Friday, May 26, 2006

Sarawak: BN Tak Kalah Pembangkang Menang

[Nota kepala: Minta jangan guna "anonymous" untuk komen. Susah nak cam. Tak akan diposkan. Terima kasih.]

A Kadir Jasin

BARISAN Nasional Sarawak tidak kalah dalam pilihan raya umum negeri 20 Mei lalu. Tetapi yang jelas “menang” adalah pembangkang. BN memperoleh 62 daripada 71 buah kerusi Dewan Undangan yang diperbesarkan. Pembangkang dan calon bebas mendapat sembilan, bilangan terbesar sejak 1986.

Di negara-negara lain atau di negeri-negeri lain di Malaysia, keputusan begini tidak memeranjatkan. Tetapi di Sarawak ia hampir-hampir menyebabkan “serangan jantung”.
Sebabnya banyak dan pelbagai. Buat permulaan, sejak awal-awal lagi kepemimpinan negeri dan pusat, dengan bantuan media massa arus perdana, menguar-uarkan kemenangan bersih.

Ini berpandukan prestasi pilihan raya negeri 2001 dan pilihan raya umum 2004 di mana BN negeri memperoleh kemenangan besar.

Malah ada penyokong Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud “meremehkan” proses demokrasi yang sangat penting itu sebagai hadiah hari jadi kepada beliau. Abdul Taib merayakan hari jadinya yang ke-70 pada 21 Mei. Tidak mengejutkan jika tarikh pilihan raya itu dipilih khas untuk berlaku serentak dengan ulang tahun ke-70 kelahiran beliau.

Apa yang rata-rata disifatkan sebagai memeranjatkan oleh banyak pengulas politik sebenarnya tidaklah terlalu memeranjatkan. Malah dengan alasan yang begitu banyak untuk mengasak BN, parti-parti pembangkang sebenarnya gagal untuk memaksimumkan peluang keemasan mereka.

Namun kejayaan DAP memenangi enam kerusi dan Keadilan, buat kali pertama, mendapat satu kerusi cukup untuk memberi isyarat bahawa pengundi Sarawak semakin bersedia untuk menjadi “lebih Malaysia” dalam pilihan mereka.

Reaksi Kepada Monopoli Politik

Ini mungkin berupa manifestasi “pemberontakan” terhadap monopoli politik negeri itu oleh parti-parti kaum dan puak yang bergabung menjadi BN Sarawak, dan mungkin berupa isyarat awal perpecahan BN Sarawak.

Penolakan BN oleh pengundi bandar, khasnya pemilih keturunan Cina, bukan sahaja berupa pemberontakan terhadap Sarawak United People’s Party (SUPP) tetapi juga protes terhadap prestasi ekonomi yang tidak menentu.

Sebagai masyarakat peniaga, pengundi Cina lebih sensitif kepada perkembangan ekonomi yang dalam masa setahun dua ini tidak menampakkan arah dan tujuan yang jelas.

Kemerosotan bilangan pemilih yang keluar mengundi dan perubahan trend pengundian masyarakat Dayak mengukuhkan andaian bahawa berlaku protes yang meluas terhadap BN Sarawak yang diketuai oleh parti Melayu/Melanau, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia di mana parti-parti nasional BN seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan tidak bertapak. Politik negeri itu diserahkan bulat-bulat kepada parti-parti etnik negeri yang bergabung membentuk BN Sarawak.

Akibatnya, Sarawak dan Ketua Menterinya mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kerangka politik nasional. Walaupun jarang diperkatakan, sistem yang memisahkan BN negeri daripada BN pusat memberikan Sarawak suatu bentuk autonomi yang tidak dinikmati oleh negeri-negeri lain.

Malah pemerhati politik tidak terlepas daripada membuat komen bahawa Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN pusat, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak pun hadir untuk berkempen di Sarawak.

Jadi tidak hairanlah apabila Abdullah membuat kenyataan media di Mesir mengatakan beliau “berasa sesuatu tidak kena” mengenai pilihan raya itu beberapa hari sebelum pengundian, banyak pihak di Sarawak menganggapnya sebagai sesuatu yang luar biasa dan menyebabkan mereka berasa terkilan.

[Update, May 31]

Elektrik, Mengapa Beban Pengguna Sahaja?

Tarif baru elektrik berkuatkuasa 1 Jun. Antara alasannya ialah kenaikan kos penjanaan dan kesan perjanjian pembelian tenaga antara TNB dan pengeluar tenaga bebas (IPP).

Kerajaan berkata jika tarif tidak dinaikkan, TNB akan mengalami masalah kewangan yang teruk. Malah ada anggota Kabinet yang mengatakan TNB akan muflis jika tarif tidak dinaikkan.

Kenaikan tarif elektrik ini berlaku tiga bulan selepas harga petrol dan diesel naik 30 sen seliter kerana kerajaan mengurangkan kadar subsidi petroleum.

Kalau pengguna terpaksa menanggung beban kenaikan harga minyak kerana kerajaan mengurangkan subsidi dan kini tarif elektrik pula dinaikkan, soalnya mengapakah subsidi gas asli kepada IPP diteruskan?

Bukankah lebih lojik bagi kerajaan membantu rakyat jelata, khasnya golongan miskin, daripada memberi subsidi kepada IPP? Setelah sekian lama beroperasi dan mendapat harga yang baik daripada TNB, wajarkah IPP terus diberi subsidi gas?

IPP yang menggunakan gas asli yang dibekalkan oleh Petronas mendapat subsidi sebanyak RM6.40 bagi setiap MMBTU yang mereka gunakan. Harga pasaran setiap MMBTU gas asli adalah lebih kurang RM30.

Anwar Joins HK Company

Parti Keadilan Rakyat Adviser, Datuk Seri Anwar Ibrahim, would be appointed board member of Hong Kong-listed China Merchants Dichain Ltd.

A company statement published by Hong Kong Economic Journal on May 23 said the former Malaysian Deputy Prime Minister and Minister of Finance "would be responsible for businesses in Southeast Asia and the Middle East.


Wong Kwan, chef-turned-entrepreneur who controlled the logistic company told reporters that Anwar "has strong (and) influential connections with Arabian petrol supply countries and financial sector in Asia."

Falling FDI Rating

In 2004, a survey among 1,000 executives of global companies by consulting firm A.T. Kearny & Co. put Malaysia at number 14 among the most preferable investment destinations. It published the names of only the first 25 countries.

Last year (2005), Malaysia was not in the list of the 25. Singapore clocked in at number 18 and Thailand 20 -- unchanged from 2004. They were the only Asean countries to make it to the list.

[Update, May 28]

And why should the BN MP for Jasin, Mohd Said Yusof, be unnecessarily perturbed by the yet- to-be announced outcome of his "trial" by a BN panel headed by Mohd Najib?

Mohd Said is not the only one who "intefered" in the functioning of government departments, agencies and companies. Even if he is eventually found guilty, he can seek comfort in the fact that he is not alone.

What do we say about a company seeking a contract to dismantle a decommissioned TNB power plant being officially endorsed by no less than the Prime Minister -- not once but trice -- in writing (with official seal "Perdana Menteri Malaysia), by Umno secretary general using the party's letterhead, private secretary to the PM (on Pejabat Perdana Menteri Malaysia letterhead), private secretary to Minister of Internal Security (also on official letterhead) and political secretary to the Finance Minister (on official letterhead).

Since none of these documents are marked "Sulit" or "Rahsia", they can be openly shown and circulated. What likely effects do this barrage of official endorsements have on the person receiving them? In this particular case the president and ceo of TNB, Datuk Che Khalib.

Mohd Najib may not be aware of this. But his decision on Mohd Said's case will involve some very tricky moral and technical issues. What constitutes interference and who will and will not be punished?

In today's Sunday Star, Mohd Najib was reported as saying that the rural-urban income gap has widened and the government is determine to address this. But I read somewhere that the government has proposed a development budget of RM31 billion for Kuala Lumpur during the 9th Malaysia plan as opposed to the combined RM29 million for Sarawak and Sabah.

If this is correct, it could lead to worsening of the gap. Kuala Lumpur is the richest territory in the country while Sarawak and Sabah are among the poorest. Mohd Najib may want to look into this.]


(Sambung Posting Asal)

Apa Muslihat Perdana Menteri?

“Kalau tahu BN ada masalah, apatah lagi akan kalah banyak kerusi, mengapa Perdana Menteri tidak beritahu Abdul Taib atau datang sendiri membantu?” demikian reaksi para pemerhati politik di Kuching.

Bekas seorang pengarang akhbar Sarawak yang saya temui di Kuching pada 24 Mei berkata seandainya Perdana Menteri mengetahui atau “berasa” sesuatu tidak kena, logiknya beliau perlu memberitahu Abdul Taib atau pemimpin negeri yang lain.

“Atau apalah salahnya beliau memberitahu Najib (Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak) kerana Najib datang berkempen,” kata seorang wartawan Sarawak.

Apakah kenyataan Abdullah di Mesir itu mengandungi suatu muslihat atau mesej yang tidak kita fahami atau sekadar sedap cakap?

Kalau beliau “berasa” ada sesuatu yang tidak kena, siapakah yang mempengaruhi fikiran beliau untuk membuat kesimpulan sedemikian?

Teori persekongkolan (conspiracy theory) berlambak -- daripada kerenggangan perhubungan di antara Abdul Taib dengan pentadbiran baru di Putrajaya kepada isu perniagaan dan (seperti biasa) “faktor Khairy”.

PM Ada Kuasa Ghaib?

Atau apakah Perdana Menteri dan pembantu-pembantu beliau cuba memberi gambaran bahawa beliau mempunyai kuasa dan naluri istimewa untuk “menilik” apa yang akan berlaku, yang tidak nyata kepada orang lain?

Ini mengingatkan saya kepada dakwaan seorang rakan akrab Perdana Menteri, yang kini menganggotai dan mempengerusikan banyak perbadanan kerajaan dan syarikat swasta, yang secara terbuka menyifatkan Abdullah sebagai manusia yang “diberkati”.

Dalam sebuah seminar di Universiti Malaya tidak lama dulu, kawan yang mendakwa dirinya pengamal tasawuf itu berkata segala-gala yang berlaku kepada Abdullah membuktikan “keistimewaan” beliau.

Jadi tidak hairanlah jikalau akhbar Internet Malaysiakini secara berseloroh menyiarkan tajuk berita “The Clairvoyant Malaysian Prime Minister” (Perdana Menteri Malaysia Tukang Tilik).

Berasa atau tidak, tilik atau tidak dan diberkati atau tidak, keputusan pilihan raya Sarawak yang memberikan prestasi baik kepada pembangkang pasti akan memberi kesan bukan sahaja kepada negeri berautonomi itu malah kepada politik nasional.

Dengan begitu banyak soalan yang belum terjawab atau dijawab tetapi tidak meyakinkan – daripada isu AP kepada penjualan aset Proton pada harga 1 Euro, pembatalan projek jambatan, kesan perjanjian perdagangan bebas dan kenaikan harga yang berterusan – pembangkang tidak kekurangan modal untuk mengasak kerajaan.

Walaupun kerajaan, dengan bantuan media massa arus perdana yang menyokongnya, cuba memberi penjelasan mengenai pelbagai kenaikan harga yang berlaku sejak akhir-akhir ini, rakyat terbanyak terus curiga kerana banyak penjelasan itu bercanggah antara satu sama lain.

Misalnya, walaupun kenaikan 12 peratus tarif elektrik mulai 1 Jun ini didakwa tidak akan menjejas 60 peratus pengguna – mereka yang menggunakan RM43.60 sebulan atau kurang -- namun mereka akan dibebankan oleh kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kos elektrik yang lebih tinggi.

Kalau hari ini pengguna berasa tekanan kenaikan harga, sebabnya ialah kerana kadar inflasi yang dulunya rendah – di bawah dua peratus setahun – kini telah meningkat kepada hampir lima peratus (4.6 peratus pada bulan April) (Lihat carta).

Di masa yang sama, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih rendah daripada negara-negara jiran dan Bursa Malaysia adalah yang paling lemah prestasinya berbanding pasaran saham negara-negara Asia yang lain. Malah kita kalah kepada Indonesia, Filipina dan Negeri Thai dalam beberapa aspek.

Peluang Untuk Pembangkang

Inilah antara isu politik, ekonomi dan sosial yang boleh dan pastinya dijadikan modal oleh parti-parti pembangkang untuk meraih sokongan.

Yang menjadi tanda tanya hanyalah kemampuan mereka membuat analisis terperinci dan menyampaikan maklumat kepada rakyat jelata dan pengundi secara meluas dan berkesan.

Kemampuan mereka akan terus terhad kerana mereka tidak akan mendapat tempat di dalam media massa arus perdana dan mereka sendiri masih tidak mampu meyakinkan umum bahawa mereka boleh menjadi alternatif kepada BN.

Namun dengan semakin meluasnya penggunaan media massa alternatif seperti Internet, harapan pembangkang memecahkan monopoli politik BN adalah lebih cerah.

Keputusan pilihan raya negeri Sarawak adalah bukti jelas aliran ini.

Monday, May 15, 2006


Posting Asal: Benarkah Pemuda Umno Terbuka?
(Baca di bawah)

A Kadir Jasin

Update, May 20

I have been mulling over this issue for days. I concerns the National Youth Day message by the Youth and Sports Minister, Dato' Azalina Othman Said, published in the newspapers on May 15.

I have not put it down in writing because some may think I am being petty. But after reading a report in the May 19 issue of Utusan Malaysia, in which Prime Minister Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, was quoted as saying that Umno veterans should to be "forever young" in their thoughts and should continue to assist in developing the present generation (see the report below), I feel I must say something about the Youth and Sports Minister message.

I may not count a veteran of any sort but I'll take my chances. I refer to the message that was published on page 49 of the New Straits Times on May 15.

When I first looked at the mugshot that accompanied the message, I almost could not recognise it -- the miracle of digital manipulation. The minister looks extremely cool. If the minister's vibrant mugshot prompted me to read her message, what I read sent me into a private rage.

Clearly the minister had not read the text of her message. She might not have even singed the message. Her signature was "stripped" in. Her English, being a lawyer and all, could not have been that atrocious

Consider the following: "planning, leading and executioning", "setting up Malaysian Youth Act to be the compass for guiding youth in this country", "the ministry has also planned for the infrastructures...", "to elevate the quality and professionalism as an organisation that are fast, efficient and effective", "to benefit the youth generation", "sports play an important role in strengthening the tranquality and collectivity of the country..."sukan massa dan high prestige sports...", "investing the sport culture among youth".

If a young and "highly" educated minister could make mess of an important programme of her ministry by not paying attention to detail and trusting her civil service aides blindly, what guarantee do we have that other more important issues are not being similarly treated by other ministers?

Update 19 Mei

Manakala kita masih mencari jawapan kepada soalan di atas, kita mendapat satu petunjuk baru daripada Presiden PKMB merangkap Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sama ada pentunjuk ini akan dituruti atau tidak oleh Pemuda Umno sama-samlah kita lihat.

Berucap merasmikan perhimpunan agung pertama Majlis Orang Lama PKMB di Ipoh semalam, Abdullah meminta ahli-ahli lama PKMB supaya mengamalkan sikap "sentiasa muda" dalam perjuangan (Utusan Malaysia 19 Mei).

Katanya, perjuangan tidak akan menjadi tua selagi anggota PKMB boleh menyumbang mengikut kemampuan serta kebolehan.

"Perjuangan Umno jadi kuat jika dalam parti dapat mengekalkan semangat persaudaraan dan muafakat yang akan menjamin kejayaan kita," kata beliau.

Jadi jelaslah apa yang selama ini dilakukan oleh orang lama pertubuhan seperti Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sanusi Junid dan banyak lagi, termasuk menegur kerajaan mengenai isu AP, Proton dan jambatan cantik, direstui oleh Presiden PKMB merangkap Perdana Menteri.

Cukup jelas Abdullah maju ahli lama pertubuhan terus campur tangan membantu pertubuhan dan kerajaan apabila beliau berkata: "Sebagai ahli Umno tulen, ahli veteran walaupun tidak mempunyai jawatan namum mereka terus berjuang membantu generasi sekarang ini. Tindakan veteran Umno ini amat dihargai dan akan membawa kebaikan kepada parti."

Kenyataan Abdullah ini sekali gus menyanggah perbuatan sesetengah pemimpin PKMB dan anggota jemaah menteri yang mengkritik dan cuba menyekat pemimpin dan ahli lama seperti Dr Mahathir daripada mengemukakan pandangan dan pendapat mengenai pelbagai isu kepentingan negara.

Sama-sama kita berdoa dan sambil itu memantau bagi memastikan niat mulia, suci dan ikhlas Perdana Menteri ini disokong oleh semua pihak dalam PKMB dan kerajaan.

Di bawah adalah posting asal

DENGAN media massa dikatakan semakin bebas dan kerajaan -- menurut media massa yang dikatakan semakin bebas itu – tambah terbuka, maka banyaklah perkara menarik dilaporkan, walaupun unsur-unsur “spin” (putar memutar) dikatakan semakin menular.

Jadi, pembaca dan penonton perlu tahu sedikit sebanyak membezakan antara yang tersurat dengan yang tersirat dan antara fakta dengan fiksyen.

Media massa arus perdana yang hampir kesemuanya mempunyai kepemimpinan baru, kecuali Utusan Malaysia di mana Datuk Khalid Mohamed masih bertahan, memberikan ruang yang luas dan waktu yang panjang kepada watak-watak dan isu-isu “favourite” mereka.

Justeru, di antara Ketua Pemuda Umno, yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Timbalan Ketua Encik Khairy Jamaluddin, media massa arus perdana jelas mirip kepada Khairy.

Hampir-hampir tiada hari berlalu tanpa menantu Perdana Menteri itu diberikan ruang yang istimewa, dengan gambarnya sekali, sama ada untuk melaporkan ucapan dan kenyataan beliau atau menceritakan kisah hidup beliau.

Kecuali Siti Nurhaliza and Mawi, tidak memeranjatkan jika Khairy adalah orang muda Malaysia yang mendapat pendedahan paling luas oleh media massa.

Tidak berapa lama dulu seorang bekas menteri kanan kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad dilawati oleh Khairy. Saya bertanya beliau tentang apa yang terlintas di fikirannya apabila menemui orang muda kacukan Kedah-Negeri Sembilan itu.

“He’s quite a character. A carbon copy of Anwar Ibrahim,” jawabnya spontan. Dalam bahasa Melayu: Satu watak yang menarik. Salinan karbon Anwar Ibrahim.

Keasyikan media massa, kalangan dan korporat dengan Khairy mempunyai aspek yang positif. Ia memberikan masyarakat kesempatan mengenali anak bekas diplomat itu dan membuat penilaian terhadapnya.

Ambil kenyataan beliau yang terkini (Utusan Malaysia, 15 Mei) sebagai contoh. Dalam laporan bertajuk “Pemuda Umno Terbuka Terima Aduan Mengenai Pemimpin” Khairy dipetik sebagai berkata bahawa pergerakan Pemuda “sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada setiap ahli untuk menyalurkan sebarang masalah atau aduan yang bersangkutan dengan pucuk pimpinan sayap parti.”



Kalau betul pergerakan Pemuda terbuka, mengapakah Khairy sendiri mengherdik dan memberi amaran kepada ahli pergerakan itu yang tidak sependapat dengan kerajaan mengenai pembatalan projek jambatan merentangi Selat Tebrau?

Bukankah Khairy yang menyindir Mukhriz Mahathir di atas kenyataannya mengenai isu itu dan bukankah dia juga yang mengarahkan kepimpinan pergerakan itu supaya tidak menentang keputusan kerajaan?

Kenyataan beliau mempertikai dan menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan dan imej beliau sebagai seorang yang dikatakan liberal, terbuka dan bertolak ansur selaras dengan latar belakang pendidikan Oxfordnya.

Tetapi kontradiksi ini tidak berakhir di sini. Ada beberapa lagi tanda tanya mengenai beliau tidak terjawab kerana beliau dan rakan-rakan kongsi beliau (dalam perniagaan) meletakkan benteng yang jelas dan nyata.

Misalnya isu pembelian 3% saham ECM Libra Bhd pada 27 Disember lalu pada harga 71 sen sesaham dengan membayar RM9.22 juta.

Isu itu menjadi “out of bound” apabila ECM Libra mengemukakan saman malu ke atas Naib Presiden Pas Husam Musa kerana mempertikaikan urus niaga itu.

[Sayugia disebutkan, sejak pengumuman pembelian oleh Khairy itu, ECM Libra telah mengumumkan pembelian Avenue Capital Resources, sebuah syarikat kewangan milik kerajaan.

Sejak itu, harga ECM Libra di Bursa Malaysia telah meningkat. Khamis lalu (11 Mei) ia ditutup pada kadar 95 sen. Ini bermakna Khairy telah membuat keuntungan atas kertas (paper gain) sebanyak RM3.11 juta (95 sen tolak 71 sen kali 12.99 juta saham) – not bad for an investment of less than five months!]

Di sinilah terletak kontradiksi dan kontroversi antara yang tersurat dan tersirat. Ia cukup rumit dan kompleks kerana Khairy Jamaluddin bukan Anwar Ibrahim.

Apabila Dr Mahathir mengambil Anwar Ibrahim menjadi anak angkat politiknya pada tahun 1982, Anwar sudah mempunyai profilnya sendiri – memimpin Abim, mendalangi tunjuk-tunjuk perasaan pelajar dan petani dan meringkuk selama 22 bulan dalam tahanan di bawah ISA.

Khairy tiada profil selain mengacara sebuah program TV. Tetapi beliau melakukan “fast-tracking” apabila dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Datuk Seri Abdullah Badawi (ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri) dan memutlakkan kedudukan istimewanya dengan jatuh cinta dan berkahwin dengan anak Abdullah.



Maka, jika Anwar sebagai anak angkat politik Dr Mahathir tinggal berhampiran rumah bapa angkatnya (di Bukit Persekutuan), Khairy, sebagai menantu Perdana Menteri, tinggal di Sri Perdana di Putrajaya bersama bapa mertuanya sejak kematian ibu mertuanya.

Suasana yang sebegini, tidak dapat tidak akan menimbul dan mencetuskan pelbagai rupa perbualan dan perbincangan, analisis dan interpretasi, andaian dan kesimpulan.

Dalam suasana yang sama, media massa arus perdana akan sentiasa dalam dilema – seperti yang dilaluinya pada zaman cinta lara Mahathir-Anwar dan sebelum itu Mahathir-Musa –di dalam membuat liputan mengenai Khairy.

Apakah media massa arus perdana dan komponen-komponen masyarakat sivil yang lain sebebas yang diperakukan oleh Khairy untuk membuat teguran dan kritikan?

Bukan rahsia lagi bahawa pada satu peringkat media massa arus perdana cuba sedaya upaya melenyapkan suara Dr Mahathir dalam isu pembatalan jambatan Tambak Johor.

Malah timbul tanda tanya mengapa siaran langsung upacara memperingati ulang tahun ke-60 Umno di Johor Baru 11 Mei lalu diberhentikan sebelum keberangkatan tiba Sultan Johor. Apakah wujud kekhuatiran yang Baginda akan menitahkan sesuatu?

Jadi, selagi kontradiksi dan kontroversi yang menyelubungi orang muda yang dikatakan berselera besar ini tidak diatasi, selagi itulah persoalan antara fakta dan fiksyen, mitos dan realiti, antara yang tersurat dan tersirat akan terus menjadi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut debat politik semasa.

[Nota kaki: Minta semua yang hantar ulasan guna nama sebenar atau nama samaran/pseudonym supaya mudah dikenali. Minta yang dah hantar komen guna "Anonymous" hantar semula pakai nama sebenar atau nama samaran supaya saya boleh poskan. Terima Kasih.]

Sunday, May 14, 2006

RM60,000 Number Plate

EVER wonder why RM60,780 worth of government revenue should be sacrificed to satiate the desire of a cabinet minister?

If the story is true, something terribly wrong has happened. The story goes something like this; the newly minted Federal Territory Minister Zulhasnan Rafique was one the successful bidders for the plate number "WPA 1". The bid went as high as RM60,780.

But for reasons known only to the JPJ Director (presumably of the Federal Territory), Zulhasnan was offered the number FOC.

Could this be true? If it is, has the JPJ Director the discretion to sacrife that much government revenue?

Why should the minister of FT need a special number? Even if he's charged for it, questions will certainly be asked about his wealth. He could be a wealthy man. But at the time when a growing number of ordinary rakyat are living hand-to-mouth, ministers should not be flaunting their wealth.

I was told that these days some ministers no longer use Proton Perdana as official car unlike during the days of the former Prime Minister. No wonder Proton is not getting the kind of support it once enjoyed.

If this story is true, we should demand that the minister be made to pay the sum or we cut the JPJ Director's salary.

This is not the way to show respect to a minister. He is an elected representative and a public servant. He should live and behave like one. But sadly this is how some people make gods and Napoleons of politicians.

I hope this is a fiction.

No, it isn't a fiction.

[Update, May 17

According to Utusan Malaysia today, Zulhasnan has decided to return the number plate to JPJ. Still it does not answer the question whether a JPJ director has the discretion to sacrife government revenue in favour of a minister.

And why should the minister accept it knowing that he was depriving his government and the people RM60,000 worth of revenue?

Baguslah kalau akhirnya mamanda menteri akhirya sedar -- setelah didedahkan -- bahawa dia sebenarnya wakil rakyat dan bukan ahli koperat.

Inilah yang kita mahu. Bila sesat kembalilah ke pangkal jalan. Tak guna buat alasan yang bukan-bukan. Tidak semua rakyat bebal dan semua media massa akur kepada PKMB.]

Coming so very soon after the Jasin MP's fiasco, the Prime Minister has a lot to explain if he wants the people to continue to believe in his transparency, accountabilty and integrity mantra.

"Tell me what I need to know and not what I like to hear,' said the PM in the opening days of his Hadhari administration under three years ago.

So the DAP chief told him and everybody else via the Parliament that something was amiss with the Jasin MP's tirade against the Custom and Excise Department.

Johor Baru Shahrir Samad embraced the Prime Minister's plea whole-heartedly and asked his BN colleagues to support the DAP's motion. He was sorely misguided. His fellow MPs wanted nothing to do with the opposition's motion.

He resigned as BN Backbenchers chairman and was told by the deputy Umno President and Deputy PM to punish himself for sinning against the party.

The PM too did not want any part in the DAP's whiste-blowing attempt. BN MPs, he said , would not be allowed to support opposition's motion.

Ironically, in the Jasin MP case, it was exactly the kind of unpleasant thing that the PM had wanted the people to tell him. But the people in this case happened to be in the opposition.

I am more than certain that the PM is more than aware that there is a danger in leading the people around the mulberry bush too often in his pursuit of transparency, acccontabiloity and intergrity.

Thursday, May 04, 2006

Update 12 Mei

Penyempitan Suara Melayu

Salah satu masalah bangsa Melayu hari ini adalah penyempitan suaranya. Orang Melayu tidak mempunyai banyak saluran bersuara. Orang Melayu masih kurang berpersatuan. Bagi bangsa induk yang berupa kumpulan majoriti di negara ini, bilangan NGO Melayu adalah kecil atau kurang berminat dalam isu-isu semasa.

Bagi NGO Melayu/Bumiputera yang cergas pula, suara dan orientasi mereka kerap dipengaruhi oleh parti-parti politik, khasnya Umno, sehingga hilang suara mereka untuk bersuara secara bebas atau non-partisan.

Kita lihat sahaja bagaimana pemimpin-pemimpin Umno berlumba-lumba merebut jawatan tinggi dalam NGO Melayu seperti GPMS dan persatuan-persatuan belia.

Lain halnya dengan masyarakat Cina dan India. Hatta di kalangan parti-parti Cina dan India dalam Barisan Nasional. Mereka membezakan antara badan politik dan NGO. Mereka sengaja memperbanyakkan saluran bersuara supaya kepentingan kaum mereka boleh dipertahankan dari segala aspek.

Dalam politik masyarakat Cina misalanya, suara NGO sangat hebat. MCA sering merujuk kepada tuntutan mereka sebagai pra-syarat kemenangan MCA dalam pilihan raya. Dalam erti kata yang lain NGO Cina dan India menjadi golongan pendesak -- pressure groups.

Bukan orang Melayu tidak berani bersuara atau tidak tahu bersuara. Umno adalah gabungan puluhan persatuan dan gerakan Melayu. Tetapi suara Melayu kini sering dilenyapkan oleh kawalan ke atas NGO Melayu oleh kalangan politik yang berkepentingan sempit dan oleh media massa araus perdana yang taasub kepada kewalan politik.

Malangnya orang Melayu sendiri terlalu gemarkan kepada pertalian politik sehingga dengan begitu mudah menyerahkan hak dan kuasa mereka kepada kalangan politik dan seterusnya kepada kerajaan. Dengan itu hilanglah kepelbagaian suara Melayu.

Saya tidak tahu sama ada polimik seperti yang berlaku mengenai suara Melayu pada tahun 1996 akan berulang dalam suasana media massa sekarang. Kalau kita ingat, polimik itu berlaku di dalam akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia zaman Datuk Johan Jaaffar.

Mungkin polimik seperti itu tidak akan berlaku dalam akhbar arus perdana tetapi dalam akhbar-akhbar bebas dan dalam blog seperti yang kita sedang lakukan sekarang.

ECMLibra lwn Avenue [14Mei]

Saya rasa bukan "A Voice" saja bingung mengenai macam nama sebuah syarikat yang lebih kecil dan mempunyai prestasi yang lebih "mediocre" boleh mengambil alih sebuah syarikat yang lebih besar dan kukuh prestasinya.

Tetapi ini bukan perkara luar biasa dalam urusan "merger and takeover" di mana ular air (water snake) menelan ular sawa (phyton) atau anak menelan bapa.

Dalam kes ECMLibra mengambil alih Avenua Capital, jelaslah yang memainkan peranan adalah siapa di belakang firma-firma berkenaan dan faktor "goodwill". Dalam erti kata yang lain, ECMLibra dengan teamnya yang berpengaruh menikmati nilai "goodwill" atau muhibah yang lebih tinggi.

Adil atau tidak adil, bermoral atau tidak bermoral, telus atau tidak telus itu perkara subjektif. Dengan nama-nama seperti Kalimullah Masheerul Hassan, Lim Kian Onn, David Chua dan Khairy Jamaluddin, kehebatan ECMLibra pastinya tidak terlawan oleh Avenue walaupun ia mempunyai pemilikan saham oleh kerajaan.

Siapalah Tan Sri Shamsuri dan Tengku Zafrul berbanding raksasa-raksasa korporat yang memiliki dan mendalangi ECMLibra?

Maka dilema yang dihadapi oleh badan-badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Bank Negara, Khazanah Nasional, Kementerian Kewangan dan sebagainya lebih berbentuk moral (baik atau tidak baik) dan bukan undang-undang.

But in this era of openess, we can continue to debate.

Update 10 Mei

Umno 60 Tahun, Nazri lwn Mahathir


A Kadir Jasin

ESOK, tanggal 11 Mei Umno merayakan ulang tahunnya yang ke-60. Sama ada kita ahli Umno atau tidak, sama ada kita menyokong Umno atau tidak, sama ada kita bersetuju dengan kepemimpinan Umno atau tidak dan sama ada kita Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, kita wajar mengingati saat itu.

Umno bukan parti semua rakyat Melaysia. Itu kita pasti. Tetapi tanpa perjuang Umno mungkin tidak wujud sebuah negara berbilang kaum dan agama yang dikenali sebagai Malaysia hari ini. Tanpa Umno mungkin tidak wujud kontrak sosial seperti yang ada dan menjadi teras perkongsian nasional.

Dan jika orang Melayu kampung 60 tahun lalu berani menyanggah Inggeris, mengapa orang Melayu yang kini terpelajar dan bebas harus takut menegur pemimpin jika mereka tersalah langkat dan tersilap madah?

Kita menghina dan menghampakan pejuang dan pengasas Umno 60 tahun lalu jika kita membiarkan Umno dilarikan oleh segelintir orang kerana kita takut bersuara kerana takut dicaci dicerca dihimpit dan didera.

Jangan kita berani menyergah dan mengherdik pemimpin hanya apabila dia sudah bersara dan tidak lagi berkuasa. Orang Melayu kaya dengan budi bahasa adat dan resamnya. Melayu berani tetapi tidak kurang ajar.

Selamat hari jadi Umno!

[Di bawah adalah posting asal]

TAHNIAH kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana secara berani dan terbuka meminta Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mencampuri urusan pentadbiran negara.

Utusan Malaysia, 4 Mei memetik beliau sebagai berkata: “Ini adalah harapan saya dan rakan-rakan dalam Kabinet supaya bekas Perdana Menteri itu tidak campur tangan dalam keputusan Kerajaan untuk menghentikan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

“Tindakan beliau seolah-olah memperkecilkan kerajaan yang ada sekarang,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Isu itu dicetuskan oleh beberapa Ahli Parlimen mewakili penyokong kerajaan dan pembangkang ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2005 di Dewan Rakyat.

Mereka meminta penjelasan daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung perbalahan yang berlaku antara Dr. Mahathir dan kerajaan mengenai isu itu.

Tahniah kepada Dr Mahathir kerana suaranya tidak sesumbang yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak dan bukan lagi “a voice in the wilderness”. Rintihan beliau mengenai pembatalan projek itu sudah menjadi isu Parlimen.

Walaupun berbagai-bagai percubaan telah dibuat untuk mematahkan dan melenyapkan hujah beliau, Kerajaan, melalui Nazri, akhirnya terpaksa mengakui secara rasmi bahawa suara bekas Perdana Menteri itu ada pendengarnya yang tersendiri.

Dengan membangkitkannya di Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen berkenaan telah menjadikan bangkangan Dr Mahathir terhadap pembatalan projek sebagai isu rasmi.

Nazri tidak perlu berasa bersalah dan tidak perlu menegaskan yang beliau tidak mempunyai kepentingan peribadi di dalam membuat kenyataan itu selain mempertahankan pendirian kerajaan.

`Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan menjawab kritikan Dr. Mahathir ini dan meminta segala janjinya semasa bersara dikotakan,'' kata bekas Ketua Pemuda Umno itu.








Namun saya hairan sedikit mengapa Nazri membandingkan Dr Mahathir dengan Tun Abdul Rahman Yaakub apabila beliau berkata yang Dr. Mahathir pernah berjanji tidak akan campur tangan (dalam urusan Kerajaan selepas bersara) “seperti mana dilakukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaakub terhadap Ketua Menteri sekarang.”
Mohamed Nazri berkata beliau tidak mahu Dr Mahathir menjadi seperti apa disifatkannya sebagai `sindrom Tun Rahman'.

Nazri Kata Mahathir Berjasa

Baguslah kalau Nazri menghormati Dr. Mahathir sebagai seorang yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Bukan apa, dalam keghairahan “menobat, memartabat dan mendaulatkan” era baru ini, wujud kecenderungan menafikan segala-gala baik yang berlaku sebelumnya.

Rakyat sokong jika Kerajaan sekarang tidak membina projek raksasa, tugu dan mercu, tetapi mereka tentu ingin tahu apakah perlu Kerajaan membelanjakan belasan juta ringgit memperbaiki dan mengubah suai sebuah kediaman rasmi anggota Kabinet?

Dan apa salahnya Kerajaan membina berpuluh-puluh projek raksasa jika memberi manfaat kepada rakyat dan negara?

Saya hairan dari mana Nazri mendapat tanggapan bahawa Dr Mahathir tidak mahu hujahnya dijawab apabila beliau berkata, “namun itu tidak bermakna beliau (Dr. Mahathir) diberi kuasa untuk mengkritik tanpa mengundang jawapan daripada sesiapa yang mempertikaikan kritikan beliau, terutama sekali hak Kerajaan untuk membela diri.”

Saya rasa inilah tujuan asal Dr Mahathir apabila beliau mempersoalkan keputusan Kerajaan 12 April lalu membatalkan projek tersebut. Beliau mahu Kerajaan memberi penjelasan yang meyakinkan kepada rakyat jelata.

Malah Dr Mahathir perlu berasa gembira bahawa usaha beliau tidak sia-sia. Selain rakyat jelata yang semakin berminat dengan isu itu, Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang kini turut berminat. Ini secocok dan selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggalakkan lebih banyak perbincangan dan perdebatan dalam masyarakat.

Ditanya adakah selepas ini Dr. Mahathir tidak perlu memberi sebarang pandangan atau kritikan terhadap kerajaan, Nazri berkata, ia adalah hak beliau untuk mengkritik. Tambah Menteri dari Perak itu: “Sekiranya Dr. Mahathir menjawab kritikan saya ini maka saya akan jawab balik. Kita tengok siapa yang letih. Kalau kritikan itu ikhlas dan dibuat secara perbincangan, kita boleh terima, sebaliknya beliau memilih akhbar. Jadi hak saya untuk menjawab dalam akhbar juga,'' jelasnya.

Nak Berdebat Atau Lawan Kuat?

Oh, jadi bukanlah tujuan Nazri mencari kebenaran tapi menguji kuat untuk memastikan siapa yang letih dulu? Kalau lawan berlumba, tak hairanlah jika Dr Mahathir letih dulu. Maklumlah dia sudah 81 tahun dan Nazri akan menjangkau usia 52 tahun pada 15 Mei ini. Tapi ini bukan uji kuat jasmani tapi ini uji kuat mental dan rohani.

Kita mula ujian siapa letih dulu ini dengan hujah Nazri mengenai tuduhan Dr. Mahathir Kabinet hanya berminat untuk menjual pasir (kepada Singapura) adalah satu tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.

Lepas itu kita tunggu Nazri jelaskan mengenai persetujuan-persetujuan antara Malaysia dan Singapura pada zaman Dr Mahathir. Sebagai seorang peguam, Nazri tentulah lebih arif daripada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri yang bukan peguam, mengenai isu undang-undang yang diuar-uarkan sebagai punca utama projek itu dibatalkan.

Tentang Nazri mahu Dr. Mahathir “mengkritik secara senyap” saya tak tahulah kalau ada “such a thing as criticising in silence”. “Suffering in silence” adalah. Tak tahulah pula saya kalau Nazri seorang pengamal tasawuf dan tarekat yang sudah mencapai tahap kerohanian yang begitu tinggi sehingga boleh mendengar “kritik secara senyap” Dr Mahathir
Or that Dr Mahathir has discovered the art of “silence criticism”. Had anybody “silently” informed Dr Mahathir before the Cabinet dropped the project on April 12?

Yes, Nazri can remind Dr Mahathir of his promise not to interfere in the administration of the country after his retirement. But does making comments amounts to interfering? And, if indeed Dr Mahathir was “wrong on all points” in his comments, why didn’t he explain where the former Prime Minister had gone wrong?

Nazri Says Mahathir Undermines The Government

And how could Dr Mahathir, in exercising his freedom as “the elder statesman” (to borrow Mohamed Nazri’s description), undermine the Government, which he had once been a part of, if the Government has not done anything wrong?

It is good for Mohamed Nazri to be grateful by acknowledging that out of today’s 32 Cabinet ministers, 21 were senior members appointed by Dr Mahathir when he was Prime Minister.

As to whether the Cabinet or the Government is ‘half-past six with no guts’, I think the best judge is neither Nazri nor Dr Mahathir. The people should be making that decision. Then again, one can be a “half-past six” in the past and “not half-past six” now or vice versa.







Real Madrid under captian Hierro and coach Vicente Del Bosque were certainly not a half-past six team. But Hierro and Del Bosque had gone. Real Madrid is not a champion team anymore. It may not be a half-past six team with no guts, but since then it has had six different coaches.

As for Mohamed Nazri assertion that “my Cabinet colleagues and I hope that Tun will keep to his promise when he said that he would not interfere in the government administration when he retired”, I don’t think its hold much credit because many of his colleagues also told Dr Mahathir that they too would retire when he retired. He did, they do not.

It is good of Nazri to acknowledge that as a member of the Cabinet he could not run away from the responsibility to defend the decision of the Cabinet anytime, anywhere. He understands the concept of “constructive trustee”. Thus he is liable to the decision taken during Dr Mahathir’s time because he was already a member.

Opposition Leader Lim Kit Siang has his own point when he labeled Cabinet members as “hypocrites” in accepting the decision to scrap the project because they had unanimously agreed to the bridge project before this.

They were “constructive trustees” to the bridge project. For years they were involved in the project and remained committed to it until last April 12.

Update, May 6

Najib Joins the Bandwagon


As for Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, it's good that he finally stood up to "challenge" Dr Mahathir's statements.

He has to do so to prove that he is committed to the decision to cancel the project. This is bacause Najib was vehemently defending the project in thePress until the end of March.

On Marc 27, the NST quoted him as saying that the construction of the bridge to replace the Johor Causeway is proceeding on schedule although talks between Malaysia and Singapore are continuing. He said: "There is no postponement. Construction of the bridge is priceeding."

In responding to his former boss, the Deputy Prime Minister said the "termination of the half bridge contract with Gerbang Perdana Sdn Bhd cannot be construed to even indicate that we had surrendered our sovereignty."

I can't recall anybody complaining about the termination of the contract. What the people are saying is, by not building the bridge on our side of the straits because we are afraid of Singapore's objection we are surrendering our sovereignty.

Najib should explain what has happened to those written agreements and pledges Singapore leaders made in these last one decade. After all these documents were published in a Singapore Government publication. They were neither secret nor confidentuial. They were published to build a case against us in the water negotiations.

Now Shahrir is Liberated

Datuk Shahrir Abdul Samad is liberated. His resignation as Chairman of Barisan Nasional Backbenchers Club has been accepted by Najib. It seems that the man, who confessed that he was open to criticism and often criticised others, could not face rejection.

Still I salute him for resigning. It's a noble act. Any leader who ceases to enjoy the support and confidence of his peers should bow out. It should be amply clear to Shahrir that his BN peers are not quite ready for transparency and for a higher level of integrity.

Although the MPs gave the impression that they opposed him because he supported a DAP motion, I think these MPs were afraid of that if the motion was adopted, all of them could in future be referred to the Privilege Committee if wrongdoing was suspected.

Shahrir told the Press that Najib had told him that he should punish himself for going against the party and that he (Shahrir) should stay resigned.

Well, now he does not have to babysit those troublesome MPs anymore, maybe he can spend more time speaking up his mind. It's nice to hear an MP who dares to sing a different tune and dance to different music.

This is freedom.