak? Kalau dilihat pada tunjangnya adalah ILMU politik, dan yang terdekat di sekelilingnya adalah pandangan tentang keadaan dalaman dan luaran umat tanpa kaitan dengan kepartian, dan hanya dipinggirannya adalah perjalanan permainan politik berdasarkan ideologi kepartian.

Saya bukan lagi partisan aktivis akan tetapi menyokong mana-mana parti yang mendukung wadah politik yang berdasarkan pemikiran politik Islam.

Saudara persoalkan jihad dan ibadah dalan konsep politik. Mungkin saya perlu kupas sedikit konsep jihad.

JIHAD samasekali tidak boleh dipisahkan dari IMAN. JIHAD dan IMAN itu suatu kesatuan yang bergerak bersama-sama tiada boleh terpisah. IMAN bolehlah dihuraikan dengan mendalami 6 rukun Iman.

Jihad dari segi bahasa adalah mencurahkan daya dan tenaga kekuatan bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai suatu matlamat.

Jihad terbahagi kepada 2.

1. Jihad Besar/Agung/Nafsu (Al-Jihad Al-Akhbar). Inilah jihad agung iaitu jihad melawan iblissyaitan dan hawa nafsu. Agung kerana kedudukan musuh tiada dapat dilihat dirasa oleh pancaindera sedangkan musuh nampak kita bahkan boleh masuk dalam salur darah kita hingga ke hati. Agung kerana medan perjuangannya teramat luas tidak terbatas, agung kerana masa perjuangannya tiada terhad mulai lahir ke dunia hingga ke saat sakratulmaut, agung kerana hakikatnya jihad melawan diri sendiri yang menjadi asas dan pengawas kepada jihad-jihad yang lain. Agung kerana inilah jihad mentaati Allah swt, tunduk patuh bulat-bulat kepadaNya, menyerah bersujud mengharap KEREDHAAN Allah s.w.t. Kemantapan ketinggian IMAN lah menggerakkan Jihad Agung melaksanakan amal ibadat 5 Rukun Islam, Sembahyang,Puasa,Zakat, dan ibadah Haji dan Umrah.
Dalam erti kata lain, rangkuman IMAN,JIHAD,dan AMAL membuahkan KETAQWAAN.

Inilah TAQWA. Hukum Jihad Agung adalah Fardhu ‘Ain kepada semua umat Islam.

2. Jihad kecil atau Jihad Lahir.
Pembahagian Jihad Kecil ini selalu menimbulkan kekeliruan kepada pendukung Islam dan umat Islam.

Selepas Jihad Agung yang menentang 2 musuh Utama (Iblissyaitan dan Hawa nafsu) yang tidak nampak, Jihad Kecil ini pula menentang musuh nyata yang kita nampak.
Hukumnya bergantung kepada pembahagian Jihad iaitu Fardhu ‘Ain, Fardhu Kifayah dan Sunat.

a. Jihad Dakwah al-Amr bil makruf dan al-nahy ‘anil munkar iaitu jihad menghadapi musuh-musuh Islam daripada dalam masyarakat atau Negara Islam.

b. Jihad menghadapi musuh-musuh Islam diluar masyarakat atau Negara Islam.

Subtansi jihad diatas terbahagi kepada 5:
a. Jihad dengan hati
b. Jihad dengan Lisan dan Kalam
c. Jihad dengan Ilmu
d. Jihad dengan wang dan harta
e. Jihad dengan badan dan nyawa.langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-55490705757504533142009-10-16T01:05:04.054+08:002009-10-16T01:05:04.054+08:00Datuk,
Kita janganlah bercakap mengenai Islam han...Datuk,

Kita janganlah bercakap mengenai Islam hanya jika ia memberi kelebihan pada diri kita sendiri sahaja tetapi kalau ia tidak memberi kelebihan kepada kita, maka kita jadi hipokrit dan berdiam diri.

Islam menuntut umatnya bekerja kuat, tekun, gigih berusaha, menuntut ilmu, bekerjasama, tolong menolong dsbg. Ramai umat Islam di Malaysia ini tidak kira dari UMNO ke, Pas ke, PKR ke GAGAL memenuhi tuntutan Islam ini lalu menyebabkan mereka jadi mundur.

Kerajaan terpaksa menyediakan program dan bantuan khas di bawah "Hak Keistimewaan Orang Melayu" untuk menolong mereka bersaing dengan bangsa lain.

Datuk,

Sekarang ini, ada dikalangan orang Melayu itu sendiri yang menganggap "Hak Keistimewaan Orang Melayu" ini sebagai bersifat Kebangsaan dan Assobiyah serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Tapi bila anak mereka sendiri yang dapat biasiswa, dapat masuk MRSM dan universiti awam, tuduhan Assobiyah mereka ini jadi menikus dan hampir-hampir lenyap dari bibir.

Tapi kalau anak orang lain yang dapat, maka berkajang-kajang nas dan hadis mereka akan keluarkan untuk mengutuk orang itu.

-sinbad-Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-10073600076537768512009-10-15T18:40:11.519+08:002009-10-15T18:40:11.519+08:00Salam Dato',
Maaf saya menyibuk lagi.
Saya r...Salam Dato',

Maaf saya menyibuk lagi.

Saya rasa terpanggil untuk respons kepada komen "Pesara kerajaan", Di mana beliau menyebut bahawa, "Kalau pegawai kerajaan tidak bersetuju dengan dasar kerajaan kena berhentilah.

Kalau nak ikut saranan beliau itu saya rasa ramai jugalah orang orang Umno/BN di Kelantan, Kedah, (Perak?), Pulau Pinang dan Selangor kena berhenti kerja. Apakah ini cerita lawak yang paling lucu abad ini..?

Saya tak pasti samada Pesara Kerajaan serius atau hanya bergurau saja. Kalau beliau serius maka memang kroniklah cara berfikir pesara kerajaan di negara kita ini.orang kedahnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-4482233636938303412009-10-15T13:35:00.861+08:002009-10-15T13:35:00.861+08:00Sdr fedup
Kalau saya menulis di akhbar, saya akan...Sdr fedup

Kalau saya menulis di akhbar, saya akan quote betul2 pandangan orang, temasuk yang panjang2. Tetapi, di blog ini, kadang2 saya quote betul2kadang2 tidak. Kerna, saya percaya, kalau quote tak betul pun, akan ada orang yang membetulkannya seperti yang sdr lakukan itu dan saya tidak mengambil hati. Dan, setuju atau tidak, itu cara saya untuk memastikan hujah/komen saya dibalas. Di samping memastikan sama ada orang yang membangkitkan sesuatu isu itu serius dan arif atau tidak dengan apa yang mereka bangkitkan. Yang penting, mesej di sebalik hujah/komen saya bukan sahaja sampai kepada orang yang ditujukan, malah pelayar lain.

Apa pun, saya mohon maaf jika sdr tidak berkenan dengan cara saya di atas.

Merujuk kepada penjelasan sdr mengenai perbezaan di antara sistem open tender yang sebenar dengan direct negotiation tersebut, bagaimana saya katakan bahawa, hujah saya mengenai manipulasi sistem tender dan kontrak berkenaan adalah berdasarkan kepada pengalaman mengurus projek tempatan dan di United Kingdom, realiti dalam pelaksanaan projek kerajaan di negara ini dan kajian untuk mengtasinya, tetapi hujah sdr adalah berdasarkan teori2 dalam buku-buku dan bilik kuliah, dan pengalaman pelaksanaan projek di negara2 maju seperti di United Kingdom yang pemain industri pembinaannya patuh kepada amalan tender dan kontrak yang baik atau sebenar.sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-4882788672284002122009-10-15T11:18:05.954+08:002009-10-15T11:18:05.954+08:00Saudara Pesara Kerajaan,
Benar, saya bekas kakita...Saudara Pesara Kerajaan,

Benar, saya bekas kakitangan kerajaan. Dan benar juga saya bekas aktivis UMNO.

Saya bukan lagi kakitangan kerajaan. Saya memilih untuk "bersara" dari kerajaan.

Keluarga saya ramai aktivis politik. Ada yang jadi YB UMNO, ada jadi YB Pas, ada yang jadi Ketua Umno Bhg.

Saudara Pesara Kerajaan tentu sekali amat berterimakasih kepada kerajaan. Saya juga amat berterimakasih kepada kerajaan.

Perkara yang baik, kita sokong dan ucap terimakasih. Perkara yang tak baik, kita perlu tegur.

Kalau si bapak bekas YB UMNO yang banyak berjasa menolong kita, perlu kita ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kpdnya, BUKAN kepada anak-anaknya yang berfoya sana sini.

Maka, saya amat berterimakasih kepada pemimpin UMNO dulu yang jelas halatuju memartabatkan Kaum Melayu, membantu Kaum Melayu.

...tapi bukan UMNO hari ini!

Saudara Pesara Kerajaan tentu faham tugas-tugas pegawai kerajaan sebagaimana "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

Betul, kita menurut perintah dari pegawai-pegawai tinggi kita yang BANYAK ILMU, yang memberi khidmat tanpa berbelah bagi kerana ilmu didada, yang naik pangkat juga kerana ilmu pengalamannya.

Tentu sekali saudara kenal seorang dua pembesar yang mungkin satu sekolah dengan saudara dulu kala, dan saudara boleh bertanya, layakkah dia untuk berada disitu?langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-34536396046135385822009-10-15T10:40:31.706+08:002009-10-15T10:40:31.706+08:00Assalamualaikum.
kpd anak kelantan dan Anonymous y...Assalamualaikum.
kpd anak kelantan dan Anonymous yg mengulas komen saya.dengar betul-betul.Pemimpin -pemimpin PAS dan ahli-ahlinya hanya manusia biasa.mereka bukan malaikat,nabi atau wali.Mereka juga ada yang melakukan kesalahan,Saya tidak nampak di mana PAS tidak konsisten Islamnya.yang tidak konsisten Islam setahu saya ialah UMNO.Dulu zaman Pak Lah bukan main hebat canag Islam Hadhari,buat macam-macam seminar.Sekarang Pak Lah dah pencen Islam Hadhari pun "pencen " sama.Kalau betul UMNO ikhlas dan konsisten dengan Islam UMNO kena laksanakan Sistem perundangan Islam secara menyeluruh di dalam negara kita.

Pastikan semua Wanita dan Puteri UMNO menutup aurat,pastikan UMNO sedar bahawa politik wang,rasuah,judi,arak,seks bebas adalah satu perbuatan-perbuatan berdosa.Sekarang saya menanti UMNO untuk menjadi parti islam yang didakwa oleh YAB Dato' Najib.Abdul Muizhttps://www.blogger.com/profile/01523927340415218207noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-85638013393710815332009-10-15T01:28:33.596+08:002009-10-15T01:28:33.596+08:00sdra/sdri saji,
pertama sekali, saya nak betulkan...sdra/sdri saji,

pertama sekali, saya nak betulkan.

saya kata, "Kalau buat open tender dan hapuskan direct negotiation, ada monopoli ke?"

dan bukan, "Sdr tanya, kalau buat open tender dan direct negotiationa ada monopolike?"

Saya tidak pasti bagaimana perkataan "hapuskan" boleh hilang...

elok-eloknya bila nak quote orang, copy dan paste sahaja, jangan EDIT pulak.

dalam sistem open tender yang sebenar, orang lain yang buat specs, orang lain yang buat penilaian dan orang lain yang luluskan.

manakala dalam direct nego, hampir semua proses adalah melibatkan orang yang sama.

fedupAnonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-58671249514794795772009-10-15T00:06:57.241+08:002009-10-15T00:06:57.241+08:00Y.Bhg Datuk AKJ,
Mohon laluan sekali lagi membala...Y.Bhg Datuk AKJ,

Mohon laluan sekali lagi membalas komen Sdr Langit Biru.

Sdr Langit Biru,

Pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan Sdr mengenai beberapa soalan saya. Saya hargainya.

Kedua, saya juga bersetuju bahawa ilmu adalah sangat penting di dalam ibadah kita, baik ibadah khusus mahupun ibadah umum. Ada syair Arab mengatakan bahawa beramal tanpa ilmu ibarat debu ditiup angin sahaja amalan tersebut. Tapi, jika kita berilmu, tidur kita pun dikira sebagai ibadah -- dapat pahala.

Ketiga, saya pun bersetuju bahawa konsep jihad itu adalah luas. Namun demikian, saya kurang bersetuju sedikit dengan ungkapan Sdr yang mengatakan bahawa “berusaha mengembangkan ekonomi keluarga, masyarakat dan Negara juga jihad”. Bagi saya, ungkapan ini hanya dikira sebagai ibadah sahaja. Akan tetapi jika ayat tersebut diungkapkan sebagai “berusaha bersungguh-sungguh…” barulah ia boleh dikira/anggap sebagai jihad.

Namun demikian, begitulah luasnya konsep ibadah dan jihad tersebut yang secara langsung menunjukkan bahawa agama Islam itu adalah cantik, sempurna, relevan sepanjang zaman dan lain lain lagi.

Akan tetapi, saya agak keliru apabila Sdr hanya mengaitkan keluasan kedua-dua konsep di atas kepada perjuangan parti Pas sahaja. Adakah perjuangan Umno tidak boleh dikira sebagai ibadah mahupun jihad sedangkan begitu meluas sekali syiar Islam diperkembangkan di negara kita dan agak tinggi juga peningkatan ekonomi rakyat dan negara sejak merdeka?

Tidak bolehkah perjuangan memerdekakan Negara daripada belenggu penjajah kafir pada 1957 dikira sebagai jihad? Ibadah kategori apakah yang kita boleh simpulkan daripada keperitan usaha-usaha “memerdekakan” sekali lagi Negara kita daripada penjajah ekonomi kafir, sebelas tahun lepas? Apakah tidak boleh dianggap sebagai ibadah (mahupun jihad) apabila terdapat usaha-usaha mengangkat maruah rakyat Melayu yang beragama Islam daripada dipandang hina ditanah air sendiri?

Mungkin naïve bunyi ungkapan saya, tetapi berbekalkan sedikit ilmu dan berdasarkan keluasan konsep ibadah dan jihad di atas, saya yakin saya juga di pihak yang benar.

Akan tetapi, saya tidak sekali-kali mengatakan Sdr adalah salah. Cuma saya berpendapat ruang-lingkup hujah Sdr adalah terbatas di sebalik persetujuan Sdr mengatakan konsep ibadah dan jihad itu sendiri adalah luas.

Di dalam pada itu, Sdr juga mengatakan bahawa system politik & pentadbiran Negara tidak boleh dipisahkan daripada agama. Saya pun tiada halangan untuk bersetuju mengenai hal ini.

Persoalannya, adakah perjuangan Umno yang memantapkan faktor ilmu, kekuatan perundangan, kekuatan ekonomi, kesejahteraan rakyat & negara, dsb; sebelum system politik dan pentadbiran Islam dapat dilaksanakan sepenuhnya, tidak boleh dianggap sebagai ibadah?

Atau, adakah dengan hasrat Pas “merevolusikan” system politik & pentadbiran Negara kepada system Islam (dengan membiarkan kelemahan ilmu, perundangan, ekonomi dan ketidaksejahteraan, dsb) boleh dikira sebagai jihad?

Saya tidak mahu memberi komen mengenai soalan Sdr tentang “ketundukan” Umno kepada MCA, MIC, PPP dan komponen non-Muslim BN yang lain kerana saya tidak nampak di dalam aspek apakah “komponen” PR mengikut telunjuk Pas di dalam isu-isu yang melibatkan “revolusi” system politik & pentadbiran Negara di atas.

Mohon jutaan ampun kiranya kata-kata saya menyinggung perasaan.

Terima kasih.

Azman Mohd IsaAzmanhttps://www.blogger.com/profile/12911955931615388336noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-34928743077336586622009-10-14T22:18:50.566+08:002009-10-14T22:18:50.566+08:00Datuk,
Saya perhatikan Saudara Langit Biru cukup ...Datuk,

Saya perhatikan Saudara Langit Biru cukup aktif di dalam blog Datuk ini. Dia nampaknya merupakan penyokong Pas yang cukup setia.

Tapi kalau tidak silap saya dia pernah mengaku sebagai pegawai kerajaan. Agaknya masa bila dia menulis komen-komen yang banyak tu. Asalkan jangan diwaktu pejabat dan menggunakan peralatan kerajaan sudahlah.

Lagi satu, kebiasaanya kalau kakitangn awam tidak setuju dengan dasar-dasar "government of the day" jalan terbaik ialah berhenti. Kalau tidak akan berlaku "conflict of interest".Pesara Kerajaannoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-47281557295740157742009-10-14T15:02:58.351+08:002009-10-14T15:02:58.351+08:00Alhamdulillah! saya telah menelaah komen Dato'...Alhamdulillah! saya telah menelaah komen Dato' diatas judul "PAS dan DAP : Perjuangan lwn Lakonan". Malang sekali jika kita ini gagal memahami atau mengesan matlamat kehidupan dibumi Allah ini. Tanggungjawab dan amanah yg diberi oleh Allah sebagai manusia yg pertamanya pastilah beriman dan bertaqwa kepadanya, merealiasi ketaqwaan tersebut pastilah menyeru manusia ke arah berbuat baik (dari sudut Amar Ma'aruf) dan mencegah perkara keji dan mungkar. Matlamat sebenar perjuangan PAS gagal dinilai oleh orang seperti Dato' atau kontra-kontra yg lainnya. Kita berhemah baik dengan masyarakat bukan Islam samada mereka itu ada cop (DAP) atau lainnya adalah untuk memahamkan mereka akan kesyumulan Islam itu sendiri tidaklah seperti puak-puak anti PAS yg mengambil tindakan menjauhkan non muslim dari faham Islam sebenar dgn menyembunyikan perkara-perkara yg berkewajipan. Alhamdulillah, saya dan ramai masyarakat Islam mahupun bukan Islam telah mula mendekati PAS kerana cara atau uslub dakwahnya terbukti berkesan, cuma penghalangnya ialah kontra-kontra yg banyak membuat kajian atau tesis hampir 100% pakai otak yg tidak senang dan menjadi penghalang sambil menggunakan pelbagai daya dan helah utk merencat atau melumpuhkan perjuangan tersebut. Sedarlah wahai semua umat Islam, mari kita kembali merujuk dan tunduk kepada kehendak/perintah Allah dalam kalamnya iaitu Al Quran. "Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yg beriman" (Adz-Dzariat: 55). Terima kasih.mnas61noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-14513189208670191552009-10-14T14:31:10.047+08:002009-10-14T14:31:10.047+08:00Azman Mohd Isa,
Terimakasih Saudara Azman.
Sekir...Azman Mohd Isa,

Terimakasih Saudara Azman.

Sekiranya Saudara seorang Arkitek, Doktor, Jurutera, saudara mesti yakin (berdasarkan ilmu) dengan apa yang saudara lakukan,putuskan kerana natijahnya nanti amat besar, bangunan boleh runtuh,pesakit boleh mati!

Dalam beramal, kita juga mesti yakin dengan ilmu. Contohnya bersentuh kulit suami isteri, batalkah air sembahyang? Ada pendapat ulama mengatakan tak batal berdasarkan tafsiran hadis sahih, ada ulama mengatakan batal berdasarkan juga tafsiran hadis sahih. Maka boleh beramal dengan salah satu pendapat HANYA sekiranya kita tahu hujah-hujah dari sumber ilmu tersebut.

Dalam pemikiran politik, sebagai muslim dan mukmin, jikalau kita meletakkan diri sebagai pejuang menegakkan Islam, kita mesti yakin wadah perjuangan parti mana yang meletakkan Islam sebagai matlamatnya.

Islam agama yang lengkap dan sempurna. Dan kesempurnaan itu merangkumi Sistem Politik dan Pentadbiran Negara. Islam sama sekali tidak boleh dipisahkan dari politik. Jika Islam dipisahkan dari politik, maka Islam akan jadi sama nasibnya dengan agama langit yang lain seperti kristian.

Maka bila kita sebut Jihad, kita diminta mentafsirkan maksud jihad. Jihad maksudnya cukup luas. Sang bapa bekerja sepanjang hari mencari sesuap makanan untuk keluarga juga jihad. Memberi pendidikan kepada anak-anak juga jihad. Berusaha mengembangkan ekonomi, keluarga, masyarakat, dan negara juga jihad.

DAN berjuang menegakkan syariat dan syiar Islam dalam Sistem Pemerintahan didalam sebuah negara yang majoritinya beragama Islam, juga adalah jihad. DAN Kitab Siasah Dan Hukum dalam Al-Quran mewajibkan pemimpin Islam melaksanakan segala ajaran Islam dalam pentadbiran negara.

Inilah perjuangan Pemimpin Islam. Inilah juga perjuangan Politik Islam yang disandarkan kepada bahu mana-mana parti politik Islam. Sekiranya ABIM atau JIM menubuhkan parti politik yang meletakkan matlamatnya Islam, maka parti ini juga parti politik Islam.

Maka Jihad menentang Kemunafikan dan Kemurtadan Sistem Pemerintahan sekular dengan matlamat mewujudkan Sistem Pemerintahan Islam adalah satu jihad yang dipertanggungjawabkan kepada pejuang dan pemimpin Islam.

Ini matlamat Parti Islam. Musuh utama masyarakat Islam hari ini adalah golongan munafik. Golongan ini lah yang melemahkan pemikiran Islam dan berusaha keras secara halu menggagalkan matlamat Islam. SEHINGGAKAN sesetengan orang Islam sendiri tidak sedar mereka terjerumus kepada orang munafik.

Quran menyatakan golongan Munafik dan Kuffar sama-sama dihumban ke neraka jahanam!

Adakah Sdr mengkiaskan bahawa Pas semacam "berperang" dengan Umno?

Benarlah tanggapan saudara bahawa Pas "berperang" "berjihad" dengan UMNO kerana UMNO/BN menolak Kitab Siasah dan Hukum dari Al-Quran.

Kami yakin kami dipihak yang benar sebagaimana yakinnya Arkitek,doktor, jurutera menjalankan tugas berdasarkan ilmu mereka.

Saya tidak menyatakan ahli UMNO, orang UMNO, pejuang UMNO adalah munafik TETAPI sistem yang diperjuangkan dan diamalkan adalah Sistem Kemunafikan/Kemurtadan yang jauh dari syariat dan syiar Islam.

Maka saya bertanya, kita Umat Melayu sebagai Muslim dan Mukmin, yang percaya kepada Rukun Islam Dan Rukun Iman, yang menyatakan dalam solah, "Sesungguhnya SEMBAHYANGKU, IBADAHKU,HIDUPKU DAN MATIKU kerana Allah s.w.t."

"Apakah PERJUANGAN UMNO"?

Mengapakah UMNO tunduk kepada MCA,MIC,PPP dan Komponen BN non-muslim yang lain menolak Kitab Siasah Dan Hukum dari Al-Quran?

Mohon jawaban kepada 2 soalan diatas jika tidak keberatan.

Terima kasih.langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-88401322886270441862009-10-14T13:53:51.067+08:002009-10-14T13:53:51.067+08:00Sdr Azman, langit biru dan MANTOL
Saya bukan hend...Sdr Azman, langit biru dan MANTOL

Saya bukan hendak menyebelah mana2 pihak antara sdr. Tetapi salah satu perkara yang dinasihatkan Prof Yusof al Qaradawi kepada ulamak Islam semasa dalam menjelaskan ajaran Islam dan permasalahan umat Islam di zaman moden ini atau berijtihad (bagi yang mampu) ialah, gunakan kaedah lain yang belum dicuba meskipun ia tidak ditanya, asalkan ia mampu menjelaskan.

Di mana, dalam konteks perbincangan ini, adalah jelas sdr langit biru adalah contoh ulamak Islam semasa yang faham nasihat al Qaradawi tersebut tetapi tidak mampu beralih menggunakannya ( nasihat al Qaradawi tersebut), kerana terus menggunaakan kaedah lama iaitu fakta sejarah Islam yang tersohor itu untuk menjelaskan permaslahan semasa umat Islam tempatan seperti yang sdr bertiga bincangkan itu yang berkisar kepada tajuk PERBEZAAN DI ANTARA SYARIAT ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH PARTI PAS DAN UMNO.

Mungkin ada baiknya saya berikan contoh di bawah apa yang dimaksudkan oleh al Qaradawi di atas sebagai kaedah lain itu yang saya akan kaitkan dengan tajuk perbincangan sdr bertiga di atas.

Jika dilihat dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah (KBB) dan pengalaman ahli KBB mengkonservasikan bangunan bersejarah negara dan kita anggap, pertama, syariat Islam yang di perjuangkan oleh parti UMNO yang seadanya itu sebagai seakan2 melakukan usaha konservasi (dalam erti kata mengambalikan zaman kegemilanagan syariat dan tamudan Islam silam yang telah runtuh itu), dan kedua, menganggap usaha konservasi parti UMNO itu sebagai seakan2 sama dengan tindakan ahli konservasi tempatan melakukan usaha terhadap bangunan lama Central Markat di Pusat Bandar KL yang diubah menjadi bangunan Pasar Seni itu pada dekad 80an, kita boleh melakukan sinektiks untuk bukan sahaja menjelaskan secara analogi bahawa, produk konservasi iaitu Pasar Seni yang dihasilkan oleh parti UMNO itu adalah seakan2 sama dengan syariat Islam yang dikonservasikan oleh parti UMNO itu setakat ini, malah bagaimana secara analoginya parti UMNO mengkonservasikan/memperjuangkan syariat Islam. Bukan begitu?

Maksudnya, kegunaan asal bangunan berkenaan sebagai pasar menjual ikan, daging, sayur dsb ditukar menjadi bangunan yang menjual kraf tangan dsb yang merasionalkan nama asal bangunan sebagai Central Market ditukar menjadi Pasar Seni, elemen2 asal/klasikal luar bangunan melibatkan dinding, tingkap dan pintu atau facade dikekalkan, tetapi elemen2 dalamannya dan bumbung diubah,dan sebagainya.

Yang pasti, perubahan kegunaannya telah disesuaikan dengan pembangunan persekitarannya yang semasa dengannya dan ianya diterima oleh masyarakat tempatan dan antarbangsa.

Sdr langit biru, jika pemimpin PAS dianalogikan sebagai kumpulan ahli konservasi bangunan bersejarah dan usahnya melakukan konservasi terhadap syariat Islam di negara ini dianalogikan sebagai melakukan konservasi terhadap bangunan lama Centarl Market pada dekad 80an, apakah pendekatan konservasi diketengahkan oleh para pemimpin PAS tersebut terhadap bangunan Central Market tetsebut (yang meliputi darjah intrvensi dan struktur nilainya, jika ianya berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin UMNO di atas?sajihttps://www.blogger.com/profile/06466096266299862279noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-47349192461286471272009-10-14T13:37:30.396+08:002009-10-14T13:37:30.396+08:00MANTOL,
Tidak timbul puja memuja kepada manusia a...MANTOL,

Tidak timbul puja memuja kepada manusia atau makhluk, atau kepada parti. Ini boleh membawa kepada syirik.

Kafir Harbi memang memerangi Islam. Tetapi munafiqin juga memerangi Islam. Al-Quran lebih banyak menjelaskan golongan munafik daripada golongan kuffar.

Kenapa PAS hanya berani lawan calon Islam dari UMNO?

Al-Quran merangkumi semua aspek kehidupan sebagai petunjuk yang sempurna kepada sekalian alam. Al-Quran juga boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian/bab/kitab seperti Iman, Tauhid Akidah, Ihsan, Munakahat, Muamalat dan lain-lain termasuk Bahagian Siasah dan Hukum.

Bagi muslim dan mukmin, semua terikat kepada semua bahagian di atas, manakala PEMIMPIN ISLAM diletakkan secara langsung dibahunya Bahagian/kitab Siasah dan Hukum.

Di sini PAS dan UMNO berbeza. UMNO langsung menolak Kitab Siasah Dan Hukum dalam Al-Quran.

Bolehkah Saudara Mantol buktikan bahawasanya UMNO/BN melaksanakan Kitab Siasah Dan Hukum dalam Sistem Pemerintahan sekarang?

Inilah sebabnya PAS BERANI lawan calun ISLAM Dari UMNO. Dari segi nama memang Islam tetapi ciri pemerintahan jauh dari islam.

... Kalau dah suka, air ludah pun dikatakan penawar tok guru. sila buktikan mana-mana individu yang mengatakan air ludah penawar tok guru.....sudah tentu saudara tak dapat buktikan semata-mata untuk buat fitnah!langit birunoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-80576944179670944882009-10-14T09:08:02.382+08:002009-10-14T09:08:02.382+08:00Assalamualaikum Datuk,
1. Sebenarnya apa yang se...Assalamualaikum Datuk,

1. Sebenarnya apa yang sedang berlaku dalam politik Malaysia masakini ialah semua parti berada dalam keadaan maha kalam kabut. Semuanya ada masalah dan krisis dalaman masing2. Tidak kira sama ada di kalangan komponen BN atau PR. Cuma yang agak bezanya ialah cara komponen BN menghadapi krisis mereka agak lebih telus dan tersusun. Sebab itulah masalah BN nampak jelas.

2. Namun oleh kerana BN parti pemerintah maka berbagai pihak termasuk pembangkang dan pihak luar, termasuk negara2 jiran kita telah mengambil kesempatan untuk mengsensasikan lagi isu dan krisis BN agar menunjuk BN sedang menghadapi kehancuran. Tapi pada hakikatnya ia tidaklah seteruk seperti yang digambarkan.

3. Sebenarnya parti2 lain dalam PR menghadapi masalah yang lagi maha kalam kabut. Tapi mereka bijak menyembunyi krisis mereka ke bawah karpet. Mereka ini dah biasa dengan lakonan palsu.Mereka boleh buat muka toya walau seteruk mana masalah mereka. Cara lakonan ini patut dipuji, tapi jangan diikut oleh komponen BN. Mereka terpaksa berlakon bagi menyakinkan penyokong supaya terus menyokong mereka yang kononnya terus bersatu dan mengharapkan rakyat menolak BN yang berkrisis semasa PRU 13 nanti.

4. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Selangor. Krisis yang sedang dihadapi diantara Pas dan PKR/DAP adalah sangat serius. Ia melibatkan ideologi dan maruah parti. Tapi kerana mereka pandai berlakon maka mereka sanggup "selesaikan" masalah di bawah karpet. Kita tengok lama mana PAS boleh tahan dengan lakonan palsu mereka.

5. Lakonan parti PR ini akan sampai ke kemuncaknya jika mereka menang dalam PRU 13 nanti. Tatkala itu segala sampah sarap di bawah karpet mereka akan meletup. Masing2 akan cuba menjatuh antara satu sama lain menjejar jawatan, kuasa dan menegak ideoloji masing2 yang selama ini mereka pendamkan. Pada masa itu rakyat pula akan jadi maha kalam kabut dan negara akan hancur. Inilah akibat perjuangan secara lakonan palsu dan bukan berjuang secara tulen.dan kajanghttps://www.blogger.com/profile/03560370144913693824noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-22873867.post-10472066727798029492009-10-14T08:23:57.101+08:002009-10-14T08:23:57.101+08:00UMNO AKAN JAGA KEPENTINGAN SELURUH RAKYAT : NAJIB ...UMNO AKAN JAGA KEPENTINGAN SELURUH RAKYAT : NAJIB - mStar

Najib Razak berkata sudah sampai masanya Umno menjadi parti utama yang menjaga kebajikan dan kesejahteraan bukan sahaja orang Melayu dan bumiputera tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perdana Menteri berkata dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan bumiputera, Umno hendaklah berubah mengikut keadaan semasa dengan memainkan peranan sebagai parti utama yang turut memelihara kepentingan kaum lain.

KAH KAH KAH…

woit…. BARU LAH BETUL SELAMA INI GEROMBOLAN HANYA JAGA TEMPOLOK ANAK BINI…. kah kah kah..

kah kah kah… SELAMA 50 TAHUN INI GEROMBOLAN HANYA KAYAKAN KRONI….kah kah kah…

kah kah kah… SELAMA 50 TAHUN INI GEROMBOLAN KAYAKAN CUKONG DARI MCA…. kah kah kah..

woit… BARU SEKARANG NAK SEDAR…. kah kah kah…

woit…A BIT TOO LATE MISTER …. kah kah kah…

minah ronggengAnonymousnoreply@blogger.com