Sunday, March 09, 2008

Kini Waktu Berterus Terang

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran yang sesuai. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat atau lucah tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

[Versi Yang Dirombak]

PERDANA
Menteri boleh berkata dan boleh mendakwa bahawa tiada siapa yang menekan dia untuk meletakkan jawatan atau boleh menekannya untuk meletakkan jawatan.

Laporan itu mungkin dan mungkin tidak mewakili sentimen atau kenyataan sebenar Perdana Menteri. Dan ia tidaklah penting. Yang penting ialah wajib ada seorang yang menerima dan memikul tanggungjawab ke atas prestasi buruk BN semalam.

Siapakah orang itu jika bukan Perdana Menteri? Bukankah dia orang yang sehingga saat-saat akhir kempen begitu yakin bahawa BN akan mencatat kemenangan cemerlang dan mempertahankan majoriti dua-pertiga di Parlimen.

Apakah undi rakyat yang begitu teruk menghukum Perdana Menteri dan partinya belum cukup untuk membuatkan dia menerima sepenuh tanggungjawab dan menetakkan jawatan kerana kepemimpinannya tidak lagi diyakini?

Kalau pada PRU 2004 dia begitu gembira dan angkuh menyatakan bahawa kerana dialah BN menang besar, kenapa kali ini dia begitu keberatan mengakui bahawa kerana dia jugalah BN menderita teruk?

Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbarnya pagi tadi, tiada pilihan lain bagi Perdana Menteri kecuali memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk BN dan berundur.

[UPDATE, 10 Mac]

Berikut kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, yang dikeluarkan semalam:

"1. Perjalanan pilihan raya yang ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

2. Rakyat Malaysia telah menyatakan suara dan pilihan mereka dan kita berasa syukur kerana BN terus diberi kepercayaan untuk memerintah Negara.

3. Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti 2/3, kita menerima dengan hati penuh terbuka, keputusan rakyat.

4. Kita akan terus berusaha untuk mendapat semula kepercayaan rakyat. Kita minta ahli-ahli UMNO untuk merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran ini.

5. Sebagai Timbalan Presiden, saya akan membantu YAB Presiden untuk hadapi cabaran besar ini."

Sementara itu, Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat penggal Kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur.

Serentak itu, Bursa Malaysia yang dibuka buat kali pertama selepas pilihan raya jatuh merudum sehingga mamaksa pengurusan menggantungkan sementara urus niaga pada jam 2.58 petang.

Ketika itu, indeks komposit jatuh 130 mata atau 10 peratus kepada 1,166.32 mata Urus niaga disambung semula pada jam 3.58 petang. Harga di kebanyakan bursa Asia jatuh tetapi tidak seteruk di Bursa Malaysia.

[Sambungan Posting Asal]

Seperti jutaan pengundi yang tidak berselindung-selindung lagi menolak BN, Perdana Menteri juga tidak boleh lagi berdolak-dalik dan berselindung di sebalik pelbagai alasan.

Prestasi BN kali ini adalah jauh lebih teruk daripada prestasi Perikatan pada tahun 1969. Rentetan kekalahan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, menyerahkan kuasa kepada timbalannya dan akhir bersara. Contoh dan teladan sudah ada.

Sesudah pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.

Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.

BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.

Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.

Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.

Misalnya:

1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”;

2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;

3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;

4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”;

5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan

6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.

Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.

Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.

Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.

Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.

Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.

Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.

Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.

Nota kaki: Khidmat pesanan ringkas (sms) The Star melaporkan yang ahli Dewan Undangan Negeri Pas bagi Pasir Panjang, Mohammad Nizar Jamaluddin, telah dinamakan sebagai bakal Menteri Besar Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Kedah dan ahli DUN Sungai Limau, Azizan Abdul Razak, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar negeri itu di Alor Star hari ini.

170 comments:

  1. Anonymous5:20 AM

    Datuk,
    saya ingin bertanya dimana dan apakah peranan KSN dan pegawai PTD-PTD yang muda-muda yang telah dengan senangnya naik pangkat, semasa pemerintahan AAB ini berada?
    Apakah Pegawai-pegawai PTD Melayu yang bongkak ini juga penyumbang kekalahan BN?
    Setahuu saya semasa zaman DR Mahathir dahulu peranan PTD-PTD inilah yang banyak membantu ke4jayaan kerajaan.
    -makangaji.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:08 AM

    Dato' dan semua,

    Dato' kata: "BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah."

    Impian saya akhirnya menjadi keyataan Dato'!

    Terima kasih kepada rakyat Malaysia bijak memilih. Keputusan mengejutkan ini sebagai masej jelas lagi terang kepada pemimpin2 yg rakus, bongkak dan tidak mengenang budi.

    RAKYAT JUGA AKHIRNYA BERKUASA!!!

    Jelaslah, 'kita' bukan ber“syok-syok sahaja” terutama dalam blog Dato' ini.

    Adakah PakLah sekarang sedang berkira-kira untuk bersara? Apa sekalipun, saya ucapkan selamat bersara kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid setelah menghadiahkan rekod terburuk yang pernah dialami oleh BN dalam masa 50 tahun demokrasi Malaysia!

    Terima kasih Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:13 AM

    Rakyat Itu Raja.

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:03 AM

    Datuk,
    Mesej rakyat ialah Pak Lah perlu meletak jawatan. Dari kemenangan besar 2004 kepada kekalahan besar 2008. Rakyat sudah membuat keputusan. Rakyat bertindak untuk menyekat kegolojohan. Biar UMNO (sebenarnya Pak Lah dan para penasihat) sedar. Bangunnn... rakyat tak puas hati dengan kenaikan harga barang, pengaruh anak menantunya, kadar jenayah, kepimpinan yang lemah. Orang Melayu lihat Pak Lah berlembut dengan orang orang lain dan juga negara lain... habis Melayu bagaimana??? Nak dapatkan undi orang lain maka undi Melayu pun hilang. Pilihanraya ini ialah untuk mengajar dan mengingatkan para pemimpin. Jangan hanya mendengar nasihat orang sekeliling sahaja. Sila letak jawatan Pak Lah.... Alhamdulillah Mukhriz menang. Itu pun Mukhriz Tun Mahathir. Ingat Pak dia. Kalau tidak sorry nak undi.

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:12 AM

    God bless

    Berubah dari satu keadaan yang baik kepada yang lebih baik. Semoga in membawa kebaikan kepada kita semua.

    Sungguh terharu melihat perubahan ini.


    -Dari Jauh, US-

    ReplyDelete
  6. Saya berasa amat sedih dan terharu kerana saya juga merupakan salah seorang ahli umno yang bertanggungjawab menjatuhkan UMNO di Selangor, tapi saya terpaksa lakukan ini demi cintakan UMNO itu sendiri. Kami tiada jalan lain setelah rintihan kami, keluhan kami serta rayuan kami langsung tidak dihiraukan. Apatah lagi setelah kebanyakan YB UMNO menjadikan UMNO itu hak milik peribadi serta ahli keluarga dan saudara mara mereka sendiri.

    YB UMNO juga berlumba-lumba mengumpul harta, tanpa memperdulikan kami yang meletakkan mereka di situ. Usahkan memperjuang nasib rakyat, hadir ke majlis penyampaian hadiah anak-anak kami di sekolah juga tidak pernah, walau dijemput berka;li-kali.

    YB-YB dari UMNO ini seolah-olah hanya menjadi wakil pucuk pimpinan UMNO, bukan wakil Rakyat! Mereka menganggap selagi pucuk pimpinan memerlukan mereka, selagi itulah mereka akan berada di situ, tapi mereka lupa bahawa kamilah yang meletakkan mereka di situ.

    Laksana masalah rumahtangga, seorang isteri angkuh yang lagi tidak mendengar rintihan dan rayuan suaminya yang memintanya berubah, isteri itu terpaksa diceraikan dengan talak 5 tahun. Jika dia masih belum mahu muhasabah diri dan berubah, jangan salahkan suaminya....

    Kami masih menangisi dan merawat luka hati dan cuba untuk tidak menyalahkan diri sendiri atas tindakan ini, namun rasa kasih sayang kami melebihi segalanya. Maafkan kami UMNO, kami tiada pilihan.

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:50 AM

    sdr rocky,

    saya keluar awal pagi untuk membuang undi. saya meninggalkan peti undi dengan perasaan yang amat sangat sayu. malah airmata saya bergenang kerana buat kali pertama saya memangkah pembangkang. saya ada empat pilihan:
    1. memangkah BN
    2. memangkah DAP
    3. melakukan undi rosak
    4. tidak keluar mengundi kerana tidak sanggup memangkah dap dan pada masa yang sama mahu BN bangkit daripada lena.

    saya memilih 2. dan saya tahu sama ada saya memilih 1 ataupun 2, DAP sudah pasti menang. Ini terbukti dalam setiap pilihan raya yang saya sertai.

    saya berdoa Allah akan menunjukkan pengajaran. doa saya dimakbulkan. saya berdoa mukhriz menang, doa saya dimakbulkan. saya berdoa che'gubard menang, Allah Maha Mengetahui mengapa kemenangan perlu berpihak kepada khairy.

    rakyat sudah bersuara. dan rakyat menyuarakannya melalui peti undi. syukur alhamdulillah. rakyat malaysia tidak perlu melalui pertumpahan darah.

    kini masanya wakil-wakil rakyat menunaikan janji. sama-samalah kita melihat perubahan yang akan berlaku. saya berdoa semoga perubahan ini membawa kebaikan kepada semua - rakyat malaysia.

    CT Tanjung Perak

    ReplyDelete
  8. Saudara Kadir ... analysis yg sangat tepat sekali... di harap pemimpin pemimpin BN terutama UMNO mengambil iktibar ... jangan lagi hidup dalam dunia khayalan .. perihatin dan selamilah intipati hati rakyat .. masalah kenaikan kos saraan hidup.. kenaikan harga minyak petrol dan minyak masak... janganlah beri alasan akademik seperti ; kos dinegeri kita ialah yang terendah , kerajaan telah memberi subsidi.. dll dll tapi di sebaliknya ada pula golongan rakyat yang mempamirkan kekayaan dan kemewahan yang diluar impian rakyat jelata... bread and butter issues matters to us .... Go beyond the rhetoric .. lagipun kalau nak hentam pembangkang janganlah terlaluan ... dan jangan guna media massa yang sudah tentunya tidak dapat di akses oleh pembangkang untuk ... rakyat jelata bukan tidak sebodoh yang dijangka ... do not underestimate our intelligence .. not all of us are pro pembangkang ... it's not that we love the opposition more ...it's just that some of us have lost confidence with the forever over-confident powers that be .... just like the popular "Survivor" tv series ..The Tribe has voted !! Take the next boat out !!..

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:16 AM

    Salam Dato', kami di obersi ni pun gembira dengan perubahan ini tetapi gusar kalau yang dok ada kat MT Umno ni tak sedaq diri lagi kata kita tak mau depa. Secara jujur, saya sungguh meluat dengan wakil Rembau tu tapi nak buat lagu mana dia menang. Dari awai lagi dia memang gila kuasa. Bagi pembangkang yang menang saya harap depa boleh membawa lebih banyak kebaikan dan kemajuan kepada negara. Saya rasa AAB perlu letak jawatang. Jangan dok cakap pasai masih ada kerja belum selesai, selagi dia tak letak jawatan, selagi itu Umno akan goyah pasai orang ramai tak suka kat dia dan anak menantu dia. Dia kena akur mengenai hakikat tu.

    ReplyDelete
  10. Anonymous8:42 AM

    sudah banyak kali dinyatakan....sudah banyak kali dibicarakan....namun masuk angin keluar asap...nasihat tun tidak diendahkan...sebaliknya diseranah, dimaki oleh pengampunya....inilah akibatnya....rakyat sudah cerdik..rakyat tau menilai......

    dukperati

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:42 AM

    Salam Dato'

    Penat juga menunggu keputusan pilihanraya ni dari nun jauh di sana.

    Dato' masih ingat lagi komen saya berkenaan dengan Kelantan suatu masa dahulu Dato' ulas berkenaan dengan Kelantan mem"bayang"kan Kelantan akan jatuh ke tangan UMNO (Lupa Tarikh Ulasan Dato').

    Tetapi nyata sekali komen saya tetap "Membangun Bersama Islam", kali ini dengan majoriti yang besar sekali sepertimana PR 1990. Calon baru MB Kelantan dan Pengerusi UMNO kecundang keluar gelanggang sama sekali.

    Ditambah pula dengan Kedah yang mana PAS menang kebanyakan kerusi dan Dato' boleh bayangkan kedudukan UMNO di Terengganu seperti kedudukan Kelantan pada PR 2004 dengan kelebihan 2 kerusi negeri (betulkan saya).

    Dan jika dilihat profil pembangkang di Kelantan dan Terengganu, maka pembangkang di Terengganu lebih berwibawa, (jika dilihat di Kelantan, nama-nama besar seperti Anuar Musa dan Awang Adek rebah tak terbangun) jadi UMNO kemungkinan besar akan kepanasan di Dewan Undangan Negeri Terengganu nanti, tunggu dan lihat.

    ~pokkiok~

    ReplyDelete
  12. Salam dato'
    Kejutan besar!!!. Pengajaran berguna kepada BN!!! ....tidak SELALU sombong...bongkak...sikap sure win...
    saya memang menjangka Mr. Toll kecundang. Mrs. AP seharusnya tewas dan Nazri sepatutnya juga tewas. AB should resign!!!. Pass the baton to Najib.

    Dato'

    Saya beras sangat sangat.....Lega....lega.........

    ReplyDelete
  13. Anonymous8:51 AM

    dolah wajib pergi.kita menunggu gabungan Najib-Mukriz.ahli Umno belot tapi akan kembali bila dolah and son belah!.


    corrigenda.

    ReplyDelete
  14. Dato A Kadir Jasin,

    Saya bersetuju dengan Dato' bahawa inilah masa untuk berterus-terang. Ada kala pemimpin kita tidak faham bahasa isyarat. Mana-mana yang patut pergi, eloklah pergi agar tidak terus menjadi liabiliti kepada parti. Ini termasuklah orang atas, orang bawah, orang kiri dan orang kanan.

    Selain itu, kita juga berharap agar pemimpin-pemimpin tidak nipis telinga. Dalam beberapa hari (dan bulan ini), akan ramai orang memberikan cadangan secara ikhlas. Ada kala, cadangan itu pedas. Nasihat saya ialah dengarlah cadangan-cadangan itu.

    Kalau masih tidak faham dengan mesej yang diberikan oleh rakyat, maka saya kira itu adalah sesuatu yang mendukacitakan.

    Mengenai parti-parti PAS, PKR dan DAP, mereka harus menggunakan kuasa yang baru didapati itu dengan cara yang terbaik. Belajar dari apa yang berlaku kepada BN dan usah ulangi kesilapan itu.

    Akhir sekali, saya mengharapkan agar proses yang berlaku ini mematangkan kita semua dan menguntungkan rakyat.

    Salam.

    ReplyDelete
  15. Anonymous9:45 AM

    Alhamdulillah Dato'... Ramalan saya agak tersasar sebelum pilihan raya.

    a. Ramal PAS akan menang di Kelantan dengan kelebihan 2 - - kerusi tapi PLUS pulun sakan ... dan BN terbaring di Kelantan.

    b. Ramal BN menang tipis di Terengganu tapi vise versa dengan para 'a' di atas.

    c. Ramal Nenek Pidah kalah tapi dia menang jugak.... Tapi ramalan saya Uncle Sam tewas memang tepat.

    d. Amat TAK SANGKA pembangkang menang mudah di Penang. Suka tengok BN terduduk di Perak, terjelepuk di Kedah dan termalu di Selangor. Nasib baik WP takde DUN kalu tidak tak tau apa nak jadi. Best gille jugak tengok pembangkang cuma tewas satu je kerusi perlimen WP. Pelik jugak.. ada orang Putrajaya pangkah PAS.... he he he he....

    Debaran sudah berkahir and now time to work hard and sila tunaikan janji masa pilihanraya in whatever Parti pun....

    Kelantan dan Kedah bersinar di bawah cahaya Rembulan. Boleh digelar Double K, 2K, KK, K2 or whatever asal bukan Datuk K... and NCER dah dai Koridor Air Mata Pak Lah....

    Sorry ya Dato'....

    ReplyDelete
  16. Anonymous9:53 AM

    salam...dato,
    pru12 keputusan yang tidak mengejutkan rakyat biasa...
    dato adakah ini mampu menyedarkan paklah dan khairy serta kuncu-kuncunya? hinalah lagi TUN DR MAHATHIR,jika paklah masih tak sedar lagi mari kita lakukan sekali lagi pada pru ke 13.
    hidup UMNO!!!!!...

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:05 AM

    Y.Bhg Pak Kadiaq,

    Bukankah Tun Daim telah memberi amaran awal akan perilaku yang akan terjadi di 4 buah negeri beberapa bulan yang lepas.

    Saya percaya bahawa amaran yang ikhlas yang diberikan itu telah TIDAK diendahkan. Maka, "ignore the advice at your peril".

    Saya tidak ingin mengulas panjang akan sebab utama kekalahan teruk BN dalam sejarah moden ini. Kejadian yang hampir sama berlaku pada 1969.

    Setelah segala debu luruh pada 1969, perdana menteri tunku abdul rahman telah meletak jawatan secara terhormat dan menerima tanggungjawab terhadap malapetaka yang berlaku.

    Kali ini Abdullah Haji Ahmad hendaklah bersikap secara gentleman, demokrat dan bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana JELAS bahawa rakyat telah menolak kepimpinan beliau.

    Kepimpinan beliau telah ditolak, noktah.

    Sekiranya beliau tidak mempunyai maruah dan masih lagi menyalahkan pihak lain dan enggan melepaskan kerusi perdana menteri maka tibalah giliran timbalan presiden umno, beberapa pemimpin kanan umno, veteran umno dan majoriti ahli umno untuk mendesak abdullah berbuat demikian. Tidak ada pilihan selain perletakan jawatan beliau.

    Walaupun beliau terselamat di kepala batas namun ianya tidak mencukupi untuk berkata bahawa rakyat masih memerlukan beliau kerana hakikatnya rakyat tidak lagi mempercayai dan tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

    Sekiranya orang umno (bukan ahli umno) masih sayangkan parti, seperti saya, maka kita semua sewajarnya rally behind tun dr mahathir mohamad untuk memberitau abdullah bahawa masanya telah tiba untuk beliau melepaskan jawatan itu, noktah.

    Seperti yang Pak Kadiaq kata inilah masanya untuk berterus terang dan tanpa perlu berselindung lagi sekiranya kepentingan yang lebih besar iaitu kepentingan umat Melayu dan orang umno dan umno sendiri ingin dimartabatkan.

    Najib Tun Razak juga tidak lagi boleh malu-malu kucing demi ketiga-tiga kepentingan itu dan beliaulah orang yang paling penting untuk "step-up" dalam usaha yang paling penting ini.

    Berkatalah yang benar biarpun pahit. Kerana yang pahit telahpun berlaku dan berlaku dengan jelasnya.

    Saranan saya: Abdullah Ahmad Badawi hendaklah meletak jawatan. Sekiranya beliau enggan maka Barisan Nasional sewajarnya membawa usul tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat (dengan sokongan pembangkang) ataupun Umno memanggil perhimpunan agung tergempar untuk meluluskan usul tidak percaya terhadap presiden.

    Pilihlah antara dua ini, ternyata ini adalah exit yang paling memalukan bagi seseorang ahli politik.

    Namun air muka masih beliau selamatkan apabila abdullah meletak jawatan dan menghilangkan diri biarpun ke luar negara untuk membiarkan proses memulihkan semangat, perasaan dan prasarana di dalam negara di bawah kepimpinan baru.

    Biarlah urusan negara dan urusan parti diberikan kepada mereka yang lebih berhak.

    Zaki Tok Tam
    Anakbukit, Alor Setar, Kedah

    ReplyDelete
  18. Anonymous10:17 AM

    Dato,
    Terbaca reaksi Pak Lah dalam REauter, seperti biasa dia masih lagi tak belajar dan tak pandai mentafsir keadaan. Reflection dia terlalu lambat. Simpati saya pada bala yang sengaja dicari atas kejahilan dia.

    Saya penyokong umno tidak keluar mengundi kerana tak mahu bagi undi pada calon umno yang saya tak setuju, nak undi pembangkang, jauh sekali.

    ReplyDelete
  19. Paklah masih sombong untuk tidak mengaku bahawa ada suasana tekanan untuknya meletak jawatan.

    KJ masih sombong untuk mengaku bahawa BN tewas secara memalukan ahawa perjuangannya sudah selesai dan tidak diterima.

    BN hanya bermaruah jika paklah berundur.

    ReplyDelete
  20. Anonymous10:27 AM

    Datuk,
    Kesilapan BN adalah kerana mereka terlupa PRU adalah memilih wakil yang bekerja untuk rakyat dan BUKAN tuan.
    Kebanyakan calun yang di ketengahkan terlalu bongkak dan berlagak seperti tuan BUKAN wakil kepada rakyat.
    Semoga semua yang menang beringat untuk berbakti kepada kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai ini.

    ReplyDelete
  21. Anonymous10:28 AM

    Dato'

    Politik negara akan menjadi sangat menarik dalam 2 atau 3 tahun ini. Terutamanya dengan kesedaran BN akan kudis-kudis yang perlu dirawat sebelum menjadi pekung. Dan juga untuk menggerakkan jentera parti yang sudah musnah diganggu oleh tangan Khairy.

    Saya berdoa kepada Allah Taala, agar janganlah berlaku race riot seperti 1969, tetapi rakyat terima dan bersama-sama menggerak transisi perubahan dengan matang.

    Terima kasih semua dan Ya Allah Engkau Lindungilah kami semua hambaMu.

    ReplyDelete
  22. Anonymous10:36 AM

    People want to remove AAB (and his gang). People don't care much about DAP, PKR and PAS. Since Umno didn't manage to do it internally, People have no other choice than to do it at the ballot box. Umno still didn't get the message? People (the ultimate boss) is getting impatient.

    DAP, PKR and Pas please use this as opportunity to show your capability. Don't turn the People into rakyat terengganu who 'serik' for just a taste of one term.

    ReplyDelete
  23. Mungkin bukan sesuatu yang melampau untuk dikatakan bahawa kemenangan besar BN pada PRU 2004 adalah disebabkan faktor rakyat mengenang jasa TDM dan kekalahan besar PRU 2008 ini juga disebabkan oleh faktor TDM yang tidak dikenang budi oleh BN.

    BN akan terus memerintah dengan lebih bermaruah walaupun tanpa majoriti 2/3 jika paklah berundur..
    berundur lah

    ReplyDelete
  24. Anonymous10:57 AM

    banyak faktor di bincangkan untuk merumus kepada kekalahan besar malam tadi. dan saya rasa semua faktor itu ada kebenarannya sedikit sebanyak. Dato', your analysis had summed up all the points that lead to the BN down fall.

    tapi saya juga ingin menarik perhatian kepada faktor Tun Mahathir yg kita sayangi. saya berpendapat pandangan dan perasaan beliau ketika ini terhadap UMNO dan kerajaan juga telah memungkinkan ini berlaku. Ini juga antara sebab kenapa PAS menang besar di KEdah tetapi Dato' Mukhriz Mahathir tidak tewas di Jerlun. so, to UMNO, next time pls consider carefully all the critical words ansd adviceth that came from Dr M. coz he still has a special place in the people's heart especially the Melayu.

    ReplyDelete
  25. Rakyat Sudah bersuara.

    Saya bersetuju untuk kita terus memerhatikan gabungan baru ini supaya berjaya membentuk sebuah kerajaan yang berhemah dan cekal pada prinsip mempertahankan hak rakyat.

    ReplyDelete
  26. Sekarang Bodohwi boleh buat Supercorridor di Kepala Batas dan Rembau!...Koridor lain...bungkus.
    Cuba tipu rakyat, BN dapat padah.
    Bila nak dinilai Bodohwi dan Tun Mahathir tentang IQ, Bodohwi hanya 10 points, Tun 1000 points.

    ReplyDelete
  27. Dato'
    Dulu Bodohlah menang besar sebab FAKTOR Tun Mahathir. Sekarang kalah besar juga sebahagian akibat FAKTOR Tun.
    ....aplagi.....UMNO kena buat undi tidak percaya, jika dia tidak mahu letak jawatan.
    Jika tidak UMNO/BN mungkin akan kalah sangat besar di PRU 13 nanti dan terus langsung hilang.

    ReplyDelete
  28. Anonymous11:28 AM

    Dato',
    Maaf kalau saya menggunakan blog Dato' untuk melahirkan rasa gembira atas kemenangan Datuk Mukhriz di Jerlun. Bagi saya, ia lebih daripada sekadar kemenangan anak mantan PM dan pelapis yang telah banyak kali juga teruji wibawanya, tetapi juga kemenangan orang yang cuba dianiaya dengan 'dihumban' ke tempat seperti Jerlun.
    Kedua, pengalaman dalam kerja-kerja kempen BN di Kedah sepanjang PRU ini agak menakutkan saya. Bukan takut pada kekuatan lawan, tapi pada 'pertempuran senyap' sesama sendiri antara Umno dengan Umno. Ia berlaku dengan hebat.Punca utamanya; pemilihan calon.
    'Kerat' dan 'kalih' menjadi rahsia terbuka hampir di mana sahaja (kecuali Parlimen Merbuk).
    Semua ini pernah berlaku dalam PRU-PRU terdahulu, tapi kali ini ia bagaikan di luar kawalan.
    Kenapa begitu?
    Mungkin sebab kita mempunyai pengawal yang hanya punya senapang tetapi pelurunya berada di pinggang anak menantu...
    Mungkin...

    ReplyDelete
  29. Anonymous11:31 AM

    Assalammualaiikum.
    Saya mengambil kesempatan untuk mengemukakan beberapa soalan. Pendapat tuan berkaitan persoalan-persoalan yang saya timbulkan amatlah saya hargai. Bagaimanapun saya tidak mengharapkan tuan menjawab kesemua soalan di bawah memandangkan kesibukan. Perayap yang lain juga dialukan-alukan untuk menjawab soalan di bawah.
    1. Apakah Pak Lah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas “kekalahan” BN dan seterusnya meletak jawatan di dalam kepimpinan atas sifat kebertanggungjawaban itu?
    2. Mengapakah Kerajaaan BN dapat bertahan di Terangganu sedangkan 4 buah negeri lain kecundang kepada pembangkang?
    3. Sekiranya Pak Lah enggan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO, siapakah yang dianggap layak untuk mencabarnya dalam PAU akan datang kerana saya tidak yakin Najib akan mencabarnya.?
    4. Pada pandangan tuan bagaimanakah media alternatif telah memberi sumbangan yang besar dalam kekalahan BN?
    5. Sejauh manakah faktor Tun menyumbang kepada kekalahan BN?
    6. Bolehkah pembangkang menunaikan janji mereka di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai contoh memberi RM6,000 setahun kepada keluarga yang susah?
    7. Adakah pengundi-pengundi terutama penyokong BN terlebih menghukum BN dalam PRU12?
    8. Mungkinkah semua ahli DR dari negeri Sabah dan Sarawak melompat ke dalam BA dan seterusnya membolehkan BA membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan? BA boleh menawar jawatan TPM kepada Sabah atau Sarawak.

    Sekian terima kasih.
    Akulamat

    ReplyDelete
  30. Salam Datok,
    Saya bekas anak buah Dato' yang pernah dihantar bertugas ke London dan Afrika Selatan.

    Jika di Britain, situasi ini akan membuat PM meletak jawatan secara terhormat untuk memberi pemimpin lain menerajui parti untuk memulihkan imej parti.
    Situasi yang sama juga patut berlaku di sini. Mesej yang dihantar jelas dan nyata, kepimpinan Pak Lah tidak diperlukan lagi.
    Beliau leka, angkuh dan sombong yang ditambah dengan gelagat 'samseng' beberapa menteri kabinetnya, terutama Zainudin Maidin dan Nazri Abdul Aziz

    Pak Lah juga gagal atau sengaja memekakkan telinga apabila kalangan menteri dan penyokong Umno tidak menyukai tindak tanduk menantu kesayangannya KJ.

    Saya nasihatkan supaya KJ berundur dari politik jika mahu menyelamatkan Umno. Dia bukan saja pembawa bencana, sebaliknya dia sendiri adalah bencana dalam UMNO.
    Janganlah kerana nila setitik habis susu sebelanga.
    KJ perlu belajar bersopan. merangkaklah dahulu sebelum berjalan dan berlari. Dia terlalu ambitious.
    Keputusan pilihanraya ini adalah 'protes' terhadap perangai KJ.

    Selain faktor semasa, saya juga persalahkan media sama ada cetak mahupun elektonik kerana gagal menyampaikan mesej dan suara rakyat. Mungkin mereka ditekan atau mahu menjadi kerusi masing-masing. Tiada langsung ruang untuk rakyat bersuara, mahupu pembangkang yang mewakili sebahagian besar rasa tidak kepuasan hati masyarakat.
    Kenaikan tol (sekalipun PLUS dah untung berbilion) banyak menghancurkan sistem kekeluargaan hingga ramai yang tidak balik ke kampung, ditambah lagi dengan minyak. Kos balik ke Seremban pun mencecah RM100, jika pulang bersama keluarga.

    Tidak ada satu pun berita yang menyiarkan rasa amarah rakyat terhadap kenaikan itu yang menyebabkan pelbagai harga barang naik

    Semua interviu disaring dan yang menyokong saja disiarkan.

    Mesej ini tidak sampai ke pemimpin kerana sikap media yang sudah hilang kebebasan dan maruah. Bos-bos media dibeli dengan sogokan pelbagai projek. Tindakna itu samalah seperti 'melacurkan' media.
    Tindakan Zam yang menyiarkan iklan batu buruk menjadi 'reverse psikologi' apabila kami menyifatkan lakonan itu ibarat apa yang berlaku di Pelastin di mana perang intifida yang dilakukan oleh rakyat palestin terhadap israel. Di Batu Burok secara tak langung menggambarkan perjuangan Islam menentang Israel (Polis).

    Zam tidak menampakkan kematangan sekalipun datang dari warga media malah orang besar di Utusan.

    orang-orang dalma umno, mca, mic dan parti kompenon BN seperti kerbau ditindik hidung. Bila dah kalah baru nak bersuara tapi nasi dah jadi bubur.

    Kenyataan Najib dan KJ 'Tahun merawat kelantan' banyak mengguris hati rakyat Kelantan. Apakah mereka dungu, bengong atau IQ sifar. Kenyataan itu seolah-olah meletakkan intelektual mereka di bawah tapak kaki.

    Lihatlah anak Kelantan lah yang berjaya dalam perniagaan, memiliki mercedez yang hebat, tauke emas dan pelbagai lagi. Mereka adalah peniaga 'tulen' bukan yang disuap seperti di negeri lain.

    Terlalu banyak kekalutan. BN juga perlu menggugurkan beberapa menteri yang dianggap sebagai 'samseng' serta 'kayu'. saya mi nta tolong jangan senaraikan KJ jika mahu melihat Umno hidup. Jika tidak jangan salahkan sesiapa jika Umno akan terus berkubur.

    Untuk Keadilan, Pas dan DAP, inilah tempoh unian akan kewibawaan anda. Ingat, jangan angkuh, ikutlah cara Pas di kelantan. Minum kopi bersama di warung, dampingi rakyat dan realisasikan manifesto mengikut bidang kuasa di peringkat negeri.

    Buktikan pentadbiran yang telus, berhemah, jujur, tidak rasuah boleh merealisasikan negeri berkebajikan.

    Tahukah anda ,laporan Morgan Stanley yang menyatakan pendapath negara RM200 bilion setahun tapi dari 2004, negara kehilangan RM100bilion akibat amalan rasuah?

    Ingatlah BA, mata rakat sedang memerhatikan anda. Jika anda mampu melaksanakannya, tidak mustahil PRU 13 akan terus menjadi milik BA dengan majoriti yang bertambah.

    Semoga berjaya.


    Tindakan Zainudin Maidin yang mengongkong media elektronik

    ReplyDelete
  31. Datuk .. TV 3 tunjuk rancangan kartun as nothing happen yesterday .. mungkin sebab boss penerangan dah kalah .. any way kartun dapat juga mengembirakan hati yang luka ini .. Sharizat .. sorry for you (mangsa keadaan) .. but I "X" for you.

    ReplyDelete
  32. Dato'

    Saya rasa ada beberapa lagi sebab kenapa kekalahan teruk BN kali ini.

    1. Pandangan daripada golongan intelektual atau cendiakawan tidak langsung dipandang malah tidak dihormati. Apa lagi pandangan rakyat biasa.

    2. Mahasiswa/i diperalat dengan agenda pembekuan fikiran dan juga aktiviti yang tidak langsung memberikan manafaat seperti kursus pembangunan mahasiswa yang diselitkan dengan islam hadhari islam hadhari yang merupakan syarat wajib untuk seseorang mahasiswa/i mendapat ijazah di sesetengah IPTA.

    http://www.myorionet.com

    ReplyDelete
  33. Saya merupakan anak jati sarawak yang bekerja di negeri orang.sungguh gembira melihat arus perubahan ini.harap2 DUN next year rakyat sarawak boleh membawa angin perubahan yg sama seperti saudara2 di semenanjung.kami sudah bosan dibawah pemerintahan kuku besi taib mahmud!

    ReplyDelete
  34. Anonymous12:02 PM

    dato kj,

    adakah abdullah patut letak jawatan presiden umno?
    siapa patut ambil alih? adakah najib naik?

    jangkaan
    abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan umno akan datang.
    mungkin mahathir diperlukan sebagai penasihat. najib sebagai pengganti mungkin terlalu berisiko (dengan isu semasanya). adakah mohiyidin ada sokongan?
    mungkin ada nama-nama lain yang bercita-cita besar.
    jangan ada calon yang kalah dilantik senator.

    yang pasti akan ada ramai muka menteri baru.

    kesimpulan

    umno dan pemimpinnya janganlah bongkak samaada dalam perkataan atau tindakan, samaada menang atau kalah.

    dato kj,

    mungkin boleh bayangkan calon-calon menteri kabinet persekutuan serta calon-calon mb/km dan exco-exconya bagi negeri kedah, perak selangor dan penang.

    ReplyDelete
  35. Anonymous12:07 PM

    Dato' dan semua,

    Sdr orang jerlun kata... "Pilihanraya ini ialah untuk mengajar dan mengingatkan para pemimpin. Jangan hanya mendengar nasihat orang sekeliling sahaja. Sila letak jawatan Pak Lah...."

    Sdr NOBISHA kata..."Ada kala pemimpin kita tidak faham bahasa isyarat. Mana-mana yang patut pergi, eloklah pergi agar tidak terus menjadi liabiliti kepada parti. Ini termasuklah orang atas, orang bawah, orang kiri dan orang kanan."

    Sdr Zaki Tok Tam kata..."Kali ini Abdullah Haji Ahmad hendaklah bersikap secara gentleman, demokrat dan bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana JELAS bahawa rakyat telah menolak kepimpinan beliau.
    Kepimpinan beliau telah ditolak, noktah."

    # Saya setuju sangat dgn Sdr2 diatas. PAK LAH PERLU BERUNDUR, ITU MASEJ SEBENARNYA! Najib juga perlu beringat, beliau mungkin berhutang banyak kepada rakyat. Bagi saya, kedua-dua tokoh ini adalah liabiliti, bukan sahaja kepada Umno/BN tetapi akan menjadi liabiliti kepada rakyat dan negara. Khairy pula tak perlu gelojoh sangat.

    # Sekiranya masing-masing tidak faham mesej rakyat kali ini, terus terang saya katakan, kalau dipanjangkan umur di PRU13 nanti, undi saya PASTI BUKAN untuk mereka atau Umno/BN!!!

    # I set my vote from now, Dato' and I'm very serious!

    Salam dari OZ.

    ReplyDelete
  36. Anonymous12:14 PM

    Saya mula membenci umno bila org umno selalu menggangu pentadbiran kerajaan.

    pegawai kerajaan tidak bersemangat apabila keputusan akhir mesti dirujuk kpd org umno.

    contohnya di MARA.

    Nama2 pelajar yg layak masuk nMRSM hendaklah ditapis dulu oleh puak menteri untuk membolehkan calon mereka menggantikan calon yg sudah diproses.

    pegawai kerajaan menjadi kuli yg buat kerja untuk menteri bukan untuk bangsa.

    ReplyDelete
  37. Datuk...

    Saya tak mengundi sebab berada jauh diperantauan.....dan saya masih yakin ramai lagi manusia seperti saya yang tidak puashati dgn jawapan yang diberikan oleh Pak Lah dengan kekalahan teruknya (masih lagi dengan sikap bodoh sombong dan bangga diri malah takabur). Bacalah sendiri. TQ.

    ada sidang akhbar selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan kemenangan BN dengan majoriti mudah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Isnin ini bagi membentuk kerajaan.

    “Apa-apa pandangan mengenai keseluruhan keputusan pilihan raya ini, saya akan buat hanya selepas selesai keputusan semua kerusi,” katanya pada jam 2.20 pagi selepas BN mendapat 127 kerusi Parlimen.

    Ditanya sama ada keputusan itu menggambarkan undi tidak percaya rakyat terhadap kepimpinannya, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak melihat itu. Ini hanya pendirian rakyat yang mahu saya meningkatkan lagi kekuatan."

    Mengenai wujud tekanan pihak dalam parti supaya beliau meletakkan jawatan, Abdullah berkata: "Tak tahu siapa yang tekan saya."

    Abdullah tidak menolak kemungkinan keputusan pilihan raya ini memberi isyarat bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan beberapa isu, termasuk kenaikan harga barang.

    “Ini memberi mesej yang penting dan saya akan lihat isu berkenaan,” katanya yang ditemani isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    Baru nak BACA MESEJ KE? Selama nie memang tido LAH???

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum Datuk,

    1. Waa...Datuk nampak happy jer. Saya pun happy juga Datuk. Sori Datuk lewat sikit beri komen kerana lepas subuh tadi saya tidur then baru bangun.

    2. Pertama sekali saya ingin menyatakan "Selamat Datang Demokrasi ke Bumi Malaysia "

    3. Kini sampailah masa untuk kita berfikir siapakah yang boleh menyatukan bangsa Melayu. Kini melayu perlu bersatu semula jika kita mahu selamat hidup di tanah air sendiri.

    4. Siapakah 'Hero Melayu' yang boleh menyatukan orang melayu pada masa ini? Bagi saya bukan Pak Lah, bukan Najib, bukan Hishamudin tetapi mereka ialah 'Mahathir dan Anwar' !!

    5. Bila kita sesat jalan kita perlu back step. Jadi kerana Mahathir dan Anwar lah melayu berpecah maka kerana Mahathir dan Anwar lah melayu boleh bersatu semula !

    6. Dalam blog saya http://www.penyokong-kj.blogspot.com saya sering menyatakan politik adalah 1001 kemungkinan bukan 1001 mustahil. Jadi demi bangsa melayu saya menyeru Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim boleh bertemu dan berpegang tangan semula selepas ini.

    7. Saya harap Bn akan menubuhkan kerajaan campuran dengan BA. JIka ini terjadi, maka orang yang layak menjadi Perdana Menteri sekarang ialah Pak Lah dan Timbalan Perdana Menteri ialah Anwar Ibrahim. Seterusnya Pak Lah resign dan Anwar dilantik PM dan Najib sebagai TPM. Inilah formula saya untuk kepentingan orang melayu.

    http://www.penyokong-kj.blogspot.com

    ReplyDelete
  39. Anonymous12:41 PM

    Example why BN lost in Bagan. Despite the government collecting road tax every year from the motorist, a so called less than 5km highway with 4 traffic lights along the way which has been in place for the last 10 years, a toll plaza being constructed to collect toll for the cronies. 5 km lenght of road, can't the government provided it free when it has done so for the last 10 years? Result, BN lost badly in these areas. Arrogance and refused to listen to the rakyat.

    ReplyDelete
  40. Andainya Tun Dr Mahathir masih menjadi ketua UMNO dan BN, keadaan ini mungkin tidak berlaku.
    Kepimpinan beliau sebenarnya masih diperlukan di dalam UMNO dan BN.
    Sepatutnya selepas meletak jawatan beliau dilantik menjadi penasihat parti dan kerajaan.Sebaliknya apa yang berlaku ialah beliau terus disingkirkan, nasihat dan cakap-cakap beliau sudah tak laku lagi. Banyak projek pembangunan beliau untuk kepentingan negara dibatalkan, contohnya projek Jambatan Bengkok, sebaliknya diganti dengan WPI yang lebih menguntungkan orang asing.
    Inilah sikap sebenar orang-orang tertinggi UMNO masa ni, cakap dan perbuatan seseorang hanya dianggap betul dan disokong semasa dia masih berkuasa. Senang cerita, ramai yang kaki ampu dan kaki bodek untuk kepentingan diri sahaja.
    Akhirnya inilah perubahan yang berlaku, lima negeri menolak BN dan rekod majoriti 2/3 lebur. Sayangnya kami di Johor hanya dapat tempias saja angin perubahan tu, sebab di sini letak kayu jadi calon BN pun ada harapan untuk menang.

    ReplyDelete
  41. Anonymous1:02 PM

    Dato'

    kejatuhan BN pada pru12 , memperlihatkan sejarah kerajaan melayu melaka berulang kembali.. di mana pengampu-pengampu sultan melaka hanya memperlihatkan yng indah pada sultannya, sedangkan kehancuran sudah melanda... nah sejarah telah berulang kembali pengampu2 BN telah mengaburi mata pemimpinnya dgn menyajikan BN akan menang besar... tapi Allah Maha Berkuasa , kerajaan yang bongkak dan korup akan mengalami nasib yang sama seperti Firaun, Nazi dll.

    Bg Bn jgn lupa sejarah tanah melayu ni kerana apabila anda lupa, sumpah keramat tanah melayu akan memakan diri.

    Untuk BA, jadilah kemenangan rakyat ini sebagai amanah anda untuk dipikul selaras dgn janji2 anda kepada rakyat...ingatlah KUASA RAKYAT akan menentukan nasib anda semua di PRU13 nanti

    Tahniah rakyat Malaysia, anda telah menggunakan undi dgn bijak sekali

    ReplyDelete
  42. Anonymous1:09 PM

    Datuk dan semua pembaca...
    saya menyokong UMNO sejak dulu lagi walaupun atas pagar... saya sudah mnjangkakan shah alam akan jatuh kepada pihak pembangkang. Jika diteliti masalah di Shah Alam selalu dipinggirkan.. sedangkan majoriti rakyatnya adalah bangsa melayu itu sendiri. Bayangkan dengan kemakmuran selama ini di Shah Alam.. para pemimipin sama ada yang bekerja di MBSA ataupun sebagai wakil rakyat mudah lupa. Mereka tidak menghiraukan kebajikan rakyat. MBSA boleh menyatakan mereka untung berjuta ringgit tetapi cuba lihat jalan-jalan di Shah Alam... berlubang2 sehinggakan lori yang membawa barang jatuh... jalan masih belum dibaiki. Cuba liha di Seksyen 20.. setiap pagi ramai pekerja bertarung nyawa untuk menyeberang jalan ke kilang2... sudah bertahun dan ada yang dilanggar.. aman MBSA untuk membuat jejambat. Mereka ini penyumbang ekonomi negara. Mana pekerja MBSA yang ramai tinggal di seksyen 20..atau lain-lain tempat. Penduduk Shah Alam adalah penduduk educated. Kami tidak bodoh menilai semua ini. Saya rasa pimpinan sekarang syok sendiri hingga lupa diri. Memilih orang yang diluar Shah Alam. Umno Shah Alam sudah acapkali menyatakan perlunya orang dari kwasan Shah alam memimpin namun diambilnya dari Perak. Kami perlukan orang yang intelektual bukan jasa mu dikenang. Ia calon UMNO ini banyak jasa tetapi skrg penilaian adalah dari segi 'deliveriables'. Dengar suara rakyat. Saya bersetuju dengan Tun Mahathir.. kita mudah lupa. Kena ingat ekononmi tidak akan bergerak tanpa rakyat dan jangan kata "Sayalah yang Menggerakkan Ekonomi Negara". Inilah padahnya. Dimana pelapis UMNO. Sejarah membuktikan belum pernah mana-mana PM meletakkan calon semasa beliau memerintah tetapi sekarang sudah terbalik. Ia dijadikan warisan turun temurun. Jangan berlakon didepan orang dengan menangis kerna jika kita membantah kita dibuangnya bukan di terima nasihatnya. Sekarang masa untuk bermuhasabah. BN perlu meletakkan orang setanding keintelektualan dengan lawan dalam parti pembangkang. Bukannya orang yang sudah berumur dan tidak mahu ingat diri...

    Penganalisis Semasa

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah, Allah Maha Adil, Kalau dulu beri orang penyapu, sampailah masa diri disapu keluar.
    Jangan perlekeh kuasa penyapu, sekali lalu, BERSIH.....

    ReplyDelete
  44. Dah lama saya tak comment di sini. Selangor boleh jatuh datuk, Selangor....

    Nampaknya saya menjadi Ahli pada waktu yang paling lemah, berpecah dan diketuai oleh pemimpin sayu. Calon UMNO Selangor macam tunggul kayu, tak turun padang berjumpa rakyat, hanya harap muka pada poster lambang dacing pancing undi.

    Barangkali sudah tiba Parti berubah dari sebuah parti yand dipenuhi oleh Datuk-Datuk, TanSri-TanSri dan kereta mercedes kembali ke oarti yang memperjuangkan kebaikan rakyat. Rakyat rasa sudah tiba untuk UMNO Selangor dan Malaysia untuk diajar apa erti memperjuangkan nasib rakyat. Ini asyik duduk di coffee house dengan berpolitik menyokong datuk itu datuk ini.

    Memang sakit dan pedih keputusan ini, namun nampak gayanya inilah satu-satu ubat yang boleh membuang penyakit ini dari Barisan Nasional. Sekiranya ubat ini pun tidak dapat menyembuhkan penyakit ini, barangkali tidak terkejut sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan saya tidak sanggup melihat senario berkenaan.

    ReplyDelete
  45. Anonymous1:13 PM

    Datuk Kadir,

    Saya amat sedih PAS perintah Kedah. Orang PAS sudah naik tocang. Saya ingat BN menang sipi-sipi di Kedah. Nasib baik Mukhriz menang dapat juga mengubat hati. Saya harap Pak Lah beri laluan pada gabungan Najib-Mukhriz dan betulkan balik semua yang tak elok.

    Kepada semua pembangkap baik PAS, DAP dan PKR, ini cuma undi PROTES bukan kerana kekuatan anda. Jangan terlalu gembira dengan kuasa yang ada. Gunakanlah ia dengan baik sementara ada.

    -Hati Sedang Menangis-

    ReplyDelete
  46. akj,

    you have said it well. all malaysians regardless of race, religion or gender have send a strong message to BN. They are sick of all the abuses and clueless leadership, corruptions and thinking rakyat is stupid and blind. They not only lost big but their popular vote is less.

    Pak Lah should quit cos when they won in 2004, ijok and machap, they BN said cos it was cos of Pak Lah popularity and rakyat love him. Now what is the conclusion, people do not like him? So Pak Lah step aside and you would do this country a great service and go for a long holiday to Perth at your own expenses.

    BN wake up and do work for the people and try to win their trust back. Don't go witch hunting cos if you do that, next election you will be out even in parliament.

    we the rakyat are the boss...makkal sakthi as they say. Our loyalty is to King and country. not to PM, BN or the gomen.

    Daulat Tuanku!!!

    ReplyDelete
  47. Wahai si Hati Yang sedang Menangis, Come on la, don't be stupid. WAHT DO YOU MEAN this is UNDI PROTES?????
    Ini adalah suara Rakyat!!! We have had enough. PAS tak pernah menang di Kedah, apelak sudah naik tocang?

    Satu sahaja saya nak tanye. Ada kah pemimpin UMNO, bukan tiga, satu sahaja yang dapat menyatu semua kaum sebagai satu suara. ADakah pemimpin UMNO yang dapat memanggil rakyat utk mendengar ucapan dalam hujan becak, tanpa bayaran tanpa SIti atau Mawi, ???

    Ada ke tak?

    Ini bukan undi protes. Ini undi untuk menyatakan bahwa RAKYAT bijak menilai. Rakyat bukan Bodoh!!! AND WE HAVE HAD IT WITH UMNO/BN!!!!!!

    ReplyDelete
  48. Anonymous2:12 PM

    Salam dato,
    Pendapat peribadi saya sebagai orang melayu tentang keputusan PRU -12,

    Jelas keputusan menunjukkan protes kepada kepimpinan Pak Lah
    Jelas menunjukkan bukan melayu tidak menyokong BN. MIC dan MCA ternyata rebah.
    Jelas menunjukkan orang Melayu termasuk segelintir orang Umno ( proChek Det) tidak memangkah BN malah ada yang tidak mengundi atau beri undi kepada pembangkang dan ini memberi kelebihan kepada pembangkang.
    Pengundi atas pagar memainkan peranan menjatuhkan BN terutama dalam isu nasional. Saya lebih suka merujuk kepada kerusi di Pantai Timur dan Utara kerana disana majoriti orang melayu dan bagi saya ’bertanding jantan sama jantan’atau kerusi panas.
    Terengganu kekal majoriti kerana faktor setempat memainkan peranan : Rakyat Terengganu serik dengan kepimpinan Pas dan orang Pas yang agak ”gedeber” (insiden bas baru2 ni dengan sejarah ambil alih kerajaan 1999). Pas Terengganu patut mencontohi Pas Kelantan.
    Kelantan majoriti Pas : Faktor setempat juga memainkan peranan. Rakyat kelantan balik mengundi terutama golongan muda ramai yang menyokong Pas (daripada survey peribadi saya). Mereka pengundi atas pagar ”luga” atau meluat dengan kempen2 BN melampau2 di media.
    Kedah : Faktor kepimpinan Pak Lah yang menderhaka kepada Che’ Det memainkan peranan menyebabkan BN kalah . Masakan Dato mukriz boleh menang walaupun calon Umno ditempat lain kalah.
    Kekalahan BN merupakan kekalahan Umno di mana penyokongnya sendiri berpaling tadah. Dan saya amat bersetuju komen cakapsiang ’ YB-YB dari UMNO ini seolah-olah hanya menjadi wakil pucuk pimpinan UMNO, bukan wakil Rakyat! Mereka menganggap selagi pucuk pimpinan memerlukan mereka, selagi itulah mereka akan berada di situ, tapi mereka lupa bahawa kamilah yang meletakkan mereka di situ’.
    Umno perlu lakukan perubahan. Dengarlah rintihan dan keluhan ahli umno yang tidak berkepentingan dan orang-orang melayu di luar parti. Tibalah masanya untuk berterus terang!.

    ReplyDelete
  49. Selamat Sejahtera Datuk,

    PRU 12 pun sudah tamat. Rakyat sudah menyuarakan kehendak mereka. Sekarang masa untuk parti-parti politik yang menang memwujudkan kerajaan sama ada di peringkat negeri pun di peringkat persekutuan. Marilah kita rakyat Malaysia memantau dan mengawasi prestasi kerajaan-kerajaan ini. Dan pada PRU 13 kita rakyat Malaysia akan buat penilaian.

    ReplyDelete
  50. Anonymous2:42 PM

    salam datuk..
    saya sebagai seorang pelajar melayu berasal dari melaka amat tertarik dgn keputusan pilihanraya di Pulau Pinang kerana saya menuntut di sana.saya hanya harapkan yang terbaik dari kerajaan baru Pulau Pinang. bagi saya, ini adalah satu ujian bagi pihak dap untuk memastikan kelancaran, kemajuan, kebajikan rakat pulau pinang.

    terus terang saya nyatakan bahawa saya menyokong barisan nasional tetapi bukan ini tidak bermakna saya menyokong kepimpinan sesetengah pucuk pimpinan.kerana bagi seorang pemerhati politik hingusan seperti saya, saya melihat banyak kepincangan yang berlaku di bawah AAB. saya masih ingat ketika zaman tun dr M, walaupun tun ditohmah dari segenap penjuru, tetapi bagi saya golongan yang tidak menyukai beliau hanyalah terdiri dari mereka yang terlibat dalam dunia politik. berlainan pula dengan kepimpinan AAb, di mana saya nampak kepimpinannya kurang mendapat sokongan rakyat tetapi golongan ahli parti BN pula memberi sokongan yang membuta tuli...

    kenapakah jadi sampai begitu?

    tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  51. tergelak hati saya membaca komen hati menangis.hahahaha :P

    ReplyDelete
  52. Selamat sejahtera Datuk,

    Secara umumnya didalam mana-mana organisasi sama ada awam atau swasta "check and balance" adalah penting untuk memastikan sesiapa yang mengetuainya tidak menyeleweng amanah yang diberikan.

    Dalam negara demokratik di mana parti politik yang diberikan mandate dan amanah untuk menubuh kerajaan oleh rakyat, aspirasi negara dan rakyat hendaklah diberi keutamaan.

    Rakyat juga hendak memainkan peranannya ke arah pembinaan negara. Rakyat hendaklah memantau dan mengawasi parti politik yang telah diberikan mandate menubuhkan kerajaan. Bila sampai masanya rakyat hendaklah membuat penilaian terhadap prestasi parti politik melalui pilihanraya umum. Dengan itu barulah kita rakyat Malaysia sentiasa boleh memastikan kesejahteraan negara.

    ReplyDelete
  53. Salaam Dato',

    Nampaknya keputusan PRU 12 menunjukkan segala lapisan pengundi Malaysia sudah semakin matang dan berani membuat keputusan yg menyakitkan tetapi amat perlu dan mengundi secara bijak buat kali ini, terutama bagi pengundi2 Melayu akhirnya MENYUARAKAN perasaan mereka yg tidak pernah lagi dipedulikan oleh kerajaan anak beranak dan HP6 Pak Lah.

    Memang sedih utk menerima keputusan kita terpaksa kehilangan kuasa di 5 buah negeri tetapi jika itulah ubatnya utk UMNO dan BN bangun dari tidur nyenyak mereka, maka itulah yg rakyat terpaksa lakukan.

    Seluruh rakyat Malaysia telah acap kali katakan Pak Lah sudah hilang kelayakan menerajui Malaysia, kita sudah bosan dgn kepimpinan beliau utk memakmurkan keluarga dan menaikkan menantu beliau dgn apa jua sekalipun. Beliau tidak layak langsung menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Pak Lah telah menunjukkan beliau sanggup MEMPORAK-PERANDAKAN DAN MEMBAWA KERUNTUHAN UMNO DAN BN semata2 utk menaikkan menantu kesayangan beliau.

    Sekarang rakyat sudah berikan tamparan yg maha hebat, dan memberi MESEJ yg AMAT JELAS kepada UMNO/BN.

    KAMI MAHU PAK LAH LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN PRESIDEN UMNO SEKARANG.

    RAKYAT JUGA MAHU KHAIRY JAMALUDDIN NYAH DARI UMNO DAN MALAYSIA.

    Kami sudah benci keluarga Badawi anak beranak. Samaada Pak Lah berhenti sekarang dengan membawa anak menantu dan kuncu2 beliau, atau mahukah kami ahli2 UMNO tunjukkan di PAU 2008?

    Atau kami boleh ketengahkan undi tidak percaya kpd YDP Agong atau melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara kerana sekarang ianya bukan sahaja dikerumuni oleh d'Rockettes "Kami Sokong dan Sayang Pak Lah" belaka tetapi termasuk anjing2 Rotweillers dan kucing2 liar dari Pakatan Pembangkang.

    Pak Lah sila pilih yg mana satu cara utk beliau harakiri.

    Utk Tok Najib, gunakanlah kuasa yg kami rakyat Malaysia telah berikan sekarang dgn kami terpaksa mengundi pembangkang masuk di dalam pentadbiran kerajaan. Ianya amat memeritkan, fikirkan warga emas dan ahli2 UMNO yg TIDAK PERNAH DI DALAM HIDUP MEREKA mengundi pembangkang terpaksa berbuat demikian di PRU 12 utk menolong pemimpin2 UMNO di atas SEDAR dari tidur dgn memberanikan diri memberi TALIAN HAYAT utk PAU 2008.

    Juga berikan tempat yg sebaiknya dan plg terhormat kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yg telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Tanahair, sebagai Penasihat Negara. Negara amat memerlukan pimpinan beliau walaupun telah bersara.

    Bekerjasamalah dengan Mukhriz dan pemimpin2 UMNO lain yg masih tidak rosak atau terlalu dicemari oleh virus KJ dan Pak Lah.

    Jangan sekali2 mensia2kan amanah amat berharga yg telah kami berikan. Take the horse by the rope and charge NOW. You have the Rakyat's blessing. We give Penang the downfall and Pahang its bigwin. This is a strong message to Tok Najib to do something w th blessings of the rakyat.

    Kick Pak Lah and Khairy and their cronies out of Govt and UMNO once and for all and STOP selling Malaysia to Singapore!

    We want to see the Govt fixed to its pre-HPs-saya-sokong days.

    Utk Pembangkang, jangan terlalu menyombong diri ingat undi diberikan adalah adalah atas kapasiti anda bagus. Tidak sekali. Undi yg diberi adalah semata2 untuk memberi ubat pahit kepada UMNO dan BN utk MENOLAK PAK LAH DAN KHAIRY JAMALUDDIN.

    Harap semua yg diberi peluang terakhir dan masih dikekalkan di PRU 12 bekerja keras mewakili rakyat. Tetapi utk wakil hantu di Rembau pls start packing your bags!

    ReplyDelete
  54. Anonymous3:46 PM

    Pak Kadiaq...

    Saya amat bersetuju bahawa keputusan rakyat BUKANlah undi protes, akan tetapi tindakan menghukum kebobrokan para pemimpin Barisan Nasional yang tidak sedar diri!

    Undi protes mungkin di satu dua dun atau parlimen akan tetapi apabila rakyat "kalih" di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor ini adalah HUKUMAN setimpal di atas sikap para pemimpin BN yang masih tidak sedarkan diri.

    Masakan dia sedar diri tatkala berkata bahawa "Siapa yang menekan saya untuk berundur? Saya tidak akan meletak jawatan".

    Ini adalah jelas sikap tidak bertanggungjawab Perdana Menteri yang tidak tahu malu! Samalah seperti Menteri Penerangannya yang juga tidak tahu malu apabila setelah direject di Merbuk masih ingin bertanding di Sungai Petani.

    Pada umur 69 dan dengan tidak mempunyai kapasiti minda yang baik lantaran hanya berpendidikan setakat Tgkt 5 maka dan tidak tahu membawa diri sebagai seorang menteri yang berwibawa, beliau masih bersifat "dahok" dan "tomak haloba".

    Justeru ini bukanlah undi protes, tapi hukuman setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

    Zaki Tok Tam

    ReplyDelete
  55. Anonymous4:01 PM

    Salam Datuk;
    Rusa kata, "Alhamdulillah, Allah Maha Adil, Kalau dulu beri orang penyapu, sampailah masa diri disapu keluar.
    Jangan perlekeh kuasa penyapu, sekali lalu, BERSIH....."

    Tahniah Rusa saya suka ayat anda.... Inilah akibat menghina orang akhirnya diri sendiri di hina Allah....

    Sekarang bagaimana "Projek Pembangkang 0"???? Agaknya dalam PRU13 tak de lagi org ini sbb projek tersebut berjaya....meng "0" kan pembangkang....

    ReplyDelete
  56. If I may add to the reasons you have given.
    Some MBs went on to say that they wanted zero opposition in their states and one of them even said he would not listen to any elected opposition members.
    There was this tendency among BN leaders to justify ISA, toll hike etc to the will of the people (sic), since they gave them the mandate.
    For every challenge, their reply was 'show us through the ballot'...... and we did.

    ReplyDelete
  57. Anonymous4:57 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  58. Anonymous5:02 PM

    Datuk,

    Terperanjat saya dengan keputusan pilihan raya umum ini.

    Jelas nyata rakyat telah menolak kepimpinan Abdullah Badawi. Pada peringkat awal, diumummkan secara rasmi bahawi Pak Lah mempertahankan kerusinya di Kepala Batas dengan majoriti 1,000 lebih saja. Tapi bila diumum secara rasmi, majoriti telah meningkat ke 11,000.

    Dalam era informasi ini, Barisan Nasional tidak lagi mengawal minda rakyat. Rakyat telah matang tapi BN masih menggunakan strategi kempen dari 1960an.

    Semoga, Pak Lah akan berundur.

    Satu detik baru dalam sejarah Malaysia telah tercatat sehingga saya pun boleh menulis dalam bahasa Malaysia.

    ReplyDelete
  59. saya berharap jentera BA/BR dapat membantu saudara2 BA/BR di sarawak pada musim DUN tahun depan.

    ReplyDelete
  60. Anonymous5:33 PM

    Yes, i think AAB should resign, but I'm concerned on who's going to take over? Is Najib the best candidate to rule Malaysia? And if AAB do resign, what do you think will happen to KJ?

    ReplyDelete
  61. Anonymous6:32 PM

    Datuk Kadaq,
    Apa yang you kata adalah betoi dn benar. Bagi saya kekalahan BN pada PRU12 ini bukan rakyat tak sayang BN lagi tapi kana tersagat sayangkan BN rakyat buat keputusan undi pembangkang supaa Pemimpin2 komponen BN sedar jangan trlalu sombong, bongkak dn leka dgn kekkyaan duniawi. Rakyat bon dengn anggota UMNO dan parti2 komponen kerana kut nak tegor penyelewengan politik dan gila kuasa dalm prti. Jika UMNO tak mampu tukar pemimpinanna secara dalaman maka rakyat terutama grassroot umno members beri mesej jelas lagi terang mahu pemimpin dinyahkan supaya stu barisan pemimpin baru dilahirkan Ogos ini. Penumpan dan kayu buruk sila undur diri sebelum dipaksa berbat demikian.Apa gun jdi general jika tidak da askar p guna jadi pemimpin negeri sndiri orng lain memerentah apa gun jadi presiden parti anggota parti tak beri sokongan padu. Sokongan yng Pak Lah dapat sebelum ini semuanya sokongan palsu sndiwra buat di syok sendiri. Maka ini masanya untuk UMN o sakit kuat perlu dirawat bukan kelantan yang segar megar itu nak dirawat. Pemilihan UMNO Ogos ini amat penting untuk menentukan arah tuju parti jika tidak ada perubahan drastik UMNO akan menjadi sejarah dalam aen poltik Malaysia. Kita mesti ingat jumlah perjuang kemerdekaan semakin pupus generasi muda celik IT dan berpendidikan yang tak kenal susah dan erti penjajahan adalh jumalh penggundi yang besar merekan mereka inilah penentu kuasa politik kini dan masa depan. Perjangan parti mesti menjuruskan citarasa mereka . Mesti pandang hadapan bukan doh cerita hal tok nenek kita lawan British, turun union jack, dok guna media arus perdana sumb maklmat (propaganda) tu semu generai muda tak mahu dengar. Apa yag mereka mahu beri mereka kemewahan, pendidkan yang bermutu tinggi , kebebasan bercakap, cara hidup standard. Generasi ini tak naik gerek (basikal) lagi busuk-busuk pun kancil, tk makan di restauran rajoo tapi dekat coffee beans, starbuck makan roti the loaf bukan roti benggali. So UMN kena taylor perjuangan ikut selera ini jngan dok ckp billion=billion tapi kosong. Ya Pak lah kena bangun no more honeymoonn. Pak Lah kena tampar KJ tu bila dia buat salah.NI dok diam. Menantu saya boleh melawak tapi tak penah cross the line kalau dia bat penampar pun sampai. KJ kena rawat jika mahu hidup dalam UMNO.

    ReplyDelete
  62. Anonymous6:33 PM

    Itu lah harga yang dibayar untuk memenangkan menantunya, oleh itu harga yang akan dibayar untuk "maintainance" nya sebagai ahli parlimen tentulah mahal, apalagi kalau diberi jawatan dalam kabinet atau kerajaan, harganya sudah tentu 2 atau 3 kali lebih mahal, almaklum barangan import, diharap AAB berfikir berkali-kali dalam hal ini. Sekian, ahli umno pencen

    ReplyDelete
  63. Anonymous7:04 PM

    Datuk,

    Mesej PRU ke 12 ini sememangnya jelas.

    i. Rakyat tidak terima kepimpinan Pak Lah yang Lembab;

    ii. Rakyat tidak terima polisi Pak Lah yang celaru;

    iii. Rakyat tidak mahu usaha menaikkan keluarga dan kroni berleluasa yang diamalkan sekarang ini. Rakyat tolak usaha menaikkan KJ - terlalu muda, mentah, cengeng dan rakus;

    iv. Rakyat tidak terima pembangunan mega (pengumuman program mega?) yang dilancarkan oleh Pak Lah khususnya di NCER;

    v. Terbukti Pak Lah jelas "bodoh sombong" kerana walaupun sudah kalah dengan mesej yang jelas - masih memberikan kenyataan seolah-olah dia betul. Rujuk kenyataan beliau tentang mesej pengundi apabila ditanya oleh pemberita ketika membuat pengumuman kemenangan mudah.

    Saya adalah penyokong Barisan Nasional (BN) sejak mula mengundi. PRU ke 12 pun saya mengundi BN. Kawasan dan negeri saya masih lagi dimenangi oleh BN namun dengan majoriti yang merosot.

    Saya sedih. Saya tidak ingin melihat kejatuhan BN sebegini. Namun sekiranya sesuatu tidak dilakukan dengan segera, BN akan terus kecundang. Tidak mustahil sekiranya PRU 13 kita akan melihat Perdana Menteri dari gabungan parti pembangkang pula. Kemungkinan itu tidak lama lagi - hanya 5 tahun sahaja dari sekarang.

    Adakah perlu kita mempertahankan Pak Lah sebagai pemimpin UMNO/BN? Sekiranya Pak Lah hendak terus mempimpin BN/UMNO, beliau perlu membuat perubahan drastik. Perkara paling pokok ialah "mendengar" mesej rakyat/pengundi dan membuat pembetulan dengan segera.

    Untuk memastikan samada Pak Lah faham dengan mesej rakyat kita tengoklah dalam seminggu dua ini. Reaksi pertamanya ialah dengan membuat ulasan terhadap mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh rakyat ini. Reaksi keduanya ialah perlantikan anggota kabinet. Sekiranya Pak Lah memperlekehkan hasrat rakyat dengan "buat-buat tak faham" atau melantik SIL ke kabinet - jelaslah BN akan terus kecundang di hati rakyat.

    Sekiranya Pak Lah tidak mahu membuat perubahan dan terus dengan caranya, saya rasa ahli UMNO/BN dan mereka yang sayangkan UMNO/BN dan orang Melayu perlu segera menukar Pak Lah dengan orang lain. Jangan biarkan TDM berseorang di dalam menyuarakan hal ini.

    Sekiranya kita sayangkan UMNO dan kepimpinan Melayu di negara ini, tindakan untuk membetulkan keadaan perlu disegerakan.

    Dalam parti pemimpin selalu berkata "pemimpin datang dan pergi". Kini ianya perlu dijadikan realiti. Pak Lah tidak penting. KJ tidak penting. Yang penting ialah kesinambungan perjuangan Melayu yang telah diperjuangkan oleh kita sejak sebelum merdeka lagi.

    Jangan hanya kerana hendak menjadi juara kepada kabinet dapur beliau, apa yang kita perjuangkan selama ini akan menjadi sejarah sahaja.

    p.s: Maaf Datuk,kali ni guna "anon". Tapi kalau Datuk free, jomlah minum teh tarik. Ingat tak tekaan saya tentang tarikh pembubaran parlimen?

    ReplyDelete
  64. Well done rakyat Malaysia! Thanks Datuk for your interesting scribe.

    To Hati Menangis,
    You're totally wrong! Kedah will surely progress under Pas Administration.

    Org Kedah di UK

    ReplyDelete
  65. Anonymous8:49 PM

    Dato' dan semua,

    PUTRAJAYA 9 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau tidak akan meletakkan sebarang jawatan kerana tidak berasa tertekan. — BERNAMA. 09/03/2008 6:54pm

    Pak Lah kata...."Siapa yang menekan saya untuk berundur? Saya tidak akan meletak jawatan".

    # Pak Lah masih diulit mimpi lagi?...terlena tak kunjung sudah?

    # Pak Lah dan Najib patut berundur secara terhormat secepat mungkin sebelum diundurkan secara terhina. Jelas sekali keputusan PRU12 ini merupakan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya. Jangan sampai tiba PRU13 nanti, '13' menjadi angka puaka (seperti filem seram 'Friday the 13th') kepada beliau dan UMNO/BN!!!

    # Saya bersetuju dgn kata2 Sdr ici di blog kudakepang..."Ini bukan lagi satu signal pada Pak Lah. Ini satu tuntutan rakyat untuk Pak Lah supaya resign segera!"

    # Ada yg bertanya, apa akan jadi kepada Khairy? Pada saya, pandai-pandai la YB-YB veteran kita kat Parlimen tu 'mengajar' dia nanti. Ajar sikit macam mana nak merangkak, bertatih dan menaiki tangga. Kalau 'tak makan diajar' jugak, 'ajar' dia masa di Perhimpunan UMNO nanti! Mulanya kita sayang (parti), kita tegur...kalau tak dengar juga, 'sapu' dia keluar. Dan jangan tunggu sampai kuasa rakyat 'mengajar' kerajaan lagi nanti!

    ReplyDelete
  66. DKJ,

    Orang melayu sudah tidak bersatu, manakala orang Cina memihak kepada pembangkang...

    Undian sudah dibuat .. Alhamdullillah masih lagi Berkuasa ..

    Sekiranya kepimpinan atasan UMNO masih lagi tidak paham... jangan kita label orang lain sebagai perkhianat..

    Sekiranya mesej ini tidak diterjemahkan didalam Perhimpunan Agong yang akan datang ... apa ertinya peranan ketua-ketua bahagian untuk Bangsa Melayu

    Anak Kecil Main Api.. terbakar hatinya yang sepi .. air mata darah bercampur keringat...
    BUMI DIPIJAK MILIK ORANG...

    ReplyDelete
  67. Salam Dato',

    Pak Lah is still thinking that it's merely a steam bath. Reminds me of the parable of the boiled frog.

    I shudder thinking if a higher voltage is needed to snap him out of his day dreaming.

    :(

    ReplyDelete
  68. Sudah ku ceritakan didalam penulisanku...

    Kepimpinan UMNO sudah hilang kredibiliti .... Sudah ku ceritakan tentang .. Mencari Kepimpinan Yang Pro Melayu .. Sudah ku ceritakan tentang Melayu yang masih di takuk lama ...

    Hati orang melayu sudah terguris ... Mereka berpecah belah ... bangsa lain ketawa girang .... melihat perpecahan ini boleh diambil peluang ...

    Penang telah diambil ... selama ini kita pertahan ... sudah terlepas ... Bagaimana nasib anak-anak melayu disana .. masihkah mendapat peluang yang terbuka ... bahkan semasa pemerintahan Gerakkan pun sudah kita terpinggir.. inikan lagi dengan pemerintahan DAP yang menolak ketuanan Melayu ..

    MT-MT ... apa kamu nak buat ... adakah masih dilena diulik mimpi ... masih kah kelu lagi lidah untuk berkata-kata .. kamulah pemimpin dan hulubalang Melayu yang boleh berbicara ... bercakap .. dan buat keputusan .... jika tidak .. jangan bangsa Melayu dijual lagi ... letakan sahaja jawatan ...

    Ketua-ketua Bahagian .. apakah didalam hati kamu .. adakah masih lagi bermain politik mengampu .. masih tidak terdengar lagikah rintihan hati anak-anak cucu kita yang akan datang ...

    Ahli-Ahli ... nak lagi ke imbuhan sekiranya ada program .... nak kee hulll lagi semasa permilihan ... pemimpin lebih hulll boleh menang tanpa mengira watak ..

    Aduh ... masih adakah lagi anak-anak petani atau orang miskin melayu di Universiti-universiti nanti ... mampukah petani-petani kita bertani lagi .. aduhhh ... tanah rizab bagaimana .... ni MARA untuk siapa lepas ni ..

    2013 ... masih lagikah ada ??

    ReplyDelete
  69. Anonymous11:15 PM

    Mereka angkuh dengan kedudukan mereka. Dan mereka lupa akan amanah dan tujuan mereka berada di muka bumi ini.

    mini clubman

    ReplyDelete
  70. Salam Dato'

    Barisan Nasional menjadi tidak releven selepas ini. Masing-masing komponen perlu berdikari.

    ReplyDelete
  71. Anonymous11:22 PM

    Salaam Dato',

    Saya nih tak reti sangat tentang politik, tapi untuk pilihanraya di Malaysia ni, kita yang berada disini followed the updates from newpapers, internet and blogs religiously.

    Kalau beberapa tahun yang lalu bila Parti Socialist di France kalah, bekas Perdana Menteri Lionel Jospin terus mengudurkan diri, begitu juga dengan Jean-Pierre Rafarrin.

    Silalah berundur Pak Lah dengan cara terhormat, biar berundur dari dibuang, kan itu memalukan.

    Kalau Pak Lah berundur, saya harap biarlah ada calon dari parti lain yang sanggup mencabar Najib, just like Nicolas Sarkozy dan Segolene Royal. Biarlah diadakan satu debat terbuka, jadi senang bagi orang malaysia memilih.

    Kita mahukan satu perubahan, untuk kebaikan semua.

    Salam
    Suku sakat orang Rembau di Paris.

    ReplyDelete
  72. Anonymous11:41 PM

    saya pinjam kata-kata rusa...

    sangat bersih... lepas nie kita tgk pula sapa kena vacum dan kena mop! baru tahu kuasa tuhan itu Maha Adil!

    ReplyDelete
  73. Anonymous11:44 PM

    tok kadiaq,

    maafkan kami UMNO, tapi ini adalah untuk kebaikan semua... semuga AAB insaf dan muhasabah diri.

    tidak dapat tidak untuk saya nyatakan disini... walaupun saya UMNO.. tapi anak muda bernama badrulhisham nampaknya bakal menjadi satu nama yang disegani oleh UMNO suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  74. Anonymous12:28 AM

    To be honest I'm quite worried with the winnings of opposition parties@ BA in so many states more than I expected. I'm scared that it's going to be like 'keluar mulut harimau masuk mulut buaya', or in short back to square one.

    Obviously, DAP will not tolerate with the Islamic ideas brought forward by PAS, hence DAP sole winner is deemed opposition in Kedah assembly.

    At 11pm in Shah Alam, there were already some selfish people obstructing the road near SUK building. I guess they all can't wait to sit at MB's chair tomorrow morning inheriting the power that comes within.

    I really hope BN as oppositions in the losing states will do a good job to check and balance during the next 4/5 years for the benefit of the rakyat, regardless of race, religion or skin colour.

    ReplyDelete
  75. Anonymous12:33 AM

    Salam Tok Wan (izinkan saya panggil begitu sebab saya baru berumur 24 tahun)

    Saya berasa amat kecewa sekali sebab saya dibesarkan dengan persekitaran BN dan BN kalah dengan sebegini teruk pada kali pertama saya mengundi. Drpd pandangan saya sebagai pengundi muda, anak muda sekarang memang cenderung memilih pembangkang. Mungkin kerana kami ini lahir saja ke dunia sudah dalam keadaan selesa, maka sedikit kesalahan kerajaan bagaikan sebesar gunung...apatah lagi kini memang salahnya sebesar gunung.Dan BN memang tiada usaha untuk cuba mengambil hati pengundi muda seperti kami ini.
    Ayah saya penyokong kuat BN, oleh itu saya terdedah kepada situasi yg berlaku dlm BN. Selain 'ketidakcerdikan'Pak Lah yg amat sangat, pembodek2 Pak Lah memburukkan lagi keadaan. Kata2 orang dlm bahagian tak mahu langsung didengar, mereka hanya mementingkan diri sendiri saja. Memang tak mengejutkan BN kalah.
    Kalaulah Mahadzir Khalid degil seperti Shahidan Kassim, pasti Kedah masih di peringkat selamat.

    Saya langsung tidak yakin dengan kepimpinan Pas...apatah lagi dalam ekonomi. Tengoklah bila ditanya kepada Azizan, apa sumber yg nak dia gunakan utk majukan Kedah...jawabnya balak. Memang tak mustahil bila saya pandang ke belakang rumah, pandangan saya terus tembus ke Merbok.

    Kedah ini sudahlah miskin, tengok sajalah apa yg Pas mampu buat. Jika diikutkan hati, nak saja saya balik ke kampung saya di Sarawak. Hati pun senang.

    ReplyDelete
  76. Saya terasa amat sedih kerana negeri yang dicintai iaitu selangor telah jatuh ditangan pihak BA.Tidak dinafikan, ramai penyokong BN berpaling tadah di saat akhir apabila rayuan mereka ditolak kerana tidak puas hati dengan calon yang dipilih.perkara ini pernah diutarakan oleh rakyat kepada wakil rakyat (DUN) supaya membawa perkara ini ketengah, tetapi wakil rakyat tersebut tidak berani dan kesannya beliau telah kalah di PRU 12.ini menunjukkan bahawa suara rakyat lebih berkuasa dari mereka.

    Sebelum pilihanraya tamat, saya dapat mengagak bahawa BN akan kalah di kawasan saya kerana, peratusan pengundi yang datang ke tempat kami hanya 27% sahaja.

    Saya menerima kekalahan BN di negeri Selangor dengan hati terbuka. Cuma, isu yang akan timbul selepas ini, apa akan jadi dengan negeri yang bertukar tampuk pimpinan. Adakah pihak BA, mampu untuk mengotakan janji-janji yang telah di war-war kan. Sedangkan bekas PM serta penganalisa politik ada mengatakan bahawa agak sukar untuk menunaikan janji –janji yang ada dalam manifesto mereka. Jika benar, mmg pilihan rakyat itu tepat. Jika tidak jadi sebaliknya. Semuanya kita akan lihat pada masa akan datang nanti.

    Sekiranya Pak Lah mengundurkan diri. Siapakah yang layak menggantikan beliau. Adakah Najib atau Hishamuddin? Saya sendiri tidak yakin akan kedua-dua nama ini untuk memerintah negara.

    ReplyDelete
  77. Anonymous12:48 AM

    The Scribe,

    Dengan Izin.

    Kadok Keluar Tempurung
    (kena sambar petir)

    Angka-angka gajah telah pasti
    angka-angka semut keluar mengundi
    dan siapa mengundi siapa
    cerahnya nanti malam berbintang
    sesepoi bahasa meleraikan awan

    Sekarang bersaksi-saksilah kita
    tengok Che Dollah watak utama
    jenis manusia apa karenahnya
    kitab apa yang dibongkar
    kitab siapa yang terbakar

    Lanjut cerita ada bermula
    ragam UMNO banyak cerewetnya
    sandiwara BN banyak kurangnya
    Mahukah nyawa si-anak dibiarkan
    atau adat lapuk bersinggahsana

    Sediakan payung bawa bersama
    Jangan berteduh di bawah pohon
    Ribut datang siapa yang teka
    lebih pintar suara memanggil hujan
    lebih bengis bisikan kilat

    ReplyDelete
  78. Anonymous1:09 AM

    Apapun sekarang kita perlu melihat ke depan. Kita perlu memastikan orang yg menang dalam PRU 12 ini (Termasuk pembangkang) menunaikan KEWAJIBAN mereka terhadap rakyat. Jangan kita terlalu alpha dan puas hati, tetapi sebagai rakyat kita mesti menunjukkan kepada para PEMIMPIN yg kita pilih bahawa kita memerhatikan mereka, dan kita akan menilai mereka.....

    Saya juga penyokong kuat BN. Tetapi pada PRU 12 ini saya pilih pembangkang. Ini untuk kebaikkan Malaysia yg tercinta juga. Kita semua mahu yg terbaik buat negara, dan kadang-kadang kita harus menyangkal diri kita sendiri untuk ke arah itu.

    Maka, lupakan apa yg sudah berlalu... saat ini marilah kita melihat pula bagaimana prestasi calon yg kita pilih baik pembangkang mahupun kerajaan. Biar mereka 'takut' dan sentiasa rasa diperhatikan agar mereka melakukan kerja mereka sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  79. Anonymous1:23 AM

    Parlimen Kuala Langat dan DUN Morib - Kedua-duanya Melayu UMNO dgn taksubnya memberitau kemenangan mereka terjamin. Tertulis di STAR beberapa hari sebelum membuang undi. Mereka tidak langsung menunjuk muka untuk dilihat bersama pengundi dimana-mana kecuali didalam akhbar STAR dan poster dibawah pokok betik dan manga tepi rumah. Pagi 08Mac.2008, aku dan isteri telah MEMANGKAH PAS untuk DUN MORIB dan PKR untuk Parlimen K.Langat dgn niat untuk mendapatkan Pembangkang yang kuat di Parlimen dan 'mengajar' juak-juak UMNO.Pada malamnya menunggu sehingga jam 4pg untuk mendapatkan keputusan. TV3 tutup kedai pada jam 3pg manakala RTM1 tutup kedai jam 4pg. Seingat aku lah, kalau dulu BN menang besar tv-tv ini akan bersiaran sesuka hati membuat macam-macam analisa politik dari pelbagai tokoh-tokoh politik,ekonomi dari pelbagai2 instusi. Aku cuma nak tau keputusan Parlimen K.Langat dan Morib dan tak timbul2 sehingga habis siaran.SMS berdedai masuk dari rakan2 memberitau berita terkejut sana-sini. Awal-awal aku pagi berlari ke kedai akhbar,khabarnya akhbar telah disekat pengendarannya!! Berita pagi RTM1 pun dibaca kurang dari 3minit. Hingga tengahari, barulah aku dapat berita tentang kemenangan PKR di Kuala Langat dan kekalahan calon PAS di DUN Morib. Aduh !! Ingatkan nak dapatkan pembangkang, rupa-rupa BN jadi pembangkang di DUN Morib. BN menang hanya melalui undi pos dari markas tentera berhampiran. Aku pasrah PAS kalah dgn dua ratus lebih undi sahaja. Malam 9Mac RTM1 menyiarkan berita tentang angkuhnya Rafidah Aziz bercakap. Tiada seorang pun yang masih merendah diri untuk mengakui kelemahan diri secara ikhlas. Hanya bekas Pemangku Presiden Gerakan yang mengakui bertanggung jawab diatas kekalahan BN Pulau Pinang. Pemimpim UMNO masih angkuh dan sombong diri!!!! Mereka tidak mungkin berubah. Aku pasrah bahawa aku dibawah pembangkang UMNO kali ini. Tetapi sekurang-kurang Parlimen Kuala Langat berada dibawah kerajaan baru Selangor. SMS masih berderai-derai 'mencari Jawa Selangor yang belum ditemui kerana memegang penyapu dan kunci pejabat Menteri Besar'

    ReplyDelete
  80. Anonymous1:27 AM

    Salam Dato,

    ini adalah kali pertama saya keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. tidak dinafikan saya lahir di kalangan ahli umno dengan bapa saya sendiri sebagai salah sorang ajk umno kawasan. melihat kepada senario yang telah berlaku sebelum ini iaitu sesudah TDM meletakkan jawatan dan digantikan oleh AAB. banyak perkara yang bertentangan dengan apa yang pernah dilalui oleh saya di bawah kepimpinan TDM selaku PM dan juga MP bagi kawasan saya satu ketika dulu. Pengalaman mencari rezeki di bawah barisan negeri AAB sedikit sebanyak menunjukan saya apa yang telah berlaku disekeliling. namun, saya tetap sayangkan UMNO. jadikan pengajaran hari ini supaya masa depan masih dapat dinikmati. kepada PAS, selamat mentadbir negeri kedah. moga dapat membawa kestabilan, keamanan dan kemakmuran. bukannya kekhayalan.

    kassim selamat

    ReplyDelete
  81. Anonymous2:05 AM

    Menteri Besar Perak,

    No offense but don't you think we suppose to give the MB post to DAP as the're winning big over there? I'm a Muslim but I feel kind of something not right if the MB from PAS because DAP won 18 seats compare to PAS with only 1/3. I may not know lots of things but I don't know.. It just out of my curiosity.

    Source from Harakah:
    *Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59

    ReplyDelete
  82. Bg saya senang saja...

    You have a power to choose whoever you want as a election candidates, BUT.. WIN or LOSE, the power are still in our hand...

    ReplyDelete
  83. Anonymous2:54 AM

    Dato' dan semua rakan-rakan.

    Syukur kita kepada Allah kerana mengizinkan kita melakukan sesuatu yang cukup penting demi kepentingan bangsa Melayu.

    Saya percaya ramai di kalangan kita terutamanya ahli UMNO yang terpaksa melakukan sesuatu yang sebenarnya terpaksa kita lakukan kerana usaha-usaha lain yang telah kita lakukan sebelum ini tidak berhasil. Sebenarnya kemenangan besar kepada pembangkang tidak akan terjadi jika ahli UMNO tidak mengizinkannya.

    Namun, inilah sebenarnya apa yang ahli UMNO sejati mahukan. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu. Jika bahasa kita pun sudah ditukar kepada Bahasa Malaysia, UMNO sebenarnya sudah lari dari perjuangan asalnya. (Hilang Bangsa Kerana Bahasa).

    Seperti mana kata Dato' dan rakan-rakan yang lain, faktor kekalahan teruk BN umum diketahui. Namun, saya terkejut dengan laporan dari media mengatakan MKT UMNO memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Perdana Menteri. Inikah dia pemimpin yang kita harapakan untuk membela nasib kita? Ketika semua pemimpin takut untuk menyatakan perasaan sebenar mereka, kami telah pun memudahkan 'laluan' anda.

    Jadi, kenapa anda semua masih tidak 'menghargai' apa yang telah kami lakukan. Ingatlah, JANGAN sampai orang Melayu pula yang melakukan tunjuk perasaan di hadapan Sri Perdana!

    Jadilah pemimpin seperti Tun kita. Jangan lagi jadi pemimpin seperi Lah (sudah tidak layak lagi diberi gelaran 'pak'). Contoh sudah ada di depan mata. Pilihlah nasib anda, sama ada dikagumi dan disanjungi seperti Tun atau dimalukan seperti Lah.

    Kepada pembangkang yang baru mula memerintah, janganlah anda semua melakukan sesuatu dengan perasaan dendam. Lakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan, kerana Allah benci dengan orang yang berdendam dan mengasihi orang yang bermaaf-maafan. Akan ada hukuman dari Allah kepada orang yang dibenciNya.

    Kepada Lah, inilah hukum Allah kepada kamu! Kamu telah derhaka kepada 'Ayah' yang telah 'mewariskankan' kuasa dunia kepada Kamu! Kamu telah gagal mengotakan janji Kamu. Kamu telah memburuk-burukkan ‘Ayah’ kamu! Kamu juga gagal menjalankan amanah yang kami berikan kepada Kamu! Balasan ini diberikan secara tunai oleh Allah kepada Kamu!

    Sekali lagi saya ingatkan, LETAK JAWATAN sebelum Ahli UMNO pula melakukan tunjuk perasaan di Sri Perdana. Kalaupun kami tak berani, pastinya MCA, MIC, PPP dan GERAKAN akan MENEKAN dan MEMAKSA Kamu! ATAUPUN, 4-5 tahun lagi, BN hanya boleh memerintah di Timur Malaysia.!!!

    ReplyDelete
  84. Anonymous3:06 AM

    Dear Datuk KJ.

    The time has come when all UMNO members should adopt the right attitude and make an uncompromised stand in the wake of the worst defeat of Malaysia's democratic general elections as witnessed in the shocking results of the recently concluded 12th GE.UMNO members should not just stared at each other or point fingers towards Abdullah Ahmad Haji Badawi that "he alone was responsible for the semi demise of UMNO and of certain lamed component leaders of the Barisan Nasional political conglomerates, who had been slaughtered by the strong sentiments of the people on polling D-Day, March 8th 2008.

    On the contrary, we should thank Pak Lah for his wisdom in listening to the voices of the majority in first process of the selection of the lamed candidates, who had failed miserably in the final countdown of the election results.

    I could not imagine how to let rid of those tainted, arrogant and hypercritical BN leaders that had deemed their rights to cling on to their political leverage with prime minister Pak Lah. Now that with most of them had gone to the gallows, there still remain some of them including Rafidah, Nazri, J.J. and some other not so prominent federal and state political parasites that had to be contented with for the moment, until the BN leadership decides to phase them off in order to redeem whatever is still relevant and worth struggling for in UMNO and Barisan Nasional.UMNO loyalty should be above all political patronage,not that we are begining to lose faith in our current leadership but we love UMNO and BN more than our coveted leaders of our political choice for the continued survival in our common struggle to build a new Malaysian Malaysia nation through our complexed political system, transparent or otherwise.

    Having said that, it would be a political suicide for the Malays and Chinese, if they were to begin on a witchhunt of those that are still useful to UMNO and Barisan Nasional. In our political reality as stated by Tun Dr Mahathir in his earlier comments in acknowledging his responsibility for having named Abdullah Ahmad Hj Badawi as his annointed political successor in 2003, a choice that Tun has now regretted over the better of the two senior UMNO leaders Najib Tun Razak, the downfall of UMNO candidates in particular and BN candidates targeted in general, should not be viewed based on the Anwar's political sentiments.

    Ironically, it is the people's choice based on the conceived frustrations of the rakyat, who had no better choice but to place their final votes to the opposition parties. PKR, DAP and PAS could not claim credence and boosted their political might, while UMNO leadership, veterans and their political advisors and sympathisers who are still in absolute shock and disbelief, as to the realisation of any logical actions to redeem political credence pending the formation of the next BN government.

    As I have said before in my personal political analyst from the UMNO perspective as well as from closed observance of the recently drastic changes of BN's allegiance to UMNO's weakening leadership, I stand on my conviction that "the first wisdom of politics is strength and that the virtue of a good and responsible politician is that he knows and realised that he has to stick pretty close to the truth of his own wrong doings."

    Despite my sincere and critical bloggings, that had resulted in withstanding the inhumane insults from my fellow bloggers, who are less political matured or with certain vested interest, I stand by my words and principle to criticise our own UMNO and BN leaders, without fear or favour.

    In all matters of political sundries, my conscience as an UMNO loyalist and pundit had been grossly misunderstood by the previous and current UMNO and BN leadership. I am proud though that I had stated in no uncertain terms that I had never betrayed UMNO, Barisan Nasional or neither abused my allegiance to the current political leadership and incumbent government in power.

    Please read my well thought (Q & A) response published in Imran's column of FACE TO FACE in circulation by the courtesy of RPK, the Malaysian political icon in Malaysia-Today.

    Best of luck to Najib's wisdom in order to save UMNO, BN and this nation before the curtain is drawn to the demise of our political struggle and irrelevance that may collapse in the wake of the people's surge for an absolute political maturity and more transparency expected in the next incoming government.

    ReplyDelete
  85. Anonymous3:17 AM

    Assalamualaikum datuk,

    Izin kan saya memberi sedikit pendapat. antara sebab sebab kekalahan BN. pada pandangan saya antara sebab-sebab kekalahan BN ialah .

    1 .kebanyakan pemimpin umno terlampau bongkak dan angkut. apa yang mereka cakap di akhbar lain dari yang di lakukan.

    2 Kebanyakan pemimpin umno hanya menjaga,berbaik dengan koperat-koperat ,duta duta ,dan kenamaan-kenamaan sahaja. tetapi rakyat marhean yang mengundi mereka di pandang macam sampah,

    3 .Polis uga telah menyebabkan takyat marah terhadap BN kerana terlampau menunjukan kuasa mereka. pada mereka sekali pemimpin BN arah habis satu pasukan polis turun tetapi bila pembangkang membuat lapuran alamatnya lapuran itu hanya masuk bakul sampah.

    4 Perpatan melayu kerana pulut santan binasa. kerana mulut badan binasa.itulah yang patut di tujukan kepada menantu PM iaitu khairy .kerana kurang ajar mulutnya lah salahs atus ebab. walaup[un DSAI telah di pecat,telah di buang,telah menjadi pembangkang tetapi tiadakah jasa-jasa DSAI terhadap rakyat malaysia.

    5 perpatah melayu kerana pulut santan binasa. kerana mulut bada .Bekas presiden gerakan lim keng yek sewaktu berceramnah di pulau pinang mengatakn DSAI main belakang pas dan pas main belakang DSAI. beliau seorang berbangsa cina mengutuk seorang berbangsa melayu yang juga pemimpin orang melayu begitu.memang betul melayu dfalam umno tiada maruah tetapi kami yang bukan ahli umno tetap mempunyai maruah dan harga diri begitu juga bangsa kami.

    6 Pemimpin-pemimpin umno mengumpul kekayaan terlampau menunjuk-menunjuk tanpa rasa takut,malu terhadap rakyat,

    7 harga barang yang terlampau.tetapi pendapatan perkapita rakyat marhean di malaysia begitu
    sedikit. setelah di tolak itu dan ini apa yang tinggal.

    8 Jika anak muda melayu melakukan sedikit kesalahan polis begitu cepat nak menghukum tetapi jika bangsa cina banyak yang under table.rakyat malaysia bukan bodoh.bukan kami tak tahu. sudahlah mereka kerja gaji kecil kemudian nak kena bayar saman lah, denda lah,

    9 pegawai-pegawai polis terlampau bongkak dan takbur.menunjukan seolah-olah mereka menjaga keaamanan dan baik tetapi siapa tidak tahu kejahatan polis. serta layanan mereka terhadap pembangkang dan ahli-ahlinya. saya sendiri dulu sewaktu aktif dalam keadilan banyak dapat saman yang mana pada pandangan saya boleh di bincangkan hanya dengan amaran tetapi polis hanya kerana melihat kenderaan saya mempunyai logo-logo pembangkang terus saman.

    10 kes kes besar tidak di bawa ke mahkamah tetapi rakyat marhean cepat sahaja di seret ke mahkamah.

    Banyak lagi jika saya nak huraikan tetapi cukuplah sepuluh yang saya beri.

    sekian terimakasih

    jamilismail

    ReplyDelete
  86. Anonymous3:18 AM

    Assalamualaikum.
    Saya berusia 25 tahun dan masih menuntut di IPTA. Berlatar belakangkan pendidikan menengah di SBP dan dibesarkan oleh 2 orang kakitangan kerajaan yang telah beberapa kali mendapat anugerah cemerlang(Ibubapa saya).

    Izinkan saya menulis sedikit pandangan berkenaan isu ini dari perspektif seorang anak muda yang mengundi buat kali pertama dan perspektif seorang rakan kepada sekumpulan anak muda bijak yang rupa-rupanya berfikiran singkat dalam memahami keperluan politik.

    Bermula dari hari pembubaran parlimen, saya mula tertanya-tanya mengapa perlu PM berbohong kepada seluruh rakyat(Muka depan berita hari tersebut memberitahu bahawa parlimen tidak akan dibubarkan pada hari itu). Cukup sekadar jawapan "Saya enggan jawab soalan itu," rasanya semua rakyat akan faham tentang unsur2 kejutan yang cuba disemarakkan berhubung tarikh pembubaran parlimen.

    Pengumuman tentang satu perjumpaan anak-anak kelantan bersama NC bergema tatkala waktu dhuha hari kedua atau ketiga selepas parlimen dibubarkan. Hujung pengumuman itu masih terngiang-ngiang di telinga. "Makanan disediakan,". Terdetik di hati saya "Kelantan sajakah, anak Penang tak kan tak dapat makan?". Hati mula memberi tahu bahawa ia mungkin berkenaan larangan berkempen di dalam pilihanraya seperti yang semua rakyat tahu termaktub di dalam AUKU dan Akta 174. Sangkaan saya meleset, rakan serumah memberitahu bahawa saudara KJ berada di atas pentas bersama-sama NC berkempen untuk menamatkan pemerintahan PAS menggunakan pengundi-pengundi muda Kelantan. T-shirt 'PADE DOH' dan gelang getah(Trade mark pemuda)diberikan secara percuma kepada semua yang hadir. Saya tergamam apabila cerdik-pandai dari serambi Mekah ini mampu mempersoalkan "Adakah ini selari dengan AUKU," We are not allowed to play active role or project ourselves as supporters to any political party but the NC is..."What is he doing up there(on the stage) with that guy, in this institution?" Lalu anak-anak Kelantan mula merasakan bahawa BN menjadi Bully seperti Giant dalam siri cerita kartun 'Doraemon'. Instead of gaining support, they actually seeding the anger among Kelantanese students.

    Kejutan seterusnya adalah berkenaan masalah 'seats allocation' antara ahli-ahli UMNO. Kelihatan seperti ikan kembung yang cuba menumpaskan seekor jerung. Pertarungan tidak dijalankan secara adil di kelantan.Fokus hanya untuk menang sesetengah kerusi yang dirasakan 'BOLEH' dan meletakkan calon-calon kurang berpengalaman menentang calon-calon 'Topguns'. Dengan mudah saya dan rakan-rakan dapat mentafsirkan bahawa ia bukan perjuangan yang sejati. Sincerity and humble approach would worked better. But they choose to be Fierce and Cocky. The Next Kelantan Menteri Besar had been announced and they damn sure that he will be one. It is ok to be fierce, but being cocky can kill your political career(Proved Recently).

    Same thing happened in Penang. The hot topic was "Who's the Next Pg CM?" Just like reality shows, it distracts the contestants from the TRUE REALITY so that they can focus on the UNCERTAIN REALITY(Being the next CM). But the citizens of Penang were not easily distracted. Malays cried that the previous government don't care about their grievousness.I'm not sure what the Chinese were complaining about but the Hindraf's thing really messed MIC up.(I worked as a temporary enumerator for a task related to socio & politics last year,hearing their views was not part of the job but it helps me to understand Penangites more).

    Yang pelik bertambah pelik apabila arahan pembatalan stem hasil yang perlu dimatikan di borang para calon pilihanraya dibatalkan pada saat-saat akhir(tengah malam). It adds a point to the oppositions. They were really pissed off and the public sympathized them. The young voters started to feel like the opposition is being bullied by an unseen hand.(SPR made it clear that they were not influenced by any political party, but most of us find it hard to believes because we all know that certain states have problems with seats allocations and the office is closed on saturday and sunday. The oppositions find it hard to comply but they did it. So, the remaining of the stories is that the rule had been lifted because there are too many contestants (from the ruling party) failed to comply. They unintentionally made us to believe that the BN seems to have advantages in PRU 12
    !!!

    Apabila kecoh berkenaan pengundi hantu, apakah mudah untuk seseorang percaya bahawa 2 buah bas membawa pengundi yang berada di perantauan yang kebetulan berasal dari kawasan parlimen yang sama dan akan mengundi di Pusat Pembuangan Undi yang sama? di parahkan lagi pula dengan pembatalan penggunaan dakwat kekal. Saya ingin memetik kata-kata ketua Mafrel yang berkata sekiranya logik berkenaan digunapakai, ia bermaksud semua duit kertas terpaksa ditukar atau ditarik balik dari sistem kewangan hanya kerana ada beberapa not palsu. Sesetengah faham bahawa sekiranya kekecohan berlaku, akibatnya adalah buruk. Namun beberapa kelompok yang lebih besar mula salah tafsir dengan menganggap bahawa "Sah!!!pengundi hantu wujud kerana tiada lagi cara untuk mengelakkan pengundian berganda,"

    Manifesto pembangkang diperkecil-kecilkan dan di lawan dengan hanya 3 patah perkataan. Isu yang dibangkitkan lebih bersifat menyeluruh(kenaikan harga barang dan korupsi). Pengundi yang baru mula berfikir, adakah kerajaan serius atau tidak dalam menangani serangan pembangkang? Jawapan yang dipaparkan di dada-dada akhbar sukar difahami oleh golongan rendah dan sekali gus menyebabkan mereka terpengaruh dengan janji-janji yang mereka ingin dengar dan dapatkan.

    Pengundi muda yang sedar akan tanggungjawabnya untuk mengundi akan sedaya upaya mengundi. Namun terdapat ramai lagi cardik pandai melayu muda yang gagal memahami keperluan politik dan kepentingan menjadi seorang pengundi berdaftar. Acapkali kita dengar mereka ini berkata "BN konfem menang tanpa undi aku,", "Politik itu kotor, aku tak mau terlibat,". Keperluan kerajaan sekarang adalah menyedarkan golongan ini bukan untuk kepentingan parti semata-mata, tetapi untuk malaysia amnya. Semoga pilihanraya kali ini memberi pengajaran kepada kita semua.

    Nawfas.

    ReplyDelete
  87. Anonymous4:46 AM

    Pilihanraya selesai sudah
    5 negeri telah ditawan
    Namun kini hatiku gundah
    Yang Dibenci masih melawan

    Disuruh berundur letak jawatan
    Jawapan diberi mahu bertahan
    Amat pelik, jelik dan hairan
    Ada pulak yang memberi sokongan

    Kalau Yang Dibenci masih berkeras
    Nanti UMNO semakin tewas
    Sudah terang lagi jelas
    Abdullah Badawi SUDAH TEWAS

    Kini berharap pada YDP Agong
    Perkenankan BN memerintah negara
    Cuma mahu minta tolong
    Minta Pak Lah lepaskan kuasanya

    Kalau Pak Lah berdegil juga
    Kalau boleh dipecat senang cerita
    Mari kita bersatu tunjukkan kuasa
    Kerana Yang Dibenci tak paham bahasa

    ReplyDelete
  88. Sdr Sdri sekalian,

    Terima kasih atas penyertaan anda semua.

    Kita berdepan dengan dua realiti.

    1. PM yang tidak mampu berdepadan dan menerima realiti. Masih in state of denial.

    2. Kita menunggu realiti diperintah oleh gabungan PKR-Pas/DAP-PKR dan PKR-Pas-DAP di lima buah negeri.

    Tugas kita sebagai pengundi dan pembayar cukai belum selesai.

    Tiada damai abadi bagi kita hanya perjuangan yang tiada akhirnya.

    Jangan pula damai abadi PM yang kini menjadi mimpi ngeri menjangkiti kita.

    Teruskan bersuara TETAPI mohon bersopan santun.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  89. Anonymous6:52 AM

    Assalamualaikum Dato'

    Just two short comments based on the very many comments on the pre-Ides of March general election.

    Firstly, with regards to the tussle for the Menteri Besar Perak post (please correct me if I'm wrong) - I've been told that it's provided for in the state's law that the MB of Perak has to be a Malay-Muslim.

    Secondly, much as I believe that people have the right to voice their views and dissatisfaction over issues that concern them, I believe too in fair comment. And, as a member of the police family for the past 25 years, who subscribes to Malay values and takes pride in being a Muslim, and who is most particular about imparting good values on her children, I feel that the police has been much maligned.

    We are just like any other normal, ordinary family in society and we have feelings too. Perhaps one difference is that unlike other ordinary families, our husbands cannot defend themselves through blogs or through any other media. Another difference is perhaps, while other husbands look out for their respective families, our husbands have to leave us to look out for the kids while they look after the affairs of other people's family just to be sure that they are safe and sound.

    I am open about agreeing to disagree, but please be fair. It doesn't help to be unfairly cursed and to be generalised as one lousy group of community as if the police have never once done anything good for the country and society.

    Mom-o'-Success

    ReplyDelete
  90. Anonymous7:49 AM

    MEREKA ANGKUH DENGAN KEDUDUKAN MEREKA. DAN MEREKA LUPA AKAN AMANAH DAN TUJUAN MEREKA DIWUJUDKAN ALLAH SWT DI DUNIA INI.

    mini clubman

    ReplyDelete
  91. Anonymous8:01 AM

    Datuk,

    Pak Lah perlu berundur untuk mengurangkan 'friction'yang lebih teruk. Mesej jelas telah ditafsirkan oleh rakyat. Saya pasti sekiranya masih terus memimpin BN, dikhuatiri BN akan lenyap akhirnya pada 5 tahun akan datang dari mukabumi Malaysia.

    Kepada pemimpin dan ahli UMNO yang insaf, kembalilah kepada perjuangan asal membela nasib agama Islam ,orang Melayu, dan Malaysia. Sekarang perlu tinggalkan politik poket, politik senduk, politik kole, politik masyuk dll. Balik asal macam dulu. IKHLAS DALAM PERJUANGAN. Allah masih sayang kan Malaysia dengan memberi petunjuk hebat ini kepada kita.

    mini clubman

    ReplyDelete
  92. Hm.. to those who think that we gave the Pembangkang our votes to vote them as pemerintah, please think again. Most of our votes were given to the opposition to teach and wake the present Govt up and especially UMNO to KICK ABDULLAH AND KJ OUT.

    We are not impressed by the Opposition and if you think PAS can manage a state, think again, they can't even proved themselves to be an effective opposition!

    We want to see the pembangkang be a more effective pembangkang. For e.g. I have not seen PAS seriously and strategically pursue the Islamic issues and agenda when Abdullah made a boo boo w article 11 and the Lina Joy case, nor the Hindraf Thaipusam issue when Abdullah via his govt in the spirit of "muhibbah" have some kompang Malay boys to welcome Thaipusam day.

    Until you guys can prove yourselves to be a good and dependable opposition, there is NO WAY we gonna believe in you guys to run the country either!

    I have seen what PAS did when they took over Terengganu, as you can see in PRU 12, there is no way the Terengganu ppl gonna believe in your agenda either. It seems they are starting the same thing w Kedah now. They better change their ways or be booted out! The only reason, these states are given to opposition this time around coz we want to give a CLEAR MESSAGE to the present govt and HP6leaders and to boot Pak Lah and KJ OUT OF GOVT AND UMNO.

    ReplyDelete
  93. Datuk AKJ,

    Bila kita bersuara kita di katakan "pembangkang". Perkataan itu menggambarkan yang buruk-buruk sahaja.

    Sehubungan dengan itu pesan Datuk supaya "kita terus bersuara dengan bersoapn santun" wajar di ambil perhatian oleh semua.

    Ini negara kita. Kita berhak untuk bersuara. Namun bukanlah kerana kita pembangkang, tetapi merealisasikan hak kita sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan negara. Oleh itu suarakanlah dengan berhemah dan bersopan santun.

    ReplyDelete
  94. Anonymous9:01 AM

    Assalamualaikum..Dato..

    Saya berada d Parlimen Batu Kawan hari Sabtu. Tengok dgn mata sendiri mcm mana BN jatuh tersungkur di Pulau Pinang...Jangkaan saya yg BN akan mendapat tentangan hebat di Penang, Kedah jd kenyataan tp yg lg tak sangka 2 negeri ni BN kalah teruk!! Paling tak sangka BN Selangor ngan Perak pun terkulai!!!

    Undi rakyat begitu berkuasa... Rakyat dah berkeputusan so dengar lah mesej yg cuba kami sampaikan...Ada yg tak kena dalam BN..Jgn tutup mata dan telinga.. Ini masa untuk BN buat sesuatu...Mereka tahu apa yg tak kena, sapa yg tak patut ada dalam BN tu....Berubahlah...

    Saya sokong kata TDM, AAB patut berundur!!! Dia jd punca kekalutan la ni. Dia tak dak kredibiliti pimpin negara....keputusan PRU12 bukti kelemahan dia... Terlalu selesa ngan PRU11 dah alpa masa PRU12...Masa untuk perubahan....Kasi org lain jd PM pulak...!!!!

    KJ patut kalah di Rembau...manusia ini kalu disimpan akan jd nanah dlm BN..!Tp org Rembau dah termakan kempen KJ..! Tengok dan lihat saja AAB nak buh dia kat mana dalam Kabinet dia...

    Hmm...la ni tunggu AAB nk announce barisan Kabinet...Mesti menarik!!!!!

    Assalamulaikum......!!!

    ReplyDelete
  95. Anonymous9:03 AM

    Dato'

    Mohon dapatkan komen dari Tun Musang Berbulu Ayam berkaitan kekalahan BN dan kedegilan Lah meletak jawatan. Yang pastinya Musang ini tentu ada jawapan yang menarik seperti "demokrasi lebih subur di zaman pemerintahan Lah" dan "Lah tidak perlu letak jawatan Lah belum lelah, beri dia peluang lagi"

    Cuma satu sahaja yang menarik tentang Musang ini, dia mengajak kita berkurang ajar jika ada Pembesar yang masih tidak faham bahasa isyarat yang rakyat telah lontarkan. Ayuh Dato'..perjuangan kita belum selesai

    ReplyDelete
  96. Dato'

    Nazar saya tidak dapat dibayar penuh tetapi saya tetap akan melakukannya separuh(half bald)kerana saya tekezut dan terkedu dengan keputusan tsunami yang melanda PRU kali ini

    saya menangis kegembiraan malam itu

    terima kasih...pengundi Malaysia

    ReplyDelete
  97. Anonymous9:16 AM

    Berikut adalah sebab-sebab utama kejatuhan BN:

    1. Pak Lah dan Khairy
    2. Pak Lah dan Khairy
    3. Pah Lah dan Khairy
    .
    .
    .
    100. Pah Lah dan Khairy

    Dan seperti diduga, JATUHNYA PAK LAH KERANA KHAIRY!!!!!!

    ReplyDelete
  98. Anonymous9:52 AM

    Dato,
    Saya tengok analisa pilihanraya di TV3, dan amat kecewa mereka masih lagi gagal memahami puncanya. Cakap masih terlalu berlapik nak menjaga hati pembesar2 umno.
    Sebab yang paling ketara takkan mereka tak nampak......orang umno dan melayu dah tak suka Pak Lah dan Khairy dan pembesar2 lain yang bongkak dan sombong. Mereka yang gagal menjaga kebajikan rakyak.
    Itu saja sebab utama. Sebab2 lain tu tak berapa penting.

    ReplyDelete
  99. Salam Datuk,
    Apabila saya pulang ke Bagan Datok untuk mengundi, anak saya bertanya siapakah yang layak untuk menjadi pemimpin di sana? Saya menerangkan pemimpin adalah orang yang akan membawa pengikutnya ke jalan yang benar, orang yang akan berkorban lebih daripada pengikutnya dan akan mendahulukan kepentingan pengikutnya dari keperluan dirinya sendiri.

    Apa bila keputusan pengundian dikeluarkan maka anak saya bertanya lagi, apakah Dtk Zahid Hamidi dan En Shaarani ada ciri-ciri seperti yang saya terang sebelum ini? Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

    Mungkin ini hanyalah pandangan dari saya, bagaimana Datuk pula?

    ReplyDelete
  100. Anonymous10:01 AM

    Cingay Di Utara
    "Pucuk dicita ulam mendatang"

    PRU yang akan datang adalah ketikanya Che Dollah membuktikan kepada semua kekeramatan angka 13 kepadanya! Apakah Perdana Menteri yang sangat 'powerful' senang-senang menyerah kalah?

    Menyahut cabaran rakyat, Dirty Hairy tentunya amat teruja dengan keputusan pemilu kali ini - cabaran besar menggunung terbentang di hadapan mata.

    Mana tahu nantinya peranan hebat mustajab Dirty Hairy mengembalikan sinar gemilang UMNO.

    Pertanyaan saya buat anda:
    Adakah ekonomi negara akan tergugat dalam masa yang terdekat ini dan berapa lama kemelesetan ekonomi itu akan berlarutan dan siapa nakhoda kapal?

    ReplyDelete
  101. Anonymous10:15 AM

    Salam to all,
    Kudos, well done to SPR and the police force who had done their job very well. To opposition leaders who always accuse SPR to be biased, ghost voters etc., all of you owe them a big apology. I mean a huge one.

    Shame to all of you if you didn't admit that.

    ReplyDelete
  102. Anonymous10:19 AM

    Kalau Pak Lah berkeras jugak nak kekal PM, boleh. Tapi perlu dipimpin. Maknanya dia perlu:
    1. Bina semula jambatan bengkok
    2. ambil semula ECM Libra
    3. bayar semula kerugian penjualan MV agusta
    4. bayar semula kerugian penjualan dan pembelian balik pantai holdings kepada temasek.
    5. Mansuhkan WPI.
    6. simpan dulu khairy..kasi belajar dulu....pengalaman tak boleh dibeli.
    8. Sila tambah...hehe

    ReplyDelete
  103. Datuk,

    Saya ada meneliti message rakyat melalui peralihan kepercayaan mereka kepada kepimpinan baru di blog:

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  104. Anonymous10:55 AM

    Salam semua,
    Sebagai seorang ahli UMNO, saya berasa sedih dengan kejutan yang diberikan raknyat kepada pucuk pimpinan.
    Kita hanya boleh memberi nasihat serta tunjuk ajar yang kasar dan keras. Percayalah, sesungguhnya HIDAYAH dan PUTUNJUK itu milik ALLAH dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki sahaja. Oleh itu, marilah kita beramai2 berdoa dan membetulkan dari dalam sebelum semuanya menjadi bubur.
    Kalau Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang menutup mata pucuk pimpinan, pastikan wakil2 perhimpunan Agong UMNO membuat apa yang sepatutnya kelak.
    ISLAM memang telah ditakdirkan berpecah kerana orang Islam sendiri. Mengetahui tetang ini, kita harus mengambil tindakan berhemah dan selalu berdoa supaya tindakan kita mencapai kesudahan yang baik akhirnya disisi ALLAH.
    Rakyat Melaka

    ReplyDelete
  105. Anonymous10:58 AM

    Dengan izin Allah.

    Semua datangnya dari Allah dan kita kembali pada Allah Yang Maha Esa. Tahniah Dato' sebagai blogger dan tahniah semua penulis komen, yang terbaik adalah orang yang mengingatkan kebaikan kepada orang lain untuk membuat kebaikan. Ruang inilah yang menyumbang kepada pembukaan minda bagi yang mahu memahaminya.

    Tidak lagilah, kita terus menunding jari dan menyalahkan antara satu sama lain. Terbaik untuk kita, adalah memperbaiki dan berterus terang kepada apa yang kita kehendaki dari kerajaan dan parti yang kita sokong. Kalau kita terus di dalam mimpi yang ngeri ini atau mimpi yang terlalu indah ini, ada pihak lain yang memang menunggu kesempatan untuk memporak perandakan kita.

    KUASA MEMANG DI TANGAN RAKYAT. Oleh itu gunakan u untuk kuasa itu untuk membangunkan Malaysia bukan untuk terus berseronok dengan kemenangan atau berduka.

    KEMBALIKAN KEGEMILANGAN, KETERBILANGAN DAN KECEMERLANGAN mengikut sepatutnya.

    -Katun

    ReplyDelete
  106. Anonymous11:44 AM

    Assalamualaikum Dato',

    Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan tetapi cukup "masak" untuk menolak kepimpinan Abdullah Badawi. Tenyata angka 13 tidak mampu mendatangkan keramat bagi abdullah. Mungkin juga angka 13 merujuk kepada tarikh 13hb Mac 2008sebagai amat mustajab utk dolah membuat pengumuman untuk meletakkan jawatan.

    Salam
    Maruah_Melayu

    ReplyDelete
  107. SPR sendiri pernah berkata Pilihanraya adalah hari utk rakyat memilih pemimpin mereka dan sy rasa mereka memilih dgn betul. Pak Lah harus berfikir panjang dan muhasabah diri.

    BN tidak haru terlalu selesa pada dasar nya. Jgn terlalu bongkak. Sbg warga Johor, sy sendiri melihat arus perubahan yg berlaku apabila buat pertama kali, pembangkang menang atas dasar undian.

    Untuk Pak Lah 5 tahun akan datang, jangan seperti Pak Pandir, menang sorak, kampung tergadai. (Hint : Penang)

    ReplyDelete
  108. hi
    i'm a penang voter and DAP rules!
    yay.

    ReplyDelete
  109. Anonymous12:02 PM

    Salaam Dato'.

    With regards to your blog post titled "Kini Waktu Berterus Terang", I would like to be frank. I voted for PAS in KL's Titiwangsa as I am a fundamentalist Sunni Muslim and I oppose Barisan Nasional as it is a secular nationalist party. I wanted Sharia to be the prevailing law in Malaysia, which is I why I crossed the moon rather than the scales (dacing).

    PAS victory is truly a triumph of Islam over secularism.

    Daulat Islam.

    ReplyDelete
  110. Anonymous12:10 PM

    Salam Dato',
    Tepat sekali pengamatan Dato' dan bagi saya jika AAB masih berdegil nak jadi pm, ianya bakal memberi malu bukan saja pada bangsa Melayu, tapi bagi Malaysia, kerana mempunyai seorang pemimpin yang tidak ada prinsip; kalau pun ada, prinsipnya Islam Ada Hari... the writing is on the wall, unless he's blind (literally and/or figuratively).

    ReplyDelete
  111. Anonymous12:13 PM

    Tok dan pembahas..

    Saya dah kata bye-bye kat BN untuk tawan Kelantan. Tapi tak sangka rakyat bye-bye jugak BN kat Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Bukan setakat kena tamparan ja nih. Sepak terajang, cas keting, tumbuk hidung semua ada.

    Tu dia la. Sombong tak kena tempat. Cabar rakyat sapa suruh? Tu pun, nasib baik Rakyat sebelah selatan tanah ayaq bagi muka lagi, kalu tak lagi la havoc.

    Apa-apa pun, tahniah kepada semua. apa jua keputusan anda pada hari pengundian lalu, saya tabik.

    Takpa la, kira undi protes ka, memang sokong pembangkang ka, rosak undi ka, semuanya dah terjadi.

    Satu 'wake up call' buat UMNO dan kuncu2nya. Buat pembangkang, laksanakan amanah dan tanggungjawab yang rakyat dah bagi kat hangpa. Jangan dok ikut perangai tak senonoh BN. Rakyat nak tengok hangpa boleh ke tidak memerintah. Kalau OK, rakyat bagi satu Malaysia. Kalau KO, rakyat takkan bagi dah kat hangpa sebab mengarut macam BN jugak.

    Tak reti, tanya pada yang reti. Kalau tak tau, belajaq. Kita tengok gumana pembangang 'steer' negeri masing-masing.

    ReplyDelete
  112. Anonymous12:24 PM

    Elok rasanya pusat pentadbiran kerajaan di pindah kan ke Johor atau Sabah atau Serawak atau Terengganu ...hehehehe... nasib baik Putra Jaya menang kalau tak tidur malam pun bawah pentadbiran lain...

    ReplyDelete
  113. Anonymous12:45 PM

    To Buyong...

    Cadangan yang baik tapi saya rumuskan dan simpulkan kepada satu point sahaja iaitu :- Pak Lah simpan Khairy kat rumah suruh jaga Nori dan jangan dengar cakap Khairy sangat.....

    ReplyDelete
  114. Rakyat Telah menyampaikan message kuat kepada paklah - tetapi masih tidak sedar diri (state of denial) lagi mahu berpaut di hujung kuasa.

    Ahli UMNO sila tunjukan pintu keluar pada Pak Lah dalam pilihan bahagian\cawangan\Agung UMNO akan datang.

    Jika tidak .. ia menjadi mimpi indah bagi pihak pembangkang kerana Paklah akan merosak dan melemahkan UMNO dari dalam.

    ReplyDelete
  115. Anonymous1:24 PM

    Dato' dan semua,

    Sdr ian kata..."Kudos, well done to SPR and the police force who had done their job very well. To opposition leaders who always accuse SPR to be biased, ghost voters etc., all of you owe them a big apology. I mean a huge one."

    # Tak perlu kita meminta maaf sangat kepada SPR dan polis kerana memastikan setiap PRU telus, aman dan bebas adalah amanah besar rakyat kepada mereka. Pada saya rakyat langsung tidak terhutang budi kepada SPR selepas tindakan2 pelik yang lebih menyebelahi tuan2 mereka. Seperti yang dibuktikan dilaman web SPR, pengundi hantu ada dimana2 kawasan panas dan penting seperti di Perlis dan Kelantan contohnya. Saya percaya, Shahidan mungkin telah lama tewas di Perlis tanpa $$$ dan pengundi2 hantu dari Siam. Kita semua tahu, dgn mekanisma yang direkabentuk oleh SPR dan polis, kebanyakan bantahan dan laporan polis yang dibuat hanya didiam dan dibakulsampahkan. Ini jelas kelemahan SPR dari dahulu. SPR sebenarnya telah lama berpihak dan cenderung kepada tuan2nya. Kita tidak sebodoh dulu. Percaya atau tidak, sekiranya bukan kerana faktor pengundi hantu, duit election atau undi pos ini, banyak lagi pemimpin2 Umno/BN tersungkur dan entah negeri mana lagi yang 'sebenarnya' telah jatuh tergolek akibat rasa tidak puas hati rakyat mahu pun akibat undi protes ahli2 Umno/BN sendiri. Sebaliknya bagi saya, SPR menerusi pengerusinya patut memohon maaf terhadap kelemahan dan tindakan2 yang 'direka-reka' itu.

    # Bagi saya, tugas polis menjaga keselamatan kali ini lebih mudah kerana rata2 pengundi telah matang dan telah menunjukkan disiplin yang amat tinggi. Terima kasih patut ditujukan kepada pengundi2 dan tidak lupa kepada pihak polis kerana PRU kali adalah antara yang paling aman dan tidak banyak timbul kekecohan.

    # KEPADA PIHAK BERKUASA DAN SPR TERUTAMANYA, SUDAHLAH, RAKYAT SUDAH MAKIN BIJAK....JANGAN DIHINA EMOSI DAN INTELLIGENT RAKYAT LAGI!

    ReplyDelete
  116. Salam,

    Datuk,

    Saya baru lepas melihat Rafidah Aziz 'memarahi' pengundi kerana mengundi pembangkang di Bernama TV. kata beliau 'kununnya undi protes, bukan ada apa pun nak yang diprotes.'

    Semalam juga di Bernama TV, pengacara bertanya kpd bapa saudara Azlina, Syed ... , 'Adakah kemungkinan Selangor menjadi seperti Kelantan. Dapat ke tangan pembangkang dan sampai kini, masih di tangan pembangkang.' Syed tak kata ia atau tidak. Komennya TS Khalid sebagai CEO mempunyai track record yang baik. Nampaknya that is a real worry.

    ReplyDelete
  117. Anonymous2:11 PM

    Tok,

    Orang-orang UMNO kat atas nu memang berfikiran yang mereka sahaja yang pandai dan layak jadi pemimpin negeri/negara. Baik Pemuda yg masih berhingus atau Puteri yg baru nak belajar mengira-ngira, mereka terlalu memandang rendah kepada kebolehan orang-orang Melayu yang menyokong PAS dan ADIL. Pemikiran dangkal mereka sudah sampai ke tahap mereka fikir kita kena menyembah dan merayu mereka jika meminta kerana inginkan sesuatu. Segala hasil bumi Malaysia ini mereka fikir mereka yang punya (termasuklah duit cukai seribu ringgit sebulan yang di tolak dari gaji saya tiap2 bulan, Tok..).

    Allow me to be very blunt, Tok (supaya senang depa ni paham..):

    -KEKALAHAN MCA & GERAKAN ADALAH DISEBABKAN OLEH KEBENCIAN KAUM CINA TERHADAP MELAYU UMNO!
    -KEKALAHAN MIC & PPP ADALAH DISEBABKAN OLEH KEBENCIAN KAUM INDIA TERHADAP MELAYU UMNO!
    -KEKALAHAN UMNO ADALAH DISEBABKAN OLEH KEBENCIAN KAUM MELAYU TERHADAP MELAYU UMNO!

    Kalau depa ni tak faham-faham jugak, lebih baik pi sambung tidoq..

    WakMelan Jr.
    Kg. Batu Belah, Kelang.

    ReplyDelete
  118. "BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah."

    Tahniah Dato' ia satu kenyataan yang berani dan fakta. Pemimpin BN khususnya UMNO hanya bertopengkan melayu tetapi sebenarnya perjuangan mereka lebih kepada kepentingan peribadi. Pak Lah tak reti kah menapis warisan kepimpinan melayu, hinggakan pemimpin yang ada sekarang hanya tahu bertempik sorak, dan mat rempit pun boleh jadi calon YB mujurlah kalah. Rakyat Malaysia telah lama terluka dan faktor DSAI menyatupadukan dan menjadi moderator pembangkang telah memenangkan hati rakyat. Kritikan dan cacian melampau ke atas DSAI telah memakan diri pemimpin BN. Rakyat semakin sedar dan tahu yang mana fakta dan yang mana dusta. Sukar bagi BN memenangi hati rakyat dalam tempoh terdekat ni, dan sekiranya pemimpin2 BN masih bongkak, sombong, bergelumang dengan skandal tak heranlah tsunami politik ini akan mengubah haluan pengundi di Sabah dan Sarawak. Musa Aman dan Taib Mahmud jangan lupa! dan belajarlah bagaimana tersungkur dan terhinanya Samy Velu, Khir Toyo, Tajul Rosli dan Mahadzir Khalid. Jangan sampai rakyat Sabah dan Sarawak menggunakan kuasa sakti mereka menurunkan kamu dari taktha. Diucapkan tahniah kpd KOH TSU KOON, wpun kalah masih cool dan menerima keputusan rakyat dengan rendah diri.

    ReplyDelete
  119. Anonymous3:26 PM

    Dato' dan semua pembaca,

    Saya suka title artikel ni...masa untuk berterus terang. Terlebih dahulu tahniah untuk BN kerana berjaya kekal sebagai pemerintah dan tahniah juga kepada BA...kerana berjaya menambah suara pembangkang. Kedua-duanya penting (menurut pandangan saya la)

    yang pasti...ini masa untuk muhasabah diri sebenarnya. PRU12 membuktikan suara rakyat...lebih penting dari kuasa yang pemerintah ada. Tanpa rakyat, siapalah pemerintah. Betul tak Dato'.

    Eloklah kalau BN merenung2 ke dalam diri, apa yang mereka telah beri kepada rakyat. Ini bukan masa melihat salah siapa (terutama yang berkait dengan isu yang dibawa pembangkang), bukan masa menunding jari,yang pasti bukan masa untuk bersengketa.

    Tentang hal2 dalaman BN atau UMNO mahupun parti2 pembangkang...saya tak mahu ambil tahu, saya bukan ahli mereka...saya cuma rakyat biasa.

    tetapi bila direnung kembali dengan apa yang telah berlaku...saya yakin, datang dari kesalahan dan kesilapan 'diri' mereka sendiri....ada yang terlalu angkuh dan bongkak bila mempunyai kuasa...seolah-olah mereka penentu segalanya. Yang pasti segalanya ketentuan Ilahi...kita terlalu kerdil untuk berkata itu dan ini..! yang pasti Dunia Ini BUKAN Ana Yang Punya!!

    ReplyDelete
  120. Anonymous3:31 PM

    Datuk,

    Pemimpin Melayu tak gentlemen. Lihat TS Koh menyatakan beliau bertanggungjawab atas kekalahan BN di Pulau Pinang. Mana ada pemimpin BN/Melayu yang menyatakan demikian termasuklah AAB.

    Kalau benar-benar pemimpin Melayu/BN bertanggung jawab ;

    1. AAB mesti letak jawatan seberapa segera, bukan sibuk dengan majlis angkat sumpah sebagai PM

    2. Menteri Besar Kedah, Perak dan Selangor mesti meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN/UMNO negeri masing-masing atas sifat bertanggung jawab kerana kekalahan BN dinegeri-negeri mereka.

    Adakah pemimpin BN/UMNO sanggup melakukkan demikian kecuali Allayarham Tunku dan TS Sanusi.


    Kamalkamal

    ReplyDelete
  121. Video detik-detik terakhir...MALAM SEBELUM BARISAN NASIONAL TUMBANG DI SELANGOR DARUL EHSAN! - Malam Sebelum Mengundi (Lokasi:Taman Permata, Lembah Keramat)

    http://theindiestory.blogspot.com

    ReplyDelete
  122. Tuan Kadir Jasin,

    Saya ingin menyatakan pendapat peribadi mengenai soalan peranan penjawat awam yang dikatakan bongkak dan penyumbang kekalahan BN.

    Peranan sebagai penjawat awam tetap dijalankan di bawah kerajaan pemerintah sedia ada, mengikut apa yang dipertanggungjawabkan dan yang telah dijanjikan sewaktu menyertai perkhidmatan awam. Tidak wajar jika hanya penjawat awam dipersalahkan. Bukan semuanya bekerja untuk kesenangan diri sendiri-cuma segelintir sahaja namun segelintir itulah yang dijadikan pengukur kepada seluruh nilai dalam perkhidmatan awam.

    Peranan utama penjawat awam adalah memberi nasihat/pandangan kepada kerajaan pemerintah dan melaksanakan keputusan yang diambil oleh kerajaan pemerintah, bukannya membuat keputusan.

    Tuan Kadir Jasin,

    Mungkin saya yang terlalu emosional apabila menyentuh tentang perkhidmatan awam, tambahan pula bukan kelayakan saya untuk menyatakan pendapat mewakili perkhidmatan awam di dalam ruangan ini. Tetapi secara peribadinya, apabila sesuatu perancangan itu gagal dilaksanakan, bukan jentera pekerja sahaja, dalam konteks ini perkhidmatan awam, yang harus dipersalahkan kerana setiap individu hanya boleh bekerja dalam konteks yang dibenarkan, mengikut had kuasa yang ditetapkan. Ianya tidak semudah pandangan dan tuduhan yang dilemparkan pihak luar.

    Pandangan luar mengenai penjawat awam tidak melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini amat mengecewakan....

    ReplyDelete
  123. Anonymous3:51 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  124. Anonymous4:52 PM

    Dato' Kadir Jasin,

    Saya berasa amat sedih apabila mendapati bahawa parti BN pada masa ini tiada taring lagi kerana keangkuhan pemimpin-pemimpinnya menerajui kerajaan. Ini boleh dilihat sendiri dengan keputusan PRU-12 yang amat memeranjatkan semua.

    Pada pendapat saya, pucuk pimpinan BN perlu ditukar serta merta untuk virus 'memulaukan parti dan ketidakpuasan hati Rakyat di atas pentadbiran kerajaan BN' tidak merebak dengan lebih jauh lagi yang akan merugikan parti itu sendiri.

    Rakyat adalah BOSS pada kerajaan dan akan sentiasa memantau pemimpin-peminpin yang dipilihnya sama ada lebih kepada kerajaan yang mebantu Rakyat atau pun membunuh Rakyat.

    Kita perlu berubah untuk kepentingan Rakyat dan parti.

    -HH

    ReplyDelete
  125. Anonymous5:36 PM

    Pak Lah telah memalukan orang Melayu.

    SudahLAH
    SedarLAH
    UndurLAH

    ReplyDelete
  126. Anonymous5:56 PM

    dato'

    perkara yang paling jelas untuk Perdana Menteri adalah dengan meletakkan jawatan. saya nampak jelas bahawa dia mmg tidak mahu mengaku kalah dengan mahu cuba mengambil hati rakyat sekali lagi.

    tapi pada PRU 12 yang lalu adalah perlawanan antara rakyat menentang PAK LAH + KJ, dan bukan antara BA vs BN. saya merasa agak kecewa kerana Pak Lah masih belum memahami mesej dari rakyat. Mungkin kerana dia dinasihati oleh menteri-menteri tua yang sudah tidak relevan seperti rafidah, nazri aziz, hamid albar dan KJ sendiri. Mereka ini mengharapkan sedikit cahaya pemerintahan pak lah bagi mengelakkan diri ditelanjangi oleg rakyat.

    saya cabar mereka yang berkulat ini untuk kekal berada ditampuk, kerna yang akan berkubur selepas ini adalah BN dan UMNO jika mereka masih berkeras hati untuk tidak mengundur diri.

    ReplyDelete
  127. Anonymous6:57 PM

    pergerakan pemuda UMNO seluruh malaysia digesa supaya merapatkan barisan dan menolak khairy jamaludin didalam mesyuarat agung UMNO tidak lama lagi. sudah cukup kita memikul mayat hidup selama ini. Ayuh anak muda melayu bangkit! demi alif ba dan tha (Agama, Bangsa dan Tanah air)

    ReplyDelete
  128. Anonymous7:26 PM

    Dato' AKJ,

    Wak Melan's got it right! Ian's worry abt who can be the next PM mirrors mine too.

    and if I may add my 2 sen's worth, A DIVIDED MALAY ELECTORATE IS REALLY THE FORCE BEHIND THE TSUNAMI that hands a party like the DAP the power it wields now.

    a continuing rift among the Malays will spell the end for us ... jadilah macam melukut di tepi gantang! after all, pkr dah terang-terang menolak special privileges untuk orang Melayu.

    the death knell may well be sounded in the next election. maka apabila itu terjadi, adakah lagi sek berasrama penuh bagi anak-anak kg yang ada potensi tp kurang vitamin? adakah lagi MARA bagi membiayai anak-anak melayu yang cemerlang ke pusat-pusat pengajian tinggi? after all, kalau baca komen-komen pengikut sesuatu parti itu, kecemerlangan dan "intelligence" seolah-olah dipunyai hanya mereka.

    oleh itu saya berpendapat, hanya pengundi melayu yang boleh merosakkan nasib mereka sendiri (at least di semenanjung). kalau tidak masakan ada pepatah Melayu, "marah pijat, bakar kelambu". bersedialah diratah nyamuk yang sama atau mungkin lebih ganas!

    di sabah, rasanya racial lines are rather blurred and rasa perkauman tidak begitu teruk. Alhamdulillah! kecuali diapi-apikan oleh pihak tertentu.

    batu api ni yang saya tak tahan ni!!!!!

    oleh itu, bersedialah menyesuaikan pemikiran kita kepada kemungkinan-kemungkinan yang mendatang.

    terima kasih.
    melayu biasa

    ReplyDelete
  129. Anonymous8:58 PM

    Datuk,

    Saya pasti pejuang-pejuang tanahair dahulu tidak mengimpikan semua ini.
    Undi sudah dibuang. Amanah sudah diberikan.Perencana perubahan mestilah cerdik, jangan sampai "Ayam menang, kampung tergadai".Kepada yang sudah beralih arah, tahniah kerana anda berjaya menepis untuk terus melihat kesombongan yang berkekalan, kepada yang sentiasa mahukan perubahan, berhati-hati kerana tidak semua perubahan itu untuk kebaikan dan kepada yang telah gagal, cermin-cerminlah diri anda, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Kepada Tok Guru, Islam itu memang indah.

    ReplyDelete
  130. Dato'

    Ni angkara pak lah & KJ ler perak dah lepas ke tangan BA. Teman sangat sedih bebetoi perak dah jadi negeri pembangkang.

    Buat malu org jer masih nak pegang jawatan PM

    ReplyDelete
  131. ha ha ha.. agak aneh pemikiran orang melayu sekarang ini.

    Apakah kita hanya mahu melihat kegagalan sistem dan kerakusan segelintir pemimpin?

    iya benar isu2 MRSM, SBP dll, tetapi jika nak masuk semua tu kena kenal ahli2 politik atau kemasukan ditapis macam mana?

    Kenapa mesti anak2 korporat dan menteri masih nak masuk MRSM? kenapa kemasukan mesti ditapis dan ada pula allocation menteri dll.

    Aneh kerana matlamat asal utk bantu orang melayu miskin. Tapi yang tak miskin pun dapat sama banyak dengan yang miskin.

    Maknanya sistem dah mula korup.

    Ini pengajaran kepada UMNO, jadi kena ambil iktibar. Kalau tak sedar jugak maka nanti ada orang yang sedekahkan kain putih buat kafan untuk UMNO lima tahun lagi..

    ReplyDelete
  132. Assalamualaikum Datuk dan semua,
    Saya fikir saya adalah yang paling lambat respon kali ini lantaran saya berada di kg halaman saya Pasir Mas, Kelantan. Tiada line internet di rumah ibu agak kesibukan sepanjang masa.Lagipun saya tak mampu membayar bil elektrik yang lebih jikalau banyak menggunakan peralatan elektrik, maklumlah duit yang UMNO janji berikan sebanyak RM 200 hanya diterima sebanyak RM 100 sahaja...janji hanya tinggal janji. Saya dan ramai lagi tertipu Datuk....kesian semuanya hampa terutamanya yang kerja kilang yang pulang dengan hampa.

    Pada hemat saya disini ialah apa yang telah SEHARUSNYA BERLAKU TELAH BERLAKU DAN TELAH TERSURAT. PADA SAYA UMNO TIDAK AKAN MENGAMBIL IKTIBAR AKAN HAL INI PECAYALAH. MEREKA BUKAN MENYUKAI KELOMPOK-KELOMPOK YANG MAMPU MEMBERI PANDANGAN DAN PENDAPAT. BUKTINYA ORANG YANG BEGITU BERPENGALAMAN SEPERTI TUN SEKALIPUN MEREKA TIDAK AMBIL PEDULI. SETAHUN LEPAS LAGI TUN DAH MULA MEMBERIKAN SIGNAL TETAPI APA YANG MEREKA ENDAH?. PELBAGAI SEMINAR ATAU FORUM ILMIAH DIJALANKAN KONONNYA ATAS KAPASITI UNTUK MEMBELA NASIB MELAYU, MEMBELA KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA DAN SEBAGAINYA TETAPI TERNYATA HANYA RETORIK.

    PAK JO KITA MALAM INI CUBA MEMBANDINGKAN APA YANG BERLAKU ZAMAN 199 TUN DENGAN SEKARANG DAN DENGAN SINISNYA MENJELASKAN BAHAWA SITUASINYA ADALAH SAMA DAN MENGUTARAKAN KEPADA PENONTON KENAPA MASA ITU TUN TIDAK LETAK JAWAPAN...SATU HUJAH YANG SUNGGUH DANGKAL. SEDIH SAYA KERANA NAMPAKNYA DIA MENGATAKAN BAHAWA KEKALAHAN BN ADALAH KERANA KEKALAHAN PARTI KOMPONEN BUKANNYA UMNO. MEREKA MASIH MERASAKAN BAHAWA UMNO TIDAK SALAH. TIDAK BERKUDIS DAN MASIH PILIHAN NO. 1 RAKYAT.

    REALITI TELAH TERJEMAH MELALUI TINDAKAN RAKYAT YANG JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA MEREKA MEMPROTES KERAJAAN. MEMPROSES BUKAN BERMAKSUD MENJADI PEMBANGKANG.
    MALAM INI PAK LAH DIWATIKAHKAN UNTUK JADI PM, JADI BERMULALAH EPISOD BARU....KEMANA DAN MACAMANA KITA SELEPASN INI, ITU PERSOALANNYA...APAKAH AKAN ATAU WAJAR WUJUD GANDINGAN NAJIB DENGAN ANAK MUDA DI JERLUN UNTUK MENYELESAIKAN KEMELUT INI. SIAPAKAH BAKAL MENTERI KABINET...SABAH PADA SAYA SUDAH PASTI WAJAR DIBERIKAN MENTERI YANG RAMAI KERANA MEREKA YANG BANYAK MENYUMBANG KEPADA KEJAYAAN PEMBENTUKAN KERAJAAN TERKINI. SDR.K MACAMANA KEADAANNYA...KEMANA DIA?.DAN LAIN-LAIN LAGI. PUN BEGITU DATUK,...APAKAH SEGALA PANDANGAN KITA, BUAH PENDAPAT KITA, FAKTA KITA AKAN DIMANFAATKAN OLEH UMNOO? JAWAPANNYA SAYA POSITIF TIDAK, MAKANYA MARILAH KITA TUKARKAN MOTO BN DI KELANTAN DARI TAHUN MERAWAT KELANTAN KEPADA TAHUN BUKAN MEMBOMOHKAN UMNO. BOLEH KE DATUK?

    ReplyDelete
  133. Anonymous1:12 AM

    Salam to all,
    I was out of the country for nearly five years and I am in total shocked to see in tv news today that the new Selangor MB is TS Khalid Ibrahim. I really didn't expect that.

    On paper I knew that he was strong supporter of BN in Tun Dr M, and an excellent CEO in PNB and Guthrie. To see him fighting against BN means there is something wrong at the fundamental which I don't know.

    Btw, all the best TS Khalid.

    ReplyDelete
  134. Anonymous1:29 AM

    datuk,dan semua pembaca.saya minta izin.....

    apakah punca kekalahan BN?

    pilihanraya bagi saya bukanlah medan pertempuran untuk menentukan pihak mana yang menang atau kalah sebaliknya adalah satu hari unggul di mana penduduk dalam kawasan tertentu memilih calon yang paling layak untuk mewakili mereka.kalau dalam tempoh berkempen;kita masing-masing dengan parti perjuangan kita,sekarang dengan keputusan yang kita perolehi maka haruslah kita teruskan hidup dengan seprogresif yang mungkin dan sama-sama hidup di bawah satu bendera yang menunjangi kita iaitu bendera JALUR GEMILANG!

    jadi dengan anggapan yang saya utarakan tadi,haruslah kita jelas bahawa pihak yang paling bertanggungjawap dalam pilihanraya kali ini ada KITA yakni rakyat itu sendiri kerana kita sendiri yang membuat pilihan itu.jadi saudara saudari sekalian,bertenanglah!

    dalam keadaan ini,kerajaan yang dahulunya pakatan pembangkang akan berusaha untuk mencari keyakinan rakyat di negeri masing-masing dan pembangkang yang sekarang ini pakatan BN akan cuba mengembalikan keyakinan rakyat yang telah mereka kecewakan.dalam apa pun keadaan,ia telah berjalan dengan aman haruslah kita bersyukur ke hadrat tuhan dengan keberkatanNya.

    kita juga harus sedar dan yakin bahawa di dalam keadaan apa pun,baik dalam apa anutan agama kita mahu pun apa label darah daging kita; 'WE ARE THE BOSS!!' dan keputusan pilihanraya ini adalah cermin kepada kebijaksanaan kita dan satu lagi proses demokrasi.

    proses demokrasi ini akan berulang lagi dalam masa 5 tahun ini dan sekali lagi kita akan membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan kita dan menjadi 'THE BOSS'

    -bukan cina
    india pun bukan juga
    kaum lain apa tah pula
    aku melayu
    islam sejati punya melayu
    tapi aku MALAYSIA dulu

    ...sekian dari budak alor setar

    ReplyDelete
  135. Anonymous3:28 AM

    Datuk, saya tak terkejut dengan kemenangan PKR dan PAS. Saya juga tidak terkejut PPinang diperintah DAP. Dimana -mana saya pergi sebelum PRU12, rakyat sudah cukup bosan dengan gelagat pemimpin2 UMNO. Mereka tak segan silu menghentam UMNO. Hah..sekarang baru nampak muka dia kata Pak Long, menyindir YB . Datuk, pengundi sudah bijak. 100,000 graduan menganggur nak pilih BN ke?Dari sumber yang saya tahu, 1juta k/tgn kerajaan yang di war warkan mendapat bonos telah kecewa dan berubah kesetiaan. Begitu juga pesara yang tak cukup makan kerana kenaikan kos hidup juga berubah angin. Inilah faktor mengapa BN kalah. Kita mmg sayangkan UMNO. Saya juga ahli UMNO. Kami satu taman tak keluar mengundi dato kerana apa pilihan yang ada datuk. Kalau kita undi BN mati emak. Kalau kita undi pembangkang, mati bini. Jadi kesimpulannya, Pak Lah dan Najib,Tengku Razaleigh dan Mukriz berundinglah secara hati kehati apa yang patut di lakukan untukmembawa hati orang melayu yang merajuk ini dapat di pujuk dan 5 tahun lagi BN akan kembali menjadi Kerajaan yang disegani oleh dunia. Wassalam.

    ReplyDelete
  136. Anonymous6:36 AM

    Salam Dato' AKJ dan "The Way I See It",

    Itulah yg saya maksudkan dgn "marahkan pijat, kelambu dibakar". Adakah wajar peluang-peluang ini ditutup hanya kerana "abuses" yg sdr nyatakan?

    we all know every kemudahan is open to abuse. So, do we get rid of the kemudahan? Berapa ribu budak Melayu yg harus kehilangan harapan kerana segelintir yang masuk secara tak halal. (not that I condone yg masuk cara itu).

    Or do you think anak-anak ini shd just be mired by the circumstances surrounding them? Sekalipun Oprah membuka peluang kpd anak-anak spti ini di Afrika dan Bill Gates membantu institusi pendidikan di India!

    Apa lagi kita Melayu yg masih ketinggalan. "Lantai tari" masih belum rata bagi kita "mempersendakan" soal masa depan generasi mendatang.

    Maaf Dato'
    Terima Kasih
    Melayu Biasa

    ReplyDelete
  137. Anonymous7:31 AM

    Dato'

    Dengarnya ada MB yg tersungkur masih tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka yg terlalu pantas. Mereka merasakan kuasa dan harta negeri masih milik mereka. Mungkin mereka tak terfikir utk mengosongkan pejabat dan rumah rasmi keesokan harinya. Begitulah nasib pucuk pimpinan yg sentiasa mendapat laporan dan ampuan yg baik-baik shj sebelum ini. Media yg di bawah kawalan Umno/BN contohnya, masih mendodoi-dodoikan mereka.

    Bercakap mengenai kononnya 'ketuanan' Melayu ni (sebenarnya bertuankan Melayu entah apa), saya hampir tidak dapat menjejakkan kaki di MRSM kerana kemiskinan keluarga hampir 20thn lepas. Ayah bekas buruh, emak pula surirumah sahaja, membesarkan 5 org adik-beradik dikawasan setinggan dekat dengan segitiga emas KL. Ingatkan saya akan berkawan dgn anak penoreh getah, anak nelayan atau anak pengayuh beca tapi rupa2nya hampir separuh mereka ini beribubapakan menteri, duta, pengurus korporat atau paling kurang penjawat kanan kerajaan! Tiba masa outing, sambil kami berjalan ke bandar, mereka dgn gah diambil pemandu dgn BMW atau Merc pulang ke mahligai mereka agaknya.

    Salah seorang kawan saya enggan dimasukkan ke MCKK kerana tertekan dgn cerita2 hebat di sana. Syukurlah, walaupun dia kekal di sekolah berdekatan dengan setinggan, dia masih mampu menjadi doktor yg berjaya sekarang.

    Dato', kadang-kadang sedih mengenangkan pengalaman menjadi Melayu serba kekurangan begitu. Mungkin nasib kami lebih baik dari zaman Dato' dulu tetapi rasanya pe'el Melayu ni tidak banyak berubah. Lihatlah MRSM, walaupun infrastruktur sudah makin baik, 'isinya' masih seperti 20thn lepas.

    Hari ini, hendak berkerja kena kenal siapa dalam syarikat/kementerian itu/ini, hendakkan projek kena kenal dgn 'orang dalam', kena 'belikan' mereka macam-macam. Ada yg nak main golf percuma la, ada yg nak TV plasma, ada yg inginkan kereta/rumah dan yg ranking lebih tinggi, nakkan 'return' lain kemudian nanti - duit election & etc.

    Calon ini nak RMxxxK drp ahli perniagaan itu, Datuk itu mintak RMxxxK drp projek ini. Bukan hakikat ke atau saya menipu ke? Atau ada yang kata..."Alahhh...tahu tu diam2 dah la...biasanya tu"!

    Macam saya pernah komen dulu, orang kampung dan rakyat biasa dulu2 tak tahu duit berpindah tangan sebanyak itu. Malah mereka mungkin tak pernah tengok pun tunai sebanyak itu seumur hidup mereka. Yang paling ramai, mungkin dapat kumpul buat pergi haji/umrah. Yang bernasib baik sikit, dapatlah hantar anak belajar di universiti atau keluar negara.

    ReplyDelete
  138. Anonymous8:37 AM

    Salam Dato',

    Terkedu saya bila melihat berita di TV semalam yang melaporkan bagaimana Abdullah Badawi telah mendapat "standing ovation" oleh ahli MT yang telah secara "uniform" nya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau tatkala beberapa negeri di Malaysia telah pun "terbelah dan dibahagi" kepada pembangkang..alang-alang lebih baik nyatakan terus sokongan seumur hidup kepada Abdullah untung-untung diberi pegang jawatan menteri seumur hidup.. Mcm nak terbeliak biji mata saya apabila melihat beberapa gadis cheerleader dari kelab "Kami Sayang Pak Lah" bersorak mcm nak gila menunjukkan sayangnya mereka pada Abdullah. Inilah kali pertama saya melihat seorang PM mempunyai fanclubnya sendiri mcm pelajar-pelajar Akademi fantasia. Sungguh pelik bin ajaib tapi kelakar pun ada juga. Tak cukup dgn itu dihidangkan pulak dgn analogi oleh Johari Bahrum yang bukan shj menyokong Abdullah malah seolah "mengejek" desakan Tun supaya Abdullah bertanggungjawab sepenuhnya diatas keputusan yg memalukan. Johari kata masa tahun 1999 ahli MT dan Abdullah takder pulak suruh Tun letak jawatan tapi sebaliknya beri sokongan pada Tun. 1999 adalah isu Tun dan Anwar - pembangkang hanya mengambil kesempatan di atas isu ini. Ketika itu Terengganu terkorban dan kelantan tetap berada di bawah pembangkang, BN menang 2/3. Kali ini tak sampai pun 2/3 lebih hebat 4 negeri yang kaya terkorban dan kelantan makin kukuh di bawah pembangkang. Bukan semua tak tau tentang taktik kotor Johari Bahrum di Kubang Pasu. Tun telah pun membuat desakan namun ianya tidak akan menjadi kenyataan sekiranya desakan itu tidak disambut sepenuhnya oleh UMNO. Sudah sampai masanya pejuang-pejuang UMNO di alam siber menonjolkan diri meraka di alam nyata dengan menyatakan menyambut desakan ini secara terbuka dan turut bersama-sama mendesak agar Abdullah mengundurkan diri. Saya khuatir dlm tempoh 4-5 tahun lagi UMNO dan BN akan ditolak terus oleh rakyat sekiranya UMNO dan BN masih lagi dgn "mana titah..patik junjung". Mungkin Dato' boleh ulas sedikit.

    Salam
    Maruah_Melayu

    ReplyDelete
  139. A'kum Dato'. Saya antara penyokong dan ahli umno, rakyat kedah dan Malaysia yang sedih, benci dan bosan dengan kepimpinan paklah.Dukacita dengan kenyataan terbaru paklah yang masih lagi sombong, angkuh dan tak tahu malu.Signal sudah jelas!kenapa perlu riak dan keras kepala?Apa yang Tun cakap benar.Amat benar dan mewakili seluruh rakyat. Bertanggungjawablah paklah. kekalahan umno kali ini disebabkan kamu!Paklah patut malu. Dan para MT dan menteri-menteri..Mengapa masih lagi setia kepada manusia yang hampir-hampir memusnahkan UMNO dan kerajaan.Rakyat sudah dihantui semangat Jebat. Mengapa Tuah masih ingin setia kepada PM yang mengecewakan rakyat?Cukup-cukuplah Paklah.Berundurlah.Berundur itu lebih mulia dari dihina dan diusir dibumi sendiri.

    ReplyDelete
  140. Anonymous9:15 AM

    Assalamualaikum Dato..

    Semlm sempat sy layan suratkabar NST...hmm x penah layan pun sblum ni sebb tahu paper ni pro kerajaan.. sempat gak tgk berita kat tv...hmmm..tu pun tpksa layan sbb tu jer tv2 yg ada kat m'sia...Tp biasa lah media2 arus perdana ni smua berat sebelah...Normal lah tuh! Dan cerita, berita yg sy tgk tentulah psl post pilihanry...

    Amboi, melatah lah org2 AAB, dan dan tu bg sokongan kat AAB, x yah letak jwtn...Tu lah politik org Melayu (UMNO especially)...bodek, bodek, bodek...! Lama mana nak dok ampu org..Kalu betui mewakili suara rkyt psl pa tak suarakan mesej kami kat bwh ni...Depa kat atas MEMANG tau masalah punca kat mana dan sapa..Ni dok cover2 kata isu nasional lah yg buat undi swing...minyak naik la, harga brg naik la, tu la, ni la...Tu semua sampingan saja..Kalu isu2 ni yg jd punca pasai pa Sabah Sarawak tak bantai undi protes kat BN..Hat dok jd swing votes ni smua kat belah semenanjung...Woi, mau pikiaq skit la....

    Hat yg paling besaq isu la ni rkyt tak confident dan tak rasa safe dok bwh pimpinan pemimpin2 la ni (UMNO LA ESPECIALLY)..Byk muka2 kaki bodek, tak ikhlas buat kerja, yg jenis nak jd champion kat mata rkyt tp ckp gedegang2 habuk pun tarak...Bg janji2 buat koridor tu la ni la.. Projek2 lama zaman TDM pun tak abis buat, stop perabis buang..Perancangan main bantai tak pikiaq...Mcm duit depa yg punya..Dok dengaq pulak penasihat2 bangang tak bertauliah..!

    Rkyt la ni bukan bodoh tak tau baca...Bukan janji besaq2 yg kami nak dengaq...Biaq skit tp hasil nampk...Hat janji nak kurangkan rasuah lg terbengkalai, la mau janji mega2..Woi, letih la!

    Mau kena ingat la pemimpin2 la ni...Kalu rasa dah tak mampu nk menyumbang pad rkyt, angkat kaki! Dok tggu buat pa...Bg org dok meluat. PRU12 rkyt dah bersuara, kami mau perubahan. Jgn ambik mudah ..Yg kita dok pejam mata, tutup telinga tak mo dengaq tu la nant jd badi kat kita...dah terbukti pun dlm PRU12 ni...

    Org2 UMNO pun kena bgkit, buang virus2 dlm UMNO tu sendri...Jgn dok pi sokong org2 yg kita dah tau x bw faedah, yg ada agenda sendiri, bermuka2...UMNO ni tulang belakang BN, kalau UMNO rapuh, BN pun rapuh! Sayang, org Melayu still berpolitik zaman Hang Tuah.... sanjung, agung, agkat pemimpin walaupun tau pemimpin tu tak bagus, tak dak kredibiliti! Sampai bila nak politik macam ni!! Pikiaq la wei org2 Melayu! Kasi bebas skit minda kita tuh!

    Assalamualaikum!

    ReplyDelete
  141. Anonymous9:29 AM

    Salam datuk...

    Mamat kata, "PADA SAYA UMNO TIDAK AKAN MENGAMBIL IKTIBAR AKAN HAL INI PECAYALAH.".....

    Saya setuju dengan kata2 saudara Mamat di atas. Sebelum pemilihan calon PRU12 bakal2 calon cuba melobi dan menyusun atur kroni2 mereka untuk mendapatkan tempat sebagai calon, wang bertebaran utk dapat menjadi calon, mereka ini bukannya pilihan rakyat tetapi pilih diri sendiri dan pemimpin di atas, dengar khabarnya "Ada agenda yang belum selesai" maka dengan itu mereka berlumba2 melobi dan "menghulur".....

    Sekarang PRU12 telah selesai, calon yg melobi dan berjaya menjadi calon akhirnya ditunjukkan "JALAN KELUAR" mereka gagal kerana menyangka PEMIMPIN DI ATAS yang akan memenangkan mereka tetapi mereka lupa "KUASA RAKYAT" yang sepatutnya mereka hargai walaupun jutaan ringgit telah dikeluarkan untuk berjaya menjadi calon.....kini hanya tinggal kenangan...

    Adakah ini telah selesai???? Tidak. Mereka yang tinggal dan masih mengimpikan menjadi calon telah mula menjalankan strategi untuk menjadi calon dalam PRU13.

    Timbul persoalan di sini???? Di mana agenda MEMBELA RAKYAT di hati mereka???? Kebanyakan yang saya nampak tdk mempunyai agenda sedemikian, maka dengan itulah UMNO/BN gagal dalam PRU12 kali ini..

    Tapi datuk....
    Paling saya sedih dan kesal setelah PRU12 ini adalah ulasan2/analisis2 sama ada di akbar/media elektronik/mahupun di kedai2 kopi di mana mereka2 ini masih menyalahkan "KUASA RAKYAT" kerana beralih arah tanpa mahu mengaku kelemahan diri sendiri..... mereka tidak mahu berubah tapi minta rakyat mengakui mereka masih berkuasa dan seperti kata MP Pelajaran Hishamudin dalam MalaysiaKini beliau merasa "MISTERI PEMBANGKANG MENGUASAI 5 NEGERI" ini lah pemimpin kita.....

    Maka dengan ini "AGENDA MEREKA YANG BELUM SELESAI" akan diteruskan untuk 5 tahun lagi..... sehinggalah kita menunjukkan "JALAN KELUAR SEBENAR DALAM PRU13" nanti....

    Ketika itu barulah pepatah Melayu "SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH" akan benar2 difahami.......

    ReplyDelete
  142. Anonymous10:55 AM

    Kenapa marah sangat suruh pak lah tu turun. Masa menang besar, tak pula orang-orang UMNO sebising ini. Bukan main taat dan setia. Mantra "Kami sayang Pak Lah" ada di mana sekarang? Pada saya, biar dia duduk atas singgahsana. nak sedap lagi, lantik pulak khairy tu jadi menteri kabinet.

    Alangkah indahnya malaysia berada di bawah naungan pak lah. Inilah yang dikatakan cantiknya demokrasi. Pastinya tidak berlaku di zaman Tun M.

    Buat semua penyokong UMNO, jangan disanggah ketua. kelak dijatuhkan hukuman menderhaka. tegur dengan sebaik mungkin, ambil hatinya supaya ketua itu mahu mendengar apa yang ingin dibicarakan rakyat jelata. apa berlaku pada si jebat? Dah lupa sejarah? Hang Tuah jua yang disanjung hingga kini. Janganlah lupa pada sejarah melayu.

    ReplyDelete
  143. Anonymous10:58 AM

    The Scribe

    Doing The Right Thing
    (jangan tikus baiki labu)

    Mukhriz Mahathir telah menyatakan pediriannya. Alhamdulillah.

    Apa yang baik dan mesti dilakukan oleh parti-parti komponen lain BN itu hak mutlak ahli-ahli parti komponen terbabit. Selalunya, UMNO sedia membantu.

    Bagi UMNO, Che Dollah dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO tidak perlu letak jawatan buat masa terdekat ini dan Che Det pun tahu.

    Yang lebih wajar ialah di Mesyuarat Agung UMNO yang mesti diadakan tahun ini pemilihan calon-calon yang ingin bertanding jawatan-jawatan tertinggi parti harus diadakan.

    Sekiranya ada ahli-ahli UMNO yang tidak puas dengan pucuk pimpinan UMNO mereka mestilah berani menyuarakan pendapat mereka.

    Elok ahli-ahli UMNO pertimbangkan seemasak-massaknya cadangan bahawa jawatan Perdana Menteri tidak harus dijawat lebih dari dua penggal berterusan oleh orang yang sama.

    Dalam pada itu, jawatan President UMNO itu biarlah tidak terbatas tempoh seseorang ahli UMNO memegangnya selagi dia masih diterima majoriti ahli-ahli UMNO yang mengundi terus dan President bukan dipilih hanya melalui suara G7 saperti adat sekarang.

    Mereka yang tidak memilih BN pada PRU12 yang telah berlalu sudah dapat bergembira dengan pemilihan mereka. Alhamdulillah.

    Sekiranya mahu lebih dari itu, harus beringat-ingat, janganlah cuba menidakkan hak mutlaq ahli-ahli UMNO dalam menentukan halatuju UMNO. Jangan pula angkuh dan gelojoh.

    Che Dollah walaupun Perdana Menteri adalah Presiden yang telah dipilih dan masih direstui kebanyakan ahli UMNO dan Che Dollah hanyalah seorang ahli UMNO yang memikul amanah parti. UMNO bukan hak Che Dollah seorang tetapi semua ahli-ahli UNMO.

    ReplyDelete
  144. Anonymous11:06 AM

    Salam Datuk;
    Saya berada didalam keadaan yg amat sukar dalam membuat pilihan pada PRU kali ini. Calon DUN dari BN adalah bapa saudara saya, calon parlimen adalah senior saya semasa disekolah menengah. Saya sendiri adalah ahli UMNO, Tapi saya mengharapkan pembaharuan dalam tampok pentadbiran UMNO dan saya teramat benci pada Khairy atas sebab yg tak perlu dijelaskan lagi. Satu lagi ketidak puasan hati saya pada UMNO kali ini adalah sikap yg ditunjukkan mereka kepada Tun M. Tun telah byk berjasa pada negara. Didalam dilemma, saya memangkah calon bukan BN. Saya rasa ramai yg memilih calon bukan BN kali ini atas sebab diatas dan tanpa ragu ragu seperti saya. Dan yg peliknya saya gembira dengan apa yg berlaku. Really wish AAB will step down. Rakyat gave you green light in 2004 and red light in 2008. There is no such yellow. If you cross the red light only god knows what will happen in PRU13.
    Wassalam.

    Altis

    ReplyDelete
  145. Anonymous12:45 PM

    Dato' dan pembaca sekalian..

    saya ada satu sahaja persoalan.. adakah malaysia akan jadi pulau pinang, atau Singapura? dimana kuasa/hak melayu hilang satu persatu? di selangor (belum muktamad) hanya 5 suara melayu di dalam exco, selebihnya 6, adalah kaum lain.

    di kedah belum keluar kerangka kerajaan lagi.

    di perak, PKR, PAS, DAP sudah hantar calon. DAP hantar calon kaum apa ya? dah terang2 dalam perlembagaan calon kena melayu. apa sudah jadi?

    JANJI dan MANIFESTO kerajaan negeri baru di bentuk sudah di tabur.. sekarang mari lihat perlaksaannya. saya tidak mahu komen mengenainya sekarang.. kita tunggu dalam masa setahun. keluarkan perangkaan. dan kita debat. kalau bermutu.. alhamdullilah, kalau kurang, apa silapnya..

    sedarlah wahai saudara, perjuangan kita bukan sekadar perjuangan diri dan keluarga (5 atau 10 tahun) perjuanglah untuk generasi hadapan.. anak.. cucu.. dan bangsa melayu..

    jangan sampai apa yang hendak diperkatakan sekarang, memakan hak generasi akan datang..

    ReplyDelete
  146. Anonymous2:11 PM

    Tok Kadiaq,

    Kenapalah semua yang dok dalam UMNO hari ni bodoh-bodoh semua. Semua cari salah orang lain. Salah Anwar la, itu la, ini la. Salah Orang Tua Anak Badawi tu, tak pulak depa cakap. Salah Menantu dia yang gila kuasa tu pun depa tak cakap.

    Cukup la. Selagi depa dok bela orang tua tu, selagi tu la periuk nasik depa makin terkatup.

    Kerana nak jaga periuk nasi hari ni, esok lusa semuanya lingkup.

    - Sekali sekala terfikir juga, rupa-rupanya orang yang aku dok sokong selama ni bodoh-bodoh belaka.

    ReplyDelete
  147. Assalamu'alaikom,

    Untok menang dalam pilihanraya amat susah. Tetapi untok memerintah dan mentadbir jauh lebih susah.

    Kita ambil saja Negeri Saya, Negeri Perak. Untok bersetuju calon mana akan jadi Menteri besar dan menubuhkan keraja'an pun, sehingga sa'at ini - yang saya tahu - belum selesai. Sebabnya? Mereka tidak sangka akan menang dan tiada bersedia.. Pakatan mereka ad-hoc sebenarnya.

    Itu di-peringkat negeri. Diperingkat Daerah apakah PKR akan mengisi Ahli Ahli Majlis dengan anggota anggota professional yang berwibawa, atau - serupa UMNO - akan mengisinya dengan ahli ahli party yang berjawatan di-bahagian, tidak kira berkelayakkan atau tidak? Kita kena tunggu dan lihat.


    Di-peringkat kampong, umpamanya kampong saya di-mana PKR menang. Kita tidak tahu pun di-mana atau adakah cawangan PKR yang berfungsi. Siapa Ahl;i Ahli jawatankuasanya? Apakah mereka itu, orang orang muda yang tanpa cukop persedia'an akan mentadbir kampung melalui JKKK dan Ahli Jawaatankuasa mesjid?

    Saya setuju bahwa UMNO dan BN sudah silap dan terpaksa membayar akibatnya. Tapi saya gusar samaada perjuangan pihak yang ingin UMNO tumbang akan dapat meraih faedahnya i.e. satu keraja'an yang 'adil, effisien dan tidak rasuah..

    Saya setuju ada unsur dalam UMNO dan keraja'an yang korup, sombong, ber'kroni' tapi saya tidak nampak keada'annya akan jauh berbeza jika ke'adilan memerintah. Bukan kah mereka juga orang orang UMNO dahulu..

    Menteri besar dari PAS Di-Perak, kalau ya, akan mempunyai masa'alah membincangkan hukum hudud dengan rakan rakannya dalam DAP yang jauh lebih perkasa dari segi jumlah ahli YB partinya yang menang.

    Jikalu MB nya dari PKR, saya tau calonnya itu tidak berpelajaran tinggi saperti kawan kawannya dalam PAS, DAP mau pun barisan. Calon DAP yang ramai itu akan menggerudinya dari belakang jika kepentingan kaumnya di-ketepikan. Afterall, PKR is not the definitive parti in BA as UMNO is in BN.

    Saya, seperti juga banyak orang, telah tidak berkempen untok BN walaupun saya orang parti. Saya tidak menyangka keputusan pilihanraya itu sebegini. Sekarang saya khuatir akan kesejahtera'an kita dalam keadaa'an ini.

    Matlamat apa sebenarnya yang telah kita capai?

    ReplyDelete
  148. Anonymous4:52 PM

    Datuk,

    Saya berumur 23 tahun dan sudah pasti ini adalah kali pertama saya mengundi. Saya mengundi di kwsn Najib (Parlimen Pekan. Saya memangkah PKR (lawan Najib seorang Junior). Meskipun Najib menang besar, tp saya bangga kerana lawannya, boleh dikatakan sebagai hingusan menang lebih dr seribu undi... dan satu undi itu dari saya.
    Paklah ketahuilah kami generasi muda sudah sakit melihat keadaan negara sekarang. Memandangkan Datuk Seri sudah mempunyai 'mandat' rakyat, buatlah sesuatu untuk mengurangkan penderitaan rakyat ataupun akan dihukum lagi menjelang PRU13

    ReplyDelete
  149. asmkum datuk n semua
    pd pandangan sya demi kepetingan umno n bn pd masa hadapan, parti kena bri perhatian pd stiap calon2nya..dgr crita ada calon umno yg x dtg kempen kat johor aritu,pdhal umno cwgn dah siap pacak kemah!!!!. gayanya mcm rakyat yg nk mintak undi dr dia plak!! mungkin umno nk kna sdarkan tiap2 calon mreka bhwa time PRU kena fulltime kempen utk bn n kempen utk bahagian 2 ble la dibuat lpas2 angkat sumpah..bkn bgitu dok.. apa komen datuk..

    ReplyDelete
  150. Anonymous7:30 PM

    Kedah ini sudahlah miskin, tengok sajalah apa yg Pas mampu buat. Jika diikutkan hati, nak saja saya balik ke kampung saya di Sarawak. Hati pun senang.---> petikan dari salah satu komen di ataih.

    SAPA KATA KEDAH MISKIN? YANG MEMBUATKAN KEDAH MISKIN ADALAH ORANG-ORANG BN SEBELUM NIH. DULU JELAPANG PADI PUNYALAH LUAIH.. LA NI CUBA P UKOQ TENGOK?

    TU PROJEK PEWAJA STEAL YANG TERBENGKALAI TUH? PROJEK SAPA??? TAK KA RUGI???

    LANGKAWI MISKIN KA??? P BUAT RESEARCH SKET.. OH YA..YANG KAT KAMPUNG MISKIN LA KOT.. CUBA P TENGOK RUMAH2 D.O.. RUMAH2 PEGAWAI.. ADA MISKIN KA??

    haa.. ni yang nak emo neh.. hehehehe.. lain kali jangan komen kedah ni macam laih sangat..nak nak la ni PAS take over.. biaq p la kat depa nak uruskan macam mana.. kalau tak suka..next time pangkah la yang mana suka..

    kalaupun nak menyalahkan sangat.. p salah pak Lah tu.. lepaih dah kalah teruk, mana ada dengaq pasai Hadhari dah.. mana p semua tuh?? ketegaq tamau brenti lagi ada la.. tak malu ka orang dah tamau nak gagah jugak jadi Pm..

    saya ni bukannya penyokong setia BN atau BA.. tapi saya perati makin pelik sangat cara PM kendalikan negara beberapa tahun kebelakangan neh.. harga barang naik bukan2.. tol lagi.. minyak.. semua ni menyebabkan rakyat pressure.. bila pressured, semua psycho.. mula la nak ke arah negatif.. depressi.. macam-macam boleh jadi..sebab rasa bebanan hidup tiap-tiap hari..

    pak Lah dan sekutunya ingat rakyat bodo ka??.. Malaysia adalah negara yang mengeluarkan minyak.. tapi makin lama minyak makin naik!!! alasan subsidi..subsidi.. patutnya negara yang mengeluaqkan minyak la yang lebih pentingkan rakyatnya.. ni dak.. lagi nak telan duit rakyat adalahh..

    para penyokong Pak Lah yang komen di sini (kalau ada la..heheheh) , rakyat tak sebodoh yang Pak Lah sangka kan ok..

    Peace,
    Yang kerja sambil belajaq

    ReplyDelete
  151. Anonymous9:05 PM

    Salaam, Datuk

    The new CM of Penang has stated that the new Penang state government will do away with the NEP in the state.

    In an immediate reaction, an official of Penang Umno said that the Malays in Penang will be unhappy if this is implemented by the new state government.

    This does not augur well for cordial bi-partisan relations between the opposition and the central government.

    Can we, once and for all, decide what the NEP is all about and who it is supposed to benefit? I would suggest that the beneficiaries of this policy be poor and disadvantaged Malaysians, regardless of race, religion or gender.

    Short of bringing in an all-encompassing welfare state, which would be economically and financially suicidal, government policies at both federal and state levels should be targetted at helping and uplifting those Malaysians who are most in need.

    It has to be recognised upfront that there is no way that Malaysia can afford to pay out in excess of RM35 billion+ in subsidies every year. At some point, if this is continued, it will impact adversely on the country's international credit ratings and the strength of the ringgit.

    Will the PM and his new Cabinet have the guts to do away with subsidies on fuel and food items, price controls on essential items and other aspects of a centralised "command" economy? Will they understand that subsidies, if they are to be given, should only be for education, health care and public transport infrastructure? Nothing more.

    Malaysian governments over the years have acquired the reputation of being slow to change national policies to meet increased competition and globalisation. Will the new Cabinet be able to step up to the new game in town, instead of indulging in an orgy of internal recriminations and finger-pointing?

    Which means that policies, no matter how noble they appear to be, should not be cast in stone or be sacrosanct, immune from criticism or correction. That, if continued, is the surest way to economic irrelevance in an unsentimental world.

    ReplyDelete
  152. Anonymous9:24 PM

    Datuk,

    Saya terhiris dengan apa yang berlaku. Saya tetap memberikan sokongan saya kepada UMNO di Titiwangsa kerana percaya akan prinsip 'You don't throw the baby with the bath.'

    Bapa saya yang merupakan veteran UMNO di Pahang berpendapat yang kekalahan ini juga rahmat Allah kepada UMNO. Supaya orang berkaliber, ikhlas dan bersih tidak lagi disisih dan di'matikan' di bahagian-bahagian kerana orang-orang inilah yang sepatutnya diketengahkan.

    Begitupun, saya terhiris kerana orang Melayu mengundi parti yang 'raison d'tre'nya adalah menghapuskan hak-hak orang melayu. Tidak sempat sejuk piliharaya, laungan itu sudah kedengaran biarpun tersirat.

    Semoga kita diberi kekuatan untuk melihat yang salah sebagai yang salah dan yng betul sebagai yang betul.

    ReplyDelete
  153. Anonymous10:56 PM

    it will be very interesting for DAP to proof that without implementing NEP in Penang, the hard working Malays will still enjoy the privilege of being rewarded for working hard and the commission seeker, UMNO brokers and lazy Malays will be doomed. AS I see it as a Malay and also a UMNO member, NEP in Penang does not help nor benefit the Malays in Penang except for the OKU (Orang Kuat UMNO).

    ReplyDelete
  154. Anonymous10:58 PM

    The Scribe,

    Dengan Izin.

    Can we, once and for all, decide what the NEP is all about and who it is supposed to benefit? I would suggest that the beneficiaries of this policy be poor and disadvantaged Malaysians, regardless of race, religion or gender...Will the new Cabinet be able to step up to the new game in town, instead of indulging in an orgy of internal recriminations and finger-pointing?
    (Sdr Thegreatteadrinkerdownsouth)


    The Scribe,

    Apakah kesan pada ekonomi negara kita dek akibat yang datang bersama berita ini Hedge fund industry hit by worst crisis in a decade?

    Rasa-rasa 'this is an old game with a new twist'.


    Terima kasih

    ReplyDelete
  155. Dato' dan rakan pembaca,
    dari pemerhatian saya 2,3 hari ni...nampaknya 'MEREKA' tidak banyak berubah...mentaliti masih tetap sama. Bahasa yang mudah...'Bodoh' agaknya. Entahlah, kita bagi la sedikit masa untuk mereka-mereka yang bo..oh itu. Harap fakta yang saya simpan dalam fikiran...akan dibuktikan oleh masa, sama ada menjadi benar2 fakta atau auta. sekian.

    ReplyDelete
  156. Anonymous1:22 AM

    kalau BN, khususnya UMNO yang telah memerintah selama 50 tahun, masih belum mengubah nasib orang Melayu mengikut dasar NEP, apa salahnya dasar itu dimansuhkan? Sampai bilakah kita harus mengharap, mengharap dan mengharap pada pemimpin-pemimpin UMNO? Tiada salahnya kita berubah angin setelah kesebaran kita sudah ti tahap maksimum. Jadi berilah peluang kepada kerajaan baru di Penang, Kedah, Perak dan Selangor untuk menjalankan formula mereka pula. Jangan ada syak wasangka.

    nokroninosubsidi

    ReplyDelete
  157. Nampaknya ahli UMNO sebulat suara menyokong Abdullah terus menjadi PM.
    Najib dan yang lain-lain.... ...betul ke? Atau sekadar nak ambil hati dan lakonan?

    Pada firasat saya mereka semua sependapat yang Pak Lah tak layak menjadi PM. Mesti ada didalam fikiran mereka sedikit perasaan yang menjatuhkan dia. Ini andaian saya saja, tapi berdasarkan watak-watak mereka selama ini. Apa yang dicakapkan selalunya adalah yang disebaliknya.

    ReplyDelete
  158. Anonymous6:43 AM

    Datuk,

    Saya dengar ada orang2 Pak Lah yang menunding jari pada TDM, kononnya sebab TDM lah keputusan pilihanraya sebegini rupa. Sebab TDM lah semua jadi porak peranda dan UMNO terbahagi kepada 2 kem. Mereka tak sedar ke rakyat pun ada otak, kita tak perlu TDM or anyone else to tell us Pak Lah is a lightweight. Kita rakyat yang merasakan bahana kenaikan harga2 barang.

    Jadi jangan terkejut mengapa Pak Lah seolah2 masih di awang-awangan kerana pada dia dan penasihat2nya, yang salah TDM, yang salah rakyat yang keliru, yang salah orang lain but never him.

    Salam,
    Abdul Wahab

    ReplyDelete
  159. Sdr Sheppard, antara lain, berkata: "Nampaknya ahli UMNO sebulat suara menyokong Abdullah terus menjadi PM."

    Saya rasa tak macam tu. Mungkin para pengampu, ahli MT, anggota kabinet Umno, MB dan KM Umno yang "sokong". Itu pun belum tahu ikhlas atau sekadar nak jaga periok nasi.

    Saya rasa ramai ahli Umno yang tak keluar mengundi manakala yang keluar pula ramai yang pangkah pembangkang atau bagi undi rosak.

    Kalau ahli MT tak boleh baca juga, saya rasa mereka tak layak pun masuk kelas dewasa Pendekar Bujang Lapuk.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  160. Anonymous12:09 PM

    salam,

    saya tunggu perhimpunan agung umno aje ni..

    ReplyDelete
  161. Anonymous12:17 PM

    Bila ramai kata UMNO banyak pembodek dan pengipas, saya hanya ada satu soalan:
    Bukankah itu tabiat semula jadi manusia ... sesiapa pun memerintah pasti akan ada golongan ini?

    Betulkan saya kalau salah ...

    Dan adakah contoh pemerintah yang tegas memerintah tanpa mengambil kira pembodek dan pengipas?

    Adakah bila bertukar pemerintah, pemimpin yang akan datang boleh berkeras daripada tidak menerima bodekan dan kipasan?


    Jangan beri contoh Khulafa ArRashidin atau Umar Abdul Aziz, kerana mereka itu in their own leagues ...

    Sekadar bertanya.

    Saya yang tak berapa tahu.

    ReplyDelete
  162. Anonymous12:40 PM

    Dato' AKJ,

    Dengan keputusan ini, DS AAB kena faham2 aje lah ... AGAIN, faham2 aje lah AND Again, faham2 aje lah.

    -mahkota-

    ReplyDelete
  163. Anonymous3:43 PM

    Saya sependapat bahawa Pak Lah perlu bertanggungjawab atas kekalahan BN pada PRU kali ini, siapa yang perlu bertanggungjawab jikalau tidak ketua sendiri, ini adalah satu sejarah pilihanraya paling teruk bagi BN kerana tidak mendapat majoriti 2/3. Jikalaulah salah satu negeri Sabah atau Sarawak jatuh ke tangan BA maka terciptalah secara bahawa Malaysia jatuh ke tangan pembangkang buat kali pertama.

    Nampaknya suara rakyat kali ini memang digunakan sepenuhnya oleh rakyat, bagi saya sudah lama dah perlu ada semangat sebegini oleh rakyat Malaysia. Kita perlu sedar dengan cepat bahawa kita tidak boleh berdiri dibelakang nama parti UMNO yang dikatakan kuat sebelum 07/03/08 walaupun ahlinya rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai perkara2 negatif yang dilakukan oleh ahli UMNO sendiri. Orang melayu tidak menolak parti UMNO tetapi menolak calon UMNO yang mempunyai pelbagai masalah. Sebenarnya ahli UMNO yang akan memusnahkan bangsa melayu, bukanlah seperti mana kata-kata bapa mentua aku daripada UMNO Johor mengatakan anak-anak muda sekarang tidak mengenang jasa pemimpin2 terdahulu yang susah payah mendapatkan kemerdekaan negara dan membangunkan negara ini, anak2 muda ingin memusnahkan bangsa melayu sendiri. Aku tidak setuju sama sekali, kita perlu berfikir sejenak, anak2 muda sekarang suara mereka tidak didengar oleh orang2 UMNO sendiri, org2 UMNO lebih gemar mengumpul harta untuk diri sendiri, menyalahgunkan kuasa, berlagak, rasuah dan bermacam-macam lagi. Platform anak-anak muda masa kini memilih berpolitik ialah di PKR ataupun PAS yang lebih berterbukaan. Lantas mereka dapat memperjuangkan apa selama ini terpendam di jiwa.
    DEB salah satu contohnya, dibuat untuk meningkatkan ekonomi org melayu tetapi disalahgunakan oleh org UMNO untuk membolot kekayaan sesama mereka, Org UMNO diatas bertambah kaya tetapi org UMNO dibawah masih lagi seperti dulu, bersorak, bergaduh sesama org melayu kerana perbezaan parti tetapi mereka pernah sedar tidak, SIAPA YANG KENYANG? .... Orang-orang melayu dan hak-hak orang melayu yang termaktub di Perlembagaan akan terhapus oleh tangan orang melayu sendiri.PERCAYALAH. Selagi ada perasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan peribadi melayu yang suka mendengki, kianat, dengan rempitnya, lebih suka hiburan keterlaluan dan dadah. Jangan salahkan bangsa lain kalau kita lemah, tidak maju atau sebagainya. Kadang2 aku terfikir kita menjadi manja, lalai bila kita tahu kita dilindungi oleh haka-hak orang melayu.

    Berbalik kepada Pak Lah, Presiden MCA sanggup tidak mahu menjadi menteri kabinet kerana hendak bertanggungjawab kekalahan banyak kerusi oleh MCA. PAK LAH TAK PAHAM LAGI??

    Dr Koh, Pemangku Presiden GERAKAN sanggup meletak jawatan kerana bertanggungjawab terhadap kekalahan GERAKAN di kebanyakkan kerusi. PAK LAH TAK PAHAM LAGI?

    Sekarang aku samakan Pak Lah dan Samy Vellu gak, Samy Vellu walaupun kalah di Sungai Siput dan ditolak sepenuhnya oleh orang India tetap nak pertahan jawatan Presiden MIC. Pak Lah Tak Paham Lagi?

    PAK LAH DAN KHAIRY JALAN KELUAR SUDAH DIBERI, SEKARANG BUKAN SEMUA RAKYAT MELAYU YANG SUKAKAN ANDA KERANA ORANG SABAH DAN SARAWAK KEBANYAKKAN BUKAN MELAYU JADI BERAPA PERATUS ORANG MELAYU DIA MELAYSIA SOKONGKAN ANDA.

    LETAK JAWATAN WAHAI PAK LAH. KALAU DULU 2004 ANDA KEREK MENGATAKAN PASAL ANDA BN MENANG BESAR JADI ANDA KENA TANGGUNGJAWAB BILA BN KALAH BESAR KALI INI.

    ReplyDelete
  164. Anonymous10:18 PM

    In the aftermath of BN's shocking performance last Saturday, it is unfortunate that there are still some UMNO leaders who are not looking into the mirror & asking themselves "Why?" but instead still putting the blame on others with remarks like "Pengundi tak faham" & "Pengundi ditipu oleh pembangkang".
    Please, stop insulting the voters.
    Bukan pengundi yang tidak faham, tetapi YAB yang tidak faham.. Fikirkanlah..

    ReplyDelete
  165. SAYA MENGHARAPKAN KESATUAN UMAT INI DARI SUDUT POLITIK YANG TENTU MEMBERI KEKUATAN KEPADA AGAMABANGSA DAN NEGARA, NAMUN SELAGI ADA PEMIMPIN YANG BERKEPENTINGAN DIRI NIAT DAN HASRAT INI TENTU SUKAR DIGAPAI. SAYA MENGAJAK SEMUA UNTUK MELAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MENYUMBANG KEPADA KESATUAN INI

    ReplyDelete
  166. Anonymous2:27 AM

    Yg Bhg Dato',

    Saya ingin menariK perhatian Dato kepada situasi lampau yang mungkin boleh Dato pertimbangkan semasa Dato beria-ia sangat dalam menerajui kempen untuk memberhentikan khidmat Pak Lah sama ada sebagai PM atau Presiden UMNO, saya tak pasti! Saya nak Dato ulas kepada persoalan ini secara ikhlas. MAKLUMLAH KETIKA ZAMAN KUNTA-KUNTE BERMAHARAJALELA DULU TIADA KEMUDAHAN SEBEGINI dan kami diluar sentiasa menelan apajua sindiran, sinis dan sebagainya, dan Alhamdulillah pemerintah yang sedia ada ini telah pun memberikan ruang dan peluang yang tidak pernah diberikan ruang oleh pemerintahan dulu.

    Mengapakah YAB Tun Mahathir beria sangat meminta Pak Lah meletakkan jawatan pada hal beliau telah juga menghadapi situasi yang sama atau yang lebih teruk lagi ketika menghadapi keputusan pilihan presiden UMNO pada 1987. HANYA BERJAYA DENGAN 43 UNDI SAHAJA, tidak mahu berundur sama sekali selepas menghadapi hakisan sokongan yang amat teruk dalam sejarah pemilihan Presiden UMNO. Walhal beliau terus bergayut dan lebih rela melihat UMNO mati daripada berundur.

    Apakah beliau melihat dirinya lebih penting daripada segala-galanya? Sehingga kita semua terpaksa melihat UMNO dibatalkan pendaftarannya dan yang lebih amat menyedihkan beliau telah mengambil risiko yang amat tinggi dengan kuasa pemerintahan terpaksa dipindahkan sementara waktu kepada rakan parti yang setia ketika itu.

    Walau bagaimanapun saya juga amat setuju atas pendapat beliau ketika itu bahawa WALAU SATU UNDI PUN IA ADALAH KEMENANGAN dan beliau tetap menang tidak boleh dinafikan.

    Semua bersetuju bahawa pemimpin yang berkesan adalah pemimpin yang mendapat sokongan ikhlas, padu dan teguh. Tun Mahathir perlu diberikan peluang kedua untuk memperbaiki keadaan dan memperkuat kedudukan beliau. Alhamdulillah semuanya nampak berjaya dilaksanakan.

    Tetapi mengapa asas yang sama tidak diberikan kepada Pak Lah dan diberikan peluang untuk memperkukuhkan kedudukan beliau untuk terus meneraju parti dan kerajaan bagi memperbetulkan keadaan yang agak rapuh ketika ini.

    Jika sekiranya Tengku Razaleigh dan Tun Musa diberikan peluang ketika itu, mungkin keadaan kita jauh lebih baik. Ini hanya rasa hati dan Allah saja yang Maha Mengetahui.

    Wallahuallam.


    Rakan20G

    ReplyDelete
  167. Sdr Rakan20G, antara lain, bertanya:

    "Mengapakah YAB Tun Mahathir beria sangat meminta Pak Lah meletakkan jawatan pada hal beliau telah juga menghadapi situasi yang sama atau yang lebih teruk lagi ketika menghadapi keputusan pilihan presiden UMNO pada 1987. HANYA BERJAYA DENGAN 43 UNDI SAHAJA, tidak mahu berundur sama sekali selepas menghadapi hakisan sokongan yang amat teruk dalam sejarah pemilihan Presiden UMNO. Walhal beliau terus bergayut dan lebih rela melihat UMNO mati daripada berundur."

    1. Dr Mahathir menang kecil dalam pemilihan Umno.

    2. Dalam pemilihan Umno, pengundinya hanya orang Umno dan bilangannya tak sampai 2,000 orang;

    3. Apabila mahkamah isytihar Umno sebagai pertubuhan yang tidak sah dan Pendaftar Pertubuhan batalkan pendaftarannya, Dr Mahathir berjaya tubuhkan semula Umno;

    4. Penentang beliau menubuhkan parti baru dan bertanding pilihan raya umum 1990.

    5. BN menang majoriti dua-pertiga dan hanya kalah Kelantan;

    6. Pada PRU baru lalu, BN di bawah Abdullah Badawi hanya memperolehi 50.8 peratus undi popular iaitu yang paling rendah dalam sejarah pilihan raya.

    BN hilang majoriti dua-pertiga di Parlimen dan kehilangan Kedah, P Pinang, Perak, Selangor dan WP Kuala Lumpur selain gagal "merawat Kelantan."

    Dengan izin, mungkin ada sedikit kecacatan kepada perbandingan Saudara.

    Jadi saya rasa Abdullah perlulah menerima tanggungjawab ke atas prestasi hambar BN.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  168. Anonymous4:38 PM

    Dato' dan Rakan20G,

    Sehingga Tun dan PakLah boleh dibandingkan kaliber dan ketokohan masing2 barulah kita boleh bertanya "mengapa kita beria-ia mengesa PakLah berundur?"

    Dari segi kepemimpinan, bagi saya, PakLah langsung tak layak dibandingkan dgn Tun!

    ReplyDelete
  169. Anonymous3:24 AM

    Salam Yg Bhg Dato,

    Alhamdulillah, nampaknya persoalan saya mendapat perhatian Dato, tetapi ianya masih tidak dapat dilihat dengan begitu jelas dan yang jelas perbandingan saya dilihat dari segi kecacatan saja oleh Dato. Terima kasih atas pandangan tersebut.

    Beginilah Dato, sebenarnya saya ingin membangkit perkara asas itu daripada perspektif "MENANG atau KALAH", yang kalah perlu berhenti bukan ke begitu dan yang menang walaupun 43 undi atau o.58% tetap menang dan semestinya diberikan peluang untuk berkuasa.

    Janganlah angka 2000 di perhimpunan UMNO itu dijadikan asas ukuran kerana 50.58% tersebut juga sangat relatif dan masih boleh dipersoalkan.

    Perlu ingat selama ini kedudukan jawatan Perdana Menteri Malaysia adalah sebuah institusi kepimpinan yang lazimnya dikuasai secara langsung oleh Presiden UMNO. Tak tahulah kalau sekarang ini kita boleh memberikan perspektif atau dimensi yang lebih menarik, terpulanglah kepada parti yang memerintah akan datang, sama ada BN atau BA perlu memikirkan.

    PRU12 dah selelsai dan BN dah dapat mandat untuk memerintah yang agak hampir kepada 2/3 iaitu kurang 8 kerusi sajalah Dato. Oleh yang demikian kita semua perlu terima dan akur kepada ketetapan Allah SWT. Jangan sesekali menidakkan keputusan sistem demokrasi yang kita semua telah terima, walaupun pada peringkat awal kita dengar ada sesetengah pihak masih meragui dan ingin memulaukan pilihanraya kali ini. Bukankah sistem yang mereka ragui inilah yang telah memastikan mereka dapat memerintah dalam beberapa buah negeri. Bersyukurlah apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT setakat ini. Terimalah hakikat yang BA masih belum boleh berkuasa sepenuhnya dan janganlah ambil jalan mudah dengan cuba menidakkan pengundi-pengundi yang telah memberikan mandat kepada BN. Terimalah hakikat ini dan jangan ambil jalan singkat dengan meminta orang ini atau orang itu letak jawatan, tak manislah. macam tidak dapat terima keputusan demokrasi dan perlulah tunggu pilihanraya akan datang, bukan ke begitu lebih bijaksana dan mennampakkan kematangan kita orang Melayu khususnya dan Malaysia umumnya.

    Salam juga kepada Saudara Anakbuah said,

    Sebenarnya saya tidak berniat langsung membuat perbandingan daripada aspek pencapaian mereka berdua, di antara pencapaian Tun Mahathir dan Pak Lah. Terlalu jauh bezanya, kalau dilihat sebutan nama mereka berdua saja sudah cukup untuk menjelaskan perbezaan yang ketara itu.

    Alhamdulillah, seorang telah diberikan peluang memerintah selama lebih 20 tahun, tempoh masa yang sangat panjang bagi seseorang yang sentiasa diberikan peluang oleh Allah SWT untuk memperbetulkan segala kesilapan yang dilakukan jika sekiranya ada. Maaf,fakta yang ada nampaknya sememangnya ada beberapa kesilapan yang telah dilakukan yang terpaksa kita semua bayar ketika ini.

    Yang satu lagi baru lebih empat tahun dah terlalu banyak permasalahan yang ditimbulkan, tetapi Alhamdulillah yang pasti beliau masih dapat menghormati waktu bersolat Asar ketika membentangkan belanjawan negara setakat ini. Itu saja yang saya nampak setakat ini kelebihan kecil beliau sebagai renungan.

    Going Forward!

    Saya mendoakan semoga kedua-dua mereka diberikan hidayah, kekuatan iman serta petunjuk untuk terus menjadi insan yang sentiasa mulia disisi Allah SWT atas jasa-jasa mereka mentadbir negara.

    Wassalam,

    Rakan20G

    ReplyDelete
  170. Sila ambil perhatian yang komen yang dibuat oleh "hafiz noor shams" di atas dibuat oleh seorang impostor.

    Saya harap datuk boleh padam semua komen yang dibuat oleh "hafiz noor shams" termasuk ini.

    Untuk maklumat lanjut, sila baca http://maddruid.com/?p=1078

    ReplyDelete