Tuesday, October 28, 2008

Blogger Sukarelawan Lwn Blogger Upahan

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

BULAN Syawal tahun ini agak berlainan sikit daripada tahun-tahun sebelumnya. Mana-mana juga rumah terbuka atau kenduri kahwin yang kita hadiri, dua isu besar menjadi bahan perbualan.

Pertama suasana politik nasional, khasnya pemilihan Umno, dan kedua krisis ekonomi dunia.

Dalam banyak hal, pendebat menyuarakan kebimbangan kemelut kepemimpinan Umno dan negara sekarang akan menjejaskan kemampuan kita menangani krisis yang sangat mengancam itu.

Tetapi yang saya dapati menarik, secara peribadi, adalah reaksi umum kepada peranan dan pengaruh blog dan blogger. Hampir di semua tempat, mereka yang kenal saya melabelkan saya blogger.

Cukup menakjubkan bagaimana blog dan blogger kini menjadi sebahagian dari kesedaran (consciousness) masyarakat Malaysia.

Apabila saya memulakan blog ini pada bulan Februari 2006, anggapan, tanggapan, jangkaan dan pengharapan saya adalah ia akan dibaca dan dibahaskan oleh golongan muda yang celik dan cekap IT.

Saya terperanjat tetapi gembira apabila saya mendapati ramai daripada pembaca dan pengulas blog ini terdiri daripada orang yang segenerasi atau lebih tua daripada saya.

Jadi tidak sia-sialah Tun Dr Mahathir mempromosi dan mempermudah penggunaan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT ) di negara ini. Dr Mahathir sendiri kini menjadi blogger paling popular di Malaysia.

Saya cukup gembira membaca dan menyiarkan komen-komen yang ditulis dalam bahasa Melayu pra-pembakuan dan pra-ejaan baru Melayu-Indonesia – zaman bilamana kecewa dieja “kechewa” dan penasihat dieja “penasehat”. Ini adalah bahasa orang lama.

Dalam salah satu rumah terbuka campur kenduri kahwin yang saya hadiri, saya bertemu seorang kawan pencen yang sama-sama bertugas di Berita Harian pada pertengahan tahun 1980an.

Dia memberitahu yang dia kini bekerja sambilan dengan Jabatan Penerangan. Tugasnya adalah memantau dan menjawab blog. Jadi banyaklah blog yang dilayari dan dibacanya setiap hari untuk dijawab dan dilaporkan kepada ketuanya.

Berpandukan apa yang saya tahu mengenai pendirian Menteri Penerangan Ahmad Shabery Chek terhadap media baru ini, saya rasa laporan kawan saya itu sampai kepada beliau.

Saya juga diberitahu yang seorang bekas pengarang Kumpulan Utusan Melayu kini menjalankan tugas yang serupa.

Sebagai wartawan yang mengendalikan blog, saya cukup gembira dengan sikap proaktif Menteri Penerangan itu. Yang saya harap dia tidaklah sekadar hangat-hangat tahi ayam macam sesetengah pembesar.

Dengan memantau blog, dia sekurang-kurang ia tahu apa yang berlaku dalam dunia blog dan tidaklah membuat kesimpulan dan kenyataan yang melulu.

Seorang petugas di syarikat saya pula memberitahu mengenai bagaimana dia didatangi beberapa orang muda dari dunia siber.

Antara lain mereka membuat pengakuan bahawa mereka satu ketika dulu “diupah” untuk melayari blog saya dan menghantar komen bagi menjawab dan menyanggah hujah saya.

Ini, kata anak-anak muda itu, berlaku tidak lama selepas saya memulakan blog ini.

Saya tidak pasti sama ada mereka ini sebahagian daripada anak muda yang diuar-uarkan dan dilabel sebagai “cyber troopers” (laskar siber) yang konon kerjanya adalah untuk berbahas dan mematahkan hujah para blogger yang dianggap anti-pemerintah.

Kalaulah ada pasukan seumpama itu dan ianya masih cergas, saya sangat gembira dan mengalu-alukannya. Kegiatan seperti ini cukup baik dalam proses pendewasaan dunia blog dan membantu generasi muda Malaysia berartikulasi.

Tetapi kata anak-anak muda itu, mereka akhirnya berhenti berbuat demikian kerana mereka mendapati mereka belum bersedia dengan ilmu dan pengalaman untuk menjawab hujah-hujah yang dikemukakan dalam blog ini.

Saya harap mereka tidak tawar hati dan menyerahkan kalah. Kalau mereka hendak belajar, mereka perlulah berfikiran terbuka dan tidak cepat menyerah kalah. Pencarian ilmu adalah proses yang berterusan.

Atas semangat itulah saya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pembahas dan pembaca blog ini, termasuk wang diupah. Saya harap semangat mereka sama jitu dengan semangat blogger sukarela yang tidak berupah dan bergaji, malah keluar duit poket sendiri.

Tanpa sokongan dan buah fikiran saudara dan saudara sekalian, blog ini tidak akan mencapai matlamatnya sebagai medan artikulasi massa.

PS: Terima kasih banyak-banyak kepada pelayar yang menjadi “follower” (pengikut) kepada blog kita ini. Dari masa ke semasa saya melihat senarai saudara dan saudari sekalian dan mengunjungi blog anda.

81 comments:

  1. Anonymous11:57 AM

    Datuk,

    Saya bersetuju dgn cadangan agar bloggers didewasakan. Terutamanya bloggers yg byk bercerita tentang politik. Tak kisahlah cybertrooper ke tak cybertrooper.

    Tapi, ada baiknya, kalau kita tak layan (atau mungkin pangkah cukup2) bloggers yg byk mendatangkan keburukkan utk Malaysia. Begitu juga menipu.

    Seperkara lagi... Tanpa usaha Tun utk promote ICT, rasanya... Belum tentu saya dapat sampaikan komen, ucapan atau sebagainya pada org-org besar seperti Tun, Datuk sendiri, MP, Adun, Kj atau VIP lain yg berada di seluruh pelusuk negara. Ruginya VIP yg tak 'baca' masalah kami.

    ReplyDelete
  2. Untuk mengenalpasti mereka, pelayar yang memberi komen eloklah buat sedikit catatan seperti berikut sebagai contoh kluangman(penulis upahan) atau kluangman(tak ada gaji)...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:41 PM

    Dato',

    Saya kenal seorang blogger (kawan sekolah dulu) yang merupakan ahli Umno tapi jaga blog untuk pemimpin Pas. Selalunya dia sendiri yang bagi respond berdasarkan apa yang difikirkan sesuai dengan pemikiran 'majikannya'... Jadi sekarang blogger boleh dikatakan satu jawatan. Mungkin satu hari nanti JPA akan keluarkan iklan jawatan tersebut. Harap Dewan Bahasa menyediakan satu istilah dalam Bahasa Kebangsaan supaya sesuai dengan Nama Jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

    Bye/ Roti Planta

    ReplyDelete
  4. Rambut sama hitam..
    Hati lain2..

    Kebenaran akan terserlah jua :-(





    Maaf!! Politik saya ‘kantoi’
    >> http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Datuk
    Agree with your observation on how the internet and blogging have changed the landscape of the country.

    I do however view with great anxiety at the thought of government using tax payers money to do propoganda. There is a line between clarification and propoganda. And we have observed that these cyber troopers tend to do more instigation than clarification. Then, they are no different from a non paid blogger. Why do we need to pay people salary to read and write on blogs?

    ReplyDelete
  6. Datuk,

    1. Tolong recomend saya jadi 'Blogger Upahan'. Saya memang tak ada kerja nie.

    2. Kalau nak jadi Blogger TIRU lah macam saya:

    a. Jika nak sokong seseorang Pemimpin, sokong betul-betul jangan malu-malu dan takut. Kalau boleh letakan gambar pemimpin berkenaan dalam blog anda.

    b. Kalau kenal politik baru 10 tahun, jangan cuba jadi blogger upahan.

    3. Saya adalah blogger sukarela tanpa diupah. Upahnya di akhirat.

    ReplyDelete
  7. Datuk,

    Rupa-rupanya blogger upahan pun dah ada dalam dunia sekarang ini?
    Tapi saya bukanlah daripada golongan mereka. Memang dunia sudah akhir zaman. Zaman yang berpaksikan kebendaan.
    Saya tetap menjadi pengunjung blog Datuk walau pun tak kerap. Blog-blog lain yang dilayari semestinya , chedet.com ; jebatmustdie; tunku ; yang lain-lain tu saya dah berhenti layar.
    Saya memang minati "Other Tots." Tapi Takdir Penentu Segala. "Other Tots" pun lenyap.
    Tapi tak pe dengan adanya "The Scribe A Kadir Jasin," I think you can last. Keep on blogging.

    ReplyDelete
  8. Salam Dato' AKJ,

    Syabas kepada DAKJ kerana terus menulis tentang senario hal ehwal semasa dan berjaya menarik ramai pembaca dan bloggers untuk mengutarakan pendapat dan pandangan mereka.

    Diharapkan DAKJ akan sentiasa memberikan hujah, pandangan dan pendapat dalam blog Dato'.

    Anak_Parit

    ReplyDelete
  9. Anonymous2:58 PM

    Saya ingat saya dapat jadi orang pertama komen,tapi org kedua..

    tak apalah...

    sekadar bgtahu saya ada add rss tuan blog dlm blog saya.

    tq,mohon disebarkan.

    ReplyDelete
  10. saya suka artikel ini...

    harap dunia blog meriah dan komen pun juga mesra alam dgn pujian dan kejian.

    apa kata tuan blog try wordpress pula?

    ReplyDelete
  11. Sdra Kluangman, jangan tak faham.

    Kita Melayu memanglah Awang bin Mat. Pendeknya Awang Mat. Singkatannya AM.

    Tapi kalau Awang bin Mat mengaji di Oxford atau Cambridge dan jadi Anglofile dia akan disebut Mr Mat. Awang datang kemudian. Maka jadilah Mr Mat Awang atau singkatannya MA.

    Minta maaf la lawak sikit.

    ReplyDelete
  12. Blog saya sudah dua kali kena spam. Tak tahu siapa yang buat dajjal.

    Tak pasti kalau ada orang yang diupah untuk menghantar spam ke blog saya.

    ReplyDelete
  13. Anonymous3:57 PM

    Dato'

    Saya adalah salah seorang pengunjung setia blog Dato. Bnyk informasi yg saya dpt dgn membaca blog Dato'. Terima kasih banyak2 Dato'.

    Teruskan menulis..

    ReplyDelete
  14. As'kum Dato'

    1. Saya bersetuju dengan Dato' bahawa Bloggers kini memain peranan penting dalam komunikasi moden.Saya pun seangkatan dengan Dato'.Cuma semasa di SAHC (College Sultan Abdul Hamid) dulu Dato' senior saya 2 tahun. Semasa Dato' di Upper Six, saya di Form 5.Sebagai junior Dato' saya kenal Dato' walau pun tak kenal saya.

    2. Sebagai pesara,saya sekarang sekurang2nya dengan adanya Blog2 begini bolehlah juga membuka minda kami dan dapat berinteraksi secara terus dengan Bloggers seperti Dato' dan Che Det, yang dahulunya jarak komunikasi kita terlalu jauh walaupun kita sama2 asal dari Kedah.

    3. Kali ini saya ingin komen sedikit tentang tindakan Kerajaan yang mengharamkan HINDRAF baru2 ini.Bagi saya itu adalah suatu tindakan atau jalan keluar yang tidak sepatutnya dilakukan.Saya belum tergamak untuk mengatakan ia adalah suatu tindakan yang "Bodoh".

    4. Kita atau Kerajaan sepatutnya belajar dari sejarah pengharaman Parti Komunis Malaya(PKM) pada tahun 1950 dulu.Apa terjadi selepas PKM diharamkan? PKM telah bergerak secara subversif bawah tanah.Walau pun mereka akhirnya tewas setelah berjuang lebih dari tiga dekad,tapi kemusnahan yang dilakukan amat besar.Ramai rakyat terkorban dan menjadi mangsa kekejaman mereka.Berbillion RM telah dibelajakan untuk menangani dakyah mereka yang bergerak secara sulit bawah tanah.

    5. Tidakkah Kerajaan terfikir dengan mengharamkan HINDRAF ini juga mereka tetap tidak akan mengaku kalah,tapi sebaliknya akan bergerak secara subversif di bawah tanah.Tidak mustahil dengan pengharaman ini mereka akan cuba mendapatkan pula bantuan luar secara sulit untuk bertindak lebih ganas lagi.Memang benar pihak Polis boleh mengekori gerak geri mereka, tapi masaalahnya sekarang ialah dengan mengharamkan mereka maka adalah sukar untuk kita mengenali siapa mereka selapas ini.Sebaliknya sekiranya Kerajaan terus membenarkan mereka bergerak secara sah maka kita masih boleh kenal siapa pemimipin merera dan siapa pula pengikut atau ahli2nya.Cuma sekiranya mereka bertindak di luar batasan undang2 barulah Kerajaan boleh bertindak mengikut peruntukan undang2 yang sedia ada.

    6. Saya harap Kerajaan kaji semula keputusan pembatalan HINDRAF itu demi keselamatan negara.

    ReplyDelete
  15. Anonymous4:27 PM

    Saya blogged sebab kasihan Pak Lah dan Pak Det dihentam seenak hati oleh blogger-blogger muda yang anti establishment.


    Tak de sapa upah saya. Saya pernah kerja dengan KDN, ramai polis baik, ramai pegawai kerajaan yang jujur tapi ditangan penulis-penulis muda yang kaya idealisme, kaya imaginasi tapi miskin pengertian, terkadang itu keadaan jadi sangat distorted dan tidak adil seolah semua pegawai kerajaan makan suap dan jahat. Jadi saya rasa terpanggil untuk menulis.


    Non paid pro-establishment blogger macam saya lagi teruk kena hentam sebab blog adalah medan yang didominasi oleh penulis yang anti-establishment.

    ReplyDelete
  16. Salam Datuk,

    Kewujudan geng2 cybertroopers ni dah lama dah saya sedari. Terutamanya kat laman2 pro-pembangkang macam tranung-kite atau pembangkang dalam umno sendiri... Macam yang datuk cakap laa..memang nampak sangat kepincangan mereka dalam berhujah yang selalunya kena 'tapau' ngan geng2 dari pembangkang dan akhirnya senyap sunyi tanpa khabar berita (atau mungkin tukar nickname sebab malu).

    Betul kata datuk..kalau nak terer kenalah berfikiran terbuka dan kenalah berusaha membaca semua pendapat2 yang ada dalam dunia tanpa sempadan ini. Bagi saya yang berstatus pemantau ni, saya perlukan hujah2 dari pemerintah atau dari pro pemerintah untuk nak seimbangkan maklumat dan fakta-fakta yang boleh membantu saya untuk membuat 'judgement' - SIAPA YANG BETUL.

    Dalam arena politik melayu yang semakin berubah ini(merujuk kepada temubual datuk dalam harakah) kita perlukan hujah dan perdebatan yang matang dalam membantu para pembaca untuk membuat keputusan. Namun saya agak sedih kerana nampaknya agak ramai 'threader' atau 'forumer' yang agak jahil dalam menunjukkan sikap matang mereka dalam membincangkan sesuatu isu.

    Terima kasih atas penulisan2 datuk yang banyak membantu saya dan pembaca lain. I'm looking forward to write like you in the future.(lepas dah grad nanti laa)

    Demi Agama, Bangsa & Negara

    Skide

    ReplyDelete
  17. Anonymous4:59 PM

    Sdr. A Kadir Jasin,

    Artikel kali ini "keluar" dari domain berita politik dan hanya menyentuh sikit tentang orang politik. Amat menarik kerana sekarang ni sukar untuk lari dari tajuk politik dan ekonomi.

    Saya kenal seorang pemantau blog dari salahsatu GLC. Saya pernah diberitahu bahawa blog Sdr adalah antara blog yang dipantau tetapi tidaklah sekerap blog-blog tertentu yang tidak perlu diperkatakan disini.

    Perkara pantau-memantau ini amatlah menarik kerana sesetengah orang besar (besar perut ke atau besar kepala, saya tak tau) begitu "anti-blogger" sehingga melebel para bloggers dengan nama yang tidak senonoh apabila soalan berkaitan dengan blog ditanya olih para wartawan.

    Kalaulah blog-blog serta pengendali tidak berguna, kenapa pula perlu dipantau? Komen sedimikian rupa hanya memberi gambaran negatif terhadap orang besar ini.

    Orang besar sedemikian jelas nampak begitu confident tetapi disebalik persona tersebut hanyalah seorang yang "kecut" terhadap tanggapan orang lain mengenai diri mereka! On the exterior, they appear to be extremely confident. But beneath such image, lies an insecure personality.

    Sekian.

    ReplyDelete
  18. Salam Dato AKJ,

    1) Menarik juga profession 'cybertrooper' ni.. boleh ada 'side income' terutama zaman ekonomi gawat.. bukan susah kot, belasah je hujah2 pengendali blog..kat mana nak memohon ye?

    2) Cakap memanglah senang, sebelum nak belasah blog org, kita kena buat pH test untuk tentu tahap 'asid', 'neutral' atau 'alkali' sesebuah blog itu...

    3) pH blog yg 'neutral' atau mendekati 'neutral' amat sukar di'belasah'...tak kena gaya kita sendiri yg diganyang tuan blog & pengikut2 nya yg neutral.

    4) lebih pH 'asid' atau 'alkali' paling mudah & seronok 'belasah'..semakin tinggi tahap asid/alkali..semakin banyak kuantiti 'bes' atau 'asid' yg boleh dicurah.. itu yg syok!

    5) Tahap intelektual sesebuah blog itu paling optimum di julat neutral.

    5) pH blog The Scribe dlm julat 6.8 - 7.2... patutlah dua mamat tu angkat bendera putih...

    (",)

    p/s: saya ni perayap je, tarak blog sensasi & menarik..tak payahlah susah payah cari siapa mohdaffendi.. apa yg terlintas saya taip je, kekadang merapu, mengarut, cuma belum mencarut lagi..

    org hanya minat membaca tulisan professional ada reputasi.. bukan amatur.. amatur amat sesuai memohon jadi 'laskar siber'..gred prebet.

    ReplyDelete
  19. Anonymous5:17 PM

    Dato,

    Saya bersetuju dgn saranan supaya blog menjadi medan artikulasi massa atau lebih tepat lagi salah satu platform memupuk skil tersebut. Saya perhatikan ramai kalangan remaja dan muda-mudi melayu (termasuk juga yang dah berumur) yang lemah dalam memberikan pendapat dan pandangan peribadi mereka. Mungkin kepada yang tidak jelas, skil ini amat penting untuk seseorg menjadi "leader" yg baik. Berguna semasa ditemuduga kerja dan memaksa kita untuk lebih byk membaca dan berilmu.

    boska

    ReplyDelete
  20. Anonymous5:53 PM

    Salam Datuk,

    Saya amat mengharapkan Datuk terus cergas dalam menulis kerana agak sukar untuk mencari golongan pelapik tiang yang mempunyai ketajaman akal dan penulisan yang seperti Datuk atau yang seangkatannya.

    Upah atau tidak, bukan satu masalah yang besar kerana ada sesetengah orang seperti semakin lupa atau gemar melupakan hakikat bahawa dalam setiap perbuatan sedarnya itu pasti ada balasan-nya mengikut perkiraannya sendiri dan kuasa yang lebih atas darinya..

    ReplyDelete
  21. YB Datuk,

    Dia org ni reti ke nak berbahas.

    You can see the Khairy Trademark in the comments..haha..its funny really.

    Anyway, I've always enjoy your articles since your Other Thots and now your blog...though I personally prefer that you add more 'cili' padi in your comments and analysis...why hold your breadth Datuk - these politicians , DS Najib included, need to be given lessons...ASAP...you are probably one of those who can contribute to that end.

    Continue blogging Datuk!

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Lama juga penulis tidak tulis. Masuk semula ke fasa dorman sebelum kembali aktif... Sibuk sikit... Tetapi sepanjang penulis tak berkomen bukan bermaksud penulis tak baca blog lain macam blog Dato moderator.

    Penulis adalah penulis muda. Tak banyak input. Kadang-kala merapu lebih daripada kerapu. Kalau kerapu tak apa juga, mahal harganya... tapi kalau merepek tak jadi kerepek; nak jadi apa?!

    Blog adalah alternatif sampaikan idea, hasrat, pandangan, kongsi pengalaman, pengetahuan dll. Dulu orang bagi emel berantai lepas itu diforward-forwardkan. (sekarang pun ada lagi..) Lepas itu timbul pula terma-terma seperti forum, MySpace, Facebook, Friendster, Blog...

    Tetapi yang melekat di hati penulis ialah Blog. (bab friendster dll memang penulis lembab sikit) Mungkin sebab aplikasi lain lebih banyak perkara "ringan" macam lebih gambar, atau video tetapi blog biasanya orang menulis. Ada juga blog yang ada gambar dan video tetapi majoritinya tulisan. Maknanya, kalau sesiapa yang menulis dan membaca blog, sekaligus menanamkan budaya menulis dan membaca; satu budaya yang penting dalam menjana keilmuan.

    Lagi satu, disebabkan betapa mudahnya blog ini dicapai oleh semua orang, orang yang menulis (a.k.a blogger dan responden) sudah tentulah mesti memahami betapa apa yang dituliskan itu adalah menjadi tanggunggan dirinya. Sekaligus membina budaya bertanggung jawab terhadap apa yang disiarkan. Dalam suasana kini, ramai yang lebih mempercayai apa yang ditulis dalam blog berbanding akhbar.

    Suasana digital semakin berkembang. Khabarnya, di luar negara, akhbar semakin kurang releven kerana dek ledakan versi digital. Oleh yang demikian, sebagaimana kita bertanggungjawab untuk menyuarakan hak, pendapat, hasrat di hati, kit juga perlu bertanggungjawab untuk bertanggungjawab terhadap apa yang kita tulis dalam blog atau respon kita. Wassalam.

    ReplyDelete
  23. Anonymous8:05 PM

    Dato' AKJ,
    setuju sangat2 dengan artikel dato' ini...,tetapi banyak juga blogger2 yang artikel depa merepet,tak ketahuan hala,entah apa-apa,kadang2 benda yang sama yang diulang-ulang.

    ReplyDelete
  24. Anonymous9:50 PM

    if u really want to change your life,Allah will show u the way...

    mudahan Negara kita terus aman makmur....

    :"bohhh la nakkk pakcik pun orak rhethi ",,kata orang tua kat kampung parit kemang batu pahat ,,,
    SINGACOBRA

    ReplyDelete
  25. Datuk , Kalau dah politik pun tak dapat dikawal , macamna nak kawal bloggers.

    ReplyDelete
  26. Salam Datok
    Maaf lari dari tajuk.
    Saya lansung tidak puas hati dengan tindakan kerajaan.

    1.Pembatalan pembelian Heli untuk tentera olih Pak Lah.Berapa ramai tentera kita perlu dikorbankan dengan NURI.Keputusan yg tidak bijak beliau tidak dapat bezakan antara perlu dengan bolih ditangguhkan.Konon perbelanjaan untuk lain yg lebih menafaat.
    Nyawa tiada ganti.
    2.Bila harga minyak melambung semua naik termasuk Taarif TNB ,bila minyak turun AS$62 Menteri kata tarif elektrik kekal dan sekarang kata Janakuasa tidak guna minyak.Pembelit sungguh mereka ini
    3.Berita Harian - kenapa lapur berita berat sebelah.Kalau no 1 kita lapur no.1 dulu lepas itu baru lapur no.2 dan seterusnya atau list kan semua.Ini asyik lapur No.2 sesaorang saja dan hari hari muka itu juga dipaparkan .
    Betul kata Tun Mahathir "kebebasan akhbar ". Kalau org.paper selalu berat sebelah , berpihak saya pun tak nak beli biar dia orang saja yg beli.
    Salam.

    ReplyDelete
  27. Salam,

    Suara blogger sukarelawan ialah suara di luar struktur kuasa, dan mungkin juga di luar arus perdana.

    Saya tidak tahu setakat mana suara blogger sukarelawan sampai kepada pihak yang berkuasa di atas sana, dan setakat mana ia dapat mempengaruhi pendapat awam seperti media massa arus perdana.

    Bagaimanapun, banyak juga orang yang mempecayai bahawa salah satu faktor mengapa orang muda menolak BN dalam PRU 12 ialah kerana pengaruh blog dan laman web yang anti-establishment.

    Jika betul demikian, bagus juga.Mudah-mudahan pengaruh blogger sukarelawan ini akan bertambah kuat pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  28. Saya pembaca setia blog datuk. Tapi tak pernah meninggalkan komen. Terima kasih karena telah berbagi. Saya belajar banyak dari blog datuk.

    ReplyDelete
  29. Sdra Tun Jeram, antara lain, mengulas: "....dan setakat mana ia dapat mempengaruhi pendapat awam seperti media massa arus perdana."

    Ulasan Sdra mengembalikan ingatan saya kepada pilihan raya umum 1950an dan 1960an apabila nenek saya masih hidup dan masih kuat untuk keluar mengundi.

    Dia buta huruf tetapi sangat ambil berat mengenai hak dan tanggungjawab mengundi.

    Dia undi kapal layar (Parti Perikatan) kerana ketuanya Tunku Abdul Rahman. Nenek undi kapal layar kerana Tunku, itu saja.

    Kerena buta huruf nenek tidak baca akhbar. Tapi bila pengempen tunjuk gambar dan berita Tunku dalam Utusan Melayu dan Warta Negara, nenek percaya.

    Mungkin keadaan yang sama berlaku dengan blog. Ramai tidak ada akses kepada blog.

    Tetapi apabila pengempen merujuk kepada apa yang blogger kata atau berikan salinan foto blog, mungkin ramai daripada mereka percaya.

    Lagipun, pada akhir-akhir ini media massa arus perdana sendiri memetik daripada blog atau merujuk kepadanya.

    Ini menyebabkan klayak tahu mengenai blog dan ingin mengetahui apa yang dilaporkan oleh blog.

    Sdra/i Sujini, buat pengetahuan anda, saya terus menulis Other Thots.

    Ia terbit dua kali sebulan dalam majalah ekonomi Malaysian Business pada keluaran awal bulan dan pertengahan bulan.

    Portal berita bebas Agendadaily ada menyiarkan keluaran tertanggung kolum saya itu...kalau anda hendak terus membacannya.

    Terima kasih buat semua.

    ReplyDelete
  30. Anonymous7:50 AM

    Dato.KJ.


    Biasa la Dato dalam dunia ini Tuhan jadikan setiap perkara itu ada lawannya.Ada orang kaya ada orang miskin,ada orang sehat ada orang sakt.Blogger pun sama ada yang asli dan ada yang fake.

    Saya nampak Dolah PM ini sudah mula membuat kepetusan yang baik dan berani.Sekarang dia mula cakap ada makna.Batak kan Eurocopter deal satu keputusan yang berani dan bijak.Bukan eurocopter itu tak bagus tapi dia dan nampak hanky pankynya.Sunggohpun yang ruginya scomi tapi dia tak peduli.Syabas.

    Dengar kata lepas ini dia nak buat pertukaran dalam Kabinet.Dengar khabar dia nak bawa TR masok dalam kabinet.Mahayuddin dia nak ajar sikit.Let see.

    Saya ini blogger upahan.Sorry Kadir kalau saya kacau you.Kenapa you tak buat open house dan you jemput hanya bloggers.Tengok apa akan jadi.

    ReplyDelete
  31. salam dato,
    boleh dato terangkan dan perincikan "konsep berartikulasi" terutama kepada warga muda? bagaiamanakah pembacaan secara ilmiah dengan tidak ilmiah?secara peribadi saya menanti buku-buku terbaru dato dipasaran....teruskan menulis dato.

    ReplyDelete
  32. dato'
    please continue your good work...saya dah baca hasil kerja dato' semenjak majalah dewan masyarakat (kalau tak salah awal 90an)...tolong teruskan penulisan dato'..

    ReplyDelete
  33. Anonymous9:48 AM

    dato,

    blogger sukarelawan @ rakyat yang concern dengan kepimpinan dan arahtuju negara dan bangsa.

    blogger upahan @ rakyat yang concern dengan poket dan anak bini sndiri tanpa mengira keadaan dan arahtuju negara dan bangsa.

    Jika generasi muda yang cuba bersuara atas sebab concern dengan arahtuju pemimpin yang tak keruan di anggap "KURANG AJAR".

    Maka wajar jika generasi tua yang tidak langsung memberi contoh dan tauladan yang baik dan sebaliknya menghalalkan perkara yang haram ie rasuah dan salah guna kuasa di panggil "KURANG NGAJAR"

    ReplyDelete
  34. Salam Dato',

    Pendapat umum seperti blog dan forum internet merupakan feedback yg paling hampir dgn realiti - tidak seperti media arus perdana skrg. W/b/pun pelayar/blogger perlu bijak membaca apa yg tersurat dan yg tersirat - kena pandai 'read between the lines'.

    Perhatian yg diberikan oleh akhbar2 arus perdana terhadap posting2 di blog adalah sesuatu yg positif. Tidak kita blogger sukarela maupun blogger upahan, perkembangan ini menunjukkan masyarakat lebih terbuka menerima pandangan, pujian dan kritikan.

    Terus terang, saya byk menghabiskan masa membaca drp membuat posting. Menarik sekirannya sesuatu posting itu mendapat perhatian dan feedback drp semua kaum. Dan memang bagus sekiranya pemimpin2 kita meluangkan sedikit masa melayari blog, sama seperti pemimpin2 negara2 maju.

    Dato' teruslah menulis. Saya akan terus mwmbaca dan membalas posting.

    ReplyDelete
  35. Datuk,

    Oops ...maaf ya. Saya jarang sekali beli Malaysian Business. InsyAllah, demi minat, saya akan usahakan.
    Terima kasih diatas maklumat.

    ReplyDelete
  36. Datuk,

    Tika saya masih menjadi wartawan tak lama dulu, ada lah dua kawan2 seperjuangan (dalam journalisme) yang "berjaya" menjadi blogger upahan yang disebut Datuk.

    Tak tahu samada benar atau tidak, tapi kononnya mereka dibekalkan seorang satu komputer riba dan "retainer fee" (tak pasti berapa) dan tugasan adalah untuk melayari blogosphere dan meletakkan posting yang patut padan dimana perlu.

    Tapi tak lama kemudian, tugasan tinggal tugasan sebab benda2 yang hangat - hangat tahi ayam memang sukar untuk terus menerus berjalan tanpa motivasi.

    Sya sendiri tertarik untuk memblog (ada ke perkataan ini?) untuk mengasah kemahiran penulisan saya disamping membuat sesuatu yang ikhlas dalam mengenengahkan perkara yang saya fikir boleh di kongsi bersama2.

    Mulanya saya berikrar untuk tidak menulis apa2 komentar yang berunsur politik, tapi bila isu demi isu yang terlampau mendesak, saya berfikir: "Apa salahnya jika saya berselang seli dalam penulisan saya."

    Saya sentiasa mengikut penulisan Datuk dari zaman Kunta Kinte (masih ingatkah Datuk peminat bernama "Tea Drinker" yang sering bercanggah pendapat ketika itu? Bukan saya. Saya cuma curious samada beliau tertinggal kebelakang di arena digital sekarang ini dari mengikuti tulisan Datuk), ke Other Thots di NST dan Other Thots di Malaysian Business.

    Percaya atau tidak, koleksi tulisan Datuk pun ada dalam simpanan. :)

    (Maaf, benda yang benar dan bukan untuk membodek.)

    Minat saya mungkin berasaskan dua perkara: 1. Datuk orang Kedah dan penulisan (especially (?) dalam Kunta Kinte)menjurus kepada benda2 dan isu yang kena pada diri saya dan, 2. Saya sangat meyokong kepada Tun.

    Upah kalau ada bagus, kalau tidak, tak ada masaalah untuk pemblog yang ada keinginan untuk terus menulis.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  37. Salam Dato',

    Saya sendiri ada dua blog, satu blog ilmiah dan satu lagi blog umum, tapi dua-duanya dah lama tak buat posting. He he.

    Bagi saya ini biasa bagi blogger yang sukarela.

    Saya tertarik kepada penulisan Dato' yang mengalu-alukan "siber soldiers" itu.

    Jika tujuan mereka adalah untuk menjelaskan yang kabur, saya alu-alukan.

    Namun mereka dalam kategori ini jarang-jarang saya jumpa.

    Yang saya selalu jumpa adalah mereka yang buat spin, tidak kalah dengan mereka dari MSM konvensional.

    Apabila ada pengomen yang membuat kenyataan "besar" malah penuh beremosi dalam penulisan (tanpa isi) tetapi tidak mempunyai platform sendiri (yang menjelaskan siapa mereka), saya jadi curiga.

    Maklumlah golongan ini boleh dikategorikan sebagai golongan lempar batu sembunyi tangan apabila tidak menggunakan pengenalan diri sebenar tetapi sering memberikan kenyataan yang mengelirukan, berbau perkauman dan tidak berhemah dalam penulisan apabila suka merendah-rendahkan pendapat orang lain.

    Dalam blog Dato' ini, pada pendapat saya ramai golongan ini.

    Maaf ye. Siapa makan cili, dia akan terasa pedas.

    p/s terima kasih Dato' kerana sering berkunjung balas ke blog kami para pengomen di sini. Bagi diri saya, saya mohon maaf kerana blog saya tu jarang update. Maklumlah sukarela. Sukarela bila ada masa. Kerja trader macam saya, semua kena buat sendiri. Bukan boleh wakil/pakai assistant macam bisnes lain.

    ReplyDelete
  38. Salam Dato',

    Tadi saya buat komen tanpa baca tulisan pengomen lain.

    Buat Sdri Mardhiah,

    Saya adalah antara mereka yang pernah "hentam" sdri walaupun saya bukan dalam golongan muda. Saya mengaku.

    Ikhlas saya katakan hentam-menghentam ini "standard" dalam dunia blogging. Emosi kena kurang, pendirian kena kukuh, fakta kena teguh, pendapat biar padat.

    Saya sendiri pernah dicabar dan dihentam itu-ini. Sekali-sekala saya jawab dan jika saya dapati berbalas jawab itu tidak menghasilkan sesuatu perbincangan (bila tuduh menuduh mula menguasai penulisan) saya abaikan sahaja.

    Lingkungan umur kita tidak sama tetapi dengan minda terbuka, semua blogger adalah samarata.

    Seperti kata Dato' AKJ, bloggers muda adalah dialu-alukan.

    p/s jika sdri mengikuti penulisan saya dalam blog ini, sdri akan tahu saya ramai saudara mara dalam khidmat perguruan dan PDRM. Saya tiada sangka buruk, tidak melabelkan secara "across the board" tetapi sekadar berkongsi pengalaman peribadi apabila menyentuh tentang mutu khidmat sektor awam.

    ReplyDelete
  39. YB Datuk,

    Apa komen Datuk berkaitan blog terbaru Tun M yang mengupas peranan Budak2 Tingkat Empat dlm konteks peralihan kuasa kepada DS Najib??

    Soalan saya :

    1. Setahu Datuk menerusi sumber2 wartawan dan media Datuk sendiri, apakan "Tingkat 4' ini benar2 ujud atau cuma satu cerita dongeng?

    2. Jika bukan dongeng, kenapakah begitu bodoh sehingga org-org ini boleh dipercayai nasihat mereka walhal bukti kerosakan dan lingkup adalah jelas

    ReplyDelete
  40. Anonymous2:03 PM

    Assalamualaikum Datuk,

    Saya harap Datuk akan terus meniupkan semangat kesedaran Melayu melalui tulisan Datuk sama ada di media elektronik ataupun media cetak. Jadilah pejuang bangsa yeng boleh membela nasib bangsa, agama dan negara melalui tulisan Datuk. Keberanian diri jangan disekat dan ketajaman akal jangan sesekali ditumpulkan.

    ReplyDelete
  41. Anonymous2:41 PM

    Salam Dato'

    Saya telah membaca blog Dato semenjak Feb/Mac 2008 tetapi tidak pernah ingin meninggalkan komen sebelum ini. Hari ini rasanya ingin saya tulis sesuatu, nak uji bagaimana rasanya kalau komen saya terselit di celah-celah ribuan komen daripada pengikut blog Dato'. Nak tengok nama saya naik he he..

    Bagi saya blog adalah satu wadah ilmu dan informasi yang tidak dapat tidak mesti diwujudkan dalam kehidupan kita hari ini. Sekarang saya dah berhenti baca suratkhabar secara konvensional dek kerana lambakan sumber informasi secara maya di samping radio dan televisyen.They say knowledge is power. I say information is power. Sedangkan informasi itu adalah makanan untuk minda saya.

    Saya suka membaca tulisan Dato dalam kedua-dua bahasa. Kekadang tulisan Dato' dalam bahasa Melayu banyak silap ejaan. He he he.

    By the way I have read your Mencari Dugalia Huso. Not quite what I expected though. I thought it was a fiction. It was an interesting reading anyway.

    Hanez

    ReplyDelete
  42. Salam Datuk..
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin..
    Teruskan menulis walaupun tidak berbayar..
    Mudah-mudahan lebih ramai anak muda akan melayari blog2 mereka yang terlebih dahulu makan garam untuk lebih memahami kancah politik negara..
    Majulah blogger untuk negara yang selamat,aman dan makmur

    ReplyDelete
  43. Anonymous3:53 PM

    Salam Dato,

    Menyimpang sikit nak tanya.. Siapa penulis pojok ruangan "Pemerhati" Berita Harian sekitar tahun 1972?

    I learned a lot from that man and would like to know his name.

    Tk

    Dak Din

    ReplyDelete
  44. Sribe,

    Why the bold fonts?
    Are you now caught up in a second wind?

    I am too timid to allow any bold thoughts like KJ will win Pemuda.

    ReplyDelete
  45. Tuan,

    Seharusnya blog dilihat sebagai alat untuk meluahkan perasaan, pandangan dan komentar tanpa menjejaskan idea dan orang lain. Paling penting kita belajar menghormati idea dan pandangan orang lain dan andai pandangan itu berbeda maka ia perlu di sanggah dengan fakta yg tuntas dan tepat. Hanya pemikiran kecil yg masih lagi belajar menulis...

    Blog tuan menjadi salah satu kegemaran untuk saya rujuk kerana isi dan pendekatan yang agak berbeda. Mungkin tuan boleh juga komen blog saya yang tidak seberapa. Kerna saya juga baru mula belajar untuk menulis di alam maya ini.

    www.idzuafihadi.blogspot.com

    * Mantan YDP MPP UiTM & Mantan YDP MPP UUM (2006/2007)

    ReplyDelete
  46. 1. Sdra Pak Din, saya tidak pasti siapa yang menulis kolum Pemerhati dalam BH pada tahun 1972. Saya akan cuba Tanya. Waktu itu saya masih di bernama.

    2. Sdra Cak Kun Cak, Budak-budak Tingkat 4 itu adalah istilah generic yang membawa maksud petugas peribadi PM. Dulu pun ada Tingkat 4 tetapi mereka ini bergerak di belakang tabir dan dengan arahan PM. Mereka tidak terbabit dengan politik atau korporat.

    3. Sdra My Raison D’etre, betul waktu saya tulis Other Thots dalam New Sunday Times, ada seorang pembaca yang menggunakan nama pena “I, the joker, the great teadrinker” selalu menulis mengkritik saya. Banyak juga kritikan beliau yang saya siarkan. Saya dimaklumkan dia seorang pegawai pencen keturunan India.

    4. Sdra/i Apple Pie, dalam bahasa yang mudah artikulasi bererti berhujah atau berbahas secara mendalam dan meyakinkan. Untuk itu, kita perlu banyak membaca, memerhati, meneliti dan menganalisis.

    5. Sdri Hanezam, hehe.. memang ejaan bahasa Melayu teruk sikit.

    Dugalia Huso adalah seorang cacat berbangsa Serb yang dipenjarakan bersama orang Islam oleh Tentera Serb di Bosnia-Herzegovina semata-mata kerana dia cacat.
    Saya temuinya di sebuah hospital di Sarajevo pada tahun 1996.

    Terima kasih kepada semua.

    ReplyDelete
  47. Anonymous9:33 PM

    YBhg Datuk

    Seronok baca blog. Dah jadi ketagihan. Suka sangat tenguk orang lawan hujah. Macam-macam gaya penulisan blogger di sini. Ada yang beria-ia. Ada yang bersahaja. Ada yang ilmiah . Ada yang popular. Ada yang lawak dan ada yang sadis. Inilah yang menjadi warna dan renda dunia blogger.

    Dulu kalau kita nak tulis memang susah nak dapat publish. Sekarang ni senang je. Kita tulis kita publish. Seronoknya tenguk tulisan kita.

    Kami tumpang bernaung bawah blog Datuk. Buat blog pun bukan ada orang nak baca. Saya kata kepada saya . Bukan pada orang lain. Sini macam macam ada seperti kata arwah Pak Abas. Ada budak U ada orang pencen dan ada orang yang tunggu hari nak pencen.

    Best jugak kalau yang regular kat blog Datuk ni buat gathering. Set la tarikh dan tempat yang suai. Kita sua muka.

    Oleh kerana kita semua blogger sukarelawan, kita kena sponsor diri sendiri. Lailah kalau blogger profesional. Ada orang payung.

    Menyambut seruan Kluangman saya meletakkan taraf pada akhir nama saya.

    Tico ( bloooooogger kunuuuuuuun)

    Sekian.

    ReplyDelete
  48. Anonymous10:27 PM

    Salam Dato AKJ

    Bagi diri Dato yang memang penulis profesional, mungkin blog ini hanya sebagai medan sampingan untuk meluahkan idea. Banyak yang jadi blogger untuk kepuasan sendiri. Nak menulis di media cetak, tiada pengalaman dan kurang saluran. Internetlah yang menjadi media yang terbuka untuk mereka menukilkan cetusan idea mereka. Jenis macam ni, pastinya tak dapat upah apa-apa.

    Ada juga yang menjadikan blog sebagai satu cara cari makan. Ramai yang buat promosi produk mereka melalui blog. Ataupun mereka menyelitkan iklan dalam blog mereka dan setiap kali iklan itu diakses melalui blog mereka, mereka diberi imbuhan. Jenis ini beroleh pendapatan secara tidak langsung melalui blog. Tapi itu bukan upah yang Dato maksudkan tentunya.

    Yang banyak upah mengupah ni, rasa2nya orang politik. Ada portal popular yang mempunyai rangkaian di seluruh negara ditanggung sepenuhnya oleh orang politik dengan kos puluhan ribu ringgit sebulan. Malang negerinya jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU-12 yang lalu. Mungkin tak puas hati mengupah orang lain, akhirnya dia sendiri turut menjadi seorang jurublog yang aktif selepas menganggur.

    Selamat maju jaya untuk Dato dan para jurublog yang menjadikan blog mereka sebagai sumber pencernaan fikiran.

    ReplyDelete
  49. Anonymous10:52 PM

    Salam DKJ dan pembaca sekalian.

    Blogger Upahan beruntung kerana dapat upah dari majikannya,Penulisannya akan memberi 'makna'sekiranya apa yang ditulis itu betul dan benar.Jika menerima upah untuk membelit , menipu dan memutarbelit fakta,penulis berkenaan hanya mendapat dunia tapi rugi di akhirat.

    Blogger Sukarelawan jika ia menulis atas dasar memperjuangkan kebenaran,keadilan,ketelusan sangat beruntung kerana mendapat pahala yang besar di sisi Allah.

    Saya pembaca tetap blog DKJ,saya kagum dengan gaya dan ketajaman pemikiran DKJ serta sangat kritis dan agak terbuka.Ketajaman fikiran DKJ dapat membantu pemimpin (pemimpin yang baik)untuk sentiasa mengutamakan rakyat dan negara.

    Semoga akan lahir lebih ramai lagi Blogger yang bertanggungjawab terhadap penulisannya di dunia dan di akhirat.

    afja02.

    ReplyDelete
  50. Dear Dato' AKJ,

    Currently I'm in Bandung for a conference and the people here are asking how is Malaysia? My simple answer is that the people are demanding change and it could not have happened without the bloggers. People read what is written in blogs rather than the newspaper. Blogs have become part of mainstream news.

    I guess MSC in Malaysia is a success story.

    How does the song goes...celik IT, sayang IT...ok I made that up.

    Keep up the good work.

    ReplyDelete
  51. Anonymous7:34 AM

    Scribe,

    Bloggers politik Malaysia lebih kurang blogger politik di mana-mana sahaja. Bagaimana bloggers ekonomi Malaysia? baik sukarelawan dan upahan?

    Econ Bloggers Gain Clout in Financial Crisis

    ...As mainstream reporters have struggled to cover the crisis, a group of bloggers focused on the economy has risen to prominence over the last few years, diving in-depth into complex economic issues in a way unseen in the sound-bite-driven mainstream media. In recent months, many of these econ bloggers have seen their web traffic double as people scramble to understand the crisis and how the government, with its monolithic bailout legislation, is going to fix it.

    Mark Thoma, an economics professor at the University of Oregon, experienced similar frustrations with the business coverage after the 2004 presidential election. Specifically, he was dissatisfied with much of the rhetoric from the pundits opining on government economic policy.

    "It was probably two issues in particular," he told me in a phone interview recently. "There was the whole 'tax cuts increase revenue' idea that I think a lot of people were getting fooled by, and also I was a little disappointed with a lot of the discussions on Social Security and how it would affect solvency and those sorts of issues."

    It was in the midst of this frustration when he launched Economist's View, a site that now sits among the most influential of econ blogs. Over the last few weeks, Thoma's web traffic has risen from 10,000 readers a day to between 15,000 and 20,000. And like other econ bloggers I spoke to for this article, he said that many of those who visit his site every week include business reporters, government regulators, and investors -- an indicator that influence is larger than his direct readership.

    Thoma explained to me that his rise within the blogosphere hinged almost entirely on maintaining credibility, so much so that for the first few years he was almost obsessive in checking his data before publishing it.

    "When I came in I did not have the credibility that someone from Berkeley or Harvard would have simply because they show up on the scene, so I was really really careful whenever I wrote anything about economics," he said. "I would stress to get it right and do some extra reading and made sure I didn't become idiot of the day on Brad Delong's blog [another influential econ blogger]. One hit like that and I was done, and people would say, 'This guy doesn't know what he's talking about.' So I was extremely careful to make sure I did it right for a couple years."

    Going Beyond He-Said-She-Said
    I asked Thoma to compare the coverage on the more influential econ blogs to that found in mainstream press like the Wall Street Journal or CNBC. Are the econ bloggers able to better explain and analyze the often-complex factors that have led to the current crisis?

    "I'm in academics," he replied. "On the academics side, you don't ever diagnose the patient. It's all theoretical, and what I'm doing now, especially with the financial crisis, is like having a patient show up at the doctor's office and say, 'I've got these symptoms, what's wrong with me?' And the doctor sticks him. That's a completely different use of economics -- a real time analysis -- that I haven't seen before."...


    Nota:

    ada blogger ekonomi di Malaysia?
    Nak kita katakan Che Det...camsi camsa - lebih politik dari ekonomi.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  52. Anonymous7:57 AM

    Scribe,

    To Tun Che Det
    (from an old friend)

    America must lead a rescue of emerging economies
    George Soros

    Published: October 28 2008 22:05 | Last updated: October 28 2008 22:05

    The global financial system as it is currently constituted is characterised by a pernicious asymmetry. The financial authorities of the developed countries are in charge and they will do whatever it takes to prevent the system from collapsing. They are, however, less concerned with the fate of countries at the periphery. As a result, the system provides less stability and protection for those countries than for the countries at the centre. This asymmetry – which is enshrined in the veto rights the US enjoys in the International Monetary Fund, explains why the US has been able to run up an ever-increasing current account deficit over the past quarter of a century. The so-called Washington consensus imposed strict market discipline on other countries but the US was exempt from it.

    The emerging market crisis of 1997 devastated the periphery such as Indonesia, Brazil, Korea and Russia but left America unscathed. Subsequently, many peripheral countries followed sound macroeconomic policies, once again attracting large capital inflows, and in recent years have enjoyed fast economic growth. Then came the financial crisis, which originated in the US. Until recently peripheral countries such as Brazil remained largely unaffected; indeed, they benefited from the commodity boom. But after the bankruptcy of Lehman Brothers, the financial system suffered a temporary cardiac arrest and the authorities in the US and Europe resorted to desperate measures to resuscitate it. In effect, they resolved that no other big financial institution would be allowed to default and also they guaranteed depositors against losses. This had unintended adverse consequences for the peripheral countries and the authorities have been caught unawares. In recent days there has been a general flight for safety from the periphery back to the centre. Currencies have dropped against the dollar and the yen, some precipitously. Interest rates and credit default premiums have soared and stock markets crashed. Margin calls have proliferated and spread to stock markets in the US and Europe, raising the spectre of renewed panic.

    The IMF is discussing a new credit facility for countries at the periphery, in contrast to the conditional credit lines that were never used because the conditions attached to them were too onerous. The new facility would carry no conditions and no stigma for countries following sound macroeconomic policies. In addition, the IMF stands ready to extend conditional credit to countries that are less well qualified. Iceland and Ukraine have already signed and Hungary is next.

    The approach is right but it will be too little, too late. The maximum that could be drawn under this facility would be five times a country’s quota. In the case of Brazil, for example, this would amount to $15bn, a pittance when compared with Brazil’s own foreign currency reserves of more than $200bn. A much larger and more flexible package is needed to reassure markets. The central banks at the centre should open large swap lines with the central banks of qualifying countries at the periphery and countries with large foreign currency reserves, notably China, Japan, Abu Dhabi and Saudi Arabia, ought to put up a supplemental fund that could be dispersed more flexibly. There is also an urgent need for short-term and longer-term credit to enable countries with sound fiscal positions to engage in Keynesian counter-cyclical policies. Only by stimulating domestic demand can the spectre of a world-wide depression be removed.

    Unfortunately the authorities are always lagging behind events; that is why the financial crisis is spinning out of control. Already it has enveloped the Gulf countries, and Saudi Arabia and Abu Dhabi may be too concerned with their own region to contribute to a global fund. It is time to start thinking about creating special drawing rights or some other form of international reserves on a large scale, but that is subject to American veto.

    President George W. Bush has convened a G20 summit for November 15 but there is not much point in holding such a meeting unless the US is serious about supporting a global rescue effort. The US must show the way in protecting the peripheral countries against a storm that has originated in the US, if it does not want to forfeit its claim to the leadership position. Even if Mr Bush does not share this point of view, it is to be hoped the next president will – but by then the damage will be much greater.

    The writer is chairman of Soros Fund Management and author of ‘The New Paradigm for Financial Markets’
    Copyright The Financial Times Limited 2008


    Nota: I don't quite agree with George. I think Malaysia and her friends can do a better job helping the emerging economies be it the OIC members or non-member countries.

    Of course, America is one of her many friends.

    ReplyDelete
  53. Salam Datuk,
    Penumpuan kebanyakan masyarakat bila bercerita tentang blog adalah blog yang berkaitan isu semasa seperti politik, hiburan,gossip, dan sosial. Saya rasa Datok mungkin boleh menolong menumpukan arah blogger kita untuk menulis lebih kepada bidang ilmiah dan teknikal seperti cara buat bot, cara ternak ikan, bidang herba, ternak ayam serama, etc. Rasanya ianya sama penting jika tidak lebih dari blog yang kearah kemasyarakatan.

    kalau ada masa terluang layarilah blog saya di http://oxymarmoratus.blogspot.com.

    ReplyDelete
  54. Sdr. A Kadir Jasin,

    Saya setuju dengan Sdr. Sawit Futures Trader (Sdr. SFT) mengenai identiti pengomen terutama yang menggunakan anonymous.

    Walaupun demikian, saya berpendapat asalkan ia tidak berbau hasutan, cemuhan dengan bahasa kesat serta perkara-perkara yang mengundang masaalah kepada pemilik blog, saya rasa menggunakan nama anonymous dibolihkan.

    Saya sendiri menggunakan dua nama anonymous. Salahsatu ada blog sendiri (tapi anonymous jugak!) dan yang satu lagi tiada blog sendiri. Saya rasa setiap orang mempunyai alasan sendiri dan saya tidak terkecuali.

    Saya dah komen sikit diatas. Jika ada diantara pengunjung serta pengomen blog ini membuat analisa gaya-cara tulisan maka identiti-identiti saya bolih dipadankan!

    Diantara sebab yang utama untuk menggunakan nama samaran adalah sebab keselamatan para informant saya. Saya tahu gerakgeri setiap pegawai kerajaan di bahagian-bahagian tertentu sentiasa diawasi. Maka jika saya dedahkan identity saya, maka kawan-kawan saya mungkin menghadapi kesulitan.

    Bak kata Sdr. SFT, siapa yang makan cili, dialah terasa pedas! Saya setuju dengan pendapat beliau namun saya terpaksa terima hakikat yang saya mesti "remain anonymous" dan merasakan kepedasan cili tersebut. Hahahaha...

    Saya juga setuju dengan Sdr. SFT tentang "hentam-menghentam" dan jika kita rasa kita patut jawab maka jawablah. Kalau dirasakan tidak perlu, abaikan sahaja. Tetapi sekali-sekala terasa jugak nak jawab semua serta dedahkan identiti sebenar. Mujurlah rationale thinking pervails dan hanya akan jawab jika perlu.

    Saya juga ingin merujuk kepada komen Sdr. Dan Kajang mengenai HINDRAF. Saya berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya menunjukkan bukti kenapa HINDRAF patut diharamkan. Dulu tak perlu tapi sekarang amat digalakkan untuk tunjuk bukti. Setuju tak dengan bukti itu perkara secondary. Tetapi rationale keputusan patut ada.

    Bukti yang paling nyata adalah affidavit yang difailkan dimahkamah London. Saya telah difahamkan yang kerajaan mempunyai salinan affidavit ini. Yang saya tidak faham adalah kenapa kerajaan tidak menyiarkan saja kandungan affidavit ini?

    Adakah ia bolih mengundang kekecohan? Saya rasa ia tidak akan membawa kekecohan. Malah saya rasa ia akan membuat orang ramai menyinggir HINDRAF.

    Pernah saya katakan dalam komen terdahulu, jikalau nak mengubah Perlembagaan Malaysia, sila bertanding untuk menjadi Wakil Rakyat (MP). Kemudian cadangkan usul untuk mengubah Perlembagaan. Jika berjaya, maka berubahlah Perlembagaan mengikut jitarasa para Wakil Rakyat! Kenapa seharusnya melibatkan bekas negara penjajah?

    Sekian.

    ReplyDelete
  55. Anonymous10:48 AM

    datuk,

    saya dari generasi muda yang didewasakan dengan penulisan datuk.

    terimakasih

    ReplyDelete
  56. salam dato'
    -blog bermula dgn urusan peribadi. sekitar tahun 2006 dulu, blog cuma perkara pencil, hanya diusahakan dan dilayari oleh segelintir masyarakat

    pada saya, blog kini masih peribadi. blog saya adalah untuk saya. blog saya adalah pandangan saya. pelayar berhak bersetuju atau tidak menyetujui kata2 saya

    blog dato' telah lama saya jadikan buah minda. krn kdg2 kalau lama sgt berseni falsafah, saya berlayar kembali ke dunia nyata

    saya "Scriber" tegar! =P

    ReplyDelete
  57. dATUK,
    saya dan suami antara tetamu blog datuk tapi suami saya lagi keraplah..kami memang berminat dengan idea2 datuk (tapi ada gak yg tak setuju...tu biasalah). Sya juga memiliki blog..dgn tujuan menjadi platform perbincangan dgn students saya..tapi nampaknya amat dukacita kerana mereka kurang berminat utk berhujah di blog saya tapi mereka lebih suka berborak dlm freindster. Camne ye...boleh datuk beri idea.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  58. Dato AKJ,

    1) Apa kata tulih satu posting blog dlm tulisan jawi pulak...

    2) Bagi peluang "cybertrooper golongan muda yg sesetengah tu tak brp reti jawi (rela dihapus pun ada)... bagi fikir lebih sikit nak faham & berhujah..biar kerut dahi & naik uban atas kepala..baru lah cepat jadi tua & matang.

    3) Celik IT, celik hati, celik jatidiri..

    p/s: tu pun ada org yg dpt tuai hasil tinggalan org lain utk dpt title bapa demokrasi (demo kasi?)..infrastruktur utk kebebasan bersuara dunia cyber yg ada hitam putih ni bukan koridor idea beliau pun..

    puak2 'neo-underworld' juga dok juarakan dia konon kebebasan bersuara yg lebih baik dizamannya....ya ka? (pasal nak 'demonstrasi' pun dia ter 'kasi' juga agaknya..puncanya: lemah & tak reti control dari awal(bak kata Dato' -kesimpulan semua org).. :P

    "baik ada makna tu"...loklaq sungguh depa ni.

    ("/)

    ReplyDelete
  59. salam datuk, biasanya saya meneliti berita semasa dengan membaca dari media perdana dan juga dari blog, kemudian mentafsirkan kebenaran berita dari keduanya. dengan mendapat maklumat dari pelbagai sumber kita akan lebih berinformasi dan tidak mudah ditipu.

    p.s. saya harap datuk tidak berterusan menggunakan huruf bold dalam blog datuk sebab saya rasa tak enak mata membaca, maklumlah mata org tua. tapi inikan blog datuk, saya cuma cadangkan saja...

    ReplyDelete
  60. Salaam Datuk,

    Cantiknya ledakan ICT ni, terpadam sempadan geography dan pagar-pagar dulu.

    Kalau dulu broadcasting, sekarang yang terus subur ialah narrowcasting.

    Tajuk specific jadi ikutan mereka yang punya citarasa sama.

    Kalau pemerintah hanya mahu jump in the band wagon tanpa pengisian berguna, tukang tulis jer lah yang jadik tukang baca.

    ReplyDelete
  61. Sdr. A Kadir Jasin & para pengomen sekalian,

    Saya terkeluar dari tajuk kali ini tapi saya rasa ia perkembangan yang menarik.

    In the past week or so, Najib was quoted as saying that Malaysia's economic fundamentals are strong and it should not be affected (or was it severely affected, I am not sure!) by the global financial crisis. A lot of people were sceptical about his statement and I am one of them.

    Semalam saya mendapat panggilan dari member yang bekerja disalahsatu institusi kerajaan. Yang mana satu, lebih elok kiranya saya tidak nyatakan.

    Member saya nak lebih maklumat tentang salah satu institusi yang diwujudkan olih kerajaan untuk menangani krisis 97/98.

    Yang menarik bagi saya ialah pencaggahan kenyataan Najib yang begitu confident tentang economic fundamental negara dan "instruction" yang diterima olih "working level". Adakah kerajaan benar-benar percaya yang Malaysia akan terkecuali dari krisis kali ini ataupun kerajaan hanya buat "sedapkan hati sendiri" sahaja?

    Kalau betul-betul confident, kenapa pulah tergesa-gesa nak tengok cara-cara mengatasi masaalah yang "berkemungkinan kecil" akan menimpa negara? Nak sediakan payung sebelum hujang? Ni sudah elok sangat!

    Tapi kenapa nak buat spin yang bolih menjerat diri sendiri? Untuk menyangkal, akan dikatakan wartawan tersilap quote??!!!

    Saya tak tau lah Sdr. Kadir...

    Sekian.

    ReplyDelete
  62. Anonymous6:27 PM

    Saya melayari blog Datuk dan meninggalkan komen hanya semata-mata untuk mengingatkan saya bahawa ada orang yang sudi dan setuju untuk menerbitkan tulisan saya. Tambahan pula seorang editor akhbar yang berkaliber. Ianya benar-benar membina harga diri saya dan memberi harapan bahawa mungkin walau satu perkataan yang dibaca dari tulisan saya oleh sesiapa sahaja boleh merubah negara saya dan negeri saya menjadi lebih baik dari sebelumnya.
    Saya rasa yang perlu ada di Malaysia ini adalah lebih banyak golongan orang yang bersuara.
    Oleh kerana orang yang mengetahui akan hakikat sebenar kehidupan di Malaysia ini adalah orang yang sibuk, maka perlu dipermudahkan cara untuk orang-orang ini menyuarakan pendapat.
    Blog adalah salah satu jalan penyelesaian.
    Saya amat berharap lebih ramai yang terampil untuk bersuara di Malaysia ini kerana suara rakyat perlu diperdengarkan bari ianya dapat didengar.
    Apabila ramai yang bersuara sudah tentu semua akan lebih peka dan berhati-hati kerana tahu segala lubang dan lohong senang untuk dipersembahkan buat tontonan ramai.
    Ketakutan akan kebenaran yang akan dihebohkan adalah ketakutan hakiki yang dapat membina intergriti yang cemerlang.
    Semoga budaya ber blog dapat bukan sekadar meningkatkan kesedaran malah membentuk satu populasi masyarakat yang berinformasi, berkeyakinan dan berintergriti tinggi.
    Sedarlah setiap sedetik kesilapan yang dibuat akan diketahui ramai kerana setiap orang yang dikeliling kita yang bernama kawan tidak selamanya akan membawa nama yang sama.

    ReplyDelete
  63. Salam Datuk,

    1. Saya tertarik dengan ayat terakhir dalam post Datuk yang terkini yang menyebut antara lain "blog adalah medan artikulasi massa".

    2. Memang betul. Blog menjadi medan untuk kita berbincang secara terbuka walaupun tidak bersua muka. Saya lihat ramai yang ada buah fikiran dan pendapat yang baik. Mereka ini mungkin terdiri dari golongan profesional, berpendidikan tinggi atau berpengalaman luas dalam bidang-bidang tertentu.

    3. Wujudnya kelompok yang bertugas khas sebagai penjawab blog juga satu perkara yang unik. Namun kredibiliti dan kebolehan mereka dalam mengulas atau menjawab sesuatu topik mungkin boleh dipersoalkan. Mampukah mereka? Sebab itu ada yang menyerah kalah.

    4. Walau apa pun, saya setuju saranan Datuk agar mereka ini jangan menyerah kalah. Perlengkapkan diri dan minda dengan ilmu yang mencukupi untuk terus berperanan dalam mengulas dan menjawab. Yang penting sekali ialah semua fakta mesti tepat. Jangan 'spin' sana sini.

    ReplyDelete
  64. Anonymous8:58 PM

    saya penggemar blog dato'.ulasan,pandangan diatas isu-isu yang terkini terutama hikayat parti umno agak menarik.dikaca saya dato'amat berhati hati dalam setiap ulasan.
    saya harap dapat dato' komen tentang perlantikan tan sri zaki tun azmi.

    ReplyDelete
  65. Salam Dato' AKJ,
    Blog menjadikan impian saya untuk menyiarkan tulisan saya kpd umum menjadi kenyataan. Bermula 1999, saya gunakan geocities.com sbg tapak web. Kemudian menyewa tapak dan domain sendiri sehingga kini. namun menggunakan web biasa 'kerja' menulis sering jadi nombor dua. Kerja utamaa ialah menyiapkan design dsb.

    Blog (web log) amat mudah diselenggara dan bersiifat interaktif.

    Eh, terlajak cerita lain pulak.

    Boleh tak Dato' usahakan ditubuhkan satu 'pakatan blogger' yg berwibawa, dgn etika tertentu. Blogger yg melanggar etika, kita 'kick out'.

    ReplyDelete
  66. Selain dari blogger sukarelawan dan blogger upahan, ada juga blogger goblok.

    ReplyDelete
  67. Asslamualaikum,
    Boleh tak datuk buangkan perenggan ini:
    [Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

    Hal ini kerana tulisan itu akan memenuhi 'blog list' pada blog saya menyebabkan pengunjung tidak dapat menyemak tajuk artikal terbaru Datuk.

    (Atau, letakkan amaran tersebut di bahagian lain)

    ReplyDelete
  68. Salam Dato',

    Nampak gaya saya dengan Quick Draw Botak (QDB) boleh berkawan, hehehe.

    Kita mungkin tak sama fahaman politik tapi "reading" kita tentang ekonomi lebih kurang sama.

    QDB pakai anynomous bagi saya tak ada masalah sebab penulisan beliau cukup sifat.

    Yang saya maksudkan adalah mereka yang menulis secara "melempar batu sembunyi tangan".

    Lagi satu yang saya lupa nak sebut sebelum ini. Ada yang "copy-paste" dari blog/e-buku/artikel lain tapi tak diberi sumbernya. Pastu panjangnya plagiat tu sampai sepelaung (dengan ulasan yang sekadar sejengkal).

    Saya kira terma hak harta intelek di alam siber, secara realitinya, kurang relatif . Kesan dari itu "economic value" nya kurang. Namun saya percaya, seperti saya, ramai penulis diblog mempunyai "sentimental value" terhadap hasil penulisan mereka.

    Ada ke yang makan cili....?

    ReplyDelete
  69. Anonymous11:36 PM

    Salam tuan blog...

    blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

    beritamalaysiakini

    dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

    tq

    ReplyDelete
  70. Salam Sesama Bangsa Dengan Lafaz BAHASA JIWA BANGSA, Dato' AKJ.

    Saya kerap juga melayari blog Dato' dan blog Nenda Tun Che Det. Komen dalam blog Dato' lebih menarik dan ilmiah. Cuma ada juga yang TERJUMPA kesalahan ejaan pada perkataan yang mudah-mudah. Jika boleh sama-sama kita jaga kesalahan sedemikian rasanya ia lebih murni. Contohnya OLEH dan BOLEH.
    Selamat berforum dan menjaga bahasa demi BAHASA JIWA BANGSA.

    ReplyDelete
  71. Anonymous8:09 AM

    Datuk,

    Sekadar menjawab beberapa persoalan saudara quick draw botak;

    Mengenai isu HINDRAF: Saya faham Datuk AKJ tak boleh siarkan kerana ia sudah jadi kes mahkamah. Nanti dituduh subjudis pulak. (Ini la problem kalau tak pakai nama anonymous, polis senang cari & senang juga kena saman). Saya pernah beri komen mengenai hal ini tapi tak dapat pelepasan dari Datuk Kadir. Walau bagaimanapun, petition HINDRAF pada Gordon Brown ini sudah tersebar luas dan amat mudah diperolehi malalui internet. Saya harap kepada pihak2 yg bersimpati dan pertahankan HINDRAF ni tolonglah baca dulu petition tersebut. Kalau kita nak berdebat di sini, nampak gayanya tak boleh lah. Apa nak buat .... undang2 negara tak benarkan.


    Mengenai kenyataan Najib tentang ekonomi Malaysia pula; Najib sebagai Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri mestilah memberi jaminan bahawa keadaan ekonomi Malaysia ini kuat dan selamat. (walaupun terpaksa menipu?). Bayangkan kalau Menteri Kewangan sendiri kata ekonomi negara ini lemah dan akan mati,.... lintang pukang lah pelabur2 cabut lari nanti, dan kita yang ada kat sinilah yg akan mati. Naya oi!

    Tapi seingat sayalah, Najib tak pernah kata yang ekonomi Malaysia ini tidak akan terjejas langsung dengan krisis ekonomi dunia sekarang, cumanya dia kata ekonomi negara masih kuat untuk menghadapi krisis ekonomi dunia.

    Bunyi macam sama tapi makna lain2.

    Apa2 pun kita doakan negara dapat harungi kemelesetan ekonomi ini dengan cepat dan selamat.


    -sinbad-

    ReplyDelete
  72. YB Datuk,

    Is our economy resilient enough to withstand the financial onslaught as what the Government claim?

    Many analyst are saying the Government are not doing enough.

    I am confused and worried we are hit by surprise...

    If you ask around, the majority of small business owners say it is not well at all. It is harder to secure loans it seems.

    But many also add the point that all UMNO cronies is still flourishing despite the gloominess felt in the street since cash is so easy in these times of campaigns for UMNO power junkies..

    Would like to hear your take on this whole scheme of things.

    Should we not be worried Datuk? I worry thinking I am in a way handing the future of my kids to these ...leaders??

    Sigh...

    ReplyDelete
  73. Anonymous9:40 AM

    mcm askar upahan jer blogger upahan ni....

    mcm citer Inggeris upah Gurkha utk perang di negara kita..

    tapi ada juga dihargai jasa dan khidmat mereka dgn digaji utk menumpukan fokus lawan alam siber kan.

    sbb kalu campur kerja lain dan buat blog lg...susahlah.

    kesannya ramai akan terpedaya.dgn dakyah pembangkang.

    atau separuh pembangkang yg nampak umno tp lawan kerajaan.

    sbb pm pak lah hahaha.

    ReplyDelete
  74. Aku tak suka blogger yang memburukkan Malaysia. We leave in harmony and peace country. We need this for our future generation -

    Amin -

    ReplyDelete
  75. Sdra Sinbad dan para pembahas sekalian,

    1. Sila ambil maklum tidak lagi wujud sebuah badan bernama "Hindraf". Ia sudah diharamkan.
    Jadi, ia sama ada pertubuhan haram atau pertubuhan yang diharamkan.

    2. Justeru itu mulai sekarang saya tidak akan menyiarkan lagi sebarang komen yang merujuk kepada "Hindraf".

    3. Macam mana ada badan macam itu kalau ia sudah diharamkan?

    4. Sdr Quick Draw Botak dan Cak Kun Cak, mengenai ekonomi dan kenyataan TPM, saya mengulasnya dengan agak terperinci dalam kolum saya "Other Thots" dalam keluaran terbaru (Nov. 1-15) majalah Malaysian Business.

    5. Sdri Ain, memang ramai pengguna bahasa Melayu/Malaysia yang lemah di segi ejaan dan tata bahasa. Ramai yang terpengaruh dengan sebutan oleh TV dan radio. Misalnya uar-uar. Ia sering dieja war-war sebab ramai juruhebah radio dan TV sebut war-war dan bukan uar-uar.

    6. Sdr Demang Lebar Daun. Terima kasih. Tetapi macam kontrak antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, notis itu adalah kontrak antara saya dengan pembahas blog ini. Notis itu wujud sejak saya mula-mula membuka blog ini pada bulan Februari 2006. Mengenai pakatan blogger, kita sudah ada All Blog yang dipimpin oleh Sdr Ahirudin Atan (Rocky’s Bru).

    7. Sdr Mad, ada orang kata huruf bold (besar-hitam) mudah dibaca terutama oleh orang tua yang dah sikit rabun. Tak pa nanti saya tanya budak-budak yang pandai fasal web design.
    8. Sdr Mohd Affendi, Insya-Allah, saya cuba tulis jawi. Tapi kena pasang program jawi dululah. Tapi tulisan jawi saya pun dah berkarat. Jawi zaman dulu kala.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  76. Salam Dato',

    Sinbad kata, "Bayangkan kalau Menteri Kewangan sendiri kata ekonomi negara ini lemah dan akan mati,.... lintang pukang lah pelabur2 cabut lari nanti, dan kita yang ada kat sinilah yg akan mati. Naya oi!"

    Sebelum puasa lagi (Julai atau Ogos), telah diisytiharkan outflow investment lebih besar daripada inflow investment. Selama ini juga pemimpin negara bertegas yang ekonomi negara adalah "resilient".

    Saya teramat tidak setuju! Orang berniaga lebih peka dan terdedah secara langsung dengan isu-isu ekonomi. Orang berniaga faham apa itu naik dan turun ekonomi sesebuah negara. Sebelum melabur pun mereka dah kaji aspek-aspek berkaitan.

    Kecualilah sinbad merujuk pelabur itu kepada pengurus dana/fund manager yang mewakili hot fund. Hot fund ini tak perlu tunggu gawatpun, asal dia dah dapat untung, dia akan cabut.

    Hot fund tidak boleh diambil kira sebagai FDI!

    Jika itulah yang dilakukan kerajaan selama ini, saya panggil itu sebagai political spin. Saya juga panggil perbuatan itu sebagai menipu rakyat. Saya juga panggil perbuatan itu adalah sebagai tidak menghormati rakyat.

    Kita tidak perlu ahli politik kita "mengisytiharkan" kegawatan ekonomi.

    Kita sekadar memerlukan ahli politik kata "ini adalah kelemahan kita" dan "kita akan buat ini untuk baiki kelemahan itu". Jika ada dua nada ini, barulah boleh kata "kita mahu rakyat sokong usaha kita".

    Jika kerajaan pilih cara ini, saya percaya rakyat dan masyarakat perniagaan akan sahut ajakan menyokong itu.

    Adakah keterlaluan jika dikatakan pemimpin negara tidak terfikir cara ini untuk berkomunikasi dengan rakyat (walhal pandai bercakap sepatutnya sifat ahli politik) kerana mereka sendiri masih dalam denial?

    Tak percaya? Sila tanya mana-mana ahli perniagaan. Dato' yang berniaga pun boleh jawab.

    Cak Kun Cak kata, "I am confused and worried we are hit by surprise..."

    Some may offer different opinions. However in my opinion, we were already being hit. Surprise? You shouldn't be. I am surprise though, that there are so many people, aspecially those who makan gaji, still not aware of this reality.

    ReplyDelete
  77. Anonymous11:56 PM

    Im a normal blogger who practices what i preach

    ReplyDelete
  78. Anonymous6:09 PM

    dalam pada kita khusyuk dengan topik politik dan skandal rasuah, banyak perkara lain berlaku di dunia ini dan memberi kesan kepada negara kita. saya ingin keluar topik sedikit dan mempelawa kalian semua berfikir sejenak tentang beberapa perkara.

    1. kemerosotan sumber petroleum dan gas sebagai sumber tenaga - sedang negara lain sibuk membangunkan teknologi alternatif dan mampan, kerajaan kita tidak langsung menunjukkan minat tentang perkara penting ini. hanya dengan menurunkan atau menaikkan harga minyak di stesen minyak sahaja.

    2. bila ada pun cerita tentang sumber tenaga post-petroleum, kerajaan terus menuju kepada tenaga nuklear. memang benar banyak negara ada reaktor nuklear. tetapi saya berasa gusar kerana setiap kali orang2 besar dan artikel2 surat khabar, serta mereka yang pro-nuklear membangkitkan topik ini, mereka tidak pernah membincangkan tentang apa yang akan dibuat dengan sisa buangan nuklear yang akan terjana hasil daripada reaktor tersebut. kalau ada pun, mereka mendakwa 'tidak ada sisa' akan terjana - suatu penipuan, kerana di negara2 maju mereka masih berdebat hebat tentang perkara ini dan ianya faktor utama yang menghalang kebanyakan mereka daripada menambah bilangan reaktor yang ada.

    3. banyak negara maju melihat nuklear hanya sebagai 'teknologi lompatan' sehinggalah sumber mampan seperti solar, angin dan sebagainya dapat mengambil alih, dan mereka mewartakan sasaran peratusan tenaga mampan. kita terus bergantung kepada single-source, beralih daripada petroleum kepada nuklear, tidak ada langsung sasaran teknologi alternatif untuk menjana pelaburan ke dalam sektor ini, dan saya rasa ini strategi yang sangat buruk. sedangkan kita ada ramai penyelidik di universiti dalam bidang teknologi mampan ini, yang diketepikan.

    adakah ianya kerana projek reaktor nuklear senang dikawal dan dirasuahkan sedangkan teknologi mampan lebih demokratik dan lebih sukar untuk disentralisasi? kawan saya dari britain terkejut bila dapat tahu bahawa di sini tak ada pun lampu suluh yang dinyalakan dengan tenaga kinetik dan tidak perlu bateri. tidak ada kereta diesel yang efisien seperti di sana. bangunan kita tidak dibina dengan reka bentuk yang mengurangkan haba masuk ke dalam jadi kita terpaksa gunakan penghawa dingin. tidak ada pengecas telefon bimbit solar. semua peraturan dan perkakasan penjimatan ini perkara harian bagi mereka. kita di sini masih terlalu membazir dan kurang berwawasan.

    Kirana

    ReplyDelete
  79. Anonymous6:37 AM

    Saudara Sawit Futures,

    Jika Najib mengakui dia lemah dan kerajaan melakukan kesilapan, jangan harap lah rakyat akan bersimpati dan mahu menyokong dia. Malah, pemimpin2 pembangkang akan terus lanyak dia cukup2. Mungkin akan buat undi tak percaya di Parlimen.

    Ahli2 politik Malaysia tak "gentleman" dan majoriti rakyat Malaysia kaki komplen, kaki kutuk. Itu hakikatnya.

    Lagipun, tidak pernah terjadi dalam sejarah Malaysia, Menteri Kewangannya sendiri mengakui telah membuat kesilapan walaupun melibatkan Bank Negara yang kerugian RM30 billion akibat spekulasi matawang.

    Mengenai kemelesetan ekonomi pula. Orang2 berniaga memang dah lama rasa kemelesetan ekonomi ni. Bukan sebab Lehman Brother dah bangkrap atau krisis subprima US. Sejak 1-2 tahun Pak Lah jadi Perdana Menteri, kami dah dapat rasai ekonomi Malaysia ni dah meleset.

    Saya faham sangat pasal naik turun ekonomi ni. Sebabnya saya pun orang berniaga juga, tapi berniaga kecil saja la. Saya ada firma perakaunan sendiri. Saya jaga beratus-ratus akaun syarikat. Macam2 jenis berniaga saya kena paksa tahu. Selain buat akaun, saya kongsi dgn kawan2 buat bisnes construction dan advertising. Dulu cuba berniaga bela kambing tapi kambing habis kena curi. Sekarang nak cuba bisnes jual baja pulak. Pekerja saya ada lebih 20 orang. Supplier saya pun lebih kurang banyak tu. Hutang saya banyak. Tapi kerajaan hutang pada saya lagi banyak.

    Buat pengetahuan saudara, kami yang berniaga kecil ni tak peduli langsung hot money ke, cold money ke atau suam2 kuku money. FDI atau FBI kami rasa sama saja. Inflow, outflow of funds bagi kami untuk orang berniaga juta-juta saja. Mungkin yg paling kuat kami ambik tahu pun pasal currency rates. Itu pun sebab nak beli barang dari luar negeri atau nak hantar duit pada keluarga pekerja kami di Indon.

    Dulu NSTP Group selalu juga spin data2 ekonomi konon nak tunjuk kata Pak Lah ni hebat. Spin sampai kami jadi pening. Pening sebab kami yg berniaga kecil ni tak rasa pun kehebatan dan kemakmuran ekonomi yg Pak Lah bawak.

    Peniaga kecil di Malaysia ni memang susah. Sebabnya tak da siapa pun nak tolong. Dana2 kerajaan macam SME Bank lembab. Ambil masa sampai setahun nak proses. Bank2 komersil pula hanya bagi pinjaman pada orang kaya. Orang tak da duit dia tak pandang.

    Itu sebab saya cakap, bank2 di Malaysia ni susah nak bangkrap. Sebabnya dia bagi duit pada orang kaya saja. Orang kaya ni risiko nya kecil.

    Tapi saya tak nafikan orang berniaga memang tengah goyang. Customer saya pun ramai tgh risau sekarang ni. Risau sebab sentimen pasaran dunia yg kalut.

    Bila sentimen pasaran dunia dah kalut, kita yang ada dalam negara jangan tambah bagi kalut lagi. Nak suruh Menteri Kewangan mengakui bahawa ekonomi negara ni lemah dan tak mampu menghadapi krisis ekonomi dunia. Itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Malah boleh mengakibatkan panik yang melampau.

    Kita tak mahu lihat jualan besar2an di Bursa Malaysia. Kita tak mahu lihat, pendeposit2 beratur panjang mengeluarkan wang simpanan mereka di bank. Kita tak mahu lihat orang semua simpan duit bawah bantal.

    Apa yg Pak Lah dah buat pada ekonomi Malaysia ni tak perlu ditangisi lagi. Yg penting skrg, yg ada, kita pertahankan dan selamatkan. Jangan buat panik, jangan buat kecoh.

    Orang berniaga macam kami tak suka negara kelam kabut. Kalau kelam kabut, kami nak cari makan susah. Kami mati tak makan takpa. Tapi nak tengok pekerja2 kami mati tak makan, kami tak sanggup.


    -sinbad-

    ReplyDelete
  80. Salam Dato',

    Saya terpanggil memberi komen berkenaan penulisan terbaru Sinbad.

    "Bukan sebab Lehman Brother dah bangkrap atau krisis subprima US. Sejak 1-2 tahun Pak Lah jadi Perdana Menteri, kami dah dapat rasai ekonomi Malaysia ni dah meleset."

    "Dulu NSTP Group selalu juga spin data2 ekonomi konon nak tunjuk kata Pak Lah ni hebat."

    "Peniaga kecil di Malaysia ni memang susah. Sebabnya tak da siapa pun nak tolong. Dana2 kerajaan macam SME Bank lembab. Ambil masa sampai setahun nak proses. Bank2 komersil pula hanya bagi pinjaman pada orang kaya. Orang tak da duit dia tak pandang."

    "Apa yg Pak Lah dah buat pada ekonomi Malaysia ni tak perlu ditangisi lagi. Yg penting skrg, yg ada, kita pertahankan dan selamatkan. Jangan buat panik, jangan buat kecoh."

    "Buat pengetahuan saudara, kami yang berniaga kecil ni tak peduli langsung hot money ke, cold money ke atau suam2 kuku money."

    "Kita tak mahu lihat jualan besar2an di Bursa Malaysia. Kita tak mahu lihat, pendeposit2 beratur panjang mengeluarkan wang simpanan mereka di bank. Kita tak mahu lihat orang semua simpan duit bawah bantal."

    "Ahli2 politik Malaysia tak "gentleman" dan majoriti rakyat Malaysia kaki komplen, kaki kutuk. Itu hakikatnya."

    "Hutang saya banyak. Tapi kerajaan hutang pada saya lagi banyak."

    Sdr akui banyak kelemahan dari segi pengurusan wang negara dan sistem perbankan.

    Sdr juga akui disebabkan kelemahan ini, sdr menghadapi masalah dalam perniagaan.

    Namun sdr lebih suka diam-diam sebab tidak mahu keadaan jadi lebih sukar.

    Merujuk kepada kenyataan sdr bahawa hutang kerajaan dengan sdr banyak maka ini bermakna sdr banyak mendapat kontrak dari sektor awam.

    Sejak 1-2 tahun Pak Lah jadi PM bermakna sejak 3-4 tahun dulu.

    Dalam 3-4 tahun ini orang berniaga dah awal-awal lagi sedar. Tapi rakyat masa awal-awal tu tak sedar. Masih lagi berbelanja macam biasa.

    Selepas denial selama 3-4 tahun, memang baru la ni ramai yang mula jual saham.

    Duit simpanan orang ramai pun dah berkurang. Itu pun sebab income kurang dan terpaksa guna tabung untuk membeli dari orang berniaga macam sdr.

    Masa 1997-1998, memang ramai yang jual saham secara panik. Tapi yang beratur panjang untuk keluar duit dari bank pun kebanyakannya orang kaya (yang nak buat simpanan di luar negara) dan orang susah yang nak guna duit buat berbelanja dan bayar hutang.

    Orang berniaga ada dua sumber duit tunai iaitu hasil niaga, simpanan dan akrual. Manakala bagi orang kebanyakan, sumber duit tunai adalah gaji bulanan dan simpanan.

    Selepas 3-4 tahun itu, keadaan sekarang lebih baik ke lebih teruk. Selepas 3-4 tahun lagi, dengan pasrah kepada pucuk kepimpinan negara, adakah trendnya lebih kepada ekonomi yang lebih baik?

    Dengan sebab majoriti Malaysia kaki kutuklah terhasil keputusan PRU12 dan pertukaran Menteri Kewangan sejak Pak Lah jadi PM.

    Jika tidak ada kaki kutuk, tidak mustahil Pak Lah masih kekal di MoF.

    Nak tunggu lagi 3-4 tahun, bagi peluang kat Najib, baru kaki kutuk nak bersuara? Minta maaflah, Najib belum beri lagi tanda-tanda perubahan.

    Sdr Sinbad nak terus makan hati, terpulanglah. Saya tak nak.

    Harap Sinbad jangan lupa, rakyat Malaysia bukan jenis kalut. Rakyat Malaysia adalah jenis konsumer yang amat pemurah! Ini, Sinbad sebagai peniaga pun tak tahu ke?

    Dalam statistik ekonomi, yang paling kurang jatuhnya adalah jumlah perbelanjaan konsumer dan jumlah perbelanjaan awam.

    Jika Sinbad tidak merasa tempias dari perbelanjaan awam dengan menerima hasil kerja kontrak awam, itu tangan Sinbad sendiri yang kena pulas.

    Nak melawan, nak mengata, nak diam, itu terpulang kepada diri sendiri.

    Nak merdeka atau nak bertongkat, itu tepuk dada tanyalah selera.

    p/s Secara jelas MoF telah dicop sebagai lemah dalam mengurus ekonomi. Jika Najib sebagai Menteri Kewangan YANG BARU, memulakan reform ekonomi, bukankah dia akan dianggap penyelamat dan pembela? Jika Najib memulakan reform ekonomi, kalau nak kecil hati pun hanya Pak Lah dan sekutunya, tak gitu?

    Jika ambil contoh sejarah, TDM dulu akui RM terdedah kepada spekulasi (mengakui kelemahan) dan mengusulkan tambatan RM, penstrukturan perbankan dan menyusun semula prioriti bagi pembayaran untuk kerja-kerja awam. Rakyat Malaysia tak kalut pun! Malah orang berniaga pun lebih lapang dada.

    ReplyDelete
  81. Anonymous4:06 AM

    Saudara Sawit Futures,

    Najib baru jadi Menteri Kewangan tak sampai 1 bulan. Berpada2 lah pun kalau nak kutuk atau nak suruh dia mengakui kelemahan ekonomi negara.

    Ini bukan cerita Chua Soi Lek dgn videonya. Chua Soi Lek boleh mengakui kesilapan beliau. Ia tidak akan rugikan kita walau satu sen pun.

    Lain dengan Menteri Kewangan. Kalau Najib buat kenyataan bahawa kedudukan ekonomi Malaysia ni lemah dan tak mampu menghadapi krisis ekonomi dunia, ia akan mengakibatkan pasaran jadi panik dan mewujudkan keadaan perniagaan yang tidak stabil. Bila negara tidak stabil, semua orang takut berbelanja, pelabur tak mahu datang melabor, perniagaan terjejas. Kita rugi.

    Cakap memang la mudah. Tapi kena fikir juga implikasi tindakan kita tu. Jangan menang sorak tapi kampung tergadai.

    Kenapa saudara beriya2 sangat nak tengok keadaan ekonomi jadi kelam kabut ni? Kalau semata2 geram pada pemimpin dan mahu lihat mereka melutut dan mohon maaf pada saudara, saya rasa tidak perlulah. It will just not happen. George Bush Jr. sendiri tak mahu mohon maaf malah masih bertegas bahawa ekonomi US masih kuat dan mampu mengatasi krisis ekonominya.

    Jangan buang masa nak harap pemimpin2 negara mesti mohon maaf dan mengakui ekonomi kita dah teruk. It will not happen, infact it will only do more harms then goods to the nation.

    Rakyat dah cukup bersusah payah nak singkir Pak Lah keluar dari jadi PM dan Menteri Kewangan. Matlamat itu dah hampir tercapai. Bagi Najib pulak, kita kena bagi peluang pada beliau untuk mentadbir dulu. Jangan nak terus kutuk atau belasah tak tentu hala. Jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ni nampak macam dekat saja tapi dari segi jurang kuasa, amatlah besar. Bandingkan sendiri Pak Lah semasa jadi TPM dan PM. Beza banyak kan?

    Rakyat Malaysia tidak kalut. Tapi kalau Menteri Kewangan dan bakal Perdana Menteri Malaysia sendiri buat kenyataan bahawa ekonomi negara dah nak mati, saya amat yakin yang rakyat akan tentu jadi kalut.

    Yang kaki kutuk, kaki komplen akan tetap kutuk dan komplen, tak kira pemimpin minta maaf atau tidak minta maaf.


    p/s. Berniaga memang sentiasa ada masalah tapi kalau nak berjaya dalam berniaga, kita kena kerja kuat untuk atasi masalah itu. Jangan buang banyak masa asyik komplen, komplen, komplen tapi kerja tak buat.

    Betul tak Datuk?


    -sinbad-

    ReplyDelete