Monday, September 03, 2007

Doa Buat Seorang Bapa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Seelok-eloknya gunakanlah nama sebenar atau tidak, nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat dan kucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

USIAMU serupa usia bapaku
Engkau dan dia pernah sekutu
Berjuang atas nama ibunda
Demi agama, bangsa dan negara
Tapi di situ persamaan terhenti
Kerana engkau Mantan Perdana Menteri
Yang memacu negara ke mercu tinggi
Sedang bapaku kekal seorang petani.

Kini engkau dan dia sama-sama tua
Sudah uzur dimakan usia
Namun jiwamu dan jiwanya
Tetap seperti dahulu juga
Padat sarat dengan perjuangan
Jitu padu dengan kesedaran
Bahawa padanya tiada sisa
Selagi jasad dan nyawa bersama.

Mindamu dan mindanya
Sentiasa segar terus muda
Tidak reput dimakan usia
Tidak patah diuji pancaroba
Tidak tawar dicaci nista
Hatta oleh anak-anak didikmu sendiri
Yang gila kuasa dan lupa diri
Yang tiada lagi budi dan pekerti.

Maka wahai bapa-bapaku
Ketika engkau terlantar
Hati kecilmu gementar
Dengarkanlah ikrar kami
Anak menyambung generasi.

Bahawa legasimu tidak akan mati
Kami tidak akan biarkan itu terjadi
Kerana antara kami
Anak-anak generasi pengganti
Masih ada yang belum diracun korupsi
Yang belum lupa erti jasa dan budi
Yang jiwa merdekanya terus membara
Atas nama agama, bangsa dan negara.

Wahai bapa-bapa pejuang merdeka
Doa kami buatmu semua
Tuhan jaga kamu dalam dakapannya
Dipanjangkan usia
Segar jasad dan minda
Kerana engkaulah pelita
Pujangga dan pendeta
Pemimpin sepanjang usia.

45 comments:

  1. Anonymous12:51 PM

    Ya Allah, Ya Ahad!
    Robbirham huma kama robbayani
    sorghiror
    (Ameen)

    Sordaqallahul-azeem
    wa sordaqal-rasuulihi.

    ReplyDelete
  2. sepotong doa kulirik halus
    buat bekalan diwaktu susah
    umpama si puntung melawan arus
    kepada Tuhan kami berserah

    ReplyDelete
  3. a beautifully sincere sajak, scribe.

    i would not call it (just) beautiful because i have read beautiful sajaks -- including the one about someone finding al-ghazalie -- that have proven to be less than sincere.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:41 PM

    Malaysian pray for him.

    I am on my way back from a chicken rice shop.

    I walk passes a group of taxi drivers at their waiting booth.

    For some reason, all of them were standing glued to a TV set.

    Yes they glued to watch a piece of news about our former PM admitted to IJN for a heart operation.

    One of the old man seen putting his hand together and reciting doa.

    Insyallah he will be fine .

    May Allah bless him and the good doctors at IJN.

    Amin

    drmuzi

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:47 PM

    semoga Tun sembuh kembali..amien

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:40 PM

    Doa ikhlas tetap cucu utuskan...
    Moga Atuk selamat selalu...

    Cucu tak pernah lupa pada semangat atuk
    Cucu tak pernah leka menghayati wawasanmu

    Atuk tetap di hati cucu
    Atuk tetap wira kami semua....

    Cucu masih belum jemu melihat atuk...
    Cucu masih belum puas mendalami pemikiran atuk...
    Cucu masih bersemangat meneruskan cita-cita dan harapan atuk....

    Ya Allah, moga atuk itu kau rahmati selalu...

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:48 PM

    sebak dada mu sebak hati kami

    kau umpama pelita tua
    masih menyala menerangi semua
    usia tuamu penuh khidmat dan jasa
    mana mudah dilupa saja

    kini kau terlantar lagi
    berjuang sendiri tanpa henti
    kesetiaanmu harus dicontohi
    bukankah kau yang mempelopori

    kau umpama pelita tua
    perjuanganmu untuk semua
    penyuloh jalan kami segala
    mengisi hidup ruang negara

    dengan teladan penuh yakin
    menjadi pemangkin tulen
    peka pada si miskin
    yang sukar kini dah mungkin

    dulu kau dipuji tanpa henti
    sekelip mata ramai yang menyepi
    kini kau terlantar lagi
    mungkin ramai yang ingin mendekati

    dalam diam ramai tak berdiam diri
    mengikut jejak mu setiap hari
    sebak dada mu sebak hati kami
    menanti kembali mu ke pangkuan kami

    demi negara demi bakti
    kami iringi doa setulus hati
    kami mohon restu ilahi
    agar kau terus bersama kami

    ahmad a talib
    430pagi
    3 sept '07

    ReplyDelete
  8. Cantik, sungguh cantik. Saya sedih akhbar-akhbar utama tidak menyiarkan atau tidak meletakkan di muka hadapan berita tentang Tun bakal di bedah. Tentu ramai yang ingin tahu. Ingin pohonkan doa.

    Semuga Tun selamat & kembali sihat.

    ReplyDelete
  9. Anonymous6:41 PM

    Assalamualaikum wbt.

    Sayu dan terharu membaca sajak dan doa.
    Semoga Allah SWT melancarkan segala urusan dan Y.Bhg Tun segera sejahtera....amin.

    ~ anak desa di kota ~

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:52 PM

    Assalamualaikum Dato'..

    Izinkan saya copy and paste dari sebuah artikel di suatu blog yang saya temui:

    (Quote)

    "suddenly, I'm in the mood of asking everyone to pray.. let us all pray..

    for me, I'll pray for:

    the Malaysian ex-Prime Minister, Tun Dr Mahathir Mohamad. He'll be having a coronary bypass at IJN (Institut Jantung Negara), Malaysia.. yes, Malaysia! He's still a proud man that believes that Malaysians can do it! No need for him to go anywhere else. "Malaysia Boleh!", that's what he taught us, and he taught us well. He talk the talk, and walk the walk..

    He will be having the surgery at 6:45 am (Malaysian time), on 4th September 2007. This will be his second coronary bypass. The first time, it was done was 18 years ago. And so, this proud 82-year old man will be under the knives for 6 hours. He will be attended to by a panel of Malaysian doctors headed by YBhg Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari, IJN’s Medical Director. YBhg Tan Sri Dr Yahya Awang (also a Malaysian doctor) who was the cardiac surgeon responsible for performing the first cardiac coronary bypass on Tun Dr Mahathir will be heading the surgery team.

    So, let us pray to God that this strongman of ours would be OK. Way to go, Tun Dr M!!! Malaysian doctors, at Malaysia's own medical facilities center! As his son Mukhriz had said, regarding the risk of doing the coronary bypass at the age of 82: "Bagaimanapun bapa saya yakin dengan kepakaran doktor-doktor di IJN dan memahami teknologi yang digunakan jauh lebih canggih dari dahulu".

    You made me proud! No need to fly somewhere else for a less-than-life threatening treatment..

    And had it hit anyone that the operation will be done at a good time when it will never disturb any time for prayers? Nicely starting way after Subuh, and nicely ending before the time of Zohor.. Way better compared to people waving flags and 'melanggar' waktu Maghrib!

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:24 AM

    Dato',

    Satu sajak yang amat indah dan begitu mendalam maknanya.

    Saya berada di IJN dan anakanda Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa ayahandanya berada dalam sikap dan perasaan yang begitu yakin untuk mengharungi pembedahan yang amat merbahaya dan berisiko ini.

    Inilah jiwa Tun Dr. Mahathir sebagai seorang Pejuang tulen. Tidak gentar dan begitu berani menghadapai segala kemungkinan.

    Keyakinannya kepada kepakaran anak tempatan begitu memberangsangkan.

    Saya terharu dengan demostrasi yang ditunjukan penuh emosi dan perasaan sayang yang tinggi mengenai seorang Negarawan yang unggul.

    Semoga Allah s.w.t merestui pembedahan ini, memberikan pedoman dan memudahkan tugasan pakar pakar bedah dan doktor dan kekuatan bagi keluarga, terutama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, isteri tersayang, anakanda anakanda Dato' Marina, En. Mirzan, Dato' Mokhzani dan Dato' Mukhriz serta pasangan dan cahayamata masing masing.

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:57 AM

    Saya juga turut terharu dan sayu membaca sajak Datuk Scribe dan pengunjung lain sambil kita semua mendoakan kesejahteraan dan ketabahan TDM di saat penting ini.

    ReplyDelete
  13. I pray for his well-being,that the operation will be successful.

    Amin.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Y.Bhg datuk dan semua,
    Semua orang ; Dari bandar, desa, tua , muda, miskin, kaya, terpelajar, tersohor, biasa, birokrat, korporat, nelayan dan semuanya sayu.

    Tapi jangan kita lupa bahawa ada TITIPAN KEBIJAKSANAAN YANG CUBA TUN TONJOLKAN DALAM PERJALANAN HIDUPNYA SEBAGAI PERDANA MENTERI YANG MEMPUNYAI KES JANTUNG KEPADA RAKYAT JELATA SEMUA IAITU YAKINLAH KEPADA KEMAMPUAN ANAK BANGSA SENDIRI, ANAK MERDEKA, ANAK 50 TAHUN KEMERDEKAAN.KEPADA WARGA DOKTOR TEMPATAN SEKALIAN, ANDA SEHARUSNYA MERASA BANGGA ATAS PENGHORMATAN SEBEGINI.

    Dan kita tidak sedikit pun terkejut dengan tindakan Tun itu malah merasa cukup bangga kerana adanya seorang pemimpin utama negara yang masih sanggup untuk bergalas ke IJN...Itulah Tun, Tua pada usia tetapi tidak pada semangat, ilthizam DAN MASIH TETAP JELAS ARAH TINDAKANNYA.

    Saya doakan Tun selamat melalui proses ini dan moga Allah s.w.t mempermudahkan segalanya. Amin Ya Raballalamin.

    ReplyDelete
  15. Anonymous9:30 AM

    Dato' AKJ,

    Sajak ini sangat menyentuh perasaan saya. Mudah-mudahan dengan berkat doa kita semua Tun akan selamat. Dari jauh saya panjatkan doa untuk Tun.

    ReplyDelete
  16. Semoga Allah Panjangkan usia Tun M dan peliharalah dia dalam kesihatan yang berpanjangan. Amin

    ReplyDelete
  17. Dato'

    If my father had still been alive, he would be about Tun's age.

    Thats a beutiful poem.

    I like to be an optimist, so my posting
    Hopes and Prayers Accompany Dr Mahathir to the Operating Theater ended with:

    Other than the usual expression of well wishes with flowers, and greeting cards, can anyone get him a good kueh koci and apam manis? And off course, it has to be in accordance with his dietary requirements.

    :-)

    ReplyDelete
  18. Anonymous11:38 AM

    May Allah bless him and hope he has a successful operation and a speedy recovery.Our prayers are with you Tun.

    We still need Dr.M around to keep our Bapa Tidur/Bapa tak Tahu/FIL on his toes.

    ReplyDelete
  19. Semoga Tun selamat dan sihat sejahtera
    Segala yang telah dikorbankanmu akan diingati kami semua
    Dan akan kami anak Malaysia
    Meneruskan perjuangan mencapai Wawasan 2020...

    ReplyDelete
  20. Anonymous1:43 PM

    InsyaAllah moga Tun akan pulih seperti sedia kala. Sama-sama kita doakan.

    ReplyDelete
  21. Anonymous4:54 PM

    YBhg Dato',

    Dalam kita mendoakan kesejahteraan YABhg Tun Mahathir dan keluarganya, marilah kita tanamkan tekad untuk memperjuangkan segala yang diperjuangkan oleh beliau. Doa, harapan malah airmata tidak memberi erti apa-apa jika perjuangan beliau terkubur. Saya amat terharu dengan semangat yg ada di dalam sajak YBhg Dato'. Semangat sebeginilah yg perlu kita sentiasa pupuk dikalangan pembaca YBhg Dato'.

    YAB Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah sudi menziarahi keluarga YABhg Tun Mahathir diwaktu sebegini, bagaimana dgn pembesar2 lain?

    ReplyDelete
  22. Semoga Allah memelihara kesihatan Tun. Malangnya media utama mengambil sikap untuk meletakkan berita terkini Tun sebagai berita kelas kedua.

    c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Saudara dan Saudari dihormati,

    Saya baru pulang dari IJN. Daripada apa yang saya pelajari, pembedahan Tun berjalan baik dan lancar.

    Menjelang jam 1 tengah hari lebih kurang, prosedur itu selesai.

    Tun yang kita sayangi akan berada di bawah pemerhatian teliti doktor untuk satu jangka masa yang agak panjang.

    Ini adalah kebiasaan bagi pembedahan jantung. Tun akan berada di bawah pengaruh pelalian buat beberapa ketika.

    Ramai yang mengunjungi beliau. Ketika saya di situ, TPM dan isteri pun ada.

    Saya rasa ramai yang mahu mengunjungi Tun tetapi "terhalang" kerana ada permintaan agar beliau tidak diganggu buat beberapa ketika.

    Saya rasa di saat-saat begini, kita perlu ketepikan prejudis dan prasangka. Kita ucap terima kasih kepada yang melawat, yang ingat dan yang berdoa.

    Tidak semua orang setuju dengan PM, tetapi ketika Allahyarhamah Datin Seri Endon sakit dan ketika dia meninggal dunia mereka menziarah jenazahnya dan mengucapkan takziah kepada PM, termasuklah Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.

    Kita doakan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Anonymous7:30 PM

    Alhamdulillah..semua berjalan dgn baik. Saya doakan semoga Tun M cepat sembuh.

    ReplyDelete
  25. Anonymous9:14 PM

    Saya juga doakan beliau segera sembuh dan sihat. Tentang treament media terhadap Tun eloklah kalian berlapand dada kerana itulah hakikatnya jika akhbar dikuasai sepenuh secara partisan.Di zaman Tun berkuasa pun masih begitu, maka tiada apa yang harus dikesalkan. Cuma harap Tuan Tuan an Puan doakan juga kesihatan jurnalisme Malaysia dipulihkan segera.

    ReplyDelete
  26. moga tun selamt dan sihat selalu

    ReplyDelete
  27. Anonymous6:49 PM

    Syukur Alhamdullilah kpd Allah SWT pembedahan telah berjaya. And our heartful thanks to the team of dedicated doctors at IJN.

    My doa & best wishes to our beloved Tun. May the Almighty continue to bestow His Blessings on Tun & family.

    ReplyDelete
  28. Anonymous7:43 PM

    Hanya kepada Mu Ya Allah kami memohon hajat, sembuh dan pulihkanlah kesihatan Tun dengan segera. Pada warga paramedik, jasa mu amat tersanjung, engkaulah harapan anak bangsa Malaysia yang menggemilang dan mencemerlangkan Malaysia.

    Wassalam

    ReplyDelete
  29. Anonymous9:25 PM

    Saya setuju tentang treatment media terhadap Tun.Dizaman Tun berkuasa dulu, ada ketikanya orang lain mendapat liputan yang lebih dari beliau.

    PakChak

    ReplyDelete
  30. Ya ALLAH.. KERNIAKAN LAH KERAHMATAN SEJAHTERAAN TUN MAHATHIR DAN TUN SITI SEKELUARGA.

    ReplyDelete
  31. Anonymous12:23 AM

    Di zaman Tun dulu, orang tertentu dapat liputan lebih bukan atas arahan Tun. Beza Tuan!

    ReplyDelete
  32. Para pembahas dan pelawat dihormati,

    Terima kasih atas sumbangan saudara dan saudari semua.

    Kata Pn Marina Mahathir dalam blognya, Tun sudah sedar dan akan dimaklumkan mengenai apa yang kita kata dalam pelbagai blog.

    Saya ingin berkongsi sedikit pendangan mengenai apa yang saya pelajari mengenai latar belakang pembedahan Tun kali ini.

    Satu perkara yang tidak banyak diperkatakan adalah peristiwa belakang tabir yang membawa kepada pembedahan jantung kali kedua ke atas Tun.

    Pada usia beliau, risiko semestinyalah lebih tinggi. Kalau boleh, doctor cuba mengelakkannya. Tetapi, selepas serangan jantung ketiga yang berlaku di Langkawi, Tun sendiri membuat “review” ke atas kesihatannya.

    Setelah berunding dengan kumpulan asal doktor yang melakukan pembedahan ke atasnya pada tahun 1989 dan dengan rujukan kepada hospital jantung terkenal di Amerika, Mayo Clinic, Tun mengambil keputusan untuk sekali lagi menyerahkan nyawanya kepada anak bangsa.

    Demikianlah tebalnya keyakinan Tun kepada kebolehan pakar-pakar perubatan anak watan. Dia tidak teragak-agak atau bergegas ke luar negara mendapatkan rawatan.

    Dia yakin dengan sepenuh hati kepada anak bangsa seperti Tan Sri Dr Yahya Awang, Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari, Dato Dr Rozali Wathooth, Dato Dr Azhari Yakub, Dato Dr Venugopal Balchand, Dr Mohamed Ezani Mohd Taib.

    Dato Dr Zaki Morad Mohd Zaher, Dr Ghazali Ahmad, Dr S Ganeshanathan, Dato Dr Mohd Hassan Mohd Ariff, Dr Sharifah Suraya Syed Tahir, Dato Dr Syed Abdul Aziz Syed Zain dan Dr Nor Azlina Abdul Jalil serta para petugas bantuan IJN.

    Hanya seorang sahaja pakar asing yang terbabit iaitu Prof Dr Hartzell Schaff dari Mayo Clinic.

    Bagi Tun, apa yang baik bagi rakyat Malaysia adalah baik bagi beliau. Justeru itu, belaiu memilih untuk dibedah oleh para doktor yang sama yang membedah ribuan rakyat Malaysia yang miskin dan kaya di IJN dan di pelbagai hospital di negara ini, walaupun dia cukup sedar bahawa risiko pembedan kali ini adalah lebih tinggi kerana usianya yang sudah lanjut.

    Inilah Tun Dr Mahathir pelopor “Malaysia Boleh” dalam bentuknya yang paling unggul dan mutakhir. Dia menjadikan jasat, nyawa dan rohnya sebagai “proving ground” kepada kebolehan anak watan dalam bidang perubatan sama seperti keyakinan beliau kepada kebolehan anak-anak bangsa dalam bidang-bidang lain.

    Soalnya, apakah teladan insan bernama Mahathir bin Mohamad ini terlalu sukar untuk dicontohi sehingga ada anak-anak didiknya sendiri yang tergamak mencuba untuk mematikan dan melenyapkan legasinya?

    Marilah kita berfikir dan bertindak. Bukan untuk Tun, tetapi untuk kita semua dan yang lebih utama untuk anak cucu kita.

    Berdosa dan hina jika legasi yang kita tinggalkan adalah kegagalan, kedaifan dan kehambaran.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  33. Itulah kelebihan Tun, keyakinannya kepada pakar tempatan dan kebolehan anak negara sendiri. Pemimpin lain akan bergegas ke Australia walaupun untuh pembedahan kecil seprti sinus. Apa jua alasan untuk keluar negara akan di gunakan sepenuhnya.
    Semoga Allah akan memlihara Tun untuk menyelesaikan perjuangan yang akhir yang belum selesai.

    ReplyDelete
  34. Biar lambat asal selamat.

    Demikian petua (fatwa) orang tua-tua.

    Kata orang putih pula, "better late than never" (biar terlewat jangan lupa langsung).

    Maka setelah TPM dan beberapa menteri lain melawat Tun (atau lebih tepat Tun Dr Siti Hasmah dan anggota keluarganya) di IJN, PM dan isteri akhirnya muncul.

    Terima kasih PM dan isteri.
    Setiap kali isu hubungan Mahathir-Abdullah muncul, ingatan saya dihantui oleh apa yang Tun Dr M maklumkan kepada saya tentang mengapa dia memilih Abdullah dan tidak Mohd Najib.

    Takdir menentukan segalanya. Kita hanya mampu berusaha.

    Ketita Allahyarhamah Datin Seri Endon meninggal dunia, Tun Dr M dan Tun Dr Siti Hasmah adalah antara pelawat terawal.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  35. Anonymous12:47 PM

    Datuk,

    That make Tun is so different. 'Different' in a way that he is extremely believe that our people can be as good as other specialist too. And he has taught us lessons that percaya pada diri sendiri (trust our people)...the spirit of Malaysia Boleh..

    Think Beyond Tomorrow :-)

    Speedy recovery Tun. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  36. Aslamualaikum Y.bhg.Datuk dan semua,

    Im totally agreed with your oppinion.Im proude to say that hes a truly MALAYSIAN, truly WALk the TALk LEADER. Alhamdulillah beliau selamat dan dalam proses untuk sembuh. Amin Ya Rabbalalamin.

    ReplyDelete
  37. Menurut Sdr Ahirudin Attan aka Rocky's Bru, seorang pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar pesanan berikut kepadanya:

    "Doa Untuk Tun Dr. Mahathir

    Saya, Azizah dan keluarga turut mendoakan supaya Tun Dr. Mahathir
    dapat cepat pulih kesihatannya setelah menjalani pembedahan jantung
    dua hari yang lalu.

    ANWAR IBRAHIM"

    ReplyDelete
  38. Dato' yang dikasihi,

    Kalau benar itulah mesej sebenar yg disampai oleh Brother Anwar kepada che det; maka melihat tiada sebab mereka perlu bergaduh lama dlm politik dunia. Akhirat tujuan kita bukan dunia. Dunia berpada2 sudah laa.

    Anwar berjiwa besar...Tun lagi besar jiwanya. Pak Lah pun berjiwa besar. Maka berbaik2 lah kamu semua.

    Namun apapun yg berlaku, masalah rakyat sepatutnya mendahului kepantingan pemimpin.

    Jangan asyik nak naik harga jer ikut sedap mulut. Padahal gaji macam tu juga. Rakyat yg tangung kesusahan, mengelepar tinggal nyawa2 ikan.

    Pemimpin bergaduh sesama mereka demi kepentingan kuasa dan kroni. Rakyat minum teh tarik yg rasanya semakin payau.

    Macama mana tue Dato', komen sikit.

    ReplyDelete
  39. Sdr Moderator,

    Suasana yang unggul adalah suasana di mana potensi kepemimpinan setiap pemimpin dimaksimumkan.

    Buat beberapa waktu saya melihat dan saya menjadi yakin bahawa gabungan Mahathir-Anwar adalah gabungan yang unggul.

    Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tetapi yang nyata adalah mereka masing-masing mempunyai penasihat dan dalang yang tidak semestinya baik, bagus dan positif.

    Sokongan mereka bukan mengukuhkan tetapi menyebabkan yang kuat menjadi lemah.

    Dan tiada pemerintahan atau pentadbiran yang sah melainkan yang membawa kebaikan kepada pihak yang diperintah dan ditadbirnya.

    Saya bimbang hari ini rakyat jelata lebih daif daripada sebelumnya. Janji dan ikrar banyak, tetapi penunaiannya menjadi tanda tanya.

    ReplyDelete
  40. Disamping mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana pembedahan Tun telah selamat, sajak Datuk mengembalikan keyakinan saya kepada puisi sebagai alat penyampai perasaaan yang seni, tak mampu dibawakan oleh prosa. Terlalu banyak hasil sajak sekarang yang disanjung-sanjung tetapi 'kosong'.

    Kembali kepada Tun, orang yang gagah ketika berada di atas gunung lebih gagah apabila wajah dan suaranya terus lantang sesudah turun ke tanah rata.
    Cili lebih pedas sesudah tua dan kering, kelapa lebih lemak santannya sesudah berusia.

    ReplyDelete
  41. Anonymous8:18 AM

    Salaam Dato

    I am just an ordinary rakyat. But like thousands other Malaysians am concerned as to the direction our para pembesar is taking our country.

    The word is clueless. Things are getting out of hand and out of control. Our leaders don’t seem to care about the sufferings of the rakyat.

    Cakap tak serupa bikin.

    And I am in TOTAL agreement with you:"...hari ini rakyat jelata lebih daif daripada sebelumnya. Janji dan ikrar banyak, tetapi penunaiannya menjadi tanda Tanya.”

    As for our beloved Tun, there is none so far compared to him...a great and visionary leader. (I grew up under the premiership of Tun Dr M...so I know what am talking about. He made me proud to be a rakyat Malaysia keturunan Melayu).

    I wish him well and a speedy recovery.

    ReplyDelete
  42. Berikut kenyataan Media terbaru oleh IJN mengenai kesihatan Tun:

    "Institut Jantung Negara, 7 September, YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad continues to make progress into the third day of his post by-pass surgery treatment at the Intensive Care Unit of Institut Jantung Negara.

    "In keeping with this progress, IJN anaesthetic team led by Dato Dr Mohd Hassan Mohd Ariff and comprising of Dr Sharifah Suraya Syed Tahir, Dato Dr Syed Abdul Aziz Syed Zain and Dr Nor Azlina Abdul Jalil are also gradually easing on his support medications.

    "Having tolerated liquid diet yesterday, the doctors have also started Tun Dr Mahathir on a soft diet today.

    "Doctors are also starting a more intensive chest physiotherapy today, as are exercises to his arms and legs.

    "Tun Dr Mahathir will continue to be warded at the ICU. Visitors are still restricted to immediate family members."

    Ringkas, kesihatan Tun semakin bertambah baik. Sokongan pernafasan dikurangkan. Sudah boleh makan makanan padat yang lembut dan terus melakukan senaman fisioterapi.

    Kita bersyukur kepada Tuhan.

    ReplyDelete
  43. Dari sini saya hulurkan rasa terimakasih tak terhingga kepada seorang bekas perdana menteri Malaysia yang masih ada, Tun Dr Mahathir. Moga Tun segera sembuh dan sihat sejahtera.

    Membesar dalam era Tun, menjadikan saya terdidik dengan erti patriotisma yang berbeza dengan apa yang saya lihat kini.

    TV dan seluruh media negara dengan selesa tanpa rasa malu memperlekeh Tun suatu ketika dulu. Setelah menyemak kamus, definasi patriotisma rupa-rupanya masih kekal sama dulu dan kini.

    Tetapi kenapakah pemimpin-pemimpin kini mendidik rakyat jelata erti sayangkan pemimpin yang berjasa dengan definasi yang jauh berbeza?

    Kesempatan ini saya gunakan untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin kini bahawa tidak mengapa kalau tidak dapat mendabik dada dengan jasa yang entah dimana, tapi dengan mencerca orang yang terbukti berjasa tidak menjadikan kita kelihatan lebih berguna.

    Patriotisma bukan di bendera, tapi di hati didada dijiwa.

    ReplyDelete
  44. Dato' yangs aya hormati dan semua pendiskusi di sini,

    Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana doa murni dan harapan ikhlas kita semua terhadap Tun nampaknya termakbul...Progres Tun nampaknya cukup membanggakan....

    Saya dan seluruh ahli keluarga saya sememangnya sentiasa mendoakan kesejahteraan Tun sentiasa. Sehingga hari ini Tun tetap wira kami dan setiap kali Tun dicemuh dan Tun umpama diperbodohkan oleh 'wira-wira muda tak cukup akal dan tak cukup ilmu' itu semua maka kami sekeluarga tumpang berduka. Air mata saya dan air mata bapa saya tidak perlu dipaksa untuk dikeluar tatkala kami melihat mulu-mulut celupar golongan yang tidak tahu adab tidak tahu budaya untuk dengan mudahnya merperlekehkan wira kami yang seorang ini....

    Percayalah Tun, biar 1001 dongengan dan biarlah 1001 caci merba kau terima, kami sekeluarga tidak pernah memeprcayai mereka itu !

    Tun Dr Mahathir Mohammad akan selamanya menjadi inspirasi agung saya !

    Andai Ruhan mengizinkan, ingin sekali saya mencium tangan Tun, ingin sekali saya duduk bersebelahan dengan Tun berkongsi idealisme...

    Tetapi itu nampaknya angan angan agung saya yang mungkin tak akan tercapai.... Tetapi itu bukan penghalang untuk jiwa saya sebati dengan perjuangan dan idealisme hebat Tun ... Selamanya ianya sebati kuat di dalam diri saya yang bangga menjadi GENERASI MAHATHIR !

    ReplyDelete
  45. Salam Ramadhan...

    Ada jenis manusia yg sanggup menginjak & memijak org lain termasuklah kawan dan saudara untuk berada lebih tinggi...

    merperlekeh dan menjatuhkan orang lain untuk nampak lebih hebat..jasabaik org cuba dikuburkan tak bernisan.

    hakikatnya tiada suatupun sumbangan mereka ini yang betul2 'significant' di mata rakyat Malaysia... malah dipandang jelik dan hina oleh org sekeliling.

    dgn erti kata lain manusia jenis inilah yang "syok sendiri" (petikan daripada istilah popular tok Zam).. jenis yg rasa dirinya mulia dan terlalu bagus, dan tak rasa dirinya boleh ganggu gugat, walhal tak tumpah ibarat ayam jantan yang berkokok dengan ekor bergelumang najis..

    Watak2 nya kalian semua lebih maklum siapa.. insan2 yang mudah lupa...memori 0.0001kB

    Gempabumi 7.9 skala richter dah gemparkan Malaysia..ada lagi ker 'safe zone' dari Lingkaran Api Pacific kalau dah cecah 9.0 or even 10? Manusia lupa diri.. insaflah!

    salam Aidilfitri..maaf zahir & batin

    ReplyDelete