Blogger, Polis Dan Undang-Undang
A Kadir Jasin
[TOLONG JANGAN BUANG MASA ANDA. ULASAN ANONYMOUS TIDAK AKAN DISIARKAN. SILA BACA BETUL-BETUL PERINGATAN BERIKUT. Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SAYA faham dan sokong tindakan Saudara Abu Bakar Mohd Rashid aka Bakaq aka blogger Penarik Beca memohon maaf kepada pasukan polis dan menyesali kesilapannya.
Dalam SMSnya kepada rakan-rakan blogger semalam, Abu Bakar, 50 tahun, berkata:
"I would like to say that I regret putting the crest there. It was wrong, a stupid mistake. I would like to tender my sincere apology to the whole police force.
"I defended and still defend what I wrote but since the first moment they hauled me in, I've said without any reservation that I regretted having copied-and-pasted the image."
(Saya ingin menyatakan yang saya kesal meletakkan lambang di situ. Ia adalah kesilapan, satu kesilapan yang bodoh. Saya ingin memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua anggota pasukan polis.
“Saya telah mempertahankan dan masih mempertahankan apa yang saya tulis daripada saat saya ditangkap. Saya telah menyatakan tanpa sebarang keraguan yang saya kesal (perbuatan saya) menyalin dan menampalkan imej itu.”)
Menurut Saudara Rockybru, Abu Bakar dibebaskan jam 5.30 petang semalam setelah ditahan selama kira-kira 40 jam di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
Abu Bakar berkata dia sedang disiasat di bawah Seksyen 4 (1), Akta Hasutan, bersabit penyiaran lambang Polis di-Raja Malaysia dalam posting bertajuk “Kenapa Tak Saman Raja Petra?”
Saya berpandangan dan pendirian saya adalah seperti berikut:
1. Blogger, seperti sesiapa sahaja yang menulis dan mencetak, adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara;
2. Adalah menjadi kesalahan dan tidak bijak mempersendakan lambang dan lembaga rasmi seperti bendera negara, bendera negeri, panji-panji pasukan tentera dan polis, lambang Raja-Raja, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri;
3. Kita boleh tidak setuju dan mengkritik mana-mana cabang pemerintahan, tetapi kritikan kita itu biarlah berlapik dan tidak melanggar undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan;
4. Kita boleh tidak bersetuju dengan Kerajaan, dengan Barisan Nasional, dengan Umno, dengan Pakatan Rakyat, dengan Perdana Menteri dan dengan sesiapa sahaja yang berkuasa, tetapi kita tidak boleh menghina atau merosakkan simbol-simbol dan lambang-lambang rasmi negara;
5. Kalau kita marahkan BN atau Abdullah Ahmad Badawi, kita terbalikkanlah mereka melalui proses demokrasi dan atas landasan undang-undang seperti yang dilakukan oleh veteran Umno Mazlan Harun yang membuat laporan Badan Pencegah Rasuah menuduh Abdullah dan timbalannya, Mohd Najib Abdul Razak, menyalahgunakan kuasa dalam pemilihan Umno;
6. Kalau itu tidak memadai, pada pilihan raya umum akan datang kita terbalikkan mereka;
7. Kenapa hendak diterbalikkan bendera kebangsaan atau memboikot perayaan ulang tahun kemerdekaan negara kerana kita marahkan kerajaan atau tidak puas hati dengan apa yang sedang berlaku sekarang?
8. Kalau para blogger mahu diyakini dan dihormati, mereka kenalah bertanggungjawab dan mematuhi undang-undang dan peraturan walaupun mereka tidak bersetuju dengannya;
9. Berkempenlah dengan sekuat-kuat hati agar undang-undang dan peraturan yang tidak disenangi itu dipinda atau dimansuhkan;
10. Mengenai tuduhan terhadap pengamal media massa arus perdana pula, sebagai bekas pekerja media massa arus perdana, saya dengan segala rendah diri dan kesedaran, ingin menyatakan bahawa bukan semua petugas media massa arus perdana tidak baik, berdusta atau menyokong pemerintah membuta-tuli;
11. Kita kenalah mengakui hakikat bahawa mereka makan gaji. Akhbar, agensi berita dan stesen radio serta televisyen yang mereka kendalikan itu bukan milik mereka tetapi milik kerajaan, milik Umno, milik MCA, milik MIC dan pelbagai parti politik lagi yang ada agenda masing-masing;
12. Kita yang jadi blogger ini pun buka semuanya bebas. Ada juga yang makan gaji mengendalikan blog orang, pihak atau parti tertentu;
13. Hanya blogger bebas (independent bloggers) yang bebas menyatakan pandangan peribadi kerana kita tidak diupah oleh sesiapa malah kita menggunakan masa, kelengkapan dan wang ringgit sendiri untuk menyelenggarakan blog kita;
14. Kalau kita terima iklan misalnya, kita tidak lagi bebas kerana kita terhutang budi kepada pengiklan kita dan tidak menulis sesuka hati mengenai mereka. (Oleh sebab itulah blog ini menolak tawaran daripada pengiklan dan ejen pengiklanan.);
15. Mengenai lambang PDRM, saya rasa ia sangat mulia kerana ada padanya nama Allah dan Muhammad (SAW). Justeru itu, kalau setiap anggota PDRM menghayati lambang pasukan mereka, saya yakin PDRM akan menjadi pasukan penguat kuasa yang cekap, bersih dan amanah, diredai serta dilindungi oleh Allah Taala;
16. Kerana itu, tidak eloklah bagi sesiapapun mempersendakan nama-nama suci agama Islam pada lambang PRDM itu; dan
17. Mengenai anjing pula, saya sentiasa menganggapnya sebagai haiwan yang “mulia” kerana jasa baktinya. Dalam PDRM pun ada beratus-ratus anggota polis berkaki empat yang mengorbankan nyawa (dan bebas rasuah) demi menjaga keselamatan anggota berkaki dua PDRM dan kita semua.
Kesimpulannya, eloklah para blogger berhati-hati, rasional dan menggunakan kebebasan dengan bijaksana dan membina. Para pengulas dan pendebat blog pula hendaklah bertimbang rasa dan berhati-hati agar komen-komen mereka tidak menimbulkan masalah kepada pemilih blog.
tok// Bonda saya yang berumur 70 tahun turut komen kepada saya.. "mengapalah angota polis terlibat dalam Kes Bunuh Warga Mongolia".. Dulu PDRM ni di sunjung dan tempat masyarakat mengandu nasib.. tapi sekarang agak terhakis kewibawaan Nya.
ReplyDeleteRakyat sudah tidak lagi segan dan silu dengan PDRM..
Moga Tan Sri KPN mengambil iktibar.
salam dari bonda saya di kampung untuk Tok sekeluarga.
Dato,
ReplyDeleteSaya setuju dengan apa yang Dato sebutkan. Kita boleh kritikal terhadap dasar atau keputusan kerajaan, namun biarlah ia dilakukan secara berhemah. Peliharalah adab-adab dan akhlak yang menjadi tunjang bangsa kita. Kepada Sdr Bakaq, tahniah atas keberanian saudara memohon maaf.
http://www.nobisha.blogspot.com
"Mengenai lambang PDRM, saya rasa ia sangat mulia kerana ada padanya nama Allah dan Muhammad (SAW). Justeru itu, kalau setiap anggota PDRM menghayati lambang pasukan mereka, saya yakin PDRM akan menjadi pasukan penguat kuasa yang cekap, bersih dan amanah, diredai serta dilindungi oleh Allah Taala".
ReplyDeleteSaya bersetuju sangat Datuk:
Jika Penghayatan bahawa Allah nampak apa yang kita lakukan, diamalkan oleh semua superior dalam organisasi kerajaan, saya percaya, semua organisasi tersebut akan menjalankan tugasnya, sebagai ibadah.Malah jika terkorban dalam melaksanakan tugas, dengan niat kerana Allah, akan mendapat ganjaran yang besar disisi masyarakat dan Tuhan.
Seorang yang anggota faham simbol yang dipakainya, akan merasa malu dan hina jika melaku atau terniat untuk melakukan apasaja tindakan yang bertentangan dengan Suruhan Allah dan Sunnah Muhammad(s.a.w).
2. Kita patut bersyukor kerana didalam kekuatan bangsa kita dulu,Lambang PDRM yang menyatakan "Allah" dan "Muhammad" dapat dianggkat sebagai simbol PDRM tanpa banyak karenah dan persoalan.Tetapi, saya yakin jikalah suatu masa dulu, kerajaan dan politik orang melayu lemah seperti sekarang, crest PDRM itu belum tentu mempunyai lambang Allah dan Muhammad.
Terimakasih kepada pengurusan PDRM yang dulu-dulu.
-makangaji.
Assalamualaikum Dato',
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan Dato' berkaitan sikap dan etika para bloggers dalam menyiarkan artikel mereka. Boleh saja mengkritik sesiapa sahaja, tetapi biarlah sopan dan beradap, apatah lagi jika kita seorang Muslim. Keimanan yang dimiliki seharusnya dapat mengawal emosi daripada membiarkan syaitan menguasai jiwa.
Apapun syukur lah saudara Penarik Beca sudah pun dibebaskan.
Datuk,
ReplyDeleteProses pembelajaran adalah satu proses yang berterusan.Tidak ada satu manusia boleh lari dari proses itu. Samaada suka atau tidak suka, samada sedar atau tidak sedar, kita mesti melalui dan menerima proses itu.
Membaca posting Datuk inipun adalah merupakan proses tersebut. Samada saya suka atau tidak posting Datuk ini, tetapi yang pasti, saya mengalami satu proses pembelajaran apabila saya baca posting ini.
Bakaq bukanlah penulis yang tidak tahu peraturan. Selain dari keakrabannya dengan akhbar Harakah, para wartawan dan penulis, beliau juga semasa mudanya adalah bekas kakitangan KDN bahagian penapisan buku.
Jadi penahanannya selama 2 hari itu adalah satu lagi proses pembelajaran yang diterimanya mengenai bidang kewartawanan.
Soal sesuatu perbuatan itu salah atau tidak, ianya bergantung kepada tafsiran peraturan dan undang-undang sesebuah negara itu.
Bakaq, sebagai seorang insan yang jiwanya memberontak melihat ketidakadilan sistem yang berlaku pada hari ini, telah meluahkan ketidakpuasan jiwanya itu dengan menggantikan kepala harimau dengan kepala anjing pada lambang pasukan polis.
Walaupun harimau dan anjing adalah haiwan, tetapi membawa makna yang berbeda. Orang tidak marah kalau disamakan seperti harimau tetapi adalah satu penghinaan besar bagi orang Melayu kalau dipanggil anjing.
Jadi Bakaq harus menerima penahannya selama 2 hari ini sebagai satu lagi proses pembelajaran bagi mengentalkan lagi jiwanya sebagai pejuang keadilan dan kebebasan sejagat.
Salam Datuk,
ReplyDelete1. Itu sebab tema blog saya ialah Perjalanan...?
2. Hidup ini suatu perjalanan. Perkara yang baik kita ambil. Perkara yang tak baik kita tinggalkan.
3. Buang yang keruh ambil yang jernih. Semoga hidup kita aman dan sejahtera didunia dan diakhirat.
i agree on both his statement although MSM only said that he apologized. DPRM seemed to degenerate Malaysia to a police state at its whim and fancy.
ReplyDeleteQ13. Free speech is a right of all Malaysians. (True or False)
ReplyDeleteKebebasan bersuara adalah hak semua rakyat Malaysia. (Betul atau Salah)
Q46. Malaysians hate Pigs and Dogs. Cows are sacred. (True or False)
Rakyat Malaysia benci Babi dan Anjing. Lembu adalah suci. (Betul atau Salah)
Answers at http://patek1472.wordpress.com
Jawapan di http://patek1472.wordpress.com
Dato
ReplyDeleteSaya sangat setuju dengan pendapat Dato. Sejak kebelakangan ini. Saya semakin hilang rasa hormat terhadap blogger yg sayang anggap 'pro' sebelum ini. Lebih-lebih lagi selepas cerita menterbalikkan bendera. Kita boleh ada pelbagai pendapat politik. Tapi kalau sampai begitu. Saya rasa mereka sama saja macam blogger yg tak pro ini. Malah. Ada yg perangainya semakin lebih teruk berbanding blogger tak pro.
Saya tak kiralah kalau mereka ada pendapat politik yg sama dengan saya pun, kalau dah perangainya semakin teruk. Tetap saya BAN.
Salam Hormat Dato,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan artikel Dato, dan ada juga nasihat berguna untuk pengamal media bebas ini.
Namun bagi diri saya dan jiwa yang memberontak yang mahukan keadilan dalam semua institusi kerajaan, saya berpandangan bahawa blogger Penarik Beca hanya meluahkan rasa kecewa beliau mengenai senario badan-badan tertentu seperti yang dimaksudkan.
Itu hanyalah interpretasi jiwa beliau, dan saya akui juga cuma caranya mungkin salah atau silap.
Anwar Ibrahim pun turut terlibat kes itu sebab itu dia hangat ati kat Najib yang dulu sokong dia masa anwar dalam pemuda UMNO...
ReplyDeleteAnwar Ibrahim punya kepakaran luaq macam cerita holloywod kerana kedudukan dan kewangan Anwar lebih banyak daripada bilionair di Malaysia dengan sekali petik jari saja,kalau tidak Jabatan Negara Amerika tak call kedutaan kita.
Anwar Ibrahim ini seperti kes di Lubanan (Rafiq)cuma kawan ini mati kena boom...kalut negara barat suruh PBB siasat tetapi kalau dia bunuh rakyat tak berdosa di Iraq dan negara lain tidak pulak suruh PBB siasat..
Kalau awak berani try pi tanya Anwar sanggupkah dia umunkan kewangannya dan tunjukkan no akuan di seluruh dunia.
Blogger Penarek Beca telah melukai hati semua PDRM baik yang hidup atau yang mati,itu tidak termasuk ahli keluarga mereka.
ReplyDeleteMereka yang tidak bersalah pon mendapat kudis atau kebiadapan Panerek Beca(kerana seluruh dunia telah melihatnya).
Jika dikemudian hari dia mendapat musibah seperti kemalangan ke kecurian ke atau anak bini dia kena rape ke siapa yang dia cari?
Datuk, rakan-rakan.
ReplyDeleteBeberapa institusi negara kita, sangat bertuah mempunyai endorcement "diraja". Polis dan Kastam contohnya. Ada beberapa perkara dan isu menarik di sebalik kerajaan dan "diraja".
Kerajaan pimpinan Abdullah kini bergerak melalui satu fasa yang membimbangkan. Kerajaan dilihat tidak kuat.
Manakala "diraja" pula mempamirkan sesuatu yang memberangsangkan. Rakyat rasa lega bila ucapan dari Raja Nazrin dan Tuanku Jaafar baru-baru ini memberi nafas baru dalam kemelut politik dan isu-isu utama negara.
Beberapa keputusan dari Istana Johor, Istana Terengganu dan Perak berjaya membetulkan haluan demokrasi dan keselamatan negara.
Kita rakyat Malaysia wajar menghormati istitusi diraja.
Terima kasih
Dato'
ReplyDeleteanjing pun masuk syurga (ashabul kahfi), memberi minum anjing dahaga dapat masuk syurga (hadis). tapi jangan jadi seperti anjing dahaga terjelir kenyang pun terjelir (al quran)
Saudara RubberTapper,
ReplyDeleteDi dalam kitab suci al Quran Anjing disebut didalam beberapa surah.
1. Surah al Maida, ayat 5(Ma'ida)5/5 ;
2. Surah al-A'raf, ayat 176(A'raf)7/176 ;
4. Surah al Kahfi, ayat 18 (Kahf)18/18, 22 : .. Commandments, Eating and Drinking; Game caught by trained hunting animals or birds (jawarih) :....
Amsal ; .........Dog lolling out its tongue(kalb)/A,
As-hib-al-kahf;(kalbuhum 18/18, 22).
Ini membuktikan betapa Anjing mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kehidupan umat manusia.
-makangaji
Anjing kenyang pun terjelir. Aduh ,bisa betul perumpamaan itu. siapa makan cili dia terasa pedasnya.
ReplyDeleteDatuk, hati saya amat terguris bila blogger mempersendakan logo sesuatu organisasi. Sebagai bekas anggota beruniform logo itu lambang maruah, jika ada saorang seperti blogger berkenaan dia tidak menghormati pengorbanan anggota PDRM yang dahulu dan masa kini. Saya berkeyakinan penuh PDRM dapat melaksanakan tanggongjawab mereka dengan baik walaupun tercabar dari orang-orang yang tidak menghayati pengorbanan mereka. Kita harus menghormati yang betul.
ReplyDeleteX-ramd
Fungsi polis tetap sama, iaitu menjaga keamanan negara. Ramai anggota polis yang mulia, jujur menjalankan tugas. Sedikit kes membabitkan PDRM tidak boleh dijadikan hukuman bahawa badan itu tidak releven lagi. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. PDRM perlu lebih berhati-hati, mengenalpasti nila ini supaya tidak mendekati susu. Kepada rakyat Malaysia, usahlah marahkan nyamuk habis kelambu dibakar.
ReplyDeleteSalam Datuk,
ReplyDeletePandangan yang bernas dan sepatutnya menjadi panduan kepada semua para blogger.
Memang kadangkala kita mahu menyuarakan rasa tidak puashati, marah dan sebagainya. Namun kita tertakluk kepada peraturan dan undang-undang di mana kita berada. Umpama di mana langit di pijak di situ langit dijunjung.
Kenapa kerana marahkan individu tertentu kita perlu terbalikkan bendera? Kenapa perlu kita ubah logo polis kerana kita beranggapan polis melakukan kesalahan? Apa kata nanti sekiranya ada orang yang melukis gambar kita dengan meletakkan hidung di telinga dan telinga di hidung kerana orang tu tak suka dengan kita?
Bagi saya, malaysia adalah sebuah negara bebas. Kerana bebas jugalah saya boleh bersetuju dan tidak bersetuju dengan semua pihak. Kerajaan, pembangkang, polis dan sebagainya. Namun kebebasan itu perlu berlandaskan kepada batasan perundangan dan kebudayaan negara kita.
http://c-bok.blogspot.com
Dato' dan Sdr/i,
ReplyDeleteSambil berurusan dgn seorang Yahudi di sini, saya berbincang mengenai agama dan akhirnya sampai dipenghujung siapa yg lebih 'superior' antara Kristian, Islam atau Yahudi. Sambil bergurau, beliau bercerita tentang kebijakkan seorang Rabbi Yahudi di hadapan seorang Iman dan seorang pendita Nasrani mengenai syiling yg disedekahkan oleh ramai di sebuah rumah ibadat, yg mungkin terletak di Jerussalam. Selepas itu, kami bercakap mengenai keganasan dan akhirnya kami bersetuju, ada Muslim yg baik dan ada yg jahat/ganas dan ada Yahudi yg baik dan ada yg jahat/ganas. Begitu juga org Kristian. Tetapi biasanya yg jahat/ganas ini adalah minoriti dan tindakan2 mereka bukanlah mencerminkan agama yg mereka anuti.
Saya rasa, begitu juga dgn pasukan keselamatan kita - polis, tentera & dll. Drp beribu itu, mereka yg betul2 mengambil rasuah, yg melindungi penjenayah/gangster, yg menyiksa org yg ditahan di lokap dan sebagainya adalah sedikit. Malangnya mereka yg sedikit inilah yg mencemarkan imej pasukan keselamatan kita keseluruhannya. Dan bagaimana kita hendak hormat bila ada bekas ketua polis negara menjadi pengarah syarikat perjudian selepas bersara? Seperti juga badan kehakiman, pasukan keselamatan juga perlu bersih dan nampak bersih. Jangan salahkan rakyat bila persepsi kita mengarah kepada yg buruk dan tidak baik.
Kalau dahulu, bila nampak polis kita akan terus berhati-hati dan bila mahu mengajar anak, kita selalu berkata "hah, tengok ada polis tu", sekarang polis kita diejek oleh kita dan mungkin juga anak2 kita - tak ada rasa hormat atau "takut" lagi dah. Saya sendiri ada pengalaman diminta rasuah oleh polis trafik - saya menolak dan disaman. Dan jangan silap, ada beberapa ahli keluarga saya juga anggota polis dan tentera.
Sebenarnya saya sedih dgn keadaan polis kita. Lihat saja balai polis tempat mereka bertugas - kebanyakannya buruk dan hampir runtuh. Tak payah jauh, lihat balai polis Campbell atau Jln Bandar. Itu keadaan di tengah2 Kuala Lumpur. Dan bila kita dengar berita tentang rasuah dan salahguna kuasa oleh pegawai2 tertinggi polis, barulah kita perasan, kebajikan mereka yg di bawah ini kebanyakannya tidak diperdulikan. Kalau begitu teladan yg ditunjukkan oleh ketua, bagaimana kita mahu mengharap servis yg baik drp yg berpangkat bawahan? Dan ini sebenarnya kompromi terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Contohnya, bagaimana negara boleh terkenal menjadi hub dan transit kepada jaringan narkotik antarabangsa? Dadah yg hilang di dalam kawalan polis JB? Bagaimana rakyat perlu mendapatkan visa untuk masuk ke UK sekarang? Dan bagaimana mereka2 yg dahulunya memegang kad pengenalan merah mendapat lebih keistimewaan (siap boleh buat banglo lagi) drp warganegara yg hidup dan matinya di M'sia? Dan banyak lagi persoalan lain.
Bagaimana kita tidak kecewa? Dan bila kita menbandingkan dgn negara lain, jangan pula kita dikatakan tidak patriotik dan tidak sayangkan negara!
Alhirnya, saya setuju dgn saranan Dr Asri, mufti Perlis - hentikan perbuatan mendewakan berhala pada Hari Pahlawan. Semua kekejian terhadap pasukan keselamatan mungkin bermula dgn tindakan haram dan berdosa seperti itu, apalagi di buat oleh pemimpin negara yg beragama Islam - tidak berfaedah lagi fasik!!! Pasukan keselamatan kita perlu bebas dan bersih drp anasir2 fasik dan tindakan2 keji begini. Janganlah tugas mulia menjaga keselamatan yg menjadi ibadat dicampur-adukkan dgn perkara2 fasik dan dosa besar, yg akhirnya merosakkan imej dan rasa hormat terhadap pasukan keselamatan sendiri.
Anakbuah
Terima kasih Dato,
ReplyDeleteSaya menyarankan supaya Dato' dilantik sebagai presiden blogger di Malaysia supaya hak dan fungsi mereka dapat di pertahankan pada masa yang sama dan membentuk serta membina para blogger supaya lebih bertanggungjawab sosial tetapi buka menulis ikut hati marah yang tiada nilainya.
Saya amat marah dengan perbuatan penarikbeca sebenarnya sebab suatu lambang yang saya pakai setiap hari dihina dan diubah, seolah-olah lambang PDRM ini tiada peranan dalam mengekalkan keselamatan dan keharmonian rakyat malaysia. Kalau dulu PDRM dipandang mulia sebab rakyat takut dibunuh komunis, kini bila ada peluang menghentam sebab PDRM berjaya hilangkan ancaman ini. Rakyat langsung tidak ingat pengerobanan PDRM dalam setiap aspek kehidupan rakyat malaysia. Saya difahamkan isteri penarikbeca juaga anak polis, mengapa dia sanggup menghasut supaya rakyat benci polis. Kalau begitu dia juga benci isteri diakah. Saya harap para blogger tujukkkan pemikiran yang matang dan bijak. Penarikbeca sebenarnya ditahan oleh polis Jenayah Komersil di Bukit Aman bukan kuala lumpur.
Salam Dato',
ReplyDeleteTahniah Bakaq. Satu lagi bukti yang bloggers ada akauntabiliti.
Berbalik kepada logo PDRM. Diharap selepas ini lebih ramai yang boleh membezakan entiti pertubuhan dengan personaliti.
Pak Lah dan UMNO, dua identiti berbeza.
Begitu juga orang tabligh dengan orang PAS juga tak semestinya sama.
Begitu juga duit petronas dan duit kerajaan.
Itu yang berbeza. Yang sama pun sebenarnya ada. Contohnya hasil royalti oleh kerajaan dari jualan minyak yang digali di dalam wilayah Malaysia berbanding hasil pendapatan kerajaan.
Yang sama dan tak sama juga ada. Contohnya, insentif bagi harga gas kepada IPP dan subsidi harga minyak petrol/diesel kepada orang awam. Kedua-duanya ada beza dan ada persamaan.
Kesimpulannya, nak komen kena analisa. Nak analisa kena tahu fakta. Nak tahu fakta kena banyak baca.
Dan saya tidak maksudkan banyak membaca terhad kepada blog-blog sahaja!
Internet adalah sumber segala maklumat. Namun jika anda menggunakan internet maka anda bukanlah secara langsung jadi orang yang bermaklumat. Saya sarankan anda baca kedua-dua Utusan Online dan MalaysiaToday. Bandingkan kedua-duanya untuk dapat maklumat sebenar.
Nota : Harga suratkhabar lama ditawarkan oleh penjaja ditempat saya adalah RM4 sejengkal. Utusan Malaysia harga RM1.50 tapi nipis yang amat. The Star harga RM1.20 tapi 3/4 kali tebalnya. Itu belum masuk cerita isinya.....
UTON51 MEMBAWA MAKSUD:
ReplyDeleteUNTUK
TOLAK
ORANG
NAKAL
51 BERMAKSUD PADA MASA KITA MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-51
Asalamualaikum YBhg Dato,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan Dato, iaitu Bendera, Panji-panji dan lambang kerajaan tidak boleh di rosakkan dan sentiasa perlu dijaga.Kerana semua itu milik kita bukan milik parti pemerintah atau PM punya. Pada PDRM saya amat sanjung tinggi pada jasa mereka. Mungkin ada anggota PDRM yang buat perkara yang salah begitu juga dengan masyarakat awam lain. Selalunya pemberita gemar membesarkan berita buruk sekiranya yang melakukan adalah PDRM atau tentera, saya pun hairan. Malah kalau dah berhenti pun masih disebut BEKAS POLIS atau BEKAS TENTERA melakukan perkara jenayah. Mereka mereka ini lah berjaga siang dan malam agar Malaysia selamat dari ancaman , gaji yang naik tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan masa terbuang dengan kerja, nak bersama keluargapun tak puas hinggalah pencen...itupun dapatlah hidup kat kampung kalau di bandar dah pencenpun kena kerja lagi sebab tak cukup wang untuk anak-anak. Jadi saya amat mengharapkan masyarakat umum janganlah kena saman punya pasal marah polis tak habis-habis....Pada wartawan juga ada juga makan rasuah tapi dengan cara yang berhemah contohnya disponsorkan makan besar dihotel 5 bintang , golf pula percuma bagitau saja nak berapa flight, nak glamour lagi kita bagi malam media termasuk package keluar negara, janji tulis yang baik-baik punya laporan untuk seseorang atau syarikat tersebut.....tapi mereka ini jarang tertangkap oleh BPR mungkin BPR belum dapat idea lagi macam mana hendak dipersalahkan jenayah moral dan etika ini. Sorry Dato' hanya nak bagitau sini semua orang sama aje....tak kira PDRM, Wartawan, penguatkuasa dan lain-lain hanya mereka yang ada penderian yang jati sahaja yang mulia.
Helang 79
Dato',
ReplyDeleteKata Tun M, kalau Anwar jd PM dia nak keluar negara (rujuk Utusan Msia)... biarlah Tun M keluar ke luarga..mcm mana dia fikir dia nak keluar UMNO.. Tak siapa pun nak simpati kat orang tua... Tak pun HULUBANLANG Umno yang tahan Tun ketika buat statement keluar parti...
Tetapi masa Tun cakap dia nak berhenti jd PM..Rafidah..Hishamudin beria-ia menangis sueuh Tun tarik kenyataan masa kat PWTC dulu... `NI SEMUA KAKI JILAT' - ampu.. tak leh pakai...
Berbalik dia kata nak tinggal di luar negara nampak sangt Tun tak sayangkan M'SIA tak patriotik - mcm tulah dia tak sayangkan Umno.
Pendek kata, `habis madu sepah dibuang'..dah banyak sedut madu dlm parti dia keluar pati..la ni dah puas sedut kekayaan dlm negara dia nak tinggalkan negara.
Mungkin orang tua CUAK agaknya kalau Anwar jd PM...sebab org pertama akan di bawa ke muka pengadilan oleh Parti KeADILAN adalah Tun..Semua hal Tun akan dilondehkan...
Barangkali dia fikir..takkan dia mahu jadi macam Eric Chia..dah tua badan tak larat sampai kena usung pakai kerusi roda naik turun mahkamah...Lebih best, kes itu dibawa ke mahkamah keadilan oleh Parti Keadilan demi mencari keadilan hehehehhe...kelakar la Tun ni... dah tua2 nak merajuk ke luar negara lak...
Kalau anwar jd PM sure semua rahsia tun akan terbongkar.. sekarang ni pun isu kes Lingam rakyat dah tahu sape mastermind penysunan sistem kehakiman...
Masa aku sekolah rendah...proton baru nak di perkenalkan dan lalu di jambatan Pulau Pinang..mungkin orang bernama Dr. Mahathir ketika itu hebat...Masa tu mungkin dia hebat..dan aku pun bangga gak ngan idea yg dia bawa org tua...tak dinafikan dia adalah insan yg kagum gak...Tapi tu semua dah berlalu akan jd silibus sejarah untuk anak cucu aku nanti.. Tapi sekarang aku sebagai rakyat dah bijak baca percaturan politik sebab sitem pendididkan yg di ajar semasa zaman Tun. Jadi tak boleh salah rakyat..sebab KAMU yang mengajar KAMI!!!!
Nah ambik ko sebijik!!!, tersungkurlah pengkhianat rakyatttt..
Bagi pengundi Permatang Pauh anda patut bertuah kerana berkesempatan untung membuat perhitungan untuk mencari pemimpin masa depan untuk lakukan pembaharuan dalam negara - MALAYSIA BARU!!
HARAPAN BARU MALAYSIA! terletak di tangan anda..
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!..........TAKBIR!!!!!!!!!
Kalau Takut dilambung ombak jgn berubah ditepi pantai!!!!
ReplyDeleteSemoga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kemenangan di Permatang Pauh
Takbir!!! Allahu Akbar!
Datuk,i am one of loyal fan of ur blog.i like to read ur views in ur blog n i even went to ur talk before at post analysis election at chinese assembly hall. 2 different perspectives thru the window is always good..it is always hard to disagree wif u coz ur opinion is os unbiased, rational, wise n high level of maturity..
ReplyDeleteTUAN
ReplyDeletebetapa sukarnya menjadi manusia 'sopan' dalam persekitaran yang 'biadap'.
Dato'
ReplyDeleteSetiap dari kita tidak sunyi daripada salah dan silap. Penarik beca mengakui akan tindakan bodohnya itu dan memohon maaf. Diharap perkara ini menjadi satu pelajaran dan pengajaran yang berguna kepada kita bahawa kita bukan sekadar pandai memberi komen dan kritikan tapi yang lebih penting mesti berani bertanggungjawab atas komen yang diberikan tersebut. Seperkara lagi tiada apa-apa yang salah dalam logo atau perlambangan tersebut, malah ianya dicipta sedemikian rupa bagi mencerminkan misi dan visi serta nilai-nilai murni yang didokongnya.
Bukan hanya PDRM yang akan dihisab di akhirat nanti. Semua umat akan dihisab. Tak semestinya ada nama ALLAH kat logo baru boleh buat baik. Ingat ALLAH ada di mana-mana dan memerhatikan apa yang kita baik. Banyak posting dan komen seolah-olah nak suruh PDRM bertaubat dan macam hanya PDRM saja yang akan ke neraka. Macam agency lain atau kita-kita ni ma'sum.
ReplyDeleteSorry Dato', off topic sikit, sekadar tazkirah untuk diri sendiri. Tetap berpegang teguh pada pepatah dalam setandan pisang bukan semua yang buruk.
Setuju.
ReplyDeleteTindakan marah nyamuk bakar kelambu tidak akan membawa apa-apa manfaat.
Hanya memuaskan firasat sendiri tanpa sebarang natijah.
Salam DKJ,
ReplyDeleteI'm not agree with your point..For the pass 51 years we complaint the government morally but still it didn't bring any good for both sides...What Bakaq done is that how Malaysians feel towards the Police nowadays..We no longer believe in them especially in cases involving those in power..
-Gombak-
1) Kalaupun marah pada tindakan yang dilakukan polis, jangan sampai menghina logo mereka dengan mengubah secara sopan.
ReplyDelete2) Kalupun marahkan pada pemimpin atau parti yang memimpin sekarang, jangan sampai nak terbalikkan bendera.
3) Kalaupun marahkan pada seseorang individu kerana sikapnya hendaklah dia mengktitik secara profesional.
Pendek kata jagalah adab ketika berblog...
http://pkrpasdap.blogspot.com
ReplyDeleteperkataan MAAF membawa sejuta maksud. Dalam Islam, memaaf sesama Umat manusia amat digalakkan. namun perbuatan memberi maaf tidak bererti sesiapa bebas untuk melakukan perkara yang tidak baik.
Hampir semua orang tidak suka kepada kerja dan tugas polis terutamanya semasa mereka 'menyeleweng' dari tugas sebenar.
namun begitu, dengan pendapatan yang tidak seberapa, tugas tidak tentu masa, tempat panas-hujan, tiada masa dengan keluarga dan mempertaruhkan nyawa...itulah sebenarnya kerjaya polis.
salam dato'
ReplyDeletesekadar pesanan buat bloggers (spt saya juga)
“Hendaklah tukang-tukang cerita waspada terhadap hal-hal bohong dan hikayat-hikayat yang menyajikan perbuatan salah, atau yang tujuan baiknya tidak dapat difahamkan oleh umum. Atau, cerita itu merupakan satu pertarungan antara yang baik dengan buruk, lalu yang buruk mendapat pembelaan yang berlebihan sebelum dikalahkan oleh yang baik. Tanpa disedari, hal ini memberanikan orang berbuat dosa."
(Imam al-Ghazali, Ihya’ Ulumuddin)
semoga tulisan2 dan pena2 kita, membawa kita menuju syurga...
Scribe,
ReplyDeleteSaya Mau Ke Hutton Lane
(kayoh slow-slow sikit, brader)
Wah glamorla!
Tuan Penarik Beca!!!!
itu boot mesti spit and polish daa..
penarik beca! penarik beca!
wah wah nampak seronok aje?
apa hal? osama terlalu kenjoi?
kejang kenjoi kejang kenjoi
syabas penarik beca
(dah bodoh pi mengaku pulak!)
syabas, syabas.
adakah patut ketua bahagian kata
perlu ada radical ultra malay?
jadi Umno tu apa?
Las vegas, las vegas
here i come, said dirty hairy
Sdr Indigo,
ReplyDelete"syabas penarik beca
(dah bodoh pi mengaku pulak!)
syabas, syabas"
# Elok la mcm tu - bila buat salah, ngaku dan mintak maaf. Tak sehina mcm org yg berlagak pandai tapi sebenarnya bengap - bodoh sombong!
# Apa2 pun, pengajaran. Institusi badan keselamatan kita kena hormat, w/pun pegawai2 atasan/bawahannya kotor. Org2 mcm tu yg kita patut buang - bukan institusinya.
Anakbuah
Saya memang bersutuju dgn pendapat Datuk..Kita bukannya menyokong sesuatu atau pun menentang sesuatu kerana nafsu yang jahat..Kita berteraskan agama ,ahklak,fikiran yang matang..
ReplyDeleteMaaf Datuk,
ReplyDeleteSaya mempunyai pendapat yang agak berlainan sikit berkenaan dengan lambang PDRM.
Lambang PDRM jika benar dihormati dan disanjungi oleh para pemakainya, mana mungkin sipemakainya melakukan apa yg bercanggah dengan perlambangan yang dimaksudkan di lambang tersebut.
Jika diandaikan lambang tersebut adalah satu azimat, maka sipemakai azimat tersebut tidak akan sekali kali melanggar pantang dan kemulian azimat tersebut.
Buatlah apa bentuk dan corak, tulislah kalimah satu juzuk sekalipun pada lambang tersebut, jika pemakainya tiada keyakinan terhadap perlambangan tersebut, jika pemakai lambang tersebut sememangnya punya jiwa yang kotor hasil dari sistem yang kotor, maka lambang tadi hanyalah sekadar lambang yang tidak ada erti apa apa.
Tetapi jika sememangnya pemakai lambang tersebut sedar dari mana dia datang, dan kemana akan kembalinya, walau pun lambang tersebut hanya sebatang lidi penyapu, nescaya tahulah dia memberi penghormatan yang sepatutnya kepada lambang tersebut.
Sekadar renungan:
ReplyDeleteAgak agak kalau penarik beca ubah logo PDRM dari harimau kepada singa atau gajah atau badak atau kancil...
dia kena tangkap tak?
*Persepsi membutatuli mengatasi penakkulan akal fikiran, ini sebenarnya yang berlaku.
1. sekarang orang Melayu tidak lagi lihat mana-mana parti sebagai pembela dan pejuang nasib orang Melayu.
ReplyDelete2. sekarang orang Melayu tidak lagi lihat mana-mana parti sebagai pejuang agama islam.
3. Tiada parti sebagai pembela dan pejuang nasib orang Melayu. Tiada lagi sebagai pejuang agama islam.
4. Cuma bijak berbalah sesama sendiri di tanah air sendiri. Bijak menyalahkan melayu sesama sendiri.
5. Melayu sekarang resah-gelisah dan tak tau arah akan haluan yang nak dituju.
6. Hak orang melayu semakin terhakis. Diberikan kepada orang lain, bila didesak.
7. Melayu semakin terdesak. Semakin hampir bumi dipijak, milik orang.
8. Agama islam semakin tercabar secara terbuka. Tanpa rasa takut, tanpa rasa simpati.
9. Jangan salahkan orang lain. Suara melayu semakin lesu kedengaran.
Bangi.
Dato,
ReplyDeleteSealiran dengan kemajuan berzaman, manusia perlu membuat pemyesuaian sejagat. Namun, bersesuaian dengan fitrah manusia, komuniti blog tidah harus lupa tentang adab dan kesopanan. Kita dituntut untuk berlaku adil tanpa mencalarkan maruah seseorang tidak kira samada kawan atau musuh. Mungkin segelintir manusia berbangga dengan keupayaan mereka menarik minat orangramai dengan komen mereka sehingga membelakangkan kesopanan dan kebenaran. Tetapi .. jangan lupa bahawa tindakan mereka akan diadili kelak dan siksaannya tidak mengenal pangkat dan kuasa.
Oleh itu, jagalah adab dan tingkahlaku kita kerana kalau kita dapat melihat keburukan orang maka semestinya kita sendiri tidak ada kurangnya. Pastikan komen yang diutarakan bersifat membina dan jauhi dari fitnah kerana sifat tersebut hanya ada pada orang yang munafik.
para bloggers boleh menyatakan rasa tak puas hati mereka tapi biarlah kita tahu di mana garisan yang kita patut langkan dalam menyuarakan pandangan serta rasa tak puas hati itu.
ReplyDeletebak kata Dato di akhir artikel ini,eloklah para blogger berhati-hati, rasional dan menggunakan kebebasan dengan bijaksana dan membina. Para pengulas dan pendebat blog pula hendaklah bertimbang rasa dan berhati-hati agar komen-komen mereka tidak menimbulkan masalah kepada pemilih blog.
Assalamualaikum Dato' AKJ
ReplyDeleteScara mudhnya pbandingan pakai kopiah hitm dan kopiah ptih dpat dirujuk kpd tanggapn msyarkt kpd pasukan ini. Dulu2, sblum thn 80an, masyarkt tdk sewenang2nya memakai kopiah putih (ketayap kata org Kedah) bimbng disurh baca doa kndri. Ketayap adalah lambang orang yang benar-benar mendalami ilmu agama. TINGGINYA kedudukan ketayap masa tu. Sekarang ni dah terbalik hinggakan peniaga kopiah hitam di Pekan Rabu pun sukar mencari makan. Demikian jugalah dgn pasukan ini, dulu-dulu disanjung melangit. Sejak kebalakangan ni cerita tentang salahlaku mereka bukan lagi satu rahsia hinggakan takut pula kita nak menyandarkan perlindungan semasa dihimpit kesulitan ..........
Kita tak marah kat logo mahupun lambang sesuatu organisasi sebab logo dan lambang tu sakitkan hati kita. tapi yag menyakitkan dewasa ini, makin ramai polis yang dah buat kerja tak betul.
ReplyDeleteBanyak sangat dah kes-kes angkara polis jahat ni sampaikan nak cari yang baik-baik dan amanah tu susah.
Tapi tu la, bila dah ada lambang Allah-Muhammad kat logo tu, apa hukumnya dibawa masuk ke dalam tandas? Tak ke haram namanya?
An naadir kal ma'doum - sedikit itu ibaratnya tiada.
Yg Bhg Datuk,
ReplyDeleteSaya setuju 100%, dan saya bukanlah seorang yang anti-gerakan kuasa rakyat atau makhal sakhti yang kuat dilaungkan satu ketika dulu. Mereka tak bolehlah bersifat keanak-anakkan dengan memaki hamun polis, mengibarkan bendera secara terbalik, gig londeh-londeh seluar.
Itu semua memberikan gambaran tidak betul pada perjuangan rakyat, the people power seperti yang diperjuangkan oleh Antonio Gramsci, Che Guvera, Allahyarham A Rustam Sani, dan lain-lain.
Rakyat menuntut pada keadilan rakyat, pembahagian kek kekayaan negara yang lebih adil pentadbiran yang lebih telus. Rakyat juga mau satu kepimpinan yang diterajui oleh insan yang berakhlak, dan berperkerti tinggi, bijak, bertaraf cendikia yang boleh membawa bangsa Malaysia agar one step a head dalam mengharungi arus globalisasi, agar budi luhur dan budaya kita tidak lebur dalam kawah dunia tanpa sempadan, tapi pemimpin utama mereka sendiri pun terlibat dalam skandal yang ntah apa-apa tah.
Dah 100 hari memerintah, tapi belum nampak cerdiknya, yang hebohnya hanyalah perbuatan menyakitkan hati Melayu dengan Ladang khizirnyalah, konsert londeh seluarnyalah, UiTMnyala. Bilalah agaknya dia mau belajar untuk berterima kasih dengan berhenti menyakiti marhaen yang memberikan kuasa dan kepercayaan.
Itu tak masuk kira pembelian barang makanan secara runding terus dari syarikat kroni, exco simpan buku cek dan voucher dalam laci sendirilah. Itu sahajalah yang kita nampak.
Selain dari tak sudah-sudah berpolitik, roadshow sana, sini sampai pukul 1,2 pagi tak sudah-sudah dengan cerita hikyat kisah sedih diri ku terinaya, diriku disiksa, tapi masih bersemangat mau tawan Putra Jaya ikut pintu belakang walau keputusan PRU yang sah menunjukkan BN menang walau tak dapat majoriti 2/3.
Jika Antonio Gramsci dibangkitkan semula mesti dia ambil pistol dan tembak diri dia sendirilah,jika dia lihat prestasi pejuang "makhal sakhti" Malaysia setelah lebih 100 hari memerintah.
Assalamualaikum Ayahanda Dato,
ReplyDeleteTerima kasih di atas ulasan yang bijaksana dan peringatan yang berguna kepada bloggers. Saya sudah jemu membaca blogs yang berbentuk cemuhan, kata nista dan melanggar akta dan peraturan negara. Semoga Dato', Tun Dr Mahathir dan Dato' Ruhanie akan terus menulis.
Terima kasih. Wassalam.
Bakaq telah melakukan secara tidak sengaja mempamerkan, mentafsirkan dan meluahkan rasa bosan dan hilang kepercayaan rakyat kepada PDRM yang kita semua tidak mampu lakukan.
ReplyDeleteWalaupun itu salah dan telah memohon maaf tetapi 'meassage' itu telah disampaikan dengan cara yang kasar.
Secara positifnya, PDRM harus sedar kenapa sampai ke takat itu, tindakan orang seperti Bakaq sanggup lakukan. Jika ada 100000000 rakyat malaysia lakukan secara serentak seperti bakaq, apa pula tindakan PDRM...
Kes kehilangan 1 juta nilai dadah di PDRM Johor menambah kusut ini walaupun tiada kaitan secara langsung..
Dato,
ReplyDeletePada pandangan saya, memang sikap manusia suka menceritakan banyak perkara2 buruk daripada kebaikan. Ini memang ada dalam naluri manusia itu, kalau salah tersebut sedikit atau kecil tetapi selalu diulang2 cerita itu ianya akan menjadi besar. kalau tak betul pun seolah-olah jadi betul. Kalau tak percaya cuba kita bagi kain putih dan kita buat titik hitam pada kain putih itu, kemudian kita tanya orang, pasti ramai akan menceritakan tentang titik hitam tersebut.
Seolah-olah mereka tidak nampak warna putih yang besar/luas itu. Begitulah manusia sentiasa melihat keburukan walaupun orang tersebut telah membuat kebaikan selama 100 tahun kalau dia hidup tapi kebaikan itu akan tertutup hanya dengan sedikit kesilapan yang dilakukannya.
Kita manusia memang suka mencari silap orang (kalau perangainya memang begitu) sedangkan dia sendiri tahu manusia itu tidak sempurna.
Pada 'Saudara ringgit' bertutur biar beradap, supaya fikiran kita bersih dan hati menjadi tenang. Tidak rugi kalau kita hormat menghormati antara satu dengan lain, lebih2 lagi mereka yang tua daripada kita. "Kata hati mati, kata rasa binasa"
Salam ; Terang
Datuk Kadir,
ReplyDeletesaya rasa kita jangan terlalu menghina POLIS DIRAJA MALAYSIA secara keseluruhan.
Mungkin ada 2-3 kerat yang tak berapa betul akan tetapi majoritinya banyak yang berjasa terhadap bangsa , agama dan negara.
Polis pangkata bawah hanya menjalankan tugas dan mencari rezeki untuk keluarga.
Nak marah polis sangat nak buat apa? Akhirnya kepada polis kita buat report.
Berpada-padalah nak mengutuk pasukan keselamatan yang banyak berjasa kepada masyarakat kita selama ini.
itu saja pendapat saya.
Semoga Pasukan POLIS DIRAJA MALAYSIA MENJADI LEBIH BERINTERGRITI.
Insya'allah.
Datuk AKJ,
ReplyDeletesetiap benda dilakukan di dunia ini ada batasnya dan tiada benda dalam dunia ini dilakukan tanpa batas dan sempadan termasuk manusia seperti kita.
Saya suka baca blog dan saya harap apabila blogger yang kini sudah mula diiktiraf sebagai medium berpengaruh lebih bertanggungjawab dengan apa yang disiarkan dalam blog mereka.
Saya berdoa semoga blogger bertanggungjawab di negara ini tidak lupa peranan mereka dalam pembangunan negara.Terima kasih Datuk AKJ kerana masih mengamalkan sikap bertanggungjawab sehingga kini.
Bob From Kuching
Anggota polis yang jahat saperti anggota UMNO yang jahat:
ReplyDeleteBOOOOOOOOOO!
Kalau tak puas hati laungkan saja kata-kata ajaib seorang tua:
BOOOOOOOOOO!
cara ini bukan kekanak-kanakan...
seorang mantan pedana menteri yang terulung mengesyorkannya:
BOOOOOOOOOO!
Sdr. Terang...
ReplyDeleteKalau berjalan biar bertiga..
Kalau terkurung biar di luar
Kalau tersepit biar di atas...
Salam Dato',
ReplyDeleteKerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Itu yang dapat saya katakan tentang PDRM.
Saudara mara saya ramai juga yang jadi polis. Ada sseorang di Pahang, tinggal di berek (flat), pangkat 1 calit.
Dia pakai kereta proton yang dah umur 14 tahun. Manakala bila saya ziarah dia, saya dapat lihat tempat parking dipenuhi dengan honda dan toyota. Nak kata kereta tetamu, dah pukul 2 pagi. Banyak pula tu. Yang dok berek flat ni habis-habis tinggi pun 2 calit je.
Kalau tak percaya, buat lah lintas lansung ke berek polis berdekatan anda. Terutama di bandar utama mana-mana negeri.
PDRM kena ubah persepsi rakyat. Dulu LHDN pernah buat kempen "mesra pembayar cukai". Kalau bersungguh dari dalam, insya Allah boleh berjaya.
Seperti Bakaq yang dikatakan marahkan nyamuk bakar kelambu, jangan kita buat benda yang sama pada PDRM.
Namun nila setitik itu perlu dibersihkan supaya tidak rosak susu sebelanga.
Kepada Ibrahim bin Saad,
arwah ayah saya pernah ajar, songkok kalau dah kotor walau dengan peluh sekalipun, kalau basuh rosak. Kalau kopiah, kita boleh basuh, tak ada masalah. Sebab tu saya guna songkok untuk kegunaan majlis sahaja manakala kopiah saya pakai untuk kegunaan harian. tak ada kena mengena dengan fahaman politik.
"Mengenai lambang PDRM, saya rasa ia sangat mulia kerana ada padanya nama Allah dan Muhammad (SAW). Justeru itu, kalau setiap anggota PDRM menghayati lambang pasukan mereka, saya yakin PDRM akan menjadi pasukan penguat kuasa yang cekap, bersih dan amanah, diredai serta dilindungi oleh Allah Taala".
ReplyDeleteDari dulu lagi saya cuba perhatikan lambang PDRM ini. Memang perkataan Allah dan Muhammad S.A.W itu kita muliakan. Tapi di mana pula kita letakkan lambang itu. Sekiranya di topi maka kita menjungjungnya. Bagaimana pula jika di dompet yang diletakkan di poket seluar bahagian belakang. Kekadang kertas terpakai yang berlogo PDRM juga digunakan untuk buat lapik duduk. Pendek kata kita tak pernah terfikir bahawa logo ini mempunyai nama yang kita muliakan tetapi diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya. Cubalah pembaca fikirkan sejenak. Tulisan Allah pada tapak selipar/sandal pun kita rasa tak sesuai dan tak elok, jadi apa kurangnya logo yang mempunyai tulisan yang sama ini. Saya harap PDRM dapat membuat penilaian semula berkenaan logo ini.
Wassalam
1. sekarang orang Melayu tidak lagi nampak mana-mana parti sebagai pejuang nasib orang Melayu. Hak orang melayu semakin terhakis.
ReplyDelete2. sekarang orang Melayu tidak lagi nampak mana-mana parti sebagai pejuang agama islam. Agama islam semakin tercabar secara terbuka.
3. kemana perginya parti yang kononnya pejuang nasib orang Melayu. Kemana perginya parti yang kononnya pejuang agama islam. Melayu semakin bingung.
4. Melayu cuma bijak berbalah sesama sendiri. Orang lain memang lama menunggu peluang ini. Melayu masih lagi belum sedar.
5. Melayu resah-gelisah dan tak tau arah akan haluan yang nak dituju. Melayu semakin bimbang.
6. Jangan salahkan orang lain bila bumi dipijak, milik orang. Melayu semakin hilang segala-galanya.
7. sekarang sampai masanya, mencari titik persamaan, orang melayu mesti kembali bersatu.
Zainorina Bangi.
Scribe,
ReplyDeleteHakisan Terancang
(bak debu-debu berterbangan)
kalau nak diumpamakan kata,
terhakis (hak) keistimewaan kita
orang melayu(disebutnya suara
terpelat orang putih cinta sukma
terpalit tertinta perlembagaannya)
bagai pantai sabak diserang
saperti ada dan dibangunankan
ombak dan jepun menuntut tanah
lari lintang pukang sehelai
sepinggang yang mengejar
yang terkejar pun akhirnya
kesan di medan yang sama
hak keistemewaan orang melayu itu
adanya ilmu itu nyawa kotakan cinta
tok-tok ku - yang muda dan yang hidup
masakan tok-tok ku handal-handalan semua dibiarkan cucu mereka mati
berkelaparan tanpa diri dan maruah
hancur luluh dihidupkan kembali
salam,
ReplyDeleteAsal usul kontrak sosial?
Masa sebelum Negara kita merdeka dulu memang ramai pekerja-pekerja kontrak dari Negara China dan India datang ke Malaysia yang di bawa oleh kerajaan British untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah di Negara ini. Tetapi masa tu mereka tidaklah dipanggil sebagai pekerja kontrak.
Memang sifat orang Melayu dari dulu lebih selesa menjadi ‘tuan’ mereka tidak berapa suka kerja sebagai buruh kontrak ni. Mungkin juga kerajaan British ketika itu bayar upah yang murah maka orang Melayu tak suka kerja seperti itu.
Sama jugalah seperti masa sekarang ini, kerja-kerja pembinaan yang memerlukan tenaga tulang empat kerat, kerja-kerja yang bergaji murah seperti pelayan-pelayan kedai, membersih bangunan atau pejabat tidak diminati oleh rakyat tempatan.
Oleh itu kerja-kerja seperti ini telah diambil alih oleh pendatang-pendatang dari luar seperti dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar. Akhirnya ramailah pekerja-pekerja asing ini memenuhi Negara kita.
Mereka ini datang dengan niat
untuk bekerja bagi mendapatkan wang untuk dihantar balik bagi keperluan keluarga mereka yang ditinggalkan di kampung. Mereka yang datang bekerja ini juga tidak pernah memikirkan untuk terus tinggal menetap di Malaysia.
Kehidupan mereka di sini sungguh ringkas sekali. Mereka makan sekadar yang boleh mengenyangkan, pakaian pun jarang berganti baru, tinggal di rumah kongsi, lebih baik sikit mungkin ada majikan yang menyewakan rumah untuk dikongsi beramai-ramai dan jauh sekalilah untuk membeli perabut-perabut mahal dan harta kekal kerana susah untuk dibawa balik ke Negara asal mereka nanti.
Kecintaan mereka kepada Negara ini memang boleh dikatakan tidak ada, hati dan perasaan mereka hanyalah kepada Negara asal mereka sahaja.
Kita sebagai warganegara dan rakyat tempatan tidak begitu selesa dengan kehadiran pendatang-pendatang asing ini. Resam dan budaya mereka jauh berbeza dengan kita. Sudah tentu kita tidak mahu kalau pekerja-pekerja asing ini diberikan taraf warganegara. Kita masih curiga dengan kesetiaan dan kecintaan mereka terhadap Negara ini.
Suasana beginilah yang berlaku semasa menjelang Negara kita mencapai kemerdekaan dahulu.
Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk tempatan Malaya ketika itu sangsi dengan kesetiaan dan kecintaan orang-orang Cina dan India terhadap Negara ini yang kehadiran mereka sebelum itu hanya dianggap sebagai pekerja asing yang mencari wang di sini.
Kebanyakan pekerja-pekerja Cina dan India ketika itu memang lahir di Negara asal mereka, mereka datang ke Malaya untuk bekerja bagi mendapatkan wang. Oleh itu memang tak dapat dinafikan kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Negara asal itu masih tebal, Malaya hanyalah tempat mereka mencari makan sahaja.
Tidak hairanlah kalau semasa penjajahan Jepun tahun 1941, ramai orang-orang Cina di Malaya dibunuh oleh Jepun kerana orang-orang Cina di Malaya ini juga dianggap sebagai warga Negara China. Di waktu itu Jepun juga berperang dengan Negara China.
Apabila British menawarkan Merdeka kepada Malaya, British telah meletakkan syarat supaya orang-orang asing yang mereka bawa ke Malaya iaitu orang-orang Cina dan orang-orang India hendaklah diterima sebagai warganegara seperti orang Melayu, tentulah syarat yang dikenakan British ini amat berat untuk diterima oleh penduduk tempatan atau orang Melayu ketika itu.
Samalah beratnya seperti kita hendak menerima pekerja-pekerja asing dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Nepal dan Myanmar sekarang ini untuk menjadi warganegara Malaysia.
Maka dari situlah lahirnya apa yang dinamakan ‘kontrak sosial’ yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin dari tiga kaum terbesar ini iaitu Melayu, China dan India bagi mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah tersebut.
Mengikut yang punya cerita, dari ‘kontrak sosial’ inilah lahirnya ‘ketuanan’ dan ‘keistimewaan’ orang-orang Melayu yang telah dipersetujui antara pemimpin-pemimpin kaum tadi.
Kini kita telahpun 50 tahun merdeka, hampir semua orang Cina dan orang India yang menjadi warganegara Malaysia hari ini adalah lahir di bumi Malaysia ini. Kesetiaan dan kecintaan mereka kepada Malaysia memang tidak boleh disangsikan. Di sinilah tempat mereka dilahirkan dan disini jugalah tempat mereka mahu dikebumikan.
Oleh itu ‘kontrak sosial’ yang pernah dipersetujui untuk suasana di masa yang lalu itu memang tidak relevan lagi. Kita tidak kira kaum seharusnya mempunyai hak yang sama, tidak ada siapa harus menjadi ‘tuan’ dan tidak ada siapa juga yang harus menjadi ‘hamba’. Kita bukan lagi berdepan dengan pekerja asing dari China dan dari India, tetapi sekarang kita berdepan dengan orang Cina dan India yang lahir di bumi ini.
Kalau etnik Jawa, Minang, Banjar, Bugis telah boleh diterima setaraf warganegara Melayu lainnya, maka tidak ada sebab etnik Cina dan India mendapat taraf yang sama.
Mungkin perbezaan adat dan agama menyebabkan kita sukar untuk bergaul antara satu sama lain, tetapi ini bukanlah sebab untuk kita membeza-bezakan hak-hak mereka melalui ‘kontrak sosial’ yang dikenakan kepada mereka tanpa mereka mengetahui justifikasi disebalik kewujudan ‘kontrak sosial’ itu.
BEtul apa yang datuk tulis.
ReplyDeleteSetiap bloger mesti ada etika dalam menyatakan pandangan.
Lambang negara tidak boleh dipermainkan walau apa jua alasan.
Zool
http://www.ligakampung.com/blog
Salam,
ReplyDeleteSifat org melayu memang sopan penuh santun, beradab dan menjaga hati. Sifat2 ini amat terpuji. Pengamal sifat ini tinggi daya toleransinya. Tapi sekiranya tahap toleransi itu sudah melebihi tahap maksimum, dia akan meletup. Gegaran letupan ditafsirkan dlm pelbagai bentuk. Pilihanraya lalu adalah satu bukti tahap toleransi kepada BN telah sampai ke kemuncaknya.
Toleransi bertahan lebih 50 tahun! Kesan letupan kecewa tidak mudah padam dan mungkin mengambil masa yang sama panjang. Betul, kita ada saluran untuk meluahkan rasa kecewa dan marah. Persoalannya, teluskah saluran itu? Kepercayaan rakyat kepada SPR, PDRM, badan kehakiman dan semua badan kerajaan yang berkuasa semuanya di paras memalukan. Tidak cukup dengan itu Agama Islam telah deheret ke kancah yang sama. Imam dan masjid di persendakan dengan sumpahan LAKNAT. Apakah perlu ini semua sekiranya badan kehakiman kita di hormati? Bagi saya kerajaan telah membiarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap maruah Agama Islam dan Negara Malaysia.
Ekonomi terus merudum! Kehidupan semakin tersepit. Parti2 dalam Kerajaan sibuk bertelagah siapa patut jadi ketua. Projek2 yang ada yang sekangkang kera dikaut seberapa kerat manusia yang berkuasa. Bila Rakyat memberontak, Keris di hunus..Ketuanan Melayu dilaungkan. Hipokrit? Yes, everyone knows..siapa yang mendapat kontrak berjuta. Melayu? Yes!!
Siapa yang menjalankan kerja sebenarnya? Melayu? Nope!!
Jadi Melayu bersalah kerana telah menggadaikan nama melayu? NO! not me and not majority of Malays. Only the few with power.
Terbalikkan bendera Malaysia ke apa ke..all of you debate lah sampai pagi.. i dont care. I tak nak jadi hipokrit. Bendera adalah lambang negara. Disebalik lambang itu tersurat segala janji..segala harapan sebuah negara yang Merdeka. Merdeka dari pelbagai segi. Bebas dari penjajahan minda dan kerosakan moral. Lambang akan di sanjung sekiranya kerajaan dijunjung.
The reality is, i have zero trust in these UMNO leaders when it comes to managing this country. They have been treating it like a business.Skim Cepat Kaya kinda venture. Rakus!
Jadi, kemarahan ini telah menjadi semakin tidak terkawal. Walaubagaimanapun, sebagai rakyat yang penuh sopan kita tidak keluar membuat kacau dan membilaukan lagi kehidupan rakyat. Kita dengan selembutlembutnya melahirkan kemarahan kepada agensi2 yang kita fikir telah gagal berfungsi dengan bebas melalui saluran kreatif. Takkan ini pun tidak boleh? Nak tunggu pilihanraya seterusnya? Nak tunggu pilihanraya seterusnya yang kita sendiri meragui ketelusannya??
Kepada pemimpin yang diberi kuasa oleh rakyat:
Ya, sifat org melayu memang sopan penuh santun, beradab dan menjaga hati. Orang Cina, India, Kadazan, Iban juga sebahagian dari teman dan jiran kami. Maka jagalah hati kami semua supaya kami akan terus hidup penuh santun dan beradab. Bukan susah nak jaga hati kami..jagalah dengan menjunjung kepercayaan yang telah kami berikan dengan tulus dan ikhlas. Jangan mabuk dengan rasuah dan kuasa. Kerana yang kami mahu ialah sebuah negara Malaysia yang maju tapi kekal tulus seperti awalnya untuk generasi kami yang seterusnya.
wassalam.
:BenciUmnoBongkak
salam dato,
ReplyDeletemesej yang penting ialah rakyat/pengundi PP telah menang.
pilihanraya kecil permatang pauh hanya sebahagian daripada pencapaian perjuangan idealisme ketuanan rakyat selain dilihat dari aspek PR versus BN dalam penuntutan proses demokratik negara ini.
sekian
cre8tive