Thursday, August 03, 2006

Datuk Kena Lagi

A Kadir Jasin

APABILA media massa arus perdana menguar-uarkan sesuatu isu, seperti mereka kini menguar-uarkan amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, terhadap akhbar Internet and weblog, beberapa kesimpulan boleh dibuat.

1. Tindakan keras mungkin akan berlaku dalam masa yang singkat;

2. Mempengaruhi pendapat umum (public opinion) bahawa akhbar Internet dan Blog adalah berbahaya;

3. Memberi amaran kepada yang berani agar jangan berani sangat dan menakut-nakutkan yang lemah semangat agar tutup blog mereka;

4. Dan apabila akhbar arus perdana yang sensasi seperti Harian Metro turut terbabit, maka terbuktilah bahawa akhbar Internet dan blog kini benar-benar menjadi ancaman kepada daya maju – commercial viability – media arus perdana;

5. Satu lagi legasi era Mahathir iaitu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan mengalami proses dekonstruksi; dan

6. Secara peribadi saya “terhutang budi” kepada Harian Metro kerana secara sengaja (deliberate) menghebahkan tentang wujudnya blog yang dikendalikan oleh mereka yang bergelaran Datuk. Untuk makluman Harian Metro, ada beberapa blog yang moderatornya Datuk.

Keratan akhbar Harian Metro


Untuk menyokong dan memperjelaskan hujah di atas, saya ulang siar sepenuhnya laporan muka 20, Harian Metro hari ini, 3 Ogos, 2006.

Dakwa penulis blog berunsur fitnah

PUTRAJAYA : Penulis blog laman web, termasuk individu bergelar Datuk menghadapi kemungkinan di dakwa ke mahkamah jika artikel atau komentar mereka berunsur hasutan, fitnah dan bercanggah dengan undang-undang negara.

Ini kerana, mesyuarat Kabinet semalam memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk mengawasi, memantau dan bertindak terhadap kelompok itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, berkata kerajaan tidak akan menyekat atau menapis kandungan internet seperti dijanjikan oleh bil jaminan ketika penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC), namun tindakan masih boleh dikenakan mengikut pelbagai akta lain.

“Mana-mana penulis blog, sama ada mereka bergelar Datuk atau tiada Datuk, akan diheret ke makamah dan didakwa jika melanggar undang-undang negara sama ada undang-undang jenayah, akta hasutan atau apa saja, kita boleh ambil tindakan.

“Tetapi jika penulis blog itu di luar negara, ia sukar untuk kita ambil tindakan tetapi bukan penulis blog tempatan. Kita boleh (bertindak) jika mereka melanggar undang-undang negara,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Kabinet di sini semalam.

Kelmarin, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata laporan tidak tepat pelbagai isu yang disebar menerusi SMS dan Internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan memberi kesan kepada usaha pembangunan negara.

Lim berkata, pada mesyuarat Kabinet itu, Perdana Menteri bersetuju supaya tiada penapisan terhadap kandungan internet tetapi percaya ada jalan lain untuk bertindak terhadap mereka yang melanggar undang-undang negara.

“Anda perlu pertahan undang-undang negara. Kandungan (blog), jika berunsur hasutan, maka mereka boleh didakwa. Mereka perlu kawal kandungan. Saya menjelaskan kepada Kabinet dan Perdana Menteri menyerahkan kepada saya, yang mengetuai kementerian ini untuk menangani isu itu.

Mengenai penyebaran khabar angin atau yang berbentuk hasutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), beliau berkata tindakan akan mula diambil sebaik usaha mendaftarkan semua kad prabayar siap akhir tahun.

33 comments:

  1. Anonymous2:39 PM

    telah nampak nyata jelas dan terang akan keadaan Malaysia masih lagi dalam darurat sejak Mei 1969.

    nyata bila kerajaan berasa goyang dengan kehadiran mata pena di internet.

    jelas bila mereka mengatakan akan mengambil tidakan tegas.

    dan terang jika ada di antara blogger yang mengkritik kerajaan tersungkur di mahkamah nanti.

    [qolansuatun]

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:21 PM

    I was thinkimg of you when I read the article. And I felt that you should keep it up, if you know you are pushing the right buttons up there...For people like you make a lot of differences.

    ReplyDelete
  3. Dato'

    Provocative, seditious, racist and malicious postings on the Internet have been around ever since it was made available to the general public.

    Sadly, this is especially so for Malaysian sites and blogs that discuss politics, race and religion. The responsibility must of course lie with the owner of the site or blog.

    If the government were to take action on such postings, it should have done so much earlier against the racists and bigots who abuse the privilege of anonimity. Why now?

    You have excellent control over your blog and I find the comments refreshing, matured and witty. I cannot say the same for the present NST and its stablemates.

    Keep on blogging and Happy Birthday.

    ReplyDelete
  4. AMLG, saya ambil maklum ulasan Sdr mengenai PM nampak kuman di seberang lautan tapi tak nampak dot dot dot di depan mata.

    Minta maaf. Saya rasa cukuplah kita "memuliakan" watak-watak tertentu di NST dengan menyebut nama mereka berulang kali.

    Kita tunggu dan lihat kalau perubahan besar di NSTP yang dibayangkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, akan berlaku atau sekadar cakap-cakap saja.

    Saya dimaklumkan yang Datuk Zam tidak layari web tetapi baca bahan-bahan web yang dipungut oleh para pembantunya.

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:57 PM

    Masih jelas terbayang di ruang mata...juga masih jelas nyaring kedengaran di cuping telinga ini Pak Lah bersemangat waja untuk menjadi lebih telus dari telus yang sedia ada, membanteras rasuah hingga ke akar umbi dengan kes-kes berprofil tinggi yang bagainya sebelum ini sengaja 'diselimutkan', membaik pulih kualiti perkhidmatan awam, mendahulukan kepentingan rakyat dari kroni kawan atau keluarga...tatkala itu rasa tidak sia-sia memangkah kotak yang mewakili aspirasi Pak Lah. sementelahan pula dengan endorsment oleh bekas ketuanya Tun Dr. Mahathir Bin Mohammd maka hati telah tidak berbelah bagi lagi untuk memilih beliau menerajui Malaysia.

    malangnya harapan itu kecewa...dari hari ke sehari ia memakan diri dan hati. Ingatkan Pak Lah seorang pemimpin kuat dan berkarisma yang boleh memberi inspirasi dan aspirasi ke arah Malaysia yang hebat sesuai dengan slogan retoriknya gemilang, cemerlang dan terbilang. Rupanya tidak...jika Pak Lah cukup kuat mengapa blog seperti ini dilihat di bawah klausa 'mengancam keselamatan negara'.

    Kepada siapa lagi kami rakyat jelata bawahan ini dapat mengadu?Mahu melepaskan segala resah di hati dengan apa yang sedang berlaku kepada kualiti Malaysia ketika ini jika tidak kepada blog-blog seperti ini? Mahu berjumpa Pak Lah perlu membuat temujanji dan mahukan Pak Lah menerima temujanji dari kami rakyat desa yang miskin ini. Di kaunter-kaunter awam kami dilayan acuh tak acuh...inikan pula mahu berjumpa seorang Perdana Menteri. Dulu Pak Lah rajin juga buat 'spot check' ke kaunter-kaunter ni, tapi itu dulu, la ni dah tak dak lagi dah...

    Pak Lah, saya menangis...saya takut kalau-kalau Malaysia menjadi bahan jenaka. Saya takut kalau-kalau suara hati seoarang rakyat seperti saya dianggap sebagai perkara yang mengancam keselamatan negara. Saya takut kalau-kalau Pak Lah sudah terlupa...

    ReplyDelete
  6. Assalamualikum,

    Saya mengikuti tulisan Dato' di majalah Malaysian Business, Dewan masyarakat(satu ketika dahulu) dan baru juga membaca buku "Damned that Thots". Apa yang saya lihat, kesinambungan dan konsistensi tulisan Dato' di media cetak dan juga diblog.

    Kalau yang dimaksudkan dalam Harian Metro itu adalah Dato, saya rasa dah lama mereka mengambil tindakan menutup Malaysian-Business dan mengharamakan buku Dato'. Kritikan yang Dato' berikan dalam blog ini selari dengan tulisan Dato di medium lain.

    Kerajaan membenarkan tulisan Dato'di medium cetak, tak logik kalau mereka hendak menghalang tulisan Dato' diblog.

    ReplyDelete
  7. Mari Kita Renungkan Bersama

    Pandangan pembahas seperti truth, budakboy, feii umar, kluangman dan ramai lagi sangat-sangat dihargai. Mari kita renung sejenak mengapa akhbar Internet, laman berita dan blog tiba-tiba menarik perhatian pemerintah.

    Akhbar Internet, laman web dan blog adalah komponen baru media massa. Apabila ia mula diperkenalkan, ia menarik minat golongan muda yang celik IT. Saya sendiri banyak belajar mengenai Internet, websites dan blog daripada anak-anak saya. Mereka mendahului saya dengan lama web dan blog mereka sendiri.

    Tidak hairanlah kalau pada mulanya laman-laman web dan blog dipenuhi kandungan harian orang muda dengan bahasanya yang tersendiri dan selang seli pula oleh ungkapan dan ekspresi yang dianggap lucah atau tidak sopan oleh mereka daripada generasi yang lebih tua.

    Tetapi hari ini, laman web dan blog sudah mula dimasuki dan digunakan oleh orang yang lebih dewasa, golongan profesional dan para wartawan kanan. Di Amerika dan Eropah, blog sudah mula diberi pengiktirafan sebagai komponen baru media arus perdana. Blogger telah mula dijemput menemu-ramah pembesar negara dan menghadiri sidang akhbar Presiden dan Perdana Menteri.

    Hatta jutawan dan usahawan ternama pula sudah memulakan blog mereka sendiri untuk menyampai pandangan mereka dan berbincang dengan khalayak.

    Ini tentunya baik bagi mereka yang mahukan kepelbagaian berita dan idea, dan suka tertukar-tukar fikiran. Tetapi ia menimbulkan keresahan di kalangan media tradisional yang takut kedudukan mereka terancam dan dikhuatiri oleh kelompok dan pusat kuasa yang bergantung kepada penguasaan dan kawalan ke atas media massa arus perdana untuk berkuasa.

    Mereka bimbang tidak dapat mengawal dan menguasai laman web dan blog yang umumnya dipelopori oleh individu yang komited kepada sesuatu ideal, membelanjakan wang mereka sendiri dan tidak berunsur komersial. Dalam erti kata lain, mereka tidak boleh dibeli.

    Dengan latar belakang ini, kita tidak boleh mengatakan bahawa sebuah laman web atau blog yang profesional, berkualiti, beretika dan mematuhi undang-undang akan terlepas dan terselamat daripada tindakan pihak-pihak yang berpengaruh atau berkuasa.

    Malah dalam perang propaganda, laman web dan blog yang berwibawalah inilah yang lebih ditakuti kerana ia mampu mempengaruhi pendapat umum berbanding dengan laman web dan blog yang lucah, celupar dan penuh maki hamun. Jadi kita hendaklah sentiasa berwaspada. Saya seorang tidak dapat menjamin kewarasan, kewajaran dan kesaksamaan (fairness) blog ini. Saya memerlukan bantuan dan kerjasama saudara dan saudari sekalian.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  8. dato', pls dont stop writting yr opinion on ths blog. Pelik betul kerajaan sekrng.Apa yang dia orng takut sangt. U r not talking 'bullshit', tu yang maybe they feel unsecure.

    ReplyDelete
  9. Anonymous10:31 PM

    Datuk,

    Sememangnya no one is above the law. Itu satu hakikat yang semua blogger perlu terima.

    Tetapi hasrat kerajaan yang mahu menggunakan peruntukan akta hasutan, fitnah dsb yang tidak mempunyai maksud perundangan yang jelas kepada blogger amat memalukan di zaman informasi ini.

    Blogger di luar Malaysia sudah maju dan apabila orang yang bertanggungjawab seperti datuk dll pun sudah berblog di Malaysia, seharusnya kerajaan Malaysia bertindak bijak dan bukan mundur ke belakang.

    Alangkah lebih baik kalau kerajaan bertindak dengan mencadangkan kepada Menteri sendiri agar mempunyai blog, paling tidak, suara rakyat dapat didengari secara terus dan tidak ditapis oleh orang sekeliling menteri yang tidak mahu ditegur.

    Semoga datuk terus berblog.

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:18 PM

    Dato'

    Saya dilahirkan dalam keluarga polis yang amat sayangkan negara. Dibesarkan dalam kawasan hitam dengan iringan 'curfew' berpanjangan. Merasai dan melihat kebuluran dan kesengsaraan penoreh getah zaman 70an. Saya hargai erti merdeka dan pembangunan ...

    Saya percaya ramai rakyat macam saya mengikuti blog-blog begini bagi mencari kebenaran dan kepastian di dalam kekalutan semasa. Tidak ada niat untuk berpolitik dan jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan.

    Laman-laman blog inilah saluran saya mengikuti perkembangan di Malaysia kerana saya sentiasa bertugas di luar. Tolonglah Dato' jangan berhenti kerana laman blog Dato' saya rasa paling 'credible'.

    Masalah paling besar dihadapi kerajaan sekarang adalah ramai pemimpin-pemimpin masih percaya yang mereka di atas menara kuasa adalah paling mengetahui dan memahami apa yang terbaik. Mereka lupa yang rakyat Malaysia pada amnya telah menjadi rakyat yang sangat peka dan cerdik. Kita tidak lagi mudah di dodoi dan didendangkan dengan lagu-lagu indah saja. Kita membaca dan melihat, kemudian kita membuat kesimpulan sendiri.

    Berpatah balik ke pada zaman van Kementerian Penerangan bukan lagi pilihan.

    ReplyDelete
  11. Salam Datuk,

    Jika teguran bekas Perdana Menteri pun mengenai "orang itu" tidak dihiraukan apalah sangat kemampuan ZAM yang kedudukan dan jawatan beliau ditentukan sepenuhnya oleh YAB PM.

    ReplyDelete
  12. Anonymous8:47 AM

    antibelit04

    Salam Datuk!!!

    Kenapa sekarang isu blog ini timbul? Zaman TDM waktu reformasi melanda..berapa banyak blog yg menuduh kerajaan bermacam-macam. Menghina polis jangan ceritalah datuk tapi baru malaysiakini buat macam tu pun dah kena siasat..sepatutnya bagi tahu sajalah kat malaysiakini supaya tarik balik..habis cerita.

    Zaman reformasi dulu..yg hina dan buat fitnah pada TDM jangan cakaplah..tapi adakah TDM menahan mereka atas sebab itu??..so datuk..sapa yg telus datuk?.

    Perumpamaannya begini..jika seorang saja dari seribu orang tak percayakan kepada kita ..kita tak buat kisah pun..tapi saya rasa paklah dah merasakan sekarang nie dari seribu mungkin dah separuh yg tak percayakan dia.

    Asasnya mudah datuk...kalau otak dan fikiran kita baik..kita boleh fikir apa yg ada di internet adalah hasil komen orang ramai....tak dijamin betulnya. Tapi..bukan soal betul atau tidak tetapi huraian komen tersebut logik atau tidak....itu sahaja. Takkanlah kita nak percaya seseorang yg mempunyai nickname yg kita tak tahu identitinya. Jadi...orang bukan nak tahu sapa dia tapi apakah hujah logiknya...tak gitu datuk?

    Sebagai contoh....kes ECM libra..kan semua hujah tersebut adalah logik atas fakta yg berlaku?..dan banyak lagi kes lain..sprt suratkhabar Serawak yg kena gantung tapi tidak kepada NST bagi kesalahan yg sama....apa logiknya....

    So datuk..kesimpulan saya...sekarang semua orang dipaksa mengikut apa yg di atas cakap tanpa apa-apa bantahan yg menyonsang arus!!!!!!!..pedulikan lahlogik dan fakta!!!!!

    ReplyDelete
  13. Anonymous11:14 AM

    Dato'

    Blog sebenarnya mengajar dan mengajak kita menulis, membaca dan berfikir. Rasa sayalah banyak tulisan yang ada dalam blog ada logiknya, berdasarkan kes dan fakta, bukan cakap-cakap kosong!!. Wajar kita memberi peluang kepada rakyat meluah apa yang mereka rasa penting dan para menteri perlu dengar sebab mereka diangkat menjadi menteri tapi jangan lupa kuasa ada ditangan rakyat -dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat - ke dah lupa..mereka berhak untuk pekak kan telinga dan tak mahu mendengar suara kita tapi jangan sekat hak kami untuk bercakap..kalau dah terasa cakap-cakap para bloggers terlalu pedas...maka sahlah mereka dah terlebih makan terlebih cabai/cili

    Ini zaman IT, zaman di mana banyak maklumat boleh didapati di hujung jari dan forum sebegini sebenarnya melahirkan rakyat yang mahu memaksimakan pemikiran dan bertukar pendapat dan idea tentang hal dan isu di sekeliling mereka..kami bukan bisu untuk diam dan kami tidak buta untuk tutup mata...bahkan kami ada 2 mata dan tak pernah tutup sebelah mata..

    Kami generasi muda yang mahukan perubahan...Jangan Cakap Saja...Kami sudah puas dengan momokan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang...biarlah menjadi sederhana dan kan itulah lebih baik...

    Wassalam

    ReplyDelete
  14. salams.

    ini kes takut pada bayang2 sendiri.juga kes menebus dosa lama. sebenarnya PM tak perlu risau sangat pasal pemblog atau bloggers ni. umum bukan goblok (inikan era melayu oxbridge?!), mereka takkan percaya pada sesuatu blog kalau pemblognya tidak berkredibiliti atau blog itu hanya nak hentam buta saja. dan pemblog yang begitu hanya seelintir saja, boleh kira dengan jari dan tak payah pakai jari kakipun.

    pengaruh blog melonjak sebab umum yang waras dah hilang kepercayaan kepada media tradisional, terutama akhbar arus perdana. akhar arus perdana itu pula sengsara kredibilitinya disebabkan pengarang2nya hanya bijak mengampu, sampai sanggup berbohong. pasal nak bodek sangat, kerap mereka meletakkan PM "in a bad light".

    dan yang letak mereka di situ bukan orang lain, tapi PM sendiri.

    itu sebab saya kata ini kes takut bayang2 sendiri. good thing is, not all is lost. the PM can still right his wrong.

    ReplyDelete
  15. Anonymous3:23 AM

    Dato,

    Sorry to deviate from the current topic , but somehow I feel I need to make a few comments based on my recent observation.


    I read a clip reporting that 119 UMNO divisions will be starting to hold meetings until the 10th of August. The divisions are expected to pledge their undivided support for the AAB administration. One of the head of the divisions quoted that the kampong folks won’t even bother on this ongoing "AAB-TDM difference saga” as they are more concern about the day to day lively hood and it doesn’t have anything to do with them.

    Such out of touch UMNO head giving that kind of remark. Don’t the kampong folk realize about the sharp rise in the petrol price, and shortage of sugar. Doesn’t the UMNO head realized that some of the kampong people ride motorcycles and drink teh tarik? Go to warong kopi, wouldn’t they immediately realize that the price of the tarik has suddenly increased. Wouldn’t it be a burden to them when they found that the price of most of the daily goods bought from sundry shop suddenly increase because of the increase of these two items. Wouldn’t they realize also that their grown up children use to work in the factories near their kampong and suddenly found that the factories closed the past two years and the children only ‘lepak’ around. The worst if their sons get into smoking pots. Of course the UMNO head or the dato wouldn’t tell the other part of the story as he wanted to please his boss in KL so that he will always be at their good side.

    Regarding pledging of undivided support to AAB leadership, it is expected all of them would do that as they were strictly ordered do so by the Umno leadership beforehand. I guess none of the division would like to appear against the wishes of the central committee. If they fail to do so, it would entail strong reprimand from their KL boss. Rationally, none would like to appear not supporting for the current leadership as there is no reason why they should take an unnecessary risk.

    However, when the meeting get started, it would be interesting to see when it comes to Q & A session as some of the division are not going to have an easy time. It’s not easy to have majority kampong folks, whether young or old, who has gone through TDM era would just sit back not being touched by TDM comments recently. Even if most of them don’t have access to computer, but by talking at the coffee shop and buying Harakah, they would still get the info about TDM commentaries. Unlike the division heads or the rest of the committee members, who have a lot to lose if not showing the support, the common people don't care less as they would like to know why their elected representative showed indifferences on the issues being brought by TDM. I think it would be interesting to know how things would turn up during the Q& A session. I guest the situation would develop differently depending on the states. I think Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, KL and probably Terengganu, the Umno division head will have a torrid time explaining to the members. Penang due to their attachment to Pak Lah, the proceedings will go on quite smoothly. Since this year is not the election time for the heads of Umno division, nothing much expected to come out from the meetings except merely to gauge sentiments brewing at the grassroots level.

    Dato,

    I read one interesting comments saying that how strong is the support for TDM at the grassroots level will be based upon during the next UMNO general meeting. The gesture by Tun will receive from the UMNO delegates when he makes his entrance will determine the level of support that he still has. But we will never know whether Tun will indeed turn up or not. Even if he decides to turn up, probably the delegates will be ordered beforehand to simply ignore him.

    Recently, Pak Lah, with the advice from his spin doctors, is making the utmost effort to cover his weaknesses as pointed by Tun by making several moves, eg. trying to distance from KJ by criticising him publicly about his recent outburst to boycott US good, calling for OIC meeting on Middle-east crisis and portraying as the man in charge pushing for RMK9 infrastructure projects. Suddenly, you also have Gunasegaran guy who dare to write article criticizing Tun in whole range of issues. As said by other commentators, it is as if he is negating what Tun has contributed to the country all along. All these can only be done with the tacit consent from the authorities. His disparaging article basically will not only cause anger to those Malays who has supported Tun, but also from those who have been indifference to the whole issue, as they couldn’t imagine why a nonMalay able to criticize their exPM, a Malay champion. I think it will only add fuel of anger by the Malays as Tun has pointed out about how NST used to be under control by the Bumiputra and now being controlled by the Singaporean sympathizer, who has been criticising him all along. Yet the rest of UMNO chieftains or the so called “Malay champions”, who had reap all the rewards during Tun’t time, can sit there allowing all these to happen without any sense of guilt.

    I believe Tun will bide by his time and giving talk once or twice in a month so that his voice will always be heard. Unlike in 1997 when DSAI went out travelling and giving talk to the public in the open and provoking the public to demonstrate to express their anger, Tun has done in a proper way so that it wouldn’t trigger the authority to detain him by virtue of inciting the public. Tun is basically threading along a thin line but he has done in such a way, that the authority wouldn’t dare to take action against him. But yet, you never know how things can turn up, since when things become quite desperate the authorities can do anything just to keep him quiet.

    ReplyDelete
  16. Here we have a government which thinks it has a monopoly of the truth and facts and yet, only partially disclosed matters on the bridge issue with not a single word mentioned about sand in any of the documents.

    How much more vaccilating and gesticulating will this administration do before the story unravels. Are they not spawning rumours by their own inaction?

    And, of course, Guna's cheap shot was perfect timing, don't you think.

    ReplyDelete
  17. Anonymous5:27 AM

    Dato,

    I am just curious what happen to Dato H. He has taken on a low profile role amidst all these commotion happening around. Ironically, he didn’t lend any support to his deputy KJ in the midst of TDM's scathing attack on his deputy and also his relationship with Maya Karin. I am also curious why he didn’t joint the demonstration against the Israel attack. Why we haven’t heard anything from him lately as a voice of Umno youth. Could it be that he felt that he doesn’t have anymore hunger to lead the Umno youth as he is now aiming for higher position in UMNO? Can it be a coincidence that since KJ has taken the role as his deputy, his role has become more subdued compared to when Aziz was his deputy. Why are we seeing that in most of the Umno Youth activities, KJ is the one who received the attention? Is because KJ is more hardworking and intelligent than Dato H. that is why he deserves all the attention. Whatever it is, never have I come across a situation when the deputy looks more competent than his boss except when DSAI was the deputy and Dato Suhaimi was the head. Can both fate be similarly compared, as 20 odd years ago DSAI was given the blessing by TDM to use his charm and ability to eclipse the role played by Dato Suhaimi, the same way that AAB is approving the role played by his in-law, KJ, in stifling Dato H’s role. Is it true that DSAI was already eyed to become TDM successor, similarly can be said about AAB giving an unprecedented power to KJ, for him to become the future PM. But the only difference between DSAI with KJ during that point was DSAI has already shown his leadership potential plus his charismatic charm while in ABIM. However, none can be said about KJ prior him assuming the role as Deputy Youth except that he is married to AAB’s daughter. Would it be wrong to say that KJ does not deserve to be Youth deputy as he has not shown in the public arena previously that he is a true leader? Nobody knows KJs background before this except a few of the UK students who are the same batch as him. Whatever it is, KJ’s ascension to power compare to the way how UMNO normally groom its future leader looks very flawed, and looks as sign of bad omen for the future of UMNO. Finally, can the rumours be true be that Dato H. is merely a puppet now waiting for his time to run out.

    ReplyDelete
  18. Para pengunjung dan pembahas yang dihormati,

    sebentar lagi saya akan siarkan ulasan oleh "curious mind".

    Oleh sebab dia, antara lain, menyebut mengenai cakap-cakap berkenaan "perhubungan" antara Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan jelitawan Maya Karin, maka saya rujukkan saudara dan saudari kepada laporan akhbar hari (5 Ogos) di mana Khairy menafikan yang dia berkahwin dengan pelakon itu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Anonymous2:14 PM

    Laporan UM 5 Ogos berjudul “Khairy nafi kahwin Maya Karin” memetik Naib Ketua Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, antara lain berkata:
    “Tak berani serang Perdana Menteri serang menantu. Sebab itu ahli-ahli Pemuda perlu tengok fakta sebelum hendak mempercayai cerita-cerita yang datang dari pelbagai sumber sekarang.
    “Tanya pemimpin kita, hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada saya pun tak apa untuk pastikan sesuatu berita.
    “Bukan senang untuk membina keyakinan tetapi untuk meruntuhkan sangat mudah.”
    Bagi memudahkan orang ramai menghubungi Encik Khairy untuk mendapatkan penjelasan terus dari beliau melalui SMS, berikut adalah nombor telefon bimbit beliau: 012 221 44 44.

    ReplyDelete
  20. Anonymous4:11 PM

    Saya sering ke kedai buku di kompleks perniagaan ternama di KL dan melihat rak-rak akhbar dan majalah. Memang banyak majalah dalam bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin atau Tamil. Begitu juga di rak-rak akhbar. Saya sedih tengok akhbar kita, terutamanya tabloid. Harian Metro, sebagaimana Dato' sebut dalam isu ini, sudah sampai ke peringkat merapu, entah apa-apa cerita yang disiarkan. Takkan cerita seks setiap hari...takkan tak ada cerita lain selain cerita jenayah....takkanlah kish orang bercerai pun nak diumumkan kepada seluruh dunia. Alasan yang mengatakan bahawa akhbar berhak menyiarkan cerita perceraian sebegini, adalah tidak benar. Bagaimana kalau ia berlaku pada diri atau keluarga. Adakah mereka membenarkan ia disiarkan? Jawab, jangan tak jawab.

    ReplyDelete
  21. Para pengunjung dan pembahas,

    untuk ketepatan, saya mengesahkan nombor telefon bimbit 0122214444 yang diberikan oleh "pegawai akhbar" itu dengan beberapa orang kawan wartawan, pengarang dan SU Akhbar Menteri dan Menteri Besar. Mereka memberikan saya nombor yang sama.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  22. Anonymous8:01 PM

    AKJ menulis di komentar: Saya dimaklumkan yang Datuk Zam tidak layari web tetapi baca bahan-bahan web yang dipungut oleh para pembantunya.

    Komen saya: Ya, saya teringat pertemuan kami dengan Datuk Zam pada tahun 2001.

    Dia menunjukkan beberapa artikel yang telah dicetak/muat turun daripada Internet -- beberapa artikel saya/kami yang mengkritik (mengecam?) beliau.

    FAO

    ReplyDelete
  23. Anonymous10:35 PM

    Dato,

    Sekarang ni KJ dah pandai-pandai nak bagi his version of the story pasal menjawab 4 soalan tu. Dia cuba samakan antra penjualan Air Asia oleh DRB Hicom kepada Tony Fernandez pada harganya norminal RM1 dengan penjualan MV Agusta. Soalan yang masih tidak dijawab dan terjawab ialah mengapa tidak dibuka pembidaan untuk penjualan syarikat MV Agusta . Yang paling kita hendak mahu sekali ialah siapakah pembeli sebenarnya.

    Pasal membina jambatan bengkang-bengkok itu, patutkah alasan takut Singapura saman berbilion-bilion nanti bila jambatan tu dah siap. Kalaulah ada alasan sebegini, Dato Syed Hamid Albar tu sendiri yang patut jawab dulu. Bukan budak yang masih berhinggus ni memandai-mandai buat cerita nak jawab soalan.

    Saya rasa Tun tak payah jawab soalan budak sebegini. Mentang-mentang banyak baca buku Shakespear dekat Oxford, mulalah nak buat cerita Shakespear ala Malaysia dekat sini.

    ReplyDelete
  24. Anonymous11:35 PM

    Dato,

    Khairy, in the nutshell, has responded that basically all these rumours are simply lies and don't believe to any bit being said. He said he will quit if he becomes a liablility to the goverment.

    First of all, the mere fact that he is the son-in-law to the PM and Minister of Finance is a major liability. The fact that he is saying that don't believe in all these, meaning don't believe to what TDM has said all along, has infact thrown a gauntlet of chanllenge to our TDM. Who to believe, our unrelenting TDM or our Oxford-graduate Khairi. I wish we have some sort of polling being done to know who does the public beleive in telling the truth. Of course, if we ask the UMNO youth, we are going to get a predictable and bias answer.
    It will be better if the authority hold the general election now to know the real truth: Who does the public believe in and whether Khairi a real thorn in the AAB administration.

    If BN wins with resounding majority, we can deduce that TDM you lose and the public believe in Khairi rather than in you . But if BN lose or win with very slim majority, then we will then know that Khairi, your are out and we don't trust you anymore. In essence, how we are going to know who does the public trust more, unless an election is being held. By then, not only we will know that Khairi is a liability, but also does his father-in-law a liability too.

    ReplyDelete
  25. Anonymous1:19 AM

    Dato',

    Zaman reformasi adalah era kegemilangan akhbar Harakah apabila jualannya mencecah ratusan ribu naskhah. Tapi Perdana Menteri waktu itu tidak pula pula bertindak menarik balik permit penerbitan lidah rasmi sebuah parti pembangkang itu.

    Pada zaman reformasi juga blog mula berkembang sebagai wadah rakyat khususnya golongan muda mencurahkan suara hati terhadap kerajaan kepemimpinan Dr Mahathir Mohamad waktu itu. Tapi Dr Mahathir tidak pula menyatakan yang kerajaan akan memantau internet dan blog.

    Jadi mengapa sekarang, apabila isu-isu dan komen-komen yang dibangkitkan dalam blog nampak bertambah kukuh, kerajaan mula memberi perhatian dan amaran?

    Jawapannya Dato' ialah apabila blog diterajui oleh orang seperti Dato' yang berkredibel tinggi, bekas wartawan dan rasanya masih lagi juga seorang wartawan yang berpengalaman luas! Kemudian disertai pula oleh saudara Ahirudin Atan menerusi blognya, Rockybru yang menyiarkan hal-hal terkini berkaitan isu semasa ala-ala laporan scoop.

    Orang tua-tua kata, "Berani kerana benar, takut kerana salah", jadi apakah pihak tertentu memang ada berbuat salah lalu mereka takut dan bertindak "memantau internet dan blog"?

    Satu lagi kata orang tua-tua "kalau tidak ada angin masakan phon bergoyang" "kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah". Jadi KJ, janganlah bongkak sangat apabila mengulas hal-hal berkaitan serangan peribadi terhadap anda. Malu kawan-kawan dan keluarga. Orang tua-tua pun ada berpesan "cakap biarlah berlapis". Dulu bekas seorang Presiden Amerika pun menafikan hubungannya dengan seorang pelatih Rumah Putih tapi "bangkai gajah memang tidak boleh ditutup dengan nyiru". Kita tidak mahu lah menantu Perdana Menteri kita ni "belum berkuku sudah hendak menggaruk".

    Lagipun saya fikir, kalau kita sendiri sudah berasa yang kita adalah liabiliti kepada sesebuah organisai maka eloklah kita berundur sendiri, jangan diletakkan beban untuk menentukan sama ada kita patut berundur atau tidak ke bahu orang lain.

    Akhir kata, orang tua-tua berpesan "ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa"....

    ReplyDelete
  26. Anonymous1:40 AM

    Nyatalah mereka2 ini takut pada bayang2 sendiri. Sehinggakan blog pun nak diambil kira , camtu adakah perlu kembali kepada bentuk surat2 layang yg sudah tentu tak beridentiti penulisnya. Nah,sekurang2nya si blogger masih berani mempertaruhkan namanya.Bukankah berani kerana benar.
    Tak makan cili api dah tentu tak merasa kepedasannya...Pak turut janggan sering mengangguk,nanti sakit tengkuk.

    ReplyDelete
  27. Anonymous9:19 AM

    Bangkit pagi tengok surat khabar kita penin kepala. Pasai tu la ni dok tengok tapi tak baca. Tu pun dok tengok di kedai kopi Tunjang saja. Tengok Mingguan Malaysia hari ni. Sapa dok muka depan? Tak dak muka lain ka Tuan pengarang? Malu la sikit kat kami. Tak ada berita lain pertahan Khairy. Dia ni sapa. Perdana Menteri kot? Yang Mahathir depa kutuk atau depa tak siarkan sangsung. Ni bukan surat khabar arus perdana. Dah jadi surat khabar Perdana Menteri dengan menantu perdana menteri, anak perdana menteri, kroni (kawan) perdana menteri. Kalu makan gaji pun janganlah sampai macam tu. Dulu angkat Anwar macam dia dewa-dewa. La ni Khairy pula. Anwar jatuh gedebuk. Kalu Khairy jatuh macam mana pulak? Gedebum kot?

    ReplyDelete
  28. Anonymous3:21 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  29. Anonymous1:10 PM

    Soalnya mengapa Annuar Zaini yang interview PM? Kepada orang yang tahu PM dan Annuar Zaini mereka dengan serta-merta mensyaki keaslian temu ramah TV3 itu kerana Annuar Zaini BUKAN wartawan. Dia TEMAN paling akrab kepada PM. Jauh lebih akrab dan intim daripada Kalumullah Hassan.

    Pakatan Abdullah-Annuar Zaini bermula sejak zaman GPMS dan Abdullah sebagai Pengarah Belia membawa kepada Biro Tatanegara, penjelajahan berkereta menyeberangi Amerika Utara dan Abdullah melawan Mahathir pada tahun 1987.

    Ke mana Abdullah pergi, Annuar Zaini tidak jauh. Anwar Zaini bagi tahu semua orang dialah penulis ucapan politik Abdullah. Di era Abdullah dia dilantik Pengerusi Bernama, Pengerusi Pusat Perubatan UM dan baru-baru ini dapat lesen kilang cetak duit bersama Vincent Tan dengan pinjaman RM600 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia. Dia juga pengarah eksekutif konglomerat berasaskan hartanah, perjudian dan hiburan bernama Berjaya Group milik Vincent.

    Jadinya Annuar Zaini tidak mampu memberi kredibiliti kepada Abdullah melalui temu-ramah TV3, apatah lagi yang dewasa ini menguasai unit propaganda stesen itu ialah bekas Setiausaha Akhbar Abdullah bernama Kamarulzaman.

    Inilah yang berlaku bila orang bukan wartawan atau wartawan half-past six diamanahkan dengan media massa. Mereka akan mengubah saluran maklumat dan berita menjadi saluran PROPAGANDA. Tonton wayang kulit Abdullah-Annuar Zaini kalau tidak percaya kepada analisis ringkas ini.

    Bekas Pegawai Belia

    ReplyDelete
  30. Anonymous11:08 AM

    Saya menonton temubual Annuar Zaini dan Pak Lah. Mudah kata lah temubual itu tidak membawa kita kepada persoalan besar-besar yang melibatkan pertanyaan rakyat jelata. temubual itu lebih kepada 'hal anak ku, hal menantu ku...hal keluarga ku.'

    Janganlah begitu Malaysia ini bukan untuk satu keluarga saja...

    ReplyDelete
  31. Tahniah la Datuk! Sekurang-kurang nya membaca tulisan dalam blog Datuk ni dapat memberi perspektif lain yang bersifat telus dan tidak "bias"

    ReplyDelete
  32. Tahniah Dato'
    Teruskan komen-komen yang bernas dan berfakta untuk kebaikan semua. Saya tak pandai menulis/mengulas, tapi pandai baca...

    ReplyDelete
  33. Sejak akhir-akhir ini ramai sangat pemimpin-pemimpin UMNO menghentam DrM dan tak kurang pula dari golongan pemuda. Siapa mereka ini yang begitu ghairah sekali hingga menggunakan perumpamaan yang agak kesat terhadap DrM. Kepada golongan pemuda yang berkelulusan tinggi dari barat, tahukah saudara semasa saudara masih bersekolah rendah, DrM dah jadi PM? Jadi siapa saudara untuk menasihat atau memberi komen kepada seorang negarawan? Perlu kita ingat, DrM tak begitu perlu membaca buku-buku sejarah tanah air kerana beliau sendiri adalah sebahagian dari sejarah. Beliau melalui zaman sebelum merdeka,zaman jepun, zaman komunis, zaman merdeka dan zaman selepas merdeka. Pendek kata segala susur galur sejarah negara seperti sejarah malaysia-singapura ada dalam kepala beliau. Pengalaman beliau melalui zaman zaman tersebut menjadikan beliau pemimpin tulen yang memperjuangkan nasib bangsa melayu. Pemimpin yang tahu ancaman dan cabaran bangsa melayu dan pemimpin yang cintakan bangsa melayu. Jadi, apa sebab pemimpin sekarang mangatakan Tun memecahbelahkan melayu? Apakah dengan hanya memberi komen pasal jambatan,proton,agusta, dan AP sudah layak melebelkan Tun memecahbelah melayu? Sesungguhnya,Tun tahu apa dia buat...demi kebaikan bangsa melayu. Kepada pemimpin pemuda, apakah jasa saudara sudah cukup besar untuk bangsa melayu. Tahukah saudara kenapa Lee Kuan Yew menangis selepas berpisah dari Malaysia? Jangan saudara jadi "lebih sudu dari kuah", "seperti kacang lupakan kulit".

    ReplyDelete