Tiada Ucapan Tahun Baru Buat Anda
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih]
TAHUN 2006 akan berlalu. Tahun baru 2007 akan tiba. Seperti kebiasaan, banyaklah orang akan mengucapkan selamat tahun baru dan mendoakan kebahagiaan.
Tidak kurang pula yang akan membuat ikrar, janji, azam, iltizam resolusi dan banyak lagi melalui pelbagai saluran termasuk akhbar, radio dan televisyen.
Seperti saya tidak menggunakan blog ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal yang baru berlalu dan Selamat Aidil Adha yang akan tiba atau Selamat Aidil Fitri, Selamat Deepavali dan Selamat Tahun Baru Cina sebelumnya maka saya tidak akan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2007 kepada saudara dan saudari.
Bukan saya tidak ingat atau tidak menghormati saudara dan saudari. Atau tidak mahu saudara dan saudara selamat dan bahagia pada tahun baru yang akan menjelang.
Saya mahu saudara dan saudari serta seluruh penghuni bumi Malaysia yang dicintai ini selamat dan bahagia apatah lagi dalam suasana watan kita yang semakin tidak berarah tujuan ini.
Ketika pelabur, pemodal dan peniaga meninggalkan pantai tanah pusaka dengan modal berbilion ringgit untuk melabur serta bermastautin di China, India, Vietnam dan Afrika.
Ketika penarafan bumi ibunda di dalam pelbagai bidang semakin merosot.
Ketika ancaman inflasi semakin ketara dan pemerintah yang dipilih dengan majoriti besar oleh rakyat mengizinkan kenaikan antara 20 hingga 60 peratus tol lebuh raya “kerana tidak ada jalan lain untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan dan mengurangkan defisit perbelanjaan.”
Ketika suasana semakin kacau dan nyawa kita semakin tidak selamat kerana jenayah sensasi dan tidak sensasi semakin menjadi-jadi; apabila yang dituduh melakukannya dan yang menjadi mangsanya adalah pembesar negara.
Dalam masa seminggu rumah dua menteri dimasuki pencuri; sebuah di Putrajaya, pusat pentadbiran negara yang diuar-uarkan ultra moden dan selamat, dan sebuah lagi di Sarawak.
Jadi bukan sahaja kita rakyat jelata yang tidak ada pengawal peribadi dan tiada liputan keselamatan – security cover -- yang memerlukan ucapan selamat dan doa agar terlepas daripada kecelakaan, malah pembesar-pembesar negara pun begitu juga.
Di akhir-akhir ini, bukan sahaja pembesar-pembesar negara yang ada pengawal peribadi yang menjadi mangsa jenayah malah mereka pula dikaitkan dengan jenayah yang dahsyat yang membabitkan pengawal peribadi.
Ketika bencana alam yang lain semakin teruk dan semakin kerap melanda; kini giliran Negeri Johor yang baru sahaja dijanjikan projek pembangunan raksasa SJER menderita banjir besar.
Dan ketika para pembesar negara semakin galak beristirahat di luar negara, melayari lautan samudera dan pulang seketika untuk menjenguk rakyat yang dilanda bencana.
Justeru itu, kita tidak syak lagi memerlukan ucapan selamat dan doa yang panjang.
Tetapi saya tidak akan menawarkannya kepada sesiapa pun, termasuk diri saya, melalui blog ini kerana ucapan Selamat Tahun Baru seperti banyak ucapan-ucapan lain sudah menjadi klise.
(Daripada bahasa Perancis cliche -- disebut ke-li-sey – yang bermaksud ungkapan atau frasa yang cantik dan sedap didengar tetapi menjadi kosong dan hambar apabila diulangi tanpa sebarang tindakan.)
Kosong dan hambar seperti ikrar janji seorang perokok untuk berhenti merokok atau seorang pembesar pilihan rakyat untuk kerap turun ke padang tetapi hilang sehingga pilihan raya sekali lagi menjelang.
Jadi, mohon maaf tiada ucapan Selamat Tahun Baru buat saudara dan saudari para pelawat dan pembahas yang saya hormati.
Sebaliknya lebih bermanfaat kalau kita gunakan ruang dan kesempatan ini untuk memikirkan bagaimana kita boleh mengatasi masalah dan kemelut yang semakin rumit yang akan mendatangi kita pada tahun 2007.
My thots exactly Sir! Apa yang nak selamat pun tak pasti. Sebagai seorang "wage earner" peningkatan kos sara hidup harian di kota semakin membuat saya dan keluarga tersepit. No more Mcdonald's or KFC for the kids. Sekarang masa nak salurkan wang ringgit pada baju sekolah, buku sekolah, bas sekolah etc. Its amazing how our "leaders" think, if they do think at all. Baru-baru ini Menteri Kerja Raya SV mengatakan peningkatan kadar toll perlu kerana konsesi toll tidak akan dipanjangkan dan pihak pembangkang setuju agar ianya tidak dipajangkan. If I may, alangkah baiknya kalau dipanjangkan akal mereka ini sikit...bagi saya lebih elok kadar tol kekal dan "period" konsesi dipanjangkan. Logik saya ialah $1 hari ini, nilainya akan mengecil dan tidak sama 5 tahun hadapan as wage earners earn more income. I would rather pay $1 for the next 60 years of my life (i probably wouldn't live that long anyway) than say $2 for the next one year and $2.60 for the next etc etc...Besides, its impossible that toll concessionaires are not making money...surely there must be an increase in traffic volume as more residential areas come up and more cars (albeit the slowdown) are sold...
ReplyDeleteYg. Berbahagia Dato' dan sekaliannya,
ReplyDeleteSatu rumusan yang cukup padat dan bermakna sungguh untuk menggambarkan situasi Malaysia kita pada 2006 yang bakal mengalir lalu seketika nanti.....
Menarik sungguh untuk difikir dan direnung oleh kita semua apabila alasan seperti ' TIADA JALAN LAIN UNTUK MENGURANGKAN PERBELANJAAN atau SUBSIDI atau KEBERGANTUNGAN pada pihak KERAJAAN ' sebagai MENTERA Terhebat untuk menghalalkan kenaikan pelbagai KOS perkhidmatan di bumi Malaysia kita mutakhir ini.
Saya suka untuk menyarankan pihak Kerajaan untuk mengujudkan barisan THINK-TANK khas untuk menjana idea PENTADBIRAN dan PENGURUSAN NEGARA secara KREATIF dan INOVATIF.
Barisan pemikir ini haruslah mampu melahirkan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif dalam mengurangkan beban kerajaan dan dalam masa yang sama tidak pula terbeban masaalah secara melampau ke pihak RAKYAT.... Tidaklah nanti alasan seperti ' TIADA JALAN LAIN ' digunakan oleh mereka yang bertaraf PEMIMPIN ATASAN. Amat malu andai mereka yang bernama PEMIMPIN ATASAN acapkali menggunakan frasa tersebut kerana ia seperti mendedahkan kecetekan pemikiran dan kurangnya INOVASI dalam tadbir-urus negara.
Selaku pihak yang terbabit langsung dalam sektor pendidikan tinggi, saya ingin menambah kepada rumusan Dato' dalam The Scribe kali ini....
--> Pihak yang suka menampakkan diri mereka selaku PENDEKAR MELAYU dan WIRAWAN BANGSA haruslah melihat secara telus dan mulus betapa sejak 'keringnya' poket RAKYAT, jurang peratusan kaum di IPTS telah melebar. Tambah kronik apabila PTPTN sendiri telah membuat dasar bahawa bantuan kewangan untuk pelajar yang memasuki program 'Foundation / Pre-U' di IPTS tidak akan memperoleh pinjaman penuh. Akibat langsung daripada dasar ini, makin ramai anak Melayu / Bumiputera telah 'takut' untuk memasuki IPTS teruatamanya mereka yang datang daripada golongan berpendapatan sederhana..... Pemberian biasiswa daripada sesetengah GLC sendiri sudah merudum pada 2006 ini apabila GLC sendiri mengamalkan dasar PENGURANGAN KOS dan MEMENTINGKAN KUALITI daripada KUANTITI penerima biasiswa.
--> Kesannya ? Mereka yang bernama Melayu / Bumiputera itu sendiri...
For all the insecurities that has befallen the nation and its’ people, how, Dato’, would you suggest we respond? Malaysians today do not have a leader, a person with presence and force of personality to lead us. Anwar was the last. Today, we do not know where he stands or whether he is the leader we once thought he was. Despite all that had occurred since he last walked the path of power, we don’t really know DSAI, the man. Was it all a great hoax??
ReplyDeleteFor security of the country, we need a man like former IGP, Tan Sri Rahim Noor. When he says jump, people jump. Don’t waste time on treating killers and junkies like they are protected species. Shoot to kill and that would take care of business instead of wasting good money and time. Just think, what would you do if your mother, wife or child was horribly injured by snatch thieves???
And here we are, (meaning us muslims), every Friday prayers, turning to Allah to bless our leaders, their families and what nots, while we, the nobodies fend for ourselves. Where is the justice??
Well, Dato’, you don’t have to wish us anything, just hope that this country will wake up and realize that our leaders are living it up in their own world and we are not part of their agenda. Hit and run, that’s what the motto is today.
Masa depan kita mungkin agak suram, tetapi belumlah begitu gelap.
ReplyDeleteCuma saya masih mencari-cari apakah pilihan kita dalam pilihan raya yang akan datang: cukup sekadar menukar pemimpin, atau sudah sampai masanya menukar kerajaan?
Mungkin tentang menukar kerajaan inilah kebanyakan kita rasanya berada dalam dilema.
Kebanyakan kita sudah bosan dan menyampah dengan UMNO/BN. Tapi belum yakin dengan pilihan yang lain,atau seolah-olah tidak ada pilihan yang lain. Betulkah begitu?
Untuk mereka yang tidak puas hati dengan kenaikan tol yang tidak munasabah mulai 1 Januari 2007 di lima buah lebuhraya di Lembah Klang, sila tandatangan petisyen online demi merakamkan bantahan kuat anda terhadap kenaikan tol yang tidak adil di GCE, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Karak, LDP dan Lebuhraya Cheras-Kajang yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2007.
ReplyDeleteVersi Bahasa Inggeris: http://www.petitiononline.com/notolle/petition.html
Versi Bahasa Melayu: http://www.petitiononline.com/notollm/petition.html
Tandatanganilah secepat mungkin dan sebarkan berita ini kepada semua yang lain agar kita dapat menwujudkan satu desakan kuat melalui internet untuk memaksa kerajaan menangguhkan kanaikan tol .
Tak Selamat Tahun Baru 2007 pada Dato dan rakan-rakan blogger sekalian.
ReplyDeleteRamai rakan-rakan saya yang berbangsa Cina memberi pesan bahawa tahun-tahun yang berakhir dengan angka 7 dan 8 adalah tahun yang tidak bagus untuk berniaga. Oleh itu mereka menasihatkan agar saya mengambil langkah bertahan dan tidak terlalu "expose" pada risiko berniaga buat sementara waktu ini.
Saya bukan hendak mengajak Dato dan rakan-rakan lain mempercayai hal-hal "ong" dan "soi" ini, tetapi kita sedia maklum, peranan dan pengaruh orang-orang Cina dalam dunia perniagaan di Malaysia adalah sangat besar. Perkara yang tidak betul pun boleh jadi betul bila ramai yang mengikutnya.
Oleh itu, saya rasa kita tidak perlulah melawan arus. Ikut sahaja rentak "economic movers" ini. Saya sendiri telah mengambil beberapa langkah "bertahan" seperti mengurangkan kos dan melupuskan aset-aset yang tidak menjana pendapatan. Kerja kena lebih kuat. Kurangkan berpolitik.
Namun, ramai dari pelanggan dan rakan-rakan perniagaan saya yang telah "terkorban". Akibatnya hutang tidak boleh dipungut dan hilangnya sumber pendapatan. Kos sara hidup dan "cost of doing business" semakin meningkat. Risiko kena samun, kena rompak dengan penjenayah dan juga PBT pun turut meningkat. Letih .....
Memang betullah cakap Dato ...
Sekali lagi.
Tak Selamat Tahun Baru 2007 semua.
Rasa-rasanya tiada siapa lagi yang sebenarnya selamat daripada jenayah di negara kita yang dikatakan tamadun dan progresif ini.
ReplyDeleteBerikut berita yang disiarkan oleh akhbar The Star, hari ini 27 Disember:
Wednesday December 27, 2006
Ninth VIP to fall victim to robbers
KUALA LUMPUR: Yet another VIP has fallen victim to burglars.
This time, it is the home of property development company Glomac Bhd group managing director Datuk Fateh Iskandar Datuk Mohamed Mansor in Bukit Damansara that was broken into.
The burglary is believed to have occurred between midnight and 6am yesterday, but was only discovered when Fateh Iskandar woke up.
The burglars managed to walk away with about RM60,000 in cash and valuables.
His maid is said to have gone missing.
Fateh Iskandar has lodged a report at the Brickfields police station.
The robbery was the ninth involving VIPs so far this year.
The other VIP victims were Foreign Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar, KL Monorail System director Datuk Ahmad Rejal Arbee, Hulu Langat MP Markiman Kobiran, former deputy Inspector-General of Police Datuk Abdul Rahman Ismail, Senator Lee Sing Chooi, Attorney-General's Chambers head of prosecution Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) corporate planning senior general manager Datuk Mahat Sama, former Land and Cooperative Development Ministry secretary-general Datuk Zainal Abidin Nordin and Minister in the Prime Minister's Department Datuk Effendi Norwawi.
PS: Baik juga pembesar dan orang sangat penting (VIP) menjadi sasaran.
Baru mereka tahu betapa meruncingnya ekonomi dan keselamatan negara kini sehingga semakin banyak orang menjadi penjenayah.
Kalau rakyat kerdil yang jadi mangsa, para pembesar dan OSP mungkin anggap itu perkara biasa.
Namun bagi setiap pembesar dan OSP yang menjadi mangsa jenayah, lebih ramai rakyat kerdil yang menjadi mangsa kerana mereka tiada berpengawal dan mereka tinggal di tempat yang sememangnya tidak selamat.
"SELAMAT TOL BARU KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA"
ReplyDeleteUcapan Selamat sekadar ucapan normal yang sudah basi. Diucapkan atau tidak kita tetap melangkah ke era baru. Masa tidak pernah mungkir janji malah lebih cepat meninggalkan kita.
ReplyDeleteUcapan para pembesar menjelang tahun baru hanyalah cakap-cakap kosong yang pasti tidak pernah dikotakan. Sekadar mengisi ruang yang ada dan berpesan-pesan pada jelata. Dengan bahasa yang indah, merumuskan apa yang cemerlang, gemilang & terbilang di tahun 2006. Fikir-fikirkan lah apakah yang hebat?? 9MP? SJER? merger of 3 big plantation companies? increased in KLCI? what else?? - tepuk dada tanya selera!!
Thank you and have a positive day ahead ;-)
Pak Najib kata apa:
ReplyDelete“Year 2007 should inspire us to do something beyond the ordinary. Let's do something special. Let's make 2007 a special year for Malaysians,” Najib said at the national-level Christmas open house at the Putra World Trade Centre here yesterday."
Memang special. Menu special yang diformulakan oleh kerajaan M'sia:
1. Tol akan naik 1 Jan 2007
2. Minyak -> sudah tentu akan naik lagi 2007 tapi tarikh belum diputuskan
3. Inflasi, sudah tentu akan melonjak
4. Kadar jenayah, mencanak naik
5. Lain2 kita tunggu & lihat apa bende yg akan naik & naik lagi..
Selamat...eh, pohonlah kpd Allah agar kita diselamatkan dari bala2 yg mendatang. Amin.
Sir(s) and all friends
ReplyDeleteAs a Johorian, I hope that all the people that were effected by the flood will be strong and keep your hope up. I, for sure will pray for you guys.
May GOD and (true) friends be with you.
Wasalam
Datuk,
ReplyDeleteGundah gulana hati ini mengenangkan apa yg akan terjadi tahun 2007 nanti.
Semoga Allah memberikan kemudahan dan kesudahan yang baik untuk kita semua.
Visit Malaysia Year 2007...kita tengok sahajalah berapa kali PAK LAH akan visit kita nanti....
Semoga mereka yang menunaikan ibadah haji waktu ini mendoakan kebaikan buat dirinya dan rakyat Malaysia....
Thank you Datuk for offering us this space. I’ve just been told of your blog though I’ve been a long time follower of your thots. In the past few years, many of us who are traditionally newspaper readers and who are new to the Internet are being driven away from the newspapers.
ReplyDeleteThough I read your column in the New Sunday Times many years ago, on occasions I disagreed with you, especially your treatment of Datuk Seri Anwar Ibrahim. But I also acknowledged that you’ve always been close to AI. I saw you at AI’s open houses and functions regularly.
Lately many serious and thoughtful people have become cynical and skeptical. This is what I gathered in my conversations with people like Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh and many ex-ministers. Even from the few reports in the newspapers on Tun Dr Mahathir I sensed that he has also become very cynical and skeptical.
I was raised and educated in English. As a Malay, my Bahasa is shamefully bad. But from my reading in English, I’ve come to believe that being cynical and skeptical is not necessarily bad. In trying times like we are in now, being cynical and skeptical is a form of escapism and defense against heartbreaks.
So this is how I look at our Deputy Prime Minister’s call for us to make 2007 special as reported by The Star today December 28, 2006. Mohd Najib had asked us to “do something special” next year in conjunction with Malaysia's golden anniversary.
I’ll of course sing Negara Ku, fly the flag and say Daulat Tuanku. But I am also going to do the following special things.
1. I will either abstain from voting for the BN or change my support to the Opposition if the election is held.
2. I will not blow up my Mongolian lover if ever I have one.
3. I will not build illegal RM4-million palatial home.
4. I will sing and dance and say thank you to Najib each time I pay the highway toll.
5. I will not complain about PM spending millions of ringgit renovating Seri Perdana.
6. I will not complain about Master KJ staying in Seri Perdana.
7. I will not complain about Master KJ not being charged with insider trading.
8. I will not complain about Ministers’ wives behaving like sluts.
9. I will not complain about a Minister’s wife going cuckoo over Shahrukh Khan.
10. I will not complain if more rates and prices are raised by the government.
I hope these are special enough for Datuk Seri Najib. If they are not, I am sorry. But I love my country all the same. I won’t say the same about the people ruling the country. So Datuk we can still look forward to a happy new year.
Sebenarnya dah ramai rakyat yang kecewa dengan keadaan hari ini. Bukan saja keadaan negara kita hilang arah tapi kita sebetulnya dah tak ada arah. Kita bercakap soal modal insan tapi ini benda baru ke? Kerajaan dan pemimpin terdahulu tak buat sekolah, universiti, kolej dan menyediakan rakyat dengan ilmu ke? Kerajaan hari ini saja kah yang sediakan biasiswa? Kerajaan hari ni hanya guna perkataan modal insan ganti perkataan sumber manusia sebelum ini. Takkan lah benda ni pun kita boleh kena tipu. Sekarang Utusan Melayu nak digabubungkan dengan NSTP. @embangkang diam je sebab mereka tahu ini adalah tindakan yang menuguntungkan mereka,. Mereka tau rakyat akan protes melalui lalaui peti undi. Pasal kadar tol naik, memanglah yang marah orang bandar dan orang yang ada kereta. Jangan pulak fikir orang kampung tak marah sebab orang bandar tu asalnya dari. Kampung juga. Balik kampubg je mereka meleter panjang dan orang kanoubg dengar je dan mereka juga baningkan dengan harga sekarang ni. Orang kampung pun mengeluh sebab kesan kenaikan minyak dan tol turut meningkatkan harga barang keperluan. Sekarang rakyat dok. diam-diam je tapi dalam hati membara. Pilihan raya kecil akan tiba dan kita pun nak tengok juga apa keputisannya, sebagai orang yang mengikuti perkembangan politik negara sememangnya terasa akan perkara yang berbeza. Melihat 0kepada contoh-contoh di beberapa negara lain, kerajaan sudah sepatutnya lebih berwaspada kerana akhirnya kuasa terletak di tangan rakyatm
ReplyDeleteDato'dan bloggers,
ReplyDeletePembesar Najib mengharapkan kita (rakyat) berbuat sesuatu yang lebih luar biasa untuk tahun 2007. Tiba-tiba aje saya diserang migrain membaca harapan Najib itu.
Untuk tahun 2007...saya pula hanya meminta agar pembesar-pembesar kita berhentilah menjadi ketam menyuruh anaknya berjalan betul.
Tahun dok bersilih ganti...saya pula dok masih mengira berapa lama dah TDM 'membiarkan' kita. Walhal saya dah ada PM yang baru...tapi macam tak ada aje...baik ribut, baik banjir, baik tsunami...wajah itu hanya muncul setelah kita habis air mata.
Tak dak pun tak pa lah Pak Lah.
Terima kasih
Selamat Tahun Baru kepada pengundi di Batu Talam...
ReplyDeleteI wish I am one of you :(
It is surely a Happy New Toll year. The toyol are out in full force..dam it is in the agreement they say. Well who the heck agreed to that kind of terms Pak Lah? Maybe Samy can answer. So to Pak Lah and Najib, yes it is going to be special year, special is that we the rakyat will suffer while you guys maintain a high life style..crusing the seas of the world while we rakyat have to change our lifestyle.
ReplyDeleteAnyway, we will turn 50. I hope we remain harmonius and don't let the clowns in UMNO break us apart.
And like someone said, I'll sing my negaraku and recite my RukunNegara as well. BTW Pak Lah, BN and UMNO, the rukunNegara says loyalty to King and country which I'll carry out. It doesn't say loyalty to the govt or the PM or BN or UMNO. So don't let it get to your heads. Nor are you above the law. Really!!! you UMNO/BN folks are not above the law.
To his Highness Sultan Selangor, Daulat Tuanku! May your wisdom teach some of these clowns who are racist, gangsters, corrupt fools a few lessons and may you lead this state to a higher level. Without your intervention,the monkeys will have a great day and mess up the state. Thank you sir.
Happy New year all.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSekadar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Dato' dan keluarga, serta para pembaca blog ini. Semoga kita dan negara Malaysia sentiasa dirahmati dan diredhai Allah SWT...amin.
~anak desa~
Seperti kata Diogenes of Sinope biarlah setiap yg inginkan PERUBAHAN menjadi agen PERUBAHAN.
ReplyDeleteAyuh kita lakukan sesuatu yang istimewa pada tahun 2007.
Kuatkan keyakinan diri dan yakin pada perjuangan kita membela negara dari semua jenis penyanggak.
Apakah sumbangan kita tiba pilihanraya kecil Batu Talam?
Saya setuju sangat Y Bhg Dato' kita hindar sebarang jenis klisye yg sekadar jaga hati khalayak.
Saya ingin tambah lagi, ibadat kita MESTIlah penuh kesungguhan bukan sekadar upacara wajib (compulsory ritual).
Biar usaha kita sekecil menyedarkan rakan dan saudara tentang hak dan tanggungjawab menentukan wakil-wakil yang bijaksana lagi mulia dipilih untuk sebarang pertubuhan, cawangan, bahagian, Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen.
Setiap orang rakyat sebagai warga negara adalah unit asas mekanisme politik negara.
Setiap warganegara berhak bersuara tetapi juga wajib bertanggungjawab untuk mencadang dan menjuangkan perubahan kepada kebaikan.
Usah biarkan ungkapan khalifah sekadar pelekat cermin kereta, malah menjadikan ia cara hidup setiap insan.
wasalam
Saddam Hussein is expected to be hanged in Baghdad this weekend.
ReplyDeleteIran is expecting an economic sanction by the USofA.
Afghan-Pakis border is being breeched by the talibans.
US Greenbacks down 14% against Pound, 11% against Euro
Inflation in Malaysia estimated to be up by 200% from 3%
Assalamualaikum.
ReplyDeleteDear Dato' and friends,
It's time again to bid adieu and to usher in another year. Doa dan harapan saya utk 2007 dan tahun2 mendatang, semoga nusa ini dan kita rakyatnya dirahmati Allah selalu, dijauhkan dari segala bentuk bala dan dipermudahkan segala urusan. May we live in a world at peace and with the awareness of Allah's love in every sunset, every flower's unfolding petals, every baby's smile, and every wonderful, astonishing, miraculous beat of our hearts. Amin.
Sekian terima kasih.
Aishah
Assalamualaikum datuk, saya datang bukan nak ucapkan selamat tahun baru tetapi untuk ucapkan selamat kepada datuk sekeluarga dan semua di tanah air daripada kami sekeluarga di rantauan.
ReplyDeleteYBhg Dato dan sahabat-sahabat,
ReplyDeleteHati saya resah gelisah, gundah gulana merenung nasib kita 5, 10 tahun mendatang. Terima kasih YBhg Dato kerana menyediakan halaman ini untuk saya dan sahabat-sahabat bersuara..
Seumpama menyerahkan nasib pada takdir bukanlah orang yang bijaksana. Kita yang merubah nasib kita sendiri. Tapi apakan daya saya yang sekerdil ini. Tambah sayu dan pilu dek pantun gurindam indah Pak Tunjang..
Marilah kita memperbetulkan demokrasi yang yang semakin serong langkahnya. Di Batu Talam buktikan wibawa, kebijaksanaan dapat mengatasi segala bentuk rasuah, kronisma, salah guna kuasa dan apa-apa yang Allah suruh dan larang menjadi tali yang sentiasa di pegang..walau dalam susah dalam senang.
Selamat menyambut Hari Raya Korban.
Wasalam.
Selamat hari raya haji, moga anda mendapat taufik dan hidayah.
ReplyDeleteKendalikanlah kehidupan anda pada tahun 2007 sebaik mungkin dengan berjimat dan beringat. Kalau pemimpin kita di Bangkok menyebut ada orang tua mahu kacau periuk nasi anak menantunya, kita pun nampaknya perlu menjaga periuk nasi kita.
Ketika banjir besar melanda lagikan mereka boleh bercuti... apa lagi mahu diharapkan.
Tahun 2007, adalah tahun yang berat dan sangat mencabar. Kita perlu belajar mengurus kehidupan sendiri. Belum tentu ada orang peduli sama kita lagi.....
Terima kasih.
sedih2 dan terharu saya dibuatnya tapi jgnlah kita termasuk datuk bersedih sampaikan nada tulisan datuk yg tak bergambar itu menggambarkan kekecewaan. tapi di sebalik yg tersirat apa yg dapat saya baca ialah ini pengajaran kita untuk bersedia. bersedia dari segi kewangan dlm keadaan ekonomi yg tidak menentu, agak klise he he tapi juga sediakan payung sebelum hujan kerana bencana yg tidak diundang mungkin tiba dgn izin tuhan. pokok pangkalnya bersedia, begitu juga dengan keselamatan kita,
ReplyDeleteingin saya nyatakan bahawa kelalaian ini adalah kelalaian kita juga kerana sering membincangkan kelalaian org lain. terutama pembesar2 kita. jadi jgn contohi mereka, pulaukan mereka tapi kita sebagai umat mari kita bersedia sekurang kurangnya kita tak diperbodohkan oleh mak menteri yg cakap kita tak bersedia dan jgn harapkan kerajaan saja.
oopps sori lagi satu saya baru dapat tahu yg
ReplyDeletesaddam Hussein telah mati dihukum gantung dan apa yg saya boleh katakan era respon yang brutal kemungkinan besar akan berlaku.
Datuk,
ReplyDelete"Saya mahu saudara dan saudari serta seluruh penghuni bumi Malaysia yang dicintai ini selamat dan bahagia apatah lagi dalam suasana watan kita yang semakin tidak berarah tujuan ini."
Semakin tidak berarah tujuan ini???
How so, Datuk???
Give la examples for simple kampong mike like me, Datuk.
Anyway, I think that the Iraqis and the Iranians and the Palestinians and the Lebnanese and the Syrians and the whole of the middle-east are having a much worse time than the heck of a time we are having right now and so I thought that you, Datuk Abdul Kadir Bin Jasin deserves a great cheering up and Tuns, too and so I wish you from the bottom of my heart and to all Muslims:
SALAAM EID MUBARAQ!!!!
(Datuk Seri caught a really big red snapper; and weighs as heavy as a pekanese nageeb!!):)
Datuk,
ReplyDeleteSeimbas lalu melihat berita di TV malam tadi mengkhabarkan berita "baik?" kepada rakyat tentang discount road tax yang diberikan kepada rakyat.
Yang menydihkan buat saya ialah penurunan kadar itu hanya berpihak kepada mereka yang KAYA atau berADA sahaja.
Bagi kereta 1000cc kebawah mereka hanya diberi penurunan kadar CUKAI JALAN sebanyak RM10 sahaja sedangkan ada diantara mereka ini mempunyai ekonomi poket yang cukup2 makan sahaja.
Bagi kenderaan mewah atau berkuasa tinggi penurunan adalah sebanyak RM100++ (tak sempat untuk membaca - mungkin esok akan keluar berita didada Akhbar)
Diskriminasi begini adalah diskriminasi kapitalis dimana mereka yang kaya akan terus kaya dan mereka yang miskin akan terus papa.
Apakah dengan penurunan CUKAI JALAN ini mereka fikir dapat menampung bebanan lain yang ditanggung oleh rakyat kelas bawahan?
Apakah rakyat masih akan mengambil sikap TIDAK APA sahaja dan menyambut kedatangan 2007 dengan poket yang semakin kering dan kosong?
Dapatkah kita atau mampukah kita membayar hutang piutang dengan kadar faedah yang menaik dengan penurunan CUKAI tersebut?
Makin merana dan sengsaralah hidup seorang penganggur yang dipaksa menganggur seperti kami ini...
ROCK KAPAK
Ih, ih, pasai pa Pak Lah buat macam tu?
ReplyDeleteDok pegang bahu bogel seorang ratu
Punyalah seronok kita tengok pun malu
Pasai Pak Lah pemimpin Islam nombor satu.
Awat dok pi pegang girlfriend orang?
Dalam majlis tentu banyak yang pandang
Jadilah cerita panjang-panjang
Kita yang dengar rasa tak senang.
Bila Harakah siar polis pun rampas
Pasai apa Pak Lah dok pegang dok ramas?
Nampak sangatlah darah dah naik panas
Lama sangat bujang boleh jadi ganas.
Mat kata, menikahlah Pak Lah
Dok tunggu lama-lama banyak masalah
Ada orang tuduh ada yang tokmah
Kalau menikah tentu diredhai Allah.
Dok curi-curi pegang buat apa?
Pedulilah apa orang nak kata
Duduk suami isteri aman bahagia
Damai abadi pasti Pak Lah jumpa.
Ada orang tak mau Pak Lah menikah
Pasai depa takut hilang markah
Tak boleh suruh tak boleh kerah
Hilanglah kuasa mereka hendak memerintah.
Pak Lah muda lagi
Tetap lelaki sejati
Dok membujang orang syaki
Lebih baik cari isteri.
Melayu tak pa Cina pun serupa
Carilah seorang yang berbudi bahasa
Kalau tua sikit orang tak kata
Kalau muda lagilah bergaya.
Mat dengar kata calon dah ada
Ada Melayu dan ada Cina
Ada janda ada anak dara
Inilah kot yang jadi delima.
Eloklah PM kita ada bini
Malam-malam taklah sunyi
Ada masalah boleh dikongsi
Pak Lah ok, selamatlah negeri.
Jadi iman Pak Lah memang pandai
Orang tengok rasa cucup sesuai
Depa pun undi beramai-ramai
Pasai Pak Lah seorang lebai.
Jadi tak eloklah pegang sana sini
Apatah lagi kalau itu bukan isteri
Sebab kita nak perkenal Islam Hadhari
Nak lawan Pas sampai mati.
Nak marah kat Harakah pun tak kena
Memang betui gambar tu ada
Pak Lah pegang bahu wanita jelita
Mat Tunjang tengok pun naik gabra.
Wahai kawan wahai taulan
Tak salah kita guna nama Tuhan
Tapi jaga kaki dan jangalah tangan
Jaga hati daripada dirasuk syaitan.
Nak jadi tok iman bukan susah
Niat betul sembahyang pun sah
Tapi nak jaga pekerti bukannya mudah
Silap langkah buruklah padah.
Mat Tunjang Enterprise berhenti dulu
Nak tolong korban kerbau dan lembu
Banyak orang susah di hilir dan hulu
Sikit sebanyak kita kenalah bantu.
Tongkat Warrant pernah tulis sajak bertajuk Zaman ini. Antara baitnya...
ReplyDeleteZaman ini
Zaman ini serba pahit terasa,
hanyir darah masih membalut udara,
Segala suara mati di rongga tak bernada.
Hati-hati bila bicara di muka siapa,
Kerling mati menyisip antara ruang penjara.
Engkau penyair akan menulis segala cerita,
Penamu tajam boleh menghiris segala cerita!
Zaman ini mengajarmu hidup berpura-pura,
atau sekadar menyelamatkan diri menganggukkan kepala..
For the last 1 to 2 years, as an ordinary Malaysian, I only have anger and dissappointments with the government.
ReplyDeleteIt appears to me that this current bunch of people at the top are only concerned with their positions and not really what is going on with the life of its ordinary people. They seemed so out of touch with the reality of day to day life of ordinary Malaysians. (proposal like RM0.49 million sport complex in UK, palatial homes, ever increasing cost of livings etc)
The worst thing is their incapability of dealing with worsening social situations. The rate of crime is really getting out of hand. The racial relations is getting so tense.
Malaysia is no more the choice location for foreign investors. Local investors are also spreading their capital to foreign countries to avoid the risk of having putting all their eggs in Malaysia.
As ordinary Malaysian, I am walking into 2007 and beyond with pessimism and a higher sense of fear of our safety and security.
We pray Malaysia will not deteriorate further. I fear to see the scenes of Manila, certain parts of Indonesia I saw a few years ago appearing in Kuala Lumpur.
Anonymous (makangaji),
ReplyDeleteA hilarious story. The fat turkey ended on dinner table. But the fat bull will not last either.
Please re-tell the joke minus the expletive.
What we tell our children not to say, we should not say.
Thank you.
Tahniah Datuk..
ReplyDeletebukan senang nak lihat org melayu berani berjuang walaupun di tanah air sendiri.
Pelbagai rintangan dan dugaan datuk tempuhi..
Terima kasih..
Perbetulkan apa yg patut dibetulkan.
Teruskan selagi bernyawa..
Dengan situasi begini,
cukuplah, sedarlah, insaflah..
kuasa di tangan rakyat..
kita berhak!
pilihan raya bakal tiba.
Usahlah mengulangi kesilapan.
Inilah masanya untuk berubah.
Jadilah pengundi yang bijak.
Buatlah keputusan yang tepat.
Melayu mudah lupa!
I just turned 21 not long ago so the next GE will be my first. From my inexperience (maybe even a lil' naive) eyes, there has been no improvement in this country for the past three years. The prices of everything is going up, so is corruption, crimes and racial polarization. If anything is going down, it is the image and the economy of this country.
ReplyDeleteLooking at all these, I am very much looking forward to the next GE. In my opinion, the current administration needs to be shaken from its slumber. As for which party to vote for, I truly do not know being inexperience as I am. I doubt the coalition party will lose in the next GE. But I certainly hope that we will have stronger opposition parties to ensure that checks and balances are in place.
The basis of a democratic system (at least what I was taught in school):
A government of the people, by the people and for the people.
Let us not forget that and let us not be enslaved by the very people who are supposed to be serving us.