Thank you for responding to this Weblog (blog). We wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants. In the spirit of camaraderie of the blogsphere, interested parties are welcomed to reproduce or quote materials published in this weblog WITH THE CONDITION that they are credited to akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com to avoid misunderstanding.Thank you.
Sunday, March 30, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
AHMAD Said yang pelantikannya sebagai Menteri Besar Terengganu dianggap “bercanggah dengan perlembagaan” oleh Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, hari ini mengangkat sumpah jawatan.
Dia berbuat demikian di hadapan Pemangku Sultan, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Beberapa hari lampau, Abdullah dengan lantang berkata tindakan melantik orang lain selain daripada Idris Jusoh sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan” – unconstitutional.
Serentak itu Ahmad Said “dipecat” daripada Umno dan 22 ADUN Umno yang “menyokong’ Abdullah dan “mahukan” Idris mengumumkan pemulauan majlis mengangkat sumpah Ahmad Said sambil mengancam akan meletakkan jawatan.
Sekonyong-konyong, sekitar Rabu lalu, Abdullah mengubah rentak dengan mengumumkan penerimaan pelantikan Ahmad Said. Seolah-olah tidak ada apa yang terjadi, dia mengumumkan isu itu selesai.
Hari ini, turut hadir di hadapan Putera Mahkota Terengganu yang berusia 10 tahun itu adalah 22 ADUN Umno yang sehingga tiga hari lalu enggan menyokong pelantikan Ahmad Said.
Inilah cerita kacau-bilau, kelam-kabut dan kucar-kacir apabila yang diberi mandat dan amanah gagal menggunakan akal, kebijaksanaan, pengetahuan dan budi bicara.
Dengan izin, “comedy of error” ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelantikan Menteri Besar bukanlah perkara baru.
Walaupun pada amalannya Perdana Menteri boleh memberi nasihat dan pandangan, kuasa melantik Menteri Besar adalah di tangan Raja. Raja boleh melantik sesiapa sahaja yang pada pandangan Baginda mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Akibat tindak-tanduk Perdana Menteri dan para penasihatnya itu, perkara berikut telah berlaku:-
1. Kerajaan Negeri Terengganu lewat ditubuhkan. Ia sepatutnya berlaku pada 10 Mac;
2. Hubungan antara Istana dengan kepemimpinan Umno dan Kerajaan Pusat tercemar;
3. ADUN Umno Terengganu dijadikan bahan percaturan yang merendahkan martabat mereka dan mencetuskan kemarahan rakyat Terengganu;
4. Tidak fasal-fasal mereka dituduh “kurang ajar,” “biadab” dan “derhaka” kepada Raja;
5. Akhirnya mereka terpaksa menelan ludah sendiri kerana terlalu taasub kepada pemimpin walaupun dia ternyata silap; dan
6. Memberi modal percuma kepada pari-parti lawan bagi memesatkan lagi propaganda mengenai keangkuhan, kelemahan dan kecelaruan kepemimpinan Umno.
Bagi Abdullah, seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang hari ini, dia bukan sahaja kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malah dia juga “kehilangan” Perlis, Terengganu dan, mungkin juga, Johor di mana calon-calon Menteri Besar pilihannya ditolak oleh Raja-Raja.
Dr Mahathir yang berucap di mesyuarat agung tahunan Persatuan Melayu Tanjung (Permata) meneruskan rayuannya kepada ahli dan pemimpin Umno agar menukar kepemimpinan parti demi menyelamatkan Umno daripada ditolak secara mutlak oleh orang Melayu.
Sementara itu, berikut adalah ulasan saya dalam blog Dr Mohd Khir Toyo (http://www.drkhir.blogspot.com/):
“ Sdr Dr Khir,
Selamat datang ke dunia blog. Tahniah. Mungkin ini permulaam merawat Umno yang sedang sakit teruk.
Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara rakyat. Orang Melayu bukan jahil dan penakut lagi.
Tindak tanduk para pembesar Umno sejak akhir tahun 2003 telah menyedarkan orang Melayu bahawa Umno tidak boleh lagi diubati dari dalam.
Para pembesar Umno tidak lagi mendengar suara hati orang Melayu. Mereka mendengar suara bisikan nafsu mereka dan konco-konco mereka.
Kalau pembesar Umno, termasuk Sdr, mendengar jeritan batin orang Melayu dan ahli Umno, bala yang menimpa Umno pada 8 Mac, Insya-Allah, tidak berlaku.
Tetapi para pembesar Umno terlalu sibuk mendengar kata manis anak mentantu dan konco-konco mereka sehingga membuatkan rakyat benci.
Umno kalah teruk kerana orang Melayu sudah benci. Sudah jelak diperkotak-katikkan.
Terima kasih kerana kini mahu mendengar. Jadilah Ketua Pembangkang yang berwibawa di dalam DUN Selangor dan lakukan perubahan dalam Umno.
Mencium keris, meneriakkan slogan dan menyokong kepemimpinan yang lemah akan memburukkan penyakit Umno.
Jangan biarkan penyakit Umno menjadi penyakit terminal yang membawa maut.
Terima kasih.”
Thursday, March 27, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[UPDATE, 28 Mac] – MAJLIS Tertinggi Umno yang bersidang semalam memutuskan yang pilihan raya parti peringkat pusat akan diadakan pada perhimpunan agung tahunan antara 19 dan 20 Disember ini.
Pemilihan peringkat cawangan akan berlangsung antara 17 Julai dan 24 Ogos manakala bahagian dari 9 Oktober hingga 9 November.
Sementara itu, ibarat tertimpa ludah sendiri, presiden parti Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa mesyuarat itu menyokong pelantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terenggunu yang sebelum ini dianggapnya sebagai “bertentangan dengan Perlembagaan.”
Anehnya, Bernama pula melaporkan yang setiausaha agung Umno yang baru, Teuku Adnan Teuku Mansor sebagai memberi amaran kepada Ahmad Said yang dia akan dipecat jika mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
Pening, putar-belit (spin) tetap putar-belit walaupun sedikit!
[Posting Asal]
URA-URA menangguhkan pemilihan Umno Ogos ini sehingga tahun hadapan kononnya atas desakan ketua-ketua bahagian dan perhubungan negeri cukup menarik.
Pertama ia menunjukkan yang sindrom menidakkan (denial syndrome) masih menular dalam jiwa sesetengah para pembesar Umno walaupun pengundi telah menjatuhkan hukuman yang berat ke atas mereka pada 8 Mac lalu.
Kedua ia menunjukkan betapa mudahnya pihak-pihak tertentu dalam Umno memperkotak-katikkan pendapat umum demi menjaga kepentingan peribadi mereka.
Ketiga kepentingan segelintir peneraju mengatasi kepentingan jutaan ahli Umno.
Dan keempat mereka tidak teragak-agak memperolok-olokkan sentimen ahli akar umbi parti.
Semua ini adalah perbuatan dan tindak tanduk yang sangat berbahaya kepada kelangsungan – survival -- Umno.
Alhamdulillah, tidak semua pembesar Umno hilang akal dan tenggelam punca.
Laporan SMS akhbar The Star pagi ini memetik Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin, sebagai berkata Jawatankuasa Pengurusan Umno sebulat suara bersetuju pemilihan parti tidak ditangguhkan.
Soalnya apakah jaminan yang keputusan itu tidak akan dipertikai dan dibatalkan oleh pihak-pihak yang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Pengurusan?
Ini mendalamkan lagi misteri dakwaan bahawa ketua-ketua bahagian dan pengerusi-pengerusi perhubungan negeri mahu pemilihan ditangguhkan.
Nampaknya pihak-pihak yang menghebahkan ura-ura itu mahu menguji sentimen ahli dan pembesar parti. Daripada reaksi awal, nyata cadangan itu berpotensi memecahbelahkan lagi Umno.
Ketua Penerangan Umno Mohamad Muhd Taib berkata ketua-ketua bahagian dan pengerusi-pengerusi perhubungan negeri Umno mahu pemilihan parti ditangguhkan.
Tetapi beberapa ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri menafikannya. Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan, misalnya, menolak ura-ura itu.
Ini menimbulkan tanda tanya mengenai kemungkinan ada pihak yang tidak demokratik dan takutkan cabaran cuba menggunakan nama ketua bahagian dan pengerusi perhubungan negeri untuk menangguhkan pemilihan parti.
Apa pun yang hendak dilakukan oleh para pembesar Umno yang berasa mereka masih berkuasa dan masih dikehendaki, mereka tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ahli parti tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.
Mereka telah mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada 8 Mac lalu dengan menghukum Umno di bawah kepemimpinan sekarang!
Jika para pembesar Umno masih enggan atau tidak berkeupayaan menghadapi realiti, usaha merawat parti – meminjam slogan Barisan Nasional “merawat Kelantan” -- dan memujuk hati orang Melayu akan tertangguh.
Lagi lama tertangguh lagi sukar merawat Umno yang sedang gering dan hati orang Melayu yang luka.
Jika pemilihan ditangguhkan ia sudah tentu memburukkan lagi kemarahan orang Melayu, khasnya ahli dan penyokong Umno, terhadap pembesar-pembesar parti.
Ini berkemungkinan menyebabkan ahli dan penyokong Umno yang berpaling tadah pada 8 Mac lalu tidak kembali lagi ke pangkuan parti.
Apatah lagi dalam keadaan di mana pada pandangan mereka kerajaan pembangkang tidak mengecewakan aspirasi mereka apabila mereka dengan segala berat hati dan dukacita memangkah Pas, PKR dan DAP.
Malangnya bagi Umno, itulah tanggapan orang Melayu kini. Malah mereka terkejut bahawa kerajaan-kerajaan negeri pembangkang dapat ditubuhkan dengan begitu pantas dan tanpa krisis besar berbanding kerajaan-kerajaan negeri Umno sendiri.
Krisis pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu yang melagakan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dengan pihak Istana memburukkan imej kepemimpinan Umno.
Serentak itu ia menyerlahkan lagi sikap hipokrit media massa arus perdana yang menjadi tulang belakang propaganda pemerintah. Padahnya kerana taasub mereka jatuh tersungkur dan misai mencecah debu apabila cuba menggembar-gemburkan masalah pelantikan MB Perak dan menuduh pembangkang, khasnya Lim Kit Siang, biadab terhadap Raja.
Ini terjadi apabila Umno sendiri ternyata lebih teruk ketika menangani krisis di Perlis dan Terengganu dan menunjukkan sikap yang lebih buruk terhadap Raja daripada DAP.
Walaupun media massa arus perdana tidak menuduh Umno “kurang ajar”, “biadab” atau “derhaka” namun rakyat jelata tidaklah terlalu bodoh untuk membuat kesimpulan mengenai tindak tanduk pembesar-pembesar tertentu.
Menangani perhubungan yang unik dan sensitif dengan Istana adalah tugas dan tanggungjawab yang telah dipikul oleh Umno sejak penubuhannya pada tahun 1946.
Sama ada dalam suasana aman atau konfrontasi, Umno dan pemimpinnya sebelum ini tidak pernah menunjukkan derhaka, biadab dan kurang ajar kepada Raja.
Penolakan Shahidan Kassim di Perlis dan Idris Jusoh di Terengganu walaupun membawa surat tauliah daripada Perdana Menteri adalah bukti kegagalan kepemimpinan tertinggi Umno meneruskan tradisi berbaik-baik dengan Raja berperlembagaan.
Apatah lagi Presiden Umno sendiri begitu beria-ia mempertahankan dua watak berkenaan tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pelantikan Mat Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis dan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
Pada perhimpunan dan pemilihan Ogos ini, Umno memerlukan pemikiran dan kepemimpinan yang lebih secocok dengan suasana baru yang ditonjolkan oleh keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu. Umno memerlukan perubahan di semua peringkat untuk merawat kegeringannya.
Saturday, March 22, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[UPDATE, 25 Mac] -- JELAS Umno semakin desperate, huru-hara dan dalam ketakutan. Bukan takut kepada pengundi lagi (kerana pengundi sudah membuat keputusan) tetapi takut kepada ahli-ahli sendiri.
Inilah punca yang membuatkan Ketua Biro Penerangannya, Muhammad Muhd Taib, berkata ada kemungkinan besar pemilihan parti Ogos ini ditangguhkan lagi ke tahun hadapan.
Bagi saya ia akademik. Tahun ini atau tahun depan, keputusannya sama – kepemimpinan Umno boleh tipu diri mereka sendiri tetapi mereka tidak boleh lagi tipu ahli akar umbi Umno.
Apakah selepas ini Muhammad Muhd Taib dan para persekongkolnya akan mencadangkan penggunaan ISA dan perisytiharan darurat?
[UPDATE]
CABARAN terhadap Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi semakin meruncing. Keadaan tambah kelam kabut. Majlis Pemangku Raja Terengganu menolak calon Menteri Besar Idris Jusoh dan melantik ADUN Kijal Ahmad Said.
Belum sempat Ahmad Said mengangkat sumpah, dia dipecat daripada Umno. Perdana Menteri berkata perbuatan melantik orang lain selain daripada Idris sebagai Menteri Besar “adalah bercanggah dengan Perlembagaan.”
Anehnya, beberapa hari lalu Peguam Negara mengatakan Sultan ada hak dalam pelantikan Menteri Besar. Beliau berkata demikian apabila mengulas pelantikan MB Perak.
[POSTING ASAL]
HANYA orang yang tidak cerdik atau tidak tahu selok-belok menangkap ikan sahaja yang akan menangguk di tempat yang airnya jernih.
Orang yang cerdik dan tahu selok-belok menangkap ikan akan menangguk di tempat yang airnya keruh.
Akhbar arus perdana milik Umno, Utusan Malaysia hari ini (22 Mac), antara lain, melaporkan:
Pandangan paling lantang disuarakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mempertikaikan keikhlasan hasrat bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) itu (Tengku Razaleigh Hamzah).
Sambil menentang sebarang cubaan untuk mencabar kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Hishammuddin menegaskan tindakan Tengku Razaleigh umpama menangguk di air yang keruh.
Selalunya air yang jernih tidak ada ikan kecuali ikan seluang, sepilai dan sepat ronggeng. Kalau adapun ikan besar ia akan lari apabila ternampak tangguh.
Air yang keruh selalunya banyak ikan dan udang. Kadang-kadang ular guni buruk dan buaya pun ada. Malah ikan yang banyak itulah yang menyebabkan air menjadi keruh. Orang yang tahu selok-belok menangguk akan mencari tempat yang keruh airnya.
Bila dia menurunkan tangguk, ikan tak nampak. Seorang penangkap ikan yang pakar tahu bila ikan masuk tangguk dengan merasa batang tangguknya.
Jadi amatlah tepat kalau Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naib Presiden Umno itu memasang tangguknya di air yang keruh.
Lagipun air keruh yang kini menenggelami Umno bukanlah akibat perbuatan Tengku Razaleigh tetapi akibat tindak tanduk pembesar-pembesar atasan Umno dan konco-konco mereka. Ketua Pemuda itu adalah antara pembesar terbesar Umno.
Tak apalah kalau Ketua Pemuda itu hendak mengherdik Tengku Razaleigh dan mempertahankan bosnya. Biasalah tu. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu, suruh pertahan aku pertahan, dalam hati tuhan saja yang tahu.
Tapi pelik jugalah bila dia dan pergerakannya tidak ambil apa-apa tindakan ke atas Ahli Exco Pemuda dan Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir yang menghantar surat menggesa Perdana Menteri dan Presiden Umno letak jawatan.
Mula-mula bukan main berang dia. Marah sungguh kepada si Mukhriz itu. Tapi apabila Exco Pemuda bersidang lain pula bunyinya. Tidak ada tindakan sebab itu surat peribadi, konon ceritanya. Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah. Ada orang gertakkah?
Kalau Ketua Pemuda hanya berani bercakap, Tengku Razaleigh berani bercakap dan berani mengotakan cakapnya. Saya pun tak ingat sudah berapa kali Ketua Pemuda itu bertanding untuk mendapatkan jawatan dan mempertahankan jawatan parti. Itu pun kalau dia pernah bertanding. Boleh sesiapa tolong beritahu?
Tapi Tengku Razaleigh dah banyak kali bertanding. Bertanding pilihan raya mulai 1969 dan Naib Presiden Umno sejak 1975. Lawan Musa Hitam pada tahun 1981 dan 1984 untuk jawatan Timbalan Presiden dan lawan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan Presiden pada tahun 1987. Jadi kalah menang bertanding bukan pengalaman baru bagi Tengku Razaleigh.
Kali terakhir Perdana Menteri dan Presiden Umno sekarang bertanding adalah pada tahun 1993 untuk jawatan Naib Presiden tetapi kalah. Kalah pun Dr Mahathir kekalkan juga dia dalam Kabinet.
Lepas itu dia naik dan naik tanpa sebarang pertandingan. Ada orang kata atas ihsan Dr Mahathir. Orang kata, bukan saya.
Jadi kalau nak kira berani lawan dan banyak kali lawan, tak banyak orang boleh lawan Tengku Razaleigh. Muda berani, dah jadi veteran pun tetap berani. Dah tak ramai lagi orang macam ini dalam Umno selain Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh.
Dr Mahathir kata dia sokong cadangan Tengku Razaleigh agar mesyuarat agung luar biasa Umno diadakan bagi membincangkan kekalahan teruk parti itu.
Tetapi dia berpendapat mungkin sukar Tengku Razaleigh nak dapat pencalonan yang mencukupi daripada bahagian Umno untuk lawan Presiden Umno. Dia memerlukan sekurang-kurangnya 60 pencalonan bahagian.
Dr Mahathir yang menerima kunjungan Tengku Razaleigh minggu lalu, bagaimanapun, berasa mungkin ada calon-calon lain yang ingin bertanding merebut jawatan tertinggi Umno itu.
Namun Dr Mahathir kurang yakin dengan cabaran itu kerana katanya para pembesar Umno (istilah pembesar adalah istilah saya) kini takut bersuara dan banyak berpura-pura.
Di depan Presiden mereka sokong mati-matian tetapi di belakang mereka kutuk habis-habisan. Begitu juga dengan ikrar mereka hendak sokong Tengku Razaleigh pada pemilihan tahun 2004. Apabila dapat panggilan dan diberi “habuan” oleh orang tertentu, janji ke mana, Tengku Razaleigh ke mana.
Tetapi itu ketika Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di puncak jaya kerana baru menang mandat raksasa dalam pilihan raya umum 2004.
Sekarang Perdana Menteri dan Presiden Umno sedang berada di lurah penuh onak dan duri kerana kalah teruk dalam pilihan raya umum 2008.
Jadi cabaran Tengku Razaleigh atau sesiapa sahaja terhadap beliau kali ini adalah berbeza daripada cabaran tahun 2004. Seperti kecundangnya Umno, begitu jugalah kemungkinan nasib yang akan menimpa beliau. Saya katakan "mungkin."
Manalah tahu mungkin ada pembesar Umno di bahagian yang mendapat semangat baru dan bersedia berterus terang setelah menyaksikan tragedi yang melanda parti mereka pada 8 Mac lalu.
Tetapi kalau mereka nak terus puji dan ampu, maka tidak ada lagilah alasan bagi ahli dan penyokong Umno yang berpaling tadah mengundi pembangkang kerana jelik dan jelak dengan kepemimpinan parti untuk kembali semula ke pangkuan parti itu.
Dan apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno tidak lagi dihormati, makan jadilah macam di Perlis dan Terengganu di mana calon Menteri Besar yang beliau tauliahkan ditolak oleh Istana dan orang lain dilantik.
Khabarnya Ahli Dewan Undangan Negeri Umno akan memulaukan majlis mengangkat sumpah ADUN Kijal, Ahmad Said (Umno) sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Tamu, Kuala Terengganu, esok.
Tuesday, March 18, 2008
[When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]
[Versi Yang Dirombak, 19 Mac]
MOHON maaf kepada para pembahas dan pelawat kerana tidak mengulas mengenai penubuhan Kabinet semalam (18 Mac).
Elok juga sekali sekala para pembahas mendahului perbincangan dan dengan itu memberi petunjuk kepada saya.
Saya setuju dengan banyak pembahas, khasnya yang mengatakan kita wajar memberi cukup masa kepada para menteri kita itu untuk membuktikan kesungguhan, kemampuan dan integriti mereka.
Saya juga sengaja tidak mengulas kerana saya mahu melihat dulu sama ada senarai itu akan berubah atau akan berlalu penentangan terhadap lantikan Perdana Menteri itu.
Seperti saya bimbangkan, integriti pelantikan oleh Perdana Menteri sudah mula dicabar apabila delegasi Wanita Umno dilaporkan “mengancam” untuk mengadakan protes waktu malam di hadapan Seri Perdana.
Ini berkesudahan dengan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, secara tergesa-gesa dilantik menjadi Penasihat PM mengenai wanita dengan taraf menteri.
Ini sekali gus menyebabkan timbul persoalan sama ada pelantik itu perlu dan tidakkah ia akan mengganggu gugat kedudukan Dr Ng Yen Yen sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Saya setuju dengan banyak pembahas yang mengatakan bahawa Wanita Umno yang begitu setia dan berkesan peranannya jelas telah dianaktirikan manakala perwakilan bukan Melayu dan perwakilan dari Sabah nyata kurang.
Banyak pembahas yang terperanjat dan mempertikaikan pelantikan Muhammad Muhd Taib sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah memandangkan latar belakang peribadinya yang penuh kontroversi. Pelantikan beliau jelas tanda balas budi dan hadiah taat setia.
Kita juga mendengar khabar mengatakan dua Timbalan Menteri -- Anifah Aman dari Sabah (Pengangkutan) dan Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dar Pahang (Luar Negeri) menolak pelantikan mereka.
Sementara itu, kawan akrab Perdana Menteri, Radzi Sheikh Ahmad, telah meletakkan jawatan Setiausaha Agung Umno atas alasan dia tidak dapat lagi berfungsi dengan berkesan. Bagi Radzi berpisah jalan dengan Presiden Umno pada saat ini pastilah menghangatkan lagi tanda tanya mengenai kepemimpinan Abdullah.
Manakala perubahan sikap Pemuda Umno malam tadi mendalamkan lagi misteri mengenai siapa sokong siapa dalam pergerakan itu.
Daripada begitu marah dengan Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir kerana menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, pergerakan itu secara tiba-tiba mengambil sikap yang luar biasa lembutnya.
“Mukhriz: Tiada Tindakan” bunyi tajuk berita Utusan Malaysia, 19 Mac yang memetik ketua pergerakan itu Hishammuddin Hussein. Berbeza sekali dengan tajuk beritanya pada 16 Mac yang memetik pembesar yang sama berbunyi: “Mukhriz Dibidas”.
Ini mencetuskan tanda tanya apakah Hishammuddin kini menghadapi tekanan atau pemberontakan daripada anggota majlis kerja pergerakan itu. Saya dimaklumkan mesyuarat Exco pergerakan itu hangat. Naib ketua pergerakan itu merangkap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hadir.
Serentak itu cakap-cakap mengenai usaha mencalonkan Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden semakin kencang dan lantang.
Tengku Razaleigh sendiri dikatakan bersedia menerima tanggungjawab itu demi “parti dan orang Melayu.”
[Terbaru --Akhbar Internet NST (www.nst.com.my) melaporkan bahawa Tengku Razaleigh telah mengumumkan di Kota Baru hasratnya untuk mencabar Abdullah bagi jawatan Presiden Umno dengan janji menyembuhkan parti yang disifatkannya dalam keadaan teruk.]
Dalam Umno sendiri semakin ramai yang berasa perlu diwujudkan pemisahan antara jawatan Presiden Umno dengan jawatan Perdana Menteri. Mereka berkata dikotomi antara parti dan kerajaan perlu diwujudkan bagi membolehkan Umno dipulihkan dan kepentingan Melayu diperjuangkan secara lebih gigih dan terbuka.
Proses itu sudah pun bermula dalam MCA dan MIC apabila ketua-ketua parti yang tidak terbabit dengan jawatan Kabinet mempunyai lebih banyak masa dan kebebasan untuk memulihkan parti sambil memperjuangkan hak kaum masing-masing.
Mungkin masanya sudah sampai bagi Umno dan orang Melayu memikirkan isu pemisahan kuasa ini secara serius memandangkan penolakan oleh pengundi Melayu terhadap Umno kerana prestasi kerajaan yang tidak meyakinkan dan persepsi mengenai amalan pilih kasih oleh pucuk pimpinan.
Pada hemat saya, faktor berikut mempengaruhi pelantikan anggota Kabinet dan Timbalan Menteri:
1. Bilangan ahli Dewan Rakyat yang tidak mencukupi akibat prestasi buruk Umno dan BN dalam pilihan raya;
2. Ketidakupayaan Perdana Menteri membuat pembahagian yang jitu berasaskan negeri, parti dan jantina;
3. Keperluan memberi tempat kepada yang setia dan menyingkirkan yang dicurigai kesetiaannya;
4. Membuat percaturan agar kedudukan individu dan kelompok yang setia dan yang disayangi bertambah kukuh; dan
5. Memberi amaran dan seterusnya melemahkan individu dan kelompok yang kesetiaannya dicurigai.
[Original Post]
Prime Minister - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Deputy Prime Minister -- Datuk Seri Najib Tun Razak
Ministers in the Prime Minister's Department:
Tan Sri Bernard Dompok, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Mohd Zaid Ibrahim and Datuk Amirsham Abdul Aziz
Deputy Ministers in the Prime Minister's Department:
Datuk Johari Baharom, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Datuk K. Devamany and Datuk Hassan Malik
Finance -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Second Finance Minister -- Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Deputies - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah and Datuk Kong Cho Ha
Defence - Datuk Seri Najib Tun Razak
Deputy - Datuk Wira Abu Seman Yusop
Internal Security and Home Affairs -- Datuk Seri Syed Hamid Albar
Deputies - Datuk Chor Chee Heong and Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Housing and Local Government -- Datuk Ong Ka Chuan
Deputies - Datuk Robert Lau and Datuk Hamzah Zainuddin
Works Minister - Datuk Mohd Zin Mohamad
Deputy- Datuk Yong Khoon Seng
Energy, Water and Communications - Datuk Shaziman Abu Mansor
Deputy- Datuk Joseph Salang Gandum
Agriculture and Agro-based Industry - Datuk Mustapa Mohamed
Deputy - Datin Paduka Rohani Abdul Karim
International Trade and Industry -Tan Sri Muhyiddin Yassin
Deputies- Loh Wei Keong and Datuk Jacob Dungau Sagan
Foreign Affairs -Datuk Seri Dr Rais Yatim
Deputy- Tunku Azlan Abu Bakar
Education -Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Deputies -Datuk Wee Ka Siong and Datuk Razali Ismail
Higher Education - Datuk Khaled Nordin
Deputies - Khoo Kok Choong and Datuk Idris Harun
Transport - Datuk Ong Tee Keat
Deputy - Anifah Aman
Human Resources -- Datuk S. Subramaniam
Deputy- Datuk Noraini Ahmad
Women, Family and Community Development-Datuk Dr Ng Yen Yen
Deputy- Noriah Kasnon
National Unity, Culture, Arts and Heritage- Datuk Shafie Apdal
Deputy-Datuk Teng Boon Soon
Science, Technology and Innovation- Datuk Dr Maximus Ongkili
Deputy- Fadilah Yusof
Entrepreneurial and Cooperative Development - Datuk Noh Omar
Deputy- Datuk Saiffuddin Abdullah
Natural Resources and Environment - Datuk Douglas Unggah Embas
Deputy - Datuk Abu Ghapur Salleh
Rural and Regional Development - Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Deputy- Tan Sri Joseph Kurup
Domestic Trade and Consumer Affairs - Datuk Shahrir Samad
Deputy - Jelaing Mersat
Plantation Industries and Commodities - Datuk Peter Chin Fah Kui
Deputy- Senator A. Kohilan
Youth and Sports - Datuk Ismail Sabri Yaacob
Deputy - Wee Jack Seng
Health - Datuk Liow Tiong Lai
Deputy- Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Information - Datuk Ahmad Shabery Cheek
Deputy- Datuk Tan Lian Hoe
Tourism - Datuk Azalina Othman
Deputy - Datuk Sulaiman Abdul Rahman Abu Taib
Federal Territory - Datuk Zulhasnan Rafique
Deputy- M. Saravanan.
Monday, March 17, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[VERSI YANG DIROMBAK]
MANAKALA Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, terus mendapat sokongan dan ikrar taat setia daripada kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam parti itu, gerakan ke arah memaksa beliau menerima tanggungjawab dan meletakkan jawatan juga semakin hebat.
Hakikat bahawa kelompok-kelompok kuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan ini, termasuk ahli Majlis Tertinggi, anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua, terus menyokong Abdullah tidaklah sukar difahami.
Antara faktor yang memaksa mereka terus menyokong Abdullah dan taat setia kepadanya adalah:
1. Mereka sama ada bersekongkol dengan beliau atau turut menjadi punca pengundi menolak Umno dan Barisan Nasional;
2. Mulut mereka dikunci dan terkunci kerana Abdullah masih mempunyai cukup kuasa dan pengaruh untuk menentukan nasib dan periuk nasi mereka;
3. Kerana keperibadian mereka tercela (compromised) dan boleh dijadikan bahan peras ugut politik – political blackmail;
4. Mereka tidak lagi mempunyai pautan yang bebas dan akrab dengan ahli akar umbi Umno untuk memahami dan merasai kemarahan ahli biasa Umno; dan
5. Mereka mungkin bukan lagi orang yang sesuai menerajui Umno dan Kerajaan kerana kedudukan mereka yang tercela (compromised) itu akan mendorong mereka bersekongkol (conspire) untuk melindungi satu sama lain.
Walaupun media massa arus perdana masih takut untuk menyiarkan berita yang tidak memihak kepada Abdullah selain menguar-uarkan kecaman terhadap Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, khalayak sudah tahu mengenai tekanan ke atas Perdana Menteri.
Surat Mukhriz bertarikh 12 Mac sudah pun diketahui umum apabila media massa alternatif dan media asing mendedahkan kewujudannya.
Kesedaran mengenai surat Mukhriz yang, antara lain, menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan, menjadi semakin luas apabila media massa arus perdana mula menyiarkan berita serangan terhadap beliau oleh pengikut-pengikut Perdana Menteri, khasnya Ketua Pemuda Hishammuddin Hussein.
Kemudian semalam (16 Mac), laman berita bebas Malaysiakini mendedahkan mengenai surat Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kepada 193 bahagian Umno menggesa mereka menuntut agar Mesyuarat Agung Luar Biasa diadakan.
Antara lain, Tengku Razaleigh, 70 tahun, yang pernah menjadi Naib Presiden Umno dan Menteri Kewangan, mencadangkan agar mesyuarat itu membincangkan pencapaian buruk Umno dalam pilihan raya.
Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan 11 Mei sebagai tarikh mesyuarat itu bagi mengambil sempena penubuhan Umno pada tanggal itu pada tahun 1946.
Tengku Razaleigh berkata kepimpinan dan keahlian Umno tidak seharusnya menuding jari kepada orang lain dan cuba membersihkan tangan daripada tanggungjawab kekalahan teruk parti. Katanya parti tidak seharusnya membenarkan kepemimpinan atasan melakukan kesilapan yang begitu besar.
Tegasnya lagi, ini adalah tanggungjawab bersama -- tanggungjawab semua ahli Umno dan kepemimpinan, Umno di semua peringkat daripada cawangan ke bahagian dan Majlis Tertinggi dan bukan tanggungjawab beberapa orang pemimpin atasan sahaja.
Adalah menakjubkan yang begitu ramai pembesar Umno, sama ada yang masih bergayut kepada kuasa atau yang sudah dinyahkan oleh pengundi, terus membisu dan menipu diri dengan berpura-pura seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.
Atau apakah kebisuan sebahagian besar daripada mereka membawa maksud mereka bersetuju dengan pendirian Tengku Razaleigh dan Mukhriz?
Majoriti senyap – silent majority - sudah bersuara. Kalau kepemimpinan atasan Umno tidak cacat pengelihatan, pendengaran dan percakapan, mereka sudah pasti dapat melihat, mendengar dan mengakui wujudnya amaran buruk di dinding benteng pasir mereka.
Ulama besar Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim pernah dipetik oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra sebagai berkata:
“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”
(Daripada buku “Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos ‘57” oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).
[UPDATE, 18 Mac]
SAYA agak hairan dan kecewa kerana ramai pembahas yang begitu pesimistik mengenai masa depan BN dan Umno. Saya berpandangan yang berbeza. Ada hikmah kepada prestasi buruk BN dan Umno ini. Ada hikmah juga pada sikap ketegar Abdullah dan penasihat-penasihatnya.
Yang paling saya harapkan ialah selepas pengumuman Kabinet sebentar nanti, lebih ramai pembesar Umno akan dibebaskan daripada tanggungjawab kerajaan.
Mereka ini boleh menyertai Ku Li dan Mukhriz untuk membina semula Umno dan menjadi suara tulen dan nyaring kepada keahlian Umno dan orang Melayu yang sudah jelak dengan kepemimpinan sekarang.
Saya rasa mereka digugurkan nanti sama ada kerana mereka berani bersuara atau kerana mereka menjadi ancaman kepada kelompok kuasa di sekeliling Perdana Menteri.
Saturday, March 15, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SUKA atau tidak, kita terpaksa berterus terang bahawa wujud tanda-tanda yang sangat jelas iaitu kedudukan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri semakin tercabar.
Antara lain:
1. Sudah terdengar suara lantang dan jelas dari dalam Umno sendiri meminta Perdana Menteri menerima tanggungjawab di atas prestasi buruk BN dalam pilihan raya umum baru lalu;
2. Sudah ada bukti bertulis dalam bentuk surat Ahli Parlimen Jerlun merangkap ahli Majlis Kerja Pemuda Umno Malaysia, Mukhriz Mahathir, yang merayu Perdana Menteri meletakkan jawatan;
3. Pelbagai mesyuarat dan pertemuan tertutup yang membabitkan pembesar dan aktivis Umno yang merayu Perdana Menteri memikirkan kepentingan parti dan negara daripada kepentingan peribadi;
4. Penolakan oleh Raja Perlis terhadap pencalonan Shahidan Kassim sebagai Menteri Besar walaupun dia mendapat surat tauliah daripada Abdullah. Sebaliknya Istana melantik calon lain;
5. Kelewatan Sultan Terengganu memperkenankan pelantikan semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun dia berjaya dengan cemerlang mempertahankan negeri itu daripada jatuh ke tangan pembangkang; dan
6. Perisytiharan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk memansuhkan peruntukan-peruntukan tertentu Dasar Ekonomi Baru.
Setelah pengundi berterus terang dengan Perdana Menteri dan BN pada 8 Mac lalu adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa pun berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi.
[UPDATE, 16 Mac]
Menurut Malaysiakini, Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar surat kepada semua 193 Umno Bahagian menggesa mereka memanggil mesyuarat agung luar biasa pada 11 Mei ini bagi membincangkan prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya umum.
Dalam surat dua muka bertarikh 12 Mac itu, Tengku Razaleigh meminta pemimpin-pemimpin Umno menggunakan peruntukan perlembagaan parti bagi mengadakan mesyuarat tersebut.
Beliau mencadangkan tarikh tersebut kerana itu adalah tarikh penubuhan Umno pada 1946.
Wednesday, March 12, 2008
A Kadir Jasin
[When commenting, your real identity is preferred. But a suitable pseudonym is accepted. If you have to use anonymous, please print your name or pen name at the bottom of your message. Please avoid seditious, defamatory and libelous statements. Unrelated comments will not be given priority.]
THE glitch in the appointment of the Menteri Besar for the Democratic Action Party-led Perak state government is but one of the many challenges the opposition coalition has to face in the coming months.
These are lessons in coalition building. For the DAP, the problem arose out of the fact that it does not have a Malay state assemblyman in its line-up.
There are two main reasons for this. First, the DAP is not a popular choice of political affiliation for the Malays. Thus Malay state assemblymen and members of Parliament are few and far between in the party. It has been years that the DAP has not had a Malay elected representative.
Second, the DAP, like its coalition partners – the Malaysian Islamic Party (Pas) and the Parti Keadilan Rakyat (People’s Justice Party) -- has not expected to do well in state assembly elections.
The DAP can choose to accept reality by appointing a Malay state assemblyman from its partner parties as the coalition’s Menteri Besar or remain an opposition in the state assembly and fight for the amendment of the state constitution.
The longer the issue is allowed to continue, the greater is the risk of the coalition weakening and possibly falling apart. Either way it would give the Barisan Nasional an opportunity to start to regain its position.
Neither the DAP nor its partners can dismiss the possibility of the BN making overtures to their representatives to defect. It is understood that such an attempt had already been made by the BN in Selangor by targeting Pas assemblymen but apparently to no avail.
The opposition coalition Menteri Besar for Kedah was the first to be sworn in. He is the veteran Pas member for Sungai Limau, Azizan Abdul Razak. In the rice bowl state, Pas bagged 16 out of 36 assembly seats, PKR five, DAP one and a solitary independent.
It was reported that the Pas-led state government might co-opt the independent, who is an Indian, into the state executive council as representative of Indians who form 6.2 per cent of Kedah’s voters. This is a good lesson in ethnic accommodation for the Chinese-dominated DAP.
In Penang, the DAP Secretary-General Lim Guan Eng had received the informal handing over of the state from the long-serving Gerakan Chief Minister, Koh Tsu Koon. The smiles and the firm handshake between the two Chinese leaders had not gone unnoticed.
In Selangor, the former Umno Stalwart and corporate figure, Khalid Ibrahim, is on the way to being sworn as the first non-Umno Menteri Besar of the state. The PKR won 15 assembly seats, DAP 13 and Pas eight out of 56 seats.
The choice of Menteris Besar and Chief Minister is the first small step towards firming up the opposition coalition. The more import decisions are in the areas of policies, projects and civil service.
Here, exuberance and vindictiveness can have a high price. Hasty removal of policies and programmes can cause the coalition to lose goodwill and trust of a section of the voters who rooted for it.
In choosing to please the minority, the coalition may be alienating the majority. The coalition could not have scored such a victory had it not been for the BN supporters voting for its candidates in a show of protest against the ruling party and its leadership. Even the abstention by the BN supporters was beneficial to the coalition.
If the opposition parties hopes to make their highly effective electoral pact more permanent and long term, they should learn a lesson or two from the BN and the Kelantan Pas governments in matters of race, religion and wealth distribution.
Failing which the Malay voters who threw their lot with the oppositions (out of hatred for some personalities in Umno) in the March 8 poll may revert to the BN four or five years from now.
To begin with, Umno is not unaware that its losses were due largely to the Malays’ hatred of the so-called Prime Minister’s kitchen cabinet allegedly made up, among others, of his powerful son-in-law (MP) Khairy Jamaluddin, his businessman son Kamaluddin, his wife Jeanne Danker Abdullah, his friends like former Deputy Prime Minister, Musa Hitam, NSTP Deputy Chairman Kalimullah Hassan, Bernama Chairman and PM’s NCER adviser, Annuar Zaini and Equine Capital Executive Chairman Patrick Lim Soo Kit.
Rightly or wrongly, these people are seen as having greater influence on Abdullah than the party and the civil service.
Another major decision of the opposition coalition is the selection of the Opposition Leader for the Parliament. The convention is for the post to be given to a senior member of the party that has the most number of seats in the Dewan Rakyat, the lower house of the Parliament. In the March 8 poll, PKR won 31, DAP 28 and Pas 23.
On Feb. 24 nomination day, the Singapore Business Times writer, S Jayasankaran, asked my opinion about the likely outcome of the election.
In the Feb. 25 issue of the newspaper, I was quoted as saying: “If the opposition plays its card right, the BN could lose its two-thirds majority in the Parliament.”
Jayasankaran immediately qualified the statement saying, “not many people would agree.”
Now that the oppositions did indeed deprive the BN of its two-thirds majority, I am going to risk making another my prediction --- if the opposition parties plays their card right in the Parliament, the state assemblies and in their own council meetings, they stand a good chance of becoming a true multi-party alternative to the BN.
Of course unabated exuberance, vindictiveness and the intoxication of power can bring them down as quickly and as decisively as they were put on their high perch on March 8. The law of motion dictates that the pendulum swings in both directions.
[UPDATE, 14 March]
IT’S heartening to see that Umno is beginning to learn the bitter lesson of being the opposition. After today’s Friday prayers, some 1,000 of its members staged an hour-long protest at Kontar, the head office of the Penang Government, chanting such slogans as 'Don’t sideline the Malays' and 'Don’t abolish the NEP.'
The protest, according to a Malaysiakini report, was led by Penang Umno Secretary Azhar Ibrahim. They were against the new Penang Chief Minister Lim Guan Eng's declaration that the state would do away with the New Economic Policy (NEP) provisions.
Among those spoke at the rally included former deputy chief minister Abdul Rashid Abdullah, Sungai Dua state assemblyman Jasmin Mohamed and Umno Bukit Mertajam chief Musa Sheikh Fadzir.
There were about 3,000 onlookers and most of the shops nearby, including Maybank, were briefly closed.
It was also a lesson to the Federal Reserve Unit (FRU) troopers who were used to controlling the opposition protesters. Today, eight truckloads of them, armed with water cannons, were deployed to control Umno protesters.
In another development, the Raja of Perlis had appointed the BN Bintong Assemblyman, Mat Isa Sabu, as the Menteri Besar replacing Shahidan Kassim, ending weeks of uncertainty concerning the latter’s position as state leader.
Sunday, March 09, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[Versi Yang Dirombak]
PERDANA Menteri boleh berkata dan boleh mendakwa bahawa tiada siapa yang menekan dia untuk meletakkan jawatan atau boleh menekannya untuk meletakkan jawatan.
Laporan itu mungkin dan mungkin tidak mewakili sentimen atau kenyataan sebenar Perdana Menteri. Dan ia tidaklah penting. Yang penting ialah wajib ada seorang yang menerima dan memikul tanggungjawab ke atas prestasi buruk BN semalam.
Siapakah orang itu jika bukan Perdana Menteri? Bukankah dia orang yang sehingga saat-saat akhir kempen begitu yakin bahawa BN akan mencatat kemenangan cemerlang dan mempertahankan majoriti dua-pertiga di Parlimen.
Apakah undi rakyat yang begitu teruk menghukum Perdana Menteri dan partinya belum cukup untuk membuatkan dia menerima sepenuh tanggungjawab dan menetakkan jawatan kerana kepemimpinannya tidak lagi diyakini?
Kalau pada PRU 2004 dia begitu gembira dan angkuh menyatakan bahawa kerana dialah BN menang besar, kenapa kali ini dia begitu keberatan mengakui bahawa kerana dia jugalah BN menderita teruk?
Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbarnya pagi tadi, tiada pilihan lain bagi Perdana Menteri kecuali memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk BN dan berundur.
[UPDATE, 10 Mac]
Berikut kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, yang dikeluarkan semalam:
"1. Perjalanan pilihan raya yang ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
2. Rakyat Malaysia telah menyatakan suara dan pilihan mereka dan kita berasa syukur kerana BN terus diberi kepercayaan untuk memerintah Negara.
3. Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti 2/3, kita menerima dengan hati penuh terbuka, keputusan rakyat.
4. Kita akan terus berusaha untuk mendapat semula kepercayaan rakyat. Kita minta ahli-ahli UMNO untuk merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran ini.
5. Sebagai Timbalan Presiden, saya akan membantu YAB Presiden untuk hadapi cabaran besar ini."
Sementara itu, Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat penggal Kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur.
Serentak itu, Bursa Malaysia yang dibuka buat kali pertama selepas pilihan raya jatuh merudum sehingga mamaksa pengurusan menggantungkan sementara urus niaga pada jam 2.58 petang.
Ketika itu, indeks komposit jatuh 130 mata atau 10 peratus kepada 1,166.32 mata Urus niaga disambung semula pada jam 3.58 petang. Harga di kebanyakan bursa Asia jatuh tetapi tidak seteruk di Bursa Malaysia.
[Sambungan Posting Asal]
Seperti jutaan pengundi yang tidak berselindung-selindung lagi menolak BN, Perdana Menteri juga tidak boleh lagi berdolak-dalik dan berselindung di sebalik pelbagai alasan.
Prestasi BN kali ini adalah jauh lebih teruk daripada prestasi Perikatan pada tahun 1969. Rentetan kekalahan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, menyerahkan kuasa kepada timbalannya dan akhir bersara. Contoh dan teladan sudah ada.
Sesudah pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.
Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.
BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.
Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.
Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.
Misalnya:
1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”;
2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;
3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;
4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”;
5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan
6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.
Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.
Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.
Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.
Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.
Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.
Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.
Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.
Nota kaki: Khidmat pesanan ringkas (sms) The Star melaporkan yang ahli Dewan Undangan Negeri Pas bagi Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin, telah dinamakan sebagai bakal Menteri Besar Perak.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Kedah dan ahli DUN Sungai Limau, Azizan Abdul Razak, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar negeri itu di Alor Star hari ini.
Thursday, March 06, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
TERKINI: (8 Mac) --Bernama memetik SPR sebagai melaporkan bahawa menjelang jam 3 petang, kira-kira 58 peratus daripada 10.9 juta pemilih membuang undi.
Kalau aliran ini berterusan hingga jam 5 petang apabila pengundian berakhir, peratus yang keluar mengundi kali ini adalah rendah.
Andaian umum menjurus ke arah satu bentuk pemulauan (boikot) oleh sebahagian pemilih.
Trend ini boleh memberi kesan negatif kepada parti pemerintah kerana penyokong pembangkang umumnya amat serius mengenai pembuangan undi. Jika berlaku pemulauan, ia bukan oleh penyokong pembangkang.
Malaysiakini melaporkan yang calon-calon pembangkang mendahului di beberapa buah kerusi panas.
Di Terengganu, Bernama melaporkan polis menahan 22 orang, termasuk anak Haji Hadi Awang, kerana disyaki menyebabkan kekacauan.
Sementara itu, Ketua Polis Negera Musa Hassan mengumumkan bahawa parti-parti politik tidak dibenar mengadakan perarakan kemenangan demi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Saya sokong 100 peratus.
POSTING ASAL
LOJIKNYA, majoriti pemilih Malaysia seramai 10.92 juta sudah pun membuat keputusan mengenai tindakan mereka pada hari Sabtu, 8 Mac ini.Saya rasa mereka boleh dibahagikan kepada kategori berikut:
1. Yang sudah membuat keputusan tidak akan keluar mengundi;
2. Yang akan mengundi Barisan Nasional;
3. Yang akan mengundi pembangkang;
4. Yang akan membahagikan undi antara BN dan Pembangkang di nama pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan; dan
5. Yang akan merosakkan undi sebagai tanda protes.
Tidak memeranjatkan sekiranya bilangan pemilih yang tidak keluar mengundi tinggi kali ini. Pada PRU lalu, purata pemilih yang keluar mengundi adalah 73.9 peratus bagi Parlimen dan 74.99 peratus bagi DUN – antara peratusan tertinggi dalam sejarah PRU.
Peratus yang keluar mengundi lebih tinggi di negeri-negeri yang persaingan antara BN dan pembangkang sengit seperti Terengganu, Perlis, Kedah dan Kelantan.
Besar kemungkinan mereka yang akan memulaukan PRU kali ini terdiri daripada pengundi atas pagar yang dalam PRU lalu memilih BN dan ahli Umno yang tidak puas hati dengan kepemimpinan parti atau dengan calon.
Sekiranya andaian ini menjadi kenyataan pada 8 Mac nanti, BN amnya dan Umno khasnya mungkin menghadapi keadaan yang membimbangkan di negeri-negeri di mana saingan dengan Pas adalah sengit dan kemenangannya pada PRU 2004 tipis.
Kategori kedua dan ketiga terdiri daripada ahli setia parti yang tetap akan mengundi parti mereka walaupun tidak puas hati. Fenomena ini meluas di kalangan ahli Pas dan ahli Umno di luar bandar.
Percubaan mengubah pendirian mereka adalah sukar kerana mereka percaya sepenuhnya kepada apa ucapkan oleh pembesar parti mereka sama ada secara langsung atau melalui laporan media massa.
Ahli Umno dalam kategori ini percaya sepenuhnya kepada laporan media arus perdana manakala ahli Pas percaya kepada Harakah dan saluran maklumat berasaskan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) yang kini luas digunakan oleh parti itu.
Didesak keadaan, Pas dan parti-parti pembangkang adalah lebih canggih dan maju daripada BN di dalam penggunaan pelantar ICT seperti laman-laman berita Internet, Web TV, blog dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk berkempen.
Amalan membahagi-bahagian undi antara BN dan pembangkang bukan perkara baru. Ia berlaku agak berleluasa di kalangan pengundi bandar dan pengundi-pengundi negeri maju. Pilihan mereka banyak dipengaruhi oleh mutu calon yang dikemukakan.
Kaedah ini paling ketara di Pulau Pinang di mana pemilih memberi undi kepada pembangkang untuk kerusi Parlimen dan kepada BN bagi kerusi DUN.
Amalan ini meluas di kalangan pemilih Cina yang mahu memastikan BN menang supaya dengan itu terus mengekalkan seorang calon Cina sebagai Ketua Menteri tetapi pada masa yang sama sentimen mereka terhadap pembangkang tetap kuat.
Aliran ini juga telah mula kelihatan di kawasan-kawan bandar di negeri-negeri yang lebih maju di mana pemilih tidak bergantung sangat kepada pemberian BN dan pada masa yang sama terdedah kepada saluran maklumat yang lebih luas dan bebas.
Kategori yang terakhir adalah mereka yang berasa mereka perlu keluar mengundi tetapi sengaja merosakkan undi mereka sebagai tanda protes.
Teori undi protes dalam bentuk undi rosak (undi ditolak) ini tidak boleh diketepikan begitu saja kerana alirannya jelas. Ambil contoh kerusi Parlimen Pendang dan Sik di Kedah pada PRU 2004.
Di Pendang, daripada 49,193 kertas undi yang dikeluarkan, hanya 383 ditolak. Tetapi di Sik, daripada 31,682 kertas undi yang dikeluarkan, 1,287 diisytiharkan rosak. Di Pendang Pas menang dan di Sik BN menang, kedua-duanya dengan majoriti yang sangat tipis.
Teori undi protes ini lebih berwibawa jika kita melihat pengundian di kawasan bandar di mana kemungkinan undi menjadi rosak secara tidak sengaja adalah kecil.
Di Bukit Mertajam misalnya, daripada 45,442 kertas undi yang dikeluarkan, 1,148 rosak manakala di Taiping daripada 44,821 kertas undi, 1,337 rosak.
Tindak tanduk pengundi atas pagar dan ketidakpuasan hati ahli parti dengan kepemimpinan dan calon serta jentera pilihan raya yang compang-camping akan mempengaruhi keputusan pengundian.
Manakala setiap parti dan calon mempamerkan keyakinan yang tinggi melangit, hakikatnya banyak yang bimbang, takut-takut PRU kali ini menghasilkan keputusan yang memeranjatkan seperti:
1. BN kehilangan majoriti dua-pertiga di Parlimen. Walaupun ini mungkin tidak menjadi kenyataan, ramalan rambang ialah Pembangkang mungkin memenangi sehingga 50 kerusi;
2. Pas kehilangan Kelantan dan gagal menawan semula Terengganu atau BN gagal sekali lagi menakluki Kelantan tetapi kehilangan Terengganu;
3. Pembangkang membelasah BN di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang; dan
4. Kekalahan calon-calon sensasi dan berprofil tinggi seperti berlaku pada PRU 1969 dan 1999.
Selamat mengundi buat semua.
Tuesday, March 04, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEORANG aktivis Umno di sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia yang lama saya kenal menyatakan kehampaannya kepada saya kerana “laman-laman berita Internet dan blog-blog berat sebelah.”
Katanya laman-laman berita Internet dan blog-blog lebih memihak kepada pembangkang dan tidak adil kepada Barisan Nasional dan Umno.
Saya mengucapkan terima kasih kepadanya kerana melayari laman-laman berita Internet dan blog-blog. Saya sendiri agak terperanjat mendapati banyak penggiat Umno yang segenerasi dengan saya yang melayari laman-laman berita Internet dan blog-blog.
Jadi tidaklah tepat anggapan bahawa semua pembesar dan aktivis Umno generasi saya yang buta IT atau hanya generasi muda yang celik IT.
Saya tidak berhasrat bercakap bagi pihak laman-laman berita Internet dan blog-blog lain. Saya hanya boleh bercakap mengenai blog ini.
Tetapi sebelum itu saya ingin menyebut bahawa aktivis Umno itu terdiam apabila saya merujuk kepada liputan media massa arus perdana – akhbar, televisyen dan radio.
Saya bertanya kepada beliau, apakah media massa arus perdana yang dimiliki atau dilesenkan oleh pemerintah adil dan tidak berat sebelah?
Blog ini bukanlah blog berita atau kempen. Ia lebih berupa laman untuk menganalisis isu semasa, peristiwa dan perwatakan – isu-isu seperti politik, ekonomi dan jenayah.
Contohnya mengenai kenaikan kadar jenayah dan kenaikan harga barang-barang pengguna.
Peristiwa-peristiwa seperti tunjuk perasaan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), kempen pilihan raya bersih (Bersih) dan pemancaran koridor-koridor mega ekonomi oleh pemerintah.
Dan hal-hal yang berkaitan dengan perwatakan seperti perwatakan Perdana Menteri dan pembesar-pembesar politik lain termasuk soal kemunculan mendadak Khairy Jamaluddin sebagai aktivis Umno dan broker kuasa.
Adalah di luar kawalan saya jika ramai daripada yang mengulas dan berbahas adalah mereka yang mempunyai isu atau sungutan terhadap pemerintah, pembesar dan parti-parti politik pemerintah.
Ini adalah ciri blog. Ia adalah ruang demokratik untuk sesiapa sahaja yang mahu membaca dan bersuara.
Saya tidak boleh menyekat orang yang tidak sependapat dengan pemerintah daripada membaca blog ini dan membuat ulasan.
Begitu juga saya tidak pernah menyekat orang yang pro-pemerintah daripada membaca dan membuat ulasan mempertahankan dan menyokong pemerintah.
Malah, banyak juga pembahas blog ini yang membuat kritikan dan serangan peribadi terhadap saya yang saya siarkan. Ini adalah antara antara ciri blog. Semua orang bebas bersuara asalkan tidak melampaui batasan.
Akhir sekali, saya maklumkan kepada aktivis Umno itu bahawa blog ini adalah daya usaha peribadi saya seorang diri. Saya yang membiayainya, saya yang menulisnya, saya yang menyuntingnya dan saya yang menjadi “moderator”nya. Tiada orang atau pihak lain yang terbabit.
Lagi pun, kalau benar seperti kata seorang pembesar pemerintah iaitu para blogger hanya “syok sendiri” tidaklah ada apa-apa yang hendak dirisaukan. Biarlah blogger syok sendiri.
Terima kasih.
Saturday, March 01, 2008
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SEANDAINYA Pas terus berkuasa di Kelantan selepas 8 Mac ini – yang nampak-nampaknya begitulah – masalahnya bukan kerana strategi parti itu hebat atau janji-janjinya tinggi melangit.
Pas ada strategi dan janji. Di Kelantanlah strategi Pas paling terserlah dan terbukti berkesan sejak pilihan raya umum 1990, apabila ia kembali menguasai negeri itu.
Namun begitu, strategi dan janji Pas tidak pernah dan tidak mungkin sehebat strategi dan janji Umno. Umno boleh mengemukakan strategi yang paling canggih dan menjanjikan peruntukan mega.
Ironinya, jika Umno gagal merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ini, puncanya bukanlah kerana ia kurang perancangan tetapi kerana terlebih merancang, berstrategi dan berjanji.
Di Kelantanlah Umno mempamerkan paling banyak kepelbagaian – daripada kepelbagaian daerah kepada perwatakan, status sosial dan cita-cita.
Daripada kepelbagaian inilah muncul watak-watak yang saling sokong-menyokong dan pada masa yang sama potong-memotong seperti Annuar Musa, Awang Adek Hussin, Mustapa Mohamed, Tengku Razaleigh Hamzah, Ibrahim Ali dan Zaid Ibrahim. Ibrahim kali ini bertanding atas tiket Pas dan Zaid tidak dicalonkan semula setelah disingkirkan daripada Umno.
Yang tentunya diketahui oleh Umno Kelantan dan oleh lawannya, Pas adalah kedudukan sebenar perpaduan dan keakraban yang wujud di kalangan pelbagai kelompok dan kepentingan ini.
Senario dan persoalan semasa adalah lebih kurang seperti berikut:
1. Kegigihan untuk kembali menguasai Kelantan ada kaitan dan perkiraan dengan pemilihan Umno yang akan diadakan selepas PRU;
2. Umno Kelantan kini dikepalai oleh Annuar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Annuar pasti ada cita-cita untuk kembali menjadi menteri atas dasar keakrabannya dengan Perdana Menteri;
3. Awang Adek dicalonkan sebagai bakal Menteri Besar jika BN menang. Dengan jawatan itu, dia lebih berhak menjadi Pengerusi Perhubungan. Soalnya bolehkah Annuar menerima hakikat ini?;
4. Apakah Annuar tidak mempunyai “calonnya” sendiri untuk mengisi jawatan Menteri Besar?;
5. Apakah Awang Adek mendapat sokongan ikhlas dan padu daripada semua “panglima” politik Kelantan yang pelbagai itu?;
6. Bagaimana halnya dengan Mustapa yang dilihat sebagai seorang yang sederhana dan berpengalaman dan lebih sesuai menjadi MB jika BN menang?;
7. Faktor Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun jelas dipinggirkan dan cuba disekat daripada mempunyai sebarang pengaruh di luar daripada Gua Musang, Ku Li terus menghuni hati sanubari rakyat Kelantan;
8. Ku Li terus dilihat sebagai satu-satunya pemimpin Umno yang berkedudukan untuk mencabar status quo parti pada pilihan Umno akan datang;
9. Akhir sekali, apa yang boleh diistilahkan sebagai faktor luar, yang mungkin dimainkan oleh watak-watak tertentu di negeri itu yang berpengaruh ke atas pengundi. Dalam konteks ini saya tidak bermaksud Istana.
(Seorang veteran politik Umno yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri/Menteri Besar dan bertanding PRU 1999 merujuk kepada peranan yang mungkin dimainkan oleh usahawan perikanan Nik Sapeai Nik Yusuf dan Zaid Ibrahim).
Janji-janji pembangunan mega dan serangan hebat ke atas Kerajaan Pas tidak dijangka memberi kesan “landslide” (tanah runtuh) kepada BN.
Seandainya majoriti pengundi Kelantan boleh digula-gulakan dengan janji dan ancaman, BN sudah pun menguasai negeri itu pada PRU lalu apabila sentimen pemilih memihak kepada BN kerana faktor “Orang Baik”.
Dalam PRU itu, ketika sentimen umumnya condong kepada BN, parti itu menang tujuh daripada 12 kerusi Parlimen dan 20 daripada 45 kerusi negeri. Ia menang satu lagi kerusin DUN iaitu Pengkalan Pasir melalui pilihan raya kecil.
Para strategis Umno/BN pasti mengambil kira hakikat bahawa majoriti daripada kemenangan itu adalah dengan kelebihan undi yang kecil.
Teori popular sekarang adalah sokongan pengundi kali ini mungkin berpindah semula kepada pembangkang setelah mereka berpeluang menilai aspek positif dan negatif kepemimpinan “Orang Baik” itu sejak empat tahun lalu.
Kesimpulannya adalah tidak bijak bagi Umno/BN Kelantan mencurahkan air dari tempayan kerana mendengar guruh di langit dan memipis lada kerana nampak burung di langit.