Siasat Kenyataan Ahmad dan Laporan Sin Chew
A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SATU berita yang sama daripada tiga sumber yang berlainan dengan pendekatan yang berbeza.
Mstar, akhbar Internet berbahasa Melayu milik Kumpulan The Star yang memetik laporan Bernama berkata Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail tidak akan meminta maaf atas dakwaan membuat kenyataan menghina orang bukan Melayu.
Bernama memetik Ahmad sebagai berkata yang dia tidak akan meminta maaf kerana bukan beliau yang salah tetapi pemberita akhbar Sin Chew Daily yang telah menyalah lapor kenyataan beliau.
Dari awal-awal lagi Ahmad mendakwa bahawa rujukannya kepada orang Cina sebagai pendatang adalah berdasarkan fakta sejarah dan bukan menyentuh kaum Cina yang ada pada hari ini.
"Saya tidak akan meminta maaf di atas kesalahan yang dibuat oleh pemberita berkenaan. Saya tidak bersalah dan saya cabar sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan saya bahawa orang Cina adalah penumpang di Tanah Melayu sebelum merdeka dan sememangnya bukan Melayu adalah pendatang dan menumpang di sini ketika itu," katanya.
Mstar melaporkan Ahmad berkata demikian dalam sidang akhbar di Menara Umno di Georgetown pada 5 Ogos yang turut dihadiri 13 ketua dan wakil Umno bahagian di Pulau Pinang serta penyokong parti.
Portal berita bebas, Malaysiakini, ketika melaporkan peristiwa yang sama berkata kesemua bahagian Umno Pulau Pinang, termasuk bahagian Perdana Menteri dan Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi iaitu Kepala Batas, memberi sokongan penuh kepada Ahmad.
Tindakan Umno Pulau Pinang itu, kata Malaysiakini, berupa tamparan kepada Abdullah yang terdahulu telah meminta Ahmad memohon maaf.
Kalau Abdullah meminta Ahmad memohon maaf, timbalan setianya, Mohd Najib Abdul Razak, melangkah setapak ke hadapan dengan memohon maaf bagi pihak Umno.
Secara peribadi, saya bimbang jika tidak ditangani dengan waras, bijaksana dan tegas, kemelut ini boleh merebak menjadi isu yang bukan sahaja akan membuatkan Barisan Nasional lebih tenat malah akan mencetuskan ketegangan kaum.
Namun saya rasa jalan penyelesaian bukanlah sukar sangat sekiranya pihak terbabit menggunakan akal dan tidak terus mempolitikkan peristiwa ini.
Dengan risiko dituduh hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, saya ingin mengemukakan saranan berikut:
1. Siasat apa yang sebenarnya diucapkan oleh Ahmad dan apa pula yang dilaporkan oleh Sin Chew;
2. Kalau Ahmad bersalah, ambil tindakan ke atasnya. Arah dia minta maaf. Kalau dia enggan, singkir dia daripada Umno;
3. Kalau Sin Chew yang salah, ambil tindakan ke atasnya kerana laporannya itu mengandungi unsur hasutan;
4. Kalau pemerintah boleh ambil tindakan menyekat akses kepada portal berita Malaysia Today, ia pasti boleh ambil tindakan ke atas Sin Chew. Sengaja disebutkan bahawa Sin Chew adalah antara surat khabar yang digantung lesennya ketika Operasi Lalang tahun 1987;
5. Mohd Najib wajib menarik balik permohonan maaf Umno dan memohon maaf kepada ahli Umno;
6. Jangan ulang cerita hantar Azmi Khalid ke negeri China untuk minta maaf terhadap kesilapan yang tidak dilakukan. Pembangkang dakwa wanita negeri China di bogelkan oleh polis dan kerajaan bergegas hantar menteri bunga emas ke negeri China. Bila disiasat, wanita itu rakyat Malaysia yang bangsanya Melayu. Sudah jatuh ditimpa tangga, wanita itu saman polis dan kerajaan;
7. Mohd Najib jangan telan bulat-bulat laporan media massa arus perdana tolak semua laporan media alternatif. Siasat dulu ketepatan laporan mereka sebelum aibkan ahli Umno dan orang Melayu dengan memohon maaf terhadap apa yang tidak perlu; dan
8. Berhati-hatilah jangan jadikan Umno parti apologis (pemohon maaf) dan bangsa Melayu bangsa yang dibebankan oleh apologia (rasa bersalah).
Salam Datuk,
ReplyDelete1. Jika setakad Sin Chew sahaja yang melaporkan isu ini, saya rasa ia tidak akan menjadi besar.
2. Tetapi ia telah menjadi besar dan bertambah kecoh kerana telah diperbesarkan lagi oleh TV Melayu dan Akhbar-akhbar Melayu.
3. Kita perlu ketahui selama ini peranan TV Melayu dan Akhbar-Akhbar Melayu sentiasa memberi "Sokongan Membawa Rebah" kepada UMNO/BN.
Salam Dato',
ReplyDeletePendatang atau penumpang? Konteks sebelum medeka atau selepas merdeka?
Mudah benar kenyataan2 begini diputar-belitkan. Persepsi dan penerimaan kita berbeza-beza. Dan saya tidak pasti siapa yg berkata benar atau siapa yg salah sekiranya tiada di tempat kejadian atau mendengarnya sendiri. Itu pun bergantung kpd penerimaan saya pada masa itu.
Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, buruk padahnya!
PakLah dan Najib nampaknya makin tidak dihormati dan makin tidak popular.
Anakbuah
p.s.#1: Dari awal lagi saya kata Najib patut tutup mulut. (Hari tu, tak semena2 bersumpah - dah mcm budak2) Apa yg Umno dapat skrg?
p.s.#2: Cari pemberita Sin Chew tu sampai dapat! Dengar drp sebelah dia pula.
p.s.#3: BNlah sebenarnya hero yg memainkan api perkauman. Apa kata Dato'?
Datuk,
ReplyDeleteSaya menyokong tindakan Dato’ Ahmad Ismail tidak maaf. Saya berharap Dato’ Ahmad kekal dengan pendiriannya tidak meminta maaf. Setiap kali apa yang dikatakan oleh orang Melayu.. tentang orang Melayu sendiri (seperti tuan di bumi sendiri), orang Cina, dan sebagainya akan terdedah kepada pelbagai tafsiran dan boleh manipulasikan oleh orang yang berkepentingan. Apabila lagu Negara Ku “dipermain-mainkan”, orang ramai mendesak supaya pemuda ini meminta maaf… maaf apa? … sebaliknya mendapat sokongan solid dari para pemimpin Cina supaya tidak meminta maaf. Hishamuddin menghunus keris dianggap perkauman dan dituntut meminta maaf. Segala yang Melayu lakukan sama ada kata-kata mahupun perbuatan, ‘silap’ sedikit (ada ruang) sahaja akan menjadi isu dan dituntut minta maaf. Isu wanita “Cina” disuruh berbogel dilokap akan senyap sunyi sekiranya dari awal-awal lagi diketahui wanita itu “Melayu”. Riuh-rendah orang Cina... kemudiaanya diberitakan bukan Cina Malaysia tapi Cina China. Maka Perdana Menteri pun mengutuskan Menteri pergi minta maaf ke Tembok Besar. Rupanya Melayu! Melayu sekarang sudah tidak boleh bersuara. Bersuara... minta maaf... bersuara... minta maaf… Takut... Mana cukup dengan Najib minta maaf (Najib pun dah kena penyakit Pak Lah)… 2 tahun terlalu lama rasanya...
5 Sept. Utusan Malaysia.
ReplyDeleteAbdullah lancar BLESS.
Abdullah telah melancarkan portal `Boleh 'LAH' Engkau Shiok Sendiri` atau dikenali sebagai BLESS di PutraJaya semalam.
Brendan.
Ya, Datuk, inilah situasinya hari ini, dimana :-
ReplyDeleteTindakan Umno Pulau Pinang itu, berupa tamparan kepada Abdullah yang terdahulu telah meminta Ahmad memohon maaf.
Mohd Najib Abdul Razak, terlebih dahulu telah memohon maaf bagi pihak Umno, sekiranya ada yang tersinggung, kalau tak takpe kot.
Tetapi yang saya setuju sangat, ialah komen ini:-
"Secara peribadi, saya bimbang jika tidak ditangani dengan waras, bijaksana dan tegas, kemelut ini boleh merebak menjadi isu yang bukan sahaja akan membuatkan Barisan Nasional lebih tenat malah akan mencetuskan ketegangan kaum".
dan sememangnya "jalan penyelesaian bukanlah sukar sangat sekiranya pihak terbabit menggunakan akal dan tidak terus mempolitikkan peristiwa ini."
Ada unsur-unsur ugutan dalam komen pihak tertentu, ini merbahaya. Terimalah hakikat bahawa angin perubahan telah tiba, kita tidak akan rugi hidup bersama, kerana kita saling perlu memerlukan.
Konsep Tuan bukan yang tidak cerdik, hanya memalukan Tuan itu sendiri kerana akhirnya dipermainan orang.
Ramai diantara kita yang telah berjaya atas usaha sendiri sejak Merdeka, dan ada juga mendapat kejayaan kerana "Political Patronage". Yang dipertikaikan ialah "terlebih lebih sangat" sampai rakyat masih ramai yang merempat termasuk orang melayu sendiri.
UMNO/BN perlukan satu kumpulan baru yang berkeupayaan, Bukan lagi Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, dan maaflah bukan regu Abdullah & Najib. Muhyiddin nampak ok, tapi takut tak berani ambil risiko.
Sekiranya tidak, Dato Seri Anwar dengan Pakatan Rakyat telah memberi harapan tersebut, dan Sistem 2 parti, akan lebih berjaya di Malaysia.
Amat bersetuju Dato, Inilah yang menjadi masalah Umat Melayu di Malaysia sekarang kerana pemimpin yang ada gagal berfikir dan tidak mempunyai 'strategic vision' yang sepatutnya boleh menangani masalah ini tanpa membuka ruang kepada 'political opportunist'. Apa yang berlaku pemimpin no 1 dan 2 kita seolah olah bersikap opportunis dan takut. This is the time for them to show that they are in control bukan menunjukan kelemahan mereka. Kalau lah begini keadaan nya maka apa yang dikatakan olih pembangkang keatas kedua dua mereka punyai kebenaran. They should put country first rather than their own political survival. Harap harap mereka baca artikel Dato, tak payah la nak buat study tour kat oversea, face it with responsibility and I am sure the rakyat will appreciate them an be honest. dh9753@yahoo
ReplyDeleteSalam, Datuk.
ReplyDelete1) Bagi saya, sikap meminta maaf merupakan satu sikap yang memerlukan justifikasi. Untuk menjadikan sikap 'meminta maaf' satu sikap yang mulia, kita seharusnya bersikap adil. Makna adil di sini, ialah, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kemampuan untuk melaksanakan keadilan, menjadikan seseorang itu beradab. Jadi, dalam konteks ini, kita lihat, apakah dengan meminta maaf telah menjadikan kita seorang yang adil dan beradab? Kerana itu, saya percaya pihak yang terbabit seharusnya melakukan kajian dan bukan secara terburu-buru meminta maaf. Menyatakan 'Orang Cina' sebagai pendatang sebelum kemerdekaan merupakan satu fakta sejarah, dalam konteks ini, sebelum termeterainya jus soli. Jadi, kerana itu, saya fikir, memintaa maaf tanpa melihat kepada fakta, atau menyuruh orang lain meminta maaf dengan segera, menunjukkan 'self esteem' yang rendah, selain daripada sikap terburu-buru dan takut biarpun benar.
2)Walaubagaimanapun, jika terbukti bersalah, meminta maaf merupakan satu tindakan yang paling wajar dan menunjukkan self esteem yang tinggi.
3)Belakangan ini, saya lihat, apabila kita bercakap tentang hak-hal Melayu, biarpun hak itu tercatat dala perlembagaan, penyataan kita akan dikatakan mempunyai unsur perkauman. Tetapi tidak sebaliknya. Dalam isu ini, saya melihat seperti ada kesamaan, atau akan ada kesamaan, di Barat, apabila kita mengkritik Yahudi, kita akan dikatakan anti semitik, padahal, apa yang dikatakan itu satu fakta. Saya berharap, perkara ini tidak berlaku di Malaysia, dan kita seharusnya mempunyai garis panduan, dalam konteks ini, perlembagaan, agar kritikan kita tidak tersasar.
4) Saya melihat tindakan ahli parlimen DAP, TRheresa Kok tentang tulisan Jawi di papan tanda, sebagai satu perkauman. Sejarah tulisan jawi bukannya bermula hari ini. Malah, bukti bertulis pertama penggunaan bahasa Jawi, dengan penemuan batu bersurat Kuala Berang, sudah berusia lebih 700 tahun. Jadi, kewujudan tulisan Jawi mempunyai legasinya yang tersendiri, dan merupakan khazanah orang Melayu dan negara ini. Mengapa tulisan jawi tidak boleh dianggap sebagai satu 'heritage' sedang kerajaan Negeri Selangor mahu menjadikan 'heritage' sebagai satu tarikan pelancongan di negeri itu. Kita tidak mendengar langsung pandangan parti pakatan Rakyat, termasuk PAS - dalam isu ini. DAP, dalam hal ini saya meminjam imej Y.B Theresa kok, merupakan satu parti yang konsisten arah dan idealogi kewujudannya. Mengapa hal ini tidak berlaku kepada beberapa parti yang ditunjangi oleh Melayu Islam, sama ada dari P.R atau UMNO? Apa pendapat Datuk tentang isu tulisan jawi di papan tanda ini?
5) Bercakap tentang YB Theresa Kok, beliau seorang yang vokal dalam membela masyarakat Cina. Tentang isu perempuan yang dibogelkan, kita tentu masih ingat betapa vokalnya beliau. Namun, apabila perempuan tersebut perempuan Melayu, kita tidak mendengar beliau berketik lagi.Adakah beliau seorang pembela wanita atau hanya pembela wanita Cina? Dan jika begitu, kita harus malu kerana kita tidak ada pula pembela wanita Melayu.
Apapun Datuk, selamat berpuasa dan bertarawikh.
Assalamu'alaikum Datuk,
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga TS Samad (Pak Samad).
Pak Lah dah jelas ditolak oleh penyokong parti lawan, kini lebih jelas ditolak oleh UMNO P Pinang. Selepas PRU12 UMNO Terengganu dan Perlis secara terang-terangan menolak Pak Lah.
Macam mana Pak Lah janji nak baiki UMNO sampai kukuh. Lagi lama dia ada, lagi lemah, orang tak mahu dengar cakap dia.
Takde ke tokoh yang boleh tumbangkan Pak Lah dengan apa cara pun? Malu betul kita ada pemimpin macam ni!
jom sembang panjang di bblog saya;
http://nawawidahalan.blogspot.com/
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
ReplyDeleteUMNO sebuah parti apologia?
Nampaknya memang begitu. Bahkan orang melayu pada dasarnya memang bersikap begitu. Kalau tidak, masakan apabila menghadap Sultan orang akan mulakan dengan "Ampun Tuanku!" Tidak berbuat salah pun dengan sultan; tetiba nak minta ampun. Pembahas-pembahas lain jangan keliru; penulis tidak mahu memperkecil bangsa Melayu; bangsa penulis sendiri.Tetapi itulah hakikat dan budaya kita; bangsa Melayu... kita selalu mengalah....
Macam Pak Arab, mereka memang asabiah, sangat mementingkan puaknya; antara puak bergaduh macam perang besar; tapi dengan anak, mereka cukup-cukup sayang. Itu budaya mereka... Kita tidak boleh memperkecilkan mana-mana budaya dalam dunia ini kerana budaya terbentuk dek "weltenchuung" atau pandangan alam pemikiran sesebuah masyarakat.
Tentang minta maaf, atau perkecilkan bangsa lain (baca:Cina), surat khabar dll itu terpulang kepada sejauh mana pemerintah secara bijaksana menangani masalah tersebut. Sometimes, we are more racial than we think we are... nak buat macam mana, bilamana emosi yang menjadi mulut kita, memang kita cakap tak fikir kesan. Ahli politik (tak kira pencandang atau pembangkang) kalau dalam ceramah, mana pernah dia fikir implikasi apa yang diperkatakan? Kalau dia fikirkan implikasi, tak mungkin ucapannya berapi-api sebab dia akan berhati-hati untuk tidak bercakap yang bukan-bukan. Penulis tidak menyokong mahupun tidak membangkang; tetapi itulah cabaran ahli politik Malaysia. Anda cakap tak fikir kesan. To all the Malaysian politician, I dare you to prove me wrong ! Sekian, wassalam.
P/s: Mereka memang tak ambil kisah tentang apa yang telah dan sudah berlaku....
-WADAH-
Komen saya:
ReplyDelete1) Mengapa kalau Ahmad salah, dia hanya diarah minta maaf sedangkan kalau akhbar salah kena ambil tindakan menghasut? Undang-undang untuk orang UMNO lain kah?
2) Setahu saya Najib ada di situ ketika kenyataan tu dibuat. Jadi dia tahu bukan hanya dari akhbar.
3) Kes wanita dibogelkan itu: Mengapa tidak ada permohonan maaf bila dah tahu wanita tu orang tempatan? Kita sibuk minta maaf pada orang asing tapi bila orang sendiri, menyatakan kesal tu tidak. Patut lah orang Melayu ada pepatah 'kera dihutan disusukan....'
Kita orang Melayu dan di tambah lagi berugama Islam sepatutnya lebih 'conscientious' dan adil. Tapi pemimpin-pemimpin Melayu/Islam tak sikit pun menunjukan ciri-ciri tersebut. Macam mana nak harap orang lain hormat kita. Kesian anak-anak Melayu kita yang dibesarkan dalam budaya yang dipelopori puak-puak yang mengaku 'pemimpin' ini. Contoh terdekat, demonstrasi pemikiran sempit pelajar-pelajar ITM (nak panggil Universiti pun saya sangsi).
Nampak sangat orang keliling Pak lah dan Najib patut dipecat kerana banyak sangat memberi laporan yang tidak lengkap dan misleading sehingga terpacul kenyataan-kenyataan yang memalukan.
ReplyDeleteNamun sebaliknya, jika pemimpin negara kita ini tidak merujuk kepada mana-mana pihak dan membuat andaian membabi-buta setelah didesak media -massa dan orang cina dalam Barisan, alangkah malangnya kita.
Apa-apa pun terserlah kelemahan didalam telahan dan pemikiran kedua-dua mereka lagi.
Merendah diri sehingga dipijak-pijak terlalu memalukan.
Koh yang beria-ia mahu Ahmad mohon maaf perlu dipertanggung-jawabkan juga.
Sin Chew memang racial. Akhbar untuk orang cina sahaja. Orang yang boleh berbahasa cina sahaja.
NOW WHO IS ACTUALLY RACIAL!!!
Assalamualaikum Datuk AKJ.
ReplyDeleteSaya sependapat dengan datuk dalam hal ini. Amat sedih sekali dengan politik kelamkabut yang ditunjukkan para pembesar Melayu. Tidak salah kalau ada tanggapan bahawa mereka ini terlalu sangat nak ambil hati tapi dengan cara yang salah!
Apa yang diharapkan daripada merekaa adalah kepimpinan yang berwibawa bukan gelabah!!!
Kepimpinan yang kuat dan yang mendapat sokongan yang kuat dari seluruh rakyat tidak akan mengemis sokongan dan meraih sokongan.
ReplyDeleteApa juga maksud yang dikatakan oleh Ahmad Ismail, haruslah dianggap sebagai apa terbuku dan terpendam dinaluri sebahagian dari orang Melayu, yang semakin dicabar samada dari bangsa lain dan bangsanya sendiri.
Barangkali Najib ingin menunjukkan kesantunan Melayu, menghukum anak sendiri, apabila secara 'public' memberitahu ayahnya bahawa si fulan mencuri buah mempelamnya. Lalu dipukul anaknya dan berkata, "Eh dia tak curi, dia cuma ambil mempelam kita!"
Salam Datuk
ReplyDeleteAhmad didn't refute what he allegedly said infact he reaffirms/clarify his statement and with more support from UMNO Penang. If ever BN dreams of regaining Penang, Selangor, Perak and KL (large non-malay population states), they can kiss that dream good bye forever. I wander what's his motives are anyway. If politics is about attainment of power then Ahmad certainly doesn't stand a chance to ever set foot in Dewan Negeri ever again especially in Penang regardless the truth or not of what he said.
Salam Datuk!
ReplyDeleteItulah yang ada pada pimpinan tertinggi UMNO, sudah terlalu banyak Pimpinan kita beralah kepada kaum lain, terutamanya Cina kerana nak jaga hati, apa saja yang kaum Cina minta semuanya akan ditunaikan, memang kaum Cina lebih dari kaum sendiri, itulah kenyataannya, kalau kita nak bandingkan bukan nak ungkit, bagaimana mereka di Indonesia, bagaimana mereka di Thailand, di Filipina kecualilah di Singapura, tetapi bagaimana sesama kaum Melayu cuma berbeza fahaman politik, terlalu berkeras sampai ada yang mati syahid, contohnya kes Memali, ada sesiapa pimpinan yang terlibat minta maaf, bahkan kes tersebut sampai sekarang didiamkan, tak dibawa ke mahkamah, kes tunjuk perasaan di Terengganu, ada yang kena tembak dengan peluru hidup, kes tersebut diam juga, kes babi di Melaka, OK pulak, sentuh pun tidak, dan babi-babi yang beratus ribu tu entah pindah ke tidak kita pun tak tahu, kena tunggu Karam Singh Walia pergi siasat semula.....
Bila dan terdesak dan kalah, dah hilang tongkat barulah sibuk dan buat penyatuan melayu, cipta semula isu perkauman, harap-harap semua orang melayu akan bagi sokongan, rakyat malaysia sekarang ni bertuah kerana adanya teknologi ICT, adanya blog-blog yang boleh kita tahu perkara sebenar, jadi perkara yang berlaku di Bukit Bendera Pulau Pinang tu biarlah kaum kerabat Barisan Nasional yang selesaikan, Rakyat Malaysia masih lagi ingat peristiwa Operasi Lalng 87, Najib bergaduh dengan Lee Kim Sai, last-last orang lain yang kena ISA. Cukuplah,,, rakyat masih ingat lagi,, Cuma Melayu UMNO yang mudah lupa.....
Salam,
ReplyDeleteDari segi sejarah, di negara ini telah ada kerajaan Melayu dan raja-raja Melayu sebelum orang Cina datang. Rakyat asal negeri ini juga orang Melayu sahaja (termasuk orang Asli dan orang-orang yang datang dari "kawasan budaya yang sama" atau Alam Melayu).
Datuk nenek orang Cina yang ada sekarang memang pendatang atau penumpang. Sebahagian besar daripada hanya "diberi" kerakyatan selepas tahun 1957.
Jadi isu ini sepatutnya tidak perlu dipolitikkan.
Salam Datok,
ReplyDeleteKita hidup hari ini dalam masyarakat majmuk,janganlah sengketa ,uruskan hidup harmoni.Perkara migran tidak perlu diungkit lagi ,yg terjadi tidak bolih diubah.Keharmonian kaum perlu diteruskan.DiNegeri lain walau satu bangsa terjadi juga kekecohan tetapi diMalaysia tidak.
Sebenarnya saya ingin sentuh mengenai DBKL & POLIS K.Lumpur.Semalam saya ke Jalan TAR ,jam gila pada hal sekumpulan Polis trafic duduk & tengok sahaja dekat trafic light.Dan petang Jumaaat lepas, Middle Ring dekat Ampang jam teruk.DBKL sekarang ini buat apa ? pasang Camera berjuta kos nya.
Langsung tidak ada improvement membazir sahaja wang rakyat.DBKL & Ampangjaya tidak monitor kesesakan traffic ?.
Cadangan saya seperti dahulu juga.
1. Link Trafic Camera DBKL&Ampang Jaya atau dari seluruh Malaysia ke Centralise Sys.Polis Trafic
2.Adakan syif untuk monitor trafic camera .Kalau sudah ada tidak kerja ,pecat saja mereka ini.
2.Polis trafic - ini tahun 2008 semua kena cepat.Terima saja maklumat tindakan hendaklah segera.
3.Kerajaan yg memerintah perlu peka masalah ini .
Datuk said:
ReplyDelete"Secara peribadi, saya bimbang jika tidak ditangani dengan waras, bijaksana dan tegas, kemelut ini boleh merebak menjadi isu yang bukan sahaja akan membuatkan Barisan Nasional lebih tenat malah akan mencetuskan ketegangan kaum."
ye betul..Saya tak pernah sembang dengan ayah saya pasal politik tanahair dulu. Tapi sekarang selalu jugak saya bersembang dan tanya pendapat ayah saya yang sudah berumur 88tahun itu. (Dia ahli UMNO biasa ja). Dia agak kecewa dan marah dengan Najib. SUmber berita untuk ayah saya hanyalah NST. Katanya UMNO/BN sedang membuat kesilapan demi kesilapan yang agak memalukan. Kalaupun Ahmad ada mengeluarkan kenyataan sebegitu, tidak perlu 'paksa' dia untuk minta maaf katanya.
Siasatan perlu dijalankan segera. Tapi kalau diperhatikan 'trend' ahli politik (pemerintah dan pembangkang)untuk melepaskan diri dari apa2 tuduhan ialah dengan mengatakan bahawa mereka telah di salah tafsir (misquoted) oleh pihak media.
Bagi saya, cara terbaik untuk Najib 'menyelamatkan diri' ialah dengan mengatakan bahawa pihak akhbar telah 'misquote' kenyataan maaf beliau!
salam datuk,
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat datuk.
tapi masalah ini tidak akan timbul jika kerajaan tanah melayu suatu ketika dahulu tidak memberikan kerakyatan secara besar-besaran kepada kaum minoriti sekarang...tiada hindraf, tiada dap, tiada sekolah jenis kebangsaan, tiada iklan cacamarba di tv, tiada.....
...apakah terdaya, nasi sudah menjadi bubur...
Sdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteNajib is playing it so safe that he seems to fear his own shadows!
There is no need to apologise on behalf of others. I agree, get to the bottom of this "reporting" and get the truth. Then act! Not the other way around.
Digressing - I would also like to refer to the calls for 16 September to be declared as public holiday.
Whether there would be a public holiday or not is not the issue here.
Politicians (from Malaya) like Najib seems to be forgeting that MALAYSIA was formed only in 1963. Federation of Malaya (or Malay States) gained independence from the British in 1957 but Malaysia was formed only in 1963 when Sabah, Sarawak and Singapore joined the Federation of Malaya.
Please clarify which of the above facts are wrong. Based on my memory those were taught to me in Borneo.
Factually it is WRONG to say that Malaysia is 51 years old! In the "old" days, 31 August was referred to as Hari Kebangsaan, not Hari Kemerdekaan! Only in very recent years has this changed to "Hari Kemerdekaan" perhaps following their masters a.k.a. America!
Malaya want to celebrate its 51-year independence, by all means do so but it has always been National Day before and lets keep it that way.
WHY DO WE NEED TO FOLLOW EVERY DAMD SHIT THAT AMERICANS DO AND TAKE IT AS GOSPEL?
We are regressing in out thinking and we are starting to be colonised again. This time its worse because we no longer have a a MIND of our own. We are just robots controlled remotely by the GREAT AMERICANS! HAIL AMERICA...
We might as well start planting tall trees and move back to our old ways!!!!!
Sekian.
Dari Borneo ke Minang.
Datuk Kadir,
ReplyDeleteBeginilah keadaanya jika kita dipimpin oleh orang yang kurang bijak dan pendek akal. Nampaknya sekarang kerja kita ialah minta maaf saja. Masa Hishamudin angkat keris, kita minta maaf. Oleh kerana kita minta maaflah dia orang sudah jadi kadok naik junjung.Bagi betis nak paha. Bagi sedikit harta nak kuasa. Kalau main bolasepak strategi permainan kita adalah defensif. Main badminton pun begitu. Kalau main defensif akhirnya kita akan kalah.Kita tukar strategi main attacking games sebab orang bijak-bijak juga kata "Strategy pertahanan yang bagus ialah menyerang".
Rosli Dhoby.
ALLAH AKBAR
ReplyDeletesdihnya tengok politik negara yang takstabil sekarang ni,,,,,betul tu Dato.. memang kena siasat dulu...
DSAI baru gertak 16 sept pun nampak macam dah gelabah BN ....padahal DSAI pun x tau apa jadi pada 16 sept tu emmmm..ntah laa kalu x ada angin pokok x bergoyang ...
SINGACOBRA....(silentvoter08)
pening dengan politik negara mutakhir ini...semakin tidak stabil.pelbagai isu di pelbagaikan agar menjadi panas.
ReplyDeletePemerintah di lihat seperti kalut dan berbuat sesuatu tanpa diduga.
DSAI gertak 16 sept..tapi Pemerintah semacam kelam kabut dibuat nya..pelbagai janji di buat ..sedangkan DSAI sendiri pun x akan tau apa terjadi pada 16 sept tu... apa2pun kita sama2 lihat perkembangan ini.
singacobra (silent voter)
Salam Datuk,
ReplyDeleteAlangkah bahagianya kalau semua ketua-ketua bahagian berkumpul macam tu dan menggunakan keberanian untuk mengusulkan rasa menyampah dan HILANG PERCAYA kepada Dollah dan NAJIB.
Ini berani sebab isu salah lapor jek......buang karen dan lebih membahayakan semua orang betul.
mengapa ditimbul isu orang cina sebagai pendatang walaupun dari segi sejarah???
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteSaya rasa Datuk Ahmad Ismail, sebagai pemimpin UMNO dan BN tidak sepatutnya membangkitkan isu perkauman semasa berkempen dalam pilehanraya PP. Tajuk ini selari dengan ajenda BN asal. Apa yang Datuk Ahmad perlu kempen mesti mengikut perjuangan dan konsep BN iaitu memenangi hati dan fikiran masyarakt agar semua pengundi/kaum berpihak kepada calon BN. Sebagai pemimpin yang berpengalaman, Datuk Ahmad perlu menghadapi rintangan yang begitu sensitif tanpa emosi.
Bagi pendapat senang saja,pegang prinsip dan konsep BN adalah kunci kekuatan dan keutuhan kerajaan BN.yang penting jangan ada yang tunjuk besar dan keras kepala,kalau dah rasa cakap tak betul mohon maaf saja.
ReplyDeleteSegala ketidaktentuan dalam kepimpinan BN hanyalah menguntungkan dan memberi kredit kepada pembangkang.pemimpin BN harus sedar bahawa rakyat sedang menilai tingkahlaku mereka,lebih-lebih lagi ketika ini pihak pembangkang 100% mengambil kesempatan menjatuhkan kerajaan BN.
Salam Datuk,
ReplyDeleteBeberapa perkara untuk renungan bersama:
1. Ahmad berucap di majlis
yang dihadiri Najib.
2. Ucapan itu dilaporkan oleh Sin Chew.
3. Najib tidak pernah menafikan laporan Sin Chew itu. Sekadar berkata, ia hanya pandangan peribadi Ahmad.
4. Najib minta maaf bagi pihak UMNO. Ertinya dia juga merasakan suatu kesalahan telah dilakukan oleh Ahmad.
5. Abdullah pula berjanji memberitahu Ahmad tidak akan mengulangi kata-kata yang dilaporkan. Setelah beberapa hari berlalu, dia pula meminta Ahmad minta maaf.
Pada pandangan saya, sudah agak lewat untuk mengatakan kita patut sahkan kebenaran laporan Sin Chew itu untuk menentukan tindakan selanjutnya.
Kalau beginilah caranya kedua pemimpin tertinggi negara bertindak menangani masalah.... Alahai, malangnya nasib Malaysia!!!
Harman Amri
Ini semuanya wayang.
ReplyDeleteOrang tahu siapa yang menapis berita Sin Chew sebelum ia diterbit.
Semacam ada usaha utk mencipta persepsi bahawa maruah Melayu ditekan hebat, dan cuma UMNO yang mampu menyelamatkan Melayu.
Hakikatnya, mereka sedang menghadapi krisis kelangsungan politik. Saya cuma melihat ini sebagai satu lagi projek untuk mewujudkan isu lapuk supaya masing-masing UMNO, MCA boleh dilihat sebagai jaguh kaum. Dan mereka tahu DAP akan masuk perangkap ini. Kalau Sodomi 2boleh diulangtayang, mengapa tidak Ops Lalang 2.
Datuk,
ReplyDeleteHaru biru dah UMNO ini. Najib pun dah tak ketahuan punca.
Datuk suruh najib tarik balik permohonan maafnya dan minta maaf kat ahli UMNo pula, lagi celaru dibuatnya. Berapa kali maaf da.....
Nampak sangat pemimpin UMNO ini dah tidak boleh berfikir dengan betul.
Salam Dato'. Artikel yang sangat menyentuh saya kali ini, something that our UMNO/Malay leaders from the Cawangan, Bahagian, Majlis Tertinggi ke pemimpin tertinggi should take heed and learn.
ReplyDeleteThis is very serious with 13 UMNO divisions in Penang(Abdullah's own home state) standing solidly behind Ahmad Ismail. If this is not tackled fairly and firmly then it will degenerate into utter chaos for UMNO leadership and the BN's. I note also that DAP's Lim Kit Siang is true to form, "tengah menangguk di air keruh" by making a lot of quetionable statements on Najib's "apology" on behalf of UMNO.
Agreed that the Sin Chew reporter in question should be hauled up by the police and his statement taken. In fact, this reporter's statement must then be compared with Ahmad's and then collaborated by witnesses which also include Najib at the time Ismail's speech was given. The police has the power and means to investigate and then submit their report to the Attorney General who would decide who should and should not be charged. If the reporter is in the wrong not only should he be charged for incitement, Sin Chew should also be banned for acting irresponsibly as a newspaper. If Ismail is in the wrong he should be charged and when found guilty expelled from UMNO.
That's it after this I pray our Malay leaders should no more issue apologies in public yang bukan meredakan keadaan malah menambahkan kekeruhan.
This great UMNO/Malay party should never be turned into a party lead by apologetic leaders who show more interests in the feelings of others but less sensitive to the feelings of the Malays who forms the backbone of their political strength since Merdeka.
The road for all Malaysian to walk is long and bumpy. It is an endless road for all of us to walk.
ReplyDeleteWe will continue to walk in this long road for a better Malaysia for our next generation !!
What i am sure we should have keep our option open ! Do not close our door !! Why we need to continue to walk with Umno if there is no good future and plan can be delivered by Umno for all Malaysian. We have walk with umno for pas 51 years and where are we now ? I personally do not buy those arguement like BN only can rule this country and has more capable and talented leaders. :-) well what we have seen now is a very talented leader of corruptor and racist
Umno has not been consistance in handling all the issues for many years, Umno is always when see Malay rasuah malay, see chinese rasuah chinese, see indian rasuah indian. This is not a way for a leader to lead and flip-flop a country. Don;t you think this brand of poilitics is Racist and it is no difference to a con-man. Just because of POWER and MONEY .... they will do whatever for it.
I guess there is nobody can argue that at this moment DSAI have been most consistance of all on his view, no racist and no flip-flop. He has been doing fairly ok in getting Malay, Chinese and Indian stays as a unit in supporting for his agenda.
If i were Umno leader, of coz i will feel the heat when seeing 10K 20K and 30K of peoples consists of Malay, Chinese and Indian attending DSAI ceramah across the nation. It is not just feeling the heat ... it is shamed !!
Godbless malaysian for a better future.
Isu minta maaf ni dah jadi sinonim dah dengan pemimpin tertinggi UMNO
ReplyDelete...maimiarai.
Salam Datuk,
ReplyDeleteSaya rasa usahlah kita menyemarakkan api perkauman semasa rakyat Malaysia ni. Betul! Memang Cina dan India datang lebih kemudian daripada nenek-moyang kita ke tanah melayu ni. Ini adalah fakta. Tapi, buat apa kita nak sebut-sebut, bagi orang lain marah? Kemudian, bila mereka bercakap berkenaan hak kita, maka kita pun jadi melenting balik.
Izinkan saya buat satu analogi di sini. Katakan saya seorang ustaz, suatu hari saya beri ceramah di masjid berkenaan 'Zina'. Kemudian saya cakap kepada hadirin ceramah, "Berzina adalah berdosa! Janganlah jadi seperti si fulan bin si fulan yang duduk di hujung kampung tu. Tengoklah, mak si fulan tersebut melahirkan dia tanpa nikah!". Di sini, niat kita baik, tapi pendekatan yang kita gunakan itu mengaibkan orang yang disebut. Sudah tentu, ini menimbulkan api kemarahan kepada mereka yang berkenaan.
Saya rasa, Datuk Ahmad Ismail perlu bersikap realistik dalam soal ini. Beliau duduk di dalam UMNO, bercakap menentang kerajaan DAP/PKR/PAS, minta rakyat sokong Barisan Nasional, tetapi pada masa yang sama menyakitkan hati mereka yang ingin dirayu undinya. Saya rasa, sebagai pemimpin, beliau perlu menjaga pertuturannya, kelakuannya, supaya dihormati masyarakat. Apakah tidak ada cara lain untuk menyampaikan mesej kepada pengundi tanpa menyakit hati sesiapa?
Saya juga berasa meluat dengan sesetengah pemimpin UMNO yang hipokrit. Mereka bercakap berkenaan survival UMNO, merendahkan kaum lain dan sebagainya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka ini jugalah yang menyapu projek-projek kerajaan untuk kesenangan diri sendiri sahaja. Hasilnya, jasa-jasa mereka kepada ahli parti hanyalah seperti membawa pergi melancong, buat pertandingan sukan, buat lawatan sambil belajar, itu sahaja. Inilah yang berlaku di dalam UMNO (termasuklah Ahmad Ismail dan kawan-kawannya di bahagian Jelutong, Tanjong dan sekitar bandar Pulau Pinang). Rasa malu nak mengaku jadi ahli UMNO bila berjumpa orang sekarang ini, bukan macam zaman Tun Dr Mahathir dulu.
SAYA BERHARAP SANGAT PARA BLOGER M'BACA ARTICLE SAYA INI.
ReplyDeleteAndai tuhan itu m'ciptakan melayu,cina,india,kadazan dan iban tanpa m'mikirkan ciri-ciri rupa keturunan,adakah bangsa malaysia akan m'bangkitkan isu seperti yg dibncangkan sekarang???
Seperti yang sering disebut oleh Mursyidul Am PAS, kita ini datang dari keturunan yang sama. Sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan dan Siam, kita dari Adam yang satu.
bg sya bangsa sesuatu kaum tidak m'bezakan kedudukan seseorng.walhal yang membezakan seseorng manusia itu adalah AGAMA nya.ini kerana dengan agama akan timbul pribadi yg mulia yg merujuk kepada orng tersebut.
Mustahil Allah SWT yang bersifat Maha Bijaksana; mencipta manusia dan agama yang diredaiNya dalam sistem hidup Islam yang lengkap tetapi tiba-tiba pula boleh membawa bahaya dan memecah belahkan perpaduan kaum?
Contoh unggul yang boleh dirujuk dari sejarah Islam ada terpahat melalui kelahiran tiga tokoh besar generasi sahabi yang bernama Salman Al-Farisi(Farsi), Bilal Al-Habashi (Habshah) dan Suhil ibn Rumi (Rom) yang boleh hidup penuh rukun bersama seluruh umat Islam di zaman Nabi. Jika dalam konteks terkini di Malaysia, mereka mungkin boleh di samakan dengan kaum Melayu, Cina, India dan Benggali.
Nabi s.a.w sendiri memuji sikap tolong menolong sesama kaum. Baginda s.a.w pernah bersabda: “Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
di sini,bUkan sya menyeru rakan-rakan yg ada untuk tidak mempedulikan identiti kaum,adat dan budaya yang kita ada,tetapi adalah lebih baik kemulian seseorng itu dapat dilihat melaLui prinsip-prinsip islam.
Persis seperti apa yang Allah ingatkan suku Aus dan Kharaj di Madinah. Firman Allah: (maksudnya) “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).
Maaf jika saya sebutkan, apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan bangsa melayu jika dilihat pada realiti hari ini secara perbandingan? Kita bukan yang paling berjaya dalam ekonomi, tidak juga dalam pelajaran akademik. Bahkan politik melayu pun dalam banyak keadaan telah mengorban bangsa sendiri.
Kalau muncul sesiapa yang kononnya pejuang bangsa, kita pun tidak pasti, adakah dia ikhlas, atau untuk merebut kerusi pilhanraya? Sebabnya, yang bercakap tentang kepentingan bangsa itulah juga yang melonggokkan keseronokan kepada anak muda melayu sehingga mereka hanyut dan menjadi pemuja orang politik yang telah memberi kebebasan yang ‘seronok giler’ kepada mereka.
ingin saya tegaskan,masa depan orang melayu tidak akan dapat dijamin oleh semua slogan dan kempen-kempen bermusim ini. Penyelesaian yang sebenar adalah semua pihak di kalangan umat Islam tanpa mengira bangsa di negara ini hendaklah kembali kepada prinsip-prinsip Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah
Seperti orang arab pada hari ini menjadi lemah dan hina kerana meninggalkan Islam tulen, demikian nasib kita akhirnya jika tidak kembali kepada sumber agung Islam; al-Quran dan al-Sunnah
dtk, sir,
ReplyDeleteselepas 51 tahun merdeka, kita seharusnya sudah tahu bagaimana untuk lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang kenyataan yang menyentuh sensiviti perkauman dan agama.
saya secara peribadi merasakan adalah tidak wajar kita membangkitkan soal keturunan dan dari negara mana kita berasal kerana semua kaum di negara sudah lama berjuang dan berganding bahu dalam menegakkan sebuah negara malaysia yang bermaruah dan merdeka.
soal keturunan adalah hak peribadi. jika ahmad menyebut asal-usul orang cina, maka secara langsungnya orang india juga tidak berasal dari negara ini. malah, sebahagian besar orang melayu juga bukan berasal dari sini kerana ramai yang berketurunan jawa, sulawesi, acheh, minangkabau, kalimantan, madura dan sebagainya. ada juga yang berasal dari thailand, kemboja (melayu champa) dan filipina.
cakap siang, pandang-pandang; cakap malam, dengar-dengar.
politik malaysia tidak seharusnya berbaur dengan isu seperti ini. jika kebebasan akhbar dikenakan sekatan daripada liputan yang berbau perkauman dan agama, ahli politik juga perlu menggunakan akal yang waras ketika hendak berbicara.
Salam Semua,
ReplyDelete1. apa yang saya lihat sekarang malaysia sudah pun berada didalam arus globalisasi dimana semua pihak diberi hak bersuara. Tapi pihak media yang perlu memainkan peranan penting, memilih apa yang perlu diberitahu bergantung kepada objektif.
2. Yang penting 'keamanan' untuk semua rakyat mungkin itu yang dipikir oleh Pak lah..Tapi saya dah
x nampak lagi bayangan panglima melayu di setiap langkah pemimpin melayu kini.
Datuk, cerita najib minta maaf dan pak lah suruh minta maaf macam cerita pendekar bujang lapok pulak akhir kedua orang badut ni cakap " berapa punya maaf daaaaaa" lawak betul PM dan TPM kita ni
ReplyDeletePeminat Badut
Soalan paling releven sekali adalah berikut:
ReplyDelete"Perlukah diungkit isu pendatang/penumpang padahal hampir keseluruhan warga Malaysia yang berbangsa Cina dan India lahir di bumi ini dan bukannya pendatang/penumpang?"
Sudah tentu rakyat kita yang bukan Melayu rasa amat kecewa. Ini kerana ketaatan dan kesetiaan mereka kepada negara ini di mana mereka lahir (tanahair merek) dipersoal.
Oleh itu, perasaan kaum bukan Melayu yang kecewa dan marah itu adalah patut dan wajar.
Ini tidak mempertikaikan hak Melayu dan sebagainya langsung.
Ini adalah berkait soal sama ada kita benar-benar mahu memupuk perpaduan di kalangan seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa, atau tidak.
Oleh itu, kenapa mahu beza-bezakan mengikut klasifikasi "penumpang/pendatang" atau tidak, memandangkan ramai orang Cina dan India di sini bukannya pendatang, malah warganegara yang lahir di negara ini.
Inilah pokok masalah ini.
Datuk Ahmad Ismail jelas kurang sensitif. Ataupun sikap dan mentaliti 'ultra'nya itu terlalu jati sehingga ianya terkeluar dari mulutnya. Kalau nak 'ultra' cam ni, maka musnahlah perpaduan.
Inikah yang kita mahukan?
Setahu saya, orang bukan Melayu tidak pernah mempersoalkan hak kita. Mereka cuma rasa hak mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tidak sama-sama dipertahankan. Ini yang menjadikan mereka khuatir. Mereka bukan mintak lebih-lebih.
Cuba teliti baik-baik dengan akal tanpa mengikut perasaan.
Ini nasihat saya kepada anak-anak Melayu kita.
Salam.
Kamu siapa nak saran orang di singkir dari UMNO, Kadir?
ReplyDeleteJangan pula perut hijau namanya!
Semoden-moden Kadir Jasin lupa sejarah manusia. Apa kamu sudah sempurna, Kadir?
(si-kadir takut mati sebenarnya walaupun jihad itu sah)
Salam Datuk
ReplyDeleteBanyak pemimpin Melayu terutama dalam UMNO dewasa ini agak lembab dan benggap.
Nampak gaya diperingkat PM dan DPM pun tak mampu nak buat check & balance pada maklumat yang mereka terima dari mainstream media. Toye betul pemimpin Melayu UMNO ni.
Jangan disebabkan sekerat dua Orang Pemimpim Melayu yang bahalol, semua umat Melayu di dunia di pandang rendang oleh bangsa asing, terutama di Malaysia.
Harap harap ahli UMNO dapat tukar pemimpin mereka yang lembab dan di ganti yang berfikiran waras dan cergas, contoh nya Muhyiddin Yassin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Maaf ye Datuk, agak kasar perkataan yang di guna kan untuk menunjuk kelemahan ketara Pemimpin Melayu UMNO dewasa ini. Mereka ber dua, terutamanya telah mati akal dan hati akibat tamak haloba harta duniawi dan neraka.
Salam bahagia Dato' (harap-harap tepat)
ReplyDeleteSaya jadi keliru dengan ejaan Bahasa Melayu sekarang. Yang mana satu dan bila nak guna: DATO' atau DATUK.
Kerajaan nampaknya telah melampaui pembangkang. Tak habis-habis dengan agenda mempromosi diri. Isu keTUANan dan permohonan maaf belum pun reda, timbul pula agenda membawa BNBBC melawat-sambil-belajar keluar negara. Dalam keadaan rakyat dipujuk untuk berjimat-jimat mengapa harus keluar negara pada 7, 8, 9. 10, 11, 12, 13, 14, 15, (16) hingga 19 September (Ramadhan) ini. Takut pula rasanya nak congakkan 13 hari x 140 orang MP x RM? = RM ????
Kalaupun perlu sangat lawatan-sambil-belajar tu, elok dibawa pegawai PTD yang baru dilantik kerana mereka ini akan berkhidmat untuk lebih dari 30 tahun akan datang berbanding dengan MP sekarang yang belum tentu dapat kekal pada PRU 13 nanti.
Cukuplah masa bersuka-suka. 6 (ENAM) bulan telah berlalu, tumpukanlah pada kebajikan agama, negara dan rakyat.
UMNO hari ini bukan lagi UMNO 5 tahun sebelumnya. UMNO hari ini amat takut dan lurus bendul. Hunus keris namun keris pun patah. Bercakap fakta sejarah pun salah. Berkata pasal DEB dilabel racist. DPM minta maaf tapi maaf tidak diterima. Pendek kata serba serbi tak kena dengan parti ini. Nampaknya tiada lagi Hang Tuah di dalam UMNO. Yang tinggal hanyalah Mat Jenin dan Si Luncai.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteBermain politik sehingga sudah terlalu apologetik.
Jangan terkejut beruk kalau suatu hari yang terdekat ini pembesar-pembesar UMNO akan menangis dan memohon maaf kerana memperjuangkan kepentingan orang Melayu.sedang meraka mungkin tidak menangis, kerana semakin tidak tercapai apa yang hendak diperjuangkan kerana lemahnya strategi.
Pemerhatian peribadi saya, 80 peratus ketua Jabatan kerajaan yang terdiri dari orang Melayu,tidak mempunyai semangat melayu dan tidak menyumbang kepada kekuatan orang Melayu.Mereka ini seperti sudah buntu sehingga kelihatan terlalu bodoh untuk membantu orang Melayu atau kerajaan secara Umumnya.
Melayu-melayu yang mempunyai kausa pentadbiran didalam kerajaan terperangkap dalam dunia mereka sendiri.
Ambil satu contoh, Kalau dahulu di JPJ, Pengarah JPJ boleh mengunakan budi bicara untuk mengurangkan kadar kompaun.Sekarang ditetapkan secara muktamad oleh sistem komputer. Kunun, demi ketelusan dan takut penyalah gunaan kuasa.
Oleh kerana sistem ini, Kalau ada surat dari orang politik yang menyokong atau yang merayu supaya Kadar kompaun dikurangkan, surat orang politik itu, tak kiralah siapapun, Waima, Ketua Pembesar UMNO, MCA, MIC sekali pun, sokongan dan rayuan itu tak mungkin dilayan oleh sistem komputer.Tak laku. Wakil rakyat UMNO atau kerajaan, Wakil rakyat pembangkang atau Wakil rakyat bebas, Nilainya sama sahaja dalam hal ini.mana pihak pun Tiada keistemewaan pentadbiran.Kununnya demi telus.
Memang polisi ini memang cantik.
Dan harga yang dibayar oleh kerajaan kerana mempunyai polisi yang dicadangkan oleh Melayu yang tidak memandang ke arah politik yang menyokong kerajaan inilah menyebabkan daya tarikan kepada pihak kerajaan yang memerintah semakin menghaus dikalangan rakyat.
Ada juga ketua jabatan kerajaan, seolah sengaja menguatkuasakan sesuatu undang-undang dengan begitu keras sehingga mendatangkan muak dan kebencian kepada kerajaan, walhal dalam setahun ada 360 hari yang boleh disusunkan supaya segala tindakan yang diambil tidak mengancam politik pemerintah.
Perhatikanlah apa yang telah dilakukan oleh Ketua-ketua jabatan ini dua tiga bulan terakhir sebelum pilahanraya!
Hal ini tidak berlaku semasa Tun Hussien Onn dan Mahathir.
-makan gaji.
Sekarang Koh Tsu Koon pula berkata pihak akhbar termasuk BERNAMA telah 'misquote' kenyataan beliau.
ReplyDeleteMana pergi integriti kewartawanan?Adakah NUJ akan hanya berdiam sahaja?
The blame game continues...
Salam DKJ.
ReplyDeleteSaya melihat kepimpinan Melayu yang berkuasa kini mengelabah tak tentu hala,lemah dan memualkan dalam tindakan mereka.
DS Najib tidak perlu memohon maaf bagi pihak Ahmad, dalam apa keadaan sekali pun, Itu perbuatan individu bukan perbuatan UMNO apa tah lagi perbuatan Melayu,tapi nampaknya DS Najib telah sekali lagi tersasar dalam tindakannya sebagaimana ia tersasar sewaktu bersumpah di PRK P.Pauh.
Lihat bangsa lain dan pemimpin parti lain tidak akan kelihatan kelemahan dan kekurangan pada tokoh mereka tidak sebagaimana kepimpinan UMNO.
Kejatuhan sesebuah kerajaan berpunca dari kelemahan kepimpinan dan apakah yang sedanga kita alami (DS AAB dan DS Najib)adalah terjemahan kejatuhan UMNO dan BN?
Semoga Ramadhan menguatkan Iman dan menambah amal kita.
afja02.
Salam Datuk,
ReplyDeleteBagi saya, persoalan yang penting dalam isu ini sekarang, bukanlah laporan mana yang diputarbelitkan atau samada Dato' Ismail benar-benar yang bersalah. Cara orang nombor satu dan nombor dua dalam dalam negara atau lebih tepat lagi dalam UMNO cuba menyelesaikan masalah ini amat tidak profesional dan tidak menunjukkan kepimpinan yang tinggi. Saya ibaratkan tindakan kedua-dua pemimpin ini dalam cuba menyelesaikan masalah ini seperti menambah lauk yang telah basi kedalam nasi sudah menjadi bubur. Ia jelas memperlihatkan betapa kucar-kacirnya UMNO. Amat memalukan orang bawahan tidak mendengar arahan orang nombor satu, begitu juga apabila orang nombor dua memohon maaf bagi pihak orang bawah. Mungkin tidak lama lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO.
Salam Datuk,
ReplyDeleteNever found a more fair and better saranan.
Unsolicited is second. First is the idea.
Datuk AKJ,
ReplyDeleteSetelah mendengar penjelasan Ahmad Ismail, yang mengulangi ucapannya, dia TIDAK PERLU MINTA MAAF.
Najib yang perlu minta maaf pada ahli UMNO kerana memalukan UMNO dan orang Melayu.
Jangan pedulikan desakan Gerakan, MCA, DAP, HINDRAF, Karpal, Anwar.
Salam Datuk,
ReplyDeleteIsu begini terlalu remeh jika dilihat dari semua timbunan masaalah2 yang dihadapi oleh UMNO masakini. Mungkin ini last resort yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang untuk mengembalikan sokongan....tapi jika ini benar sekalipun, adakah mereka lupa bahawa masaalah kepercayaan rakyat kepada UMNO kerana isu yang ditimbulkan dari luar atau isu yang datang dari dalamannya sendiri? Seterusnya ianya mungkin menggali kubur sendiri seperti yang dibuat oleh Pak Lah dalam isu2 sebelum ini.
Pada firasat saya, hanya satu formula untuk meng "overhaul" UMNO walaupun belum tentu pulih sepenuhnya tapi at least ke tahap yang lebih baik dari sekarang...iaitu:
1. Kick out Pak Lah dan anak menantu yang paling disayanginya iaitu Khairy Jamaluddin.
2. Kick out Najib Tun Razak.
3. Balik kepada perjuangan asal UMNO dengan dipimpin oleh pemimpin yang benar2 dipilih oleh ahli2 UMNO dari grass root sampai ke atas.
4. Buat step2 di atas ASAP.
are we assuming Najib and all the other BN parties didn't do their homework by checking the facts with the relevant press. BTW Najib came after Ahmad spoke, so is there something Najib knows that we nor Pak Lah don't know. And who we think has more brains, Pak Lah or Najb.
ReplyDeletewe do not need to come out with more racist statement to justify or go against what has been said. we are here as Malaysians and we should know that a united Malaysia is strong and a disunited Malaysia will be a loose loose situation for all.
Is it time to talk about history or who gets what and that of a small pie? The world is moving ahead while we focus on the small issues.
anyway if I go by Pak Lah statement where he said the guilty ones always deny it, then Ahamd is guilty. or just disregard the rule of law, lets get Ahmad to swear by the Quran and the reporter(s) swear by whichever religion they belong to. Simple really and we can move and try to live as Malaysians and compete with the world instead of trying to be jaguh kampung.
rocky(original)
tok.. selamat berpusa.."tok pernah berkata kepada saya.. dan saya simpan kata kata itu..dalam senubari saya.."
ReplyDeletekata tok kepada saya.."NON BALA AKAN MENIMPA KITA SEMUA DI ATAS KELAKUAN PERMINPIN KITA YANG ADA... KITA TAKUT INI AKAN BERLAKU''
saya rasa dah mula turun pelan pelan tok.. itu sebab depa (kelam kabut baik sangat..)
salam dari kota suci MADINAH ALMUNAWARRAH untuk tok sekeluarga..
YBhg Datuk
ReplyDeleteSetelah saya timbang semula saya setuju dengan Datuk Najib tentang permohonan maaf. Ini kerana isu ini adalah satu isu yang besar. UMNO peka dalam hal ini. Isu perkauman tidak boleh dilayan dan perlu ditangani secepat mungkin walau dengan apa harga sekali pun.
Tetapi setelah mendengar penjelasan dari Ahamd, bangkit rasa marah kepada akhbar yang melaporkan. Akhbar ini berpihak dan meniup api perkauman. Seperti kata , akhbar ini pernah diberhentikan semasa operasi lalang.
Saya setuju dengan Datuk, Panggil penulis berita ini dan siasat. Jika ada bukti , minta dia minta maaf secara terbuka atau dakwa di mahkamah kerana menghasut.
Rasa makin marah
Salam Ramadhan al Mubarak Dato' dan sekalian ahli forum.
ReplyDeleteSaya cuba mencongak perkiraan lawatan-sambil-belajar (yang diwar-warkan) untuk MP BN ditaja oleh (rakyat(?)) Malaysia.
140 MP X 13 HARI X RMXXXX.00
=1820 X RM1000.00 (diandaikan X = RM1000.00 sahaja)
=RM 1,820,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Lapan Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja)
Dato' baru sahaja pulang dari luar negara. Minta pendapat Dato' anggaran perbelanjaan harian/orang paling minimum di luar negara.
Saya cuba menggambarkan KALAULAH rakyat(?) yang menaja program itu prihatin lalu menyalurkan peruntukan itu kepada PTPTN untuk mengurangkan faedah yang dikenakan kepada penghutangnya, berapa ramailah penganggur-berijazah yang mendapat keselesaan.
Hanya Malaysia Tanahair Ku!!!!!!!!!!
Maaf Datuk off topik..
ReplyDelete"Timbalan Perdana Menteri berkata, pemukiman atau lawatan sambil belajar (LSB) mulai 7 hingga 19 September itu adalah peluang baik untuk mendedahkan wakil rakyat BN terhadap pelbagai perkara baru.
”Ya, saya meluluskan (pemukiman) ini yang merupakan hasil daya usaha BNBBC dan mereka boleh memilih lokasi di mana saja dan menganjurkannya pada bila-bila masa jika program berkenaan membina,” katanya."
Setahu saya, LSB memerlukan perancangan awal. Masa saya bersekolah di Ipoh dulu, LSB selama2 hari ke KL pon perlu dirancang 2 bulan awal.
Pakai duit sapa? Nak belajar perkaru baru apa?
Depa pon hari-hari dok buat macam-macam 'perkara' baru!
Kelakar..
salam Datuk,
ReplyDeleteApa komen Datuk terhadap status atau kedudukan Orang Asli dalam kontek isu ini?
Kalau begitu hampir semua warganegara America adalah Pendatang!!
ReplyDeleteNajib berada bersama Ahmad semasa Ahmad membuat ucapan...Kalau betul apa yang Ahmad cakap patutnya Najib memebri alasan sama dengan yang diberi Ahmad...Mengapa dia minta maaf. Adakah itu bermakna Ahmad bersalah?
Confused
UMNO/Bn semakin hampir menjadi mayat untuk disembahyangkan dan ditalqinkan.
ReplyDeletejadi kenyataan Dato' Ahmad Bukit Bandera tu seumpama si fulan yang sudah begitu nyanyuk yang menunggu masa akan nazak dan menunggu sakaratul maut.
wa allahu a'lam...
salam semua warganegara Malaysia
ReplyDeleteisu perkauman menyebabkan saya dengan rakan sekerja (kawan melayu) menjadi sunyi.
biasanya kita boleh cakap apa-apa: bola, pelaburan, kerja...
tapi isu ini menjadi kita sengan semasa bercakap:
secara iklas dari pandangan saya:
saya memang tidak suka apa-apa yang Dato’ Ahmad Ismail. Dia yang membankitkan isu perkauman...
Sekali-kala, hubungan ketat di antara semua kaum dapat kecoh dengan isu perkaumman ini.
saya tidak rasa elok apabila penyokongya terus menyokongya tanpa mengambil perhatian kaum kaum lain...
Kebanyakan respons di sini menunjukkan pengunjung di sini amnya berfikiran waras dan matang.
ReplyDeleteSebagai seorang ahli parti yang memerintah negara, amat penting memikirkan kewajaran suatu kenyataan sebelum mengeluarkannya dari mulut. Jangan gunakan konteks sebagai alasan.
Kita sebagai orang yang waras, kalau misalnya melihat pelancong Jepun di sini, mahukah kita cakap benda seperti "Hei, datuk kamu dulu serang negara ini dan bunuh ramai orang aku". Ya itu memang fakta, masuk konteks pulak tu. Tetapi buat apa kita nak cakap benda macam ini, dan sakitkan hati orang lain. Kalau nak ungkit kisah lama rasanya tak payah kita berurusan dengan orang British pun.
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeleteIni perangai org Umno yg selalu membuat keliru serta menerbitkan kecelaruan di dalam Umno.Orang atas kata lain yang bawah kata lain, yang jadi mangsa parti Umno sendiri.
Lepas tu jika melayu tak sokong Umno,dikatakan pula melayu mudah lupa...
Salam Dato',
ReplyDeleteSelama ini isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dapat dibendung kerana UMNO dipandang sebagai kepala dalam BN.
Kini kelihatan UMNO kurang dihormati oleh rakan-rakannya sendiri.
Sama-sama lah kita renungkan.
Saya kata, ukur baju dibadan sendiri. Jika tidak, asyik berangan mat jenin.
Kekuatan mana-mana partipun datang dari akar umbinya.
Sejak selesainya PRU12 sehinggalah sekarang, akar umbi diabaikan oleh kelompok atasan UMNO. Ini lah jadinya.
Pak Lah ke, Najib ke, Ahmad ke, telah dilihat seperti tikus yang cuba membaiki labu.
p/s Kepada penyokong Ahmad saya nak tanya, gamak ke anda mengatakan perkara yang sama kepada jiran atau rakan sekerja yang bukan melayu. Jawab dengan jujur ye....
Salam Datuk,
ReplyDelete1. Sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum lebih daripada 51 tahun bersama selepas merdeka kita harus bertolak ansur antara satu sama lain.
2. Bangsa Melayu menafikan hak mereka dengan memberi 1 juta kerakyatan Malaysia kepada kaum cina dan india ketika penubuhan Malaysia. Sebagai ganti keistimewaan bumiputera diberi. Di negara manakah didalam dunia ini akan memberi sejuta kerakyatan kepada bangsa asing? Bersyukurlah wahai "sahabatku".
3. Saya perhatikan semakin hari "sahabat" kita ini semakin tamak dan tidak bertimbang rasa. Sebagai contoh di bulan Ramadhan ini. Ramai yang akan pulang awal untuk berbuka di rumah bersama keluarga. Di KL selalunya pada jam 4petang jarang berlaku kesesakan hanya di bulan Ramadhan. Tetapi sikap "sahabat" kita ini yang turut sama sibuk untuk pulang menjadikan jalan lebik sesak.
4. Apabila berbuka puasa mereka cukup sibuk untuk makan bersama seolah-olah tidak peka terhadap waktu berbuka dan memberi peluang pada orang yang beragama islam berbuka. Malah, mereka turut berebut tempat untuk makan. Adakah mereka tidak peka dan faham budaya serta agama kita sedangkan kita bertolak ansur dengan bau colok dan makanan yang ditinggalkan di pokok-pokok? Adakah mereka menghormati kita seperti mana kita menghormati mereka.
5. Kadang-kadang saya terfikir adakah kita bangsa melayu pendatang di negara sendiri? Selama 51 tahun bersama mustahil "sahabat" kita ini tidak faham dan boleh bertolak ansur lebih-lebih lagi mengenai agama.
Salam Dato'
ReplyDeleteHakikatnya setiap orang membaca cerita yang sama tetapi fahaman yang diambil berbeza, Kita tak akan tahu apa yang sebenarnya dalam isi hati Datuk Ahmad dan dengan niat apa beliau mengungkit perkara lampau yang tak akan dapat diubah.
Yang nyata hanyalah semua pihak telah menangguk di air keruh dengan menjadikan isu ini bahan untuk menaikkan agenda politik masing-masing. Jika setiap pemimpin politik yang sedang memimpin masyarakat Malaysia kini betul bertanggungjawab dan mahukan Bangsa Malaysia yang lebih sihat dan progresif, sudah tentu dari awal-awal lagi suara seorang ketua bahagian begini tidak berlu diapikan lagi bagi menambah kusut masalah kaum Negara.
Rakyat Malaysia tahu, dan seluruh pemimpin UMNO, MCA, MIC, DAP dan PAS tahu pekara asas yang membenihkan semangat perkauman, yang menidakkan pembenihan Bangsa Malaysia yang ikhlas adalah sistem pendidikan kita.
Marilah semua rakyat Malaysia bersatu mendesak supaya semua anak-anak Malaysia bersekolah dalam sistem yang sama dari tadika hingga ke universiti. Jika sistem sekolah China itu terbaik untuk membina Modal Insan Malaysia yang paling kompetititif, terapkanlah sistem ini di semua sekolah. Mana-mana ibu bapa yang merasa perlu anak mereka didedahkan dengan sistem Cina, India, Islam/Arab -- hantarlah anak-anak itu ke sekolah tambahan. Yang penting sekolah rasmi wajib bagi setiap kanak-kanak umur 6-16 tahun adalah satu sekolah yang sama sistem, sama aliran.
Jika kita tidak beralih dengan segera, lebih ramai anak-anak Malaysia yang akan tercicir kerana seperti umum tahu yang amat baik dan cemerlang dari sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama hanyalah di Asram Penuh dan di bandar-bandar. Ramai anak-anak sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat dan Jenis Kebangsaan desa yang tercicir. Dan kanak-kanak ini lebih susah untuk menyambung semula ke sistem sokongan kerana tahap penguasaan bahasa mereka rendah.
Satu lagi fenomena yang sedang berlaku adalah lebih bertambahnya jurang antara yang mampu dan yang kurang mampu -- bagi kebanyakan yang mampu, bila mereka merasakan sekolah kerajaan tidak merangsang anak mereka dengan baik, mereka boleh beralih dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta. Akibatnya anak-anak dari keluarga yang berada dapat bergaul dalam keadaan sihat dan majmuk di sekolah swasta, dan anak-anak di sekolah kebangsaan dan Jenis Kebangsaan di besarkan dalam persekitaran yang tidak mencerminkan kehidupan sebenar yang perlu untuk membentuk Malaysia yang kompetitif.
Sudah sampai masanya Pemimpin dan Rakyat Malaysia bersatu dengan ikhlas supaya anak-anak kita dididik untuk bersatu dari kecil lagi -- bukannya cengan cara 'paksaan' bila sudah dewasa dengan Khidmat Negara sahaja. Khidmat Negara mungkin membantu untuk membetulkan satu-dua yang tersalah arah, tetapi untuk melenturkan buluh perlulah dari rebungnya.
Rakyat Malaysia yang sayangkan Negara perlu menolak mana-mana Pemimpin yang masih menegakkan pengasingan kaum di sekolah. Mereka telah ketinggalan keretapi.
Latifah Daud
Di dalam senario kontemporari, adalah sesuatu yang agak kompleks untuk membicarakan tentang definisi "kaum bumiputera" dan juga "kaum pendatang".
ReplyDeleteBagi konteks Malaysia, adalah sesuatu yang lumrah di dalam membicarakan tentang:
- "hak Melayu"
- "ketuanan Melayu"
- "bangsa Melayu"
Tetapi adakah orang Melayu kita benar-benar mengenali siapa itu Melayu sebenarnya?
Di kalangan para ilmiah sendiri definisi "Melayu" dianggap sebagai agak problematik.
1) Dari segi geografik, "Melayu" merujuk kepada sebuah kawasan di daerah Jambi, Sumatera, Indonesia.
2) Dari sudut sosio-linguistik dan antropologi, "Melayu" merujuk kepada masyarakat Nusantara, yang merupakan salah satu kelompok pecahan masyarakat Astro-Polenesia.
3) Dari sudut mata para kolonialis, "Melayu" dianggap sebagai sebuah ras (the Malay race), yang sering dijadikan bahan statistik, untuk menunjukkan sifat kemunduran kaum pribumi - memanifestasikan mitos masyarakat pribumi/Melayu yang malas, dan juga untuk tujuan sistem administrasi pecah dan perintah (divide and rule policy)
4) Dari segi politik dan kenegaraan, ciri-ciri masyarakat Melayu dimaktubkan melalui perlembagaan, seperti: beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat-istiadat serta budaya Melayu dalam kehidupan seharian.
5) Secara rambangnya, di dalam konteks pasca-merdeka, "dunia rumpun Melayu" dilihat sebagai merangkumi masyarakat Melayu yang hari ini majoritinya tinggal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Selatan Thailand dan juga Selatan Filipina. Di samping kaum minoriti rumpun Melayu yang lain seperti "Melayu Afrika" (di Afrika Selatan" dan "Melayu Sri Lanka" (di Sri Lanka")
Pada hari ini rang Melayu sememangnya begitu mudah untuk melabel masyarakat Cina dan India sebagai kaum pendatang. Dari segi sejarah dan geografi, memang kenyataan tersebut tidak dapat disangkal.
Tetapi masyarakat Melayu hari ini, seperti juga kaum-kaum yang lain merupakan sebuah bangsa yang telah melalui proses kahwin campur.
Maka bolehkah semua anggota masyarakat Melayu pada hari ini boleh mendabik dada sambil mengatakan bahawa mereka merupakan golongan pribumi jika pada hakikatnya ada di antara datuk-moyang mereka yang berketurunan: Cina, India, Arab dan lain-lain?
Akhir sekali, janganlah kita angkuh dengan label bangsa Melayu sebagai kaum pribumi yang harus ditegakkan hak mereka, sedangkan kita sendiri, pada pandangan peribadi saya, kurang memberi perhatian kepada kaum pribumi yang sebenar di Malaysia, iaitu masyarakat kaum asli di Semenanjung Malaysia dan juga suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak.
salam datuk,
ReplyDeletesebenarnya saya kebingungan. mengapa kes mudah ini secara tiba-tiba menjadi amat payah dan susah. sekaligus mencerminkan UMNO yang kehilangan perpaduan. dan juga BN. dan encik DSAI hanya melihat sahaja dari jauh.
cari sahaja rakaman ceramah pada malam itu.
Tahniah kerana masih tak jemu mengulas UMNO. Dah ternampak dimana keruntuhan melayu di Malaysia. Orang yang senantiasa memohon maaf ialah penakut dan bangsa haprak. Ialh kalau tak minta maf , apalah yang dapat melayu buat ???
ReplyDeleteMB Selangor dengan sombong taknak minta maaf pasal UITM, apa yang dapat UMNO / Melayu buat ? mati lagi baik.
Dato' dan Sdr Pulut,
ReplyDelete"Sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum lebih daripada 51 tahun bersama selepas merdeka kita harus bertolak ansur antara satu sama lain....Bangsa Melayu menafikan hak mereka dengan memberi 1 juta kerakyatan Malaysia kepada kaum cina dan india ketika penubuhan Malaysia. Sebagai ganti keistimewaan bumiputera diberi. Di negara manakah didalam dunia ini akan memberi sejuta kerakyatan kepada bangsa asing? Bersyukurlah wahai "sahabatku"....Saya perhatikan semakin hari "sahabat" kita ini semakin tamak dan tidak bertimbang rasa."
# Saya menulis dgn nada yg hampir sama dlm menempelak posting Sdr wlow di blog Che Det yg menulis: "
Orang yg memohon maaf bukanlah pengecut.
Yg pengecut ialah orang yg tidak berani memberi hak yg sama kepada semua kaum.
Orang melayu harus sedar bahawa, hak hak istimewa diberi kepada melayu, BUKAN kerana melayu ni hebat! BUKAN kerana tanah ini hak orang melayu!Hak-Hak Istimewa seperti kuota di dalam sekolah dan syarikat, diberi kepada kaum melayu kerana majoriti orang melayu ketinggalan berbanding kepada kaum kaum lain! As simple as that!
Jikalau hak hak ini tidak diberi pada masa itu,peristiwa peristwa seperti Mei 13, 1969 akan berlaku.
Yg bertoleransi dalam 50 tahun ini ,bukan hanya melayu, tetapi bangsa-bangasa lain juga!
Jikalau apa yg dicakapkan bahawa Cina memberi 90%tax adalah benar, siapakah yang memberi byk contribution kepada negara? Di manakah kerajaan menjana capital untuk pembinaan jalan, airport, sepang dan lain lain?
Ada orang yg memberi komen komen di sini dan post lain seperti "Cina dan india ni , diberi betis nak paha" . Orang orang begini just sounded like some rapist who just said :
"Hei , aku hanya merogol u, saya tak bunuh , engkau patut rasa bertuah!"
(Sangkaan saya benar, komen saya tidak disiarkan oleh Che Det yg terkenal dgn ultra-Melayu beliau.)
# Saya tegaskan, melalui kefahaman saya, hak keistimewaan Melayu ini bukanlah DIBERI atau seperti DIHADIAHKAN oleh sesiapa - org Melayu sendiri sebagai peribumi Tanah Melayu ketika itulah yg menetapkannya dan mempertahankannya sehinggalah sekarang. (British bijak panggil Malaya) Adakah British yg memberi raja2 Melayu, bahasa Melayu atau Islam kepada rakyat negara ini? Tidak bukan? Kesemuanya telah ada pada org Melayu sejak lama sebelum penjajah atau sebelum pendatang Cina dan India lagi. Dan keistimewaan ini diperluaskan kpd kaum2 pribumi lain selepas pembentukan Malaysia.
# Dan bukankah hak kewarganegaraan yg sebenarnya DIBERI atau DIANUGERAHKAN kepada bangsa Cina dan India ketika mahu Merdeka lebih 50thn lepas secara automatik dan tanpa tapisan?
# Sebab itu bangsa "sahabat" kita ini tidak boleh jadi bangsa yg "diberi betis, nak rampas peha" kerana walau 300% sekalipun pulangan tax tersebut (yg bersifat materialistik), tidak sama nilainya dgn toleransi dan jasa baik bangsa Melayu ketika menerima mereka dahulu.
# Biarlah sampai di sini sahaja penegasan saya. Harap tidak disalahanggapkan.
Anakbuah
p.s.: Adakah ini menjadikan saya ultra-Melayu? Tentu tidak!
Datuk
ReplyDeleteCan u accept this kind of disrespectful acts by UMNO member:Zainol Abidin Hashim to tear down the picture of Dr Koh?
http://www.malaysiakini.com/news/89319
Datuk,
ReplyDelete1. Pada pendapat saya, isu ini dapat menunjukkan kepada kita semua bahawa perpaduan kaum di negara ini adalah begitu rapuh dan mestilah dihargai and dipertahankan oleh semua pihak. Jika kita tidak berhati-hati, kata-kata/komen kita dengan mudahnya akan mengguris hati saudara2 kita yang berlainan kaum. Tak kiralah kaum apa, semuanya ada contoh buruk dimana isu perkauman dengan sengajanya dihangat-hangatkan tanpa mengambil kira perasaan kaum yang lain.
2. Insiden ini (dan kes-kes yang lain) menunjukkan kepada kita bahawa ramai lagi rakyat negara kita yang kurang sensitif terhadap isu perpaduan kaum di negara ini. Malah, jika kita membaca sesetengah komen di artikel ini dan juga di blog2 yang lain, jelaslah bahawa jalan kearah perpaduan kaum (dimana kita melihat diri sendiri sebagai rakyat malaysia sebelum kaum kita sendiri) masih jauh lagi.
3. Dengan perkembangan terbaru sekarang, saya harap semua rakyat Malaysia boleh fokus kepada agenda perpaduan kaum demi kesejahteraan negara kita yang tercinta.
p/s: Sebagai rakyat malaysia berkaum cina, generasi ketiga di negara ini, sememangnya hati saya agak terkilan apabila saya dipanggil sebagai penumpang di negara saya sendiri. (itupun jika laporan Sin Chew itu benar)
Ini merupakan satu ujian besar bagi kita rakyat MALAYSIA DALAM MENGHADAPI situasi yang memerlukan kematangan dan kewarasan !!
ReplyDeleteSalam Dato',
ReplyDeleteMengapa Akhbar Sin Chew tidak disiasat langsung? Ini menjadi tanda tanya yang besar kepada orang ramai. Akhbar ini memang mempunyai rekod suka membuat laporan-laporan sensasi dan mengapi-apikan perasaan perkauman dikalangan orang Cina. Apa yang disebut oleh Dato' Ahmad Ismail dalam ucapannya di Permatang Pauh adalah benar belaka. Memang asalnya ramai orang Cina datang ke semenanjung tanah Melayu untuk menyelamatkan diri dari malapetaka di negara mereka sendiri. Mengapa pula orang-orang Cina tidak mahu mengakui hakikat sejarah ini? Adakah mereka malu tentang asal usul mereka?
Saya harap pemimpin-pemimpin Melayu mestilah bijak dan berani dalam menangani apa jua isu. Jangan terlalu cepat melatah dan meloncat-loncat menari mengikut gendang yang dipalu mereka. Orang-orang Melayu bukanlah bangsa yang lemah semangat dan pemimpin-pemimpin Melayu jika tidak ingin disanggah oleh orang Melayu sendiri janganlah mudah sangat memohon maaf tanpa usul periksa. Belajarlah dari pengalaman yang sudah-sudah.
pepatih9
dari fahaman saya. Datuk seri Najib berada di sisi ahmad ketika ucapan itu di suarakan. Datuk seri Najib , pada jangkaan say pasti faham apa yang ahmad maksudkan oleh ahmad.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteYour comments are fair and factful. I believe you can get some feedback from those people attended the ceramah when Ahmad was allegedly given the racist remarks. Why did DPM apologized? He was there so he should know whether what Ahmad had said was harmful or not. It is a fact that Chinese and Indian are not originated from here. But why should anyone raise up the issue after 51 years of merdeka? All races contibute to the development of Malaysia as what it is today. Why should Chinese be called pendatang or penunpang even though it is a historical fact?