A Kadir Jasin
PETANG tadi sekumpulan warganegara Malaysia
memulakan usaha menyelamatkan negara dan meletakkan batu asas ke arah masa
depan yang lebih majmuk dan demokratik.
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila
guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]
Mereka melakukannya dengan menandatangani perisytiharan,
yang antara lain mahu Perdana Menteri (Datuk Seri
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak mengundurkan diri.
Mendahului lebih 50 orang warganegara
menandatangani deklarasi itu ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Yang lain
termasuklah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid,
Mukhriz Mahathir, Lim Kit Siang, Azmin Mohd Ali, Mohamad Sabu, Mustafa Ali,
Muhammad Muhd Taib, Theresa Kok, Husam Musa, Ambiga Sreenavasan, Maria Chin
Abdullah, Rafizi Ramli, Abdul Aziz Yassin dan Mahfuz Omar.
Raja Kamarul Bahrain, Fauzi Abdul Rahman, Mujahid Yusof Rawa, Lajim Hj Ukin, Khairuddin Abu Hassan, Tamrin Ghafar, Hamidah Osman, Dr Syed Azman Syed Nawawi, Salahuddin Ayub, Anthony Loke, Tian Chua, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anina Saadudin, Cynthia Gabriel, Hasanuddin Mohd Yunus, Mohd Zahid Mat Arip, Abdullah Sani Abdul Hamid, Hishamudin Rais, Wan Abu Bakar Wan Mohamed, Amirudin Sham, Elizabeth Wong, Shamsul Iskandar dan Afif Bahardin. (Senarai ini belum lengkap)
Saya turut menandatangani
dokumen itu.
 |
| Dr Mahathir membaca deklarasi - The Malaysian Insider |
Selain menggesa penyingkiran Mohd Najib,
perisyhtiharan itu juga menuntut tindakan-tindakan berikut:
* Penyingkiran semua mereka yang
bersekongkol dengan beliau;
* Pemansuhan semua undang-undang
dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah
Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan;
* Pemulihan integriti insititusi
yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC.
Matlamat
mutakhir deklarasi itu berbunyi: “Kami menyeru kepada semua rakyat
Malaysia, tidak mengira kaum, agama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau
muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang
dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi
demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara
eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan,
kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.”
 |
| Sebahagian yang hadir- Astro Awani |
Berikut adalah teks penuh deklarasi tersebut dalam
bahasa Melayu dan Inggeris.
Bahasa
Malaysia
DEKLARASI
RAKYAT
1. Kami,
warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami
terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial dalam negara.
2. Kami
ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan
kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak.
3. Di
bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10
negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young
Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013.Malaysia juga telah jatuh empat
anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.
4. Ini
adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah
segala-galanya-“Cash is King”.
5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam
termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun
telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.
6. Pada
tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth
Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.
7. Dia
menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani
hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Ianya tidak lagi
menjadi Dana Kekayaan.Sebaliknya Dana Hutang Negara.
8. 1MDB
telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga
yang RM12.1 bilion,melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk
membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tamat,
syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah
RM2.27 bilion.
9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak
US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan
2011 di dalam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia
telah meminta supaya 1MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia
kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang
tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung
atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain
syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.
10. Untuk menutup kehilangan wang
tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan pinjaman ke PSI untuk US$2.318
bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak US$488
juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke
Malaysia. Sebaliknya 1MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di dalam
dana di Kepulauan Caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah
firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KPMG telah disingkir sebagai
juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang
penuh misteri.
11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini
telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus
pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk
membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi
kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada Aabar untuk membeli 49 peratus
saham di dalam syarikat-syarikat janakuasa 1MDB. Ini merupakan satu penipuan
kerana, syarikat induk Aabar,
International Petroleum Investment Corporation (IPIC), tidak pun
menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di dalam akaunnya yang diaudit
dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa
1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.
12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta
daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang
sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal
membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di
British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu, “Aabar
Investment PJS Limited”, yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena
dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB,
Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar
kepunyaan IPIC.
13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan
terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada
bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen
bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke dalam Bank BSI di Singapura.Dua
bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya
bukanlah di dalam bentuk wang tunai, tetapi aset.Kemudian, dijelaskan pula yang
aset-aset ini merupakan “unit” yang bermakna bahawa ianya tidakpun ditebus.Ini
membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat
Malaysia.Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di dalam Petrosaudi
yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan
tidak dapat diperakukan.
14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah
membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB.
Tiada sebarang siasatan dilakukan polis.Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat
polis, ditahan dan didakwa dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA) kerana mensabotaj ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan
dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin
melapor pada Polis berkenaan dengan 1MDB.
15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai
US$681 juta Dolar di dalam akaun peribadinya di Ambank.
16. Najib pada mulanya
menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang
yang banyak di dalam akaun peribadinya. Dia mendakwa menerima derma dari
seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum
ke-13; kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang
keganasan.Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang
Putera Raja Arab Saudi, dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.
17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak
terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau
mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan.Tetapi jumlahnya
kecil.
18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di
mahamah. Tetapi dia tidak berbuat apa-apa.Sebaliknya dia meminta peguamnya
bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan
tersebut.
19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi
laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang
terdapat di dalam akaun peribadinya.
Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang
boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.
20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun
peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat
sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis DiRaja Malaysia,
Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan
mereka, Peguam Negara, di singkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak
mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang
tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi
menggantikan Peguam Negara.Jawankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila
pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang
penyiasatan keatas 1MDB.Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau
secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam
Negara baru menolak cadanganBank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa
yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib
melakukan kesalahan.
23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24. Peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan
daripada SPRM.Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap
pendedahan laporan tersebut.
25. Peguam Negara baru juga tanpa
penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai
kuasa dan kepakaran dalam bidang mereka.
26. Penolakanini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah
di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam
Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang
terhalang.
27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian
mendedahkan yang Peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang
dilakukan Najib bersangkutan skandal-skandal tersebut. Di masa yang sama,
beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat,
Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28. Akhbar di Malaysia ditapis
menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing.Tetapi apabila
rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan
menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan
polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.
29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis
yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada
Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara
seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor
maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di dalam pentadbiran
Kerajaanpunakandilindung daripada pengetahuan awam.
30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada
sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) telah dipulangkan kepada Arab
Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31. Rakyat juga semakin menderita.
32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya,
kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup,
menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada
negara lain.Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.
33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat
dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.
34. Hari ini imej Malaysiaamat buruk sekali. Selain diklasifikasikan
antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak
demokratik.Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat
hidup dalam ketakutan ditangkap dan ditahan.Akta MajlisKeselamatan Negara
digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa
mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa
sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur
yang melanggar batas keadilan yang diterima.
35. Sebaliknya pula jika berlaku
kesilapan dalam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana
terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan
terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum,
dan bukannya diberi perlindungan.Undang-undang lain digunakan yang menyekat
kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36. Oleh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang
tertera bersetuju dan menyokong;
a) penyingkiran Dato’ Sri Najib
Tun Razak sebagaiPerdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang amandan
mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang
bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang
dan perjanjian baru yang jelas melanggar hak asasi yang termaktub di bawah
Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih dan
d) pemulihan integriti insititusi
yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
35.
Kami menyeru kepada semuarakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik,
kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan
Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada
mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip
pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan
memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity
institusi-institusi nasional.
ENGLISH
CITIZENS’ DECLARATION
1. We - the undersigned citizens of Malaysia append below our concern over the
deteriorating political, economic and social situation in
the country.
2. We wish to draw the attention of
the people of Malaysia to the damage done to the
country under the Premiership of Dato’ Sri Najib Tun Razak.
3. Under his administration the
country has descended to become one of the 10 most
corrupt countries in the world according to Ernst and Young
in their Asia Pacific Fraud Survey
Report Series 2013. The 2015 Corruption Perception Index
showed Malaysia has dropped four
places from 50 to 54.
4. This is because he believes that
money can ensure his position as Prime Minister of
Malaysia. He believes that “Cash is King”.
5. Allocations to all ministries and public institutions
including universities have been reduced
because of shortages of funds. Even when allocations
are budgeted for, no money was
available.
6. In 2009 he decided to set up a Sovereign Wealth fund to
earn income for the Government.
7. He created the 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) which
became indebted with RM42
billion of loans which it is unable to repay. It is no
longer a Sovereign Wealth fund. It is a
Sovereign Debt Fund.
8. 1MDB borrowed approximately RM20 billion to acquire three
power plant companies for an
over-priced RM12.1 billion. Despite being awarded new power
plant contracts and extensions to
the expiring power-producing concessions, the 1MDB power
companies were sold for RM9.83
billion, or a loss of RM2.27 billion.
9. 1MDB invested or lent a total of US$1.83 billion to
Petrosaudi International (PSI) Limited between 2009 and 2011 under the pretext
of bogus projects or non-existent assets. Bank Negara Malaysia had demanded
1MDB return the above money to Malaysia as their approval
was given based on misinformation submitted by 1MDB. Of this
sum, a total of US$1.45 billion was directly and indirectly siphoned off to
Good Star Limited and other companies controlled by Low Taek Jho.
10. To hide the missing funds, 1MDB “disposed” its investments and loans to PSI for US$2.318 billion, claiming to have made a profit of
US$488 million. However, no money was returned to Malaysia. Instead, 1MDB
claimed it invested the funds in Cayman Islands that was subsequently found to
be an unlicensed investment manager. KPMG was sacked as 1MDB’s
auditors for refusing to confirm the value of the investment
in the mysterious Caymans fund.
11. 1MDB claimed that the Cayman Islands investment has been
fully redeemed. US$1.22 billion was reportedly redeemed on 5 November 2014 but
was substantially utilised on the very same day to compensate Aabar Investments
PJS for the termination of options granted to Aabar to acquire 49% of 1MDB’s power companies. This is a lie because the parent of Aabar, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) did not mention receipt of any such payments in
its audited accounts
published on the London Stock Exchange. Instead the accounts stated that
1MDB owes IPIC the sum of US$481 million for the termination.
12. 1MDB also took another loan of US$975 million from a
Deutsche Bank-led consortium in September 2014, for the very same purpose of
compensating Aabar for the terminated options. The Wall Street Journal has
exposed the fact that these money have been paid to a different British Virgin Islands entity with a similar name, “Aabar Investment PJS Limited”, whose
beneficial owner is completely unrelated to IPIC. The simple
scam has fooled even the 1MDB auditors, Deloitte Malaysia into believing that
the payments were indeed received by IPIC’s Aabar.
13. 1MDB announced that it made a 2nd and final RM1.1
billion redemption of the Cayman
Islands investment in January 2015. Initially, the Prime
Minister told Parliament that the sum was held in cash in BSI Bank, Singapore.
However, two months later in May 2015, he informed Parliament that it was not
cash but “assets”. Subsequently, it was explained that these assets
were “units” which meant that they were never redeemed in
the first place. This proved that 1MDB and the Prime Minister have been
consistently lying to the Malaysian public. It also means that the money
invested in Petrosaudi which was reinvested in Cayman Islands, are still
missing and unaccounted for.
14. A former UMNO vice-head of the
Batu Kawan Division made a police report on the loss of large sums of money by
1MDB. No investigations were carried out by the police. Instead he was
interrogated by police, detained and charged under anti-terrorist law (SOSMA)
for sabotage of the Malaysian economy. His lawyer was also arrested and charged
under the same law. This
has the effect of frightening people from making police
reports on the 1MDB.
15. The Wall Street Journal
reported that Najib had US$681 million in his private account at Ambank.
16. Najib denied this at first but later admitted he had the
huge amount of money in his account. He claimed that it was a gift from an
Arab; then that it was a donation to help him win the 13th general election in
Malaysia; then that it was given because of his dedication to the
fight against Islamic terrorists. He then claimed to have
received the money from a Saudi prince, then from the King of Saudi Arabia who
had passed away.
17. Later a Saudi Minister stated
there was no record of such a gift by the Saudis. He suggested it was probably
a Saudi investment. The amount was small.
18. Najib expressed his intention
to sue the Wall Street Journal. But he did not. Instead he asked his lawyer to
ask the Wall Street Journal why it published the report.
19. To this day the WSJ continues
to report more and more details about the US$681 million he has in his private
account. He has not sued WSJ, which he can do in the country the WSJ is
published.
20. Concerned over the huge sum of money in Najib’s private
account a task force was set up in Malaysia to investigate the origin of the
money. Four Government institutions became members of the task force. They are
the Police, the Attorney General, Bank Negara and the Malaysian Anti-Corruption
Commission.
21. Before the Task Force was able to finish its work, the
Attorney General was removed by Najib claiming that he was sick and could not continue to work. Basically Najib had misrepresented to the King to get the Attorney General
to be replaced. The Public Accounts Committee was basically paralysed by Najib
removing its chairman and members to prevent its investigation of the 1MDB. A
new chairman, friendly to Najib was appointed and he promptly declared that
Najib had done nothing wrong.
22. He then appointed a new Attorney General. Shortly
thereafter the new Attorney General dismissed a recommendation by Bank Negara
for action to be taken, claiming that nothing in the report showed Najib had
done any wrong.
23. Bank Negara appealed but this
was brushed aside.
24. The new Attorney General also
dismissed another report by the MACC. The contents of the report are not
revealed and threats are made against revealing its contents.
25. The new Attorney General has without valid explanations,
dismissed the recommendations
of the two institutions that possess the powers and
expertise in their areas.
26. This dismissal prevented the matter from being
determined by a court of law after all the
evidence was evaluated. By doing so the Attorney General has
acted as prosecutor and judge.
Due process and the rule of law have been denied.
27. The sacked Deputy Prime Minister later revealed that the former Attorney General
had shown him proof of Najib’s wrongdoings relating to the scandals. At the
same time, various foreign Government agencies, namely from Switzerland,
Singapore, the United States, Hong
Kong and Britain have initiated investigations on the 1MDB.
28. The press in Malaysia is
heavily censored so that Malaysians have to rely on the foreign press. Yet when Malaysians discuss or write about the foreign reports, the Government
(Inspector General of Police) invited people to make police reports so that the
police can carry
out questioning and investigation against the person
concerned.
29. This is in contrast to the
failure of the police to investigate the police report formally made against
Najib, Jho Low and the reports to the Attorney General by Bank Negara and MACC.
The Attorney General even threatens to amend the law to provide for jail for
life with 10
strokes of the rotan against anyone “leaking” Government papers. This means that crimes
committed in the administration can be hidden from the public.
30. The Attorney General claims
that a part of the 2.6 billion Ringgit (about 2.3 billion) has been returned to
the donor or donors. Apart from this statement no proof has been provided.
31. The people are suffering.
32. Najib’s GST and increases in
toll rates have increased the cost of living, forcing some
businesses to close down and also causing foreign-owned
industries to stop operations and relocate to other countries, creating
unemployment.
33. Despite protests by the people
Najib joined the US sponsored Trans Pacific Partnership (TPP) which erodes our
freedom to make policies and laws suitable for our country.
34. Today Malaysia’s image is badly tarnished. Apart from being
classified as one of the 10 most corrupt countries, Malaysia is now regarded as
undemocratic. There is denial of freedom of speech and freedom of the press and
people live in fear of arrest and detentions. Security laws are enacted to
allow the Prime Minister (and not the King) to declare security areas where
anyone could be arrested and detained without trial and tried under procedures
that violate normal and fair criminal justice standards.
35. On the
other hand, where errors are made in applying these laws by Government
officers, or where there is a blatant abuse of power, the people are unable to
hold them accountable. Whistleblowers are harassed and punished instead of
being protected. Other repressive laws are used to stifle free speech and
legitimate comment about wrongdoings. The fundamental rights enshrined under
the Federal Constitution have become meaningless.
36. For all these reasons, we, the undersigned citizens of
Malaysia agree and support:
a) The
removal of Dato’ Sri Najib Tun Razak as the Prime Minister of Malaysia through
non-violent and legally permissible means;
b) The
removal of all those who have acted in concert with him;
c) A
repeal of all the recent laws and agreements that violate the fundamental
rights guaranteed by the Federal Constitution and undermine policy choices and
d) A
restoration of the integrity of the institutions that have been undermined,
such as the police, the MACC, Bank Negara and the PAC.
37. We call upon all Malaysians, irrespective of race,
religion, political affiliation, creed or parties, young and old to
join us in saving Malaysia from the Government headed by Dato’ Sri Najib Tun Razak, to pave the way for much needed
democratic and institutional reforms, and to restore the important
principle of the separation of powers among the executive, legislature and judiciary which will ensure the independence,
credibility, professionalism and integrity of our national institutions.