Friday, April 11, 2008

Umno Kedah, P Pinang Mahu PM Berundur?

A Kadir Jadsin

[Versi Yang dirombak, 12 April]

TAJUK berita utama Utusan Malaysia hari ini: Johor sokong PM. Pendirian tidak berbelah bahagi pada pemilihan Disember ini – Ghani.

Tajuk berita kolum atas: Abdullah akui ada pemimpin Kedah, PP mahu beliau berundur.

Tajuk berita kolum tepi: PM, Najib bincang pelan peralihan kuasa- Muhyiddin.

The New Straits Times: All 26 Umno divisions in Johor pledge support for PM…… (Kesemua 26 bahagian Umno Johor ikrar sokong PM…..

Petikan NST: “I admit that I was one of the causes for BN’s poor showing in the elections, but I am not going to step down until I’ve put things right.”

(Saya mengaku saya adalah salah satu punca pencapaian buruk BN dalam pilihan raya lalu, tetapi saya tidak akan mengundurkan diri sehingga saya memperbetulkan keadaan.)

Petikan NST lagi: “I refuse to run away from my responsibility…… (Saya enggan lari daripada tanggungjawab saya……)

Baca, fahami dan buatlah kesimpulan sendiri. Selamat berfikir.

[Posting Asal]

[TERTAKLUK KEPADA ROMBAKAN DAN PEMBETULAN] -- KHABAR awal yang belum disahkan menunjukkan Umno Kedah dan Pulau Pinang mahu Presiden mereka, Abdullah Ahmad Badawi, mengundurkan diri secepat mungkin kerana kekalahan teruk parti itu pada 8 Mac lalu.

Mereka juga menyalahkan Ketua Perhubungan dan Timbalan Ketua perhubungan negeri masing-masing dan mahu mereka turut mengundurkan diri.

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous tidak akan dilayan. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

Khabarnya, percubaan beberapa orang pemimpin bahagian mempertahankan Abdullah telah diejek (diboo) oleh yang hadir.

Semua ini berlaku ketika penyiasatan pasca-pilihan raya diadakan di Kedah dan Pulau Pinang semalam (10 April) dengan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak.

Turut mewakili Majlis Tertinggi dalam perjumpaan itu adalah Naib Presiden Muhyiddin Yassin dan Mohd Ali Rustam, Ketua Wanita Rafidah Aziz, Setiausaha Agung Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Penerangan Muhammad Muhd Taib, Ketua Puteri Noraini Ahmad and Ketua Putera Abdul Azeez Abdul Rahim.

Antara keputusan dan pandangan lain yang dikatakan terbit daripada biopsi (saya sengaja tidak mengguna pakai istilah bedah siasat (post-mortem) sebab Umno tidak mati atau belum mati) itu adalah:

1. Abdullah wajar diberikan masa dan kaedah pengunduran yang terhormat;

2. Pengunduran diri beliau sebagai ketua parti dan ketua kerajaan perlu berlaku sebelum perhimpunan agung dan pemilihan Umno Disember ini;

3. Mohd Najib dicadangkan sebagai calon Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden tetapi tidak menghalang orang lain daripada dicalonkan; dan

4. Tidak menyekat kegiatan atau menyerang bekas Presiden dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, menurut laporan laman berita bebas Internet, Malaysiakini, sesetengah wakil bahagian menyebut bahawa selama 22 tahun pemerintahannya, Dr Mahathir “tidak pernah menyebabkan BN dan Umno kalah seteruk pada pilihan raya baru lalu.”

Sementara itu, sumber-sumber lain yang rapat dengan Umno mengatakan bahawa Persatuan Bekas-Bekas Wakil Rakyat Umno (Mubarak) dan Kelab Bekas-Bekas Menteri Umno juga sudah menghantar petisyen meminta Abdullah mengundurkan diri daripada memimpin parti dan negara.

95 comments:

  1. Anonymous12:20 PM

    Dato'

    It is still sound too good to be true for me.

    ReplyDelete
  2. Salam sekali lagi Dato'...

    Apa yang berlaku itu sebenarnya dari awal lagi telah dijangkakan. Usaha Najib mengetuai rombongan menyiasat dan menjelaskannnya pun hanya sia-sia sahaja.

    Semasa pengumuman ke arah usaha tersebut sudah boleh diramal apa yang bakal terjadi seterusnya... dan seterusnya...

    Sama-samalah kita semua tengok dan lihat perkembangannya dari semasa ke semasa.

    Yang harus "BERUNDUR" bukan sekadar PAK LAH seorang sahaja tetapi NAJIB pun kena "IKUT BERUNDUR" sama berserta ramai lagi KAKI-KAKI AMPU YANG HEBAT seperti...

    ZAHID HAMIDI...

    MUHAMMAD MUHD TAIB...

    SHAHRIR SAMAD...

    TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR...

    dan beberapa lagi yang sewaktu dengannya...

    PEMUDA PELAPIS - KLIK UNTUK RUJUK ARTIKEL BARU

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:08 PM

    Dato',

    Alangkah bagus andai ianya benar, nampaknya hanya THE STAR yang 'ada kekuatan' untuk siarkan berita ini dengan 'coverage' yang agak besar juga. Yang lain-lain agaknya masih 'cuba buat-buat' tiada apa apa berlaku.

    Sebenarnya bagis aya sennag saja nak tengok sama ada AAB ini masih dikehendaki atau tidak. Pergi saja dengar borak-borak orang ramai di ekdai kopi, pusat membeli belah, masjid, surau, pagar-pagar sekolah ketika menunggu mengambil anak-anak balik sekolah dan di mana jua tempat masyarakat berkumpul, saya jamin bahawa 90% orang ramai sudah tidak suka sama AAB...

    Tidak percaya, pergilah cuba-cuba meninjau ;)

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:15 PM

    Dato,

    In my opinion, Muhyiddin seemss better than Najib for PM post.

    Could Dato' please write more about Muhyiddin so we can evaluate whether he will make a better PM than Najib?

    Najib's wife is very frightening and lots of people do not have good perception of her. Is Muhyiddin's wife possessing better image? It is important for our next PM's wife is 'good'.

    Thanks.

    Banana.

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:30 PM

    Tunggu cerita dari Johor...

    ReplyDelete
  6. Anonymous2:42 PM

    Scribe Dato,

    Betul ke ni? Ramai yang nak sedekah pisang ni!! Kalau dia blah, bagaimana dengan konco2 dia di Tingkat 4, Balai Berita Jln Riong, Fox Communications dan beberapa mangkok ayun lain? Kalau kepala dah reput, badan pun turut serta.

    Kawan

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:44 PM

    YBhg Dato',
    Pakatan Rakyat akan mengalami kerugian besar sekiranya Pak Lah Berundur....tahniah pada Umno Kedah dan Penang.....kerana begitu berani bersuara demi kebaikan Umno masa hadapan.

    Helang79

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:56 PM

    Dato'

    I believe that this is relfective of the sentiment on the ground. I have relatives up in Penang who had been staunched supporter of UMNO with the father being JKKK and the children being actively involved at both the the Branch and Division level. The comment that I have been hearing is come GA "kami tak main dah lepas ni ketuk ketuk pintu. Nak pilih calun yang qualified je."

    I do not really blame them either as one of the children went through a horrifying experience where she had worked in a local council and discovered hanky panky and was later harrassed by UMNO appointed YDP for her expose and threatened with ACA investigation and subsequently transferred to a cold freezer department.

    This is just one incident. Imagine..this family has in laws, relatives, friends and acquaintances. You honestly they are going to keep their mouth shut?

    Mulut buyong bolehlah ditutup.... So much damage...

    Keturunan Jebat

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:01 PM

    Datuk,
    Beberapa hari ini kami sekeluarga tidak berapa minat membaca suratkhabar, entah mengapa. Mungkin kerana tiada perkembangan yang terbaru kecuali kecaman kepada TDM, En Karpal pun masuk sama, entah mengapa. Jadi apabila membaca khabar berita yang belum disahkan ini maka hati kami berdetik, adakah ini benar2 belaku?
    Ayah saya kata 'Sabar tu separuh dari iman'. Insyallah.

    Salam

    ReplyDelete
  10. Dato'

    Pada pendapat saya, dengan cara menekan Pak Lah untuk berundur pada masa sekarang adalah langkah yang kurang tepat. Banyak lagi pendekatan yang kita boleh ambil untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita tidak tahu adakah bakal PM yang akan menggantikan Pak Lah lebih baik daripada Pak Lah. Belum tentu mrk yang menyuruh Pak Lah berhenti boleh mentadbir kerajaan dengan lebih baik. Ini jelas dilihat di Selangor contohnya, dulu bila org PAS tidak ada jawatan sibuk kutuk kerajaan negeri Selangor bermacam2 isu. Tapi bila sudah berkuasa benda yang haram pun boleh diluluskan. Jadi, biarlah Pak Lah dan rakan2nya menyelesaikan masalah ini. Pada saya, pergolakan dalam Umno ini sengaja diada2kan, saya yang merupakan ahli akar umbi tidak melihat pergolakan ini berlaku, tetapi di dada akhbar, blog2 bermacam yang kita dengar. Seperkara lagi, kenapa kita perlu kaitkan Pak Lah dengan KJ yang dikatakan dibelakang tabir kerajaan Pak Lah, kita tidak ada bukti2 yang jelas yang menunjukkan beliau terlibat dalam menyusun calon2 PRU12. Ini hanya persepsi mrk semata2. Jadi, kita kena pertahankan kepimpinan Pak Lah, lagipun Pak Lah bukannya nak jadi PM untuk 20 tahun.

    ReplyDelete
  11. A.kum Datuk,

    1. Sepatutnya dalam setiap 'Post Mortem' yang dihadiri oleh Datuk Najib dan rombongannya itu ialah mencari satu jawapan yang penting iaitu..'Siapakah Pembunuh Umno' yang sebenarnya?

    2. Adakah Pembunuhnya ialah Pak Lah, Ku Li, Anwar atau Mahathir?

    3. Bagi saya walaupun Dr. Mahathir boleh berbangga selama 22 tahun pemerintahannya tidak pernah kalah seteruk PRU-12 baru-baru ini...tetapi adakah dia sedar bahawa Umno semasa dibawahnya hanya ibarat seperti 'Jasad yang sudah tidak bernyawa' lagi?

    http://www.penyokong-kj.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Well, even if it's true, like it or not, there's a strong sentiment out there which is in the favour of Abdullah Badawi to step down.

    Come to think of it, it's true what they say, BN has never lost at this magnitude before. So, something is wrong somewhere. The first place to look for is, well, at the helm.

    ReplyDelete
  13. Anonymous3:23 PM

    Semoga Allah membukakan hati Dato' Sri Abdullah utk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia secara terhormat. Amin.

    ReplyDelete
  14. Anonymous3:26 PM

    Alhamdulillah, jika apa yg diberitakan ini benar.

    Tahniah UMNO Kedah & Pulau Pinang kerana berani menyuarakan kehendak akar umbi.

    ReplyDelete
  15. Anonymous3:33 PM

    Y.Bhg.Dato',

    Masalahnya, Pak lah and The Gang akan tuli dan tidak pedulikan desakan tersebut. Apa yang PL & The Gang (masterminded by KJ) lakukan ialah menghantar intelligent (perang saraf & sogokan) mereka ke setiap cawangan UMNO di seluruh negara bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan ahli akar umbi terhadap PL & The Gang.

    Startegi mereka dengan menggunakan SWOT analisis.

    Kekuatan - Parti UMNO itu sendiri. Itulah satu-satunya strength yg PL ada sekarang ini. UMNO merupakan vehicle utama bagi PL mengekalkan kuasa sebagai PM. Mereka sekarang sedang menyerang dan melobi seluruh cawangan dan bahagian. DI samping itu, Kekuatan sampingan ialah, Anwar, Karpal Singh and Kit Siang. Mereka ini akan cuba menyokong dan mempertahankan Pak Lah. Sebabnya, kalau anda seorang yang analatikal, anda mesti tau sebabnya. Jadi PL akan utilize sepenuhnya kekuatan yang beliau ada sekarang ini

    Kelemahan - Kelemahan Pak Lah & The Gang ialah SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Rakyat bawahan dan ahli UMNO akar umbi secara total memang telah menolaknya. Tapi rakyat tiada ruang menzahirkan protes mereka sebab orang-orang kanan UMNO yang lain BACUL dan PENAKUT. Harapkan blog, majoriti rakyat luar bandar tidak baca blog. Sebab itu PL, KJ n The Gang masih berani tidak mengendahkan blog ini. Kita, urban people, memang sudah tau segalanya, tapi orang kampung?

    Peluang - Peluang yang PL ada ialah tempoh 6 bulan sehingga Disember nanti. Hari ini PL dah buat ketetapan sistem kuota dikekalkan. Orang KJ dah menyelusup seluruh cawangan dan bahagian. Jadi kalau orang2 UMNO yang against PL tapi penakut nak bersuara, jangan haraplah, lepas 2 bulan ni, Pak Lah akan kembali strong seperti sediakala.

    Ancaman - Ancaman utama PL ialah beberapa golongan ahli UMNO yang berani bersuara secara terbuka. Tajudin, Ku Li, Sanusi Junid dan of course Mahathir. Sebab itu PL dah mula lakukan serangan peribadi ke atas TDM. Kerana TDM adalah ancman utama PL ketika ini.

    Jadi seluruh ahli UMNO. Anda sudah tiada masa lagi, bertindak lah sekarang jika anda ingin perubahan berlaku dalam UMNO. Anwar telah menyatakan sokongannya kepada Pak Lah (Dengan mengumumkan tidak akan mengeluarkan usul tidak percaya di Parlimen).

    Ingat, apa yang TDM kata hari ini di akhbar STAR. Pakatan Rakyat adalah merupakan conspirator. Dan Conspirator itu turut membabitkan kerjsama dengan PAk LAh.

    UMNO........! (dengan nada jeritan) tologlah bangkit sekarang. jika Pak Lah terus dikekalkan, pilihan raya akan datang akan dikuasai Conspirator dan UMNO akan pupus lama kelamaan. KJ adalah petualang Melayu yang sebenar di sebalik semua kemelut ini.

    Tolong sebarkan tulisan saya ni kepada semua ahli akar umbi dan orang kampung.

    -Aku Sayang UMNO(Melayu)-

    ReplyDelete
  16. takut cakap tak serupa bikin jer Dato'.....

    ReplyDelete
  17. Anonymous4:08 PM

    Dato KJ,

    Sudah terang, lagi bersuluh.

    Jadi sudah tiada lagi mandat terutama dari bahagian P.Pinang sendiri.

    Kalau orang negeri sendiri pun dah tak percaya, undur Lah sementara ahli masih ada adat dan sopan lagi.

    Jangan sampai tunggu nak dipaksa
    dan dicampakkan dari tahta hanya nak menjaga periuk nasi kaum kerabatnya.

    ReplyDelete
  18. Anonymous4:20 PM

    Datuk,

    Memang benar, dizaman Tun Mahathir UMNO masih lagi dihormati rakyat walaupun berlaku pemecatan Anwar Ibrahim tetapi beliau mampu memindahkan pandangan rakyat. Tun Mahathir adalah pemimpin yang sukar di cari tandingannya.

    Pada awal pelantikan Pak Lah sebagai PM oleh Tun rata-rata rakyat tidak yakin kemampuan beliau dan itu telah terbukti dengan keputusan pilihanraya yang mengejutkan. Sebelum ini kita tak pernah terfikir BA boleh menjadi Gov State selain Kelantan.

    Islam Hadhari yang di perkenalkan seolah-olah tak ada makna. Dan lebih teruk lagi apabila Perkampungan Hadhari tak ubah macam pesta jom heboh (yg dikatakan oleh sesetengah alim ulama sebagai haram). Sungguh mengelirukan.

    Kalau Tun dgn Wawasan2020 apakah paklah perlukan tag Islam Hadhari (spt pelajar AF pula).

    Kalau pengunduran itu sesuatu yang membawa faedah jangka panjang maka ia adalah wajar untuk pemimpin tersebut berkorban kedudukan. Bukankah mereka berslogan utamakan parti? Inilah masanya untuk buktikan. Maka bersedialah disingkirkan jika rakyat sudah tidak sudi (seperti pelajar AF jugakan).
    Tapi saya percaya pengorbanan untuk parti adalah sesuatu yg sukar utk berlaku..?...Percayalah.

    ReplyDelete
  19. Dato'
    Antara kelemahan besar UMNO adalah gagal mengenalpasti 'root cause'. Pak Lah memang lemah tapi bukan punca utama. Alahai.....

    Khairuddin Ibrahim

    ReplyDelete
  20. Kemerosotan perestasi BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu telah diambil kesempatan oleh bekas PM yang lalu, Dr. Mahathir Mohamad, untuk menyalahkan Pak Lah di atas kemerosotan itu.

    Mahathir mempunyai agenda yang belum selesai, tetapi beliau terpaksa meletakkan jawatan secara sukarela bila diganyang bertali arus oleh pendemonstrasi reformasi dan menerima isyarat protes yang jelas dari rakyat pada pilihanraya umum tahun 1999 dengan merosotnya undi orang Melayu kepada BN.

    Mahathir telah cuba menutup segala kesalahan yang dilakukannya sepanjang 22 tahun beliau memerintah dengan meletakkan segala kesalahan itu atas bahu Pak Lah.

    Itulah cara Mahathir, menutup kesalahan dengan kesalahan lain. Akhirnya cara itu jugalah yang telah memakan dirinya, yang membuatkan beliau kehilangan kuasa. Bila kesalahan telah menjadi bertimbun seperti bangkai gajah pasti tidak akan dapat ditutup lagi.

    Kita kena ingat Mahathir mempunyai agenda yang belum selesai. Dia tidak akan duduk diam selagi agenda beliau tidak tercapai.

    Mahathir pandai berkata-kata, walau nampak lurus tapi katanya berbelit, siapa mendengar pasti terpesona, tidak ada orang yang mampu berhujah dengannya, akhirnya jadilah dia pemimpin yang autokratik. Tidak ada orang yang berani menyanggah cakapnya. Kalau ada yang berani menegur, alamat tidak akan dapat naik ke atas. Akhirnya barisan kepimpinan UMNO dipenuhi oleh pengampu-pengampu beliau sahaja.

    Secara ‘sistematik’ beliau telah menguasai badan perundangan dan kehakiman, dan juga secara terancang telah menguasai semua media perdana, pentadbir agensi-agensi kerajaan dan universiti-universiti awam, termasuk juga badan suruhanjaya pilihanraya.

    Apa yang beliau lakukan itu sangat menyimpang jauh dari amalan demokrasi, beliau menjadikan demokrasi hanya sebagai topeng sahaja,

    Dari masa ke semasa dijemputlah ahli-ahli akademik yang dianugerahkan gelaran professor bagi membincangkan kehebatan manusia yang bernama Mahathir dan projek meganya di media-media elektronik dan akhbar perdana.

    Sehingga telah tertanam dalam benak fikiran orang Melayu dan rakyat Malaysia ketika itu, tidak ada orang lain yang boleh menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia. Malah lebih ekstrim lagi, ada orang yang percaya Malaysia akan jatuh miskin kalau Mahathir turun dari jawatan PM. Pernah di satu ketika dulu, Rafidah Aziz hampir jadi histeria bila Mahathir mengacah hendak letak jawatan.

    Mahathir secara terang menolak demokarasi ala barat, beliau sering menegaskan demokrasi mestilah mengikut acuan kita. Tapi yang jelasnya bukan acuan kita tapi acuan beliau sendiri.

    Tidak hairanlah kalau pemilihan dalam UMNO telah menggunakan sistem kuota, kerana itulah demokrasi ciptaan atau acuan Mahathir.

    Apabila ada orang melabelkan beliau sama seperti diktatator, secara sinis beliau menjawab, beliaulah satu-satunya diktator yang ada di dunia ini yang dipilih melalui proses demokrasi. Memanglah betul melalui proses demokrasi tetapi melalui demokrasi acuan beliau sendiri.

    Mahathir telah menyuburkan budaya ampu, calon-calon BN yang bertanding untuk menjadi Wakil Rakyat atau Wakil Parlimen bukan lagi berdasarkan orang disukai rakyat tetapi berdasarkan orang yang disukai Mahathir.

    Letak tunggul pun sebagai calon, pasti akan menang asalkan tunggul itu disukai oleh Mahathir. Rakyat ketika itu sudah menjadi macam lembu yang langsung tidak boleh berfikir.

    Walaupun barisan kepimpinan yang berada disekeliling Mahathir ketika itu sering dikaitkan dengan perkara-perkara salah laku dan tak bermoral seperti rasuah, kaki perempuan dan terlibat dengan jenayah, tetapi tidak pernah dilakukan siasatan atau pendakwaan selagi mereka patuh kepada telunjuk Mahathir. Kalau pun terpaksa disiasat, Mahathir akan kata kepada rakyat, seseorang itu tidak boleh disabitkan kesalahan selagi dia tidak diputuskan sebagai bersalah oleh ‘Makamah Malaysia’.

    Akta rahsia rasmi telah digunakan untuk menangkap orang yang memberitahu ada orang yang membuat salah. Akhirnya bukan pencuri yang ditangkap tetapi orang yang memberitahu ada orang mencuri itu yang ditangkap.

    Mahathir bercita-cita hendak meramaikan orang Melayu bergelar jutawan. Beliau mahu ada orang Melayu yang boleh berniaga dan menjadi usahawan supaya mereka ini akan menjadi jutawan. Tetapi malangnya peniaga dan usahawan Melayu yang cuba dibentuk itu adalah usahawan segera. Mereka tidak berilmu dan pengalaman luas, mereka banyak bergantung kepada projek kerajaan. Malah ada diantara mereka itu yang hanya ambil komisyen sahaja, sedangkan projek dibuat oleh orang lain. Di zaman beliaulah juga munculnya ramai usahawan-usahawan Ali Baba.

    Pada tahun 1998 ketika krisis matawang melanda di Asia Tenggara, ekonomi Malaysia jatuh merudum. Untuk menjaga usahawan segera ini untuk terus hidup, Mahathir terpaksa ‘bail out’ beberapa syarikat yang dipunyai oleh kroninya dan membina lebih banyak projek. Kononnya pembinaan projek-projek ini adalah untuk membantu merancakkan kegiatan ekonomi negara.

    Tetapi yang lebih rancak kelihatannya ialah kebanjiran pendatang-pendatang asing untuk bekerja di sektor pembinaan dan perladangan. Kebanjiran pendatang asing ini bukan saja telah membawa pulang bersama mereka duit kita tetapi juga menimbulkan banyak masalah sosial kepada kita.

    Bermacam-macam projek telah dirancang untuk dibina bagi menjaga periuk nasi usahawan-usahawan segera ini, walaupun ada projek-projek yang dibina itu tidak langsung bermanafaat kepada rakyat dan kualiti binaannya pula sangat rendah. Selepas dibina ada yang langsung tidak digunakan dan setengahnya pula mengalami berbagai-bagai kerosakan dan masalah.

    Apakah patut semua kesalahan yang telah dibuat oleh Mahathir itu dipikulkan ke atas bahu Pak Lah. Apabila Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003, rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi, ketelusan, keadilan dan nilai-nilai yang baik telah merasa lega kerana terlepas dari cengkaman Mahathir.

    Harapan rakyat begitu tinggi kepada Pak Lah untuk membuat pembaharuan dan menghapuskan segala amalan-amalan buruk yang berlaku semasa di bawah pimpinan Mahathir. Pada pilihanraya tahun 2004 Pak Lah mendapat sokongan padu dari rakyat dengan mendapat mandat yang besar.
    Tapi sayang, amalan buruk itu rupanya telah menjadi barah yang sukar ditangani oleh Pak Lah. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu menunjukkan kekeciwaan rakyat kepada Pak Lah tentang apa yang menjadi harapan mereka kepada beliau sebelum itu.

    ReplyDelete
  21. Anonymous4:49 PM

    New Cabinet:



    Prime Minister - Anwar

    Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

    Culture Minister - Farish Noor

    Defence Minister -

    Education Minister - Nga Kor Ming

    Environment Minister - Teresa Kok

    Finance Minister - Tony Pua

    Foreign Minister - Ramasamy

    Health Minister - Chong Eng

    Home Minister - Chong Eng

    Information Minister - Jeff Ooi

    Law Minister - Teng Chang Khim

    Manpower Minister -

    Sports Minister - Kula

    Technology Minister -

    Trade Minister - Khalid

    Transport Minister - Liew Chin Tong

    (Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)

    ReplyDelete
  22. Assalamulaikum Dato',

    Saya tak mahu komen apa-apa. Saya cuma nak tanya Dato', ketika ini Negeri Selangor "huru-hara" dengan cadangan ternakan babi bersekala RM100 juta di Sepang yang diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

    Apa pandangan Dato'?

    zazliah

    ReplyDelete
  23. Dato',

    fikiran saya jadi jahat bila saya mula fikir sama ada UMNO masih relevan dan perlu untuk melayu sekarang tetapi pada masa yang sama saya tidak terfikir pertubuhan lain yang mampu mewakili bangsa melayu?
    Berkenaan mencari ganti dan memulih UMNO, saya pun turut terfikir apakah yang meneraju di dalam itu boleh memberi perubahan?

    ReplyDelete
  24. Anonymous5:59 PM

    salam dato' akj.

    Terlalu ramai tok dalang dalam siri wayang kulit UMNO, bila pencalonan tak ramai atau banyak bahagian UMNO yang berani nak calonkan pemimpin di sukai.

    Bercakap belakang dan tikam dari belakang merupakan lumrah ahli UMNO, nak bersuara di depan Pak Lah tak berani..Pemimpin macam ni tak perlu di berikan tempat lagi.
    Saya mencabar pemimpin UMNO supaya suarakan kehendak majoriti pada pencalonan dan pemilihan Disember nanti.
    Setakat nak lontar batu sembunyi tangan tak payahlah jadi pemimpin.

    Anak_parit

    ReplyDelete
  25. Dato',

    Elokla tu sebelum digulingkan.
    Turun takhta secara terhormat.

    ReplyDelete
  26. Anonymous6:51 PM

    Dato' AKJ,
    Semoga Dato' sihat walafiat
    nampaknya semua oghang dah suruh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji
    Abdullah Ahmad berundur secara hormat..oghang pun risau lama² benda ni berlarutan..jadi cam Thaksin haru!! kita tak minta la jadi camtu.. betoi memang susah nak backing YAB DSHAAB dan KJ ni.. eloklah kalau dia berundur secara hormat.. kita pun hormat dia.. hari ni kat BH Online

    Saya penyebab kemerosotan prestasi BN: PM

    JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau adalah penyebab kepada kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian dalam perjumpaannya dengan ahli jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, di sini, petang ini.

    dah mengaku.. mungkin dia nak buat bagi elok balik tapi oghang dah tak perlukan dia lagi oghang dah tak mau..oghang bawah ni.. duk dengaq oghang atas saja berapa kerat sangat.. masa untuk balik kampung permatang pauh.. rehat sajalah.. sbb dah tak berjaya haritu.. ni kes bukan boleh 'try n error' lagi..
    Wallahua'lam
    anakcikguchik

    ReplyDelete
  27. Sdr/Sdri Zazliah,

    Bagi saya mudah saja. Peliharalah dan bercucuk tamanlah apa sahaja asal bersih, saintifik dan menguntungkan. Pelihara dan tanam banyak-banyak.

    Ada orang makan babi. Ada orang tak makan babi. Ada orang makan lembu. Ada orang tak makan lembu.

    Tetapi kita semua kena makan sesuatu untuk hidup. Itu hukum Tuhan.

    Dunia kini diancam kekurangan makanan. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) meramalkan 100 juta penduduk dunia akan kekurangan makanan akibat kenaikan harga makanan.

    India baru saja mengharamkan eksport semua jenis beras kecuali beras Basmati.

    Jadi bukan saja kita kena banyakkan ternakan babi, tapi kita juga kena lebih banyak ternak kerbau, lembu, kambing, ayam, itik dan tanam tanaman makanan. Kalau tidak kita akan kekurangan makanan dan perlu bayar harga yang tinggi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  28. Anonymous6:55 PM

    Dato' AKJ,
    Semoga Dato' sihat walafiat
    nampaknya semua oghang dah suruh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji
    Abdullah Ahmad berundur secara hormat..oghang pun risau lama² benda ni berlarutan..jadi cam Thaksin haru!! kita tak minta la jadi camtu.. betoi memang susah nak backing YAB DSHAAB dan KJ ni.. eloklah kalau dia berundur secara hormat.. kita pun hormat dia.. hari ni kat BH Online

    Saya penyebab kemerosotan prestasi BN: PM

    JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau adalah penyebab kepada kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu. Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian dalam perjumpaannya dengan ahli jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, di sini, petang ini.

    dah mengaku.. mungkin dia nak buat bagi elok balik tapi oghang dah tak perlukan dia lagi oghang dah tak mau..oghang bawah ni.. duk dengaq oghang atas saja berapa kerat sangat.. masa untuk balik kampung permatang pauh.. rehat sajalah.. sbb dah tak berjaya haritu.. ni kes bukan boleh 'try n error' lagi..
    Wallahua'lam
    anakcikguchik

    ReplyDelete
  29. Datuk,

    Sudah acapkali kita dengar perkara yang sama. Selalunya di dalam blog dan juga di kedai kopi.

    Masalahnya cakap-cakap ini hanya di belakang-belakang sahaja. Pemimpin yang kita harap-harapkan selalunya menikus bila depan orang-orang besar. kalau jumpa siap cium tangan lagi. Kalau kena gertak selalunya suka menyalahkan akhbar sebagai tersilap lapur atau blog buat fitnah.

    Dengan sikap pemimpin sebegini, kita tak akan kemana. kalau sudah terang tak payah lah bersuluh. Cakap terus-terang kat depan-depan. Jangan biarkan TDM keseorangan.

    Kalau kita tak cakap, nanti pemimpin ingat "tak ada tekanan".

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  30. Dato,

    Maaf juga off topic: Saya rasa Kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengubah cara membuat keputusan terutama berkenaan dengan masalah rakyat. Jika menganggap MB dan exco adalah bijak pandai yang boleh membuat 'semua keputusan' tanpa membuat kajian terperinci dan mendapat pandangan rakyat maka ianya sama seperti kerajaan BN yang lalu. Jadi sebarang cadnagn mestilah mendapat pandangan rakyat setempat dahulu sebelum diputuskan. Kenapa tidak adakan pungutan suara bagi rakyat kawasan tersebut?. Saya rasa ini lebih penting daripada membuat pilihanraya majlis bandaran.

    Sdri Zazliah, orang melayu juga akan mendapat faedah dengan projek itu terutama parit2, sungai dan muara tidak lagi tercemar, udara tidak lagi berbau busuk, tempat itu tertutup dab setempat jadi kita tidak perlu lagi melihat 'makhluk' tersebut diangkut dengan lori ke tempat penyembelihan dsb. So apa yang baik kepada rakyat kena sokonglah.

    Berkaitan dengan desakan Umno PP dan Kedah saya rasa think tank PakLah juga cukup bijak. Benda ini akan sejuk sekejap lagi. Sebagai balasan PakLah berundur, menantu kesayangan akan jadi Ketua Pemuda. Najib dan Mukhyidin pasti akan setuju sebab kalau lawan tak tentu menang dan duit akan habis macam pilihanraya dulu dan jika ini berlaku yang pasti kalah ialah KuLI!

    Bye

    RotiPlanta

    ReplyDelete
  31. Anonymous7:14 PM

    Aslkm Dato'
    Dato' kata tadi..
    Dunia kini diancam kekurangan makanan. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) meramalkan 100 juta penduduk dunia akan kekurangan makanan akibat kenaikan harga makanan. ooo ya ka??

    so, Jadi bukan saja kita kena banyakkan ternakan babi dn lain2

    pada pendapat saya,, saya tak bersetujulah.. biar harga naik untuk babi tu.. tak payah nak banyakkan.. setakat ternak sikit bagi ada saja.. ternak takat hilang kempunan orang yang nak makan babi tu..dah la.. orang cina pun dah banyak kurang suka makan babi.. depa pun dah cerdik.. dah tau babi tu banyak penyakit n sebagainya.. depa pun dah pandai cari makanan yang lebih mahai.. sarang burung la.. rumpai laut... banyak makanan lagi la... bagi saya.. babi ni kalau import pun tak pa..biaq mahai harga daging babi ni.. orang yang nak beli mampu.. worst come to worst pun... hadkanlah ternakan babi tu.. saya kat india ni.. ada 3 orang cina malaysia keja sekali.. depa pun dah tak makan babi.. dulu makan.. tu saja Dato'..saya tak setujulah... Wallahua'lam

    anakcikguchik
    Bangalore

    ReplyDelete
  32. Anonymous7:21 PM

    Dato',

    Pak Lah akhirnya mengaku beliau adalah antara punca kemerosotan BN dalam PRU12 yang lalu.

    Langkah yang paling wajar seterusnya adalah mengundurkan diri. Jangan tunggu lama-lama Pak Lah. Rakyat amat memerlukan kepimpinan baru yang lebih berwibawa dan memahami masalah rakyat dan seterusnya mengambil tindakan yang tepat dan pantas.

    ReplyDelete
  33. Anonymous7:39 PM

    Tok, maaf off topic.

    Ikut berita dalam Sinar, saya tak ingat tarikhnya bila, tapi baru saja. Mufti Selangor pun kata ok kalau nak bela babi. Jadi, apa masalahnya? At least duit untung babi tu boleh salur untuk pembangunan orang2 yang bukan muslim.

    Kita orang Islam tak makan babi dan memang kita tau babi tu najis berat. Tapi, kenapa kita benci sangat kat babi? Saya pun tak paham la masalah orang yang tak suka kat babi ni. Bukannya babi-babi tu nak rosakkan kita. Kita kena pastikan mana-mana projek kerajaan kena jaga alam sekitar. Tak kira la bela babi ka, lembu dsbg. Rasuah, zina, minum arak dan judi berat jugak kan? Pada saya, selain babi, banyak lagi perkara penting yang kita kena pikirkan.

    Kerajaan Selangor pula, kena tengok dan kaji betul2 sama ada tempat yang diluluskan tu, boleh bawa pencemaran ke tidak kepada orang tempatan dan alam sekitar. Kalau dah ok, bila laksana pemantauan kena ketat supaya tak jadi haru-biru lepas tu.

    Kerajaan sedia ada kena la 'educate' rakyat tentang baik-buruk makan babi ni. Kalau dah terbukti mengikut santifik bahawa makan babi memudaratkan, kena la ada kempen macam TAK NAK merokok tu. Bila dah kurang manusia makan babi, secara tak langsung, permintaan pun kurang.

    Ka gumana?

    * pasal Pak Lah, malas dah nak komen Tok. Dia buat muka sadin je. Kita dah naik meluat.

    ReplyDelete
  34. Anonymous8:03 PM

    Salam Datuk,

    Pada pendapat saya, Pak Lah bukan saja saja mengaku tu.. Dia mengaku untuk ambil hati orang UMNO dan untuk tujuan mengukuhkan kedudukan dia. Sebelum ni dia tak mengaku pun dia antara penyebab kalah, sekarang lepas kena tekan dengan UMNO Kedah dan Penang dia nak mengaku pulak.. Dia tak akan berhenti jadi PM. Ahli UMNO akan jatuhkan dia!

    Sungai Petani.

    ReplyDelete
  35. salam dato'

    Pada pendapat saya 'enjin' UMNO sekarang sudah 'kaput'...sewajarnya di'overhaul'..tak usahlah nk usaha repair lagi..teruk dilenjan masa sebelum pilihanraya oleh .............. (isi sendiri nama2 yg sesuai).

    Isu2 rakyat dipandang remeh..terlalu menghina mentaliti rakyat yg rata2 dah celik minda terutama yg mengundi di saluran 3,4 dan yg hujung2 tu..ini bukan zaman feudalisma purbakala..letak calon org tak nak buat apa..ini bukan zaman letak batang pisang boleh menang..duduk atas pun tak nampak? tulah jadinya kalo kaki tak pijak ke bumi...nk salah siapa?

    Pak Lah perlu ingat..ini bukan eksperimen nk buktikan dia mampu repair...usah jd tikus membaiki labu..anak menantu pun dah tak boleh tolong..kalo setakat top overhaul bolehlah lagi..ni crankshaft, main bearing, con-rond semua dah hancur lebur... need a total complete overhaul..banyak belanja..lebih ekonomik tukar enjin 2nd hand w/pun tak jamin boleh ok 100%..ikut nasib lah, kalo OK alhamdulillah :)

    Presiden UMNO patut fikirkan kepentingan UMNO jika betul2 mahu UMNO terus hidup...bak kata org..kalo dah jadi barah tu baik buang & kimoterapi sebelum merebak hancurkan satu badan...


    wasallam

    ReplyDelete
  36. Anonymous8:11 PM

    Mungkin Umno perlukan orang dari luar MT untuk membuat perubahan. Jika tidak amalan lama akan diteruskan. Antara perubahan yg perlu disegerakan ialah:
    1) Mansuhkan kelas bangsawan baru terdiri daripada pemimpin Umno yg berlagak dgn harta dan pangkat mereka
    2) Pulihkan demokrasi akar umbi dlm parti, i.e. keputudan dibuat di peringkat bahagian.
    3) Hentikan amalan pentingkan sedara mara dlm Umno
    4) Kembali kepada Islam sejati, bukan Islam baru

    ReplyDelete
  37. Tambah sikit lg dato' ..maklumlah dah lama tak bercerita semenjak sebelum Kedah dpt k'jaan baru...

    Masa zaman Dr. Mahathir - Anwar dulu majoriti rakyat melihat kemelut krisis politik hanyalah bersifat 'personal'..hanya mereka yg betul2 simpati yg menyokong & ramai yg tak begitu ambil peduli..sebab itulah PKR tak begitu berjaya...

    Zaman Pak Lah lain...kenaikan harga barang..yg sinonim dijaja org "BN=Barang Naik"..Pak Lah tak reti urus mikroekonomi (perut rakyat)..nak sapu anak, menantu, kroni pun jgn lah biar rakyat tertekan tahap melampau..dah bukan krisis 'personal' lg dah..ia dah jd isu 'survival' rakyat vs BN.. a crusade..

    tak perlu post mortem..buat apa gali tulang dari kubur...baik jaga yg hidup ni..

    bak kata org (sayalah kot)..kalo diri tak boleh diajar, tak pula mau belajar setakat ikut guru kepalang ajar..apa pelajaran & pengajaran yg nak dapat selain marah org yg tegur sebagai kurang ajar... :)

    ReplyDelete
  38. Akhirnya..yang dicadangkan adalah pengunduran secara terhormat oleh AAB setelah tiada lagi rasa hormat kepada beliau..dikritik, dicerca secara terbuka dan belakang2 oleh rakyat pihak lawan dan org umno sendiri.. tapi nak buat macam mana...salah beliau juga tak mahu mengaku silap dan bertanggungjawab.. atau sabotaj lagi..??

    Macam2 lah...berundurlah Pak Lah..
    Rakyat menyokong mu...

    ReplyDelete
  39. Anonymous10:32 PM

    Salam Dato'

    Kepada saudara Alias...berulang-ulang kali awak katakan benda yang sama. Amat membosankan *sigh*

    Amat menarik apabila para pembangkang juga menyokong PL dan meminta TDM agar tidak meneruskan serangan terhadap PL. Jawapannya mudah. Para pembangkang tidak mahu melihat BN dan UMNO kembali kuat di bawah "guidance" TDM kerana TDM terbukti boleh mengembalikan kekuatan tersebut walaupun dia tidak menerajui BN dan UMNO.

    Para pembangkang inginkan PL teerus berkuasa agar ketika mana 4 atau 5 tahun lagi, dengan cara PL mentadbir, mereka boleh menguburkan terus BN dan UMNO.

    Jadi kerana itulah para pembangkang seperti En. Karpal gelojoh marahkan TDM kerana mahukan PL meneruskan kerjayanya yang hanya membuatkan para pembangkang lebih kuat...

    Joe

    ReplyDelete
  40. Anonymous10:48 PM

    Datuk,
    Saya tertanya-tanya, banyak komen-komen di sini secara umumnya menyatakan Pak Lah sebenarnya diperkotak-katikkan oleh budak-budak tingkat 4, anak, dan menantunya. Saya hairan, sejak dulu lagi lah, dari mana mereka fakta ini. Namun begitu, 2 minggu sebelum hari penamaan calon, baru saya dapat jawapannya, rupanya, apa yang orang cakap tu, ada kebenarannya. Apabila perkara ini berlaku kepada saudara terdekat saya, baru saya sedar.

    Memang benar, terdapat gerakan untuk mencantas calon-calon berwibawa dengan alasan untuk membawa muka baru ke dalam parti. Kita ahli UMNO bahagian menghantar rombongan untuk berjumpa PM, tunggu sampai tengah malam di depan pintu pagar rumah dia. Itupun tidak mahu dilayan. Bila kita dapat berjumpa beliau dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemilihan calon, beliau berjanji untuk mengikut kehendak kami, ahli akar umbi. Namun, bila keluar senarai calon, lain pula jadinya, orang luar, ada pulak hubungan keluarga dengan beliau. Bila ditanya secara peribadi, kenapa beliau mungkir janji? jawapannya, astagfirullah, saya tak akan bercerita, bila tiba masanya, saya akan buka mulut.

    Orang bercakap menantunya tak ada kena mengena semasa pemilihan calon. Cuba minta menantunya bersumpah, adakah menantunya itu dan seorang ketua pemuda dari sebuah negeri di utara tanah air ada menyertai atau terlibat secara langsung/tidak langsung dalam mesyuarat Special Branch berkenaan pemilihan calon? Kita tahu, ketua perhubungan UMNO Negeri menghadap Presiden, Timbalan, dan S/U Agong, namun saya ingin bertanya, adakah semasa mesyuarat Special Branch, adakah TPM dijemput menyertainya?

    Bukanlah saya berniat memburukkan calon-calon muka baru ini, tapi sikap mereka yang bermuka-muka, sombong, belum menang, dah minta dipanggil YB, kemudian, berkira-kira pula sudah mendapat jawatan dalam kerajaan. Kita sedia maklum, kebanyakkan calon-calon alternatif yang masuk bertanding ni, kebanyakkannya kalah belaka, terutamanya di negeri-negeri pantai barat.

    Kini, barulah beliau nak mengaku nak bertanggungjawab ke atas kekalahan Barisan Nasional. Kebanyakkan ahli UMNO mengaku, sebelum pilihanraya lagi, ini adalah pilihanraya terburuk dalam sejarah UMNO, paling tidak teratur daripada segala segi, bahan kempen lambat sampai, senarai calon lambat keluar, dan lain-lain lagilah. Maklumlah, S/U Agong yang kerjanya untuk koordinasi perkara-perkara ini pun sibuk dengan kempen di kawasannya. Sekurang-kurangnya beliau sedar dirinyalah punca kekalahan BN, tapi, janganlah menafikan anak dan menantunya tidak memainkan peranan.

    Saya menunggu masa yang sesuai untuk mengupload kronologi pemilihan calon di bahagian saya, saya jamin pembaca pasti terkejut dengan pendedahan yang bakal saya lakukan.

    Bagi saya, walaupun Tun Dr Mahathir ada membuat kesilapan dalam zaman pemerintahannya, sekurang-kurangnya beliau mendengar pandangan orang bawahan. Bukan seperti PM yang ke-5 ini. Secara jujur, saya tidak akan menghormati pemimpin seperti ini.

    ReplyDelete
  41. Sdr akaz,

    "Ini jelas dilihat di Selangor contohnya, dulu bila org PAS tidak ada jawatan sibuk kutuk kerajaan negeri Selangor bermacam2 isu. Tapi bila sudah berkuasa benda yang haram pun boleh diluluskan."

    # Apa sebenarnya yg haram di sini Sdr. akaz? Haram umat Islam memakan babikah atau adakah haram meluluskan projek ternak babi mega?

    # Nampaknya kerajaan BN kita selama ini agak berjaya menghantar sebahagian kita belajar hingga ke universiti luar negara tetapi amat gagal membuat mereka2 ini berfikir. Sekiranya beginilah cara produk Islam "Hadhari", ianya (Islam khasnya) masih tidak berjaya dihormati dan dikagumi oleh penganut agama di negara ini. Takkanlah umat Islam tidak ada langsung cara berhemah dan berhikmah dalam menyentuh dan menangani perkara2 kemasyarakatan yg sensitif sebegini?

    # Islam tidak kolot, tidak pasif dan tidak rigid begini. Lebih2 lagi dgn umatnya yg berkongsi hidup dengan penganut agama lain dalam masyarakat majmuk Malaysia seperti juga penduduk Madinah selepas Hijrah di zaman Rasulullah dahulu - ada kaum Yahudi, Nasrani, Parsi dan lain2. Contoh sebaik mana lagi yang kita hendak cari selain drp Nabi Besar kita? Jadi kepada Sdr. akaz, tanyalah diri sendiri, adakah Islam kita ini dan tindak-tanduk kita (yg ada kalanya kurang berhemah dan berhikmah) ini layak menjadi contoh yang "mempersonakan" penganut agama lain? Yang mampu menarik mereka ke arah tauhid? Bukankah sasaran itu (tauhid) lebih penting dan lebih utama daripada agenda politik dan agenda peribadi? Mungkin dgn mengamalkan Islam sebenar, ada pihak2 yang runsing, agenda bangsa akan gugur dan hancur.

    ReplyDelete
  42. Anonymous12:26 AM

    Dato' AKJ,

    Mohon diberi laluan. Terima kasih.

    Saya tidak percaya kepada kepimpinan DSAAB. DSAAB sangat lemah & tidak berkarisma.

    DSAAB mesti berundur secepat mungkin. Kebanyakkan rakyat menderita dibawah kepimpinan LEMAH beliau. Dari isu harga barang & petrol hinggalah ke isu yang besar.

    DSAAB, sila berundur. Dengarlah suara rakyat biasa ini.

    Sekian.

    Mahkota

    ReplyDelete
  43. A. kum Datuk,

    Saya nampak kawan-kawan melihat pertandingan antara AAB, Najib, Mohyiddin, Ku Li, DRM, DSAI dsbnya ni macam perlawanan bola sepak pula. Percaturan siapa menang dan kalah serta strategi banyak sekali diperbincangkan.
    Bagi saya, rakyat tidak akan pilih Pakatan Rakyat jika BN laksanakan tanggungjawabnya dgn sebaiknya. Jasa 50 tahun pengisian kemerdekaan pada keseluruhannya amat membanggakan. Yang menjadi masalah sekarang pemimpin-pemimpin yang ada sekarang takut nak mengakui kesilapan. Seolah-olah seorang bapa yang merokok dan melarang anaknya menghisap rokok.
    Pemimpin yang ada menyuruh orang lain setia dan amanah dgn parti, dalam masa yang sama mereka merosakkan parti. Peluang sudah banyak kali diberi, tapi sampai hari ini pun masih tak mahu mengaku kesilapan.
    Sekali mereka kata calon bukan apa-apa, yang penting adalah parti, tapi peristiwa di Trengganu tu, parti dah dipersetujui tapi calon yang direstui dipertahankan sehingga hampir mencalar kedaulatan
    Bagi rakyat PR bukanlah pilihan terbaik. Saya kadang-kadang berdiri bulu roma apabila mendengar MB selangor dan MB Perak terpaksa menunaikan permintaan dari exconya. Cuba bayangkan apa akan jadi kalau DSAI memerintah negara dlm keadaan yang tersangat rapuh. Saya amat yakin jika DSAI mampu memerintah dengan syarat beliau memiliki jumlah ahli PKR yang kukuh khususnya dari kalangan bumiputra. Ataupun kekukuhannya berdasarkan gabungan dengan PAS, PBB, SUPP dan sebagainya, tetapi tidak dengan DAP (selagi diterajui oleh 2 orang pemimpin utamanya sekarang : bila keduanya pencen nanti saya rasa DAP mungkin berwajah lain, setidak-tidaknya hampir dgn MCA-kan bagus begitu)
    Sampai skrg saya masih menunggu pemimpin yang ikhlas muncul dalam UMNO. Saya juga berharap semoga dalam pemilihan Disember biar sekali lagi Tsunami melanda kepimpinan UMNO. (Jgn risau tsunami ini dalaman sahaja. Yg menang atau kalah tetap ahli UMNO dgn syarat jgn bawa kat luar spt dulu). Kan seronok nanti calon-calon popular kesemuanya tewas dan muncul barisan kepimpinan baru.

    ReplyDelete
  44. Anonymous3:38 AM

    Dato AKJ dan pelayar2 yg dihormati sekalian.

    Selaras dgn pengakuan Pak Lah bahawa diri beliau sendiri adalah salah satu punca BN/UMNO merundum di PRU12 dan hasrat beliau memperbaiki keadaan sebelum berundur secara terhormat; saya berpendapat adalah sangat penting bagi Pak Lah mengambil tindakan berikut bagi membuktikan bahawa kenyataan beliau itu serius dan bukan kata2 "menagih simpati" sahaja.

    1. perletakan jawatan semua ketua2 pengarang suratkhabar dan ketua2 media yg "menipu" Pak Lah dengan memberitakan khabar2 yg indah belaka tetapi gagal memberikan gambaran sebenar sentimen rakyat terhadap pemimpin.

    2. perletakan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan penolakan pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia oleh Khairy Jamaluddin.

    3. perletakan jawatan sebagai Pengarah2 syarikat dan penjualan saham2 oleh Dato Kalimullah, Patrick Lim, Kamaluddin Abdullah dan lain2 kroni dalam syarikat ECM Libra, NSTP, Scomi, Equine dan lain2.

    4. menilai semula keberkesanan dan kesesuaian projek2 Koridor terutama Pembangunan Wilayah Iskandar dan membangunkan semula projek jambatan bengkok dan Port Tanjung Pelepas.

    5. paling penting ... meminta maaf pada semua rakyat Malaysia terutama orang2 Melayu dan ahli2 UMNO atas segala kesalahan dan salah laku beliau dan ahli2 keluarga beliau



    ...............................

    Dato,

    Sedikit saya nak komen mengenai isu babi ni ...

    Saya tidak ada masalah dengan makhluk bernama babi ini, cumanya saya nak tahulah peruntukan sebanyak RM100 juta ini, berapa banyak akan sampai pada rakyat2 Melayu/Islam secara material perniagaan dan ekonomi.

    Adakah kontraktor2 Melayu/Islam akan terlibat dalam membina/menyelenggara kilang/pusat menternak babi secara moden ini?

    Adakah pembekal2 Melayu/Islam akan terlibat dalam membekalkan apa2 bahan atau bekalan pada kilang/pusat menternak babi ini sepanjang usia operasi nya?

    Adakah pekerja2 Melayu/Islam akan terlibat dalam hal-urusan pentadbiran dan operasi kilang/pusat menternak babi ini. Dalam erti kata lain, adakah ianya akan memberi peluang pekerjaan pada orang2 Melayu/Islam?

    Adakah pemegang2 saham dari kalangan orang Melayu/Islam mahupun institusi Melayu/Islam mendapat apa2 pulangan daripada pelaburan mereka? Itupun kalau ada yg melabur dalam projek ini.


    Kita mesti melihat bahawa pusat menternak babi cara moden ini adalah satu aktiviti ekonomi dan bukannya satu aktiviti budaya bangsa/agama tertentu. Jadi, jikalau satu aktiviti ekonomi ini tidak melibatkan atau menguntungkan satu kumpulan bangsa tertentu iaitu orang2 melayu/Islam, adalah tidak wajar satu peruntukan besar sejumlah RM100 juta diluluskan begitu sahaja. Kelak ianya hanya menguntungkan sebelah pihak dan boleh menyebabkan jurang pendapatan antara kaum.

    -sinbad-

    ReplyDelete
  45. Anonymous4:00 AM

    Saya menyokong Pak Lah berundur.

    Dato'..saya terbaca surat TDM kepada karpal kat The Star hari ini. Mmg respect laaa kat TDM....mcm ni laaa pemimpin berwibawa...bukan macam yg sekarang ni...bila org tanya soklan...tak reti nak balas balik...tak konsisten dan tak tau apa sebenarnya nak disampaikan. Agaknya terlampau byk tidur kot....zzzz

    Utk UMNO kembali kuat..Pak Lah dan konco2 perlu berundur....kalo tak the next election abis laaa Barisan Nasional...boleh bungkus! sesungguhnya saya begitu menyampah kepada kebanyakan pembesar UMNO yg bongkak tak sedar diri. Derang ni tak sedar ke...sape tuan sape kuli...yg geli hati nya...dulu menempelak bloggers...sekarang ni seme pakat nak jadi bloggers pulak...hmmm....the latest Ali Rustam...tak tau laaa kalo ada yg latest lagi...

    ReplyDelete
  46. Anonymous4:24 AM

    dato'

    tan sri muhyiddin dulu benarkan org singapore beli tanah kat johor dll...saye tak setuju! saya tak mahu pak lah je berundur...semua pengampu mesti berundur! antaranya: KJ, rafidah, shahrir samad, syed hamid alba, hishamudin, azalina, ketua puteri umno, nazri, mohd hassan (mb N9)...pendek kate sumua yg kate 'saye sokong pak lah dan pak lah betul!!'...

    mel - ajk umno...

    ReplyDelete
  47. Salam Dato' dan semua,

    PM, Najib bincang pelan peralihan kuasa – Muhyiddin. UTUSAN

    "JOHOR BAHRU 11 April – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berbincang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pelan peralihan kuasa kepada timbalannya itu, kata Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

    ...Beliau berkata Abdullah telah pun secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa Najib bakal menggantikan beliau. Abdullah, yang juga Presiden UMNO memberitahu Majlis Penerangan Bersama Presiden UMNO untuk jentera penerangan parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur Sabtu lepas bahawa Najib adalah penggantinya dan beliau akan menyerahkan jawatan apabila tiba masanya."


    # Pada pandangan saya Muhyiddin atau Shahrir lebih "bersih" dan lebih layak berbanding Najib. Kalaulah PakLah tetap juga memilih Najib, dikhuatiri "agenda-agenda tertentu" tidak akan pernah selesai! Selagi cuba menutup tahik gajah dgn tudung saji, Najib tidak akan menjadi pemimpin yg efektif dan tetap takut dgn bayang2 sendiri nanti. Apa banyak bezanya antara PakLah dan Najib? Kedua-duanya bagi saya, "kepala ikan yang sedang membusuk"!!!

    ReplyDelete
  48. Pada pandang saya BN/UMNO tidak mudah berkuasa semula di negara ini, dan mana-mana yang ada termasuk Kerajaan Pusat akan beransur-ansur punah. Hanya masa yang menentukannya.

    Yang menghancurkannya ialah ahli-ahli BN/UMNO sendiri. They are bad losers and they are going after each other throats. The worst example is given by none other Tun Dr. Mathair. He destroyed UMNO once upon the time and now he is doing it all over again.

    ReplyDelete
  49. Anonymous9:02 AM

    Datuk,

    Sdr Akaz - tak cuba tak tahu

    Sdr puyot - saya berkongsi pendapat anda tentang 'babi'. Tak payahlah menindas kan..

    Sdr Ahmad - tolong upload dengan segera, jangan tunggu2 lagi, demi kepentingan bersama.

    Sdr/sdr anakbuah - Ulasan sebeginilah yang kita sokong. Terlalu ramai orang diluar sana yang kalut serta cepat menghukum. Tq

    Terima kasih Datuk.

    p/s kenapa kita asyik menukar nama 'rebranding'. La ni dah jadi "Iskandar Malaysia", perlukah?

    ReplyDelete
  50. Anonymous9:29 AM

    Datuk,

    Tulisan Datuk bertarikh Tue, Feb 29,2006 bertajuk "Mengatasi beban kenaikan harga minyak" amat kemas dan disertakan sekali dengan cadangan pemulihan. Your best 'Kupasan' yet.TQ.

    Bagi yang terlepas sila rujuk, K.

    Salam.

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. Anonymous10:38 AM

    Pak Lah perlu berundur sementara UMNO masih relevan

    ReplyDelete
  53. salam Dato'

    kenapa datuk tak letak nama Ali Rustam sebagai calon PM atau TPM(saya tahu dia cuma ADUN, dont give me that answer), dia kan dapat undi kedua tertinggi.

    adakah sebab mentaliti Ali yang tak kompeten?

    sekian

    ReplyDelete
  54. Asalamualaikum Datuk KJ....

    Banyak sekali pandangan yang diberi oleh pembaca di ruangan ini. Banyak sekali komen yang diberi oleh masyarakat dan pemerhati politik seluruh negara.

    Akhirnya semalam di Johor Bahru buat pertama kali, Pak Lah mengakui kesilapan diri sendiri antara penyebab kemerosotan undi yang diterima oleh Barisan Nasional.

    Inilah kelebihan dan kematangan UMNO Johor yang tidak menjadi pendesak membabi buta, sebaliknya menyediakan dan mencadangkan pelan penganti bagi membolehkan peralihan kuasa dilakukan dengan cermat, ibarat menarik rambut dalam tepung.

    Saya berada di hotel itu sewaktu sidang akhbar diadakan, nampaknya Pak Lah sudah menerima masej jelas dari Badan Perhubungan UMNO Johor yang berani menyuarakan kebenaran di hadapan Pak Lah.

    Pengerusi Perhubungan negeri, Dato' Haji Abdul Ghani Othman masih boleh menyuarakan bagi pihak Badan Perhubungan negeri memberikan sokongan penuh kepada Pak Lah untuk meneruskan pentadbirannya.

    Inilah mengambarkan budaya melayu yang tinggi, dengan marah masih tersenyum dan menyata sokongan seperti puisi terkenal usman Awang di bawah;

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan.

    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar,
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut,
    Biar mati adat
    Jangan mati anak.

    Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua'alaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)
    Dalam sejarahnya

    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan
    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara
    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    tanah sebidang mudah terjual
    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba.
    Berbuahlah pisang tiga kali

    Melayu itu masih bermimpi
    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri.
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak.
    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan
    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut
    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selaga yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"


    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan.
    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka
    - USMAN AWANG

    Sebagai akar umbi UMNO Johor saya berbangga kerana cara UMNO Johor menangani permasalahan ini begitu tertib dan cermat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini sewaktu puisi di atas dibacakan dalam Perhimpunan Melayu Johor sebelum ini selepas menghadapi krisis dalam UMNO selepas pengharamannya.

    Bagi saya, apa yang paling penting Pak Lah perlu berundur dengan cara terhormat dan bukannya dihalau begitu sahaja, dan kepada Pak Lah...segeralah melaksanakan peralihan kuasa itu.

    Yusaini Ali
    Setiausaha Pemuda UMNO Bhg Pulai

    ReplyDelete
  55. Anonymous11:59 AM

    Niat murni Pak Lah untuk terus kekal memerintah negara ekoran rasa bersalah dah harus tanggungjawab memulihkan UMNO/BN memang la baguih. Tapi, apa yang merisaukan saya kot-kot jadi macam "tikus membaiki labu" saja.

    Harap Pak Lah dapat buat sembahyang hajad minta Allah lapangkan dadanya dan redha untuk melepaskan jawatan secara terhormat.

    ReplyDelete
  56. Sdr Orang Biasa, antara lain, berkata: Tapi, apa yang merisaukan saya kot-kot jadi macam "tikus membaiki labu" saja.

    Tikus bukan semua serupa. Kita ada banyak macam tikus.

    Mana tahu tikus yang saudara maksudkan itu tikus yang diklon khas oleh CIA dengan bantuan pakar genetik terhebat di dunia.

    Sdr Zainal Ariffin Ashari, pula bertanya: p/s kenapa kita asyik menukar nama 'rebranding'. La ni dah jadi "Iskandar Malaysia", perlukah?

    SEBAB setiap kali rebanding, ada orang BUAT DUIT jual press statement, iklan, billboards dan macam-macam lagi A&P.

    Kalau Islam pun di"rebranded" apatah lagi IDR. Next the Fox and the musang will recommend that Umno be rebanded.

    Kepada semua, terima kasih. Kalau boleh (kalau)...minta ringkaskan dan permudahkan komen. Ada komen yang terlalu panjang dan complicated. Tolong.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  57. Anonymous12:35 PM

    Dato',

    Our mesagges and voices fell on deaf ears!!

    ReplyDelete
  58. Meminjam slogan kata "Jalan mesti ke hadapan, bukan ke belakang".

    ReplyDelete
  59. Anonymous12:58 PM

    Pak Lah cakap ayam (translated)
    Banyak orang yang takut Pak Lah kecundang kerana tanpa Pak Lah siapalah mereka itu.
    Branding ni Dato', trend orang Singapura. Orang Malaysia depa kata gosok gigi pakai 'colgate' tapi depa beli 'darlie'. Macam mana 'colgate' boleh untung? So orang Malaysia treat branding as only a convenient and not loyalty.
    HIDUP ORANG UMNO PENANG.

    ReplyDelete
  60. Raja2u

    YBhg Dato'

    Saranan Dato' kita mengambil berat tentang menambah hasil makanan perlu menjadi agenda terpenting negara masa kini. Bukan sahaja kos barang makanan tinggi menjadi penentu tetapi juga perubahan cuaca global memerlukan kajiselidek cara terbahru bercucuk tanam untuk mengatasi cuaca tidak menentu. Dato' Sanusi Junid pernah mencadangkan padi ditanam atas bumbong jika kekurangan tanah untuk bertanam. Percayalah cadangan tersebut tidak akan menjadi bahan tertawa tidak lama lagi.

    Bersabit dengan projek ternakan khinzer moden pula bukanlah suatu perkara baru.Ianya telah dikaji dan diperakukan pihak-pihak berkenaan sejak merebaknya virus JE dahulu bagi tujuan pengawalan. Ia bertujuan melarang atau sekurang-kurangnya mengurangkan kawasan ternakan khinzer disesebuah negeri. Masalahnya perkara yang serious seperti ini tidak diumumkan secara terbuka untuk pengetahuan umum kepada rakyat.

    Seperti juga lain-lain projek sensitif seperti cadangan pengeluaran lesen menjual arak di sesuatu tempat ,notis perlu dikeluarkan diakhbar-akhbar untuk mendapat maklum balas dari penduduk setempat mengenai cadangan tersebut samada bantahan atau tidak sebelum projek diteruskan.Disini rakyat perlu berfikir secara serious kesesuaian projek tersebut untuk pertimbangan Jabatan-jabatan Kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar ,Jabatan parit dan lain-lain yang berkenaan.Sebagai rakyat kita misti tahu hak kita termasuk membawanya ke mahkamah jika memudaratkan.

    Bersabit politik pula sebahagian ahli UMNO yakin pertukaran pemimpin no. 1 akan dengan sendirinya memperkukuhkan semula kedudukan parti. Keputusan pilihan raya yang lepas-lepas bagimana pun menujuk sebaliknya. Pada tahun 1999 UMNO yang dikatakan dikemudi Pemimpin yang dikatakan terbaik kalah banyak kerusi dan diselamatkan oleh rakan BN pada tahun 1999. Pada tahun 2008 UMNO dipimpin seseorang yang dikatakan tidak begitu cemerlang kalah tidak begitu teruk tetapi tidak mendapat bantuan yang diperlukan dari rakan BN lain untuk mengelak 3 Kerajaan Negeri dari jatuh ketangan Barisan Rakyat. Sama-samalah kita berdoa semoga apa yang kita lakukan adalah untuk kebaikan semua.

    Raja Abdul Rahman
    Petaling Jaya
    pencetusstrategicvision-raja2u

    ReplyDelete
  61. Anonymous3:29 PM

    Assalamualaikum Dato'n semua
    maaf dato' keluar tajuk ni.. saya nak komen sikit pesal masalah babi.. 'puyut' kata tadi..
    Kita orang Islam tak makan babi dan memang kita tau babi tu najis berat. Tapi, kenapa kita benci sangat kat babi? Saya pun tak paham la masalah orang yang tak suka kat babi ni.
    bukan tak suka babi.. kita tahu babi tolong makan najis kat kapal nabi Noh a.s dulu. kat kampung saya duduk ni pun (Hiriyur,Chitradurga) babi jadi cam majlis bandaran bersihkan kampung ni sbb orang sini buang merata². tapi soal yang lebih penting dari hasil untung ternak babi..atau menjaga hati mungkin hanya perternak babi dan bukan semua peminat daging babi ialah soal kita orang islam macam mana nak terangkan, tarbiah depa, tabligh depa tentang pesal apa agama kita haramkan makan babi..sbb kita ada hak sebagai negara islam.. dan kewajipan kita untuk menerangkan semua ni. mudah-mudahan sedikit saja effort kita dalam usaha ini jika dibandingkan dengan usaha nabi Muhammad s.a.w dalam kembangkan syiar Islam.
    p/s orang islam kat india dikebanyakan tempat i.e Delhi tak dapat makan daging lembu dan tak leh qurban lembu sebab tak dibenarkan sembelih binatang suci tu.. ok saja.. tak kalut pun
    Wallahua'lam
    anakcikguchik

    ReplyDelete
  62. Anonymous3:58 PM

    kpd mereka,

    kekalahan BN mendapat sokongan 2/3 salah satunya dsbbkan oleh TDM. Mmg betul! Kerana apa yg desampaikan oleh TDM itu betul! Ramai ahli UMNO memangkah pihak lawan kerana tidak puas hati dgn kerajaan. Setiap kali ditegur, kerajaan sekrg lebih baik dari dulu! kalau begitu, seteruk-teruk dahulu, x pernah la kurang 2/3, walaupun sms krisis anwar ibrahim! UMNO DULU KINI SELAMANYA, bukannya PAK LAH DULU KINI SELAMANYA. Terima kasih TDM!

    mel - ajk umno ....

    ReplyDelete
  63. Dato', I think Pak Idrus has made a very pertinent point and that its not just Dollah but the whole leadership must take full responsibility and resign en bloc. More or less the the same view were given by the former ketua penerangan UMNO Pahang I think who resigned recently just to proof a point. I think UMNO does indeed need new untainted blood to rejuvenate and hence become relevant to the new generation of voters who were born after Merdeka.

    About the renaming of WPI to Iskandar Malaysia, typical UTurn flip flop decision making under Dollah's administration since 2004that is what exactly the rakyat do not like and voted against to show their displeasure. Imagine we are supposed to sell this place to the Global Market and its hard enough to tell foreign investors that this place is South of Malaysia and a bit north of Singapore without changing its name once too often. Kalau tak laku juga, tukar nama apa lagi agaknya Iskandar, North of Singapore? Buat rosak nama DYMM Sultan Johor sahja.The Board,should just Sack the PR firm yang dilantik tu.

    ReplyDelete
  64. Anonymous5:26 PM

    Dato',

    Pak Lah dah kantoi Umno Johor. Kalau di Penang atau kedah dia dah kena boo. Pasai tu dia tak berani mai Kedah. Penang pun Kepala batas saja sokong dia lagi. Tu pun belum tentu.Orang Johor ni tak dia orang baik. Dia tak tau kelentong Pak Lah. Buat muka sedih depa sokong. Tapi tengok dalam PRU12 orang Johor pun dah berani sikit. Malu Umno Johor kena temberang dengan Pak Lah.

    Budak Jeneri

    ReplyDelete
  65. DONT COUNT TOO MUCH AND WAIT IN AGONY for the POWER TRANSITION (Peralihan Kuasa).

    This mentioning of transition has too much SUBJECTIVE ADDED INGREDIENTS within the package.

    Let says PM Abdullah made up his mind, and told others, as early as next year before the coming UMNO conference, he will hands-over the UMNO's baton to NAJIB. Good BUT, as long as the telling remains a fine well spoken storytelling, with no front-cover page, hard-cover binding, and a well seen (recognizable) signature of the author (Abdullah) stamped at the back of the now-crafted book; it shall REMAINS (the subject of transition) as SUBJECTIVE, MANIPULATIVE and NEGATIVE, in both overall views and perspectives by others (Rakyat).

    POWER TRANSITION is not THE ONE the Rakyat are BEGGING for, but that is the best the Rakyat can hope to get from Abdullah (mouth), now. But would the Rakyat wait for the Transition to take place? I very much DOUBT so. And since UMNO ELECTION is just around the corner; why WAIT when they have the chance to get the TRANSITION OVER AND DONE WITH, once and for all.

    ReplyDelete
  66. Anonymous5:56 PM

    Kesian kan sebab "orang tu" tak faham bahasa?
    Kalau dah berkias tak faham, berterus terang pun susah nak faham entahlah labu

    Alia

    ReplyDelete
  67. Dato'KJ
    Apa yang kita lihat hari ini adalah kemelut dari kekalahan PRU 12,siapa yang patut dipersalahkan dan ternyata pak lah telah mengaku bertanggunjawab
    terhadap perkara tersebut, walau bagamana pun menantu beliau harus bertanggungjawab kerana saudara Kj terlalu angkuh.

    Yang pentig pada masa ini kesemua kesemua pemimpin MT unmno harus meletak jawatan sebagaimana saranan oleh setiausana perhubungan umno Pahang.Dimana beliau secara jujur meletakan jawatan beliau sendiri.

    Rakyat telah bosan dengan sikap kebanyakan pemimpin umno yang konon
    membela nasib orang orang melayu, tapi haprak kalau nak minta tolong ada ada saja alasan yang diberikan.
    Rakyat semakn hari memendam rasa dan rakyat telah menunjukan rasa tidak kepuasan dan nahtijahnya pada PRU 12 yang lalu.

    Umno pada masa ini sudah tidak relevan lagi kalau dibandingkan dengan pemimpin yang lalu, pada masa kini pemimpin Umno hanya mengejar kekayaan sendiri dari nak membantu rakyat yang kebanyakan miskin,contoh nak dapatkan rumah PPR pun susah bila ditanya orang orang tertentu dah diperuntukan jadi bagaimana rakyat yang tidak mempunyai hubungan dengan orang orang politik nak dapat?
    Bagaimana kerajaan pimpinan Pak Lah hari ini melihat saja akan kenaikan harga barang seperti me, baru saja rakyat marah dah pun harga barang naik, apa tindakan?
    Sharil dah jawab tiada kawalan untuk mi.Kami harap semua jangan kawal biar pengilang kawal lagi persen bolih dapat banyak.

    Sekian Dato'KJ luahan rakyat yang sentiasa tersepit dalam gelmbang hidup.

    Salam hormat

    Ishakateng

    ReplyDelete
  68. Salam Dato' AKJ.

    Saya tertarik dengan bunyinya tapi rupa dan wajahnya jauh lebih membimbangkan dan merisaukan Pak Lah. Saat getir ibarat telur berada tengah2 tanduk kerbau (andaian sahaja).

    Saya rasa setiap ahli UMNO perlu diperbaharui untuk kebaikan semua rakyat. Perbaharui semangat, hala tuju, visi dan misi.

    Kalau Pak Lah tak boleh atau tak nak turun takhta, maka beliau kenalah berubah dari segala segi. Ini hanyalah sekadar komentar yang mahukan semua rakyat merasakan kebaikan sama rata dan adil.

    Harap-harap mana2 ahli UMNO, penyokong UMNO, pemimpin2 tertinggi UMNO dapat mengambil iktibar dan perhatian dengan apa yang saya nyatakan tadi. Jika mereka mahukan perubahan yang positif maka kita sebagai rakyat harus menyokong selagi ianya tidak memudaratkan rakyat.

    " HARAP SINAR BARU MENYINARI MALAYSIA TERCINTA "

    ~ Al-Farabi

    ReplyDelete
  69. Anonymous12:40 AM

    The Scribe

    Orang Johor pandai bersidang. Alhamdulillah.

    Ini cerita bagus: Rahim Thamby Chik tawar diri bertanding Naib Presiden


    Satu soalan: statutory rape itu apa, Scribe?

    ReplyDelete
  70. Anonymous7:23 AM

    tolong undurkan paklah tok

    ilif

    ReplyDelete
  71. Sdr Kaki Kepala Batas, antara lain berkata: "Satu soalan: statutory rape itu apa, Scribe?"

    Statutory rape is sexual intercourse with a female below the legal age of consent but above the age of a child, even if the female gave her consent, did not resist and/or mutually participated.

    In all but three states the age of consent is 18, and the age above which the female is no longer a child varies, although 14 is common.

    The theory of statutory rape is that the girl is incapable of giving consent, although marriage with a parent's consent is possible in many states at ages as low as 14.

    Intercourse with a female child (below 14 or whatever the state law provides) is rape, which is a felony. Increasingly, statutory rape is not charged when there is clear consent by the female, particularly when the girl will not cooperate in a prosecution.

    Controversy continues over what constitutes "resistance" or "consent," particularly when some men insist a woman who said "no" really meant "yes." (dictionary.law.com).

    Terima kasih

    ReplyDelete
  72. Anonymous10:10 AM

    "Jatuhnya Pak Lah kerana Khairy"
    "Jatuhnya Najib kerana Isteri"

    Najib....eheem!

    ReplyDelete
  73. Tun Mahathir beberapa kali, memaklumkan bahawa ada beberapa janji atau ingatan antara beliau dan Dato Seri Abdullah Badawi. Salah satunya, kita difahamkan adalah berkaitan Abdullah akan memimpin selama satu penggal, selepas itu adalah Najib.

    Kita tidak tahu apa yang dilihat oleh Tun waktu itu, barangkali beliau bimbang dengan kemungkinan-kemungkinan yang telah menjadi kenyataan sekarang. Tun pernah memimpin UMNO selama 22 tahun, tentulah beliau mampu menjangka.

    ReplyDelete
  74. Datuk said.,

    "Mana tahu tikus yang saudara maksudkan itu tikus yang diklon khas oleh CIA dengan bantuan pakar genetik terhebat di dunia."

    Salam Datuk.,

    Saya sendiri pernah terfikir mcm tu juga..tp saya tak ada bukti atau maklumat..cuma teori.Ada apa2 ke yg Datuk boleh share lagi? Kalau setakat teori Datuk pun boleh juga..:)

    Pak Lah jd Presiden baru brp tahun dah org minta tukar sebab tak berjaya pimpin parti...ada org terfikir tak Umno dah 50 tahun pegang kuasa..berjaya tak majukan org Melayu...atau patut tukar juga?

    P/s sekadar bagi tajuk utk fikir2 sendiri..

    ReplyDelete
  75. Anonymous2:32 PM

    Datuk,

    Tolong komen tentang surat TDM kepada En Karpal di dalam The Star semalam.

    TQ

    p/s Mungkin 'tiada toleransi' diantara umat manusia yang memerintah/berkuasa; Israel menindas Palestin, tiada lembu dikorban oleh orang Islam di Delhi, India, orang Islam di Selangor tidak mahu khinzir di ternak dan etc. Barat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    ReplyDelete
  76. Anonymous6:12 PM

    Sdra Scribe,

    Itulah media arus perdana kita Dato! Yang menjadi pengarangnya tak tahu asal usul cerita. Yang paling terok dan sudah hilang kewibawaannya ialah NSTP. Utusan tak terok macam BH dan NST. Malah, Utusan lebih tepay laporannya dari NST/BH.

    Mana tidak, GEIC NSTP bekas wartawan sukan!

    Media arus perdana adalah kaki bodek yang paling kuat. Mana tidak, bukankah ahli lembaga pengarah terdiri dari orang macam Kaliular! Lihat saja betapa banyak publisiti diberi untuk kawannya dari Air Asia dan Equine Capital! Tak ada etika langsung!

    Yang lebih bersalah dalam hal ini ialah MKT Umno, kerana membenar dan menggalakkan ini berlaku! What a load of rubbish! (dgn izin).

    KAWAN

    ReplyDelete
  77. Y. Bhg Datuk AKJ dan semua pembahas-pembahas,

    Saya merasakan kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang dipaparkan di dalam Utusan Malaysia hari ini adalah sangat bertepatan dengan keadaan semasa UMNO, BN dan Kerajaan sekarang. Kenyataan beliau itu juga sangat dialu-alukan jika tidak dinanti-nantikan. Sekurang-kurangnya, seorang Menteri kanan Kabinet, yang juga Naib Presiden UMNO telah memecahkan tradisi “membisu” apabila berhadapan dengan isu kepimpinan UMNO, BN dan Kerajaan, yang begitu berapi-api diperkatakan sejak akhir-akhir ini..

    Saya sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Muhyiddin yang antara lain mengatakan “bagaimana kalau kuasa politik yang tinggal sedikit dalam tangan kita ini, terlepas daripada genggaman kita, macam mana kita hendak mendapatkannya balik? Seratus tahun belum tentu lagi”.

    Hakikat yang jelas, segala “serangan” bertali arus dari TDM (beserta ahli-ahli akar umbi UMNO) telah berjaya menembusi “denial syndrome” pembesar-pembeasr UMNO. Walaupun kenyataan Tan Sri Muhyiddin itu belum lagi boleh ditafsirkan sebagai mewakili majority pembesar-pembesar UMNO, tetapi sekurang-kurangnya ianya telah menjadi satu bukti bahawa suara ahli-ahli akar umbi UMNO telah dizahirkan oleh seorang Naib Presiden UNMO, secara terbuka.

    Dengan scenario seperti ini, adalah sangat menarik untuk melihat apakah bentuk “kecaman” yang akan dilemparkan kepada Tan Sri Muhyiddin terutama dari Menteri (atau menteri-menteri) yang selama ini begitu yakin menongkah arus.


    Azman Mohd Isa
    Shah Alam

    ReplyDelete
  78. Anonymous10:26 PM

    Bismillahirrahmanirrahim,

    “Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (Ayat 3 Surah At-Talaq )

    قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (3:26)

    "Katakanlah: ""Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Ayat 26 Surah Ali-Imran)

    Sebagai seorang Islam, kita wajib percaya kepada Qada’ dan Qadar Allah s.w.t. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Kita wajib yakin, segala sesuatu itu berlaku atas ketentuanNya yang Maha Esa.

    Kekalahan BN dan UMNO khususnya adalah satu KETENTUAN ILLAHI.

    Kegagalan ini adalah kegagalan satu sistem kepimpinan, bukannya kegagalan seorang pemimpin sahaja. Proses pemilihan pemimpin dalam UMNO itu sendiri sebenarnya tidak betul. Proses Pemilihan Melalui Perwakilan pada hari ini mendedahkan wakil-wakil kepada unsur-unsur politik wang. Pemimpin Pusat dipilih dan ditentukan oleh 3000 orang perwakilan di perhimpunan agung. Apakah 3000 orang ini mencerminkan kehendak 3 juta orang ahli?

    Kalau asas memilih pemimpin didasari dengan politik wang, maka pemimpin yang lahir itu tidak mampu meneguhkan dan menguatkan parti sebaliknya merobohkan parti. Dan kalau proses ini berterusan, maka UMNO bakal berkubur di bumi bertuah ini.

    zakariazaidi

    ReplyDelete
  79. Anonymous11:37 PM

    Dato' AKJ;

    Mohon Dato' perbetulkan RSS feeds blog yer. Saya punya RSS reader tak boleh nak detect posting Dato'. Ada silap sikit dengan setting blog template Dato' ni.

    Terimakasih.

    Norman

    ReplyDelete
  80. bangkitlah
    dan pikullah amanat ini diatas bahumu

    hembuskanlah panas nafasmu diatas kebun ini
    agar harum haruman
    nafasmu meliputi segala

    janganlah dipilih hidup
    bagaikan nyanyian ombak
    hanya bernyanyi ketika terhempas dipantai

    tapi jadilah kamu
    ibarat air bah
    mengugah dan mengubah dunia dengan amalmu

    dr mohamad iqbal

    ReplyDelete
  81. Anonymous12:20 AM

    The Scribe
    Salaam

    The Day TunM Was Suckered
    (is the day he stopped thinking)

    What do you know of this YB from Pahang - Mohd Najib bin Tun Abdul Razak? Why - suddenly - did Tun M dropped him like a bomb? But of course, his Pemuda son caught it.

    Would this man from a small town in Pahang have a better nose than Abdullah at smelling out trouble and a brain to solve the unsolvable like TunM usually do for breakfast? "TunM still has the more handsomest nose in Malaysia."
    Red sky in the evening, TunM?

    Which is not exactly what Muhyddin is trying to point out? Isn't he?
    "Whaaa, are you trying to run the show aa, Tan Sri Pagoh?" With the Johoreans' blessing, of course.

    What are looking at here when someone say you to sort out your pension plan with the banker? Valid till 31st December, 2008?

    Who is a good Timbalan Presiden UMNO, Scribe, before Mahathir and after after Anwar?

    Making a long point short:
    Is the MT making the decision for us? Najib for Presiden?

    I think Datuk Sharifah was very right. "Najib is going to miss the boat."

    So, what do you know of Najib, Scribe? Why did TunM dropped him like a bomb and is his son carrying it around?

    "It gets worse before it gets better."

    ReplyDelete
  82. Anonymous12:56 AM

    assalamualaikum Dato' AKJ,

    Saya bagi sampai bulan enam ni ja untuk pak lah stay on. He has to step down by then.

    Saat-saat terakhir ini dia kena buat macam-macam, pusing kut ni, pusing kut tu, dengan bertanggung jawab, cari duit nak bayar duit yang telah 'di advance'kan untuk pilihanraya. 'Rebranding' macam Dato' kata tu salah satu cara. Nothing wrong with the name IDR. Iskandar Malaysia sounds awkward. Sesuai untuk promosi Nasi Kandar Malaysia di luar negera. Not again atas permintaan rakyat Johor nak tukar nama tu, macam dulu, atas sentimen pasir untuk menghentikan projek jambatan di tambak johor tu.Tak dak rakyat minta pun.Bohong.

    Suara akar umbi masih tak dipakai, macam di Johor, ada cawangan yang kata mereka tak bersetuju dengan kenyataan Bahagian yang menyokong Pak Lah. Ni Bahagian pandai-pandai buat decision.

    Ada Bahagian juga yang berdiam diri, ada juga yang berdegar-degar mengutuk itu dan ini, tetapi bila usul nak adakan EGM, buat undi, tak da sambutan. Kalah. Takut.
    Sebagai Ketua Bahagian yang serius kuasa veto dalam hal yang baik macam ni demi kesinambungan orang Melayu perlu ada. kalau tak da semangat kental, then say bye-bye lah. INGAT, JANGAN GUNA DUIT LAGI kalau orang Islam.

    mini clubman

    ReplyDelete
  83. Anonymous4:17 AM

    Yg Bhg Datuk,

    Baru saja habis menonton perlawanan MU mengalahkan ASNL, jelaslah hanya 2 team ini saja akan mengonggoli EPL 2007/2008iaitu MU dan Chelsea.

    Begitu juga dengan suasana perbezaan pendapat dalam parti UMNO terus jelas, dengan berlakunya peristiwa-peristiwa berikut:-

    1. Pak Lah dah jelaskan hasratnya akan berundur secara terhormat;

    2. Tun Mahathir terus menunjukkan taraf pemikirannya yang tidak rasional dan bukan lagi pada tahap negarawan ulung negara. Kalau orang yang rasional dan menerima ketentuan Allah SWT, beliau tidak seharusnya memikirkan beliau seorang yang betul dan menganggap hanya beliau seorang boleh menentukan halatuju negara ini. Jangan memaksa sesuatu perubahan mengikut cita rasanya sendiri. Cukuplah apa yang telah dibuat selama ini dan janganlah hendak menentukan nasib kami, kami tahulah nanti bagaimana hendak hadapi segala permasalahan ini.

    Janganlah risau sangat tentang nasib UMNO ini, sebenarnya UMNO dah pun beliau bersama Tengku Razali kuburkan dalam tahun 1987. Allah Maha Berkuasa dan Adil, nasib Melayu akan tetap terjamin jika orang Melayu sendiri takutkan Allah SWT, janganlah susah-susah beliau nak fikirkan.

    Ketika ini ianya lebih menguntungkan jika sekiranya beliau menghabiskan sisa-sisa umurnya kepada aktiviti-aktiviti yang mengeratkan perhubungan beliau dengan Allah SWT.

    3. Bapa borek anak rintek!

    Nampak anaknya Mukhriz sama saja dengan bapanya, tidak boleh berfikiran waras dan berpendirian sendiri dalam menghadapi permasalahn begini. Sayang sekali... dengan pengalaman hanya di MRSM dan AMAN, sudah pandai tunjuk orang ini salah dan orang ini perlu berhenti. Beringatlan sikit-sikit, janganlah keterlaluan. Nak bawa ayahnda sendiri bersembahyang di Masjidil Aqsa pun tersangkut di sempadan dan tidak berjaya, macam mana nak buat kerja yang lebih mencabar lagi di masa hadapan.

    3. Bagi yang sudah faham Tan Sri Muhiyidin, wawancara beliau di Mingguan Malaysia sudah jelas dan terang tentang pendirian beliau, lebih-lebih lagi peluang yang terluang begitu luas terhidang kepada beliau menjelang pemilihan nanti. Tidak seharusnya dilepaskan begitu saja bagi mereka yang bercita-cita tinggi.

    Nampaknya beliau dilihat lebih menjurus kepada seorang ahli politik yang akan merebut peluang terhidang dengan tidak payah memikir kepentingan parti dan negara.

    Perlu ingat susana wawancara tersebut dibuat selepas beliau mendengar visi & misi Pakatan Rakyat yang diluahkan oleh Saudara Anwar Ibrahim di Star Online. Nampaknya beliau tidak berkeyakinan yang Pak Lah boleh berhadapan dengan kepimpinan Anwar Ibrahim.

    4. Kalaulah itu yang Tan Sri Muhiyidin susahkan sangat, sesiapa jua yang menggantikan Pak Lah tidak nampak boleh berhadapan dengan kepetahan Saudara Anwar kita. Daripada pengamatan saya, kelemahan beliau ialah mulutnya lebih pantas daripada otaknya saja. Sesekali akan tersasul jua, kita tunggu dan lihatlah nanti.

    Dalam kontek ini, seharusnya sebagai seorang yang percaya kepada Allah SWT dan Muhamad SWA sebagai pesuruhNya, kita semua sama-sama terus berdoa agar negara kita akan dipimpin oleh mereka yang terbukti bermoral mulia.... itu saja yang kita perlu buat dalam menghadapi masalah ini.

    Wallahua'lam

    Rakan20G

    ReplyDelete
  84. Anonymous7:10 AM

    YBhg Dato'
    Keapada Rakan 2OG, tak payah lah nak tunjuk Anwar tu pandai sangat...skrip ucapan orang buat....kena bodek dengan amerika habis rahsia negara tergadai....hang pi duduk dengan anwar tu...insya allah hang belajar perkara sebenarnya...
    Helang 79

    ReplyDelete
  85. Sebenarnya Datuk, kekalahan BN 8 Mac adalah disebabkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan Pak Lah. Persepsi yang negatif ini mula tercetus selepas PRU 2004 yang BN menang 'all-time record', mungkin gara2 riak dan hilang pegangan kerna mendapat kemenangan besar! Persepsi negatif terhadap kepimpinan dan pentadbiran Pak Lah selama tiga thun kebelakangan ini tidak pernah 'dirawat' olih pemimpin kerajaan/UMNO hatta Pak Lah sendiri kerna semuanya berada dalam 'state of denial' yang amat menjengkel kan rakyat. Persepsi2 negatif ini kian sehari kian menebal dan ianya diterjemahkan olih rakyat melalui keputusan PRU yang amat mengerikan BN dan penyokong2 nya.

    Apabila sesuatu persepsi itu tidak dirawat dari awal ianya akan diusahakan olih sesorang untuk menjadikannya suatu kenyataan. Persepsi bahawa Pak Lah lemah, lembik, cakap tak serupa bikin, terpengaruh dengan menantu dan contoh2 lain telah dapat di buktikan dengan pelbagi kaedah kepada rakyat. Kepesatan penggunaan internet membantu bloggers menjadi popular sebagai media alternatif. Pendedahan demi pendedahan olih bloggers di terima olih rakyat tanpa sebarang usaha merawat olih BN atau kerajaan. Jika sebarang rebuttal tidak dibuat maka rakyat berpendapat ianya berpaksi kepada dua sebab i.e tidak mempunyai penulis yang kompetent untuk melakarkan rebuttal atau pun apa yang di tulis olih bloggers adalah yang benar belaka!!

    Ini lah musibah yang menimpa sesebuah kerajaan yang mempunyai pemimpin yang senantiasa hidup dalam zon penafian. Badut2 politik spt Pak Lah, mike tyson, Shahril, nazri , rafidah dan tg nan, harus beredar dari persada politik Malaysia kalau UMNO dan BN ingin terus menjadi relevan dan ianya harus berlaku segera. Kalau tidak mungkin BN akan bertukar tempat dalam parlimen dalam PRU akan datang!!!

    ReplyDelete
  86. Anonymous10:51 AM

    Salam,

    Senario politik yang masih belum bergerak dalam bentuk tindakan ini saya klassifikasikan sebagai apa yang orang dari negara barat selalu cakap "feeling sick and tired" tetapi kita masih belum sampai tahap " sick and tired of feeling sick and tired".


    Kanta

    ReplyDelete
  87. Anonymous12:49 PM

    Saudara Helang79 yang budiman.

    "Keapada Rakan 2OG, tak payah lah nak tunjuk Anwar tu pandai sangat...skrip ucapan orang buat....kena bodek dengan amerika habis rahsia negara tergadai....hang pi duduk dengan anwar tu...insya allah hang belajar perkara sebenarnya..."

    Kenapalah pemahaman Saudara terhadap sedikit terpesong kepada tulisan saya itu. Sebenarnya kepetahan seseorang bercakap itu bukannya menunjukan tahap kepandaian dan pemikiran seseorang. Bukankah saya juga ada membuat qualification sedikit dan cuba menjelaskan bahawa Saudara Anwar kita ini mulutnya lebih cepat dari pada otaknya. Kan itu satu reservation... tak ke faham.

    Sebab itu saya tekankan agar kita meminta dari Allah SWR setiap kali selepas solat untuk memastikan yang negara ini hendaklah dipimpin oleh seseorang yang terbukti mulia akhlaknya... tiada langsung keraguan..bukankah itu kerja yang paling mudah.

    Bukan sebagaimana tanggapan Tan Sri Muhiyidin pada wawancara MM yang beliau melihat tahap keimanan yang paling bawah sekali adalah berani bercakap yang hak dan benar. Itu sebenarnya satu tahap yang amat tinggi buat saya... tetapi mungkin paling rendah bagi Tan Sri. Syabas Tan Sri.

    Wallahua'lam

    Rakan20G

    ReplyDelete
  88. Salam Dato',

    # Saya paparkan sebahagian laporan malaysiakini.com untuk mereka yg mahu berfikir.

    Wakil Umno 'di sebalik' projek babi. - malaysiakini.com

    "Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

    Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Mendedahkan perkara itu kepada satu sidang media hujung minggu lalu, ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng berkata syarikat bumiputera itu berhasrat membawa masuk teknologi Jerman untuk projek tersebut.

    Akhbar The Sun hari ini yang mengutip laporan The Oriental Daily semalam menyebut, wakil rakyat BN-Umno bagi kerusi Tajung Sepat, Datuk Karim Mansor, bersama seorang ketua kampung di situ turut bersama dalam rombongan ke luar negara untuk melihat teknologi tersebut.


    ------------

    # Saya ingin menarik perhatian Dato' dan Sdr-sdr semua terhadap tulisan Sdr. su-kj di dalam blog si Ali Rustam yang pada pendapat saya amat dangkal, individualistik dan cetek pengetahuan agama! Di sini saya "paste"kan sebahagian posting su-kj tersebut untuk pertimbangan semua:

    "3. Bagi saya, Selangor ka..Melaka ka..Umno ka..PAS ka..PKR ka..semua bersalah dalam isu babi ini. Jika benda itu haram ia tetap haram dan jika diteruskan juga pasti masalah tetap timbul juga.

    4. Kadang-kadang demokrasi, majoriti, suara rakyat tidak boleh menyelesaikan semua masalah. Dalam hal tertentu 'kuku besi' atau autokrasi diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

    5. Jika saya PM Malaysia, sudah tentu saya akan bakar saja semua babi-babi yang ada di negara ini. Jika takut jangan jadi Pemimpin."


    # Disamping langsung tidak faham dan tidak dapat membezakan antara perkara yg haram dan tindakan yg berhikmah di dalam Islam demi keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa di M'sia, Sdr. su-kj turut meneriak sentimen bencikan babi (sehinggakan mahu membakar semua babi di negara ini sekiranya beliau PM) dan menyokong kepemimpinan "kuku besi" ala diktator! (Rasulullah s.a.w. bukan diktator dan beliau dikelilingi ramai Sahabat yang membantu dan menasihati beliau dalam mentadbir negara Islam Madinah dan tanah Arab dahulu. Bacalah buku Michael Hart "The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History" dan selami bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menjadi individu #1 - "top in the list". Tulis Hart...."My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions, and became an immensely effective political leader.Today, thirteen centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive....We see, then, that the Arab conquests of the seventh century have continued to play an important role in human history, down to the present day. It is this unparalleled combination of secular and religious influence which I feel entitles Muhammad to be considered the most influential single figure in human history."! Barulah masyarakat bukan Islam terpesona dengan kesucian Islam dan tingginya martabat akhlak Islamiah!)

    # Buat terakhir kali saya ingin bertanya secara terbuka, apa yg haram sebenarnya Sdr. su-kj - haram org Islam makan babikah atau isu sebenarnya adalah disebabkan ketua kerajaan negeri baru yg juga beragama Islam mahu "meneruskan" projek yg dikatakan boleh mengawal penternakan haram babi, amat perlu dan lebih bersih oleh bekas MB, Khir Toyo sebelum ini? Cuba terangkan kpd saya yang mula nampak "agenda tersembunyi" di semua blog yg Sdr. lawati akhir-akhir ini.

    # Saya setuju dengan tulisan Sdr. Rustam dalam blog yg sama....."Babi adalah sumber makanan kaum bukan Islam tapi tanggungjawab kita sebagai pemimpin islam untuk sediakan tempat yang selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar. Ini adalah tuntutan fardhu kifayah . Bukan macam Datuk (Ali Rustam) cari populariti dengan isu babi.... Mahu tergelak juga saya bila terbaca tajuk satu kiriman di KLpos.com "Babi siapa dan siapa babi? tetapi isi tulisannya amat menarik dan membuatkan kita berfikir - adakah binatang BABI yg sebenarnya kita persalahkan dalam isu ini? Atau ada "agenda tersembunyi" yg amat bahaya jika tidak ditangani dengan cermat dan berhemah/hikmah?

    ReplyDelete
  89. Salam Dato' dan semua,

    Elok juga saya paparkan sedikit apa dalam benak Sdr. Fudzail, penulis posting "Babi siapa dan siapa babi?" di web KLpos.com di sini. Bagi saya pengalaman, pandangan dan persoalan beliau amat bernilai sekali untuk kita yg mahu/mampu menggunakan akal dgn bijak.

    Sebahagian kata Sdr. Fudzail selepas berkongsi pengalaman berkaitan anjing besar, babi dan golongan Freemason..."Kenangan lama yang menggamit apabila membaca tentang ladang babi yang mahu di usahakan secara lebih baik dan tersusun di Selangor. Tidak heran media perdana memainkan isu dengan sensasi, memang sesuatu yang ditunggu-tunggu untuk memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.

    Sekali lagi, BABI adalah sensitif untuk umat Melayu dan media perdana yang sebelum ini cuba menyembunyikan isu babi dan JE di Melaka, kini tidak cukup ruang untuk menjatuhkan imej PR di Selangor.

    Tidak pasti salah strategi di pihak PR sendiri atau ada rahmat yang akan membuka lebih banyak pekung BN. Yang pasti, pihak UMNO dan pencacai akan memainkan isu ini sepenuhnya walau banyak perkara baik dalam perlaksanaan. Itulah budaya dan sikap orang yang kalah dan masih belum menerima hakikat kekalahan secara gentlemen.

    ....Secara kesimpulannya, isu babi di Selangor ini boleh dilihat dengan lebih luas dan terbuka.

    Dengan merangkum segala tindak tanduk mereka yang sebelum ini memerintah dengan angkuh, pertanyaan saya ialah sebelum 8 April, babi siapa yang berpuluh tahun memusnahkan alam sekitar dan SIAPA BABI yang kini mengambil kesempatan menjadi hero walau sudah menjelajah dunia untuk melawat kandang babi mat salleh? Mereka ini lebih hina dari babi, makhluk Allah SWT yang tidak bersalah apa-apa!"


    Terima kasih Dato'.

    ReplyDelete
  90. Anonymous3:44 PM

    YBhg Dato,
    Pada rakan2OG,
    mohon maaf.
    Helang79

    ReplyDelete
  91. Anonymous12:16 AM

    aslkm..

    tak kira.. tetap jugak tak setuju dgn ternak secara sistematik ka tak sistem ka... nak lebih sistem biar lah di ternak di jerman.. untuk supply kepada peminat babi kerajaan import saja.. tak kira kerajaan Umno ka, PKR ka? DAP ka?? projek babi patut di hentikan.. kalau betui khir toyo luluskan.. MB baru kensel kan saja..Import Import Import.. babi Import mungkin rasa dia lain..kurang manih(kata orang kedah)@manis. tanyalah peminat daging babi
    Wallahua'lam
    anakcikguchik

    ReplyDelete
  92. anakcikguchik,

    Pada saya, tak bersetuju tak apa (Janganlah sampai nak dibakar semua babi-babi seperti saranan Sdr. su-kj! Cukuplah kita bakar anak-anak ayam masa harga ayam jatuh murah dahulu). Tidak ada masalah kalau kita org Islam tidak suka kepada babi tetapi jangan pula membenci perlaksanaan yg dikatakan "amat perlu" dan "lebih bersih" oleh bekas kerajaan sebelum ini. Apa kata kalau PR kalah kepada BN dalam PRU-12 lepas dan Khir Toyo terus menjadi MB? Sudah tentu pihak-pihak yg berkepentingan itu akan kenyang dan buncit perut dgn peruntukan RM100juta tersebut. Dan mungkin senyap terus dan akan langsung tiada isu dikala pihak-pihak ini (yg juga dikatakan beragama Islam) "enjoy" dengan keuntungan mega hasil dari penternakan babi mega tersebut. Herannya, orang Cina yang bukan Islam ini nampak lebih rasional dan lebih memahami masalah babi yg menghantui penduduk Selangor ini drp orang Melayu-Islam sendiri.

    Saya sokong konsep mengimport daging babi ini tetapi sekiranya ladang-ladang babi haram dan persekitaran yg busuk serta tidak sihat berterusan tanpa ditangani dengan tegas, mengimport babi tidak menyelesaikan masalah dan mungkin akan hanya membuatkan daging babi "over supply". Apabila harga daging babi jatuh dan penternak babi tertekan, masalah lain pula akan timbul dengan permintaan2 yg tidak masuk akal dan akhirnya mendatangkan masalah kepada kerajaan semasa Selangor menanganinya. (Negara dan Selangor nak jadi pengeksport daging babi pulakah?). Pada masa itulah jarum2 beracun akan bercucukan datang drp pihak yg membangkang (tidak kira siapa) sambil mereka menjilat semula ludah yg diarahkan ke langit sebelum itu.

    Apa yg penting sekarang, demi masa depan masyarakat berbilang kaum dan agama di Selangor, tindakan dan saranan kita mestilah rasional dan berobjektif - bukan beremosi dan beragenda politik dangkal/dungu. Bukan mereka-mereka yg berkepentigan ini yg akan terkena kesan pembangunan penternakan babi tersebut tetapi masyarakat sekitar dan orang Selangor juga yg akan menghadapinya selagi kemudahan tersebut berada di sana. Mereka yang kenyang dan buncit perut tersebut nanti akan "enjoy" melancong keluar negara dan/atau kehulu kehilir menderu dengan kereta mewah meraka. Tanyalah diri sendiri dahulu, apa yang kita dapat? Dari situ, barulah kita amanahkan perlaksanaannya kepada kerajaan semasa Selangor.

    ReplyDelete
  93. Salam sejahtera Datuk,

    Pak Lah kata dia tidak akan berundur sehingga dia telah membetulkan keadaan. Masalahnya, Pak Lahlah yang menjadi punca kekalahan UMNO dan BN. Satu satunya jalan untuk untuk membetulkan keadaan adalah dengan Pak Lah berundur secepat mungkin selagi ada masa dan harga diri belum teruk tercalar.

    Lo

    ReplyDelete
  94. Anonymous4:17 AM

    Dato' saya rasa gembira melihat perbahasan terus hidup dengan sehat. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini kelihatannya kumpulan mirip UMNO agak ekstrem pandangan mereka. Dalam baris-baris tersirat jelas menggambarkan kegelisahan oleh mereka. Mungkin juga mereka dalam keadaan ,in denial,.
    Saya berkawan dengan ramai orang tak kira parti. Ramai teman UMNO yang sudah mula berjinak dengan pAS dan Keadilan manakala yang cina dah mula ikut DAP.
    Bayangkan di tempat saya di Kuala Selangor tak pernah ada DAP kini dah ada. Keahlian PKR mengalami graf menegak manakala PAS juga tidak ketinggalan. Kehebatan PAS ialah, selain dari menambah ahli beragama Islam, ramai anak muda bukan Islam menyokong melalui kelab penyokong PAS. Kebanyakannya senang dengan cara PAS yang kurang politiking.
    Saya juga sempat melihat berguni-guni keahlian baru PKR, pastinya dari kalangan UMNO.
    Tak kira siapkah yang akan memimpin UMNO di masa mendatang, yang jela UMNO sudah lumpuh dan akan terus merana mulai bulan JUN ini apabila PKR menghantar surat keluar parti oleh mereka yang mengisi borang sekaligus borang keluar parti UMNO. Maknanya, cawangan kecil akan tutup kerana kurang dari 50 ahli. Pastinya UMNO akan lebih kecamuk bila mesyuarat bahagian bahagian.
    Pada masa sama, ramai ketua bahagian sekarang akan dilanggar ketika pemilihan nanti. G 7 pula akan diwakili muka baru yang tak peduli akan menyembat dan menyebat Dolah Badawi dan yang sewaktu dengan nya.

    Saya melihat umno akan terus hidup sebagai parti kecil.Begitu juga MCA, MIC, PPP, IPF dan lain-lain.

    Samada Pakatan akan membentuk kerajan atau tidak tidak menjadi soal besar. Yang utama ialah kesedaran rakyat.
    Lebih ramai pengundi muda akan melakukan perubahan. Sebahagian besar mereka ini membesar dalam suasana politik bobrok sejak lahir kedunia ini ketika Mahathir mula memerintah.
    Merekalah kumpulan besar yang mual dengan kerajaan BN. Mereka tidak menikmati malah kenal perkataan biasiswa tetapi pinjaman. Mereka ini nampak jelas bagaimana UMNO hanya mngutamakan kaum-kaum mereka sahaja. Fakta ini saya lihat depan mata sendiri. Semua pekerja saya yang berusia dua puluhan bangga menampak stiker PAS, PKR dan DAP di motodikal dan kereta mereka.
    Agak sukar dimengerti pandangan mereka. Yang jelas, mereka terasa sangat tersisih oleh politik UMNO sehingga ketika calon BN datang ke pejabat kami, mereka segera menolak rayuan calon itu. Ayatnya begini, " sori, you orang dah lupa kami, orang muda.Saya terkedu sekejap. Itulah senario sebenar kini. Anak muda yang celik IT dan blog.
    UMNO kena cari formula jangka pendek mengatasi masalah keluar parti en-bloc mulai Jun ini.

    ReplyDelete
  95. Tikus bukan semua serupa. Kita ada banyak macam tikus.

    Mana tahu tikus yang saudara maksudkan itu tikus yang diklon khas oleh CIA dengan bantuan pakar genetik terhebat di dunia.

    kadir, kamu yang dah pencen pun cakap macam ni?? Aku pun sempat gak tengok hang jadi jutawan segera masa anwar TPM. Hang, dan kawan-kawan hang, Nazri, Khalid, sapa lagi? Aaaa, Mutalib.
    Kalu tulis ada open close inverted bukan taraf hang. Hang ni bekas orang brsak NST, lain la aku kuli batak jer,.

    Kalau ada bukti Anwar cia keluaarkan segera, tangkap cepat, orang keadilan dan pas dan rakyat tak akan membela Anwar sekali lagi. Sekarang nipun dah ada tokoh baru yang boleh menandingi Anwar..

    Ini kan polis, tangkap Raja Petra.. Dah penat dah buat cerita yang tak dak bukti nih... Hak yang kita tulih ni jadi saksi kat akhirat nanti.

    ReplyDelete