Serangan Terhadap Dr M – Antara Fakta dan Mitos
A Kadir Jasin
[UPDATE, 5 Ogos ] – Utusan Malaysia, 4 Ogos melaporkan yang Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Padang Besar menasihatkan ahli mereka agar tidak menghadiri ceramah Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan di Beseri pada 26 Ogos ini.
Kita harus mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pergerakan itu kerana bersikap telus dengan menghebahkan keputusan mereka secara terbuka. Mereka bebas memberikan nasihat dan ahli-ahli bebas mendengar atau tidak mendengarnya. Inilah erti ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan.
Sekali gus, pendirian tiga sayap parti itu mencabar dan menguji keteguhan pendirian Ketua Bahagian, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang mahu memberi pentas kepada Tun Dr Mahathir.
Bagi saya mudah saja. Bila kita dalam dilema, hilang punca dan gundah gulana, kita kembali ke pangkal jalan dan rujuk kepada kebijaksanaan nenek moyang kita. Mereka berkata: Hanya jauhari mengenal manikam. Pantun lama yang mereka tinggalkan yang menjadi petunjuk kepada saya berbunyi:
Pergi memburu di padang datar
Dapat rusa belang kakiKalau berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi.
[Update, Aug. 2] THE Padang Besar Umno division has withdrawn its invitation to Tun Dr Mahathir Mohamad to open its annual general meeting, but is going ahead with the ceramah. Dr Mahathir has been invited to speak Taman Beseri Indah at 10.00am, Aug 26.
Division chief Datuk Zahidi Zainul Abidin said when the invitation was made, the division was under the impression that “any respectable leader” could be invited to open divisional annual general meeting.
Zahidi was reported by The Star as stating that Prime Minister and Umno President Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi would now be invited to open the division’s AGM on Aug 27.
Posting Asal
LAMA juga saya berfikir, justeru itu tidak mengulas apa-apa, kerana apa yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu pada 28 Julail lalu itu hampir-hampir tidak masuk akal.
Ini mengembalikan ingatan saya kepada hari-hari awal sebagai wartawan pada tahun 1969 apabila antara tugas harian saya adalah menghadiri sidang akhbar polis di Jalan Bandar.
Soalan-soalan yang ditanya apabila menghadiri sidang akhbar polis mudah sahaja:
Siapakah yang melakukan jenayah itu atau disyaki melakukannya?
Siapakah mangsanya?
Apakah senjata atau alat yang digunakannya?
Apakah tangkapan sudah dilakukan?
Putar-lajukan jam dari waktu itu kepada hari ini, atau lebih tepat, kepada 28 Julai, 2006, jawapannya lebih kurang begini:
Seorang lelaki yang dipercayai dari satu kumpulan.
Antara mangsanya adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bahan pemedih mata seperti yang digunakan untuk mengawal tunjuk perasaan.
Ya, beberapa tangkapan telah dilakukan.
Soalan-soalan lanjutan:
Siapa penganjur atau penganjur-penganjur majlis itu?
Siapakah penganjur asal atau penganjur utamanya?
Adakah penganjuran itu dibatalkan?
Kalau dibatalkan, siapa yang mengarahkannya?
Siapa yang mengambil alih penganjuran majlis itu?
Bagaimanakah anggota tentera yang tidak berpakaian seragam boleh berada di situ?
Apakah jenis bahan pemedih mata yang digunakan?
Bolehlah bahan itu dibeli di kedai di Kota Baharu atau di Golok?
Kalau tidak, siapakah yang lazimnya dibekalkan bahan itu?
Apakah betul bahan ini hanya dibekalkan kepada anggota polis dan tentera sahaja?
Kepastian yang diperlukan:
Adakah ini percubaan terancang untuk menggagalkan program penerangan Dr Mahathir kepada ahli Umno dan orang ramai?
Adakah ia kejadian terpencil akibat perebutan kuasa antara dua pihak yang bersaingan?
Apakah pemimpin-pemimpin Umno Kelantan dan pusat berperanan di dalam peristiwa ini?
Adakah benar dakwaan bahawa seorang pemimpin kanan Umno Kelantan yang kontroversial telah membuat kenyataan keras mengenai Dr Mahathir pada mesyuarat Biro Penerangan Umno pusat sebelum serangan itu?
Tidakkah mungkin peristiwa ini meningkatkan lagi profil program penerangan Dr Mahathir sehingga menyebabkannya menjadi semakin diminati?
Ke manakah arah dan di manakah kesudahan peristiwa ini?
Kita tunggu jawapan daripada siasatan polis. Sambil itu kita fikir-fikirkan apa yang mungkin dan tidak mungkin dan apa yang masuk akal dan tidak masuk akal.
Dato',
ReplyDeleteDah makin serabut dah Malaysia sekarang ni, from bad to worse. Setakat ini, penjelasan awal yang diberi oleh Timb ketua Polis pun macam tak masuk akal.
Kita tunggu sajalah macamana nanti, tapi saya rasa akhirnya TDM akan ditangkap di bawah ISA juga.
Saya harap Dr Mahathir selamat dan Pak Lah berjaya kerana kalau Dr Mahathir tak selamat dan Pak Lah tidak berjaya, kita semua tanggung balanya.
ReplyDeleteTetapi ini sebuah cerita keluarga bahagia yang terpaksa berkorban dan berpisah kerana dasar-dasar Pak Lah dan penasihat-penasihatnta yang memporak-perandakan ekonomi negara.
Kerana tukar agensi amanah menjadi GLC, kerana KPI, kerana mendewa-dewakan Idris Jala, kerana kononnya tiada lagi subsidi dan bantuan Kerajaan, GLC macam Mas menghadapi kehancuran.
What has Jala done? Does he think this is an experimental petroleum Middle Distillate Synthesis plant with 400 workers lucked away in Sarawak?
The choice was wrong from the start. But it was done nevertheless because PM's advisers have other plans for Mas vis-a-vis AirAsia. The latter is theirs. Jala is half past six compared to those savvy AirAsia operators.
So Jala sacked and sold people into the modern day slavery. Two very dear friends of mine, husband and wife with two young children, parted company a few days ago because Pak Lah's government is abandoning Mas and Jala is sacking people.
The husband and loving father has been "sold" to Qatar Airways. The wife and children are left behind.
Inilah yang sedang terjadi kepada banyak keluarga bahagia dan penyayang di era hazari, era moden, kerana pentadbiran negara kacau-bilau akibat derhaka kepada orang tua dan kerana taasub kepada cakap budak-budak mentah yang ada agenda sendiri.
Siapakah yang akan tanggung dosa terhadap kemungkaran yang bertambah-tambah di negara kita sekarang? Kalau ini negara Islam, maka Khalifahnyalah!
Wahai rakyat Malaysia, pengundi Malaysia dan ahli Umno berfikirlah. Siapa yang kita mahu selamat dan siapa yang akan kita selamatkan.
anuar musa mana mau lari?
ReplyDeletekenapa tak guna ISA utk tangkap mereka? kesian TDM...
ReplyDeletesatu lagi kepastian yang diperlukan..
ReplyDeleteadakah serangan ini merupakan sandiwara untuk mendapat simpati?
tidak mustahil jika kita ingati kembali bahawa TDM pernah berkata kecederaan AI dahulu adalah buatan sendiri (self inflicted).
Dok cerita hal menteri hati susah tak terperi
ReplyDeleteMacam-macam kerenah depa buat, kita tak reti
Kita dok tanya, jawapan depa tak bagi
Habis sangat depa kata, yang ini rahsia rasmi.
Tun Mahathir pi ke kota baharu
Ribu-ribu orang awai-awai dah tunggu
Dok tak dok ada kutu mai serbu
Percik mata dia sampai dia nampak kelabu.
Pak Lah marah bukan main lagi
Takut ada yang kata ini konspirasi
Apatah lagi kalau dikait dengan Khairy
Rosaklah imej famili Perdana Menteri.
Khairy suruh kita boikot Yahudi
Tapi dengan Singapura dia baik tak terperi
Habis harta kita dia jual, dia bagi
Singapura-Yahudi macam kuku dengan isi.
Mailah kita cerita pasai yang lain pula
Dok cakap pasai politik kita pening kepala
Jadi mai kita cerita pasai Siti Nurhaliza
Kekasih semalam, hari ini dan selama-lama.
Kepada Datuk K mintak ampun banyak-banyak
Buah hati dia bukan kita nak rompak
Kita tau kita memang tak ada apa-apa hak
Tapi kepada Siti cinta kita dah lama bertapak.
Wahai Siti kekasih mulia dan sejati
Pakatanmu dengan Datuk K kami restui
Pandai-pandailah kamu menjaga diri
Kami kaki hangau tengok tokak jari.
Mat Tunjang Ekspres mohon berundur
Ekonomi negara nampak macam mundur
Perut kempeh tali pinggang kendur
Pasai nasi dah mula jadi bubur.
PS,
Amlg tanya, Anwar Musa mau lari mana?
Mat nak tanya, pasai apa nak lagi pula?
Adakah salah, dosa dan derhaka?
Jatuh mutu (motor) sampai patah tulang rangka.
Des, tidak mustahil. Boleh jadi ini cheap stunt budak-budak Tun. Boleh jadi Tun tak tau macam dia tak tau Rahim belasah AI. Kita tunggu apa polis kata. Dulu polis bawah Mahathir, sekarang bawah Pak Lah.
ReplyDeleteDear Dato,
ReplyDeleteIts being reveal by Ibrahim Ali that there are elements trying to prevent Tun to speak.
Now we have 7 ununiformed military soldiers involved in this episode of so called kidnapping. So the questions is who ordered this military personnel. Can it be somebody well connected to the military hierarchy and indirectly to the present government ordering the actions. As you pointed out dato, so many unanswered questions.
We need transparency. The soldiers are just pawns and we would like to know the highest level of hierarchy responsible making the orders. If the investigation is taking a long time, people will feel restless and all the conspiracy theory will begin to starting churning. And also, if the soldiers received lenient punishment and presumed to act by themselves, then people would have more doubt and question the goverment involvement.
Rakyat is waiting and rakyat patient has its limit. We cannot witness another simple case being messed up by AAB administration.
To my opinion, if the pepper spray attempt was to deter Mahathir from his endavours. What a big mistake. The incident will only cause otherwise. It shall gain the public's sympathy to Mahathir and condemn UMNO's image. To those who planned to spray Mahathir, shame on them
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan apa yang kluangman katakan. Saya juga tertanya-tanya sebagaimana yang TDM persoalkan kenapa TDM dijadikan musuh , persoalan ni dah berlegar 3 tahun dalam kepala saya. Mungkin niat ini yang membuatkan semua niat yang baik terus tidak berlangsung dengan sempurna.
Dato'
ReplyDeleteGoing by the tune that the present administration has been dancing to, it is difficult not to be cynical about the South Johore Corridor announced by AAB.
Giving Singapore a run for its money?
It will not surprise me one bit if, and that's a big if, when this project takes off Singapore investors, consultants and construction companies will be allowed to participate, all in the name of good neighbourliness.
Now AAB plans to take action against those who spread lies, incite hatred, etc. on thew web, especially via blogs. Who is coming out with the guidelines? That what's-its-name consulting firm?
Perhaps we should also add half baked to half past six.
Dato'
ReplyDeleteSaya agak lama juga menjadi pembaca setia blog Dato' semenjak isu-isu panas menjadi topik perbualan harian saya dan adik beradik saya...agak malang rasanya sebab kawan-kawan sepejabat langsung tidak berminat untuk ambil pusing hal-hal sebegini...saya menjadi bosan membaca akhbar-akhbar utama sebab saya tidak pernah berpuas hati dengan isu-isu yang berkaitan, kupasan isu terlalu hambar dan seolah-olah terasa macam kena 'tipu'...alternatif saya ialah blog-blog 'tertentu' yang saya rasakan ada krediabiliti untuk dipercayai mungkin bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya...mampu memberi gambaran yang agak tepat dan tidak berat sebelah...
Persoalan politik sememangnya rumit..sukar difahami dan tetapi ramai sekali yang berminat untuk bercakap dan paling tidak menyampuk sama ada isu yang dibicarakan 'baseless' atau tidak yang penting bercakap...
Soal perancangan sesebuah negara bukanlah persoalan yang 5 atau 10 tahun tetapi persoalan tentang kesinambungan perancangan dan perlaksanaan yang dinamik..barangkali ada asasnya kenapa TDM bertanya kenapa 'gentle agreement' di antara TDM dan AAB tidak diteruskan yakni, kenapa AAB tidak meneruskan polisi terdahulu yang telah sebaik mungkin perincikan...alasan membuat keputusan berasaskan sentimen semasa ada relevannya tetapi tidaklah sampai mengubah dasar dan hala tuju perancangan dan perlaksanaan itu secara 100%...sebab kesinambungan perancangan dan perlaksanaan yang efektif akan menjamin pembangunan yang lebih dinamik dan effisien...
Menjadi nakhoda sebuah negara tidak semudah mengemudi sebuah kapal...atas dasar itulah seorang pemimpin atau lebih tepat 'the no.1 leader' must be someone who is dynamic,think out of the box, outward looking...etc..
Saya tetap tabik pada TDM sebab mengapa perlu dia nak bising dan buat kecoh...tapi as i believe that mungkin perlu sesekali kita mendengar pada yang lebih 'arif', cuma terasa sedih sebab...sebenarnya bukan Melayu yang mudah lupa tetapi manusia memang mudah lupa...jangan bila terhantuk baru terngadah...waktu itu mungkin yang tinggal hanya sepah dan ...segala-galanya sudah terlewat....
Ini pendapat sy yg berumur 23tahun
ReplyDeleteSememangnya rakyat perlu memberi ruang kepada Pak Lah utk mengatasi isu2 berbangkit. Kita perlu ingt yg Pak Lah baru 3 tahun memerintah..TDM sudah 22tahun. Tidak hairan jika selangkah PakLah melangkah, TDM sudah tahu apa baik buruknya.
Tindakan yg diambil oleh TDM adalah mmg utk menyelamatkan kepentingan rakyat. TDM mmg terkenal dgn tindakan pantas dan tegar dlm isu2 sentitif..bukan utk kepentingan melayu dan islam..tp utk kepentingan semua bangsa dan ugama.
Saya simpulkan, TDM bertindak disbbkan PakLah 'lambat' bertindak..itu sahaja. Pak Lah ter'lena' sebaik sahaja Allahyarham datin seri Endon tiada.
Namun perlu diingat, TDM masih punya motivator yg kuat dtg dari Tun Siti Hasmah sewaktu memikul 'Beban' memacu negara. sebaliknya Pak Lah kini memandu negara kita tanpa 'motivator' nya. kehilangan total bg seorg suami dari sudut semangat juang krn Isteri Umpama tulang belakang terkuat bagi semua suami.
Secara tersurat, TDM mmg menyerang 'pentadbiran PakLah secara total' dan juga beberapa individu. Secara tersirat TDM mahukan supaya jgn ada pertalian yg 'jelas' dlm urusan keluarga dan kerajaan kerana ianya bakal mengundang musibah dan argument lebih besar utk tahun2 seterusnya buat PakLah.
Dgn mudah membawa erti, TDM mahu PakLah keluarkan 'Taring' nya sblm 'musuh2 UMNO dan Islam' lain menyerang Pak Lah dari semua sudut. TDM mahukan PakLah mengaktifkan beberapa 'attitude' sbg pemimpin sejati melayu utk terus berkuasa dan bknya disanggah. Attitude2 yg sememangnya wajib ada pada seseorg pemimpin seandainya masih mahu memimpin Melayu dan negara. tp attitude2 yg TDM inginkan masih belum kelihatan..end up lebih bnyk pihak mula memperlekehkan Pak Lah. oleh sbb itu, daripada membiarkan sampai rakyat seusia saya memperlekehkan seorg PM.
TDM mengambil langkah menjadikan diri beliau sgb 'gateway' utk provokasi dan perlekeh. supaya kritikan2 semuanya akan dinilai dgn serius atau diambil 'pot' oleh paklah.
Supaya at least, perlekehan dan provokasi yg memalukan adalah dtg dari 'gateway' yg dihormati dan punya kredibiliti yg tinggi.
supaya nilai perlekehan itu tidak hadir dlm bentuk yg jijik..sebaliknya dtg secara terhormat seperti mana 'gateway' tsbt.
Beberapa attitude PakLah seperti 'tidak hiraukan' kritikan pembangkang dan 'senyap' serta 'sembunyi taring'
bknlah attitude yg tidak boleh di ubah oleh Pak Lah.
Andaikata itu adalah prinsipnya selama bertahun2 dipegang, maka TDM hanya mahu satu perkara, tolonglah langgar prinsip itu utk kepentingan agama dan bangsa. Mugkin TDM hanya mahukan beberapa attitude spt dirinya diambil pakai yg saya bygkan begini..
Berubahlah PakLah!
Jadilah lantang seperti ku!
Cengkamkan kuku mu pada isu2 sensitif!
Kawal lah anak2 buah mu dgn baik! jgn biarkan mereka berleluasa!
Hindarilah tindakan2 yg bakal memusnahkan mu!
Kembalilah kepada perjuangan UMNO yg asal!
Pimpinlah Melayu!
Pimpinlah Islam!
Namun andaikata Pak Lah sudah tidak mampu menanggungnya lagi. maka tindakan TDM skrg tidak lain dan tidak bkn hanyalah utk 'mula' mencari pengganti dan pemimpin sejati Islam dan Melayu yg masih punya 'tulang belakang'(isteri) utk memikul 'Beban' terberat dlm hidup seseorg insan melayu di muka bumi ini--iaitu Memimpin Melayu dan Umat Islam!
Sebenarnya perjuangan bukan sekadar belum selesai tetapi perjuangan memang tak pernah selesai selagi ada nyawa dikandung badan..itu yang pasti..in fact selepas mati pun kita masih berjuang cuma dalam bentuk yang berbeza dan di alam yang berbeza..
ReplyDeleteLagenda Hang Tuah (HT), sinonim dengan sifat taat setia yang tak berbelah bagi, seorang hamba kepada tuannya...lebih tepat seorang raja...sedangkan terang dan nyata si raja itu berlaku zalim terhadap sahabat baiknya si Hang Jebat (HJ) yang sanggup berkorban untuk dirinya tetapi apakah balasan yang diterima oleh HJ dan berbaloi ke pengorbanan menegakkan kebenaran jika akhirnya nyawa jadi taruhan...itu adalah sejarah lampau...dan benar sejarah tidak pernah menipu kita..sekalipun semua catatan sejarah dihapuskan namun sejarah tetap sejarah...sejarah mengajar manusia menilai perkara lepas...tapi HJ mati membawa nama...sehingga kini...Jebat disanjung dan namanya lebih harum berbanding HT
Sekiranya HT masih hidup dihayat ini...barangkali dia pun menyesal dilahirkan menjadi HT..sikap kami sokong ketua kami dan kami teguh dengan pendirian kami ...itulah kesatuan dalam kekilafan yang nampak terlalu angkuh dan sombong...dan bersikap umpama si Tanggang...lupa diri dan tidak mendengar kata orang tua-tua...derhaka dan hilang rasa hormat pada orang yang dulunya dianggap payung untuk berteduh...dan jelas sekali mereka memang mudah lupa...cuma satu yang mereka selalu ingat..pangkat, kedudukan, nama, kuasa dan yang seumpamanya dan seertinya...
Apalah daya suara kita siapa yang mendengar..hampir2 tiada ruang untuk meninggikan 'volume'..habis2 bercakap dan meluah rasa di laman blog sebegini...itu pun nak disekat dan nak establish act ini dan itu..kenapa perlu...jadi apakah saluran yang kami ada untuk bersuara...rasanya ada satu saja...HAK UNDI...tak perlu bersuara tapi PANGKAH saja...suara kita PASTI kedengaran...dan waktu itu segala-galanya sudah terlalu lewat.......
Sekian...
Dato'
ReplyDeleteBanyak orang tak tahu makna "dapat rusa belang kaki".
"Rusa belang kaki" = nama lain untuk belalang grasshopper.
Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki = maknanya, orang berburu rusa di hutan, tetapi dia berburu di padang, jadi dia dapat rusa palsu, iaitu belalang besar sahaja!
cerita ini tak menarik langsung
ReplyDelete