Majlis Perpaduan Boleh Selamatkan Umno
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[Dirombak dan diperbetulkan]
UNMO sudah rosak dan dirosakkan begitu rupa sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu sehingga ramai ahli dan penyokongnya sendiri sudah bersedia untuk menerima kematiannya.
Soalnya adakah wajar Umno dibiarkan mati semata-mata kerana pucuk pimpinannya tidak lagi berkesan atau percubaan dibuat untuk menggantikannya dengan kepemimpinan yang lebih berwibawa?
Apa yang sedang berlaku di dalam Umno Pulau Pinang dan di antara Umno dan Gerakan di negara Perdana Menteri itu sekarang adalah sangat berbahaya dan sekali gus membuktikan bahawa Abdullah Ahmad Badawi sudah hilang kuasa moral (moral authority) untuk terus memimpin.
[Update, 11 Sept.]
MAJLIS Tertinggi (MT) Umno 10 Sept memutuskan Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.
Keputusan itu dibuat mesyuarat khas MT selama tiga jam di ibu pejabat parti itu di ibu negara.
Ketika mengumumkan keputusan berkenaan Abdullah berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan oleh parti-parti komponen BN.
Mengulas tindakan itu, Ahmad mempertahankan tindakannya dan berkata dia tidak akan memohon maaf malah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
[Sambungan Posting Asal]
Namun, soalnya adalah sekiranya Umno sudah begitu tenat dan tidak dapat diselamatkan lagi, parti manakah yang boleh diharapkan mengambil alih peranannya sebagai parti induk politik pelbagai kaum negara kita ini?
Pas? DAP? PKR?
Bolehkan Pas sebagai parti Islam menerima dominasi DAP yang berupa parti sekular yang berteraskan masyarakat Cina atau sebaliknya?
Bolehkah Parti Keadilan Rakyat dengan kepelbagaian kaum, agama dan ideologi merentasi dan mengatasi ujian yang telah menggagalkan parti pelbagai kaum sebelum ini seperti Parti Kemerdekaan Malaya, Parti Negara, Parti Buruh, Barisan Sosialis, Gerakan, Pekemas dan Parti Rakyat?
Kita harus ingat bahawa DAP, Gerakan dan Pekemas semuanya bermula sebagai parti pelbagai kaum tetapi “degenerate” menjadi parti perkauman atau yang didominasi oleh satu kaum.
Harus disebutkan bahawa gabungan Pakatan Rakyat sendiri belum diperbadankan secara rasmi oleh PKR, DAP dan Pas walaupun sudah lebih enam bulan diumumkan kepada khalayak.
Umno belum mati. Malah doa dan harapan banyak pihak untuk melihat kematiannya mungkin tidak tercapai. Bukan mudah mematikan parti sebesar dan setua Umno.
Yang hampir mati atau dalam keadaan nazak sekarang adalah kepemimpinan atasan parti itu. Itu pun bukan semua. Hanya presiden Abdullah Ahmad Badawi, timbalan presiden Mohd Najib Abdul Razak, naib presiden Mohd Ali Rustam dan ketua biro penerangan Mohammad Mohd Taib dan serta sebilangan Ahli Majlis Tertinggi sahaja.
Tetapi oleh sebab ancaman dan putar-belit oleh pihak-pihak luar yang merampas (hijack) dan memonopoli jentera parti dan media massa, ramailah penggiat Umno yang tidak boleh bersuara dan bertindak. Diam diri mereka tidak bermakna mereka menyokong atau bersekongkol dengan gandingan Abdullah-Mohd Najib.
Setelah menyaksikan beberapa pertandingan hebat dan krisis yang dilalui oleh Umno sejak awal tahun 1980an – antaranya cabaran kali pertama dan kedua Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Musa Hitam untuk jawatan timbalan presiden, cabaran Tengku Razaleigh dan Team B terhadap Dr Mahathir (1987), cabaran Anwar Ibrahim terhadap Allahyarham Abdul Ghafar Baba (1993) dan pemecatan Anwar (1998) – saya yakin Umno tidak akan mati.
Kalau ahli Umno berasa yang menjadi masalah sekarang adalah kepemimpinan atasan, maka jalan keluar adalah dengan mengubah kepemimpinan.
Hujah, alasan dan keluhan bahawa mereka terlalu kuat untuk disingkirkan adalah hujah orang yang menyerah kalah atau tidak memahami sejarah parti mereka sendiri.
Kemasukan semula Tengku Razaleigh ke dalam Umno dan Abdullah ke dalam kerajaan adalah antara bukti paling jelas bahawa kepentingan parti lebih utama daripada pertimbangan peribadi.
Apa yang diperlukan sekarang adalah mengembleng dan menggabungkan kuasa dan pemikiran akar umbi dengan kepemimpinan veteran Umno. Sudah pun wujud tanda-tanda yang hal ini sedang berlaku.
Inilah satu-satunya jalan keluar yang paling berdaya maju (viable) bagi Umno buat masa ini iaitu dengan pemimpin-pemimpin veteran Umno kembali memainkan peranan membina semula kepemimpinan dan perpaduan parti.
Untuk tujuan itu Umno memerlukan sebuah “majlis perpaduan” (unity council) atau badan penasihat yang terdiri daripada veteran parti (council of elders).
Umno tidak boleh berasa berat hati untuk melepaskan mana-mana pemimpin yang tidak mahu diketengahkan sama ada kerana mereka terlalu setia dan taasub atau takut kepada kepemimpinan yang ada sekarang.
Yang penting bukan beberapa kerat individu dalam Umno tetapi parti Umno khasnya dan kelangsungan politik pelbagai kaum amnya.
Ahli Umno dan orang Melayu tidak boleh menyalahkan parti-parti komponen BN jika mereka berasa ragu terhadap faedah berada di dalam BN apabila Umno kucar-kacir dan tidak berdaya menawarkan kepemimpinan yang berwibawa.
Khabar bahawa mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengubah pendirian dan bersedia memberi “endorsement” kepada bekas musuh politiknya, Tengku Razaleigh, adalah satu perkembangan menarik.
Harapan juga diletakkan kepada ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak menderita penyakit “koro” seperti naib presiden Muhyiddin Yassin dan Rais Yatim untuk menyertai gerakan ini.
Khabar-khabar yang mengatakan Muhyiddin akan menyeberang untuk ke khemah Anwar Ibrahim adalah ekoran daripada kenyataan-kenyataan beliau yang dilihat sebagai tidak selari dengan Abdullah dan Mohd Najib.
Dalam konteks ini, badan-badan gabungan Umno dan BN seperti Kelab Bekas-Bekas Menteri dan Persatuan Bekas Ahli Parlimen dan Dewan Undangan BN (Mubarak) wajib memainkan peranan.
Sikap pasif dan bertolak ansur mereka selama ini jelas tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan Umno. Mereka perlu pro-aktif dan berani. Mereka tidak akan rugi apa-apa tetapi sebaliknya dikenang sebagai penyelamat parti.
Pada masa yang sama, peneraju media massa arus perdana wajib memahami keadaan sebenar sekalipun mereka tidak dapat melaporkannya dengan bebas dan meluas kerana mereka dikongkong dan dikepung.
Ingatlah, akhirnya, suka atau tidak, mereka terpaksa menerima realiti. Saya pernah berada di situ dan saya sedia dikutuk.
Ibarat kasih pada seorang isteri, kita mencintainya bukan kerana title dan jasad isteri itu, sebaliknya kerana 'tanggungjawab dan amanah' yg pernah dan telah kita ambil.. (pakcik lebih tahu dr saya)
ReplyDeleteMaka,jika mati isterinya itu bererti selesailah tanggungjawab dan amanah yang telah kita pikul. Tak perlu takut bila kehilangannya atau kesal atas kematiannya.. (pakcik pun lebih tahu dr saya)
Jasad atau title isteri itu bersifat jumud. Rugi la sesiapa yang hanya mencintai batang tubuh dan pekakasannya sahaja. macam cinta pada Parti dan 'kunun' ideologinya. Biarlah parti mati asal manusia waras terus hidup. Bukankah tanggungjawab semua manusia untuk mengangkat manusia lain pada darjat 'kemanusiaannya' ( orang yang bertuhan cakap - khalifah ).(yang ni mesti pakcik lebih otai)
Melayu bukan lahir dr mana-mana Parti hatta parti PAS sekalipun. Islam bukan Parti Politik yang menjaganya. Pisahkan diri kita dari konsep parti-parti ni. mana-mana Parti politik didunia sentiasa khianat pada ahlinya. (takkan bab ni saya lebih tahu dr pakcik..kan? ) Choww..
Agak malang kalau kita terpaksa 'memperjudikan' Tun untuk kembali hidup sebagai Islam, Melayu dan Malaysia yang bermaruah untuk terus stabil dan maju.
ReplyDeleteTun telah melakukan apa yang patut beliau lakukan 22 tahun lampau, meletakkan Malaysia di atas landasan yang betul di mana generasi selepasnya memperbaiki, mengelokkan dan meneruskan mengurus negara dengan lebih bergaya dan berjaya.
Apakah itu langkah penyelesaian atau sekadar menambah 'kecoh' dan cerai berai sesama Melayu kerana akan ada segolongan yang terpinggir di dalam dua pertarungan ini. Anwar sedang menanti buah ranum yang gugur dalam jaringannya.
Titik tolaknya pada Dolah, mengundur diri atau menjemput Mahathir dengan penuh sopan untuk membantunya mentadbir parti dan negara.
Mahyudin Yasin telahpun menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang mengatakan beliau akan myeberang ke Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteAda dua sebab mungkin berita ini diada-adakan oleh pihak yang ada kepentingan, pertama mungkin disebarkan oleh penyokong Pakatan Rakyat sendiri untuk menyuntik semangat bagi mencapai cita-cita agenda 16 September mereka.
Yang kedua, mungkin disebarkan oleh musuh-musuh politik beliau dalam UMNO sendiri dari kem yang bertentangan yang tidak mahu beliau menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO sekarang.
Salam Dato,
ReplyDeleteAmat bersetuju dengan pandangan dato bahawa kepimpinan negara baik parti dan kerajaan amat lemah.Dato,Ketua Bahagian umno perlu bijak pada pemilihan yang bermula november ini dengan tidak mencalonkan kepimpinan yang ada waktu ini,masalahnya ialah hanya ketua bahagian sahaja yang sokong kepimpinan atas banyak alasan.Kembalilah semula "pahlawan umno"selamatkanlah parti yang amat berjasa ini.
Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, atau Si luncai dengan labu-labunya.
ReplyDeleteYang mana satu pilihan UMNO?
Tun keluar dari UMNO ... apa yang baik dan apa yang buruk. Yang Tun nak masuk balik (kalau betul) adakah ia akan merubah apa-apa, dengan sokonan JITU kepada Pak Lah. Kalau tak JITU tak kan, langsung tak ada perubahan sejak PRU12. Tun cakap apa pun, no komen, yang support entah berapa kerat. UMNO dah hilang taring aslinya, asalnya kerana orang melayu yang dalam UMNO hanya untuk diri sendiri. Lagipun, tak kan nak harap Tengku Razaleigh, pulak, teruknya UMNO orang muda masih di mana, tak ada dalam UMNO kot, semua dah keluar, atau tak pernah masuk, dan tak nak masuk, dah.
Yang ada, puteri yang seksi-seksi, putera yang merempit kot.
Oleh yang demikian, sekiranya yang dalam UMNO sekarang, dari kepimpinan,MT kepada ahli biasa, sanggup buang "UNTUK DIRI SENDIRI", adalah harapan kot, kalau tidak, UMNO & Geng Pak Lah terjun dengan labu labunya, biarkan-biarkan
Penyatuan Ummah
ReplyDeleteMemang kita tidak boleh lari daripada menerima bahawa masalah yang melanda negara kita ialah penyatuan. Setelah pelbagai haru-biru yang melanda, mungkin ada juga benarnya andai pemimpin atasan (baca: PM) membuat perubahan yang tulen dan bukan make-up sahaja... Tentang modus operandi perubahan itu, tak perlulah penulis bincangkan sebab penulis yakin pembahas lebih cerdik lagi pandai untuk membincangkannya.
Umno mungkin tidak akan mati... bagaimanapun, mungkin juga semangat juang Umno sebagaimana yang telah diperlihat zaman sejarah dahulu telah hilang.... rebut kuasa, rasuah merasuah, fitnah memfitnah semakin menular dalam Umno.
Harus diingat, perubahan kepala sahaja (baca: presiden) tidak memadai andai badan dan hati (baca: ahli-ahli yang bawah) tidak berubah....
Wassalam
-WADAH-
kadang kala, saya berasa simpati kepada sesiapa sahaja yang memimpin sesebuah negara dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini. lihatlah nasib yang telah menimpa pemimpin jepun dan pakistan. takhta gordon brown, mugabe, bush dan samak bagai telor di hujung tanduk.
ReplyDeleteadakah adil untuk kita membandingkan mereka dengan pemimpin yang dahulu walaupun cabaran sekarang jauh berbeza?
tambah lagi masalah sekarang mungkin juga akibat snowball effect dari kepimpinan terdahulu.
jangan kita menunding jari tapi menyelesaikan masalah ini secara rasional.
"a hungry man is an angry man"..mungkin periuk nasi rakyat perlu di jaga dahulu, barulah keadaan menjadi aman semula.
Based on my layman observation, Umno leaders live in their own reality, parallel to us, but not exactly here, they are numb of any suggestions or advice, it is shown by how ridiculous the media portray them. I'm sure many of us are just sick and tired to see how pathetic the mainstream media can be wanting to upkeep the 'good name of Umno' (yang pastinya hanya tinggal sisa2).
ReplyDeleteWhoever is going to rescue Umno back on track, will face a lot of obstacle, what more with the deteriorating support from the Malays.
Ntahla Datuk, saya sebagai rakyat marhain hanya boleh sekadar melihat ketidakpandaian pemimpin2 kita dan hanya boleh menggeleng kepala, sebab semuanya jenis tak makan saman!
Saya tertarik kepada dua ayat terakhir dalam artikel Dato'-that is wisdom-semoga ia memberi kesedaran. Saya juga yakin bahawa UMNO tidak akan mati tetapi ia tidak akan menjadi pilihan dan hilang tarikan nya kepada anak melayu generasi sekarang. Kebebasan didalam UMNO sebenarnya telah dikuburkan dengan politik wang dan rakus nya mereka yang berkuasa. Mereka juga telah menjadi seperti Napoleon yang menghianati rakyat-apakah pemimpin UMNO akan mengistiharkan diri mereka maharaja?. Dato', biarkan lah UMNO disisihkan supaya ia menjadi satu pengajaran kepada umat melayu terutama mereka yang berebut ingin menjadi pemimpin. Biarlah lah tersisih nya UMNO menjadi sejarah dan Pak Lah dan Najib akan di adili sebagai dua pemimpin melayu yang gagal mempertahankan amanah pejuang bangsa.Mereka telah melakukan kesilapan kerana percaturan politik dangkal dan dihasuti dengan sifat suka menginaya, dengki dan tidak bertanggungjawab. Mereka merasakan menjadi pemimpin UMNO adalah "their birthright". Saya juga yakin perubahan pasti berlaku, UMNO hanya akan hidup sekiranya mereka yang memimpin mahu berubah, insaf, menghadapi sesuatu dengan lebih bertanggungjab, dan sentiasa ingat bahawa ALLAH yang maha berkuasa. Jadi Dato' buat seketika biarlah UMNO pergi, pergi mencari yang .....tapi jangan lah pergi ke Taiwan, kerana disana penuh judi dan .......... saya sedih.Selamat berpuasa Dato'. dh9753@yahoo
ReplyDeleteSalam Dato',
ReplyDeleteSekadar sedikit pembetulan fakta. Pada perenggan sepuluh, Tan Sri Muhammad Mohd Taib bukan lagi Naib Presiden UMNO, sebaliknya Ketua Penerangan UMNO sekarang.
Terima kasih.
Pak Lah hanya perlu berani membuat keputusan yang akan menguntungkan UMNO dan melayu. Terlalu membiarkan pihak lain menginjak UMNO dan melayu dengan terlalu bersikap lembut dan lemah membuat kepimpinan beliau kelihatan tidak tegas dan seolah-olah tidak kisah.
ReplyDeletePenasihat-penasihat yang berkemungkinan musuh didalam selimut atau memang kurang pintar adalah antara fakta beliau membuat kesalahan demi kesalahan.
Membiarkan ahli-ahli bercakaran sesama sendiri dan berebut-rebut kuasa dan kekayaaan amat memalukan.
Permatang Pauh sebagai contoh, kabar angin ada sabotaj sesama UMNO menunjukkan ada ahli-ahli yang bertungkus lumus menjatuhkan parti ini sendiri.
Dalam 20 tahun pemerintahan, TUN mantan premier juga tidak terlepas daripada membuat kesalahan yang amat sukar diperbaiki dan meninggalkan kudis yang bernanah. Monopoli dan salahguna harta kerajaan amat ketara.
Kedua-dua TUN dan Pak Lah ada strength dan kelemahan masing-masing.
Didalam keadaan sekarang, melihat parti yang bergoncang dari dalam dan diserang dari luar, semua, ahli, termasuk mantan dan pemimpin sekarang perlu mengambil pendekatan aman dan bersatu memperkukuhkan parti. Bukan hanya melihat luka dihati masing-masing. lihatlah luka di hati bangsa melayu.
Salam Datuk,
ReplyDeleteMuhammad Mohd Taib bukan naib presiden, kalau tak silap saya ahli MT yang dilantik.
TQ
What happened in Penang is sad for our people. This is exactly where a credible police force would have nipped this problem in the bud. There were so many witnesses at the ceramah the police can call to find out the truth. And if the police have or will act without fear or favour, this morally-corrupt act can be stopped. Forget Pak Lah or UMNO that they will take action against him. They won't. They value their political survival more than the rakyat's safety and wellbeing. As a Malay I'm ashamed at these distasteful, immoral clowns who bring shame to the Malay race and Islam.
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteSaya setuju dengan Dato' bahawa UMNO tak semestinya dibiarkan mati dan cara yang utama utk memulihkannya ialah dgn menyingkirkan Dolah. Tetapi, yang menyebabkan akar umbi dan rakyat serta mungkin parti komponen merasa putus harapan ialah kerana nampaknya UMNO (peringkat bahagian dan cawangan) nampaknya tidak cukup usaha utk menyingkirkan Dolah dan Dolah juga nampaknya tak mungkin berundur dlm masa terdekat. Ini menyebabkan kami melihat bahawa memulihkan UMNO adalah mustahil.
Mungkin Dolah bukan tak mau undur tetapi tak boleh undur - atas sebab-sebab tertentu dan perjanjian-perjanjian tertentu mengenai keselamatan keluarganya. Itulah yang kami nampak sekarang ni.
Jadi, apa yang dato' cakap ttg memulihkan UMNO itu betul, tetapi ia tak mungkin berlaku kerana Dato' mengharapkan tindakan agresif dari dalam UMNO dan UMNO nampaknya tidak mungkin melakukannya.
Bagi saya, apa yang berlaku hari ini adalah rentetan lingkaran peristiwa 10 tahun. Kira-kira 10 tahun selepas merdeka, negara dilanda krisis dan kemuncaknya adalah Tragedi 13 Mei 1969. 10 tahun selepas itu, berlaku lagi krisis kepimpinan dan kemuncaknya peralihan kuasa kepada Tun Dr M dan bermulanya era Malaysia Boleh dan industrialisasi. Kira-kira 10 tahun selepas itu, pada 1988, kemuncak krisis kepimpinan khasnya UMNO yang membawa pengharaman UMNO. UMNO baru ditubuhkan dan melalui ranjau dan duri, serta perpecahan di kalangan umat Melayu selepas detik itu. Pada tahun 1998, Datok Seri Anwar dipecat dan BN kehilangan sokongan Melayu pada pilihanraya 1999. Umum menyedari implikasinya seperti pelaksanaan Meritokrasi dan sebagainya yang merugikan bangsa. Kini sepuluh tahun peristiwa itu berlaku, PRU 12 menunjukkan BN gagal meraih sokongan bukan sahaja umat Melayu tapi bukan Melayu. Bagi saya, kemungkinan besar kesan peristiwa ini dan rentetan mutakhir boleh menyebabkan bukan setakat UMNO hilang kuasa, BN juga boleh hilang kuasa kerana makna Politik mengikut Harold Lasswell ialah SIAPA dapat APA, BILA dan BAGAIMANA!
ReplyDeleteSdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteMajlis perpaduan memang bolih menyelamatkan UMNO. Tetapi bukan tanpa bersyarat.
Para anggota majlis ini mesti mengambil risiko yang besar kerana "backlash" yang bakal diterima dari PL dan KJ amat meluas teruatama sekali para penjawat kerajaan dan parti. Muhyiddin mesti lebih berani dari hanya bersuara. Begitu jugak Rais. Ku Li tidak tergolong disini kerana beliau bukan menteri atau penjawat tinggi dalam UMNO pada ketika ini.
Sejak kebelakangan ini suara KJ sudah mula didengari di media arus perdana. Adakah KJ ingat kemuakkan terhadap dirinya dah menurun sehingga berani memperdengarkan suara di media arus perdana? Saya rasa kalau bukan kerana "pertolongan", KJ tidak bolih menang di Rembau tu.
Kalau ada ura-ura untuk menubuhkan majlis ini, baik lakukan dengan cepat! Masa suntuk! Tetapkan rancangan pemulihan UMNO dan implimenkan secepat mungkin.
Bila pemulihan dah dimulakan tumpukan perhatian terhadap masalah rakyat dan negara.
Keadaan ekonomi masih tidak menentu dan buat masa ini tiada apa-apa rancangan menyeluruh untuk memperbetualkan keadaan dirangka. Cuma penubuhan komiti ini komiti itu saja yang dibuat. Tidak lebih dari itu!
Lakulah segera!
Sekian.
Reform.
ReplyDeleteTake out money politics
Take out tribalness/ patronage.
Be a just ruler for all Malaysians.
Simple, right?
Datuk, terang dan sah punca umno tak di terima ialah kelemahan pucuk pemimpin. Pak Lah Dan Najib semacam regu "koro" yang tidak bolih membawa umno kemana-mana. Justeru itu kedua dua pemimpin ini mesti pergi diganti dengan sesuatu yang sekurang-kurang nya releven pada masa kini untuk kepentingan orang melayu.
ReplyDeleteTok Dam
Sdr Kelana, terima kasih atas peringatan. Sudah dibuat pembetulan.
ReplyDeleteUMNO adalah kereta buruk yang tidak boleh dipakai lagi-Carilah salesman terbaik dunia sekalipun, agak sukar untuk menjual UMNO kepada pengguna. Terimalah hakikat itu.
ReplyDeleteKlise bahawa UMNO yang hanya berjuang untuk bangsa, agama dan negara tidak terpakai lagi, sebaliknya saya berpegang pada prinsip, nasib dan perangai kita bergantung kepada usaha diri sendiri sepertimana ingatan Pendita Zaaba.
Parti politik hanyalah alat, akhirnya biarlah kebijakan rakyat menentukannya, alat mana yang mahu mereka gunakan untuk mencapai maksud dan tujuan hidup mereka.
Datuk,
ReplyDeleteSalam Ramadhan.
Saya bersemangat kembali apabila membaca tulisan Datuk yang ini. Yang sebenarnya, ramai orang-orang UMNO memberi masa sampai bulan Disember ini. Juka tidak juga ada pertukaran di peringkat Presiden dan Timbalan kerana menurut sahaja jalan yang akan memusnahkan UMNO maka kita akan turut musnah dengannya. Sudah kedengaran di kalangan ahli2 bahawa PAS sudah mula menunjukkan bahawa perjuangannyalah yang tulen bagi Agama, Bangsa dan Negara. Jika tidak begitu tepat pun sekurang2 nya lebih tulen dari UMNO sejak 4 tahun kebelakangan ini.
Jadi Datuk, orang Melayu beragama Islam sudah nampaknya ada parti alternative dan kami sentiasa di peringatkan tentang perkara ini. Jika tidak ada perubahan, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan menjadi "Generals without an army post December."
Wasallam.
http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com
Umno masih relevan. Pucuk pimpinan Umno semakin tidak sekata. Selagi ahli politik "gila" untuk mengukir nama sendiri, selagi itu perpaduan akan kekal longgar.Jangan sampai memang sorak tetapi kampung tergadai.
ReplyDeleteSaya dapati kebanyakan komen sebenarnya memaparkan konflik yg tersirat, antaranya:
ReplyDelete"Melayu bukan lahir dr mana-mana Parti hatta parti PAS sekalipun."
-seorang yg pesimis atau optimis? = keliru.
"Jadi, apa yang dato' cakap ttg memulihkan UMNO itu betul, tetapi ia tak mungkin berlaku kerana..."
-Harapan atau kecewa? = putus asa!
"Biarlah lah tersisih nya UMNO menjadi sejarah dan Pak Lah dan Najib akan di adili sebagai dua pemimpin melayu yang gagal mempertahankan amanah pejuang bangsa..."
-Hasrat untuk membunuh diri. Majoriti org PKR mempunyai tanggapan begini.
Salam,
ReplyDeleteSaya barangkali termasuk dalam golongan yang sudah lama, dan selalu berfikir, bahawa di negara ini seolah-olah tidak ada parti lain yang boleh menggantikan UMNO.
Dan sama seperti Dato' , saya pun belum pasti bagaimana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti yang berlainan ideologi itu boleh mengambil alih peranan BN sebagai pemerintah kerajaan Pusat yang berkesan.
Akan tetapi, apabila melihat nasib dan perjalanan Parti Kongres di India, Parti Nasionalis di Taiwan dan parti GOLKAR di Indonesia, saya rasa setiap parti itu memang ada zaman masing-masing, dan peranan mereka ada masanya tidak diperlukan lagi, walaupun pada masa sebelumnya parti-parti itu telah memainkan peranan masing-masing dengan berkesan, dan malah telah membentuk sejarah.
Oleh itu, sebagai parti besar dan tua, sama seperti Parti Kongres, Parti Nasionalis dan GOLKAR, UMNO mungkin tidak akan mati.
Akan tetapi, jika masa dan keadaan menghendaki, mungkin tidak ada salahnya, pada satu jangka masa tertentu, UMNO diberi peranan yang berbeza, iaitu sebagai parti pembangkang, dan tidak lagi sebagai parti pemerintah.
Jika UMNO sudah begitu lemah dan bercelaru, saya rasa tidak ada salahnya PKR, DAP dan PAS yang kini telah membentuk Pakatan Rakyat, diberi peluang untuk menganti BN sebagai parti pemerintah.
Memang ketiga-tiga parti itu mempunyai idelogi yang berbeza. Akan tetapi, demi kelangsungan hidup mereka, dan juga tuntutan realiti politik semasa, saya rasa bukanlah tidak mungkin ketiga-riga parti itu akan mengambil pendirian yang lebih pragmatis dan realitis, dan menjalankan pemerintahan dengan adil, bersih dan telus.
Sebenarnya Perikatan dan BN terbentuk dahulu pun kerana keadaan dan realiti politik semasa ketika itu menghendaki parti itu memainkan perananya sebagai parti pemerintah.
Kini keadaan sudah berubah.Mungkin kini sudah sampai masanya Pakatan Rakyat pula memasuki gelanggang untuk mengganti BN kerana tuntutan politik semasa.
Akan tetapi, jika UMNO dan BN pulih semula, dan Pakatan Rakyat ternyata tidak mampu menjalankan peranannya sebagai parti pemerintah dengan berkesan, tentu sejarah akan memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk memerintah semula.
Jadi pada akhirnya saya kira kita boleh mengharapkan akan wujud sistem dua parti atau "dua front", yang memerintah silih berganti, apabila keadaan memerlukan.
Dengan itu, kita tidak lagi berfikir bahawa UMNO adalah parti yang tidak boleh diganti.
Let not waste time talking about UMNO. Let wait anxiously for its final and ultimate destruction of a ailing sinking ship called UMNO.
ReplyDeleteNothing last forever. Everything has a shelve-life. UMNO shelve-life is OVER soon. 50 years of penipu is ENOUGH for the rakyat.
I pray day and night for the total and final destruction of UMNO and their leaders go to jail for corruption and stealing from the nation wealth.
YBhg Datuk
ReplyDeleteFenomena Humpty Dumpty berlaku pada UMNO.
Humpty Dumpty sat on the wall
Humpty Dumpty had a great fall
All the king horses
and all the king`s man
could`nt put Humpty Dumpty
Humpty Dumpty sat on the wall
(UMNO dan tembuk)
Selama ini UMNO telah menjadi TEMBUK kekuatan orang Melayu. Buat Felda, buat ITM, tanah belia, buat UKM, bina minda intelek melayu. Megahnya UMNO waktu itu.
Tapi hari ini UMNO jadi muka TEMBUK. Terpaksa minta maaf walaupun tidak buat salah. Terpaksa minta maaf walaupun membaca buku sejarah.
UMNO hari ini jadi TEMBUK. Tempat segala macam grafiti dilukis. Semua grafiti tak elok dilukis pada TEMBUK UMNO.
Hari ini UMNO jadi TEMBUK besar China apabila presidennya menghalang Ahmad Bukit Bendera menyerang Tsu Koon.
Apa lagi tembuk yang boleh disamakan dengan UMNO. TEMBUK Berlin agaknya.
Humpty Dumpty had a great fall
(UMNO dan kejatuhan)
Orang kata sekarang ini the begining of the end UMNO. Sedih sungguh. Bagi saya yang mulut disusu dan minda dituba UMNO sedih akan hal ini.
Belum pernah UMNO dalam keadaan demikian.
All the king horses
and all the king`s man
could`nt put Humpty Dumpty back together again
(semua jentera parti dan semua jentera kerajaan sudah tidak dapat membaikpulih UMNO ?)
Macam-macam cara telah dibuat untuk membaikpulih UMNO. Persoalannya adakah semua jentera parti telah digerakkan untuk membantu UMNO. Banyak pihak dalam UMNO yang berdiam diri. Reaksi tunggu dan lihat ini yang jadi masalah. Masing-masing siap sedia menyediakan bot penyelamat sekiranya kapal utama karam. Ada orang kata UMNO sekarang hidup dengan bantuan oksigen. Tidak mungkin.
Soal mencari pengganti belum difikirkan kerana UMNO belum mati.
Selamtkan UMNO jangan dibiarkan mati dalam keadaan hina.
cocoa-crayon
ReplyDeletePemimpin-pemimpin kita bukan tidak pandai dalam semua perkara, ade bidang-bidang tertentu mereka ini terpandai taraf dunia, contoh: membolot kontrak kerajaan dsb
bat8
Dato
ReplyDeleteKeadaan UMNO(baru) memang semakin tenat. Penyakit yang dihadapi adalah terminal dan sekarang ini sedang melalui hari-hari terakhirnya sebelum menyembah bumi.
Walau apapun majlis yang ditubuhkan, tidak akan ada apa yang akan menyelamatkan. Pada saya, KEPALSUAN AKHIRNYA AKAN MUSNAH!...KEPALSUAN AKHIRNYA AKAN MUSNAH!...KEPALSUAN AKHIRNYA AKAN MUSNAH!
Dato
3 kali saya kebut kepalsuan akan musnah....ingatan saya kembali pada tahun 1988. Bagaimana UMNO dibiarkan mati. Ingatan saya kembali bagaimana usaha Al marhum TAR cuba menghidupkan UMNO digagalkan oleh pihak yang akhirnya mendaftarkan parti mereka sebagai UMNO(BARU).
Ingatan saya kembali kepada keadaan dimana pelbagai usaha dibuat oleh penubuh UMNO(BARU) agar UMNO(BARU) menjadi jelmaan kepada UMNO yang dibunuh.
Perasaan pedih, pilu dikhianati begitu terasa. Hari ini hati ini tidak terasa apa-apa apabila UMNO(BARU) sedang nazak.
Dato
Jika kita buang denial mode kita sendiri, kita jujur pada sejarah, kita tidak berasa sedih jika UMNO(BARU) mati!......
KEPALSUAN AKHIRNYA AKAN MUSNAH!...
bat8
Buat Dunno Sahaja. Jangan Jadi seorang Rasis atau Setan.
ReplyDelete--------------------------------
Jika anda telah membaca skrip terkini Anwarwood Produksi, anda akan memahami apa yang
sedang berlaku di Pulau Pinang dan segala berita yang di laporkan di MSN, Malaysiakini, Malaysia Today dan web bloger-bloger. Sesetengah mungkin sudah mengalami darah tinggi, strok ataupun sakit jantung sekarang.
Tetapi, nasihat saya kepada semua rakyat Malaysia ialah " Buat Dunno Sahaja!. Teruskan berpuasa, buatkan persiapan untuk Hari Raya dan Mooncake ataupun apa-apa perayaan yang akan menjelma untuk anda.
Kepada mereka-mereka yang tiada perayaan untuk diraikan, maka izinkan saya mencadangkan membuat persiapan untuk meraikan Hari Malaysia pada 16 September iaitu penubuhan negara Malaysia, 45 tahun dahulu, bersama-sama rakan-rakan dan sahabat-sahabat kita di Malaysia Timur.
Jika anda masih nak ghairah dengan berita dan cerita yang terbit daripada Pulau Pinang, maka, izinkan saya mencadangkan berikut untuk renungan anda.
1. Ahmad berkata orang Cina adalah pendatang atau penumpang. - Bagitahu saya siapa yang bukan pendatang ataupun penumpang di dunia ini?
2. Jika anda sensitif kepada perkataan pendatang atu penumpang. - Saya pernah dengar ungkapan lebih teruk dari itu sejak 51 tahun dahulu. Saya sudah biasa tidak sensitif lagi
3. Ahmad telah mengoyakkan gambar Tsu Khoon. - Bukan ada apa-apapun. Lebik baik Ahmad memanggil dia, Ka Ting, Sammy Veloo dan semua wakil-wakil parti BN dan menampar mereka semua kerana tidak memenuhi aspirasi Perlembagaan Malaysia dan memperdagangkan serta tawar-menawar hak manusia untuk kepentingan parti mereka.
4. Ahmad bercakap untuk orang Melayu Malaysia. - Bagaimana tentang DSAI? Mungkin Ahmad cuma mewakili lebih kurang 50 pengikut yang dia ada. Mungkin dia boleh cuba membeli lebih ramai pengikut.
5. Ahmad bercakap untuk semua Muslim? - Bagaimana dengan Tok Guru? Adakah Ahmad seorang ulama?
6. Wartawan dicabar dan lain-lain. - Apa sebab wartawan MSN berada disana? Kenapa selepas interbiu Ahmad, berlari interbiu pemimpin BN yang lain? Adakah berita sabagini bagitu penting untuk dilaporkan. Kenapa tidak interbiu rakyat Malaysia di jalanan dan tanya mereka apa pendapat mereka tentang Ahmad dan lain-lain pemimpin BN.
7. Gunakan ISA, Akta Hasutan dan lain-lain. - Untuk buat yang pertama sekalinya sahaja, saya setuju sepenuhnya, tetapi hanya untuk orang-orang politik BN sahaja. Selepas mereka-mereka di kurungkan, maka haruslah ianya dihapuskan.
http://patek1472.wordpress.com
Datuk,
ReplyDelete1. Mudah saja bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang melanda UMNO sekarang.
2. UMNO perlu bentangkan karpet merah dan bunga manggar menjemput semula Anwar Ibrahim masuk balik UMNO.
3. Belum tentu UMNO akan panjang umur, walaupun menerima semula Dr.M serta tukar pucuk pimpinan parti yang ada.
4. Kesimpulannya, UMNO akan sakit selagi Anwar Ibrahim sihat. Tetapi UMNO belum tentu sihat jika Anwar Ibrahim sakit.
Dato':
ReplyDeleteRasanya Dato' kurang faham mengenai dinamik politik dahulu, atau sengaja tidak mahu memikir dan tulis mengenainya.
Kata Dato': "Kita harus ingat bahawa DAP, Gerakan dan Pekemas semuanya bermula sebagai parti pelbagai kaum tetapi “degenerate” menjadi parti perkauman atau yang didominasi oleh satu kaum."
Tepuk dada tanya selera. DAP itu bukannya tidak ada orang Melayu, bukan satu saja (Tunku Abdul Aziz), malah jauh lebih dari itu.
Mahu tahu kenapa tidak ramai orang Melayu di DAP?
Ini sebabnya: UMNO menggunakan perjuangan agresif "Ketuanan Melayu" untuk memonopoli segala sokongan orang Melayu, manakala DAP memperjuangkan semua rakyat Malaysia dengan sama adil tidak kira bangsa asalkan kita taruh kesetiaan kepada tanahair.
Fikir skit: Kalau ada orang janji mahu beri kita seorang saja wang RM1 juta, banding dengan seorang lagi yang berjanji untuk mengagihkan wang RM1 juta dengan sama adil kepada semua penduduk kampung kita agar semua golongan penduduk mendapat berkat, kita kalau ikut kepentingan diri saja kita pilih yang mana? Sudah tentu pilih pilihan yang pertama. Begitulah cara UMNO dengan menggunakan "Ketuanan Melayu"nya.
Maka, parti DAP nak hidup dan perjuangkan matlamat asal pembentukan Malaysia tu camana pula? Terpaksalah dapatkan sokongan daripada golongan bukan Melayu dan segelintir orang Melayu yang luas pandangan dan progresif.
Dan Dato' cakap pasal sekular ni, tidakkah Malaysia dibentuk sebagai negara sekular pada dasarnya mengikut perjanjian Merdeka, di mana agama rasmi Malaysia adalah Islam dan bahasa rasmi kita adalah Bahasa Melayu?
Apa salahnya dengan sekular? Adakah "sekular" itu ertinya agama Islam ditolak? Atau agama Kristian atau Hindu atau Buddha ditolak?
Tidak sama sekali. Sekular menyatakan semua orang berhak memeluk dan menganuti agama masing-masing, tanpa gangguan atau paksaan, termasuk pengaruh dari alam politik. Sebab itulah sekular itu berpendirian bahawa politik jangan dicampurkan dengan agama, agar keadilan yang sama dapat diberikan kepada semua agama dan penganut. Kalau tidak, mana adil kalau warga yang beragama Buddha ditadbir ikut hukum Islam atau warga beragama Islam ditadbir ikut hukum Kristian?
Kenapa kita warga Malaysia tidak mahu atau gentar atau takut untuk membuka minda dan berfikir dengan selengkap-lengkapnya isu seperti ini?
Adakah pegangan kita mengongkong kita daripada berfikir?
Sekian, wassalam.
DinLeter 11:21 am memberi pendapat yang rasional dan bernas.
ReplyDeletePara pengunjung blog ini tidak rugi kalau membaca idea yang disampaikan DinLeter.
Dato'
ReplyDeleteApa yang mampu selamatkan UMNO adalah seorang pemimpin yang berani, tegas dan boleh memimpin pada waktu-waktu genting ini.
Saya menyokong sebarang usaha untuk menekan/ memaksa Abdullah agar meletakkan jawatan secepat mungkin sebelum nasi menjadi bubur.
Isu disini bukan masalah perkauman, tetapi kemarahan golongan bukan melayu terhadap parti UMNO yang dilihat sebagai ignorance fools terhadap isu-isu berkaitan pembangunan, ekonomi dan taraf hidup masyarakat di Malaysia terutama masalah ekonomi kaum Cina yang teruk merundum dek kelembapan dasar ekonomi Abdullah.
Kaum Cina sedang menyatakan bahawa mereka tidak yakin dengan kepimpinan UMNO dan orang melayu menganggap isu ini adalah isu peribadi melayu sendiri.
Kita sedang menyaksikan cross cultural exchange antara bangsa Melayu yang selalu ambil mudah dan bersikap tidak apa melawan bangsa Cina yang agresif di dalam isu berkaitan ekonomi dan pembangunan.
Abdullah perlu meletakkan jawatan dengan seberapa segera.
Korang ni...
ReplyDeleteGi baca tulisan Tuan Syed Imran di blognya Kuda Ranggi pasal isu ni:
http://kudaranggi.blogspot.com/2008/09/antara-pendatang-dan-penumpang.html
Inilah dia manusia yang paham benar-benar situasi ini.
Hanya Ku Li yang berani lawan bos. yang lain pengecut. Sapa yang ada lagi la ni. Rais pun lawan ala mak lenggang. Mahyudin sekejab kuat sekejap lemah. Geng muda umno lagi tak ada kekuatan, mcm tak ada ....
ReplyDeleteEntahlah umno oi.
salam Dato',
ReplyDeletenampak nya dato adalah golongan yang bersimpati dengan UMNO.
there must be other leaders past pak lah & najib. young leaders that ably to lead and bring the changes. che det & ku li is not the answer.
but then even with a new, young & vibrant young leader honestly i don't think UMNO will be able to shake off its rampant money-politics, self indulgence, sectarian & etc.
masih wujudkah pemimpin2 yang berjuang semata2 demi agama, bangsa dan negara di dalam UMNO?
Datuk KJ,
ReplyDeleteSaya bersetuju UMNO masih berdaya maju dan saya telah banyak buat analisis keputusan pilihanraya yang lepas.
Tetapi, saya rasa Datuk KJ tidak bersikap adil kerana sentiasa menyalahkan Pak Lah. Agak nya ada personal reason, tak?
Saya jemput Datuk dan pembaca sekalian ke artikel 'Personality traits of the Malaysian Prime Ministers' dan artikel 'Muzakarah UMNO dan PAS' di Blog saya DAH IKHWAN
Assalamualaikum Datuk KJ,
ReplyDeleteSaya menyokong penuh pendapat Datuk UMNO masih berdaya maju. Saya telah banyak buat analisis keputusan Pilihanraya yang lepas mengesahkan pendapat ini.
Tetapi, yang Datuk sentiasa salahkan Pak Lah ni, saya paling tak setuju. Bukankah ini membahayakan UMNO. Apa sebab begitu? ada sebab personalkah?
Di saat kita menanti tarikh ajaib 16 September, elok kita renung sejenak. Saya ada buat artikel 'Personality traits of Malaysian Prime Ministers' dan artikel 'Muzakarah UMNO dan PAS' di Blog saya DAH IKHWAN. Datuk dan pelawat sekalian di jemput sama.
TOK...
ReplyDeletekalau ada progaram berhari raya bersama tok..
bagi Non tau na...
Non nak tumpang beribadah di program yang tok adakan nanti..
salam
Janganlah kita mempunyai satu notion yg hanya bolih memerintah Malaysia adalah umno aka BN. Kita terlalu 'comfortable'dan bergantung hayat dengan umno dengan mendapat projek, dll lain kemudahan itulah sebabnya susah sangat nak buang mentality macam ini. Negara lain parti silih berganti..no problem. Kita dok dibrainwashed selalu hanya umno saja yg bolih. Ubahlah sikit dan tengok.Dan selepas 5 tahun tak baik, tukar aje.
ReplyDeleteMengapakah komen-komen orang Melayu di blog Kadir Jasin sentiasa menunjukkan ketakutan masing-masing terhadap kemungkinan (kononnya) kuasa Melayu akan tergugat di Malaysia, jikalau UMNO dimatikan?
ReplyDeleteMengapakah kepentingan Melayu sentiasa diberi laluan membelakangi kepentingan Malaysia?
Mengapa ramai Melayu tidak sanggup terima visi Onn Jaafar? Beliau merupakan satu-satunya pemimpin Melayu sebelum Anwar yang sanggup mendahulukan kepentingan Malaysia, di hadapan kepentingan kaum.
Sanggup mencabar mentaliti Ketuanan Melayu, supaya menerima hakikat yang Malaysia terdiri dari berbilang kaum (yang takkan balik China/India), dan hanya semangat satu Malaysia satu bangsa akan majukan masa depan negara kita!
Melayu 60% di Malaysia. Takkan Melayu hilang di bumi Malaysia jikalau memberi ruang untuk parti dan prinsip berasaskan meritokrasi?
Sayangnya, Melayu begitu takut. Melayu ingat mereka akan dijajah di Malaysia jika memberi tempat kat bukan Melayu. Semacam orang Negro di Afrika Selatan dijajah kulit putih. Manalah scenario ini akan berlaku?! Orang Melayu tidak boleh dibandingkan dengan orang Afrika. Melayu sekarang sudah jauh terpelajar, dan maju. Manakala orang bukan Melayu Malaysia tidak gila kuasa macam orang puteh di Afrika. Yang gila kuasa ni orang Melayu UMNO. Demi gila kuasa, mereka sanggup menakut-nakutkan orang Melayu semacam bukan Melayu ni hantu di bawah katil! Maka Melayu pun duduklah menggigil ketakutan, menunggu bila masa hantu bukan Melayu akan keluar membaham mereka...sedang mereka duduk menggigil, rumah mereka dikosongkan pemimpin Umno!
Ingat. Kepentingan Malaysia, kepentingan semua; Melayu, Cina dan India. Kepentingan Kaum pula terbahagi kepada kaum masing-masing. Kepentingan Malaysia halanya SATU - kearah kemajuan kehadapan. Kepentingan kaum, halanya tidak kemana - cuma batal-membatal kepentingan satu sama lain, sehingga akhirnya mengorbankan Malaysia. Lihatlah di mana kedudukan Universiti tempatan kita - sudah terkubur kerana kepentingan kaum.
Pikirlah sikit, wahai anak bangsa Malaysia....
Datuk,
ReplyDeleteBersetuju benar saranan mu itu.
Salam
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeletePermasalahan di dalam Umno ibarat seorang anak ditegur oleh ayahnya akan bahaya menghisap rokok boleh dpt bermacam penyakit dan akhirnya membawa maut.
Kemudian apabila berkeluarga diperingatkan pula oleh isteri tersayang tapi....
Kemudian apabila sakit diperingati lagi dengan keras oleh doktor tapi...
Kemudian apabila parah, ia pula cuba memperingatkan rakan rakan seangkatannya, adakah mereka......
Umno sebuah parti gemilang,cemerlang dan terbilang dulu kini dan selamanya tapi adakah akan terus menjadi induk politik pelbagai kaum di negara ini.
Atau sudah tiba masanya Umno menjadi parti kecil walaupun tidak menghadapi saat kematiaannya.
Dato' dulu pun pernah berada dipuncak dan akhirnya menjadi blogger,sudah tentu mempunyai pelbagai pengalaman yang boleh.....tapi adakah mereka akan menerimanya.....
Kita tunggu ajelah kesudahan episod ini pada 16 sept.
Kes Ahmad Ismail vs Koh Tsu Koon Pulau Pinang membuktikan bahawa UMNO bukan setakat menggali kuburnya sendiri malah sedang nazak di dalamnya. PM dan DPM lebih sayangkan Gerakan dan Tsu Koon lebih dari 13 ketua cawangan yang berpihak kepada Ahmad. Andai kata Ahmad di hukum dan Tsu Koon dibiarkan, nescaya bukan sahaja tanah pasir tetapi batu bongkah akan mencurah masuk ke dalam kubur sehingga kubur pun hilang entah kemana.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteApakah alasan munasabah untuk pembesar UMNO menerima balik 'duri dalam daging'?
salam dato..
ReplyDeletesebagai umat islam saya lebih mengharapkan penyatuan sesama islam lebih dari penyatuan melayu..
pastinya dato faham apa yang saya maksudkan..
saya dibesarkan dalam keluarga yang amat mendokong parti yang semakin rosak ini..
namun saya seorang yg menolak parti ini..
hanya satu alasan,penolakan saya kerana keengganan umno menerima pakai hukum2 ALLAH..
umno hanya menggunakan sesetengah hukum yg memberi faedah terhadap mereka n mempermain2kan hukum2 yg membatasi ketamakan hawa nafsu mereka..
umum sudah mengetahui akan setiap nanah n kudis dlm umno yg bersarang sekian lama itu..
umum juga mengetahui yg umno tak akan mungkin dapat diubati kerana penyakit2 itu bukan sahaja dihidapi oleh pemimpin atasan umno,malah sudah berumbi dari ahli bawahan..
adakah lagi ahli umno yg benar2 ikhlas untuk membela bangsa mereka tanpa perlu memikirkan imbuhan pulangan ke poket mereka???
tepuk dada tanya selera....
bagi saya,untuk apa bangsa melayu bersatu jika NUR ISLAM nya kian pudar...
buat masa sekarang hanya PAS sahaja yang membentangkan jalan dalam menyatupadukan penyatuan UMAT ISLAM.penyatuan yang dituntut oleh ALLAH SWT,bukannya penyatuan bangsa tapi agama...
Salam Dato',
ReplyDeleteDato' kata, "Tetapi oleh sebab ancaman dan putar-belit oleh pihak-pihak luar yang merampas (hijack) dan memonopoli jentera parti dan media massa, ramailah penggiat Umno yang tidak boleh bersuara dan bertindak. Diam diri mereka tidak bermakna mereka menyokong atau bersekongkol dengan gandingan Abdullah-Mohd Najib."
Saya kurang setuju dengan pendapat Dato' yang ini. Jika golongan 'berdiam diri ini tidak mengidap koro dan mementingkan rakyat dalam perjuangan mereka, tidak ada apa yang dapat menghalang mereka.
Sebenarnya "lagu" yang Dato' mainkan dalam artikel ini telah didendangkan sejurus selepas PRU12 dahulu oleh banyak pihak. Malang sekali "pentas joget" kosong, tiada sambutan!
Saya tidak nampak ada beza antara Mac/April 08 dan September 08. Kalau ada beza pun, warna sebenar watak-watak utama UMNO semakin terserlah, itu sahaja.
Perjuangan dihidupkan oleh pejuang. Manakala parti adalah pentas perjuangan.
Perjuangan oleh pejuang-pejuang tulen masih boleh diteruskan walaupun bukan pada pentas yang sama.
BN secara umumnya berdiri dari kerjasama beberapa pihak dengan kepentingan berbeza. Kepentingan berbeza ini adalah mengikut kaum.
PR pula umumnya terdiri dari kerjasama beberapa pihak juga dengan kepentingan berbeza-beza. Cuma bagi PR, kepentingan berbeza-beza itu adalah mengikut ideologi politik.
Lebih menarik, bagi saya, tumpuan perlu diberi kepada pemimpin yang masih suci berjiwa rakyat di dalam UMNO tetapi terjerut kakinya.
Kepada kelompok ini, mudah-mudahan mereka telah sedar bahawa disebabkan sikap tolak ansur mereka, kini mereka telah ditolak ketepi secara beransur-ansur.
Memakan umpan untuk menunggu Disember seolah-olah telah memakan diri sendiri.
Walaupun telah berlangsung satu lagi usaha baru revolusi di dalam UMNO sekarang ini, hasilnya juga perlu menunggu kedatangan Disember.
Soalnya adakah Disember 08 itu masih sempat atau sudah terlambat?
Jika dahulu, pengisytiharan 16 September oleh DSAI disambut dengan gelak ketawa dan ejekan, kini sudah tiada lagi.
Itupun pada masa hajat DSAI masih lagi kekal sebagai hajat, 16 September kini dilihat dan ditunggu dengan penuh kekusutan.
Suara Mukhriz menuntut perletakkan jawatan Pak Lah sejurus selepas PRU12 dahulu mungkin asalnya telah dipandang sepi. Namun kata-kata calun Ketua Pemuda UMNO itu, saya percaya, kini menghantui seluruh warga UMNO.
Mungkin kini mereka mula berhalusinasi, mendengar Mukhriz berkata, "I TOLD YOU SO!".
Sesumpah Pokka,
ReplyDeleteVisi engkau cetek. Main kaum, kalau tidak, main agama.
Saya pula sebagai umat manusia mengharapkan penyatuan seluruh rakyat Malaysia, lebih dari penyatuan Melayu atau penyatuan Islam semata-semata.
Hah, kalau cam ni kan lagi baik?
Salam, Saudara
ReplyDeleteMampukah UMNO dipulihkan? Mahukah PM dijatuhkan? Atau mahukah KJ biarkan ini terjadi? Sanggupkah TPM diturunkan juga? Mahukah mereka lakukan untuk kepentingan parti atau negara? Apakah TDM punyai banyak idea untuk pulihkan keadaan sedangkan korupsi mula merebak dan berkembang sejak zamannya lagi? Siapa yang ada di dalam UMNO yang mampu untuk pulihkan parti itu? Rakyat tak yakin pada TR. TR sudah tidak relevan dan orang muda tak akan terimanya. Dalam hal ini, mungkin Tan Sri Muhyiddin lebih relevan. Saya percaya saudara tentu sedar bukan perkara mudah untuk singkirkan kekuatan KJ buat masa ini. Mungkinkah orang seperti Muhyiddin dan supporters nya dapat lakukan sesuatu?
Pun begitu, penting sangatkah parti UMNO buat orang Melayu? apakah Melayu tak mampu hidup kalau tak ada UMNO? Apa yang UMNO sudah lakukan untuk org Melayu kalau tidak menyapu habis hak yg sepatutnya pergi kepada Melayu.
Cuba saudara bertanya pada kaum Cina dan India, terutama mereka yang dalam dunia bisnes. Mereka merasakan UMNO sudah tidak relevan kerana ekonomi negara sedang jatuh kerana sikap pemimpin kita yang hanya pentingkan diri sendiri.
Mampukah orang lain dalam UMNO untuk bersihkan kebanyakan orang-orang UMNO yang ada? Korupsi sudah sebati dalam darah daging kebanyakan mereka.
Saya juga tidak melihat parti PAS sebagai parti yang mampu membuat perubahan sekalipun parti itu berlindung di belakang nama ISLAM. Bagi saya, ISLAM bukan sekadar nama sahaja, tetapi lebih kepada perbuatan dan contoh.
Parti PKR? Ah, inilah yang paling ramai sedang memilih buat masa ini, termasuk usahawan pelbagai bangsa. Kononnya ekonomi akan pulih bila PKR mengambil alih.
Namun... apakah orang-orang PKR juga bersih seperti apa yang kita harapkan? Mampukah mereka lakukan sesuatu untuk pulihkan keadaan? Mungkin untuk sementara waktu, parti ini mampu untuk meredakan perasaan kucar-kacir yang sedang melanda rakyat... tetapi percayalah... mereka bukan alternatif yang terbaik untuk menerajui negara.
Rakyat perlu fikirkan sesuatu yang lain dan berbeza daripada apa yang ada. Selagi manusia yang berada di atas merupakan manusia yang tak pentingkan agama, rakyat dan negara... tak usah haraplah.
Saya percaya saudara tahu apa yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa saya tidak melihat PKR sebagai alternatif yang terbaik.
Terima kasih kepada saudara kerana sentiasa berkongsi maklumat. Selamat menulis!
salam DKJ n Bloggers,
ReplyDeletememang tak syak lagi!!mmg benar apa yg sesetengah bloggers tulis "dato ni running dog utk tun" parti umno telah cukup tua dan matang,biarkan ia dipulihkan oleh ahli2 generasi baru umno yg bersih dan ikhlas, tidak perlu tun, biarlah situa ini "retire in peace" kemasukan tun kononnya hendak menyokong kuli adalah wayang semata2..ini semua demi survival kroninya najip dan anaknya dlm pertandingan ketua pemuda nanti, sudah2 lahh...insaflah, umno akan dibenci selagi bertuhankan duit dan ringgit $$$$$ (>_<)
HAMBA ALLAH
i have to concur with tzarina's comments. as well as others comment on the matter.
ReplyDeletehidup mati, jatuh bangun nya melayu bukan sebab UMNO. begitu juga Malaysia. tanpa BN pun negara ini masih mampu teguh dan bergerak hadapan. mungkin lebih maju? mengapa kita tidak mahu mengambil risiko itu? mengapa enggan meninggalkan pendekatan 51 tahun yang sudah terbukti tidak menepati matlamat dan objektif?
For Pak Lah & Najib,
ReplyDeleteDON'T INSULT OUR INTELLIGENCE.....AND FUTHERMORE BY USING PUBLIC FUND....
- FROM RAKYAT
THE STAR:
PUTRAJAYA: The Barisan Nasional Backbenchers Club (BBC) MPs can go on overseas trips any time they want as all expenses are borne by them, said Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
Commenting on their trip to Taiwan, he said it was perfectly all right for them to go.
“The trip (to Taiwan) is not borne by the Government, it is by the BBC; as long as it is something productive, there is nothing wrong with having such a trip.
“What is more immoral is trying to buy them over. It is subverting the principles of parliamentary democracy (to do so),” Najib said, adding that the members of the BBC were elected on the Barisan ticket and they must remain Barisan supporters.
Paklah tidak dipilih secara langsung oleh rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri.
ReplyDeleteDia berada di situ atas dasar penyandang Presiden UMNO dan Pengerusi BN.
Hanya UMNO sahaja yang dapat bertindak menyingkirkan Paklah. Lebih tepat, Ketua-Ketua Bahagian UMNO memainkan peranan sebagai pemangkin perubahan.
Malangnya, Ketua-ketua ini masih mahu mengekalkan Paklah dan memanipulasi tuntutan akar umbi.
Pilihan kedua ialah bersaing dengan Anwar Ibrahim dalam merampas kuasa dengan cara keluar daripada BN di Parlimen. Yang perlunya adalah seorang pemimpin yang diakui, seperti TRH, mengetuai kumpulan 70-80 orang bekas Ahli parlimen BN ini dan berkompromi menubuhkan kerajaan tanpa kumpulan Paklah.
Mereka tidak melompat ke PR, dan tidak keluar kerana wang. Mereka keluar kerana nak jatuhkan Paklah.
Dan mengelak Anwar sebagai PM kerana dia hanya pasti mendapat sokongan wakil-wakil DAP sahaja.
Dato,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan pandangan Dato' kali ini bahawa UMNO tidak akan mati kerana UMNO adalah parti yang tua yang telah menghadapi begitu banyak dugaan dan cubaan. Kemasukan Tun bagi saya untuk mewujudkan regu Tengku Razaleigh & Muhyiddin bagi menentang Pak Lah & Najib. Dengan sokongan Tun di dalam UMNO, saya yakin regu ini akan beroleh kemenagan. Setelah itu, UMNO pasti akan kembali menjadi kuat. Pakatan Rakyat atau nama apa sekalipun akan kembali menjadi longlai. Anwar Ibrahim buat kuat disebabkan sokongan kepadanya tetapi disebabkan UMNO lemah.
Salam Dato'.
Scribe,
ReplyDeleteAnda kenalkah organisasi yang di katakan UMNO itu? Tentunya.
Yang ramai meyalak melalak mengatakan UMNO akan mati - irrelavant dan sebagainya - mestinya orang muda-muda yang baru mahu kenal dunia. Ya semua yang baru tiada kekal. Communist China umurnya berapa?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSaya rasa umno memang banyak buat salah. Umno 'boleh' buat salah kerana mereka jahil. Tetapi PAS tidak boleh buat salah kerana mereka orang yang berilmu. Kalau PAS buat salah padahnya akan teruk lagi.
Saya bayangkan umno seorang raja Islam yang bodoh dan agak zalim tetapi masih memberi sedikit kebaikkan pada rakyat. Seandai ada puak Islam lain yang ingin nenumbangkannya puak itu mestilah berkemampuan untuk berbuat demikian, tetapi jika tidak berupaya dan terpaksa meminta pertolongan bukan Islam, mungkin lebih baik tidak dilakukan. Lebih baik jadi ulamak yang berani menegur pemerintah. Saya perhatikan ulamak dulu walaupun dipenjarakan oleh raja yang zalim, tidak berusaha untuk merampas kuasa tetapi meneruskan usaha untuk Islam kerana dia tahu pemerintah yang zalim itu masih Islam. Lainlah kalau dia ada balatentera yang secukupnya. Saya harap PAS berdakwahlah pada rakyat dan pemerintah jika itu yang termampu. Tidak salah ada parti politik tapi jangan amalkan dasar pecah belah. Galakkan rakyat bersatu. Bina kekuatan ekonomi dsbnya. Kalau mampu perintah di negeri majoriti Islam, perintahlah, jangan mendesak tukar kerajaan jika itu akan mencetuskan yang lebih buruk.
Kepada umno sedarlah, anda banyak buat silap. Seandainya penerima kontrak kerajaan perlu memberi sebahagian wang kepada parti, wang itu adalah rasuah,dan haram digunakan, Jika wang digunakan untuk jentera parti maka tiada keberkatan dalam perjuangan kerana menggunakan wang haram.Jika diberi pada orang kampung, maka kita memberi wang haram pada mereka, balasannya neraka bagi orang yang memberi.Sedarlah pemimpin umno juga pemimpin umat Islam. Wajib bagi pemimpin atasan memilih pemimpin bawahan orang yang amanah.
Kesimpulannya , jika pemimpin Islam itu zalim, kalau mampu boleh dijatuhkan,tetapi kalau tak mampu dan terpaksa minta pertolongan bukan Islam, lebih baik jangan.
Sejarah penjajahan British di tanah Melayu banyak bermula dari perbalahan dua pihak. Sebelah pihak meminta bantuan British, dan sebagai balasannya menjanjikan sesuatu, akhirnya penjajahan berlaku.
Kerajaan Islam zaman dahulu dapat bertahan lama walaupun mempunyai raja yang zalim yang banyak memenjarakan ulamak. Ulamak zaman dahulu pun lebih hebat-hebat lagi, tetapi jarang kedengaran ada ulamak yang cuba mengumpulkan pengikut dan menjatuhkan raja yang zalim biarpun dipenjarakan bertahun-tahun. Tidak ada dalam sejarah umat Islam pemimpin Islam bersengkokol dengan bukan Islam untuk Menghapuskan pemerintah Islam melainkan mendatangkan kesan negative, contohnya jatuhnya empayar othmaniah.
Ulamak dahulu sangat berhati-hati dalam perjuangan mereka. Mereka lebih memikirkan kesan jangka panjang. Seluruh hidup dihabiskan dalam perjuangan walaupun bersendirian.
Saya ingin meminta pemimpin PAS, perbetulkan perjuangan kerana kesilapan PAS lebih bahaya dari kesilapan umno.
Salam Dato'
ReplyDeleteUMNO tidak mempunyai mekanisme untuk "self correction". Kalaulah suara akar umbi boleh diremehtemehkan oleh ketua cawangan dan lepas tu oleh ketua bahagian, mana mungkin kebejatan parti boleh dibaiki. Lebih2 lagilah apabila akar umbi pun mengalami penyakit kronik aka rasuah. Pimpinan UMNO semua peringkat masih lena dgn keyakinan org2 melayu masih berfikir ditakuk lama spt tahun 50an dan 60an dulu. Ini zaman internet beb, zaman bohsia, zaman mat rempit... generasi sekarang tak takut nak mencuba kelainan walaupun bertentangan dgn norma bangsa.
Dalam psikologi ada istilah "improper acts of defence mechanism". Anwar Ibrahim adalah ancaman kpd UMNO tapi rata2 pembesar UMNO buat kenyataan seolah2 AI tak releven. Yg peliknya suruh MP pergi "lawatan sambil belajar" pada tarikh yg AI war2kan tu. Budak tadika pun kalau faham duduk perkara ni akan tertawa. Itulah act of denial mcm musang kata "the grapes are sour" tapi air liur meleleh. Agak saya kata2 org Amerika ni boleh dipakai: "when the going gets tough, the tough gets going" (kalau berani) atau "if we cannot beat them, join them" (ala2 penakut gitu).
Pak Hj JB
Dato
ReplyDeleteDalam keghairahan ahli UMNO(baru) menyambut kepulangan TDM kepangkuan parti, ramai antara kita lupa bahawa AAB masih mempunyai kata pemutus untuk menerima kembali TDM.
Perlu diingat TDM perlu mengisi borang untuk menjadi ahli dan keputusan untuk menerimanya atau tidak masih memerlukan keputusan parti.
Kalau UMNO(baru) menerima kembali TDM kepangkuan parti, maka akan bermulalah usaha TDM untuk menjatuhkan AAB.
Bagaimana jika AAB memanipulasikan MKT UMNO(Baru) untuk menolak permohonan TDM.
Logiknya mana ada orang sanggup menerima masuk seseorang yang akan menjatuhkan kita kedalam parti kita. Begitu juga AAB dan kroni-kroninya.
sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti. Yang penting adalah TDM perlu mengemukakan borang keahliannya dahulu.
bat8
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSalam Datuk
ReplyDeleteTun Telah kembali ke Umno.Minta dia jadi Penasehat UMNO & BN .
Minta MT terima beliau .MT perlukan Tun kalau tidak MT semua akan jadi Pembangkang . Beliau dapat selesaikan kemelut Politik UMNO dan beliau orang yg sesuai untuk Anuar.
Terima Kasih.
Dato
ReplyDeleteSaya merupakan ahli UMNO yg telah keluar dari UMNO bersama beratus-ratus yg lain menyertai PKR .
Ini adalah kerana :-
1. Sepanjang hidup kami tak pernah merasa dibantu oleh UMNO
2. Kami melihat Ketua2 UMNO terlalu gila kuasa dan pangkat serta duit.
3. Islam tidak di agungkan .
4.Terlalu banyak pembohongan dalam umno
5. Umno suka memberi jawapan2 yg memperbodohkan kami sedangkan kami sudah tahu dan paham.
6. Maruah pemimpin UMNO dalam keadaan kabur.
7. Bahasa Melayu dipinggirkan.
8. Peluang pekerjaan untuk org melayu makin sempit.
9. Islam dipermainkan .
10. Kerajaan BN sekarang hanya tahu mengambil duit dari poket rakyat dan tidak pandai mencarinya sendiri cth nya harga minyak, barangan , tol dll
Kenapa kami memilih PKR
1. Bebas dari rasuah sebab akan diburu oleh BPR
2. Personaliti para pemimpin adalah jelas dan tidak meragukan.
3. Berpengalaman memerintah.
4. Mahu urun padang.
5. Segala jawapan yg diberikan berdasarkan fakta yg tepat dan tidak menipu.
6. Peminpin sering ditindas .
7. Kurang Protokol.
Tapi apa yg penting dini adalah KAMI tidak rela asyik ditipu oleh BN dan tolonglah jgn asyik menyelesaikan masalah kewangan negara dgn duit poket kami dan laburkan kepada kroni. Kami tidak akan halal kan dunia akhirat , lihatlah nanti..Marilah kita talkin UMNO ini demi masa depan kita yg gemilang cemerlang dan terbilang....Innalillah UMNO
Salam Dato'
ReplyDeleteTulisan hamba ALLah "memang tak syak lagi!!mmg benar apa yg sesetengah bloggers tulis "dato ni running dog utk tun" parti umno telah cukup tua dan matang,biarkan ia dipulihkan oleh ahli2 generasi baru umno yg bersih dan ikhlas, tidak perlu tun, biarlah situa ini "retire in peace" kemasukan tun kononnya hendak menyokong kuli adalah wayang semata2..ini semua demi survival kroninya najip dan anaknya dlm pertandingan ketua pemuda nanti, sudah2 lahh...insaflah, umno akan dibenci selagi bertuhankan duit dan ringgit $$$$$ (>_<) "
Saudara, seorang hamba ALlah tidak akan menulis dengan cara penulisan walaubagaimanapun marah pun seseorang hamba ALlah itu. Saya rasa saudara sepatutnya akhiri tulisan saya sebagai " hamba nafsu amarah".
Apabila sesiapa yang nampak condong pro Tun, itu dipanggil 'running dog'...tetapi bagaimanapula yang condong kepada Dolah dan Anwar...agak agaknya tentulah 'running pig'...
ReplyDeleteBerbalik kepada isu kemasukan semula Tun kedalam UMNO yang masih belum diputuskan oleh MT, seenarnya satu peluang kepada Anwar untuk menanggauk di air keruh...
Jika majoriti MT menerima Tun, itu merupakan ancaman langsung kepada Dolah dan tentulah mereka mereka ini besiapsedia untuk menyeberang..begitu jugalah sebaliknya. Perpecahan pasti berlaku secara senyap atau terbuka dalam isu kemasukan Tun.
Salam Dato',
ReplyDeleteAhmad Ismail menerima hukuman tetapi tetap tidak akan memohon maaf.
Saya jangka MCA dan Gerakan sedang berfikir-fikir samada sikap ketua Bahagian Bukit Bendera ini adalah kes terpencil ataupun menggambarkan sikap umum kebanyakan ketua bahagian UMNO.
Tentu UMNO juga sedang tertunggu-tunggu maklumbalas MCA dan Gerakan yang selama ini dikatakan UMNO sebagai rakan-rakan dalam kerajaan.
Sejak PRK Permatang Pauh, memang hebat-hebat dramanya. Sampaikan harga minyak dunia dah turun ke paras USD102 pun tiada yang perasan.
Is DAP and Gerakan party represent Malaysian Chinese community only? Does DAP and Gerakan believes on protecting all races or one particular race? Please compare DAP, Gerakan and UMNO party principles on their website. By comparing their principle, you'll realized which party truly seek to help all races. I'm a Malaysian that'll seek to protect all Malaysian regardless of race or religion.
ReplyDeleteSincerely,
Just a fellow Malaysian
Salam Dato',
ReplyDeleteKalau kita perhatikan semua perkara yg membuatkan Sdr zemin keluar drp UMNO, memang tiada siapa yg boleh menafikannya - (w/pun ianya terpulang kpd penerimaan masing2) semuanya betul dan munasabah.
Ada rakan menegur saya membuang masa membalas komen2 di sini, seolah2 tanpa disedari saya cuba menyelamatkan UMNO/BN yg parah dan semcm mustahil diselamatkan ini.
Perlu saya tegaskan, seperti juga UMNO/BN tidak perlu musuh utk merosakkannya, UMNO/BN juga tidak perlu lagi nasihat dan pandangan pihak lain utk menyelamatkannya - terima kasih kpd pemimpin2nya yg buta dan pekak, tetapi tidak pula bisu.
Mengenai Mahathir yg menjadi duri beracun yg ingin pulang ke dlm daging, ahli2 UMNO/BN telanlah daging yg membusuk itu. Jilatlah ludah2 yg diarahkan ke langit sebelum ini. Bagi saya, 'damage has been done' dan kehancuran sudah terlalu hampir. Hampir tidaklah bermaksud 16hb ini atau Disember nanti. Hampir ini relatif kpd lebih 50thn UMNO wujud, w/pun UMNO skrg sebenarnya adalah UMNO (Baru) - perdulikan fakta itu.
Kontra dgn ketidakpopularan BN pd kadar yg pantas skrg, Pakatan Rakyat (PR) memerlukan lebih masa utk meyakinkan rakyat. W/pun penerimaan rakyat dlm masa 10 thn kebelakangan ini amat memberangsangkan, bagi saya PR masih muda tetapi kekuatan telah pun wujud. PR perlu membuktikan dulu keupayaan mentadbir di negeri2 yg baru dikuasai lepas dan kita sedang memerhatikannya dgn serius.
UMNO/BN mungkin akan terus hidup, kali ini sebagai pembangkang - tiada yg kekal. Persekitaran sosio-ekonomi dan cabaran2 lain telah berubah dan ini memerlukan cara dan kaedah baru utk menanganinya. Sudah sampai masa BN perlu menerima, PR sebagai alternatif kepada aspirasi baru rakyat dan negara ini.
Anakbuah
p.s.: Saya balik beraya di Alor Setar tahun ini Dato' - rumah mertua berhampiran Maktab Mahmud (dengarnya hujan saja di sana). Tak tahulah kalau2 boleh ziarah Dato' (di Pendang?) atau mana tahu kalau2 Dato' ada rancangan buat rumah terbuka?
Salam Dato',
ReplyDeleteApapung yang dilakukan oleh pemimpin atasan united malay national organisation hanya utk menyelamatkan diri sendiri. Takut hilang kerusi dan jawatan. Paling dingerikan hilang kuasa. Mana kj nak pegi kalu united malay national organisation dikapankan?
Itu sebenarnya target mereka. Ketuanan Melayu hanya retorik utk mengula gulakan rakyat.
Dengan kemasukan semula TDM hanya akan lebih menjauhkan ahli parti.Selama ditampuk kuasa TDM menghancurkan Melayu secara perlahan dgn bertopengkan persainagn global dan dengan mengaibkan DSAI, beliau umpama melempar Melayu dan Islam kelembah shit.
Dan dgn muka toya dia berkata " ... Melayu mudah lupa.."
Rakyat Malaysia semakin matang kini, parti yg berteraskan satu kaum dah tak relevan lagi.
Cukuplah 50 thn united malay national organisation bermain dengan isu kaum bagi mengekalkan kuasa utk terus mengaut kekayaan utk diri sendiri juga kroni.
Rakyat Malaysia dah matang. Cukuplah!!
Dato'
ReplyDeleteMAJLIS Tertinggi (MT) Umno telah memutuskan Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.Itu adalah tindakan parti ke atas ahlinya.
Kita mahu melihat apakah tindakan kerajaan keatas beliau dan juga akhbar yang menyiarkan berita itu. Perlu dinilai diantara dua pihak ini (Ahmad dan Akhbar itu), yang manakah yang benar-benar rasis. Tanpa akhbar yang mensensasikan berita itu tentulah ucapan beliau itu jadi kes terpencil dan "non issue". Ia akan lenyap begitu sahaja dan tidakpun sesiapa berminat untuk menyambungnya. Tentu tidak ada berlaku huru-hara selepas ucapan itu kerana Ahmad menyebutkan fakta sejarah. Semua orang dah tahu tentang fakta itu dan rasanya orang Melayu yang sangat tinggi tolak ansurnya itu sudah tidak mengindahkan hal itupun.
Sdr. A Kadir Jasin dan para pengomen,
ReplyDeleteI do not agree with Ahmad Ismail. We have a social contract and we should work together based on that.
However I do admire his guts! Whether he is paid handsomely for this piece of decoy act or he believes what he said or whatever, one must admit that this guy has guts!
If it was KJ, he would surely have backed down and would be apologising while pissing in his pants! Nonetheless I must admit that KJ is getting to be a real SNAKE!
Sekian.
Assalamualaikum Dato',
ReplyDeleteSelepas PRU yang lalu, apabila Pak Lah bertegas mahu mengekalkan jawatannya sebagai PM atas alasan rasa tanggungjawabnya untuk memperbaiki dan memulihkan UMNO/BN, saya memang tidak yakin dia dapat melakukan apa-apa pembaikan. Malah saya memang merasakan keadaan akan menjadi bertambah parah. Komen saya di blog Dato' pada waktu itu semoga Pak Lah tidak seperti TIKUS MEMBAIKI LABU. Sekarang ternyata TIKUS BENAR2 MEMBAIKI LABU! Adakah kita masih mahu membiarkan pula Si Luncai terjun dengan labu-labunya?
Sdra Scribe,
ReplyDeleteUMNO sudah tidak lagi gah seperti dulu. Terlalu banyak cacat celanya. Terlalu ramai ahli yang mempersoalkan kewibawaan barisan pemimpin atasannya. Apabila ahli Umno mula menyalahkan barisan pemimpinnya, maka orang di luar
Umno juga mengkeritik Umno dengan kuat dan keras. Akibatnya, timbullah rasa syak wasangka dan curiga-mencurigai seperti yang kita lihat hari ini. Kemana pemimpin Umno hari ini ingin membawa parti dan ahlinya? Soalan yang lebih besar ialah - kemana Pemimpin Umno yang menerajui kerajaan mahu membawa rakyat negara ini hari ini?
Lihat saja keadaan hari ini: jenayah besar yang kejam berlaku hampir setiap hari; pemimpin dalam parti yang memerintah bertelagah sesama sendiri; kata-mengata menjadi budaya harian; mereka yang ingin bersuara dinasihati supaya jangan berbuat demikian; politik wang semakin rancak; ugutan demi ugutan dapat kita baca dalam akhbar setiap hari.
Kini kita berada dalam keadaan yg tidak menentu. Jika keadaan tidak berubah, apa akan jadi pd negara tercinta? Selaku parti yang terbesar dan memegang tampok pentadbiran negara, kita tidak harus hairan jika rakyat menyalahkan Umno dan barisan pemimpinnya dipertanggongjawabkan jika keadaan menjadi semakin burok. Sejarah tidak akan melindungi Umno. Selamat berpuasa.
salam posters,
ReplyDelete"running dog" bkn sahaja pro/penyokong semata2, tapi sebagai mekanism pengerak minda, pengerak propaganda, topik2 DKJ selari dgn tindak tandok tun semacam disusun2 mungkin DKJ terbawa2 perangai dulu masa diNST, istilah "running pig" itu tiada dlm bahasa antarabangsa atau mungkin tidak popular semacam popularnya batman, superman, spiderman......
kesemuanya adalah.....
HAMBA ALLAH (",)
Semakin ramai orang berani menyentuh isu perkauman.
ReplyDeleteMungkin ISA yang terbaik.
Setuju dgn Srikandi....
ReplyDeleteAda yang cakap kita kena pentingkan penyatuan Melayu.
Ada yang cakap lagi besar dari penyatuan Melayu tu penyatuan Islam, itu yang perlu.
Asyik kaum, agama, agama, kaum.
Kenapa tidak pula kita nak bersatu sebagai umat manusia tak kira kaum atau agama?
Takkan kita rakyat Malaysia tak sanggup pula?
UMNO dalam proses melahirkan seorang pemimpin unggul.
ReplyDeletekalaulah semua pesalah dan juga penyebab isu-isu panas ini diambil tindakan dihantar ke penjara nescaya sudah penuh penjara di Malaysia ini dan saya pun masuk sekali kedalam penjara itu hanya kerana kita bersuara membetulkan keadaan tetapi berlainan falsafah jadi kita dilihat sebagai menongkah arus,
ReplyDeleteJam Malaysia berdetik Perlahan-lahan ke 16 September!
ReplyDelete----------------------------------
Tick, Tock! Tick, Tock! Tick Tock!
Sementara tu alatganti tambahan dan batteri masih belum mencukupi, jika berhenti.
Ada yang cuba percepatkan masanya 15 minit, ada yang nak 30 minit.
Tak ada sesiapa pun yang mengerakan ia ke belakang. Hairannya aku?
bersambung di http://patek1472.wordpress.com
"PM terkejut dengan kenyataan Muhyiddin"
ReplyDeletePak Lah ni ingat dia ni bagus sangat ke jadi PM......Padahal satu Malaysia dah cerita benda tu, dia buat2 terkejut.....apa jenis PM macam ni, tak boleh pakai langsung.
Saya merujuk kepada kes Ahmad Ismail dimana beliau mengatakan bahawa Kaum Cina di Malaysia dahulu adalah PENUMPANG.Lebih jelas lagi adalah PENDATANG. Ahmad Ismail memang betul tetapi tidak semua Kaum CIna adalah PENDATANG kerana lihat daripada sejarah KESULTANAN MELAYU ramai kaum CINA di terima oleh SULTAN-SULTAN sebagai rakyat mereka. Tetapi kemasukan Kaum Cina dan India ke Tanah Melayu adalah kerana mereka datang untuk berkerja sama ada datang sendiri atau dibawa oleh pihak BRITISH dan JEPUN.
ReplyDeleteBagi saya secara rasionalnya apa yang dikatakan oleh AHMAD ISMAIL adalah benar belaka tetapi ia adalah didalam konteks SEJARAH.
Jika dia memainkan isu perkauman maka memang di patut dihukum tetapi apa yang ditekankan semasa ceramah dia di PErmatang PAuh adalah untuk mengingatkan Kaum CIna supaya bersyukur kerana mereka diberi STATUS KERAKYATAN yang sebenarnya ditentang oleh kebanyakan orang-orang melayu yang dibawah naungan SULTAN-SULTAN,itulah sebab utama ORANG MELAYU menolak MALAYAN UNION,namun begitu atas semangat timbangrasa ORANG MELAYU maka mereka dapat menerima ORANG-ORANG BUKAN MELAYU diberi HAK KERAKYATAN DI TANAH MELAYU.
HAK KERAKYATAN ITU ADALAH SUCI DIDALAM PERLEMBAGAAN, maka tiada sesiapa pun yang layak dan berhak menafikan HAK KERAKYATAN seseorang itu sama ada dia itu MELAYU,CINA atau INDIA atau apa-apa BANGSA pun.
Demikian juga sama hal nya dengan HAK KEISTIMEWAAN MEALYU DAN ISLAM yang terkandung didalam PERLEMBAGAAN.. TIADA SIAPA PUN LAYAK DAN BERHAK UNTUK MEMPERSOALKAN HAK ITU SAMAADA ORANG MELAYU,CINA ATAUPUN INDIA.
KENAPA?? KERANA HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN ISLAM ADALAH BALASAN HAK KERAKYATAN DIBERI KEPADA ORANG BUKAN MELAYU. MAKA KITA HARUSLAH MENGHORMATI HAK MASING-MASING.
JADI JANGAN LAH SESIAPA PUN BERANI MEMPERTIKAIKAN HAK MASING-MASING.
MEMANG SEKARANG KITA NAMPAK UMNO MENGGUNAKAN HAK KEISTIMEWAAN ITU SEPENUHNYA TETAPI ADAKAH IA SALAH? TIDAK KERANA IA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN. ADAKAH ORANG MELAYU MENGHALANG ORANG CINA DAN INDIA MENERUSKAN HIDUP MEREKA ATAU MENGHALAU MEREKA KELUAR DARIPADA NEGARA INI? TIDAK SAMA SEKALI..
Jika AHMAD ISMAIL dikatakan bersifat perkauman,bagaimana pula KARPAL SINGH dan LIM KIT SIANG yang hendakkan Artikel 153 dihapuskan,bukankah itu satu sikap PERKAUMAN?? Dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN..
Bagaimana pula dengan Teresa Kok yang ingin supaya Tulisan Jawi di buang di semua PapanTanda Jalan di Lembah Kelang? Bukankah itu satu sikap PERKAUMAN (buat pengetahuan orang bukan melayu bahawa bahasa melayu dahulu adalah ditulis dalam bahasa JAWI (arab) bukan rumi).
Maka pada pendapat saya sesipa pun yang mengungkit perkara yang mempertikaikan HAK-HAK YANG TELAH TERMAKTUB DIDALAM PERLEMBAGAAN dia harus di tahan menggunakan ISA sama ada orang itu orang politik atau tidak.
Jika kenyataan orang politik itu boleh menjurus kepada rusuhan maka tahan dia baik UMNO,MCA,DAP,MIC,PKR,PAS,SAPP,PBS,LDP,PPP dan semua NGO's.
If we dont like the government just vote againt them in next election,dont stir up problem that can cause chaos.
I dont hate my chinese and indian neighbour,in fact we are very good to each other plus other children go to school together.
Sometimes if you all POLITICIAN ask too much,question too much,complaining too much,arguing too much,thats what actually divide US.
I think and this is i think the most appropicate way for us,all malaysian,to be together is to abolish all other school except the NATIONAL SCHOOL so that our children can life and learn together.Is that what all of us want,isnt it!! Stop training to fight for your right to practice MANDARIN or TAMIL because you can also learned it in the NATIONAL SCHOOL.Make it a MUST to have the SUBJECT in MANDARIN and TAMIL.Then all of our children can speaks 4 languages.
Oelh itu kawan-kawan semua HORMATI lah HAK-HAK yang ada pada kita.JAngan cuba mempertikaikan HAK orang lain kerana HAK anda juga akan dipertikaikan.
Sayangi diri anda,keluarga anda,jiran anda,bangsa anda,bahasa anda,agama anda dan paling utama sekali kesejahteran,keharmonian,keamanan dan kedamaian NEGARA KITA MALAYSIA..
Dato KJ,
ReplyDeleteMari kita kenali siapa Ahmad Ismail sebenarnya>
Ahamd Ismail's history:
A) The crowd of supporters at sacked deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's residence came alive tonight when his wife, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, took centre-stage to thank them for their support.
Another speaker was Senator Datuk Ahmad Ismail of Umno Bukit Bendera who said the division fully supports Anwar. Anwar, who addressed the crowd about 10pm, said he was touched by their support
(Anwar's wife thanks gathering for support.
By Toh An Nee
270 words
15 September 1998
The Sun)
B) The Umno Bukit Bendera division, which held a special meeting yesterday, decided to ask that Anwar be given a fair trial in defending himself against the allegations.
"As stated by Dr Mahathir before, we should not pronounce someone guilty until the courts have stated so.
"Anwar should be given a chance to explain his side to the people so that peace can be preserved in the country," the division said in a Press statement today.
The statement was signed by Bukit Bendera division chief Senator Datuk Ahmad Ismail, his deputy Azmi @ Iskandar S.H.O. Merican, its Youth wing leader Mohd Ismail Mohd Othman, deputy Youth chief Ismadi Abu Bakar, assistant secretary Syed Abdul Kadir Aidid, deputy Youth treasurer Azhar Ahmad and the division's Youth information chief Yahaya Ibrahim.
dATO'
ReplyDeleteUMNO sudah tak relevan kerana hampir semua pemimpinnya bermula dari ketua2 cawangan, bahagian dan pusat banyak menyalahguna kuasa-politik untuk kepentingan,keuntungan diri dan perniagaan.
Kepada perayap sekalian, balik-balik kawasan tengoklah siapa ketua cawangan, bahagian dan bandingkanlah sebelum menjawat jawatan dalam parti dan selepas menjawat jawatan.....berapa banyak kekayaan dan kemewahan amat jauh berbanding dengan kerjaya masing-masing dan juga kelulusan akedemik.
Inilah UMNO hari ini.....yang kaya bukan setakat kaya tapi terlalu kaya sebaik sahaja dapat jawatan dalam parti.....apa semua ni?????
UMNO sudah tenat, seperti tongkang pecah bukan kerana satu dua pemimpin utama lemah dan lembik tapi hampir keseluruhan mengejar nikmat dunia semata-mata.
UMNO sudah tenat, seperti ular sawa kekenyangan, diketuk baru angkat kepala tapi masih tak bergerak-gerak juga.
UMNO yang banyak berjasa satu masa dulu sudah tenat. Bapak-bapak UMNO dulu-dulu ikhlas dalam perjuangan tetapi anak-anak mereka hari ini sudah tak kenal susah payah bapak-bapak dulu-dulu apalagi Melayu yang miskin kedana.
Tiba masanya kita baca talkin untuk UMNO
Dato
ReplyDeleteDalam keadaan terdesak, pemimpin-pemimpin UMNO(baru) tanpa segan silu melaungkan KETUANAN MELAYU.
Maka bersambutlah seruan tersebut oleh ahli-ahli UMNO(baru)...mereka tiba-tiba menjadi buta pada hakikat bahawa sejak UMNO(baru) masuk kesabah, KEAHLIAN UMNO(BARU) TELAH DIBUKA KEPADA SEMUA KAUM BUMIPUTRA WALAUPUN YANG BUKAN MELAYU ATAU ISLAM.
Time tersepit, para pemimpin UMNO(Baru) meniupkan serunai KETUANAN MELAYU....habis macam mana dengan hak ketuanan kaum bumiputra bukan melayu dan islam disabah yang menjadi ahli UMNO(Baru)!
Inilah silap mata paling mujarab sekali yang akan dilaungkan oleh pemimpin UMNO(baru) apabila kedudukan mereka tercabar!...bangkit isu KETUANAN MELAYU.
Ahli-ahli UMNO melayu bila le nak sedar dengan hakikat ini!....UMNO(baru) ADALAH PARTI BUMIPUTRA MACAM PARTI PESAKA BUMIPUTRA KAT SARAWAK TU!
bat8
UMNO sudah lama ditalkinkan oleh 'musuh2nya' tetapi nyata masih hidup, cuma2 kebelakangan ini mundur dan lemah...
ReplyDeleteIni adalah proses, tidak penting suara dan aksi musuh di luar yang emosi tetapi selagi majoriti ahli UMNO masih mahu melihat UMNO gagah..insyAllah UMNO akan kembali tegak dengan kembalinya Tun dan kesedaran semakin ramai pemimpin UMNO.
Suara2 sumbang musuh UMNO yang besahutan makin jauh sayu kedengaran, mendayu dayu kerana angan dan impian makin tidak kesampaian..
Askm Datuk,
ReplyDeleteKepada Saudara Lai Tek, ini satu lagi cerita wayang kulit penyokong Abdullah yang sudah hilang modal dan mati akal.
Saya rasa ini satu lagi teori konspirasi penyokong Abdullah yaitu Datuk Ahmad Ismail ialah orang Anwar.
Kalau betul dia orang Anwar, ini satu lagi tamparan kepada Abdullah kerana dia ketua perhubungan P Pinang.
Maknanya ketua2 bahagian P Pinang sokong Ahmad Ismail tapi tak sokong ketua perhubungan yang berupa presiden Umno dan Perdana Menteri.
Maksudnya antara Abdullah yang merupakan presiden Umno dan ketua perhubungan P Pinang, ketua-ketua bahagian P Pinang lebih sokong Datuk Ahmad Ismail. Apa punya ketua perhubungan ni?
Teruskan perjuangan mempertahankan orang Melayu dan Umno wahai Datuk Ahmad Ismail.
Kamjat Bukit Bendera
nuclear time bomb ticking....
ReplyDeletepls get everybody...somebody...anybody... or even nobody...in UMNO.. Neutralized it very2 fast....time is running out at an exponential rate...
Perdana Menteri ke5.. produk yg paling memalukan dari segi kualiti & kredibiliti pernah dihasilkan dlm sejarah UMNO...
Jasanya akan dikenang rakyat sbg "Bapa Mentua KJ"..
Hanya UMNO Kedah & Kelantan yg paling lantang bersuara skrg utk reformasi UMNO...
UMNO negeri lain terutama khemah2 menteri di Johor yg paling teruk menderita "Acute Koro Syndrome"..tinggal lah Muhiydin sorang terkontang kanting...
Dah ler hilang Batu Putih.. hilang telur pun akan dikata 'win-win situation' oleh mereka ini geng2 kelab pesakit AKS... hehehe, (AKS, bukan AKJ)
(",)
Datuk,
ReplyDeleteTahniah diucapkan sedikit sebanyak tulisan Datuk mengenai sekatan kepada blog RPK mendapat perhatian.
Kerajaan semalam telah mengarahkan SKMM menarik balik sekatan blog terhadap RPK.
Semoga kesedaran tentang kebebasan media ini semakin tinggi di kalangan masyarakat Malaysia.
Datuk dan pembaca sekelian
ReplyDeleteWhatever it is, saya tertarik dengan satu kenyataan bahawa kita semua adalah pendatang dan hanya menumpang di bumi Allah ini sementara masanya menuju ke sana, alam akhirat. Jadi sesiapa pun baik Ahmad, Pak Lah, DAP, Gerakan dan sesiapa pun tak berhak menyatakan Malaysia ini adalah hak mutlak mereka.
Sebenarnya jika kita benar2 menghayati ajaran Islam kita tak akan mudah melatah. Tiada apa pada kita yang mutlak dan kekal abadi. Semuanya akan hancur dan binasa dan adalah milik Allah.
Waalahu a'lam.
Widuri.
Langit Biru 6:01 PM
ReplyDelete... Telah dengan tepat sekali mencirikan UMNO.
Terlalu asyik dengan kekayaan dan penuh dengan korupsi.
Ini bukan setakat pemimpin atasan seperti Perdana Menteri dan Menteri-Menteri, malah ketua-ketua cawangan, ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai daerah yang pro-UMNO, semua bersubahat memakan wang dan hasil bumi dan rakyat.
Ini paling terang sekali dan menyemarak sejak awal 1980an lagi.
UMNO sudah tenat dengan sepenuh-penuhnya.
Kelemahan dan kerosakannya telah jelas terserlah. Kalau bukan kerana pembangkang, maka rakyat tidak nampak barah UMNO ini, lalu ia akan terus memakan tanahair kita hingga ianya lupus perlahan-lahan.
Melayu boleh hidup tanpa UMNO. UMNO itu bukan Malaysia, dan Malaysia itu bukan UMNO.
Melayu dan kaum-kaum lain kena berani menyokong dan memberi peluang kepada parti-parti lain, seperti pembangkang, untuk mentadbir.
Sekurang-kurangnya pembangkang tidak korup buat masa sekarang, dan lebih terbuka dan lebih amanah.
Inilah satu-satunya cara untuk kita memperbahrui Malaysia. Kita pastikan pentadbiran baru tidak memecah amanah. Malah, pembangkang pun memang pro-keterbukaan dari segi pemberian kontrak dan penyebaran maklumat kepada rakyat.
Hanya tinggal satu cara sahaja untuk UMNO memperbetulkan diri, iaitu dari kedudukan kerusi pembangkang.
Sudah terlambat buat masa sekarang untuk UMNO, yang asyik memainkan serunai Ketuanan ini dan Ketuanan itu apabila ianya parah.
Kesian UMNO.
Tetapi hiduplah Malaysia, selama-lamanya, dengan padu dan damai dan makmur.
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya hanya mampu menggeleng kepala melihat tahap kekoroan dan kedayusan ahli UMNO pada setiap peringkat. Inilah natijahnya apabila ahli-ahli membiarkan diri mereka di stage-managed atas alasan 'perpaduan parti'. Saya sebenarnya tertanya-tanya what's the tipping point for UMNO members. Any answers?
Takkan Melayu Hilang Didunia.....
ReplyDelete