Monday, January 07, 2008

Bekalan, Harga Minyak Masak Satu Lagi "Bala"

A Kadir Jasin

[Masih ada pembahas menghantar ulasan menggunakan pengenalan ANONYMOUS. PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PADA saat cakap-cakap mengenai pilihan raya umum semakin hangat, skandal seks yang membawa kepada peletakan jawatan Menteri Kesihatan Chua Soi Lek bukanlah sesuatu yang semestinya dialu-alukan oleh Barisan Nasional.

Kalau pun ada yang gembira, mereka adalah musuh-musuh politik Chua dan mereka yang berhasrat menggantikan beliau sebagai Ahli Parlimen Labis.

Yang pastinya sangat gembira dengan skandal seks Chua itu adalah parti-parti pembangkang yang mendapat modal tambahan untuk membelasah kerajaan “Islam Hadhari” Abdullah Ahmad Badawi.

Namun skandal seks Chua tidak menyentuh perasaan rakyat jelata sehebat kenaikan harga atau kekurangan bekalan barangan utama.

Malangnya inilah yang sedang berlaku sekarang. Bekalan minyak masak tiba-tiba hilang atau berkurangan sehingga memaksa kerajaan mengehadkan setiap pembelian kepada lima kilogram mulai hari ini (7 Januari) seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sunday Star.

Gabungan kenaikan harga dan kekurangan bekalan sehingga memaksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melaksanakan catuan pastinya tidak memberi gambaran sihat mengenai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan pemerintahan negara.

Catuan bekalan adalah kaedah yang ekstrem yang lazimnya dilakukan ketika darurat besar atau oleh negara-negara daif yang tidak mampu menyediakan bekalan makanan yang cukup akibat kemarau atau kekurangan wang.

Apakah Malaysia sudah merosot menjadi negara daif atau telah mengalami darurat besar yang menyebabkan bekalan makanan putus?

Daripada perangkaan rasmi dan jerit pekik para pembesar serta para ekonomis mereka, Malaysia jauh daripada daif apatah lagi muflis. Sebaliknya pertumbuhan ekonomi dikatakan semakin kukuh, simpanan luar semakin besar dan inflasi terus terkawal.

Tetapi bagaimana bekalan minyak masak yang dikeluarkan dengan begitu banyak dalam negara dan dieksport pula ke merata dunia tiba-tiba hilang dari para pasar raya dan dari kedai runcit?

Maaf cakap, penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shafie Apdal, mengenai isu-isu perdagangan dalam negera selama ini, sama ada berkaitan kenaikan harga, kekurangan bekalan atau cetak rompak, adalah mengelirukan dan kurang meyakinkan.

Kenapa tiba-tiba berlaku kesuntukan bekalan minyak masak? Adalah kerana pengguna membeli berlebihan disebabkan oleh ada ura-ura mengatakan harga akan dinaikkan?

Atau kerana pengeluar minyak kelapa sawit mengeksport lebih banyak minyak sawit mentah untuk mengambil kesempatan daripada harga antarabangsa yang sangat mahal sekarang?

Sepanjang pengetahuan saya, eksport minyak sawit adalah tertakluk kepada kawalan kerana pemerintah mahu memastikan kilang-kilang dan pengguna dalam negara mendapat bekalan yang mencukupi.

Kita tidak boleh menyalah pengguna, khasnya peniaga makanan, jika terpengaruh dengan khabar-khabar angin mengenai kemungkinan harga minyak masak dinaikkan.

Malah ura-ura kenaikan harga dan kekurangan bekalan bukan khabar angin atau spekulasi kosong lagi. Ia telah banyak kali berlaku iaitu pemerintah membenarkan harga barang dan perkhidmatan utama dinaikkan pada awal tahun, seperti yang berlaku dengan harga petrol, diesel dan gas memasak pada Februari, 2006.

Bahayanya adalah kegiatan membeli berlebihan dan menyimpan ini mungkin menjadi fenomena setiap awal tahun atau apabila menjelang musim perayaan.

Setiap kali hal ini berlaku, yang menjadi mangsa adalah pengguna individu, khasnya dari golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membayar harga tinggi apatah lagi membeli berlebihan.

Lagi jauh mereka dari kawasan bandar dan dari pasar raya lagi sukar bagi mendapatkan bekalan dan lebih mudah pula mereka menjadi mangsa manipulasi pasaran.

Kalau bekalan gula dan tepung gandum terputus atau naik harga, pemerintah bolehlah menyalahkan pasaran antarabangsa kerana bahan-bahan itu diimport.

Tetapi bagi minyak masak, kita adalah negara pengeksport utama minyak sawit. Jadi apa alasan yang pemerintah hendak sajikan kali ini?

Apa pun alasannya, peristiwa-peristiwa seperti ini pastinyalah tidak membantu pemerintah dan parti-partinya untuk menyediakan diri menghadapi “tunjuk perasaan rakyat” (meminjam ungkapan Perdana Menteri) pada pilihan raya umum nanti.

Skandal seks menteri, kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan utama, kenaikan tarif dan tol, tunjuk perasaan yang berterusan dan bantuan bencana alam yang bermasalah bukanlah ciri-ciri positif untuk menghadapi “tunjuk perasaan rakyat” melalui peti undi.

26 comments:

  1. Anonymous8:18 AM

    Terkejut saya dengan ulasan Pak Menteri Safiee Afdal yang masalah kekurangan minyak masak disebabkan pertambahan penduduk!. Terkejut kerana eorang menteri yang sepatutnya mempunyai pendidikan (yang lebih baik?) mempunyai pemikiran macam tu. Adakah pendudukan Malaysia belebihan sehingga minyak masak habis, Bernas import beras tanpa permit dsb. Nasib baik media (Bahasa Melayu) cepat2 cover alasan tidak masuk akal tersebut.

    Bagi saya isu ini adalah kelemahan Menteri yang sering/mudah dipermainkan oleh pengusaha sepertimana kes gula tempohari.

    Semalam untuk masa yang singkat, mereka memenuhkan rak2 di sebuah pasaraya besar di Shah Alam untuk diambil gambar (rakaman dalam berita tv3) KSU bercakap dengan dilatar belakangkan minyak masak seolah2 pengguna tiada masalah mendapatkannya.... kenapa tidak ditunjukkan pengguna yg berasak2 menunggu untuk mendapatkanya selepas rakaman itu tamat?.... berebut2 macam pelarian nak mendapatkan makanan!!


    Roti Planta

    ReplyDelete
  2. Puzzling. And when the thought finally sinks in, I find it utterly disgraceful.

    How is it possible that being one of the leading producers of palm oil, Malaysia is facing a situation whereby its consumers are rationed in terms of their purchase for the locally-produced cooking oil?

    Despite stepping up with the liberation of the economic market, the authorities cannot lose hold in its control of the basic fundamental needs of the general populace, such as the consistent and reliable supply of the country's everyday needs, in this case, cooking oil.

    And mind you, this is not the first time, Malaysians see the shortage of its food supplies. There was a time when coconut supply ran short, and not to mention the shortage of sugar not too long ago.

    Inflation is a stark global reality today. But let us not become victims of price hikes because of the greed of certain segments of society. Or worse still, due to the incompetence of certain supervising bodies that have been entrusted by the general populace to look after their general welfare and consumer rights.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:12 AM

    Salam Dato,

    Selain dari Skandal seks menteri, kenaikan harga dan kekurangan bekalan barangan utama, kenaikan tarif dan tol, tunjuk perasaan yang berterusan dan bantuan bencana alam yang bermasalah ada lagi Dato, mungkin Dato terlupa nak listkan, antaranya...

    1. Masalah Orang melayu paling melarat di bumi malaysia (ini adalah fakta).

    2. Masalah orang kaya dan raya terpilih di bumi malaysia, terdiri dari kalangan pemimpin-pemimpin besar, kecil, kawasan UMNO dan kroni dengan mempergunakan DEB (ini juga adalah fakta) yang mana sepatutnya kekayaan ini dimiliki oleh masyarakat umum yang memerlukan amnya. Kekayaan dibahagi-bahagi sesama kaya, yang miskin dibiarkan.

    3. Masalah rasuah yang tak kunjung selesai di kalangan pemimpin-pemimpin besar Barang Naik-Cuba Dato check di BPR punya opis berapa banyak report yang dibuat bersertakan dengan bukti yang relevan. Kalau MB Kelantan, BPR macam dikejar anjing atau dalam kepanasan terus aje geledah opis.

    4. Masalah sistem keadilan yang telah dipijak-pijak dengan hebatnya.

    5. Masalah sistem pendidikan yang berkecamuk (kejap mansuh yuran persekolahan, kejap ada pula-macam iklan biskut) dan lepas tu pula mak bapak pula kena belasah/rotan dek menteri pendidikan bertanyakan sumbangan masyarakat kepada sekolah)-yang peliknya dah tahu masyarakat melayu majoritinya melarat, tak berduit, dengan kenaikkan itu dan ini lagi la melarat. Mana la sempat nak kumpul duit untuk pembiayaan persekolahan anak-anak kalau tiap-tiap tahun naik tu naik ni.

    6. Dan lagi Dato', banyak lagi Dato', Dato aje la yang turun padang satu Malaysia ni, boleh juga selami 100% kehidupan masyarakat SeMalaysia spesifiknya.

    ~pokiok~

    ReplyDelete
  4. It is pure economics , like the sugar issue last year. Have a dialogue with the stakeholders instead of this measure. Increasing the price will be a political suicide so the alternative is to force producers to produce more.

    Cosmetic actions like this( and the thousand hours of pemantauan) will not hold cause the root of the problem is long term price increase of palm oil.

    ReplyDelete
  5. Memang mengelirukan berkenaan kenyataan Shafie Afdal itu.

    Sila rujuk video YouTube ini:-
    http://youtube.com/watch?v=yK8qmXPhW6w

    Pada mulanya dia cakap jangan panik. Harga petrol tidak akan naik dan tidak akan kehabisan atau 'kekeringan' mengikut kata Shafie.

    Tetapi? Minyak masak pula yang kekeringan? Ada darurat selama 2 minggu pula. Para pengguna dinasihati untuk membeli hanya 5kg sahaja. Jangan harapkan nak beli, di pasaraya besar seperti Giant pun tiada stok sebenarnya.

    Rujuk link ini:-
    http://hanief.blogspot.com/2008/01/2-weeks-cooking-oil-shortage.html

    Kasihanlah para penjual goreng pisang. Najib pula menyalahkan para penyeludup dan sesetengah rakyat Singapura yang menyeludup minyak masak dari Johor dengan menggunakan kereta mereka.


    Sila rujuk video YouTube ini:
    http://youtube.com/watch?v=6ycnqqkcDWY

    Nasihat saya, kepada para menteri. Insaflah dan berundurlah jika tidak berupaya lagi dalam membangunkan ekonomi negara. Kerana banyak lagi calon yang lebih layak.

    ReplyDelete
  6. Tok Scribe,

    Tengahari tadi saya interbiu Pak Munawar, setiausaha agong Komite Nasional Pemuda Indonesia, sebuah badan yang apolitikal yang mengaku mewakili 80 juta anak-anak muda di republik itu.

    Pak Munawar di Shah Alam kerana menghadiri sebuah dialog Pemuda Indonesia-Malaysia.

    Katanya pernah tahun lepas (2007) Indonesia menghadapi kekurangan minyak makan yang meruncing.

    Pada masa itu, angggota2 KPNI yang marah mendesak beliau agar membenarkan ribuan pemuda2 Indonesia yang mahu demonstrasi terhadap ahli peniagaan Malaysia di Indonesia yang dikatakan mengawal pengeluaran dan pengedaran (bekalan) minyak masak ke seluruh Indonesia.

    Ahli2 lembaga KPNI tidak membenarkan demonstrasi tersebut dijalankan kerana tak mahu hubungan dua-hala Malaysia dan Indonesia lebih cacat dan rosak dari ketika itu.

    Bila saya menceritakan tentang kekurangan bekalan minyak masak di Malaysia sekarang ini, Pak Munawar hanya mengangkat kening sebelah mata. Beliau tak nampak terkejut (atau kaget, ikut expresi Indonesia).

    Jangan sampai pengguna di Malaysia mengadakan demonstrasi kerana ada peniaga yang tamak ...

    ReplyDelete
  7. Anonymous5:25 PM

    Salam datuk,
    Berapa juta tan export setahun dari negara kita? Ada kemungkinan tak export sawit kita untuk penghujung tahun 2007 bertambah dalam keadaan luar biasa hingga mengganggu bekalan dalam negara. Pemain utama Industri sawit ialah PNB(GUTHRIE/GOLDEN HOPE/SIME DARBY) dan FELDA. Ada kemungkinan mereka export lebih bagi menampung pembiayaan pilihanraya yang bakal menjelang.

    atan
    anak penoreh getah

    ReplyDelete
  8. Datuk,

    Masalah ini tidak sepatutnya terjadi di negara kita. Kita ada ladang kelapa sawit TERbesar dunia. Kita ada syarikat perladangan TERbesar dunia yang menanam kelapa sawit. Kita ada negara yang TERbilang. Kenapa kita tiba-tiba TERtak cukup bekalan?

    Saya rasa perkara ini berlaku kerana pegawai-pegawai penguatkuasa yang ramai tu tidak membuat kerja-kerja risikan dan penguatkuasaan yang benar-benar berkesan. Ringkasnya orang yang menyorok bekalan ini tidak takut langsung dengan pemerintah. Dia orang pernah buat dahulu dan lepas. Mungkin kerana tidak cukup fakta untuk mendakwa (kerana tidak cukup risikan) ataupun kerana kong-kali-kong.

    Kenapa bila berlaku benda macam ni, Pak Menteri terkial-kial memberi alasan sehinggakan tiba-tiba sahaja dalam dua minggu ini penduduk negara bertambah sehingga menyebabkan kekurangan bekalan?

    Perkara ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita!!

    ReplyDelete
  9. Saya sendiri agak kurang selesa dengan cara sesetengah pemimpin negara menyelesaikan isu. Pengumuman itu menjadikan rakyat panik. Terus-terang, saya sendiri tidak mengetahui mengenai isu kekurangan minyak masak di pasaran sehinggalah menteri berkenaan membuat kenyataan media. Oleh kerana pilihanraya sudah semakin hampir, saya kira eloklah PM mula berkira-kira mengenai kabinet baru yang bakal dibentuknya nanti.

    ReplyDelete
  10. Sometimes really confuse what is our country main industries growth or what is our main economy.

    Since independence Malaysia been seen staging as "negara komoditi" then gear up into "industry base" then catching up for "Knowledge base" U-turn back later to "Bio-tech or simple put it as commodity base again.

    Billion been promised and Billion been announced for the "Bio-tech" industry. The effort seem getting more exciting when suddenly we have a gigantic oil palm company which is biggest in the world in term of plantation size and production.

    Don't we feel funny that suddenly Malaysia, where this Gigantic company located are facing cooking oil crisis? The same feeling i have when we facing water distruption but our neighbour enjoy 100% quarantee water supply all the time.

    Conclusion is “kera di hutan disusukan, anak di rumah ditinggalkan”

    ReplyDelete
  11. YBhg Datuk,

    I would like to inform you that Sime Darby Berhad has decided not to offer the Voluntary Separation Scheme to the drivers whom the management feels have no place in the company.

    Thanks to you and your articles here and in Malaysian Business, Datuk, these low-salaried people get to keep their jobs.

    ReplyDelete
  12. Anonymous10:54 AM

    Datuk, Please Read This

    Werr - what??
    cooking oil - again?
    That is so Tunish - Ghafar Baba!
    So yuckie, yuckie - Oldie LP...

    “We need to be smart and promote the right biofuels.”

    The question is, are big promoters of biofuels like Brazil, Malaysia, the United States and the European Union going to heed that advice?


    That is a question for whom, Mr Datuk - The Scribe Man?

    ReplyDelete
  13. Anonymous3:26 PM

    Maaf seribu maaf, dato', akibat nasi kandar ditengah-hari, maka terkhoryal-khoryallah saya

    Che Dollah To The Rescue!!!
    (kuota keluaran ditingkat -- bagi tangani kekurangan bekalan minyak masak – pm)

    (nota; mesti dibaca dengan hati berdebar-debar dan jiwa penuh harapan)

    kerajaan tidak akan menaikkan harga pasaran minyak masak bersubsidi.

    Ketika ini minyak masak kelapa sawit dijual pada harga RM2.50 sekilogram.

    ‘‘Hampir RM800 juta dibelanjakan bagi membiayai subsidi minyak masak dalam negara untuk dinikmati oleh rakyat,” kata Abdullah dalam kenyataan itu.

    Kuota pengeluaran minyak sawit sebelum ini ialah 48,988 tan sebulan.

    Mesyuarat khas menangani isu minyak masak pagi ini dihadiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd. Shafie Apdal; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik.

    Pihak industri turut dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.

    ‘‘Mesyuarat memutuskan untuk meningkatkan kuota pengeluaran minyak masak bersubsidi dengan ketara untuk tempoh terdekat ini.

    ‘‘Dengan peningkatan kuota serta pengagihan secara lebih berkesan, bekalan minyak masak bersubsidi akan pulih seperti sedia kala dalam masa beberapa hari dan catuan terhadap pembelian minyak masak adalah tidak perlu,” kata Perdana Menteri.


    (akhirnya! Mari kita nyanyi lagu boria Kepala Batas ramai-ramai:

    Undilah, kita semua
    undilah, kita semua
    Undilah, Che Dollah jota-jota
    (che dollah kita cap duit raya, kawan-kawan!!!!)
    undilah, kita semua...

    ReplyDelete
  14. Asslamualaikum Dato' Kadir yang dikasihi,

    Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga berbahagia disamping keluarga.

    Jom kita lihat citer terbaru tentang Abu FurQaan...dan foto GEMPAAARRR anak kandungnya yang telah dikenal pasti melalui proses ujian DNA TEST...Abu Mazhab. 100% tulen!

    check it out bro'...http://theindiestory.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Secara umumnya di malaysia ini ekonomi didalam perniagaan iaitu pekilang/pemborong dan juga peruncit adalah dimonopoli oleh satu satu pihak sahaja. Disini bolih dilihat semacam ada pakatan supaya sesuatu barang itu bolih ditiadakan dalam sekelip mata sahaja. Sepatutnya pihak pengurusan yang dimonopoli oleh kerajaan (seperti Felda) perlu mengambil tanggungjawap untuk menstablinkan keadaan sebagaimana tanggunjawab Bernas untuk beras. Masalah ini akan sentiasa berlaku selagi mana Ekonomi antara sesuatu pihak tidak sekata.

    ReplyDelete
  16. Anonymous12:09 PM

    Bulan Mac'08 ni kita pakat-pakat Ubah Sebelum Parah!

    Salam Maal Hijrah--jom lah hijrah dari BN dacing yang sememamngnya senget berat sebelah tapi digambarkan tegak mendatar sama berat!

    ReplyDelete
  17. Anonymous5:47 PM

    salam dari Guar Chempedak,

    realiti nya ialah, daerah Guaq Chempedak, Gurun, sehingga lah ke Kompleks Al Bukhary yang ada Giant di dalamnya, dan jugak Pasific di Tandop, minyak masak tidak ada di ruangan jualan.

    tapi kerajaan kita ni bijak. depa kata minyak masa ada. betui jugak cakap depa. memang minyak masak ada, tapi minyak jagung! atau minyak2 yang digelar sebagai 'MINYAK MAHAL'

    sekilo mau kena RM 10.45. padahal kekurangan minyak masak yang ditakuti ialah, minyak yang dikatakan MINYAK GORENG IKAN tu. yang harganya 5 kilo, dalam lebih kurang RM11-RM13.

    jadi, pemuda guar chempedak ni, p beli kat parit buntaq sebab memba kata di sana ada.

    haru la ni datuk oooiii...

    ReplyDelete
  18. Salam Dato' Kadir,

    Tanda-tanda sebuah kerajaan yang lemah adalah bila barang rutian harian yang digunakan rakyat semakin kurang bekalan.

    Minyak masak kelapa sawit boleh kehabisan bekalan sedangkan kita bukan dimusim perayaan memang menjadi misteri.

    Salah satu kelemahan sisitem kapitalis adalah memberikan ruang besar kepada para pemodal Kapitalis Brengsek ruang yang besar membuat keuntungan sebanyak yang mungkin dengan menekan rakyat jelata sehabis mungkin. Inilah bahayanya sistem ekonomi berdasarkan sistem kapitalis acuan Barat.

    Selepas ini apa pula bahana yang menanti? Misteri apa pula yang akan terjadi?

    Kesabaran rakyat semakin diuji, lepas satu persatu...
    Jangan cuba bercakap soal membela rakyat miskin jika Minyak Kelapa Sawit yang terpaksa rakyat beli menggunakan duit sendiri pun, bekalanya boleh kehabisan.

    Sibuk bermain retorik politik, tetapi soal BUAT KERJA; habis kecundang. Malaysia semakin banyak terlibat benda-benda yang memeningkan kepala. Jiran kita Singapura aman damai...

    ReplyDelete
  19. minyak masak malaysia kurang, sebabnya:

    kelapa sawit tak berbuah kena banjir?
    atau malaysia kini musim sejuk, salji turun?
    atau ada minyak tapi sorok?
    atau kilang penapisan dan pembungkusan rosak kena banjir ke?
    pertambahan mendadak penduduk? bayi kecik banyak guna minyak masak? nak masak susu dengan minyak kot?
    atau menteri-menteri berkenaan otak beku ke?
    atau memang bohong dan tipu muslihat ke?
    atau memang lumrah rakyat malaysia yang memang BODOH LAGI BOLEH DIBODOHKAN DAN DIBANGANGKAN?
    barang sendiri dalam negara sendiri boleh jadi macam tu ke?
    atau memang pengurusan dalam negara kita 'loose control'.
    apa nak jadi? kau semua lawak lah!!!

    ReplyDelete
  20. Anonymous5:49 PM

    Sebenarnya salah satu alasan kukuh pihak menteri apabila barang tiada maka dikatakan di seludup keluar. Tak kira la, minyak ke, diesel dsb.

    Satu persoalan aneh ialah longgar sangat ke sempadan kita bila barang besar bertong-tong boleh melepasi sempadan. Kalau barang sebegini besar boleh lepas, no wonder la, dadah yang diseludup dalam seluar dalam lagi la tak boleh dikesan. Saya pernah terbaca satu artikel yang mengatakan bahawa amat mudah utk seludup barang hatta senjata api kerana keadaan sempadan yang longgar.

    In this case, siapa yang gagal tunai tanggungjawab di sempadan seperti polis, imigreses, UPP, askar or KDN...????

    ReplyDelete
  21. Anonymous12:46 AM

    Lirik: Blues Gang
    Lagu: Poi Pokan

    Poi pokan naik basika
    Tongah haghi tongah paneh
    Apo pasa makin mahal
    Apo nak dikato
    Kalau boleh nak buke stesen minyak
    Kek Kolo Lumpo

    Pughot bosa makan banyak
    Gaji tak naik..sobulan sokali
    Harga naik setahun sekali
    Apo nak dikato
    Kalau boleh NAK pangkah dacing
    Tapi busuk hancing

    Tanak nasik bogheh kampong
    Masak lomak cili (lado) api
    Sebulan gaji habih laie
    Apo nak dikato
    Ramai oghang dah kojo hilang
    Dah kono humban

    Makan pasir cicah air
    Catu minyak nak goreng telo
    Dompet kosong otak sosak
    Apo nak dikato
    Janji manis dah jadi masin
    Dek PEMIMPIN yang bangang!

    ReplyDelete
  22. Anonymous12:15 PM


    EU considers banning the import of certain fuel crops



    ...The increasingly negative image of biofuels has left officials pulled in separate directions - on the one hand trying to clean up the market for biofuels that cause environmental damage while, on the other hand, seeking to rehabilitate biofuels to meet ambitious greenhouse gas emissions targets that have made Europe a world leader in tackling climate change.

    The draft EU rules probably would have the biggest effect on growers of palm oil in countries like Malaysia and Indonesia, according to Matt Drinkwater, a biofuels analyst with New Energy Finance in London.

    "Some proposed developments in Southeast Asia will almost certainly be blocked by these provisions," he said, explaining that the rules would make it much harder to plant on recently cleared land or export fuels to Europe that emit significant amounts of greenhouse gases produced during the process of manufacturing biodiesel from palm oil...

    Bala siapa?

    ReplyDelete
  23. Anonymous2:02 PM

    The Scribe

    Sentuhan Manja UMNO-ku
    (anak ku sazali atau raja bersiong)


    Biarkanlah orang nak berteka-teki
    saperti kanak-kanak sekolahan
    bilanya tarikh pilihan raya umum ke-12 akan
    di adakan dondang sayangnya.

    Kalau angin jerih mengundang
    malang terasa bertiup mesra,
    saya semestinya nasihatkan Che Dollah pru kita diadakan
    di bulan-bulan baik Jun atau Julai. Ini pun natijah yang
    terkesan dari tajam torehan
    minda TunM juga hanyasenya
    dan tetapi mestilah kita dari
    duduk dipenjuru mengambilkira
    sudut imbuhan luaran yang berbisikan prestasi Ekonomi Global
    dan harga minyak dan riuhnya tawa
    dan sedih pengaruh dalaman kes Pembunuhan Gadis Mongolia
    dan wayang Lingam.

    YBhg The Scribe,
    apa yang lebih menarik perhatian
    ialah kesan ke atas ekonomi kesetempatan
    dari tekanan permintaan garau
    pasaran berubah-ubah akan perusahaan minyak mustajab
    kelapa sawit ajaib Malaysia saperti yang terkandung bersemi
    dalam lapuran kecil ini:

    Malaysia’s edge over Indonesia if EU bans palm biodiesel

    ...Credit Suisse Research said if approved by the EU, the law would ban importation of fuels derived from crops grown on certain kinds of land (including forests, wetlands or grasslands). The ban would primarily affect palm oil and possibly the Latin American imports.

    It said a ban could cause a knee-jerk impact on plantation share prices, as the key plantation stocks have surged by 16% to 39% over the past month...

    Bukan mahu menidakkan kata-kata
    mereka orang yang hampir sangat
    bergelumangan dalam najis
    hutang piutangan subprima
    dan penagih darah manusia lemah
    namun sekadar memberi nafas
    kepada kemusykilan segar akan
    apakah kesan 'wang besar'nya
    pada Musa Hitam di Sime? Yang
    tentunya saperti galah mengungkap buah pauh pnadai melamar
    sedarkan kita apakah kesan 'kepintaran' untuk
    Nazir CIMB?

    Inilah lembaga-lembaga hitam
    yang berkeliaran bermandi
    embun malam cepat mencuri mencuit
    perhatian saya.
    Kuasa pemerintahan tidak akan
    bertukar tangan tidak
    ke mana-mana. Derma sedekah
    orang selalunya adalah sedikit
    di sana-sini tetapi yang di
    rentapnya apa yang dihajati itu
    yang lebih cuma lebih percumanya
    sekadar walhal lebih pentingnya
    sentuhan pergolakan dalaman UMNO
    sendiri yang akan mencorak
    kejayaaan dan kecapaian negara
    pertiwi kita ini.

    ReplyDelete
  24. Anonymous9:58 AM

    Dato',

    Siapa gerangan dead wood, kayu mati, tunggul kayu dan para korup yang dimaksudkan oleh Mantan PM itu?

    Apakah Pak Lah?

    Apakah Rafidah?

    Adakah Shahidan?

    Apakah Mahyuddin?

    Apakah Annuar Musa?

    Apakah Musa Amman?

    Apakah Khairy Jemaluddin?

    Apa halnya dengan Samy Vellu?

    Menteri Pengangkutan dari MCA yang terlibat dengan skandal Port Klang?

    Apakah Jamaluddin Jirjis?

    Apakah Azalina (Single) Osman Syed?

    Apakah Nazeri Aziz?

    Apakah Mahazir (MB) Kedah?

    Senarai suspect panjang Tok. Panjang sepanjang tangan tangan panjang pemimpin yang korup, rasuah dan tak bermoral.

    Tok ada dengan cerita skandal nafsu di Perlis? Betul, fitnah atau khabar angin?

    Saya setuju. Bersihkan Umno tapi bersihkan juga MIC, khasnya Samy Vellu, MCA, Gerakan, PPP dan semuanya.

    Kepala bersih tapi kalau tangan, kaki, mata dan perut busuk pun tak bersih juga pemerintahan.

    ReplyDelete
  25. Anonymous11:24 PM

    Pada perhatian saya, BN menghadapi masalah besar ketika ini. Ia tergugat oleh masalah dalaman sendiri apabila Presiden Umno membiarkan dirinya tidur dalam pelukan menantu untuk membuat keputusan -- sama ada untuk parti atau kerajaan.
    Cuma yang meragukan, apakah pembangkang benar-benar solid seperti digembar-gemburkan. Pas dan PKR mesti membentuk realiti dengan kenyataan politik masa kini. Tiga negeri -- Johor, Sabah dan Sarawak adalah kawasan solid BN yang tentunya memberikan 50 peratus kerusi parlimen... setidak-tidakbnya untuk BN kekal berkuasa.
    Majoriti BN mungkin merosot, tetapi tidak sampai memberikan kekuatan total kepada pembangkang.
    Najib mungkin tidak lagi menjadi TPM dalam masa dua tahun lagi.

    ReplyDelete
  26. Anonymous12:10 AM

    Sudah tiada lagi suara dari peringkat bawah dah dalam UMNO sekarang. Saranan Yg Berbahagia Tun Dr Mahathir patut di ikuti sekarang. UMNO dah jadi harta benda pemimpin sekarang, seolah-olah boleh di faraid! Kaedah lakonan bila menjelang pilihanraya cukup menjijikan!
    Kerajaan sekarang cukup lemah! Pernah kita dengar Tun cakap saya tidak tahu sewaktu dia memerintah?
    Isu kenaikan dan kekurangan barangan seperti minyak masak dan gula amat meloyakan. Kalau Menteri kena turun padang, menampakan kegagalan pentadbiran keseluruhannya! Kenyataan akhbar kata ada dan cukup, realitinya tak cukup! Adakah ini yang di katakan pemerintahan yang telus! Camana nak membina tamadun, kalau isu macam ni pun tak dapat di selesaikan!
    Isu jambatan dan keretapi sudah cukup mengambarkan KERAJAAN TIADA PENDIRIAN. Hari ni cakap lain, esok cakap lain. Boleh hancur negara!
    Kesimpulannya hari, PEMIMPIN tidak tahu apa yang berlaku dan di lakukannya. Perubahan perlu di lakukan di peringkat cawangan dan Bahagian barulah PUCUK PIMPINAN turut berubah! salam Perjuangan Buat Semua.
    Feel free at http://ohmerbok.blogspot.com

    ReplyDelete