Apakah Harapan PR menumbangkan BN Di Parlimen?
A Kadir Jasin
[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
APAKAH wujud kemungkinan Kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan tanpa pilihan raya baru diadakan?
Itulah soalan yang bermain di fikiran banyak orang sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat buat kali pertama sejak tahun 1969.
BN telah pun kalah di lima wilayah dalam pilihan raya umum (PRU) Ke-12 iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dicampurkan Kelantan, BN gagal memerintah enam wilayah.
Soalnya, adakah kedudukan BN juga tergugat di Dewan Rakyat di mana ia mendahului Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, DAP dan Pas – dengan sebanyak 29 kerusi? BN memang 140 dan PR 82.
Untuk “merampas kuasa,” PR perlu memujuk tidak kurang daripada 30 Ahli Dewan Rakyat (ADR) BN supaya berpaling tadah.
Kalau ditanya kepada para pembesar BN, mereka tentulah berkata pembangkang bermimpi di siang hari. Tetapi itulah juga sindiran mereka terhadap pembangkang pada PRU baru lalu. (“Syok-syok saja,” kata Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.)
Tetapi menjelang tengah malam 8 Mac dan awal pagi 9 Mac pembangkang bukan sekadar bermimpi di siang hari malahan mimpi mereka indah sekali. Sebaliknya bagi BN, impian menang besar bertukar menjadi igauan yang amat ngeri.
Kalau ditanya kepada para peneraju PR pula, mereka tentulah berkata tiada apa yang mustahil. Seperti didakwa oleh naib presiden PKR, Mohd Azmin Ali, baru-baru ini, lebih daripada 30 ADR BN “sudah pun di dalam kantung PR.”
Atau seperti kata Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, peneraju PR perlu mengubah acuan minda daripada pembangkang kepada pemerintah.
Katanya kemungkinan PR mengambil alih pucuk pimpinan negara semakin nyata.
Apa asas ramalan beliau yang begitu berani dan radikal?
“Kerana parti-parti komponen BN kini berpecah-belah akibat masalah dalaman dan terlalu terpesong untuk menumpukan perhatian kepada urusan mentadbir negara,” kata Salahuddin.
Lantas dia mengemukakan teori domino. Dia mendakwa sekurang-kurangnya 10 ADR BN akan menyeberang ke pihak PR “dalam masa beberapa minggu akan datang” dan ini akan mencetuskan kesan domino ke atas ADR BN yang lain.
Katanya ADR PR berpeluang dan wajib mengisi rongga (void) yang diwujudkan oleh wakil-wakil BN yang sedang bersengketa itu.
“Kita tidak berangan-angan. Ia (menubuhkan Kerajaan Pusat) boleh menjadi kenyataan pada bila-bila masa,” katanya di Sidang Akhbar di Kuala Lumpur pada 12 April.
Sebesar manakah harapan PR berjaya memujuk ADR BN berpaling tadah? Pada pandangan saya ia agak sukar dan tidak bermoral tetapi tidak pula mustahil. Ia pernah berlaku sebelum ini. Isu moral bukan utama dalam politik kerana matlamat menghalalkan cara.
Yang paling besar ialah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) berpaling tadah beberapa hari sebelum pembuangan undi pilihan raya umum 1990 menyebabkan BN kehilangan lebih kurang 20 kerusi di Sabah. Pada tahun 1994, giliran Ahli Dewan Undangan PBS pula berpaling tadah kepada BN.
Sabah masih berupa lubuk harapan bagi PR menangguk. Ketua de facto PR, Anwar Ibrahim, mempunyai pengaruh kuat terhadap politik Sabah ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan masih mengekalkan hubungan yang rapat dengan negeri itu.
Kebetulan hari ini (14 April) adalah hari Anwar bebas daripada sekatan memegang jawatan politik yang dikenakan ke atasnya berikutan sabit kes rasuah 10 tahun lalu.
Tetapi untuk memperoleh 30 ADR BN, dia perlu menebarkan jalanya lebih luas. Sarawak berpotensi tetapi negeri-negeri semenanjung agak sukar. Pada masa yang sama, PR tidak boleh terlalu yakin bahawa wakil-wakilnya sendiri tidak akan belot.
Keyakinan PR yang tinggi ini tercetus daripada tiga perkembangan positif iaitu kejayaan membentuk pakatan pilihan raya, kejayaan menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri tanpa masalah besar dan kejayaan membentuk Pakatan Rakyat selepas pilihan raya.
Tidak dapat disangkal yang kerajaan-kerajaan negeri PR ditubuhkan lebih awal dan tanpa masalah besar, kecuali di Perak, sedangkan BN mengalami krisis teruk di Terengganu dan Perlis apabila calon-calon Menteri Besar yang ditauliahkan oleh Abdullah ditolak Istana.
Selain melompat parti, ada satu lagi kemungkinan yang mungkin lebih mudah berlaku iaitu ADR BN memihak kepada PR dalam hal-hal tertentu. Misalnya mereka tidak menyokong rang undang-undang yang dibentangkan (oleh kerajaan) atau usul yang dikemukakan oleh BN. Sebaliknya mereka mungkin mengundi menyokong usul PR.
Kemungkinan PR mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri juga tidak boleh ditolak bulat-bulat. Namun ini mungkin tidak berlaku kerana adalah menguntungkan PR jika Umno, BN dan kerajaan terus bergolak dan lemah di bawah kepemimpinan Abdullah.
Sebab itulah kita lihat bagaimana peneraju PR seperti Karpal Singh lebih gigih menyerang pihak-pihak yang menentang Abdullah dan kurang menyerang atau mengkritik Abdullah.
Rentetan PRU ke-12 belum selesai. Dalam jangka masa terdekat, dua soalan yang bermain di fikiran adalah apa kesudahan nasib Abdullah dan bilakah Anwar akan kembali ke Parlimen.
Datuk,
ReplyDeleteKemungkinan itu sememangnya ada. Malahan saya yakin itulah agenda utama kepimpinan PR.
Saya juga yakin, BN menyedari kemungkinan ini. Namun, berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin BN, saya rasa hanya Muhyiddin yang "sedar" dan berpijak di bumi nyata.
Yang lain masih merasakan mereka masih kuat kerana mempercayai kenyataan PM tentang perkara ini. PM telah beberapa kali menyatakan bahawa dia mendapat mandat besar dan memimpin kerajaan yang kuat.
http://c-bok.blogspot.com
Dato',
ReplyDeletekita berasa payah,tapi mudah kalau direstui Allah . Segagah Firaun dapat digulingkan kerana si kerdil Musa a.s.mendapat nusrah dariNya.
Oleh itu carilah keredhoan Allah , insyaallah kita dicucuri nusrahNya.
aslkm.most probably.samada ADR BN ke PKR atau sebaliknya boleh berlaku. apapun saya sedikit (silap...banyak) keliru, dari mana nak dapatkan dana sebegitu banyak untuk pancing ADR? katakan PKR pancing ADR BN sebanyak RM10-60 juta seorang, 30 orang dah menghasilkan RM300-1800juta.emmm..banyak tu. sebagai rakyat marhain terfikir jugak, dari mana PKR nak ambil duit banyak tu..bursa saham, bon,tabung simpanan sendiri, kutipan derma, USA?
ReplyDeleteSalam!
ReplyDeletePelbagai persepsi telah dibahaskan rakyat dan pemimpin di mana-mana sahaja. Dalam konteks ini, segala kemungkinan boleh berlaku.
Situasi semasa ini memperlihatkan seolah-olah satu pertandingan bolasepak yang berada pada kedudukan "seri 0-0" dan sedang menghadapi "masa kecemasan" atau kemungkinan juga "masa tambahan - sudden death".
Pakatan Rakyat amat tinggi berharapan untuk memenanginya manakala BN sebagai "juara bertahan" perlu lebih gigih berjuang dengan penyusunan semula strategi untuk menyerang lawan bagi menghasilkan "jaringan gol".
Apa yang saya lihat sekarang, kekalutan "barisan pertahanan BN" agak kucar kacir setelah diasak teruk oleh lawan dengan strategi "provokasi secara psikologi" bagi tujuan melemahkan BN di dalam keadaan bercakaran sesama sendiri yang masih tidak reda.
Dari satu sudut, memanglah kita boleh katakan kelebihan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat namun kepastiannya belum ada.
Tun Dr Mahathir pula bolehlah dianggap sebagai "jurulatih pasukan BN" yang sedang mengaturkan kekuatan kubu pertahanan sebelum menyerang berhabis-habisan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.
Malangnya "kapten pasukan BN - Abdullah" yang cedera parah, yang dilantik jurulatih telah ingkar dan tidak mahu memahami strategi jurulatih dan gagal mengikuti arahan supaya keluar padang untuk digantikan dengan pemain simpanan baru (penolong kapten - Najib) menyebabkan keadaan sedikit goyah kerana kubu semakin diasak.
Kesimpulannya, "pasukan BN" perlu lebih berhati-hati di bahagian pertahanan kerana jika terus "terleka dan cuai" maka sekali sahaja menerima asakan kuat pihak lawan, pastinya akan "dibolosi" dengan jaringan yang boleh membawa padah dengan keputusan "sudden death" yang tidak mustahil bakal memberi kemenangan mudah kepada lawan.
Apa pun jika "kapten pasukan BN" mahu menuruti arahan "jurulatih", insyallah kekuatan kubu masih boleh dipertahankan kerana semua mengetahui kehebatan "jurulatih BN" yang kaya dengan idea dan strategi tersendiri, yang disegani kawan dan lawan.
Sementara "jurulatih Pakatan Rakyat - Anwar" pula adalah "bekas anak didik" kepada "jurulatih BN" dan sudah tentu satu bonus kepada "jurulatih BN" yang lebih memahami bagaimana mahu menangkis asakan "bekas anak didiknya" yang dianggap sebagai "tidak khatam" atau "setengah jalan" akibat pernah "digantung" dan tidak boleh beraksi pada suatu ketika.
Itulah kiasan ringkas yang mampu saya kongsikan di sini.
Jika pemimpin mahu berfikir, maka renung-renungkanlah!
Wassalam.
PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA
PEMUDA PELAPIS.
A.kum Datuk,
ReplyDelete1. Kemungkinan PR menumbangkan BN di Parlimen memang ada. Itu tidak boleh dinafikan.
2. Mungkin bagi Pak Lah, itulah saat-saat yang beliau inginkan agar ada 30 ADR BN lompat ke PR.
3. Jika itu berlaku maka Pak Lah boleh lapang dada kerana tak perlu lagi berfikir nak serah peralihan kuasa kepada Najib. Malah ini cara 'lebih adil' kerana semua sekali(Umno/Bn) akan hancur lebur bukan dirinya seorang sahaja yang terpaksa lepas jawatan Perdana Menteri.
-------------------------------
1. Datuk, nasib baik saya ni bukan ADR BN/Umno. Jika tidak rasa2nya sayalah ADR yang paling cilaka?
2. Bayangkan jika saya adalah salah seorang 30 ADR BN yang lompat ke PR. Maka tumbanglah kerajaan BN dan dapatlah PR memerintah negara ini.
3. Macam mana selepas 3 bulan, saya buat keputusan nak masuk balik Umno/Bn?
4. Gelabah Anwar Ibrahim dengan saya ! Hahaha...
http://www.penyokong-kj.blogspot.com
salam tok.."Moga MAHA SUCI ALLAH meRahmati tok sekeluarga". Orang melayu dan UMNO perlu membaca dan ambil petunjuk dari surah AL MULK.. sebahagai hala tuju dan asas perjuangan mereka..
ReplyDeletesalam ..
Al-Mulk
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu; (1) Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2) Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandanganmu dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (3) Kemudian ulangilah pandanganmu berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (4) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. (5) Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab Neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. (6) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (7) Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)? (8) Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! (9) Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka. (10) Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka. (11) Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (12) Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada. (13) Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! (14) Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: Mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya). (15) Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17) Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (18) Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (19) Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya. (20) Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran). (21) Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: Boleh mendapat hidayat atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata? (22) Katakanlah (wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. (23) Katakanlah lagi: Dialah yang mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. (24) Dan mereka (yang ingkar) berkata: Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar? (25) Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata. (26) Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!. (27) Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan) atau Dia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?. (28) Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): Allah Dialah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata. (29) Katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?. / (30)
Membaca posting dato' kali ini buat hati saya berdebar2.
ReplyDeleteKita semua tahu yg keputusan PRU lalu adalah cerminan dari rasa ketidakpuasan hati sebilangan rakyat terhadap pimpinan tertinggi kerajaan.. bukanlah berharap untuk menukar kerajaan.. tambahan kepada individu yg dikaitkan dengan banyak isu2 moral dan salahlaku yg menjijikkan.
saya sentiasa meyakini yg parti PKR telah pun tidak relevan kepada negara ini.. namun membaca posting Dato' menggugat keyakinan saya..adakah Dato' dapat menerima dengan senang hati jika Pakatan Rakyat ini memerintah? Hati saya tambah kusut bila melihatkan posting Dato' yg lepas2 pun jarang mempertikai dan mengkritik barisan kepimpinan Pakatan Rakyat ini..
Harapan saya kenyatan Dato' ini cuma untuk mengingatkan pemimpin UMNO supaya berhati2 akan ancaman yg ada didepan mereka ini. Bukannya satu bentuk harapan dari sanubari dato' sendiri untuk melihat Pakatan Rakyat ini mengambil alih kekuasaan negara tercinta ini.
Selamat Pagi Dato'
ReplyDeleteSaya berpendapat "everything is possible" dan buat masa sekarang nyatalah momentum adalah kepada Anwar Ibrahim. Kebarangkalian DSAI menjadi PM bukan lagi 0.5 - 1% but more like 40%. Soalnya is apa yang kerajaan BN boleh buat untuk mengekalkan status quo
1) Menyelesaikan krisis dalaman UMNO?
Ini akan selesai hanya apabila Pak Lah meletak jawatan diiringi dengan perletakan jawatan Khairy Jamaludin dari segala jawatan dalam UMNO
2) Mengeratakan lagi relationship diantara kerajaan PR dan kerajaan Pusat.
Mikael Jamanson
The Scribe,
ReplyDeleteJika semua MP dari BN akan berpaling tadah bukan 30 sahaja, keadaan apa yang akan terjadi?
A power vacuum due to the paralysis in Parliament will cause for a need for a state of emergency. What will the impact be on the economic situation of the nation?
Bukan senang-senang, Scribe, nak jadi pemerintah di Malaysia.
Salam Dato' AKJ.
ReplyDeleteSaya tertarik dengan perkara yang menyebut tentang perhimpunan Black 14 pada malam ini yang akan dilaksanakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8 malam ini. Suka ingin saya nyatakan jika sekiranya berlaku beberapa siri kekecohan dan huru-hara, maka kita boleh lihat yang memulakannya bukannya pihak PR tetapi polis dan "orang-orang gunting dalam lipatan" dalam PR itu sendiri yang memulakannya.
Jika tidak percaya, kita boleh sama-sama menyaksikannya dari jauh. Nak lebih jelas, pergi lebih dekat. Sebagai pemerhati politik, saya rasa Dato' mesti tidak akan melepaskan peluang ini untuk bersama rakyat dan menyaksikan apa yang akan berlaku.
Saya sekadar menyatakan satu fakta. Terpulang kepada semua untuk mentafsirnya dari ruang pemikiran sendiri.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
~ Insan yang berfikir
Sebab itulah Umno mesti berubah. Jadikan Islam agenda utama sebab parti itu mewakili orang Islam. Ahli Melayu yang takutkan Allah adalah lebih baik dari ahli Melayu yg hanya hendak projek.
ReplyDeleteYBhg Dato'
ReplyDeletePerhimpunan Black 14 akan diadakan pada malam ini. Ramai yang akan hadir...dan polis akan mengambil tindakan...seterusnya Anuar akan jadi hero dimata dunia dengan liputan wartawan luar negara yang akan membuat rakaman secara live...Maybe that will happen maybe not...but that is PKR strong point....to expose Malaysia in a bad image...just for Anuar glory...I do hope this wont happen. Cepat-cepat lah Pak Lah turun demi parti...tak payah nak cuba pulih....sebab saya rasa Pak Lah tak dapat pikul lagi...atau selesaikan masalah ini...berundur lah Pak Lah demi UMNO dan Melayu...sejagat.....hanya parti pembangkang yang sokong pemimpin UMNO yang lemah jadi PM....
Helang79
Pakatan Rakyat tak perlu menunggu MP2 dari Sabah dan Sarawak untuk crossover,malah MP2 BN di Semenanjung yang bosan dengan telatah UMNO/BN mungkin berbuat demikian.
ReplyDeleteKu Li,tak perlu tunggu sampai bulan December untuk bertanding jawatan presiden UMNO,itu pun kalu dia boleh dapat 60 pencalunan,baru dia boleh lawan - menang kalah belum tentu.
Jalan pintas yang terbaik bagi Ku Li,kalu dia rasa hendak menyelamatkan UMNO ialah menarik berapa ramai MP UMNO ke sebelahnya dan mengenakan undi tak percaya bersama-sama pembangkang untuk menjatuhkan gomen Pat Lah.
UMNO mungkin split akibat ini dan Ku Li pun tak mungkin jadi PM. Tetapi pokoknya,tindakan begitu sajalah yang membolehkan Pat Lah mengundur diri. Selagi Pat Lah masih jadi PM dan presiden UMNO,no one can shake him,not even UMNO stalwarts from inside.
Budaya UMNO sudah begitu dah...sokong ketua secara buta tuli,jangan tegur dan jangan lawan towkay...akibatnya ketua membina satu dynasty dalam parti,maka presidentship party tak lari ke mana hanya kepada orang2nya saja.
Akibatnya..lihat saja apa berlaku pada 8 Mac 2008. Bila berlaku begiti baru nak cakap pasai ketuanan Melayu,kuasa Melayu terhakis,buat forum sana sini,buat resolusi itu dan ini...in the end apa pun tak ada!!!
Minda Melayu hari tidak semacam tahun 60an,70an. Orang Melayu sekarang tidak kisah pasal politik dan masa depan yang mereka taksub adalah show dan hiburan. Karnival Jom Heboh di sana sini,Akademi Fantasia sudah cukup membelenggui minda mereka. Semua ini angkara sapa? bukankah towkay yang promote ini UMNO juga menerusi media massa,RTM-TV1,TV2,TV3,Ria etc...
Yang dok takut pasal hilang ketuanan Melayu adalah UMNO sendiri,kerana kalau orang Melayu tak memberi sokongan maka tenggelam bahtera yang menjadi sumber rezki UMNO itu,pemimpin2nya akan jadi lintang pukang macam pemimpin2 UMNO Pulau Pinang yang berdemonstrasi dijalanan baru-baru ini,walaupun Pat Lah dan Najib pernah berkata "demonstrasi jalanan bukanlah budaya UMNO". UMNO Pulau Pinang tahu DEB itu dah tamat diganti dengan NEP yang tujuan dan matlamat adalah berbeda. Namun mereka buat2 lupa kerana tindakan mereka itu ibarat,"bila penyamun hilang kuasa menyamun..." maka otak dah jadi tak center.
UMNO patut belajar lagi how to be a loser and win the heart and mind of the rakyat.
cheers.
Salam
ReplyDeleteKemungkinan ianya berlaku adalah besar jika pemimpin-pemimpin UMNO masih bertelagah dalam membuat kesimpulan tentang keputusan pilihanraya baru-baru ini.Satu pihak menyatakan keputusan menunjukan sokongan merosot teruk kerana kita kalah lima negeri dan satu pihak lain mengatakan sokongan masih kuat kerana BN cuma kurang lapan kerusi.MCA dan MIC dah membuat kesimpulan dan mula bertindak. Pemimpin UMNO masih tengah menbuat kesimpulan.
Saya yang tidak berapa arif politik ini membuat kesimpulan begini:
Keputusan PRU12 menunjukan sokongan melayu terhadap UMNO dan BN jauh merosot dari PRU11. Fakta yang menyokong kesimpulan ini ialah BN hilang kuasa di lima negeri dan tidak mendapat majoriti 2/3 di Parlimen.
Ambil keputusan PRU11 sebagai "benchmark" dan buat kesimpulan.
Tak usah guna "benchmark" sendiri yang sentiasa dipengaruhi emosi dan ego.
Situasi semasa memerlukan kita menyatakan yang hitam itu hitam dan yang putih itu putih dan bukan masanya menyatakan yang ianya mungkin kelabu.
Kanta
Datuk,
ReplyDeleteAs the PBS had proven, in politics there are no permanent friends nor foes.
Methinks, Malaysian politicians with integrity and honour are too few and far between. Most consider it as an opportunity to make a few(millions?) quick ringgits. And to make matters worse, a large chunk of society are buying their bulls, lock, stock and barrel. Money politics are practised throughout the world. So is dirty politics. There will always be spin doctors galore from both side. Yes, the truth is out there. But which is? The difference between a developing country like Malaysia and the developed nations are the voters, the everyday people. If we are aware of our rights, aware of the need for government to be transparent, aware what our elected representatives are supposed to do, there is hope yet.
Or else, we're no better than say, Zimbabwe or Kenya. We'll always be taken for a ride. Regardless who's driving.
salam Datuk...
ReplyDeletepada pendapat saya datuk kemungkinan perkara ini terjadi tidak mustahil sebenarnya apa yang penting pada kerajaan pusat sekarang ialah memperkuatkan hubungan sesama parti komponen itu yang amat penting...jika ada parti komponen yang memberontak masaalah besar pasti berlaku jua...dan tidak boleh diketepikan langsung ialah permintaan pemimpin UMNO & BN dan juga ahli2 UMNO & BN berkenaan pengunduran paklah sebagai perdana menteri dan tidak lupa juga perlunya penglupusan watak budak bernama Khairy jamaludin...jika perkara dapat di lakukan insyallah parti UMNO akan kembali berkuasa penuh.
HIDUP MELAYU!!!
HIDUP UMNO!!!
Dato'
ReplyDeleteRakyat telah 'berkata' pada PRU yg lalu. Jadi samada BN atau PR perlu dan wajib menerima bilangan kerusi yang diberikan oleh rakyat. Wakil rakyat jangan 'menjual' kerusi yang diberikan rakyat untuk kepentingan peribadi dengan apa2 alasan yang dibuat2.
Pemimpin PR dan BN perlu menghentikan tawar menawar politik ini untuk menjaga ketenteraman dan keamanan negara. Jika 30 ADR berpaling tadah pun, setakat mana PR boleh memerintah kerana ADR PR asal akan berpaling kepada BN pula apabila PR memberi banyak habuan kepada ahli baru PR.
Jadi siapa yang susah?... Rakyat juga yang susah!. Jika berlaku kacau bilau mereka boleh 'lari' ke luar negara, rakyat yang terpaksa menyabung nyawa kat sini.
Jadi sebagai rakyat marhein, yang kami mahu ialah meneruskan kehidupan dan terus dapat cari makan di negara tercinta ini.
RotiPlanta
Salam Datuk,
ReplyDeleteDengar khabar DSAI dah dapat tarik ADR BN Sarawak masuk belah dia. Dia cuma perlu dalam 10 orang lagi saja untuk menguasai Parlimen.
DSAI baik dengan Yang Dipertuan Agong, ada ka kemungkinan Agong boleh lantik dia jadi senator kalau PR kuasai Parlimen dan membolehkan dia jadi PM?
Sungai Petani
Datuk,
ReplyDeleteDengan kerusi BN sebanyak 140 adalah cukup kukuh untuk ditumbangkan. Walaupun ada sedikit kelemahan kerana tidak dapat 2/3, tetapi ini tidak menunjukkan kelemahan kerajaan secara keseluruhannya.
Kecelaruan dalam BN yg panik dan mencari kambing hitam utk dikorbankan merupakan faktor utama PR akan dapat mengambil alih kerajaan.
Peluang BN untuk tumbang semakin hari semakin nyata dengan kebangkitan akar umbi memprotes pucuk kepimpinan dalam UMNO sedangkan Pak Lah buat tak layan aje atau tidak mengaku kesalahan dan cuba lari dari kenyataan. Sepatutnya Pak Lah mengambil pendekatan memujuk bukannya menunding jari semula ke bawah. Beliau berada kat situ pun diangkat oleh pihak bawahan maka seharusnya beliau mendengar pandangan org. bawahan.
Jumpa lagi...
Assalamualaikum dato',
ReplyDeleteSaya sedia maklum dalam politik apa pun boleh berlaku. Tidak mustahil salah satu kaedah yang dato nyatakan itu akan menjadi kenyataan.
Apatah lagi Pak Lah sehngga kini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang jelas untuk mengundurkan diri. Apa yang saya lihat sudah ada ahli MT yang ingin menjauhkan diri dari pentadbiran Pak Lah dengan pengumuman untuk tidak bertanding dalam pemilihan nanti.
Jika Pak Lah terus memimpin tidak mustahil kerajaan akan bertukar tangan.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKomen Datuk kali ini menjadikan seseorang itu curiga he he....ah relak brother. Politik adalah sesuatu yang serba kemungkinan. Buat relak macam brother Pemuda Pelapis tu. Kiasan dia macam bola sepak dan jurulatih tu saje-saje aje. BN atau PR tidak mengapa, kerana kedua-duanya beraksi dalam ruang lingkup demokrasi untuk negara kita. Mereka sedang beraksi untuk mematangkan kita semua dalam proses bernegara. Umur Malaysia pun dah 50 tahun....
Dato.
ReplyDeleteSaya sentiasa berasa cemas apabila memikirkan keadaan politik negara yg kurang stabil,Apakah Anuar akan berjaya menjadi PM,saya percaya sekiranya Anuar berjaya menjadi PM melalui undi yg melompat ,negara lagi lah tidak stabil kerana org2 Unmo yg telah tewas dengan cara ini tidak akan dapat menerima kekalahan dengan cara begini.Lagi pun org2 umno tidak pernah kalah dan tidak mempunyai pengalaman bagaimana untuk menguruskan diri apabila kalah.Lihat saja sekarang orang2 umno masih lagi tidak percaya yang mereka telah kalah terutamanya Pak Lah yg saya anggap masih lagi sombong bo***,tidak tahu lagi yang rakyat tidak menyukainya tetapi masih lagi seronok untuk menjadi PM.
Saya bersetuju dengan Tun ,kerana Tun saja yang nampak apa yang akan berlaku sekiranya Pak Lah yang lembik tu masih memegang kuasa sebab itulah Tun tidak senang duduk memikirkan apa akan jadi sekiranya nya negara masih diperintah oleh Si Dollah yg kurang cerdik tetapi syok sendiri ini.Dah sebulan boleh pulak beliau tidak terbang keluar negeri kalau dulu ada saja alasan hendak makan angin dengan isteri baru di luar negeri.
Saya sudah hilang keyakinan kepada Najib kerana dia juga salah seorang Pak Angguk Pak Lah.Saya berharap kepada Muhiyudin atau pun Ku Li untuk mengembalikan kegemilangan Umno.
Marilah kita beramai2 memberikan sokongan kepada Muhiyudin dan Ku Li
mike said "dari mana nak dapatkan dana sebegitu banyak untuk pancing ADR? katakan PKR pancing ADR BN sebanyak RM10-60 juta seorang, 30 orang dah menghasilkan RM300-1800juta.emmm..banyak tu."
ReplyDeleteSaya fikir bukan beli dengan duit, tapi dijanjikan kuasa politik dan kedudukan, lebih banyak jawatan menteri kabinet dan timbalan menteri, setiausaha parlimen dll.
Kalau di Sabah sekarang Pak Lah bagi 1 menteri, 3 tim.menteri, Anwar boleh tawar 3 menteri, 7 timbalan menteri, 10 SU Parlimen dll, tentu sekali teramat teruja!! Salah satu matlamat utama ahli politik hari ni pun adalah kuasa dan kedudukan......POLITIK WANG...POLITIK PANGKAT...maka tak hairanlah sesetengah MP tu laa ni duk berangan, seperti orang mengatuk disorongkan bantal....
Johor dapat paling banyak menteri kabinet pun minta Pah Lah berundur...kalau dalam filem, berdebar-debar jugak ni nak tengok kesudahannya.
zakariazaidi
Datuk,
ReplyDeleteRead this... kalau anwar jadi PM, ini sejarah.
Sejarah dimana Isteri dan anak berkecimpung dalam politik pentadbiran negara.
Kalau Pak Lah cuma ada son-in-law dalam pentadbiran politik, mungkin lebih teruk lagi impak senario poitik negara kalau anak bini lagi terlibat.
Sekiranya anwar menjadi MP, sebaiknya anak bini berundurlah. Tapi dari ura2, orang lain yang mengosongkan kerusi untuk anwar.
Disini kita boleh lihat dimana prinsip TDM
MM (bukan Mahathir Mohamad)
Dato',
ReplyDeleteKhabar terbaru Pak Lah akan tetap mempertahankan jawatan presiden UMNO.
UMNO dalam keadaan nazak sekarang.
Andaikata UMNO berkubur satu hari nanti, kita tahu lah siapa penyebabnya.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletebagi saya...biarlah sehingga pru13 menjadi penentu...PR tak perlulah memujuk ADR BN utk lompat parti...biarlah pru13 nt menjadi penentu kejayaan mereka...
ReplyDeletebiarkan bn bertugas sehingga pru 13...
kalau ingin memimpin biar lah beradu secara gentleman...
Salam Dato'
ReplyDeleteMasih ramai org yang melayari internet beranggapan apabila kerajaan BN tumbang di parlimen negara akan kucar kacir. Ini org2 yg boleh dikatakan bersekolah kenapa fikir macam tu? Terbukti telah berjayalah UMNO menyesatkan fikiran rakyat negara ni dgn mitos hanya BN saja yg rerti perintah negara dan semua dana pembangunan negara ini datangnya dari BN. Rakyat negara ni semacam sudah diindoktrinkan sehingga ke peringkat terbelenggu sama seperti org2 Melayu percaya sultan2 Melayu dulu berdaulat sampai sanggup bunuh anak atau menantu sendiri atas arahan sultan walau pun tahu mereka tu difitnah. Kalau sultan2 dulu memukau fikiran rakyat Melayu dgn cerita penglipur lara yg tak jejak ke bumi, UMNO tanpa segan silu dan batasan menggunakan TV, Radio, dan akhbar mendewa2kan kehebatan mereka. Pembangkang jahat dan salah belaka manakala UMNO hebat dan sentiasa betul. Akhbar2 Melayu yg paling teruk.
Budaya UMNO telah rosak; kalau tak masakan seorang Khairy Jamaludin (KJ) boleh memanjat tangga hiraki UMNO secara mendadak bermodalkan status menantu Presiden parti. Apa hebatnya KJ? Falsafah perjuangannya ke? Rupanya ke? Macamana Pemuda UMNO boleh beri laluan kpd KJ sehingga jadi Naib Ketua Pemuda? Bukankah itu bermakna semua ECXO Pemuda tu sudah korup moral mereka.
Saya sayangkan UMNO tapi tak yakin UMNO boleh pulih dari barah rasuah dalam parti.
Pak HJ JB
Salam...
ReplyDeleteSaya merasakan bahawa kepimpinan PR sepatutnya sudah memandang lebih kehadapan dimana pada pilihanraya umum yg lepas sepatutnya telah mensasarkan untuk mengambil alih pentadbiran BN secara keseluruhan dan bukannya sekadar berbangga dengan memonopoli 5 negeri yg sebelum ini dipegang oleh musuh tradisi, BN..Rakyat Malaysia masih belum mampu untuk menumbangkan mane2 pihak yang mana kedua-dua kepimpinan ini masih lagi belum mendapat keyakinan yang secukupnya, dan ini sebagai contoh jika dibandingkan dengan pentadbiran demokrasi di Britain yang mana hanya parti yang dominan dan mampu membawa perubahan pemikiran rakyat secara total dapat mensasar kemenangan untuk mentadbir sesebuah negara. Pihak PR sudah semestinya tahu akan peluang mengambil alih pentadbiran secara keseluruhan dan ini sepatutnya tidak berlaku untuk 5 atau 10 tahun akan datang..Adakah kemenangan ini bersifat sementara? atau sebagaimana terjadinya pilihanraya 2004 dimana Terengganu berjaya diambil alih oleh BN setelah 5 tahun dibawah pentadbiran PAS? Ini sebahagaian daripada kelemahan pemikiran politik dinegara ini malah bboleh saya katakan pemikiran rakyat Malaysia yang hanya sekadar berpuas hati pada paras 'cukup makan'...Saya sedar akan kepimpinan politik di Malaysia hanya gah pada nama individu dan kelantangan bersuara tetapi pemikiran masih ditakuk lama dan tidak ada suatu 'vision' yang mampu menghidupkan keyakinan 70%-80% kepuasan kepada rakyat
Saya rasakan segala komen, tohmahan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua-dua parti BN & PR di dalam halaman akhbar masing2 tidak menunjukkan sebarang kematangan dan hanya bermain dengan perasaan semata-mata. Tak usah kita ungkitkan projek pembaziran berjuta2 yang hanya sekadar permainan dunia yang sementara..Ketokohan bagi kedua-dua kepimpinan kerajaan BN dan PR masih belum nampak akan 'integrity' yang maksimum malah sekadar hanya ingin mempunyai pengaruh yang bersifat sementara.
Sekiranya pemikiran yang terbatas ini masih berlegar-legar di dalam kedua-dua kepimpinan ini maka politik di Malaysia hanya sekadar permainan sahaja, seperti membolot jawatan 'ketua darjah' atau 'ketua pengawas' di sekolah.
Saya juga berpendapat, kedua-dua kepimpinan BN dan PR sekarang ini adalah bersifat 'baru' dan masih dalam era pembelajaran dalam dunia politik sejak berakhir pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad..
Oleh kerana kedua-duanya bersifat 'baru', banyak lagi yang perlu dipelajari dan tidak lah perlu berbangga dengan kebijakkan kelantangan dan perhimpunan yang masing2nya ingin menunjukkan 'kita lah yang betul'..Kita masih berada di bawah tempurung dan tidak melihat pemodenan politik dunia sebagai ilmu dan pengalaman yang sebenarnya amat berharga di dalam menentukan masa depan negara khususnya.
Komentar ini bukan sekadar untuk menunjuk belang dan kepandaian sendiri tetapi sebagai ingatan dan ingin berpesan sesama kita bahawa rakyat Malaysia khususnya orang melayu berada diambang kelemahan..Kita masih tercari2 pemimpin yang sepatutnya mempunyai ideologi yang mana boleh merubah pemikiran orang melayu agar sama taraf dengan dunia global..Jangan hanya berbangga dengan penyatuan kaum, kombinasi parti politik dan pembahagian kuasa yang adil, kita masih lagi tidak mendidik masyarakat melayu yang semakin mundur...
Sepatutnya kedua-dua arti politik ini sudah memikirkan ke arah itu dan apabila masyarakat melayu sudah dididik barulah pentadbiran politik di negara ini boleh bertukar tangan dan tidak lagi berlaku pentadbiran negara secara 50-50 yang akhirnya kedua-dua parti ini 'asyiklah kutuk-mengutuk' bagai semuanya tak kena.Masing-masing boleh diumpamakan ibu dan anak ketam yang kedua-duanya masih tak tahu berjalan betul...
Wassalam
Farhan Shahri, Ireland
The Scribe
ReplyDeleteIf Anwar Wants To Be Prime Minister
(we all join him!!! - ada faham?)
straight talk
but i do not give a kat shat
if or when PKR is going to jumpover
i don't care.
what i care is
if the percalonan for the presiden
is a one man show
if that is the case
then is Tun dipencenkan?
Kalau TunM running for presiden
macam john mccain jugalah
but at least adalah sedikit
excitement...
The challenge would be
if we can split the post of
presiden and prime minister
and we call it power sharing
the presiden - who?
the prime minister - is a timbalan
presiden?
remember, UMNO is a race based
political party
only those who care to be can join
and be a member.
i don't really care if UMNO is
the government or the opposition
as long as they do it right.
if only tun is the only member left
i will make it the only last couples
ahli seumur hidup
but if anwar wants to be pm
i won't stop him
(who the hell am i?)
i'm a muslim and i am a malay.
Senario tu memang tak mustahil...
ReplyDeleteTetapi, kalau PR boleh "hijack" kerajaan BN dalam parlimen, apa kesannya pada politik Malaysia?
Tapi sebelum berlakunya "hijack" tersebut, mungkin ada banyak perkara yang boleh dilakukan...
Bayangkanla, kalau dulu 1980an UMNO pernah diharamkan, tak mustahil tetiba aje kita akan dikejutkan dengan senario baru..
Politik tetap politik dan ianya lebih kepada perebutan kuasa...
"Matlamat menghalalkan cara"... itula dia kata-kata biasa dalam politik....
Tapi rasa-rasanya akan ade undi tak percaya kat Parlimen nanti... Mesti ade yang tersasul cakap nanti.. Mulut tempayan bolehla tutup, mulut manusia susah la....
The Scribe
ReplyDelete(revised version - the latest in terms of endearment and slowness)
The Scribe
If Anwar Wants To Be Prime Minister
(we all join him!!! - ada faham?)
straight talk
but i do not give a kat shat
if or when PKR is going to jumpover
i don't care.
what i care is
if the percalonan for the presiden
is a one man show
if that is the case
then is Tun dipencenkan?
Kalau TunM running for presiden
macam john mccain jugalah
but at least adalah sedikit
excitement...
tengok budak-budak bergaduh
berentap tunjuk handal
first class entertainment
and a quantum leap into
the next generation.
The challenge would be
if we can split the post of
presiden and prime minister
and we call it power sharing
the presiden - who?
the prime minister - is a timbalan
presiden?
remember, UMNO is a only those who care to be can join
and be a race based
political party member.
i don't really care if UMNO is
the government or the opposition
as long as they do it right.
if only tun is the only member left
i will make it the only last couples
ahli seumur hidup
but if anwar wants to be pm
i won't stop him
(who the hell am i?)
i am a muslim and i am a Malay.
kenapa gamaknya PR nak buat lagu tu? pengundi dah bersuara, kenapa nak tumbangkan kerajaan BN dengan cara kotor tu? adakah alasan pengundi hantu dan pilihan raya yang berat sebelah menghalalkan taktik kotor ini? saya setuju dengan pendapat datuk, dalam politik, matlamat menghalalkan cara...sesuatu yang bercanggah dengan islam. adakah pimpinan PAS akan membiarkan perkara ini berlaku? jika ya, sedih saya.... hentikan budaya salah-menyalahkan, membuka pekung di dada dan memburuk-burukkan pihak lawan demi mendapat sokongan. katanya, pengundi dah matang tetapi ahli2 politik yang dipilih sangat kebudak-budakan. letihlah saya sebagai rakyat mempunyai pemimpin macam ni. hentikan polemik dan bak kata ketua hakim negara yang ada....."buat kerja" .... semudah itu. dalam arus pembaharuan ini, saya yakin siapa yang kuat bekerja dan bekerja dengan jujur serta ikhlas akan mendapat habuan dlm PRU13 kelak.
ReplyDeleteYg Bhg Datuk,
ReplyDeleteSaya berpandangan tidak mungkin ada lompat melompat kerana semata-mata hendak membentuk kerajaan memerintah kerana:-
1. Kerajaan yang dibentuk mungkin sebuah kerajaan berdasarkan simple majoriti....lemah dan tidak stabil sepanjang masa...very fragile and minority group with very influential bargaining power would actually dictate the way how the government should be run.
2. Lebih baik PR menjadi pakatan pembangkang yang berkesan untuk membina negara, dan jika terbukti baik dan berkesan, mereka berpeluang luas untuk memenangi PR13 nanti jika BN gagal berubah, dan membentuk kerajaan yang lebih terhormat dan stabil dan mungkin lebih berkekalan.
3. Pakatan Rakyat telah dibentuk berdasarkan pakatan idealistik bukan realistik. Tangan DAP dan PAS hanyalah disambungkan oleh tangan Saudara Anwar Ibrahim sahaja, bukan tangan PKR. Sangat rapuh dan masing-masing mempunyai FINAL DESTINATION yang sangat berbeza, dan yang amat malangnya DAP langsung tidak mempunyai rasa hormat ke atas cara-cara hidup yang di bawa oleh Islam.
4. Sebagaimana yang disebut oleh Pemuda Pelapis dalam permainan bolasepak di atas, sebagai pemain-pemain utama, baik Pak Lah ataupun Saudara Anwar sendiri mempunyai hasrat yang sama iaitu mempertahankan Melayu Islam dan tidak meminggirkan hak kaum dan agama yang lain.
Percayalah mereka berdua masih mempunyai kewarasan, pertimbangan dan kesedaran yang Malaysia inilah satu-satu negara Melayu di dunia dan semestinya bangsa Melayu lebih dominan di negara sendiri. Janganlah khuatir sangat.
Kepada Pembahas Pertama, Saudara Zainal A Kassim,
Saya ada sedikit komen di bawah ini berkaitan dengan tanggapan beliau yang mengatakan hanya Tan Sri Mahyuddin dikatakan telah sedar dan berpijak di bumi nyata.
Cubalah lihat!
Kata Tan Sri Muhyiddin, “Saya benar-benar takut kalau saya tidak mengatakan yang hak (benar) walaupun yang hak itu adalah pahit maka UMNO boleh terjerumus dalam keadaan lebih teruk.” Dan katanya lagi “Kalau dalam agama ini adalah iman yang paling lemah. Agama kata, bertindak itu dan ini tetapi kalau kamu tidak boleh berbuat apa-apa kamu bersuaralah. Itu yang saya lakukan…..”
Kenapalah lambat sangat Tan Sri sedar kenapa tidak dilaksanakan ketika zaman pemerintahan di bawah Tun Mahathir dulu. Terlalu banyak perkara yang hak dan benar itu, mungkin Tan Sri terlepas pandang. Kalau Tan Sri seberani begini ketika itu, mungkin hak rakyat agak lebih terbela dan tidak mungkin rakyat semua tercekek di bawah zaman Tun Mahathir dulu. Apa yang berlaku ketika ini adalah kesan-kesan daripada sistem dan corak pemerintahan yang wujud sejak 20 tahun dulu.
Seterusnya Tan Sri Muhiyiddin berkata “Mahathir akan berhenti bercakap bila……. Biarlah Tun mengeluarkan pandangannya…..”
Wah! nampaknya sudah berubah nada suara dan komen Tan Sri kita sebelum ini, agaknya mungkin selepas Tun Mahathir sendiri secara terbuka menamakan beliau sebagai salah seorang pewaris ke atas hakmilik atau geran Tanah Melayu agaknya.
Bila ditanya berkaitan dengan peluangnya bertanding ke jawatan lebih tinggi beliau berkata,
“………..Tetapi penentuan ini bukan saya tetapi mereka dan Allah menentukan, saya hanya bersedia untuk berkorban demi parti”.
Harap dapat dibetulkan balik tanggapan Tan Sri tesebut. Kalaulah dah menerima hakikat yang Allah menentukan segala-galanya kenapa beliau bersedia untuk berkorban DEMI PARTI dan bukan DEMI ALLAH SWT. Harap insaflah dan ambillah segala ikhtibar hasil daripada apa yang telah berlaku ini, semuanya adalah atas ketentuan Allah SWT. Segala kerosakan ini adalah dibuat oleh tangan-tangan kita semua.
Inikah rupa dan sikap pemimpin yang yang akan kita letakkan harapan kelak untuk membawa perubahan…… harap fakirlah dan berdoa banyak-banyak…semoga Allah sentiasa melindungi kita semua.
Wallahua’lam
Rakan20G
Datuk
ReplyDeleteKalau apa yang ada di fikiran Pak Lah sama dengan apa yang ada di fikiran rakyat, mungkin banyak benda yang menghiburkan kita akan berlaku. Disebabkan ada jurang pemikiran antara mereka yang paling di atas dengan rakyat, maka kerana itulah 5 negeri ni jatuh ke tangan pembangkang. Macam macam pelan dah diberi, macam macam cadangan dianjurkan dalam bermacam macam pertemuan dgn orang yang diamanahkan, soalnya bila agaknya perlaksanaan dapat dijalankan. Kalau asyik bercakap pum pam pum pam tapi tak lakukan pun, tak ke mana kita ni semua !
Y.Bhg Datuk AKJ dan pembahas-pembahas,
ReplyDeleteAnwar Ibrahim nampaknya sudah memulakan langkah pertama untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Malaysia dengan menyatakan bahawa beliau sudah mempunyai jumlah numbor kerusi Parlimen yang mencukupi. Kemungkinan ianya benar dan mungkin juga ianya adalah salah satu lagi propaganda Anwar untuk mendapat publisiti dan sokongan lebih meluas.
Apapun Datuk, jika kehadiran ribuan orang di Kelab Sultan Sulaiman malam tadi di ambil sebagai kayu pengukur terhadap sokongan kepada Anwar, ianya memang boleh dikatakan sebagai cukup padu. Entah apalah yang sedang dibincangkan oleh Kerajaan Pak Lah sekarang ini di dalam menangani “possible 2nd Tsunami” ini….
Dari corak perkembangan politik yang berlaku sejak beberapa hari ini, saya berpendapat semacam sudah ada sesuatu yang “besar” akan berlaku di dalam tempoh terdekat. Pakatan Rakyat semakin berapi untuk memerintah. Muhyiddin pula secara tiba-tiba begitu berani menyuarakan pendapat beliau (seperti baru mendapat sesuatu maklumat). Pak Lah pula begitu “firm” meminta ahli-ahli Parlimen BN membuat kerja dan sebagainya. Malangnya Datuk, UMNO pula semacam “berperang” sesama sendiri.
Tidak boleh saya bayangkan apa akan terjadi kepada Negara ini jika Pakatan Rakyat benar-benar mencapai impian mereka untuk memerintah.
Azman Mohd Isa
Shah Alam
Dato AKJ dan pelayar yg dihormati.
ReplyDeleteAndaipun Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa di Parlimen dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, apakah negara Malaysia tercinta ini akan bebas sepenuhnya dari rasuah, salah guna kuasa dan segala macam kekalutan ekonomi?
Memang mudah membuat tuduhan dan meminta yang bukan2 semasa menjadi pembangkang tetapi apabila telah mempunyai kuasa dan pengaruh, apa pula akan menjadi modal untuk menagih sokongan? Rakyat mahukan tindakan dan bukan hanya omong2 retorik di tepi jalan.
Penyokong PAS mahukan negara Islam dan undang2 syariah secara total.
Penyokong DAP mahukan kesaksamaan hak dan kebebasan agama.
Penyokong PKR mahukan Tun Dr. Mahathir diheret ke mahkamah dan seterusnya dihumban ke penjara konon2nya atas kesalahan pecah amanah dan salah guna kuasa.
Andai kemahuan penyokong2 mereka ini gagal dipenuhi, persoalan pasti timbul ... mana perginya janji2 dahulu? Apakah kami sudah kena tipu?
Pemimpin2 Pakatan Rakyat nampaknya begitu ghairah ingin merampas kuasa tanpa menyedari bencana yg bakal menimpa. Jika hanya kuasa menjadi matlamat perjuangan mereka, maka kuasa itu juga nanti bakal menjahanamkan mereka.
Pakatan mereka ini tidak sekuat mana. Hanya protes terhadap kepimpinan UMNO dan kerajaan sahaja yg membuat mereka nampak kuat. Bila UMNO dan BN tumbang, percayalah Pakatan Rakyat ini juga kelak akan mengalami krisis tentang arah perjuangan mereka.
Kita tahu, dahulu PAS & DAP paling kuat mengecam Anwar dengan politik wang dan rasuahnya. Anwar juga paling kuat mengecam PAS kononnya parti jumud dan ketinggalan zaman. Skrg mereka bersatu dan berpakat dgn menjadikan Dr. Mahathir sbg musuh yg perlu diperangi. Dengan bantuan sesetengah pihak dari kerajaan yg bodoh, nampak gayanya taktik mereka ini semakin menjadi.
Cuba2lah buat kurang ajar pada Tun Dr Mahathir. Pak Lah dah kena bencana. Kelak Pakatan Rakyat pun bakal terima nasib yg sama. Bukannya sebab Tun Dr Mahathir ini bela jin atau keramat, tapi rakyat "silence majority" masih menghargai dan menyokong pemimpin unggul ini.
-sinbad-
Menjadi pemimpin berat tanggungjawabya.Saya tidak nampak mengapa zaman ini begitu ramai yang suka menjadi ketua jika dibandingkan dengan zaman rasul dan sahabat yang mana mereka kebanyakannya menolak untuk menjadi ketua walaupun mereka adalah yang paling layak sari segi ILMU,AKHLAK dan AKIDAH.
ReplyDeletefikirkan apa saya dapat di kahiray kelak jika saya sebagai ketua gagal memimpin..ingat TANGGUNGJAWAB dan AMANH itu sangat berat
Salam,
ReplyDeleteSaya rasa bangsa melayu sedang terkapung-kapung diangkasa,orang melayu yang mempunyai minda kelas satu diperlukan untuk bawa bangsa melayu balik kebumi.
Persoalannya siapakah orang melayu itu?
Sama-sama kita fikir.
Kanta
The Scrie
ReplyDeleteApakah Harapan PR menumbangkan BN Di Parlimen? - Tiada.
Tapi kalau nak berangan biarkanlah.
Salam Dato' AKJ dan sahabat-sahabat pembahas sekelian.,
ReplyDeleteImpak politik mengundang serba kemungkinan. Namun di sana mesti ada premis kemunasabahan dan realistik di dalam kondisi politik tanah air kita, Malaysia.
Analisa gelombang rakyat.
1. Rakyat melihat gelombang dari media resmi dan insiden-insiden semasa serta kelancaran projek-projek kerajaan yang berjalan dengan baik, bagi rakyat kebanyakan, negara telah berada pada landasan betul. Tak ramai hendak menjengah ke media-media alternatif, tambahan pula jika polemiknya sangat panjang. Mereka cepat penat dengan polemik tanpa hujung.
2. Senario di dalam UMNO/BN telah di pulihkan dengan perjumpaan komponen parti BN untuk meneruskan pelan tindakan mengembalikan imej BN yang tercalar tanpa mempedulikan momokan PR dan sekutu-sekutunya tak kiralah dari kalangan ahli-ahli politik, ahli-ahli akademik, media-media alternatif, para bloggers, golongan koporat dan individu persendirian. Dalam perjalanan itu mereka sempat mempertikai dan menggambar hodohkan wajah-wajah kerajaan PR dengan "psy-war" yang sangat kemas agar masyarakat pertikai dan ragui pilihan mereka pada PRU 12 sebagai silap seperti isu-isu perkauman DAP dan kandang khinzir! Di Sepang.
3. Harapan yang digantungkan oleh Penasihat agung PKR DSAI untuk menguasai kerajaan, memerlukan "lompatan kijang" antara 30 - 40 meter panjang, liat juga untuk mendapatkannya...bergantung kepada para pelompat-pelomapatlah. Jika pelompat upahan sahaja, tanpa ada jutaan dolars MUSTAHIL boleh dilaksanakan. Pun jika masih ada pelompat-pelompat "patriotik klasik tulin" yang berjuang, mereka akan MENCARI JAMINAN KESELAMATAN penerusan agenda politik dan periuk nasi di dalam PR juga.
4. Dua JURANG ini akan menjadi perhitungan rakyat yang kritikal dan celik politik sahaja berjaya membuat perkiraan mereka. Perlu diingat masih ramai sudah tidak menghiraukannya (Melayu ke Cina ke India ke mudah lupa). Kerana itu media alternatif perlu mendedahkannya, jika tidak ia akan "going back to square".
5. Harapan masih berbaki kepada situasi permusuhan politik dalam UMNO dan Parti komponen BN yang diketepikan secara tidak adil di dalam PRU 12 dan ketika "cabinet line-up" bakal membarah di dalam UMNO/BN. Persengketaan blok Tun Mahathir dan Pak Lah serta percaturannya akan menambah parah jika berlanjutan. Tukarlah siapa pun, jatuhkanlah siapa pun budaya "chah-keting" dan "struggle for the fittest" berterusan di dalam UMNO merosakkan strukturnya yang reput itu jika tidak dibuat "re-structuring". Perasaan anti-Islam Hadhari dan pro ultra sekularis sangat serius di dalam UMNO secara ideologinya dan membentuk percaturan tanpa hujung. Keretakan ini akan membawa belah bukan sahaja di dalam parti tetapi di dalam menguruskan kerajaan juga.
5. Akhir kalam, sahabat-sahabat sekelian yang berjiwa perihatin. Pantaulah perjalanan politik negara kita dengan cermat dan kemas serta strategik. JANGAN LETIH. Tegurlah pihak-pihak yang tidak berada di landasan kebenaran, Ilmu Pengetahuan dan keadilan tanpa mengira "bulu". Negara ini akan selamat di tangan golongan yang hanya mahu melihat negara ini berada dalam situasi yang BERTAMADUN DENGAN CITRA KEAGAMAAN (MELAYU ISLAM), SEMANGAT MUHIBBAH ANTARA KAUM, RASA TANGGUNG JAWAB DAN KEMANUSIAAN YANG TINGGI SERTA KEMAJUAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
Terima kasih Dato' AKJ dan sahabat-sahabat sekelian.
Wassalam
Arau
PERLIS DARUS SUNNAH
Datuk,
ReplyDeleteAdakah datuk melihat keyakinan PR ini sebagai terlampau "exuberant",seperti yang pernah datuk ulas sebelum ini?
15-04-2008: Anwar claims enough support to form govt
ReplyDeleteby Surin Murugiah & Yong Yen Nie
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim claimed last night that the coalition now had enough support from Sabah and Sarawak to command a slim majority in Parliament and to take over as the government of the day.
However, he said the coalition was not yet prepared to act on it, as it wanted to be in a stronger position, rather than just having a “slim majority” for the control of government to be “meaningful”.
“We are not in a hurry, but for the first time, we are saying we are ready to govern. My personal view is that we must have a stronger and comfortable majority to do that,” he said...
Anwar says:
ReplyDeleteDr M 'tired and confused'
Betulkah, Kadir?
Datuk dan kepada anda yang ikhlas,
ReplyDeleteSemasa PRU 12 yang lalu saya berada di luar negara kerana tugasan yang tidak dapat dielakkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk dan blogger-blogger alternative yang lain kerana tulisan-tulisan kalian semua telah berjaya merubat hati yang duka oleh penipuan terbuka di akhbar- akhbar arus perdana. Rindu saya terhadap Tun juga terubat.
Saya hampir tidak tidur di malam PRU 12. Perasaan sedih bercampur sedikit gembira kerana kebenaran telah ditunjukkan Allah. Sekarang kita tahu siapa itu Mahathir dan siapa itu Abdullah. Kita berhenti di sini kerana bagi saya, segala pembohongan dan segala kebiadaban telah terjawab.
Persoalannya sekarang siapa itu Anwar. Adakah PKR, PAS & DAP (BA)telah menjangkakan bahawa mereka akan menang sebegitu banyak kerusi? Adakah persediaan yang dilakukan oleh BA melayakkan mereka untuk menang? Adakah rakyat ikhlas memilih mereka? Saya rasa untuk menjawab soalan ini saya akan mengambil kata-kata keramat Paklah...parti-parti ini bertanding "Syok-syok sahaja..."
Bagi saya kata-kata keramat itu satu-satunya kebenaran yang diucapkan oleh Paklah sebelum PRU 12 yang lepas. sememangnya BA bertanding "Syok-syok sahaja..."
Mereka tiada wang yang mencukupi. Semangat mereka luntur dari PRU yang lepas. Perhatian hanyalah diberikan di kawasan-kawasan yang mereka rasa berpeluang.
Dan PR menerima kejutan. Untuk menyatakan mereka membuat kejutan adalah satu kenyataan yang sama sekali tidak benar. Memang benar mereka memenangi banyak kerusi. Mereka menang 5 negeri. Tapi adakah mereka layak memenanginya?
Sekembalinya ke Malaysia, saya terkejut. Anwar sudah mula bersuara dengan bongkak. Seakan-akan kemenangan kerusi yang banyak di PRU 12 yang lalu adalah milik mutlaknya. Kerana usahanya. Waktu ini banyak mengingatkan saya di zaman-zaman 1998-2000.
Anwar sudah mula menunjukkan semula perangai lamanya. Impian untuk menerajui negara tiba-tiba kembali. Idea-idea pelik dan jelik sudah mula keluar. Gus Dur yang gagal di negara sendiri dijemput hadir untuk mengutuk, untuk mengata. Tidak malukah Anwar? Tidak malukah penyokong-penyokong BA (PKR khususnya)?
Ingin menjadi Perdana Menteri? Terus terang saya ingin bertanya, adakah Anwar pernah bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri sebelum PRU 12?
Tidak sedarkah Anwar, peluang terbesarnya datang semasa PRU 10? Tapi apa yang mampu dilakukannya? BN hanyalah seperti digaru. Siapa benar? Mahathir atau Anwar? Apa sahaja kemampuan PKR semasa itu? Beberapa jumlah kerusi dan Terengganu? Adakah itu sahaja kemampuan Anwar? Adakah itu sahaja kebenaran Anwar?
Di PRU 11 semuanya terkubur. Siapakah Anwar? Kebenaran semakin meresapi segala pelusuk hati rakyat yang sebelum ini terpesong dengan kata-kata dusta dan nista Anwar.
Dan sekarang, selepas PRU 12 dengan sombong dan bongkaknya Anwar mengumumkan cita-citanya untuk menjadi PM.
Wahai Anwar, sedarlah anda.
Pilihanraya ini bukan memihak kepada anda. Anda bernasib baik. Mungkin terlalu baik nasib anda itu. Tapi janganlah takbur. Janganlah impikan yang karut. Anda tidak akan mencapainya.
Rakyat Malaysia sudah lama mengenali Anwar. 2 penggal yang lepas Anwar tidak diterima, tiada bezanya sekarang. Apa yang dikecapi pada PRU 12 hanyala kerana si'kurang-cerdik' dan sombong Abdullah. Hanyalah kerana Daulat Tun.
Bukannya saya menyatakan Tun mempunyai keramat, bukannya saya menyatakan Tun mempunyai kuasa, dan bukan pula saya menyatakan Tun setaraf dengan raja, daulat itu hanyalah kebenaran yang menyelinap di segenap benak hati pengundi-pengundi di atas keikhlasan si Tua dan kebiadaban si Sombong.
Dan siapa itu Anwar? Biarlah soalan ini tidak terjawab. Akhir kata kepada Anwar, jangan impikan menjadi PM. Percayalah, semasa pilihanraya kecil nanti (jika anda bukannya pengecut dan berpegang kepada kata-kata) daulat ini akan menunjukkan kebenaran sekali lagi.
Sakam Datuk KJ,
ReplyDeleteVery alarming your issue, is it category 5 now?
Ada juga kedengaran nama KJ juga disebut-sebut sebagai dalang penyumbang dana kepada PKR ( PR) untuk membeli Sabah. Maknanya duit dari BN jugalah melalui komisen yang telah diterima oleh KJ dan kuncu-kuncu sebagai 'broker 5 star' untuk segala urusan projek kerajaan. Kalau betul - MEMANG ADA KEMUNGKINAN KERAJAAN BN AKAN TUMBANG TANPA PILIHANRAYA.
Keadaan ini disokong dengan kenyataan Pak Lah sebelum ini '......prime minister in waiting...' berkenaan Anwar. Apakah perlu ayat seperti ini dikeluarkan? Atau sengaja untuk mengebahkannya oleh KJ melalui pak mentuanya?
Kini kedudukan Pak Lah sebagai PM ditentukan oleh Sabah. Lompatnya orang Sabah - TAMATLAH RIWAYAT BN TERMASUK UMNO. Oleh itu Pak Lah dengan yakinnya manyatakan dia tetap akan bertanding, dengan penyerahan kuasa kita cerita selepas pertandingan. Long way to go.
Kita sekarang menantikan siapakh HERO yang akan muncul menyelematkan dan menamatkan kemelut dalaman UMNO yang cukup hebat ini.
Ketua-ketua bahagian sendiri pun tidak menyatakan apakah ' standing' mereka dalam isu kepimpinan sekarang. Akar umbi 'confuse' dan terus ' confuse'. Kesimpulannya ramai Ketua Bahagian yang ' sayur' rupanya. EGM tak nak buat. Inilah masa untuk menguji kepimpinan dan kematangan Ketua Bahagian sebenarnya. Mereka tidak jelas akan perjuangan mereka. Yang mereka jelas sudah tentu RM.PENGECUT.
Dato' please give your view.
miniclubman
Datuk,
ReplyDeleteThe TRUE and BIGGEST OBSTACLE for the Pakatan Rakyat is NEITHER Abdullah nor UMNO. It is TUN MAHATHIR MOHAMAD. Yes, you got it right! Tun is the biggest sole proven living entity that can bring back SOLIDARITY and MAJORITY to UMNO AND MALAYS. For what wrong he may had done, what joker he may had been seen, what years he may had left; hes the ONE that can still galvanizes such impact, attentions and respects, not just from the Malay but the non-Malay too. That is why, while the Dewan Rakyat is the one Pakatan Rakyat shall be putting all the efforts to; the absolute CHECK AND BALANCE by the Pakatan Rakyat will be on Tun Mahathir Mohamad.
Frankly, i dont see the issue of WHY the current BN's ADUN will jump to the Pakatan Rakyat. While it is true some among them, shared the same disliking view of PM Abdullah; to be TRAITORS and TEST the UNCHARTERED TERRITORY of the Pakatan Rakyat, is something they have to think quite extremely hard. Its not just the aspect of 'WHAT TO COME' and the administration traits etc, being with the Pakatan Rakyat. More so, are the GUILTY CONCIOUSES of them towards the Rakyat that voted for them.
The ONLY WAY for the Pakatan Rakyat to initiate such intention (to win the 30' ADUN), is to get some claws into the Dewan Rakyat, and scratches in some of theirs tactical ideologies and stands that will PROVOKE arguments and different standings among BN members. Once happened, rose above the occasion, playing godfather (and protector) and slipped in the transfer form. Sounds easy but DO BEWARE. The only tactical ideology that may provoked enough situation, is that of the VERY DANGEROUS, TABOO and SUICIDAL Races and Religions attempts. Which i hope, SHALL, WILL AND NEVER EVER ONCE be in mind and deed.
My verdict (of the 30' ADUN):
While the possibility is there, the chances is highly unlikely.
Salam buat semua,
ReplyDeleteTadi saya browse thru' national news-Star online,(15/4/08) terbaca statement SPR chairman yang katanya dia dah relaks sikit sebab 'beruk2' dah tak kacau dia lagi-dah kenyang. Dia masih mempertahankan SPR telus dan bersih. Saya cuba bayangkan keadaan Malaysia sekarang jika SPR betul2 telus - BN mungkin pembangkang agaknya sekarang!
ayahzudengar.blogspot.com
Malangnya masih ada lagi yang mengagungkan Mahathir yang menjadi punca kepada kemelut politik hari ini. Kita perlu meninggalkan rumah yang dah robek dan berhantu, pindah ke rumah baru untuk terus maju. Pakatan Rakiyat adalah hak milik kita semua bersamanya kita menjana kecemerlangan Malaysia yang adil.
ReplyDeleteAsmk datuk,
ReplyDeleteNampaknya semua org mencadangkan perletakkan jawatan Pak Lah. Boleh kah semua masalah ini selesai? Saya rasa penyakit ini tidak semudah itu. Cuba bayangkan jika Pak Lah letak jawatan, apa akan berlaku selepas itu. Saya kurang yakin ahli-ahli UMNO bersatu dgn kukuh. DS Najib bolehkah membawa ahli-ahli bersatu. Bagaimana beliau akan menempis serangan luar (PR) berkaitan keperibadiannya yang panjang bermula dari zaman mudanya- Kahwin dan business sehingga kini. Mungkin beliau tdk bersalah pada kacamata mahkamah (perlu bukti dan sokongan) tapi bagaimana pula hukuman masyarakat (adat dan etika).
Dlm PRU 12 dulu bukannya UMNO yang terhakis tetapi kerajaan. (melayu,cina dan india semua mengalami kemerosotan undi). Jadi UMNO sahaja bukan jalan penyelesaiannya. Keseluruhan kerajaan perlu dibuat penambahbaikan secara cucur, bukannya gimik spt yang selalu berlaku.
Bagi menyelesaikan masalah keyakinan rakyat, peranan jabatan komunikasi korporat kerajaan yang diterajui oleh kem. penerangan perlu berfungsi dgn sebaikkya. Pada penilaian saya, sehingga skrg sekitar 40% sahaja kerja yg sepatutnya dijalankan. Selebihnya adalah pembaziran masa dan wang kerana objektif sebenar penerangan dasar dan perjalanan aktiviti kerajaan tida difahami oleh khalayak. Mereka menyampai tetapi khalayak gagal menerima dan memahami. Ini bkn salah khalayak kerana sumber atau penyampai yg perlu membuat kajian semula setiap aktiviti yg dijalankan. Berkaitan dgn UMNO pula, Penerangan UMNO asyik menyampaikan perkara yg sama disampaikan oleh PM atau TPM. Tiada kreativiti sendiri dlm menyampaikan mesej. Kalau mesej tak sampai, macamana khalayak nak faham dan menghayatinya.
Pelan menangani krisis pula menampakkan tidak diambil peduli atau diremehkan. Tiada persiapan dalam jawatankuasa pengurusan krisis. Semua krisis jangkaan, semasa berlaku dan selepas berlaku tidak dipraktikkan. Jika organisasi yg wujud lebih 50 thn pun masih tiada persiapan menangani krisis, entah apa yg dibuat oleh mereka yg berkecimpung dlm jawatan ini.
Jumpa lagi...
Dato' AKJ,
ReplyDeleteMohon laluan.TKasih.
Saya berpendapat ia boleh berlaku & tidak mustahil.
Untuk mengelakkannya berlaku, DSAAB/PM mesti meletakkan semua Jawatan di dalam kerajaan & parti secepat mungkin.
Punca utamanya ialah Kepimpinan. Kepimpinan di bawah DSAAB lemah.
Saya juga MUSYKIL ??
DSAAB merancang peralihan kuasa selepas pemilihan UMNO pada Disember... dalam masa yang sama, DSAAB akan mempertahankan jawatan presiden UMNO sekiranya ada pertandingan.
Persoalannya, Adakah DSAAB akan meletakkan jawatan sebagai PM disamping itu mengekalkan jawatan Presiden UMNO?
Sekian
Mahkota
Para pembahas diminta berhati-hati. Pastikan fakta dan hujah Sdr/Sdri tepat dan boleh dipertahankan.
ReplyDeleteFakta yang salah boleh membawa mudarat kepada saya sebagai pemilik blog.
Apatah lagi majoriti daripada Sdr/Sdri menggunkan nama samaran.
Fakta mengenai kes mahkamah Anwar, misalnya, haruslah tetap.
1. Anwar sabit kes rasuah/salahguna kuasa.
2. Beliau bebas tuduhan liwat atas rayuan kepada Mahkamah Rayuan dengan undi 2:1.
Justeru itu, saya menolak komen mengenai Anwar yang tersilap fakta.
Ya, saya kenal Anwar. Selama lebih 15 tahun saya "bekerja" dengannya bermula kemasukannya ke dalam Umno pada tahun 1982.
Saya rasa saya cukup mengenali Anwar dalam suka dan duka, dalam persetujuan dan pertentangan dan dalam Umno dan di luar Umno.
Pada 9 Mac, sehari selepas pilihan raya umum, saya menemui Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Sebelum itu saya menemui bekas mentornya, Tun Dr Mahathir.
Jadi, apapun yang saya katakan mengenai Anwar, saya mengatakannnya berasaskan perkenalan dengannya sejak tahun 1982.
Sekadar refleksi --- saya mengenali Dr Mahathir sejak 1964, Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam sekitar tahun 1973/74 dan Muhd Najib pada 1977.
Terima kasih.
Thanks Dato' for your marvelous filtering exercise on facts.
ReplyDeleteMiniclubman
pihak Istana tidak menolak calon MB yg dikemukan oleh PM..malah pihak isatana amat bersetuju dgn cadangan2 itu..namun ada faktor2 yg menyebabkan pihak istana bertukar fikiran..salah satunya ialah angkara hasutan petualang dalam UMNO sendiri yg mahukan calon mereka menjadi MB...contohnya di Perlis.
ReplyDeletePakatan Rakyat boleh cuba 'memancing' untuk uji kesatuan MP BN.
ReplyDeleteContohnya mengusulkan pemberian royalti minyak pada kadar tertentu yang lebih baik kepada Sabah dan Sarawak kerana secara jelas Sabah dan Sarawak agak ketingggalan dari aspek pembangunan.
Tentang berapa persen, itu boleh dikaji.
Tapi kita lihat, samada MP dari Sabah dan Sarawak akan menolak atau tidak hal ini.
Kalau sebelum ini, BN memang terkenal dengan disiplin tidak akanmenyokong usul pembangkang, kali ini kita tengok, mereka sokong atau tidak.
Banyak lagi usul yang boleh dikemukakan untuk menarik MP Sabah dan Sarawak bersama Pakatan Rakyat.
Apakah mereka akan menolak usul-usul yang memberi kebaikan kepada penduduk Sabah dan Sarawak ?
Sama-sama kita saksikan kelak..
Salam Datuk
ReplyDeletePerbahasan yang sungguh hebat, tetapi tidak wajar memberi pandangan mengikut emosi yang akan memberi mudarat akan diri kita secara fizikal dan mental. Jauhilah menyebut nama yang akan meng’aibkan peribadi seaornag itu tanpa bukti yang kukuh.
Cerminkan lah diri kita dahulu yang masih banyak lagi perangai buruk yang mewarisi kita belum dapat de bersihkan sebelum mengata sesaorang (termasuk dirir saya) melainkan secara umum mengenai parti
Berbalik kepada harapan PR menumbangkan BN di Parlimen
Hanya masa sahaja yang akan menentukan apa yang di cakapkan DSAI menjadi kenyataan.
Ini terpulang kepada masharakt Melayu sama ada mereka boleh menerima akan peraliahan kuasa pemerintahan di Parlimen.
Keputusan PRU 12 telah menunjukkan kesediaan masharakat Melayu berhijarah drpd UMNO kepada PR untuk kebaikkan, keadilan, kemakmuran rakyat berbilang kaum adalah satu perubahan yang baik dan pandangan yang wajar dari segi pandangan emosi, spiritual dan mental.
Tidak ada kuasa yang boleh kekal sealama lamanya dan tidak juga mustahil PR akin megambil alih kuasa drpd UMNO di Parlimen dengan Keshena Ilahi.
Food For Thought
It is easy to find faults in others, but much more difficult to look at ourselves and our own faults with honesty. We are often in denial about our own faults; we don't like to see them too clearly. When we genuinely attempt to treat others as we would like to be treated, we become much kinder, more compassionate, and more tolerant. No one wants to be hurt or to be treated unkindly or disrespectfully. And although many of us were taught to treat others as we would like to be treated, we usually insist that others extend this courtesy to us before we do so. We have to reverse this process. If we were the ones to offer love and kindness, even if we didn't always get something in return, we would live in a much loving world.
Be aware of when you are judging others. Try to let go of those judgments, because they are walls between people. Judgments create hostility, while letting go of them allows you to embrace and love others. If you lead with love, others will respond with love.
We can never truly be happy & fair if we are spiritually empty, focused on getting rather than giving. Decisions based on satisfying the ego do not bring happiness, peace, love, or fulfillment. On the contrary, they bring sadness, disappointment, darkness, conflict, and emptiness. There is no room for peace of mind or love in our hearts when the ego is telling us to value anger and hate. The moment we accept the belief that we are victims, fear and anger dominate our lives. When anger seems justified, we can be sure of one thing at least: peace of mind is not our goal.
We don't receive wisdom; we must discover it for ourselves after a journey that no one can take for us or spare us. The ultimate destination of your life path is wisdom. Wisdom is the highest and deepest degree of knowledge, insight, and understanding. It provides you with the broadest perspective on life, its purpose, and the lessons you learn throughout your lifetime. When you find your wisdom, you are living in the light.
Wisdom is not a state to be achieved, but rather a state to be recalled. You arrived on this planet fully equipped with the boundless wisdom inherent in all humans; you only need to access that place within you that connects you to the infinite divine source in order to remember it. Wisdom is not intelligence. It has nothing to do with the level of your IQ or how well you did in school. Rather, wisdom is the highest level of emotional, spiritual, and mental evolution, at which you value intuition as much as information, willingness as much as ability, and inspiration as much as knowledge. It is where you synergize your deepest understanding with your everyday actions.
Wallahu’alam
Datuk,
ReplyDeleteSaya berkongsi sentimen seperti sdr ahmad n ismail. Saya berpendapat jika DSAI bertanding dimana2 pun selepas ini, beliau berkemungkinan akan tewas kerana ramai orang UMNO tidak menyokong beliau. Kami hanya mahu perubahan di pucuk pimpinan UMNO serta memperbetulkan hala tuju jika mampu.
Maaf DSAI, jika awak bertanding di kawasan saya, u won't get my vote.
Salam
Dato',
ReplyDeleteHarapan PR tidak akan tercapai, sebaliknya DS Abdullah akan terus mentadbir negara bagi mewujudkan negara yang lebih telus dan terbuka.
Selain daripada itu DS Abdullah akan meneruskan usaha-usaha membasmi rasuah, penyelewengan dan memperbetulkan sistem kehakimam.
AUKU yang melahirkan mahasiswa lesu juga pada fikiran saya akan dipinda pada zaman DS Abdullah.
Dan banyak lagi 'kerosakkan-kerosakan' yang telah ditinggalkan Tun Mahathir akan di perbetulkan.
InsyaAllah rakyat akan melihat kesan yang baik kepada negara yang akan dilakukan DS Abdullah dan akan menyokong semula BN pada pilihanraya akan datang.
T. kasih
Datuk mohon bertukar fikiran dengan pemuda pelapis,
ReplyDeletePR ada harapan yang cerah dan tidak mustahil untuk mereka merintah dalam masa terdekat ini.
Saya ambil PPSMI yang diperkenalkan pada zaman pemerintahan Tun sebagai isu yang paling baik untuk dieksploitkan untuk PR untuk berjaya. Saya akui melompat parti itu tidak bermoral, tapi kita perhatikan trendnya yang tidak bermoral itulah yang selalu berjaya. Tidak mustahil jika pemerintah yang sedia ada tumbang dengan cara yang tidak bermoral juga.
Dakwa sahaja Maths and Science in English merupakan salah satu faktor pelajar luar bandar hilang minat dan fokus dalam kelas, seterusnya pelajar yang prestasi pelajarannya rendah ini terperangkap dalam masalah sosial. Iyanya sangat logik, sebab kajian di pusat-pusat Juvana memang menunujukakan ada kolerasi antara masalah 3M dan punca mereka terdampar dipusat-pusat seumpama itu.
Nah cari seorang pejuang bahasa untuk meng"deduce"kan korelasi 3M dan masalah juvana, dengan Maths and Science in English juga berkolerasi dengan masalah juvana, tidakkah ini memberikan advantage pada pihak yang menentang pelaksaan Maths & Science in English?
16/4/2008 - Salam Dato
ReplyDeleteSaya hairan dengan sebilangan kenyataan pemimpin Umno iaitu proses peralihan kuasa hendaklah berlaku dengan tertib dan berhemah bagi memastikan parti tidak berpecah belah.
Tetapi semasa pemilihan calon untuk pelihanraya 2008 tak pun dibuat dengan tertib dan berhemah setelah nama yang dicadang telah digantikan tanpa berunding dan menyebabkan BN ada masalah dalaman.
Sekarang bukanlah masa untuk menjadi pupolar dengan komen komen diakbar tapi kepentigan patut di hala kepada cara peralihan kuasa dapat dicepatkan seperti dengan mengadakan meeting tertutup antara pemimpin pemimpin senior dan dengan mandat sebulat suara terus disampaikan kepada pihak yang berkuasa.
Nothing is impossible to achieve. If there is a will there always a way.
Salam Datuk,
ReplyDeleteSemakin jelas bukti bahawa KeADILan dan Pakatan Rakyat adalah parti politik pilihan rakyat Malaysia. Manakala Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin pilihan utama bagi majoriti rakyat Malaysia, Melayu khasnya.
Dengan izin Datok, sila lawat
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
ANWAR IBRAHIM - JELMAAN ISLAM LIBERAL ? - BAKAL PM MALAYSIA ?
ReplyDelete( MEMPUNYAI RENUNGAN MATA YANG HAMPIR SAMA NAMUN DIHARAP TIDAK MEMPUNYAI "WORLD VIEW" YANG SAMA - NAUZUBILLAH !
KENYATAAN-KENYATAAN ANWAR YANG PERLU KITA TELITI MAKSUDNYA.
1. ANWAR IBRAHIM KATA, SALMAN ADALAH "PROFOUND WRITER" BERERTI PENULIS YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG MENDALAM. (Apakah karya Syaitannya itu juga berdasarkan pengetahuan yang mendalam, ANWAR ? )
2. " Let us look at Egypt, for example, who is the great beneficiary of
American aid, second to Israel." ( KEKAGUMAN ANWAR KEPADA "BOSS"NYA...MUNGKIN)
3. "To my mind, it is essential because again, in my limited
experience, with the Islamic Party, we were known to be strong
advocates of Islamic law, even an Islamic state. Now, Islamic state
is no longer on the agenda". ( NEGARA ISLAM BUKAN LAGI AGENDA ANWAR MUNGKIN BERSETUJU DENGAN SAYA KERANA BELUM MENCUKUPI SYARAT - APAKAH PAS BERSETUJU? BAGAIMANA AGAKNYA MASADEPAN PAKATAN RAKYAT? )
4. " AMERICA REMAINS THE STRONGEST VOICE FOR FREEDOM TODAY " . ( ADUH ! ANWAR ! MENGAPA TERSASAR JAUHNYA PEMIKIRAN KAMU).
wahai golongan ANWARIST ! kami perlu penjelasan atas kenyataan-kenyataan ini.
Untuk PAS , hati-hati dalam meniti kemenangan ini.
Satu Pertanyaan, " BUDAYA KAGUM KE ATAS BARAT DAN AMERIKA INI NAMPAKNYA BUKAN SAHAJA MENIMPA ORANG AWAM DAN ANAK MUDA NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM JUGA, TIDAK PELIK KALAU PALESTIN MASIH DIKEROYOK DAN SEANTERO DUNIA HANYA MELIHAT SAHAJA, pertanyaannya, Di mana silapnya?
SIKAP KITA TERHADAP AMERIKA PERLU JELAS. JANGAN BERMAIN KATA DAN "PLAY SAFE" DENGAN AMERIKA. KITA HARUS TERIMA AMERIKA-ZIONIS, ZIONIS-AMERIKA. MESTI ADA TAWALLA DAN JUGA TABARRA...BERSAMA ISLAM DAN MUSLIMIN DALAM MASA YANG SAMA MENYATAKAN PERMUSUHAN KE ATAS MUSUH ISLAM DAN MUSLIMIN.
BERUNDING DENGAN AMERIKA ADALAH SIA-SIA !
WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM TERMASUK MALAYSIA ! PELIHARALAH NEGARA MASING-MASING DARI DICENGKAMI OLEH PENGARUH AMERIKA !
HIDUPKAN SEMANGAT PATRIOTISME AGAMA , BANGSA DAN NEGARA.
Dato KJ,
ReplyDeleteKini UMNO berada di dalam keadaan, 'pi mai' pi mai duk tang tu jugak'. As if no clear action plan to move forward.
Apa kah laluan dan arah UMNO hendak pergi sekarang. Standard Operating Procedures perlu di tangani dan di laksanakan.
Akar Umbi masih tertanya-tanya kedudukan dan ketetapan Bahagian masing-masing. Ada bahagian yang berani saya tidak nafikan. Mudahan niat mereka ikhlas demi kemajuan bangsa Melayu. Maklumat tidak turun ke bawah ke peringkat Cawangan untuk dimaklumkan kepada AJK dan ahli amnya.
Saya tidak faham apa perlunya kita masih perlu menjaga kepentingan periuk nasi sendiri atau kepentingan parti dan bangsa mengatasi segala-galanya.
UMNO adalah warisan pusaka bangsa. Gagal kita mewarisi pusaka ini dengan baik celaka padahnya.Pusaka perlu diselesaikan sebelum menyerahkannya untuk ditadbirkan.UMNO perlu balik ke perjuangan dasar yang perlu diubah dalam konteks semasa. Kini jelas masyarakat melayu sudah lupa siapa mereka yangs sebenarnya.
Hero yang bakal muncul perlu menangani beban besar untuk mencorak kembali orang Melayu .Demi Melayu bersatulah.
miniclubman
Salam Dato' Kadir yang budiman,
ReplyDeleteSaya sendiri semenjak 2-3 hari ini rasa seperti tak sedap hati.
Macam terasa ada 'firasat' mengatakan kerajaan Pak Lah tak mampu bertahan lama.
Kalau Dato' perasan, juak-juak 'mastermind' di tingkat 4, lama dah tak memekak.
Semalam bila menonton 'Nightline' TV3, Najib kelihatan begitu menyerlah. Kenyataan belaiau seperti 'mendesak' secara halus supaya Pak Lah letak jawatan. Mungkin belaiu sedang berfikir-fikir sejuta kali. Takut-takut nasibnya menjadi seperti Anwar Ibrahim.
Atau mungkin Najib sedang merancang satu stratergi baru. Siapa tahu?
Kumpulan Tingkat 4, sedang menggeletarrr...
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteIts the 1st time commenting in ur blog sebab tertatik dengan comment PUREHADHARIST diatas..but Im an avid reader of your blog.
Datuk...Banyak betul golongan2 baru di Malaysia nie yerk.....HADHARIST,ANWARIST...etc..
Saya tak tahu apa itu semua, sebab saya orang Islam, tapi untuk seseorang memberi penjelasan untuk satu rangkaikata atau petikan daripada satu teks ucapan yang penuh adalah amat sukar sekali...hanya andaian dan ramalan yang boleh disimpulkan..
kenapa tidak saudara/i PUREHADHARIST menyatakan dimana boleh didapati teks/ucapan penuh kenyataan2 Sdr Anwar tersebut..
Datuk,
Do you agree with me that if you read a book, read it in full. Also if I were to watch a movie, i would never watch it half way through, be it a hindi, malay or tamil movie.
kalau baca sikit-sikit, sana sini dan nak duduk untuk exam, alamatnya dulu mungkin SPM pon saya tak lepas.
saya tidak akan membiarkan ianya berlaku, walau mcm2 mana aspek kelemahan pentabdiran AAB, saya masih beranggapan bahawa PR hanya sekadar sesuai menjadi pembangkang yang kuat utk negara. itu saja.
ReplyDeleteSdr Moderator, antara lain, berkata:
ReplyDelete"Kalau Dato' perasan, juak-juak 'mastermind' di tingkat 4, lama dah tak memekak."
Sebagai "mastermind" mereka bertanggungjawab terus ke atas prestasi hambar BN.
Tetapi saya tidak hairan jikalau ada di antara mereka yang mahu lepas tangan, saling salah menyalahkan atau terjun kapal.
Terima kasih.
Dulu lain, sekarang lain. Walupun Ketua de facto PR, Anwar Ibrahim, mempunyai pengaruh kuat terhadap politik Sabah ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan masih mengekalkan hubungan yang rapat dengan negeri itu, tetapi dalam realiti politik, siapa berkuasa, dia menentukannya.
ReplyDeleteKini, hanya UMNO sendiri dapat menumbangkan UMNO. Musuh dalam selimut. Bahaya.Lazimnya orang baik sentiasa diekploitasi dan diambil kesempatan. Kan Pak Lah orang baik, apa salahnya? Keterbukaan ?
Islam Hadhari? Lepas Anwar dari ISA? atau faktor KJ sahaja? atau tak boleh cari makan?
Is it the grass is greener on the other side of the hill?
Salam Datuk,
ReplyDeleteIzinkan saya turunkan dari mana ucapan Anwar itu boleh didapati untuk Saudara/i Clean.
Sila lihat di wikipedia dan cari speeches by Anwar dalam pelbagai tajuk.
T.kasih.
Salam Datuk,
ReplyDeleteHujah saya mudah. “Saya bukan minat kat Anwar, tapi kita semua perlukan Anwar Ibrahim. Kita semua perlukan pemimpin Melayu yang berani bukan sebab dia ada kuasa tetapi kerana dia ada kekuatan sendiri dan keyakinan peribadi.
Dengan izin Datok, sila lawat
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
AKJ!
ReplyDeleteThe Rakyaat spoke on March 8! After some 25 years of being lied to,cheated, treated like dirt whilst the BN enriched itself,being bullied,arrested,& so on, in one collective ENOUGH, we spoke!
All self respecting MPs, who were voted as individuals, must cross over.No need to be bought.U, the BN MPs have already made your monies. Now is your respect & the AMANAH placed upon U by The Rakyaat! There are about 40 MPs who if they still have the guts to face themselves & The Divine every day,when they awake,who must necessarily cross over! There is no need to worry,the Rakyaat will protect & support U. Cross over as the same party but on the side of PR. Become BACKBENCHERS!The Constitution protects U.85 plus 40 is 125 on the Opposition side!
jeyapalantsmahesan.blogspot.com
jeyapalanmahesan@netscape.net
hangpa nak tumbang ka terbalik ka.. yang penting jangan kacau aku tidoq
ReplyDeleteSalam Datuk KJ,
ReplyDeleteSidang parliament bukan satu arena sukan di mana Ahli Parliamen boleh berlompat-lompat seperti moyet-moyet di atas pokok pisang.
Pada analisa politik saya, jangan kita terperangkap dengan permainan silap mata Anwar Ibrahim semata-mata PR telah dapat menguasai kerajaan di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan. Pada hakikat nya saya tidak yakin bahawa PR akan dapat menambahkan 30kerusi parliamen daripada Ahli Parliamen BN. Seandai nya perbezaan kerusi hanya sekitar 2 atau 3 adalah kemungkinan besar harapan PR untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.
Bangun dan jatuh sebuah kerajaan pada suasana politik Malaysia masakini adalah hanyalah ditangan rakyat dan bukan atas kehendak Anwar Ibrahim mahu pun PR. Pada hakikat nya rakyat pada PRU ke12 hanya sebagai ujian (acid test) kepada gaya berpolitik. Kemenangan PR tidak membuktikan bahawa rakyat mencintai PR, tetapi sebalik nya rakyat telah merajuk dengan egoisme kepimpinan UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan PPP.Hakikat ini menyebabkan politik tsunami yang telah mengakibatkan "kehilangan kuasa mutlak orang-orang Melayu atau ketuanan Melayu"
Cuba Datuk membuat analisa yang lebih mendalam bahawasa nya begitu ramai ADUN dan Ahli Parlimen yang menang adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang berbangsa Cina dan India sahaja. Wakil orang-orang Melayu amat berkurangan jika dibanding dengan wakil Barisan Nasional. Apakah matlamat rakyat yang sebenar nya sehingga lima buah negeri yang begitu kuat dapat ditumbangkan oleh PR pada PRU ke12?
Pertelingkahan dan kacau bilau di dalam UMNO yang akan menghancurkan UMNO itu sendiri. Ini telah berkali-kali disebut oleh berbagai pihak termasuk daripada kalangan UMNO sendiri.
ReplyDeleteLagi banyak pergesaran berlaku dan pelbagai tindakan menuntut Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai PM semakin cerahlah harapan untuk Pakatan Rakyat berkuasa di negara ini, dan setakat ini belum pula ada pihak yang membuat ramalan jika Kerajaan Pusat diambilalih oleh PR, negeri-negeri yang kini dikuasai oleh BN besar kemungkinan akan bertukar tangan. Dalam keadaan ini Negeri Sembilan kemungkinan besar negeri yang awal yang akan jatuh ke tangan PR. Sandainya 4 atau 5 ahli Dewan Negeri berpindah ke PR status Mohammad Hassan bertukar sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sembilan.
Bagaimana pula situasi negeri-negeri yang di bawah PR. Kemungkinannya ialah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di 4 buah negeri - Penang, Kedah, Perak dan Selangor akan bertambah kuat.Ramai ahli UMNO/BN akan menyertai BR.
Jika keadaan ini berlaku dan tidak dapat dielakkan masadepan UMNO akan beransur pudar dan tidak lagi relevan dan menuju kehancuran. Tiada tangisan dan ratapan yang dapat UMNO lakukan untuk mengelakkannya sepertimana juga telah berlaku kepada kuasa besar dunia pada suatu masa dulu antaranya Empayer Rom, Negeri Jerman dibawah Hitler, malahan kerajaan Melayu Melaka dahulu.
Parti komponen Barisan Nasional seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP tentu menyedari hanya masa sahaja yang menentukan berapa lama lagi mereka akan ujud. Suatu yang diluar kemampuan parti-parti tersebut untuk berkuasa semula, dan jalan supaya parti parti dapat terus ujud ialah penyertaan mereka di dalam PR.
Jika andaian ini berlakukan, parti parti BN di Sabah dan Sarawak akan ikut serta.
Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa PR tidak akan bertindak secara drastic untuk ambilalih kuasa Kerajaan Pusat. Ia seumpama buah durian atau nangka yang masak, yang lambat laun akan jatuh juga.
Yang berdebar dan bimbang pengambilan alih kuasa oleh kerajaan pusat oleh PR tentunya tidak lain Mathair Mohammad. Kerana itulah beliau mengharapkan UMNO digantikan oleh pemimpin UMNO lain dan menjadi PM Malaysia yang baru bagi mengelakkan Azizah atau Anuar menjadi PM yang baru.
Sama-samalah kita nantikan.....
Salam Dato' dan semua,
ReplyDelete(Anggota2 UMNO) Tak berhak minta PM letak jawatan(?!)-UTUSAN
KOTA KINABALU 19 April - UMNO tidak berhak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ini kerana pemilihan Abdullah sebagai Perdana Menteri dibuat oleh rakyat, justeru UMNO tidak boleh menafikan hak rakyat.
"Kenapa UMNO menafikan hak rakyat yang pilih Pak Lah sebagai Perdana Menteri dengan memintanya meletak jawatan. UMNO tidak ada hak menafikan kemahuan majoriti pengundi yang mengundi Barisan Nasional (BN) yang tahu Pak Lah adalah Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mengenai isu keselamatan Sabah di sini hari ini.
Menurutnya, adalah tidak sesuai bagi parti meminta Perdana Menteri meletak jawatan kerana semasa pilihan raya lalu, rakyat telah memilih BN yang menjadi parti majoriti di Parlimen.
----------
Rupanya si Nazri ni (selepas lebih sebulan) baru tersedar dari tidur yg amat lena. Gagal mengekalkan 2/3 majoriti dan terlepas beberapa negeri kepada PR bukan signal yg cukup kuat dan jelas lagi bagi Nazri? Adakah Nazri juga akan mengatakan ahli2 UMNO mensabotaj parti sendiri? Atau lebih teruk menuduh semua orang Melayu khianat terhadap UMNO yg kononnya selama ini membela masyarakat Melayu dan negara?! Diri sendiri tak pernah dan selamanya tidak bersalah tetapi rakyat yg salah dan bertanggungjawap kesemuanya?
Dalam kenyataan lain, Hishammuddin sedang betungkus-lumus menepis dan mengelak tikaman2 yg mengarah kepada Pemuda tentang ulasan Khairy mengenai keris keramat UMNO. Sampai bila? Sampai Perhimpunan UMNO hujung tahun inikah? Tugas yg mencabar dan payah tu! Kita pun tahu, bukan baru sekarang ada pendekar UMNO menikam pembesarnya dari belakang begini.
Rupanya masih ada pemimpin UMNO yg belum sembuh drp sindrom penafian yg amat konik!
Y Bhg Datuk,
ReplyDeleteSaya telah membaca komen-komen di dalam ruang Datuk "Apakah Harapan PR Menggulingkan BN Di Parlimen" dan saya dapati komen-komen ini berbelah bagi. Ada yang kata PR boleh ambil alih dan ada yang kata boleh dengan bersyarat.
Pada pandangan saya ketika ini amat mustahil untuk PKR menggulingkan BN di Parlimen. Alasannya mudah, pertama PKR tidak ada 2/3 majoriti dalam Parlimen dan tidak akan dapat majoriti tersebut., kedua percubaan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan MP BN di Semenanjung Malaysia to cross over to PR gaggal. Jadi apa lagi strategi yang ada pada Anwar Ibrahim melainkan hanya menyatakan mempinya bahawa PR akan ambil alih kerajaan tidak lama lagi dan dia ialah ”PM in waiting”, berlagak seperti ”Enemy At The Gates”. Ini cuma cara Anwar Ibrahim untuk syok sendiri. There is nothing more for him to say or to convince the rakyat that PR is going to take over the Government and the sleek talker Anwar Ibrahim shall never become the new PM.
Kita semua tahu apa agenda Anwar Ibrahim sebenar. Dulu semasa dalam BN tak pernah cakap mengenai reformasi. Sekarang sudah tersingkir daripada BN cakap fasal reformasi.
Saya bukan orang politik ataupun penyokong mana-mana kumpulan politik sungguhpun saya memberi sokongan kepada kerajaan yang menang dan memerintah. Itu yang sepatutnya dilakukan oleh semua rakyat ketika ini dan bukan cuba mempechahbelahkan masyarakat dengan kata-kata yang pahit terhadap BN seperti ketika ini sedang berlaku di dalam blog-blog anti kerajaan BN. Keputusan PRU12 sudah ternyata dan Kerajaan pada peringkat negeri dan Negara sudah dibentuk. Tiada lain lagi kita sebagai rakyat yang berdisiplin perlu bertindak melainkan memberi sokongan dan bantuan kepada kerajaan yang wujud dan memerintah supaya keseluruhan jentera negara dapat bergerak dengan licin semula bagi menjalankan pembangunan dan mencapai kejayaan.
Janganlah kita nak mengapi-apikan bahawa BN akan tumbang dalam tempoh 100 hari dan PR akan memerintah. Ketika ini semua itu sudah tinggal hanya sebuah mimpi kosong.
Dato', Sdr cucu adam dan semua,
ReplyDelete"Dalam keadaan ini Negeri Sembilan kemungkinan besar negeri yang awal yang akan jatuh ke tangan PR. Sandainya 4 atau 5 ahli Dewan Negeri berpindah ke PR status Mohammad Hassan bertukar sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sembilan."
# Kalaulah kerajaan N.Sembilan bertukar tangan dalam masa terdekat ini, sayalah orang pertama yg akan bertepuk tangan sekuat-kuatnya. Negeri saya ini telah terlalu lama "menderita" selama si Mat Isa berkuasa dahulu. Ramai org N.Sembilan menganggap beliaulah "champion" Melayu-Islam pertama penternakan babi dlm negara ini. Dalam masa yg sama membiarkan sawah bendang diserata negeri menjadi tanah terbiar (yg luas keseluruhannya dipercayai hampir sebesar negeri Melaka) dan menjadi tempat pembiakan dan berkubangnya babi hutan. Kalau tidak percaya, tanyalah pemburu2 babi bangsa Cina di Kuala Pilah - berapa banyak babi hutan yg telah mereka tembak selama Mat Isa berkuasa? Bendang milik keluarga saya sendiri menjadi tempat berkubang binatang ini sehingga harimau yg biasanya mencari makan di atas bukit, turun dan masuk ke dalam kampung mencari babi2 hutan ini! Tak berani keluar org kampung saya sebaik sahaja waktu Maghrib pada masa itu. (Jadi, jangan kata kami tidak kenal si Mat Isa ni, jalan denai ke rumah beliau sendiri pun tak pernah ditar semula! Satu-satunya perkhidmatan bas (Syarikat Seri Menanti) pun gulung tikar tak lama dahulu. Tinggallah penduduk sekitar "circle route" Kuala Pilah-Senaling-Seri Menanti tanpa perkhidmatan bas, mengharap "teksi sapu" dan tinggal dalam keadaan seperti sebelum Perang Dunia ke-2 sampailah sekarang! Rakan2 yang mati akibat "overdose" mengambil dadah pun dengarnya bertambah setiap tahun. Bukan niat hendak syok-syok berkongsi pengalaman di sini - THIS IS REAL AND THE SITUATION IS SICKENING!!!). Kami tengah perhatikan, apa yang "pendekar penikam belakang" si Khairy boleh buat untuk Rembau apabila menjadi YB baru-baru ini - boleh atau tidak dia menukar tanah bendang terbiar di Rembau menjadi "padang-padang golf" atau ladang-ladang yang berhasil tinggi dan berkualiti nanti. Bukankah beliau "bijak" dan berkelulusan Uni.Oxford? Saya percaya, org Rembau khasnya maupun rakyat N.Sembilan tentulah mengharapkan perubahan dan pembangunan yg "berkualiti Oxford" di sana.
# Heran...di zaman itu, mengapa semuanya seperti tiada apa2 yg berlaku walaupun tiba2 nama Bkt Pelanduk menjadi masyhur seMalaysia? Mengapa kisah babi era Mat Isa itu tidak sehebat dan sepopular kemudahan penternakan mega babi tinggalan Khir Toyo untuk kerajaan semasa Selangor sekarang? Maaflah UMNO/BN, saya bukan salah seorang bangsa Melayu yg mudah lupa!
p.s.: Kepada Sdr zahliah yg berkata..."Pada pandangan saya ketika ini amat mustahil untuk PKR menggulingkan BN di Parlimen."...Bagi saya selama ini pun orang Melayu terutamanya anggota2 UMNO/BN amat optimis dapat merampas Kelantan, (walaupun Daim pernah memberi amaran awal) mereka "percaya" tak akan ada negeri yg lain (terutama Selangor) jatuh ke tangan parti pembangkang dan tidak pernah terfikir gagal mengekalkan 2/3 majoriti di Parlimen....tetapi semua "yang amat mustahil" ini telah pun ditakdirkan berlaku pada 8 Mac lepas. Berdasarkan semua ini, tidak lagi amat mustahil "perkara2 pelik" lain boleh berlaku pada bila2 masa selepas ini. Saya ini amat yaqin dengan kalimah "Kun-faya-kun"!
Thanks to anakbuah (Nazri Yusof) for the support that I commented in this blog, especially with the regards to the possibility that the State Government of Negeri Sembilan may soon be taken over by the Pakatan Rakyat. The possibility that it will happen is real, and all it needs is just for 4 BN State Assemblymen to cross the floor. It is a known secret that the current MB is unpopular even among the UMNO members, and they are just waiting the right signal to overthrow Mohammad Hassan as Negeri Sembilan MB.
ReplyDeleteWhat Nazri said that large areas of padi fields in Negeri Sembilan is currently not utilised to the maximum, and are the homes to wild pigs/boars, snakes and monkeys, and they could be seen even in broad daylight in the villages along the main roads in the state. They are really a nuisance to the kampung people to the extent whatever are planted would be completely destroyed by the pigs/boars and even killing chickens and ducks. They were cases of people been killed by these animals.
It is left to be seen if something could be implemented to arrest the problems mentioned. I am sure this is not an isolated case happening in Negeri Sembilan only but could also be true in other states as well.
The Scribe,
ReplyDeleteLet see if the Pakatan Rakyat can run the 5 states well...Now they are asking a Gerakan chinese 'ingrate' to run PenangInvest and PDC. Why do not this 'ingrate' just stop being a Gerakan ahli or is it Gerakan is no more in Barisan Nasional?
Yes, Scribe, I agree with YB Rembau that BN as it is is irrelevant. That is an open secret, Scribe, and you know it, too.
Salam,
ReplyDeleteSemua post menceritakan benda yang sama i.e BN,PR (termasuk hal perihal ketua masing2)...Adakah begitu susah untuk mnggulingkan sesuatu kerajaan yang telah lama memerintah dan digantikan dengan kerajaan baru?
Dapat dilihat bahawa rakyat Malaysia masih berbelah-bagi untuk memilih kerajaan pemerintahan pada masa sekarang...Macam-macam cerita telah digembar-gemburkan, penipuan, kutuk-mengutuk, sindir menyindir dan bilakah semua benda2 akan berakhir...Boleh saya katakan kita masih tidak dapat satu suara untuk memilih satu kerajaan yang mempunyai sokongan yang dominan..
Mungkinkah corak pemilihan parti pemerintah dinegara ini seperti yo-yo...?Mungkin untuk masa sekarang 5 negeri berada dibawah pemerintahan PR dan bagaimana pula selepas ini..?Adakah ianya akan kekal atau pun jatuh ketangan BN sekali lagi? Saya merasakan kempen yang telah dibuat masih belum cukup untuk 'brainwash' para pengundi untuk cuba menjadikan pihak Pembangkang mentadbir negara.
Kita masih tidak dapat mengubah keadaan politik di negara ini seperti berlaku dinegara luar yang secara khususnya menyingkirkan pihak pemerintah turun dari kerusi pemerintahannya secara mutlak...
Tidak dinafikan penulisan dari akhbar tabloid masing saling keji-mengeji bagaikan semuanya tak setuju apa yang dicadangkan diantara kedua-dua pemerintah PR & BN..Bukankah ini dah menyusahkan perasaan masing2 seperti masih tidak berpuas hati terhadap apa yang diperolehi. Ini wujud akibat wujud 50-50 pemerintahan parti kerajaan dan pembangkang...
Saya 'guarantee' perkara ini akan berlaku pada pilihanraya yang akan datang....
Bagi ketua-ketua parti, teruskan usaha anda...
Athlone,Ireland
Assalamualaikum Datuk,
ReplyDeleteBN perlu sedar akan hakikat ini. Kepimpinan PR sedang berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai matlamat ini.
Pada dasarnya, BN perlu memperbetulkan keadaan sekarang dan kemungkinan PM perlu memenuhi kehendak parti komponen di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan yang kuat adalah kerajaan yang mendapat kepercayaan penuh masyarakat. Pemimpin yang bijak adalah pemimpin yang peka kepada keadaan masyarakat.
Wasalam
http://faizal-kamaldin.blogspot.com
Salam,
ReplyDeleteSaya menyokong pendapat saudara Zazliah..ternyata kita semacam ada kesepakatan...
Yang dah lepas tu biarlah berlalu. Jangan lah asik nak berangan jer..tunggu je la 5 tahun lagi..Kalau nak buat 'full swing' atau 'take over' tu biarlah bersungguh-sungguh...jangan lah ade lagi pemerintahan 50/50...
Ireland
Aslmkm,
ReplyDelete"Berani kerana Benar, Takut kerana Salah"
Fikir-fikirkan ungkapan ini.
Terima kasih.
sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga,,
ReplyDeletePKR ...
walaupun matlamat itu baik dan murni.. INGAT.. matlamat tidak menghalalkan cara ..
fikirlah sedalam dalamnya apa yang anda dapat akhirnya jika menyokong B.N dan jika menyokong PKR ... apa kesan kepada SEMUA rakyat malaysia..
Jangan kerana tak dapat itu, tak dapat ini, masuk pembangksng.. cukuplah sekali pengajaran ni kpd mereka yang tak tahu diuntung..Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. FIKIR FIKIRKANLAH,, RENUNG RENUNGKANLAH...
anak kecil main api..
terbakar hatinya yang sepi..
airmata darah.. bercampur keringat..
maruah pribadi dah hilng..
nenek moyang kaya raya..
tergadai seluruh harta benda..
akibat sengketa sesamalah kita..
bumi dipijak milik orang..