Suara Insan Sejagat Kuasa Baru Dunia
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Komen yang berbau perkauman dan mengandungi unsur-unsur hasutan dan fitnah tidak akan disiarkan. Terima kasih] JADIKAN pendapat umum (public opinion) sebagai kuasa besar kedua dunia bagi mengimbangi dan melawan pembolotan kuasa oleh Amerika Syarikat.
Demikian antara saranan pokok Persidangan “Dedahkan Jenayah Perang – Jadikan Peperangan Sebagai Jenayah” anjuran Pertubuhan Keamanan Global Perdana (Perdana Global Peace Organisation) yang berakhir di Kuala Lumpur semalam.
Pengerusi pertubuhan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan penutupnya berkata beliau setuju dengan saranan agar pendapat umum digembleng untuk menolak dan melawan hegemoni Amerika dalam dunia pasca-Perang Dingin.
Persidangan tiga hari itu bersetuju bahawa pendekatan terbaik mencapai matlamat keamanan ialah dengan mengembleng pendapat umum agar menolak perang sebagai cara menyelesaikan sengketa dan mengisytiharkan peperangan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
Serentak itu, persidangan telah menubuhkan tiga institusi bagi membicarakan penjenayah-penjenayah perang dan mendengar kes pertamanya yang membabitkan Presiden Amerika George W Bush, Perdana Menteri British Tony Blair dan Perdana Menteri Australia, John Howard.
Institusi pertama ialah Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (Kuala Lumpur War Crimes Commission) yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir dan dianggotai oleh Datuk Dr Yaacob Hussain Merican (peguam), Zainur Zakaria (bekas presiden Majlis Peguam Malaysia), Musa Ismail (bekas majistret), Prof Dr Mohd Akram Shair Mohamed (profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa) dan Prof Gurdial Singh Nijar (profesor undang-undang Universiti Malaya).
Kedua, Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (Kuala Lumpur War Crimes Tribunal) yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Kadir Sulaiman (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan) dan dianggotai oleh Tunku Datuk Dr Sofiah Jewa (peguam), Datuk Mohd Saari Yusoff (bekas Hakim Mahkamah Rayuan), Prof Shad Faruqi (Profesor Undang-Undang Universiti Teknologi Mara), Mohamad Ariff Md Yusof (peguam).
Turut menganggotai adalah Mohd Noor Yahya (bekas presiden Mahkamah Session dan bekas pengerusi Mahkamah Perindustrian Malaysia), Datuk Abu Mansor Ali (bekas Hakim Mahkamah Persekutuan), Prof Francis Boyle (penasihat kepada PLO mengenai Penubuhan Negara Palestin) dan Prof Salleh Buang (pensyarah undang-undang dan peguam).
Ketiga pasukan peguam jenayah perang yang terdiri daripada Mathias Chang, Jacqueline Chang, Megat Shaharuddin Merican, Elaine Zarina Zainur, Avtaran Singh, Nizam Bashir and Jamal Ridzuwan.
Petisyen yang mahu tiga penganjur utama peperangan dan penaklukan Iraq itu dibicarakan atas tuduhan jenayah peperangan. Ia dikemukakan bagi pihak mangsa-mangsa oleh Mathias Chang.
“Jangan hampakan mereka. Mereka tidak ada tempat mengadu. Inilah tempat terakhir mereka meletakkan harapan,” Chang merayu.
Dr Mahathir memberitahu sidang akhbar pada akhir persidangan bahawa keanggotaan badan-badan itu masih boleh dipinda bagi memperkukuhkan tarafnya sebagai badan-badan antarabangsa.
Dalam konteks yang sama, persidangan bersetuju bahawa pendapat umum adalah senjata paling berkesan bagi mewujudkan keamanan sejagat, mengharamkan peperangan dan menghukum penjenayah perang.
Walaupun tertuduh tidak boleh dipaksa menghadiri perbicaraan atau menjalani hukuman apabila sabit kesalahan, namun pada pendapat umum mereka adalah penjenayah.
Gelaran penjenayah perang (war criminal) akan digunakan setiap kali nama mereka disebut bagi mengaibkan mereka pada pandangan dunia.
Satu aspek paling menarik persidangan kali ini adalah penyertaan begitu ramai golongan muda dari dalam dan luar negara yang mewakili badan-badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil.
Gambar: Jeff Oii
Secara peribadi, saya berpendapat sesiapa sahaja yang cintakan keamanan dan menolak peperangan perlu membuat ketetapan untuk menyokong hanya parti politik dan pertubuhan yang menjadikan keamanan dan pengharaman peperangan sebagai salah satu unsur utama dalam agenda dan manifesto mereka.
Menyentuh mengenai para blogger, khasnya blogger Malaysia, yang jelas menyokong agenda keamanan ini dan mendapat pengiktirafan terbuka daripada penganjur dan peserta, saya cadangkan agar mereka mewujudkan pakatan Blogger Untuk Keamanan (Bloggers For Peace) atau Blogger Menentang Peperangan (Bloggers Against War).
Walaupun persidangan ini hanya mendapat liputan “melepas batuk di tangga” oleh sebahagian besar peneraju media massa arus perdana tempatan, namun saya perhatikan kesedaran di kalangan wartawan biasa mereka adalah luas dan mendalam.
Saya yakin para wartawan, blogger dan pengendali laman berita Internet boleh memainkan peranan mempelopori kesedaran global mengenai keamanan sejagat, menjadikan peperangan suatu jenayah dan membela nasib mangsa perang.
Manakala para pelawat dan pengulas boleh menjadikan blog dan laman web sebagai arena untuk mengembleng pendapat umum agar menjadi kuasa besar dunia yang baru.
Gambar: The Star
Puisi Buat Najwa
Mengalir air matamu tidak sia-sia
Esak tangismu tidak sia-sia
Pujuk rayumu tidak sia-sia
Jauh perjalananmu tidak sia-sia.
Kami nampak air matamu
Kami dengar sendu tangismu
Kami tersentuh dengan pujuk rayumu
Jauh perjalanan mu diiring doa restu.
Kami tidak ada senjata pemusnah massa
Kami tidak ada sejuta bala tentera
Tetapi kami berikrar setia
Dengan suara kita sedarkan dunia
Bahawa perang bukan caranya
Yang gagah bukan semestinya raja
Penyerang dan penakluk buka wira.
Kita akan kibarkan panji-panji keamanan
Kita akan laungkan semboyan keadilan
Bahawa suara insan semesta
Akan menjadi pemangkin kuasa
Menghukum dan mengaibkan yang berdosa
Bush, Blair dan gerombolan mereka.
Kepulanganmu kami doakan
Salam kami kepada kemanusiaan
Kepada setiap insan di barisan hadapan
Dalam perjuangan menegakkan keadilan.
Rakan-Rakan Sekaliannya,
ReplyDeleteSaya cukup sedih melihat keadaan media arus perdana kita dewasa ini. Persidangan yang cukup 'tulus dan besar pengertiannya' ini tidak mendapat hebahan yang sewajarnya.
Adakah hanya kerana penggerak utamanya adalah seorang yang bukan lagi seorang pemimpin utama negara menyebabkan hebahannya harus dikesampingkan?
Atau mungkin pengamal media dewasa ini 'segan dan takut' bahawa bayangan idea dan 'besar jiwa' seorang yang bernama Mahathir Mohamad itu akan menenggelamkan pemimpin sedia ada??
Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi saya yakin pengamal media yang ada sekarang ini sebenarnya 'lebih kuah dari sudu'....
Rakan-Rakan Sekaliannya,
ReplyDeleteSaya cukup sedih melihat keadaan media arus perdana kita dewasa ini. Persidangan yang cukup 'tulus dan besar pengertiannya' ini tidak mendapat hebahan yang sewajarnya.
Adakah hanya kerana penggerak utamanya adalah seorang yang bukan lagi seorang pemimpin utama negara menyebabkan hebahannya harus dikesampingkan?
Atau mungkin pengamal media dewasa ini 'segan dan takut' bahawa bayangan idea dan 'besar jiwa' seorang yang bernama Mahathir Mohamad itu akan menenggelamkan pemimpin sedia ada??
Saya tidak mahu membuat spekulasi tetapi saya yakin pengamal media yang ada sekarang ini sebenarnya 'lebih kuah dari sudu'....
fendy_ahmad
www.fendy1982.blogspot.com
Pak Kadiaq,
ReplyDeleteAlhamdulillah, tanpa liputan media arus perdana, mesej daripada persidangan yang Pak Tun Dr Mahathir kita buat ni dah sampai ke akar umbi, hanya yang bangang dan baghal saja yang tidak kesampaian di benaknya, mungkin tidak tergarap dek akalnya yang terencat. Namun, persidangan tetap meriah lantaran dan berjaya pada perhitungan saya lantaran substance dan mesej yang tersendiri yang ingin disampaikan yang saya amat percaya akan transcend all boundaries (maafla cakap mat salleh sikit, saya bukan pandai sangat pun, mengaji pun kat kolej di aloq setaq saja).
Hari ini mungkin dunia belum buka mata akan saranan, tindakan dan mesej daripada persidangan ini, esok macam mana? Lusa?
Biaq pi lah pengamal media arus perdana yang tidak hiraukan persidangan ini kerana mereka yang hadir amat memahami dan maklum akan matlamat, falsafah dan objektifnya. Pak Tun Dr M buktikan bahawa tanpa jentera kerajaan yang besar (baca:peruntukan besar) dan tanpa jentera propaganda kerajaan yang kini masih lagi tempang dan seluloi tenggelam punca persidangan ini telah berjaya, sepertimana berjayanya persidangan-persidangan lain yang Pan Tun Dr Mahathir sendiri terajui selama ini, tidak adanya cacat cela pada pandangan saya dan ramai lagi kami yang menghadiri persidangan ini.
Depa yang loqlaq nak buat apa ka atau tak mau nak buat apa ka, biaq pi lah, kalu benda baguih macam ni nak buat tak tau pun tak buleh sangat, lama2 nanti lagi ramai org akan tau.
zaki tok tam,
anakbukit, aloq setaq, kedah
Dear Sir,
ReplyDeleteIt was a pleasure to have met you in person. Moreover to see THE A Kadir Jasin moderate such a big forum with such wit but much professionalism.
It was a great event, and well-written poem for our lovely Najwa who had grown up since her last visit in the 2005 Conference.
Semoga umat sejagat menyahut cabaran membentuk satu bentuk pemikiran yang sama dimana yang dituntut adalah keamanan, yang diidamkan adalah kesefahaman dan yang dihindarkan dan ditolak adalah peperangan dan pembunuhan nyawa yang tidak berdosa.
saya setuju dengan fendy di mana forum tersebut tidak mendapat hebahan yang sewajarnya, apatah lagi tiada penyertaan lebih ramai menteri kabinet yang diundi oleh rakyat supaya menjadi perwakilan suara ramai. Namun, seperti yang dilaporkan oleh BBC Asia Pacific, forum ini telah berjaya membuat pihak kerajaan British mengeluarkan kenyataan untuk membela kedudukan mereka. Ini membuktikan forum yang diwakili oleh seorang bekas perdana menteri yang berusia 82 tahun, ahli panel dan jurucakap dari pelbagai bidang, dan penyertaan aktivis keamanan dan mereka yang prihatin lebih kurang 3000 orang dapat mencapai matlamat, iaitu didengari, bukan hanya oleh seluruh dunia, tetapi khususnya pemimpin pemimpin yang mahu dibawa ke muka pengadilan.
Dato',Peperangan berputik dari jiwa manusia yang tertekan.Konflik dijiwa berakar umbi dari tekanan kerana didiskriminisikan, dipinggirkan atau dirampas hak asasi.Ini pemerhatian sejagat. Konflik akan subur apabila terdapat sektor masyarakat yang terpinggir, didiskriminasikan, dicabul hak asasi kepada kekayaan atau kebebasan atau hidup dalam kesengsaraan kerana diperas oleh diktator atau kuku besi.Ambil saja mana-mana kes peperangan/konflik didunia...Semua berpunca apabila (i)demokrasi dimusnahkan, (ii) jurang kekayaan yang besar; dan (iii)penderitaan yang terhasil daripada kedua situasi tadi.Konflik Palestin, Darfur, Bosnia dan kebanyakan konflik di Asia dan Afrika; semua menampilkan pola punca yang hampir serupa.
ReplyDeletePada hemat saya Dato', dua faktor asas ini perlu disemai dengan meluas untuk meminimumkan konflik.Pertama,agihan kekayaan yang hampir saksama supaya rakyat tidak tertekan dengan kemiskinan (kemiskinan adalah tapak subur kepada konflik). Kedua,hak bersuara, hak mengundi dan hak keatas keamanan dan yang asasi.Walaupun hakikat ini telah diterima oleh PBB, tetapi masih belum melata di kebanyakan negara.Jadi agenda meminimumkan peperangan harus didahulukan dengan pembangunan ekonomi dan pendidikan demokrasi sebelum sebarang hukuman dijatuhkan kepada penjenayah peperangan. Benih-benih konflik yang baru tumbuh, perlu dimatikan segera dengan pertumbuhan ekonomi dan demokrasi.
Salam malam Dato'.
YBhg Dato dan pembaca budiman,
ReplyDeleteJika tiada kesempatan bersama di 'conference' tersebut, sama-sama kita luangkan masa ke pameran yang turut diadakan.
Ianya amat menyayat hati dan banyak pengajaran dapat kita sama-sama perolehi.
Saya sendiri amat insaf!!!
Sama-sama kita jenayahkan peperangan.
Sama-sama kita bersuara.
Salam hormat,
Faizal
PJ
Datuk,
ReplyDeleteSalaam
OPEN NOTE TO TUN:
It was a Historic moment and day.
It was, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. YBhg Dato' Zainal said it was a lovely date: Wednesday, 7/2/07. He signed it and you did, too. A great and wonderful thank you. AlhamduliLAH.
Where were you when a tooless old tiger took on the Green Goliath?
So I guess they know we are, don't they, Tun. That would be wonderful, won't it?
But Tun , is a war of words - should it still be a legal thing?
Truth hurts. You will die loving it or die hating it.
Assalamualaikum Dato' dan Pengunjung setia.
ReplyDeleteSoalan saya, kalau kita berada di tempat AAB, apakah kita akan menghadiri persidangan tersebut?
Saya secara peribadi amat berbangga dan mengucap setinggi-tinggi tahniah kpd. Tun dan urusetianya kerana berjaya mengadakan persidangan tersebut--sehingga kerajaan British tampil membela diri.
Cuma saya dok fikir, tatkala Tun berucap melebelkan Bush,Blair,Howard penjenayah perang,pembunuh wanita dan kanak-kanak (sememangnya benar dan tepat) dan jurukamera memfokus kpd AAB yang berada di persidangan tersebut sambil bertepuk tangan tanda sokongan,maka nanti akan dilihat oleh US,GB,Australia bahawa itu suara kerajaan Malaysia. Ianya nanti akan membawa konfrontasi antara kerajaan kecil sekangkang kera, Malaysia, dengan kuasa besar dunia. Dan natijahnya besar kepada Malaysia. Mungkin itu sebabnya AAB dan/atau menteri kabinetnya tak pergi persidangan tersebut.
Hakikatnya, berdasarkan atas kapasiti sbg. PM dan bekas PM, suara antara keduanya akan dinilai oleh orang lain terutamanya kuasa-kuasa dunia dengan neraca timbangan yang berlainan.
Begitu juga dengan akhbar arus perdana yang menjadi "lidah penyampai" bagi kerajaan. Saya yakin, ramai wartawan wartawan akhbar tersebut secara peribadi amat bersetuju dengan matlamat persidangan tersebut, tetapi mereka terikat dengan syarat dan peraturan sebagai "jurucakap" kerajaan.
Sehubungan dengan itu, saya kurang bersetuju dengan fendy_ahmad yang menyifatkan TDM sebagai punca tiada hebahan. Juga tidak bersetuju dgn beliau yang menyifatkan pengamal media sebagai "lebih sudu dari kuah" (di tulisnya lebih kuah dari sudu).
Dato,
ReplyDeleteIsu peperangan bukan isu baru. Dunia ini berselerak dengan perang dan kesannya. Peperangan juga seperti economic adventure yang lain, perlukan modal dan berakhir dengan keuntungan. Kesan buruk seperti kehilangan nyawa dan harta benda bukanlah perkara penting dalam economic adventure ini.
Kegairahan memajukan negara dalam banyak sudut memaparkan ciri yang sama. Ada modal dan ada keuntungan. Tapi kita tak perlu tanya kesan buruk yang berlaku... bukan nyawa manusia yang mati, tapi nadi flora dan fauna, yang juga merupakan ciptaan tuhan.
Mungkin kita meletakan nilai nyawa manusia pada dacing yang berlainan dengan flora, fauna dan atmosfera. Sudahnya orang senyap saja dan memberi tafsiran kemalangan sebagai industrial casualty atau economic casualty.
Mungkin usaha di PWTC, adalah titik mula kepada usaha menyelamat alam ini dari terus tersungkur.
Terima kasih Dato.
Datuk,
ReplyDeleteNice words in the puisi, Dato'
Herd mentality of the masses:
"pendapat umum adalah senjata paling berkesan bagi mewujudkan keamanan sejagat, mengharamkan peperangan dan menghukum penjenayah perang."
Preemptive strike mentality:
"Walaupun tertuduh tidak boleh dipaksa menghadiri perbicaraan atau menjalani hukuman apabila sabit kesalahan, namun pada pendapat umum mereka adalah penjenayah."
Green Peace Party manifesto?
"Secara peribadi, saya berpendapat sesiapa sahaja yang cintakan keamanan dan menolak peperangan perlu membuat ketetapan untuk menyokong hanya parti politik dan pertubuhan yang menjadikan keamanan dan pengharaman peperangan sebagai salah satu unsur utama dalam agenda dan manifesto mereka." - United Malaysian National Party la!!!!!!!
Justice Wong Fei Hong(Or the KeAdilan Man):
"Kita akan kibarkan panji-panji keamanan
Kita akan laungkan semboyan
keadilan"
Question:
Is Peace and Justice the same thing?
Plagarism?
Salaam kami kepada Insan, Dato'.
Datuk AKJ,
ReplyDeleteyeay.. i attended the conference too.. and saw... u used to sit besides me...
and bout the bloggers for peace... i created the logo already.. it's a part of the conference initiative..
check out the logo....
at http://roulblurb.blogspot.com
ISA said...
ReplyDeleteCERITA DI ROCKY'S BRU
Jakarta Posted! or OUT of TEMPO
(to all mat-mat jawa)
seorang mantan perdan menteri
yang nyanyok
dan perdana menteri
ngorok
turut di tertawa
mas tenggelam timbul seberang yang suka membakar hutan dan hisap asap keretek
sambil-sambilan
anak atan ni pun ngemabuk ngetergelak-gelak
nge-engak lucu.
Yudontknow bimbang
Yudhoyono Banabang
pun tidurrr
sambil air-lay-gal turut
serta
visit malaysia year 2007.
why do cut your nose to spite someone, ahirudin?
9:12 PM
Sdra roul the breath taker,
ReplyDeleteThank you for responding to my suggestion that bloggers should get together to work for peace and oppose war.
I had visited the site http://roulblurb.blogspot.com to look at the logo you've created. It's fine by me.
I hope others will also visit the site and take a look at what you've created.
Sdr Isa, "ngorok" dalam bahasa Jawa ertinya berdengkur.
Thank You.
Dato
ReplyDeleteSalam sejahtera. Saya bangga persidangan tersebut berjaya dijalankan walaupun atas inisiatif 'orang tua yang dilabel nyanyuk' dan diketepikan oleh negaranya sendiri. Saya tidak hairan media perdana kita tidak mewar-warkan persidangan ini kerana mereka hanyalah menjaga periuk nasi mereka sendiri. 'Don't bite the hands that feed you' adalah frasa yang sesuai untuk dilabelkan kepada mereka.
Walaupun kita negara kecil (sekangkang kera bak kata langit biru), yang penting kita perlu menyuarakan pendapat kita dan kuasa besar perlu mendengarnya. Jikalau majoriti negara kecil bergabung suara menentang peperangan, sudah pasti kesannya besar. No country in the world is an island. Negar besar pun perlukan negara kecil untuk hidup. Kalau tidak di nama mereka menjual barang yang mereka hasilkan.
Saya setuju dengan cadangan mewujudkan pakatan bloggers untuk keamanan. Jikalau logonya sudah siap saya akan letakkan di laman blog saya.
Terima kasih.
Anak Malaysia
Oh, I hear
ReplyDeletehim say:
"anak-anak dan perempuan
jangan
di usik!
orang tua nyanyok
mahu mengamok
penggalkan saja
kepalanya"
oh, shmir
why?
no quarter
asked
nor given.
I fully support the formation of war commision and war tribunal,go ahead with all the plan and dont get upset with the government stand.
ReplyDeletePersidangan yang telah dianjurkan diMalaysia dengan 'jaya'nya adalah persidangan 'syok sendiri'.
ReplyDeleteHanya dengan cakap berdegar2 tidak akan merubah apa2'
Lihat lah diFilipina, apakah yang merubah pemerentahan diktator - NYAWA.
DiThailand, diTimur Leste........dan yang terbaru diNepal,semua nyawa dipertaruhkan.
Saya harap,kalau pun kita 'BERDUIT', jamgan lah membazir membabi buta!
Salam sejahtera,
ReplyDeleteKepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk ke forum tersebut, anda bolehlah ke
www.arifauzan.110mb.com/warcrime/war.htm
untuk mendengar ucapan serta testimoni dari panel yang hadir.