Thursday, September 18, 2008

Kesan Pertukaran Kementerian Abdullah-Mohd Najib

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

ANTARA bukti keakraban dua sahabat adalah apabila mereka saling tukar menukar. Tukar menukar kereta. Engkau pakai kereta aku, aku pakai kereta engkau. Tukar menukar pakaian. Engkau pinjam baju aku, aku pinjam baju engkau.

Di sesetengah tempat dan dalam sesetengah masyarakat dan kumpulan, mereka memanifestasikan keakraban mereka dengan bertukar-tukar isteri atau suami -- wife/husband swapping.

Maka begitulah akrabnya perhubungan di antara Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Mohd Najib Abdul Razak apabila mereka semalam (17 September) saling tukar menukar kementerian.

Abdullah memberikan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib dan Mohd Najib menyerahkan Kementerian Pertahanan kepada Abdullah.

Perdana Menteri berkata ini adalah sebahagian daripada persetujuan peralihan kuasa di antara beliau dengan Mohd Najib.

Boleh jadi saya buta maklumat atau nyanyuk, tetapi tidak pula terbaca atau teringat bahawa tukar-menukar kementerian ini adalah antara syarat peralihan kuasa di antara Abdullah kepada Mohd Najib.

Tetapi tidak apalah. Saya rasa pemindahan Kementerian Kewangan kepada Mohd Najib adalah langkah yang baik di dalam suasana ekonomi negara yang terumbang-ambing dan ekonomi dunia diancam kemelesetan akibat krisis pembankan di Amerika Syarikat sekarang.

Saya sangat berharap Mohd Najib dapat memberi gambaran yang lebih jelas dan meyakinkan kita semua mengenai hala tuju ekonomi dan kewangan negara.

Seperti saya nyatakan dalam “posting” 17 September “Even the best economists and the most astute businessmen are unsure which way our economy is going.”

(Hatta ahli ekonomi yang terbaik dan ahli perniagaan yang paling bijak pun tidak pasti arah tuju ekonomi negara sekarang.)

Saya secara terus terang dan terbuka pernah menulis di dalam kolum Other Thots, majalah Malaysian Business bahawa Abdullah tidak patut memegang jawatan Menteri Kewangan terlalu lama kerana kementerian itu memerlukan penumpuan masa yang rapi dan kewibawaan yang tinggi.

Semua orang tahu bahawa ekonomi dan kewangan bukanlah “forte” atau kepakaran Abdullah.

Jadi sangat eloklah pada ketika ekonomi negara dan dunia diancam krisis ini jawatan Menteri Kewangan dipindahkan kepada seorang yang lebih tahu.

Saya tidak mahu mempertikaikan pengambilan alih Kementerian Pertahanan oleh Abdullah selain mengatakan bahawa Abdullah mungkin berasa perlu ada sebuah kementerian di bawah jagaannya.

Namun sudah pun ada orang yang bertanya apa perlunya Abdullah mengambil alih kementerian tentera.

Abdullah sekali lagi mengulangi yang dia tidak akan berundur sebelum 2010.

Semalam juga menyaksikan pengunduran Parti Progresif Sabah (SAPP) daripada Barisan Nasional. Buat masa ini, SAPP akan menjadi parti bebas dan tidak ada rancangan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

SAPP mempunyai dua orang Ahli Dewan Rakyat dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri di Sabah. Serentak itu, timbalan ketua SAPP, Raymond Tan, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Negeri.

Turut menjadi tajuk berita adalah penangkapan blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz, pemilik blog “kickdefella” kerana disyaki menghasut. Dia ditahan di rumahnya di Kota Baru.

Sementara itu Ahli Parlimen Seputeh yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia, pengarang kanannya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo “kerana menjadi punca penahanannya.”

Manakala naib ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pula mengumumkan penawaran diri sebagai calon ketua pemuda pada pemilihan Disember ini.

Di Amerika, krisis perbankan dan kewangan semakin meruncing dan memaksa Bank Pusat (Federal Reserve) memberi pinjaman AS$85 bilion (kira-kira RM292.4 bilion) kepada kumpulan insurans AIG bagi menyelamatkannya daripada muflis.

Dengan semua kemelut ini, rasanya eloklah jikalau Mohd Najib segera mengadakan pertemuan dengan seramai mungkin penggiat ekonomi dan kewangan bagi mencari jalan melindungi ekonomi negara daripada kesan krisis kewangan dan pembankan antarabangsa yang sedang melanda sekarang.

Lupakan sementara ancaman Anwar Ibrahim untuk menggulingkan mereka. Eloklah mereka hadapi realiti daripada mengigau di siang hari.

56 comments:

  1. Ya Dato, tulisan yang sangat tepat, Right on the Nose.

    Saya sangat berharap agar mereka yang sekarang ini berkuasa sepatutnya focus kepada kerja mereka mentadbir negara dan ekonominya.

    Baru diacah sikit, habis kelam kabut, SAPP keluar, pula masih nak tunjuk sombong konon, "Good Ridence" kata Pak Lah. By the way apa kerja Menteri Kewangan 1 dan Menteri Kewangan 2??

    Oh ya, sejak selama ni, Najib yang dah lama dalam kerajaan tu masih tak cukup pengalaman lah ya.

    ReplyDelete
  2. Datuk,

    Antara langkah awal yang perlu dilakukan oleh Najib ialah mendapatkan pandangan Tun Dr. Mahathir dan Tun Daim berkaitan dengan masalah ekoomi sekarang.

    Sekiranya perlu, mereka wajar dilantik secara sepenuh masa untuk membantu ekonomi negara.

    http://c-bok.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Harap2 bukan keluar mulut kura-kura galapagos masuk mulut buaya tembaga...

    Harap2 org2 tua ni kalo tak pandai, jgn dok suka2 memandai-mandai & belagak pandai..dpt & dengar nasihat drpd bijak pandai..baru rakyat nampak sbg pemimpin yg pandai...

    Kalo betul Najib nk buat DRP (disaster recovery plan) ekonomi, eloklah kumpul balik penasihat2 ekonomi TDM thn 1998 & pakar2 tempatan lain yg ada...

    Penasihat agama & penasihat pembangunan masyarakat yg merupakan item recycle tu tamatkan je kontrak...bazir duit pembayar cukai..masyarakat ttp bergolak ditambah dgn isu2 perkauman, imej Islam org boleh tendang2 jugak..

    itu bukan main focus negara waktu ini..jgn berbelanja mewah sgt Lah dgn duit pembayar cukai..kelak rakyat semua mati kebulur, bisnes byk bankrap, GDP turun, inflasi mencanak, RM kecut - langsung tak boleh kutip cukai!

    p/s: tengok muka PM kita mcm kura2 x cukup tdo je masa umum kt TV...

    elok buat komen lepas sahur sementara paras tenaga masih tahap tinggi supaya tak mudah angin2, melenting & cakap merapu (lebih2 lg org muda)

    ...yg mcm Pak Lah tu dah tak 'energy efficient'..byk mana tenaga pun output hanya 10% jer tak kira masa...probably suffering insulin deficiency or mulfuction pankreas that much affected his cranium contents & causing hypnotical concious & personality disorder..

    need to eat more tamar..

    (",)
    Salam Aidilfitri 1429H
    MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete
  4. Dengan tugas baru yang mempunyai pelagai cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu, Najib tidak banyak masa atau boleh memberi tumpuan kepada politik dan masa depannya. Jika dia terlalu fokus kepada politik, ekonomi akan merudum, Najib akan disalahkan.

    Bila pealihan kuasa berlaku, Najib akan mengamilalih semula Kementerian Pertahanan dan yang paling layak menerajui Kementerian Kewangan pada masa itu tidak lain dan tidak bukan ialah Dato' Khairy Jamaludin.

    Inilah peralihan kuasa yang sedang dalam perancangan, mampan dan hebat.

    Negara akan terus aman maju dan makmur. Rakyat akan hidup aman damai dan bermuafakat di bawah pemerintahan yang adil, gemilang, terbilang dan cemerlang.

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:20 AM

    askm.
    Datuk,dari sumber umno sendiri,saya dapat tahu ini ada kaitan dgn projek perumahan ATM berjumlah 1.2b. kali ini kerusi ketua pemuda ditentukan oleh kontrektur yg cekap.

    apa bezanya kalau najib pegang pun?.

    pembesar umno tak pernah memikirkan nasib bangsa utk ribuan tahun akan datang.yg saya nampak Tun,tapi sejauh mana dia boleh pikul?

    nampaknya saya terpaksa berfikiran "lapuk" macam orang tua kita dulu----kata saja begini,dah takdir!

    ah!.

    corrigenda.

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:31 AM

    Dato', hopefully these 2 leaders have got time to read your article. Jangan lah takut dengan bayang bayang sendiri. Every now and then, they are telling people that Anwar is a liar, but I believe you Dato', both PM and DPM are losing focus of the real challenge the country is facing. Kenapa dan mengapa kah mereka begini malahan tindak tanduk mereka lebih menjurus kepada dendam dan tidak jujur untuk lebih menguruskan negara demi kepentingan rakyat. Apalah makna nya dalam keadaan begini mereka ingin tukar kementerian, sepatutnya dengan laporan dan scenario ekonomi dunia yang berlaku sekarang mereka telah mengumpulkan pakar pakar yang mampu merancang strategi ekonomi negara supaya kita tidak kecundang sekiranya keadaan menjadi lebih mencabar. Even if Anwar has got the numbers, it will not be easy to take over power and the process has got to be done and in this case while Pak Lah is still in power, since he had declared whatever he is doing is all for national interest, so do it and avoid all this threatening remarks. Time waits nobody, as ordinary people on the street, I am concern, Pak Lah should realize and be magnanimous as being a Muslim, if we are not capable of doing the job give it to others, bukan kah kepimpinan itu satu amanah?. Entah lah Dato', saya rasa sedih bila terbayang masa depan Malaysia. Teruskan lah tulisan dato' dan jangan lupa buat buku untuk tatapan generasi akan datang. Mohon maaf dan selamat berpuasa. dh9753

    ReplyDelete
  7. Anonymous7:57 AM

    Salam Dato'

    Harap-harap tu Dato Seri Najib jadi Menteri Kewangan jangan tertidor macam menteri kewangan sebelumnya,, Minyak dunia dah lama turun bawah dari USD100 setong, tapi minyak M'sia masih harga lama RM2.55 seliter, pa cerita ni,,, dulu janji kalau minyak dunia turun, minyak m;sia turun, tapi apa cerita ni.... tak kan rakyat marhaein nak subsidi kerajaan pulak, harap Menteri Kewangan baru ambik tindakan sewajarnya,,,

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:00 AM

    Salam Dato'

    Saya rasa jika PM pegang MinDef (singkatan bagi Kementerian Pertahanan), maka haru birulah jadinya. Tentera mempunyai disiplin yang tinggi lagi tegas, tapi jika ketuanya lembik lagi lemah, apa akan jadi? Sudahlah menerajui negara pun Malaysia macam nak karam, apatah lagi kalau menerajui di medan perang (syukur tiada peperangan di negara tercinta ini), sudah tentu bendera putih dikibarkan dengan segera.

    Saya rasa PM ini baru bangun dari tidur lenanya selepas mendapat mimpi kot?

    Fuad

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:07 AM

    Sebenarnya, apa yang kita terlepas pandang ialah apa peranannya Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Yackop? Beliau begitu sibuk bertanding pilihanraya sampai lupa tugas hakikinya sebagai MK2.

    Saya rasa kebanyakkan rakyat mempunyai general understanding bahawa MK2 membantu tugas MK1 dalam day-to-day operation. Sebab itu Pak Lah perlukan pembantu yang bertaraf Menteri (yang sudah tentu mempunyai latar-belakang ekonomi) untuk merangka dasar kewangan negara. Ini sudah tentu memerlukan komitmen yang tinggi daripada pemegang jawatan berkenaan. Peranan MK1 mungkin lebih kepada simbolik atau untuk over-ride keputusan yang silap dibuat oleh MK2 dalam kes-kes tertentu.

    Datuk, saya melihat MK2 tidak banyak membantu dari segi memberi nasihat yang berguna kepada MK1 selaku PM. Akibatnya kita sendiri boleh melihat sekarang, terutamanya pengeluaran peruntukan kewangan yang tidak beretika, umpamanya seperti pemberian saguhati kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Ini seolah-olah kerajaan tidak mempunyai perancangan kewangan langsung.

    Tambahan lagi, latar belakang MK2 juga agak diragui. Beliau pernah disebut terlibat dalam skandal Bank Negara yang kerugian RM40 billion melalui tukaran wang asing serta suatu syarikat senaraian am melibatkan pecah amanah di mana laporan polis ada dibuat terhadapnya. Bukan berniat menuduh, tetapi Tan Sri MK2 sendiri tidak membuat penafian kepada umum berkenaan hal ini.

    Sekarang beliau begitu berminat dalam politik pula, dan masuk bertanding di Tasek Gelugor. Mana lagi nak mengendalikan kementerian di samping kena selalu balik kawasan sebab dah jadi wakil rakyat.

    Saya tidak terkejut Pak Lah tidak memberi teguran kepada menteri di bawahnya ini. Ini adalah kerana Pak Lah sendiri pun banyak membuat blunder (kesilapan) dalam pelbagai perkara lain. Barangkali Pak Lah pun sudah terlupa akan tugasan yang beliau beri kepada MK2.

    Harapan saya kepada Najib, sekiranya beliau dapat jadi PM, ambillah mereka yang berwibawa, yang latar-belakangnya tidak menjadi pertikaian umum. Banyak yang layak, contohnya Tan Sri Dr Zeti Akhtar. Asingkan mereka ini daripada politik. Ini soal negara, tambahan lagi kita perlukan mereka yang boleh full-time di kementerian berkenaan di masa ekonomi dunia mengalami ketidak-tentuan.

    Kita pun tahu, jawatan Menteri Kewangan ini umpama lubuk emas. Semua orang mahu jumpa mereka ini untuk minta endorsement untuk projek. Anwar Ibrahim juga tak boleh menafikan perkara ini sebab dulu pun dia buat perkara yang sama.

    ReplyDelete
  10. kekalutan yang semakin kalut dalam politik tanah air - barangkali merupakan kesan daripada sikap dan mentaliti bangsa kita sendiri. ketika ini, hakikat yag tidak boleh kita nafikan ialah, semua ahli politik naik pembangkang atau kerajaan, sudah tidak dipercayai lagi. pembohongan Anwar terhadap isu 16 September, sedikit sebanyak membuka kelemahan beliau sendiri yang lebih suka mencatur politik tanah air berdasarkan retorik. di samping itu, keiginan Khairy untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda, makin membawa UMNO kecjurang kehancuran. Tiada apa-apa pun yang dapat membantu merelevankan UMNO semula jika Khairy menjadi ketuanya. Najib dengan folio barunya itu - turut tidak akan mampu mengambalikan keyakinan rakyat bahawa sememangnya ekonomi Malaysia berada dalam keadaan kritikal. Bukan baru masalah ini, tetapi sejak Pak Lah memegang jawatan menteri kewangan, semua orang dapat melihat bahawa ekonomi negara tidak diurus dengan baik. ke mana Malaysia hendak menuju?

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:59 AM

    Fakta

    1. Seorang menteri dah letak jawatan

    2. Satu parti dah keluar dari BN.

    Tapi Najib dengan Dollah main tukar-tukar jawatan pula, permainan apa ni... kononnya nak puaskan hati penyokong masing-masing dan membuat satu maya bahawa kononnya ada "perubahan" untuk kebaikan rakyat.

    Cukuplah nak menghelah rakyat.

    Letak jawatan.

    Mari kita adakan pilihanraya baru.

    ReplyDelete
  12. Seorang dapat menguatkan kuasa, seorang lagi dapat duit dompet.

    ReplyDelete
  13. Anonymous9:14 AM

    Sdr. A Kadir Jasin,

    Sama ada Najib akan jadi Menteri Kewangan yang baik dan berkesan, saya tidak tahu.

    Tetapi jika banyak perkara yang diperkatakan mengenai Rosmah ada kebenarannya, walaupun sedikit/sekelumit, we are into tougher times!

    Amat diharapkan agar ahli-ahli UMNO akan berani menolah KJ sebagai Ketua Pemuda secara total! Kalau dia nak bagi duit, ambil le! Untuk memastikan ia bukanlah RASUAH ambil duit tapi undi orang lain. Anggaplah pemberian itu sebagai derma untuk menanpung kos sara hidup yang tinggi sekarang!

    Do UMNO members think that a person without a job (until recently) can afford to set up a retail outlet that sells Jeans from RM800 upwards and T-shirts from RM200 upwards (supposedly) to middle income earners know anything about hardship? KJ is totally out of touch with reality! Despite whatever he said, his win in Rembau is seriously doubtful. On a fair playing ground, he would not even get votes from UMNO members!

    Kalau UMNO nak bernafas kembali, keluarkan Pak Lah dan KJ. Kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan UMNO/BN hilang kuasa memerintah dalam masa yang amat terdekat.

    Kemungkinan PRU13 diadakan dalam masa yang amat terdekat adalah tipis tetapi tetap ada! Jikalau kemungkinan tipis ini berlaku UMNO/BN akan terkubur sebab tidak sempat untuk memulakan proses pemulihan.

    Proses pemulihan hanya bolih dimulakan jika penyakit dikeluarkan secepta mungkin. Seperti penyakit barah/cancer, sel-sel cancer mesti dikeluarkan secepat mungkin. Kegagalan akan membuat sel-sel sihat dijangkiti. Setiap detik dilalui akan menyebabkan lebih banyak lagi sel sihat dijangkiti. Selepas satu peringkat semua kaedah perubatan tidak akan memberi kesan. Maka keluarkanlah sel-sel barah/cancer ini sekarang.

    Sekian.
    Dari Borneo ke Minang

    ReplyDelete
  14. Anonymous9:29 AM

    Dear Datuk KJ,

    In politics of the day, anything can happen just like the latest decision by Pak Lah in appointing Najib as the new Finance Minister and take on the Defence post from Najib. Both portfolios held by PM and DPM are important cabinet positions, in the wake of the current uncertainties in global economic and security environment today.

    I agreed that Pah Lah had clinged to the Finance post a bit too long as it was expected that Najib should have been appointed as the Finance Minister 1 in the new Cabinet line up after the March general election.

    I believe Najib's appointment will be seen as a consolidated effort by both Pak Lah and Najib to ensure that the agreed transitional plan will be further enhanced both at party level and the executive level in the government.

    This latest management strategy is also to ensure that both Pak Lah and Najib in their respective position of UMNO President and Deputy President will not face serious challenge from other UMNO leaders for the two top party posts. Having said that, there is nothing to stop Ku-Li or other credible divisional leaders to unseat Pak Lah and Najib in the coming UMNO party election, if convincing nominations are obtained.

    I believe most UMNO divisional delegates and at grass root level will now support the power transitional plan endorsed by Pak Lah and Najib without much political resistance and political.

    UMNO has to reinvent itself with a new vibrant leadership in order to play a more constructive role and to consolidate the party at all levels.UMNO also need to enhance the joint collaborations between the component parties in Barisan Nasional.

    In other words, the continued survival of Barisan Nasional will depend on the new leadership and political strength in UMNO, in order to face the many challenges that had eroded the solidarity of BN members before and after the March general election.

    ReplyDelete
  15. Anonymous9:35 AM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Anonymous9:40 AM

    Salam Dato,

    Sedap betul orang lama memberi sindirin yang tepat di awal bicara.

    Memang betul tidak nampak relevannya pertukaran kementerian adalah disebabkan oleh peralihan kuasa. Ada yang kata, ini nak test Najib mengendalikan ekonomi negara. Ada juga yang kata, Pak Lah nak jaga tentera supaya tidak jadi 'coup de...apa tu saya lupa' seperti Thailand.

    Pada saya Pak Lah tidak tahu mengendalikan kementerian kewangan seperti yang dinyatakan oleh Dato'. Itu yang tepat. Khairi Jamaludin tak sabar dah nak jadi ketua. Risau selepas December ni tak ada siapa nak jaga dia kecuali Bapak mertua.

    Proses peralihan kuasa juga memungkinkan beberapa perjanjian dibuat di antara Pak Lah dan Najib. Mungkin antaranya ialah minta tolong jaga menantu aku ye...please. Rasanyalah...

    Wassalam
    Srazali Aripin
    Brisbane, Australia

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:58 AM

    A'kum Datuk,

    Rasanya elok jugalah Pak Lah serahkan Kewangan kpd Najib yg mempunyai kelulusan di bidang ekonomi. Pak Lah sendiri pun ada pengalaman di Mindef kerana pernah dibuang negeri ke situ oleh Mahathir semasa kemelut Semangat 46dulu. Nampaknya Pak Lah meniru amalan Mahathir kerana Mahathir sendiri pernah swap kementerian antara Samy Velu dgn Leo Moggie bukan sekali tapi 2 kali. Akibatnya masing-masing takut nak highlight kelemahan di kementerian yg baru diambil alih kerana akan ada tindak balas.

    dpd: tunggu & lihat

    ReplyDelete
  18. Anonymous10:14 AM

    Dato,

    semua ni Dollah buat semata mata untuk KJ dan Nori. itu sahaja puncanya. Nak bagi KJ lepas dapat jawatan Ketua Pemuda.

    Kalau tidak masa lepas berbulan madu dengan Jeanne dulu di Perth, Dollah nak letak jawatan mengikut kata wartawan.

    Kamalauddin dah ada Scomi yang telah di senaraikan dan mepunyai kotrak jangka panjang dengan Petronas.

    Bapak mana yang tak nak tolong anak menantu Dato ?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum Datuk
    Biasa la tukaq -tukaq jawatan ni dari dulu pun ada Pembantu Am Rendah di Padang Sanai nak bertukar suka sama suka dengan Pembantu Am Rendah di Grik

    Tapi bab tukaq ni bukan jawatan Menteri Pertahanan yang saya kesahkan sangat yang berserabut kepala otak saya ialah Menteri keewangan Pertama ni boleh kah Najib jaga kementerian ni?

    Rekod Najib hanya pernah jadi Timbalan Menteri Kewangan pada 1981hingga 1982 lepas tu Menteri Belia.Menteri Pertahanan,Menteri Pendidikan ada kelemahan masa jaga kementerian ini,balik semula Menteri Pertahanan,

    Tak dak satu pun dia jaga kementerian yang melibatkan ekonomi walaupun dia ada ijazah dalam Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham England.

    Saya bukan apa takut-takut ada udang di sebalik batu je dengan pertukaran kementerian ni.

    p/s:Sokong Muhyiddin jadi PM :)

    ReplyDelete
  20. Dato' AKJ,
    Menjelang PRU 12 pimpinan kerajaan menjaja bahawa Anuar Ibrahim (DSAI) tidak lagi releven dalam politik Malaysia. Sekarang sudah 6 bulan berlalu, nampaknya faktor Anuar Ibrahim bukan kata tidak releven tetapi sudah menjadi "ancaman kepada keselamatan dan kesetabilan negara(?)". Benarkah AI menjadi ancaman kepada keselamatan negara atau keselamatan siapa(?). Pada fikiran ambo ni, jika seseorang pemimpin itu betul-betul berwibawa apalah sangat AI yang pernah dilabelkan sebagai "tidak releven" itu. Hadapilah dengan cara yang BERETIKA tanpa menggunakan "senjata" yang istimewa. Barisan kabinet kan ada, boleh dibawa buat teman berunding. Perundingan bukan bererti menyerah. Yang disebutpun sudah jelas: PERUNDINGAN. Jika pelawaan berunding pun tidak sanggup dilayan, nampak sangatlah corotnya yang memimpin ambo. Itu baru cabaran dari yang seketurunan (takut pula nak guna "bangsa", nanti jadi perkauman), belum lagi dari keturunan yang berbeza. Ayuh!!! Bangunlah pemimpin ambo tunjukkan daya kepimpinan sejati. Kita daulatkan tanahair tercinta di mata pelabur-pelabur yang dikatakan menjauhkan diri angkara AI.
    Kita pula sama-samalah kita Muslimin & Muslimat mengambil kesempatan beramal sempena lailatul qadar yang dijanjikanNya. Moga-moga amalan kita hari ini adalah yang terbaik, insyaALLAH.

    ReplyDelete
  21. Anonymous11:25 AM

    The problem with many politicians is that they do not mean what the say.When Pak Lah exchanged his ministerial porfolio with Najib , what he said was 'this is part of the power transfer deal". But what actually meant was " Najib is academically more qualified than I am to handle economic and financial affairs". Cakap straight lah, dont pusing-pusing!

    ReplyDelete
  22. Anonymous11:55 AM

    Usah dipertikai keputusan Pak Lah bertukar jawatan dengan Najib. Pak Lah ada strategi sendiri dan yang pastinya Pak Lah nak menilai Najib untuk hal berkaitan kewangan negara. Itulah sebabnya mereka bertukar jawatan. Walaubagaimanapun, tindakan ini memang akan mengundang persepsi buruk dari pihak pembangkang...

    ReplyDelete
  23. Mohon maaf kepada semua,

    Saya tidak akan menyiarkan ulasan yang merujuk kepada penggunaan Angkatan Tentera Malaysia/Kementerian Pertahanan untuk tujuan politik seperti merampas kuasa.

    Bukan kerana saya takutkan ahli politik, tetapi kita tidak boleh babitkan ATM atau buat andaian yang negatif terhadap ATM.

    So, all comments that refer to rampasan kuasa or coup d'etat will not be published.

    Causing fear and anxiety can be construed as an act of sedition.

    Bukan mudah melancarkan rampasan kuasa tentera dan bukan sesuatu yang hendak kita galakkan di Malaysia.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  24. Anonymous12:56 PM

    Dato,

    Harap boleh jawab soalan saya sebagai generasi muda yang agak keliru dengan keadaan semasa.

    Dato pula sebagai orang yang jauh lebih tua, berpengalaman dalam MSM dan politik dan sosial negara.

    s1> Kenapakah orang orang tua di zaman sekarang sudah hilang rasa malu mereka kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.

    s2> Kerap kali orang orang tua menasihati orang muda agar berakhlak mulia demi keluarga dan masyarakat setempat, tetapi mereka sendiri menjadi contoh yang buruk kepada generasi muda

    s3> Apakah yang menyebabkan orang orang tua sekarang menjadi contoh yang tidak baik kepada kami.
    Adakah salah ajaran ibu bapa mereka, sistem pendidikan dulu atau persekitaran dan pendedahan media sekarang

    s4> Apakah sekolah agama di zaman Dato dulu begitu longgar syllabus nya hingga orang orang tua sekarang walaupun tahu hukum hakam dan halal haramnya sesuatu benda, tetapi mereka boleh berbuat sesuka hati tanpa ada rasa berdoa.

    s5> Bolehkah orang orang muda menegur orang tua yang tidak berakhlak ini walau kami lebih muda dan kurang pengalaman dari mereka sedangkan kami lebih berakhlak dari mereka.

    Bagaimana kah caranya menegur orang orang tua ini agar mereka sadar dan malu dengan diri sendiri.

    s6> Bolehkah orang orang tua seperi yang di sebut diatas baik dari pemerintah atau pembangkang menjalani satu ujian sivik yang ketat sebelum mereka boleh memegang jawatan dalam masyarakt, agama dan negara.

    Saya harap benar jawapan Dato.

    ReplyDelete
  25. Anonymous1:29 PM

    pak lah ni bukanlah seorang "thinker" macam TDM, dia cuma copyright dari TDM konon mahu jdi MoF macam TDM dulu ler..ada pun DrM meminta pandangan dari pakar2 dan lepas tu buat homework, kaji, teliti dan kalu puas hati baru endorse dan kalu dak reject saja, sebab itu hasilnya excellent, tapi pak lah bukan macam tu dia tanya penasihat, nak buat macamna ni? lepas itu ikut ckap "consultant" lah, sebab memang pak lah ni "tidur" kalu tidak ekonomi dan politik negara tak lah jadi teruk mcm ni..dan dia mmg langsung tak layak jadi MoF..melainkan orang tua ni ada agenda sendiri, dan lagi buat apa pegang MoD? satu jawatan PM pun dah tak boleh handle..macam lah dia tu genius serupa Dr M..

    ReplyDelete
  26. Selamat menjawat jawatan untuk Najib - Worst crisis since the 1930s
    The financial crisis that began 13 months ago has entered a new, more serious phase. » What needs fixing

    WaMu sale? World markets fall Where Uncle Sam gets bailout money

    ReplyDelete
  27. Salam Dato'

    Isu tukar kementerian ini hangat dibincangkan dalam The Star Blog On-Line dan ia mengundang sinis dan lawak jenaka kepada para pembaca.

    Ini bukan soal tukar kereta, baju atau barang lain yang mana bila dah bertukar boleh basuh dan guna balik. Ini melibatkan perancangan jangka panjang dan integriti kementerian masing-masing.

    Di mana letaknya perancangan atau pun handing over notes/ report? Adakah PM atau DPM arif dalam bidang masing-masing.

    Usah pandang terlalu jauh, lihatlah jiran kita di Singapura yang mana kebanyakan menterinya lulusan universiti ternama dengan kepujian dan ada yang lulus degree kelas pertama. Yang penting kelulusan beliau adalah dalam bidang kementerian masing-masing.

    Kat Malaysia, jawatan Menteri berdasarkan unsur kesian dan juga tekanan kuota. Tak dapat jawatan menteri lantik penasihat.

    Macam mana nak maju ke depan. Zaman dah berubah tapi mentaliti PM dan DPM masih di takuk lama.

    ReplyDelete
  28. Sdr “gen 2 yg keliru” bertanya beberapa soalan yang subjektif. Saya cuba jawab. Mungkin subjektif dan mungkin sedikit sebanyak objektif jawapan saya.

    s1> Kenapakah orang-orang tua di zaman sekarang sudah hilang rasa malu mereka kepada masyarakat, bangsa, agama dan negara.

    J: Bukan semua macam itu. Yang membuat Sdr berasa begitu mungkin berlandaskan tingkah laku golongan yang berstatus celebrity termasuk orang politik. Dan bukan semua orang politik macam itu.

    s2> Kerap kali orang orang tua menasihati orang muda agar berakhlak mulia demi keluarga dan masyarakat setempat, tetapi mereka sendiri menjadi contoh yang buruk kepada generasi muda.

    J: Nasihat yang baik hatta daripada orang yang tidak baik pun kalau diikuti akan membawa kebaikan. Kalau banduan kata jangan buat macam dia dan kita ikut nasihat dia, InsyaAllah kita tidak jadi banduan.

    s3> Apakah yang menyebabkan orang orang tua sekarang menjadi contoh yang tidak baik kepada kami.
    Adakah salah ajaran ibu bapa mereka, sistem pendidikan dulu atau persekitaran dan pendedahan media sekarang

    J: Pun bukan semua macam tu. Orang dulu lagi ketat dan tegas akhlak dan disiplinnya. Saya dirotan oleh guru dan ayah saya. Ayah saya pernah mencampakkan saya ke dalam kubang kerbau kerana saya bergaduh dengan kakak saya dan mencarut. Tak lulus peperiksaan pun kena rotan atau dihukum cuci tandas sekolah. Saya rasa semua itu.

    s4> Apakah sekolah agama di zaman Dato dulu begitu longgar syllabus nya hingga orang orang tua sekarang walaupun tahu hukum hakam dan halal haramnya sesuatu benda, tetapi mereka boleh berbuat sesuka hati tanpa ada rasa berdoa.

    J: Malah lebih ketat daripada sekarang. Kita pergi sekolah agama setiap hari sebelah petang lepas sekolah biasa. Malah kita lebih prihatin mengenai haram dan halal sebab waktu itu kena belajar dan kena tahu sebab tidak ada logo halal atau amaran jangan berjudi macam sekarang. Kita pergi ke rumah kawan Cina kita. Kita tak makan babi. Tapi kita minum air menet (lemonade) dan kacang goreng. Kita tak muntah tengok kepada anak babi atas meja sebab kita biasa dengan babi. Babi berkeliaran di kampung kita. Babi ternakan dan babi hutan.

    s5> Bolehkah orang orang muda menegur orang tua yang tidak berakhlak ini walau kami lebih muda dan kurang pengalaman dari mereka sedangkan kami lebih berakhlak dari mereka.

    J: Boleh. Tapi kenalah dengan cara yang baik. Dengan sopan santun, berlapik. Saya selalu kena kritik dek anak-anak saya. Ada secara mulut, ada dengan surat dan ada dengan e-mel. Saya suka kalau anak-anak muda cerdik, tertib dan berakhlak. Tapi sekarang ni saya tengok ramai orang muda tidak pandai berbahasa. Jadi bila dia nak tegur, bunyinya keras dan kasar.

    s6> Bolehkah orang orang tua seperi yang di sebut diatas baik dari pemerintah atau pembangkang menjalani satu ujian sivik yang ketat sebelum mereka boleh memegang jawatan dalam masyarakt, agama dan negara.

    J: Ujian paling mutakhir adalah sama ada pengundi dan masyarakat terima mereka atau tidak. Sebab itulah generasi muda perlu banyak membaca dan mengkaji sejarah untuk mengetahui pemimpin mana yang baik dan pemimpin mana yang tidak. Dengar ucapan dan tonton DVD atau Utube saja belum cukup.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  29. salam dato'

    kita sibuk merencana dunia, hingga tertinggal yg akhirat. apa2 pun, bagi saya, politik malaysia terlalu fishy, hanyir.

    Kemana hala tujunya negara kita sekarang, pastinya anda pun kabur, Contoh terbaik, mari kita lihat adalah negara jiran kita, Indonesia. Bapak SBY, alhamdulillah amat mementingkan anjakan paradigma dalam nilai sosial dan akhlak bangsanya, memerangi rasuah sehingga akar umbinya, setiap yg bertanggungjawab, menunaikannya tanpa rasa penting diri, hanya keredaan kepada Allah, Agama dan kemajuan bangsa.

    Kita, negara malaysia. everything about politics are very fishy, hanyir, rasuah berleluasa dan amat terang-terangan, yang kaya, makin kaya, yg sederhana makin mundur. Sandiwara semasa, perbalahan sesama sendiri amat merugikan bangsa, yg lain menonton sambil mengekek ketawa, mereka hanya menunggu masa.

    Balik2 setiap isu yang hangat tak lain tak bukan berlandaskan rasuah. Pemimpin dikalangan penyangak, Lunas2 agama berlandaskan Quran dan Hadith di permain-mainkan. Bangsa kita makin terhimpit, Ekonomi meruncing, Kerja tiada, Tanah dah tergadai. Aklak dan sosial generasi muda? Entah lah!!

    Hala tuju malaysia kini, bagi saya amat kelabu.

    ReplyDelete
  30. Anonymous3:11 PM

    Scribe,

    Khairy J itu hebat!
    Muda kaya pintar sihat - bukan macam si-botak anak TunMahathir tu.
    Mukhriz AKAN jatuh terduduk(tetapi bisa bangun semula dan jadi lebih merbahaya selagi orang tuanya ada).

    Apa kena mengena sekarang baru khairy istiharkan mahu bertanding dengan najib jadi mof1?

    Bab ekonomi dunia itu bab hampir dua trillion wang kertas US yang tak laku tetapi dibuat-buat laku dek pak presiden dan para jeneral mereka. macam mana rupanya perangai pasaran bila deficit US mencecah tiga trillion?

    Maaf kerana bahasa kurang sempurna - almaklumlah, ramadhan ini kadang-kadang macam 'high' pun ada, Scribe - contoh, orang rumah sebut kunci kita bawa anak kunci dia kata bukan itu!? rupa-rupanya mangga(atau tala) yang dimaksudkan...nak salahkan siapa. Janji jangan rugi puasa.

    Selamat berpuasa dan berbuka kepada semua yang berpuasa dan mahu berbuka.

    ReplyDelete
  31. Anonymous4:03 PM

    Salam Dato

    Keakhiran pentadbiran Barisan Nasional sudah tiba.

    Sidang parlimen kecemasan telah diminta.

    Ini bukti yang tidak boleh dinafikan bahawa Anwar sudah ada sokongan yang mencukupi.

    Mari kita sama-sama berdoa Dato dan para pembaca agar pada bulan Ramadhan ini perubahan kuasa berlaku dengan tenang, aman, dan damai tanpa sebarang kucar-kacir atau tindakan zalim.

    ReplyDelete
  32. Anonymous4:20 PM

    Pelik lagi memelikkan?

    Assalamualaikum semua,

    Pertukaran portfolio bermanfaatkah? Hal ini dicanang oleh Pak Lah betul-betul selepas 16September dan tetiba SAPP pula keluar daripada BN.

    Sejujurnya, penulis tidak nampak signifikasi perubahan portfolio lebih-lebih lagi Najib Tun Razak tidak pernah berada dalam Kewangan. Berbeza dengan Anwar walaupun hanya mempunyai latar belakang Pengajian Melayu, tetapi pandai beretorik (sekali gus memikat pelabur); Najib pula biasanya membuat keputusan yang sangat menggembirakan rakyat. Walaupun zamannya di sesebuah kementerian ibarat menjadikan kementerian tersebut sebagai guinnea pig (subjek eksperimentasi; penulis kira sebenarnya semua menteri begitu)beliau kerap membuat keputusan yang sangat menggembirakan rakyat.

    Hari ini, komposit telah jatuh ke tahap kurang 1000 mata dan ahli politik masih lagi membincangkan peralihan kuasa, penggulingan kuasa, siapa yang sepatutnya berkuasa, keluar parti dsb...; lebih teruk daripada krisis 98/99. Penulis sangat risau dengan perkembagan ini.

    Penulis cadangkan Yang DiPertuan Agong dan Sultan-sultan mengambil peranan dalam hal ini kerana keadaan akan bertambah kritikal andai tidak diatasi. Sudah tiba masanya baginda-baginda melakukan sesuatu agar kita tidak akan menjadi seperti negara-negara serantau yang terlibat dalam perang saudara.

    Pacal memohon ampun,
    Wassalam
    -WADAH-

    ReplyDelete
  33. Salam Dato',

    Berapa ye pencalonan yang diperlukan untuk layak bertanding jawatan Ketua Pemuda?

    p/s celoreng tentera ditukar dengan batik....lawak 4.32 petang.

    ReplyDelete
  34. Anonymous5:27 PM

    saya fikir Pak Lah dan Najib kedua-duanya tengah pening kepala...

    mereka akan guna apa jua cara utk "stay in Power", tangkap orang guna ISA, menyekat proses demokrasi dan hak asasi manusia. menyekat lawan dgn menangkap mereka.

    kedua-dua mereka ini tidak penting utk Masa Depan Malaysia...ramai lagi orang yg lebih layak memimpin Negara...

    ayuh...adakan pilihanraya semula..tegakkan demokrasi...berikan hak kepada rakyat menentukan masa depan mereka.

    ReplyDelete
  35. Anonymous6:31 PM

    Dato,
    sebagai orang lama yang telah berkhidmat dalam tentera saya rasa " coup detat" tu tak ada dalam kamus ATM kita. Cuba perhati motto ATM "gagah berani' tapi perhatikan pula motto RAMD ( kor Askar Melayu yang paling senior dan terbesar dalam ATM) " TAAT SETIA".
    tambahan pula orang Melayu moden sekarang ni mana ada darah Hang Jebat? ramai-ramai semuanya semangat "Hang Bertuah/Kaya". Jadinya saya berani kata ATM kita tidak akan membuat yang di luar tabii contoh yang paling baik selepas 13 Mei. Kalau ATM kita brnafsu tamak heloba jeneral-jeneral masa tu tak kan serah kuasa kepada Tun Razak. Jadi Dato tak perlu takut nak cerita keberanian ATM kita untuk rampas kuasa...jauh panggang dari api.

    Sang Setia

    ReplyDelete
  36. Anonymous6:52 PM

    Salam DAKJ

    Setuju saya dengan DAKJ

    Akhlaq di tuntut oleh ajaran Islam
    Pertuturan kita, body language dan cara kita menulis di blog ini juga, akan mencerminkan peribadi sesaorang.

    Lidah lebih tajam drpd pedang. Jauhi lah cerca mencerca antara satu sama lain walau pun ia benar berlaku atau di buat oleh sesaorang. Kita boleh menegur secara umum supaya tidak sampai mengaibkan makhluk Allaah di bumi ini walau pun dia bukan beragama Islam.

    The Importance of Manners

    Dalil

    Hadith - Bukhari's Book of Manners #286 and Ahmad

    Abu Huraira, r.a., said, "I heard Abu al Qasim (the Prophet saaws), say, 'The best among you in Islam are those with the best manners, so long as they develop a sense of understanding.' "

    Hadith - At-Tabaraanee collected it, and Albani authenticated it in Silsilatul-AHaadeethis-Saheehah (#432).

    The Prophet (saaws) said: "The most beloved of Allah's servants to Allah are those with the best manners."

    Hadith - Bukhari's Book of Manners # 285, Hakim, and Abu Dawud

    ... Abu Huraira, r.a., said that the Prophet of Allah, saaws, said, "If one has good manners, one may attain the same level of merit as those who spend their nights in prayer."

    Hadith - Bukhari's Book of Manners # 290, Tirmidhi, Ibn Majah, and Ahmad

    ... Abu Hurairah reported that the Prophet of Allah (saaws) said, "And what is most likely to send people to Paradise? Being conscious of Allah and good manners."

    Hadith - Bukhari's Book of Manners # 296, Muslim, Tirmidhi, Darimi, Abu 'Awanah, Hakim, and Ibn Hibban.

    ... Nawas ibn Sam'an reported that the Prophet of Allah, saaws, was asked about doing good and evil. He replied, "Doing good is having good manners. Doing evil is what troubles you inside and what you would not like others to know about."

    Hadith - Bukhari's Book of Manners #360, Abu Dawud, Tirmidhi, and Hakim

    The Prophet of Allah, saaws, said, "He who does not show mercy to our young or show esteem for our elders is not one of us."

    ReplyDelete
  37. Anonymous7:02 PM

    Scribe,

    Three Sen Thots
    (at zero percent interest)

    Sementara itu Ahli Parlimen Seputeh yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah mengemukakan saman terhadap Utusan Malaysia, pengarang kanannya Zaini Hassan dan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo “kerana menjadi punca penahanannya.” - :O :)

    (One Sen thot: penahanan itu sah atau tidak, Scribe? Terima kasih kerana free advert untuk mereka yang berkenaan, YB Teresa)


    Jadi sangat eloklah pada ketika ekonomi negara dan dunia diancam krisis ini jawatan Menteri Kewangan dipindahkan kepada seorang yang lebih tahu

    (Two Sen thot: rasa saya Tun M mahupun Daim lebih arif dari Najib dan Nazri dan bertapa pula dengan mainan interest rates:

    Bank trims China interest rates

    Beijing has introduced a number of measures to halt food price rises China's central bank has cut interest rates for the first time in six years amid growing turmoil in global financial markets.

    The key lending rate will fall to 7.2% from 7.47% with effect from Tuesday, while the amount of cash most banks must keep in reserve was cut by 1%.

    The surprise move comes as US bank Lehman Brothers files for creditor protection and world shares tumble... Grain and pork shortages had pushed consumer prices to 11-year highs earlier this year, but government measures have helped to bring this figure down to 4.9% in August - a 14-month low.

    This enabled Beijing to cut interest rates to boost consumer spending and offset a decline in demand for exports as the global economy slows.)

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  38. Anonymous7:24 PM

    Dear Kadir.

    Saya ingat kita boleh belajar dari Zimbawe dalam menyelesaikan kemelut Politik kita.

    Apa kata kita Cadangkan kan Abdullah jadi President Malaysia United dan Anwar jadi Perdana Menteri.

    Kata orang putih win win situation.

    ReplyDelete
  39. Anonymous8:55 PM

    Datuk,

    I thought i would see the day when the PM kena belasah oleh Anwar Ibrahim dalam Parlimen when the time comes for debat ke atas budget 2009. Nampaknya Najib kena berdepan dengan Anwar...and it would good reason to dismiss najib kalau dia gagal menahan tentangan Anwar..

    Trg21200

    ReplyDelete
  40. Anonymous10:53 PM

    Askum Datuk. Apa pandangan datuk sekiranya wujud perebutan kuasa dalam pemilihan UMNO akan datang. Adakah Pak Lah boleh survived spt tahun 87? Apa yang Pak lah nak takutkan...kalau ada yang nak lawan dia, lawan je lah. Ini tak, peralihan kuasa lah konon! pastu pertukaran jawatan lah.Pak Lah belum tentu kalah kalau pun wujud pertandingan untuk jawatan tertinggi nanti,,

    ReplyDelete
  41. Anonymous10:54 PM

    Dato,

    Semenjak Pak Lah menjadi PM dan Menteri Kewangan, kita byk dihidangkan dgn cerita tentang campur tangan Singapura dalam ekonomi Malaysia.

    Semlm kita dikejutkan dgn cerita pertukaran portfolio Pak Lah dan Najib, risau jugak hati ini jikalau selepas ini kedengaran cerita tentang campurtangan jiran kita yg satu tu dalam hal ehwal pertahanan negara kita ni.

    Apa kata Dato...

    Salam Aidilfitri
    d`gOdaM

    ReplyDelete
  42. Anonymous11:13 PM

    Salam DKJ & Pembaca sekalian.
    1. Rombakan kecil kabinet boleh diandaikan ke arah peralihan kuasa dari AAB kepada DS Najib juga boleh diandaikan perangkap yang akan 'membunuh' politik DS Najib,masa penyerahan dalam suasana ekonomi dunia dan negara yang sangat tak menentu..?
    2. Tuduhan PM terhadap DSAI sebagai ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara amat berat dan perlu dibuktikan kebenaran tuduhan tersebut.JIka tidak rakyat akan memulangkan kembali beban tuduhan tersebut kpd PM yang sememangnya dikatakan oleh orang-orang UMNO,BN dan pembangkang sebagai PM 'lemah' dan tidak berwawasan.
    3. DSAI dituduh 'PENIPU' kerana gagal mengotakan janjinya untuk mengambil alih kuasa 16/9,Tetapi perlu diingat BN berjanji sblm PRU 12 tidak akan menaikan harga minyak dan janjinya Malaysia selamat, aman dan makmur tidak ditunaikan, tidak kah ini juga 'PENIPU'?
    4. SAPP keluar BN, Zaid lepaskan jawatan menteri semuanya 'beban' dan moralnya BN semakin lemah dan kelihatan sangat lemah.
    5. Pertembungan sengit dalam Pemuda UMNO pastinya mewujudkan perpecahan tak kira siapa yang akan memenanginya.UMNO bertambah lemah dan terus lemah.
    6. Keyakinan PR menggesa PM mgadakan sidang Parlimen untuk dibuat undi tidak percaya sekali pun ditolak oleh PM telah memberi Credit kpd DSAI/PR 7. sokongan pimpinan PAS terhadap senarai nama MP yang akan menyeberang menambahkan keyakinan rakyat kepada DSAI/ PR.
    8. Penolakan PM dari bertemu dengan DSAI juga memberi kelebihan kepada DSAI/ PR.
    9. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kestabilan, kemakmuran, saya menyeru kepada semua agar kita bersikap matang dalam menerima sebarang perubahan sekiranya berlaku dan jangan sekali-kali cuba mewujudkan susana tegang dan kecoh.
    10.Apa juga yang akan berlaku saya sangat berharap Islam dapat dijelmakan dalam kehidupan bekeluarga,bermasyarakat dan bernegara.
    Salam Ramadhan.
    afja02.

    ReplyDelete
  43. Dato'..Secara peribadi sy merasakan bhw Dato' Najib lebih layak mememgang jwtn Menteri Kewangan berbanding DSAAB..
    Namun, sejauh manakah kredibiliti Dato' Najib jika dibandingkan dgn Tun Daim mahupun DSAI yg prnah memangku jwtn ini..
    Ape pun sy sgt berharap kekusutan ekonomi ini dpt diatasi dgn bijak..
    Sekian..

    ReplyDelete
  44. Anonymous7:56 AM

    Salam Datuk dan semua,

    Saya melihat pertukaran kementerian ini sebagai satu cara Abdullah untuk:

    1. Melepaskan diri dari kecaman rakyat akibat kegagalan beliau menguruskan ekonomi dan kewangan negara yang kian gawat.

    2. Helah Abdullah dan keluarganya untuk menolak peralihan kuasa 2010, atas alasan Najib gagal menguruskan ekonomi negara. Perlu diingat, Abdullah boleh menuduh kegagalan calon BN di Permatang Pauh adalah berpunca kegagalan Najib mengepalai kempen pilihanraya kecil tersebut. Kempen tersebut juga mencetuskan kontroversi akibat ucapan yang dianggap menghina kaum Cina oleh Ahmad Ismail dihadapan Najib sendiri. AKibatnya Najib terpaksa memohon maaf.

    3. Abdullah memegang kementerian pertahanan. Satu kementerian yang 'kaya' dan mempunyai sumber risikan. Banyak projek yang melibatkan billion ringgit ada di kementerian ini. Abdullah dan keluarganya tidak akan membiarkan ini terlepas kepada Najib dan kerabatnya.


    Yang pasti, kedudukan politik Najib amat kritikal. Najib sewajibnya sedar, janji peralihan kuasa 2010 hanyalah janji politik. Jika Najib tidak bijak menongkah arus, sejarah Mahathir menyingkirkan Anwar pasti akan berulang. Ada dua scenario yang Najib mesti faham:

    1. Sekiranya Najib setuju dengan peralihan kuasa, besar kemungkinan beliau akan disingkirkan sebelum 2010.

    2. Jika beliau bertanding jawatan Presiden UMNO, dia mesti melakukan strategi untuk menjatuhkan imej Abdullah di mata ahli UMNO yang boleh mengundi.


    Sejujurnya, dikelilingi oleh keluarganya yang masih muda, saya tidak nampak Abdullah akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib pada 2010 nanti. Abdullah pasti faham, bagaiman mudahnya Najib boleh memungkiri perjanjian/ persetujuan, bila Najib memegang nanti. Beliau melakukannya kepada Mahathir, contohnya perjanjian/ persetujuan jambatan bengkok ke Singapura.

    Bila memikirkan keadaan politik negara, saya sedih dengan permainan politik yang kotor ini. Kuasa adalah dorongan yang cukup menakutkan. Kuasa tidak dianggap sebagai amanah berat yang dipikul dengan bijaksana, sebaliknya sebagai peluang besar untuk hidup berkuasa dan kaya raya.

    Walahualam.

    ReplyDelete
  45. Anonymous8:37 AM

    Sdr. mr.,

    Semasa Anwar jadi MK, ekonomi negara dalam keadaan baik dan mengembang. Kalau jawatan tu diberi kepada mana-mana Menteri pun, semuanya ok.

    Tapi bile krisis kewangan melanda negara pada tahun 1997, Anwar gelabah. Tak tau apa nak buat.

    World Bank & IMF jadi guru dan pakar bagi Anwar. Malangnya priskripsi yang orang putih bagi salah. Malah ia bolih mematikan sipesakit. Tapi Anwar terima jugak pasal nak tunjuk ia ikut nasihat pakar.

    Anwar tidak tau menilai sendiri keadaan ekonomi semasa dan membuat rangka penyelesaian. Kalau dibanding dengan Pak Lah, Anwar terror sikit dari segi lagi pandai bercakap. Tapi takat tu je!

    Sekian.
    Dari Borneo ke Minang

    ReplyDelete
  46. Datuk,

    Dengar kata Datuk Seri Abdullah sudah tiada pilihan lagi terpaksa bersetuju untuk serahkan jawatan kepada Dato' Seri Najib dalam masa terdekat ini.

    Kalau dia degil juga, mesyuarat bahagian nanti dia orang akan calonkan Najib lawan dia.

    Bolehkah Najib lawan dia?

    ReplyDelete
  47. Anonymous11:53 AM

    Dato,

    Kita sokong keberanian MT UMNO, walaupun bertahun lewat, yang akhir sekali tegas meminta Presiden parti berundur pada mesyuarat MT 18hb Sept.

    Soalannya sampai bilakah presiden akan berdegil dan enggan berundur?

    Antara tarikh yg disebut ialah 9hb Oktober ia itu tarikh mulanya pencalonan pada peringkat Bahagian UMNO bermula. Sebabnya ialah kemungkinan besar tiada Bahagian yang akan mencalonkan semula presiden parti. Amat malu dan amat teruklah kesannya jika perkara ini berlaku kpd seorang presiden parti.

    Saya rasa semua ahli parti, Ahli MT, Menteri UMNO dan Ketua Bahagian perlu melakukan sesuatu secara senyap tetapi drastic utk memberi signal kpd presiden bhwa waktunya sudah tiba bagi beliau mengundurkan diri.

    Contohnya semua ahli parti, ahli MT, Ketua Bahagian dan Menteri UMNO patut memboikot Rumah Terbuka Presiden yang bakal diadakan pada Hari Raya ini - ia itu hanya 11 hari lagi.

    Ini akan memberi satu signal yang cukup kuat kpd presiden bhwa kehadiran beliau sebagai presiden tidak lagi disambut oleh sesiapa pun malah hanya menimbulkan kebencian semua orang.

    Ali Mohamed

    ReplyDelete
  48. Y. Bhg. Datuk,
    Kemelut berterusan yang kini sedang masyarakat Malaysia perhatikan adalah sesuatu yang sebenarnya berpunca daripada kepimpinan itu sendiri. UMNO misalnya, memiliki ramai mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing (Y. Dihormati Tun Dr. Mahathir Mohamad - Arkitek Malaysia Moden, Y. BHG. Tun Daim, YM. Tengku Razaleigh -sekadar menyebut beberapa nama)tetapi mengapakah mereka ini tidak dilantik sejak dari dahulu lagi sebagai penasihat. Persoalan dibayangi legasi pemimpin terdahulu patut diketepikan, ini kerana negara kita masih di dalam proses pendakian untuk menjadi sebuah negara maju. Mungkin kerana negara kita masih belum maju maka itulah sebabnya pemimpin-pemimpin utama negara masih belum bersedia untuk melepaskan jawatan politik yang dipegang oleh mereka. Jika di negara barat dan Asia Maju (Jepun) mereka pastinya akan melepaskan jawatan sebagai tanda bertanggungjawap terhadap sesuatu isu, tidak kira membabitkan politik, ekonomi, mahupun aspek sosial. Persoalan yang berkisar dengan usaha YB Dato Seri Anwar Ibrahim menuju ke parlimen (Malaysia Baru) mungkin telah lama berkubur sekiranya langkah drastik diambil sehari selepas keputusan pilihan raya diumumkan iaitu pada 9Mac yang lalu. Mungkin ketika sampainya 2020 negara kita mungkin telah maju tetapi pemikiran masih bercorak lama.

    ReplyDelete
  49. Salam Datuk AKJ,

    awal mula pertama mula,
    "this whole mess up could have been prevented IF the premier choose to step down right after he lost 2/3 in parliament!"

    Saya percaya angka 148 MP mewakili dua pertiga parlimen amat memainkan peranan dalam halatuju kekuasaan tanahair. Benar sekali kata TDM tetapi sayang semuanya terlambat kerana manusia sememangnya punya ego masing2.

    saya bersetuju bahawa pertukaran ini lebih kepada 'a way to diffuse' serangan demi serangan dari kem Datuk Seri Najib apabila timbul soal peralihan kuasa harus dipercepatkan. Nah skrang Datuk Najib mampu tersenyum mendapat 'the most powerful ministry but with a lil bit sacrifice' - tidak akan menentang penjawat presiden. Sungguh mudah pembesar2 kita mencatur kuasa rentetan untuk terus berkuasa tanpa mengambil kira pekikan dan luahan hati rakyat yang terus digamit kesempitan.

    Bagaimana rakyat tidak terpanggil untuk menyokong DSAI kalau beliau menyediakan alternatif untuk keluar dari cengkaman kesusahan itu? biarlah ianya merupakan retorik tipikal beliau namun beliau tidak pernah 'give up' memberi harapan.

    datuk,
    berlainan sekali dengan pembesar BN yang sungguh2 mementingkan pundak kuasa. Portfolio ditukar tanpa ada policy baru yg diketengahkan. Harapan saya, Menteri Kewangan 1 yang baru akan menjadi menteri kewangan total dan bukan bergantung harap semuanya kepada menteri kewangan 2.

    Datuk AKJ,
    apa yang menyedihkan saya adalah semua ini berlaku hatta kerana YAB PM mahu terus berada di tampuk kuasa biarpun beliau bukan lagi calon popular. Lebih menyedihkan, seperti kata saudara Insider, parlimen tasek gelugor telah di'korban'kan hatta kerana YAB PM tidak mampu kehilangan MK2 untuk membantunya dan saat MK2 hanya seorang senator sudah hampir lanjut tempoh penggal memerlukan kawasan parlimen utk ditandingi maka calon parlimen TG yang lain telah dikorbankan... hasilnya sekrang, MK2 hanya membantu YAB PM (sebagai MK1) hanya untuk 5 bulan!?

    Saya amat pasti Datuk Seri Najib sebagai MK1 tidak memerlukan begitu banyak bantuan dari MK2 kerana saya percaya Datuk Seri Najib mesti berani mengeluarkan polisi ekonomi sendiri utk menyelamatkan negara demi menunjukkan beliau bersedia mentadbir negara.

    Itulah harga yang terpaksa kami bayar di parlimen Tasek Gelugor lantaran 'kebijaksanaan' sang utama (PM)

    ReplyDelete
  50. Anonymous4:11 PM

    Ybhg Dato,
    Najib ke siapa ke yang dilantik jadi Menteri Kewangan hanya memerlukan sedikit latar belakang ekonomi... .dan keikhlasan untuk kerja kuat, yang pentingnya siapa penasihat dan adviser beliau.....kalau najib salah pilih adviser dan staf maka hancurlah ekonomi Malaysia. Harap-harap budak gelojoh tingkat 4 tu dibuang dari menjadi penasihat tentang kewangan dan pembangunan negara. Najib patut halusi balik rancangan coridor dan lain-lain rancangan yang Pak Lah dah rancangkan. Sekiranya tak mengikuti blue print Tun M, batalkan saja, ikut pelan Tun M balik.
    Untuk DSAI tu harap kerajaan tak tangkap dia atas ISA kerana itu lah yang Anuar ni hendakkan agar ia jadi popular balik di mata dunia......biar dia dibicarakan dalam kes Saiful. Biar dia dengan angan-angan beliau untuk jadi PM.....kalau diberkati Allah jadilah PM......seronok juga tenguk tingkah laku orang politik dengan cita-cita nak jadi PM. Rakyat macam saya ambil perkara ini sebagai hiburan.....kerana nak percayakan dan harapkan orang politik untuk bekerja kuat untuk rakyat dan negara dah tak ada, semuanya untuk kepentigan sendiri.....sedih...apa yang dibina oleh pemimpin lama Umno akan berkubur dengan keadaan sekarang.Bagi Pak Lah saya juga sedih tenguk dia tapi sedih lagi kalau dia tetap berdegil nak jadi PM.Pandang-pandang lah cermin dan tanya pada diri sendiri.
    Helang79

    ReplyDelete
  51. Anonymous4:21 PM

    Know the Difference: Transition, not Handover.
    For the moment, the UMNO leadership crisis appears to have been averted with the announcement of the cabinet portfolio swap between Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and his Deputy Dato’ Seri Najib Tun Razak. As recently as last week, analysts and commentators were anticipating Najib to make a move on the Presidency before the year’s end. And why would they not? After UMNO Vice President Tan Sri Muhyiddin Yassin rekindled the debate about Abdullah’s position, Najib appeared to position himself for an assault on the post when he remarked that the divisions should decide for themselves when the transition should occur – essentially informing that he was more than ready to receive nominations for the post of Party President.

    But with the portfolio swap, Najib may not see a need to gun for the Presidency – and by implication Premiership of the country – so soon. Notwithstanding the fact that a transition of power is, as Abdullah quipped, a process and not something carried out overnight, Abdullah must be credited for such a bold move. Skeptics have characterised it as a calculated political decision to neutralise any potential threat from Najib. Political considerations there definitely were, but by paving the way for Najib to take helm of the Ministry of Finance, Abdullah has also demonstrated magnanimity and sincerity to groom his successor for the top job in 2010.

    Being Prime Minister with little experience in managing the country’s economy will likely prove a mammoth task for anyone. And as it turns out, Najib is no ordinary figure with an ordinary past. With ample ammunition for the Opposition to take aim at his credibility – the SAS (Sukoi, Altantunya, Submarine) scandals spring to mind as illustrations – a Najib administration could use a head-start in spearheading economic recovery at a time when global financial uncertainty is affecting countries in this region, too.. It is further also to Najib’s convenience that the Budget for the year 2009 has just been announced with much of the implementation left for him to oversee. As such, Najib does not have the baggage of others’ inefficiency to contend with – a prevalent concern whenever an economic plan is carried out.

    As things, at least for the time being, cool down with regards to any contest for the Presidency of UMNO, it would be interesting to see Tun Dr.. Mahathir’s next move. Commanding a yet formidable following, his end-game for quite a while now is to unseat Abdullah as Prime Minister. His peculiar friendships with Tengku Razaleigh, Muhyiddin and Najib are telling – those individuals are all nothing more than instruments to his ultimate goal: the downfall of Abdullah.

    Ultimately, Abdullah’s supporters will hope that the PM’s move will be repaid with loyalty by Najib. Even to many who may not be Abdullah’s biggest fans are wary of the damage that an open contest will cause the party. Even they would gladly take two more years of Abdullah over the prospect of an internal split that will likely occur should we witness a repeat of the embarrassment suffered by the late Tun Ghafar Baba at the hands of a ruthless Machiavellian by the name of Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  52. Dah aman sekarang tak tahu bila nak kecoh lagi si Anuar tu. Mungkin tengah cari idea lah tu.

    ReplyDelete
  53. Anonymous5:01 PM

    Sdr Ali, mana demokrasinya dalam UMNO sekira Najib naik terus mengganti? Setakat marah pada Abdullah saya faham tetapi kelambu tu jangan dibakar. Najib ini nyamuk juga.

    Silalah calunkan Najib sebagai calun Presiden dahulu dan siapakah calun Timbalan Presiden?

    Saya katakan lagi nasib buruk orang melayu dan tanah air kita di bawah kepimpinan Najib lebih teruk.

    Mungkin di bulan ramadhan ini saya tidak berfikiran waras tetapi apa yang sdr Ali syorkan kepada ahli UMNO yang lain kurang manis. Ini bersandarkan kedudukan kamu sebagai seorang ahli UMNO juga.

    ReplyDelete
  54. Sdr Mardiah,

    Saya betul-betul sukakan komen sdr yang sinis itu.

    Tetapi saya mohom maaf tidak boleh siarkan.

    Saya rasa rojokan kepada orang tertentu sebagai hodoh, gemuk, guna ilmu hitam dan sebagainya kurang manis.

    Boleh sdr rombak? Please!

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  55. Sidang parlimen kecemasan telah diminta.

    Ini bukti yang tidak boleh dinafikan bahawa Anwar sudah ada sokongan yang mencukupi.
    ...................................

    walaupun palimen bersidang, undi tidak percaya dibangkitkan, pengundian dijalankan, pembangkang tetap tidak mendapat majoriti, undi tidak percaya gagal.

    apa kata Anwar ? Kerajaan telah mengenakan tekanan dan merasuah MP MP yang kononnya pada peringkat awal telah besetuju menyokongnya, pembangkang di sabotaj, demokrasi sudah mati di Malaysia..itulah Anwar yang tidak sudah2..

    Anwar hanya menunggu dipenjarakan supaya tetap nampak 'hero' dan menyelamatkan kegagalannya 'berbohong' kepada penyokong dan rakyat.

    Kasihan kepada azizah dan anak2nya yang terpaksa mengutip sisa sisa penipuan anwar.

    ReplyDelete
  56. Anonymous11:41 PM

    dear dato'

    any chance to bring tun daim as an advisor or minister

    shahnan

    ReplyDelete