Tuntut Maaf Daripada LKY
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa.]
AGAKNYA, oleh sebab terlalu kerap dan terlalu gemar bercakap hal-hal remeh-temeh, lucu dan merapu, kepemimpinan kita di pelbagai peringkat dan kelompok tergamam apabila terserempak dengan cabaran.
Itulah yang nampaknya berlaku apabila dimaklumkan dan disedarkan mengenai fitnah dan penghinaan terhadap negara kita oleh politikus bermulut laser dari seberang Selat Teberau bernama Lee Kuan Yew.
Pada 15 September, ketika berucap dan berdialog di dalam sebuah persidangan di negara beliau, Menteri Mentor republik pulau itu telah membuat kenyataan berikut:-
1. Singapura memerlukan sebuah kerajaan yang cerdik dan mahir yang boleh mengatakan “tidak” kepada negara-negara jiran secara diam-diam dan bersopan santun agar tidak menimbulkan kemarahan mereka sehingga melakukan sesuatu yang “bodoh” (silly);
2. Jiran Singapura iaitu Malaysia dan Indonesia kedua-duanya mempunyai masalah dengan penduduk keturunan Cina mereka. Orang Cina Malaysia dan Indonesia berjaya. Mereka bekerja kuat dan sebab itu dipinggirkan secara sistematik;
3. Indonesia dan Malaysia mahu Singapura yang majoriti penduduknya Cina jadi seperti Cina mereka iaitu mengikut telunjuk;
4. Adalah penting bagi Singapura, sebagai negara majoriti rakyatnya berketurunan Cina, untuk berdepan dengan negara-negara yang lebih besar yang majoriti rakyatnya beragama Islam; dan
5. Singapura akan musnah jika pembangkang menang.
Daripada laporan agensi berita antarabangsa, jelas bahawa Kuan Yew memburuk-burukkan Malaysia dan Indonesia bagi mempertahankan dasar tidak liberal Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura.
Dalam percubaan mempertahankan pemerintahan kuku besinya, Kuan Yew secara kurang ajar membuat kenyataan yang menghasut orang Cina Malaysia dan Indonesia.
Kalau di Singapura, sesiapa sahaja yang membuat kenyataan sedemikian sudah pasti dibicarakan dan kemungkinan besar disumbat ke dalam penjara.
Malangnya bagi kepemimpinan kita, ia mengambil masa hampir seminggu untuk memberi reaksi, itu pun sekadar menyifatkan perbuatan Kuan Yew sebagai “nakal”.
Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak pada 21 September yang disokong pada 23 September oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekembalinya dari luar negara.
Kalau Kuan Yew kanak-kanak berusia lima atau enam tahun, saya setuju perbuatannya disifatkan sebagai “nakal”. Tetapi Kuan Yew berusia 83, menjadi Perdana Menteri selama 25 tahun dan kini, sebagai Menteri Mentor, berupa kuasa pemutus di Singapura.
Perbuatannya memfitnah Malaysia dan Indonesia dan menghasut penduduk keturunan Cina di kedua-dua buah negara adalah lebih buruk daripada buruk dan lebih jahat daripada jahat. Ia adalah perbuatan dengki.
Bagi kenyataan yang begitu jelas dan terang maksudnya, Malaysia, sebagai negara berdaulat, tidak perlu berdolak-dalik atau memberi peluang kedua kepada Kuan Yew.
Kerajaan kita hanya perlu menghantar nota bantahan dan menuntut agar Kuan Yew atau Kerajaan Singapura memohon maaf. Tidak perlu surat-menyurat, apatah lagi daripada Perdana Menteri kita kepada Kuan Yew yang berkedudukan lebih rendah.
Secara langsung Kuan Yew menggambarkan rakyat jelata Malaysia keturunan Cina sebagai daif, tidak berdaya, mengikut telunjuk dan terpinggir.
Orang Cina Malaysia tidak terpinggir dan tidak mengikut telunjuk. Tetapi seandainya mereka terpinggir dan mengikut telunjuk, apa halnya dengan orang Cina Singapura? Atau orang Melayu dan India Singapura?
Orang Melayu, Cina, Iban, Kadazan dan India Malaysia bebas berpolitik. Mereka ada parti politik sendiri yang menganggotai kerajaan dan yang menjadi pembangkang.
Benar orang Cina Malaysia adalah kaum minoriti. Tetapi peratusan mereka lebih besar (26 peratus) daripada peratusan orang Melayu Singapura (14 peratus).
Orang Cina Malaysia mempunyai parti politik mereka sendiri.
Apakah orang Melayu Singapura mempunyai parti politik mereka sendiri?
Di Singapura, bukan sahaja orang Melayu tidak mempunyai parti politik mereka sendiri, malah kaum majoriti Cina pun sukar menubuhkan parti politik yang berdaya maju kerana misi kerajaan PAP Singapura adalah menghapuskan pembangkang.
Jadi saya rasa tidak perlulah kerajaan kita membazirkan wang rakyat membeli dakwat, kertas dan setem untuk menghantar surat kepada Lee Kuan Yew.
Lebih baik kalau kita membina sebuah pemerintahan yang lebih cerdik dan lebih mahir supaya kita boleh berkata “tidak” kepada jiran-jiran kita jikalau kedaulatan, maruah dan kepentingan kita terancam.
Assalamu'alaikum, Datuk AKJ,
ReplyDeleteSaya setuju bahawa tindakan LKY yang melampau seperti itu tentu sahaja lebih daripada sekadar bersifat 'nakal'. Saya yakin kebanyakan rakyat negara ini turut berkongsi sentimen yang sama: bahawa LKY tetap LKY. Dengan ketiadaan reaksi yang sepadan - walaupun tidak berlebihan - daripada apa yang dicetuskan oleh LKY, saya percaya LKY tentunya berasa lebih lega dan yakin.
Pada masa lampau, LKY sering berkira-kira untuk melakukan perkara seperti yang dilakukan baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin negara ini - dalam bentuk personaliti seperti yang ditunjukkan misalnya oleh Allahyarham Tun Razak, Allahyarham TS Syed Jaafar Albar dan kemudiannya melalui asakan-asakan intelektual TDM - LKY sentiasa berasa 'kecerdikan' dan'kebijaksanaan pertimbangan politik' beliau sentiasa ditunjukkan batas dan hadnya oleh pemimpin-pemimpin kita itu.
Dalam keadaan beliau yang tersempit, lebih-lebih lagi apabila negara republik itu dimalukan oleh kejadian coup d'etat di Thailand, maka jalan keluar sementara yang dipilihnya tentu sahaja mengalihkan keburukan republik itu ke negara-negara jiran yang tidak disenanginya. Begitulah caranya negara itu mencapai status 'negara pertama' sepertimana dikarang oleh LKY dalam memoirnya yang dianggapnya hebat itu.
What would you do if your neighbour throw rubbish into your compound?
ReplyDeleteDo you wait for a week to confront him?
Do you use your so-called 'elegant silence' and ponder what to write to him?
If that's the way you react, he will throw more rubbish (including the letter he received from you)into your compund again and again.
Well, our southern big bully is back!
Assalamu'alaikum Dato',
ReplyDeleteMengharapkan reaksi spontan dan bermaruah drpd negara kita, hanya berlaku di zaman TDM.
Tak usahkan LKY; PM Britain, PM Australia malah Presiden U.S sendiri pernah 'merasakan' bahang tindak balas TDM.
Maruah negara cukup sensitif bg TDM, kerana beliau sentiasa teringatkan sewaktu zaman Jepun, org Melayu terpaksa tunduk setiap kali org Jepun melintas (selalu beliau sebut dlm perhimpunan agong Umno).
Cubalah suruh Khairy (saya yakin dia cukup berani) buat demo di kedutaan S'pore.
Dato'
ReplyDeleteTindakan LKY itu menyorot kembali sejarah tanah air "LKY" menangis selepas mengumumkan talak 3 singapura malaysia. Mengapa LKY menangis? Mungkin hari ini jawapan nya tampak lebih jelas. Saya amat bersetuju dengan Dato' bahawa kepimpinan negara perlu menghantar nota bantahan, bukannya surat menyurat, perjumpaan atau memohon LKY memohon maaf. Kalau LKY minta maaf sekalipun, ianya tidak mengubah apa-apa!!. Hakikatnya, Singapura sentiasa berkata "tidak" kepada jirannya, kita Malaysia dan selalu menang dalam banyak perkara. Pada masa yang sama, masih ramai pemimpin kita yang seronok dan semakin seronok bermain golf di singapura. Jadi, mohon maaf atau tidak dari LKY tidak mengubah apa-apa. Yang perlu berubah adalah kepimpinan kita. Yang perlu, pemimpin yang bergelar Singa Malaya, Singa Johor dan ramai singa-singa lagi yang betul-betul pejuang yang taat setia kpd ugama dan bangsa. Dalam pada itu, komitment dan kesetiaan pemimpin Cina kita lebih penting--yang mana saya secara peribadi meraguinya. Tiada seorangpun pemimpin dari Dewan Perniagaan Cina, Pendidikan Cina atau apa saja badan-badan Cina bersuara melainkan pemimpin parti politik sahaja--itupun lebih kepada membuat ulasan bukannya kenyataan keras dan menentang. Walaupun saya bekerja di syarikat Cina, saya mempunyai sebab tersendiri untuk meraguinya.
Lain kali kalau Kuan Yew buang angin pun kita kena tahu kerana
ReplyDeletemana tahu itu ada racun dan toksik
dan cepat-cepatlah kita pakai topeng gas.
Ini bermakna Kuan Yew haruslah keluarkan kenyataan-kenyataannya di musim atau masa-masa Indonesia mula jual jerebunya kepada kita semua.
Di waktu Mahathir jadi PM sampai sekarang pun keadaan sama. Tun pun pernah menyalak bukit Singapura dan Bukit Jakarta. Cuma kawan baik Tun adalah Pak Suharto.
Although the statement by LKY is off the cuff, the thing is, there will be no smoke without a fire.
ReplyDeleteI would not agree that Malaysian Chinese are subservient to the bumiputeras but there raises the issue of equality and fairness. It is a well known secret that a lot of the government's policy including NEP etc is biased. And recently, the recent spate of race based nationalism by certain individuals and parties are cause for concern.
I have no affection to China as my home, but my loyalty is to my birthplace, Malaysia although i'm known as Chinese. What is truly sad is that in a way, when we are born Chinese Malaysian, we do not get the crutches when we are handicapped (we do not need them from birth, only when necessary). When will the race based politics end and the true unification of Malaysia begins?
dato' and friends,
ReplyDeletei am truly disappointed with LKY remarks, however i even more dissapointed with our leaders who like to play 'elegant silance'.
kenapa bila TDM bersuara untuk kebaikan semua, ramai menteri termasuk yang tak ada kena mengenapun terus melompat dan melempar tuduhan malahan mencerca, classic example sdr nazri aziz sampai hilang pertimbangan dan rasa hormat terhadap orang yang telah membawanya ke kedudukannya sekarang (walaupun tak secemerlang mana). kenapa sdr nazri tak berbunyi langsung sedangkan negaranya, bangsanya difitnah dan dimalukan sedemikian rupa. maka oleh itu janganlah sekadar nak jadi hero kampong (sekadar berkokok macho di padang rengas je baik tak payah).
sdr najib pun sekadar melepas batuk ditangga, istilah 'nakal', 'uncalled for' sekadar gimik politik je. berani berani takut.
AAB pula kononnya nak berhemah nak tulis surat kepada LKY, tapi idea itu tak cemerlang juga, takkan lah nak merendah diri sampai begitu sekali mencemar imej menulis kepada yang tidak setaraf. bantahan rasmi dan gesaan meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat malaysia dan indonesia sepatutnya dituntut. sekadar nak tulis surat biasa kepada LKY nampak macam budak-budak je, lepas tu diakhir surat jangan lupa tulis pantun 'pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas...'.
Tempoh hari apabila AAB diminta bertemu atau setidak-tidaknya menulis surat penjelasan kepada TDM beliau enggan atas alasan tiadaa keperluan, biarlah menteri berkenaan jawab. tapi bila kena gempar oleh LKY pandailah pulak nak cepat-cepat menulis tanpa perlu disuruh suruh.
inilah gamaknya pemimpin di malaysia ini cukup garang di kampong sendiri tapi selalu ditemberang oleh orang luar.
ironiknya buat kesekiankalinya dalam tempoh sebulan dua malaysia sekali lagi dipermainkan oleh singapura, dikalahkan lagi oleh LKY kerana mereka tahu pemimpin kita tak sebijak dan seberani mana nak melawan, idea pun tak secemerlang mana.
mana pendirian kita sebagai negara berdaulat dan bermaruah. lemahkah kita sampai tak terbuka mulut nak menjawab. apakah reaksi kita terhadap tohmahan tersebut... siapa pun tak berani nak jelaskan, itupun nak kena tunggu hari rabu ke lepas mesyuarat kabinet baru nak buat pendirian. itulah padahnya bila kononnya semua keputusan kena buat dalam kabinet. para menteri dan PM sendiripun takut nak decide ataupun tak ada idea langsung untuk bersuara.
bukankah setiap menteri ada bidang kuasanya tersendiri, lakukanlah sesuatu, kenapa, sudah tiada keyakinankah untuk melakukan sesuatu, takut nanti dikatakan tak mesyuarah. man dia menteri luar kita sdr syed albar, mengecewakan, tidak seberani almarhum ayahandanya.
inilah para pemimpin kita hari ini dan yang akan datang...
semoga kita dilindungi Allah SWT hendaknya...
terima kasih
Yang Berbahagia Dato',
ReplyDeleteDato menulis: "Kerajaan kita hanya perlu menghantar nota bantahan dan menuntut agar Kuan Yew atau kerajaan Singapura memohon maaf. Tidak perlu surat menyurat apatah lagi daripada Perdana Menteri kita kepada Kuan Yew yang berkedudukan lebih rendah."
Saya tertarik dengan ayat akhir Dato' dalam para ini. Hemmm....ia buat saya berfikir banyak kali. Bagi saya dari sudut jawatan LKY memang kelihatannya lebih rendah dari Perdana Menteri kita tapi kalau dari sudut lain, dari pandangan dunia nilai LKY lebih tinggi dari nilai PM kita. Sebab tu saya perhati sepatah yang LKY cakap berjela-jela dan berebut-rebut media besar dunia menyiarkan ia.
Berlainan dengan PM kita, berjela-jela beliau bercakap rasanya belum pasti sebaris pun yang dipakai oleh media dunia itu. Tak percaya bukak tv kita cuba perhatikan 'mic-stand' yang ada di pentas sidang akhbar. Tak lain dari 'mic stand' TV3, Bernama TV, TV8, Edisi 7, RTM (kadang-kadang sampai dua sekali letak...jadi nampaklah banyak). Mana pergi 'mic stand' Reuters, AP, Channel News Asia, Al Jazeera...
Ini kerana pemimpin kita hari ini suka bercakap isu yang 'kecik-kecik' jauh dari menggambarkan keintelektualan mereka. Ulasan dan kenyataan mereka pulak lepas tu menjadi bahan jenaka dan senda gurauan di kedai-kedai kopi. Bagus juga kerana pemimpin kita menjadi penglipur lara kepada rakyat jelata yang kini terbeban dengan kenaikan harga kos kehidupan.
Kalau pun kenyataan LKY itu tidak benar dan mengundang provokasi, ia memberitahu kita nilai 'berlian' nya masih memancar walau berada di kedudukan mana pun. Kita juga memiliki butiran 'berlian' itu tapi sayangnya kita ibarat kera mendapat bunga.
LKY cuba memberitahu kita dua tiga tahun kebelakangan ini kehidupan dia kini semakin sepi tanpa TDM dari Malaysia. Lawan beliau yang selayaknya.
Aduhai Malaysia ku...
Saya bersetuju dengan pandangan Datuk. Pemimpin-pemimpin Melayu kita (yang ada sekarang) tidak mempunyai keberanian untuk menyuarakan pendapat sebenar kepada jiran kita.
ReplyDeleteKerana apa? Ini adalah kerana budaya UMNO, yang mana ahli-ahli politik produk UMNO senantiasa mahu menjaga kepentingan diri sendiri dan tidak mungkin mahu mengeluarkan kenyataan yang mana boleh dibalas atau didebatkan kemudian.
Pemimpin dan ahli-ahli parlimen sekarang lebih senang membahaskan isu-isu remeh & non-productive seperti isu pembelian kereta lelong Kastam daripada memikirkan bagaimana kita harus mengatasi isu-isu besar bangsa Melayu - kenapa majoriti Mat Rempit & penagih dadah adalah Melayu. Kenapa remaja Melayu lelaki tidak minat belajar, dan lebih minat kepada hiburan, motor, kereta dan seks! Adakah ia kesilapan sistem pembelajaran kita yg terlalu exam-oriented.
Logically when our current top leaders do not have the guts (or probably they dare not, or don't have the brains) to give the "real reply" to the LKY's statement, what more can we expect from the rest of UMNO politicans.
The way our leaders are being elected, whereby money rules almost at every level, is a disaster to our our nation & bangsa Melayu. It is like a small dot in your body tissue and slowly growing into cancer. We now have leaders who of those have big money, and the real person(s) who are leaders or have the brain will be chopped if enter politic - because they are threat to those ploticians.
Saya merindui zaman 60an & 70an, dimana Melayu, Cina & India bebas membuat apa saja bersama tanpa persaan saling prasangka.
kelvin lim,
ReplyDeletedo not play with fire, for if you do you could burn yourself off and left no smoke except the ash.
what equality, what fairness you talked about. do you ever thought that every single previlege you enjoy means every another right that the bumis had lost.
that were what the bumis had been sacrifising for from the very days in the spirit of common merdeka and unity.who has been more benefitting from the peace that everyone has been keeping?, ask youself what more you want?, and in return what had you been giving to the nation other than keep on asking for more on the ground of fairness.
its all about sharing, if you refuse to share, stop complaining and by all means, you can find any single ethnic nations and live there for good ie singapore,hong kong, australia or even mainland of china.... you decide.
everyone has agreed on DEB, fullstop. no more talking about fairness when you yourself never understand (or never want to..) what is fairness all about.
once again kelvin lim, forget about trying to be a hero for your own group as the price is to expensive for everyone to pay.
sincerely from anak DEB
Yang Berbahagia Datuk dan Pelayar semua,
ReplyDeleteSaya cuma ingin timbulkan semula perkara yang pernah Datuk sentuh dalam Malaysian Business..
"" Dimanakah kesan positif daripada tindakan BERBAIK BAIK yang cuba Pak Lah usahakan denagn Singapura ini?? ""
--> Saya merasakan apa yg DR M usulkan betapa SIngapura ini (paksi Kuan Yew dan PAP) sememamngnya tidak boleh diberi muka..kita juga yang akan ditamparnya........
--> Saya perhatikan..keseriusan kepemimpinan sekarang dalam menangani bab maruah negara (juga bangsa) adalah tidak serius dan tak nampak iltizamnya.....Mungkin maruah tidak membawa RM tapi maruah itulah yg akan menyebabkan dipandang tinggi kemudiannya......
Pak Lah wishes to write to Minister Mentor Lee Kuan Yew regarding Lee's remarks. Does he even realize that Lee Kuan Yew is below his league in terms of ranking? Pak Lah should instead be writting to the Prime Minister of Singapore, Lee Hsieng Loong, and demand that our neighbor's premier give us his assurance that he will at least try to keep his ministers in line. And any form of correspondence, for that matter, should be one asking for an immediate apology from the elderly and aging Lee.
ReplyDeleteWhy does it take Najib a week to respond the senior Lee's remarks? If this is the kind of character waiting to take over as our PM, we should all be shaking in our pants. He clearly is of little intelligence or guts, or even worse, none of both, to handle such remarks from one who is merely a cabinet minister and not even the PM of our neighbor.
Slightly off topic, recently Domestic Trade & Consumer Affairs Minister, Shafie Apdal, reacted to a call for his resignation amidst the poor handling of the sugar crisis by calling the remark "silly". Aparently, Pak Lah and his less than bright subordinate Najib have taught their cabinet to respond with words such as "silly" and "naughty" and taught them to cling on their respective posts regardless of how badly they perform in their duties. I worry for this country, no one seems to be taking responsibility for their wrong doings or inefficiency. At the rate we're going, we might as well elect the animals at Zoo Negara to Parliament come next general election. At least it'll be easier to remove them if they don't perform.
Datuk,
ReplyDeleteNampaknya tempelak LKY kali ini memang tepat pada waktunya. Dalam keadaan negara di’momok’kan dengan kisah cinta agung si dara dan si duda mahupun celoteh dua insan Felda yang ingin mengejar cita-cita dalam dunia hiburan yang penuh oportunis, ditambah pula kenyataan-kenyataan pak menteri-pak menteri yang tidak sedikit pun ‘menguji minda’, kita bagaikan membiarkan tempelak LKY kali ini berlalu bagai ‘bulu ayam di bawa angin’. Aneh.
Saya berterima kasih kepada datuk, kalau tidak kerana datuk mengutarakan dalam ruangan datuk tempoh hari pasti kami yang saban hari menatap media massa arus perdana akan terus ketawa dek cerita-cerita sensasi yang mengisi berita utama setiap hari.
Yang jelas, NST sebagai akhbar perdana kerajaan pun semakin hari semakin lesu tanpa cerita muka hadapan yang membawa isu perdana dan harapan. Hairan, tidak adakah kenyataan mahupun harapan dari PM untuk dikongsi bersama rakyat sepanjang ketiadaan beliau di tanahair? Apakah ini merupakan taktik baru dari media, supaya rakyat dapat me’reda’ kemarahan hatta tidak melihat wajah AAB setiap hari di muka hadapan. Mungkin NST mengambil iktibar dari mantan PM, TDM yang saban hari mengisi cerita arus perdana selama 22 tahun sehingga ada rakyat yang ‘jelik’ melihat wajahnya dan manifestasi kebencian mereka itu ditunjukkan dalam setiap kali pilihan raya. Ada benarnya.
Dan yang lebih menghairankan, pemimpin2 yang begitu lantang mengkritik TDM ketika mana TDM mengkritik kerajaan, mempertikai keputusan2 kerajaan dalam isu-isu bersangkut Singapura juga telah menjadi seperti NST - semuanya lesu.. Tiada sekelumit suara pun kedengaran dalam mempertahankan kedaulatan negara..
Dan kita sepatutnya berasa malu kerana akhirnya kita masih lagi ‘terpaksa’ bergantungharap kepada si jagoan tua ini yang sentiasa kritis apabila berdepan dengan kenyataan-kenyataan LKY. Sekali lagi, si pejuang tua yang telah ditidakkan peluang untuk bertanding di peringkat paling bawah dalam UMNO jualah cukup berani mengeluarkan pandangan dan kritikan beliau terhadap LKY mempertikaikan satu persatu ibarat buku yang bertemu ruas.
Hakikat ini tidak dilihat oleh pemimpin sekarang sebagai satu kekuatan dalam meneutralkan ‘jiran’ yang tidak pandai menghormati. Dan kredibiliti kita sebagai sebuah negara berdaulat akan terus di’momok’kan ibarat cerita-cerita sensasi hasil rekaan kita. Jelas, itu sahaja kekuatan kita.. :(
again, very interesting based on my rudimentary malay. :-)
ReplyDeletegot english translation? will like to post your comment on my blog. tks
Salam Dato
ReplyDeleteThe bottom line is: Our Leaders have no ba*lls. Period.
Where are the so-called anak jantan Johnny Aziz , the keris-wielding Umno youth leader Hishamuddin Hussein & the notorious, I mean the famous son-in-law, Khairy?
Not a whimper. Not a word.
So much for their jantaness!
sophie said...
ReplyDeletewill like to post your comment on my blog. tks
************************
sophie
Why dont you link dato's blog http://kadirjasin.blogspot.com to yrs?
U already have done that with rockybru's.
So what's the problem?
Hani
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteWhy LKY dared to say that? Because he knows we are weak.
ReplyDeleteYou will only attack your enemy when they are weak. Malaysian current leaders are soft & weak. Same goes to Indonesia, all of their new leaders after Suharto are busy with fire-figthing internally and none are true leaders.
LKY dared not to say it openly during the time of Dr M as well as Suharto.
My obseravtion - with our current soft leaders, the opportunists taking full advantage fulfilling their own agendas & wealth, our nation are going backward.
5 years ago our economy probably were not far from Singapore but now we are almost stagnant and in fact sliding backward.
I pray to God, please help this country of mine.....
Kelvin Lim,
ReplyDeleteI wonder how old you are and I wonder if you know how the NEP came about. I am 50 years old and I can trade NEP horror stories with you for as long as you wish. Simply put, when I first started to work (and I chose the private sector because I thought I had the qualifications and the drive), I was labelled a quota-filler. If I did not perform it's because I am a Malay. If I got promoted, it's because I am a Malay and to fill a quota.
My two elder boys have just started working 2 months ago. The elder is doing his ACCA Final Part and the younger graduated with a degree in IT from Universiti Teknologi PETRONAS (he received his scroll from TDM last month). Both were not on scholarships not because I could afford it or they did not qualify but because, you may find this hard to believe, it is now more difficult for qualified Malays to get them after the implementation of meritocracy in the award of scholarships in 2002. This is a fact but you Chinese are in a time warp and refuse to acknowledge the steps, small they maybe to you, that are being taken.
My eldest son discovered that his 2 immediate bosses (who are Chinese) only had LCCI Higher as their academic qualifications. Last night we had a long talk about racial bias in the workplace, something that I have always been telling them based on my own experiences. I hope they are now better prepared.
I posted a comment earlier for someone from among the Chinese and Indian visitors of this blog to list down exactly how you have been "anaktiried". Enough of this crutches thingy, it's so stale.
How have you personally been deprived. Were you denied a place in university that you now do not have a tertiary education? Were you ever confronted by a "must be fluent in Bahasa Melayu or you can forget about applying for a job here" requirement?
Were you denied a licence by anybody to start a legitimate business? Were you told to register your child with a Malay sounding name?
With regard to the LKY statements, I have yet to come across a satisfactory defence of the nation's honour from our leaders. We know that some do not have the courage and the intellect to take on LKY but the silence from a certain section is very disturbing.
Yes I too hope to see the end of race-based politics before I depart this earth and I strongly feel that the place to start are our schools.
Do we seriously think Kongsi Raya, Deepa Raya, National Open Houses, dropping the "Race" requirement from official forms and the holiday camp we call national service can forge a united nation when our children are separated from kindergarten itself?
Let us scrap all this SK/SRK/SRJK rubbish and REBUILD the education system into the true melting pot that it should be.
I will not be holding my breath to see this become a reality. For all the talk about a Bangsa Malaysia, I do not think the race-based parties will even think about it. To do so would erode the very reason for their existence.
It is more convenient and popular to ridicule the Muftis and brand a religion as anti-unity than to scrap vernacular schools.
We criticise the government for being inefficient but we tolerate wasting public funds to keep schools with 2 pupils in operation.
You may not believe this but the NEP had a big role in ensuring we did not face the race riots like in Indonesia during the recent financial crisis.
Personally I would very much like to see the other part of the NEP, the "Eradication of poverty irrespective of race" become a reality.
To Kelvin Lim,
ReplyDeleteI do want to reply to your comment, but stupid me, I'm not that good in English - lah.
I can sense you dislike NEP very much and being Chinese, you feel you are being victimized by it - lah.
Can you reveal more of your disatisfaction. But only this time, can you put it in our very own Bahasa Melayu so that people like me can better understand your grievance and try our best to answer you.
Y.Bhg Datuk,
ReplyDeleteSaya mengsyakki "elegant silence" itu sebenarnya suatu cara untuk menutup salah satu kelemahan Pak Lah, iaitu Pak Lah tidak berkebolehan seperti Tun Dr Mahathir untuk menjawab atau mencantas secara spontan dan bernas.
Mungkin satu dari sebab Pak Lah tidak boleh menjawab secara spontan adalah kerana kurang membaca. Saya pernah dengar dari pegawai-pegawai kanan kerajaan bahawa "style" Tun Dr Mahathir berbedza dengan "style" Pak Lah.
Dikatakan, Tun Dr Mahathir banyak membaca. Setelah membaca segala laporan, segala kertas cabinet atau kertas cadangan, Tun akan memanggil Menteri atau pegawai kanan yang berkenaan, dan Tun akan mengemukakan bermacam anika soalan untuk mendapatkan jawapan-jawapan yang akan memantapkan lagi cadangan yang dikemukakan. Bermakna Tun Dr Mahathir mengkaji segala-galanya dengan teliti dan terperinci. Itu "style" Tun Dr Mahathir.
"Style" Pak Lah pula dikatakan terlalu kurang membaca. Pak Lah akan baca sini sikit, sana sikit, dan seterusnya memanggil Menteri atau pegawai kanan yang berkenaan untuk memberi beliau "briefing". Semasa briefing, Pak Lah kurang pula mendengar tetapi akan merayau kepada lain-lain topik yang tidak berkaitan. Dikatakan Pak Lah bukan saja kurang membaca tetapi juga tidak fokus.
Dikatakan Menteri-menteri pula sekarang ini takut hendak membuat kenyataan. Beberapa kali telah berlaku setelah seseorang Menteri itu mengeluarkan sesuatu kenyataan, Pak Lah pula akan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan. Jatuh air muka Menteri dibuatnya.
Pak Lah punyai resmi suka menjatuhkan Menterinya untuk kelihatan lebih bijaksana atau lebih bertimbang rasa.
Contoh terkini adalah kes Pope menghina Islam. Menteri Luar Negeri kita telah menolak penjelasan dari Pope kerana penjelasan tersebut tidak berupa bermohon maaf kepada umat Islam. Beberapa hari kemudiannya selepas bertemu dengan President Bush di Washington, Pak Lah telah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan. Pak Lah mengaggap penjelasan dari Pope itu memadai dan boleh diterima oleh umat Islam.
Maka kelihatanlah Pak Lah itu seorang yang moderate berbanding dengan Menteri Luar Negeri yang kelihatan agak berpendirian keras.
To my fellow Malaysian Kelvin Lim,
ReplyDeleteit is obvious that certain policies we practice in this country may seem unfair to you but look at it as giving an equal playing field for everyone.
I remember my days as an undergraduate in Australia. There were many of our students sduying there of non-bumi descent. Some even complained to the locals there about issues such as Bumiputra Satus, The New Economic Policy etc practiced in Malaysia. On several occassions I was even gruelled by my fellow students from many different countries. Some even equating Malaysia to almost the level of then Apartheid governed South Africa at that time. But my answer to them was simple, if Australia (or any other white man run country) thinks that they are providing an equal playing field for all then they should not have problems naming at least 10 multi billionaires in their country who are of chinese descent. Most of them just kept quiet. Here, promininet names such as Yeoh Tiong Lay, Quek Leng Chan, Vincent Tan Chee Yuen, Lim Goh Tong, Lin Yuen Ling and many more have made their lives a success story for not the just the Malaysian Chinese but for all Malaysians to emulate.
Think about it dear Kelvin.
Dear Datuk AKJ,
ReplyDeleteLKY's statements are pretty par for course. We shouldnt get worked up on those.
Singapore as an Island Nation has managed to 'sort' herself out pretty well of late.
- Temasek's buy into SHIN Corp was enough of a catalyst to topple Thaksin ( and the 1997 Constitution at the same time ).At a stretch a S'pore GLC is indirectly causal to a change in government and "political governance ".
- A scenic, albeit crooked bridge has managed to almost split UMNO into various factions - and demonstrably so pitched Mahathir against Badawi and having Najib waiting in the sidelines ; not discounting the likes of Razaleigh resurrecting waking from the Dead, so to speak. It's a ghostly affair indeed. But Singapore has managed to "stimulate " a climate of uncertainty within Malay and Malaysian politics.
- The Batam - Karimun - Bintan Special Economic Zone initiative between Indonesia and Singapore has essentially " ripped apart " all that South Johore Regional Development Effort touted as NEW by Badawi ( although everyone knows it's an old Renong Group Project ).
Wont take a rocket scientist to figure out that 200m odd Indonesians have now a Place to do Business , get educated , go on a holiday etc etc at a reasonable costs and all within a governance framework that'll be a Mini Clone of Singapore Regulations.
The abolishment of 10% VAT alone will be enough incentive for the heavyweights from Medan, JKT , Surabaya , Bandung to ponder ReLocation Plans.
Never mind the Singapore Infra Fund that is geared to develop emerging markets such as Indonesia ,Myanmar & Vietnam.
- From a demographic point of view : Singapore has voted with Weight and Gravity : i.e Indonesia instead of Malaysia.
On a Cultural front , the Singaporeans must have figured that Indonesians ( meaning Javanese, Minangs , Sundanese , Balinese , Manado , Bugis etc etc ) are much more " Secure " in dealing with their Pre Islamic and Animistic Heritage vis a vis their current belief systems ; that perceived threats of Chinese economic expansion and hegemony can be dealt with on an even keel , as evidenced by numerous social science literature emanating in Indonesia which among others, discussed in depth Indonesian Chinese contribution to economic and social integration.
( Although the history of Chinese immigrants in Indonesia is fraught with massacres , both by Dutch and Indigenous citizenry ).
On short and snappy tones ;
- Good work by Singapore : driving various political & economic wedges with ASEAN.
- Poor Positioning by Malaysia
- Indonesia is the ASEAN Hinterland and need to be assisted by partnering ( not be condescending )
- Malays in Malaysia is outdated in it's belief that they are 'entitled " to this country. The modernist thinking will be one has to work at something in order to deserve it. Hence Malays must be productive in earning the right to the country.
Extending that I will want to suggest that the Malays and their leaders think and act within a contemporary framework of geo politics and regional economics.
And we can start by ceasing to reminisce Tun Razak, Jaafar Albar , Hang Tuah, Jebat , Parameswara , the Tunku etc etc. Those guys actions were responses to their times : and so be damned.
Sometimes I wonder what SBY will think of Badawi as a representative of a bunch of people that gets so easily worked up and very uncertain of basic essentials such as DNA ,Belief Systems and yet wish to Economically Dominate Indonesia.
At least we know what LKY thinks of us.
Secara realitinya bangsa Melayu di Singapuralah yang Nampak dipinggir. Baik dari segi ekonomi mahupun politik, jelas tertampak Melayu Singapura seperti tidak berdaya. Keris Politik Melayu terlalu tumpul untuk menongkah arus perkauman Lee Kuan Yew. Melayu Singapura bukan tidak berani, tetapi jikalau satu parti politik pun tiada untuk mewakili suara-suara kritikan sanubari hati seorang yang digelar Melayu; apa yang mampu dibelakan?
ReplyDeleteLee Kuan Yew ditaktor republic Singapura yang bertopengkan demorasi tempang. Mungkin beliau Berjaya membawa Pulau Temasek terkenal seantero muka bumi tetapi rekod beliau sebagai pemimpin penuh dengan titik hitam. Pak Samad (A. Samad Ismail ) sendiri pernah mengatakan Lee Kuan Yew sebagai pengkhianat orang-orang cina yang tulus menentang penjajah British.Pada zaman sebelum kemerdekaan Singapura (Singapura menumpang kemerdekaan Tanah Melayu)peguam muda Lee Kuan Yew dengan tiada segan silu bermain politik bacul! Mengkhianati rakan-rakan sperjuangan adalah salah satu resepi mujarab beliau mempopularkan diri.
Berapa banyak juga bangsa cina disumbatkan kedalam penjara menggunakan akta ISA, hanya kerana Lee Kuan Yew mengatakan “ orang itu komunis….orang ini penghasut”. Walaupun sejarah ditulis oleh “Mereka Yang Menang” tetapi sejarah juga akan menjadi saksi betapa ganas dan tidak demokratiknya beliau semasa berkuasa. Malah sehingga kini beliau takut dengan bayang-bayang sendiri untuk melepaskan jawatan menteri cabinet Singapura. Apa sahaja yang melibatkan Singapura mesti merujuk kepada Si Kuda Tua ini.
Tidak seperti Tun Mahathir walaupun selepas 22 tahun berkuasa dengan melibatkan pelbagai isu kontraversi. Dari isu Pemecatan Ketua Hakim Negara , tentangan terhadap Istana secara terbuka hinggalah membawa kepada pemecatan anak didik beliau sendiri Anwar Ibrahim. Tun Mahathir masih mempunyai secebis keberanian untuk melepaskan Jawatan Perdana Menteri tanpa terlibat dengan apa sahaja jawatan Kabinet Malaysia. Jelaslah situa Lee Kuan Yew tidak mampu menjadi anak Jantan. Tun Mahathir memang kontraversi., Itu usah dipertikaikan. Jika tidak Kontraversi dan bermulut cabul maka bukanlah ia insan istimewa bernama M.A.H.A.T.H.I.R..
Samada ada beliau dipihak yang benar atau salah biarlah sejarah menghakiminya. Rasanya sudah tentu beliau tidak salah semua. Siapa yang berani bertelingkah dengan pihak istana?
Berbalik kepada isu Lee Kuan Yew,tindak tanduk beliau berpolitik seoalah-olah mahu menongkat langit. Langit tidak runtuh beliau akhirnya yang terjatuh…
Lalu terpingirlah Melayu Singapura secara sistematik. Sedikit demi sedikit...
Dimana letaknya Istana Kg Gelam dan Studio Perfileman Melayu di Jalan Ampas hari ini?
Singapura sebenarnya baru dimiliki oleh Lee Kuan Yew(tidak sampai pun 40tahun), sedangkan sebelum itu Bangsa Melayu telah menetap di sebuah pulau yang bernama TEMASEK selama beratus-ratus tahun...
Benarkah juga seorang inggeris bernama Stamford Raffles yang telah bersusah payah membuka Singapura?
Sesungguhnya sejarah telah ditulis oleh orang-orang yang menang...
www.pureislamic@blogspot.com
MOHON KERJASAMA
ReplyDeleteIzinkan saya menarik perhatian dan memohon kerjasama semua pembahas.
Dukacita diperhatikan bahawa semakin banyak pembahas yang menjadi agak emosional, emotif dan perkauman sejak akhir-akhir ini.
Banyak yang membangkitkan isu-isu perkauman dan keagamaan tanpa memikirkan implikasinya. Tidak kurang pula yang membuat tuduhan rambang mengenai semangat kebangsaan dan keimanan seseorang.
Saya rasa majoriti pengunjung dan pembahas blog ini mahukan sebuah laman di mana kita boleh mengemukakan pandangan yang bernas secara berhemah, sopan santun dan membina.
Kita boleh mengambil pendirian yang kritikal atau membantah tanpa mencetuskan perasaan perkauman dan keagamaan, tanpa menjadi personal, menghasut dan memfitnah.
Disebabkan perkembangan yang tidak sihat dan bercanggah dengan dasar serta falsafah laman ini, saya terpaksa mengenakan ukuran yang lebih terperinci yang mungkin menyebabkan banyak komen yang diketepikan.
Justeru itu, saya sekali lagi memohon agar kita berhati-hati dan memahami batas-batas kebebasan, kesopanan dan kesaksamaan (fairness), khasnya apabila menyentuh isu-isu yang berkaitan agama, kaum dan bangsa.
Terima kasih.
Apa yang dikatakan oleh TDM terhadap LKY memang ada kebenaran nya. Memang wajar TDM melemparkan balik jawapan yang keras dan sinis.
ReplyDeleteKenyataan LKY sungguh bercanggah dengan undang2 Singapura apabila 2 warga cina nya di-saman dan di-penjarakan kerana menghina Melayu Islam Singapura dalam blogging tahun lepas. Sebagai pemimpin tertua kenyataan nya yang bersifat hasutan itu seolah2 untuk menguji sejauh mana kemarahan pemimpin Malaysia dan Indonesia terhadap beliau.
Pada tahun 1997/1998 beliau terpaksa memohon maaf tanpa syarat apabila afidavit beliau terhadap satu kes mahkamah yang menggambarkan JB sebagai satu tempat yang penuh dengan sarang penjenayah dibongkar oleh seorang pemimpin pembangkang JB. Pada masa itu gerakan Pemuda UMNO dengan segala jentera nya tidak henti2 menunjukkan rasa yang tersangat marah. Sepanduk yang bertuliskan "nyanyuk" amat menyayatkan hati LKY..dan akhirnya beliau akur.
Saat LKY menyatakan maaf tanpa syarat...rakyat kaum cina Singapura tertunduk dagu mereka.
Tetapi untuk sejarah berulang lagi adalah tipis memandangkan siapakah pemimpin Malaysia hari ini.
Datuk,
ReplyDeleteApa yang saya nampak dari kelancangan mulut LKY adalah untuk memperlekehkan AAB dan semua sekali kuncu2 pemimpin dibawah AAB.
Sebagai rakyat kita dah memang dah tak boleh nak buat apa sekarang ni, terpaksa kena terima aje la jawabnya…Pemimpin pun ada lagi masa nak tulis surat…tak pandai bercakap kut…takut salah fakta lagi…tulis surat…research mendalam sikit…
Agaknya kalau dulu George Soros serang duit kita semasa AAB pegang kuasa, berapa pucuk surat baru kita tahu George Soros yang punya kerja?
Kuda Tua S’pura, LKY tu sedang mencuba bukakan minda orang ramai betapa dia tak takut dengan AAB dan cukup suspen dengan TDM! Dan betapa dia rasa besar diri…..dan bongkak
Projek Jambatan belok- selamba je LKY testing AAB nak tengok hebat tak hebat…berani atau tidak….
Langkah kedua, buat Statement sentimen kaum sikit… mahu tengok sejauh mana kekuatan AAB dan kuncu2 dalam bersuara dan memeberi pandangan….
Kalau buat statement kisah propaganda cina dan melayu dianggap “nakal”…...macam mak/bapak marah anak je….lebih bawah dari itu…
Dengan Pope yang tinggal jauh berani pulak bagi sepatah dua kata….dengan LKY jiran sebelah rumah nak main pos2 surat!
Bagi saya, AAB lah yang tak sehebat mana pun…..terpaksa jugak wartawan2 pi tanya TDM apa ayat apa boleh pakai nak tepis…..itupun bukan wartawan arus perdana pun!
Pemimpin kita yang dok support AAB/Najib, sekarang ni dah duduk diam dah! Dulu kalau masa TDM dulu, bukan main macam ayam berkokok….
TDM baru bagi amaran! Ada je la ayam2 berkokok lepas tu, sahut sana sahut sini….
Sekarang zaman pun dah berubah……ayam sekarang dah tak pandai berkokok dah…Cuma berdecip macam anak ayam jer…….sebab awal2 lagi dah kena sembelih….mana mampu berkokok!
Ibarat Serigala mengacah Kancil….Harimau Tua jugalah yang menjadi penyelamat!
Nasib baik ada lagi...itupun dah makin dilupakan...
Salam sejahtera,
ReplyDeleteDato,
Saya berharap negara kita tetap aman makmur seperti dahulu. Jangan la pula kerana kenyataan LKY itu kembali untuk memecah belahkan perkauman di negara kita.
Cukup lah pucuk pimpinan kita yang dah hampir porak poranda.
Betul kata awangjpj, suruh Khairy buat demonstrasi. Terus saya ambil next flight dari Sarawak pergi KL ke duta Singapura ikut Khairy pegang sepanduk.
Dato,
ReplyDeleteSaya rasa posting terakhir Dato itu sepatutnya ditulis dalam Bahasa Inggeris juga.
Bukan apa Dato. Kebanyakan orang yang tidak suka dengan DEB ini adalah juga golongan orang yang tidak mahir dalam ber-Bahasa Melayu. Oleh itu, apa yang Dato nak tegur itu tidak akan sampai ke kefahaman mereka.
Hairan. Hampir 50 tahun merdeka. Bahasa kebangsaan sendiri pun tidak mampu dikuasai lagi.
There was a time when Malaysia and Singapore relations were strained in the past.
ReplyDeleteMost of us came to the conclusion it's due to the clash of two very strong, conflicting personalities in TDM and LKY, and their leadership styles.
The advent of AAB taking over from TDM saw several efforts to remedy the past and open a new chapter of better bi-lateral relationship between two sovereign nations.
Discounting the specific issue of cancelling the bridge project and cessation on further negotiations on the outstanding P.O.A. matters, the initial momentum has stalled yet again. Why?
Malaysia's different approach under AAB towards Singapore is apparently still not 'subservient' enough for LKY's liking, hence, his 'racist' statement to enhance Singapore's position.
And now, whilst we Malaysians start arguing and debating amongst ourselves on the merits or demerits of LKY's statement, he's sitting comfortably and watching where the dominoes are falling to plan the next course of action.
Singapore is an oligarchy city state under LKY's family. That's a fact. Is he now covertly involved in setting up something similar in Malaysia? The signs were evident in the case of Thailand. AAB's neutered response fits the plot.
Think about it and act with haste before ALL OF US here in Malaysia are marginalised systematically according to LKY's dictum of money and power conquering all.
Tindakan LKY itu satu hal, reaksi Menteri-menteri kita satu hal yang lain. Tidak ada orang yang boleh menghalang LKY daripada membuat kenyataan tersebut kerana beliau mempunyai mulut dan masih lagi mampu berkata-kata. Tetapi yang sedihnya adalah reaksi para pemimpin kita yang macam tak dengar apa yang LKY kata.
ReplyDeleteMenteri-menteri seperti dah dicucuk hidung macam lembu hanya bergerak bila ditarik oleh tuannya. Apabila tuan lembu pun tak buat apa-apa, lembu lembu pun diam juga.
LKY telah menghasut rakyat keturunan bangsa cina diMalaysia dan Indonesia. Demi menjaga keharmonian negara masing-masing, saya menyeru kerajaan Malaysia dan Indonesia istiharkan LKY saorang yang ta'diingini dan mengharamkannya dari datang kedua dua negara ini pada masa akan datang. Jika tidak kedatangannya nanti boleh mencetuskan kemarahan rakyat yang bukan keturunan cina dan juga boleh mempengaruhi sebahagian rakyat yang berketurunan cina dinegara masing-masing. LKY hendaklah ditanya sebab sebab mengapa ia boleh dibenarkan masuk kedua-dua negara ini pada masa depan. Gamabar atau patong LKY sesuai dilayarkan kedalam selat melaka sebagaimana saorang sahabatny bernama Alex Josy, satu ketika dulu.
ReplyDelete