Friday, July 04, 2008

Krisis Politik Ancam Ekonomi

A Kadir Jasin

[PERINGATAN: Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

DALAM kesibukan dan keghairahan kita disajikan dengan konspirasi politik dan dakwaan jenayah sensasi, satu berita buruk yang hampir-hampir tidak dipedulikan adalah keadaan inflasi yang semakin meruncing.

Tersorok dalam ruangan berita ekonomi New Straits Times pada 2 Julai adalah kenyataan Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz bertajuk: Zeti: Inflation likely to have hit 6-7pc in June (Zeti: Inflasi mungkin telah mencapai 6-7 peratus bulan Jun).

Zeti mengenal pasti kenaikan harga minyak, pemotongan subsidi dan faktor luar negara sebagai punca lonjakan inflasi dan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih lembap.

Kadar 6-7 peratus itu sudah pasti berupa kadar kenaikan bulanan tinggi pernah dicatatkan oleh Malaysia dalam sejarah. Sebagai perbandingan, kita ambil kadar inflasi bulan Mei sebanyak 3.8 peratus. Pada kadar itu pun, ia sudah berupa kadar kenaikan paling tinggi dalam masa 22 bulan.

Mungkin inilah juga peningkatan kadar inflasi yang paling tinggi dalam sejarah negara yang tercetus akibat dasar dua hala kerajaan iaitu mengurangkan subsidi dan menaikkan harga bahan bakar.

Soalnya apakah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi telah benar-benar menghalusi dan memahami implikasi tindakannya memotong subsidi dan menaikkan harga bahan bakar terhadap ekonomi negara dan kebajikan rakyat jelata?

Apakah mereka yang dianggap pakar ekonomi dan kewangan dalam Pentadbiran Abdullah seperti Noor Mohamed Yackop, Mustapha Mohamad dan Senator (Tan Sri) Amirsham Abdul Aziz telah benar-benar mendalami implikasi tindakan radikal ini terhadap ekonomi dan politik negara?

Apakah Kabinet setuju sebulat suara bahawa tiada jalan lain menyelamatkan kewangan negara selain membebankan rakyat jelata dengan kenaikan besar – 41 peratus -- harga bahan bakar?

Adalah tidak masuk akal kalau kerajaan tidak sedar kesan gandaan akibat kenaikan harga bahan bakar terhadap kos pengeluaran dan harga pengguna (consumer price).

Serentak itu, akibat daripada persekitaran ekonomi global yang lembap, Zeti turut meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara jatuh di bawah paras lima peratus.

Inilah keadaan yang sangat-sangat ditakuti di mana pertumbuhan ekonomi yang rendah tetapi kadar inflasi tinggi. Keadaan ini boleh membawa kepada apa yang dipanggil “stagflasi” (stagflation) di mana ekonomi menguncup tetapi inflasi melambung.

Soalnya, dalam suasana di mana kerajaan menghadapi pelbagai cabaran, siapakah yang akan menangani ancaman besar yang sedang dihadapi oleh negara ini?

Tidak hairanlah kalau beberapa komponen ekonomi negara sudah pun mula mempamerkan aliran yang negatif. Selain kenaikan kos pengeluaran dan harga pengguna, keyakinan terhadap ekonomi negara nampaknya semakin meruncing.

Nilai modal pasaran (market capitalisation) saham-saham di Bursa Malaysia misalnya telah merosot 21.24 peratus atau RM235 bilion sepanjang enam bulan tahun ini daripada RM1.106 trilion kepada RM871 bilion. Indeks komposit pula jatuh 24 peratus daripada puncak 1,524 mata. Pagi tadi pasaran merudum setelah ditutup sepanjang hari semalam "kerana masalah teknikal."

Peranan pasaran saham sebagai barometer semasa ekonomi dan sebagai saluran pembentukan kekayaan adalah sangat penting.

Ia bukan sekadar tempat bagi syarikat swasta memperoleh modal untuk berniaga tetapi juga tempat di mana kesan kekayaan (wealth effect) diwujudkan.

Dalam bahasa yang mudah, orang yang membuat keuntungan di pasaran saham lebih rela berbelanja besar berbanding orang yang makan gaji atau hidup dengan wang pencen atau Tabung Simpanan Pekerja.

Tidak kira apa jua krisis, konspirasi dan skandal yang melanda kepemimpinan dan pentadbiran negara sekarang, kejatuhan mutakhir negara dan mala petaka kepada rakyat jelata akan berlaku jika masalah ekonomi yang meruncing sekarang gagal ditangani.

Suka tidak suka, kita terpaksa bertanya adakah kepemimpinan negara sekarang cukup diyakini oleh pelabur dalam dan luar negara, oleh pengguna dan rakyat jelata amnya.

Keyakinan adalah sangat penting kepada ekonomi sesebuah negara. Pelabur akan mengekalkan pelaburan mereka dan membuat pelaburan baru hanya jika mereka yakin dengan kemampuan pemerintahan menangani masalah yang sedang melanda.

Pengguna pula akan berbelanja lebih banyak jika mereka yakin bahawa mereka boleh memperoleh semula jumlah yang dibelanjakan itu melalui kenaikan gaji atau keuntungan perniagaan.

Pokok pangkalnya adalah keyakinan.

Kesimpulannya kita menghadapi dua jenis krisis sekarang. Pertama krisis ekonomi dan kedua krisis keyakinan terhadap kepemimpinan negara.

Abdullah Ahmad Badawi boleh terus mempertahankan kedudukannya dengan mengatakan dia menang besar. Anwar Ibrahim boleh terus meneriakkan konspirasi dalam usahanya merampas kuasa daripada Abdullah. Dan Mohd Najib Abdul Razak boleh terus setia kepada Abdullah dan berharap jawatan Perdana Menteri diserahkan kepadanya di atas tepak emas.

Anwar dan Mohd Najib boleh saling tuduh menuduh, berkomplot dan berkonspirasi. Abdullah boleh berasa lega dan selesa kerana percakaran Mohd Najib dan Anwar memperkukuhkan kedudukannya.

Tetapi apakah kedudukan negara dan rakyat jelata selamat, aman dan makmur seperti yang dijanjikan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu?

Untuk selamat, aman dan makmur dan demi generasi akan datang kita wajib melihat melepasi Abdullah, Mohd Najib dan Anwar. Umno, BN dan Malaysia tidak ketandusan daya kepemimpinan dan semangat perjuangan.

Masalahnya adalah kita terperangkap dalam penjara masa. Kita terlalu taasub kepada apa yang ada. Kita lupa bahawa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih pemerintahan negara pada tahun 1981 beliau mengenal pasti dan melantik banyak pemimpin muda – Anwar, Abdullah, Mohd Najib, Muhyiddin Yassin, Rais Yatim dan ramai lagi.

Kalau Dr Mahathir boleh mengenal pasti dan memberi peluang dan keyakinan kepada pemimpin muda yang berusia 30an dan 40an pada tahun 1981, mengapakah kita tidak melakukan tindakan yang sama sekarang?

Apa salahnya Muhyiddin, Rais Yatim, Hishammuddin Hussein, Ahmad Shabery Cheek, Khairy Jamaluddin, Muhkriz Mahathir dan barisan pelapis yang lain?

Dan apa salahnya Umno membawa kembali kuasa pemikiran dan pengalaman veteran seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Daim Zainuddin dan ratusan ahli Mubarak?

Umno dan kepemimpinannya penting. Tetapi yang lebih penting adalah perjuangan kerana Umno lahir hasil daripada perjuangan orang Melayu pada tahun 1946 mempertahankan hak dan kedaulatan negara. Ketaasuban kepada pemimpin boleh menjahanamkan Umno dan mengkhianati perjuangan.

83 comments:

  1. Anonymous1:03 PM

    Dolah masih dalam keyakinan bahawa negara masih terkawal dari segi ekonomi serta keselamatan dan tentulah pengucapan itu berdasarkan serba tahunya dalam mentadbir negara berdasarkan pandangan penasihat2nya.

    Rakyat harus tidak panik, begitulah saranan Dolah, Tambahan 6 B yang di umumkan bukankah satu langkah menangani perekonomian negara.

    Atas dasar itulah kita harus memberi peluang kepada Dolah untuk terus berkuasa sebagai PM dan melaksanakan apa yang difikirnya betul. Tindakan ini mempercepatkan kita untuk menilai kebijaksanaannya samada harus terus kekal hingga Disember atau 'berambus'

    Mengingatkan kerajaan yang masih 'bodoh sombong' adalah ibarat mencurah air di daun keladi.-kluangman

    ReplyDelete
  2. This is the reason for all them conspiracy theories and statutory declarations. To shift the peoples' attention away from the actual problem that has been inflicted to the country right now. The government can't afford to dangle more carrots because their inefficiencies and the greed of politicians had bankrupted the country.

    When there are more and more stomachs running on empty, when there are more and more Malay, Chinese, Indian and other babies crying of hunger, then there'll be true unity. A unity out of desperation is better than none. Then there'll be an uprising against all these stupids and their stupidities.

    Unless some people fell for things that dangle.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:26 PM

    Dato,

    Dollah lebih pentingkan periuk nasi dan kedudukan keluarganya dan menutup segala kesalahan mereka dari memperjuangkan ekonomi negara dan juga rakyatnya.

    Saya tidak nampak Dolah akan membuat resolusi yang sama seperti yang datuk sarankan selagi kedudukannya sebagai presiden Umno belum kukuh.

    Dan dolah hanya akan fokus kepada pemilihan Umno dari menyelamatkan ekonomi negara.

    Dia akan menyerahkan tugas ini dan blame kepada MOF II dan Senator Amirsham (jika keadaan makin gawat ) untuk selesaikan masalah ini.

    Jadi sehingga December 08, rakyat Malaysia tetap akan sengsara.

    Kepada ahli Umno yang akan mula mengundi, KEDUDUKAN kah atau NEGARA yang menjadi PERJUANGAN anda.

    Jika KEDUDUKAN yang menjadi pilihan, makan KEDUDUKAN saudara akan berkubur dengan parti UMNO saudara sebelum PRU13.

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:43 PM

    Wahai pemimpin semua..kembalilah kepada Allah. Mengucaplah kalimah syahadah. ASSHADUALAH ILAHHAILLAH WA ASHHADUANNAMUHAMADARASULULLAH..

    Syahadahlah sebelum kita semua mencium bau tanah dan dimamah ulat2suatu hari nanti. Bagaimana kita ingin menjawab soalan malaikat "SIAPA SAUDARA KAMU?" sedangkan sesama Melayu Islam bertuduhan liwat dan rogol-bunuh.

    Bukan Melayu sedang bertepuk tangan kerana orang Melayu masih bertegang urat berbalah, tapi mereka sedang menguatkan kubu di Penang dan MIC berjaya dapatkan universiti kaum India minggu lalu. Inilah betul kata pepatah..Jong pecah, Yu kenyang.."

    Penang man

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:51 PM

    Dolah dah macam bodoh kampung.......orang tak kisah apa dia nak cakap dah.... dah tak laku. Buang masa je dengar cakap dia.

    Itulah masalahnya dengan bodoh kampung macam dia ni, dia tak paham langsung apa orang bising-bising keliling dia...buat bodo jek...

    ReplyDelete
  6. Salams Datuk AKJ,

    Saya amat bersetuju dengan pendekatan datuk dalam senario politik negara masakini. Jelas sekali apapun permainan politik yang dimainkan pemimpin/pembesar melayu ini sedikit pun tidak membantu dalam mengurangkan bebanan rakyat!

    Manisfesto BN: selamat, aman dan makmur ibarat retorik yang sangat menjengkelkan yang hanya diguna pakai sekadar memenangi hati rakyat ketika PRU dan hari ini kita dapat lihat dengan jelas pembesar negara hanya pandai 'menyelamatkan dan memakmurkan' diri mereka sendiri dari memikirkan hari hari yang bakal dilalui oleh rakyat dalam keadaan inflasi yang tinggi dan ketidaktentuan ekonomi.

    Saya amat sedih sekali kerana percakaran yang berlaku adalah melibatkan pemimpin melayu ter’kanan’ negara. Tidakkah mereka merasa sedikit malu ataupun sedar bahawa politik sarkas yang dimainkan akan menuding balik kepada mereka sebagai pemimpin melayu era ini? Ia akan menjadi bahan ketawa bagi generasi mendatang bagaimana pembesar melayu tidak kira UMNO atau PKR bermatian menuduh sesama sendiri hanya kerana mengejar kekuasaan. Itulah pergolakan sebenar mereka yang mengelar diri mereka pemimpin, tampuk kuasa adalah segalanya!

    Saya percaya jika keadaan ini berlarutan, ramai akan mula mual dengan pemimpin melayu sedia ada dan akan mengambil tindakan lebih drastik kerana dalam keadaan sekarang, agenda melayu, ketuanan melayu bukanlah menjadi kemestian kerana kalau pemimpin melayu yang dipilih tidak punya akhlak “whiter than white” kepada siapa lagi rakyat ingin memberi kepercayaan? Tepuklah dada..

    ReplyDelete
  7. Salam Dato',

    Agak janggal saya membaca posting Dato' kali ini.

    Saya setuju apabila Dato' menyenaraikan dua krisis utama yang perlu ditangani segera iaitu krisis ekonomi dan krisis politik.

    Walau bagaimanapun saya menjadi janggal apabila Dato' membuat pernyataan bagaimana UMNO tidak menggembling tenaga pakarnya secara sepenuhnya dalam menghadapi dua krisis tadi.

    Adakah pakar-pakar penyelesaian hanya boleh di perolehi daripada UMNO? Ini persoalan saya.

    Bukan saya mahu menyebelahi mana-mana pihak atau parti politik. Saya hanya rakyat biasa, bukan ahli politik.

    Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, SEMUA PIHAK yang berpolitik lebih giat menunding jari dan berspekulasi tentang kredibiliti orang lain. Saya ulang Dato'. SEMUA PIHAK.

    Bagi saya apa nama partinya sekalipun tidak penting. Yang paling penting sepatutnya adalah mencari jalan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

    Krisis ekonomi dan krisis politik. Yang paling asas dalam ekonomi adalah pengeluar dan pengguna. Yang paling asas dalam politik adalah pengundi. Apa persamaan antara pengeluar, pengguna dan pengundi? YA, MEREKA SEMUA ADALAH RAKYAT, ORANG KEBANYAKAN.

    Saya cabar kedua-dua pihak, sila kemukakan pelan tindakan anda kepada kami. Yakinkan kami pelan tindakan anda itu akan berjaya. Tidak cukup sekadar melontar pernyataan retorik, semuanya OK, jangan risau.

    Pedulikan tentang keyakinan pelabur luar negara. Itu prioriti yang bukan utama. Prioriti wahid adalah keyakinan rakyat malaysia.

    Saya sudah tidak peduli, pelan tindakan yang lebih baik datang dari pihak mana. Yang penting, pelan tindakan itu adalah yang terbaik.

    Kenapa saya sudah tidak peduli? Kerana pelan tindakan yang baik hanya akan dapat dibina dari usaha yang prihatin dan ikhlas.

    ReplyDelete
  8. Anonymous3:06 PM

    Salam Datuk,
    Too be blunt, malaysian chinese community is more matured and developed than malaysian malay. Otherwise Singapore will not be developed country now. It is strongly consistent with Malay Dilemma theory i.e. Malay may have the potential but lacks of survival drive or jatidiri maybe because of our culture or genetic factors (We are no different from Filipino (Marcos) & Indonesia (Suharto). The only difference is we have a lot of Chinese in our society to make our economic engine running faster). Kalau bahasa senang TDM ‘melayu mudah lupa’.
    Mungkin scenario politik melayu sekarang adalah kerana ini juga kerana amalan favoritism dalam DEB meyebabkan hamper HP6 pun boleh duduk ke takhta tertinggi kerana untuk mencukupkan kuota. Kalau dulu-dulu, mungkin pimpinan atas adalah yang terbaik atau “the cream of the malays” untuk bertindak sebagai think tanks, planners & strategiests supaya dasar quota itu dapat dilakukan di bawah tetapi penyakit melayu itu telah menular hingga ke bahagian atas juga. Cuba bandingkan dengan kelayakan akademik dan teknikal pemimpin2 tertinggi UMNO dengan pemimpin2 Singapore sekarang. Saya rasa macam langit dengan bumi. Tapi saya rasa Pak Lah dan MTnya akan mati2 menafikan kerana ianya seperti anak2 melayu yang hanya kerana kuota dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara walaupun ramai anak2 cina dan india yang lebih dashyat pencapaiannya kalah kerana DEB. Walaupun kita claim bukan excellent tapi layak......tapi tengoklah apa hakikatnya dan mereka buat sekarang????
    - Berlagak pemimpin hebat tapi etika hancur.
    - Berlagak pemimpin hebat tapi tak tau pikir tahap level tinggi setaraf world class leaders.
    - Tak pernah tahu kelemahan masing-masing, asyik nak berpolitik kampung untuk jawatan masing2.
    - Senang diperdaya oleh opportunist2 di sekeliling kerana tiada daya pemikiran tahap tinggi.
    - Bodoh sombong dan lupa ramai lagi yang lebih bagus dari dia.
    - Short term thinking tak macam ‘think tank’ Singapura.
    - Hanya mementingkan kebendaan dan jawatan tanpa mereka sedar bahawa kebanyakan kekayaan itu dari hasil ’ali baba’ approach dan ‘atas angin’.
    - Lupa bahawa mereka hanyalah penyelia Negara bukannya businessman atau entrepreneur di mana ingin mendapat habuan berlipat kali ganda walhal businessmen atau entrepreneurs (terutamanya dari non-bumi) yang mengambil business risk yang lebih tinggi. Adake patut mereka mendapat habuan yang banyak hanya jual air liur, lobby2 bodoh dan non-added value conspiracy hanya untuk mendapat kekayaan ‘atas angin’. (mungkin ini meyebabkan ramai lagi HP6 naik ke atas)
    - Mungkin orang melayu di Singapore lebih bangga walaupun sebagai 2nd class citizen kerana kekayaannya relative pada per kapita Negara…..tetapi tidak mustahil sekiranya pemimpin2 bodoh sombong itu menyebabkan generasi melayu akan datang akan berfikir seperti itu juga…..sekiranya masing2 bertuhankan duit dan taktik Nazi UMNO macam 13 May dah tak lagi laku di hati rakyat melayu baru…..

    Cuba ambik iktibar dari politik orang cina contohnya MCA dan Gerakan. Selamba aje bagi orang baru dan muda tapi cerdik jika itu adalah long term solution untuk generasi akan datang.....
    Ada berani ka Pak Lah, Najib, DSAI etc.???
    Saya confident mereka semua Bacul Melayu yang tak tau malu.......

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:11 PM

    Sdra Scribe,

    Pada hemat saya, cabaran ekonomi negara berkait rapat dengan cabaran politik tanahair. Selagi kemelut politik tanahair tidak selesai dan terungkai, selagi itu rakyat akan diketepikan. Eakyat berada dalam kesusahan - di mana mereka harus mengadu? Rakyat ditekan inflasi - di mana mereka mengadu? Rakyat tertekan akibat permainan politik pembesar dan penasihat - di mana mereka nak mengadu? Pemimopin yang ada hari ini lebih memberi perhatian kepada kerjaya politik mereka - mahu kekalkan kedudukan ketua bahagian, mahu kekal jadi menteri.

    Negara kita tidak kurang cerdik pandai dan pakar ekonomi. Apabila negara dilanda krisis politik dan kewangan pada tahun 97/98, pemerintah ketika itu mengumpulkan tenaga pakar dan memantau ekonomi setiap hari hingga pulih. Negara menentang arus ketika itu. Dan berjaya keluar dari tekanan krisis kewangan/ekonomi. Pemimpin ketika itu, Dr M, akhirnya undur selepas memulihkan ekonomi.

    Hari ini ramai pakar dan cerdik pandai kita terpinggir atau dipinggir. Hari ini kita dengar kakitangan kerajaan memburukan pemimpin di belakang mereka. Permainan politik juga menyebabkan munculnya tanda ragu dan curiga samada di dalam mahupun di luar negara.

    Kita cuma menghitung hari, menggigit jari. Alahai, dimanakan ku dapat cari jampi yang boleh membela nasib kerani, nelayan dan petani?

    PAHIT MANIS

    ReplyDelete
  10. Anonymous3:17 PM

    Datuk AKJ

    Dari pengamatan saya datuk. Saya rasa kalau keadaan yg sebegini masih lagi tidak dapat ditangani dgn bijaksana dgn ahli fikir yg terbaik yg pernah dilahirkan, kemungkinan besar economi negara kita akan hancur dlm masa yg terdekat..
    Ayahnda TM, Tengku dan ahli2 Mubarak, bantutlah sebelum ia menjadi bubur..

    ReplyDelete
  11. Salam Dato',

    Terlupa nak kongsi satu perkara.

    Arwah ayah saya dulu askar melayu diraja. Sampai ke Congo dia pergi.

    Jadi di hati saya, saya "dekat" dengan golongan pengawal keselamatan tua yang pernah berkhidmat sebagai askar melayu diraja.

    Dato' ni wartawan kan? Jika senang, Dato' carilah orang sebegini. Mereka adalah pejuang di baris hadapan semasa tahun 50an dan 60an dulu. Kini mereka adalah tergolong dalam kumpulan miskin tegar.

    Mungkin sukar nak mencari yang masih sihat lagi. Tapi jika ada, Dato' temubual lah mereka.

    Bila komen tentang keadaan ekonomi dan politik negara sekarang, samada mereka akan menunjukkan emosi marah atau sedih yang amat ketara.

    Saya ada berbual dengan seseorang baru-baru ini. Mereka tidak kisah miskin dan tidak kisah tidak berpendidikan. Tetapi mereka amat hampa apabila perjuangan mereka di baris hadapan dahulu, tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  12. Datuk,

    Mensubsidikan semula minyak supaya harga minyak boleh diturunkan, rasanya negara kita mampu melakukannya.

    Ini kerana negara kita adalah pengeluar minyak dan telah memperolehi keuntungan yang berlipat ganda hasil dari kenaikan minyak dunia.

    Dengan cara ini kesengsaraan rakyat dapat tangani akibat kenaikan harga makanan.

    Untuk mengembangkan ekonomi dalam keadaan negara seperti sekarang, rasanya sukar dilakukan.

    Seperti kata Datuk, perkara ini berkaitan dengan keyakinan.

    Bagaimana pelabur-pelabur hendak yakin kalau pengawalan keselamatan dipertikaikan, bidang pengadilan diragukan, undang-undang dipergunakan untuk kepentingan peribadi dan politik.

    Bawalah seribu pakar pun, kalau keselamatan tidak terjamin, keadilan tidak ada, siapa mahu datang melonggokkan wangnya di negara ini.





    Soalnya se

    ReplyDelete
  13. Anonymous3:32 PM

    Dato,

    saya minta dato respon comment saya ini sebagai bekas chief editor.

    saya mohon dato sebagai salah satu blogger yang berpengaruh untuk menganjur seluruh RAKYAT MALAYSIA MEMBUAT SOLAT HAJAT MENGIKUT CARA AGAMA MASING MASING AGAR HATI KESEMUA PEMIMPIN DI MALAYSIA DIBUKA.

    Pilih satu tarikh yang sesuai dan pastikan tiada satu parti politik yang terbabit dalam penganjurannya.
    Buat secara aman dan tak perlukan demonstrasi. Polis pun tak pening, peniaga tak risau dan pelabur pun tak kuatir. Cuma minta kebenaran menggunakan masjid atau berhala sahaja.

    Dato ingat waktu world cup tahun 1982 dimana tiada penaja untuk siaran langsung. Dimana akhbar mengutip wang dari rakyat untuk menajanya. Tunjuk kan kepada dunia dan orang politik bahawa rakyat juga boleh. cuma rakyat akan meminta dari ALLAH DAN BUKAN PEMIMPIN YANG BUTA HATI.

    Make sure tiada kerajaan atau parti politik yang terlibat langsung.

    HANYA KEPADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA KITA MEMINTA DAN BERSERAH.

    ReplyDelete
  14. Salam Datuk,

    Saya percaya keputusan yang dibuat tidak dihalusi dengan betul. Berdasarkan kepada pengalaman - another mistake. Another Flip. Cuma belum flop.

    Saya juga percaya keputusan sepenting ini perlu diteliti oleh sebuah badan pemikir seperti MTEN. Dengan menggabungkan pemikiran yang kritis dari kalangan teknokrat dan pentadbir negara kita barulah kita dapat membuat keputusan yang betul.

    Keputusan-keputusan penting kini dibuat atas pertimbangan populariti.

    Sekiranya dahulu kita mengharungi masalah 1997 dengan yakin, kini saya tidak yakin dan gerun memikirkan yang terburuk.

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Anonymous3:43 PM

    Salam Datuk,

    It seems to me that all the sensational news that’s making the headlines nowadays seem to distract people from the core issues that are plaguing the nation. My observation is that the issues of (1) Pak Lah stepping down was then overshadowed by (2) allegations of Najib’s involvement with Altantuya which is now subordinated by (3) the sodomy charges against Anwar.. I am not surprised if the spin doctors of each party have been trying to outdo each other, or if there’s a single mastermind playing the parties up to react this way..

    what is apparent though – it seems to take away the scrutinizing eyes of the public from the controversial figure, KJ! Are the webs being spinned ever so cleverly that we’re forgetting one figure who might suddenly emerge to claim the helm of the country? It is his ambition to be the PM and he's made that known before..What is he up to?

    ReplyDelete
  16. Anonymous3:58 PM

    APABILA PERUT RAKYAT TELAH TERLALU LAPAR NATIJAHNYA AKAN WUJUD KEADAAN TIDAK STABIL MAKA TUNGGULAH AMUKKAN GOLONGAN MARHAIN

    ReplyDelete
  17. Salam dan dato dan semua

    Walau secekap mana atau sebanyak mana ahli ekonomi yg ada dalam pemerintahan dolah & co. tetap kita tidak akan melihat perubahan mendadak boleh berlalu keatas ekonomi malaysia kini. Mereka semua adalah YES TUAN. Apa yg dilakukan harus diluluskan oleh Dolah & Co. so kemana pun rakyat tetap akan merana dalam tempoh ekonomi sekarang.

    Bagaimana mungkin dalam keadaan sekarang pelabur-pelabur berani mengambil risiko terhadapa malaysia? Apa yang kita mampu tawaran untuk mereka? Kestabilan Politik? (Macam2 perkara berlaku sekarang) Upah Murah? (lebih murah di China/Vietnam) Terbaru.. BURSA MALAYSIA mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa menangguhkan urusniaga.. di mana keyakinan pelabur sekarang jika BURSA MALAYSIA tempat utama dagangan ekonomi Malaysia pun boleh kena HIJACK (itu istilah saya tetapi kita tidak tahu jika benar berlaku oleh arahan seseorang untuk mengaut keuntung sekelip mata).

    So kemana arah kita sekarang. Walau sekencang mana pun mereka meniupkan konsipari politik, rakyat tetap mengeluh kesah keadaan ekonomi sekarang. Zaman ini zaman Broadband, cukuplah berfikiran singkat cara lama dengan ingat mengalihkan berita politik boleh membuatkan rakyat terlupa kesusahan mereka.

    ReplyDelete
  18. Datuk,

    Saya sudah sampai satu tahap mahu menggerakkan rebel golongan muda.

    Muak, jelik dengan politik negara.

    ReplyDelete
  19. Anonymous4:30 PM

    salam Dato' kadir...

    kalau negara dah gawat mcm ni...takkan pemimpin negara kita yang "cerdik pandai" ni tak tau lagi nak kurangkan eksport minyak..bagi rakyat guna...yang saya faham pengeluaran minyak sehari dalam 700,000 tong..penggunaan 400,000 tong sehari...maknanya boleh eksport lagi 300,000 tong...

    semua negara pengeksport minyak jadi kaya bila minyak dunia mahal...ni kita koi susah...lagu mana governance negara kita ni???

    alasan yg kita dapat setiap kali isu ni timbul ialah minyak kita kualiti tinggi...tak boleh jual dalam negara...rugi...jual kat luar untung bnyk...boleh buat pembangunan...

    takkan semua rakyat malaysia ni tak layak guna minyak hasil negara sendiri?hasil bumi kita?memang kualiti tinggi...hattakan dato' zahid hamidi dalam satu slot rancangan hujjah di tv9 mengatakan yang maksudnya lebih kurang ni la..( minyak kita digunakan oleh kapal terbang...takkan nak bagi mat2 rempit guna minyak ni rempit moto )...mat rempit guna minyak berapa ratus ribu tong sehari???org awam guna banyak mana???takkan alasan tak nak bagi mat rempit guna minyak ni sampai semua rakyat menanggung beban inflasi ekonomi sampai camni???sampai kritikal lebih dari kegawatan zaman Tun tahun 1998??..menteri kita pikir camni ke?

    kalau reason jual kat luar banyak untung...mana pergi keuntungan tu???tak boleh ke nak bantu bagi subsidi kat rakyat???

    salur kepada pembangunan??berapa kerat rakyat dapat pembangunan???penduduk kampung ulu sedaka,selegkoh,teroi,aloq ibuih...dapat pembangunan apa?WPI?ECER?NCER? Koridor Sabah Sarawak?sapa yang dapat keuntungan ni??kalau alasannya negara dapat pelaburan....keuntungan pelaburan ni nanti mana pi???nak guna untuk turun harga minyak,gula,tepung???sapa nak percaya perkara ni nak berlaku???

    rakyat malaysia sekalian...sedarlah...budaya politik umno dah berubah...ni umno baru...bukan umno zaman tunku...bukan zaman tun razak @ tun hussein...ni era pasca mahathir....zaman abdullah badawi...sedar atau tidak...dah mahpir 25 tahun budaya ni membiak dalam umno...mcm mana nak ubah??

    melainkan kita ubah kerajaan...tengok apa kesannya...kalau kita susah lagi...kita ubah lagi...

    demokrasi adalah kerajaan dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat...kita yang lantik kerajaan untuk mentadbir kita...bukan membebankan hidup kita....

    saudara/i sekalian...ni baru sebulan lebih harga minyak naik...inflasi dah naik 6-7pc...berani ka saudara/i sekalian ambil risiko tunggu dan lihat kesannya 6 bulan @ 1tahun lagi?


    sekian, wassalam...

    ...scofield84...

    ReplyDelete
  20. Erm ulasan Dato' yang paling ilmiah kini.

    Ya, saya setuju ekonomi ini lebih memberikan kesan akhir pada rakyat.

    Rakyat kini mungkin sudah tidak peduli sama ada Pak Lah kekal dikerusi atau DS Anwar atau DA Najib rampas kuasa. apa yang penting rakyat dapat hidup selesa aman sejahtera.

    Jika naik siapapun jua tetapi ekonomi tidak mampu diurus maka rakyat akan memberikan tindak balas kembali.

    ReplyDelete
  21. Pak Lah mudah lupa (bukan Melayu)

    ReplyDelete
  22. Anonymous5:18 PM

    Ditto Dato'. Tepat sekali... biarkan yg mahu bercakaran terus bercakaran..kita ganti dgn pemimpin muda lain...Malaysia boleh!!!

    ReplyDelete
  23. 1.Di dalam keadaan ekonomi biasa;

    Kadar pekerjaan adalah tinggi & setiap orang membelanjakan pendapatan seperti biasa. Ini bermaksud "circular flow of money" berlaku di dalam ekonomi.

    2.Secara mudahnya "Perbelanjaan saya adalah sebahagian daripada pendapatan kamu & perbelanjaan kamu adalah sebahagian daripada pendapatan saya".

    3.Bagaimanapun apabila berlaku sesuatu perkara yang menggugat keyakinan rakyat. Maka rakyat ini akan mengurangkan/berhenti berbelanja bagi menghadapi jangkaan waktu kesusahan ini.

    4.Memandangkan "Perbelanjaan saya adalah sebahagian daripada pendapatan kamu & sebaliknya" maka tindakan saya untuk tidak berbelanja adalah tidak baik untuk kamu & tidak baik untuk saya juga.

    5.Maka bermulalah kitaran yang kejam iaitu "Rakyat tidak berbelanja pada waktu susah & kesusahan akan bertambah apabila rakyat tidak berbelanja".

    6.Maka apakah yang menggugat keyakinan rakyat hingga mempengaruhi perbelanjaan mereka?


    * Kejatuhan pasaran saham

    * Bencana alam

    * Kelemahan sektor ekonomi

    * Ketidakseimbangan pembahagian harta kekayaan

    * Ketidakstabilan politik

    * Dasar kewangan yang ketat

    * Pelbagai lagi perkara yang tidak tersenarai


    7.Penyelesaian kepada kemelesetan ekonomi adalah


    * Kerajaan melonggarkan dasar kewangan bagi mewujudkan "money supply".

    * Kelonggaran ini sepatutnya mewujukan keyakinan rakyat untuk berbelanja hingga "circular flow of money" terbentuk semula.


    8.Sekiranya rakyat masih tidak berbelanja, maka ekonomi telah memasuki kitaran yang lebih teruk iaitu kegawatan ekonomi. Ini adalah situasi "liquidity trap" iaitu rakyat tidak juga berbelanja walaupun dasar kewangan telah dilonggarkan.

    9.Penyelesaian kepada kegawatan ekonomi adalah

    * Kerajaan melakukan apa yang tidak lakukan oleh rakyat iaitu berbelanja.

    * Ini dipanggil "priming the pump" iaitu kerajaan berbelanja bagi membentuk semula "circular flow of money".

    10.Jika berdasarkan di atas, maka kita sebenarnya telah berada di fasa kemelesetan ekonomi kerana perkara di bawah sedang meruntukan "circular flow of money ekonomi kita.

    1. Rakyat sudah mula mengurangkan perbelanjaan disebabkan kenaikan harga minyak, kenaikan harga makanan yang menghakis kuasa beli, serta menjangkakan dunia & Malaysia di ambang kemelesetan.
    2. Ketidaktentuan politik & kelemahan kerajaan yang menghilangkan keyakinan rakyat dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.
    3. Ketidakyakinan pelabur luar terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
    4. Kerajaan sendiri telah memperlahankan perbelanjaan.

    ReplyDelete
  24. Syabas !!
    Ini yang saya mahukan. Kita tidak boleh alpa dengan keaadan yang semakin meruncing. Jika kita salah percaturan, banyaklah lah musibah yang akan menimpa. Dapatkah harga beras kembali seperti dulu ? RM 20/10kg.
    Lupakan wayang kulit yang sedang bermain. Biar mereka yang terlibat sahaja menamatkan ceritanya. Kita masih ada peranan lain, masih ada perut perut yang kosong harus diisi.
    Kita harus menekan pihak kerajaan supaya membuat pelan dan persediaan secukupnya tentang kegawatan ini.
    Rancang dan jalankan segera agar kita keluar dari kemelut yang bukan hanya melanda kita, tetapi dunia amnya.
    Rakyat jelata hanya mampu mengikut rancangan, mendukung rancangan dan memastikan ia berjalan baik.Hanya kerajaan yang mempunyai akses pada segala galanya dari segi polisi hingga kepada menentukan harga beras!!
    Berilah kami keyakinan
    Berilah anak cucu kita kehidupan yang lebih baik dari kita ...
    wassalam

    ReplyDelete
  25. Anonymous6:05 PM

    YBhg Datuk.

    Cakap lah apa pun. Komen lah apa pun. Bentang lah fakta panjang berjela. Bagi Pak lah, semuanya khabar angin belaka. Pemimpin UMNO cawangan dapat duit; dapat kain pelekat. Senyap. MT sibuk dengan stragtegi nak menang lagi. Semuanya dengan prinsip "a dead soldier is no more a soldier". Kita je lah yang sanggup jadi "dead soldier". Tanpa "dead soldier" mana boleh menang perang.

    *askar timun*

    ReplyDelete
  26. Datuk AKJ,

    Tun M juga memberi komen kelekaan atau kurang perhatian Paklah kepada masalah ekonomi makro dan global. Paklah dan penasihat ekonomi beliau nyata '2nd rate'.

    Seorang MP dari Sabah (Ghaffur ?)
    bijak menegur Paklah yang hanya tahu menambah angka RM 30 b kepada peruntukan RM9 tanpa butir-butir
    atau dari mana mendapatkan peruntukan tersebut. Paklah menyebut angka hanya untuk penyedap hati.

    Sehingga kini segala perancangan Paklah (seperti koridor-koridor ekomomi) belum dapat melonjakkan keghairahan ekonomi dan menambah keyakinan.

    ReplyDelete
  27. Dato' AKJ..

    as I always mentioned before..

    Maybe its about time we start to prepare the guillotine..

    Best location: Kediaman Rasmi PM, Putrajaya...or in front of the Palace of Justice..

    My nerve already triggered to the maximum & I'm already tired of giving long comment..

    "Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh menumpang.."

    :|

    ReplyDelete
  28. Peringatan

    Saya tidak akan melayan sebarang komen yang mengandungi cadangan dan pandangan berikut:

    1. Menjurus kepada penghapusan atau penggantungan Parlimen;
    2. Perisytiharan darurat;
    3. Pemerintah oleh Raja; dan
    4. Pemerintahan oleh tentera/polis.

    Kita yang pilih kerajaan pada 8 Mac lalu. Kitalah yang berhak membuangnya jika ia gagal menepati aspirasi kita.

    Mengapa kita harus menyerahkan kepada orang lain -- Raja, tentera atau polis?

    Kalau tidak silap saya, undi tentera dan polis, khasnya undi pos, memihak kepada parti pemerintah.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  29. Kalau Malaysia nak kembali pulih dan dapat bersaing dengan negara maju pengurusan dan pentadbiran negara mestilah ditukar secara total. Malaysia sekarang ini macam sebuah syarikat yg tenat. Hanya pertukaran pengurusan sahaja untuk memulihkannya. Pihak sekarang sudah lama sangat memerintah dan semuanya sudah lali dan tidak nampak cara improvement lagi.

    New management is the only solution. The whole current management should quit enbloc to give new management a chance to rule Malaysia. Old mentality that only the current ruling party can govern Malaysia should put aside. Not applicable anymore. In Islam even this is called syirik. As long as malays still holding this believe, Malaysia will never improved.

    ReplyDelete
  30. Adakah berbaloi nak elakkan subsidi dengan kesan "trigger down" kepada ekonomi negara yang kita berdepan sekarang ini. Daripada peningkatan harga barangan dan sara hidup kepada kesan inflasi.Sebelum kenaikan harga minyak duit yang kita ada sukar untuk menampung keperluan kita selama 30hari. Dengan kenaikan harga minyak duit yang sama hanya cukup setakat 18hari sahaja, lagi 12hari bagaimana.

    Tiada siapa pun sanggup mencabut plug ekonomi kita selama ini kerana mereka adalah celik ekonomi. Mereka tahu kesan dan akibatnya. Lihat bagaimana rakyat telah dilanda musibah ekonomi dengan sekelip mata.Ini berterusan sehingga suasana ekonomi pulih apabila ianya setaraf dengan paras ekonomi dunia. Pastinya ramai dikalangan rakyat kebanyakan yang terkorban. Adakah ianya berbaloi. Jauh sekali. Pemimpin yang kurang bijak sahaja yang boleh bertindak sebegini. Manakala pemimpin yang pandai pastinya tidak sanggup buat apa yang kerajaan buat sekarang. Inflasi dari 3.8% kepada 7% adalah trillion nilainya. Sama sekali tidak berbaloi dengan subsidi minyak yang nilainya billion.

    Tempuh 6 bulan kehadapan adalah masa yang sukar untuk rakyat tempuhi. Rakyat kita ada 27juta. Jika 20 juta rakyat menderita maka tidak berbaloi dengan kesenangan yang dinikmati oleh para pemimpin parti kita yang beberapa kerat. Sememangnya tidak berbaloi. Hanya pemimpin yang terbijak dikalangan kita yang boleh menyelamatkan kita.

    ReplyDelete
  31. Anonymous8:19 PM

    janganlah hang pi cadang nama KJ. budak tu tak tahu apa2.. otak kosong.

    ReplyDelete
  32. Anonymous10:08 PM

    Salam Datuk,

    Saya tak tahulah apa nak jadi dengan ekonomi Malaysia hari ini. Yang pasti apabila saya ke pasar dgn duit RM 50 apalah sangat yang saya boleh beli beras, gula, susu shj. Duit hari ini semakin kecil nilainya.

    Bg saya yang diketegorikan hidup sederhana tapi slps minyak naik, semua brg keperluan lain naik saya dah dikategorikan org miskin.

    Saya tak pasti kenapa PM hari ini masih yakin mahu memerintah negara sedangkan isu rakyat pun tak dapat ditangani. Bila wartawan tanya byk lg perlaksanaan yang nak dibuat tp saya belum nampak yg saya nampak brg naik, jenayah meningkat,remaja rosak akhlak(merokok,dadah,hidu gam),rogol, ragut, bilangan pendatang asing dah nak sama dgn rakyat malaysia, nak keluar rumah pun rasa tak selamat.
    Jangan seksa kami !tolonglah.

    puyu kampung

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum dan salam sejahtera...

    1. malaysia tak mampu ubah ekonomi dunia tapi malaysia mampu adapt dengan perubahan ekonomi dunia..tapi nampak gaya,kita gagal...minyak naik,inflasi naik...

    2. paklah adalah alasan utama atau anomali utama.saya ulang, PAKLAH adalah ANOMALI utama!!anomali ni bahasa senang macam kecacatan atau kelemahan la...

    3. inflasi akan terus naik dan ekonomi malaysia akan terus memburuk kiranya kita terus menari dengan rentak yang sama..PERCAYALAH!!

    4. paklah, najib, anwar dan khairy sudah tak sepatutnya berada dalam list pemimpin atau orang yg boleh dipercayai utk memimpin. ENOUGH!!!

    5. macam datuk kata..kita perlu gemblengkan idea anak muda (future generation) dan adunkan bersama dengan mereka yang sudah berpengalaman (golongan 'lama' )..

    6. idea no.5 pasti akan ditolak mentah2 oleh paklah n co. karena beliau pasti tak termasuk dalam kedua2 golongan tersebut tetapi termasuk dalam golongan no. 4 (mereka yang bermasalah)

    7. aritu gov suruh kita jimat2, pastu ada idea alih ke ubi kayu n maybe tak mustahil lepas ni kita diajak untuk makan pasir..nama pon pak lah..

    8. kalau bagi saya, kita bawak naik org2 macam DS rais yatim, ku li dan mereka yang masih ada AKAL, ada MORAL, ada AGAMA, ada BELAS KASIHAN, ada NATIONALISME...saya ulang, ada AGAMA!!!

    9. thanx to datuk n tun ingatkan kami pasal inflasi, ekonomi, makan minum anak bini, masa depan dan sebagainya semasa najib dan anwar sakan berpesta...wassalam

    P . I . K . I . A . Q

    ReplyDelete
  34. Anonymous10:50 PM

    Dato,

    Pemimpin-pemimpin kita tu dah tak ada kerja lain, asyik nak bertekak saje! Bukan nak fikir masalah rakyat dan ekonomi yang makin nazak ni!! Makin lama makin menyampah saya dengan mereka tu semua. Pemimpin melayu pulak tu!!

    Budak-budak sekolah pulak sedang memerhati tindak-tanduk pemimpin-pemimpin kita hari ni. Mereka sedang belajar macamana nak membohong, nak menuduh,nak memfitnah,nak menghasut, nak buat konspirasi dan macam-macam lagilah.

    ReplyDelete
  35. Anonymous10:57 PM

    Salam Datuk AKJ

    Saya berasa sedih dan malu mengenangkan rakyat Malaysia dipimpin oleh barisan kepimpinan yang bertelagah dan berkrisis sesama sendiri.

    Kebajikan rakyat, masalah rakyat akibat kenaikan harga minyak dan produk2 makanan, masalah pengangkutan awam yang teruk dipinggirkan.

    -echa-

    ReplyDelete
  36. Anonymous11:15 PM

    Dear Tok AKJ,

    As I commented at Jl Sudin blog,

    We can pretty much sum up the situation in the country thus:

    Malaysia appears quite unprepared to meet the economic crisis that all countries in the world are about to face.

    We have three sad choices of those who would lead us safely through it:

    - One who'd sleepwalk his way through it,

    - Another who'd blast his way through it,

    - And a third who'd sod his way through anything.

    The list truly gives new meaning to being SPOILT FOR CHOICE!

    ReplyDelete
  37. Anonymous11:28 PM

    Datuk,
    Berpuloh halaman blog yang saya terokai dalam tempoh 2 hari ini,Mungkin Hanya blog Datuk yang memberi fokus yang lebar keatas situasi kemelaratan Rakyat kini.

    2.Daripada ulasan Datuk, Mengenai penghapusan subsidi minyak, Saya teringat suatu dailog dalam novel ATHEIS buku teks semasa saya mengambl HSC dulu-dulu lebih kurang berbunyi atau membawa maksud begini :
    jangan kamu beri bantuan pada pengemis (rakyat yang miskin?)kerana dengan berbuat demikian kamu akan membantu melambatkan jatuhnya pemerintah.

    Kesimpulan saya ialah:
    1. Komunis menggunakan kesusahan dan kesempitan hidup rakyat Marhaen untuk membantu perjuangan mereka.
    2. Dengan kerajaan Pak Lah menarik subsidi dengan rakus, bermakna Pak lah sekarang membantu mempercepatkan JATUHnya kerajaan BN.

    3. Apapun Isunya jika Rakyat dalam keadaan ekonomi yang makmur,
    mereka tidak akan peduli siapapun yang menjadi PM.Tetapi, AWAS, jika rakyat merana sehingga ke Tahap berada dalam penjara lebih senang daripada mencari makan diluar, Negara ini akan hancur berderai.
    -makan gaji.

    ReplyDelete
  38. Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas,

    Posting Datuk kali ini adalah sangat bertepatan dengan keadaan semasa. Bicara seperti inilah yang perlu kita ulas sedalam-dalamnya kerana ia akan memperbetulkan semula perspektif kita terhadap isu yang sebenar yang sepatutnya menjadi pokok perbincangan kita semua.

    Segala teori persengkokolan yang disajikan memang diakui membuka selera untuk ‘dimamah dan dikunyah’, tetapi saya berpendapat, ianya tidak membawa kepada erti ‘kekenyangan’ yang sebenar di dalam ‘kelaparan’ kita mencari kesepakatan terhadap penyelesaian masalah kita.

    Saya bersetuju dengan Datuk mengenai krisis ekonomi yang meruncing ini boleh membawa malapetaka kepada rakyat jika tidak ditangani dengan bijak. Tetapi yang menariknya Datuk, dari perkembangan beberapa bulan/tahun kebelakangan ini, semua tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan parti/kerajaan memang sudah jelas terpampang ke-tidakbijaksanaannya.

    Masih bolehkah kita letakkan harapan agar kepimpinan parti/kerajaan menjadi 'bijak' dalam masa terdekat ini?

    Jika kita bersetuju di atas ‘ke-tidakbijakan’ tersebut, persoalan yang timbul sekarang adalah mengenai ‘tindakan bijak’ apakah yang kita sebagai rakyat boleh lakukan?

    Mungkin ahli-ahli UMNO boleh melakukan sesuatu tidak berapa lama lagi, tetapi bagi yang bukan ahli bagaimana pula?

    ‘Malapetaka’ bukan kira jatuh ke atas ahli UMNO atau bukan ahli UMNO sahaja. Semua akan merasakannya. Justeru, harapan yang realistic sekarang ini terletak di atas bahu ahli-ahli UMNO untuk melakukan sesuatu yang bijak.

    Di dalam posting saya yang terdahulu, saya tidak terkejut jika kadar inflasi akan melebihi 5% atau dua-digit sekali pun. Ketika itu, saya menjangkakan ianya akan mengambil masa 1-2 tahun dari sekarang, tetapi dengan unjuran baru BNM ini, nampak gaya ianya akan berlaku lebih cepat dari itu.

    Ini semua berpunca dari ‘sectoral inflation’ di mana kenaikan harga minyak telah merebakkan ‘multiplying effect’ ke atas ‘cost-push, demand-pull and pricing power inflation’. Saya tertunggu-tunggu untuk melihat bagaimanakah kerajaan hendak menanganinya sedangkan kerajaan juga lah yang mencetuskan perkara ini pada asalnya?

    Sesuatu langkah yang drastik dan radikal adalah sangat diperlukan sekarang. Seperti kata Datuk, kita mempunyai ramai pakar-pakar yang hebat yang boleh diberikan kepercayaan untuk merangkakan sesuatu yang ‘fit into our problems’. Sekarang adalah masanya. Jika kita lengah, saya bimbang ia akan menjadi seperti ‘tikus membaiki labu’. Berkecai semuanya nanti.

    Azman Mohd Isa
    Shah Alam

    ReplyDelete
  39. Anonymous12:53 AM

    Dr M telah mengulas dengan sederhana tetapi berisi dan bernas tentang kegagalan kerajaan untuk peka kepada masalah ekonomi dunia yang akan memberi kesan dan tamparan hebat kepada ekonomi negara yang akan menjurus kepada kesengsaraan rakyat.

    Pemimpin politik sekarang umpama kena serangan todak, di akalkan budak bijak maka batang pisang jadi kubu, tapi malangnya todak bukan menyerang dari depan, tetapi dari belakang..

    Dipendekkan cerita, kalau kita, rakyat, leka di pekan melihat wayang kulit asun kepala batas, sampai kesudah, satu kerja pun tidak terbuat sedangkan yang akan terkorban dan mangsanya adalah kita, tepuklah dada, tanya ada tak makanan hari ini untuk sesuap nasi anak bini..

    Burung terbang jangan dipipihkan lada, billion atau meliun adalah umpama guruh dilangit, hujan tak hujan belum tahu...

    Cuma kita merayu Dolah supaya tambah bilik bilik penjara di Simpang Rengam untuk menempatkan ramai banduan politik.

    Tambahkan katil katil di Hospital Tanjong Rambutan dan Tampoi untuk kemasukan baru pesakit mental tekanan ekonomi.

    Jika itu Dolah boleh laksanakan, kenapa kita harus mendesaknya berundur.. kluangman

    ReplyDelete
  40. Salam Dtk,

    Dah lama sya tak menulis dlm blog ni, cz hanya memerhati `bebelan' rakyat kita di blog dtk...mengikut isu...

    Sesekali `membebel' dlm blog ini mungkin pengalaman itu dpt dikongsi....

    Memang ekonomi kita, rakyat terutama bumiputera masih belum capai standard yg memuaskan - mugkin golong yang mempunyai kroni - mudah dpt projek yang kaya raya membabi buta bersama kuncu-kuncu mrk.

    Silap pemimpin kita kerana Kementerian Perumaha & Kerjaan Tempataan tidak diberi perhatian bumiputera secara khusus.... untuk pemilikan rumah, kedai, dan tanah biarpun ada peruntunk bumiputera tetapi masih tidak terdaya dan tidak mampu segelintir gol bumiputera membeli harnah di kawasan bandar biarpun ada cita-cita untuk membeli rumah di Damansara/ Subang Jaya/ Petaling Jaya/ kondomiunum mewah di hartamas Bukit Kiara dll...

    Apa ada pada org kita pd masa kini..tatkala Empayer MK kuat megkuasai perniagaan mereka dan... Carilah kawasan baru dan cuba beli rumah kedai bahagian `end or coner lot' - sudah dibeli untuk empayer mrk....

    Tun M, memperkenalkan dasar penswastaan ra 1990-an untuk melihat ramai jutawaaan/koprat dr kalangan golongan Melayu... tetapi dibuat tidak menyeluruh - yg diberi untuk terajui MAS/ Telekomunikasi hancur ditengah jalan - kemudian kerajaan RAWAT semula...

    Kini harga rumah dan hartanah kiah melambung...

    Saya hairan kenapa PKLAH dri P.Pinang pun x faham masalah penduduk di negeri sendiri...

    Paling mudah, kawasan Balik Pulau di mana populasi gol Melayu bekerja sektor awam, peniaga, nelaya...tetapi ada projek perumahan di sana RM300k - RM500K - itu Utk siapa yang nak duduk?? Adakah Kementeriam Perumahan ketika itu memikirkan rumah mampu milik... Orang melayu x mampu..bila ada nak beli tanah, mrk jual..dpat duit berpindah ke Seberang Prai... Lama kelamaan gol Melayu migrasi ke tanah besar...Maka, populasi dan nisbah berkurangan... mana HILMI YAHYA yg tak menyedari masalah ini yg pernah menjd Seiausaha Kementerian Kewangan... - itu x penting yg penting duit dan anak beranak kaya raya - rakyat menderita lantak HANGPA....
    Jika di imbas, ketika DSAI menjadi menteri kewangan...memang ada ciri untuk bantu org melayu di PP...hingga kini ada kesan projek perumahan untuk pdkk di negeri itu.. takut `Island' itu bertukar jd negara lain - itu sudah PARAH!!!

    Rakyat yg pernah diibantu DSAI pasti tidak akan melupa jasa2 dia..dia dulu pun pejuang UMNO...

    Tapi, DSAI sekrang yg berkelahi dengan sesama pemimpin BN memang merugi rakyat...

    DSAI cuma manusia biasa sama dengan pempin lain..tiada yg istimewa.. Buat apa sesama kita nak bgaduh, mengaib sana sini - malu pada kaum lain...

    Rakyat pun dah tak tahu mana satu betul dlm isu liwatnya...sana mengaku, sani nafi..sana tuduh...sini dakwa... - harga rumah tetap mahal, ekonomi tidak baik...rakyat ula sibuk cerita hal orag yang mrk pun tak tahu hanya berbual mengikut teori dan pandangan masing....

    Yang menyokong PKLAH akan ckp PKLAH betul...
    Yang menyokong Najib akan bela Najib
    Yang menyong ANWAR akan bela Anwar..
    Yang sokong NIK AZIZ akan setia bersamanya..
    Yang marah Mahathir...akan marah beliau biarpun bekas PM selama 22 tahun...

    Itulah kisah mansuia di negara MALAYSIA...yg kini dilihat oleh seluruh rakyat di dunia...

    Apa pun aku memang bercita untuk miliki rumah kedah@tanah untuk perniagaan McD aku...itulah cita-cita dan impian aku.

    Jadi aku tak perlukan PkLAH, Najib, Anwar, Nik Aziz..cuma perlukan seorang pemimpin yang bijak menjadi PM dan mentadbir negara dan merangsang ekonomi - hidup aman makmur...

    Jika takdir Allah antara mrk di atas kita sebagai rakyat hanya menerima PM itu....

    - Apa istimewanya PM? kalau bukan rakyat yg memilihnya... kuasa masih ditangan kita...

    - Kalau cita2 sy utk membuka McD berjaya insyaAllah saya akan menjemput Dtk Kadir Jasin.....

    (ada sesiapa yg nak bagi pinjam dana untuk buat modal RM1 mil..dtk)

    ReplyDelete
  41. Datuk,

    Kalau mereka (i.e. Pembesar) terang2an dok pikir pasal diri sendiri....tetapi dok cakap perjuangan demi RAKYAT...peruntukan untuk RAKYAT...sogok berita2 indah/sensasi untuk RAKYAT....

    Siapa sebenarnya RAKYAT yang mereka maksudkan itu?

    ReplyDelete
  42. Assalammulaikum,

    Saya sebagai rakyat dah bosan melihat gelagat pemimpin melayu sekarang ni. Hipokrit, selfish dan tidak bertanggungjawab seperti yg ditunjukkan oleh pemimpin MCA,gerakan (MIC x payah cakap ler... dah agak dah...).. Mementingkan kedudukan dari kepentingan rakyat yang mengundi... PRU akan datang.. confirm x nak keluar ngundi.. Malu ler tengok pemimpin-pemimpin mcm ni.. ade telur 2 biji, tapi telur bucuk buat ape?

    Kalau ler boleh... campak je semuanya dalam laut... baru ler aman Malaysia ni.

    ReplyDelete
  43. Salam Dato' dan Sdr/i semua,

    Dlm Utusan hari ini, Ezam mengatakan “Kedudukan Najib pada masa ini cukup selesa iaitu hanya menunggu proses peralihan kuasa berlaku dan haluan perjalanan politik Najib berbeza dengan Anwar.

    “Anwar sekarang berada dalam keadaan buntu dan terdesak. Dia kata sebanyak 30 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) akan lompat parti sedangkan dakwaan itu tidak berlaku.

    “Bulan September semakin hampir dan peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini semakin samar kerana strateginya untuk menarik ahli Parlimen BN menyertai pembangkang tidak menjadi,’’
    katanya.

    # Bercakap mengenai duit/wang, dgn pertembungan dan percaturan politik begini, entah berapa juta ringgit "terbang ke sana sini" hanya dalam beberapa hari ini. Kita tahu konspirasi yg Dato' ketengahkan sebelum ini bukan dgn cek kosong atau berlaku secara percuma. Rakyat biasa tidak perasan duit itu "terbang" dan kerana senangnya $$$ itu diperolehi (entah drpd punca mana - 'black/dirty money'), para konspirator langsung tidak perduli kesannya kepada keharmonian rakyat dan negara. Seperti yg kita hadapi sekarang, negara yg ditunjangi oleh 'black/dirty money' begini tentulah akhirnya huru-hara dan tidak hairanlah rakyat turut sengsara.

    # Inflasi adalah salah satu indikator nya tetapi kita yg menghadapi sendiri kesan semua ini lebih parah lagi. Mungkin ada yg dahulu makan sehari sekali tetapi mungkin sekarang cuma boleh bersarapan di tengah hari dan hanya minum di sebelah malam - org tertentu di bawah ini sahaja yg mengetahui dan mengalaminya.

    # Ya, beza inflasi 3.8% dan 6-7% tentu nilainya trilion!!! (Rakyat biasa tidak dapat membayangkan duit bernilai bilion dan trilion ringgit ini - yg kita tahu, esok nak makan apa!?)

    Anakbuah

    ReplyDelete
  44. Anonymous9:56 AM

    Anwar Dan Najib, tepat seperti peribahasa Melayu: BAGAIKAN BELACAN DIKERAT DUA.

    Jadi, pada hemah saya, kedua-duanya adalah patut "dibuang". Hakikatnya, salah seorang daripadanya adalah penipu besar, penipu No. 1 negara, membohong kepada seluruh rakyat Malaysia, dan yang lebih perit adalah pertelaghan mereka berdua memberi impak besar kepada ekonomi negara dan rakyat jelata.

    Mari lah kita mencari pemimpin lain yamg boleh membawa kesejahteraan kepada negara. Ramaim lagi yang layak! Albar, muhyidin,rais,mukhriz dll

    ReplyDelete
  45. Anonymous10:26 AM

    Salam pada Dato' dan semua,

    Saya minum kopi di hujung Kg Sg Dara Tg Malim dan yang saya dengar pak cik2 dan mamak warung kopi pun dok cerita perihal yang sama.

    Semua sehati sejiwa menceritakan tekanan hidup dek harga minyak yang meletup2 naik dengan kadar yang tidak mesra rakyat langsung.

    Yang dulunya bawa motor la ni dah mula kayuh basikal buruk. Dengan tarif letrik pun dah mula naik suasana kampung di tujuh puluhan mungkin kembali menarik dengan lampu letrik bertukar dengan pelita di semua bilik.

    Penat semua berasa pelik dengan kepimpinan yang semakin jelik.

    salam
    papaithesailormantuttuttt

    ReplyDelete
  46. Salam Datuk,

    bercakap tentang desakan ekonomi (ekonomi rakyat la).., arahan agar rakyat berjimat, sememangnya sangat tidak relevan. Mana mungkin rakyat terpaksa mempertaruhkan tahap kesihatan dan daya mental untuk berjimat dengan memakan beras yang rendah kualiti, sayur yang sudah tiada zat, mahupun ikan pecah perut yang sekadar untuk menahan lapar. Kita kata, kita nak membangunkan mentaliti rakyat ke kelas pertama, kalau makan pun hampir2 'miss', hari2 stres memikirkan 'survival' hidup, tak kan bermentaliti baik la...masalah sosial meningkat mungkin ada...jenayah, rompakan, ragut, bunuh dan sebagainya.

    Elok juga Pak Lah and the gang (menteri2 yang hebat tu...agaknyalah)..berfikir tentang perut rakyat juga. Koridor yang melahap billionan ringgat tu wajar ditangguhkan dulu, buat satu2..dah berjaya satu, buat satu lagi dan seterusnya. Ambillah ikhtibar dari Super Koridor yang tak berapa nak jadi koridor tu.

    Ingat rakyat sentiasa menilai dan juga ingat tahap keintelektualan rakyat semakin meningkat. Bahaya tu!

    Aji Baling

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum dan salam sejahtera....tumpang lalu...

    1. tolong baca blog tun...snippet on anwar...dan juga tentang ekonomi malaysia skarang...

    2. datuk, kesiannya saya kat tun..beliau speatutnya berehat dan bagi nasihat sikit sebanyak..beliau patutnya tgh menikmati pembangunan malaysia dan continuity prinsip2 yang telah beliau letakkan dalam acuan malaysia...

    3. tapi, beliau tetap tak boleh dok diam..paklah dah jauh jahanamkan negara..anwar on his way..najib taktau gerak laku dia macam mana lepas ni...cuba pikir,apa kita rasa kalau dok kat tempat tun skarang...

    4. berpuluh taun beliau serah jiwa raga utk kita, utk malaysia...skarang senang2 org lain lingkupkan...aduhh....

    p/s..jangan kesian kat tun je..kesian kat kita jugak..esok lusa dah tak seterang dulu..kesian ja tak cukup cik bang oi..

    ReplyDelete
  48. Anonymous6:32 PM

    Dear Kadir.

    Satelah memethati apa yang berlaku di dalam negara kita sekarang ini,saya amat yakin bahawa system demokrasi yang kita jalankan sekarang ini tidak boleh di pakai.Saya amat yakin system yang di jalankan oleh kerajaan PAP di Singapora amat sesuai sekali.Ini bermaana hanya pemimpin yang berseh,berkelibar dan mempunyai intergasi yang tinggi di pileh,bukan cara undi tapi cara cader system.Mereka ini di pileh,di uji kemudian baru dilantek menjadi ketua.

    ReplyDelete
  49. Anonymous6:33 PM

    Dear Kadir.

    Apa yang berlaku dalam negara kita sekarang ini,saya amat yakin syatem politik yang di amalkan oleh PAP di Singapora amat sesuai sekali di Malaysia.

    Pemimpin2 Politik dan Menteri perlu di pileh mengikut cadre system.Ia itu hanya yang berseh dan pandai di pileh.Syetem demokrasi yang di jalankan dalam parti2 BN tidak boleh di pakai.Ini kerana orang2 yang papular akan di pileh,dan mereka ini lah yang paling corrupted.

    ReplyDelete
  50. salam...

    kenapa orang politik kini banyak cakap dari banyak kerja? Kita lantik YB-adun dan parlimen bukan untuk meruntuhkan keamanan tapi untuk menjaga dan memelihara kita semua.

    kita sebagai rakyat mahukan kerja...kerja, kerja. nak bagi perut makan, anak bini makan, nak jaga mak bapa makan... tapi kerja tak ada. kalau ada dengan gaji yang kurang atau kini bnyak berlaku perbehentian kerja.

    negara kita dah terikut dengan indonesia, thailand dan filipina... janji bebas berfikir dan mengeluarkan pendapat... tapi bagaimana sistem ekonomi nak berfungisi kalau dok kritik sahaja?

    pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  51. Anonymous8:29 PM

    Salam ,

    Datuk dan rakan2 blogger yang dihormati lawatlah blog ni kacangbatu.blogspot.com.

    Pendapatnya memang berbisa,berani bolehlah berkongsi dgn Datuk dan semua.
    Saya baru jumpa blog ni.


    puyukampung

    ReplyDelete
  52. Saudara AKJ yang dihurmati;

    Saya percaya, jika Pemimpin kita jujur dan tulus ingin membantu Rakyat, tentunya mereka akan mencari jalan bagi menyelesaikan masaalah yang dihadapi olih Rakyat jelata sekarang ini.Akan tetapi, ini TIDAK dilihat lansung kerana MEREKA semua terlalu gilakan kuasa politik mereka. Setiap hari mereka hanya memikirkan strategi untuk mengukuhkan kedudukan dan pencarian kuasa yang lebih agar mereka dapat hidup senang hingga akhir hayat.

    Setiap hari ada BERITA sensasi yang diREKA CIPTA mereka. Saya yakin lagi percaya.Mereka benar benar lupa akan TANGGUNG JAWAB mereka kepada RAKYAT.

    Jika mereka jujur tentunya mereka tidak akan cari Wang untuk membantu Projek Koridor sebanyak RM 2 Billion setiap satu koridor, yang sepatutnya dibiayai olih ' Private Financing Intiative'.Jadi saya percaya hampir RM 10 Billion akan digunakan.

    Projek koridor ini untuk siapa? Rancangan siapa? Semua ini datangnya dari kajian yang dilakukan olih Ethos Consulting, Rakan sahabat KJ, menantu PM, bukan??? Projek koridor ini hanya untuk Pemimpin Pemimpin kita buat DUIT. Percayalah..

    Pemimpin kita sepatutnya tangguh semua projek koridor dan Projek pembangunan yang tidak berfaedah untuk Rakyat, dan wang pembangunan itu di salurkan untuk subsidi bahan bakar, seperti yang dilakukan olih Negara Negara lain. Tengok saja Indonesia, Negara pengimpot minyak 100%, tapi harga minyaknya hanya dalam RM 2 hingga RM 2.20 sahaja.

    Apakah pemimpin kita tidak lihat dan mengkaji semua ini? Jikalau niat mereka tulus untuk Rakyat maka mereka akan nampak, tapi mereka hanya nampak akan APA APA yang masuk ke poket sendiri. Olih kerana tamak untuk diri sendiri maka hati mereka telah menjadi BUTA.Jika Pemimpin kita buta hati maka yang lain dalam kabinetnya pun turut buta juga, kerana dipilih olih hati yang tidak berperasaan. Jadi mereka tidak kisah jika Rakyat susah kerana hidup mereka dan keluarga tidak susah.

    ReplyDelete
  53. Datuk,

    Benar tentang apa pendapat Datuk tentang penyerahan kuasa pemerintahan kepada selain dari rakyat.Sewajarnya rakyat yang menentukan segalanya jika berpegang kepada prinsip2 domokrasi.

    Persoalannya, adakah prinsip2 demokrasi ini diikuti dan dipatuhi secara berhemah?Bukankah apa yang terjadi di negara kita ini kerana demokrasi yang konon2nya diamalkan?Atas konon2 demokrasi inilah rakyat jelata kian keliru dan celaru.Sejujurnya, apakah nikmat demokrasi ala malaysia yg diamalkan diwaktu ini kepada rakyat jelata?Atas nama demokrasi ala malaysia inilah rakyat kian papa kedana, sedangkan org yang melaungkan prinsip2 demokrasi kian tembun dan gebu.

    Saya bukan berfahaman sosialis, monarki apatah lagi komunis, tetapi saya sudah hilang kepercayaan kepada fahaman demokrasi ALA-MALAYSIA yang tidak mencerminkan demokrasi dalam ertikata yg sebenar.

    Sekian

    ReplyDelete
  54. Anonymous9:48 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  55. Anonymous11:04 PM

    Sehingga beberapa perenggan terakhir karangan ini, analisa Dato' (termasuk mengenai fenomena ekonomi 'stagflasi') dan sebagainya menarik dan informatif.

    Tetapi malang sekali, penutup atau bahagian kesimpulan esei Dato' merupakan satu anti-klimaks (atau 'potong stim' seperti kata orang biasa).

    Balik-balik UMNO yang berulat-cacing dengan korupsi didakap juga.

    Takkan kita rakyat Malaysia tidak mampu melihat lebih jauh dan selain dari UMNO dan BN? Apa pula dengan kecanduan dengan UMNO?

    Tidakkah potensi dan kebolehan pemimpin-pemimpin di luar UMNO dan BN juga cukup mampu meneraju negara?

    Tidakkah mereka-mereka ini yang di luar UMNO dan BN juga cukup mampu berjuang untuk kemakmuran dan kedaulatan negara?

    Asal-usul atau sejarah UMNO dalam pembentukkan negara Malaysia yang moden harus diingati. Ini tidak dinafikan.

    Akan tetapi, pada masa yang sama, harus kita sedar dan terima bahawa UMNO bukan segala-galanya. Dan segalanya-galanya pun mempunyai apa yang dikatakan 'shelf life', atau tarikh lupus. Parti politik tidak terkecuali. Penentuan tarikh lupus ini adalah sejauh mana sesuatu parti politik itu boleh memelihara integritinya dan perjuangannya demi rakyat tanpa terjerumus dengan kepentingan parti itu sendiri.

    Maka bukan UMNO sahaja yang mampu membela negara dan rakyat. Parti-parti utama yang lain di luar BN seperti PKR, PAS dan DAP boleh dan sememangnya berjuang demi seluruh rakyat Malaysia. Kini, UMNO yang terlalu lama berkuasa tidak telus lagi. Mungkin sudah tiba masa parti lain diberi peluang untuk memberi nafas baru kepada negara dan rakyat.

    Secara pokoknya, janganlah kita berharap sangat pada satu parti sahaja dan menolak parti-parti yang lain.

    Mari kita menilai komitmen, prinsip dan semangat perjuangan mana-mana pihak tanpa berbelah bahagi, tanpa miring atau prasangka. Adakah semangat dan komitmen sesebuah parti itu menyeluruh dan dinamik? Adakah ianya sudah pudar? Adakah ianya sudah berselingkuh? Ini adalah soalan-soalan yang penting yang harus dipertimbangkan.

    Makan ini yang harus menjadi panduan. Bukan sejarah sesebuah parti atau prestijnya. Bukan personaliti-personaliti utama dalam sejarah sesebuah parti. Dan sudah tentu bukan 'brand name' atau jenamanya.

    Sekian.

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum Dato' dan semua pengunjung

    saya bersetuju dengan pendapat Dato' Sharifuddin Duta mengenai "brand" atau jenama ni. saya rasa memang menjadi lumrah sesuatu "brand" tidak akan popular selama-lamanya. Begitu juga dengan "kualiti" jenama tersebut kalau dulu sesuatu jenama begitu sinonim dengan kualiti tetapi hari tidak lagi.

    Begitu juga dengan UMNO. Saya akui UMNO merupakan satu brand politik yang memang terkenal satu brand prolitik yang dipercayai dan ramai pengikut. Tetapi kini tidak lagi.

    Kalau kita kaji sejarah syarikat perniagaan besar..ada yang antaranya amat gah dan dipercayai tetapi sekarang telah gulung tikar. Antara sebab mengapa gulung tikar ialah pengurusan yang tidak baik, pengurusan yang lemah dan tidak mampu mengeluarkan produk mengikut perkembangan terkini.

    Begitu juga dengan UMNO dan BN mereka tidak lagi mampu selari dengan peredaran zaman. Banyak ideologi berasaskan 50 tahun yang lampau. Ya ideologi ini memang baik dan berkesan pada masa itu tetapi belum tentu baik dan berkesan pada masa ini. Kemungkinan ideologi lama ini juga merupakan satu parasit yang boleh memusnah Umno secara perlahan-lahan.

    Seperti mana kata Dato' Sharifuddin Duta selagi UMno tidak menjaga integritinya maka kemungkinan ia seperti "brand" barangan yang mungkin kita dah lupa kewujudannya

    p/s teringat kamera poloroid yang begitu popular masa dulu sekarang sudah tidak ada lagi...orang dah pakai digital kamera :)

    ReplyDelete
  57. Salam Dato AKJ ..

    dato' sharifuddin duta ... pada awal 1990an bila negara kita makmur, ekonomi kita berkembang sehingga bertahun2 KDNK kita berada di paras atas 8%, pada masa itu pemimpin yang memerintah Malaysia adalah pemimpin UMNO. Dan pada 97/98 masa kegawatan ekonomi, pemimpin yang menyelamatkan Malaysia dari tersungkur juga dari UMNO. Dan sekarang yang bakal mencipta sejarah pemimpin UMNO yang bakal menjahanamkan ekonomi Malaysia dgn anak dan menantunya ... Salah UMNO ke tu ????

    p/s : ade ke parti yg betul2 bersih spt kain putih kt Malaysia nie ??? ade kot .. parti tupperware ..

    ReplyDelete
  58. Beberapa penjelasan.

    1. Saya tidak menyebut mengenai parti-parti lain kerana tema rencana ini adalah kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi/Umno;

    2. Saya tidak menafikan wujud potensi di pihak pembangkang untuk menjadi pengganti Umno/BN;

    3. Saya tidak menafikan ada banyak penggiat di dalam Pakatan Rakyat yang berwibawa dan berintegriti. Harap-harap kuasa tidak menjadikan mereka korup;

    4. Kalau orang Melayu boleh menerima Umno, saya tidak nampak mengapa mereka tidak boleh menerima Pas sekiranya keadaan memerlukan;

    5. Namun saya masih kurang pasti sama ada parti pelbagai kaum seperti PKR boleh bertahan.

    Kita telah lihat bagaimana parti pelbagai kaum (Parti Kemerdekaan Malaya, Parti Negara, Pekemas dan Parti Buruh) terkubur atau bertukar menjadi parti kaum seperti Gerakan dan DAP;

    6. Saya rasa yang salah atau tidak relevan bukan Umno. Yang salah dan tidak relevan adalah kepemimpinannya yang hambar dan hipokrit hari ini;

    7. Sdr Samurai Melayu -- welcome back. But we'll not call anybody a skunk until proven by the court.

    But the skunk emits foul odour for a good reason -- it's the way it defends itself. It's the human skunks that put us off.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  59. Anonymous8:42 AM

    1. Ekonomi dijadikan kayu ukur ?

    2. -Rakyat senang kerana pengurusan ekonomi yang cekap.
    -Rakyat susah kerana kelemahan pimpinan dalam menguruskan ekonomi.
    -Malaysia maju / mundur kerana ekonomi.
    -Pendatang asing mencari sumber ekonomi
    -Pasaran saham bergerak atas faktor ekonomi.
    -Pendek kata- semuanya ekonomi

    3. Jika kerajaan yang lemah mentadbir negara dan tidak dapat menjana sumber ekonomi ketahap maksimum.
    Percayalah rakyat dalam negara terus melara dan tak ketahuan-hala. Contoh semasa dan terkini, lihatlah masyarakat seumpama cacing kepanasan. Semuanya merungut tentang nilai wang tidak sama dengan penawaran harga dipasaran. Walaupun permintaan tinggi, penawaran berluasa, tetapi nilai wang (kuasa beli) pengguna ditahap yang rendah.

    Malang....
    Sedih....
    Pilu.....
    Resah....
    4. Melihat kesemua pimpinan negara (Kerajaan @ bekas pembangkang), Mereka lebih rela mengaut keuntungan hasil negara demi menjaga keegoan diri daripada menjaga kebajikan pengguna.

    5. Negara Maju adalah sebuah negara yang menjaga kebajikan masyarakatnya. Dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kepentingan rakyat.

    6. Jika kuasa politik, dijadikan agenda perjuangan, maka akan melemahkan kuasa ekonomi. Alangkah cantiknya mereka yang diberi amanah dapat menggabungkan kedua-dua kuasa ini sebagai daya momentum untuk mempercepatkan Malaysia menjadi sebuah negara Maju, negara berkebajikan dan dijadikan contoh kepada negara-negara sedang membangun.

    7. Kini, ekonomi Malaysia adalah 'statik, kemungkinan ketinggalan beberapa tahun berbanding dengan negara pesaing Malaysia.

    8. Sudah tiba masanya, Malaysia perlu mempraktikan undang-undang untuk kepentingan sejagat berlandaskan agama universal.
    - Pembuat fitnah yang boleh merosakkan negara, perlu dipancung atau dihumban ke dalam penjara selama-lamanya.
    - Penyeludupan minyak, penyeludupan barangan melebihi keperluan seharian, maka perlu dipenjarakan sekadar jenayah penyuludupan, jika boleh merosakkan ekonomi negara lebih baik pancung saja.
    -Semua Pimpinan Negara yang rasuah serta mengkayakan anak-beranak melebihi kemampuannya, harus dihumban ke dalam penjara selama-lamanya.

    ADAM AMIN

    ReplyDelete
  60. Anonymous10:41 AM

    Analysis - Sodomy Allegation and SDs; Who the real conspirators are? The invincible and power 3rd party behind all this?

    Let's track the issue and see if we can detect who the real conspirators are likely to be.
    Anwar's people accuse Najib as being the conspirator in the sodomy allegation, and vice versa i.e. Anwar's people meanwhile being accused of masterminding the statutory declarations (SD) implicating Najib.
    But is there a possibility that there is an invisible yet powerful third party who is conspiring to ignite a war between Anwar and Najib?
    Let's find out.
    1) It would be extremely foolish for Najib to meet Saiful at the comfort of Najib's residence barely a few days before Saiful's police report was leaked to the media, if Najib is really part of the conspiracy to smear Anwar. And I don't think Najib is that foolish. It looks more as though Najib is being set-up by a third party.
    2) Why would Saiful would want to meet Najib first before lodging a police report? Who suggested to Saiful to meet Najib and who facilitated his meeting with Najib? The same third party?
    3) How come it wasn't the police but Anwar that leaked Saiful's police report to the media? Who gave such info to Anwar? The same third party?
    4) A photo of Saiful and Najib's aide, and photos of Saiful with 3 other Ministers appeared on the internet in the middle of the night i.e. within hours of Anwar's press conference. Is it the same third party, who has a 'file' on Saiful who sent such photos to Anwar's camp in order to link Najib to the accusation?
    5) Anwar claimed to have recently obtained some evidence linking the IGP and AG to some wrongdoings. Again, the same third party sent that dossier to Anwar?
    6) Balasundram claimed that he made the 1st SD under duress. Is it the same third party that forced Bala to make that 1st SD?
    7) Anwar claims the DPM's office is plotting to assassinate him. Who feed him such ridiculous info? The same third party again?
    [Balasubramaniam's retraction statutory declaration was affirmed before commissioner of oaths Zainal Abidin Muhayat, bearing an address that has been traced to Zul Rafique & Partners - a pro-establishment law firm owned by Zulkifly Rafique who is Federal Territories minister Zulhasnan Rafique's brother. Raja Petra has many articles on this legal firm]

    An invisible and powerful third party behind all the above?
    Think about it.
    Now, assuming if Anwar's sexual tendencies is true as alleged (even 10 judges agreed with that. See
    1) Dr M: Court ruling doesn't mean Anwar didn't do it

    2) "If we count, we will find that all the 10 judges who heard the case of Anwar sodomising Azizan (Abu Bakar, his former family driver) agreed that Anwar committed sodomy, although the two (judges) used technical reasons to not find him guilty," he said in his blog Che Det.


    i) Is it a possibility that Saiful (being a jambu..) is being 'planted' in Anwar's office as a way to 'induce and trap' Anwar (even without Saiful realising he is being used) by the same third party? (Well,one way is to find out from Saiful who suggested to him and facilitated his entry into Anwar's office).
    2) Is there a possibility that there sodomy case did happen as alleged (as it was a trap laid by the third party using Saiful even without the latter's knowledge), and its exposure is however being manipulated to link to Najib (again, by the same third party)? So that a war will ignite between Anwar and Najib?
    No doubt such exposure at the end of the day is putting the Government in a bad light, thanks to Anwar's powerful spin and propaganda machine. No doubt Paklah as the head of the Govt is the one affected since confidence in his Govt is being eroded by claims of conspiracy and link to a murder case etc.
    But such bad publicity for the Govt has no immediate and tangible impact at all since the next general election is 4-5 years away!
    Having said that, however, if we were to compare between Paklah, Najib and Tun Dr. M, the impact of such allegations (both alleged sodomy and SD linking to Altantuya's murder) have varying effect on the three of them, with Paklah being the least affected!
    Why?
    The mainstream media is having a full day recapping the recent sodomy allegation to the 1998 sodomy charge against Anwar; implying that a political conspiracy was hatched by the previous Administration at that time, . thus putting Tun in a bad light. Even the IGP and AG are now accused by Anwar to be part of the conspirators back then.
    At the same time, the Statutory Declarations (By Bala and RPK) gave bad publicity to Najib.
    Despite all these, notice that Anwar (through Wan Azizah) actually met Paklah to seek help and assurance from him. So in essence, Paklah personally is not affected (in the court of public opinion) at all by those allegations. But Najib and Tun, yes.
    Assuming that there is indeed an invisible and powerful third party which plotted and hatched the conspiracies to pit the two camps (Anwar's and Najib's) with each other, what is their main motive then?
    Well, one can't help but notice that the ONLY major political event coming up is the UMNO elections due at the end of the year!
    With UMNO's divisions in at least four states, UMNO's Management Committee (Najib, Muhyiddin, Rafidah, Hishamuddin and Noraini) and even the majority of Supreme Council members putting strong pressure on Paklah to step down, Paklah's position looks increasingly untenable. Judging from the mood on the ground, there are even talks that some forces are hatching that Paklah won't get enough nominations from UMNO divisions to even qualify to run as President!
    Since Najib has indicated that he hasn't decided whether to contest the presidency (thus implying that he is open to being nominated as President), the real battle taking place now is actually on the ground in UMNO's over 200 division. And not in the media!
    The only way (that the conspirators think?) for Paklah to survive politically is to ensure that 'dirt' sticks on his successor hoping that either one of these two things may happen;
    1) Najib may succumb due to the pressure and declare publicly (or even privately to the Divisions) that he will not accept nominations to the post of President (Who knows maybe the 'attacks' on him may stop after that?)
    2) Even if he does not do that and willing to be nominated instead, the bad publicity from those allegations (they hope) may deter UMNO Divisions from nominating him as President since he is tainted.
    Makes sense?
    Now, isn't it clear from the analysis above that the third party (if it exists) is not only pitting Anwar against Najib, but is also 'screwing' both of them as well?
    Isn't it clear that Tun Dr. M's name is also being dragged in the mud as well from the sodomy allegations? (kiling two birds wil one stone, eh?)
    Isn't it clear that the clear winner in both cases is actually Paklah? Mere coincidence?
    Now the question is – At the end of the day, will we actually get to know the truth what happened in both cases (sodomy allegation against Anwar & Altantuya murder case)?
    Or a round of deception for political expediency will take place, yet again?

    ReplyDelete
  61. Anonymous10:51 AM

    Terima kasih kepada para pembaca sekalian, dan juga kepada Dato' Kadir kerana membolehkan diskusi ini.

    Saya mengulas mengenai dua perkara, iaitu ekonomi dan parti-parti politik di negara kita:

    1. Ekonomi

    Kebangkitan ekonomi Malaysia (dan negara-negara ASEAN yang lain) pada awal 1990an adalah sebahagian daripada fenomena yang global, di mana ekonomi dunia secara seluruhnya berkembang pesat. Maka tidak ajaib sekiranya ekonomi Malaysia, jika dianalogikan sebagai sebuah perahu yang kukuh, naik dengan pasangnya air di laut. Perahu-perahu lain, walaupun kurang kukuh berbanding dengan kita (Indonesia, Thailand dsb.) sudah tentu turut naik, dan ini benar. Suasana politik yang tidak berubah (tidak huru-hara dengan perang, misalnya) di Malaysia menjadi tarikan kepada pelabur asing. Malaysia dikurniakan sumber asli yang bernilai. Sekiranya pentadbir negara pada waktu itu adalah PAS, atau PKR, atau DAP, maka keputusan yang lebih kurang sama akan wujud. Menurut analisa seorang ekonomis ternama yang memenangi pingat Nobel, Joseph Stiglitz, ekonomi Australia pada lewat 1990an dan sekarang pesat bukan kerana pentadbiran yang pakar atau cekap oleh mantan perdana menteri John Howard tetapi kerana suasana ekonomi dunia yang pesat dan kewujudan sumber asli yang banyak di negara itu ("Australia's remarkable performance is not because of the John Howard government - indeed it may be despite it." ~ Joseph Stiglitz). Maka boleh dikatakan ekonomi kita pesat di 1990s bukan kerana Dr. Mahathir semata-mata. Kita harus memberi pengiktirafan kepada rakyat kita yang berusaha dan berkerja dengan sungguh-sungguh, suasana ekonomi dunia yang pesat, serta harus juga kita bersyukur kepada Yang Maha Pemurah lagi Pengasih kerana mengkurniakan kita dengan sumber asli yang pelbagai.

    Maka secara pokoknya, salah satu faktor penentu utama kepesatan ekonomi sesebuah negara di zaman globalisasi ini adalah luaran, atau 'external' (pasaran luar negeri, persepsi pelabur akan keselamatan melabur di sesuatu negara dsb.). Faktor dalaman adalah wujudnya keadaan yang aman di sebuah negara, ada pelabuhan dan jalanraya, rakyat yang berpendidikan dan dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, misalnya, sama ada kerajaan memberi sistem cukai yang menarik kepada pelabur dan sebagainya. Kadang-kadang, dengan adanya semua ini pun ekonomi tidak tentu sekiranya ekonomi dunia tidak pesat. Maka tidak benar sekiranya kita berkata bahawa UMNO dengan sendirinya telah menjayakan ekonomi kita. Satu lagi: walaupun ekonomi pesat, korupsi yang tersembunyi masih boleh berlaku, selagi ada kekayaan yang lebih yang ditinggalkan untuk disampaikan kepada rakyat.

    2. Parti politik pelbagai kaum

    Dato' Kadir merujuk kepada parti pelbagai kaum yang sudah tidak wujud lagi di negara kita (misalnya Parti Negara dan Parti Buruh). Ini bukan bukti bahawa parti pelbagai kaum tidak boleh wujud. Kejayaan parti-parti seperti ini bergantung pada kerelaan dan kesediaan rakyat dan kekuatan propaganda dan cengkaman sistem pembahagian kaum yang dipraktikkan di negara kita sejak Zaman British lagi.

    Keadaan sosio-politik negara kita sejak awal lagi bercirikan kaum, sehingga parti politik pelbagai kaum diatasi oleh parti berdasarkan kaum oleh sebab rasa curiga/prasangka dan perpecahan antara kaum yang masih wujud sewaktu zaman awal Malaysia moden. Oleh kerana itu, parti-parti politik yang beraspirasi menjadi parti politik pelbagai kaum seperti DAP tersisih oleh golongan tertentu (terutamanya Melayu) oleh kerana pemimpin utamanya secara kebetulan adalah berbangsa Cina dan oleh itu parti ini dianggap hanya akan membela kaum Cina. Untuk terus memperjuangkan prinsip-prinsipnya, parti ini terpaksa bergantung pada sokongan bangsa-bangsa yang lain, seperti Cina dan India. Namun, prinsip-prinsip perjuangan parti DAP sekiranya diteliti adalah universal dan tidak berdasarkan kaum mana-mana. Malah, parti ini -- yang menarik sekali -- masih mempunyai orang Melayu di dalam jawatankuasa pemimpin teratas (sila rujuk Wikipedia atau halaman web parti ini).

    Parti PKR, manakala, merupakan sebuah parti pelbagai kaum yang terbaru di negara kita (ditubuhkan pada 1999). Perjuangan PKR juga adalah berlandaskan prinsip-prinsip universal dan bersifatkan 'social justice' -- keadilan politik, ekonomik dan sosial bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan.

    Sama ada parti-parti seperti ini berjaya atau tidak, ini bergantung kepada kita, rakyat. Adakah kita sudah bersedia untuk berlangkah ke masa depan yang lebih telus, demokratik dan adil, dan meninggalkan era di mana kita terbahagi mengikut garis kaum, sentimen komunitarian? Adakah kerana rasa takut yang berdasarkan kaum kita terus mahu berpaut buta-buta kepada parti-parti yang boleh dicirikan dengan pepatah 'harapkan pagar, pagar makan padi'?

    Evolusi dari parti kaum kepada parti pelbagai kaum sudah tertulis di dalam DNA negara kita, kerana komposisi, adunan budaya dan masa depan seluruh rakyat Malaysia tidak boleh dipisah-pisahkan. Ini tanahair bersama tidak kira warna kulit -- tanahair yang harus kita jaga dan sayangi bersama. Lambat laun, realiti politik ini harus juga diterima, malah didakap oleh kita, demi kekukuhan dan kesejahteraan negara yang bersama.

    Tapi bila pula?

    Ini sahaja soalnya.

    Sekian.

    ReplyDelete
  62. Anonymous11:05 AM

    Nota tambahan:

    Pada pendapat saya, adalah kurang adil untuk menuding jari hanya kepada Dato' Seri Abdullah Badawi sahaja untuk segala kelemahan di dalam struktur pentadbiran negara. Beliau memegang jawatan perdana menteri untuk 4 tahun. Untuk memahami punca budaya politik yang tidak telus dan penyalahgunaan kuasa, harus kita selami sejarah politik negara kita sekurang-kurangnya sejak awal 1980an lagi. Pemahaman yang sebenar dan menyeluruh mengenai keadaan politik semasa hanya mungkin sekiranya pandangan kita tidak terhad kepada skala masa yang pendek, dan sekiranya kita menggunakan daya pemikiran yang kritikal tanpa berbelah bagi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  63. PENGUMUMAN

    BLOG INI TIDAK MOGOK!

    Kalau komen Sdr/Sdri lambat disiarkan ia adalah kerana si pemblog sedang "on the move" atau kerana tiada sambungan Internet.

    Justeru itu, minta bersabar dan kalau boleh tolong rigkaskan ulasan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  64. Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas,

    Saya tertarik dengan komen Dato Sharifudin.

    Saya berpendapat, political branding ini adalah satu aspek yang terletak di atas tanggungjawab sesebuah parti untuk menawan hati rakyat. Jika brand yang dipamerkan adalah menarik, maka ramailah yang akan ‘membeli’nya.

    Persepsi dan respon rakyat terhadap branding ini pula, bergantung kepada ‘relevance, performance and advantage’ yang dipamerkan oleh parti-parti politik itu. Mana-mana parti yang berjaya mempamerkan ketiga-tiga elemen ini dengan jayanya, maka bertambah ramailah ‘brand loyalists’ terhadap parti mereka.

    Malangnya, UMNO begitu lemah memainkan peranannya terhadap ketiga-tiga factor tersebut sekarang ini. Sehinggakan ‘Brand loyal no 1’ yang sudah keluar parti pun dianggap tidak memberi kesan ke atas imej brandnya. Jika perkara ini berterusan, bagaimana UMNO hendak ‘sell the brand’ kepada ahli-ahli baru tanpa adanya ‘brand loyal’ sebagai testimony qualitinya?

    Relevance dan advantage UMNO semakin terhakis. Parti lawan semakin pandai memanipulasi keadaan ini dengan mempamerkan relevance dan advantage mereka pula. Walaupun ‘the real underlying relevance and advantage’ parti lawan ini masih belum terbukti (atau memang tidak akan dapat dibuktikan), tetapi rakyat tiada pilihan lain yang lebih menarik melainkan ‘membeli’ brand alternatif ini.

    Pulihkan imej brand UMNO ini. Caranya bukan susah sangat……

    Azman Mohd Isa
    Shah Alam

    ReplyDelete
  65. Salam Dato AKJ,

    dato' sharifuddin duta..perihal kegawatan ekonomi 97/98 tak nak dibincangkan ke..???(tapi pada sepanjang 90an tu LKY pun naik cemburu dgn kejayaan ekonomi Malaysia)

    Parti berasaskan kaum masih relevan jika setiap kaum menghormati hak masing2...terlalu byk unsur perkauman yang dimainkan sebenarnya datang dari DAP dan skrg PKR ... dari 1957 hinggalah ke 2008 ... golongan kaum yg dikatakan didiskriminasi inilah yang terbanyak menduduki carta orang2 paling kaya di Malaysia...

    Saya faham mmg strategi utk melemahkan Malaysia adalah mudah .. dgn penduduk yang berbilang kaum ...membakarkan api perkauman menjadi strategi paling senang nak memusnahkan Malaysia... dan saya faham ini yang sedang giat diusahakan oleh PKR dan ketua bukan ahlinya..dan didalangi oleh parti DAP ..

    p/s : rasuah ada dimana2 ... selagi ada permintaaan dan penawaran ...

    ReplyDelete
  66. In 1997/98 - the money supply (money growth) were at negative (-5.76% in 1997) and (-14.73% in 1998) and our inflation were at 3.4% (1997) and 5.15% (1998) but what we did at that time was to reduce the SRR from 13.5% (in 1996/1997) to only 4% in Sept 1998 because we want to create more money in circulation in the economy (county), meaning the declined in the SRR will increase the Excess Reserve (where more monies available hold by the commercial banks) and thus more lending can be made and the result was very impressive where our inflation in 1999 was only 1.6% and money growth at 30.11% (from negative in 1998 (-14.73%) to +30.11% in 1999. Among tools that combats the financial crisis in 1997/98.

    ReplyDelete
  67. Datuk,

    Noor Yaakob the economist?
    hahahahaha....

    I saw Tony Fernandes on Bloomberg and he took all questions with aplomb.

    Have I see Nor Yaakob getting grilled in economics and vision? Nope.

    Do I want to see him getting grilled? For his dignity, maybe not.

    ReplyDelete
  68. Anonymous7:50 PM

    salam ayahanda saya mohon izin untuk memotokopikan artikel ini untuk diletakkan diweb saya harap maklum dan diberi keizinan

    ReplyDelete
  69. Anonymous9:52 PM

    Pada pendapat saya, adalah kurang adil untuk menuding jari hanya kepada Dato' Seri Abdullah Badawi sahaja untuk segala kelemahan di dalam struktur pentadbiran negara. Beliau memegang jawatan perdana menteri untuk 4 tahun. Untuk
    ..................................

    Jika tidak menuding jari kepada Dolah, kita mahu menuding jari kepada siapa ? rakyat ? rakyat yang bersalah kerana tidak sabar ? tidak memberi peluang kepada Dolah ?

    Dolah bukan sehari dua jadi sebahagian kabinet, kalau besi dah berkarat, kalau batu dah berulat.. Kalaulah tempat Dolah sekarang dipegang selepas mahathir oleh Najib atau Anwar, pasti malaysia ada perubahan dan rakyat puas hati, itu PASTI..kerana mereka mempunyai skill dan ilmu, tidak bergantung kepada tingkat 4, 5 atau 6, tidak tidur semasa mesyuarat dan banyak lagi..

    Kalau mahu dibandingkan lagi, rasanya jika arwah Ghafar baba menjadi PM, suasana akan lebih terjamin khususnya masyarakat kampung.

    Memadailah ulasan tersebut. kluangman

    ReplyDelete
  70. YB Datuk,

    Did you mention Khairy Jamaluddin just to incite anger?

    Please. The ECM Libra fiasco was enough to show the true colors of the guy. We dont need the likes of him. We have enough already now and they are giving us (the rakyat)all this rubbish.

    There you go. I know you wanted to test the response on that.

    ReplyDelete
  71. Datuk,

    Suka saya membaca hujah dato Sharifuddin duta. Realitinya kita masih hadapi perkauman yang menebal.

    Orang Melayu nampak lebih bersifat mengalah tetapi bangsa lain sentiasa menuntut setiap ruang yang ada(macam Belanda...).

    Mereka berbeda parti tetapi dalam soal tuntutan bersifat kaum, mereka bersatu.

    Orang Melayu walau seagama, tetapi perbezaan parti, mereka sanggup berpatah arang.

    Walaupun kecil, tetapi bila terpacul dari mulut mereka meminta jalan-jalan di Pulau Pinang ditulis dalam bahasa cina dan india itu sudah cukup untuk menggambarkan sifat tidak pernah puas mereka.

    Kalau dulu orang krestian berbangga menyebut Jesus, kini mereka menuntut untuk menggunakan nama Allah.

    Walaupun perkara ini tidak menjejaskan Islam dan Melayu, tetapi sesuatu yang boleh mengundang sengketa,harus ada rasa tolak ansur.

    Sukarno mewajibkan rakyatnya tidak kira apa bangsa dan keturunan, dari Sabang hingga ke Marukei menggunakan bahasa Indonesia dan semua agama menyebut tuhannya, Tuhan Yang Maha Esa, tetapi rasa perkauman tetapi menebal malah bersengketa.

    Jadi, sebagai rakyat bertamadun yang ingin hidup aman damai di negara tercinta ini, keadilan dan tolah ansur harus berjalan seiring.

    ReplyDelete
  72. actually the leaders of this country make me sick. They only keen on their self interest and their survival as well as ensuring they hang on to the power. UMNO is all about money, no longer the principals of fighting for Malays or justice. and it has been such since money politics came into UMNO during Dr.M time. Unfortunately the leaders he left behind are HP6 and whose fault is that?

    On the other hand justice and the authorities like police are not very credible in the eyes of the people. we are looking at Altantuya case to see if there is justice in this country and if Msian police will investigate without fear or favour and hope the prosecution does as well. But thus far the prosecution and police seem to be very selective.

    in the hands of hP6 and self interest, the economic will be go down and they do not care cos they are secure and if in danger of loosing power, they will call in the army it sems. Then we will become like Myanmar...trully Malaysia Boleh!!!

    ReplyDelete
  73. Datuk,
    Saya tertarik dgn ulasan datuk Sharifuddin mengenai mengapa perlu disalahkan Pak Lah sahaja sedangkan belaiau baru 4 tahun memerintah.
    Bagi saya pendapat untuk tidak menyalahkan Pak Lah semata2 kerana beliau hanya mewarisi kepimpinan dari yg terdahulu adalah suatu pendapat yg sukar untuk diterima.
    Sememangnya Pak Lah patut dipersalahkan. Mengapa perlu diungkit kepada kisah2 tahun 1980an dan 90 an sehingga terjadinya jenama UMNO bukan lagi menjadi pilihan rakyat? Sedarkah Pak Lah mendapat mandat yang besar pada 2004 dan beliau dapat memerintah dengan selesa apabila pembangkang kalah teruk ketuka itu. Di mana hilangnya mandat besar tersebut dalam sekelip mata?Perlukah dipersalahkan kepimpinan terdahulu?
    Lihat saya kedudukan ekonomi Malaysia pada hari ini yang seolah2 akan mati suatu hari nanti.Bandingkan dengan kedudukan ekonomi pada era sebelum beliau.
    Kadang2 saya pelik, mengapa keruntuhan hari ini perlu dikaitkan dengan keadaan silam sedangkan 2004 bukti kepada rakyat menerima beliau untuk terus menguruskan keadaan negara kita?

    ReplyDelete
  74. komen tambahan :
    UMNO LEMAH BUKAN KERANA NAMANYA. UMNO TETAP UMNO YG DLU.APA YG MELEMAHKAN UMNO ADALAH ORG YANG MENGGANGGOTAINYA. AHLI2 LEMAH ADALAH DISEBABKAN GAYA KEPIMPINAN TERTINGGINYA.
    TUKAR PEMIMPINNYA.ITU CARA TERBAIK.SIKAP LEMAH ITU BUKAN SATU YANG DIWARISI DARI KEPIMPINAN DULU. KALAU PUN DIKATAKAN KEPIMPINAN DAHULU YG MELEMAHKANNYA,MENGAPA PERLU DIWARISI SIKAP LEMAH ITU. BUAT PERUBAHAN.

    ReplyDelete
  75. 1. Sdr Sumpittsauber, anda boleh buat salinan foto rencana dalam blog ini asalkan tujuannya baik.

    2. Semua ulasan yang disiarkan ada nama. Sama ada di awal komen atau pada penghujungnya walaupun di awalnya tercatat anonymous.

    3. Ada pembahas yang menjadi agak emosional dan mencarut. Tak payahlah marah hingga mencarut dan maki hamun.

    4. Tolong singkatkan komen kalau boleh. Kalau Sdr/Sdri membaca atau menulis satu, dua ulasan panjang, saya terpaksa membaca semua ulasan, tak kira pendek atau panjang. MOHON SIMPATI.

    5. Commenting on Khairy Jamaluddin, Sdr Cak Kun Cak, among other things, said: "There you go. I know you wanted to test the response on that."

    Yes and no. KJ can still become fiture leader. He's clever and shrewd, and the Malays "cepat lupa."

    Soon they will forget. Remember Anwar Ibrahim was once detested by Umno. But in lest than 16 years (1982-1998) he almost became the PM.

    I am being realistic. KJ is a politician. He'll change his tune to survive. So I am not writing him off. He may yet survive the current turmoil.

    Thank you.

    ReplyDelete
  76. Dato Sarifuddin Duta,

    Kenapa tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Dolah keatas parahnya sistem ekonomi Malaysia? Kenapa apabila gagal,dia tidak boleh memikul tanggjwb, tetapi disebaliknya jika berjaya, maka dialah yg bertanggungjwab, konon2nya bijak dan cemerlang.Apa standard yg Dato guna pakai?

    Sekadar satu perbandingan, kapten sesebuah kapal adalah satu2nya manusia yg akan memikul tanggungjawab keatas semua kesalahan anak2 kapal tersebut.
    Kerana itu dipraktikkan, kapten kapal akan menjadi org pertama yg menaiki kapal, dan org terakhir yg akan turun.

    ReplyDelete
  77. Salam Dato AKJ,
    Walaupun apa data atau fakta angka yang di keluarkan BNM mengenai ekonomi Malaysia, orang kampung macam saya dah tak peduli lagi.
    Pada orang kampong macam saya, kami mahu harga petrol turun, barang turun dan hidup selesa.
    Walaupun harga komoditi seperti harga buah kelapa sawit naik, ia masih menyusahkan disebabkan baja naik, racun pun naik dan akhirnya jadi 1-1=0, tiada kenikmatan akibat harga buah kelapasawit naik, masih di takuk lama.
    Perkara sebegini tak berlaku sewaktu TDM memerintah, inilah di katakan oleh ulama', negara akan hancur bila yang memerintah bukan ahli dalam bidangnya.
    Hidup makin terhimpit dan ia akan mencambahkan kebencian kepada pemerintah.

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  78. Salam Dato' dan sahabat-sahabat semua,

    Minggu ini, rakyat sudah kembali melihat keadaan di sekeliling yang benar dan konkrit. Sememangnya peranan bloggers sekelian IALAH agar membawa masyarakat ke arah
    tersebut. Jangan lama tenggelam dengan sentimen kepuakan di dalam parti politik dan orang-orang politik sehingga ISU POKOK MASALAH NEGARA KITA TERABAI DAN TIDAK DIPERHATIKAN.

    Jika halatuju inflasi kita menghampiri angka 6-7 peratus, dianggap tertinggi, maka tidak hairan akan disusuli dengan penutupan gudang-gudang, firma-firma perniagaan, kilang-kilang industri,penarikan modal-modal asing dari negara kita. Kita imbau kembali kemerosotan ekonomi 1997-98, SEMUA PERKARA-PERKARA INI BERLAKU. Kalau dulu,rakyat dan pimpinan sibuk dengan George Soros punya angkara. Sekarang situasi hampir sama, SIAPAKAH PULA AKAN JADI KAMBING HITAM PIMPINAN yang menghancurkan ekonomi negara kita? adakah rakyat yang selalu berdemonstrasi? ATAU KEKECOHAN DALAM KEPIMPINAN SERTA KOMPONEN SERTA JAMINAN PERUNDANGAN LONGGAR DAN JUGA KAWALAN DAGANGAN PULA DIJADIKAN ALASAN kadar inflasi kita menokok dari masa ke semasa? Carilah jutaan alasan, rakyat bawahan tetap menderita dan golongan menengah juga sesak menghela nafas dan mendapat talihayat dari simpanan dan penstrukturan aset dan hutang, malah ada juga yang berniaga pasar malam dan bertani di dalam kepelbagaian dimensi untuk SURVIVAL...semalam saya tak sanggup melihat TANGISAN ibu-ibu tunggal di TV3 yang kehilangan kerja kesan penutupan kilang tanpa sebarang pembelaan di Penang. WAHAI.. Pak Lah, apakah keadaan bengini belum GAWAT LAGI KE?.

    Siapakah yang Pak Lah nak jaga, Tokeh2 konglomeratkah atau rakyat brahak tanpa pembelaan ini. Kami hamba rakyat boleh jaga diri kami dan keluarga sahaja setakat kekuatan yang ada...selebihnya yang ada kuasa TURUN PADANG MELIHAT KESUSAHAN RAKYAT JELATA DI KOTA DAN DI DESA. JANGAN BERBICARA MEGAH DIBILIK KACA, AYUH TURUN BERSAMA RASAI DERITA KAMI HAMBA RAKYAT APA YANG KAMI RASAAA...

    Kepada tokoh-tokoh wira bangsa, datanglah dan berfikirlah bagaimanakah mengatasi kemelut ekonomi, politik, sosial dan gugatan pembangunan negara kita.

    Mohon diri dulu Dato'.

    Wasaalaam

    Arau

    PERLIS DARUS SUNNAH

    ReplyDelete
  79. Salam sdr,
    Saya merasa sukar untuk memahami kenapa kerajaan dan pakar-pakar ekonomi negara boleh mengabaikan prinsip asas ekonomi makro di dalam membuat keputusan drastik di dalam soal harga minyak, subsidi makanan dan subsidi minyak.

    Rasanya inflasi negara kita tidak berhenti sekadar tahap ini saja

    arimi

    http://arimi.ath.cx/content/view/39/9/

    ReplyDelete
  80. salam Dato'
    Dan apa salahnya Umno membawa kembali kuasa pemikiran dan pengalaman veteran seperti Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Daim Zainuddin dan ratusan ahli Mubarak?

    Pendapat Dato saya setuju 100 % ,jangan fikir sendiri saja pandai.
    Guna pakai Idea orang bijak sikit.

    Selama ini guna Idea orang yg tak bijak.Sebab tu jadi macam hari ini.

    ReplyDelete
  81. Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

    REVOLUSI!REVO!REVO!REVO!REVO! Sekarang bukan REFORMASI,sekarang sudah sampai masa utk rakyat bangkit! REVOLUSI gulingkn kerajaan yg karut ni!

    Kita tak perlu berperang angkat senjata tetapi
    kita gunakn kuasa kita sebagai rakyat melalui cara demokrasi.. Kita ikut ulamak dan juga umarak yg mahukn ulamak menjadi penasihat dalam sistem pentadbiran negara..

    Pada fikir saya,ini lebih mewujudkn sebuah kerajaan yg bersih serta telus.Kalau Mahathir pernah buat UMNO BARU,kita rakyat berkuasa membina MALAYSIA BARU.. Negara yg aman,harmoni dan kaya..selain adil kepada rakyat dan keadilan utk semua..

    Saya cuma menterjemahkn idea saya dlm bentuk penulisan saja. Apa pun,hanya Allah tempat berdoa dan berserah..agar perancanganNya Maha Hebat dari perancangan manusia-manusia yang lupa padaNya..Amin...

    Wallahu'alam,

    pedangsabil

    ReplyDelete
  82. assalammualaikum... Dh 2 hari tunggu posting saya? Tak da pun? TQ


    pedangsabil@gmail.com

    Australia

    ReplyDelete
  83. Assalamualaikum dato',

    Kegawatan ekonomi kita tak mungkin dapat di bendung selagi kemelut dalaman tidak di pulihkan sepenuhnya. Demokrasi senantisa dilaung2kan dimana2 tetapi hakikatnya nampak macam kuku besi. Kepolisian dan kehakiman masih tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya oleh majoriti rakyat.

    halim michaelian 69

    ReplyDelete