Friday, October 27, 2006

Abdullah Sangkal Dakwaan Dr M

A Kadir Jasin.

[Komen menggunakan pengenalan “anonymous” tidak akan dilayan. Penting! Bagi memastikan laman ini "current" dan tidak tersangkut (hang), sila klik "refresh" dari semasa ke semasa. Pilih antara Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang mana satu lebih pantas dan “reliable”.]

[Update 30 Oktober 2006 - Revised Version]

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menyerahkan transkrip soal jawabnya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, 22 Oktober lalu kepada perwakilan Mubarak yang menemuinnya di Putrajaya.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, Dr Mahathir memberitahu perwakilan Mubarak bahawa terpulanglah kepada Kerajaan sama ada hendak memecat beliau sebagai Penasihat Petronas dan Proton atau tidak. Bagi pihaknya, dia tidak bercadang meletakkan jawatan.

Akhbar Utusan Malaysia dalam laporan muka satunya hari ini berkata Majlis Tertinggi Umno yang akan bermesyuarat Khamis ini akan membincangkan kedudukan Dr Mahathir sebagai penasihat syarikat dan agensi Kerajaan.

Dr Mahathir juga mengulang-maklum kepada Mubarak bahawa beliau akan terus mengkritik Kerajaan jika pada fikirannya ada perkara yang tidak kena.

Perwakilan Mubarak pula memaklumkan kepada beliau bahawa mereka akan meneruskan usaha damai mereka.

Wakil Mubarak yang hadir hari ini adalah Datuk Abu Zahar Ujang (bekas MP Kuala Pilah merangkap pemangku Pengerusi Mubarak), Tan Sri Zaleha Ismail (bekas Menteri Kebajikan), Datuk Othman Abdul (bekas MP Pendang) dan Datuk Badri Yunus (bekas Ecxo Kedah).

Terdahulu, sumber-sumber yang rapat dengan Dr Mahathir berkata bekas Perdana Menteri itu akan menceritakan apa yang berlaku dalam pertemuan beliau dengan Abdullah 22 Oktober lalu.

Sumber-sumber itu menambah, oleh kerana pertemuan berkenaan diusahakan Mubarak maka Dr Mahathir berasa wajar untuk memaklumkan kepada Mubarak secara terus mengenai apa yang telah berlaku.


Sementara itu, salah seorang ahli Mubarak yang terbabit merundingkan pertemuan Abdullah-Mahathir, Tan Sri Khalid Abdullah telah mengutus surat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Menteri Pertanian Tan Seri Muhyiddiin Yassin dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mahdzir Khalid.

Surat itu berbunyi: "Beberapa waktu yang lalu, masalah telah timbul iaitu perbalahan di antara Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Abdullah, bekas Presiden dan Presiden UMNO sekarang. Saya rasa bimbang kerana pada hemat saya UMNO sekarang menuju ke arah yang lebih buruk sejak ianya ditubuhkan dulu. Adalah menjadi satu kesilapan jika pihak-pihak tertentu bertindak mengikut hawa nafsu, bukan dengan fikiran yang waras. Ada yang bersikap seperti “ORANG MUDA BERKERIS” sering cabar mencabar menunjukkan kekuatan.

Soal Tun Dr Mahathir dan Dato’ Seri Abdullah sebagai insan peribadi adalah kecil, tetapi soal bangsa Melayu adalah amat besar dan perlu ditangani dengan pengorbanan dan bijaksana. Perkara yang dititikberatkan ialah isu yang dibangkitkan, bukannya peribadi. Pada hemat saya UMNO dan MT sekarang ini berada di persimpangan dan perlu membuat pemilihan sama ada mewakili orang Melayu atau individu.

Janganlah hendaknya sebagai kata pepatah “lain yang luka lain yang diubati, kelak luka tidak sembuh dan terus bernanah dan busuk.” Kenalilah di mana luka yang sebenar dan di situlah kita ubati. Jauhilah sikap bongkak dan takbur kerana ia akan membawa kesan buruk kepada bangsa dan negara. Pemimpin datang dan pergi, bangsa tetap ada. Sama ada dapat menyambung kehidupan yang lebih bermakna atau sebaliknya, terletak kepada kepimpinan sekarang.”

Ia disalinkan kepada Hishammuddin Hussein, Rafidah Aziz, Radzi Sheikh Ahmad, Muhammad Muhd Taib, Aziz Shamsuddin dan Zainuddin Maidin.

Dalam nota kakinya, Khalid meminta surat beliau dipanjangkan kepada Ahli MT jika difikirkan perlu.

[Posting Asal]

PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memecah kesunyian dengan menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus mengkritik Kerajaan sebagai “patukan berbisa”.

Bernama dalam laporan bahasa Inggerisnya memetik Abdullah sebagai menggunakan ungkapan “doses of venom” bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir pada 22 Oktober yang beliau akan terus mengkritik Kerajaan jika perlu.

Bercakap kepada wartawan di majlis rumah terbukanya di Kepala Batas semalam (26 Oktober), Abdullah menyuarakan harapan agar Dr Mahathir menunggu penjelasannya kepada perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam pertemuan mereka Ahad lalu sebelum meneruskan kritikannya.

Abdullah berkata: “Dia mengulanginya sekali lagi dengan suntikan bisa yang lebih kuat...apa lagi yang boleh saya lakukan (kalau) dia masih mahu meneruskannya?”

Perdana Menteri berkata dia hampa (disappointed) dan dukacita (regretted) terhadap kenyataan Dr Mahathir bahawa beliau akan terus mengkritik Kerajaan.

Di pihaknya pula, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bertajuk "Why I Criticise the Prime Minister" yang secara langsung dan tidak langsung membalas hujah-hujah Abdullah. [Sila lawati Malaysia-Today.Net untuk laporan penuh.]

Berbalik kepada sidang akhbar Perdana Menteri, beliau dengan keras menafikan tuduhan Dr Mahathir bahawa Malaysia telah menjadi negara polis (police state) di bawah pemerintahannya.

Dia juga menafikan yang syarikat milik anaknya Kamaluddin, Scomi Berhad, mendapat kontrak TNB walaupun tidak mempunyai kemampuan.

Katanya, syarikat milik Kamaluddin mempunyai 180 buah kapal dan anak-anak Dr Mahathir juga mendapat kontrak (awam) tetapi tidak dihebohkan. Dia mendakwa kontrak yang diperoleh oleh anak-anak Dr Mahathir adalah lebih besar.

Mengenai kebebasan pemimpin Umno untuk bersuara, Abdullah mendakwa mereka kini berasa lega kerana mereka bebas bercakap.

Abdullah juga menafikan yang beliau terbabit menyekat kebebasan Dr Mahathir (untuk bertemu orang ramai dan menghadiri majlis).

(Laporan Bernama, bagaimanapun, tidak menyebut orang dan majlis macam mana yang Perdana Menteri maksudkan. Rungutan Dr Mahathir adalah dia disekat daripada berjumpa dengan ahli Umno dan berucap kepada mereka.)

[Untuk laporan lanjut sila lawati http://www.bernama.com.my

[Untuk membaca surat terbuka Tun Dr Mahathir mengenai mengapa beliau menegur Perdana Menteri dan Kerajaan sila lawati www.beritakmu.net]

36 comments:

  1. Anonymous3:38 AM

    Katanya, syarikat milik Kamaluddin mempunyai 180 buah kapal dan anak-anak Dr Mahathir juga mendapat kontrak (awam) tetapi tidak dihebohkan. Dia mendakwa kontrak yang diperoleh oleh anak-anak Dr Mahathir adalah lebih besar.

    Come on Pak Lah ... kenapa cakap secara general ??? , sekarang kau ni 'Im The Prime Minister' , boleh tau semua benda dgn senang jee , tunjukkanlah statistic !!! .

    Bagi kami fakta spt yg dilakukan oleh kebanyakkan bloggers pasal menantu dan anak kau , tak lupa juga pasal Oil For Food .

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:31 AM

    Dato' dan para pendebat sekelian, saya rasa krisis Mahathir-Abdullah ini tidak akan selesai.
    Malahan pertemuan pada bulan Ramadhan al-Mubarak tempoh hari menjadikan keadaan bertambah buruk kerana masing-masing tidak sehala.
    Masing-masing tidak mahu mengalah dan bertolak ansur.
    Saya telah membaca kenyataan PM dan Dr Mahathir dalam Malaysia-Today.Net dan Bernama.
    Saya rasa masa sudah sampai bagi Umno dan orang Melayu buat keputusan pahit.
    Yang satu kita luah yang satu lagi kita telan. Lepas itu kita cari pengganti baru untuk menjadi penawar menyembuhkan penyakit kita.
    Saya rasa jurang perbezaan mereka semakin luas.
    Saya sangat dukacita dan bimbang kalau kita terus layan mereka, mereka akan terus berbalah.
    Kita potong saja anggota-anggota badan yang berpenyakit itu dan kita gantikan dengan yang baru.

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:48 AM

    Dato, serta rakan-rakan sekalian.

    Selepas berbulan-bulan isu ini timbul, saya jangkakan PM telah bersedia dengan kertas-kertas tertentu sebagai jawapan kepada apa yang telah Tun suarakan sebelum ini. Kalau begitulah jadinya, tentu perjumpaan itu lebih berfaedah, memandangkan kedua-duanya sangat sibuk.

    Saya sama sekali tak menjangka PM tunggu Tun di Kediamannya hanya dengan sebuah buku nota. Istilah "coming or waiting prepared" dan "doing your homework" seolah macam tak terpakai lagi.

    Mungkin begitukah cara pemimpin sekarang menghadapi isu dan masalah.

    Saya sebenarnya tidak menjangkakan apa-apa jawapan yang lebih baik dari kerajaan tentang isu-isu yang ditimbulkan oleh Tun. Saya juga tidak hairan kenapa kerajaan memilih untuk menagih simpati rakyat dalam isu ini, mengajak rakyat berpendapat Tun lah yang jahat dan berbisa. Akhirnya isu-isu itu tak perlu dijawab.

    Pun begitu LKY telah mengajar kepimpinan negara dengan percuma, apabila beliau menjawab surat PM tempuh hari dengan menghantar salinan ke media. Saya masih menanti-nanti sampai habis puasa dan habis raya, jawapan bernas dari pemimpin negara yang sayangkan negara mereka.

    Apapun saya selepas raya ni, kena tenguk dan susun semula bujet keluarga saya, nak bayar itu nak bayar ini dan minyak yang sedia mahal, supaya saya tidak boleh menyalahkan sesiapa. Saya juga tidak akan menagih simpati dari siapa! I guess sympathy should go only to the poor, the deads, the handicaps, the little kids and the senior citizens.

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:03 PM

    "Syarikat milik Kamaluddin mempunyai 180 buah kapal dan anak-anak Dr Mahathir juga mendapat kontrak (awam) tetapi tidak dihebohkan. Dia mendakwa kontrak yang diperoleh oleh anak-anak Dr Mahathir adalah lebih besar"

    Sungguh kerdilnya perniagaan saya berbanding mereka. Saya mengundi Barisan Nasional sejak mula saya diberi hak mengundi. Tapi kini saya mula bertanya, apakah harta yang dikumpul anak-anak pemimpin ini diagihkan semula kepada rakyat dan negara secara adil. Atau mungkin soalan yang lebih bermakna, adakah mungkin boleh 180 kapal itu dimilik sama seberapa ramai siswazah menganggur dan kontraktor yang tidak mempunyai bisnes kini? Bukankah Islam Hadari itu tentang pengagihan yang adil demi kesejahteraan umah?

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:07 PM

    Kalau junlah kapal 180 dan kalau sebuah harganya RM1 juta dah RM180 juta. Tapa rasanya kalau RM1 jta tu kapal layar pun belum tahu boleh dapat. Tidak-tidak sebiji mahu RM10 juta...kira sendirilah. Itu baru tiga tahun dah mampu beli kapal banyak tu. Kita guna kita sendirilah tak payah nak cerita panjang.

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:35 PM

    Dato', di kampung2 lain ceritanya. Orang kampung kata Dr M patut diam je. Masa dia dah berlalu. Kempem memburukkan Dr M sudah bermula dgn hebat di kampung2. Sikit lagi Dr M akan dibenci dan dicaci. Kalau nak counter dgn blog dan internet lupakan sajalah. Kalau tak ada surat khabar atau televisyen, memang susah nak lawan, buat letih je. Kalau nak fight kena ada media yg cepat sampai kepada sasaran dgn cepat. Dr M tak boleh buat kerja sorang2. Faktor umur dan tenaga dia kena ambil kira. Dia tak mungkin boleh round satu Malaya tanpa bantuan orang ramai. Kalau bantu dengan tulisan di blog-blog, pengikutnya ciput je.kalau keadaan begini berterusan, Dr M akan tumpas dan ketika itu blogers pun akan lari lintang pukang. Kalau nak tolong, orang macam Dato pun kene naik pentas bercakap. Sebetulnya ramai kat luar tu nak bergerak tapi tak ada orang yang nak lead. Apa pun Dr M kene perjelaskan erti perjuangan ini dan beri gambaran apakah kesudahannya. Tidak ada orang yang sanggup berjuang membuta tuli saja. Kalau nak bergerak inilah masanya kerana lepas ini perjuangan sudah sampai ke tahap do or die.

    Gataltangan

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:06 PM

    Datuk

    Seems like you need to do another book. The listing should grow with your continual out-purring of paper tigers. Roar them down, in a manner of speaking. Start one and you have the exclusive with Tun.

    That if you want to get into overdrive and turbo powered the Perdana V6.

    ReplyDelete
  8. Sdra/Sdri Anti-Zionis, mohon maaf tidak dapat menyiarkan komen-komen anda. Namum saya ambil maklum dan saya hargai.

    Adalah bahaya dan tidak adil kita menuduh seseorang itu anak didik Zionis dan ejen-ejen mereka semata-mata kerana orang itu belajar di Singapura.

    Sdra/Sdri Ito, saya tak tahulah dalam agama dan fahaman lain, tetapi dalam Islam kalau tak silap saya tak ada istilah pencen.

    Allah Taalah mahu kita menyumbang untuk kebaikan sehingga ke akhir hayat kita.

    Kepada Allah Taala, tidak sehari atau sesaat pun hayat manusia berupa sisa. Nyawa, hatta sesaat, sangat besar maknanya.

    Jadi macam mana ada orang Islam yang cakap mengenai pencen dan sisa-sisa hidup?

    Malah saat-saat terakhir hayat kita itulah yang paling bermakna. Dalam waktu itulah kita melafaskan syahadah kita yang terakhir.

    Bagi saya, tidak ada pencen dan pastinya tidak ada sisa-sisa hidup.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  9. Tun Dr Mahathir is currently being criticised, disgrace, and discredited for voicing the people’s unhappiness and the country’s sovereignty. Yet, the issue raised has not been answered satisfactorily by the Prime Minister.

    In facing this “onslaught”, Tun has written an open letter to all Malaysians dated 27th October, 2006 to explain why he is questioning the Government. Those wishing to read the letter and other open letters from Tun and his office can download from the following address:

    http://www.savefile.com/projects/1034826

    Since the mainstream media have stopped giving Tun opportunity to response, we hope you could help spread this letter to the people. The least would be to spread the web address to enable the people to download and read it.

    Thank you.

    ReplyDelete
  10. Anonymous12:38 PM

    Damned the other other thots!

    Datuk, the issue is the economy. That is the thrust of Tun in all his cynical criticisms. It has always been that way with Tun after stepping down. That is on the outside.

    The inside?
    Some say it is CORRUPTION!
    I would be hard pressed to say that with economy growing at 5-6 percent per annum - for now - then we will be able to have OUR Vision 2020 on time. There is the question of the ceteri paribus. Only the buses and taxis in Penang are sitting status quo. "Tak pa la." Sampai bila? "Nanti la"

    Is it OUR Vision 2020?
    How can one share the dream of the other when one has not the love or the ability to appreciate the dream. Or will there be a dream at all? Is being a strong civilised nation -us - a dream?

    Is it so simple?
    Having a dream and then making it come true? Liberty and opportunity.

    My mother's favorite proverb:
    Throwing pearls before the swine or Hamka's 'beruk mencobeh'?

    So what has the economy and pearls and smiling monkeys to do with one another?

    Let us challenge Tun his Vision 2020 with Badawi Vision 3030 or does he has his vision, at all.

    Stupid Dream! but not Mimpi Malaysia: Dream Malaysia

    The Malayu believes that the world is a dream and his eyes open when he wakes up in death.

    Now, Yusuf was so into this dream phenomena and stuff. He ended up dead in old Egypt and his bones were dragged across the deserts to the Promised Land.

    It is so hard to wake up when you just been having a dream of a time and the dream was so good.

    I share the dream of the Malayu and the Vision 2020. The dreamer is still with us and he taught us how to dream and then I dare to dream just as Tun dared to dream his. Even Badawi, too.

    But is it your dream, too? And is this world just a dream too?

    Dream, dream,
    All I have to do is
    dream, dream, dream
    Dream your live away.

    Malayu itu jasmani dan rohani
    dia bermimpi indah, mimpi jauhari.

    It is easier to talk of dreams when we do not know how to rule the economy and we still want our plot of land in this world just like how Abraham had his little piece of the world and his peace of mind.

    The economy, stupid and stop dreaming.

    Mahathir speaks of dreams but he talks of the economy and we, we learn to have our identity and our Maruah.

    ReplyDelete
  11. Drmuzi,

    Saya tak pula dengar mengenai Sultan Johor cuba membuat "disclaimer" kepada komennya menegani Tun Dr Mahathir tetapi dihalang oleh "budak-budak tingkat 4".

    Saya rasa tak masuk akal. Tak kanlah mereka begitu berkuasa sehingga berani halang seorang Raja.

    Bagaimanapun, sekiranya ada kebenaran kepada apa yang Sdr katakan itu, Baginda atau ejen Baginda boleh buat aduan kepada Bernama.

    Kalau dihalang juga, aduan boleh dibuat kepada Lembaga Penasihat Bernama yang dipengerusikan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi.

    Datuk Shahrir Abdul Samad pernah membuat aduan kepada Lembaga itu pada akhir tahun 1990-an.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:35 PM

    TERUSKAN KRITIKAN BERBISA MAUT

    Assalamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera.

    Sejak berita tentang pertemuan di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri yang hendak diadakan sebelum Hari Raya Aidilfitri tersebar luas, ramai yang menyambut baik dan berharap agar hubungan yang dikatakan dingin di antara kedua-duanya dapat diperbaiki. Banyak juga yang berharap agar kritikan Tun Dr. Mahathir ke atas Kerajaan lenyap selepas pertemuan itu diadakan. Namun, harus diingat bahawa kritikan Tun Dr. Mahathir itu bukanlah melibatkan masalah peribadi beliau dengan Perdana Menteri, tetapi ia adalah isu-isu nasional yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan negara. Kritikan-kritikan ini perlu diterus, malah diperhebatkan lagi sehinggalah isu-isu tersebut diatasi dengan jayanya.

    Saya begitu pesimis akan hasil pertemuan berkenaan. Saya berpendapat bahawa pertemuan ini bukanlah satu pertemuan ikhlas oleh Perdana Menteri. Sekiranya beliau betul-betul ikhlas, tidak perlu beliau menunggu berbulan-bulan untuk berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir dan tidak perlu juga untuk beliau dijemput oleh Mubarak bagi mengadakan pertemuan ini. Beliau boleh mengambil inisiatif sendiri untuk bertemu dengan bekas ketuanya tanpa memerlukan pihak ketiga mengaturnya. Sebagai tanda hormat kepada bekas ketuanya, negarawan ulung dan orang yang lebih tua, sepatutnya beliau yang pergi menemui Tun Dr. Mahathir di pejabat atau di kediaman Tun, bukan sebaliknya. Ternampak jelas kecacatan pada peribadi Perdana Menteri. Amatlah mengaibkan memperoleh pemimpin angkuh yang sebegini. Sesungguhnya, pertemuan ini hanyalah satu taktik untuk Perdana Menteri memperoleh kembali popularitinya yang teruk merosot sebelum perhimpunan agung UMNO berlangsung bulan depan.

    Sehari selepas pertemuan itu diadakan, Tun Dr. Mahathir membuat pendedahan tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu. Saya berpendapat bahawa tindakan ini betul kerana hal-hal yang dibincangkan berkepentingan nasional, bukan peribadi yang seharusnya tidak dirahsiakan, bertentangan dengan apa yang dimahukan oleh Perdana Menteri. Mungkin Perdana Menteri takut kebenaran tersebar. Maka, serangan-serangan pun dibuat ke atas Tun Dr. Mahathir oleh pemimpin-peminpin politik Kerajaan dan penyokong-penyokong mereka melalui media cetak dan elektronik sejak Hari Raya Pertama sehinggalah ke hari ini. TV3 contohnya, melalui Buletin Utama membuat laporan harian berturut-turut menghentam Tun Dr. Mahathir. Saya yang secara kebetulan berhari raya di rumah saudara-mara dalam suasana yang penuh ceria tiba-tiba bertukar menjadi marah, benci dan begitu meluat selepas menonton laporan berita itu. E-mel dengan kandungan berbentuk serangan ke atas Tun Dr. Mahathir yang dihantar ke stesen TV itu diberi laporan panjang. Tiada satu pun yang baik dilaporkan tentang Tun Dr. Mahathir walaupun saya yakin mesti ada e-mel yang menyokong Tun yang turut dihantar ke stesen TV tersebut.

    Perdana Menteri dilaporkan mula membuka mulut untuk menangkis kritikan Tun Dr. Mahathir. Orang ini memang pandai memutarbelitkan fakta, mungkin lidahnya mempunyai banyak cabang. Beliau tetap mempertahankan kejayaan luar biasa syarikat milik anaknya walaupun banyak peristiwa yang mencurigakan menyelubungi syarikat itu. Kebebasan bersuara didakwa lebih baik sekarang walaupun realitinya, begitu banyak sekali sekatan dan ancaman dibuat untuk mengongkong kebebasan itu berbanding dahulu. Perdana Menteri juga mendakwa bahawa sokongan yang beliau peroleh masih kuat berdasarkan jumlah orang yang datang ke majlis rumah terbukanya dengan ucapan-ucapan manis yang beliau dengar daripada mereka. Saya sangsi dengan dakwaan itu kerana kebanyakan orang muda seperti saya amatlah tidak berpuas hati dengan orang ini. Namun, mudah saja untuk membuktikan dakwaan Perdana Menteri itu, adakan pilihan raya dan kita lihat sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa masa diperlukan untuk melihat kejayaan projek-projek dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan yang hanya baru berjalan sejak tujuh bulan yang lepas. Namun, melihat kepada prestasi pentadbirannya dua tahun sebelum itu, saya tidak yakin langsung kejayaan yang dilaung-laungkan itu menjadi kenyataan. Perdana Menteri juga berkata bahawa beliau menekankan prinsip musyawarah dalam pentadbirannya, seolah-olah, sebelum ini tiada langsung musyawarah dalam pentadbiran terdahulu. Kata-kata ini hanyalah untuk menutup kelemahannya semata-mata. Beliau dikatakan boleh menerima teguran, tetapi hakikatnya, apa yang dibuatnya berlainan sama sekali.

    Menyentuh pula tentang pertemuannya dengan Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri berkata bahawa beliau bercakap selama setengah jam saja kerana tidak mahu mencelah percakapan Tun dan tidak mahu berhujah semasa Tun bercakap. Alasan beliau ini untuk tidak mahu menjawab panjang tidak boleh diterima langsung. Beliau dikatakan mencatatkan sesuatu semasa Tun bercakap, dan gunakanlah catatannya itu untuk dirujuk semasa menjawab satu persatu kritikan Tun selepas Tun habis bercakap. Beliau tidak berbuat demikian, yang dikatakannya hanyalah untuk mempertahankan anak, menantu dan keluarganya sahaja. Kecualilah catatannya itu adalah sesuatu yang kosong sahaja. Beliau mungkin mendengar, tetapi samalah seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Jika hendak digunakan alasan kesuntukan masa, tidak juga munasabah, kerana beliau ada masa pula untuk bermain golf dan memancing berjam-jam serta bercuti berminggu-minggu, luculah jika beliau tiada masa untuk menjawab kritikan Tun dalam pertemuan itu. Beliau boleh menggunakan masa yang ada selepas Tun bercakap untuk menjawab walaupun memakan masa sehingga waktu berbuka puasa. Tidak ada salahnya juga untuk beliau mengundang Tun berbuka puasa bersama selepas pertemuan itu diadakan. Namun, beliau tidak memilih untuk menggunakan peluang ini untuk berbuat demikian. Amatlah malang sekali. Beliau masih mengharapkan orang lain untuk menjawab untuknya. Sungguh menghampakan.

    Jika Dato’ Seri Hishammuddin Hussein sudah bosan dan meluat dengan kritikan berterusan Tun Dr. Mahathir ke atas Perdana Menteri, saya juga turut bosan dan meluat dengan tindak-tanduk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan Kerajaan Malaysia secara amnya yang banyak merugikan rakyat dan negara. Saya yakin ramai di kalangan generasi muda termasuklah saya yang sudah hilang hormat, keyakinan dan kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin Kerajaan sekarang. Satu penyelesaian untuk mengatasi kemelut ini, iaitu melakukan perubahan menyeluruh ke atas pimpinan politik Kerajaan. Orang baru perlu mengambil alih teraju pentadbiran Kerajaan dan orang ini sewajibnya bukan daripada anggota-anggota pentadbiran Kerajaan sekarang. Insya Allah, dengan izin Tuhan, negara ini kembali maju dan makmur. Dan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, teruskan kritikan berbisa itu dan mungkin selepas ini, bolehlah disemburkan bisa maut pula.

    Sekian, terima kasih.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri,
    Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  13. Anonymous10:41 PM

    Sdr ape-mike,

    Jangan risau. Cuba bayangkan..orang yang menyokong Dr Mahathir kebanyakannya orang UMNO. Orang PAS dan DAP dah memang tak sokong AAB. Apa jadi kalau orang yang menyokong Dr Mahahir seperti saya ni bertindak untuk memberi peluang kepada PAS dan DAP jadi kuat sikit sebagai pembangkang pembangkang di dalam pilihanraya akan datang? Cuti hari rays yang baru ni, saya dah berjaya menyakinkan emak, emak saudara, adik dan kakak-kakak saya di kampung akan kelembapan si mamat lembab tu. Senang aje, cerita pasal kenapa ada kenaikan harga minyak, air, letrik,kadar faedah, puluhan ribu siswazah menganggur. Fahamlah mereka...

    Saya orang Pahang. Saya katakan kepada mereka yang mereka perlu jadi bijak macam orang Kelantan dan Terengganu...barulah "satu lagi projek kerajaan BN" tiba. Kalau tak, sampai bilalah orang Pahang kena tipu!

    Insyallah!

    Apektuadah

    ReplyDelete
  14. Mr Gambus,
    That was the worst comment by a Prime Minister. We are so unlucky to get such a Prime Minister. My understand is so simple, if they in 22 years can get big contract, why not my son? I cannot imagine if he stays there for 10-20 years!!!

    ReplyDelete
  15. Anonymous1:13 AM

    Maaf kalau saya silap, tetapi selepas mendengar ulasan PM, sekarang saya meragui keikhlasan PM menemui atau menerima Tun tempuh hari di kediamannya (dulu kediaman Tun).

    Maaf juga kalau saya utarakan bahawa kepimpinan sekarang sudah tidak peduli lagi isu-isu yg Tun bising-bisingkan.

    Maaf juga kalau saya katakan bahawa kuasa satu hal, tetapi menggunakan kuasa itu sebaik-baiknya untuk kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta ini satu hal yang lain.

    Maaf juga kalau saya simpulkan bahawa Iklan Petronas mengenai orang tua, anak, menantu, cucu, pinggan tin, dan lampin dalam TV itu, hanya untuk orang macam saya, bukan untuk PM atau pemimpin yang lain.

    Maaf juga kalau saya ulas, bahawa bila orang tua-tua setua Tun mula berkata-kata, maknanya ada la benda yang tak kena.

    Maaf andai saya salah.

    ReplyDelete
  16. Anonymous8:25 AM

    Cerita anak-anak Mahathir dapat projek ni cerita lama. Dah basi. Ada orang percaya. Ada orang tak percaya.

    Urusan jual beli aset mereka pun semua orang dah tahu. Dah penuh dada akhbar.

    Yang sekarang orang ramai pertikaikan ialah kemunculan anak Abdullah, Kamaluddin secara mendadak sebagai OKB, termasuk kompeninya membuat alat senjata nuklear secara haram dan dapat pula kontrak Kerajaan dan GLC berbilion ringgit.

    Kontrak Petronas dan kontraktor Petronas saja sudah lebih RM1 bilion. Itu tak termasuk kontrak TNB, KTM dan monoril serta jambatan Pulau Pinang.

    Pak Lah dan suku sakatnya juga disebut sebagai responden (yang kena bela diri) dalam laporan Bangsa-bangsa Bersatu tentang skandal minyak untuk makanan Iraq.

    Orang pertikai anak Pak Lah, Pak Lah persalah anak Mahathir. Tapi Pak Lah yang hebat cakap pasal basmi rasuah dan pasal open tender.

    Two wrongs do not make a rigth, Mr Prime Minister Sir!

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:35 AM

    Pagi ini DYMM Baginda Sultan Selangor menitahkan Datuk Zakaria berundur diri. Apakah yang dilakukan Pak Lah selama kontroversi ini tercetus? Sepatutnya Pak Lah sudah bertindak lebih awal dari Baginda Sultan. Saya amat malu dengan ketidakcekapan kerajaan kita sekarang.Will you blame Mahathir for blowing his fuse when his questions were never clearly answered for so long? His Highness the Sultan has shown the way how to handle a problem. Are you still able to learn Mr Prime Minister?

    ReplyDelete
  18. Kepada sapa2 yg tak dan nak cari atau cari tak jumpak lagi, berikut ialah pautan-pautan transcript of Tun Mahathir's press conference:

    http://thestaronline.com/news/story.asp?file=/2006/10/24/nation/20061024012835&sec=nation

    http://202.186.86.35/mmedia/video/2006/10/paklahdr_m_061022.wmv
    http://202.186.86.35/mmedia/video/2006/10/tun_m_reax1_061022.wmv
    http://202.186.86.35/mmedia/video/2006/10/tun_m_reax2_061022.wmv
    http://202.186.86.35/mmedia/video/2006/10/tun_m_reax3_061022.wmv

    ReplyDelete
  19. Anonymous11:17 AM

    Dato,

    Rata2 media arus perdana memetik sebilangan pemimpin Umno dan BN yg menyalahkan Tun M kerana terus mengkritik Pak Lah. Ada menteri Kabinet yang dilaporkan sebagai berkata beliau meluat dgn kritikan Tun M. Ada pula Menteri Besar yg berkata Tun M sudah keterlaluan dalam tindakannya.

    Saya juga meluat dgn laporan yg berat sebelah ini. Dalam usaha pemimpin Umno untok mengutuk Tun M, rakyat dibawa ke satu situasi jauh dari isu pokok yang melanda negara hari ini. Tun M dikecam kuat. Tumpuan sepatutnya diberi terhadap isu2 yg diketengahkan oleh Tun M. Sebaliknya, Tun M kini dipersalahkan kerana membangkitkan isu2 dan mengkritik Pak Lah.

    Seorang intelek Melayu memberitahu saya Pak Lah sebenarnya tidak berniat melayan Tun M dalam pertemuan di Sri Perdana tempoh hari.Dalam pertemuan itu, Pak Lah mengambil nota dalam buku kecilnya, seolah-olah beliau buat pertama kali mendengar kritikan tersebut. Dan Pak Lah kata dia tak ada banyak peluang untuk bercakap kerana Tun terlalu banyak bercakap. Saya kira PM boleh tambah masa untuk terus berbincang. PM yang berkuasa jadi tak ada masalah bagi beliau menambah masa jika mahu.

    Tun M memang biasa dibidas. Seberapa banyak pun dia dihentam, perkara2 yang dia bangkitkan tetap wujud. Isu2 tersebut tidak akan hilang walaupun Tun M dikecam. Para pemimpin Umno yang menyokong PM berbuat demikian atas dasar 'saya sokong Boss' dan bukan atas dasar lain. Keikhlasan mereka sangat diragui. Saya tabik pada Dato Rais Yatim dan Dato Aziz Shamsudin yg berhari raya dengan orang tua politiknya. Sama juga dengan Bendahari Umno Dato Azim yang turut hadir di rumah terbuka Tun M. Bagi ahli-ahli Kabinet yg lain, mereka takut berjumpa Tun M bukan kerana takut disergah, tetapi takut dicemoh oleh Boss mereka. Tetapi dalam diam, mereka menyampaikan pesan dan berkirim salam. Itulah yang berlaku dalam politik umno hari ini - depan lain, belakang lain.

    Bagi PM pula, ramai orang berdoa agar dia kembali sebagai individu asal seperti mana beliau dipilih oleh Tun M dahulu. Pak Lah dipilih atas sebab2 tertentu oleh Tun M. Beliau harus merenung sejenak dan cuba mengembalikan personalitinya sepertimana beliau diyakini oleh Tun M untuk mewarisi takhta kerajaan sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  20. Dr M ketika menjawat jawatan PM telah tidak memberi ruang untuk 'bantahan' samaada dari orang dalam parti atau pun luar.
    Beliau sudah leka dan 'enjoy' dengan pak turut yang mengikut karenahnya samaada masuk akal atau pun tidak.
    Apabila pencen, Dr M telah kehilangan 'hobby' nya dan terasa kesunyian sementara untuk menghabiskan sisa2 hidupnya.
    Oleh itu, saya berharap dapat Pak Lah dan masyarakat melayan kehendak Dr M sebaik mungkin bagi menghargai jasa2 Dr M.
    Dan kita tak rugi apa2 pun.

    ReplyDelete
  21. Anonymous3:02 PM

    Dato', Sdr Kamar dan rakan-rakan sekalian,

    Apalah yang dapat kita harapkan daripada Menteri Besar Kedah, seorang guru kampung yang baik nasibnya maka naiklah dia menjadi orang besar negeri.

    Nak sokong PM secara yang intelektual dan substantive tak mampu. Hujah-hujah Tun Dr M pun boleh jadi dia tak faham atau dia tak baca pun.

    Inilah halnya Si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya, yang menang bersorak dan tak tahu pun kampung sudah tergadai. Inilah sokong yang membawa rebah.

    Hishammuddin Hussein yang "sick and tired" dengan kritikan Dr M, mamang pun tidak pernah energetic physically and mentally.

    Muda-muda lagi sudah kuat menangis. Tunggulah macam Allahyarham bapanya atau Tun Dr M sebelum menitiskan air mata. Ini emosi murahan.

    I remember his first general election. It was his mother yang terkejar sana terkejar sini macam ibu Si Tanggang meminta pemimpin dan ahli Umno Johor menolong anaknya.

    Saya tak mainlah dengan dinasti-dinasti ni. Karut! Malu bapa saja. Hisham, Najib, Syed Hamid semuanya poor copies of their fathers.

    Nak lawan Dr M hujah dengan hujah tak mampu. Jadi gunalah maki-hamun dan emosi murahan.

    Media massa arus perdana pun bukan faham sangat isu dan pemikiran Dr M. Yang senior-senior semua dah kena buang. Yang muda-muda malas membaca dan malas berfikir. Tuan-Tuan mereka pula dilantik oleh PM. Jadi, hentam sajalah.

    Ekonomi merosot. Kalau kena buang kerja, susah nak cari kerja gantian. Jadi ikut sajalah. Macam lembu, lebih baik tarik kereta daripada kena sembelih.

    ReplyDelete
  22. Anonymous3:14 PM

    Datuk,

    Ini pertama kali saya ingin response dalam blog datuk.

    Tentang siapa dapat projek apa, dan berapa? Jika ada tuduhan perlulah ada bukti. Kalau setakat tuduh menuduh di publik tanpa bukti. Apa kesudahannya ? Akhirnya rakyat yang terhibur bodoh dengan pertelingkahan ini.

    Saya yakin, kalau nak buat bisness atas angin, dapat projek itu dan ini, tanpa faham tentang sesuatu bisness, ianya akan gagal. Banyak contoh yang boleh diberikan. Kalaulah mereka yang dapat projek 'perform', maka tak ada masalah, cuma kita kena audit sikitlah adakah costing yang dibuatnya munasabah atau tidak, itu kerja kerajaan.

    Yang kita tidak mahu, dapat projek besar-besar, pengalaman tak ada. Lepas tu project tak siap, lambat, tipu sana-sini. Yang ni perlu diberi perhatian....tak kira siapa

    ReplyDelete
  23. Anonymous5:11 PM

    saya hairan bagaimana seorg bekas guru yg baru bertanding dlm satu pilihanraya sanggup mengatakan bahawa org Kedah sendiri malu dgn TDM.Hal seperti ini adalah setentunya tidak benar,saya akui sudah pasti ada org yg tidak sehaluan dgn yg apa yg TDM lakukan sekarang tetapi ini tidak menafikan sokongan yg kuat dr org Kedah terhadap Tun jauh sekali dari rasa malu terhadap beliau.Dari apa yg saya perhatikan,org Kedah mempunyai sentimen yg amat tinggi terhadap Tun berikutan dgn jasa2 yg Tun taburi sebelum ini.kenyataan MB Kedah ini tidak mencerminkan langsung keperibadian yg patut ada pada seorg pemimpin lantas meraikan kebodohan beliau dgn hujah2 yg dangkal yg buta2 menyuruh TDM berhenti dari menjadi penasihat agensi kerajaan semata-mata kerana Tun tidak mahu berhenti mengkritik Pak Lah....

    ReplyDelete
  24. Anonymous6:38 PM

    Bg pihak anak2 muda,

    Bagaimanalah kami hendak hormat org2 tua, sedangkan org2 tua sendiri melayan org tua mereka bagaikan sampah sarap.

    Bagaimanalah kami tidak mengenang budi, sedangkan org2 tua sendiri pun tidak mengenang budi org2 tua mereka.

    Bagaimanalah kami hendak bersopan santun, sedangkan org2 tua sendiri biadap dgn org tua mereka.

    Bagaimanalah kami tidak merempit, sedangkan org2 tua sendiri yg berperangai seperti celaka.

    Bagaimanalah kami tidak korup, sedangkan org2 tua sendiri korup dgn wang berjuta juta?

    Bagaimanalah kami tidak meragut, merompak, sedangkan org2 tua sendiri merompak duit rakyat terang terangan?

    Bagaimanalah kami tidak mengampu, sedangkan org2 tua kami pun semuanya muka pengampu Pak Lah dan Khairy?

    Bagaimanalah kami tidak memberontak, sedangkan org2 tua menjahanamkan negara yg kami cinta?

    Bagaimanalah hendak kami percaya lg dgn org2 tua? Kadang2, nampaknya org muda lg mempunyai akal dr org tua. Inikah yg dinamakan lebih makan garam? Inikah yg dinamakan kematangan? Kalau beginilah caranya utk menjadi org tua, lebih baik kami semua teruskan merempit, teruskan berjiwa muda. Sekurang kurangnya kami tidak menipu diri sendiri.

    Sudahlah tu org2 tua.....

    ReplyDelete
  25. Anonymous11:24 PM

    TDM menegur PL kerana dia rasa bertanggung jawab sebab dia yang memilih PL menggantikannya.
    Tunku mengkritik TDM adalah personal kerana TDM merupakan musuh politiknya.
    Menteri-menteri lain mengkritik TDM...sebab apa ya?

    PakChak

    ReplyDelete
  26. PakChak said...

    Menteri-menteri lain mengkritik TDM...sebab apa ya?

    PakChak
    =================================

    PakChak

    Menteri2 lain mengritik TDM kerana takut hilang kedudukan & jawatan.

    Semua kerana kepentingan sendiri.

    So obvious, kan?

    And to think that they were part of TDM's cabinet members.

    Sungguh memalukan.

    ReplyDelete
  27. Anonymous10:21 AM

    Salam sejahtera,

    Orang politik bergaduh ni, betul ke demi agama, bangsa dan negara? Atau kerana perut suku sakat, anak pinak dah masuk angin?

    Letih dengan perangai orang melayu ni, tak reti-reti. Patutlah mudah diperlekeh oleh si mat sepet di seberang tambak tu..

    ReplyDelete
  28. Anonymous11:16 AM

    Dato AKJ dan saudara pelawat yang lain,

    Masa balik kampung tempoh hari sedang dok bersenang lenang dek perjalanan yang jauh...saya dihampiri oleh Abang sulong saya. Berpendidikan tetapi tidak bekerja. Tugasnya kini menjaga ibu yang tua dan rumah usang kami.

    Dia bertanya saya, "Kedidi..kau rasa kehilangan tak? Kau rasa kosong tak? Aku rasa..."

    Saya tenung muka dia kerana saya tak faham apa maksud soalan itu. Lagipun apa yang kosong? apa yang hilang? Baju raya dah saya belikan, biskut raya jugak dah saya borongkan...duit raya tu tungguhlah hari raya.

    Abang sulong saya berkata lagi, "Sejak Dr. Mahathir tak de (melepas jawatan sebagai PM) aku rasa negara ni kosong..tak ada apa-apa."

    Fahamlah saya kehilangan dan kekosongan yang dimaksudkan oleh seorang kampung. Kami berborak panjang selepas itu pasal Pak Lah.

    Moral cerita kalau abang saya nun jauh di pendalaman boleh mempunyai perasaan itu bermakna 'kekosongan' dan 'kehilangan' yang dirasai oleh sebahagian besar dari kita bukanlah omong kosong. Malangnya pendapat seorang kampung kakak sulung saya tentu tidak diberi peluang siaran oleh TV3. Berbanding dengan hamparan emel yang dicipta sendiri oleh editorial TV3. Siapa tau...

    Dulu hormat dan kagum jugalah dengan kelainan bilik berita TV3 punyai wartawan yang hebat, berkelulusan dan matang dari seluruh penjuru dunia, tapi la ni kredibiliti hanya lah seharum bunga taik ayam...itupun kalau bunga taik ayam tu harum...

    K...spin K...jangan tak spin...dulu kau dah buat sekali dah, teruk Pak Lah kesan 'Q n A' kau dan Anuar Zaini...jangan sampai terkena lagi.

    ReplyDelete
  29. Anonymous12:36 PM

    Dato',

    Kami perlukan lebih ramai menteri yang sanggup memberi sokongan secara terang kepada TDM.

    Kami sebagai rakyat biasa tidak mampu menjadi penggerak.

    Di zaman AAB ni, kami malu menjadi rakyat Malaysia. Kerana pemimpin adalah cerminan rakyat, AAB kelihatan 'kurang bijak' di persada antarabangsa, maka kami sebagai rakyat juga dipandang sedemikian rupa. Sungguh sedih.

    Zaman AAB ni, dia sorang betul, rakyat dan TDM yang salah.

    1. Harga minyak naik, suruh rakyat berjimat. Memanglah betul, tapi itu mengubati, bukan mencegah kenaikan harga.

    2. Gula kurang, suruh rakyat kurangkan ambil gula. Memanglah betul, tapi itu mengubati kesan kekurangan gula, tapi bukan mencegah pengurangan gula.

    3. Api naik, suruh 'bijak' gunakan letrik. Memanglah betul, tapi takkanlah AAB nak tido saja dan tak hendak nak buat apa2?

    4. TDM tegur mana yang salah, dia suruh TDM jangan melampau sangat. Memanglah betul TDM tak boleh melampau sangat, tapi TAKKANLAH PAKLAH NAK TIDO DAN TAK NAK PERBAIKI MANA YANG SILAP??!!

    Zaman Pak-U-Lah ni, surat khabar pon dah jadik macam surat sokongan kepada PL jer. Buletin Utama pon dah jadi macam cerita lawak pulak. Siarkan kecaman terhadap TDM, macamlah takde sokongan langsung. Pembaca berita pon dah jadi macam pembaca surat. Lawak sungguh!

    Komen-komen lawak di surat khabar zaman Pak Lah

    (pengolahan dari ayat sebenar, sila beratkan kepada makna sahaja)

    1. Anak Mahathir boleh, anak saya kenapa tak boleh?

    2. ZAM: TDM janganlah bising sangat, nanti habis rahsia orang melayu terbongkar (rahsia orang melayu? fuyoo..)

    3. Rakyat Kedah malu dengan tindakan TDM (F-lah ko ni Mahdzir, aku orang Kedah malu dengan ngkolah, bukan ngan TDM)

    Paklah, paklah...
    Orang nak jadi PM, ko pun ndak,
    Orang reti tadbir, ko tidak...

    ReplyDelete
  30. Setakat ni, antara ulasan yang paling saya syok sekali ialah yg link dia di bawah ni:

    http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=305

    ReplyDelete
  31. Dato,

    Novel dan filem "The Sum of All Fears" karya Tom Clancy adalah salah satu novel dan filem kegemaran saya.

    Saya tertarik dengan watak William Cabot lakonan Morgan Freeman dan Anatoli Grushkov lakonan Michael Byrne yang bertindak sebagai perantara sulit diantara Presiden Amerika Syarikat dan Rusia. Apabila Amerika Syarikat dan Rusia berada diambang perang nuklear, William Cabot dan Anatoli Grushkov ini telah memainkan peranan mereka sebagai penasihat dan orang kepercayaan Presiden untuk menyelesaikan kemelut hubungan kedua-dua buah negara itu.

    Digambarkan didalam filem ini betapa pentingnya perhubungan secara sulit itu diadakan diantara orang kepercayaan Presiden, kerana apabila timbulnya ketegangan diantara kedua-dua negara, ramai pihak yang akan cuba ambil kesempatan dan tidak kurang juga yang memberi nasihat yang salah.

    Ikut pendapat saya, Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Abdullah ini ibarat negara Amerika Syarikat dan Rusia dalam filem tersebut. Sepatutnya "operatif-operatif" mereka memainkan peranan penting untuk menyelesaikan masalah yang melanda ini di belakang tabir dan tidak membiarkan sampai boss-boss mereka bertemu muka hingga "berlaga angin".

    Dipihak Tun Dr Mahathir, individu seperti Tun Daim, Aziz Shamsuddin dan Megat Junid memang sudah tidak asing lagi dalam memainkan peranan ini. Keikhlasan mereka berkhidmat untuk kepentingan boss mereka adalah "legendary".

    Sebaliknya pula berlaku pada Dato Seri Abdullah. Selepas pemergian Dato Fatah, individu-individu yang menjadi orang kepercayaan beliau nampak semacam tidak ikhlas dan ingin mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi pula. Ibarat "lebih sudu dari kuah". Sepatutnya mereka ini menjaga boss dan bukan "menjual nama" boss.

    Mungkin sebab inilah politik Malaysia diambang perang nuklear agaknya.

    ReplyDelete
  32. Anonymous4:57 PM

    Assalamu'alaikum,

    Ada yg tak puas hati pada MB Kedah(bekas seorang guru) yg mengatakan rakyat Kedah malu dgn apa yg DrM lakukan.

    Bagi saya mungkin ada benarnya kata-kata MB Kedah. Memeng ada ahli UMNO Kedah malu tapi saya yakin lebih ramai yg suka dgn apa yg DrM kritikan. Kita harus maklum tidak semua sukakan DrM dan tidak semua bencikan pak lah begitu juga sebaliknya.

    MB Kedah boleh tahan lagi walau bekas guru. Sekurang2nya guru graduan.
    Ramai lagi pemimpin UMNO terutama peringkat Bahagian yg entah apa2 tapi sombong dan lupa daratan( Macam yg buat Istana Idaman dan di murkai Sultan negeri kaya).

    Tapi orang beginilah yg diperlukan oleh pucuk pimpinan UMNO agar mereka terus jadi Yes men .Jika mereka cuba melawan arus, pasti pucuk pimpinan ancam mereka kerana sudah di maklum akan segala 'rahsia' peribadi atau penyalahan guna kuasa mereka di bahagian atau negeri masing2.

    ReplyDelete
  33. Datuk,

    Saya tak nampak ada pertelingkahan antara TDM dan PM. Mengapa harus dijadikan isu ini sebagai isu perbalahan antara keduanya?

    Isu yang diketengahkan oleh TDM adalah isu untuk kepentingan orang melayu dan rakyat keseluruhannya.

    Kalau rakyat yang bertanya mereka suruh jangan besar-besarkan cerita. Kalau PM ambil masa begitu lama untuk menjawab soalan dan bila berjumpa TDM hanya setakat salin nota macam wartawan, baik tak payah jadi PM! TDM juga yang pandai, bawa tape recorder tanpa perlu menulis...Mungkin juga nota2 yang ditulis PM dah dialamatkan ke longkang!!

    Jadi disini, dimana hak kita sebagai rakyat?

    Rakyat dah mula muak dengan lakonan para pemimpin tersohor negara. Tindakan bersuara yang segera harus diambil demi kepentingan rakyat!

    Wahai pemimpin masa kini, hidup ini ibarat roda kalau anda semua boleh buat begini pada TDM, ingat2lah masa mendatang kamu. Kuasa yang ada bukan boleh dipegang selamanya. Cuba2lah jadi pemimpin untuk rakyat bukan pemimpin untuk harta kekayaan diri!

    ReplyDelete
  34. CikGu'Bard, saya ambil maklum maklumat Tuan mengenai cadangan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) hendak membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Rabu ini. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  35. Tahniah Dato' keran ada satu laman web budak hingus mengatakan Dato, bersama Ibrahim ali, Ron, ROcky, Abdullah kok Lanas, Matthias CHang, Zaharin dan satu hamba allah yg di panggil Abng Z ansara atau digelar sebagai bigguy,com dikatakan adalah penasihat Tun. Walaupun berlebihan tetapi ia adalah satu penghormatan.

    Berbalik pada mesej saya ...

    Masaalah sebenar orang Melayu adalah pemikiran feudal yang mana berkisar kepada adat untuk mendengar tanpa bantah apa yang pemimpin kata. Walaupun Malaysia sudah 50 tahun demokrasi, kita masih menganggap kata2 pemimpin dalam UMNO sebagai raja yang mana ia tidak boleh dibantah.

    Tun Dr Mahathir telah cuba membuka usaha ini. Pada zamannya perlawanan politik amat lumrah sekali, dan beliau telah berani memperbetulkan institusi raja supaya ia menunjukkan instutusi yang selari dengan semangat demokrasi.

    Pemikiran yang telah ditunjukkan oleh PM amat menyedihkan kerana ia seolah2 suatu pengunduran minda umat Melayu supaya pemimpin tidak boleh di tegur dan di kritik, Pemimpin seperti AAB hanya mementingkan isu2 pribadi diri dan keluarga lebih dari berfikir tentatng kepentingan bangsa, negara dna agama.

    Cara respons beliau terhadap Tun menunjukkan beliau tidak berani menghadapi isu kandungan kritikan itu tetapi menggunakan dirinya dan bala tentera politik dan jentera kerajaan untuk membunuh pembawa mesej.

    CUba kita tanya diri kita sekarang. Mengapa Tun sanggup menerima kesemua kritikan2 ini. Tidak kah beliau terfikir anak2nya akan di katakan juga mendapat kintrak kerjaan? Tidak kah beliau risau akan popularitinya dan peninggalan sejarahnya yang mahu dikotorkan oleh Yahudi yang memarahi kenyataan terakhirnya sebagai PM dan akan di cemarkan oleh mereka2 ini?

    Berani kerana benar. Takur kerana salah. Tun jelas tidak takut apa yang akan terjadi padanya kerana kepentingan bangsa, negara dan agama lebih dari dirinya sendiri. Kenapa pula yang Pak Lah TAKUT untuk jawab atau menghadapi dengan gentlemen apa yang ditegur, nasihat dan tegur oleh Tun kalau tidak kernaa TAKUT KERANA SALAH.

    Teruskan perjuangan mu Tun, kami akan sentiasa bersama mu sehingga titisan tenaga terakhir.

    ReplyDelete
  36. Anonymous2:06 AM

    YBhg Dato'
    Syabas kepada Dato' yang telah berjaya memberi ruang kepada umum untuk lepaskan perasaan mereka. Saya percaya ramai dari pengunjong Blog ini jika diberi ruang bolih memberi pandangan yang bernas untuk memajukan negara.Apa yang diperlukan adalah tindakan .

    Sebagai rakyat yang bertanggungjawab kita perlu berusaha membetulkan keadaan jika terdapat sesuatu kepincangan. Sebagai contoh dalam perkara AP Pentadbiran Kerajaan terdahulu tidak mengambil tindakan keatas kesalahan seseorang mungkin kerana tidak cukup bukti. Sekiranya sekarang ada bukti tambahan yang boleh mengsabitkan beliau maka lapuran Polis/BPR hendaklah dibuat. Begitu juga dengan kes-kes lain.Masalahnya kita sekarang sudah terperangkap dengan pendapat kita tiada apa-apa kuasa. Semuanya diserahkan kepada kerajaan untuk membuat sesuatu.

    Kita sedar ada pihak-pihak tertentu suka apabila kita berbalah sesama sendiri. Mereka hanya menunggu pendedahan berita yang menunjukan salah laku orang Melayu dan akan menggunakannya sebagai bukti orang Melayu tidak pandai memerintah .Yang rugi kelak adalah anakbangsa sendiri.

    Saya dapati kumpulan-kumpulan bukan bumiputera sedang berusha mendapat peluang dibawah RMK 9 sementara organisasi-organisasi bumiputra masih menunggu apa Kerajaan akan tawarkan kepada mereka.Mungkin kita sebagai satu kumpulan bolih mengenal pasti apa yang diperlukan di kampong dan membantu mengemukakannya kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan.Orang Melayu memerlukan kepimpinan melalui teladan .

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

    Ramadhan Petaling Jaya.

    ReplyDelete