Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding.Thank you.
Monday, August 27, 2007
Akhbar Melayu – Antara Persepsi dan Realiti
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kasar tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
PEMBAHAS blog ini, Saudara Marn, mengulas: “Soalan tok, saya jawab: Dua-dua pun ya. 1. Minda Melayu sudah menjadi semakin mundur dan nak 'ringan-ringan' sahaja. 2. Murah. Sebab sekarang kerajaan Barang Naik (BN).”
Saudara Marn membalas ulasan saya dalam jendela komen bagi posting bertajuk “Apakah Blogger Mampu Jadi Pemangkin” yang berbunyi:
“Merdekakah minda orang Melayu apabila akhbar harian Melayu terbesar adalah akhbar tabloid Harian Metro dan akhbar Melayu yang paling pantas berkembang adalah tabloid Kosmo!?
Pengedaran dan pembacaan Utusan Malaysia merosot. Berita Harian naik sedikit.
Apakah ini bermakna pembaca mula menolak propaganda politik akhbar-akhbar arus perdana yang serius dan memilih akhbar ringan dan sensasi atau kerana Harian Metro dan Kosmo! lebih murah harganya?”
Izinkan saya merujuk kepada beberapa fakta yang saya kemukakan ketika menyampaikan syarahan mengenai “50 tahun akhbar Melayu menjana minda merdeka” pada 23 Ogos lalu di sebuah IPTA di Selangor.
Pertama, walaupun orang Melayu berupa 50 peratus penduduk Malaysia dan bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan, nisbah pengedaran dan pembacaan akhbar-akhbar Melayu lebih rendah daripada akhbar Inggeris dan Cina.
Menurut kiraan Biro Audit Pengedaran (Audit Bureau of Circulation), tahun lalu pengedaran akhbar-akhbar Melayu jatuh kepada 1,772,702 naskhah daripada 1,853,625 naskhah pada 2005.
Walaupun orang Cina berupa 32 peratus penduduk Malaysia namun pengedaran akhbar-akhbar Cina tinggi nisbahnya.
Tahun lalu pengedaran akhbar-akhbar utama Cina berjumlah 1,160,006 naskhah, jatuh sedikit daripada 1,196,072. Pengedaran akhbar-akhbar Inggeris meningkat daripada 1,307,782 kepada 1,347,318.
Dari sudut ekonomi, perangkaan ini menunjukkan bahawa pembaca akhbar Cina dan Inggeris mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi dan mereka lebih banyak membaca.
Peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga barang pengguna dan tarif perkhidmatan seperti minyak, tepung gandum, gas memasak, rokok, elektrik, tambang dan sewa menyebabkan kuasa membeli golongan berpendapatan rendah merosot.
Umum mungkin tidak mengetahui mengenai kaitan rapat antara kenaikan harga rokok dan minuman keras dengan langganan akhbar dan majalah.
Perokok lebih rela tidak membeli akhbar dan majalah daripada tidak membeli rokok. Rokok tidak boleh dikongsi, tetapi akhbar dan majalah boleh di kongsi di kedai kopi dan pejabat. Sekarang harga rokok sangat mahal.
Boleh jadi akibat kejatuhan kuasa membeli ini semakin ramai pembaca akhbar Melayu berpindah daripada Utusan Melayu dan Berita Harian yang berharga RM1.50 kepada Harian Metro yang berharga RM1.20 dan Kosmo! RM1.
Menurut ABC, antara 2005 dan 2006, penjualan BH merosot sebanyak 16,828 naskhah kepada 214,335, UM 15,357 kepada 213,445 manakala HM meningkat 19,746 kepada 249,575, menjadikannya akhbar harian Melayu terbesar.
Sumber: Nielsen Media Research
Di segi peningkatan pembaca pula, akhbar yang paling pantas berkembang adalah Kosmo! Menurut kajian firma penyelidikan media Nielsen Media Research, antara suku kedua tahun lalu dengan suku kedua tahun ini pembaca Kosmo! meningkat 128 peratus kepada 406,000 orang.
Akhbar harian Melayu yang paling ramai pembaca adalah Harian Metro dengan 1,981,000 – meningkat sebanyak 20 peratus daripada tahun lalu.
Seperkara lagi yang perlu difikirkan adalah kemungkinan pembaca menolak akhbar-akhbar serius seperti Utusan Melayu dan Berita Harian kerana liputan prokerajaan yang terlalu ketara.
Atau mungkin juga kerana apa yang tersurat di dalam akhbar-akhbar ini berlainan dengan apa yang tersirat di dalam kehidupan seharian pembaca seperti kenaikan harga barang, peningkatan kadar jenayah dan pengangguran.
Atau apakah kerana pembaca bahasa Melayu hari ini lebih meminati cerita-cerita sensasi, gosip dan khayalan yang dimuatkan oleh Harian Metro dan Kosmo!?
Walaupun akhbar-akhbar Melayu memainkan peranan penting memperjuangkan kemerdekaan dan menyokong kerajaan serta dasar-dasarnya, namun ia masih terkebelakang.
Begitu jugalah dengan untung nasib orang Melayu. Mereka masih terkebelakang dalam banyak bidang berbanding kaum-kaum lain.
Hatta bilangan akhbar arus perdana Melayu pun kecil berbanding akhbar bahasa lain. Kini ada sembilan akhbar harian dan mingguan utama Melayu berbanding 11 dalam bahasa Inggeris dan 14 Cina.
Justeru itu, izinkan saya mengemukakan soalan-soalan berikut untuk kita fikirkan bersama jawapannya:
1. Adakah akhbar dan kewartawanan Melayu berjaya memerdekakan minda orang Melayu?
2. Apakah akhbar dan kewartawanan Melayu mempunyai peranan dan kesan di dalam pembentukan minda rakyat Malaysia keseluruhannya?
3. Apakah masa depan persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu serta orang Melayu secerah dan sehebat yang diuar-uarkan?
4. Apakah penguasaan politik kepartian ke atas persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu menghasilkan kepelbagaian suara atau menyempitkan dan mematikan suara orang Melayu?
5. Adakah kita sedar bahawa persuratkhabaran Inggeris dan Cina semakin bebas dan berkembang untuk menyokong kepelbagaian suara?
6. Adakah kita tahu bahawa kaum Cina amat menghargai kepelbagaian suara sebagai wadah perjuangan kaum dalam segala bidang sehingga secara terbuka menolak percubaan MCA menguasai akhbar-akhbar Cina dan konsolidasi media Cina di bawah satu pemilikan? Dan
7. Apakah akhbar Melayu akan menjadi mangsa kepada kemunculan media baru yang berasaskan Internet seperti laman berita web dan blog?
Assalamualaikum Y.Bhg.Datuk,
ReplyDeleteSudah beberapa hari saya tidak meninjau ruangan ini kerana bercuti di Kelantan, tanah tumpah kelahiran saya. untuk pengetahuan Datuk, balik dan berada di Kelantan menyebabkan saya tidak terpanggil untuk membaca akhbar perdana kerana suasana di Kelantan sekarang ini sudah meriah dan panas dengan ceramah-ceramah pilihanraya. Banyak yang menarik disana terutama Datuk Ibrahim Ali yang tengah laku dikalangan parti serambi mekah. Apa-apapun tiada yang lebih enak daripada nasi kerabu daging bakar dan nasi dagang.
Berbalik kepada isu hari ini, Ada dua sudut yang barangkali boleh kita tinjau iaitu pertama ialah kenapa akhbar tabloid diminati dan akhbar perdana kurang sambutannya; Pada hemat saya sendiri yang sudah semakin luntur mahu membeli akhbar perdana , bukan kerana kita tidak sukakan kepada akhbar itu tetapi NILAI berita yang sudah semakin menipis. Tiada banyak yang dapat kita perolehi apabila selesai membacanya; Hanya retorik-retorik semasa yang tidak menambah kepada nilai yang sedia ada. Lihat sahaja kepada berita depan mana-mana akhbar sekarang, kadang-kadang isu yang remeh dan picisan boleh dimasukkan dalam ruang bicara utama muka hadapan. Jadi apa lagi boleh kita harapkan daripadanya?. Itu menyedihkan, lantas jalan paling mudah ialah membaca secara online.
Isu yang kedua ialah apakah masyarakat kita kurang minat membaca ?. Saya sependapat dengan rakan kita yang mengatakan kebanyakan orang melayu malas membaca isu, berita yang berat atau yang menuntut kepada keperluan berfikir. Semenjak daripada di universiti, kita telah boleh melihat patern seperti ini. Ternyata kursus atau subjek yang dipilih adalah yang paling selamat, dalam ertikata paling mudah dan menyenangkan untuk lulus. Apabila bekerja pun sama, semuanya mahu yang mudah-mudah sahaja sebab itulah tanah terbiar kontang tanpa sebarang usaha. Semua usaha atau tindakan didasarkan kepada sesuatu yang senang, mudah dan tidak menyulitkan , lantas ia menghasilkna satu generasi yang malas dalam segala-galanya termasuklah untuk membaca. Asas kepada pemikiran yang hebat ialah membaca. Di dalam al-quran sendiri berkali-kali Allah s.w.t menegaskan tentang kepentingan menggunakan pemikiran, akal dan berfikir. Seharusnya orang Melayu -Islam menjadi lebih hebat dan berjaya jika menghayati seruan Allah ini. Maka benarlah seprtimana kata Y.Bhg. Tun dulu bahawa antara mengenal islam dan menghayati islam adalah dua perkara yang cukup bebeza.
Saya sendiri sedih apabila keadaan seperti ketandusan generasi yang suka membaca bahan-bahan yang agak ilmiah dan mencabar minda ini berlaku. Genarasi muda kita suka kepada perkara-perkara enteng manakala kita pula tiada pilihan yang banyak bagi saya, saya tidak akan membiarkan diri dan pemikiran saya DIHANYUTKAN DENGAN ALUNAN AIR YANG TENANG YANG DICIPTA OLEH AKHBAR PERDANA yang sebagaimana tengah berlaku sekarang. MERDEKA TETAP MERDEKA.
Y.Bhg.Datuk:
ReplyDeleteAda satu sudut di antara realiti dan persepsi yang separuh real dan separuh tidak. Tanpa memperlekehkan tabiat membaca bangsa kita melihat kepada bercambahnya blog bahasa Melayu, data statistik yang Tok tampilkan itu saya tafsir begini:
1. Broadsheet Melayu mahal, isinya seperti kata ryzals penuh retorik. Tiada ulasan kritikal (seperti mana kritikalnya blog The Scribe). Saya amat yakin jika ulasan seperti ini (The Scribe) bisa ditonjolkan diakhbar broadsheet Melayu, ia mampu menarik minat orang kembali membaca broadsheet Melayu.
2. Tabloid lebih murah. Sensasi itu memang satu tarikan. Jika dikatakan tabloid itu laku kerana faktor sensasi, kenapa tidak formula sensasi juga dianuti broadsheet sebagai pelaris? Manusia tidak kira apa bangsa by nature memang mau membaca.
Kenapa Allan Bloom sampai menulis The Closing of the American Mind? jika tidak kerana manipulasi politik melampau sehingga menipis minat generasi muda Amerika terhadap ehwal politik.
Tujuh persoalan yang Datuk kemukakan itu cukup relevan, lebih lebih lagi hari ini menjelang sambutan ke 50 tahun merdeka. Soalan 1, 2, dan 3 dijawab sepenuh oleh soalan ke 4 (aneh tetapi benar, soalan 4 itu sendiri bisa memberi jawapan).
Soalan 5 dan 6 sifat kedua duanya agak retorikal namun memang di dalamnya itulah jawapannya.
Jawapan kepada soalan ke 7 dapat kita saksikan sedikit demi sedikit bukti kebenarannya. Buktinya: Tulisan Datuk sendiri diblog ini hampir punyai kesan seolah Datuk menulis di akhbar perdana, ada pengikutnya tersendiri. Dalam media baru pembaca mencari content yang ada substance yang semakin pupus dan tidak ditemui di dalam broadsheet. Wallahua'lam!
Pena adalah dikatakan lebih tajam dari mata pedang. Dahulu sehingga sekarang penulisan telah digunakan sebagai sumber merubah, mempengaruhi dan juga mencetuskan idea dan juga kehendak.
ReplyDeleteYang membezakan dulu dan sekarang adalah di mana bahan-bahan bacaan ini diperolehi. Dengan zaman yang bergerak serba pantas bersama globalisasinya dan internetnya bahan bacaan sekarang mempunyai kepelbagaian yang tiada limitasi.
Agak sukar untuk merubah perspektif atau minda masyarakat dengan penulisan sekiranya tidak ada yang membacanya. Sebab itu bahan penulisan telah berubah corak menjadi lebih komersial atau ringan. Penulis yang ingin berbicara dengan pembaca perlu lebih kreatif dalam menjual penulisan mereka agar ingin di baca. Tidak semestinya ringan atau komersial tetapi ingin di baca. Tidak menggunakan perkataan yang perlu dirujuk dengan kamus tetapi lebih mudah bersahaja. Hakikatnya bukan semua ilmuan adalah ahli bahasa.
Berfikir adalah keperluan. Tidak ada yang dapat meneruskan hidup dengan tanpa berfikir. Apa yang hendak difikirkan, itu adalah pilihan. Manusia akan malas berfikir ke atas perkara yang dia tidak ada kuasa ke atasnya tetapi meminati perkara dimana dia boleh melaksanakan perubahan. Untuk menyatakan bahan ilmiah adalah bahan yang sukar difahami adalah tidak adil tetapi itulah yang termaktub di dalam pemikiran para ilmuan terutama ilmuan bahasa. Seingat saya bukan mudah untuk kita mencapai tahap pertuturan dan persuratan bahasa seperti yang dipelopori oleh Abdullah Munsyi yang merubah kaedah penggunaan bahasa 'berbunga'. Mungkin hari ini revolusi bahasa yang perlu dilaksanakan adalah penggunaan bahasa mudah difahami, sekiranya penulisan itu perlu di baca oleh umum. Mungkin juga pembaca yang menyukai benda yang mudah boleh disalahkan, bagaimanakah penulis yang ingin mudah menulis mengikut citarasa mereka tanpa menghiraukan permintaan atau citarasa pembaca?
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteKadang-kadang saya tak membaca akhbar arus perdana kerana saya hilang kepercayaan kepada amanat yg disampaikan oleh pemimpin. Kadang-kadang menyampah bila amanat disampaikan oleh pemimpin yang nilai moralnya dan ahli keluarga boleh disanggah.Saya yakin Datuk sendiri dengar orang berkata "alah si anu ni, cakap je pandai".
Lagi satu, bila saya membaca akhbar tempatan (bukan semua),ia memberi perasaan tak sedap kepada subsconscious saya.
Kadang2 saya tak rasa saya dihargai dan akhbar insults my intelligence. Kerana balik2, cerita 'megah' penyanyi kawin VIP, isteri menteri berkemban disanjung sana-sini, akhbat keluarkan statement dangkal dari pelakon.
Saya dapat lihat otak saya serabut bila baca suratkabar.Cerita diolah mendatangkan kemarahan.
Kurang berita yang membuatkan saya rasa "wow, pandainya saintis ni cari penawar kanser". Berita teknologi yg disiarkan hanya buat saya rasa "boring".In short, berita teknologi gagal diolah dari sudut bacaan komersial and too dry.
Itulah serba sedikit kenapa saya tidak beli akhbar perdana, hanya membaca dari internet dan blog. Saya harap dapat membantu.
Dear Datuk,
ReplyDeletePengakuan ... saya peminat no. 1 Zam (orang suratkhabar and not the orang politik), sorry datuk you're 2nd! and The (old) malay mail .. dengan berita sukannya terkini.
Sebenarnya, I think that what they call "the good old days".
Cara penulisan guna simple Malay/english tapi tetap hebat.
But then Datuk masa tu cuma James Bond pakai laptop and BBC/VOA cuma dalam radio.
Sekarang kita banyak pilihan, jadi cerita sebelah pihak mungkin tak menarik pembaca lagi. Sama juga dengan Blog. Saya dah berhenti membaca beberapa blog sebab dah jadi macam "harian Metro".
Now Datuk for only RM77 (iklan untuk TM) I still could read your Scribe, Rocky's, Nuraina, Pahit Manis, Marina M and the rest.
Perlukah saya membeli ahkbar lagi ?
Sdr Emazull, Boxxtomoi dan para pembahas dihormati,
ReplyDeleteKita kena baca juga akhbar arus perdana. Kalau tak baca,kita tak tahu apa mereka kata dan lapor.
Kalau tak beli pun boleh baca juga. Baca online. Baca jangan tak baca.
Saya pun banyak baca online sekarang. Cuma baca online ni tak ada gambar.
Kadang-kadang nak tengok juga gambar-gambar artis.
Terima kasih.
Pendapat peribadi saya pada soalan-soalan Datuk…
ReplyDelete1. Berjaya memerdekakan minda orang Melayu? Soalan ini sukar untuk dikatakan ya atau pun tidak. Sebagaimana biasa, kita tidak ada kayu pengukur untuk dijadikan sumber rujukan yang minda merdeka orang Melayu dipengaruhi oleh apa? Saya percaya, ianya banyak faktor mungkin kepercayaan peribadi dan pengaruh kelompok kawan, bahkan mungkin juga pembacaan melalui akhbar, buku-buku, majalah dan lain-lainya (jika mereka golongan yang membaca). Saya secara peribadi, tidak pernah rasa yang akhbar Bahasa Melayu berjaya membawa perubahan mahupun menerapkan minda merdeka pada masyarakat Melayu. Bahkan pula, melalui pengamatan saya ramai orang Melayu yang membaca akhbar Melayu akan membaca ruangan belakang suratkhabar – sukan dan bola. Terutamanya lelaki yang wanita pula lebih suka membaca Kosmo dan Harian Metro – sensasi artis dan gossip semasa. Itu menjadikan kesukaan mereka, bahkan kalau tunggu bas atau train sekalipun mereka tetap baca. Ruangan Forum dan Ekonomi khususnya bukan ruangan keutamaan. Entah dibaca atau tidak saya sendiri tidak pasti.
2. Peranan akhbar dan kewartawanan Melayu memang ada. Tapi sejauhmana peranan itu memberi kesan dan impak sebagaimana yang diharapkan juga agak samar untuk dijawab. Sebabnya, penguasaan politik terhadap akhbar berbahasa Melayu memungkinkan pendapat sengaja memomokkan sesuatu perkara atau isu, kadang-kadang isu yang tidak boleh diterima akal atau isu/komen yang tidak menjadi wadah atau perjuangan Melayu yang benar-benar tulen. Ianya tidak lebih dari sekadar cakap-cakap kosong yang barangkali menjadikan kita lebih dungu jika membacanya. Lantas ada di antara ‘kami’ yang menolak terang-terangan untuk tidak membaca atau membaca sekadar untuk membaca (tiada nilai tambahan boleh diolah dari isu yang cuba diketengahkan).
3. Berdasarkan statistik yang Datuk lampirkan, ternyata tren yang menurun membuktikan terdapatnya pengurangan permintaan terhadap akhbar-akhbar berbahasa Melayu (BH, BM, BM & UM). Tetapi, data bagi suku kedua 2007 menunjukkan akhbar-akhbar sensasi kosmo meningkat lebih 100%. Mungkin adanya peralihan permintaan.
4. Secara terang dan jelas, saya menyokong dan mengatakan ya pada soalan yang ini. Lenggok bahasa memang sentiasa berat sebelah. Ianya mengetengahkan pendapat dan pandangan yang tidak mewakili pendapat umum secara keseluruhannya. Ianya lebih kepada apa yang ‘mereka’ percaya dan ingin sampaikan pada umum. Pandangan yang lazimnya sempit dan ‘biasa-biasa’ saja. Tiada apa yang baru.
5. Saya tidak pasti tentang akhbar Bahasa Cina, sebab saya tidak pernah membacanya (tidak faham). Akhbar berbahasa Inggeris nampaknya lebih matang dalam mengetengahkan pendapat dan suara umum. Ianya lebih relevan dan ada sedikit kepuasan hati membaca akhbar-akhbar ini, khususnya The Star, The Sun (akhbar percuma pun mengandungi isi yang kadang-kadang ada ‘extra’), The Edge (walaupun lebih 90% menjurus kepada hal-hal ekonomi dan kewangan tetapi kadang-kadang masih ada sentuhan pendapat umum yang boleh membuat kita berfikir.
6. Mungkin sebab mereka faham apa yang mereka mahukan. Kepentingan bersama melampaui fahaman dan kepercayaan politik mereka. Saya selalu melihat mereka sebagai satu kaum yang selalu bersatu. Tapi kita tidak pernah belajar tentang benda yang ‘baik’ dari mereka.
7. Mangsa kepada gelombang pembacaan blog – mungkin ada kebenarannya. Disamping mudah dan cepat, kupasan isu yang lebih menarik. Kita menerima dan berdebat tentang isu yang kadang-kadang panas. Blog umpama ‘pentas interaktif’ – kita boleh berbahas pada tahap kematangan yang sewajarnya. Kredibilti pengendali blog juga menjadi faktor penting. Di samping idea yang bernas dan kesanggupan berkongsi maklumat, memberi dan menerima pendapat – blog menjadi laman percambahan minda yang lebih MERDEKA!!!. Ketandusan isu yang dibawa oleh akhbar aliran Perdana dan kehausan pembaca terhadap kemantapan isu mungkin juga penyumbang utama kepada pemintaan yang lebih kepada blog. Teori penawaran dan permintaan (supply and demand) rasanya terpakai di sini. Dan juga faktor-faktor lainnya. Ini bukan andaian ceteris paribus (other things held constant).
Terima kasih...
Sdr Zurich, mohon maaf tidak dapat menyiarkan komen anda. Saya setuju dengan hujah saudara. Tapi tak eloklah kita panggil orang “mamak pedukang” dan sebagainya.
ReplyDeleteNamun saya tahu bahawa akhbar-akhbar Melayu “dipengaruhi” oleh Kem Abwar Ibrahim ketika dia melawan Tun Abdul Ghafar. .
Tapi saya yang masa itu di NST dan Johan Jaaffar di Utusan tidak setuju dengan “Tean Wawasan”. Malah kami tolak dua calon team itu kerana isu-isu peribadi mereka yang tidak cocok dengan “khutbah” Anwar.
Anwar maklumkan hal ini kepada dua watak itu dan bergegaslah mereka mencari kami. Saya jumpa mereka. Mereka menang tetapi akhirnya tersingkir akibat isu-isu peribadi dan moral.
Mengenai kejayaan Mohd Najib “menyingkirkan” Kalimullah Masheerul Hassan dari NSTP, saya kurang pasti. Nombor satu dia kawan akrab dan disokong kuat oleh Perdana Menteri dan nombor dua dia masih Timbalan Pengerusi NSTP. Dia masih ada pengaruh.
Sdr Miss Jue, terima kasih atas analisis saudara.
Saya rasa kalau kedudukan ekonomi orang Melayu dan bahasa Melayu dijadikan ukuran, persuratkhabaran dan kewartawanan Melayu tidaklah begitu berjaya.
Orang Melayu masih terkebelakang dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan masih "tidak diamalkan" secara menyeluruh.
Kalau dasar bahasa kebangsaan lebih berjaya, tentulah lebih ramai akan berlanggan dan membaca akhbar dalam bahasa Melayu.
Terima kasih.
Salam Dato'
ReplyDeleteAkhbar biasa tidak dapat menandingi sumber internet(blog dsb)atas faktor medium internet lebih bebas dan demokrasi.
Satu cara akhbar boleh menandingi adalah dengan pemilihan lembaga pengarah /editor akhbar arus perdana ini dijalankan secara demokrasi dan setiap pembaca/rakyat boleh mengundi. Inilah baru akhbar dari rakyat untuk rakyat.
Saya yakin jualan akhbar ini akan melonjak kerana pembaca yakin dgn berita yg disampaikan.
Terima kasih
tok saya mohon maaf diatas kekasaran " BAHASA "apa pun saya terima nasihat tok..dengan hati terbuka.. saya agak terguris bila AKHBAR MALAYSIA di urustadbir kan dengan sedikit pengambaiyan rasa tanggungjawab terhadap ketulusan penyempaiaan.SAYA MOHON MAAF KEPADA TOK DAN RAKAN RAKAN DI ATAS KETELANJURAN SAYA..
ReplyDeleteSELAMAT BERPUASA
Salam, Datuk.
ReplyDeleteSaya tertarik dan amat bersetuju dengan perenggan terakhir Datuk, "Kalau dasar bahasa kebangsaan lebih berjaya tentulah lebih ramai akan berlanggan dan membaca akhbar dalam bahasa Melayu". Saya amat yakin itulah antara faktor utamanya. Kesan tak langsung daripada penekanan kepada bahasa Inggeris ialah banyak orang yang sudah tidak yakin akan nilai ekonomi bahasa Melayu. Bahasa Melayu dilihat tak penting lagi pada era globalisasi dan meritokrasi pada hari ini. Seolah-olah kalau mahu gagal dan mundur, gunakanlah bahasa Melayu. Kalau mahu pandai dan maju, kuasailah bahasa Inggeris, hatta dalam pengucapan sehari-haripun gunakanlah bahasa Inggeris. Kalau nak mudah dapat kerja, kuasailah bahasa Inggeris. Alahai Datuk, yang ikut mempropagandakan semua ini secara tak langsung ialah para pemimpin negara (Melayu dan bukan Melayu), dan termasuk juga akhbar Melayu. Kesemua propaganda ini sudah menyusup dan melekat dalam minda kebanyakan orang Melayu, termasuk yang di luar bandar.
Kini penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, termasuk wartawan Melayu sudah merosot. Itulah sebabnya gaya penulisan dalam bahasa Melayu di dada-dada akhbar Melayu dikatakan hambar, ditambah pula dengan berita-berita rekaan sebelah pihak yang memualkan. Pada zaman Datuk, zaman Datuk Johan Jaafar, dan yang seangkatan meneraju syarikat akhbar berkenaan, pemberitaan serta penulisan bahasa Melayu jauh lebih menarik.
Pada pandangan saya, jurnalisme Melayu hari ini berada pada tahap terendah. Kalau tiada usaha yang serius dilakukan, bukan saja akhbar Melayu yang akan MELAYU SELAYU-LAYUNYA tetapi juga masa depan bahasa Melayu akan menjadi nyawa-nyawa ikan saja. Doa saya moga-moga bahasa Melayu yang standard dan maju tak akan pupus. Selagi ada orang Melayu tentulah ada yang berbahasa Melayu, tetapi malangnya bahasa Melayu yang dirojakkan atau bahasa Melayu basahan. Alahai, nasib bahasa Melayu dan akhbar Melayu. Prihatinkah orang Melayu (dan juga yang bukan Melayu)?
Assalamualaikum Y.Bhg Datuk,
ReplyDeleteTertarik saya dengan kenyataan datuk bahawa "Kalau dasar bahasa kebangsaan lebih berjaya, tentulah lebih ramai akan berlanggan dan membaca akhbar dalam bahasa Melayu". Betulkah begitu, maksyd saya betulkah kalau dasar bahasa berjaya kita akan berjaya. Saya agak berbeza pendapat dengan datuk sedikit dalam soal ini. Dasar tidak akan kemana tanpa pendokong yang ghairah dan hebat. Di negara kita sejak kebelakangan ini dasar akan tetap tinggal hanya sebagai dasar.Mana pendokong dan pelaksana dasar?. Berapa agresif mereka menegakkan dasar kebangsaan?. Lihat sahaja DBP. Apa peranannya?. Sekadar megah mendapat balai yang baru. Sekadar berani dengan tindakan membuat kain rentang yang tertulis"SELAMATKAN BAHASA MELAYU" . Amat menyedihkan saya. Kemudian bertindak pula secara defensif dengan mengatakan bahawa mengunakan bahasa inggeris menyebabkan bahasa ibunda menjadi semakin layu. Sedangkan usaha memartabatkan bahasa melayu tidak diagresifkan, tidak dimaksimakan, cepat mengalah, cepat memberontak, jadi pada saya kelapaan masyarakat kita terhadap bahasa melayu adalah kerana KESILAPAN DAN KECELARUAN TINDAKAN kumpulan-kumpulan ini. Bahasa Cina bediri tegal semacam dahulu, tiada berkurang pun walaupun mereka tiada badan seperti DBP.Pada saya sikap-sikap pendokong bahasa seperti inilah yang sememangnya perlu diubah. DASAR TIDAK AKAN KEMANA TANPA PELAKSANA DAN PENDOKONG YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH. BAHASA IBUNDA TIDAK AKAN MARTABAT MAKAMNYA HANYA JIKALAU RETORIK KATA-KATA DIGANTUNG DIDINDING BANGUNAN, PAGAR MAHUPUN POHON-POHON KAYU. Wahai orang-orang yang kononnya PEJUANG BAHASA, bangkitlah...kami melihat dan merasainya....tapi entahlah dah 50 tahun rupanya kita MERDEKA.
Asalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteAkhabar-akhbar cina naik ada sebab orang Melayu jugak datuk. Orang Melayu pun ada beli, Datuk tahu tak sebab apa?
MKT laa datuk, Magnum, Kuda dan TOTO. tu salah satu faktor akhbar cina naik.Cuba cek circulation pada hari rabu, sabtu dan ahad, sure lebih dari hari-hari biasa.(Orang Melayu dah Bertambah Kembali di Kedai-kedai judi ni datuk, Penguatkuasaan? nyetahlah)
Satu lagi dorang ada jual petang, boleh beli kat mana-mana, tepi jalan pun banyak.
Tetapi saya tak nafikan, orang melayu kurang membaca dan tidak lari jugak orang cina, india dan bangsa lain, Malaysia la senang.
Penduduk Malaysia ada 20juta lebih, circulation kesemua akhbar dalam malaysia baru berapa datuk, 400,000 sehari.
Masih jauh nak dibandingkan dengan angka sepatutnya kita perolehi dibandingkan dengan jumlah penduduk Malaysia.
Diharap kerajaan dapat memikirkan bagaimana formula untuk menyemaikan kembali semangat RINDU,SUKA dan MINAT Membaca dikalangan Rakyat Malaysia, sudah tentu Kesemua Akhbar akan dapat merasai nikmatnya.
Dengan Harapan yang amat tinggi, dapat melahirkan Generasi Rakyat Malaysia yang Minat Membaca...
Merdeka, Merdeka, Merdekaaaaaa
The Scribe,
ReplyDeleteSekarang kita banyak pilihan, jadi cerita sebelah pihak mungkin tak menarik pembaca lagi. Sama juga dengan Blog. Saya dah berhenti membaca beberapa blog sebab dah jadi macam "harian Metro"...Now Datuk for only RM77 (iklan untuk TM) I still could read your Scribe, Rocky's, Nuraina, Pahit Manis, Marina M and the rest. - Boxxtomoi
See what is happening at one blog: Censorship? or exclusivity?
Mika Angel-0 said...
Wolf-wolf:
Mika asked me to ask you
to ask Farish:
Jean-Paul Sartre:
Phenomenalism?
PHENOMENALISM: The view that immediate experience (sensations, thoughts, etx.) is all there might be to reality. B. Russell for example, often took the phenominalist view that talk about the “external” world of objects is more properly understood as talk about a series of experiences or potentialities of experience.
PHENOMENOLOGY: A philosophic movement that originated around the turn of the century on the Continent (see Husserl’s Cartesian Meditations for example). This movement -- like Russell, G. E. Moore, and the analytic movement generally -- insisted on divorcing philosophy from (empirical) psychology, thus avoiding something labeled psychologism. The phenomenologists insisted that philosophers could directly study the pure phenomenon of thought (intensional objects) by a bracketing technique which avoided any commitments about empirical psychology.
Phenomenalism
Sartre, J-P:
Wiki on Sartre, J-P
A Marxist?
(DrBakri: Let this one go, please. Farish is good as we have agreed. Don't we want him to get better, Dr Bakri?;)
2:18 AM
Note:
the above was posted at the blogspot.com as it was NO ENTRY at the .com;
and a question: What can Tun Mahathir expect and hope from the bloggers?
Terima kasih.
Lebih kurang 15 tahun dahulu, minda saya dibesarkan oleh akhbar-akhbar berbahasa Melayu (Malaysia). Tapi menatap akhbar berbahasa Melayu sekarang, terasa seperti otak saya dipekup kain hitam pekat. Terasa isi berita sangat dangkal. Olahan terasa kebudak-budakan. Tapi siapalah saya yang tidak pernah menjadi wartawan.
ReplyDeleteSoalan saya pada Datuk; adakah wartawan (dan 'The Powers That Be') dan pihak akhbar berbahasa Melayu yang bersalah.
Pada sayang, terasa seperti wartawan dan editor akhbar-akhbar berbahasa Melayu kini menulis berita dan ulasan dengan enteng untuk memudahkan "their powerful lords that they bow to" memahaminya.
Setiap hari Ahad kini, pada penglihatan saya, hanya sisipan hiburan yang penting. Mungkin, akhbar-akhbar berbahasa Melayu (utama atau tidak) sebenarnya kini adalah sisipan semata.
Sdr Suhaimi Hj Khalid, antara lain mengulas, "Kini penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa Melayu, termasuk wartawan Melayu sudah merosot."
ReplyDeleteSaya berharap kesimpulan saudara songsang.
Tetapi daripada apa yang saya baca dan saya alami sendiri, penguasaan BM, termasuk oleh golongan yang bergantung kepadanya untuk mencari makan, semakin buruk.
Lihat sahaja gaya dalam akhbar berbahasa Melayu dan surat-surat yang kita terima daripada jabatan-jabatan kerajaan. Imbuhan pun mereka tak tahu menggunakannya.
Apatah lagi pertuturan. Lebih buruk daripada rojak. Kalau rojak, gado-gado boleh juga kita memakannya -- malah sedap.
Sekarang bahasa pertuturan BM adalah kacukan antara gaya DJ radio dan disko, orang jual ubat, orang putih sesat dan gian ganja.
Tiada lagi bahasa yang tersusun indah. Kata-kata bermadah. Tiada lagi kiasan dan andaian. Yang tinggal bahasa yang keras, kering dan mandul.
Pemikir BM pun semakin malas dan semakin takut mengambil risiko.
Lihat sahaja betapa kurangnya pengarang dan penulis kanan akhbar Melayu kini menulis rencana-rencana yang serius yang kritikal dan berpaksikan analisis.
Saya tidak setuju kita menyalahkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai punca kehambaran BM. Pengalaman saya membuktikan sebaliknya.
Penguasaan BI membantu saya menguasai dan memanfaat BM dengan lebih luas dan mantap.
Banyak bahan ilmu dan maklumat yang saya peroleh melalui BI saya pindahkan ke BM. Kalau penguasaan BM saya hari ini "boleh tahan" ia adalah kerana penguasaan BI saya "above average."
Jangan salahkan kehambaran BM sebagai bahasa pendidikan, politik, ekonomi dan kesusasteraan dewasa ini kepada penggunaan BI, bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain.
Yang hambar adalah pengguna BM sendiri. Saya khuatir dan saya gusar bahawa aliran ini semakin meluas apabila bahan-bahan bacaan remeh-temeh yang rendah mutu bahasa dan hambar kandungannya menjadi pilihan umum.
Ini belum diambil kira peranan DJ radio dan pengacara TV popular yang terhad penguasaan bahasanya.
Mereka begitu ghairah menggunakan bahasa campur aduk, slanga dan ungkapan lama yang disemasakan sehingga menjadi compang-camping dan tidak bermakna.
Sayogia diingatkan yang ramai pejuang dan pengguna BM yang hebat-hebat adalah juga penutur dan penulis BI yang gah.
Terima kasih.
Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk yang satu ini: "Sayogia diingatkan yang ramai pejuang dan pengguna BM yang hebat-hebat adalah juga penutur dan penulis BI yang gah".
ReplyDeleteSalah seorang yang termasuk dalam golongan ini adalah Menteri KeKKWa. Saya amat mengagumi kebolehan beliau menguasai Bahasa Inggeris dan dalam masa yang sama boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan amat baik.
Banyak orang melayu sekarang ini yang rasakan dirinya adalah seekor Naga tapi tak masih tak sedar separuh badannya adalah belut.
Sdr Kassim,
ReplyDeleteTiada banyak lagi pembesar yang artikulat seperti Rais Yatim.
Mungkin itulah sebabnya dilakukan percubaan untuk menyingkirkannya ke London. Dia hampir-hampir termasuk perangkap.
Antara naga dan belut, saya lebih rela dan selesa menjadi belut ... licin, mampak menjijikkan tetapi enak dimakan dan boleh hidup di mana-mana.
Itulah orang Melayu dan warganegara Malaysia yang kita mahu bukan naga yang wujud hanya sebagai mitos.
Sebah itu juga saya berasa kurang senang dan syak wasangka dengan istilah dan ungkapan seperti Bangsa Ketuanan, perwatakan menjulang (towering personality), gemilang, cemerlang, terbilang.
Ini adalah bahasa yang digunakan untuk mengukuhkan mitos yang sebenarnya terlalu jauh daripada realiti dan boleh membuatkan kita khayal serta alpa.
Tentang bahasa, hatta Prof. Ismail Hussain itu amat hebat bahasa Inggerisnya. Begitu juga dengan ramai pemimpin serta ahli Gapena dan Pena. Mereka dwi-bahasa.
Terima kasih.
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeleteBeberapa tahun dahulu, saya terperanjat apabila akhbar Berita Harian menyiarkan gambar Siti (kini Dato') Nurhaliza di muka depan, selepas beliau memenangi satu pertandingan nyanyian.
Dlm hati saya BH juga telah terikut2 dgn gelagat akhbar tabloid - lebih mementingkan sensasi drpd nilai berita itu sendiri.
Dan kini, gambar artis (musim AF) bukan asing di muka hdpn BH.
Salam, Datuk.
ReplyDeleteSaya sekadar mahu membetulkan tanggapan. Saya tidak bermaksud bahawa penguasaan dan penggunaan BI menyebabkan penggunaan BM hambar. Dan saya tahu bahawa kebanyakan pejuang BM begitu fasih BInya. Saya sendiripun daripada aliran Inggeris dulu dan rasa saya penguasaan BI saya pun boleh tahan juga.
Yang saya maksudkan ialah propaganda tentang penggunaan BI begitu hebat hingga timbul persepsi dan kesan yang tidak terjangkakan. Semuanya heboh memperkatakan perlunya BI. Pelbagai kursus BI diatur untuk pelbagai pihak - guru dan kakitangan kerajaan. Hal ini baik sekali. Tetapi pada masa yang sama, kurang pula dipropagandakan pentingnya penggunaan BM yang BAIK seolah-olah penggunaan dan penguasaan BM dalam kalangan warganegara Malaysia yang merdeka ini tiada bermasalah dan sudah cukup baik. Bukankah lebih baik kalau kempen dan penekanan sama berat diberikan untuk penggunaan dan penguasaan BM serta BI?
Sementara akhbar berbahasa Inggeris seperti The Star saban hari memuatkan ruangan khusus untuk mempelajari BI, akhbar UM dan BH tidak pula berbuat demikian untuk BM. Kalau kursus BI boleh diberikan kepada kakitangan kerajaan dan swasta, tidakkah boleh kursus BM turut juga diberikan? Tampaknya penggunaan BI secara lisan dan dalam tulisan akan semakin membaik, manakala penggunaan BM akan terus merosot.
Terima kasih.
Apa pendapat Datuk tentang Zaid Ibrahim (AP Kota Bharu)?
ReplyDeleteSemalam saya berkesempatan menonton rancangan bual bicara "Fast Forward" yang disiarkan oleh RTM.
Amat menarik sekali perbincangan mereka.
Saya tertarik dengan contoh yang dibawakan oleh Zaid Ibrahim mengenai tuntutan MCA agar dilaksanakan sistem tender secara terbuka yang kemudiannya dikaitkan dengan balasan (respon) negatif dari sebuah akhbar arus perdana melayu.
Saya ada masanya suka jugak membaca dialog Senyum Kambing di akhbar Utusan Malaysia.
Agak-agaknya siapakah yang berada di sebalik kartun-kartun tersebut?
salam dato',
ReplyDeletePada pendapat saya, antara sebab-sebab jatuhnya pengedaran akhbar melayu ialah:
1) Suratkhabar itu sendiri kurang kuantitinya di pasaran. Di kawasan tempat tinggal saya, akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hanya boleh dibeli pada waktu pagi. Di waktu tengahari, yang tinggal hanyalah akhbar-akhbar bahasa Inggeris. Mahu atau tidak, maka terpaksalah sebahagian pembeli membeli akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Mungkin pihak suratkhabar tidak mahu menanggung kerugian sekiranya akhbar yang dijual tidak habis dijual tapi sekiranya situasi ini berterusan, sampai bila pengedaran akhbar-akhbar perdana mahu naik?
2) Suratkhabar berbahasa Melayu kurang menarik, nipis, dan harganya lebih mahal dari suratkhabar berbahasa Inggeris. Contohnya Berita Harian lebih nipis dan mahal berbanding The Star. Pengguna yang bijak pastinya akan lebih tertarik untuk membeli barang yang lebih berkualiti. Malah, apa yang saya perhatikan, banyak berita-berita di Malaysia tidak diberi paparan sepatutnya. Kebanyakan berita condong kepada parti pemerintah.
3) Kewujudan internet yang menyediakan laman web berita turut menjadi saingan akhbar di pasaran. Pada pendapat saya sebagai seorang pelajar, membaca akhbar di internet lebih mudah dan tidak perlu mengeluarkan kos. Internet di kampus percuma dan dengan kekangan wang belanja, adalah lebih baik sekiranya pelajar-pelajar mengikuti perkembangan semasa melalui internet. Skop berita dan pengetahuan yang boleh diperolehi juga lebih besar melalui internet. Kadang-kadang ada berita yang disertai dengan video dan lebih gambar berbanding akhbar biasa dan menjadikan berita yang dipaparkan lebih menarik.
Saya berpendapat akhbar-akhbar normal di pasaran mungkin akan diambil alih dengan kewujudan akhbar-akhbar di internet. Apabila kemudahan internet semakin meluas dan harga barang-barang semakin tinggi, ditambah dengan kesedaran untuk menyelamatkan alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan kertas di kalangan pengguna, suratkhabar normal mungkin akan tinggal menjadi sejarah.
Asalamualaikum Datuk.
ReplyDeleteYang sebenarnya orang Melayu yang inginkan berita yang penting dan sahih sudah menyampah dengan tahap laporan dan tabiat reporter Melayu di masa kini. Sebab itu mereka rasa rugi jika mereka membayar semata2 untuk membaca berita di akhbar Melayu kerana laporan yang di siarkan tidak menyeluruh dan adalah setakat melepas batuk di tangga sahaja.
Yang anihnya, apabila melaporkan tentang kegiatan artis2 ataupun scandal Datuk2 atau pemimpin2 berkenaan, mereka melaporkannya dengan gigih dan seolah2 penuh bertanggungjawab.
Suratkhabar arus perdana pun sudah di jadikan seperti tabloid dengan berita tentang penyanyi berkehendak dengan anak VVIP, kemudian nama2 pula di rahsiakan melainkan menggunakkan huruf depan nama orang tersebut untuk mengadakan suasana misterilah kononnya.
Jadi, buat apa lah orang2 yang serious inginkan membaca berita-berita penting terus merujuk kepada suratkhabar Melayu yang ala Jom Heboh dan URTV ini?
Saya beri contoh reporting basi journalist Melayu Datuk.
Kalaulah seorang menteri misalnya membuat kenyataan keatas kementerian yang lain, seharusnya reporter itu mencari kesahihan kenyataan tersebut, bukannya pergi jumpa menteri berkenaan untuk mengadu dumba mengatakan "apa komen datuk tentang kenyataan Dato sepolan mengkritik kementerian Dato?" Kemudian, setelah dia panaskan menteri terbabit, dia berkejar pula menyampaikan kenyataan balas menteri tersebut supaya seolah2 melaga2kan mereka semata2 untuk mendapat berita murahan.
Sememangnya saya sudah lama berpendapat reporter Melayu hari ini hanya perlukan kelulusan darjah 6 sahaja kerana itulah hasil laporan mereka di akhbar.
Satu contoh yang sahih Datuk.
Baru-baru ini saya menghadhiri suata majlis menyambut kemerdekaan di JB yang penuh dengan istiadat menaikkan bendera dengan 2 platoon anggota beruniform siap dengan bunyian 7 das meriam sebaik habis lagu Negaraku. Kemudiannya di ikuti dengan bacaan Rukun Negara oleh kesemua yang hadhir yang melebihi 1000 orang berbilang kaum. Majlis itu juga melibatkan tayangan filem atas izin filem negara dan penyampaian penghargaan kepada waris2 Tunku, Cheng Lock dan Sambanthan dan di akhiri dengan lagu nostalgia "Malaysia Berjaya".
Laporan di dalam akhbar Melayu tidak pun memberi gambaran sebenarnya sebaliknya ia mengatakan lebih "1000 orang yg hadhir ternyata terhibur dengan pelbagai acara yang di adakan" seolah2 ada di sediakan persembahan oleh artis2 jom heboh.
Seharusnya, mereka menggambarkan suasana yang sebenarnya yang mampu untuk menarik ramai orang walaupun tiada produk hiburan seperti Mawi dan Siti untuk di umpan supaya hadhir menunjukkan ketaatsetiaan mereka kepada negara.
Satu lagi barah yang mengalir di kalangan reporter melayu adalah mereka boleh di beli oleh the highest bidder.
Bayangkan Datuk, seorang yang bukan journalis boleh menentukan gambar mana yang hendak keluar.
Ini bukannya arahan dari tingkat 4 di Putrajaya, tetapi dari seorang yang berpengaruh di kalangan reporters tempatan di JB.
Things have changed since you've been gone datuk. The Malays in this field have regressed.
Soalan pertama tok jawapannya amat mudah; semestinya TIDAK! Minda kita belum lagi merdeka. Kita masih lagi terkial-kial mencari formula yang sesuai untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan harian kita. Contoh: 1. Kita masih merujuk ‘Common Law’ sebagai rujukan teragung dalam amalan perundangan. 2. Kita kaya bangunan dan gaya kehidupan serba canggih serta moden tetapi miskin budi bahasa dan fakir akhlak (hasil daripada Kepimpinan Melalui Teladan).
ReplyDeleteSoalan kedua: Ya! Memberi kesan secara langsung dan tidak langsung. Kesan secara langsung, ramai yang ternanti-nanti siapakah pilihan hidup Mr. Mxxx, juara Akademi Fantasia 3 (sekadar meminjam gaya akhbar arus perdana) dan artis manakah yang akan membuat persembahan pada malam Sambutan Merdeka nanti di Dataran Merdeka.Manakala kesan tidak langsung seperti memupuk minda muda-mudi dan anak-anak (yang bertutur bahasa Melayu, eh.. tiada lagi istilah bahasa Melayu, ianya sudah ditukar kepada bahasa Malaysia) supaya tidak perlu belajar tinggi-tinggi, jadi ahli politik/artis pun boleh hidup senang-lenang. Kepentingan ilmu dan mencari ilmu telah dibunuh secara diam-diam.
Soalan ketiga: Tidak. Sekiranya arah gaya atau trend yang meloya dan memualkan ini berterusan. Mendungukan akal serta meracuni minda yang sihat.
Soalan keempat: Sudah tentulah menyempitkan. Siapa mahu suara bangkangan dan tentangan terpapar di dada akhbar milikannya? Malah, surat khabar pembangkang pun disempit dan dijarakkan pengeluarannya. Demokrasi dan hak bersuara acuan kita memang hebat!!
Soalan kelima: Sedar. Tapi apa boleh dan perlu kita buat? Saya akan terus memboikot untuk membeli akhbar nyamuk dan picisan kerana tiada faedah membantu golongan yang penakut dan tidak telus.
Soalan keenam: Sama seperti jawapan soalan kelima.
Soalan ketujuh: Bukan sekadar yang berbahasa Malaysia. Malahan yang lain pun akan turut terjejas jika arus yang meloyakan ini berterusan.
Dan di atas nama demokrasi serta untuk menjamin perpaduan kukuh di kalangan kaum (kononnya), segala amalan penindasan dan penyembunyian cerita dihalalkan oleh pemerintah. Apa jua yang berbaur ancaman (buat pemerintah) akan dibunuh dengan cara penarikan permit dan sebagainya. Hasil daripada tekanan dan ugutan inilah yang mengubur dan mempondankan dunia kewartawanan Malaysia..
AMARAN KERAJAAN: MEMBACA BLOG BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN AKAL FIKIRAN DAN KEWARASAN MINDA.
BLOGGERS: MUSUH NO.1 NEGARA
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteSemoga Datuk berada dalam keadaan sihat dan selesa hendaknya. Saya bukan nak komen tentang entry untitled ni. Cuma nak mengucapkan selamat hari Merdeka kepada Datuk seisi keluarga.
Bagi saya secara peribadi, banyak sebab untuk menyambut 50thn kemerdekaan, cuma cukuplah disebutkan disini pergerakan saya alhamdulillah agak mudah walau berkerusi roda. bagi saya itulah kebebasan. nampak kecil tapi besar pengertiannya terhadap saya.
Terima kasih Datuk.
Y.Bhg.Datuk & semua,
ReplyDeleteKita selalu dihidangkan "Kuasa ditangan pengguna". Tetapi dalam hal seperti ini, tangan itu dikuasai oleh minda. Bagaimana minda berfikir begitu tangan melakukan nya. Sebagai generasi muda, saya tidak menafikan yg minda saya lebih tertarik kepada berita-berita picisan / sesuatu yg mengemparkan daripada berita semasa.
Selain memaparkan berita semasa, kita perlu ingat bahawa akhbar juga salah satu usaha perniagaan (business effort) dalam mencari keuntungan syarikat. Syarikat akhbar berlumba-lumba menarik minat pembaca dgn menyajikan berita yg mungkin akan menaikkan rating akhbar mereka.
Oleh itu, back to basic, minda kita perlu memainkan peranan!
Jika seorang manusia digigit oleh seekor anjing itu bukan berita... namun jika anjing tersebut yang digigit oleh manusia maka itu barulah berita.
ReplyDeleteSdr Kassim,
ReplyDeleteAnjing makluk Tuhan yang setia dan bijak jika tuannya setia dan bijak.
Tetapi sebagai makluk Tuhan, anjing, macam tuan anjing juga, ada tabiatnya.
Maka sekali pun anjing tidak makan najis namun cium tetap cium.
Sdr Betty A.,
Ya, pengguna adalah raja. Tetapi di era neo-capitalism ini, pengguna adalah alat semata-mata.
Consumers are no longer king s and queens. In today's Malaysia, as we remember our 50th merdeka anniversary, consumers are more like slaves and paupers.
Namun saya amat berharap sdr tidak bermaksud mengatakan bahawa atas nama perdagangan bebas, perniagaan, keuntungan dan KPI segala-galanya halal dan boleh dilakukan termasuk membodoh dan mengkhayalkan minda pengguna.
Kalau orang Melayu hambar pemikirannya kerana membaca, mendengar dan menonton bahan-bahan yang hambar, maka bagaimanakah Perdana Menteri hendak mencapai matlamat suci beliau membina modal insan dan mencipta perwatakan yang tinggi menjulang?
Saya berdoa menjelang hari ulang tahun merdeka ini agar pisang berbuah dua kali agar senanglah hidup orang kampung yang tanam pisang.
Dan kalau menangguk atau menjala, menangguk dan menjalah di tempat yang keruh airnya.
Di tempat air keruh itulah banyak ikan dan bila kita memasang tangguk atau menebar jala ikan tidak nampak maka terperangkaplah ia.
Hanya orang yang tidak tahu cara mengangkap ikan sahaja akan menangguk di air jernih.
Terima kasih.
Datuk,
ReplyDeleteBetul kata Datuk di zaman neo-capitalism ini pengguna bukan lagi raja...sebab ada 'invisible hand'. As you said, the consumers are 'tool' and as for me we are tool of the invisible hand.
Assalamualaikum Dato'. Selamat Menyambut Merdeka!
ReplyDeleteDengan keizinan Tuan punya blog,
Erti 50 Tahun Merdeka?
ASSALAMUA’LAIKUM,
Kepada para pengunjung Blog yang dirahmati ALLAH swt. Tinggal satu hari sahaja lagi Rakyat Tanah Melayu (Malaysia) akan menyambut hari kemerdekaan kali yang ke-50 dari penjajahan Kafir Portugis/Belanda/British dan Jepun kemudian dijajah British kembali.
Hampir 5oo tahun manusia MELAYU ISLAM diperlakukan seperti BINATANG yang tidak mempunyai MARUAH DIRI. Ini termasuklah penderaan mental dan fizikal terhadap nenek moyang kita. Malah yang lebih teruk nenek moyang kita dibunuh dengan kejam. Maka bangkitlah Ulama'-Ulama' dan para pengikut mereka menentang penindasan diatas nama "JIHAD FISABILILLAH".
Namun sayang seribu kali sayang didalam buku teks sejarah sekolah menengah yang kita baca hari ini telah mengatakan "bahawa mereka yang bangkit menentang penjajahan British, adalah disebabkan tidak berpuas hati disebabkan dikenakan Cukai Tanah oleh Syarikat British Company". Benarkah begitu?
Mereka yang bangkit menentang Penjajah Kafir telah dicop sebagai Pengkhianat pada waktu itu. Khazanah dan harta benda kita (termasuklah dari perut bumi) telah dirampas. Mungkin ada yang terlupa kita tertindas dengan kejam dengan jangkamasa yang begitu lama...
Jadi saya sebagai hamba yang daif ini sekadar ingin bertanya kepada Tuan / Puan : Apakah erti “50 TAHUN MERDEKA” yang sebetulnya?
Diharap jika ada sesiapa yang sudi memberi komen maka bolehlah meninggalkan komen-komen bernas saudara /saudari diruangan commentary, agar hamba yang daif ini dapat mengerti apa itu “MERDEKA!!!”?
Sekian…wabillahi wal taufiq wal hidayah…
Salam,
ReplyDeleteBlogger ibarat 'catalyst' dalam tindakbalas kimia..tanpa 'catalyst' sesuatu tindakbalas kimia tidak akan berlaku seperti diharapkan atau berlaku pada kadar yang terlalu perlahan..Ya! pemangkin negara! peneraju minda kritis..
Sempena 50thn merdeka ini marilah sama2 memerdekakan minda & ideologi lapuk yg membina tembok halimunan yg menjarakkan usaha ke arah penyatuan bangsa Malaysia (terlalu optimis kata2 saya ini.. nak ketawa pun tidak :) )
..mungkin semangat merdeka kurang terasa kerana kita dijajah British bukannya Belanda yg terpaksa dihalau dengan air mata & darah seperti Indonesia..
Dari fasiliti negara maju kita dah bersedia. KLIA, KLCC, pelabuhan dan lain2 yang ternyata ada yang lebih bagus dari sesetangah negara EU yg pernah saya lawati..Malaysia dah ada 1st Class facilities di bwh zaman TDM.
Dari segi mentaliti & sikap kelas pertama majoriti rakyat kita pula?? satu persoalan besar..mungkin kita perlukan setengah abad lagi!
..bangsa Eropah juga pernah terjajah beratus-ratus tahun dahulu dgn Roman,Viking & Turki sebelum mereka ke tahap sekarang seadanya..
wasalam
Merdeka is independent. So in Malaysia who is independent?
ReplyDeleteIndependent means that you do not need to depend on others, you do not need help from others, it also mean that the person can be competitive without any advantage over another person. If you do not meet the requirement you cannot call yourself independent.
Like a child who still need to suck milk cannot be called independent. If a police take bribe he isn’t called independent too. Also if a lecturer is given research fund which someone else deserved more than this lecturer isn’t independent, he is taking advantage and that isn’t called independent.
To be independent is not very difficult, many Malaysian are independent especially those who have to work harder to over come all the disadvantages and if they can make it than this person is really independent and can be proud of his achievement. Many Malaysian had gone abroad to seek for better opportunity, this are really very independent Malaysian because they can compete with the best in the world.
To all hard working Malaysian I am sending you a happy Merdeka day because Tunku in 1957 wanted independent for all Malaysian but until today only some make it, for those who still need help Merdeka day has no meaning to you. I hope those who are not independent today will be able to join all those who are independent so that all Malaysian can really be called Merdeka!
Sdr Nujum,
ReplyDeleteTerima kasih di atas komen sdr yang panjang lebar.
Saya mohon maaf kerana tidak dapat menyiarkannya. Saya rasa hujah, kritikan dan dakwaan sdr mengenai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan (KPKU) dan tindak-tanduknya adalah luar kesediaan saya menyiarkannya.
Namun saya berterima kasih kepada sdr dan saya ambil maklum hal-hal yang sdr bangkitkan mengenai KPKU itu.
Ya, saya kenal dia. Malah saya menganggapnya sebagai seorang sahabat. Dia kerap manghantar SMS kepada saya untuk bertanya khabar.
Saya juga ambil maklum dakwaan sdr mengenai sikapnya berkaitan “pemberhentian” kolum Ahadnya yang menjadi bacaan wajib saya.
Saya turut kecewa dengan tindakan itu kerana saya sentiasa berpendapat bahawa pengarang harus bersedia berkongsi minda dengan pembaca dan menanggung risiko penulisan dan penyuntingannya.
Saya ambil maklum dakwaan sdr mengenai “kuasa mutlak/veto” KPKU dan kawalan (control) dari dalam dan luar terhadap kebebasan Utusan memilih berita, isu dan personaliti.
Saya percaya banyak hujah, dakwaan dan analisis yang sdr kemukakan itu, khasnya mengenai kemerosotan jualan, campur tangan dalam dan luar serta taasub kepada keuntungan, mengandungi kebenaran.
Seelok-eloknya sdr hantar komen yang sdr hantarkan kepada blog saya ini sebagai “surat” kepada KPKU. Itu lebih elok dan saya yakin dia akan melakukan sesuatu yang baik untuk Utusan, untuk anak buahnya dan untuk persuratkhabaran Melayu.
Tidak mengapa jika surat itu dihantar sebagai surat layang kerana di negara kita, surat layang kadang kala lebih tepat dalam menyatakan kebenaran daripada surat rasmi.
Karap juga surat tinta beracun berubah menjadi penawar dan penyelamat.
Terima kasih.
Al-'Aliimul-Hahiim, Ar-Rahmaanur-Rahiim
ReplyDeleteSdr A Kadir Jasin(The Scribe)
Salaam
Sekarang bahasa pertuturan BM adalah kacukan antara gaya DJ radio dan disko, orang jual ubat, orang putih sesat dan gian ganja...Tiada lagi bahasa yang tersusun indah. Kata-kata bermadah. Tiada lagi kiasan dan andaian. Yang tinggal bahasa yang keras, kering dan mandul. - A Kadir Jasin
Bagaimanakah pertuturan BM 'orang putih sesat dan gian ganjan, Sdr The Scribe?
Bolehkah Suadara perjelaskan lagi - kalau boleh dengan contoh-contoh. Masakan saya budak baharu belajar.
Sebah itu juga saya berasa kurang senang dan syak wasangka dengan istilah dan ungkapan seperti Bangsa Ketuanan, perwatakan menjulang (towering personality), gemilang, cemerlang, terbilang...Ini adalah bahasa yang digunakan untuk mengukuhkan mitos yang sebenarnya terlalu jauh daripada realiti dan boleh membuatkan kita khayal serta alpa.
Kenapa saudara "berasa kurang senang dan syak wasangka"?
apakah 'mitos sebenarnya terlalu jauh daripada realit' yang saudara maksudkan?
dan 'realiti' yang saudara maksudkan?
Terima Kasih
Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu...
perkayakanlah saya dengan ilmu dan faham ya Allah!
(Ameen)
Sdr I-Gringo Line Clear asked the following question:
ReplyDelete"ps are your questions being answered to your satisfaction, Datuk A Kadir Jasin?"
My answer: It doesn't really matter whether they are being answered to my satisfaction or not.
What matters is are they being answered to the satisfaction of every thinking Malaysian?
Are they being answered to the satisfaction of every Malaysian who needs a good, caring government to provide them with the real meaning of Merdeka?"
Thank you.
assalamualaikum datuk.
ReplyDeleteAda banyak sebab kenapa orang tidak membaca suratMelayu. Saya sendiri, jarang-jarang membeli surat khabar Melayu pada hari biasa kecuali hari Minggu kerana saya berminat dengan kupasan Syed Tawfik al-Attas yang kelihatan berana dan jelas isi pemikirannya. Begitu juga dengan tulisan Mufti Perlis. Selain itu, saya rasa akhbar melayu seperti sudah kehilangan jati dirinya. Sejarah menyatakan dengan jelas tentang kelahiran utusan Melayu. Tetapi, kini cerita artis pun diletakkan di front page. Apabila saya membaca surat khabar pada hari biasa, kadang-kadang saya sebal. Apa yang saya dapat kecuali propaganda. Selain itu, saya rasa budaya membaca harus dihidupkan dengan cara yang betul. Membaca seharusnya dilihat sebagai satu ibadat dan cara mendapatkan ilmu. Dengan itu, barulah lahir satu tanggungjawab. Membaca tidak seharusnya dilihat untuk mendapatkan hiburan sahaja. Saya juga yakin, kalaulah akhbar perdana kita dijadikan lebih terbuka dan kritis, mengupas isu dengan lebih jujur dan berdasarkan kajian oleh siwartawan dengan baik - tidak ada alasan mengapa akhbar melayu tidak boleh meningkat jualannya. Saya juga berpendapat kelahiran media elektronik - blog dan internet mengurangkan orang membeli akhbar melayu. Hal ini bukanlah kerana kelahiran blog dan akhbar internet memberikan saingan kepada akhbar kertas (dari satu segi), tetapi kerana laporan dan tulisan dalam blog kadang-kadang lebih jelas kebenarannya. Jadi, secara rasionalnya - mengapa saya perlu membayar untuk mendapatkan berita yang penuh propaganda dan kepalsuan, jika saya boleh mendapatkan kebenaran dengan harga yang terlalu murah (daripada sudut materialnya) dan kritis isinya.
Apapun, saya berharap - sesuatu patut dilakukan agar wadah yang ada terus kehilangan arah dan audiennya.
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteSaya merupakan bekas pelajar UiTM dalam jurusan komunikasi dan pengajian media.
Ketika berada di tahun pertama, kami didedahkan tentang subjek Reporting 101 dan pensyarah yang saya tidak ingin sebut namanya di sini telah mengeluarkan satu kenyataan yang merubah corak pemikiran saya sehingga ke hari ini.
Beliau menyebut "I never read mainstream news paper in Malaysia, tetapi anda masih perlu membacanya, saya nasihatkan buatlah perbandingan bacalah semua termasuk harakah sekalipun dan anda nilai sendiri sejauhmana kebenarannya,"