Pengakuan Seorang Yang Bukan Kaki Bola
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]
SEKADAR mengisi masa pada hujung minggu. Anggaplah ini sebagai pengakuan – confession – seorang yang bukan peminat bola, tetapi turut menderita akibat penyakit gila bola.
Tak kira di rumah, di pejabat dan apatah lagi di kedai kopi yang dewasa ini menjadi tempat orang menonton TV, gila bola ini membabitkan semua orang, termasuk yang tidak gila bola macam saya.
Pada pertandingan akhir Piala FA England antara Manchester United dan Chelsea beberapa ketika dulu, saya spontan menjadi paria apabila saya seperti Sang Kelembai meramalkan kemenangan Chelsea dan apabila Malaysia berdepan dengan China, saya meramalkan kemenangan China.
Macam saya kata, saya bukan kaki bola. Tetapi untuk meramalkan prestasi pasukan bola sepak negara, seseorang itu tidak perlu jadi kaki bola atau pakar bola.
Kini kalau saya pergi lepak di kedai kopi Original Kayu di Aman Suria pada waktu malam, saya akan cari meja yang paling jauh dari TV layar lebar yang menjadi tumpuan pelanggan tua muda yang gila bola.
Bukan mudah mencari tempat duduk seperti. Di Original Kayu, bukan ada satu atau dua buah TV raksasa, tetapi lima atau enam. Setiap penjuru ada.
Tetapi antara bola Liga Inggeris, Itali, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Eropah dengan Astro Ria, saya memilih untuk dibodohkan oleh saluran-saluran sukan bila-bila masa.
Apa halnya dengan bola sepak Malaysia? Aduhai sakitnya mata, sakitnya telinga dan sakitnya seluruh jiwa raga. Bukan kerana menontonnya. Seperti saya telah kata, saya bukan kaki bola.
Sakit mata melihat derita kaki-kaki bola yang bertempek sorak bagaikan nak rak dunia pada permulaan pertandingan, tapi senyap sunyi bila Skuad Nasional yang diuar-uarkan sebagai berpotensi itu “kena” 5-0 dengan Uzbekistan, 5-1 dengan China dan 2-0 dengan Iran.
Sakit telinga mendengar keluh kesah dan maki hamun mereka terhadap pemain, jurulatih, pengurus dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sakit jiwa raga kerana mutu sukan Malaysia lebih teruk daripada kelas Dunia Ketiga. Mohon maaf kepada semua negara Dunia Ketiga yang hebat prestasi sukannya. Lihatlah kecemerlangan mereka dalam pertandingan bola Piala Dunia.
Berbanding mereka, haprak dan hambar sungguh pencapaian sukan kita. Balik-balik ratu squash Nicole David dan regu badminton Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.
Tetapi bila cakap mengenai sukan, kita memang hebat, memang sakan. Infrastruktur sukan kita hebat. Ada kelas. Liputan sukan kita hebat. Ada gaya. Menteri sukan kita pun hebat, bersemangat. Belum apa-apa dah dapat anugerah. Padah.
Tak cukup dengan pusat-pusat latihan kelas dunia dalam negara, mereka buka pula di luar negara. Bukan calang-calang tempat, di London.
Duit ringgit jangan risau. Jangan ambil kira. Pembayar cukai boleh terus diperah keringatnya. Biar pape asal bergaye, kate orang Melake (e dalam konteks ini adalah e yang bertanda).
Yang paling hebat dan kita mesti menang nombor satu punya adalah politik sukan. Apa tidaknya? Boleh dikatakan tidak ada sukan dan persatuan sukan yang tidak dibolot dan dipolitikkan oleh para politikus yang rakus.
Tak cukup dengan pasukan nasional, tubuh pasukan sendiri. Tak cukup dengan endorsement menteri, dapatkan endorsement Perdana Menteri. Tapi bila pasukan bola sepak negara kena belasah dalam siri Piala Asia, mereka cepat-cepat menyorok, letak jawatan dan cuci tangan.
Tiba-tiba saya dilanda nostalgia. Ingat waktu remaja. Main bola tak kira musim dan masa. Semangat dibakar pemain hebat Ghani Minhat. Semua nak jadi Pele.
Apa kata kita kembalikan suasana lama? Bebaskan sukan daripada politikus dan manusia yang cari nama. Daripada pemain dan peserta yang hanya fikirkan duit dan glamor. Kalau gaya, silap-silap kalah Beckham, Ronaldo dan Kaka. Tapi bila beraksi, pasukan Harvard Estate (Sungai Petani) lagi berpotensi.
Ahha...jangan lupa bomoh bola. Mari kita jelajah satu Malaysia, bandar dan desa, gurun dan rimba cari bomoh bola kelas dunia.
Siapa tahu, mungkin itulah jawapan azimat bagi masa depan sukan bola sepak Malaysia. Selamat panjang usia wahai bomoh bola.
Maju sukan kerana negara!
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.]
SEKADAR mengisi masa pada hujung minggu. Anggaplah ini sebagai pengakuan – confession – seorang yang bukan peminat bola, tetapi turut menderita akibat penyakit gila bola.
Tak kira di rumah, di pejabat dan apatah lagi di kedai kopi yang dewasa ini menjadi tempat orang menonton TV, gila bola ini membabitkan semua orang, termasuk yang tidak gila bola macam saya.
Pada pertandingan akhir Piala FA England antara Manchester United dan Chelsea beberapa ketika dulu, saya spontan menjadi paria apabila saya seperti Sang Kelembai meramalkan kemenangan Chelsea dan apabila Malaysia berdepan dengan China, saya meramalkan kemenangan China.
Macam saya kata, saya bukan kaki bola. Tetapi untuk meramalkan prestasi pasukan bola sepak negara, seseorang itu tidak perlu jadi kaki bola atau pakar bola.
Kini kalau saya pergi lepak di kedai kopi Original Kayu di Aman Suria pada waktu malam, saya akan cari meja yang paling jauh dari TV layar lebar yang menjadi tumpuan pelanggan tua muda yang gila bola.
Bukan mudah mencari tempat duduk seperti. Di Original Kayu, bukan ada satu atau dua buah TV raksasa, tetapi lima atau enam. Setiap penjuru ada.
Tetapi antara bola Liga Inggeris, Itali, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Eropah dengan Astro Ria, saya memilih untuk dibodohkan oleh saluran-saluran sukan bila-bila masa.
Apa halnya dengan bola sepak Malaysia? Aduhai sakitnya mata, sakitnya telinga dan sakitnya seluruh jiwa raga. Bukan kerana menontonnya. Seperti saya telah kata, saya bukan kaki bola.
Sakit mata melihat derita kaki-kaki bola yang bertempek sorak bagaikan nak rak dunia pada permulaan pertandingan, tapi senyap sunyi bila Skuad Nasional yang diuar-uarkan sebagai berpotensi itu “kena” 5-0 dengan Uzbekistan, 5-1 dengan China dan 2-0 dengan Iran.
Sakit telinga mendengar keluh kesah dan maki hamun mereka terhadap pemain, jurulatih, pengurus dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sakit jiwa raga kerana mutu sukan Malaysia lebih teruk daripada kelas Dunia Ketiga. Mohon maaf kepada semua negara Dunia Ketiga yang hebat prestasi sukannya. Lihatlah kecemerlangan mereka dalam pertandingan bola Piala Dunia.
Berbanding mereka, haprak dan hambar sungguh pencapaian sukan kita. Balik-balik ratu squash Nicole David dan regu badminton Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.
Tetapi bila cakap mengenai sukan, kita memang hebat, memang sakan. Infrastruktur sukan kita hebat. Ada kelas. Liputan sukan kita hebat. Ada gaya. Menteri sukan kita pun hebat, bersemangat. Belum apa-apa dah dapat anugerah. Padah.
Tak cukup dengan pusat-pusat latihan kelas dunia dalam negara, mereka buka pula di luar negara. Bukan calang-calang tempat, di London.
Duit ringgit jangan risau. Jangan ambil kira. Pembayar cukai boleh terus diperah keringatnya. Biar pape asal bergaye, kate orang Melake (e dalam konteks ini adalah e yang bertanda).
Yang paling hebat dan kita mesti menang nombor satu punya adalah politik sukan. Apa tidaknya? Boleh dikatakan tidak ada sukan dan persatuan sukan yang tidak dibolot dan dipolitikkan oleh para politikus yang rakus.
Tak cukup dengan pasukan nasional, tubuh pasukan sendiri. Tak cukup dengan endorsement menteri, dapatkan endorsement Perdana Menteri. Tapi bila pasukan bola sepak negara kena belasah dalam siri Piala Asia, mereka cepat-cepat menyorok, letak jawatan dan cuci tangan.
Tiba-tiba saya dilanda nostalgia. Ingat waktu remaja. Main bola tak kira musim dan masa. Semangat dibakar pemain hebat Ghani Minhat. Semua nak jadi Pele.
Apa kata kita kembalikan suasana lama? Bebaskan sukan daripada politikus dan manusia yang cari nama. Daripada pemain dan peserta yang hanya fikirkan duit dan glamor. Kalau gaya, silap-silap kalah Beckham, Ronaldo dan Kaka. Tapi bila beraksi, pasukan Harvard Estate (Sungai Petani) lagi berpotensi.
Ahha...jangan lupa bomoh bola. Mari kita jelajah satu Malaysia, bandar dan desa, gurun dan rimba cari bomoh bola kelas dunia.
Siapa tahu, mungkin itulah jawapan azimat bagi masa depan sukan bola sepak Malaysia. Selamat panjang usia wahai bomoh bola.
Maju sukan kerana negara!
Dear Datuk,
ReplyDeleteimpian setiap pemain bola di Malaysia HANYA untuk menang Piala Malaysia.
Bila pemain kita menonton Liga Inggeris, Sepanyol dll. mereka bukan kaji macammana gol dijaring tapi mereka lebih minat dengan cara macammana penjaring celebrate jaringannya.Tak percaya tengok gaya selepas mereka jaring gol .. gol 'nasib'(sebab goalkeeper tak cekap)rainya lebih daripada Galacticos.
Datuk, support Muay-Thai, ramai belia-belia dari Pendang & Sg.Tiang terlibat. Datuk boleh tengok sendiri anak-anak dari kampung Datuk belasah jaguh-jaguh antarabangsa!
Muay-Thai International Championship - Kulim 3dan 4 ogos 2007. http://boxxtomoi.blogspot.com/
Terima kasih.
Datuk The Scribe,
ReplyDeleteSalaam
TOOTHLESS TIGER
(for atane)
"Skuad Nasional yang diuar-uarkan sebagai berpotensi itu “kena” 5-0 dengan Uzbekistan, 5-1 dengan China dan 2-0 dengan Iran."
Jangan mula pecayakan si blogger tua ni dan kuncu-kintenya, azalina!
Jangan salahkan FAM, pemain-pemain dan Norizan, azalina!
Jangan pula Malaysia kalah teruk pasal referee kena suap, azalina!
You bukan kah menterinya, azalina!
You tak pecaya, elok you letak jawatan, azalina!
Jangan langgar tembok, azalina!
Jangan hanya Anak Gajah yang naik minyak!
Menteri dan pembesar pembesar kita memang suka syok sendiri. Syok tak habis habis hingga mereka rasa kalau mereka letak jawatan, kita akan mampus.
ReplyDeletePasal bola, saya ini dulu peminat. ingat lagi berada di Stadium Merdeka semasa kita layak untuk Olympic 1980. Wow!!! Semangat seluruh negara berbara. Soh Chin Aun,Mokhtar Dahari(wira saya), Arumugam.....dll
malangnya sejak 1980an bila diambil alih oleh pemimpin yang kini masih merajui FAM, kedudukan bola sepak merosot. Kedudukan yang top ten in Asia dah jadi bottom of Asia dan masih menurun!!! Tapi masih kata mereka diperlukan dan akan selamatkan bola sepak Msia.Kalau 25 tahun dah tak boleh, pandai pandai lah sendiri.Makanlah cili banyak banyak.
Dikatakan lack of pool of talent...negeri yang lebih kecil dari kita tak ada pulak masalah itu. Leadership is the problem. Lucut jawatan tak nak, macam kedudukan FAM dah jadi 'birth right'.
So tolong lah, biarkan jawatan FAM kepada mereka yang berkebolehan dan faham bola sepak seperti tahun 1970an. Tolong!!!
Free Football from Politics!
ReplyDeleteThat's a very strong slogan, Dtk. Bebaskan Bolasepak dari Politikus! Every football-loving Malaysian should adopt this slogan. There is no way our football can progress as long as politicians are there at the helm, using football to gain a power base, good money, sponsorship, and popularity.
Not just football. Bebaskan Sukan dari Politikus!!
Bebaskan juga Islam dari politikus, dan kita akan kecap semula keadaan di mana orang2 Islam bebas seperti penganut agama lain tanpa menjejas keimanan mereka.
Bebaskan media dari politikus, dan kita akan nikmati kebebasan akhbar dan juga pengarang2 yang tahu akan tanggung-jawab mereka sebagai pelapor yana haq, dan bukan penjilat tangan dan kasut politikus yang berpengaruh.
Bebaskan Malaysia dari politikus yang hanya mementingkan diri sendiri, insyallah kita semua, tak kira bangsa dan agama, akan menikmati erti sebenar kedaulatan sebuah negara yang sudah pun merdeka selama 50 tahun.
Hello beb!
ReplyDeleteBila ente cerita fasal bola, anna tak boleh tahan! Anna mesti komen. Di Malaysia ni, ente bukan tak tahu - semuanya politik! Kalau agama boleh dipolitikkan, tak kan sukan dan bola sepak tak boleh! Cara tak ememperbetulkan bola sepak tanahair ni mudah aje beb! Buang terus orang politik dan orang istana! Setakat ni, semua orang takut nak bertindak! Kalau PM kita sendiri pun boleh campurtangan dalam bola sepak, apa lagi nak cakap beb? PM kita yang buat kenyataan supaya Man U main juga di Msia walaupun ketika itu ada pertandingan Asia Cup! Ini cakap dari orang yang tak tahu menahu tentang bola sepak antarabangsa dan peraturan atau perjanjian mengenainya! Hello beb! Ini hal bola sepak bermula dengan sepakan ke luar padang semua orang politik dan istana! Orang istana ni bukan ente tak tahu beb! Istana dia sendiri dia tak boleh tadbir, nak tadbir bola sepak tanahair?!! kartun lah beb! Orang politik? Alahai, mereka semua nak cari platform tambahan, nak cari pengaruh, nak popular! Bila pasukan kita menang, orang politiklah yang ambil kredit! Bila pasukan kita kalah, orang politik cabut dan dia mula buat bermacam2 alasan. Diorang ni hipokrit beb! Sama juga dengan orang suratkabar. Bila ada pemain yang menang satu dua kejuaraan, pemain ini akan dijuak dan disanjung! Headline suratkabar bukan main hebat - Nah! Wira sukan kita terus maju! Pemain kita cemerlang! Pemain kita Gemilang! Pemain kita Terbilang! Siapa sebanarnya yang temberang ni beb?!!! Bila pemain kita kalah, pengulas sukan akhbar berlumba2 menghukum pemain ini - dah besar kepalalah konon! Manjalah konon! Tak ada staminalah...dan bermacam2 lagi!
Alamak! anna dah fed up beb! Fed up yang amat sangat! Kita patut berhenti main bola dan fokus kepada main gasing, main guli, main mainan...
Anna mahu cadangkan satu negeri seperti Selangor buat contoh! Minta semua orang politik dan istana dalam FAS undur diri dan biar orang sukan uruskan sukan mereka! Anna ingat mereka akan berjaya! Sudahlah beb..cakap fasal kekecewaan bola ni dah buat anna letih beb! Tak ada stamina...
Saya berpendapat bola sepak di Malaysia lebih banyak yang mengigau dari mimpi-mimpi yang Indah. Kita acap kali disuap dengan "Semangat Palsu" dan kemudian dihampakan seperti kaca yang berderai dilempar ke batu keras.
ReplyDeleteApa-apa pun, kata orang putih,
"Ignorance is bliss".. dan saya tambah sedikit lagi menjadi..
"Ignorance is bliss, so do apathy"
Datuk,
ReplyDeleteSalam...
Rasanya hampir semua badan persatuan sukan yang popular di Malaysia dikawal oleh orang politik. Datuk Seri Anwar pun pernah cakap benda ni masa dia jadi TPM dahulu. Mungkin orang politik ini perlukan sesuatu yang nampak mereka buat kerja selain daripada menguruskan kawasan parlimen mereka agaknya ataupun mereka sangat sayangkan elaun mentadbir badan sukan tersebut.
Datuk,
ReplyDeleteTime has moved on. We cannot and should not wallow in self pity, which unfortunately is a trait in our (Malay) culture. Every time we talk about football, we clamor for the days of Mokhtar Dahari and Ghani Minhat. This is so Malay. A good example is putting the late Tan Sri P Ramli on a pedestal, with due respect to the man.
Today, football is a multi million dollar business. It is no more the kampong boy making it to the state and national team, and being rewarded with a rolex watch.
We have the multi million dollars but it is channeled to wrong exits.
When failure and mismanagement through the years continue unabated, fingers point to all and sundry but nobody got the balls to finger the top man in FAM?
But then, who in their right mind is going to do it? It is “looking after your rice bowl” syndrome.
We are so proud of “Malaysia Boleh”.
Yes, we have all the infrastructures in place. We can organize whatever football events or competitions that are asked of us. We even fight and beg for the right to hold some of these events.
But where is our ability to perform on the field?
Over the years, we had a number of national coaches and managers, local and foreign. But what powers do they really have? Every move or implementations have to be approved by some who doesn’t even really know the rules of the game.
The basic breeding grounds for young players are gone. Where are the playing fields today? Maybe, in the estates and lesser developed states, they still have the remnants of public parks for youngsters to kick about.
Who goes about spotting new talents?
Competition for a place in school teams used to be ferocious. Representing your school does not mean one is paid a king’s ransom.
But then, most schools do have a team at all.
So, instead of forming committees and sub committees and sub sub committees, let us get down to basics.
Hell, I am a layman and even I can see the light at the end of the tunnel. But what FAM sees is actually the train coming. If that is the attitude, I suppose the mid tunnel collision is unavoidable.
TOK..
ReplyDeletesaya mohon maaf dulu tok..jangan marah..
ini pandangan saya dan mengikut faktor DUNIAWI..
rakyat malaysia membuat petaruhan RM 500juta pada setiapa satu malam perlawanan bolosepak EPL,LIGA ITALIA dan lain lain liga.
KALAU TOK NAK TENGOK BOLA SEPAK KITA BERJAYA. MAKA KERAJAAN PERLU MEMBERI LISEN JUDI BOLA KEPADA .FAM,
bila liga super kita ada pertaruhan yang sah..
tok tengok la.. penuh stadium
depa menang depa dapat duit..
la ni gaji pun depa tak bayaq.
lepas tu cuba bagi kat ananda ka,daim, halim, dan KJ(PAK LAH) ka..baru kita dapat tengok ..
tok percaya lah 2020 kita ada world class player
awangsulungmerahmenyala wrote,
ReplyDeletePendapat zurich saya persetujui.Memang benar kenyataan tersebut.Kalau Dato sendiri kenangkan semula pada sekitar tahun 1986 sehingga 1996 kita ada Liga Semi Pro.Sebagai anak jati Pumpong(aloq staq Kedah)saya begitu berbangga dgn pencapaian pasukan negeri Kedah pada ketika itu.Pasukan Kedah dgn projeknya tersendiri hasil dari cetusan Ahmad Basri dan Cikgu Shafie Kedah telah meletakkan genggaman Piala Malaysia utk menjuarai pada tahun 1990 iaitu PROJEK KEDAH JUARA 1990.Projek tersebut bermula pada tahun 1986 apa yg menakjubkan Kedah secara tiba-tiba melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia iaitu pada tahun 1988,1989 dan kalau tak salah saya pada thn 1990 Kedah juara(kalau tak silap)dan pada tahun 1992 Kedah juga menjadi juara berganda.Ini merupakan hasil kegigihan semua pihak terutama Dato Ahmad Basri dan Cikgu Shafie.
Pada ketika itu juga Singapura serta Brunei turut memeriahkan Liga Semi Pro dan Liga Semi Pro jua bukan sahaja melahirkan negeri Kedah yg secara tiba-tiba naik tocang malahan semua negeri di Malaysia termasuk pasukan belasahan seperti Melaka,Perlis dan Kelantan bermain begitu hebat dan bergaya dgn mempunyai pemain import yg penuh skil dan pemain tempatan yg tak kurang hebatnya.
Liga semi pro berakhir kegemilangannya kerana terbongkar gejala bookie haram dan rasuah kununnya.
Wahal pada ketika itu pada tahun 1989 kita mendapat pingat emas dalam acara bolasepak dengan menewaskan Singapura yg mempunyai pemain hebat Malek Awab dan V.Sundram Moorty dan Malaysia dibarisi oleh pemain2 hebat dari negeri Kedah seperti Radhi Mat Din dan Lee Kin Hong.
Kenyataan saudara Zurich boleh diterima pakai.
dato'
ReplyDeleteapabila pasukan malaysia kalah, itulah bukti sahih betapa perlunya kita berlatih di pusat sukan yang diuar-uarkan england sana. saya yakin, dalam hati cik menteri itu dia berkata begitu.
cuma mungkin sekarang bukan masa sesuai untuk memberikan pendapat begitu...
haaa... bomoh bola sepak. saya teringat cerita melayu yang saya tonton sewaktu kanak2 dulu. ahmad fauzi salah seorang pelakonnya. kolej 69 tak silap tajuknya.
ReplyDeletedatuk,
ReplyDeletei believe the phrase "bior pape ase bergaye" are said by the perakians...
nevertheless, ur points are well taken. yes, we need to liberate sports from the politicians...
Datuk,
ReplyDeleteSaya setuju tentang pandangan kawan saya ini, tentang bolaseopak negara kita, boleh dibaca di sini: http://romantis.wordpress.com/2007/07/17/bolasepak-malaysia-juga-patut-letak-jawatan/
Hamba Allah.
Salam datuk,
ReplyDeleteLama jugak la gua tunggu latuk mau komen pasal bola malaysia akhirnya keluar jugak true confession of not football junkies.Kat luar baik paper ,blog,commentar & magazine semua kaki bola duk bagi komen kat FAM. Tapi Datuk punya confession ada style.Semua duk hentam semua duk bantai tapi satu pun tak mengeluarkan asas kemajuan or opinion macamaner nak tingkatkan pembangunan insan bola(pijam sat pak lah).Masalah bola malaysia org yang suka buat kerja amal jariah bab bola/sukan ni org tak support baik masyarakat,gomen(KBN),ngo & pertubuhan politik.Cth pertubuhan politik semua tempat kat malaysia ade cawangan masing-masing(ape depa buat,tengkolok sendili dulu ,amal jariah rilek dulu bagi sedekah dah selalu)biro-biro sukan dll nak kata tiap-tiap tahun menganjurkan pertandingan bola.Jangan la harap ,ini tahun mau GE pehhh macam-macam 9 side,11 side laa futsal laaa dan mcm-mcm lagi dianjurkan pancing undi.Bab klinik bola lagi laaa tak dak,harap org perseorangan memang ramai yang sukarela tapi mana nak cekau fund.KBS,msm,msn,kementerian pendidikan(hihiii)dan sewaktu lagi la penin semua ade ego masing-masing.Apesalahnyer bagi duit gomen duk bagi hangpa, tu kat JKK kampung untuk uruskan pertandingan peringkat kampung.Bagi chance org pencen buat sosial works yg muda bagi idea & laksana.Datuk balik kedah ada dengar lagi kaa liga kampung.Gua raser sudah pupus kut..last sekali gua dengar 4 tahun lepas raya keempat ade satu kg kat lambor kanan buat..sebab budak muda ramai balik raya(thumbs up).Liga kg ni laaa keluar nizam adha (Perak player 1989lipas kudung attacking winger)bukannyer main negeri pun.Saya memang football junkie walaupun tak pernah wakil negeri dlm msm.Wwakil diri sendiri untuk kepuasan hati "berahi" to football peehhh jgn citer la beb,dlm m'sia dekat 6 negeri & 1 oversea gua merantau join komuniti or akar umbi pemain bola kg hingga ke fam league dan mcm-cm figure bola yg ternama (azizul selepas kena gantung)sampai brader-brader kg yang sayang kan belia kg saya dah ikut..pokok pangkal masyarakat kiter kena berubah support budak di kg ,pekan dan bandar donate masa,wang dan ilmu bantu depa jgn pikir fame.Bagi saya lu polotician kaa, org istana kaa tak da masalah...nawaitu nak membantu tu yg penting back to the grassroots.Kepada yg duk hentam sultan cover-cover la sedikit gua bukan org istana,tapi jasa Sultan Amatshah bab bola ni boleh tahan jugak beb, maner ade town yg penuh dgn padang bola kecuali bandar kuantan beb.Gua nyer prediction 2010 malaysia akan keluar player yg skillfull dan confidence sebab futsal di Kl & selangor baik underground scene & upperground makin menjadi-jadi dgn alots of talented young player yang mssm,kbs,FAM lupakan.So pada yg nak jaga FAM tu pi la belajar pengurusan talent dgn USA. Setiap district ade summer holiday soccer camp dan brader yg partime jadi coach buat tournament, my kj team itu cari peluang memalukan org..(thumbs up la jugak cara je tak molek) so maju lah bola untuk negara demi memajukan pemikiran serta tubuh & rohani yg sihat...ini la slogan sebenar datuk...
Datuk...
ReplyDeleteMalu datuk ... kami malu sebagai Rakyat Malaysia ... Kami terpedaya sebagai penonton ...
Pecat ! Letak Jawatan ! .. semua ni sepatutnya sudah jadi kebiasaan jika kita memasuki era PRO.
Tapi banyak jugak pendapat mengatakan kesian kat mereka yang kene pecat dan letak jawatan.
Tapi datuk. Itulah erti PRO .. result is everything .. tak perform .. out you go .. no dalih-dalih ...
Mentaliti dan kekuatan ini yang perlu kita rakyat Malaysia ada. Terima kekurangan dan akui kekurangan.
Saya nasihatkan kepada Semua pengurus dan Pentakbir persatuan sukan. Jika tidak berdaya, letak jawatan, akuila yang kita mempunyai kekurangan di dalam melatih atau mengurus.
Tak perlu sampai orang mengkritik dan mendesak, Sendiri paham.
Tanggungjawab melatih sekuad negara bermakna Maruah negara di tangang anda, kalau tak baik. MALU laa negara anda. Jadi kekuatan mental kene kuat bro.
Yang pemain pun. Berlatih betul-betul, jangan dok syok sendiri, dapat bola macam lipas kudung .. tapi tak ada haluan, apa la, main macam budak darjah 6.
ok datuk .. nak cerita .. 10 mukasurat pun tak cukup...
Majula sukan Untuk Negara (banyak duit kerajaan dah habis).
Wasalam
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeleteSelagi golongan istana dan golongan politik menguasai tampuk pemerintahan FAM samada di peringkat persekutuan ataupun negeri selagi itulah kita dengan persembahan "syok sendiri". Memang menjadi budaya kita raja pantang disanggah, manakala pemimpin politik pula tidak boleh ditegur kerana ia akan menggugat kedudukan dan periuk nasi kita sendiri.
Oleh kerana tiada yang berani menegur maka semakin lamalah tampuk pemerintahan dipegang. Apabila semakin lama memegang tampuk pemerintahan perasaan "kepunyaan" menjadi semakin terserlah. Sebab itu kita lihat peraturan liga di Malaysia sentiasa berubah mengikut kedudukan negeri yang dipunyai seperti Selangor dan Pahang.Begitu juga dalam soal pemilihan pemain kebangsaan walaupun negeri tersebut berada di kedudukan terbawah liga. Adakah kerana gah dengan sejarah lalu mereka perlu dipilih.
Oleh kerana elemen "syok sendiri" telah berjaya tersemai tidak banyak lagi yang kita dapat diharapkan daripada pemain2.Walaupun berstatus "jaguh kampung" mereka masih mampu hidup mewah, bergaya dengan rambut dan pakaian yang hebat, berstatus selebriti, bergosip dengan artis dan yang lebih lagi hebat sebut sahaja pasukan2 handalan dunia seperti England, Brazil dan sebagainya mereka juga pernah bersaing di atas padang walaupun atas status persahabatan. Sebab itulah kita tidak pelik ditengah2 kekalutan negara2 lain berlatih untuk Piala Asia, negara kita sibuk bergaduh dengan AFC untuk mengadakan perlawanan persahatan dengan MU walaupun negara kita juga merupakan salah satu tuan rumah Piala Asia.Keadaan menjadi lebih kalut apabila dengan tidak semena2 juga orang nombor satu negara dan menteri2 kabinet bercakap tentang bolasepak walaupun kaki mereka tidak pernah pun memijak stadium.
Tidak ada manusia dilahirkan mahir dalam semua bidang, oleh itu serahkanlah kepad orang yang sepatutnya.Usahlah meminta atau melobi jawatan, keadaan tidak akan berubah. Biarlah orang yang paling layak sahaja dipilih bukannya kerana dia meminta berdasarkan kepada jawatan yang dipegangnya.
Terima kasih
The Scribe,
ReplyDeleteSalaam
Mana ada offside?
Nak bagi kad kuning ka kad merah ka, peduli apa! Mana ada offside?
Tapi kalau lucah tu, saya akur!
(nampak gaya banyak yang nak jadi hero lah dan bukan kah itu bagus,
Ibrahim Saad? Elok-elok kalau Ibrahim Saad tanya senator-senator yang buat laporan polis)
Wah, tak sangka dalam keseriusan Datuk mengulas persoalan negara, pandai juga Datuk melawak pasal bola....
ReplyDeleteBanyak persatuan sukan FAM paling dimanjakan dengan limpahan jutaan wang ringgit. Hasil entah ke mana.
Why I am so angry...???? Of course they are using my money as a regular tax payor....
Off Topic
p/s Datuk, Hospital Sg Petani bocor lagi...... buat kali kelima. Of course dia orang salahkan pengguna tak bertanggungjawab buang "tut" dalam tandas. Simple question.... Kenapa tak sediakan Lady Bin...??? Mangkuk sangat ke Property Manager kat hospital tu..
Salahkan FAM ??? Pembaca ...saya sebagian daripada masaalah mutu bola sepak kita jatuh. Saya ada 3 anak (lelaki) dan saya tak galakkan mereka serious dalam bolasepak.
ReplyDeleteNegara mungkin kehilangan 3 pemain terbaik kerana saya tak beri galakkan. Akui kita sebahgian dari masaalah itu !!
Salam Datok:
ReplyDeleteAik? Kita ada ka team bola? Sejak bila? Ingatkan yang dok main tu pak lawak sarkas. Rupanya footballers!
Sdr AC, antara lain, berkata:
ReplyDelete"Wah, tak sangka dalam keseriusan Datuk mengulas persoalan negara, pandai juga Datuk melawak pasal bola...."
Siapa kata saya berlawak? Saya serius! Kalau semua dah tak jalan, bagilah can kepada bomoh bola pula. Manalah tahu.
Sdr Tokasid, yes they are footballers. Lawak sarkas masuk profesyen lain.
Terima kasih.
Dear Datuk,
ReplyDeleteMungkin ada baiknya jika nama timangan skuad bola ditukar dari "Harimau Malaysia" kepada "Kucing Siam/Parsi/etc. Malaysia"..
not just a toothless tiger.. it might be even weaker than a mere kitten..!
-tak suka harimau bapuk-
Sdr Kyerule,
ReplyDeleteSaya ambil maklum mesej saudara. Tetapi saya tidak akan menyiarkannya kerana ulasan saudara ditujukan kepada Utusan Malaysia.
Saya rasa lebih tepat kalau reaksi kepada ulusan saudara itu datang daripada Utusan.
Saya mendapati komen saudara itu wajar. Tetapi hak menerbitkan atau tidak menerbitkan komen itu ada di tangan Utusan.
Terima kasih.
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteFirst of all, i wish to express my admiration for your calculated and measured response to issues, as reflected in your writings.
They are, after all, the mark of an accomplished author, columnist, and journalist. And you are, of course, all of the these.
Dalam hal yang ini, jangan kita hanya berhenti dengan sukan, kita perlu bebaskan negara tanah air tanah tumpahnya darah kita dan ibu bapa kita serta nenek moyang kita, dari ancaman politik.
Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan politik ini arena mereka yang tidak boleh berfikir, tetapi pandai bersuara seakan-akan mereka pemikir. Mereka juga tidak berilmu tetapi bertindak seakan-akan ilmuwan (terbilang).
But this is my personal belief. And so, don't stop at Sports, REMOVE politics from:
1. Malaysian Education
2. Our religions
3. The media
4. Our economy
5. Social welfare
6. The laws of this nation
7. Everything (other than politics)
Fikir-fikirkan?
Datuk AKdrJsn
ReplyDeleteBomoh Bola Itu Apa, Dato'?
Boleh tolong jelaskan?
Yalah sekiranya ujud dia maka mestilah ada namanya, mesti ada sifatnya, perbuatannya dan zatnya
Oleh kerana kita terima ujudnya bomoh bola maka bolehkah ada wujudnya dukun bola, pawang bola dan pawang diraja bola;
dan apakah derajat mereka dalam ranking keberkesanan mereka dalam sukan dan industri sukan bola itu sendiri?
YBhgThe Scribe
ReplyDeleteSalaam
Dengan Izin
To: Sdr Moderator
From: Yang Bukan Kaki Bola
SOCCER
Soccer: Win or lose, Iraqi team is in a perilous position
By Rob Hughes Published: July 27, 2007
Iraqi soccer players are in a no-win situation like no other. They will strive to beat Saudi Arabia for the Asian Cup in Jakarta on Sunday evening. And should they win, it will release another bout of mass revelry back home and possibly more deaths on the streets of Baghdad, Basra and elsewhere.
We might try, but surely not come close, to putting ourselves in the shoes of the Iraqi team heroes of the past week, among them the goalkeeper, Noor Sabri Abbas, and midfielder Hawar Mulla Mohammad.
"We are struggling inside Iraq, and we have to struggle on the field," news agencies quoted Noor as saying after the semifinal victory on Wednesday night. "This is a very modest thing we can give to our people."
He paused, paled, and added: "Four days before we came to start this tournament, my wife's brother died. My teammate Hawar Mohammad lost his stepmother."
He meant lost to war.
Jorvan Vieira, the Brazilian who was hired to knit together an Iraqi squad of Sunnis, Shiites and Kurds put together barely two months ago, contradicted himself this weekend. Earlier he had claimed there were no factions, no rifts within his dressing room. Now he admits that there had been, of course, bad relations.
Win or lose, Iraqi team is in a perilous position
An Other Cup
Terima Kasih