Sorong Papan Tarik Papan AG Membingungkan
A Kadir Jasin
[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
APABILA Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi “mengotakan” amaran “Saya Pantang Dicabar” (tajuk utama Utusan Malaysia pada 10 November), beliau dan ejen-ejennya menggunakan dua pendekatan.
Pertama, pada 13 Disember, sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri beliau menandatangani surat perintah tahanan selama dua tahun ke atas lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN/ISA).
Kedua, melalui Pejabat Peguam Negara, beliau mendakwa 31 penunjuk perasaan tanpa permit di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves pada 25 November lalu dengan tuduhan cuba membunuh.
Begitu bersungguh-sungguh Perdana Menteri dengan tindakannya sehingga Peguam Negara, Gani Patail, muncul sendiri untuk membuat pendakwaan dan meminta mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kepada tertuduh.
Kemunculan Gani dengan tuduhan yang begitu berat memeranjatkan banyak pihak, khas mereka yang mengikuti perkembangan kes-kes sensasi yang didakwa oleh Gani dan pasukannya yang gagal disabitkan atau ditolak oleh mahkamah pada akhir-akhir ini.
(Antaranya kes seperti pecah amanah Eric Chia yang diuar-uarkan sebagai mercu tanda dan permulaan kepada jihad Abdullah terhadap rasuah. Satu lagi kes yang serupa yang sedang dibicarakan ialah kes rasuah bekas Menteri Persekutuan, Kasitah Gaddam. Chia tidak disabitkan kesalahan.)
Tetapi anehnya, Gani yang menyerang ibarat pendekar gagah berani tiba-tiba berpatah balik umpama soldadu kalah perang apabila pada 17 Disember beliau menggugurkan tuduhan ke atas mereka atas alasan pihak pendakwa “tidak tahu siapa yang membaling batu bata yang mencederakan mata-mata Dadi Abdul Rani.”
Soalnya, mengapa tergesa-gesa ke mahkamah dan menggunakan tuduhan yang begitu berat kalau Gani dan pasukan pendakwa rayanya tidak tahu siapa yang membaling batu bata itu?
Tidakkah perbuatan “about turn” ini akan memberi tanggapan bahawa tuduhan berat itu digunakan dan ditarik balik dengan begitu mudah kerana masing-masing mahu menunjukkan kuasa dan ketaatan kepada Perdana Menteri?
Atau apalah ketika itu penggunaan AKDN belum dianggap sebagai satu pilihan atau belum mendapat restu Menteri Keselamatan Dalam Negeri?
Apa pun alasan yang tersurat dan tersirat, perbuatan sorong papan, tarik papan pihak pendakwa raya itu pastinya menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan ada tangan luar yang menarik tali dan ada boneka yang kena tarik.
Penarikan balik kes ini sekaligus memberi kemenangan moral kepada tertuduh, kepada Hindraf dan kepada pihak-pihak yang menyokong mereka.
Tanda tanya seumpama ini tentunya menjadi lebih meluas apabila penarikan balik tuduhan ini berlaku beberapa hari selepas Perdana Menteri bertemu perwakilan orang India dan menyuarakan simpati beliau.
Mengenai tangkapan ke atas pelopor Hindraf di bawah AKDN, ia sepatutnya tidak memeranjatkan. Beberapa hari sebelum ia berlaku, media massa arus perdana yang akur telah menguar-uarkan pelbagai kenyataan dan dakwaan yang menjurus ke arah itu.
Lagi pun penggunaan AKDN bukanlah perkara asing bagi Abdullah sama ada sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atau sejak menjadi Perdana Menteri pada bulan November, 2003.
Dalam tempoh menjadi Perdana Menteri sahaja, beliau telah membenarkan sebanyak lebih 80 tangkapan di bawah pelbagai peruntukan AKDN, termasuk tangkapan sensasi ke atas ahli perniagaan Sri Lanka, B.S.A. Tahir, pada bulan Mei, 2004.
Tahir yang pernah menjadi rakan niaga anak Abdullah, Kamaluddin ditahan atas tuduhan terbabit dalam perniagaan pasar gelap kelengkapan nuklear. Abdullah mempertahankan tindakan itu.
Beliau dipetik oleh agensi berita Perancis AFP sebagai berkata: “Yes, we used the ISA for this case. The reason we use the ISA is because it is an issue of the security of Malaysia.”
(Ya, kita menggunakan ISA dalam kes ini. Sebab kami menggunakan IAS adalah kerana ia membabitkan isu keselamatan Malaysia.)
Mengenai tangkapan pelopor Hindraf, laporan muka depan Utusan Malaysia pada 14 Disember mengatakan mereka ditahan kerana “mendalangi perhimpunan haram dan mencetuskan ketegangan dengan membangkitkan isu perkauman.”
Akhbar The Star pula memetik Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebagai berkata: “They were picked up under Section 8(1) of the ISA after Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, who is also Internal Security Minister, signed their detention order.”
(Mereka ditangkap di bawah seksyen 8(1) AKDN setelah Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, menandatangani perintah tahanan.)
(Sect 8. Power to order detention or restriction of persons."(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years.")
Mereka yang ditahan itu adalah empat peguam yang menjadi penasihat undang-undang kpeda Hindraf iaitu P. Uthayakumar, 46, M. Manoharan, 46, R. Kengadharan, 40, dan V. Ganabatirau, 34. Turut ditahan adalah penyelaras Hindraf T. Vasanthakumar, 34, yang menurut Utusan Malaysia bertugas sebagai eksekutif kanan Malaysia Building Society Berhad (MBSB).
Seperkara lagi yang menarik dalam laporan The Star adalah amaran KPN mengenai kemungkinan tangkapan seterusnya. Akhbar itu melaporkan beliau sebagai berkata: “Other personalities who are involved or have links with any terrorist organisation that could threaten or jeopardise national security will be picked up.”
(Watak-watak lain yang terbabit atau mempunyai hubungan dengan mana-mana organisasi pengganas yang mengancam atau menggugat keselamatan negara akan ditahan.)
Ini adalah kata dua yang cukup berat dan memerlukan kefahaman yang mendalam dan menyeluruh kerana ungkapan “organisasi pengganas” (terrorist organization) yang dirujukkan oleh KPN itu amatlah serius.
Apakah Hindraf terbukti bercadang menggunakan taktik pengganas atau keganasan dan mempunyai kaitan (links) dengan pertubuhan pengganas di luar negara?
Dalam dunia pasca-11 September (2001), ketika mana Amerika Syarikat dan negara-negara Barat sewenang-wenangnya menggunakan istilah-istilah seperti “terror” (keganasan) dan “terrorist organisation” (pertubuhan pengganas) untuk menahan, memenjarakan tanpa perbicaraan dan menyeksa suspek yang umumnya beragama Islam, kita perlulah berhati-hati mengguna-pakai istilah-istilah yang sama.
Kita pastilah berasa bimbang jika sesungguhnya negara kita kini diancam oleh keganasan yang terancang (planned terrorism) apatah lagi mereka yang ditahan itu pula mewakili sebuah pertubuhan yang menggunakan label agama Hindu.
Kalau orang Islam berasa gusar dan terhina kerana sering dikaitkan dengan keganasan (terrorism), penganut-penganut Hindu Malaysia juga akan berperasaan yang sama jika mereka dikaitkan dengan keganasan.
Tetapi sekiranya terdapat bukti yang jelas bahawa pihak-pihak yang terbabit itu bercadang menggunakan keganasan atau ada kaitan dengan pertubuhan pengganas antarabangsa, maka rakyat jelata berhak meminta dimaklumkan mengenai maklumat yang membimbangkan itu.
Dari sudah yang lain pula, tangkapan AKDN ini tidaklah boleh dianggap sebagai penyelesai kepada segala masalah. Buruk atau baik, betul atau hambar, sesetengah daripada isu yang dibangkitkan oleh Hindraf seperti kemiskinan, penindasan dan peminggiran kaum India, khasnya orang keturunan Tamil, tidak boleh dan tidak akan selesai dengan menggunakan kekerasan.
Banyak juga orang dari kaum lain, khasnya Melayu/Bumiputera, yang bersimpati dengan kaum India dalam hal ini kerana masalah kemiskinan, penindasan dan peminggiran turut melibatkan mereka.
Malah, kerana bilangan Bumiputera lebih ramai dan kedudukan ekonomi mereka lebih lemah, maka bilangan mereka yang miskin dan terpinggir adalah lebih besar. Jadi dengan menangani masalah ini, ia bukan sahaja akan meringankan beban kaum India malah semua rakyat jelata Malaysia yang miskin.
Selain itu, isu tangkapan AKDN dikhuatiri tidak akan berakhir di sini sahaja. Reaksi kepadanya dalam bentuk politik, perundangan dan intelektual sudah pun berlaku. Seperti dijangkakan, tindakan itu dikecam hebat oleh pembangkang.
Buat permulaan penggunaan mahkamah melalui saman habeas corpus (writ of habeas corpus) sudah pun bermula. Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Karpal Singh yang berupa peguam kepada Manoharan dan Ganabatirau telah pun menyatakan yang dia akan mengemukakan saman itu untuk mendapatkan pembebasan mereka.
Meminjam ungkapan bahasa Inggeris, para tahanan AKDN itu mempunyai “fighting chance” kerana mahkamah sebelum ini pernah membebaskan beberapa tahanan AKDN menggunakan saman harbeas corpus.
Habeas corpus adalah saman yang memerintahkan orang tahanan dibawa ke hadapan mahkamah atau hakim bagi memastikan sama ada penahanannya adalah mengikut undang-undang.
(Habeas corpus is a writ ordering prisoners to be brought before a court or a judge to ascertain whether their detention is lawful.)
Lagipun mahkamah sudah pun terseret ke dalam suasana kelam kabut sekarang apabila polis sendiri pergi ke mahkamah untuk mendapatkan perintah sekatan (injunction) menyekat Gerakan Bersih daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen pada 11 Disember.
Kalau polis yang mempunyai kuasa undang-undang yang begitu luas masih berasa perlu untuk meminta pertolongan mahkamah, apatah lagi individu yang tidak ada kuasa seperti itu.
Secara kebetulan pula, rujukan kepada mahkamah ini berlaku pada saat-saat Kehakiman sedang berada dalam penelitian umum – public scrutiny -- berikutan kontroversi rakaman video V.K. Lingam yang didakwa mempengaruhi pelantikan hakim.
Rujukan kepada mahkamah ini pasti akan menjadi cabaran baru kepada Kehakiman kerana ini berlaku beberapa minggu selepas kontroversi di sekitar pelantikan Ketua Hakim yang baru Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Presiden Mahkamah Rayuan baru Tan Sri Zaki Azmi.
Para peguam khasnya dan rakyat jelata amnya pastinyalah akan meneliti setiap tindakan dan keputusan mahkamah dengan harapan dua penyandang baru ini akan memberikan kepemimpinan (leadership) dan hala tuju (direction) yang meyakinkan.
Namun, apa pun perkembangan seterusnya mengenai peristiwa ini, kesan mutakhirnya akan hanya diketahui dan dirasakan apabila pilihan raya umum diadakan.
Orang Melayu yang hanya terdedah kepada media massa arus perdana berkemungkinan akan terus memihak kepada Umno.
Tetapi tindak balas pengundi bukan Melayu, khasnya India, mungkin menjadi masalah dan cabaran rumit kepada parti-parti komponen Barisan Nasional, khasnya MIC yang nampak begitu tidak berdaya dalam menangani krisis ini.
Manakala pengundi Cina pula akan membuat pilihan berlandaskan pengalaman dan persepsi mereka sebagai kaum yang mengusai ekonomi dan perdagangan.
Maka benarlah seperti kata Perdana Menteri, seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 10 November, iaitu cara terbaik “menunjuk perasaan” adalah melalui peti undi.
Pengundi pasti menjawab cabaran Perdana Menteri itu apabila tiba masanya.
Siapa main sorong papan, tarik papan? Budak hitam? Ingat dak lagu "sepuluh budak hitam...."?
ReplyDeleteZaman la ni, sorang budak hitam pun naik haru-hara (meminjam istilah Almarhum Tengku Abdul Rahman) negara!
Malaysian blogs updates
Sunggoh berhati-hati ulasan Dato' kali ni. Langsung tak menjentik tindakan kelam kelibut pembesar2. hehe.
ReplyDeletePak Lah dan umno putera yang menguasai polis and juri-juri hakim hanya nak menakutkan ahli-ahli Hindraf sahaja, Gani ni bukannya ada saksi yang sah. Semua ni sendiwara yang direka oleh Pak Lah yang pantang dicabar untuk menjaga maruahanya.Tapi bagi pengetahuan Pak Lah and umno putera, rakyat pun dah lama bersabar dan pantang dicabar juga.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteSaya jadi "nyanyuk" dengan permainan sorong papan, tarik papan ini.
Kepercayaan saya kepada kesungguhan AG tercalar. Keyakinan saya terhadap kekuatan pendakwaan jadi pudar. Kalau AG sendiri sudah mengaku yang mereka tidak dapat menunjukkan siapa yang melontar batu-batu itu kepada polis yang cedera, kenapa pertuduhan itu dibuat? Bukankah itu sudah dikira tuduhan palsu?
Ada tiga senario di sini.
Senario pertama ialah ada orang yang buat kerja tak betul ataupun ringkas kata semborono sahaja.
Senario kedua pula adalah ada orang yang mengenakan tekanan politik.
Manakala senario ketiga pula adalah ada orang yang menyerah kepada tekanan dan arahan politik.
Saya naik nyanyuk la Datuk.....
Tok,
ReplyDeleteSaya nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban. Saya rasa sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, ramai di kalangan kita yang tak bersungguh nak menyambut hari besar ni. Depa lebih suka sambut krismas berbanding raya.
Pasal sorong papan tarik papan ni, komen saya sebab tok gani tu bekerja untuk PM, bukan untuk negara. Tu yang jadi haru tak ketahuan. Banyak dah jadi lagu ni, bukannya baru.
Menteri-menteri yang ada boleh kata hampir keseluruhannya bekerja untuk PM, bukannya untuk negara. Sampai la ke KSN sekalipun. Semua takut dan bekerja untuk PM. Dalam erti kata lain, kalau PM terbatuk, semua (yang bekerja untuknya) kecut perut.
Sapa berani nak sanggah tok? Tun pun depa ludah, tok kadiaq sendiri yang dulu bekerja untuk mereka pun depa buat macam-macam. Nak heran apanya tok?
Sekali air bah, sekali pantai, lanskap dengan manusia-manusia berubah.
Dear AKJ,
ReplyDeleteFYI, really enjoy reading your blog and thoughts. U are one of very few eloquent, thoughtfull and with class Malay writer that i trully enjoy reading about. Is there any way we can vote u to replace Zam and Nazri?
You wrote "Maka benarlah seperti kata Perdana Menteri, seperti dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 10 November, iaitu cara terbaik “menunjuk perasaan” adalah melalui peti undi."
However there is a catch here. Because currently the election campaign are heavily lopsided.
1. The UMNO(read BN) have all the cash/incentive at their disposable to lure the people. Worst part is that is our $$$. Recent example, Ijok.
2. Mainstream media like TV's, radio and newspaper too are under the ruling party control and will never give a true, informed news to the people.
3. Election Commision itself are under perogative of PM office. Just like asking the Police to policing them self? Even my 3 years old nephew can have a better logic than this.
3.1 EC 'unclean' voter list where the dead can come back alive and vote for u know who.
4. Use of postal vote in the country as safe as Malaysia whereby the armies and other security personnels are no longer located in the jungle raised unnecessary concerns.
If PM can and honestly walk the talk, work with me not for me, pantang dicabar and big ears as he said he is, I present him the 4 points above for him do something tangible that resemble a democratic country. I think 4 points should not be too difficult to handle before the next election.
my 2sens...
Memalukan, tiada ketegasan, tiada pendirian tetap, dan tiada kredibiliti-itu yang saya boleh katakan kepada mereka yang berkuasa dalam hal ini.
ReplyDeleteAlasan menggugurkan tuduhan “tidak tahu siapa yang membaling batu bata yang mencederakan mata-mata Dadi Abdul Rani.” Dadi mungkin hanya cedera parah , bagaimana kalau Dadi tu mati--nampaknya pun tak boleh nak tuduh sebab tak tahu siapa yang baling batu sampai mati! Kalau macam itu, senanglah, buat jenayah beramai-ramai, tak boleh tuduh siapa sebab tak tahu siapa diantara yang ramai-ramai tu yang buat,bebas!
Saya dapat rasakan, pertama kali pertuduhan dibuat berlandaskan undang-undang, manakala pertuduhan ditarik balik pula berlandaskan politik. Bermakna, orang politik lebih berkuasa dari undang-undang dan perlembagaan. Bermakna, Peguam Negara,Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Perdana Menteri boleh membelakangkan undang-undang pada bila-bila masa.
Cukup aneh, baru sekarang ini orang-orang politik (India) cuba menonjolkan diri membela mereka yang secara jelas menghuru hara kan keadaan seketika. Cuba menjadi hero--hero Tamil! Kenapa mereka tidak memujuk golongan ini sebelum ini supaya jangan buat hal yang membelakangkan undang-undang? Mereka berdegil,tetap teruskan dan sekarang bila dah kena merayu pula!!!
Hindraff menang moral, Samy Velu jadi Hero Tamil!
Tapi saya tak lupa bila Pak Haji yang minum di warong tempoh hari mengoyak utusan malaysia bila membaca berita penarikan tersebut. Tiada pembelaan bagi Melayu katanya! Sebilangan Melayu rasa marah!
Salam Dato' Kadir yang dirahmati Allah swt.
ReplyDeleteSaya mewakili rakan-rakan yang lain dengan ingatan tulus ikhlas mengucapkan SELAMAT HARI RAYA HAJI SAMPAI NAIK HAJI LAGI SEKALI...buat Dato' Kadir, staff dan seluruh keluarga.
mudah-mudahan...
Tulisan Dato' selama ini banyak memberi inspirasi kepada hidup saya.
Jangan berputus asa menulis...biarkan pembesar negara buat-buat tidak dengar, yang penting kami dibawah tahu perjuangan mulia Dato'. Insya'allah.
Buat Saudara dan Saudari Muslimin dan Muslimat sekalian, salam Aidil Adha.
ReplyDeleteKepada yang lain, selamat beristirahat.
Terima kasih.
Salam Dato',
ReplyDeleteMemanglah, bagi Umno bahasa mudahnya, "Cara terbaik menunjuk perasaan melalui peti undi". Perkataan seumpama itu dah popular dah di kalangan mereka.
Mereka cukup yakin boleh menang, maka saranan itu adalah berbaloi. Bukankah nampak macam Umno cukup gentleman?
Saluran untuk rakyat boleh sampai ke peti undi itu telah dikepung dan ditapis semahunya.
Sebelum rakyat boleh sampai ke peti undi, hati dan jiwa mereka telah diasak dengan maklumat berat sebelah media massa, Maklumat pembangkang dinafi, demokrasi cara Malaysia.
Untuk perolehi undi, keperluan rakyat diisi dengan sedikit habuan, kalau perlu diberi mesin jahit maka beratus ratus mesin jahit akan dihantar ke rumah pengundi.
SPR tutup mata, entahlah, mungkin atas perkiraan hadiah wang atau benda adalah sekadar sama saja dengan istilah politik wang yang DIHALALKAN dalam politik Umno.
Pertarungan parti pembangkang lebih perit lagi. Mereka ditekan dari berbagai sudut, bukan saja berhadapan dengan parti yang menjadi kerajaan malah kena berhadapan dengan kerajaan itu sendiri.
TAK PAYAH CERITALAH PERSOALAN PERSOALAN BESAR YANG LAIN, NAK CERAMAH SAJA PUN DAH CUKUP SUSAH DATO'. SILAP HARIBULAN KENA SEMBUR GAS, LEBIH SERIUS LAGI MUNGKIN KENA TEMBAK DENGAN PELURU HIDUP OLEH POLIS. ORANG DAH KURANG BERANI TURUN KE TEMPAT CERAMAH
Jadi tidak peliklah Umno suruh rakyat selesaikan ketidak puasan hati melalui peti undi. Sebab peti undi itu mereka kuasai.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesaya dengan senang hati membaca blog saudara A kadir Jasin...,saya adalah seorang pembaca dari singapura dan telah sedikit sebanyak membaca komen-komen dari blog m'sia yang lain seperti rocky bru dan juga DAP,blog lim kit siang...dan sememangnya perbezaan adalah amat ketara sekali...blog rocky bru...lebih kepada isu-isu semasa dan blog DAP pula kepada isu yang lebih menentang dasar-dasar kerajaan....
ReplyDeletemungkin saya hanya ingin berpendapat isu-isu yang kini melanda kerajaan m'sia ialah mungkin saya rasa kurang integrasi kaum...agak sukar untuk memenuhi permintaan daripada semua kaum untuk hidup bersama-sama dalam masyarakat majmuk...
YBhg Dato',
ReplyDeleterakyat Malaysia tidak akan maju selagi mereka boleh membuat kesalahan dan seterusnya menagih simpati kepada ahli politik....Undang-undang Malaysia mempunyai segala kuasa tetapi ahli politik dapat mengubah-ubah tindakan kesalahan hanya kerana menjaga populariti dan untuk mendapat undi.Ini lah masalah 3rd world mentaliti leadership ...sampai bila pun pengkuatkuasaan dalam apa jua perkara baik dari sekecil-kecil kesalahan parking hinggalah kesalahan cuba membunoh boleh diketepikan.Bila ahli politik Malaysia akan berubah sikap? Sekiranya sikap ini boleh berubah saya yakin rakyat Malaysia akan mempunyai sikap yang lebih bertangungjawab dalam apa jua perkara.
Salam sejahtera semua..
ReplyDeletePilihanraya sememangnya wadah kuasa rakyat utk mengajar pemimpin yg sudah menjadi takbur, ujub & riak..
Cuma saya takut...How to play a new DVD with a defective DVD player?"
Salam Aidiladha Dato' AKJ
Sdr Mohd Affendi bertanya:
ReplyDelete"Cuma saya takut...How to play a new DVD with a defective DVD player?"
Try playing it on your computer!
Anyway DVD players are cheap these days. The ones made in China can be as cheap as RM100.
But you may not get good quality playback. But if your DVD is also a cheap, pirated one, why bother buying an expensive DVD player?
Terima kasih.
Salam AidilAdha Dato AKJ,
ReplyDeleteWeird but indeed funny true...normally cheap pirated DVD only goes well with the cheap DVD player..not with the established branded one..Worst we have to many people selling pirate DVD and people happens to embraced it more over the genuine one..
Nature & Technology..It does explain a lots..its like super-imposing to the Malaysian politics..
Apa yg rakyat perlukan mungkin hanya pengorbanan dalam diri sendiri(hijrah minda), dan kemudiannya usaha individu ditujahkan secara kolektif menjadi kuasa majoriti yg ampuh..
..bukan hanya menunggu dikorbankan atau mengorbankan sesama sendiri...
Sememangnya komputer adalah teknologi terhebat manusia alaf ini..untuk tingkat upaya komputer perlu dibuat dari dalam dgn kepakaran & teknologi, bukan oleh org tiada ilmu..tukar motherboard, processor, memory & re-programmed...
Bukan melalui sepak terajang fizikal hardwarenya..kelak komputer itu sendiri yg lingkup..semua org tak boleh pakai lagi..
ramai juga yg suka memilih utk melepas geram cara ini kononnya utk perubahan cepat tetapi kosnya jika rosak amatlah tinggi!
Cetusan analogi minda.
Terima kasih Dato'
hmmm...ape yg menjadi persoalan sekarang ni...dimana kedudukan sistem undang-undang negara kita???bukan kah sepatutnya ia bebas dari mana2 pengaruh???tetapi berdasarkan apa yg berlaku...seolah2 ia dikawal oleh politik dan kuasa-kuasa besar...sungguh menyedihkan saya...penggunaan perkataan 'organisasi gengganas' yg digunakan perlu diteliti demi menjaga bahasa kita..akhir sekali...apa pandangan dato' tentang pilihan raya akan datang? apa agenda yg akan dipertimbangkan oleh kaum cina untuk memilih parti???andai ada salah dan silap..mohon maaf..sy seorang pelajar yg sedang menimba ilmu dr yg yg tokoh2 yg hebat...sekian...
ReplyDeletepada pandangan dato' dan para pengkritik yg membaca topik ini...apakah isu @ agenda yg akan dipertimbangkan oleh kaum cina untuk memilih undi pada kali ini...???sy dapati sistem perundangan nampaknya tidak lagi 'berdiri sendiri'...kini dikuasai oleh pendominasi politik dan yg berkuasa shj...sy andaikan lps ni undang2 kita sepatutunya dihakimi oleh golongan diatas dan bukan hakim yg telah dilatih dgn susah untuk m'dptkan sijil pentauliahan...hmmm
ReplyDeletesaya begitu risaukan keadaan kita...salah dan silap..harap dimaafkan...sy hanya seorg pelajar...jika saya salah, harap dapat di betulkan..sekian...
YBhg Dato',
ReplyDeleteBersyukur kita kepada Allah kerana Negara kita tidak terjerumus kedalam huru hara. Masalah yang kita hadapi adalah masalah manusia dan dengan itu ianya perlu ditangani dengan bijaksana dan tidak secara robot dengan menggunakan peruntukan undang-undang semata-mata.
Dalam apa-apa hal kita tidak boleh terburu-buru dan hendaklah berani mengaku salah jika kita tersilap langkah.Yang penting kita bersungguh-sungguh mengkaji dimana silapnya kita selama ini dan mengambil tidakan mengatasinya. Tidak guna menutup kelemahan kita dan berpura-pura bahawa semuanya baik kerana itu hanya menangguh ketibaan bencana kepada negara.
Mungkin kali ini rakyat akan menyatakan hala tuju negara yang mereka ingini melalui pilehan raya yang akan diadakan tidak lama lagi. Sementara itu marilah kita bersama-sama berusaha menjadikan negara kita aman damai dengan mengutamakan keadilan bagi semua peringkat rakyat negara yang tercinta ini.
Raja Abdul Rahman
Petaling Jaya
Datuk.
ReplyDeleteEverybody is tryimg very hard to "curry powder" Dollah for survival! Sometimes, they go overboard!
My take is, Dollah, by himself is not strong. He's there because he's being supported and protected by opportunists. People who take advantages of his weaknesses... Khairy,Nazari, many more and now Gani!
Melayu oi Melayu. Cubalah berfikir barang 5 minit. Berapa banyakkah "keistimewaan melayu" yang diperjuangkan oleh UMNO sekarang yang dapat you all semua nikmati tapi tidak dapat dinikmati oleh orang lain? Tolong beritahu sikit.
Hantu Gigi Jarang!
Hello Kadir,
ReplyDeleteI wish you a good end of 2007 and a good year of 2008.
Salaam Dato',
ReplyDeleteFirst of, I wish you and your family a Selamat Hari Raya Eidul Adha Mubarak and a Happy New Year 2008.
I have been an avid reader of your thoughts for as long as I could remember -- reading your column in the NST during my school days. Once, we even spoke face-to-face in a restaurant and it was such an invigorating experience for me. In short, I like your insights on all things that matter to the people at large -- economics, social, and political issues.
I believe in the present context, most Malaysians have fallen into malaise in virtually all spectres of livelihood. Most people are simply confused by religion, race and creed. This is really a sad episode of Malaysian life. We used to be known as a 'melting pot' which is harmonious in every sense. Now, we are the typical proverbial 'salad bowl.' Even worse, we are constantly at tension when it comes to dealing with races and religions. It is more pronounced now than ever.
I dread to think that if left unchecked, soon we will lose all those great thinkers like you, when the new generation completely takes over and become a mainstream. If that happens, we will be dealing with chaos on a daily basis. This will in turn cause ripple-effect to other aspects of life, particularly the economic well-being of the country.
In sum, we need more writers like you. Keep up the good work, Dato'.
Wassalaam.
Selamat Hari Raya Haji Datuk Scribe (yang juga seorang yang bergelar Tuan Haji),
ReplyDeleteMemang permainan yo-yo Gani Patail membingungkan kepala, lebih2 lagi pada musim cuti hujung tahun dan musim bah melanda negara. Peguam Negara jadi bahan ketawa juga - sekejap tolak, sekejap tarik. Mangsanya ialah nama baik sistem kehakiman negara kita. Sekiranya ada tekanan politik keatasnya untuk berbuat demikian, adalah lebih baik dan mulia kalau Gani minta berhenti kerja.
Kalau tak ada apa2 tekanan )seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri dalam akhbar), teruklah kita dapat A-G yang buat perkara bingung dan membingungkan.
Terima kasih.
P.s. Hujung tahun cuti Natal dan sambut 2008, datuk Scribe tak keluar negara bercuti ke?
Sdr Rocky's Bru,
ReplyDeleteSorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan engkau makan
Suruh mengaji engkau tak mahu.
Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
Do you believe that the charging of Eric Chia and Kasitah Gaddam was AG's own initiative?
Tidak Sdr, saya tidak bercuti ke mana-mana. Orang pencen tak payah cuti. Hari-hari pun cuti.
No Sdr Ray, we should not lose hope. We should always be optimistic. If I have no optimism left, I won't be taking chances with this blog and my Thots.
ReplyDeleteI am old enough to remember and to experience good and bad things about our beloved Malaysia.
There were times that I felt like giving up. But I could not. It's just not my nature. My mom and dad taught me at a very young age never to give up.
So I hope you and your generation won't lose hope. This country is too good to give up without a fight. And we have our own way to fight for the survival and betterment of Malaysia.
There are many good selfless Malaysians out there. Together we shall prevail.
Thank you for your kind words and encouragement.
Ini juga gara-gara India kini semakin gagah dari segi ekonomi dan disegani sebagai gergasi ekonomi dunia. Tapi setiap hari orang India datang cari kerja. Melayu memang bangsa yang baik hati sejak ratusan tahun menerima orang India demi kebajikan orang India. Tapi apa sudah jadi? Sekarang Hindraf kata Melayu tindas orang India. Dan sedihnya PM dan banyak menteri Melayu, termasuk Dato sendiri, nak tolong lagi ini India mari.
ReplyDeletebagi stetiap agama ada sumber undang-undang mereka sendiri termasuk ugama Islam. Ugama Islam sumber tertinggi dari Penciptanya iaitu Allah Subhanahuwataala, yang di namakan Al-Qur'an dan As-Sunnah yang di sampaikan oleh Nabi Muhammad Rasulullah.
ReplyDeletetapi di Malaysia ini pemegang amanah konon bijak , belajar luar negara, ada phd,master, tapi dalam hal ugama kosong dan kontang, bagaimana nak ada sifat amanah dan jujur dalam menjalankan tugas yang di pikul?
YANG ADA KEMUSNAHAN DAN KEHANCURAN.
bagi orang awam atau orang ramai yang inginkan maklumat dan pengetahuan yang benar lagi SAHIH, ada pula puak yang MENGHALANGNYA. ada orang yang ingin menyampaikan ilmu dan pengajaran kepada orang ramai, orang itu DIHALANG DAN DISEKAT DAN ADA PULA YANG DITUDUH PEMECAH MASYARAKAT DAN LEBIH TERUK LAGI TUDUHAN MENYEBARKAN AJARAN TANPA TAULIAH.
jadi dalam hal seperti ini bagaimana nak aman dan harmoni selagi ada unsur-unsur yang memusnahkan kebaikan?
yang bijak lagi cerdik, menyampaikan ilmu berguna kepada yang kurang bijak dan cerdik supaya jadi bijak dan cerdik.
yang kurang bijak dan cerdik sedia menerima ilmu dari yang bijak dan cerdik untuk dapatkan ilmu supaya jadi bijak dan cerdik.
kedua-duanya perlu kerjasama yang kukuh.
kalau kedua-duanya saling bertentangan dan bermusuhan maka akan hancur dan musnah kedua-duanya oleh Allah.
Sdr Sanib Said, saya tak kata tolong India saja. Saya kata tolong semua yang perlu pertolongan -- India, Cina, Melayu, Iban, Kadazan, Murut, Penan, Orang Asli dan sesiapa saja. Bagi mereka bantuan dan subsidi.
ReplyDeleteTentang Menteri Melayu, saya serah kapada Sdr. Harap Sdr mendaftar sebagai pemilih dan keluar mengundi.
Terima kasih.
datuk a kadir jasin,
ReplyDeletesetelah sedia maklum saya hanya ingin tahu...kerana anda sedia maklum di Singapura,pekerja Malaysia yang datang berpusu-pusu selalunya terdiri dari kaum Cina dan India...
Selalu...mereka mengeluh kpd saya...orang melayu malaysia tak payah nak susah2 kerja banting tulang kerana mereka istimewa,macam-macam yang mereka ada....dan kadang-kadang komen-komen yang mereka berikan itu pedas dan kadang-kadang saya sebagai orang melayu tetapi berlainan negara tersingung...tetapi apakan daya kelu lidah saya untuk menjawab soalan-soalan mereka... dan akhir sekali mereka katakan banyak perbezaan sekali antara melayu singapura dan melayu malaysia...naik bosan saya dengar...
soalan saya ini...kerana tanpa sengaja mengetahui blog ini,cuma ingin tahu kenapa kaum cina yang pada pandangan saya menguasai ekonomi m'sia berasa kurang gembira??
I have been wondering why the Malaysian authorities have been delaying the arrest of Hindraf's key masterminds, despite the wide-spread warning over national television, asking the Malaysian populace not to attend the planned mass public gathering during that fateful weekend.
ReplyDeleteIt seems to me that the arrest made under the Internal Security Act against the mass public demonstrators had been a hasty reactionary response by the top authority after receiving much wide-spread pressure.
Personally, I am all for the above-mentioned arrest under the ISA, since public demonstrations tend to go out of hand. Be it demonstrations led by Indians, Malays, Chinese etc or by any religious communities must never be tolerated.
However by the hasty decision to press charges and dropping those charges quite suddenly, it has brought about an impression of indecisiveness and impulsiveness by the authorities, though one may not know for sure why the authorities have decided to drop its initial charges agains those initially held under the ISA.
Dato dan kawan kawan sekalian,
ReplyDeleteMasalah kita sebenarnya adalah anggapan kaum bukan Melayu terhadap keistimewaan kaum Melayu yang keterlaluan. bagi saya affrimative action is required, especially with the current situation yang mana kaum melayu agak ketinggalan. Walaupon begitu, pertolongan wajar diberikan kepada bangsa lain yang memerlukan. Satu kajian/dialog terbuka patut diadakan untuk memperincikan masalah ini dan semua pihak wajar mengambil sikap terbuka.
Kepada sahabat sahabat ku dari keturunan Cina dan India, perihal keistimewaan bangsa melayu telah termaktub dalam perlembagaan. Saya juga faham akan dilema anak anak malaysia (kaum cina & india etc. yang dilahirkan di sini)..Namun apa yang mengundang permasalahan adalah apakala tindakan kurang adil pihak2 tertentu yang menyebabkan pembhagian kekayaan negara tidak sama rata dan juga persepsi sesetengah pihak tentang sesuatu perkara . keep in mind that if ISLAM were to be the law of any country, justice will prevail for all citizens, regardless of race and religon. The thing now is ISLAM is just functioning as a slogan, a look-good factor for the politicians.
I really hope PAS/PKR plus other opposition parties can pave the way to demonstrate ISLAM as the way of life and share it with people of other religon. A dialog with DAP to explain ISLAM's requirement for implementation of ISLAMIC LAW and role and responsibilities of an Islamic leader should be conducted.
Plus, a true political party/politician should never be affraid to lose in an election, for the sake of the country.
Let us all work together to make Malaysia a better place in the future! Aye for a better Malaysia!
salam dato',
ReplyDeleteapa habaq dato?,kita ni orang melayu kalau tak sokong umno kita nak sokong sapa lagi dato? tapi masaalahnya umno perlu diselamatkan dulu dato' dah teruk sangat dah..presiden harap nama saja presiden fungsi dia dah lain macam,menteri-menteri semua pun 2x5..jadi nak buat macam mana tu..jawab dia tak payah pi mengundi kut? baru- baru ni timbalan pemuda gerakan belasah umno dia cakap umno lah penyebab kaum india jadi miskin betul ka? kenapa presiden umno tak melindungi umno pun? saya malu orang umno di hina.
Salam Dato ...
ReplyDeleteDah tak reti saya nak memahami perangai PM skrg nie ... Kenapa habis dicanangkan dekat media yang dia nak nasihatkan AG utk tarik kes??..Kenapa geng HINDRAF yang merusuh ni boleh dilepaskan ..
Lepas tu pulak Naib Ketua Pemuda Gerakan pulak keluar kenyataan UMNO punca semua masalah ... .tapi yang saya pelik dalam ramai kata tiada pekerjaan awat diambilnya sampai 40,000 orang India untuk bekerja di Malaysia .... Banyak sangat pusing boleh bikin orang pening Lah ...
Dato saya ni dari suka ke benci ke meluat ke meloya kat PM kita skrg nie .. tunggu belum muntah ajer nie ... sekarang apa yang saya nantikan adalah untuk memangkah .... dan saya akan pastikan pangkahan saya bukan semudah di zaman Tun ... tidak semudah itu lagi ...
p/s: Petang tadi saya baru balik makan dari kedai the loaf .. sedap gak roti2 kat situ Dato .. orang pun berdedai datang.. saya doakan semoga Tun sukses dalam perniagaan ... Itulah ex PM kita yang berbeda perangai dengan PM skrg yang asyik nak kejar glamor mcm artis ajer ...
anak jawa,
ReplyDeletemereka yang berpusu-pusu ke singapura bekerja kebanyakkan dari golongan melayu dan bumiputera, sabah dan serawak dan serata melayu dari malaysia bukan dari bangsa cina.
Jika mereka yang segelintir masuk ke singapura untuk bekerja sudah mau komplen keistimewaan ini, saya ingin nyatakan, dahulu lagi orang-orang melayu sudah berkerja untuk mereka, kita jaga keamanan, orang melayu jadi polis, orang melayu jadi tentera. Untuk menjaga keamanan negara agar mereka dapat menjalankan perniagaan mereka dengan selesa.
Segelintir orang cina masuk sana pun jadi bos dan profersional.
Tetapi, sekiranya mereka komplen begitu banyak, orang melayu pun nak komplen juga, semua pejabat-pejabat tukang bersihnya makcik-makcik melayu, tukang angkat sampah orang melayu dan india, mana orang cina? Suruh masuk tentera atau polis cakap gaji rendah, apa melayu second class kee sanggup bekerja untuk keselamatan negara dan keselesaan mereka?
Semua perancangan ekonomi yang kerajaan buat, semua bangsa menikmatinya. Bangsa lain akan tetap mendapat 40-60% dari keuntungan itu, melayu masih lagi mencari-cari kekayaan.
Ini lagi masih tidak cukup, kenapa?
1. Bangsa lain telah meletakkan diri mereka lebih tinggi dari bangsa melayu, jadi bila suruh kerja kotor-kotor sikit dan susah-susah sikit dah mengada-ngada.
2. Melayu adalah untuk sektor awam, dan tukang-tukang cuci dan angkat sampah dan jaga keselamatan. Jika mau bangsa kami memasuki sektor ini, naikkan gaji, apa ni!
3. Lot-lot kedai dan Pasaraya mesti dimiliki oleh orang cina, orang melayu layak bekerja dan pelanggan.
Didalam kita membanggunkan negara, semua kaum mesti iklhas, kalau tak ikhlas, inilah jadinya, nampak sikit susah dah nak komplen, nak itu, nak ini, desak itu desak ini.
Dilubuk hati saya, jika melayu bersatu, menang besar lah jawabnya, jadi pikir-pikirkan lah bersama-sama, jangan sampai kita bergaduh didalam negara kerana kaum pribumi tidak suka negara mereka dijajahi oleh bangsa lain!(ekonomi dan kuasa)
sekian..
salam,
ReplyDeletetahniah di ucapkan kepada paklah kerana sanggup bertolak ansur dengan kumpulan hindraf dan di harap juga paklah mampu memberi sinar yang baru kepada MIC.HIDUP SAMY VELLU.!!!
ian,
ReplyDeleteterima kasih kerana memperjelaskan kedudukan anda...kini saya memahami...secara terperinci...selama 5 tahun saya bekerja di bidang public relations...banyak kenalan kaum cina/india m'sia tidak ada kenalan bumiputera yang saya tahu bekerja di tempat saya...
ada pihak yang mengatakan bahawa rumpun melayu tidak kira di s'pura/Indonesia atau m'sia boleh berdiri sama rata dengan bangsa-bangsa lain di mata dunia jikalau kami bersaing secara global.bukan setakat mahu menjadi jagoh kampung sahaja tetapi takut untuk berdepan dengan persaingan yang rata dan selalunya alasan yang diberikan ialah keutamaan di negara sendiri harus diutamakan...
ada pihak pula mengatakan kalau hanya segelintir melayu sahaja yang berani kedepan tanpa teduh...dan majoriti pula hanya bersila menunggu nasi untuk dihidang...mereka berkata dengan saya macamana bangsa melayu hendak menjadi keunggulan dunia...??Anda sendiri tahu satu hari nanti China/India akan meguasai pasaran global...mereka akan kehadapan mengalahkan Amerika untuk menjadi kuasa ekonomi dunia...dan dimanakah berdirinya rumpun melayu kita...??disini saya tidak mahu menyinggung mana-mana pihak atau mempertikaikan apa-apa dasar kerajaan yang sedia ada...kerana pekerjaan saya selalunya kena berhadapan dengan pakar-pakar business asing yang peka dengan cara perniagaan orang asia jalankan
Kadang-kadag terus-terang saya katakan ingin melihat melayu berjaya...menjadi agung di dunia tetapi lihatlah dimana kita sekarang...ada kenalan asing saya seorang berkulit putih bertanya kpd saya...minda melayu terlalu lama dijajah sehinggakan tidak berpijak pada bumi yang nyata...
sekian...moga-moga apa yang saya nyatakan diatas tidak menyinggung sesiapa tetapi hanya sekadar renungan bersama...
Terima kasih
Mungkin kita perlu melihat bagaimana Muhamad Rasullullah mengambil alih tampok pemerintahan daripada Abu Jahal. Itu sewajarnya menjadi contoh bagi manusia zaman kegelapan ini.
ReplyDeleteSaya rasa banyak persamaannya zaman kita sekarang ini dengan zaman kejahilan 1,400 tahun dahulu. Mungkin cara Muhamad yang berpandukan dengan al quran sebagai petunjuk harus dikaji dengan mendalam.
Datuk,
ReplyDeleteSejarah dan kisah perjuangan semua Rasul menunjukan perjuangan mereka yang ingin menegakan keadilan dan menentang kezaliman raja-raja atau pemerinta yang berkuasa pada zaman mereka. Muhammad menentang Abu Jahal,(Amar bin Hisham) gabenor mekah ketika itu, Isa menentang Raja Harode, Musa menentang Firaun, Ibrahim menentang Raja Namrudz dan seterusnya Adam dengan Iblis. Penentangan terhadap Raja yang berkuasa ini adalah kerana penindasan dan tidak berlaku adil terhadap masyarakat, yang bertentangan dengan perintah dari Tuhan. Sistem pemerintahan mereka tidak berpandukan kepada wahyu dari Tuhan, lantaran menyebabkan huru-hara di kalangan rakyat.
Muhammad sendiri bergerak di dalam sebuah pergerakan bernama Hilful Fudhul, sebuah organisasi untuk membantu masyarakat yang tertindas di bumi mekah ketika itu. Tetapi baginda tidak berjaya. Disebabkan baginda berasa kecewa baginda selalu menyendiri (dikatakan bertahanuth di gua hira) dalam rangka memikirkan atau mencari jalan.
Selepas wahyu di terima baginda bergerak atau lebih tepat strategi baginda berpandukan kepada wahyu, ya itu Al-Quran (ia itu sebagai mukjizat yang jika di terjemahkan bermakna strategi). Tidak lagi mengikut kemahuannya atau kepandaiannya sahaja. Baginda berjuang sehingga seluruh Mekah dan Madinah bersatu di bawah sistem pentadbiran yang berdasarkan kepada kehendak Tuhan ia itu Islam, bukannya kehendak nafsu.
Akhirnya masyarakat Arab yang ditindas itu dan yang dikatakan Jahil itu maju sehingga lahir pelbagai tokoh-tokoh dan cendikiawan yang terkenal. Di mana sahaja singgahnya sistem Islam, tempat itu menjadi Aman dan Makmur(islam itu bermakna selamat dalam bahasa melayu). Islam terus berkembang keseluruh Bumi selepas wafatnya baginda melalui Khalifah-khalifah Fil Ard dan seterusnya sampai ke bumi Melayu ini, di zaman kejatuhan empayar nya ketika berpusat di Konstantinopal.
Harus kita ingat bahawa Muhamad berjuang bukan melalui undi pilihan raya menentang Abu Jahal tetapi baginda berkempen mengajak Arab Jahiliah menyokong kejalan kebenaran. Baginda tidak melakukan Demonstrasi dan Keganasan. Baginda bergerak dengan penuh Hikmah berdasarkan Al Quran.
Jadi saya rasa kita harus merujuk kembali kepada al quran dan sunnah perjuangan MUhammad. Jangan kita melihat al quran itu sekadar untuk di baca sebagai mentera atau dalam pertandingan seperti yang berlaku sekarang. Dan jangan kita melihat sunnah Muhammad itu sebagai perkara keperibadian seperti yang di fahami sekarang. Kita perlu melihatnya sebagai suatu strategi yang mesti difahami dan dilaksanakan dalam konteks semasa.
Tidak kah kita boleh mengambil sejarah perjuangan Muhammad ini sebagai landasan untuk kita membetulkan Bumi Malaysia ini?