Friday, April 13, 2007

PM Marah Pegawai Berbalah

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan kesat tidak akan disiarkan.]

TAJUK Berita akhbar arus perdana hari ini:

Utusan Malaysia – PM Marah Paip Bocor
Berita Harian -- PM Arah Henti Berbalah
The Star – PM: Stop It:
The New Straits Times -- Stop It, Says PM
The Sun -- Stop Bickering!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi naik berang kerana: (1) Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum (Timbalan Menteri di kementerian beliau sendiri) berbalah dengan Polis mengenai statistik jenayah; (2) Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Adam Abdul Hamid berbalah dengan Ketua Pengarah Annas Khatib Jaafar; dan (3) Paip air di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pecah.

Berita Harian memetik Perdana Menteri sebagai berkata: “Berbalas kenyataan menerusi media apabila berhadapan dengan masalah bukan cara betul untuk menanganinya.“Bercakap kepada media tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya memburukkan lagi keadaan.”

Abdullah berkata demikian kepada wakil media massa selepas merasmikan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (Maca) di Kuala Lumpur semalam (12 April).

The Sun melaporkan: The Prime Minister yesterday ordered those engaged in intra-departmental quarrels via the media to desist immediately. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the accusations exchanged in the newspaper were tainting the government’s image and making the lose confidence in the administration.

NST melaporkan Perdana Menteri sebagai berkata: “They should sit down and resolve the matter among themselves. Not talk to the media and make it public.”

Saya kita bercadang membuat sebarang kesimpulan kepada arahan terbuka Perdana Menteri itu. Saya yakin cukup banyak rakyat Malaysia yang membaca akhbar-akhbar di atas untuk memahami kenyataan beliau itu.

Saya sekadar memohon kesempatan dan meminta izin untuk mengemukakan beberapa soalan untuk memperjelaskan hal ini.

1. Kalau Johari, PRDM, Adam dan Annas Khatib Jaafar menggunakan media massa untuk mendedahkan pekung di dada, adakah Perdana Menteri juga perlu menggunakan media massa untuk mengarahkan mereka supaya pekung yang jijik itu ditutup?

2. Apakah tidak lebih baik kalau Perdana Menteri membisikkan ke telinga para-para petugas yang berbalah itu agar berhenti atau, kalau beliau mahu, beliau boleh memulas telinga mereka?

3. Apakah dengan memberhentikan perbalahan ini di muka akhbar boleh menyelesaikan soal pokok yang mencetuskannya iaitu jenayah yang semakin menjadi-jadi di Ibu Negara dan laporan rasuah Adam terhadap LKIM?

4. Sembuhkan pekung di dada dengan kita hanya menutupnya atau apakah penyakit berjangkit itu perlu didedahkan, dicuci dan diubati?

4. Which is more important -- the government’s image or the truth about the incidence of crimes in Kuala Lumpur and allegation of corruption against the Fisheries Development Authority?

5. Would the people still not lose confidence in the administration if these questions are left unanswered because a gag order has been issued?

6. Bukankah soal-jawab antara Johari dengan Polis dan antara Pengerusi LKIM dengan Ketua Pengarahnya berupa sebahagian daripada kebebasan, keterbukaan dan toleransi yang diuar-uarkan sebagai sempadan yang memisahkan Pentadbiran Abdullah yang dikatakan demokratik dengan Pentadbiran Mahathir yang kononnya autokratik?

7. And is the media to be used only to project the positive image of the government and not for seeking the truth?

Itu sahaja kemusykilan pertanyaan saya. Mohon maaf kerana tertanya. Sekadar mematuhi ungkapan malas bertanya sesat jalan.

33 comments:

  1. Anonymous12:13 PM

    Datuk AKJ kena faham, kerajaan sekarang ingin mengunjurkan 'image transparent' nya. Jadi, jika nak transparent kena open everything pekong and more. No more secret, everything in the open. Stark Naked. The Best.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:30 PM

    BRILLIANT piece Sir!

    Berdiam diri merupakan perkara biasa bagi pentadbiran Hadhari.

    Semasa Dr Mahathir mengkritik pentadbiran Hadhari, bekas PM diatur bertemu pemimpin Hadhari.

    Dah dekat setengah tahun jumpa, pemimpin Hadhari nampak gayanya tak berbuat apa-apa sekadar mendengar dan membuang masa bekas PM. Jadi ahli-ahli pentadbiran Hadhari juga sepatutnya berdiam diri juga.

    Jadi kalau kita tengok ungkapan pemimpin Hadhari satu masa dulu.."Tell Me What I Should Know/Hear"...mungkin kes korupsi dan peningkatan kadar jenayah tak masuk dalam senarai.

    Gamaknya, teguran dibuat di dalam akhbar untuk menyatakan satu perkara sahaja;

    "I AM THE PM, I'M IN CONTROL"...

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:24 PM

    Sepatutnya begitulah, malas bertanya sesat jalan. Tapi yang herannya, makin banyak bertanya, makin teraba-raba! Cakapnya berputar-putar, entah apa hujung pangkalnya. Isi... tarak!

    ReplyDelete
  5. Sebelum ini, pengedali blog dituduh menconteng arang. Lewat ni pulak media massa arus perdana yang dituduh menhebahkan konflik antara pegawai tertinggi kerajaan kerana ini boleh menjatuhkan air muka Perdana Menteri dan kerajaan.

    Nampaknya media - yang tradisional maupun yang baru - harus sama-sama bersedia menghadapi lebih banyak tuduhan seperti ini.

    Sebab akhirnya menteri dan timbalan menteri tak salah. Yang salah orang lain.

    ReplyDelete
  6. Anonymous5:42 PM

    Buat malu aje.....

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:02 PM

    Dear Dato'

    I believe our number one is using the media showing that he is the mediator in dealings with management brawl and he tried to show that he is the man who can control certain matters pertaining to so called "bad delivery system" in this current administration to betterment.

    Number one is the best candidate to be our Chief Secretary of State rather than a folly leader to the higher post like Prime Ministership.

    Currently in the government, we`re having a very diffcult time due to bad leadership of the civil servants "the tip of the sword". I'm speaking about the truth here. Our KSN current a folly leader. Everything must be finish with a short period of time without taking certain points pertaining law and procedure. Our current KSN currently don't know anything about management.

    He is relying solely for surroundings assistance like KPPA. And certain KSU post of the ministry being given to good friend of our KSN. Without taking details of this candidate experience in handling management and just because this ppl came from MITI. KSN was from MITI.

    No wonder cilvil servants is piss off. We had to deal with two folly leader. Num one, our Number One, and second our KSN. What a "great" period of going to Mission 2057 with these great leader.

    Anak Mat Lela Gila
    Putrajaya

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:50 PM

    saudara kadir,
    saya berpendapat apa yang berlaku sekarang ialah krisis kepimpinan. kita boleh baca dari akhbar-akhbar di mana menteri-menteri seperti samy vellu bertengkar dengan chua soi lek, samy vellu dengan koh soo koon; johari berlawan dengan polis, adam vs anaskhatib dan keng yaik vs kayveas. mereka langsung tidak menghormati kepimpinan yang ada sekarang.

    perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku di zaman pak lah yang serba ketelusan ini. saya tidak pernah terbaca di zaman dr mahathir pemimpin bercakaran di sana sini. oh ya, kalau tak silap saya lee kim sai vs menteri-menteri umno mengenai status bumiputra.

    lkim misalnya yang diamanahkan untuk menjaga hal ehwal nelayan sendiri tidak amanah. anas anak khatib merasakan lkim adalah syarikat sendirian berhad milik bapaknya yang boleh ditadbir sesuka hati. memang wajar adam buat laporan kepada bpr mengenai penyelewengan yang berlaku. yang peliknya, kenapa adam tak jumpa muhyiddin dahulu sebelum membelasah agensi yang dia sendiri menjadi pengerusi. pengerusipun pelik juga, takkanlah perkara ini tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat lembaga pengarah hinggakan terpaksa melepaskan geram melalui media. begitulah hebatnya pentadbiran sekarang.

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:01 PM

    saya terfikir pula tentang adat bertanya ni kena tertib...kan? adat menjawab camne yer? kena tertib juga tak? maaflah kalau komen saya ni, kurang tertib. Itu sajalah saya nak komen dan fikirkan apabila membaca coretan dato' hari ini.

    ReplyDelete
  10. Interesting observation from );-( Samurai on "I AM THE PM, I'M IN CONTROL"...

    Some truth there. Yes, could be so. But PM resorting to media is seen by some as the opposite, i.e. lack of control.

    But again, politic is a weird game. They do one thing, they mean another, like deflections on a snooker table, hitting one red ball, pocketing another!

    ReplyDelete
  11. Anonymous10:23 PM

    Datuk A Kadir Jasin
    Salaam

    What is happening to the old ketua?


    Calon Ketua Pengarah BPR dinilai
    KUALA LUMPUR 12 April – Kerajaan masih menilai latar belakang calon-calon Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi menggantikan Datuk Seri Zulkipli Mat Noor yang bersara pada 9 April lalu.

    Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak akan mengumumkan pengganti Zulkipli selagi proses itu belum selesai.

    ‘‘Kita sedang membuat penilaian latar belakang calon-calon yang berkenaan dan setelah segala-galanya selesai kerajaan akan mengumumkannya,’’ katanya selepas merasmikan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini, hari ini.

    Abdullah ditanya mengenai kekosongan jawatan Ketua Pengarah BPR selepas persaraan Zulkipli baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau telah diberitahu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa kertas siasatan terhadap Zulkipli telah hampir siap.

    Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata, kertas siasatan kes bekas Ketua Pengarah BPR itu yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu ini.

    Kontroversi kes Zulkipli tercetus selepas bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Abdul Manan membuat beberapa dakwaan terhadapnya tahun lalu, antaranya menuduh beliau mengamalkan rasuah, memiliki harta dan aset secara tidak sah.

    http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0413&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive


    is that kubang pasu fellah being rocked in his chair?

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:27 PM

    Pilihan raya sudah dekat???

    ReplyDelete
  13. salaam dari setapak jaya

    pada hemat kami, apabila ahli-ahli kabinet bercakaran sesama sendiri, apabila pegawai kanan kerajaan berkelahi sesama sendiri, dan apabila pegawai lantikan politik berkelahi dengan pegawai lantikan awam (spa/jpa), ia hanya memperlihatkan gambar bahawa pm sudah kehilangan wibawa. ia jelas memancarkan figuratif yang pm itu orang yang tidak dihormati, tidak disegani, ataupun tidak dipedulikan.

    (ibaratnya kalau dalam rumahtangga, anak-anak, anak-menantu, ipar-duai, mentua-biras, ataupun cucu-cicit saling bercakaran, maknanya si fulan itulah yang bermasaalah besar. ini perihal waris-mewarisi).

    lebih buruk lagi, apabila pm lebih cenderung untuk mengeluarkan arahan melalui media massa. ke mana perginya saluran dalaman, baik mesyuarat kabinet, pekeliling, memo ataupun lain-lain bentuk saluran maklumat dalam pentadbiran? gambarnya (maaf cakap) amat buruk sekali!

    dan inipun bukan gambar baru. gambar sebegini sudah berulang-ulang ditayangkan, cuma detik dan suasananya sahaja berbeza, tetapi tetap akan memperkukuhkan imbasan pertama ataupun kedua. malah gambar paling menakjubkan tentulah apabila pm sendiri menerima surat saman kesalahan jalanraya daripada timbalan kpn sendiri. ke mana hilangnya kebijaksanaan? ataupun, gambar apa yang mahu dipertontonkan kepada rakyat jelata sekalian?

    pm telah memulakan tugas dengan baik sekali. namun imej 'mr clean' itu tidak bertahan lama. suasana 'feel good' (barangkali ada kerusi kayu sudah mendengar dan bercakap kepada dpm mengenai hal ini di restoran kampung pandan au3, kg datuk keramat, kerana selang 2/3 hari kemudian dpm pun bercakap mengenainya!) itu sekarang sudah menjadi 'fearful'.

    apa tidaknya, jikalau ke segenap pelosok negeri orang bercakap-cakap mengenai;
    a. rasuah di segala sudut kehidupan;
    b. kian banyaknya usahawan / kontraktor melayu yang gulung tikar akibat tidak mendapat bayaran;
    c. kian ramainya anak melayu keciciran dalam pendidikan tinggi;
    d. kian ramainya anak melayu berpendidikan tetapi tidak mempunyai pekerjaan;
    e. perihal menantunya yang khabarnya begitu serakah;
    f. dan sebagainya. dan sebagainya. (maaf tok kadir, nanti panjang pula senarai ini.)

    namun, (maaf cakap) bagi saya yang bodoh dan tolol ini, gambar paling hodoh pernah ditayangkan oleh pm ialah apabila dia dengan gahnya memberi nama dan makna baru kepada cara hidup kita (deen) daripada 'islam' kepada 'islam hadhari', sedangkan Allah sudah memberi garis panduan selengkapnya dalam 'al-qur'an' serta menamakannya dengan nama yang wajib itu sahaja, iaitu 'islam'. (maaf, saya tidak berhajat untuk membicarakan hal ini dengan panjang lebar, baik mengenai hal, keadaan, ataupun implikasinya, kerana ini akan memperpanjang komentar.)

    keberanian itu yang kami takuti dan geruni, justeru 'fearful' yang kami rasai. ini bukan terbit dari sebarang orang, tetapi (maaf cakap) ini dari jenis yang berani menokok-nambah apa yang sudah diputuskan lengkap oleh Allah.

    pada detik saya mengetik 'keyboard' ini, saya berasa sangat insaf, ngeri, dan sedikit hiba, kerana jikalau tidak silap pemerhatian kami, gambar-gambar buruk ini semua muncul selepas penamaan 'islam hadhari' itulah.

    ini detik untuk kita bertafakur. ini detik untuk kita berhenti sejenak, agar dapat memulas roda ingatan kepada suatu detik yang baru berlalu.

    harap-harap, negara yang aman makmur ini tidak ikut kucar-kacir akibat kegagalan kita mentadbir diri sendiri masing-masing.

    kami mendoakan keamanan untuk kita sekalian. insha-Allah.

    ws

    ReplyDelete
  14. Kebimbangan saya ialah ini merupakan simptom kepada masalah yang lebih besar dalam pengurusan negara. Apabila PM terpaksa menggunakan media untuk "bercakap" dengan anggota kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan (termasuk lantikan politik), tentunya tidak salah untuk kita mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

    http://www.analisismalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. A tribal chief is surrounded by fighters. When fighters misbehave, it indicates poor discipline.

    There must be enemy to fight on. When description of enemy is not complete, then they begin to see enemies among themselves. Then in-fightings occur.

    What would the chief do in this circumstance. He could go back to basic. Define enemy! Set strategies! Clear Direction! Fight on! One voice echoing down!

    Anything missing now?.

    ReplyDelete
  16. These are symptoms of a government in complete disarray - ruderless, directionless or call it anarchy.
    It is about a government that has reneged on almost all its election promises with impunity.
    Yet it pretends that all is well and looks upon its critics with disdain and contempt.
    The question is, what will be the consequences of all these symptoms of misgovernance?
    We reap what we sow.
    My worry is the government is still in a state of denial.

    ReplyDelete
  17. datuk

    syabas lagi sekali atas analisis terperinci!

    semoga kebenaran akan tersingkap!

    lo

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:30 PM

    biasalah tu datuk....jenis bercakap dulu baru nak fikir....ludah ke langit masuk lubang hidong...

    ReplyDelete
  19. Anonymous2:01 AM

    awol fom the blog
    says the doc
    for three weeks

    happy, happy!

    ReplyDelete
  20. Datuk,

    I don't think the PM knows how to communicate privately. Everything must be said in open for the public to know who is the BOSS now...siapa TAIKO....macam budak2...

    Tapi kalau bab dia kena hentam..pandai pula buat2 diam tuli pekak dan membisu....

    ReplyDelete
  21. Government of the day!

    That was the phrase used during Tun's turbulent time. When the issue of nepotism, cronism and mega projects was played loud. Then Anwar was taken out.

    It was during that difficult time, with election closing in that the new battle cry "Government of the day" was reinvented.

    Comparing then and now, i have to admit that there is big gap. The gap is widening. Today is largely about confidence or lack of it.

    Remember the drills during school assembly? angkat tangan, turun, senang diri, jaga sedia!!. Basic drills indeed. A headboy controlling the 1000 odd boys and girls.

    ReplyDelete
  22. "Keberkesanan" sudah tiada dalam pentadbiran kerajaan hari ini atau "transparency" telah ujud dalam pemerintahan sekarang.

    Secara positifnya, dua kali pilihannraya kecil, BN menang dengan mudah membuktikan kerajaan hari ini telah excel atau rakyat memang dah pekak tuli buta mata dan hati.

    Tetapi pertarungan sebenar tetap di Ijuk..

    ReplyDelete
  23. Sdr Truth, well put.

    Kebersihan mental dan fisikal adalah inti pati agama Islam.

    Halal dan haram adalah untuk mencapai matlamat itu.

    Just the other day, a non-Muslim trade commissioner of a non-Muslim country told a briefing that I attended that his country is promoting "halal" brand as hygienically guaranteed food products in Europe and America.

    Some participants said we do away with F1 and the Sepang Circuit was a mistake. But think of the publicity we get, the goodwill it regerates and the tourist dollar it attracts.

    Just listen to the number of times Malaysia and Sepang were mentioned on global TV at yesterday's Bahrain race.

    ReplyDelete
  24. Anonymous12:26 PM

    PM tak tau cerita sebenarnya. Biarkan mereka berbalah, sebab kat office tak sempat nak berbalah. Jadi bila ada media baru boleh "gali" dalam2. Hang tiduq ajelah!

    ReplyDelete
  25. Kadir,
    I am F1 fan but gave the Bahrain race the skip as it was a delayed telecast and slotted at an ungodly hour.
    TV3 and 8TV always went live. Why can't TV2.
    What is the thrill in watching a delayed telecast when the whole whole knows the result.
    What's going on.

    ReplyDelete
  26. Sdr Truth,

    ESPN carried it live.

    Lewis Hemilton sensational!

    A real race developing.

    Thank you.

    ReplyDelete
  27. Anonymous4:13 PM

    Apabila pemimpin itu lemah, maka orang bawahan akan mula bercakaran merebut sisa-sisa keduniaan .....

    ReplyDelete
  28. Anonymous2:46 PM

    Datuk,

    Dimana kita nak membawa hati yang lara? Dimana nak kita menumpang sedih, nak mengadu masalah? Dibawa nak kita bawa hati yang resah? Kita sekarang berada dalam keadaan perit. Hari ini, rata2 orang bertanya _ di mana tempat nak mengadu jika ada masalah? Apabila pembesar2 bertelagah dalam media, ini maknanya mereka tak ada ruang untuk mengadu 'in private' atau tak ada ruang nak mengadu dalam kamar. Mungkin, pada hemah saya, mereka berpendapat hanya apabila perkara2 buruk didedah dalam akhbar baru mereka mendapat perhatian.

    Lebih kurang macam nilah Datuk: Bila anak2 bergaduh sesama sendiri dan kemudian mengadu kepada bapa, bapa tak ambil peduli. Maka anak2 pun buat keputusan sendiri dan bergaduh di laman rumah. Barulah si Bapa ambil peduli dan marah2. Sayangnya, anak2 dah luka dan benjol di nkepala!

    ReplyDelete
  29. saya kini seorang penganggur.kian sukar mendapat pekerjaan di malaysia yg berislam hadhari. apatah lagi bila saya asyik di lontarkan soalan sebegini semasa di temuduga : if we offer you this position would you mind taking off ur 'tudung' when you come to work?.mungkin pak lah boleh membantu saya?

    ReplyDelete
  30. Dear bloggers

    (Listed in SOPO Sentral of Malaysia)

    This kutu is trying to develop a new hobby - listing your latest posting in my blog, Malaysiakita

    This kutu really hopes you can update me on your latest posting in
    Malaysiakita comment section or by email. You can reach me at sangkutu@gmail.com

    To surf from blog to blog really consumes a lot of time. Mintak tolong la sangat-sangat! Harap sangat ni!

    I'm seeking your kind help! Tolong! Tolong!

    ReplyDelete
  31. Dato',

    Saya merasakan ini adalah direct impact from leadership crisis. Untuk menjadi seorang pemimpin agung bukanlah semudah yang disangka. Pemimpin tulen bukan sahaja pandai mentadbir, malahan orang yang ditadbirkannya segan dan hormat dengan beliau. Malangnya, pucuk pimpinan kita tiada karisma ini.

    Dato',

    Teruja dengan perkembangan blog di negara kita, saya telah menambah satu lagi blog politik untuk berkongsi pendapat dengan orang ramai. Dijemput untuk dilawati:

    http://polanalisa.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. Salam Dato',
    ckp soal ketelusan, kebebasan yg cuba Dato' bandingkan dengan mantan PM, Pak Lah jau..hh lebih terbuka, kes2 ini x blh djdikan ukuran yg Pak Lah tlh brubah, ala..Dato' pny blog pun bebas ckp mcm2 n msih laku, tu tnda suara akar umbi rkyt tetap d hrgai..ok what!

    ReplyDelete
  33. Tumpang lalu...

    Tak payahlah buang masa nak tanya semua tu. Soalan dari 3thn lepas pun belum terjawab lagi. :-). Mungkin lebih masa dengan tidur kot. Tak apalah. Penat berkerja dan melaksanakan islam adahari tu... Kesian... sebab tulah sampai sekarang tak terjawap.. agaknyalah ....

    ReplyDelete