Faktor Parti, Calon dan Isu Dalam PRU
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEMAKIN hampir kepada hari penamaan calon pada 24 Februari ini, perbahasan mengenai pemilihan calon, lobi-melobi untuk menjadi calon, perwatakan calon, pakatan pilihan raya di kalangan parti pembangkang dan isu-isu berkaitan dengannya menjadi semakin hangat.
Begitu juga usaha kerajaan khasnya dan Barisan Nasional amnya mempertahankan diri daripada serangan pembangkang dan sungutan penyokong mereka sendiri.
Jelas daripada laporan media massa arus perdana (MAP) dan alternatif, bahawa pemilihan calon di kalangan parti-parti komponen BN dan pembangkang tidaklah selancar yang cuba digambarkan walaupun BN di beberapa buah negeri sudah pun menghebahkan barisan calon mereka.
Pemilihan calon menjadi semakin rumit dan mencabar dengan adanya janji oleh pucuk pimpinan BN untuk mengemukakan ramai calon baru dan melaksanakan proses penapisan yang lebih rapi agar calon yang berintegriti sahaja dikemukakan.
[Fact Sheet, 21 Februari]
1. PERENTAPAN untuk menguasai kerusi Parlimen Marang di Terengganu nampaknya memihak kepada Pas berikutan keputusan BN menggugurkan Abdul Rahman Bakar dan menggantikannya dengan orang baru, Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
Ini mencerahkan harapan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang kalah dengan 163 undi dalam PRU 2004 untuk merampas kembali kerusi lamanya.
Pengguguran Abdul Rahman yang digelar “the giant killer” (penyembelih gergasi) kerana menewaskan Abdul Hadi memeranjatkan banyak pihak.
Sementara itu harapan Abdul Hadi mengekalkan kerusi DUN Ru Rendang menjadi lebih cerah apabila BN meletakkan calon baru Razali Idris. Abdul Hadi menang dengan kelebihan 1,435 dalam PRU lalu.
2. (22 Februari) -- Puji-pujian PM bukan jaminan – demikian nasib yang menimpa Ahli Parlimen Serdang, Yap Pian Hon yang menurut laporan Bernama tidak dicalonkan semula oleh partinya, MCA.
Beberapa minggu lalu, Yap memberitahu Utusan Malaysia: "Pada bulan Mac (2006), Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah memuji saya sebagai antara Ahli Parlimen yang paling cergas berkhidmat kepada rakyat.”
(Friday February 22)
(The Star) - Bloggers slammed. KOTA TINGGI: Rumour-mongering bloggers are cowards and a nuisance to Umno, said Pengerang MP Datuk Seri Azalina Othman.
Azalina, who is Youth and Sports Minister, said the opposition parties were using the blogs because they know that the Home Affairs Ministry was busy monitoring reports in the mainstream media.
“They think they can get away with it but it is not the case as they too are being monitored,” she said after launching the National Sports Institute satellite centre here.
[Sambungan Posting Asal]
Integriti adalah antara mantera utama Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang dalam konteks pemilihan calon membawa maksud bahawa mereka tahan diuji dari aspek rasuah, kecekapan, dedikasi, iltizam dan kebolehan.
Langkah BN merujuk bakal calonnya untuk diteliti oleh Badan Pencegah Rasuah sebagai tambahan kepada tapisan oleh Cawangan Khas (SB) adalah baik walaupun ini bukanlah perkara baru.
Namun ia bukan jaminan muktamad bahawa hanya calon yang paling berintegriti akan dipilih bertanding apatah lagi jika berlaku campur tangan oleh pihak atasan dalam dan luar parti.
Malah ia boleh dilihat sebagai taktik untuk memberi kewibawaan kepada calon yang tidak berwibawa. Atau lebih buruk ia dilihat sebagai mempersendakan penilaian BPR.
Pada beberapa bulan kebelakangan ini, banyak pembesar BN telah didedahkan oleh media massa, termasuk MAP, sebagai terbabit di dalam pelbagai kegiatan dan situasi yang menimbulkan syak wasangka dan tanda tanya mengenai integriti dan moral mereka.
Adalah menarik untuk melihat sama ada watak-watak ini akan dicalonkan semula, jika mereka penyandang, dan disenaraikan jika mereka muka baru.
Oleh sebab Perdana Menteri sendiri nampaknya begitu berazam melaksanakan konsep integriti, maka adalah menjadi hak mutlak pengundi dan rakyat jelata menyoal dan membincangkan latar belakang setiap calon BN secara terperinci.
Pengundi berhak mengetahui latar belakang pendidikan, kaitan kekeluargaan, gaya hidup, kegiatan perniagaan, khidmat masyarakat serta manifesto peribadi setiap calon.
Tidak keterlaluan dikatakan yang isu perwatakan (personality) – daripada perwatakan calon biasa kepada Perdana Menteri sendiri – akan menjadi pertimbangan penting pengundi kali ini.
Tidur atau jaga, lewat atau awal, teruna atau dara, duda atau janda, kaya atau miskin, anak penarik beca atau anak pembesar negara semuanya boleh dijadikan asas menguji dan mengadili integriti seseorang calon.
Bagi pembangkang pula, selain isu calon mereka terlebih dahulu perlu mencari kata sepakat mengenai pembahagian kerusi jika mereka mahu memberi tentangan jitu kepada BN. Bertanding melawan satu sama lain hanya menjanjikan kekalahan bagi mereka dan kemenangan bagi BN.
Kemudian isu pokok yang mempengaruhi kebajikan pengundi seperti janji-janji pilihan raya yang lalu, kenaikan harga barang dan perkhidmatan, inflasi, pembahagian kekayaan negara, jenayah dan ketidakberkesanan sistem penghantaran perkhidmatan.
Selain kesan terus isu-isu pokok ini, BN juga akan menghadapi cabaran dan tekanan untuk menangani harapan (expectation) yang dilonjakkan oleh janji kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang pada pilihan raya lalu.
Setelah empat tahun memberikan mandat raksasa kepada BN, pengundi akan memutuskan sama ada harapan mereka ditunaikan atau sebaliknya. Inflasi, jenayah, kecekapan perkhidmatan awam dan penunaian janji akan menjadi pertimbangan mereka.
Namun ini tidak menghalang parti-parti yang bertanding, termasuk parti-parti BN, mengeksploit isu-isu perkauman, kedaerahan, setempat dan peribadi untuk mendapatkan undi.
Isu-isu komunal, agama dan masyarakat sivil (civil society) seperti tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), tuntutan gerakan pilihan raya bersih (Bersih) dan tunjuk-tunjuk perasaan jalanan sejak November lalu semuanya boleh digunakan untuk menggertak dan menakut-nakutkan pengundi.
Pada 18 Februari, akhbar The Star melaporkan hujah Perdana Menteri mengenai ekonomi dan subsidi minyak sebanyak RM40 bilion “yang diberikan oleh kerajaan.”
Dalam konteks ini, saya ingin menyiarkan semula ulasan seorang pembahas blog ini mengenai “kontrak pilihan” raya antara kerajaan dan pengundi yang termasuk perbincangan mengenai subsidi.
Saya mendapati komen ini menarik kerana ia sedikit sebanyak mewakili persepsi umum mengenai apa yang Perdana Menteri hujahkan. Komen itu berbunyi:
“1. PRU adalah waktu pengundi dan parti-parti politik menandatangani kontrak lima tahun. Pengundi beri undi, parti-parti beri janji;
2. Parti yang menang tubuh kerajaan. Kerajaan itu terhutang budi (beholden) kepada pengundi/rakyat. Bukan sebaliknya;
3. Atas (dasar) kontrak itu, rakyat bayar bermacam cukai, hasil, tarif dan tol kepada kerajaan. Rakyat jelata juga menanggung hutang yang diambil oleh kerajaan. Sekali lagi kerajaan terhutang budi dan beholden kepada rakyat. Bukan rakyat terhutang budi atau beholden kepada rakyat (sic) (kerajaan?);
4. Kerajaan pungut cukai, hasil, tarif dan tol. Kerajaan belanja untuk dirinya -- macam belanja lebih MR16 juta untuk renovate Seri Perdana oleh Pak Lah dan Endon/Jeanne -- bayar gaji menteri dan kakitangan awam. Bayar hutang negara;
5. Untuk pembangunan kerajaan berhutang dari dalam dan luar negeri. Rakyat yang tanggung hutang itu generasi demi generasi;
6. Subsidi dan bantuan bukan dari duit kerajaan. Ia dari cukai, hasil, tarif dan tol yang rakyat bayar;
7. Subsidi/bantuan tanam semula getah dan kepada sawit datang dari cukai cess getah dan minyak kelapa sawit;
8. Subsidi padi datang dari pengguna yang beli beras. Kerajaan beri francais kepada Bernas. Bernas import beras mutu tinggi yang murah dari luar negeri dan campur dengan beras mutu rendah yang mahal dari dalam negeri.
Bernas campur kedua-dua beras ini dan jual pada harga yang lebih tinggi dari harga di pasaran dunia. Bernas ambil sikit untung dan bagi bakinya kepada kerajaan untuk diagihkan kepada penanam padi. Jadi yang bagi subsidi padi bukan kerajaan tapi kita yang makan nasi;
9. Jadi yang kita mahu adalah kerajaan yang cekap, yang amanah dan telus. Kita yang bayar untuk biayai kerajaan dan pentadbiran negara, bukan kerajaan;
10. Subsidi petrol itu juga bukan duit kerajaan tapi duit Petronas yang kita semua miliki sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai.
Tiada pengundi, tiada kerajaan.
Kerajaan yang wajib berterima kasih kepada kita, bukan kita berterima kasih kepada kerajaan.
Selamat memilih orang suruhan kita.
Pegawai JUSA Pencen.”
Nota: Komen “Pegawai Jusa Pencen” disiarkan sepenuhnya. Hanya kesilapan ejaan diperbetulkan. Mengenai kos pengubahsuaian Seri Perdana, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz, memberitahu Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Parlimen pada 21 Nov. 2005 bahawa jumlahnya adalah RM15.81 juta.
salam datuk
ReplyDeletesaya kecewa dengan pencalonan bagi BN di Melaka semalam
Ali masih berharap untuk kekal menjadi CM... Mat Said digugurkan(takpe lah tu)...Dr Ruddin digugurkan juga(aper citer ni...memang lah orang Melaka tahu Ruddin memang kritikal dengan pentadbiran Ali tapi inikan dasar terbuka...sepatutnya boleh kritikkan!)
kenapa Ali masih lagi nak jadi CM...hutang kerajaan Negeri sudah melampaui RM1.5billion kpd Persekutuan... nak tambah jadi RM3bilion...
please lah bg ler somebody yang berpelajaran dan tahu bezakan apa itu Negeri dan apa itu Persekutuan...
i rest my case
well said jusa pencen.
ReplyDeletesudahlah malas dan suka tidur, menipu pulak tu... gelaran apakah yang layak untuk pembesar sedemikian?
dato kj,
ReplyDeleteada satu projek perumahan yang disokong oleh kerajaan negeri selangor iaitu desa kerayong indah (kuala selangor) berhampiran dengan puncak alam. pembelinya semuanya orang melayu (lebih kurang 1000).
dari 1999 hingga sekarang projek masih belum siap (tergendala). telah dimaklumkan kepada kerajaan negeri minta bantuan (kerana projek dibawah JKKK/pejabat tanah kuala selangor) tetapi tiada siapa yang sanggup tolong selesaikan.
dato kj,
orang melayu ditindas oleh orang melayu sendiri tiada siapa yang mahu dan berani kedepan untuk membantu. dari suk, exco perumahan hingga ke mb tiada siapa yang ambil peduli.
parti mana yang patut kami pangkah? mungkin undi kami tidak penting kepada umno/bn.
Komen Jusa Pencen adalah lebih jelas dari apa yang cuba di"omong"kan oleh kesemua pembangkang di Parlimen dan tidak boleh disangkal waimah kalau dikumpulkan kesemua ahli parlimen BN.
ReplyDeleteIanya satu statement cukup jelas dan padat kepada semua pengundi dan ia patut dijadikan sebagai rujukan atau manifesto sebelum membuat keputusan mengundi.
Jadi, di abad millenium yang dikuasai oleh para kapitalis yang sentiasa menunggu peluang, pemerintah yang korup serta pembangkang yang tiada haluan, biarlah kita mengundi dengan pertimbangan yang rasional demi kepentingan masa depan negara, masyarakat dan keluarga.
Salam Buat Semua,
ReplyDeleteIni adalah kali ke 2 saya akan turun mengundi..
Biarlah saya menjadi seorang yang terlalu nostalgik...
Ikhlas kata, saya masih tidak yakin dengan agenda perjuangan parti-parti pembangkang. Semuanya kelihatan 'tidak bijak' dan 'terlalu emosi' ! Tapi pada masa yang sama, sejak akhir-akhir ini keyakinan saya kepada kepemimpinan kerajaan adalah semakin menipis dan semakin tiris...
Apa yang saya maksudkan saya terlalu nostalgik ialah sikap saya yang terlalu 'mengenang budi'...
2004, saya mengundi BN atas faktor ucapan terima kasih tak terhingga buat Tun Dr Mahathir, begitu jugalah yang difikirkan oleh sekeluarga saya.. Kami tidak mengundi BN pasal terpesona dengan ISLAM HADHARI yang sebenarnya entah repekan apa apa saja....
Kali ini, kerana nostalgik mahathirlah, saya tetap akan mengundi BN ! Bukan kerana kerajaan cemerlang, gemilang, terbilang !
Dato'
ReplyDeleteAhmad Said "tutup sebelah mata" telah digugurkan dari senarai calon BN Melaka. Tahniah Ali Rustam.
Tapi kalau bukan kerana asakan pembangkang di Parlimen, kes tutup sebelah mata ini mungkin mati macam itu saja. Cover-up lah.
Itulah sebabnya kita kena undi lebih ramai pembangkang untuk Perlimen dan DUN sekali ini supaya PM tak terus tidur atau tutup sebelah mata.
Dulu Undi BN
Salam datuk,
ReplyDeleteSaya terkilan knp Idris Jusoh gugurkan Rahman Bakar. Apa masalah nya? Rahman ada kedudukan dalam parti dan MT. Apa motif Idris ni datuk? Rahman yang banyak cover Fong c.oon kalau tidak kementerian suber manusia tu hancur dan takdihormati.
Kita pun tau scandal Idris ni.
Datuk AKJ,
ReplyDeleteSiapa kata Dollah tak hebat main politik? Dia ni survivor, macam dalam TV tu. Pengundi belum undi dalam pihanraya, tapi Dollah ni dia dah fikir pemilihan Umno. Sebab itulah dia kekalkan semua MB Umno walaupun kita tahu seorang dua ada masalah. MB penting dalam pemilihan Umno. Kalau buang atau ganti MB akan ada masalah. Jadi Dollah kekalkan mereka. Saya nampak tangan memantunya dalam keputusan ini sebab memantu dia mahu lawan ketua pemuda. Tengok macam mana dulu dia musuhi Khir Toyo tapi sekarang member baik.
Pemerhati Riong
Tu dia pilihan raya dah mari
ReplyDeleteTidur malam banyak yang mimpi
Nak jadi YB perintah negeri
Jadi berkuasa macam Khairi
Mat pun dah lama tak merapu
Dok lari ke hilir dok lari ke hulu
Cari makan tak kira waktu
Pasai ekonomi negara tambah buntu.
Jadi kontraktor Kalas F bukan senang
Projek tak banyak untung pun kurang
YB dan DO pun dok asyik nak tumpang
Minta habuan pagi dan petang.
DO menikah perempuan Indonesia
Dengar cerita dari Jogjakarta
Dekat kita duit dia minta
Pasai nak pi tengok bini dia.
Kalau tak bagi Mat yang rugi
Projek kecik tak dapat lagi
Susah nak bela anak dan bini
Suka tak suka kenalah bagi.
La ni YB pula mula goncang
Minta duit beruncang-uncang
Pasai pilihan sudahlah datang
Dia nak belanja pendekar dan hulubalang.
Duit pilihan raya Mat nak kena beri
Kalau dak depa bunuh kita bagi mati
Tapi bila mai masa mengundi
Depa tunggulah apa nak jadi.
Pembangkang mesti tak boleh menang
Tapi jasa depa kita kenalah kenang
Tak ada depa BN lagi naik tocang
Kita di bawah disepak terajang.
Kita ada dua undi
Satu Parlimen satu negeri
Mat akan bagi-bagi
Pilih calon yang ada integriti.
Janganlah pilih yang selalu lena
Atau yang suka ke luar negara
Cakap merapu tak kira masa
Habis ekonomi hancor binasa.
Depa bagi gula kita terima
Ambil kain batik apa salahnya
Kita pun bayar hasil kepada mereka
Yang depa bagi tu duit kita juga.
Pak Lah dok belanja berjuta-juta
Perbesar perelok Seri Perdana
Yang dia dok pakai tu duit kita
Duit peloh rakyat jelata.
Mat Tunjang Enterprise berundur dulu
Nak bawa lori ke Kampung Ulu
Ada semen, besi ada batu
Buat projek balai pengulu.
Alor Setar Kampong Tajar
Kubang Rotan Bukit Chegar
Ada hari boleh ajar
Pemimpin bohong kita lempar.
Sekiranya benar BPR dirujuk oleh BN untuk merisik latarbelakang calon, dan calon yang tak bersih akan digugurkan, BPR wajib mengambil tindakan selanjutnya, iaitu memberkas atau menyiasat "calon2 suspek" tadi.
ReplyDeleteTakkan lepas begitu saja.
BPR dan kepimpinan BN juga perlu berani membiarkan calon2 yg "bersih" di soal-siasat oleh pengundi, media dan bloggers.
Umum pasti mahu tahu apa pendapat BPR tentant isu saham ECM Libra bernilai berjuta-juta ringgit yang di"beli" oleh Khairy Jamaluddin dari kawan bapa mertuanya dalam tahun 2006, misalnya.
Seperti yang umum ingat, naib ketua Pemuda Umno itu kelam kabut menjual balik saham-saham tersebut selepas pendedahan yang dibuat oleh Dr Mahathir.
Saya tak ingatpun ada siasatan BPR atau Securities Commission atau badan disiplin Umno.
Khairy katanya bakal dicalonkan di Rembau.
Terimakasih dan Selamat Mengundi
Selamat sejahtera,
ReplyDelete'.... this government, from the people, by the people, to the people, shall not perish...' was said by Abraham Lincoln nearly a hundred years ago and his statement is still valid. People choose their government, government serves the people. It is two way thing, not one way road.
Yes, ideally people vote for the candidate they know well that they could trust, but in the real world how are you going to know the candidate. You can't judge a book by its cover. With so many gossips circulating around, who are you going to trust in, the newspaper, tv or Internet?
Vote for the candidate is ideal proposition but not practical, especially when our society are still practising feudal system, just say yes to the landlord. You just can't say no, or you'll beheaded.
Still long way to go, Malaysia.
Terengganu bergolak: Be End BN?
ReplyDelete3 Ketua Bahagian digugurkan. Beberapa YB yang disenangi penduduk setempat juga digugurkan. VVIP ini tampil dengan muka masam mencuka, bermuram durja.
Datuk Abdul Rahman Bakar (Ketua UMNO Bahagian Marang,Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Timbalan Menteri)
Datuk Rosli Mat Hassan( Ketua UMNO Bahagian Dungun)
Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Bekas Timbalan Menteri Kewangan)
Percaturan cukup berani Idris Jusuh tapi mungkin makan diri, apatah lagi menggantikan Mang Bakar dengan SU Politiknya sendiri Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.
"Perang Dalaman" tidak boleh dielakkan. Mungkin sejarah 1999 berulang!
saya cukup tak faham kenapa asyik membincangkan tentang kelemahan atau keburukan kerajaan.adakah pembangkang itu sebuah parti yang sempurna?i don't think so.dimana konsep keadilan di bawah audi alterem partem.fikir sendiri..
ReplyDeleteSdr Unimportant Person mengulas:
ReplyDelete"saya cukup tak faham kenapa asyik membincangkan tentang kelemahan atau keburukan kerajaan.adakah pembangkang itu sebuah parti yang sempurna?i don't think so.dimana konsep keadilan di bawah audi alterem partem.fikir sendiri.."
Saya boleh fikirkan sebab-sebab berikut:
1. Rakyat/pengundi pilih kerajaan. Jadi mereka berhak membincangkan apa sahaja mengenai kerajaan;
2. Kerajaan buat janji. Pengundi beri undi. Kerajaan tak tunai janji. Pengundi berhak bersuara;
3. Kerajaan dibiayai oleh rakyat jelata yang membayar cukai, hasil, tarif, tol dan berbagai lagi. Rakyat tanggung hutang negara yang diambil oleh kerajaan. Maka rakyat berhak bersuara;
4. Pembangkang tidak sempurna. Sebab itu tidak semua undi atau puji pembangkang. Macam di Kelantan. Pas perintah dan BN jadi pembangkang. Bagi majoriti pengundi Kelantan, BN tidak sempurna;
5. It's because the majority of voters understand the Latin maxim, audi alterem partem, -- “ Hear the Other Side” -- that we have blogs and internet news sites reporting and discussing what is not reported and discussed in the main stream media.
That, to my mind, is the true manifestation of audi alterem partem!
I thank you.
Sdr unimportant person said..."saya cukup tak faham kenapa asyik membincangkan tentang kelemahan atau keburukan kerajaan."
ReplyDelete# Yang lebih cukup 'tidak difahami' kenapa media arus perdana asyik meghebah dan mempaparkan kebaikan dan jasa kerajaan sambil memburukan dan membesar-besarkan keburukan pembangkang serta negeri2 yg dikuasai pembangkang?
Unfair advantage?! Jadi, kalau betul ada hotak cuba pikir!!
Dato,
ReplyDeleteSepertimana delima Dollah (menjalankan strategi serampang dua mata) dalam memilih calon yang akan memenuhi keperluan BN untuk PRU ke 12, disamping kepentingan kaum kerabatnya dalam pemilihan UMNO hujung tahun 2008, kebanyakkan pengundi juga akan menghadapinya.
Delima pengundi dalam memilih calon dalam memenuhi keperluan setempat ( ADUN ) dan juga negara (MP) adalah :
1. Mengundi seseorang calon dari sabuah parti berdasarkan kepada sejarah perjuangan dan kekuatan serta kekuasaan parti itu
atau
2. Mengundi seseorang calon itu berdasar kredibilitinya memperjuangkan hak dan keperluan masyarakat tanpa mengira kepentingan kedudukannya didalam sasabuah parti.
Dato sebagai seorang bekas Ketua Editor dalam MSM dan masak dengan sikap politik pemerintah Malaysia
( yang tidak banyak berubah dari dulu) dan juga berdasarkan keputusan PRU yang lepas lepas, bolehkah memberi sedikit pendapat akan akibat yang akan ditanggung dalam jangkamasa satu penggal yang akan datang dengan mengambil salah satu option diatas.
Ini adalah apa yang di sumbatkan oleh MSM kedalam minda rakyat Malaysia adalah terlalu berat sebelah dan lebih seperti menakut nakutkan serta menidakkan realiti yang sebenar.
Salam.
Kita tak kata kita tak sokong kerajaan. Tapi kerajaan yang kita sokong secara automatik harus faham bahawa jika dia orang inginkan mandat untuk memimpin, sudah tentulah mandat itu di beri dengan tanggung jawab.
ReplyDeleteYang kita persoalkan ini, adakah tanggung jawab telah di penuhi oleh kerajaan sekarang?
Bukan kita nak tengok sebelah pihak, tapi yang sebelah pihak lagi tu, kita tak bagi mandat kat depa, macam mana kita nak komen ka, complaint ka, mengata ka, mengkritik ka...
yang nyata, banyak sangat isu dalam kerajaan sekarang yang telah secara tidak bertanggung jawab dibiarkan tidak di jawab atau di jawab di dalam cara yang menganggap rakyat dalam Malaysia ni samdol, boleh diperbodohkan.
Tak tahulah orang lain, tapi tok nenek saya ajar jangan jatuhkan maruah orang dengan memperbodoh-bodohkan orang. Kita ni ada apalah lagi, yang semua orang di Malaysia ni ada hanya maruah.
Nak kata duit, bukan semua orang ada. Nak kuasa politik, bukan semua ada. Nak kata kontrak bukan semua orang dapat. Yang ada hanya maruah.
Audi alterem partem? Macam biasa dengaq. Tapi boleh kata ramai yang tak reti dan tak tau nak pakai.
ReplyDeleteMedia arus perdana (MAP) ada pakai ka? TV1 dan TV2 (ni kerajaan punya, bukan parti BN punya tau!) ada digunakan ka untuk tujuan ni?
Macam kata tok Kadir la, rakyat berhak komplen, bising, tegur kerajaan yang dilantik oleh rakyat. Menteri perdana, besar, ada portfolio, tiada portfolio tu semua penjaga amanah rakyat ja aka pekerja. Bila depa tu dah banyak kes macam tidur masa bekerja (tak amanah dengan masa) dan macam-macam lagi, rakyat sebagai BOSS mestila hangin satu badan sebab pekerja tidur masa kerja. Ka BOSS tak boleh marah pekerja sebab tak buat kerja? Ka TUAN tak boleh marah HAMBA (ingat lagi siapa dia HAMBA No.1) yang asyik terlena diulit intan?
Memang la nampak lekeh pembangkang sebab hari-hari cerita buruk pembangkang ja yang keluar. Ada pembangkang dapat slot dalam suratkhabar dan media TV? Sapa berani nak bagi? ZAM nak bagi? Kerat 18 dia tak bagi. Mati hidup balik dia tak bagi.
Barisan Nasional yang salah guna kuasa pakai RPG sama M16. Pembangkang pakai tisu yang dikepal-kepal jadikan senjata. Battleground tak sama. Agak2 sapa ada kelebihan?
Ada ka khalayak yang di luar sana yang tiada kemudahan internet mampu pakai 'audi alterem partem' kalau dah hari-hari di'brainwash' dan ditakut-takutkan bila mengundi pembangkang seolah-olah menggadai nyawa anak-cucu dan negara?
Buat yang nak bernostalgik, UMNO pun sepak-terajang Tun M, ada patutka lu tunjuk terima kasih macam tu?
Habaq mai sat...
Sdra Pak Lah Lah Lah, dalam menimbangkan dua opsyen yang Sdr sebutkan itu, izinkan saya menyatakan pandangan berikut:
ReplyDelete1. Mengikut amalan selama ini, pengundi tidak ada pilihan selain memilih calon parti. Tidak ramai calon bebas bertanding. Kalau ada pun mereka kurang berwibawa;
2. Antara parti dengan calon, pengundi Malaysia selama ini memberi keutamaan kepada parti. Akibatnya, calon yang tidak berwibawa pun menang kerana sokongan pengundi kepada parti;
3. Tetapi parti tidak akan kuat dan kerajaan yang ditubuhkannya tidak dapat memenuhi aspirasi pengundi kalau wakil-wakilnya tidak berwibawa, tidak ada idea, tidur waktu kerja, curi tulang, rasuah dan biadab;
4. Parti dan kerajaan akan kuat dan mampu memenuhi aspirasi pengundi dan rakyat jelata hanya jika wakil-wakil yang dipilih itu berwibawa, berintegriti, ikhlas, tidak gila kuasa, tidak rasuah, tidak menyalahgunakan kuasa dan tidak bersikap talam dua muka; dan
5. Lima tahun adalah masa yang lama pada era ekonomi global yang semakin mencabar dan tidak menentu ini. Kita memerlukan kepemimpinan, dasar dan program yang lebih hebat daripada era Dr Mahathir untuk mempertahankan kedudukan kita. Untuk lebih maju kita memerlukan kepemimpinan yang lebih jitu dan hebat daripada sebelum ini.
Terima kasih.
Dato' KJ,
ReplyDeleteIzinkan saya untuk turut memberikan pandangan dalam soal calon dan parti. Dalam konteks politik Malaysia, parti memainkan peranan penting. Saya tidak melihat ada mana-mana calon dapat naik ke atas dengan membantah arahan parti. Usah tuding jari kepada parti kerajaan, parti-parti pembangkang juga sama. Cabaran kita sekarang ialah bagaimana untuk mewujudkan satu budaya yang lebih kondusif untuk muhasabah (self critism) dengan cara yang boleh memantapkan lagi parti dan tanpa mengorbankan idealisme perjuangan.
http://www.nobisha.blogspot.com
we vote, they rule
ReplyDeletewe pay, they spend
we suffer, they don't listen
that is the price of democracy.
Democracy, like everything else that is popular, is the preferred system of politics because it is the easiest to explain. It has child like simplicity and the population are usually pacified with the prospect of removing a Government they don't like after a fixed term,
once they are convinced that the people is actually in charge, then those in power will swiftly charge and usurp the rights of the many for the interest of the few.
The perfect system of Government is a spiritual dictatorship but that is way too difficult to explain...
Dato'
ReplyDeleteMukhriz dicalonkan di Jerlun. Kawasan ini merupakan kawasan 50/50 antara UMNO dan PAS. Sekiranya Mukhriz ke Langkawi, harapan untuk menang lebih cerah. Mukhriz kena bekerja keras. Pengundi di Jerlun masih ingat jasa Bapanya, tetapi sekiranya jentera tidak berjalan dan beliau sendiri tidak bekerja keras, habis. Kenapa MB Kedah/ Pak Lah tidak meletak Mukhriz di Kubang Pasu atau di Langkawi? Kenapa perlu letakkan di kawasan yang kritikal? Kalau Jerlun kawasan selamat, tidak apa. Saya bukan tidak menerimanya di Jerlun, tetapi saya mahu dia menang... menang dan meneruskan perjuangan Bapanya.
Sdr Orang Jerlun dan Sdr Kaki Jerlun,
ReplyDeleteAda baiknya Mukhriz bertanding di kawasan yang mencabar macam Jerlun.
Kalau dia menang, kemenagannya itu adalah kemenangan sejati dan mutakhir.
Kalau semua pembesar yang hendak jadi pemimpin hendak main selamat, kenalah pergi ke negeri selamat macam Johor, NS atau Pahang. Itu pun belum 100 peratus garenti.
Tapi dalam Umno yang semakin kedaerahan (bukan kebangsaan lagi) susah bagi orang yang lahir di Kedah bertanding di NS atau Johor.
Dulu orang Johor (Tan Sri Fatimah) boleh bertanding di Kedah, menang dan jadi Menteri.
Sekarang nampaknya semakin susah. Umno dah jadi parti kampung. Semua hendak orang sekampung, anak tempatan. Kalau tunggul kayu pun tak apa asal orang tempatan.
Tapi cakap tentang glokal dan globalisasi memang lantang, ibarat ayam yang berkokok nyaring tapi ekornya penuh tahi.
Di Johor, orang kata, letak ketul batu pun asal Umno/BN boleh menang. NS pun lebih kurang macam itu.
Kedah belum tentu. Kena pulon betoi-betoi.
Dr Mahathir menang di Kota Setar Selatan (kini Pendang) pada tahun 1964 tapi kalah pada tahun 1969 apabila pengundi Cina sabotaj. Tapi kita lihat apa terjadi dengan Tun Dr M.
Kalau Mukhriz bagus dan pengundi tahu perwatakan, kegiatan dan jasanya, saya yakin orang akan undi.
Benarlah Jerlun kawasan hangat. Pada tahun 1999 BN kalah tapi pada 2004 memang semula.
Tentang Mukhriz anak Dr Mahathir itu fakta. Tapi dia tidaklah boleh bergantung kepada nama bapanya saja.
Kalau ada pengundi yang kenang jasa Tun Dr M dan sokong Mukhriz, itu hak mereka. Takkanlah semua orang Umno tak kenang jasa? Tentu ada lagi yang kenang budi.
Tapi yang hendak dipilih bukan anak si polan atau menantu si polan. lagi pun bukan semua calon anak bekas PM atau anak bekas KM, menantu PM atau menantu Exco. Yang hendak dipilih adalah Wakil Rakyat yang berwibawa.
Terima kasih.
Datuk,
ReplyDeleteSebagai anak Kedah diperantauan tetapi masih mengundi di Kedah, saya dapati ramai juga calun-calun pada PRU kali ini diwakili oleh kumpulan mamak. Rupa-rupanya mamak begitu popular di Baling, Sungai Petani, Kulim/Bandar Baru dan Kuala Ketil.
Setahu saya di Baling ramai pengundi Melayu tak tahu pula saya disana rupa-rupanya ramai Melayu/mamak. Keadaan begini juga berlaku dan serupa di Sungai Petani, Kulim/Bandar Baru serta Kuala Ketil.
Datuk,
Apakah nasib Datuk Md. Rozai kali ini, dulu kalah dengan majoriti tipis. Mungkin kali ini kalah dengan majoriti tebal.
Kamalkamal
Assalamualaikum,
ReplyDeleteDatuk,Sdr.Orang Jerlun dan semua.
Pada hemat saya, saya melihat ada permainan disebalik pencalonan Muksiz di Jerlun dan kenapa tidak di Langkawi. Tak mengapalah kerana pada saya itulah politik.
Jerlun adalah satu kawasan yang tidak stabil 50-50.Kita perlu memastikan Mukhriz menang kerana kita mahukan dia menjadi PENGIMBANG kepada sdr. K, yang kita rasakan akan menang dengan mudah di ROMBAU.
Mukriz mesti DIMENANGKAN. Ini peluang kita tak kira samada kita orang PAS ke, PKR dan pastilah UMNO sendiri. Jikalau kita mahukan sesuatu yang lebih positif kita must go for Mukhriz.
Saya bukan orang ANSARA, bukan juga orang kedah-saya orang Kelantan makanya saya tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Apa yang penting saya melihat isu Mukriz ini dalam konteks Fututistic Leader.
Kita undi pembangkang sahaja. Apa kita takut ? BN ? Biar dia kecut perut. Jika ada 1 juta orang mcm saya tentu dah lama tumbang BN ..
ReplyDeleteSaya mengharap orang yang berkerja dan sentiasa berkerja untuk rakyat.
Jika dah jadi MP / ADUN sila letak jawatan yang lain tumpukan 100% pada tugas tersebut.
Kan dah kita bayar gaji ..dan elaun tak cukupkah ?
Kita nak ADUN/ MP yang bukan setakat mewakili rakyat, tetapi berfikiran rakyat ..apa apa tindakan mestilah kepentingan rakyat di utamakan, bukan kepentingan syarikat atau orang tertentu sahaja.
Buat lah apa pun project mega, tetepi adakah kebaikan dan kesan nya terus kepada rakyat ? Ini yang harus dipersoalkan ....
ps: saya masih mengharapkan Jalanraya yang terbaik tanpa TOL
Mukhriz tu sendiri kalau buang bin Mahathir, hebatkah (ni soalan peribadi saya)? Saya tak kenai dia secara peribadi. Tau la dok buat kerja-kerja amal, tapi dari segi kredibiliti dia sendiri. Jangan sebab dia anak Cik Det, kita sokong. Kalau lagu tu, abih la UMNO jadi parti keturunan. Sapa yang bapaknya tak dak tokoh, walaupun dia tu personalitinya berkarisma dan ada tokoh, tidak diseru untuk diberikan sokongan.
ReplyDeleteMemang saja la UMNO Kedah nak pelingkup Mukhriz tu. Betui la anak jantan kalau pi bertanding di tempat panas, tapi dia sendiri kalau diberi pilihan, mau ka? Saya berat kata, UMNO Kedah memang takmau calonkan dia dari awai lagi, cuma takmau nampak terang-terang nak buang dia. Tu saja.
UMNO yang hangpa dok sayang la ni dah jadi carca-marba. Mengkala menang BN, akan sama juga akhirnya. Mai pi la calon muka baru ka lama, muda ka tua. Yang penting la ni, sapa berani suruh HAMBA No.1 yang dok kemudi parti dan negara sambil tidoq dan tidoq lagi tu turun takhta? Mukhriz? Ghani? Tajol? Sapa dia?
Realitinya, kena bagi ramai pembangkang dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat, barulah yang dok berkuasa kena buat kerja dan tak khianat amanah. Baru ada check and balance. Kalau bantah ketua sendiri, kena panggil masuk mengadap lembaga disiplin. Sapa berani?
Habaq mai sat..
Dato' dan semua,
ReplyDeleteSdr puyot bertanya...."Ada pembangkang dapat slot dalam suratkhabar dan media TV? Sapa berani nak bagi? ZAM nak bagi? Kerat 18 dia tak bagi. Mati hidup balik dia tak bagi.
# Percaya atau tidak, jika akhbar dan media ini bebas dan bertanggungjawap, runtuh kerajaan sekarang ni. Untuk survival, tiada siapa yang biarkan ianya berlaku. 'Brainwash' dan propaganda di media ala-Zionist ini sememangnya senjata paling berkesan dan 'kotor' untuk mengekalkan kuasa. Saya yakin, siapa juga yang berkuasa pasti akan menguasai media dan mengawalnya. Ini sudah terbukti sejak zaman perang dunia, perang dingin sehinggalah zaman perang terhadap 'pengganas' sekarang. Apatah lagi apabila tiba saat pilihanraya begini, ianya dipergunakan secara terang-terangan memerangi siapa juga yang membangkang kerajaan.
# Journalist atau wartawan media seperti Dato' Kadir mungkin setuju sekiranya saya mengatakan perang psikologi begini adalah senjata terbaik semua diktator dan pemerintah. Sehingga rakyat bijak mengekses internet mencari maklumat alternatif seperti blogs, YouTube dan Facebook serta dibenarkan debat terbuka seperti Howard-Rudd di media Australia baru-baru ini, rakyat malang M'sia akan terus dimomokkan/direncahkan dengan kebaikan/keterbilangan parti pemerintah selain kelemahan/ketidakmampuan 'semua pembangkang'.
Saya setuju untuk Mukhriz bertanding di Jerlun. Kalau tak mahu ambil risiko menang dan kalah, baik tidur dalam kelambu saja; jangan masuk politik.
ReplyDeleteSaya yakin Mukhriz akan menang di Jerlun. Malah saya tak hairan kalau Mukhriz menang cukup besar di Jerlun, sekali gus membuktikan bahawa Mukriz adalah pemimpin yang diterima dan diperlukan oleh rakyat.
Saya berani berkata begitu kerana saya ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun dan dilahirkan di Jerlun.
Kalau Dato' KJ ada masa, jemput membaca komentar saya bertajuk "Mukhriz, Selamat Datang ke Jerlun!" di http://www.nobisha.blogspot.com Sebagai anak Jerlun, saya memahami aspirasi penduduk kawasan tersebut dan saya kira Mukhriz adalah calon yang paling layak.
Saya amat mengharapkan agar Mukhriz membawa perubahan kepada iklim politik UMNO Bahagian dan membantu membangunkan Jerlun yang agak ketinggalan.
Saya tidak terperanjat kalau orang-orang PAS juga akan mengundi Mukhriz. Pesan saya kepada Mukhriz, ikhlas dan jujur dengan perjuangan!
The Scribe,
ReplyDeleteSiapa Agaknya Sancho Panza Dr.M?
Pertanyaan:
Pada pandangan YABhg Tun Dr Mahathir adakah Datuk Mukhriz Mahathir yang akan dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Jerlun seorang calon yang berwibawa dan berkemampuan yang harus disokong oleh beliau sendiri dan dikempenkan? Adakah kawasan Jerlun menjanjikan cabaran bertaraf buat peserta sukan Endurance, DrM? Apa bahan kempen Mukhriz agaknya?
Pendapat YBhg The Scribe dah termaklum. Terima kasih.
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya cukup risau bila kita ada PM yang beranggapan kerajaan pimpinan beliau "is doing a favor by giving the 'so-called' RM40B petrol subsidi pada rakyat"... it shows a fundamental flaw in his thinking and mind-set, especially, when he didn't even feel "uneasy" about spending "his gomen's" money for the RM16M renovation of his palace? As the saying goes, "by their fruits, we shall know them?"; I hope Malaysians have seen enough of pak lah's "fruits" these past four years to see who he really is?
para pengundi sepatutnya sudah lama berfikiran seperti ahli politik " No permanent friend or enemy"
ReplyDeletepengundi perlu amalkan " No permanent goverment or party" in this world.
Datuk,
ReplyDeleteSaya pun nak tumpang sekaki nak komen gak. Tapi pasai kawasan kita.
Pendang di wakili olih PAS setelah merebut balik dari Man Bedun wakil BN di mana Man Bedun menang masa pilihanraya kecik yang telah membuatkan rakyat Malaysia tahu di mana letak nya Pendang. Dan pilihanraya yang membuat telah terbina nya persimpangan di lebuh raya PLUS ke Pendang. Senang sikit nak balik kampung. Tak payah lagi keluar ikut Gurun atau Alor Setar Selatan. Dekat sikit.
Pada saya wakil rakyat datang dan pergi baik dari BN atau PAS. Tidak ada seorang pun dari mereka setakat ini yang membuat sesuatu untuk mengubah keadaan di Parlimen Pendang malahan lagi DUN Bukit Raya. Rakyat masih di takok lama. Cara pemikiran orang kampung kita masih di takuk lama. Pekan Tanah Merah masih lagi macam dulu cuma baru baru ni saja kita dapati Pekan Tanah Merah berubah sikit. Tapi di ubah olih Anak Cina Panjang.
Kali ni Rozai di lantik lagi. Orang lama yang mempunyai pemikiran cara lama lack of creativity untuk mengubah keadaan. Bagi saya mengundi BN/PAS sama saja macam tak pi mengundi. Tak ada return. Pada pandangan saya lebih baik Man Bedun. Ada jugak dia bawa MRSM ke Pendang at least. Walau pun itu saja yang kita boleh nampak. Jasa lain Man Bedun ada lah jugak seperti sponsor rombongan ahli UMNO melawat Kuala Lumpur dan melawat rumah Man Bedun sekali. Itu saja.
Untuk masyarakat Pendang keseluruhan tidak ada apa yang di lakukan. Mentelah lah lagi PAS. Takat membangkang di Parlimen boleh lah. Itu saja yang wakil rakyat PAS boleh buat. Untuk create sesuatu yang boleh mejana kepada aktiviti yang boleh membuka peluang pekerjaan baik di sector pertanian/perniagaan tidak ada langsug. Kalau ada pun projek MADA buat ikan dalam sangkar.
Sesekali Datuk balik kampung hari Jumaat. Pi sembayang kat masjid Tanah Merah. Datuk akan dapati tidak ada orang muda. Malahan kanak kanak pun kurang. Kenapa?? Semua orang muda akan berpindah ke tempat lain samada bersekolah di tempat lain dan selepas itu terus bekerja di tempat lain. Yang tinggal di kampung cuma orang tua tua 50an keatas. Kenapa orang muda tak mau duduk kampung?? Budak kecik pun boleh jawab. Nak buat apa di kampung. Buat bendang boleh tapi kalau takat dua tiga relong mana cukup walau pun kerajaan bagi subsidi baja/padi dan bermacam macam lagi subsidi.
Jadi pada pandangan saya masyarakat di Parliman Pendang memerlukan new blood. Yang lebih innovatif dan creatif untuk menjana lebih aktiviti yang boleh mendatangkan peluang pekerjaan. Letak KJ pun baguih jugak. Test power dia tengok.
Anak Tanah Merah Sejati.
Datuk Scribe
ReplyDeleteI am rather puzzled when you find nothing wrong with parachute candidates.
For democracy to work ont he personal and communal level, the person representing the community must be someone from that community, then and only then can we vote for the personality and the candidate.
If we want to vote for a parachute candidate, we have to vote for the party because the majority of fovters do not know the candidate personally and have no ionkling of what the person can do so they have to rely on party machinery convicing them to vote for party ideologies -- for the big picture, if you will..
So do you think we should vote for candidate or for party?
I am only asking because when i read your postings i get the impression that you think people who vote for party should have their head examined and should look at candidates....
are you getting yourself confused with your own arguments datuk?
Dato'
ReplyDeleteLagi kerusi Umno diserah kepada parti bukan Melayu di Perak, Tajol (bunyi macam bacol) kata pengorbanan kerana parti dan presiden. Sebagai ahli Umno saya kata khianat, saya kata kembiri, saya kata pondan, saya kata ponen. Cina dengan India (Hindu) protes, Melayu yang serah diri. Apa dah jadi dengan Umno dan Melayu. Nak biar kepala semua orang Melayu dipijak? Saya tah rela dan tak izin.
Ahli Umno Yang Marah
YB Azalina Dtk Othman bertanding!
ReplyDeleteKementerian sama!
(i do not want to mess around with her - I will just stay outside the ring)
apabila bercerita tentang apa yang telah dibuat oleh kerajaan, saya selalu melihat papan sepanduk yg terbentang tertulis "sebuah lagi projek oleh kerajaan Barisan Nasional".
ReplyDeleteLebih ketara apabila ia dibuat d kawasan pembangkang (i.e. Kelantan). Namun, ramai yang tidak sedia maklum sebenarnya apa yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan sememangnya tanggungjawab terhadap kerajaan negeri, bukannya IHSAN semata2, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia melalui Perkara 109. (Pemberian kepada Negeri).:
(1) Persekutuan hendaklah membuat kepada setiap Negeri berkenaan dengan setiap tahun kewangan—
(a) pemberian, yang dikenali sebagai pemberian ikut kepala, yang hendaklah dihitung mengikut peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh;
(b) pemberian bagi penyenggaraan jalan Negeri, yang dikenali sebagai pemberian jalan Negeri, yang hendaklah dihitung mengikut peruntukan Bahagian II Jadual Kesepuluh.
akan tetapi, apa2 sekali pun dalam parlimen yang tertulis pun buleh diubah, kerana kuasa kerajaan adalah melalui parlimen yang tu jugak.
Untuk lebih terperinci, lihat di Perlembagaan Persekutuan Malaysia. http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia#BAHAGIAN_VII_-_PERUNTUKAN_KEWANGAN
assalamualaikum datuk,
ReplyDeletetidak banyak yang ingin saya komen dalam ruangan ini.
1999 menyaksikan UMNO kehilangan terlalu banyak kerusi disebabkan oleh pertempuran antara HANG TUAH dan HANG JEBAT. Faktor personaliti memainkan peranan yang begitu penting ketika itu. Malah begitu juga ketika Pilihanraya2 sebelumnya.Lebih tepat lagi saya merujuk ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Tun dilihat seperti seorang yang tidak Islamik, diktator malah ada yang mengatakan Tun seolah2 ingin menjadi PM tanpa mahu melepaskannya. Kepincangan UMNO yang bermula pada 1987 adalah semuanya berpunca daripada Tun sendiri iaitu Personaliti beliau yang memainkan peranan sehinggakan beliau tidak begitu popular di kalangan orang Melayu.
Personaliti memainkan peranan penting dalam senario politik Malaysia. Personaliti jugalah yang menjadi asas ukuran kepada pengundi2 Melayu.Jawapan mudah kepada semua isu2 yang dimainkan oleh pembangkang dan kehilangan banyak pengundi melayu kepada UMNO ialah faktor PERSONALITI.
Namun, ramai tidak mengkaji semula,adakah gambaran personaliti yang selalu dikatakan sesetengah pihak kepada ahli2 politik dan lebih khususnya merujuk kepada Tun,benar2 wujud?Adakah Tun mempunyai personaliti seperti begitu? Bertanyakah kita kepada diri sendiri adakah isu personaliti ini memainkan peranan penting?berimej Islamik,lembut dan sanggup berkompromi adalah suatu tiket untuk menjadi seorang ketua negara?
Muncul 2004. BN boleh dikatakan sapu bersih!Apakah faktor utama kemenangan BN ketika 2004?Saya yakin ianya berkait rapat dengan isu personaliti.Abdullah Badawi memang dikenali dengan imej Mr Clean,Islamik,lemah lembut dan mudah mesra menjadikan ianya satu tiket kemenangan mutlak BN pada 2004.
Antara faktor lain ialah kembalinya semula undi Melayu kepada BN adalah disebabkan orang2 Melayu yang membenci Tun,kembali menyokong BN setelah Tun melepaskan jawatannya.kembalinya mereka kepada BN adalah disebabkan PERSONALITI!
Adakah trend ini masih dan akan berlaku pada pilihanraya pada kali ini?
Orang2 Melayu tidak terlalu memikirkan bagaimana seseorang pemimpin itu berjuang menyelamatkan dan menaikkan taraf ekonomi,sosial dan pendidikan mereka. Orang Melayu tidak akan mengingati seseorang pemimpin yang banyak menjadikan bangsa Melayu menjadi terkenal,kaya dan keluar dari kepompong kemiskinan JIKA personalitinya SEPERTI TUN.Tetapi orang Melayu akan mengingati dan memuja pemimpin yang mempunyai personaliti yang menarik dari segi tahap keagamaanya,kelembutannya dan kemanisan mulutnya walaupun pemimpin tersebut tidak banyak memberikan sumbangan kepada kemantapan ekonomi dan taraf hidup mereka
Orang Melayu membenci pemimpin yang mengutuk Bangsa Melayu walaupun kutukan itu berniat untuk menjadikan Melayu suatu bangsa yang kuat.Orang Melayu akan suka kepada pemimpin yang membuai2 mereka dengan pujian2 yang manis sedangkan itu hanya boleh melalaikan mereka.
Pada tahun ini,2008 adakah trend tersebut muncul lagi?Kita nantikan.....BODOHKAH MELAYU?
Universiti Tenaga Nasional
4.05 ptg
Salam Datuk dan pembaca
ReplyDeleteMedia perdana masih dan akan terus dikuasai parti pemerintah, bukan mudah untuk pembangkang berlawan di padang dan peraturan berat sebelah. Media yang bebas adalah satu tuntutan demokrasi.
Kalau pembangkang tidak bertanding pun pembangkang dipersalahkan. Realitinya, dengan penguasaan media dengan lapuran yang penuh berat sebelah, halangan untuk berceramah, sukar untuk menembusi kesedaran majoriti rakyat dalam masa 13 hari mahupun 4 tahun!
assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteSebelum saya membicarakan lebih panjang lagi tentang topik saya pada hari ini, ingin saya jelaskan di sini segala pendapat yang ingin saya utarakan di dalam blog ini adalah pendapat peribadi saya dan bukannya mewakili mana-mana pihak atau orang perseorangan.
Saya tertarik pada satu isu yang pada fikiran saya banyak menimbulkan pertanyaan dan bermain di dalam kepala.
"Menyokong UMNO bermaksud menyokong pemimpinnya?"
Saya menjadi ahli UMNO ketika saya berusia awal 20an dan bolehlah dikatakan saya lahir dalam UMNO ketika era Tun Dr.Mahathir. Perjuangan UMNO adalah mutlak perjuangan orang Melayu. Taat dan patuh kepada pemimpin adalah satu lambang kemurnian yang ada dalam Melayu dan seterusnya secara tidak langsung dalam UMNO itu sendiri. Sikap dan sahsiah ini menjadi tunjang kepada UMNO sehingga UMNO masih mampu untuk bertahan sehingga ke hari ini.
Ketika semua mata tertumpu kepada hari pencalonan sehinggalah ke hari pengundian,saya terfikir seketika satu perkara iaitu :
1. Seorang calon itu datangnya dari sebuah parti yang kuat dan mampu memerintah tetapi individu tersebut lemah dan tidak mampu untuk menggalas tugas sebagai seorang pemimpin.
2. Seorang calon itu datangnya dari sebuah parti yang lemah dan pasti akan gagal memerintah sebuah negara tetapi individu tersebut seorang yang dikenali sebagai tegas,kuat dan mampu untuk menjadi pemimpin yang baik.
Dalam situasi di atas merupakan satu senario dalam kecenderungan pemilih untuk melakukan tanggungjawabnya sebagai seorang pengundi. Faktor tersebut menjadi titik tolak kepada keputusan pengundi untuk meletakkan hala tuju sesebuah kawasan atau negara umumnya untuk 5 tahun akan datang.
Difahamkan pengundi2 muda akan muncul pada pilihanraya pada kali ini. Jelas sekali, saya dapat rasakan yang senario di atas akan memainkan peranan yang amat penting dalam diri mereka. Adakah jika kita menyokong UMNO bermaksud kita juga perlu menyokong individu yang mewakili UMNO sedangkan mereka sudah diketahui lemah untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat? Adakah kita akan dilabel pengkhianat UMNO jika kita menetang pemimpin dalam UMNO itu? Adakah kita akan diangkat sebagai pengkhianat bangsa Melayu jika kita mengundi calon dari pembangkang sedangkan kita tahu, calon dari pembangkang itu lebih berwibawa dari calon dari UMNO? Adakah kita akan diusir dari UMNO jika kita menentang kehendak pucuk pimpinan UMNO?
UMNO telah membuktikan senario menentang pemimpin ini sudah lama wujud di dalam UMNO. Cuma corak dan niat penentangan tersebut berlainan pada setiap waktu. UMNO pernah menjadi pincang ketika 1987 di mana wujudnya Team A dan Team B. Umum mengetahuinya walaupun mereka bukanlah ahli UMNO yang berdaftar. Ketika zaman Tunku juga wujud apabila Mahathir ( Tun ) menentang kepimpinannya. Malah ketika zaman Datuk Onn sendiri, beliau menghadapi tentangan sehingga keluar dari UMNO.
Saya terfikir satu perkara. Jika saya menentang seorang calon dari UMNO itu sendiri ketika pilihanraya atas alasan calon tersebut terbukti akan gagal mentadbir sebuah kawasan, adakah saya akan dianggap sebagai pengkhianat bangsa? Adakah Mahathir ( Tun ) dianggap pengkhianat bangsa kerana menetang kepimpinan Tunku?Adakah pemimpin2 lain dalam UMNO ketika zaman Datuk Onn dianggap penkhianat bangsa kerana menentang seorang negarawan seperti Datuk Onn? adakah Team B ketika 1987 itu dianggap pengkhianat bangsa Melayu kerana menentang kepimpinan Tun ketika itu?
Jawapan ditangan anda. Jika benar mereka semua dianggap pengkhianat ketika itu, kenapa mereka boleh diangkat sebagai wira dan hulubalang2 UMNO pada hari ini?
Sebelum saya akhiri tulisan pada kali ini, adakah kita seorang pengkhianat bangsa Melayu jika kita menetang pemimpin yang ada dalam sebuah parti yang kita sayangi? Tanyalah pada diri sendiri.
1.20 am
Universiti Tenaga Nasional
Untuk saudara/saudari/Noryn,
ReplyDeleteMaaf saya katakan bahawa analisa saudara/ri berkenaan org melayu mengundi Umno/BN pada 2004 kerana membenci Tun adalah langsung tidak tepat dan betul.
Orang Melayu keluar mengundi Umno/BN adalah kerana ingin mangzahirkan rasa terimakasih dan bangga kepada Tun yang telah meletakkan Umno/BN ke tahap yang amat selesa waktu itu.
Faktor Pak Lah langsung tidak dalam senarai congakan mengundi kerana kami tidak mengundi berdasarkan personaliti semata2.
Sekian terimakasih.
Dato' dan semua,
ReplyDeleteAda vateran Umno/BN dengarnya mendengus dengan pencalonan Khairy di Rembau. Ada juga yang siap beri amaran, "Khairy perlu 'dikalahkan'"!
Apa pendirian Dato' tentang menantu PakLah dan pencalonannya kali ini?
Apa kata/pandangan semua yang lain dalam blog ini?
Macam mana boleh jadi macam ini, dato'?
ReplyDeleteAzalina menang tanpa bertanding
24/02/2008 12:23pm
JOHOR BAHRU 24 Feb. _ Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pengerang selepas tidak ada calon lain yang tampil mengemukakan borang pencalonan sehingga tempoh penamaan calon ditutup pukul 10 pagi ini.
Apa yang nak dikata?
"Dia masuk gelanggang Sharizat atau Sharizat masuk gelanggang Rashidah?"
Apapun kita di luar gelanggang:
"Tahniah, YB - projek apa pula?"
saudara buyong,
ReplyDeletesaya minta maaf jika analisis saya itu tidak diterima saudara.
Ia cuma pendapat dari saya untuk dikongsi.
memilih pemimpin mengikut saranan dan peraturan yang ditentukan oleh Allah melalui Al-Quran dan Hadis itulah yang paling baik.
ReplyDeletesifat pemimpin ialah memimpin rakyat kearah yang diredhai oleh Allah dan bukannya membiarkan rakyat melalui jalan-jalan kemusnahan dan kehancuran, sepatutnya pemimpin menghalang apa-apa perkara yang merosakkan masyarakat dan tamadun.
sebab itu setiap pemimpin memerlukan minda yang lebih tinggi dan terbaik jika dibandingkan dengan orang yang di pimpin.
pemimpin kena tahu, apakah keperluan yang patut berikan kepada rakyat bawahan demi kesejahteraan hidup. dengan itu pemimpin perlu fikir diadakan semua keperluan yang asasi, dari segi berugama, mental, fizikal, moral, prasarana dan semua keperluan yang patut untuk manusia hidup. bukan semata-mata untuk manusia sahaja bahkan alam sekeliling, termasuk "orang utan".
wassalam.
Assalamualaikum Datuk;
ReplyDeleteDatuk boleh mengulas itu ini mengenai line-up BN, tetapi Datuk juga mesti berlaku adil dengan memberi ingatan tentang apa yang berlaku di Terengganu sepanjang pemerintahan PAS 1999-2004 dahulu. Kebongkakan rejim Hj Hadi akhirnya tersungkur kerana penangan rakyat Terengganu akibat kesombongan dan kemiskinan rakyat "akibat takdir".
Sesiapa yang bertekad mahu mengajar Pak Lah, silalah ambil parti pembangkang sebagai kerajaan di negeri anda. Mulakan dengan itu dahulu.
Saya setuju dengan pendapat noryn mengatakan BN menang besar pada 2004 adalah kerana imej bersih Pak Lah dan kebencian rakyat terhadap TUN.
ReplyDeleteSaya sudah tidak tahan lagi diperbodoh-bodohkan oleh kerajaan...semua nya bagus....ekonomi bagus....rakyat hidup aman sejahtera...pigi dahhh!!! Cakap saja...implementnya belum tentu...
Kenapa org nak mempertikaikan kredibiliti pembangkang sedangkan mereka masih belum diberi peluang utk menunjukkan kebolehan mereka? Kalau tak perform....next 5 years..boleh jalan laaa.....we have the power to choose...
so what?
papepun...Sesal dahulu pendapatan...
Salam Dato'
ReplyDeleteDalam NST, March 1, 2008, Terpampang di muka 19, "MIC is custodian of Indians" said Semi-Velu akan Semi-synthetic. Jika ini yang diperjuangkan oleh MIC, bermakna "MCA and Gerakan are the custodian of Chinese".
What about UMNO?
Is UMNO the custodian of Malays?....jawapan nya "UMNO is the custodian of Malaysians", tetapi ingin meraih undi Melayu?....UMNO should be the custodian of the Malays not Malaysians jika ingin undi Melayu.
UMNO bukan parti yang memperjuangkan hak Melayu.
Kita memerlukan suatu parti Melayu baru "as the custodian of the Malays".
salam,datuk
ReplyDeletePilihanraya tahun ni diramalkan bn menang besar.jauh lebih besar dari tahun 2004.pilihanraya paling sunyi dalam sejarah.
salam ,datuk
ReplyDeleteApa yang dikatakan kebencian???ulasan dari cik noryn dan tikar mengkuang tu nampak seperti ada yang perlu diperbetulkan sikit.
Sebenarnya faktor keperibadian Pak Lah menjulang bn dan semasa Terengganu jatuh ke tangan Pas,
isu Anwar dilihat dari sudut kekecewaan yang teramat sangat.
Itu saja.Katakanlah kalau ia berulang skrg,risikonya tetap sama mcm masa Tun M dulu juga.
Jadi,pengundi negara ni sudah jelas sebenarnya lebih menumpukan pada isu nasional seperti kepimpinan saja.Kerana ia mempengaruhi kepartian.oleh itu,kebencian itu mesti ditukar dengan ayat kekecewaan.
salam,datuk
ReplyDeleteBuat cik,tuan,puan,yb
Calon atau parti???
Sama saja kedua-duanya.Sbb Pak Lah akan pantau wakil rakyat supaya mesti buat kerja.manakala,calon yang dipilih memang akan bekerja punya.Parti memantau calon,Calon patuh arahan parti.
atau kita yang nak pantau dulu?
sbb kita nak gi ngundi ni........
Korang ingat korang bagi kalahkan BN melayu boleh perintah ka? Cina jugak naik.. Korang nak bagi penang kat cina macam jadi kat singapore ka? Nak jadi penang tu "second singapore" ka? PAS di PENANG jadi macam PAK KADUK.. Ayam menang KAMPUNG PENANG tergadai.. sanggup bertuankan cina DAP di bawah kawalan KIT SIANG dari cina MCA yang berada di bawah kawalan BN... Sanggup pertaruhkan MALAYSIA negara tercinta sebab marahkan BN.. korang seronok kucar kacir macam 13 mei 69 kut.. Yang jelas kalau tol tak free mesti orang marah... Tak sedar ka.. kritik 10 kali lebih senang dari mentadbir.. yang bertepuk tangan bersuka ria atas kekalahan BN.. kita tengok kat Perak.. hebat sangatkah pembangunan kerohanian di bawah kekuatan DAP.. kalau DAP tak bersetongkol dengan PAS untuk letak satu lawan satu di setiap penjuru lawan BN tentu cina DAP tak boleh tolong perintah PERAK.. lepas ni bermegah-megah lah tu.. Allah hu akhbar!! Marahkan nyamuk kelambu di bakar
ReplyDelete