Dr M tidak disingkir tapi diberi kata dua
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila guna nama sebenar atau nama samaran yang sesuai.]
SYABAS kepada Majlis Tertinggi Umno dan kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi , kerana bertindak waras tidak menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad atas “dosanya” mengkritik Kerajaan secara terbuka.
Seperti terkandung di dalam update posting bertarikh 2 Nov., MT UMNO yang bermesyuarat semalam (2 Nov.) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan disiplin ke atas Dr Mahathir.
Utusan Malaysia (3 Nov.) memetik Abdullah sebagai berkata bahawa bekas Perdana Menteri itu juga tidak akan dilucutkan jawatan sebagai penasihat kepada beberapa badan kerajaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, ini tidak bermakna bahawa Dr. Mahathir kebal daripada tindakan jika melanggar peraturan dan perlembagaan parti.
‘‘Keputusan MT itu bukan menandakan kepimpinan parti takut untuk mengambil tindakan terhadap Dr. Mahathir, cuma buat masa ini parti tidak mahu mengambil sebarang tindakan,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu.
Ada beberapa isu yang perlu dikaji, dianalisis dan difahami. Pertamanya, MT tidak mempunyai hak ke atas pelantikan Dr Mahathir atau sesiapa sahaja sebagai penasihat Kerajaan dan agensi-agensinya. Ia adalah hak dan budi bicara Perdana Menteri.
Kuasa atau hak MT, jika ada, hanyalah sekadar memberi pandangan atau membuat gesaan sama ada melantik atau memecat seseorang. Namun ada eloknya Perdana Menteri, sekalu Presiden Umno, memberi peluang kepada ahli-ahli MT menyuarakan pandangan.
Kedua, isu kedudukan Dr Mahathir itu, menurut Abdullah (seperti dilaporkan oleh Bernama) dibangkitkan oleh perwakilan Umno Kedah. Laporan Utusan pula memetik Perdana Menteri sebagai mengulas cadangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas yang mendesak Kerajaan melucutkan segera semua jawatan Dr. Mahathir dalam Kerajaan berikutan tindakannya terus mengkritik kepimpinan Abdullah.
Gesaan perwakilan Kedah dan Pemuda Kepala Batas itu jelas merupakan percubaan untuk mempolitikkan kedudukan Dr Mahathir sebagai Penasihat Petronas, Proton dan Lembaga Kemajuan Langkawi (Lada).
Bagaimanapun, jelas buat masa ini iaitu Perdana Menteri dan MT tidak berasa perlu untuk mempolitikkan isu itu lebih daripada apa yang sudah berlaku. Dalam erti kata yang lain, Perdana Menteri dan MT mungkin berpendapat bahawa “hatchet job’ yang dilakukan oleh penggiat, operator dan juak-juak Umno di peringkat negeri dan bahagian sudah cukup sebagai hukuman ke atas Dr Mahathir.
Ketiga, MT tidak mempunyai asas moral yang kukuh untuk menghukum Dr Mahathir kerana mengkritik Kerajaan secara terbuka setelah melakukan pelbagai tipu-helah menghalang beliau daripada menggunakan pentas Umno.
Malah Perdana Menteri tidak pun memberi reaksi kepada cadangan Mubarak agar Dr Mahathir dijemput berucap kepada ahli MT dalam majlis tertutup dan berjumpa dengan anggota Kabinet Umno/Melayu.
Bukan itu sahaja, Abdullah turut menolak permintaan Dr Mahathir agar perjumpaan mereka pada 22 Oktober lalu dihadiri oleh seorang saksi.
Keempat, Abdullah melalui sidang akhbarnya memberi amaran kepada Dr Mahathir dan semua ahli parti bahawa MT berhak dan akan mengambil tindakan ke atas mereka jika dirasakan perlu.
Dan kelima, Abdullah secara terang menyatakan bahawa keputusan MT tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Dr Mahathir tidak bermakna ia takut kepada bekas Perdana Menteri itu.
Saya setuju. Perdana Menteri dan MT tidak perlu takut kepada Dr Mahathir. Dengan keseluruhan jentera parti, kerajaan dan media massa arus perdana di belakangnya, Perdana Menteri tidak perlu takut kepada Dr Mahathir.
Yang perlu diperhatikan dan diberi pertimbangan oleh Perdana Menteri dan MT ialah kemungkinan kritikan Dr Mahathir dan isu-isu yang beliau bangkitkan sudah mempunyai momentumnya sendiri. Ia bukan lagi agenda peribadi Dr Mahathir tetapi sesuatu yang sudah mempunyai “rohnya” sendiri.
Namun, saya menganggap nada suara Abdullah dan MT yang agak “concoliatory” (bertolak ansur) itu sebagai positif dan memberikan sedikit harapan bahawa ketegangan sekarang boleh diredakan dan perbezaan pendapat boleh diatasi tanpa sesiapapun hilang air muka.
Misalnya, Kerajaan boleh memulakan proses pemikiran semula – rethinking-- ke atas projek-projek dan dasar-dasar era Dr Mahathir yang dibatalkan atau digantung seperti Jambatan Bengkok, Landasan Kereta Api Kembar dan Projek Hidro Bakun dan memberi penjelasan yang lebih meyakinkan mengenai penjualan MV Agusta, rundingan perjanjian perdagangan bebas dan pengeluaran permit import kenderaan bermotor (AP) seperti yang berulang kali dijanjikan.
Mesti ada sesuatu yang tidak kena atau tidak sempurna dengan jawapan Kerajaan sehingga kini apabila masih banyak rakyat jelata yang terus memihak kepada Dr Mahathir walaupun Kerajaan dan media massa kawalannya mendakwa bahawa semua pertanyaan beliau telah dijawab dan dijelaskan.
Serentak itu, Perdana Menteri dan MT perlu memulakan proses mengeluarkan duri, bisa dan racun dari jasad Kerajaan dan Umno. Ahli-ahli MT harus lebih ikhlas dan telus dengan Perdana Menteri. Mereka wajib menyatakan apa yang terbuku di hati mereka mengenai pengurusan Pejabat Perdana Menteri, parti dan media massa milik parti.
Sikap dan sifat talam dua muka sesetengah daripada mereka tidak membantu memperkukuhkan kawalan parti ke atas Kerajaan dan memberikan isyarat yang mengelirukan kepada ahli dan penyokong parti.
Bukan rahsia lagi bahawa pembesar-pembesar talam dua muka ini berteriak “yes sir” (ya tuan) di hadapan Perdana Menteri dan orang kepercayaan beliau tetapi membebel mengkritik beliau di kedai kopi dan di rumah kenduri.
Umno tidak boleh menyukarkan penyertaan ahli di dalam kegiatan parti atau menyekat penyaluran maklumat kepada mereka. Apa pun alasan dan muslihat MT mengubah masa mesyuarat agung tahun ini daripada hujung minggu kepada hari kerja (mulai Isnin 13 November), kesannya ia menyukarkan perwakilan, pemerhati dan ahli biasa datang ke Kuala Lumpur untuk menghadirinya.
Harus diakui bahawa bukan semua ahli dan penyokong Umno bergantung kepada jentera propaganda rasmi untuk mendapatkan maklumat. Mereka kini mempunyai saluran maklumat alternatif seperti laman berita Internet dan blog. Tidak semua yang percaya dan menyokong membabi-buta lagi.
Syabas Dato' atas penulisan ini....
ReplyDeleteAdalah 100% benar untuk menyatakan bahawa 'keterbukaan dan peluang mendapatkan maklumat' adalah semakin luas pada masa kini.....
Saya suka untuk menyatakan bahawa andai ditolak penggunaan media alternatif dikalangan golongan 'senior,' ianya adalah cukup MELUAS dikalangan golongan 70-an dan 80-an yang harus diingat MEMPUNYAI kuasa UNDIAN yang cukup banyak pada pilihanraya mendatang dan majoritinya juga cukup DEKAT dan cukup SEBATI dengan IDEALISME dan PANDANGAN 'orang tua' yang dikatakan 'nyanyuk, sudah pencen' itu.......
Sokongan tetap untuk UMNO tetapi cara 'orang tua' itu dilayan adalah cukup memualkan dan meloyakan......
Janganlah golongan 'pembawa keris yg berlagak seperti pendekar UMNO' itu ingat mentaliti masyarakat dan golongan muda adalah terlalu lemah dan boleh dilayan seperti cara berpolitik era 60-an ataupun 70-an.........
Cukup untuk menyatakan disini bahawa sikap terlalu 'MENGAMPU TAHAP TERLAMPAU' yang dipraktiskan oleh orang orang seperti beberapa Mneteri Besar dan Menteri Kabinet itu sebenarnya BUKAN menyelamatkan sentimen masyarakat terhadap Y.A.B Perdana Menteri TETAPI memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap UMNO dan PM itu sendiri.........
Untuk mengatakan 'orang tua' itu sudah pencen dan hanyalah ahli UMNO biasa adalah sama sekali SILAP dan DUNGU bunyinya......
'Orang Tua' itu sebenarnya mengubah imej Malaysia, memartabatkan sentimen MALAYSIA BOLEH dan pelbagai idea uniknya ketika beliau sudah mencecah usia PENCEN pada 1981 itu............. Maka beliau tidak boleh dipersendakan dengan retorik tak cukup bijak seperti itu................
That's way I say he's not that smart!
ReplyDeleteIf he could have rephrased his words to "..MT berpendapat Dr Mahathir perlu dikekalkan sebagai penasihat kepada agensi-agensi kerajaan ini kerana pengalaman dan fikiran beliau yang masih diperlukan oleh negara..., he will definitely get my sympathy even though i know he didn't really mean it. Afterall, Dr Mahathir is not going to be sacked anyway! So, why not turn it into something positive for him.
Again, that's way I say he's that not smart!
Hantu Gigi Jarang
Datuk,
ReplyDeleteAkhbar "The Sun" hari ini memetik that Pak Lah is ready to launch 29 High-Impact Projects worth RM100b(known as HIPs).
All the projects will be monitored by dedicated teams setup by PM Dept's National Implementation Directorate (known as NID).
Just to "quote" a funny thing that being said here by DS Effendi Norwawi Minister from PM's Dept (The Sun, Fri, Nov 3, 2006).
He said "It is wrong to say that nothing is moving after 9MP was tabled by Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi"
"We have been working on overdrive in the past six months to ready the mechanism for implementing HIPs"
"Unlike previously, the govt now wants to ensure that when a HIP is implemented, it does not go awry."
"We have been planning for six months for the 20 (HIPs) projects and the Prime minister will be launching them soon."
"We have learnt from previous mistakes. Projects are implemented but they fail...schools are built but are not fit for occupation, hospitals are built but cannot be used, and many others."
"There was no proper monitoring of the projects. the NID is now the difference, with dedicated monitoring teams for every HIP."
Effendi futher added that the NID would be planning for all other HIPs covered by the five-year 9MP.
-----------------------------
Adalah amat menarik dan agak lucu jika ayat diatas diterjemah secara double meaning.(tak perlu saya terjemahkan secara detail..siapa yang memahami mungkin akan faham)
So, I'm just assuming that they are covering the NID of those 29 HIPs and may be some other HIPs only.
Who do u think would lick clean all those HIPS?
So whoever NID the HIPs. Move IT and grab IT now! Just make sure u get those BIG ones!
Baru sebentar tadi saya membaca blog SultanMuzaffar, dia hint pergolakan antara Mahathir dan Abdullah isu utamanya disebabkan Abdullah membebaskan Anwar. Saya fikir andaian SM itu kurang tepat tapi... walaupun sedikit sebanyak pembebasan Anwar menimbulkan kemarahan Mahathir.
ReplyDeleteSaya bukan golongan Dato2 spt kebanyakan pembaca blog Dato'ini. saya cuma orang biasa (yang mula berasakan masyarakat Melayu dah berkasta-kasta iaitu kasta golongan Dato2 dan golongan bukan-Dato/berpangkat). Saya ni di sebelah golongan bukan Dato'.... dan saya nak nyatakan di sini, saya dah jelak dengan 'peperangan antara puak2 Dato'2 ini termasuk yg terbaru antara Mahathir dan Abdullah. Pada saya it's all about money...and all the talks about 'nasib bangsa Melayu etc etc' hanyalah mainan mulut sahaja. Terima Kasih kerana sudi membaca pandangan orang golongan bawahan seperti saya. Kepada Dato'... saya ucapkan selamat berjuang... saya cuma dapat memerhati saja dato2 berjuang.
Alhamdulillah lah kita, YBhg Datuk.
ReplyDeleteSekarang dan secara tertibnya, Tun harus diberi peluang berucap di Perhimpunan Agong Tahunan UMNO dan ada baiknya tidak dikongkong ucapan YABhg Tun baik dari tempoh masa atau agenda.
Cubalah diyakinkan YABhg Tun akan kami apa warasnya dan untungnya di teruskan luahan hatinya.
Assalamualaikum wrth. Dato', Selamat Aidilfitri Mulia.
ReplyDeleteSaya tidak pasti samada Tun Mahathir mendapat sokongan yang berlipat ganda jika dibandingkan dengan sokongan yang Pak Lah terima. Kerana pada cuti Raya tempohari, rata-rata sahabat handai, rakan dan taulan yang berkunjung ke rumah kebanyakkannya begitu mual dan memandang sinis kepada Tun. Titah Sultan Johor diulang-ulang secara bergurau "Kalau dah pencen. Pencen sajalah. Apa lagi nak bising-bising".
Saya tidaklah dapat berhujah lebih-lebih oleh kerana suasana Aidilfitri.
Namun saya rasa kita tidak berhak menolak pandangan rakyat biasa. Sahabat-sahabat saya berhak meluahkan pendapat. Ini realitinya, ada yang menyokong Tun malah tidak kurang juga yang menyampah dengan cara Tun. Mereka mempunyai buah fikiran sendiri. Jadi kita kena terimalah dengan fikiran terbuka.
Kadangkala ada kebenaran juga apabila mereka berkata :" Pak Lah baru 3 tahun, sedangkan Tun dah bertakhta hampir 23 tahun. Adilkah kalau nak dibuat perbandingan?"
Dari sudut lain saya sedikit terkilan dan bersedih apa yang media arus perdana perlakukan kepada Tun. Menghina dengan kata-kata sinis. Malah terdapat menteri yang bersikap terlalu kurang ajar. Hormat sikitlah dengan Negarawan Berjasa...
Kalau nak berlawan biarlah dengan yang setanding. Muda lawan Muda. Kalau setakat berani cabar Orang Tua. Bacul namanya...
Dato'
ReplyDeleteSatu trend pemikiran rakyat Malaysia ialah, jika bangkang sikit, maka orang yang membangkang akan di cop tak betul lah, semua pemikirannya salah. Tengoklah apa terjadi dengan nasib PAS, DAP dan Keadilan. Semua idea, kritikan pembangkang semuanya salah. Ini pemikiran sempit rakyat malaysia.
Begitu juga nasib Tun Mahathir, sejak beliau mula membangkang, semua yang keluar dari mulutnya salah.
Kita kena rasional, jika saya seorang pemimpin. Saya akan mendengar dan lebih memberi perhatian orang yang bangkang, dan bertindak ke atasnya.
Berbalik kpd Tun Mahathir, sejak dari beliau membangkang, habis jawatannya dalam penasihat company kerajaan pun nak tarik. Bagi saya tak ada kena mengena.
Jawatan dalam penasihat dalam company kerajaan boleh ditarik, jika beliau mula menasihat perkara yang mengarut dan tak betul ie keluarkan duit petronas buat istana Tun ke, jual proton dengan harga yang berlipat kali ganda ke dan lain-lain.
Harap pemikiran sempit macam ni di ubah, kalau tidak Malaysia mungkin maju dari segi kewangan tapi mundur pemikiran
Saudara ku Sepet,
ReplyDeleteAnda kecewa dengan siapa sebenarnya???
Rockybru dan The Scribe,
ReplyDeleteAda ke transcript rasmi titah Sultan Johor? Kalau ade minta poskan. Yang saya ade ni mungkin tak rasmi. Member dari JB yang kerje pemberite bagi. Mohon bantuan. Bunyinye lebih kurang begini:
“Saya rasa gembira dan berdukacita kerana saya, jangan bangga-bangga
dengan mat salleh, kena tipu je.
... memilih negeri Johor sebagai pusat pertumbuhan ekonomi di peringkat
dunia. Saya berharap pembangunan wilayah ekonomi johor selatan ini akan
membuka peluang pada kita semua yang faedah-faedahnya dapat dinikmati
oleh seluruh rakyat negeri johor. Saya yakin pembangunan wilayah ekonomi
Johor selatan ini akan berjaya dengan kerjasama dan muafakat semua
pihak.
Maknanya bererti iaitu kita semua ni bermuafakat insyaalah berkat. Saya
berterima kasih kepada kerajaan persekutuan. Terutama sekali sahabat
saya datuk Dollah badawi. Yang mana saya bukan kenal baru dah berapa
puluh tahun dah kenal (hands clapping)
Peruntukan besar, kerjasama dan sokongan kepada kerajaan negeri johor
bagi membangunkan wilayah ekonomi Johor Selatan.
Yang sebenarnya kalau ikut saya, Causeway tu bukakan Air punya
kotornya. Bukak tu baru Johor ni maju. Kapal Tak boleh lalu sini, jadi kita ni
kena tunduk je dengan mat salleh. Saya tak de bagi tak boleh bagi muka
kepada mat salleh ni. Jangan percaya dengan balar ni
Dengan lafaz bismillah dengan saya mengistiharkan wilayah ekonomi
selatan sebagai wilayah pembangunan... Iskandar? Kenapa letak nama saya ni?
tak payahlah ni... Yang menentang kerajaan Inggeris tu Datuk Abdul
Rahman Andak. Jangan bangga dengan mat salleh. saya... bukan main
kotornya mat salleh ni. “
Baguslah kalau tindakan Dato' Seri Abdullah Badawi cuba untuk menunjukkan masih ada sedikit perasaan hormat kepada bekas ketuanya. Pak Lah sebagai PM sedikit sebanyak dapat menunjukkan kewarasan.
ReplyDeleteMat Taib belajarlah dari PM. Dulu masa Pak Lah belum naik, Mat Taib dan kuncu-kuncunya termasuklah Muhyidin Yasin betul punya lanyak Pak Lah. Masa tu mereka punya sanjung Pak Sheikh Anwar bukan main melangit. Utusan Malaysia jadi saksi!
Sekarang jilat ludah sendiri. Maaflah kalau terkasar bahasa.
Terkasar bahasa sebab mereka ini jenis tak tau hormat Negarawan Berjasa merangkap Orang Tua.
Kepada Pak Lah saya masih belum hilang hormat, cuma marah masih membara sebab Petrol Naik hampir 50 sen sejak Pak Lah memerintah. Baru perintah hampir 3 tahun macam-macam barang naik harga. Cuba bayangkan kalau tambah lagi 20 tahun. Tersiksa Rakyat kalau macam ni.
Sejahat-jahat Tun Mahathir memerintah, Petrol tak pernah la pula naik macam tu punya tinggi. Ini menunjukkan Orang Tua tu jenis manusia tahu berfikir masalah rakyat Malaysia.
Pilihanraya akan datang nanti, saya harap Pak Lah taklah terkejut sangat keputusan yang akan keluar dikaca TV sepertimana kami terkejut bila harga Petrol melambung naik 30 sen keluar didada akhbar.
Pertol naik harga, cili merah pun naik sama. Teh Tarik toksah cerita. Api eletrik campur Air dah tentu naik juga. Patutlah ramai rakyat Malaysia beli DVD haram. Sebab Murah...
Harga Ikan Tenggiri sekarang golongan Middle Class pun terpaksa berpikir nak beli. Baik duit lebih tu buat beli petrol. Senang cerita, petrol naik harga barang pun naik. Kalau susah2 sangat adalah lebih baik kita semua kembali kayuh basikal macam zaman Dato' Onn Jaafar.
Kayuh Basikal??? Nak cari Nahas? Menempah mautlah jawabnya. Sebab naik flight Air Asia sejuta kali lebih selamat daripada kayuh basikal kat Jalan Raya Malaysia. Jalan raya kat Afghanistan lagi safety.
Wahai Pak Lah tolonglah faham masalah rakyat marhain.
30sen punya pasal...macam-macam Ada!
Assalamualaikum Dato
ReplyDelete"Saya mahu menjadikan mereka manusia yang mungkin tidak begitu bijak, tapi waras. menjadikan mereka juga manusia yang berimbang, gemarkan irama, mesra akan alam, kagum akan segala ciptaan Allah"- A Samad Said
bila saya terkenang ungkapan sasterwan negara ini.. SAYA PASTI KENAPA DATO MENULIS!! TERUSKAN PERJUAGAN DATO!!
-DEQWAN-
Aku bukanlah pakar saikologi.tetapi mengikut hemat aku.Usia atau Umur ada dua perkiraan.Satu Usia dari segi umur secara fizikal dan satu lagi usia dari segi mental.Pada TDM aku lihat usia mental dan usia fizikalnya seperti empat pulohan saja.pada pandangan aku AAB lebih tua dan nyanyuk, terutama mengenai apa yang dia cakap pada semasa menjelang PRU dengan apa yang ia buat sekarang ini.
ReplyDelete-makan gaji.
Datuk dan rakan-rakan pendebat sekalian,
ReplyDeleteSaya rasa kata kunci rencana Datuk kali ini yang saya anggap sangat tepat dan perlu diperhatikan ialah "diberi kata dua.'
Pak Lah cukup jelas dengan kata duanya kepada Tun Dr Mahathir. Bagi seorang pembesar (mengulang pakai istilah Datuk) yang jarang faktual dan kerap kabur dengan penghujahannya, saya rasa amarannya selepas mesyuarat MT Khamis lalu luar biasa.
1. Tun M tidak dilucutkan jawatan penasihat Petronas, Proton, Lada dan lain-lain;
2. Tun M tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin walaupun mengkritik Kerajaan secara terbuka dan berterusan; dan
3. Tun M tidak kebal dan MT tidak bertindak ke atasnya bukan kerana takut.
Saya melihat keputusan MT dan nada suara Pak Lah sebagai pentanda buruk bagi Tun M dan ahli-ahli Umno yang mengkritik Kerajaan, Pak Lah, Khairy, Kamal, Kallimullah, budak-budak Tingkat 4 dan para pesekongkol yang lain.
Saya melihatnya sebagai tone atau agenda setting untuk Perhimpunan Agung mulai 13 Nov. ini. Misalnya sudah pun terdengar ura-ura Pemuda Umno atas arahan timbalan ketuanya Khairy Jamaluddin akan membahas dan meluluskan satu resolusi menggesa mesyuarat agung membuat ketetapan agar Tun Dr Mahathir dan pengkritik Pak Lah dikenakan tindakan termasuk pemecatan.
Saya rasa dendam (sakit hati) KJ ke atas Tun M tidak akan terubat jika sesuatu tindakan keras dan memalukan tidak diambil ke atas orang tua Umno itu dengan segera kerana lagi lama Tun bersuara lagi parah kedudukan PM, KJ, Umno dan Kerajaan.
Tengok macam mana Sultan Johor, walaupun secara berseloroh, menitahkan agar Tambah Johor dirobohkan. Alasannya sama saja dengan alasan Tun Dr Mahathir iaitu membuka laluan kapal dan membersihkan Selat Johor yang kotor.
Rakan-rakan para pemberita memaklumkan kepada saya bahawa Pak Lah begitu terkekut (dan boleh jadi juga malu) dengan sindiran Sultan Johor itu yang juga tidak mahu SJER menggunakan nama Baginda, telah membatalkan Press Conference dan terus balik ke KL.
Kepada KJ, Tun Mahathir is dangerous. Walaupun dia tidak berkuasa lagi dan dipinggirkan secara sistematik oleh Umno dan media mass kawalan Kerajaan, namun pandangannya masih terus didengar dan terus mempengaruhi pendapat umum.
KJ dan pesekongkolnya pasti tidak puas hati kalau Tun M tidak dijadikan pariah (paria) sekali lagi dengan mengutuk atau membuangnya dari parti.
Tetapi saya juga dimaklumkan yang Mubarak sudah tahu rancangan KJ dan Pemuda Umno ini dan sedang menyebarkan maklumat itu. Syabas Mubarak. Saya gembira Mubarak kini muncul sebagai suara waras dan kumpulann pendesak Umno yang efektif. Terima Kasih Mubarak.
Datuk dan rakan-rakan pendebat sekalian,
ReplyDeleteSaya rasa kata kunci rencana Datuk kali ini yang saya anggap sangat tepat dan perlu diperhatikan ialah "diberi kata dua.'
Pak Lah cukup jelas dengan kata duanya kepada Tun Dr Mahathir. Bagi seorang pembesar (mengulang pakai istilah Datuk) yang jarang faktual dan kerap kabur dengan penghujahannya, saya rasa amarannya selepas mesyuarat MT Khamis lalu luar biasa.
1. Tun M tidak dilucutkan jawatan penasihat Petronas, Proton, Lada dan lain-lain;
2. Tun M tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin walaupun mengkritik Kerajaan secara terbuka dan berterusan; dan
3. Tun M tidak kebal dan MT tidak bertindak ke atasnya bukan kerana takut.
Saya melihat keputusan MT dan nada suara Pak Lah sebagai pentanda buruk bagi Tun M dan ahli-ahli Umno yang mengkritik Kerajaan, Pak Lah, Khairy, Kamal, Kallimullah, budak-budak Tingkat 4 dan para pesekongkol yang lain.
Saya melihatnya sebagai tone atau agenda setting untuk Perhimpunan Agung mulai 13 Nov. ini. Misalnya sudah pun terdengar ura-ura Pemuda Umno atas arahan timbalan ketuanya Khairy Jamaluddin akan membahas dan meluluskan satu resolusi menggesa mesyuarat agung membuat ketetapan agar Tun Dr Mahathir dan pengkritik Pak Lah dikenakan tindakan termasuk pemecatan.
Saya rasa dendam (sakit hati) KJ ke atas Tun M tidak akan terubat jika sesuatu tindakan keras dan memalukan tidak diambil ke atas orang tua Umno itu dengan segera kerana lagi lama Tun bersuara lagi parah kedudukan PM, KJ, Umno dan Kerajaan.
Tengok macam mana Sultan Johor, walaupun secara berseloroh, menitahkan agar Tambah Johor dirobohkan. Alasannya sama saja dengan alasan Tun Dr Mahathir iaitu membuka laluan kapal dan membersihkan Selat Johor yang kotor.
Rakan-rakan para pemberita memaklumkan kepada saya bahawa Pak Lah begitu terkekut (dan boleh jadi juga malu) dengan sindiran Sultan Johor itu yang juga tidak mahu SJER menggunakan nama Baginda, telah membatalkan Press Conference dan terus balik ke KL.
Kepada KJ, Tun Mahathir is dangerous. Walaupun dia tidak berkuasa lagi dan dipinggirkan secara sistematik oleh Umno dan media mass kawalan Kerajaan, namun pandangannya masih terus didengar dan terus mempengaruhi pendapat umum.
KJ dan pesekongkolnya pasti tidak puas hati kalau Tun M tidak dijadikan pariah (paria) sekali lagi dengan mengutuk atau membuangnya dari parti.
Tetapi saya juga dimaklumkan yang Mubarak sudah tahu rancangan KJ dan Pemuda Umno ini dan sedang menyebarkan maklumat itu. Syabas Mubarak. Saya gembira Mubarak kini muncul sebagai suara waras dan kumpulann pendesak Umno yang efektif. Terima Kasih Mubarak.
Mahathir sudah diberi kata dua?Mungkiin betul begitu.
ReplyDeleteAkan tetapi, apabila Mahathir sudah "melanyak" PM dan mengambil sikap berkonfrantasi (bukan setakat mengkritik PM), apakah pilihan yang terbuka buat PM?
Penyokong fanatik Mahathir barangkali mengharapkan PM akan menurut "titah perintah" Mahathir, kerana Mahathir adalah bekas PM yang hebat dan banyak berjasa.
Malangnya poliitik bukan begitu. Selemah-lemah PM pun beliau ada maruah dan harga diri.
Maka apabila maruah dan harga diri beliau sudah "dilanyak" begitu rupa, maka pilihan beliau juga ialah "cara keras" untuk mengekalkan kuasa dan kedudukan beliau.
Saya rasa inilah "hukum politik" dan "peperangan" yang terpaksa kita lihat, walaupun kebanyakan kita mungkin tidak bersetuju.
Kami org Johor tuntut UMNO Johor yang sedang mengadakan Konvensyen pada hari Ahad dan Isnin ini supaya menyokong tuntutan DYMM Tuanku Sultan Johor untuk merobohkan Tambak Johor yang merupakan legasi penipuan penjajah terhadap negeri Johor.
ReplyDeleteKami juga tidak setuju dengan rancangan K(haz)ianat untuk SJER mengadakan Free Access Zone, pihak berkuasa otonomi SJER, memberi keutamaan kepada pelabohan & lapangan terbang singapura, dan menjadikan JB bandar satelit & tempat berhibur untuk Singapura.
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Kami org Johor tuntut UMNO Johor yang sedang mengadakan Konvensyen pada hari Ahad dan Isnin ini supaya menyokong tuntutan DYMM Tuanku Sultan Johor untuk merobohkan Tambak Johor yang merupakan legasi penipuan penjajah terhadap negeri Johor.
ReplyDeleteKami juga tidak setuju dengan rancangan K(haz)ianat untuk SJER mengadakan Free Access Zone, pihak berkuasa otonomi SJER, memberi keutamaan kepada pelabohan & lapangan terbang singapura, dan menjadikan JB bandar satelit & tempat berhibur untuk Singapura.
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Saudara Harat,
ReplyDeleteSaya setuju dengan Sdr tentang saranan Saudara iaitu PM Pak Lah ada maruah dan harga diri. Justeru dia akan menggunakan kuasa sebagai Presiden Umno dan ketua eksekutif Malaysia untuk melawan dan kalau boleh mengalahkan Tun Dr Mahathir.
Tetapi saya ingin bertanya Saudara tentang interpretasi maruah dan harga diri PM itu.
Adakah maruah dan harga diri itu termasuk tunduk kepada ancaman Singapura sehingga membatalkan projek jambatan di wilayah kedaulatan kita sendiri?
Atau membuat kenyataan-kenyataan membela anak menantu dan ahli keluarga sendiri yang kemudiannya ternyata silap, hambar dan keliru sehingga nampak seakan-akan dia berdusta?
Apakah maruah dan harga diri bermakna menggigit datang yang memberinya talian hayat politik?
Saudara Harat, penyokong2 Dr M mungkin fanatik, tetapi saya rasa mereka tidak dungu, moron dan terencat akal macam sesetengah pencinta Pak Lah.
Saudara Ahli UMNO 1982,
ReplyDeleteSaya ucapkan terima kasih kerana sudi memberi respons terhadap tulisan saya.
Terlebih dahulu, saya ingin jelaskan bahawa saya hanya pemerhati dari luar dan dari jauh, dan saya tidak komited untuk menyokong mana-mana pihak.
Saya bersetuju dengan pendapat umum(?) bahawa PM sekarang adalah seorang yang "lemah" dan telah membuat beberapa "kesalahan" dan "kesilapan".
Dan dari segi kaliber pula beliau tentulah tidak setanding dengan PM yang terdahulu (Mahathir khasnya).
Akan tetapi, saya fikir tidak ada sesiapa, apatah lagi seorang PM, yang mahu dihentam dan dilanyak secara terbuka seperti yang dilakukan oleh Mahathir, walaupun pada pandangan sesetengah pihak, dia agaknya tidak mempunyai maruah dan harga diri.
PM sekarang tidak akan hidup menongkat langit. Cepat atau lambat, dia akan meninggalkan kerusi PM juga.
Akan tetapi, oleh sebab dia telah dihentam dan dilanyak, dia tentunya tidak akan mudah mengalah dan berundur dengan serta merta, kecualilah jika parti menghendaki dia berbuat demikian.
Dalam pada itu, pemimpin kanan UMNO yang lain, termasuk menteri kabinet, secara logiknya tentu akan mengambil pendirian berdasarkan kepentingan.Jika sokong PM, walaupun dia seorang yang lemah dan tidak berwibawa, akan dapat terrus memgang jawatan menteri dan sebagainya. Jadi buat apa mereka sokong Mahathir?
Dalam keadaan demikian,Mahathir mungkin akan tersingkir, sekurang-kurang-nya untuk sementera.
Mungkin PM sekarang akan jatuh, dan Mahathir akan bangkit kembali ke tengah gelanggang setelah PM jatuh. Saya tidak berani meramalkan, kecuali tunggu dan lihat.
Dato bertanya kenapa ramai menteri-menteri kita sekarang bersifat dan bersikap talam dua muka?
ReplyDeleteJawapan saya, "MUNGKIN" sebab mereka menggangap yang Perdana Menteri mereka sekarang ini adalah seorang yang pendendam, tidak berfikiran terbuka dan tidak boleh menerima kritikan. Selain itu Perdana Menteri mereka ini juga tidak berkuasa penuh dan boleh dipengaruhi oleh tangan-tangan hitam (bukan budak hitam) dan penasihat-penasihat misteri.
Sebab itu untuk selamat atau "play safe" mereka tidak sanggup bersikap "direct" dan lebih rela jadi talam dua muka. Amat memalukan apabila tindakan pengecut mereka ini terpaksa dipikul oleh mantan Perdana Menteri yang terpaksa menegur Perdana Menteri secara terbuka dan terang-terangan agar bermacam-macam kesilapan kerajaan dapat diperbetulkan.
Ironiknya pula, apabila Perdana Menteri ditegur, menteri-menteri bacul ini pula yang sibuk melalak konon-konon untuk mempertahankan boss mereka. Melalak, kalau dengan memberi hujah yang bernas dan berlandaskan fakta untuk menyangkal tuduhan Tun Dr Mahathir, kita pun boleh terima; tetapi mereka ini melalak dengan membuat nista, mengkeji, berpelakuan biadap dan kurang ajar terhadap negarawan yang telah banyak berjasa! Apakah kita rakyat boleh terima?
Ada blogger berkata yang Perdana Menteri punya maruah dan harga diri yang tak sepatutnya dia dihentam dan dilanyak secara terbuka.
Saya hairan kerana apa yang saya lihat, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir lah yang banyak kena hentam dan dilanyak oleh menteri-menteri bacul dan pembodek-pembodek UMNO. Perdana Menteri hanya kena hentam sekali sekala sahaja oleh Tun Dr Mahathir.
Yang menyebabkan Perdana Menteri kelihatan seperti kena hentam dan dilanyak dengan teruk ini adalah kerana adanya faktor "boomerang effect" pada Tun Dr Mahathir. Menteri-menteri bacul dan pembodek-pembodek UMNO sepatutnya sedar bahawa komen-komen mereka yang menghentam Tun Dr Mahathir itu hanya akan memburukkan imej Perdana Menteri lagi; dan Perdana Menteri dan penasihat-penasihat beliau juga sepatutnya sedar akan perkara ini dan tidak membenarkan menteri-menteri bacul dan pembodek-pembodek UMNO untuk mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar dan biadap terhadap Tun Dr Mahathir.
Saya ingin mengajak Dato dan teman-teman blogger untuk mengkaji kenapa "boomerang effect" ini boleh wujud dalam Tun Dr Mahathir.
Saya bukan ahli fikir yang hebat tetapi saya rasa ianya banyak disebabkan oleh faktor "kebenaran" fakta dan hujah yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir itu.
Oleh itu, amatlah penting maruah dan harga diri seorang Perdana Menteri itu diletak atas paksi keikhlasan dan kebenaran beliau berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara; bukannya atas nama jawatan dan pangkat semata-mata.
A'kum Datuk dan ahli pemikir berhemah sekalian,
ReplyDeleteMenyokong pendapat Saudara Shaykh Zarul as Sufi: Saya ingin menambah yang pembesar2 NEGARA tak mungkin rasa apa2 kalau harga barang naik. Banyak manapun naik, tiada apa2 kesan kepada mereka. Pembesar2 ni memang mampu dapat apa yang mereka mahukan. Jilat HIPS (High-Impact Projects) sahaja kerajaan bagi.
Mereka lupa bahawa rakyat biasa yang terpaksa menanggung segala bebanan dan secara direct & indirect, membayar bagi pihak mereka. Yang disuruh berjimat, kita rakyat yang tak bersalah langsung dalam situasi kenaikan harga barang.
Nak naik harga, terus naik sahaja tak payah minta pendapat rakyat! Dah naik baru masuk TV tanya apa macam? Kalau rakyat cakap susah pun, mereka apa peduli - benda dah naik!?? (Alasan disebalik kejadian: Sudah janji sama itu GLC Shareholders mau bagi dividen besar!!) - Siapakah GLC/PLC shareholders?? (Adakah mereka yang memegang 1000unit share atau beratus juta unit).
Pembesar2 tak payah nak berjimat, duit mengalir macam air (keluar dan masuk). Rakyat yang memang harap income ciput dari duit gaji yang lepas tolak duit minyak, air dll. sekadar dapat hidup untuk menikmati hutang keliling pinggang!
Hari ini Najib sebok nak memantau media yang menulis tentang SEX. Ini menunjukkan bahawa wartawan sudah tiada berita untuk disampaikan kepada para pembaca. Semuanya dipantau, apa lagi berita boleh dikhabarkan.
Warta berita di TV hari ini menyebut: Warga dibandar disuruh "JANGAN MELUKUT DITEPI GANTANG"!! (Apa maksud tersirat dan tersurat pun saya tak tahu - Maaf DATUK sudilah sekiranya memberi pemahaman kepada saya yang daif tentang peribahasa ini?)
Dan dalam masa 2 minggu ini pula, sudah banyak rumah para pembesar mula diopen housekan oleh para penyamun.
Seingat saya, zaman TDM memerintah kes2 terpinggir begini jarang sekali terjadi walaupun mungkin ada. Saya tengok dalam berita yang tersiar, rumah2 PEMBESAR ini bukan sahaja macam mahligai bahkan memang sesuai dengan gelaran mereka!
Mungkin pada awal zaman 80an (zaman ROCK KAPAK dulu) banyak juga kes2 samun dan mencuri berlaku kerana keadaan ekonomi tak menentu. TDM telah mengambil langkah memajukan negara dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan sehinggakan hampir semua rakyat mempunyai pekerjaan dan kes2 pengangguran adalah atas dasar pilihan individu itu sendiri. Sekarang kes curi, bunuh, samun, rompak, tarik kereta dan banyak lagi kes negatif sudah mula kembali bersinar dinegara ini. Salah satu faktor adalah kerana pengangguran yang makin menjadi2 dan desakan kewangan.
Pembesar negara nampak ke semua ini? Atau mereka hanya menutup mata dengan spek BESAR, memasang CCTV dan JAGA hanya untuk menjaga rumah mereka?
Saat ini, saya terkenang juga semasa pergi beraya rumah pakcik saya yang mempunyai 8 orang anak dan duduk di rumah flat dua bilik. 10 orang duduk rumah yang memang kecil? (Masyarakat Melayu kita sebenarnya duduk di dalam GHETTO - taraf kaum kulit hitam di Amerika -Cuma Ghetto itu pun paling kurang ada Tanah untuk mereka bermain BASKETBALL!!!) Rumah para pembesar negara kita pula, besar yang amat, siap ada yang mempunyai TASIK sendiri untuk main jet skit dan padang KUDA untuk main POLO!!!
Sebagai Islam, kita mungkin berkata ini adalah rezeki Allah. Tapi saya masih menganggap pengagihan rezeki kekayaan negara oleh pembesar2 kepada rakyat adalah tidak rata sama sekali. (Lebih kurang sama macam jalan di Malaysia)
3 bulan lepas, saya penganggur sekarang hanya bekerja kontrak untuk 6 bulan sahaja! (lepas 6 bulan tak tahu apa nak jadi lagi) Akhirnya tercapai juga cita2 saya (selepas lebih 22 tahun bertungkus lumus belajar didalam dan luar negara)untuk menjadi buruh paksa (dalam ofis berhawa dingin) di Negara sendiri!
Mungkin ada yang menganggap nasib saya malang!! Tetapi untuk pengetahuan semua, ada 20 orang lagi pekerja kontrak yang berkelulusan dan yang pengalaman yang setaraf atau lebih dari saya, bekerja side by side dengan saya didalam organisasi yang sama! Belum campur fresh graduate lagi!
Malang sungguh nasib kami kan???
4-5 tahun lepas, kebanyakan kami semua berada dipuncak kejayaan dengan menyandang middle position di organisasi IT, Aviation, Unit Trust, Telekomunikasi dll. Sekarang kami hanya bekerja Kontrak
dibawah golongan PERMANENT yang tiada kelulusan(tapi ada contact).
Tujuan melapor bukan mahukan jawatan, cuma mahu meludah PEMBESAR NEGARA (itupun kalau mereka mahu diludahi).
Inilah keadaan dan situasi anak MELAYU dalam tempoh 3 tahun pemerintahan KARUT ini!!!
Ehsan dari: ROCK KAPAK
Dear Datuk and fellow commentators,
ReplyDeleteBernama reports:
"November 05, 2006 23:53 PM E-mail this news to a friend Printable version of this news
Muhyiddin Supports Najib's Call For Clean Assembly
JOHOR BAHARU, Nov 5 (Bernama) -- Umno vice-president Tan Sri Muhyiddin Yassin Sunday concurred with Datuk Seri Najib Tun Razak's call for delegates to the party's upcoming general assembly to avoid making personal attacks or deride any individual.
He said the deputy president's call was timely as the Malay culture had never encouraged personal attacks publicly.
"We believe the delegates who will be debating, have ethics and surely they will focus on issues relating to the principles of the Malays especially in the aspects of politics, economy and education," he said after attending the Johor Umno convention here.
He said the Umno delegates had matured and would not easily become excited in their debates by using the party's general assembly platform to attack certain individuals.
-- BERNAMA"
Why, we may ask?
Some possible answers:-
1. There are already moves, spear-headed by the Federal Territory KL Youth, to bring a resolution to censure Tun Dr Mahathir. But it's not getting much support. Even the youth chiefs are divided;
2. Fear that Party President and Supreme Council members may come under fire for their treatment of Tun Dr Mahathir;
3. Fear that Prime Minister and the Government may come under fire for bad management of the economy;
4. Fear that more "Mat Deroses" and their illegal palatial abodes and intefering wives, sons, daughters, son-in-laws and daughter-in-laws will be exposed;
5. Fear that delegates may propose a no confidence motion on party President and PM;
6. Fear that PM, Tun Dr Mahathir, Khairy Jamaluddin, Kamaluddin Abdullah, Scomi, Kallimullah Hassan, ECM-Libra, rent seekers and 4th Floor boys may come under personal attack; and
7. Najib and Muhyiddin themselves are vulnerable for their blind support of the PM.
Assalamu'alaikum semua,
ReplyDeleteBanyak di perkatakan, diperhujahkan diperdebatkan serta di diskusikan akan hal Pak Lah dan DrM ini.
Ada yg berdasarkan fakta, ada yg tiada fakta tapi emosi, ada yg tak tau hujung pangkal, ada yg sokong DrM ada yg pertahankan Pak Lah.
Alhamdulillah, hal ini menunjukkan buat masa ini kita masih bebas(walau di pantau posting2 kita dan di cari identiti kita) untuk memberi pendapat walaupun menyakitkan hati sesetengah pihak dan memanaskan banyak lagi cuping2 telinga dan membulukan mata yg membaca komen2 yg di lontarkan.
Sudah menjadi adat dan sifat pemimpin zaman sekarang( atau dari zaman sesudah para sahabat atau para Khalifah ArRasyidin), pemimpin merasakan hanya pendapat dan tindakan dia sahaja yang betul. Apa yg orang lain buat walaupun betul tapi tidak cukup cantik bagi pemimpin. Dan dari zaman dahulu lagi pemimpin akan dipagari oleh pembesar/hulubalang/pahlawan/court jester tukang lawak/ pengampu dan penjilat bagai semut terjumpa gula.
Dan memang menjadi sifat semulajadi pemimpin, akan ada sifat tak puas hati atau sifat tak boleh menerima kritikan(apa lagi kritikan secara terbuka) dari pihak lain yg tidak berkuasa(atau tidak lagi berkuasa) mempersoalkan cara pimpinan atau ketidakadilan pimpinannya.
Kita telah melihat(atau kita juga mudah lupa) bagaimana pemimpin dulu-dulu melakukan berbagai tindakan termasuk ISA bila di kritik hebat oleh pembangkang atau ahli parti sendiri. Orang2 ini di labelkan dgn berbagai nama dan pihak media dahulu( sekarang pun macam dulu cuma lebih teruk) akan memutarkan berita-berita dan merekacipta berita untuk dipersembahkan kepada rakyat untuk menjustifikasikan tindakkan pemimpin. Maka timbullah tuduhan orang itu pengganas,kumpulan ini militan, kumpulan ini nak rampas kuasa(dan kebanyakkan mereka di tahan tanpa perbicaraan mahkamah bertahun-tahun lamanya).
Di kalangan ahli parti yg sama tindakkan yg melawan pemimpin agak berlainan.Fitnah atau kisah separuh benar di sebarkan malah boleh dilakukan ketika perhimpunan agung parti.(dan lebih menakjubkan orang yg meletak buku2 dan risalah2 fitnah ini sukar di kenalpasti! Wow!Hebat betul. Penyebar buku fitnah secara terang-terangan sukar di kenali tapi individu atau kumpulan rahsia yg menjadi militan senang di kesani.
Dalam erti kata, pemimpin akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukannya dalam pemerintahan.
Dalam perkara ini, kita lihat Pak Lah melakukan methode yg sama( cuma rasa-rasanya beliau belum menggunakan ISA ke atas pembangkang) dan beliau belum memfitnah orang lain sebagai penzina atau pelaku sex luar tabi'ie. Minta-minta beliau tidak akan menjadi serendah itu. Pak Lah kini menggunakan segala spin-doctors yg beliau ada utk memutarbelitkan permasaalahan yg di timbulkan oleh DrM. Pembelitan media telah menggambarkan seolah-olah kritikan DrM bersifat peribadi dan bukan mewakili rakyat Malaysia.
Malangnya kebanyakkan spin-doctors milik Pak Lah adalah tidak bijak( mcm tokey mereka lah). Pemutaranbelit mereka nampak dangkal dan melucukan( zaman DrM spin-doctors nya amat menyakinkan rakyat)dan adakala macam komedi siri senario pula.Begitu tidak bijak mereka ini(walaupun sudah berkali-kali Kali menasihati dan tunjukajar mereka).
Bagi saya tindakan Pak Lah adalah kesinambungan tindakan PM dulu untuk mempertahankan kedudukan sebagai pemimpin no 1 Malaysia. PM yg dulu amat bijak dan licik serta pandai cover track. Ramai pegawai takut dan gentar pada beliau dan rakyat pula kagum dgn beliau.
PM terkini amat slow dan lembab. Rasanya ramai pegawai mentertawakan beliau dan rakyat pun ramai yg keliru dgn sifat PM yg bujang ini.
Dan budaya pemimpin sahaja yg benar dan tidak boleh di kritik ini telah sebati dgn peribadi bangsa Melayu. Sikap feudalistik masih tersemat di hati kebanyakkan orang Melayu. Sikap yg memuja golongan bangsawan masih tersemat kuat di hati kita( sebab itu ramai yg tidak nampak kelemahan cucu Dato Onn dan ramai memuja ank PM kedua ).
Ramai bloggers mahu perubahan dilakukan oleh UMNO,tapi jika sifat feudal masih ada, dan sifat pemimpin betul semuanya masih di gerudi ke dalam fikiran ahli parti dan rakyat jelata(yg tak tau apa berlaku sebenarnya) selagi itulah pemimpin UMNO akan terus begini.
Gerakkerja kita yg mahu perubahan, sebarkan maklumat kpd rakan taulan. sebarkan hujah2 yg kita kemukakan bersama kpd ahli UMNo di peringkat cawangan atau bahagian.Kalau kita komen sana komen sini tapi habis di blog page sahaja, perubahan akan lambat menjengah kita.
Kita mesti turun padang kalau mahu perubahan.Yang golongan elit yakinkan golongan elit.
Golongan profesional yakinkan rakan2 anda.Pemuda yg cari makan dgn sewakan lesen kontrak class F....buatlah kerja tu sendiri.
Orang-orang yg rasa dia dalam golongan bawahan, kerja anda di golongan itu.Mereka ini yg amat perlu di yakinkan bahawa mereka tidak perlu takutkan pada pemimpin. Hormat yes, takut no!
Ayuh,kita mula bergerak.
Datuk
ReplyDeleteSaturday the 4th of November marked the day that I lost confidence in UMNO. Nothing in AAB election manifesto in the last GE which BN won more than 90% of the votes prepared me for the shocking revelation of the South Johor Economic Region. HRH Sultan Iskandar is purportedly not happy that this planned economic region is named after him without his blessings and after what was revealed I would not be surprised if YAM Tuanku Sultan Johor refused to have anything to do with the plan as it stands now.
As a Johor born Malaysian I refuse to accept that:
1. that the main gateway to this economic region is Changi Airport and Keppel Harbour.
2. That the Senai international Airport and Port of Tanjung Pelepas is reduced to a complementary role.
3. There is a Free Acess Zone FAZ which allowed for free international travel and business within Johor Bahru. This is akin to recolonisation of part of Malaysia by the mat salleh and their singaporean proxy.
I do not know who had conducted the study for this economic region but I am very sure it would never have passed EPU under Dr Mahathir . As daripda mata kasar and please someone enlighthen me, I do not see much benefit for Malaysia, but I see a lot of benefit for singapore. Hell, they don't have to plan for reclamation to increase their size, our government is virtually giving them land to expand. Please don't give me this Shenzen-Hong Kong scenario thingy, that is within China's boudaries. Malaysia -Singapore is two different sovereign states with two different sets of values. For godsake singapore has never been a friendly neighbour since Tunku chucked them out of Malaysia, remember old man Lee's damaging statement to the foreign press about Malaysia not too long ago?
Maybe I am ill informed in not looking at the bigger picture on the benefits of the economic region, but I sure am patriotic and would like to see benefits for the ordinary Malaysian first before i look at some one else's and what is AAB government going to do with YAM Tuanku Sultan Johor's titah to remove the causeway? Just brush it away just like that with some more silly schoolboy statement? I say Daulat Tuanku, we support you, remove the causeway and let the dirty water pass dan Johor/Malaysia akan lebih maju. In Johor we sing NEGARAKU bukan Majulah Singapura.
Wilayah Pembangunan Johor Selatan
ReplyDeletePak Lah kata projek ni cukup sakan
Dia kata ini dia punya buah fikiran
Keikhlasan dia jangan dipertakaikan.
Kami di Utara ni dok ternganga
Projek HIP satu pun tak ada
Paling dekat pun di Penang sana
Titi kedua panjang tak terkira.
Pulau Langkawi pun dia dah tak peduli
Tun Mahathir saja dok buka kedai roti
Kepada Pak Lah ia bukan lagi prioriti
Pasai hat ni Mahathir punya negeri.
Mahathir dia buat jambatan Pulau Pinang
Umno, Dap dan Pas semua dok tentang
Depa kata duit buat apa dok buang
Naik feri dah cukup senang.
Tapi Mahathir dia buat juga
Kit Siang kritik dia peduli apa
Asalkan senang rakyat jelata
Berulang alik pi kerja.
Pak Lah nak buat lagi panjang
Dapat kontrak ramailah yang senang
Suku sakat bolehlah tumpang
Pasai tender janganlah dibincang.
Johor selatan projek mega
Nak hubung Malaysia dengan Singapura
Jambatan sempit lain kira
Asalkan ini Pak Lah punya idea.
Tapi Sultan dia sudah murka
Pakai nama tak bagi tau dia
Ini sangatlah pelik punya cerita
Pak Lah ni main suka-suka saja ka?
Tambah Johor Sultan suruh roboh
Dia kata dulu Mat Salleh ceroboh
Tok nenek dia depa sudah kecoh
Tapi Pak Lah dia pakai buat bodoh.
Mat Tunjang Enterprise ucap selamat
Orang Penang dan Johor dapat nikmat
Kita di Utara ni apa pun tak dapat
Mulut ternganga dihurungi lalat.
Selamat malam puan dan puan
Maruah negara jangan kita gadaikan
Dengan Singapura baik-baik berkawan
Takut-takut nanti kita kena tawan.
Bila Proton jual MV Agusta dengan harga 1 euro, saya rasa rugi besar.Betul punya rugi... Kerana saya mampu membeli dengan harga 2 euro. Kalau tidak sudah tentu saya sudah jadi Mem Besar dalam ini rumah...(dialog filem 3 abdul)
ReplyDeleteProton melalui subsidiarinya Proton Capital Sdn Bhd telah mendapat 57.57% bahagian dalam Agusta membeli membeli dengan harga 70 juta euro pada tahun 2004.
Tanpa pengetahuan saya, baru-baru ini Proton telah menjual keseluruhan bahagiannya pada GEVI SpA, kenderaan special purpose dengan harga yang mampu dibeli oleh Mak Cik Senah yang berkerja sebagai cleaner merangkap Tukang Sapu Lantai di Shopping Kompleks Komtar.
Tun Mahathir memberitahu bahwa keputusan untuk membeli Agusta bukan hanya dibuat oleh Lembaga atau Tan Sri Tengku Mahalel seorang sahaja. Ia dibuat berdasarkan proses ketat, dikaji oleh setiap orang termasuk Khazanah Nasional Berhad.
Kalau tidak sudah tentu saya balik raya kali ini dengan Superbike Itali. Sudah tentu Tok Lang, Abang Jusoh, Idah Sengau, Imam Lias dan Pak Berahim yang selalu melepak di Warung Kopi Pak Abu tidak kira hari raya atau tidak terbelalak biji mata bila melihat saya balik menunggang Superbike.
Tapi sayang seribu kali sayang... Saya sebagai Warganegara Malaysia merangkap pengundi Berdaftar Yang Sah langsung tidak tahu menahu tentang penjulan MV Agusta dengan harga 1 euro. Ini betul-betul punya Cheap Sales!
Kalau saya yang selalu mengikuti isu semasa pun tidak tahu tentang hal tersebut apatah lagi dengan orang macam Pak Berahim yang jarang-jarang baca suratkhabar.
Sudah tentu berjuta-juta lagi Rakyat Malaysia yang lain terlepas peluang memiliki Superbike Italy.
Telus sungguh...
suatu masa nanti, bertimbun timbun pujian akan diberi kepada Tun.Kesemua pembesar-pembesar UMNO dan ketua ketua editor surat khabar akan memberi pujian melangit setinggi himalaya dan everest.....Bila tu? Tu yang anak saya tanya.
ReplyDeleteSaya jawab, bila Tun ke Alam Barzakh!!
Assalamualaikumwrth Dato’ Kadir.
ReplyDeleteI think the other reason why Tun Mahathir Mohamed still repeated the critism to Goverment its because the attitude of Dato’ Sri Abdullah. Pak Lah behave like his still in honeymoon. Although mass media in this country everyday tried to exclude the Tun statements, people in this country noticed something do not right in Pak Lah Rules.
Today in News Straits Times, the former Editor (Brendan Pereira) still not satisfied without bash Tun like frequently. Tun have are brave heart when he continuosly to dare speak out. And i think he will chisel his name as Great Leader of Nation. Hopefully Abdullah will ask for forgineness before its too late. What Tun Mahathir done before is very easily to forgot. I think this is new of Malaysian Surbersive Culture. Just throw the Negarawan Berjasa right into Tong Sampah!
The isues of critized by Tun was about our Future, it’s not about personal attack or whatever Brendan Pereira tried to label it. This is what the Singaporean guy like him dont understand. Personnaly i have a good advice to Mr. Brendan, stop the violence words and go back to your undemocartic country peacefully. Try to do the same things to your Great Ditactor Leader, Lee Kuan Yew...and you will see what happen.
Dare you Brendan?
When Abdullah was meet Tun Mahathir last time i dont put much hopeful. This is because i know Pak Lah dont take are creditable action to settle the problem from the ground. Until Pak Lah dont shows the strong movement, i dont pay much attention to the pretended meeting. The way i’m not became optimist its because i know Pak Lah had a totally different style compare with his predecessor. Besides that i also know Tun never negotiatable with his claimed. Its only a wasted time each other. And the result of meeting before Hari Raya is so predictable. Till i wrote this...the war is still go on. Pak Lah haunt a cynicism critized by his former boss...
ReplyDeleteWithout to deny Mahathir successful, i still a little bit respect to Pak Lah as Prime Minister. Untill when...time become as witness.
Right now that’s Old Man is given Kata Dua by Supreme Council @ Ungrateful Council. Is this a Mafia Country or what??? Try to threatened anybody who's disagree with them.
I personnaly hope Pak Lah will not lose control or become “Kelam Kabut”. But if he did it......Perhaps Allah swt bless this country.
TUN’S SPEECH: SYMPTOMS AND DIAGNOSIS: (FREESPEECH)?
ReplyDeleteAr-Rahman is a wonderful surah. Then, there is another Meccan surah; Surah 68 – Al-Qalam or Nun. The Badawi will know these surahs and more like the back of his hand. The Badawi is celek kitab. One does hang on to the hope that the Badawi could execute a wonderful exegesis or even extrapolate the wisdom of the Holy Kitab for the benefit of all mankind in this small nation of ours.
That is not the question. No, nor if the Badawi or Tun are both buta huruf, neither. That is not the question.
The question is will Dr Mahathir be free to speak to the delegates at the Perhimpunan Agung Tahunan?
That is a question and it is the fundamental question.
As to his physical presence, Mohd Radhi said that Dr Mahathir will be invited to the Perhimpunan. Will he be speaking from the gallery, Datuk Seri, and would he play to the gallery? After fourteen cancelled speaking engagements that have been organized without police consent, this is a rather tall order and a high expectation.
Looking at it on the bright side, Tun will be encouraged to speak his mind at this Perhimpunan. But what will Tun have to say? I do entertain the fancy that Tun will be unencumbered to say what he wants to say. I do agree with the Badawi that Tun knows his limits.
As for me, what do I expect Tun to say – what is my expectation of Tun when he has the floor? I hope it won’t be a long, boring speech like spaghetti with a pinch too much of salt from a contaminated shaker. It would be sad to see a senile old man abusing the rights of an ahli biasa UMNO. If that will be the case, then, I will shed some private tears. I see clearly that I am left with only a myth of a great Malayu. It may be time to sadaqah the Surah 1 and then Surah 36.
The issues are there before us like rabbits in a magician’s hat. I do refer to your posting on October 22nd, 2006 Updated.
When Tun is denied this privilege then, then, I will shed some private tears. I see clearly that I am left with only a myth of a great UMNO. Maybe, it is time to re-read Orwell’s 1984 and catch The Reds in action and hear they sing You’ll Never Walk Alone.
Assalamualaikum Dato' dan semua pembahas.
ReplyDeleteSaya pernah menulis disini bahawa saya tidak kenal Bangsa Malaysia, dan saya lanjutkan bahawa hanya Melayu yang dok sebut sebut Bangsa Malaysia.
Mana tidaknya, saya bekerja di syarikat Cina, bila rehat sambil baca surat khabar di bilik rehat, sepuluh lagi Cina tu dok bersembang dalam bahasa Hokkien!!
Lebih kurang 2 minggu sebelum puasa, seorang consultant india di sini merungut-rungut dan mencemuh bila membaca The Star ruangan forum. Beliau mengulas tulisan seorang pembaca yang mempertikaikan kenapa di dalam kertas jawaban peperiksaan PMR diadakan kolum agama Islam dan bukan Islam untuk identiti pelajar. Rungutan beliau disambut oleh hampir semua consultant cina yang lain.
Itu hanyalah identiti pelajar di atas kertas jawaban peperiksaan PMR. Saya meneliti MyKid yang merupakan kad pengenalan atau identiti bayi tersebut hinggalah beliau berumur 18 tahun. Didalam MyKid tiada identiti BANGSA DAN AGAMA dicatatkan. MASYAALLAH....
Jadi selama 18 tahun budak itu "tidak beragama dan tidak ada Bangsa". Apakah ini langkah awal kearah Bangsa Malaysia???
Sejak kita merdeka, semua orang yang jadi pemimpin(pembesar) kata negara kita dah maju, aman sentosa dan harmoni (yang bagi saya sebenarnya kita hidup dalam satu masyarakat yang hipokrit!). Kalau dan maju, aman sentosa, dan harmoni, apakah dengan mewujudkan Bangsa Malaysia ini akan melonjakkan prasarana yang lebih-lebih maju, lebih aman sentosanya dan lebih harmoni???
Itu Najib cakap "Bangsa In Mind"!!!(macam-macam istilah cucu Tun Razak ni!) Bangsa Malaysia tu tak perlu definasi. Pelik bin ajaib lah kalau buat isltilah tak perlu hujah dan definasi. Mula-mula dok pakat sebut sebut Bangsa Malaysia lama-lama tulis dan akhir sekali ubah dalam parlimen!!! maka tergadailah Melayu Dan Islam.
Setahu saya orang Amerika dok sebut "American" tu tak bermaksud Bangsa Amerika, tetapi sebagai maksud Rakyat Amerika.
Jadi, cukuplah kita sebut Rakyat Malaysia bukannya Bangsa Malaysia! Bangsa tu mesti berasaskan keturunan. Jadi keturunan asal Bangsa Malaysia tu mana??? India, China?
Apapun, saya memandang AMAT SERIUS tentang MyKid yang tiada identiti bangsa dan agama sehingga berumur 18 tahun. Banyak implikasi buruk akan berlaku ditengah masyarakat yang mengamalkan budaya hedonism. Saya amat berharap akan ada NGO atau orang perseorangan yang kuat dan berpengaruh mempertahankan nilai identiti Bangsa Dan Agama didlm MyKid tersebut. Salam..
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDato,
Andai kata dpt diundurkan masa..saya berharap benar agar Tun dpt memimpin negara yang kita sayag nih daripada hancur..
Betul juga apa yg dikatakan salah seorang dari blogger.. sejak Pak Lah naik.. hampir semua barang naik..Tol naik..minyak naik....kalo naik 2-3 sen tu tak la kisah..tetapi naik sehingga mencapai tahap yg tak sepatutnya.
Org2 atasan tidak penah merasai apa itu jem..sesak..tol mahal..minyak mahal...mereka cuma di escort sahaja..dan semua free..
Kadang2.. saya dan mak saya merungut ... apa nak jadi dgn negara kita nih.