Keris, Jawatan Seumur Hidup dan Mat Rempit
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa.]
[UPDATE, 17 September]
Saya mohon maaf kepada pelawat dan pembahas. Saya rasa tidak bijak kita menggunakan laman ini sebagai gelanggang untuk berkempen menaik atau menjatuhkan sesiapa.
Saya boleh membenarkan perbahasan mengenai buruk baik seseorang pemimpin, sama ada yang sedang berkuasa, yang mencuba mendapatkan kuasa atau yang sudah melepaskan kuasa.
Itu pun biarlah dengan sopan santun, tanpa caci, dusta dan nista, tanpa tuduhan yang tidak berasas, tanpa hasutan dan fitnah.
Justeru itu, saya telah dan akan terus tidak menyiarkan komen-komen yang menggesa agar seseorang pemimpin berhenti atau dijatuhkan. Atau menggesa agar yang telah bersara kembali cergas.
Apabila saya memulakan blog ini pada awal tahun, falsafah dan matlamatnya adalah bagi berkongsi pendapat dan pandangan melalui medium elektronik ini setelah tulisan-tulisan saya tidak lagi dianggap “politically correct” oleh media massa arus perdana yang duhulunya, sekali sekala, menyiarkan karya-karya saya.
Saya juga terpaksa memikirkan kebajikan bolg ini dan, sedikit sebanyak, kebajikan diri saya kerana blog ini adalah personal undertaking saya. Saya dan saya seorang bertanggungjawab terhadapnya.
Hakikat bahawa saya dicaci cerca, dilemparkan pelbagai tuduhan oleh blog-blog yang ditaja oleh penembak-penembak curi (meminjam ungkapan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor) boleh saya terima.
Tetapi saya perlu memastikan agar blog ini tidak menderita tindakan -- sama ada yang terbuka (overt) atau rahsia (covert), yang berbentuk tekanan, ancaman, intimidasi atau undang-undang.
Akhir kalam, saya memohon kerjasama dan simpati Saudari dan Saudara sekalian. Selamat berbahas dan terima kasih.
[Posting Asal]
Stesen-stesen televisyen kerajaan dan swasta berlumba-lumba memperbaiki penarafan (rating) dengan berlumba-lumba mengadakan siaran langsung pernikahan dan persandingan bergemerlapan Datuk K dengan Datin Siti dan kisah suka duka, cinta lara Mawi dengan Ina.
Maka gembiralah rakyat jelata Malaysia yang memilih untuk menonton pernikahan dan persandingan Datuk K dengan Datin Siti.
Manakala yang memilih untuk menonton tragedi (dipopularkan menjadi komedi) percintaan dan perpisahan Ina dan Mawi banyaklah yang menitiskan air mata.
Maka buat seketika lupalah mereka akan masalah negara dan keluarga, masalah rasmi dan peribadi. Yang bergembira kerana Siti dan Datuk K sudah menjadi isteri dan suami lupa seketika mengenai kenaikan harga, kekurangan kerja, keputusan bekalan gula dan penjenayah yang bermaharajalela.
Yang berdukacita dan meratap hiba kerana kehancuran cinta pari-pari (fairy tales) dua remaja Rancangan Felda juga lupa seketika kenaikan harga, kekurangan kerja, keputusan bekalan gula dan penjenayah yang bermaharajalela.
Mudahnya dunia Malaysia. Lebih mudah lagi dunia Melayu. Mudah dibuai-lalaikan. Mudah dipukau dengan serapah dan jampi. Mudah diperkotak-katikkan. Mudah disogok dan diberi rasuah. Mudah lupa budi dan jasa.
Maka lupalah mereka kepada penggadaian maruah bangsa. Jambatan dibatalkan kerana takut disaman dan didakwa oleh Singapura.
Pelaburan ratusan juta ringgit dijual murah kerana ada penasihat yang diupah berkata ia akan membawa padah. Kerugian ratusan juta ringgit ditanggung kerana kononnya itulah nasihat, itulah firasat. Disingkatkan cerita itulah kisah Proton dan MV Agusta.
Tetapi wang rakyat jelata digunakan pula bila Khazanah dikerah membeli semula Pantai Holdings yang, kerana lalai dan alpa pihak berkuasa, terjatuh ke tangan Singapura.
Maka tidak hairanlah kalau orang yang bergelar pemimpin gemar membuat kenyataan yang bukan-bukan, yang dangkal dan tidak masuk akal. Yang berguna hanya sebagai bahan ketawa.
Gantikan keris dengan wang sebagai simbol Umno, kata mamanda Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob, kerana bersimbolkan keris Umno sering bercakaran.
Seolah-olah tidak mahu ketinggalan dalam proses membodohkan (dumbing down) minda ini, mamanda Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim mencadangkan agar jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri dijadikan jawatan seumur hidup.
Kenapa harus ada cadangan dangkal sebegini? Kerana orang seperti Shahidan, yang terkenal dengan keberanian membaling batu, takut apabila dia tidak berkuasa lagi orang akan membaling batu ke arahnya.
Dan terima kasih kepada media massa arus perdana yang semakin hari semakin sensasi, proses membodohkan pemikiran ini menjadi hidangan utama.
Mungkin juga apabila ditanya soalan-soalan yang bernas para mamanda Menteri tidak dapat membalas. Maka ditanyakanlah soalan-soalan yang biasa supaya mudah dijawab sesedap rasa.
Malangnya, pemikiran dangkal kelompok ini memaksa pemimpin yang lebih cerdik dan berwibawa – seperti Mohd Najib Abdul Razak dan Rais Yatim --- turut menjadi bodoh kerana dipaksa mengulas dan memberi tindakan kepada kebodohan ini.
Keris terhunus atau tersarung bukan punca pertelagahan Umno dan tukar ganti Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri bukan punca krisis kepemimpinan.
Punca Umno bergaduh, bertelagah dan berkrisis adalah kerana mereka yang dilantik dan dipilih menjadi pemimpin tidak memimpin dengan semangat juang, dengan kesopanan dan akhlak, dengan budi dan iman dan kewarasan serta kebijaksanaan.
Dan kepada Putera Umno, Mat Rempit mungkin berupa ubat pahit yang pertama buat mereka. Inilah masalah Umno hari ini – tergesa-gesa bertindak tetapi lambat dan lembap mendalami dan memahami isu semasa.
Mat Rempit tidak akan menjadi Mat Rempit kalau tidak berlumba haram pada tengah malam di tengah-tengah bandar. Kalau mereka menunggang secara menurut peraturan atau berlumba di litar sah, mereka tidaklah lagi menjadi Mat Rempit.
Mereka tidak berminat berlumba secara sah di Litar F1 Sepang kerana mereka tidak berhasrat menjadi pengganti kepada Valentino Rossi, Loris Capirossi atau Nicky Hayden.
Mereka bangga, lega dan selesa menjadi Mat Rempit dan Minah Rempit yang berlumba haram.
Aduhai bangsa yang malang, setiap yang buruk dan daif dikaitkan denganmu. Pelumba haram dipanggil Mat Rempit dan pekerja bawahan dipanggil Mat Spana dan Minah Karan.
Akhir kalam, izinkan saya memetik hujah cucu saudara pengasas Umno Allahyarham Onn Jaafar, Mohamed Abid, mengenai bendera Umno yang menjadi objek kritikan Adnan Yaakob. Katanya:
“Banyak orang, termasuk pemimpin Umno hari ini, tidak tahu sejarah dan asal usul bendera Umno.”
Demikian adanya.
Datuk,
ReplyDeleteSaya ingat orang yang berkuasa pada hari ini, akan menoleh kebelakang pada hari esok (menyesal) dan berkata, sewajibnya aku telah melaksanakan yang terbaik, bukan yang terbaik untuk golongan tertentu sahaja - lantaran masalah dan kesannya sangatlah tidak diingini.
Datuk,
ReplyDeletekenapa datuk mempersoalkan kebijaksanaan pemimpin negara? Bagi saya, pemimpin-pemimpin politik kita yang memerintah semuanya bijak-bijak belaka. Kalau tak bijak takkan rakyat pilih depaaa, datukkk.
Yang paling antara mereka sudah semestinyalah Pak (Undur) Lah. Beliau teramat bijak hingga menganggap diam (silence) itu lebih bagus dari segala-galanya. Lupa agaknya Pak (U) Lah bahawa kalau dalam adat peminangan, diam tu tanda setuju. Atau dalam kelas, diam itu tanda bodoh tidak tahu jawapan atau tanda sombong bongkak merasakan dirinya besar. Cumanya, orang yang paling berkuasa mampu untuk diam. The power lies in having not to respond. Inikah taktik PakULah?
Saya harap datuk Kadir berhentilah memperlecehkan pemimpin negara kita, terutamanya datuk Seri Najib Tun Razak. Saya ingat, kalau Datuk Najib dulu berterusan bekerja sebagai eksekutif petronas, beliau mungkin mempunyai kerjaya yang lebih cemerlang sebagai superintenden depo di Segamat.
Dato'
ReplyDeleteMujurlah saya tak pernah tengok AF, tak minat Mawi, tak suka Ina dan tak kisah tentang CT.Biarlah semua itu, saya tidak kurang apa-apa dengan tidak mengikuti semua itu.
Sememangnya, Msia secara amnya mudah lalai dan Melayu khususnya mudah tergoda dan alpha. Barangkali betul semua ini bagi mengalihkan arah pemikiran kita tentang isu-isu berhubung Jambatan, Proton, AP, Pantai Holdings dan seumpamanya. Sebahagian besar dari kita mungkin lena seketika (seperti kata Dato') lupa tentang petrol yang dah naik (dan mungkin naik lagi), gula yang asyik kosong saja, tarif letrik yang juga dah melambung,saya jangka air pula (ada kemungkinannya) dan tol lagi (mungkin)...
Percakaran UMNO tidak ada kait mengait dengan keris yang menjadi logo bendera UMNO. Itulah satu-satunya senjata kebanggaan Melayu. Justeru, isu nak tukar logo sepatutnya tidak timbul langsung, sebab pada firasat saya dalam UMNO itu sendiri sudah ada 'sistem' yang rosak. Apabila sistem sudah rosak pastinya (main body) tidak akan (stable), sebab ada sesuatu yang telah menganggu atau mengubah sistem. Soalnya, tiada jaminan yang apabila logo itu ditukar dan UMNO akan menjadi lebih baik. Sebab perlulah kita melihat kepada 'root causes' yang menyebabkan UMNO kucar-kacir.
Jawatan MB dan PM mahu dijadikan jawatan seumur hidup. Ini lagi 'parah', sah cakap tanpa fikir. Main cakap ikut sedap mulut saja. Berbulu pula telinga mendengar cadangan ini.
Mat Rempit-ada sebab kenapa ini terjadi, rumah-rumah flat yang kita ada di KL ini terlalu sempit untuk satu family yang ada 5 anak, dengan hanya 2 bilik,rancangan TV yang tak menarik langsung (tiada faktor untuk para remaja ini lekat di rumah),dengan mak bapak yang asyik bertekak sebab duit gaji tak pernah cukup + barang keperluan harian yang sudah melambung, itu belum di tambah dengan pub/club yang nak dibuka sampai pukul 5.00am... si anak lebih rela melempiaskan 'geram' dengan 'merempit' sepuas hati dimalam hari..
Bila buat kempen (tak kisahlah, kempen berhenti merokok, kempen anti-dadah, kempen Mat Rempit)- satu perkara yang pasti duit dah keluar, hasil belum tentu lagi..adakah petunjuk (indicators) dibentuk bagi melihat sebelum & selepas kempen (saya rasa tidak ada), jadinya asal buat saja-hasilnya belakang kira..
Bagi saya secara peribadi, pelepasan yuran sekolah PMR, SPM & STPM (bukanlah keutamaan) pada masa ini..sebab semua yuran itu hanyalah 'one-off' payment yang boleh diusahakan oleh kebanyakan rakyat Msia. Kalau pun mahu tackle hati rakyat, buatlah pelepasan pada mereka yang tidak mampu dan imposed saja yuran pada yang kaya-raya, ada baiknya kalau Government fikirkan macam mana nak tolong rakyat kurangkan beban harian, survival rakyat yang kurang berada dengan kenaikan kos sara hidup sekarang ini.. benda yang cuma 'one-off' bayar nampak dan dihapuskan...tapi ingat hari2 kita nak makan nasi juga..
Saya tak faham bagaimana seorang Menteri Besar seperti Adnan dan Shahidan boleh mengemukakan persoalan remeh seperti menukar lambang keris yang menjadi simbol kebanggaan Melayu dan ingin menjadi Menteri Besar seumur hidup. Apa mereka tak fikirkah sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan apatah lagi kenyatan yang amat bodoh tersebut? Rasanya mereka ni sudah patut berundur sebab dah lama sangat jadi Menteri Besar sampai otak pun tak boleh berfikir lagi. Semakin tamak haloba saja mengejar kekayaan. Apala nak jadi dengan bangsa melayu di Malaysia pada hari ni!
ReplyDeleteTak Faham
Dato,
ReplyDeleteApakah kita sedang berhadapan dengan tanda2 kiamat bagi Umno khususnya, dan orang Melayu amnya? Apakah kita sedang melihat kealpaan orang Melayu yang menuju kemuncaknya? Dan dalam hal ini, apakah punca kehancuran orang Melayu disebabkan oleh kepimpinan hari ini yang tidak dapat menyakinkan orang Melayu untuk mara ke hadapan? Skandal Pantai dan ketidakupayaan pemimpin2 kanan menjawab dengan jelas dan ikhlas soalan2 yang berputar di kepala rakyat menambahkan kebimbangan yang amat sangat. Jika orang Melayu hari ini alpa dengan pesta kahwin atau dibawa bersedih dengan kisah putus tunang, puncanya bukan stesen televisyen sahaja. Ini semua berlaku kerana pemimpin2 kanan tidak mengambil apa2 tindakan untuk menyekat gejala ini. Stesen tv nak lalaikan rakyat - tak mengapa kata pemimpin. Harga gula naik - apa nak buat, kata pemimpin2 kanan. Usahawan2 kecil gulung tikar - nak buat macam mana lagi, kata pemimpin2 kanan.
Umno dan melayu tak lagi sehaluan. Jika Mat Rempit yang ditakhtakan sebagai warisan pemimpin bangsa, di mana masa depan kita? Ahad lalu (10 sept) Mat Rempit yang menggayakan kemeja T Putera Umno pulang ke KL dari Kubang Pasu berhenti rihat dan mengisi minyak di beberapa stesen Shell dan Petronas. Dengan gaya mereka tersendiri, mereka menguasai stesen2 minyak, sehinggakan tidak sesiapapun melarang mereka menghisap rokok.
Nah, lihatlah lagak barisan pelapis Umno yang membakar semangat juang mereka dengan kepulan asap rokok di stesen2 minyak!
Cuba tanya pemimpin2 kanan kita. "Saya tak tahu," kata mereka. Rupa2nya, banyak yang pemimpin kita tahu!
from budin...
ReplyDeleteDatuk,
Saya lebih kesian kepada 'as a rakyat' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Walaupun mengakui umno di kuasai oleh golongan opportunis, namun dalam pilihanraya yang akan datang golongan ini akan tetap memilih umno kerana telah didokrin dalam pemikiran mereka bahawa hanya umno yang mampu dan layak memerintah negara ini.
Datuk,
ReplyDeleteDah buang tabiat agaknya PM kita nie…ini kes AAB (Abdullah Amat Ba*****) malam tadi yang heboh berkenaan isu pencemaran Sungai Kelantan di TV3 (15 Sept 06).
Apa faedah rakyat Malaysia amnya dan rakyat kelantan khususnya dalam isu sungai pulak ni? Yang peliknya, banyak lagi isu yang penting boleh dibangkitkan, AAB sebagai PM pula nak cerita pasal Sungai Kelantan?
AAB mengatakan Sungai Kelantan dicemari oleh rakyat yang membuang sampah dan sisa dalam sungai (so cliché). Macam lah Sungai Malaysia, Sg. Klang dan Gombak indah sangat sampai AAB boleh sedih tahap GABAN tentang Sungai Kelantan.
Pada masa yang sama, wartawan TV3 yang suka nak mengupas pulak dah buka isu bahawa sungai Kelantan tercemar sebab pembangunan dan kerja pengorekan tanah. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kelantan pula tak tahu menahu tentang pencemaran sungai di Kelantan. (terdengar Cricket sound macam dalam realiti tv show – KRIK KRIK KRIK).
Relevantnya disini;
Kalau Sungai Kelantan bersih bolehkah rakyat kelantan dan Malaysia menjimatkan wang belanja harian rakyat? kalau boleh, bererti isu AAB ini sangat relevant!
Jika Sungai Kelantan bersih bolehkah AAB menolong rakyat menyelesaikan hutang yang bersawang di keliling pinggang masyarakat Malaysia sekarang?
Kalau Sungai Kelantan bersih bolehkah AAB selesaikan isu2 asas lain yang jauh lebih penting? Our basic needs have not being taken care yet…suddenly; AAB is trying to save the environment.
Kalau Sungai Kelantan bersih adakah ia akan menarik lebih ramai pelancong asing datang memancing di Sungai Kelantan?
Kalau Sungai Kelantan bersih, AAB nak suruh rakyat jimat air guna air sungai untuk mandi dan membasuh ke?
AAB mahu melenting untuk apa? Bukankah ada menteri-menteri dan pegawai2 kerajaan lain yang patut ambil perhatian tentang isu ini?
Ada projek besar gamaknya, nak bina Jambatan Bengkok tanpa tol di Sungai Kelantan terus ke Sarawak, dan membengkok ke Filipina dan terus membelok ke Jepun?
Entah apa nak jadi dengan pemimpin Malaysia sekarang. Kes terpinggir macam ini dijadikan isu hebat, sama lah juga dengan kes2 artis dibawa masuk ke Parlimen.
Tak pernah terdengar pulak George Bush atau Tony Blair atau mana2 ahli parlimen/senat negara lain yang ambil kesah berkenaan dengan penceraian Jeniffer Aniston dan Brad Pitt dan anak luar nikah Brad dan Angelina Jolie.
Jika inilah tahap pemikiran pemimpin kita, saya rasa baik kita letak sahaja Saiful Apek, Senario dan kuncu2 pelawak season RTM membintangi Parlimen Malaysia yang ada sekarang menjadi PM dan pemimpin, sekurang-kurangnya kita tahu tahap kartun mereka adalah lakonan dan hiburan semata-mata. Dah lebih kurang sama dah saya perhatikan.
Budak Felda Taib Andak yang lain orang tanya, lain dijawab pun ada kredibiliti memerintah negara.
Datuk tolong komen sikit…?
Datuk Yang Amat DiKasihi,
ReplyDeleteSejarah banyak memberi teladan kepada kita, terutamanya tentang tatasusila kuasa politik. Ibn Khaldun dalam rakaman beliau, menggesa manusia agar ingat tentang kecelekaan kuasa, terutama sekali apabila ia dipegang mutlak oleh mana mana individu atau pun organisasi. Pada hemat beliau, ini adalah antara tanda-tanda yang jelas bahawa sesuatu kerajaan ataupun masyarakat akan mula mengharungi proses "dissolution of assabiya" - kejatuhan dan keruntuhan kuasa secara keseluruhan.
Dan kepada mereka yang masih menaruh kepercayaan kepada UMNO sebagai peneraju "political struggle" orang melayu, apakah kemungkinan bahawa "the systematic attempt to disenfranchise Malay political leadership" suatu helah yang digunakan oleh musuh-musuh parti melalui "idelogical disempowerment". Dan mungkinkah proses ini dilaksanakan oleh mereka yang diiktiraf sebagai ketua-ketua dalam UMNO sendiri?
Selalu kita mendengar laungan slogan "malay unity" sebagai peringatan kepada mereka yang dituduh sebagai pengkritik kerajaan ataupun ketua-ketua parti supaya tidak menjejaskan kesinambungan "malay political struggle". Tetapi sejarah selalu mengingatkan kita bahawa salah satu sebab utama yang membolehkan UMNO bertindak sebagai badan perhimpunan politik yang amat efektif ialah berdasarkan keupayaannya pemikiran-pemikiran serta hujah-hujah yang bercanggah dalam memperkasakan perjuangan politik parti. "Any political organisation can only prosper if ideas are valued and given their proper place. To do otherwise, is to guarantee its demise" - Karl Popper.
Salams
Saudara ku sekalian,
ReplyDeleteNak gelak pun ada...nak menangis pun ada...adakah lambang dipersalahkan dan nak ditukar semata-mata untuk mengatasi 'huru-hara' UMNO la ni? Nampak sangat dah tak ada idea...selama-lama ni lambang tu la yang dijunjung...dok kibar...dok dongak...tiba-tiba la ni nak tukar pulak dah...alasan nak tukar pula lebih bodoh dari komedi Mr. Bean.
Mengapa dak tukar aje yang tu...yang tu...yang tu tu la...berapa lama lagi nak bagi masa ni...nak tunggu sampai keluar komen dari pemimpin negara lain dulu ke? lalu komen dari rakyat jadi aapa?
Ingat tak kita bila Lee Kuan Yew tanya komen Tun Dr. Mahathir tentang kepimpinan Pak Lah. Masa tu Tun kat dia tak nak komen dah kata apa-apa pasal cara Pak Lah.
Faham tak kita mesej yang cuba di sampaikan oleh Lee Kuan Yew? Saya membaca pertanyaan Lee Kuan Yew itu sebagai 'apa dah jadi dengan Malaysia ni...ingatkan lawan kita kali ini lebih hebat dari Dr. Mahathir tapi hampas...".
Tak lama lagi bendera UMNO akan berubah kaler lak...kaler merah tu tak sesuai kerana ia lambang darah...kaler putih tu pulak macam kain kapan...jadi mereka yang sedang memegang kuasa hari ni buat lah apa yang suka...ubah lah apa yang patut demi semata-mata nak tutup resah dan gundah gulana di hati mereka tentang apa yang sedang bergelodak dalam UMNO.
Yang peliknya tak pula mereka terfikir nak tukar ketua kepala mereka tu...ketua kepala tu lah kunci kepada segala haru biru la ni...
Pak Lah jangan lak terkejut kalau benda ini akan terjadi jugak suatu hari nanti...kerana pembohongan yang paling mudah berlaku ialah pembohongan dalam politik...pembohongan yang paling 'real' juga pembohongan dalam politik. Pembohongan yang paling murah juga pembohongan dalam politik.
Pak Lah fikir lah...kalu Tun Dr. Mahathir yang telah berjasa 22 tahun itu dibuat macam 's*****'oleh orang-orang beliau sendiri...inikan pula Pak Lah yang belum buat apa-apa lagi...setakat koleksi retorik tu atuk saya kat kampung koleksi cerita rakyatnya lagi banyak. Maksud kata tak dak apa yang boleh dibanggakan lagi dari Pak Lah.
Berjayakah Pak Lah memiliki damai yang dicari-cari itu?
Saudara Kedidi,
ReplyDeleteKita tidak perlu tunggu lama-lama untuk dicaci-cerca oleh kuasa-kuasa luar.
Lee Kuan Yew sudah membuka cakap. Sila baca Utusan Malaysia hari ini (16 September) muka 17. LKY dah kutuk dan perlekeh kita dan Indonesia.
Dia bagi tahu satu persidangan antarabangsa di Singapura yang sebagai negara majoriti Cina, Singapura bersaing dengan Malaysia dan Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk Islam.
Sebab itu, kata LKY, Singapura memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai keberanian dan kemahiran untuk berkata "tidak" kepada negara-negara jiran secara baik dan hormat.
Kalau kita percaya cakap Kerajaan Malaysia tentang pembatalan Jambatan Tambah, kita terpaksa membuat kesimpulan bahawa Singapura telahpun berkata TIDAK kepada kita. Kerajaan kita bertindak balas dengan membatalkan projek yang sudahpun dimulakan.
LKY juga menghina dan menuduh Malaysia dan Indonesia menganaktirikan rakyat keturunan Cina masing-masing.
Reuters memetik LKY sebagai berkata:
"Negara jiran kami mempunyai masalah dengan penduduk Cina. Masyarakat Cina Malaysia dan Indonesia sebenarnya rajin dan berjaya dalam sektor ekonomi yang diceburi.
"Namun yang menjadi permasalahan di sini ialah semakin rajin dan berjaya dalam bidang yang diceburi, masyarakat Cina dipinggirkan secara sistematik.
"Indonesia dan Malaysia mahukan Singapura, dengan kata yang mudah, menjadi Masyarakat Cina seperti mereka -- sikap pak turut."
Kita tunggu dan lihat apa reaksi para pemimpin kita terhadap campur tangan dan hasutan LKY ini, itupun jika mereka membaca laporan Utusan itu.
LKY tidak pula menyebut mengenai lima peratus rakyat keturunan Cina Indonesia menguasai 90 peratus ekonomi negara itu dan 32 peratus rakyat keturunan Cina Malaysia menguasai lebih daripada 40 peratus kekayaan korporat negara ini.
Apa kata pemimpin politik Cina Malaysia?
Bila kita berbicara mengenai perkauman pihak di sana kata kita ini "racist" tapi bila pemimpin cina singapura pula membuat kenyataan sebegini tentu kita kata ini kenyataan politik survival negara tersebut.
ReplyDeleteSememangnya sejarah pembentukan negara Malaysia ini dengan cara lemah lembut dan berdiplomasi tetapi pihak singapura lebih kepada cara berkeras selepas peristiwa 13 mei.
Kepada pemimpin negara kita saya hanya ada satu soalan - mampukah kita?
Pasir sudah, ruang udara pun sudah, syarikat kritikal kepunyaan negara pun juga sudah, apakah selepas ini kita nak tawarkan pula leher anak-anak bangsa kita pula kepada mereka?
Datuk,
ReplyDeletePope Benedict XVI dilaporkan menghina masyarakat Islam di dalam ucapannya di Jerman kelmarin. Maka beberapa pemimpin Islam telah menyatakan perasaan marah mereka berhubung ucapan Paus itu, termasuklah Perdana Menteri kita.
Dan hari ini, Paus dilaporkan meminta maaf kepada masyarakat Islam yang berasa tersinggung dengan ucapannya itu - ucapan maaf yang dilakukan dalam tempoh cuma sehari dua selepas apa yang dianggap sebagai satu penghinaan oleh orang Islam...
Bagaimana dengan pemimpin Islam kita sendiri, yang mana kenyataan dan tindak-tanduknya banyak menyinggung dan melukakan hati rakyatnya? Lebih dahsyat lagi apabila ada kenyataannya berakhir dengan penglibatan berjuta-juta wang pembayar cukai! Apakah ini budaya Islam Hadhari? Apakah ini yang diajar Imam Ghazali dan Shafie?
Saya semakin bimbang dengan masa depan anak-anak saya...
Btw, I have read Machai blog and what a SHAME! It is so DISGRACEFUL! It is very PATHETIC! And the language used, even the case pointed, in their argument described just how shallow their minds are. Terdesak sungguh konco-konco pemimpin negara kita menutup bangkai gajah dengan hanya sekeping nyiru!
Pelbagai masalah yang sedang melanda orang Melayu dan negara sekarang seolah-olah kerana "kesalahan" pemimpin utama yang ada sekarang. Betulkah begitu?
ReplyDeleteTidakkah masalah yang sedang kita hadapi sekarang sebenarnya disebabkan oleh banyak faktor lain yang lebih asas, dan lebih penting? Ini memerlukan kita membuat kajian yang lebih mendalam, dan bukan sekadar membuat spekulasi semata-mata.
Banyak pendapat yang seolah-olah menyarankan bahawa untuk mengatasi masalah kita sekarang, kita hanya perlu tukar pemimpin -- tak payah tukar parti, dan tak payah tukar "sistem".
Adakah saranan yang agak simplistik itu sudah memadai dan akan dapat menyelesaikan semua masalah?
from kl said- mereka akan menyesal..fat chance.
ReplyDeleteDatuk Kadir,
So what do we do? We now know that they are not interested lead, they just want to be leaders.
Parti mana nak harap, PAS? 2x5 juga, takut nanti lebih teruk. Tak ada benda baru cakap pasal dinar mas sebagai matawang, padal hal mereka cuma nak jual gold nugget macam yang bak-bank buat tapi heboh seolah-olah itu sistem Islam.
Keadilan? Dimana semua pemimpin tak ada wawasan.
Bagi saya, saya buat kerja saya, makan minum saya tak pernah minta pada parti mana-mana. 10 atau 15 tahun lagi saya mati. Saya pun tak harap umur panjang dengan keadaan seperti ini lebih baik duduk dalam kubur.
Masa anak cucu saya nanti, entahlah, kalau mereka suka mereka boleh duduk di tanah tumpah darahku ini, kalau tak suka migrate. Yang penting saya buat kerja, cari wang (Halal) untuk menyediakan mereka untuk hidup dirantau orang nanti.
Untuk harapkan negara ini.....KUBUR lebih baik bagi say.
P/S
ReplyDeleteSebab itu memereka yang memimpin suka sangat jadi KERAjaan.
Datuk,
ReplyDeleteLKY berani menghina Malaysia sedemikian rupa kerana sememangnya Malaysia sekarang hina. RM200 pun dah berebut!
Apa agaknya respon perdana menteri yang kita sayangi ke atas lapuran ini? Hendak sangat saya dengar?
Hantu Gigi Jarang
Dato
ReplyDeleteLKY tidak segan silu to humiliate us because he knows that he can put our Prime Minister& most of our Cabinet Ministers in his pocket.
He knows too & I think he reads the situation here too well that Pak Lah & his Ministers will NOT respond & tak tau HOW to respond selain dari nak jaga hati Singapore.
This seems to be our foreign policy with regards to our neighbour in the South.
Can yo you imagine how Dr Mahathir would have responded?
But in the first place LKY wouldn't have dared if Tun was still the PM of Malaysia.
With Tun Dr Mahathir, LKY had found his match.
Sdr Pengganggurpaksa,
ReplyDeleteSaya faham predicament Sdr. Memang sukar mendapat kerja sekarang. Bukan sahaja golongan profesional dalam mid-career seperti Sdr, malah lepasan sekolah dan lulusan IPT juga banyak yang menganggur.
The economy, private and public, is not generating enough new employment opportunities while old ones are being lost through retrencment, voluntary or otherwise.
Self-employment is getting harder as public and private consumption falls. There is, therefore, a growing lack of confidence among the consumers as the economy slows down and prices increase.
Thank you.
Salam kepada pengunjug blog ini,
ReplyDeleteBagi saya apa yang diutarakan oleh Adnan dan Shahidan memperlihatkan tahap pemikiran pemimpin-pemimpin kita walaupun Adnan mempunyai Ijazah undang-undang dan Shahidan (tak berapa pasti) tapi sastera rasanya ialah tahap yang bergitu rendah.
Menjadi kebiasaan kepada Adnan dan shahidan untuk melontarkan idea-idea yang saya rasa rakyat biasa pun tidak terfikir mengenai perkara itu.
Mungkin juga ia mempamerkan tahap tekanan yang diterima oleh mereka, hendak membangunkan negeri tidak ada kuasa jadi terpaksalah melemparkan idea yang tidak boleh diterima akal.
Cuma saya berharap rakyat biasa seperti saya tidak akan mempunyai tahap pemikiran seperti itu, kita perlu terus berjuang untuk mempertingkatkan ilmu agar dapat menjaga diri sendiri, berusaha untuk membina ketamadunan keluarga memandangkan ini sahaja yang termampu.
Mempertingkatkan ilmu bukanlah bermakna mengikut telunjuk Pak Lah bina insan- tidak sesuai langsung kerana seperti membina batu nisan sendiri. Apa yang penting ialah membina kekuatan untuk hidup tanpa bantuan kerajaan kerana kita tahu pada masa ini kerajaan tidak mampu untuk memberi bantuan.
Apa jaminan yang dapat diberikan bahawa kerajaan mempunyai hasrat membantu dan mengurangkan beban rakyat sedangkan masalah gula pun tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.
Saya bernasib baik kerana mengidap sakit kencing manis tetapi pada tahap rendah- penggunaan gula hanya 1 kilogram dua bulan. Tapi bagaimana dengan mereka yang memang memerlukan gula sebagai bahan utama untuk hidup.
Hanya mereka dapat membantu diri sendiri sekarang.
salam kepada orang Melayu
Datuk A Kadir Jasin
ReplyDeleteWould you believe me if I said that many of us in Johor Bahru would not be surprised that AAB send a minister to Singapore to soothe LKY's feelings before he gets any angrier with Malaysia.
After all didn't we(AAB Government) decided not to build the crooked bridge because we are afraid that Singapore would challenge us in a court of law and we want to preserve our good relationship with Singapore.
Sdr 007Zain,
ReplyDeleteSeperti saya nyatakan dalam update hari ini, bukan matlamat blog ini menaik atau menjatuhkan sesiapa. Lagipun saya cukup yakin bukan tujuan Tun Dr Mahathir untuk kembali berkuasa.
Namun saya ambil maklum ulasan Sdr yang terbaru dan yang tidak saya siarkan. Saya faham maksud Sdr mengenai apa yang patut rakyat jelata lakukan terhadap pemimpin yang "terus menjatuhkan maruah negara" seperti Sdr hujahkan.
Sama ada saya "takut benar kat pemimpin yang ternyata tak betul" atau tidak seperti Sdr katakan, terserahlah kepada Sdr membuat kesimpulan.
Saya juga mohon maaf kepada Nazli kerana tidak menyiarkan komennya mengenai kos memperbaiki dan mengubahsuai kediaman rasmi PM di Putrajaya kerana saya kurang pasti dengan ketepatan fakta yang dibentangkan.
Saya akan cuba mendapat pengesahan daripada sumber rasmi secepat mungkin mengenai kos projek itu.
Terima kasih.
Saya rasa tindakan media menyiarkan cadangan2 pembodohan ni boleh dilihat sebagai 2 bahagian syiling - sama ada untuk mengajar rakyat jadi bodoh atau mengajar rakyat bahawa pemimpin anda bodoh.
ReplyDeleteRakyat yang tentukan bodoh atau tidak mereka. Cadangan kedua-dua MB yang dikenali samseng ni agak pelik sebab MB Pahang bagi cadangan 'biasa' tapi MB Perlis bagi cadangan siap dengan hujah 'bersandar agama' - bab korupsi tak pulak dia nak hujah begitu ya? Apapun tahniah Perlis menang bola!
cik Kadir, mengenang kembali keris tu, mengingatkan saya pada sejarah lampau yang kelakar.
ReplyDeleteTajuk utama muka depan Utusan Malaysia 18-09-06 - " Saya tak hilang kawalan".
ReplyDelete===================================
Salaam Dato
When one is in control of a country or any situation, it is not necessary to declare
“I am in control" unless of course the general perception is that you are not.
Just like if you are the Prime Minister you don’t have to say “I am the Prime Minister”, we know you are, or if you are such a visionary leader like Tun Dr Mahathir you don’t need to claim “It’s my idea”.
Dato',
ReplyDeleteAAB tidak akan menjawab kritikan LKY kerana:
1.Elegent Silence.
2.NST dikawal oleh orang ST.
3.Penyokongnya sekarang terdiri daripada orang-orang dari kaum yang kononnya dianaktirikan.
Kalau ada diantara pengunjung blog ini yang dapat menerangkan dari segi apa kaum Cina di Malaysia dianaktirikan, sila jelaskan. Adakah tahap penganaktirian ini begitu opresif sehingga mereka tidak dapat mencari makan dan hidup dengan mewah? Atau sekadar tidak dapat melakukan mengikut sesuka hati.
Saya kira blog ini adalah medan siber yang terbaik untuk membincang perkara ini secara rasional dan matang.
Dato',
ReplyDeleteUmum telah mengetahui yang Tun Dr Mahathir tidak mampu melayakkan dirinya sebagai perwakilan ke Persidangan Agong UMNO bulan Nov ini. "Terima kasih" saya ucapkan kepada mereka yang telah mengundi di Bahagian Kubang Pasu tempoh hari.
Sememangnya politik dan wang tidak mampu untuk dipisahkan, ibarat aur dengan tebing. Untuk mencantas sama sekali politik wang ini tidak mungkin akan berlaku, tetapi usaha untuk membendung gejala ini daripada terus menjadi nanah masyarakat amat-amat dialukan.
Cuba kita fikirkan dan amat-amatkan. Apakah maruah seorang Melayu itu hanya RM200 sahaja? Malang sekali sekiranya ini benar. Saya tidak mahu suatu hari nanti anak atau cucu kita akan menempelak kepada kita di atas kesusahan dan kepayahan mereka kelak ekoran kealpaan dan ketamakan kita pada hari ini.
Sekian, wassallam.
Catatan Dato kali ini jelas mengambarkan perasaan seorang yang kecewa dan malu.
ReplyDeleteDato tidak keseorangan sebenarnya. Saya sendiri berasa cukup kecewa dan malu dengan apa yang telah terjadi pada Tun Dr Mahathir dan negara sejak kebelakangan ini. Kalau ikut akan hati, mahu saja saya belayar jauh tinggalkan negara dan lupakan asal usul sendiri. Biar kulit ini jadi hitam legam dibakar mentari lalu dipanggil orang negro daripada dipanggil Melayu.
Saya amat yakin bahawa sekiranya diadakan pungutan suara HANYA di kalangan golongan professional, ahli akedemik dan cendikiawan Melayu, UMNO sebenarnya gagal mendapat tempat di hati mereka. Kerjaya saya sebagai golongan professional, banyak menemukan saya dengan orang-orang Melayu cerdik pandai. Setakat yang saya jumpa dan bertanya, HAMPIR semua menyatakan tiada lagi PEJUANG dalam UMNO. Yang ada, ramai PETUALANG yang menjadikan UMNO sebagai KUDA TUNGGANGAN atau BATU LONCATAN untuk kepentingan peribadi terutama sekali untuk PROJEK & BISNES. Saya bersetuju dengan beberapa pendebat disini (tentu sekali professional Melayu) bahawa dari segi akedemik atau tahap pendidikan pemimpin-pemimpin hari ini tidak begitu tinggi bahkan ramai yang tiada kelulusan Universiti. Bagi saya, kepimpinan seorang pemimpin itu selalunya terserlah semasa di bangku sekolah dan universiti lagi. mereka bukan sahaja cemerlang di bidang akedemik, malah mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Di Kelantan, negeri kelahiran saya, ada tukang kebun sekolah yang berjaya dalam perniagaan selepas masuk UMNO, berjaya menewaskan bekas pengetua sekolahnya dalam pemilihan UMNO. Ada juga yang mendapat gred 3 SPM,berjaya menjawat AJK Bahagian----dan sekarang sudah pakai kereta besar dan rumah besar. Inilah realiti UMNO hari ini yang mana majoritinya adalah berkepentingan hal masing-masing. Bukan lagi untuk MEMPERJUANGKAN Melayu. Inilah golongan opportunis dan pak turut yang sanggup buat apa saja asalkan PERIUK nasi mereka penuh. Mereka umpama buih-buih yang memenuhi permukaan lautan yang begitu mudah hilang berkecai...
ReplyDeletedear all,
ReplyDeleteask yourself have you ever for once heard AAB said sorry of any mistake he has done. balik balik kata "itu cara saya...", "bagilah saya masa..." otherwise AAB keeps himself silance.
we want to know the direction the country is heading to. setakat bagi free yuran peperiksaan, tak cukup nak beli sekilo gula pun, itu yang dikatakan budget mementingkan golongan bawahan dan menengah. kita digula-gulakan dengan free yuran periksa dan diskaun 2% corporate tax; tak kemanapun... tup-tup tahun depan petroleum naik lagi RM0.32(for sure), tol pun dah due for increase another 30%(kalau dapat negotiate dgn toll operaters pun sekadar diskaun 5 - 8%).
bila minyak naik depa kata world oil price also increase, our petrol price still way cheaper than other countries, budaya subsidi tak baik dan berbagai lagi ganeric excuses. subsidi apanya.. itu hak kita semua sebagai rakyat malaysia yang memilih kerajaan. lagipun bukannya kerajaan tak mampu nak bagi, saje nak guna duit tu untuk lain cover bayar pampasan kesilapan yang depa dah buat, imagine RM650 sebulan macam mana polis nak makan, walhal depa nilah yang mengadai nyawa jaga keselamatan kita semua lebih-lebih lagi para pemimpin yang rasa diri mereka selalu tak selamat sebab banyak buat silap, pada hal sapa pun tak peduli kat mereka.
ask AAb dan pak-pak menteri bila the last time he paid toll from his pocket money, bila the last time he paid petrol from his pocket, bila the last time he paid bill letrik from his pocket, bila the last time he bought sugar from his pocket money... (sdr. tajuddin tolong jawab on AAB behalf in case he forgot)
baliklah segera ke negara tercinta ini dah lama sangat kat overseas tu tak kemanapun suara tu, depa tak pedulipun, isu TDM pun tak selesai lagi nak selesaikan isu dunia,
lihatlah sendiri... betapa tercemarnya sungai kelantan, tercalarlh lagi keharmonian hidup rakyat. jangan leka dengan sokongan membawa rebah yang diwar-warkan, periksa dulu. dengarlah kelohan warga jln kebun, ttdi shah alam ataupun during this rainy season, spend a night at anyone of the houses and face yourself the trouble of flood. tolong mangsa banjir angkat barang, tambak balik runtuhan tebing sungai yg roboh, makan nasi bungkus from dewan orang ramai... (kalau pergipun buat lawatan pusat banjir nak dapat vvip treatment). memangpun idea ini tak terlintaspun di benak AAB, kalau adapun buat apa nak susah susah biarlah depa banyak lagi isu lebih penting, sdr khir kan ada, lagipun sapa suruh duduk tepi tebing sungai. kalau depa tu senang macam para pemimpin negara baik duduk banglo jln duta ke, banglo putrajaya ke , banglo kat glenmarie ke. para pemimpin nipun satu hal rumah mak datuk tersergam pun cuba nak sembunyi (kononnya privacy) macamlah orang tak nampak.. tup tup kena rompak dek penyamun ataupun orang gaji sendiri barulah terserlah kebesaran dan kekayaan pak menteri ni... dalam rakyat susah payah nak cari makan pak menteri selamba simpan cash ratusan ribu kat bawah bantal je... barang kemas; solitare lah berbagai lagi tak payah kiralah, bertimbun. nak masuk rumahpun 300 metre away kena pass thru' pondok jaga (sebesar master bedroom rumah teres 20' X 70) itu baru pondok jaga, rumah ibu macam dalam cerita hindustan, gate pun sebesar gate istana negara. mewahnya hidup pak menteri patutlah bila tengok bersamamu tv3 meleleh air mata politik bagai arus sungai perak. tak sangka ada lagi orang sesusah ini kat malaya ni selepas 49tahun merdeka. hah. baru nak tahu sebabnya selama ni alpa dek kemewahan. bila tanya pandai pula jawab, rumah orang jual ap kereta lagi besar... habis tu depa jual ap kereta memanglah kaya raya.. habis tu pak menteri jual apa boleh sekaya ni...
bukan nak menuduh tapi inilah kenyataannya, semua orang nampak jelas. bila ditanya katanya jangan sebarang tuduh, tunjuk bukti lepas tu dia cabar buatlah laporan rasmi baru boleh siasat. nak laporan rasmi apa lagi dah nampak depan mata, dah publish dalam paper dan siar dalam tv satu malaya dah tengok nak laporan rasmi apa lagi, pergi lah siasat terus. samalah macam kes TDM kata ada politik wang di kubang pasu, sdr najib kata buatlah laporan rasmi... nanti kami siasat. nak rasmi apa lagi dak keluar kat tv dah sekali dengan barang bukti, pergilah siasat, alasannya nanti orang ynag dituduh akan menjadi mangsa(orang salahpun bukan main diprotect)habis TDM yang dah jadi mangsa sapa nak defend (sebaliknya dikatakan saja buat hal). pelik sungguh orang jahat sering mendapat simpati dan dimuliakan berbanding mangsa atas alasan kemanusiaan.. pi lah
para pemimpin budiman buatlah muhasabah diri semoga tuhan merahmatimu dan keluargamu...
terima kasih
Dato'
ReplyDeleteI've changed my mind. I don't think it's a good idea just to make the Mat Rempit popular. After reading the commentators point of view and ideas here, now i already known both 'gimmick' and 'rhetoric' as well.
In addition, i noticed, there are lots of fruitful idea for our food of thoughts here of how to really solve the Mat Rempit issues.
This blog has always been my sources of information, though.
Thanks
Dato'
ReplyDeleteI've made up my mind. I don't think it's a good idea just to make the Mat Rempit popular. After reading the commentators’ point of view and ideas here, now i already understand both terms of 'gimmick' and 'rhetoric' as well.
In addition, i noticed, there are lots of fruitful ideas here of how to really solve the Mat Rempit issues.
This blog has always been my sources of information, though.
Thanks
Pasal mat rempit ni, saya ada 1 cadangan.
ReplyDeleteYang kena tangkap, kita suruh dia buat sosial service. Antara hukuman yg sesuai ialah:
1. gali lubang kubur/liang lahad
2. jaga rumah mayat
3. iring ambulan kes kemalangan
4. ikut IO polis yg buat siasatan kes kemalangan maut
5. jadi penolong jururawat bilik bedah kes kemalangan
Idola saya seorang doktor..sudah tua..tapi masih bersemangat untuk berjuang..saya sangat suka melihat bunga silat dan buah serta pukulan dia..
ReplyDeleteAngkatan pemimpin sekarang pun o.k juga..rakyat Malaysia yang pilih mereka menjadi pemimpin,saya percaya mereka sedang mencuba sebaik mungkin untuk memimpin negara ini..setakat kebolehan yang mereka ada la..Tiap orang dan juga pemimpin mempunyai kebolehan dan kelemahan masing-masing..dah pilih dia..biar dia buat kerja..tak puas hati..kita komen dan hentam dia..supaya dia sedar dan membetulkan mana -mana yang patut..jangan lupa..mereka memimpin kerana majoriti telah memilih mereka untuk menjadi pemimpin..!
Isu Mat Rempit : pendekatan yang mengutamakan kuantiti berbanding kualiti hasil, takkan ke mana.
ReplyDeleteSaya juga hampir tersedak apabila keris dipersalahkan sebagai punca peperangan. Kalau begitu eloklah keris tu diganti dengan burung merpati (lambang aman) dan warna merah ditukar menjadi pink (lembut dan tenang). Moga2 dengan itu parti Melayu ini akan aman dan tenang selamanya.
Masa untuk memperingati diri -- time for a reality check.
ReplyDeleteOk, ramai yang kecam Pak Lah. Yang jadikan blog ini arena membelasah beliau. Datuk dah banyak kali mengingatkan blog ini bukan gelanggang untuk menjatuhkan atau menaikkan sesiapa.
Tetapi sangat ketara ramai pendebat yang jelas anti-Pak Lah. Ok, tak apa sebab Pak Lah sendiri kata dia rela dikritik. Tapi biarlah ada had batasan dan ada fairness.
Ramai yang memetik kata-kata Tun Dr Mahathir Melayu mudah lupa sehingga mereka sendiri lupa bahawa yang mudah lupa itu adalah mereka. They are the forgetful ones.
Ya benar Tun mempelopori ICT yang memberikan kita akses kepada Internet sehingga kita boleh membuat websites, blogs dan sebagainya. Tetapi kita perlu tanya siapa yang memberikan kita kekebasan untuk menggunakan saluran ini untuk berbahas dan berdebat?
Bukankah Pak Lah? Saya pun ada yang tak setuju dengan Pak Lah. Tapi dari aspek kebebasan bersuara kita kena beri markah yang tinggi kepada Pak Lah. Walaupun Kerajaan dan parti-parti BN mengusai media massa perdana yang pastinya pro-Pak Lah, pro-Kerajaan dan Pro-BN, tetapi kita yang tidak ada akses kepada media perdana boleh menggunakan saluran ICT yang canggih, spontan dan virtual.
Jadi kita jangan mudah lupa hadiah bebebasan yang Pak Lah berikan kepada kita.
Terima Kasih Pak Lah.
Dato', saya setuju dng Pelayar Internet tentang kebebasan yang kita nikmati di era Pak Lah untuk menanfaatkan ICT.
ReplyDeleteTetapi Pak Lah bukan pengasas kebebasan ICT. Dr Mahathir mengasaskannya melalui undang-undang multimedia.
Pelayar Internet juga tersilap apabila berkata Pak Lah memberi kebebasan kepada ICT dan mejadi mangsa apabila dikritik oleh bloggers dan Websites.
Dr Mahathir lebih awal dikritik dan dimaki hamun oleh websites pro-Anwar Ibrahim mulai tahun 1998 apabila Anwar dipecat.
Dalam era Pak Lah inipun banyak websides dan blogs diasaskan untuk menghentam dan memaki hamun Dr Mahathir dan menyokongnya.
Jadi bukan Pak Lah saja yang bagi kebebasan kepada ICT. Dr Mahathir mendahuluinya.
Pelayar internet,
ReplyDeletesekadar mengingatkan saudara/saudari bahawa kebebasan bersuara menerusi internet bermula pada zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pelopor ICT. Pada waktu itu Tun Dr M bukan sekadar memberi kebebasan rakyatnya mengutuk dan mencaci beliau menerusi laman blog tetapi akhbar Harakah terbitan PAS juga mencatat peningkatan jualan yang paling tinggi dalam sejarah pengedarannya. Dan Tun DR M tidak pula menarik permit penerbitan akhbar itu! Zaman reformasi menyaksikan perkembangan senario berkenaan yakni semakin meluas kritikan terhadap kerajaan dibuat menerusi internet/blog. Kita tidak menyedari hal itu kerana Tun Dr M bijak mengurus negara dan mengawal sistem pentadbirannya.
Datuk,
Manakala saya tidak bersetuju perbahasan yang berkisar kepada caci-mencaci dan maki-memaki sebagaimana juga Datuk tidak menyukainya, saya berpendapat bahawa perkara itu berlaku kerana ramai yang sudah tidak tahan lagi melihat perilaku beberapa pemimpin kita yang memualkan. Jadi mereka terpaksa meluahkan perasaan yang terbuku di hati menerusi laman blog seperti ini.
A’kum Datuk,(izin saya menulis panjang sedikit….)
ReplyDeletePerhatian Saudara/i bernama Pelayar Internet,
Saya sokong pendapat anda, tetapi anda mungkin tidak teliti membaca blog Datuk Kadir sedalam2nya sebelum membuat rumusan dan komen.
Saya cuba menyelidik dan mendalami tentang isu “kebebasan bersuara” yang saudara/i cuba bentangkan disini. Seingat saya didalam blog ini Datuk Kadir telah pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan bertanyakan kepada DR FADHULLAH SUHAIMI ABDUL MALEK , Pengurus Besar, Strategi Korporat dan Perkhidmatan TM Net Sdn Bhd berkenaan isu Kerajaan memberi amaran akan mengawal dan mengambil tindakan terhadap blog dan pengendalinya.
Suka saya merujuk kepada jawapan (Nota kaki) yang diberikan oleh TMNET yang telah dihidangkan kepada kita semua di blog ini pada; Thursday, August 31, 2006. Tajuk posts: Khazanah Terpaksa Selamatkan Aset Nasional
Link ini adalah petikan berita tentang seriusnya Kerajaan utuk menyekat kebebasan bersuara didalam alam siber:
http://din.huluselangor.net/modules.php?name=News&file=article&sid=237&mode=thread&order=0&thold=0
Link ini pula jawapan panjang lebar Menteri terbabit tentang isu ini:
http://kay.cesb.net.my/malaysian-government-to-fight-against-misbehaving-bloggers-malay/.
Kesimpulan saya;
Dari aspek kebebasan bersuara, sepatutnya ianya di berikan sepenuhnya didalam media arus perdana tanpa sekatan dan batasan. Bagi saya, itulah konsep kebebasan namanya! Tetapi, bagi isu yang boleh mendatangkan kekecohan, huru-hara, perbalahan antara masyarakat dsb, maka elok juga dipantau seperti yang terjadi semasa zaman kes Anwar Ibrahim dahulu. Jika diingat kembali, kekecohan yang terjadi pada masa kes Anwar itu adalah di dunia nyata sehinggakan ada yang bertumbuk dan bergaduh dikhalayak ramai kerana tidak dipantau sebelumnya.
Pada awalnya, TDM telah memberikan kebebasan sehinggakan terjadi pergaduhan dan kacau bilau oleh segelintir mereka yang fanatik. Jadi, ada segelintir mereka yang terpaksa dikurung kerana keganasan yang mereka buat dan media perdana dinasihatkan menghentikan ulasan yang tidak wajar, untuk mengelakkan kekecohan. Sebab untuk mendapatkan kebebasan itu jugalah, PARTI KEADILAN diwujudkan untuk dibenarkan bebas bersuara.
Saya percaya tindakan TDM waktu itu adalah untuk menjaga keamanan negara dan juga memberi peluang bagi rakyat menilai sendiri isu itu. Pada masa itu blog belum digunakan secara meluas lagi di negara kita. Disebabkan ruang media terpaksa disekat bagi mengelak insiden yang sama berulang, mereka menggunakan alam siber yang tidak pernah langsung dipantau oleh TDM! Kerana TDM tahu rakyat dialam siber adalah dari golongan pemikir. Jika mahu bertarung, biar pertarungan di arena yang sesuai tanpa pergaduhan.
Untuk pengetahuan saudara/i (Pelayar Internet), blog dialam siber hanyalah digunakan untuk mengutarakan pandangan penulis dan peluang mereka yang membaca untuk berkongsi pendapat. Lihat sekarang! Tiada siapapun yang mengamuk dan bertindak ganas diluar alam siber sekarang ini. Semuanya kerana pembaca dikehendaki memikirkan buruk dan baik sesuatu penulisan itu.
Pada waktu ini, blog2 yang dididapati mengancam keselamatan negara sebenarnya tidak wujud kerana manusia dizaman siber adalah golongan manusia yang berfikir. Kita semua dikehendaki menggunakan kekuatan minda bagi menentukan baik atau buruk sesuatu artikel itu sebelum menulis atau membaca.
Kebebasan bersuara yang sebenar adalah kebebasan diluar alam siber yang pada masa ini telah dihalang tanpa sesuatu sebab yang munasabah! Tanpa ada pergaduhan, pertengkarandan tiada kekecohan seperti sebelumnya….hak bersuara “are being denied”. Itu yang terjadi sekarang! Kenyataan TDM langsung disembunyikan dari ruang media perdana! Harus diingat, TDM tidak pula ingin mewujudkan PARTI baru, hanya sekadar menegur sahaja…demi negara dan orang MELAYU!
Jadi, jika anda menyatakan bahawa Pak Lah yang memberikan kebebasan bersuara kepada kita hari ini melalui alam siber, bagi saya itu tidak benar sama sekali!
Sepatutnya, dengan adanya blog dialam siber ini, pandai2lah kita pembaca menilai baik buruk sesuatu penulisan itu dan maksud yang tersurat dan tersirat supaya tidak lalai. lupa dan alpa dalam mencari ilmu dan kebenaran. Tepuk dada tanya selera……sampai masanya nanti pangkahlah sesiapa yang anda mahu!
Yang hairannya, mengapa Kerajaan harus takut pada alam siber, jika penulisan dan berita yang dikeluarkan oleh mereka di media arus perdana adalah di pihak yang benar? Musykil!
Seperkara lagi, mungkin jika saudara membaca betul2 penulisan dan komen Bloggers di alam siber, kebanyakan bangsa Melayu/rakyat kita tidak pernah lupa jasa TDM. Dan kebanyakan bangsa Melayu sudah mula merasakan kepayahan….
Tetapi yang menyedihkan, kebanyakan Pemimpin Melayu yang ada sekarang telah mula lupa jasa TDM dan langsung tidak mengenang budi!! Ini jugalah yang dijadikan topik dan bualan hangat di alam siber dan kedai kopi ketika ini…selain dari isu2 yang berbangkit…
Saya percaya kebanyakan Melayu/Rakyat juga pada awalnya ingin berbangga dan melihat Pak Lah dan pemimpin kita ini berjasa dan bersama2 ingin membantu membangun negara. Saya tidak fikir ada agenda lain yang diperlukan oleh rakyat dan TDM khususnya, selain dari berkongsi nikmat kehidupan yang pernah diperjuangkan dan dirasai bersama sebelum ini.
Tapi cuba renung dan fikirlah sendiri, adakah satu jasa/idea dari Pemimpin kita yang boleh dibanggakan setakat ini? Jadi, Blog2 inilah sahaja nikmat yang tinggal sebagai tempat meluahkan duka dan nestapa rakyat kerana pemimpin mereka lupa!
Ini cuma sekadar luahan tidak setuju saya sahaja…………jika ada yang ingin membantah/mengiyakan…..dipersilakan...Terima Kasih
Pelayar Internet said...
ReplyDeleteJadi kita jangan mudah lupa hadiah bebebasan yang Pak Lah berikan kepada kita.
Terima Kasih Pak Lah.
===================================
Nope. I do not forget easily because I know that it was Tun Dr Mahathir who gave Malaysians the freedom to "bantai" him during the reformasi period.
Anti-mahathir websites such as Mahazalim & Mahafiraun were set up following the sacking of Anwar Ibrahim from the Govt & Umno & dedicated solely at whacking the Tun.
The attacks on him were very vicious. Did Tun Dr Mahathir close them down?
I say "Thank You" Dr Mahathir for giving Malaysians the freedom to speak up - whether in support of you or otherwise.
Dato
ReplyDeleteMengenai kenyataan LKY baru-baru ini, ia memang satu kenyataan yang provokatif.
Yes I am glad that Dato Najib has finally commented on LKY’s statement describing it as mischievious", "uncalled for", "inaccurate", and "misleading".
Chinese systematically being marginalized?
For a start, Brenden Pereira should invite LKY to visit the NST.
Let him see how accommodating our Prime Minister, Pak lah is. Berapa kerat Melayu memegang jawatan tinggi di bilik editorial sekarang? And NST is supposedly an Umno paper. Oh forget abt Hishamuddin Aun, he is just a puppet.
Now who is being systematically marginalised? Yeah, thanx to the Singapore-trained agents...oops sorry, I mean Singapore-trained "journalists" Dato kalimullah & Brenden.
Compare NST with the Star, an MCA newspaper. How many Malays are holding top editorial posts there?
And who does the MCA represent? The Malays?
What abt the DAP & Gerakan? For all intents & purposes, being Chinese-dominated parties, they represent the interest of the Chinese community.
Kaum Cina bebas bersuara di negara ini melalui parti-parti politik tersebut untuk meminta "itu" dan "ini" dan mneyuarakan ketidakpuasan mereka.
Tolong jangan labelkan saya sebagai seorang racist kerana membangkit perkara di atas. Ini ada lah satu kebenaran.
LKY patut bertanya samaada orang2 Melayu di Singapura diberi kebebasan untuk bersuara saperti kaum Cina di negara ini.
Orang Melayu di Singapura tidak berani berdecit pun.
Jadi, kaum mana yang telah diketepikan secara sistematik & dianaktirikan?
Kaum cina di sini atau orang Melayu di Singapura?
Jay
Datuk,
ReplyDeletesaya merupakan fresh graduate dan masih lagi menggangur, jadi kerja saya hanya lah melayari internet, mencari info. terkini dan kerja-kerja kosong, setelah melayari banyak blog, forum banyak yang bercerita tentang PM sekarang, saya boleh dikatakan jahil dalam politik tak tau apa pun, tapi kalau dipikir secara logik mungkin ada betul apa yang diperkatakan..
teringat saya ketika mewawancara seorang tokoh kewartawanan dan tokoh politik utk kerja krusus saya, ketika itu PM skarang mendapat mandat besar merintah negara, tokoh itu secara sepontan memberitahu saya, rakyat akan bangkit menentang satu hari, kalau kerajaan xbetul, saya ketika itu tak menghiraukan apa yang beliu kata, sebab xfaham
tapi sekarang mungkin faham sedikit, saya sedikit pun xkisah pasal semua ni.. kerana bagi saya sapa yang merintah ada agenda sendiri walhal kalau kita merintah pun begitu, tapi jangan lar mengabaikan nasib rakyat.
budak sekolah
Datuk,
ReplyDeletePada pandangan saya...LKY sedang cuba melakukan apa yg org kata "the pot calling the kettle back".
adalah sukar di terima akal jika dikatakan masyarakat cina di Malaysia di anaktirikan...tetapi adalah lebih masuk akal jika dikatakan melayu singapura mmg terpinggir sejak sekian lama...
semua bukti tentang ini mmg diketahui umum dan pada yg membaca, tepuk dada tanya akal
Assalamualaikum Dato'AKJ,
ReplyDeleteTelah lama juga saya mengikuti laman blog dato'. Banyak isu panas yang diketengahkan. Jadi ini komentar saya untuk kali pertama.
Rasanya tidak terlewat untuk turut membahaskan isu 'Mat Rempit'. Terima kasih diucapkan disamping dato' berani menyentuh isu politik negara yang panas membara, Dato' tidak lupa juga menulis tentang "MASALAH RAKYAT MARHAIN". Isu Mat Rempit ini memang satu masalah yang seringkali terlepas pandang oleh ahli-ahli politik yang diamanahkan rakyat. DiParlimen wakil rakyat lebih sibuk berdebat tentang isu 'bow tie. Adakah ini mempamerkan minda segelintir wakil rakyat kita. Jika ini benar, teramat-amatlah malang bagi rakyat Malaysia.
Mungkin isu mat rempit ini dipandang remeh oleh mereka atau mungkin isu ini bukan isu Jambatan Bengkok? Mat Rempit yang boleh dikatakan 99% daripadanya adalah melayu dan persoalannya ini semua salah siapa? Mungkin ada yang mengatakan tidak perlu mengungkit salah siapa. Bagi diri saya memang perlu! Tidak ragu-ragu lagi kita mesti mencari dimana silap dan puncanya hinggakan budak-budak samseng ini bangga menjadi Mat dan Minah Rempit.
Apabila orang yang diamanahkan kuasa mengkhianati amanah yang diberi inilah habuannya. "Harapkan pagar...Padi makan pagar"(pepatah melayu baru). Puncanya? Seanang sahaja...saya ada jawapannya. Puncanya...kita mengkhianati Islam. Kita meremehkan hukum Al Quran. KIta pandang Tok-Tok Guru ini sebagai ketinggalan zaman, tidak moden, jumud pemikiran tertutup...dan kita labelkan orang-orang cuba mempertahankan akhlak islam sebagai Penentang Pembangunan.Kita letakkan martabat orang-orang yang ikhlas memperjuangkan agama dalam longkang.Pelakon dan Penyanyi kita dewa dewikan.Maka ini lah jadinya.
Dari pengalaman saya sendiri malah ada yang tidak pernah kenal siapa itu Imam Bukhary dan Imam Muslim. Pernah sekali saya ditanya "Saya ingin mencari Tafsir Quran oleh Bukahry atau Muslim." Lawak antarabangsa bukan? Tidak cukupkan dengan Tafsir Ibnu Kathir sehinggakan Imam Bukhary dan Imam Muslim disangka sebagai Tukang Tafsir Quran? Ini adalah sebahagian sahaja, malah banyak lagi cerita yang lebih ngeri.
Kalau ditanya kepada Mat dan Minah rempit apa dia rukun Iman. Jangan terkejut kalau dijawabnya. Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara...dan bla..bla..blaa...Kenapa ini boleh terjadi? Adakah salah mak bapak? Salah Tok Imam? ataupun salah sendiri? Pastinya orang-orang diamanahkan kuasa boleh menjawabnya. Bukan bermaksud disini saya cuba meletakkan kesalahan kepada mereka 100%; tetapi jika ada kuasa yang sementara itu pergunakanlah sebaik-baiknya. Jangan bila dan kehilangan kuasa baru nak terpekik terlolong!
Kepercayaan itu penting...jika tidak percaya habislah kita. Lalu jadilah seperti kebanyakkan Mat Rempit yang berakhlak seperti BINATANG!
Aduhai malang sungguh bangsaku... (seperti tulisan Dato')
Terima Kasih Dato'.
(pureislamic.blogspot.com)
Alhamdulilah, Datuk Tahniah. Kalu ramailah orang2 Besaq macam Datuk rasa2 negara kita boleh selamat. Pengaruh media massa ni besaq. tanggungjawab kita kena bagi kesejahteraan pada rakyat teramai. Datuk seorang pengamal media yang veteran tau mana intan mana permata untuk agama bangsa dan negara. Cerita2 yang seimbang macam ni , kira rakyat biaq celik sikit. Jangan baik 24 jam,
ReplyDelete