A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakanlah nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
DARIPADA nostalgia dan kontrak sosial, mari kita kembali kepada realiti dan janji-janji yang wajib dipenuhi. Terima kasih kerana panas berbahas.
Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, sudah pun menang jawatan Presiden Umno dan, insya-Allah, Mac ini jadi Perdana Menteri.
Jadi dia kenalah tunai janji sejahtera, aman dan makmur yang dibuat oleh Barisan Nasional tempoh hari.
(Maaflah kalau rencana ini panjang sikit.)
Dengan bilangan pencalonan bahagian yang diperolehnya setakat ini, tidak ada lagi calon lain yang boleh mendapat kuota minimum 58 pencalonan untuk menentang beliau.
Bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, hanya memperoleh satu pencalonan sehingga kini.
Ini akan memperkukuhkan lagi kedudukan Mohd Najib dan membolehkan beliau menumpukan lebih banyak masa dan perhatian kepada hal-hal pentadbiran, khasnya pengurusan ekonomi.
Berasaskan kepada keputusan pencalonan sehingga saat ini, kesimpulan berikut boleh dibuat:
1. Ahli akar umbi masih menaruh harapan kepada parti dan mereka mengharapkan perubahan positif;
2. Tidak wujud pilihan yang luas bagi jawatan Presiden. Majoriti ahli sama ada tidak kenal, sudah lupa atau tidak yakin Tengku Razaleigh sesuai dan relevan;
3. Muhyiddin Yassin berpotensi memberi cabaran yang berwibawa kepada Mohd Najib Abdul Razak jika dia mahu;
4. Walaupun Mohd Najib sudah menang jawatan Presiden tanpa bertanding, “sikapnya” terhadap Muhyiddin masih kabur;
5. Walaupun dikatakan wujud pakatan atau persefahaman di belakang tabir antara Mohd Najib dan Muhyiddin, hal itu masih tidak jelas kepada majoriti ahli parti;
6. Walaupun Muhyiddin mendahului pencalonan, sebarang bentuk “endorsement” oleh Mohd Najib boleh memberi anjakan moral kepada beliau;
7. “Endorsement” daripada Mohd Najib lebih bermakna sekarang kerana Muhyiddin mungkin akan menghadi tentangan daripada Mohd Ali Rustam;
8. Umum melihat Mohd Ali dan Mohammad Muhd Taib sebagai wakil atau setidak-tidaknya orang setia Abdullah Ahmad Badawi;
9. Jawatan Naib Presiden menampilkan muka-muka baru dengan Hishammuddin Hussein mendahului pencalonan diikuti oleh Ahmad Zahid Hamid, Shafie Apdal dan Khalid Nordinl. Mereka meninggalkan calon-calon lain jauh di belakang;
10. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa didakwa semakin menjadi-jadi dan memberi kesan kepada trend pencalonan;
11. Tempoh kempen yang sangat panjang hingga Mac depan akan memburukkan lagi politik wang dan penyalahgunaan kuasa;
12. Calon yang mendapat banyak pencalonan tidak semestinya mendapat undi yang banyak juga daripada perwakilan. Dalam erti kata yang mudah, pencalonan yang banyak belum menjamin kemenangan; dan
13. Untuk menjaga periuk nasi, mungkin ada calon yang mendapat kuota yang mencukupi untuk bertanding akan bermain wayang dengan menarik diri seperti berlaku dalam pemilihan Puteri tahun 2004.
Jual Beli Undi
JIKA undi perwakilan boleh dibeli melalui wang atau janji-janji lain seperti jawatan atau kontrak, calon yang mendapat bilangan pencalonan yang banyak belum tentu menang besar juga. Silap-silap mereka tewas.
Ada orang mengatakan politik wang sudah menjadi penyakit maut (terminal) yang tidak boleh diubati lagi.
Mereka berkata dolak-dalik antara Lembaga Disiplin Umno dan Badan Pencegah Rasuah mengenai siapa yang bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap jenayah ini akan menyebabkan jual beli perwakilan berterusan sehingga hari pengundian.
Oleh kerana rasuah politik boleh menyebabkan pemimpin yang korup dipilih dan rasuah menjadi sebahagian daripada agendanya apabila memerintah kelak maka adalah wajib bagi BPR bertindak keras tanpa mempedulikan wujudnya mekanisme dalaman Umno.
Lagipun bidang kuasa BPR melepasi bidang kuasa mana-mana lembaga disiplin parti.
Doa dan Sumpahan
KALAU benarlah Umno sakit tenat dan kita, sebagai orang luar, boleh melakukan beberapa perkara, termasuk:
1. Kita tunggu sehingga pilihan raya umum akan datang dan gunakan “pangkah” kita untuk menghukum Umno (dan Barisan Nasional) dengan lebih teruk; dan
2. Kita berdoa agar Umno sembuh dengan meminta Allah Taala memusnahkan kuman dan virus yang menyebabkan penyakitnya. Kita selalu diberitahu doa orang yang teraniaya dan tertindas itu diberkati Allah.
Apakah bentuk penganiayaan dan penindasan terhadap rakyat jelata yang lebih besar kalau bukan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan menyeleweng?
Satu lagi nostalgia (atau ingatan) saya berlaku pada tahun 1991 apabila saya menunaikan haji. Saya terserempak dengan bekas seorang Menteri Besar yang sedang meningkat naik ketika itu.
Dia orang Umno tetapi saya lihat dia “dipandu” oleh seorang ulama Pas dalam ibadat itu. Mereka tinggal sebilik.
Apabila dia pulang, tuah politiknya tambah meningkat. Tetapi tidak lama selepas itu dia mula terbabit dengan satu demi satu skandal dan kontroversi sehingga akhirnya dia terpaksa meletakkan semua jawatan politik dan kerajaan. Hanya pada era Abdullah ini sahaja dia “dipulihkan” dan kini sedang mencuba untuk bertanding salah satu jawatan tertinggi Umno.
Jadi, kalau kita mahu, kita boleh berdoa agar kuman dan virus dalam jasad Umno ini, khasnya dalam kategori perwakilan, sama ada dimusnahkan atau menjalani proses mutasi yang menjadikannya organisma yang berguna atau tidak berbahaya.
Pesanan Ulama
PADA 12 November 2003 iaitu 12 hari selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri, Utusan Malaysia menyiarkan rencana saya berjudul “Abdullah Tiada Kurang Teladan”.
Dalam rencana itu saya memetik dua pesanan Sheikh Abdullah Fahim daripada buku “Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan” karangan Mokhtar Petah (Pustaka Antara, 1997), yang berbunyi:
1. Bila kita dah merdeka, jangan pula ada pemimpin-pemimpin kita mengaut kekayaan di atas belakang rakyat; dan.
2. Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.
Akhir kalam, renungkanlah kebenaran nasihat dan amaran Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.”
PS: Sheikh Abdullah Fahim adalah datuk kepada Abdullah Ahmad Badawi.
Adakah UMNO hanya melongo?
ReplyDeleteMinggu ini merupakan minggu yang penting untuk dunia. Pilihan raya presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat antara regim Republikan dan regim Demokrat akan berlangsung sekaligus akan menentukan dasar luar yang ingin dicanang oleh rakyat Amerika sendiri.
Sama ada Republikan atau Demokrat, Mc Cain atau Obama, penulis kira tidak banyak perubahan yang boleh salah seorang daripada mereka lakukan. Apa yang lebih penting untuk mereka adalah mereka bakal mewarisi satu jawatan yang telah diaduk dengan persepsi negatif disebabkan oleh penyandang sebelum ini yang terlalu banyak membuat keputusan-keputusan yang membankrupkan negara sendiri.
Sebagaimana yang telah gembar-gemburkan oleh penganalisis, walaupun Obama dilihat calon yang popular untuk memenangi kerusi tersebut, segala-galanya bergantung kepada pengundi sendiri. Sudah beberapa kali dapat disaksikan bahawa betapa populariti semata-mata tidak menjamin seseorang itu untuk memenangi jawatan tersebut. Hal ini terbukti dek betapa Al Gore dan John Kerry (regim Demokrat) yang terbukti lebih popular daripada Bush tetap kalah dalam pemilihan Presiden.
Begitulah juga yang akan berlaku di dalam pemilihan Agung UMNO. Pada pemilihan-pemilihan sebelum ini, dapat dilihat betapa sesiapa yang mendapat pencalonan terbanyak (bagi sesuatu jawatan yang dipertandingkan di mesyurarat agung)belum tentu memenangi jawatan tersebut. Pencalonan cuma tiket untuk memasuki pertandingan dan bukannya gambaran sebenar siapakah yang akan menang.
Apa sebab? Politik wang? (sebenarnya penulis lebih gemar menggunakan istilah RASUAH). Atau kejayaan calon meyakinkan pengundi menjelang hari pengundian? Hal politik wang bukannya tidak biasa dibincangkan, malah baru-baru ini, Johan Jaafar dalah kolumnya pada Berita Minggu menyampaikan "luahan perasaan" ahli UMNO sendiri (yang pada ketika itu bersama-sama seorang ahli PKR) mengenai rasuah yang dilakukan oleh parti UMNO.
Penulis juga sangat-sangat kecewa dengan sikap pesimis pemimpin UMNO yang mengatakan rasuah ini tidak boleh dibendung lagi! Pengakuan tersebut seolah-olah mengiakan tanggapan orang bahawa betapa korupnya UMNO dan betapa rakyat selayaknya mencari alternatif untuk menggantikan kerajaan korup yang dipimpin oleh UMNO! Adakah itu mesej yang hendak disampaikan oleh pembesar-pembesar UMNO? Lebih 50 tahun berjuang demi negara, bangsa dan agama yang tercinta, apabila muncul masalah sebegini, kita hanya berpeluk tubuh dan meredhakan perkara yang berlaku?!
Apa yang penting untuk kelangsungan parti seperti UMNO adalah PDSA - plan do study act. Jangan kita semata-mata bermuhasabah tanpa ada tindakan lanjut bagi mengubah keadaan. Kalau perlu, ubah sistem pemilihan. Kalau perlu, babitkan BPR dalam pemilihan. Kalau perlu, pecat mereka yang memalitan lumpur di dalam parti. Jangan lumpur menjadi substrat untuk bakteria beranak-pinak lalu menyebabkan diri menjadi sakit dan tumbang.
8 Mac membuktikan segala-galanya. Disebalik gah sebagai parti tradisi yang boleh memimpin seluruh rakyat di negara ini, rakyat dan ahli parti sendiri yang bertindak menyuarakan ketakpuasan hati; sekaligus memberikan sinar kepada alternatif untuk bertapak di Malaysia. Sama ada baik atau buruk - hanya masa akan menentukannya. Tetapi kalau begini pesimistiknya pemikiran pembesar UMNO, memang tak hairan kalau tradisi yang didukung zaman berzaman tumbang begitu sahaja.
Mohon Allah jauhkan negara dari segala bencana.
Wassalam
Dato,
ReplyDeleteSaya tidak setuju untuk Najib membuat endorsement kepada mana-mana calon -- sama ada secara langsung atau tidak. Presiden parti tidak perlu menunjuk mana-mana pemimpin.
Saya bimbang sekiranya Najib berbuat begitu, UMNO akan pecah. Setakat ini Muhyiddin hanya mendapat pencalonan dari 56% bahagian. Selebihnya mencalonkan "bukan Muhyiddin". Saya telah menulis mengenai perkara ini dalam blog saya.
Biarlah Muhyiddin berjuang sendiri untuk menang. Saya tidak fikir Presiden patut memilih Timbalan Presiden. Biarlah UMNO mempunyai Timbalan Presiden yang minda bebas.
Sekiranya Muhyiddin adalah seorang pemimpin yang hebat, berjiwa besar, mempunyai sumbangan yang baik kepada parti dan dekat dengan akar umbi, Insya-Allah dia akan menang.
Sekiranya Muhyiddin gagal memenuhi aspirasi akar umbi, perwakilan akan memilih orang lain.
Datuk,
ReplyDelete1. Saya nak tumpang tanya sikit boleh?
2. Pada pandangan Datuk, suami Datin Seri Rosmah iaitu Datuk Seri Najib menang tanpa bertanding kerana..
a. Dipilih ?
b. Diarah ?
c. Ditunjuk ?
d. Dipaksa ?
3. Soalan saya yang ketiga..Datuk ada ka email adds Abby Abady. Hahaha..
As'kum Dato',
ReplyDeleteAn interesting posting by you Dato'. I hope more Umno members,especially the 'calon' and the 'perwakilan' will read this posting.
2. I agreed with you the Akar Umbi members still loved Umno despite what happened during the previous election.The fact that DS Najib won the President post uncontested proved Umno gave solid support to him as their new leader and that they have confident on DS Najib to respore Umno to its previous glory.
3. One must also remember that though DS Najib won the post uncontested, that doesn't mean it's entirely due to the 'hand over plan' agreed between DS Najib and Pak Lah.The member were not stopped from contesting for the post, nor they were stopped from nominating other candidates for the post.In fact this was what happened when Ku Li, the only candidate eyeing for the post only manage to get one nomination so far due to what ever reasons as you mentioned.
4. The chances of Umno being back to its previous glory is now left to the members (especially the 'calon'and the 'perwakilan') themselves. They must not forget that the Akar Umbi members have given their full trust (amanah) on them to choose the 'right' leaders during the party election in Mac 2009. Should they betrayed this trust and lost to money politic for their own gained during the coming party election then that will be the end of Umno. I don't think the rakyat and the Akar Umbi members will give another chance to Umno.The fate of Umno is now in thier hand.
5. As for the number two post of Deputy President I will agree with you that DS Najib should now give a clear indication to TS Mahyidin as his favorite candidate. This will prevent other Bahagians who have yet to make their nomination, to stop nominating the other two candidates and allows TS Mahyidin to win the post uncontested. By doing this DS Najib has at least prevented splitting at the second level and at the same time eradict the money politic at that level.
Let's pray for the best outcome to ALL.
Dt, from the look of it UMNO members still did not get the message of March 8,2008.
ReplyDeleteHave a nice day.
Assalamualaikum w.b.h. dan salam sejahtera kepada Tok Scribe dan kesemua pembaca blog ini,
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, ahli-ahli UMNO telahpun menunjukkan pilihan mereka dan walaupun Tengku Razaleigh Hamzah tidak mendapat pencalonan secukupnya, adalah diharapkan beliau terus menggemblengkan tenaga untuk menguatkan perjuangan agama, bangsa dan negara.
Dengan mandat ini, Datuk Seri Mohd. Najib mesti terus berusaha dan menggiatkan lagi segala usaha untuk memperkasakan wadah perjuangan. Moga-mogaan, PERKASA sebagai badan penggerak nadi bebas boleh membantu.
Wassalam.
Dato',
ReplyDeleteBerdasarkan cara pemilihan dan pencalonan yang berjalan diperingkat bawahan sekarang saya yakin 'wang najis' (rasuah)akan mengalir laju pada Mac nanti terutama bagi Jawatan Naib, Ketua Pemuda, Majlis Tertinggi dan mungkin Timbalan Presiden (sudah hampir cukup kuota).
Apa Najib, BPR atau Lembaga Disiplin boleh lakukan? atau mereka tidak mahu/tidak bersunguh-sungguh lakukan sepertimana sebelum ini? Hanya 'suruh broker politik pulang' bukannya message yang serious bagi membenteras rasuah.
Wang Najis akan terus mengalir disebabkan;
- Umno/BPR tidak serious membenterasnya. Lembaga Disiplin lagi buat perabih beras sahaja
- Pemimpin Umno rela ditertawa, dipandang rendah, disinis oleh parti2 lain, media2 asing, rakyat hanya kerana prinsip 'aku mesti menang dengan apa cara sekali pun'
- Dana wang najis untuk tujuan pemilihan setiap pemimpin terlalu banyak (sumber darimana?) dan istilah rasuah ditukar kepada sedekah, bayar zakat, tolong bagi modal berniaga, duit belanja datang KL dsb bagi mensucikan wang najis tadi.
Jadi saya jamin, gurantee, yakin, pasti, confirm yang wang najis akan terus mengalir.......
Semoga bakal calon dan perwakilan INGAT! bahawa wang itu adalah NAJIS MURALAZAH yang tidak dapat disucikan.......
Bye/Roti Planta
Dato,
ReplyDelete1. Isn't duit kopi/bertanding a part of social contract in UMNO ? :)
The akar umbi depends on their kepimpinan to obtain 'results' for them.
2. I am just amazed at the 'herd mentality' of this organisation.
3. After this, they will then praise Najib as 'the leader', as hard as they did for AAB & TDM. And after AAB retires, he will undergo a phase where he will be critized and Najib is treated like 'God'. Yep, typical UMNO politics.
Dato'
ReplyDeleteNajib diistihar menang PILIHANRAYA UMNO. Ini bukan bermakna dia dan UMNO sah akan menang pilihanraya umum.
Keadaan pemikiran rakyat malaysia sudah makin berubah. Di America Syarikat, rakyat tidak sahaja memilih parti Demokrat atau Republikan. rakyat America anggap pemilihan President Amerika Syarikat adalah hak mereka yang amat personal. jadi pemilihan mereka adalah terhadap watak dan peribadi President Elect. Jika kita lihat pilihanraya umum lepas, Dr Mahathir anggap Badawi sebagai sebab BN kalah di beberapa negeri. Beliau mingkin betul dari segi pandangan rakyat.
Jika ini betul pemilihan Najib sebagai President UMNO dan terus sebagai PM Malaysia mungkin akan jadi NON STARTER KEPADA RAKYAT UMUM (tapi bukan bagi ahli UMNO. Mana yang penting? Pilihanraya UMUM atau Pilihanraya UMNO.....?
Politikus Bandar
"Kita berdoa agar Umno sembuh dengan meminta Allah Taala memusnahkan kuman dan virus yang menyebabkan penyakitnya. "
ReplyDeleteDatuk,
Perhaps the patient has come to a point of being terminal, to use your analogy?
Like it is in a diabetic patient, the best solution is to therefore cut off the terminal portion, but what it is the whole being that rotted?
One look at the nominations: Isa Samad, for one, Muhammad Taib, another, it does not look as though Umno members have changed.
Both candidates are outrightly blemished, to say the least.
I read in the NST today of a comment that its better for the Deputy President's post to be contested.
Contest for the sake of contesting? Seems to me that the candidacy is NOT for Umno's revamp or reengineering but to fulfill some agenda peculiar to the nominees.
And what agenda is that?
Nothing more than their respective self and selfish interests.
To me, Umno has lost it's credit for a long, long time when it became a vehicle for self enrichment and aggrandisation.
Wasalam.
Dato
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pendapat roti planta. Rasuah/politik wang adalah adik beradik kembar UMNO(baru). Ciri ini hanya ekslulif untuk UMNO(baru) sahaja. Walaupun MCA ada juga tetapi tak sehebat UMNO(Baru).
Jawatan dalam UMNO(Baru) ibarat mendapat master key peti besi khazanah yang bertimbun. Sapa tak nak? Perjuangan, prinsip bukan lagi menjadi senjata ampuh dalam pemilihan UMNO(Baru).
Dato boleh beritau tak, ada tak pemilihan pucuk pimpinan UMNO(Baru) sejak ditubuhkan tidak melibatkan politik wang?
Mengikut pengamatan sayuti omar (MSO), seorang perwakilan senang-senang boleh bawa pulang RM 50,000 apabila selesai pemilihan pucuk pimpinan UMNO(Baru).
Saya bersetuju dengan pendapat itu kerana dalam pemilihan lepas, kawan saya pulang dari pemilihan dengan kereta proton waja baru. Dia kata dia beli cash dengan wang yang dia dapat.
Kesiankan nasib orang melayu bukan UMNO(Baru). Kena tipu hidup-hidup.
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya dah kurang minat melihat perkembangan pencalunan dalam UMNO.
Dari perkembangan semasa, UMNO kelihatan seperti tidak mahukan perubahan.
Kini heboh di blog-blog pembangkang, slogan yang popular semasa PRU12 dahulu iaitu "BN = Barang Naik" harga.
Saya masih mencari-cari dan belum ketemu sebarang penyanggahan (dalam bentuk tindakan) dari dalam BN (UMNO la tu).
Nampaknya, kalaupun kerusi pelbagai jawatan UMNO di isi oleh orang-orang baru, kebanyakan mereka masih tidak boleh bezakan kerja kerajaan dan kerja parti.
Kerja parti, nak tunggu Mac 2009 ke, tunggu PRU13 ke itu terpulanglah. Tapi kerja kerajaan jangan la asyik nak tunggu dan lihat memanjang.
p/s
1.Harga petrol dan diesel hanya akan diturunkan dibawah paras RM2/seliter jika harga purata pasaran dunia dibawah USD70 - Shahrir Samad (Utusan Online, 2hb November 2008). Lawak! Lawak! Masa naik harga hari tu tak ada pulak basis macam ni.
2.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, harga beras lima peratus hancur turun daripada RM2.80 kepada RM2.60 dan beras 10 peratus hancur RM2.70 kepada RM2.50 sekilogram. (Utusan Online, 2hb November 2008). Naik hari tu melompat RM1. Turunnya 20 sen. Hmm macam biasa dengar je.
i agree with pak idrus that umno didn't, and will never get the message from march 8. the only nominations that seemed to strive for the so called changes and overhaul of umno came from one division only that is gua musang. what a shame.
ReplyDeletepolitik wang semacam sukar dibanteras.tak tahulah kenapa.mungkin sebab sifat tamak dan haloba masin menebal.
ReplyDeletekita sering digembar-gemburkan dengan BN yang selalu mengamalkan politik wang.tapi agaknya bagaimana pula keadaannya jika satu hari nanti PR yang memerintah?adakah rasuah/politik wang masih terus akan wujud atau tidak?.PR bole mengutuk BN sekarang tapi adakah PR akan jadi sama seperti BN tatkala mereke berkuasa nanti?
Salam YBhg. Datuk
ReplyDeleteTahniah kepada DS Mohd Najib kerana menang tanpa bertanding jawatan Presiden UMNO. Hal ini di luar dugaan ramai peminat dan pemerhati memandangkan gelora politik sekarang ini. Sama ada ini adalah kehendak jati akar umbi atau hanya kehendak pemimpin peringkat Bahagian masih boleh dipersoalkan.
Namun demikian, ramai yang kecewa dengan keputusan ini. Ramai yang mengharapkan akan terdapat pilihan yang lebih banyak untuk jawatan ini. Ramai yang berharap, Muhyidin dan Tengku Razali akan bertading merebut jawatan ini.
Keputusan ini mengambarkan keseluruhan keadaan UMNO pada masa sekarang. UMNO pada masa sekarang tidak berubah langsung dari UMNO sebelumnya. Prestasi buruk dalam Pilihan Raya lepas sedikit pun tidak membawa perubahan kepada UMNO. Pemilihan di peringkat Bahagian masih sama seperti dahulu. . Undi masih dibuat secara senarai panjang. Pilihan dibuat secara pukal. Selepas mencalonkan senarai, cepat-cepat mengusulkan cadangan ditutup untuk mengelakkan orang lain mencadangkan senarai lain. Dan dengan cepat juga usul; cadangan ditutup ini mendapat sokongan yang begitu pantas. Malulah sedikit.
Politik duit masih berluasa. Tengku Razali memberitahu bahawa ada Bahagian yang minta sehingga 2 juta hanya untuk mencalonkan nama. Tidakkah terlintas langsung untuk berubah.
Apa yang terjadi adalah di luar harapana dan jangkaan ramai. Namun demikian, hidup di luar harapan dan jangkaan bukanlah satu perkara yang luar biasa. Apakah jangkaan dan harapan kita terhadap Mahkamah Tinggi Shah Alam? Kita mengharapkan PAC akan membongkarkan satu penyelewengan dalam urusan pembelian Eurocopter. Tetapi ini tidak terjadi.
Apa pun, Mohd Najib akan melakar sejarah . SAMA ADA ada, dia anak bekas Perdana Menteri yang akan menjadi Perdana Menteri. ATAU dia adalah Presiden UMNO pertama yang tidak dilantik menjadi perana Menteri.
Dato,
ReplyDeleteBines terbaik hari ini, jadi perwakilan UMNO. Malangnya nak jadi perwakilan susah pulak tu.
UMNO hari ini hanya menunggu masa untuk terus hancur, kalau ahlinya dari akar umbi ke Presiden tidak "SERIUS" dalam menyelesaikan masaalah ini.
Kalaulah mereka serius, siapa 'OFFER' mereka ngap, siapa "TERIMA" mreka ngap. Ini tidak cakap tak henti, apa orang puteh kata "LIP SERVICE" aje.
Kalau Mac 2008, hilang 2/3, PRU13 BYE BYE UMNO.
Lepas tu jadilah macam Khir Toyo (Mat Penyapu@Mat Tempe) dari Selangor, Tajol Rosli dari Perak, Mahazir dari Kedah. Ayam erak Kapur.
Yang baik, kita sokong, perangai macam ni boleh belah lah.
Terlanjur cakap sikit pasal KT dan selangor, apa komen datok bila Tam Sri Khalid Ibrahim kata, tentang "Hilang Berbilion tak bising", Acting GM bukan melayu .. fuh kecoh ???
Pesanan Sheikh Abdullah Fahim:
ReplyDelete2. Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.
Dato' AKJ,
Pesanan Abdullah Fahim itu bagus! Pesanan Allah s.w.t dalam Al-Quran yang kita semua jadikan sebagai doa iftitah dalam sembahyang yang bermaksud " Sesungguhnya solah ku, ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah s.w.t".
Soalnya, kalau semua mengamalkan spt doa iftitah itu, takkan ada pemimpin yang sanggup merasuah untuk meraih undi. Apakah kempen dan melobi dengan merasuah ini halal dalam UMNO? Hakikatnya, ianya HARAM disisi agama dan HALAL disisi UMNO.
Natijahnya, jadilah sebagaimana Dato tulis , " Oleh kerana rasuah politik boleh menyebabkan pemimpin yang korup dipilih dan rasuah menjadi sebahagian daripada agendanya apabila memerintah kelak".
Saya fikir, sebahagian rakyat sudah menghukum UMNO bukan kerana "Ketidakyakinan Kepimpinan UMNO" tetapi kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang "dihalalkan" oleh pemimpin UMNO.
DAN saya tidak tahu apakah doa Dato "Kita berdoa agar Umno sembuh dengan meminta Allah Taala memusnahkan kuman dan virus yang menyebabkan penyakitnya. Kita selalu diberitahu doa orang yang teraniaya dan tertindas itu diberkati Allah", akan tertunai kerana sebahagian besar pemimpin dan bakal pemimpin (calon) sudah terpalit dengan rasuah politik, yang menjadikan mereka sebagaian daripada kuman dan virus itu sendiri, dan mereka pula bukan dari kalangan orang yang teraniaya tetapi golongan menganiaya orang dan rakyat.
DAN saya fikir, virus-virus ini hanya boleh dihapuskan sekiranya proses pemilihan kepimpinan UMNO diserah sepenuhnya kepada 3.5 juta ahli, bukannya kpd 2500 perwakilan yang sebagaian besarnya terlalu dahagakan suapan dan habuan yang lumayan.
Selamat tinggal UMNO
tak pasti apakah nasib negara kita tatkala Najib menaiki takhta menjadi Perdana Menteri nanti.adakah Malaysia bakal hancur ataupun bakal berkembang sebagai sebuah negara yang lebih baik?
ReplyDeleteramai yang skeptikal terhadap Najib (termasuk saya!) kerana skandal yang dihadapi Najib terlalu banyak.hendak dikatakan kesemua skandal tersebut tipu belaka,masakan pokok bergoyong kalau tiada angin bertiup.
RPK pula telah dibenarkan untuk menjadi saksi dalam kes Atlantuya.jika benarlah segala tuduhan RPK dalam artikel-artikelnya yang berkaitan dengan Najib,perjalanan untuk Najib menjadi PM akan bertambah-tambahlah sukar...
Sekitar dua tahun yang lalu kita begitu hebat beranalisis khususnya tentang UMNO dan kepimpinannya, jika dikumpulkan cukup untuk dibuat satu thesis untuk mendapat Phd seperti Zahid Hamidi.
ReplyDeleteKita seperti sudah kehabisan kata kata untuk memberi pandangan yang 'akhirnya' hampir sama dan berulang ulang.
UMNO sudah terkena barah darah di mana seluruh tubuhnya mengalir begitu laju politik wang, jika ada yang beranggapan UMNO akan pulih, harapan itu hanya menyedap hati, UMNO hanya 'mampu bertahan' tetapi bukan ke proses untuk sembuh.
Atas dasar apa Najib dipertaruhkan dan dinasihatkan mengawasi politik wang sedangkan dirinya sendiri sudah terpalit dengan begitu banyak skandal dan tohmahan - wang dan wanita. Belum pernah ada bakal PM Malaysia seburuk itu yang digambarkan. Paklah yang kelihatan begitu 'clean' di awalnya pun gagal mempertahankannya malah 'semakin buruk' dihujungnya.
Muhyiddin tidak perlu 'diendorsekan' oleh sesiapa kerana dia mampu berdiri sendiri dan lebih baik daripada berada di dalam kelompok Najib yang 'tercemar' atau kelompok mahathirism. Muhyiddin berada dalam posisi milik UMNO dan bersedia mengambilalih kepimpinan teratas jika apa apa berlaku kepada Najib.
Y.Bhg Datuk AKJ dan para pembahas
ReplyDeleteSatu senario baru yang boleh dilihat daripada corak pencalonan sekarang ini adalah mengenai purata usia para aspiran jawatan-jawatan parti. Bermula daripada peringkat tertinggi sehinggalah ke peringkat Puteri, congakan saya purata umur keseluruhan aspiran-aspiran tersebut adalah di bawah paras 47 tahun.
Saya congak-congak purata usia ini adalah jauh lebih rendah daripada ketika zaman Tun Dr M dahulu iaitu melepasi paras 50 tahun.
Bolehkah corak ini dikaitkan dengan salah satu usaha me’remaja’kan UMNO atau ianya satu kebetulan saja Datuk?
Jika corak pencalonan ini bertukar kepada realiti ketika pemilihan Mac nanti, maka ramailah barisan muda akan dilantik sebagai Menteri/Timbalan Menteri. Kalau tidak dilantik pun, sudah tentu mereka mahu bertanding diperingkat Parlimen ketika menghadapi PRU13 nanti kerana mereka sudah memegang jawatan penting di dalam parti.
Apa akan jadi kepada nasib pembesar-pembesar yang sudah veteran dan berpengalaman luas? Adakah akan dipinggirkan atau masih akan diketengahkan? Adakah mereka akan bertambah bersemangat untuk berganding bahu dengan barisan berdarah muda atau akan berasa tersisih pula?
Dalam pada itu, semasa pencalonan ini berjalan, corak berpuak-puak pun sudah ketara. Selain daripada DSNR yang mendapat sokongan bulat (meminjam kata Datuk – sebab tiada pilihan yang luas untuk jawatan Presiden), aspiran-aspiran yang bertanding dilihat sebagai mewakili “kem orang ini” dan “kem orang itu”.
Perbezaan perjuangan di antara kem-kem tersebut boleh dikatakan agak ketara juga. Satu kem hendak memperjuangkan semangat reform dan lain-lain manakala kem yang satu lagi hendakkan kedaulatan Melayu, Umno dan sebagainya.
Yang menjadi persoalan saya, jika aspirasi akar umbi dilihat sebagai bulat di dalam mendesak supaya Pak Lah berundur, mengapa pula aspirasi yang sama sudah berpecah sekarang ini?
Parti-parti komponen BN sudah mula menunjukkan corak barisan kepimpinan muda mereka. Ada yang sudah mula lantang menyuarakan idea-idea radikal termasuklah mengeluarkan pendapat bahawa mereka tidak mahu dilihat menjadi sebuah parti ‘pak turut’ kepada Umno lagi. Saya rasa itu adalah aspirasi akar umbi mereka.
Yang menjadi persoalan kedua saya, jika Umno juga seakan sudah ‘meniru’ corak parti komponen ini, adakah barisan muda Umno itu nanti mampu mengartikulasikan “political will” mereka di dalam meneruskan perjuangan Umno atau akan menjadi ‘pak turut’ pula kepada parti komponen tersebut?
Mengenai cakap-cakap untuk me’remaja’kan Umno ini, saya ingin mengimbas kembali objektif penubuhan Puteri Umno pada tahun 2000 dahulu.
Bukankah mereka sepatutnya berjuang untuk menarik ramai generasi puteri Melayu yang dikatakan sudah melebihi generasi putera Melayu di menara gading?
Apa sudah jadi dengan objektif penubuhan tersebut jika begitu ramai sekali generasi muda sekarang ini membenci Umno?
Azman Mohd Isa
Shah Alam
Dato', memandangkan saya bermastautin di Pulau Pinang dan berdasarkan situasi dan perbualan kedai kopi sekitar Pulau Pinang, terus terang saya katakan bahawa pada pendapat dan sepengetahuan saya:
ReplyDelete1. Masih ramai yang tak mengharap/tidak yakin kepada Najib (khasnya) dan UMNO/BN (umumnya) untuk mampu memacu kembali negara ke arah slogan "Selamat, Aman Makmur" ataupun paling kurang seperti yang mana Malaysia sewaktu ditingalkan oleh Tun Mahathir.
2. Masih ramai yang mahu bukan Najib memimpin Malaysia dek kerana bagi mereka Najib bukan sahaja "tidak bersih" malah lebih teruk lagi, beliau juga dilihat "tidak kelihatan bersih".
3. Gelombang tsunami Mac 08 sebenarnya masih ada. Di permukaan airnya nampak tenang tapi nun di dasar alunannya masih bisa menggegarkan segala apa yang cuba menghalang.
4. Rakyat, di Pulau Pinang suda jelak yang amat dengan UMNO/BN dan tak mustahil Pulau Pinang akan terus berada di tangan pembangkang lagi. Sampai bila ? Hanya masa dan tingkahlaku pemimpin UMNO/BN yang menentukan. Rakyat bencikan UMNO/BN bukan kerana UMNO/BN tapi kerana keburukan sikap sesetengah pemimpin (dan ahlinya sendiri) di dalamnya.
Dear All,
ReplyDeleteJika Umno betul-betul mahu membanteras 'politik wang' dan seterusnya mem'bersih'kan parti dari amalan jijik yang akan memusnahkan parti ini, BPR perlu dibenarkan menyiasat dengan telus secara serius.
Saya letakkan tanda (' ') pada perkataan'politik wang' ialah kerana istilah ini hanya digunakan didalam UMNO, yang sebenarnya merujuk kepada rasuah atau corruption. Kenapa kita bezakannya apabila ianya berlaku dalam UMNO??
Rasuah adalah rasuah dan tak perlu disedapkan bunyinya sbg 'politik wang'. Tak perlu ada double standard, sedangkan kita semua dah tahu memang ianya berleluasa berlaku tetapi seolah-olah menghalalkannya.
Sedih memang sedih, parti orang melayu ini akan semakin tidak dihormati...
Salam Dato',
ReplyDeleteBagus posting kali ne...lagi panjang lagi bagus...
Belum pernah seorang Presiden UMNO yang dipilih mempunyai begitu banyak skandal dan bebanan seperti yang dimiliki oleh Najib...
Adakah UMNO tidak lagi mempunyai sebarang calon yang lain bagi menerajui parti dan seterusnya negara?
Adakah ini menyebabkan ahli2 UMNO tidak mempunyai pilihan yang lain dan terpaksa mengikut arus dan 'tradisi'?
Jika inilah senarionya maka benarlah apa yang didakwa oleh sesetengah pemimpin veteran UMNO bahawa UMNO kini merupakan sebuah parti yang sudah nyanyuk dan akan menjadi tidak relavan pada masa akan datang.....
Perubahan yang diuar-uarkan bukan setakat menukar pucuk pemimpinan atau menukar Team Pak Lah ke Team Najib,,,tetapi ia perlu satu anjakan paradigma secara besar-besaran dari segi dasar pentadbiran,ekonomi dan sosial...
antaranya mengkaji semula :
a)Akta ISA,AUKU,Akta Penerbitan dan Akta Hasutan serta lain-lain dasar dan undang2 yang jelas telah disalahgunakan selama ini bagi kepentingan politik,
b)Dasar Negara,kerana jelas pada hari ini setiap isu2 negara dijadikan sebagai isu perkauman....misalnya pemberian tanah,perlantikan jawatan,pembinaan tempat ibadah dan lain2..
c)Dasar Integrasi, memerlukan satu identiti yang baru bagi menyatukan seluruah rakyat Malaysia sebagai satu bangsa..sbg contoh hanya sekolah rendah dan menengah kebangsaan sahaja yang patut dibenarkan dan sekolah2 jenis kebangsaan patut dimansuhkan
mungkin Dato' boleh komen sedikit berkenaan hala tuju negara pada masa akan datang selepas berlakunya pertukaran pemimpin (dan mungkin pada PRU-13 sekiranya Pakatan Rakyat yang membentuk kerajaan persekutuan)
moga negara kita menjadi lebih baik dan maju tanpa diselubungi dengan isu-isu perkauman
Sdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeletePesanan Ulama memang betul. Kalau tidak silap, ia adalah selari dengan pesanan Rasullulah (s.a.w.). Kita perlu ingat, keimanan serta ketaqwaan tidak bolih diwarisi. Ini juga adalah pesanan Rasullulah (s.a.w.).
Saya ada seorang kenalan. Beliau adalah anak kepada salah seorang Ulama besar negara zaman mula-mula merdeka dulu. Walaupun beliau anak Ulama besar public persona dan sifat sebenar beliau amat berlainan macam langit dan bumi. Public persona amat baik sehingga "terpijak semut pun semut tidak mati". Ini adalah satu lagi bukti kebenaran kata-kata Rasullulah (s.a.w.).
Jesteru itu, saya rasa saya patut tidak menaruh harapan menggunung/terlampau tinggi terhadap Najib dari segi integriti serta komitmen walaupun beliau anak Tun Razak, takut-takut saya akan kecewa sekali lagi sepertimana saya kecewa dengan Mr. Clean!
Kita tunggu dan lihat. Kalau pemimpin serta ahli UMNO/BN tidak berubah seperti dikehendaki olih rakyat, maka rakyat patut menggunakan kuasa mengundi untuk melakukan perubahan yang difikirkan perlu bila tiba masanya kelak.
p/s: Saya setuju dengan Sdr. Nobisha agar Najib tidak memberi sokongan kepada mana-mana calon Timbalan Presiden (saya tambah) ataupun mana-mana calon untuk mana-mana jawatan sekalipun.
Sekian.
Salam Dato’,
ReplyDeleteNampaknya DS Najib akan jadi PM dan TS Muhyddin jadi TPM(?).
Walaubagaimana pun keduanya mesti memberitahu kita semua,terutamanya
orang melayu tentang tujuan mereka jadi ketua-ketua besar ni.
Kalau hanya untuk pangkat saja,mereka akan dapat pangkat. Jikalau untuk
dijulang nama,nama-nama mereka akan dijulang. Kalau untuk glamour,tangkap gambar banyak-banyak untuk album keluarga,membeli-belah dan berjalan kesana sini dengan tanggungan bil rakyat, mereka akan berjaya untuk mencapai kesemua tujuan tersebut.
TETAPI, jikalau tiada matlamat yang jelas tentang perangkaan dan tindakan berkesan mereka untuk menambah asset dan ekonomi orang melayu Malaysia,mereka akan DITINGGALKAN ORANG MELAYU dan BUKAN MELAYU JUGA seperti Perdana Menteri Malaysia kelima.
Elok jikalau mereka faham perkara ini.
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato,
ReplyDeleteAdakah era Mohd Najib akan lebih baik dari Pak Lah?
Saya rasa ada beberapa isu panas yang Mohd Najib terpaksa tangani dengan begitu teliti sekali. Jika tidak, nasibnya akan jadi lebih buruk dari Pak Lah.
Mintalah nasihat dari orang yang terdahulu, supaya setiap isu itu dapat diatasi dengan baik dan bijaksana.
Kalau menemui jalan buntu, mintalah petunjuk dari Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Budak Pencen.
Rasuah politik dlm UMNO mmg tak boleh dihapuskan dan juga tak boleh dikurangkan bahkan dijangka bertambah2. Kerana apa ? Kerana duit itu duit haram dan sudah pasti mengikut fitrahnya akan dihabiskan dengan jalan yg haram juga.
ReplyDeleteApabila sudah berjaya dan mmbentuk kerajaan nnti mereka, yakni perasuah ini akan mendapat projek2melalui jln politik yg mmg pun direstui oleh pucuk pimpinan UMNO. Sistem ini ini mmg tersusun rapi. Orang2 melayu sperti inilah yg menggagalkan DEB dan macam2 lagi polisi kerajaan mmbantu melayu.
Sebab itu ekuiti 30 % tak akan tercapai sampai bila2 kerana yg kaya hanyalah perasuah2 politik ini sahaja.
Jika perwakilan UMNO masih tidak insaf dgn PRU 12 maka tunggulah, UMNO akan berkubur dan dapat kita sama2 mmbaca TALQIN untuk UMNO.
Kita (rakyat) biarkan perasuah2 ini mmenangi jawatan parti ttpi TIDAK akan mendapat projek selepas PRU 13 kelak.
Whatever and whichever you look at it, Umno is doomed. Everyone knows that it is the most corrupt party ever...even the most hardcore members of umno know this and what are they doing about it? Nothing! And really nothing much can be done about it. Umno is going kaput!
ReplyDeleteAs the saying goes...there are two kinds of people in umno...'those who give bribes, and those who take them!' Can umno survive? He..he..need we say more?
Chiselstone
UMNO dah terkena virus lebih teruk dari AIDS iaitu POLITIK WANG.
ReplyDeleteSehingga kini tiada lagi penawar untuk mereka yg dah terkena AIDS dan UMNO pun rasanya begitulah nasibnya. Hanya tunggu dikuburkan pada pilihan raya yg akan datang.
Bayangkan kalau KJ si menantu Pak Lah menang jadi Ketua Pemuda. Rasanya semua akan kata KJ menang sebab AIDS POLITIK WANG.
-James Labu-
dato'
ReplyDeletesaya harapkan ini saja. agar era najib tak selembab era abdullah, agar orang rumah najib tak lebih sudu dari kuah dan agar zaman najib dpt menyembuhkan umno yg luka bernanah..
kalau itu pun jauh..., saya tidak terkata apa. mungkin kata2 shaikh abdullah fahim lebih banyak dihayati oleh jelata dari nakhoda2 negara..
Datuk...tahap korupsi dalam umno dah sampai kesatu situasi yang memang sudah tidak boleh dibendung lagi. Ini diperakui sendiri oleh semua ahli dalam umno tu sendiri... dari peringkat menteri hinggalah keperingkat yang paling bawah dalam umno. Politik wang (korupsi!)sudah menjadi darah daging dalam umno hari ini. Umno hari ini hanya menunggu untuk tutup kedai saja lagi!
ReplyDeleteSatu perkara yang agak menghairankan...kemana perginya 'the so-called self-declared pejuang anti rasuah bernama Ezam Mohd Nor'? Apalah agaknya komen beliau (or his excuse)keatas gejala politik wang (rasuah!)dalam umno hari ini?
Muadz,S.Alam
Dato Kadir.
ReplyDeletePak Lah jatuh kerana dia langgar wasiat dan pesanan datonya ,saorang keramat dan Alim.Period.
Cukup dan tak payah saya panjangkan.Nanti jadi mengumpat dan fitnah.
+Adalah amat baik dicadangkan, 'sekiranya keputusan pemilihan MKT Umno Mac nanti tidak sama sekali mencerminkan keputusan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagiah, marilah kita ahli UMNO akar umbi ramai-ramai tinggalkan UMNO dan biarlah segelintir perwakilan UMNO yang tamak haloba itu duduk dalam sebuah parti yang sama sekali tidak lagi ada di hati-hati orang Melayu biasa (ahli UMNO akar umbi)' Dalam PRU ke 13 nanti sama-samalah kita TUMBANGKAN UMNO agar parti yang kononnya keramat itu luput dari hati-hati orang Melayu di Tanah Melayu ini.
ReplyDeleteIf money politics is not checked then it will be the end of UMNO/BN.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAlangkah bodohnya orang yang rasuah,kalau nak masuk syurga kenalah bertaubat dulu. Kalau nak bertaubat, mesti pulangkan semula wang rasuah itu. Kalau dah tahu wang ini terpaksa dipulangkan bila hendak bertaubat untuk apa buat rasuah sekarang? - kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Dimanakah cerdiknya seseorang itu kalau di akhirat nanti akan masuk neraka, sedangkan di dunia ini hanya sementara dan di akhirat nanti akan kekal abadi? - kata-kata Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Harap-harapnya ada ulama UMNO berani menegur pemimpin-pemimpin mereka begini.
Namun yang lebih menakutkan ialah sekarang ini orang-orang kampung di pasakkan pemikiran bahawa sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin tetap akan rasuah kerana Allah Taala menjadikan umat akhir zaman begitu. Mereka menyalahkan Allah. Tidakkah mereka tahu kebanyakan negara-negara Eropah amat rendah kadar rasuah mereka? Malah contoh yang terdekat ialah Singapura. Oleh itu tiada sebab untuk kita tidak dapat menghapus/meminimakan rasuah.
Nampaknya kita terpaksa memilih kepimpinan yang berteraskan ulama dan profesional supaya ada bantu membantu. PAStinya ia tiada dalam UMNO.
Ar-Razi
Agak2 apa yg melanda UMNO ini sebagai tanda2 hampir "kiamat" buat UMNO ?
ReplyDeleteSaya percaya kpd ramalan Dr Mahathir, dlm banyak perkara, khususnya berkait dgn UMNO.
Melihat pencalunan Najib ia mmbuktikan UMNO masih tidak berubah, delima takut untuk bersaing dan mmberi peluang kpd calun lain atau pun mungkin ianya telah dirasuahkan supaya Najib tanpa dicabar adalah tidak mustahil.
Inilah tradsisi UMNO yg mmg tak boleh diubah, ibarat gula dgn semut, Najib sebagai gula.
Nampaknya UMNO dah jadi parti yg tak boleh dipercayai lagi.
saranan datuk agak senada dengan saranan yang telah saya utara...moga2 dapat kita manfaat bersama.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMengenai politik wang, saya tidak nampak pucuk pimpinan dan pemimpin kanan UMNO menunjukkan ketegasan untuk membanteras gejala ini.Saya tidak tahu mengapa. Adakah kerana tidak mampu, tidak mahu, atau ada sebab tertentu?
Ada seorang menteri yang mencadangkan supaya BPR dilibatkan secara langsung untuk membanteras politik wang, kerana mengikut pendapat beliau peranan Jawatankuasa Disiplin UMNO sudah tidak relevan. Akan tetapi, setakat ini, saya lihat cadangan beliau tidak mendapat sokongan daripada pemimpin UMNO yang lain. Malah Tengku Razaleigh berpendapat, BPR pun tidak mampu mengatasi politik wang.
Jika benar Jawatankuasa Disiplin UMNO sudah tidak relevan dan BPR pula tidak mampu, siapa yang boleh kita harapkan?
Takkan ahli-ahli UMNO secara tiba-tiba boleh bangun berjihad untuk menghapuskan politik wang, sebagaimana yang "diharapkan" oleh Johan Jaafar,dalam kolomnya di Berita Minggu.
Dalam hubungan ini, kalau UMNO ingin belajar, saya kira tidak ada salahnya UMNO meninjau apa yang dilakukan oleh parti politik di negara maju, seperti USA dan Jepun dalam mengendalikan pemilihan pemimpin parti mereka.
Mungkin di sana sudah berbentuk satu sistem yang agak mantap, yang boleh mengurangkan atau meminimumkan politik wang, di mana walaupun penggunaan wang tetap berlaku, tetapi tidak pula merosakkan parti.
Ybhg Dato'
ReplyDeleteBarangkali banyak orang lupa budaya politik wang didalam UMNO ni bermula di zaman Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan prosesnya menanjak jawatan sehingga menjadi TMP. Berbondong-bondong ahli korporat mwnyertai UMNO untuk mendapatkan kuasa, wang dan pegaruh pada masa itu.
Masih ingatkah dato' gejala habuan 'pink-form' diberikan kepada penyokong DSAI. Bank Negara pada masa itu macam milik menteri kewangan sendiri!.
Semua itu adalah barah yang diwarisi didalam UMNO sekarang. UMNO kini telah hilang roh perjuangannya yang membawa kepada kemerdekaan tanah air pada 1957.
Politik wang najis ini telah lama berakar umbi dan sebati jd darah daging ahli2 umno.mana mungkin boleh berubah dato.Virus najis ini lebih teruk dari hiv.
ReplyDeleteTDM yg dikatakan hebat,pintar putar belit dan berwawasan pun tak mampu membendung malah lebih hebat di era beliau.Knp agaknya begitu susah dibendung?.Saat kemusnahan integriti umno bermula di zaman ini tak perlu disangkal lg.
DS Najib?sorry to say dato i have no trust on him at all.kalau dia jd pm bertambah haru-biru negara dan umno.Ibarat lalang ditiup angin.Umno akan berdepan sekali lg dgn sistem pemerintahan autokrasi sblm pak lah.Ketika itu rakyat m'sia akan menyaksikan kembali kemunculan DR DOOM (THE RISE OF DR DOOM IN M'SIA).
Ada org dah mula berangan utk jd de facto Umno baru.siapa agaknya ye dato?
Rakyat tak bodoh.
Salam DKJ dan pembaca sekalian.
ReplyDeleteDS Najib telah mengesahkan dirinya bakal menjadi Presiden UMNO dan bakal menjadi PM ke 6.
Mengimbas kembali perlantikan PM Malaysia yang telah lalu, seingat saya semua PM yang lantik diberi gambaran atau persepsi positif dan tidak banyak isu yang dihadapi atau di lontarkan ke atas beliau.
Tetapi ia sungguh berbeza dengan bakal PM ke 6 iaitu DS Najib, terlalu banyak isu dipaparkan dilontarkan dan dihadapkan terhadap diri beliau dan isteri beliau.
Keperibadian dan kredibilitinya sebagai pemimpin telah banyak 'tercemar' sebelum menjadi orang nombor satu, saya tak dapat bayangkan persepsi rakyat terhadap beliau setelah menjadi PM.Realiti rakyat lebih prihatin dan peka terhadap pemimpin tertinggi mereka.
Apakah nasibnya lebih baik atau lebih buruk dari yang dihadapi oleh Pak Lah?
afja02.
Salam Datuk,
ReplyDeleteThere is an article by Datuk Jamaluddin Mansor, the former Executive Sec of the Federal Territory UMNO Liaison Committee
@ http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com/2008/11/politik-wang-wang-politik-atau-rasuah.html.
This desease doesn't look like there is any cure since the real culprits are the leaders themselves from Vice Presidents to Supreme Councillors who keep on pushing the ringgit down to the delegates through their agents.
As long as the money keeps on flowing from them, political corruption will continue. Pak Lah should have saved his advise for the lobbyists and direct his warning to his Supreme Councillors
instead.
THEY ARE THE ROOT OF THE POLITICAL CORRUPTION THAT EXISTS.
Datuk,
ReplyDeleteRasuah dalam UMNO dah tak boleh dibersihkan lagi. Kalau dibandingkan dengan barah, ianya mungkin dah mencapai ke tahap 4. Radioterafi dan kemoterafi hanya boleh memperlahankan barah itu sahaja. Bukan mengubatnya terus.
Rasuah ini akan terus hidup sebab ada dua pihak yang sentiasa aktif - pemberi dan penerima. Kalau salah satunya tiada, maka barulah ianya akan hilang. Sama juga macam 'shark fin soup', kalau tak ada yang nak memakannya, maka takde siapa yang nak potong 'fin' ikan yu tu...
Salam Dato' AKJ.,
ReplyDelete1)Artikel dato' ini amatlah benar dan benar serta tak salah lagi
2)Perwakilan yang nak ke PAU nanti,terutama dari bahagian saya(Jelutong),dari Ketua sampai perwakilan biasa,memang semua KAKI NGAP
2)Mereka yang memimpin bahagian sekarang(contoh:bahagian saya Jelutong)adalah orang-orang yang tak ada education,sejak lama dulu,dari Zaman Yusuf Latif,Rashid Chirit,Tajul Arus,Mat Nor poshni,dan sekarang A.Razak Rahman.jadi bila orang tak berpelajaran memimpin,amat senang kita nak penetrade dengan wang.
3)Sana sini,dari pemimpin atasan sampai ahli biasa dok bercakap pasai ni(politik wang),tapi MKT,lembaga disiplin tetap dok nganga.
4)saya tetap berpendapat bahawa semua pemimpin-pemimpin united malays national organisation adalah PENCURI BESAR,yang telah mencuri hasil negara dan hak-hak rakyat sejak 51 tahun lalu..oleh itu saya menyokong untuk mengHIDUPkan SOSIALISMA..!
Salam Datok
ReplyDeleteZaid dah keluar kelompok mungkin baik ditukarkan bangsanya.Mungkin orang dah kaya , dah senang lupa asal usul.
Kalau ikut kelibatnya mungkin dia nak joint pehak PKR.
Mungkin ramai yg tertanya tanya dimana hendak cari ubat KORO mungkin datok bolih ceritakan.
salam
Dato Kadir.
ReplyDeleteAnalisa awak amat tepay sekali.Saya berjumpa mahayuddin di Parliment hari ini.Dia nampak sikit nervous.Dia kata Najib maseh tidak memberi signal yang jelas yang ia menyokongnya sabagai calun Timbalan President.Ahli2 UMNO masek tidak jelas dan tak tahu pendirian Najib.
Mengikut saudara Zaid Hamidi,Najib yang suroh ia berundor dari bertanding jawatan Timbalan untok memberi jalan kapada Mahayuddin.
Pak Lah dan orangnya memang meyokong Ali Rustam dan Mohamad Taib.Mereka di lapor memberi ganjaran yang tinggi untok ketua bahagian yang mencalun mereka.Sahbat saya dari Sabah berkata Ketua Bahagian di bayar sabanyak 100 ribu.Di Semenanjog pula ketua bahagia ada di beri antara 30 ka 50 ribu untok satu pencalunan.Apa dah jadi dengan Tengku Riduddin.Dia maseh menunggu bukti kukoh.
Orang Khairy pula berkata bossnya tak takut.Dia kata lagi dua bulan,Mukriz akan kering dan tak mampu mengeluar lagi wang.My boss no problem.Semua perwakilan akan kita jaga.
Saya bertanya bagaimana dengan Khir Toyo.Dia kata Khir susah susah hati kerana ACA sedang menility kes rasuahnya waktu menjadi MB Selangor.Ada orang telah memberi bukti2 yang kukoh.
Semua orang termasok Pak Lah bercakap mengenai politik wang dalam UMNO.Ia sudah menjadi cancer,sukar nak di ubati.Saya tak yakin Najib dan Mahayiddin atau Najib dengan Ali Rustam dapat membeikinya.Ini kerana kedua2nya dulu terlibat dengan politik wang.Hamya nasib mereka baik,tak kena tangkap.
UMNO macam si lunchai dengan labu labunya.bila dah hanyut ia tak boleh buat apa apa.Biarkan Biarkan.
Dato;
ReplyDeleteKapada Awang Boria Penang.
Saya setuju.Tapi Awang Boria itu kawan saya,Ia tinggal di Padang Menora,Dia kawan baik Pak Lah.Tapi yang peleknya Awang Boria dah mati?
Zaid Hamidi kata ia tak nampak keiklasan Pak Lah menyerahkan jawatan Party kapada Najib.Orang nya maseh cuba menganggu Najib dengan berbagai fitnah.
Mereka bertekat untok menguborkan Mahayuddin.Sebab itu mereka menyokong Ali dan Mat Taib.
Pak lah suroh pelobi2 balek dan jangan gangu Pemilehan UMNO,tapi saya dapi kebanyakan pelobi2 itu yang aktive ada lah orang Pak lah.Hairan bin Ajaib.
Kadir.satu analisa yang bagus dan tepat.
Datuk,
ReplyDeleteRasuah melibatkan kuasa dan wang. UMNO banyak kuasa dan wang jadi tak hairanlah jika ia sering dikaitkan dengannya.
Bagaimana pula dengan parti PAS, DAP & PKR? Adakah mereka ini bersih dan bebas daripada rasuah? Dulu mereka kurang kuasa dan wang tetapi selepas PRU12, mereka juga punya banyak kuasa dan wang. Amat menarik juga perkembangan yg akan berlaku dipemilihan agung parti masing2 yg bakal diadakan tahun hadapan. Saya tak sabar nak tunggu pemilihan PAS tahun depan. Kawan2 saya orang PAS ramai dah cerita hal puak Erdogan nak rampas kuasa. Begitu juga dengan pemilihan PKR. Dengar cerita Anwar dah mula buat perangai UMNO nya. Nak letak orang dia saja pada kedudukan strategik. Timbalan Ketua Menteri Penang pun dah panas bontot.
Biasalah Datuk, selain kuasa dan wang, rasuah juga berlaku bila ada "manusia rakus". Manusia rakus ni ada dimana2. Boleh jadi di UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain2.
Manusia hipokrit pun ada merata2. Bab kutuk hal rasuah, hal politik wang dia paling kuat berjuang. Pekik sampai nak putus urat halkum. Tapi bila diri sendiri yg dapat habuan. Dia senyap saja.
Oleh itu, saya rasa tidak ada cara lain lagi dah. Nak basmi politik wang ni, kenalah orang2 yg jujur dan amanah tu kalau boleh masuklah jadi ahli mana2 parti politik. Pilih pemimpin yg bersih dan ketepikan pemimpin yg rasuah. Kalau terlalu idealistik dan hanya menjerit di luar pun, tak akan jadi apa2.
-sinbad-
salam Dato' AKJ
ReplyDeleteSekiranya dirasakan sesuai, marilah kita bersama-sama berkongsi pengalaman mengenai corak kempen calon-calon yang bertanding dan sikap perwakilan cawangan sepanjang tempoh dan ketika pemilihan salah satu bahagian yang baru berlangsung pada minggu lalu. Ketua bahagian sebelum ini yang kecewa kerana tidak dicalonkan semula pada PRU-12 dan telah ditolak oleh kebanyakan cawangan tetap mendapat 31% pencalonan daripada cawangan yang bersidang. Seorang bekas timbalan ketua bahagian juga mendapat pencalonan yang hampir sama manakala seorang lagi calon yang merupakan ketua pemuda bahagian mendapat pencalonan tertinggi iaitu 36%.
Memang wang berlegar di kalangan perwakilan. Calon yang kemudiannya menang menghulur duit raya yang disampaikan oleh calon sendiri, tanpa melalui agen. Menjelang pemilihan, sekali lagi calon yang sama menghulurkan wang kepada perwakilan, sama ada secara terus atau melalui ketua cawangan. Jika dijumlahkan, wang yang dihulur ialah RM600. Jumlah perwakilan pula ialah sekitar 250 orang, maka jika semua perwakilan diberikan wang yang sama, calon berkenaan membelanjakan RM150000.
Pada malam sebelum pemilihan berlangsung, ada maklumat mengatakan bahawa sebilangan kecil perwakilan dipanggil dan diberikan sejumlah wang di antara RM1500-RM2000 seorang. Bilangan perwakilan yang terbabit dikatakan dalam 15 orang, maka jumlah wang yang dihulur ialah RM30000. Penerima juga dikatakan diminta bersumpah mengundi calon berkenaan.
Pada hari pemilihan, kertas undi dinomborkan dan setiap kali perwakilan diberikan kertas undi, nombor kertas undi dicatat pada senarai nama perwakilan. Dengan kata lain, undi berkenaan bukan lagi sulit sifatnya. Dalam keadaan demikian, hanya sebahagian kecil perwakilan yang mempunyai sikap berani mengundi calon yang mereka sokong, manakala sebahagian besar terpaksa mengundi calon yang mereka terhutang budi kerana tahu undi mereka boleh disemak satu persatu.
Itulah yang berlaku di satu bahagian, dan keputusan yang terhasil ialah kemenangan berpihak kepada calon yang menghulurkan jumlah wang yang tertinggi. Peratusan undi yang diperolehinya ialah 47%, kira-kira 10% melebihi pencalonan yang diterimanya. Calon yang paling sedikit beroleh undi (21%) cuba untuk bertanding secara bersih dan hanya menghulur wang pada saat akhir, itupun atas desakan bertubi-tubi perwakilan sendiri yang sentiasa bertanya mengenainya.
Masing-masing bebas menafsir dan membuat kesimpulan tentang hal ini.
Sudah la!!!!!!
ReplyDeleteNajib belum jadi PM dah tunjuk yang dia pengecut!
Dalam Dewan parlimen tak beri ruang untuk bahas!
Apa ini ke dinamakan bakal PM Malaysia.
Sudah la...saya mula tertarik semula utk menyokong BN/UMNO..tetapi cara Najib buat mcm ini seolah2 tiada perubahan yang dia buat. Pikir la...
salam datuk,
ReplyDeletegambor kat ateh tu datuk tepuk kepala sapa? orang utan yang sama spesis dengan berok ke atau SIAPA?
salam Datuk,
ReplyDelete1. Pd pengamatan saya Abdullah Fahim dulu dah nampak apa yg bakal berlaku, agak2 dia tahu ke siapa yang melakukan nya?
2. Dengan menunda pemilihan UMNO dari bulan Dis 08 ke bulan Mac 09 adalah seperti menabur baja untuk politik wang menjadi lebih mem'barah' didlm tubuh badan UMNO.
sungguh tidak bertanggungjawab mereka yg melakukan penundaan ini.
askum dato,
ReplyDeletesaya rasa paklah tak baca lagi buku “Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan” karangan Mokhtar Petah (Pustaka Antara, 1997).
kalau dia baca buku tu mungkin dia jadi mcm ni.
ni saya rasa dia baca buku yang di tulis oleh kalimullah & budak2 tingkat4.
kalau berkesempatan nanti saya nak cari buku tu & bagi kat paklah.
mungkin masa terluang boleh dia baca daripada dok tidor aje..
jebon
Salam Datuk,
ReplyDeleteSedikit hairan. Kenapa pada bab Doa dan Sumpahan, Datuk menganggap Datuk orang luar, sedangkan Datuk ini ahli umno yg tegar??
Salam Dato',
ReplyDeleteBukankah yang nak sangat PAU ditunda ke Mac 2009 ni adalah Pak Lah? Sampai marah lah dia dengan TDM pasal ini.
Tak kan lah orang lama politik macam Pak Lah tak terfikir perkara begini.
Jadi, jelas bukan siapa yang nak mengatur siapa?
Satu lagi, istilah politik wang tu asalnya diperkenalkan oleh UMNO. Walhal hakikinya rasuah yang hukumnya haram.
Saya perhatikan ramai yang masih guna istilah politik wang. Perkataan rasuah pula, jika digunakan, pakai selit-selit je (termasuk saya sendiri). Adakah perbuatan haram itu tidak cukup keji untuk kita?
Jom kita jangan gunakan langsung istilah politik wang. Gunakan sepenuhnya istilah rasuah. Barulah tepat maksudnya.
p/s
1.Apabila Najib sudah menang tanpa perlu bertanding, adakah ini memberi gambaran bahawa beliau bersih dari rasuah dalam pemilihan? Harap Dato' ulas sedikit kerana tajuknya ada "Najib" dan "rasuah" tapi isinya tidak mengaitkan dua-duanya. Aluan cawangan dan bahagian kepada Ku Li tiba-tiba berpusing 180 darjah menjadikan saya musykil.
2.Perlu ke membanding UMNO dan PR (khususnya Anwar) dalam isu rasuah? Saya rasa tak perlu. Sebab? Tidak perlu saya berikan. Jika anda senaraikan masalah rasuah antara kedua-dua pihak, anda akan tahu sendiri senarai mana satu yang lebih panjang. Seringkali, komen dan hujah sebegini hanya retorik semata-mata. Tidak lebih dari itu.
3.Sekali lagi saya katakan, orang UMNO sendiri yang memberi komen di sini pun mengakui adanya rasuah dalam UMNO dan ia SUKAR DIBENDUNG. Terima kasih kepada anda semua.
Assalamualaikum Dato',
ReplyDeleteApa padangan Dato' kalau setiap ahli UMNO diberi peluang secara langsung untuk mengundi siapa yang menjadi pilihan mereka untuk memegang jawatan dalam parti itu. Cara ini mungkin memberi kepuasan hati kepada setiap ahli kerana mereka memangkah sendiri undi bagi memilih pemimpin mereka, bukan oleh segelintir anggota perwakilan ke pemilihan parti itu saja. Kemudian kita tengok berapa ramai orang atau calon yang mampu memberi wang kepada semua pemilih ini untuk membeli undi.
Balanglama
Dato' & Sdra/i,
ReplyDeleteSaya seperti juga Sdr Borneo, tidak menaruh harapan yg tinggi kpd Najib. Kredibiliti beliau telah pun tercemar jauh sebelum jadi presiden Umno dan bakal PM lagi.
Tetapi kalau mengenai rasuah politik, saya tidak bersetuju dgn pandangan yg kita perlu tunggu dan lihat. Kalau barah sudah terminal begini, kita ada dua pilihan sahaja:
1. biarkan Umno yg parah ini maut secara natural atau terminate secara memberi racun, dgn harapan ia akan maut serta merta.
2. berikan kemoterapi yg bersifat revolusi yg keputusannya samada beransur baik ataupun sebaliknya - tidak lama akan maut juga.
Betul kata Sdr Kluangman, kita sudah habis kata2 dan memandangkan rasuah politik berterusan, kita 'speechless'! Drp topdog, yg underdog sampailah small dog, semuanya terlibat. Terlalu general tetapi itulah yg berlaku - tak ada $$$ tak boleh bertanding, apa lagi hendak menang. Tidak heran kalau masing2 senyap sahaja bila memperkatakan pasal "politik wang" (yg sebenarnya rasuah). Kita bercakap mcm anjing melayak bukit. Lembaga Disiplin Umno dan Badan Pencegah Rasuah memang tidak boleh diharap. Siapa yg melantik mereka? Bukankah mereka2 yg sama juga? Kedua2nya menjadi alat sahaja.
Tahap skrg, Umno perlu tukar semua darah dan gantikan dgn yg baru. Itu pun belum tentu boleh sembuh. Kena terima, persepsi dan kepercayaan ramai telah berubah. W/pun Najib mungkin berjaya menjadi PM, suasana PRU-13 nanti tidak akan sama lagi.
Salam Dato AKJ,
ReplyDeleteObama menang kerusi presiden AS dengan bergaya apabila menumbangkan lawan nya yang jauh lebih tua dan berfikiran konservatif.
Disaat Amerika mula mengorak langkah jauh kehadapan dengan menolak politik perkauman, UMNO terus di hambat dengan ceritera lama iaitu politik rasuah yang teramat berleluasa.
Empayar Dinasti Qing dan Manchu hancur apabila menteri dan pegawai-pegawai kanan maharaja semuanya mengamalkan rasuah, dan sekarang Negara China menghukum mati sesiapa yang mengamalkan rasuah dan pada hemat saya, Malaysia wajar menggubal undang-undang anti rasuah dan mengikuti langkah-langkah tersebut.
Mentaliti dalam UMNO hanyalah RM, tiada RM tiada jawatan. Ini amatlah berbeza dengan UMNO tahun 1946 yang merupakan Parti untuk orang kampung dan miskin.
Pembesar-pembesar UMNO wajar melihat kedalam diri mereka sebelum menawarkan diri menjadi pemimpin.
"Matlamat tidak menghalalkan cara"
Anak_Parit
salam DAKJ n Bloggers,
ReplyDeletekalaulah dpt dihidupkan kembali pm malaysia terdahulu...TUNKU..HUSSIEN ONN..pengasas umno...onn jaafar, sure terkejut meninggal terus BAPA BAPA MALAYSIA ini lagi sekali melihatkan amalan rasuah ini
p/s : rasuah dulu kini dan selamanya...innalillah
hamba allah
Semasa Paklah mengambilalih teraju negara, berapa ramai yang sangsi Paklah mempau menyaingi kehebatan Tun, bagaimanapun kita memberi peluang dengan sikap 'wait and see' malah Tun pun turut menyokongnya.
ReplyDeleteHari ini kita nampak jalan mana yang Paklah pilih dan lalui.
Begitu juga ketika Najib akan mengambilalih kepimpinan parti dan kerajaan. Lebih teruk lagi ramai yang membayangkan najib mungkin lebih teruk dari paklah = 'Lebih teruk dari teruk' - ini dah betul betul teruk.
Sekali lagi kita menaruh harapan, harapan palsu pada janji manis ? Mungkin.
Dipetik dari Malaysia kini:
ReplyDeleteTengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu.
Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.
"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.
"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.""Tengku Razaleigh Hamzah gagal mendapat cukup pencalonan untuk jawatan presiden Umno kerana enggan menyogok wang kepada para perwakilan, dakwa seorang pembantu bekas menteri kewangan itu.
Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz mendakwa, wakil lebih 50 bahagian Umno yang hendak mengadakan mesyuarat perwakilan, datang menemuinya (Kamal) untuk meminta sogokan sebelum mesyuarat dijalankan.
"Ada yang datang meminta RM500 dan ada juga yang mahu bayaran sehingga RM1,500 seorang.
"(Tetapi) saya memberitahu mereka bahawa kami tidak ada wang. Tengku (Razaleigh) tidak mahu mengeluarkan wang untuk mendapatkan pencalonan.:
Belum apa-apa lagi dah macam nie. "penyakit" ini memang susah nak disembuh!
Sorry Kuli..No money no talk in UMNO!
Saya masih sayangkan UMNO.
ReplyDeleteWalau saya tidak dilahirkan waktu Tengku melaungkan kemerdekaan.
Walau saya tidak wujud sewaktu UMNO ditubuhkan.
Tetapi oleh kerana sudah biasa dengan UMNO dan sudah tahu jahatnya, pincangnya, baiknya dan serba-serbi mengenainya. Saya lebih rasa senang dan selesa dengan UMNO.
Anak-anak saya yang baru bersekolah rendah juga sudah kenal UMNO.
Saya berpegang pada konsep perkahwinan.
Perkahwinan perlu diusahakan untuk berjaya kerana ianya tidak akan berjaya tersendiri.
Sewaktu berkahwin jangan fikir nak bercerai.
Menerima kekurangan sesama dan cuba memperbaiki bersama.
Tetapi yang lebih penting ialah bersama menggunakan kekuatan yang ada untuk maju bersama kehadapan.
Ada masanya kita marah tetapi marah tidak menentukan kebahagian malahan kesemua kemarahan hanya mewujudkan titik hitam yang sukar untuk dimaafkan.
sudahlah marah-marah pada UMNO. Mahu tak mahu dia orang dah tahu. Nak marah sampai bila. Mestilah ada hadnya. Takkan sampai menghancurkan apa yang telah terbina.
Jangan lupa bahawa sekarang sudah ada perubahan dan kesedaran. Dengan keduanya sudah tentu ada peringatan dan kepekaan.
Saya yakin dan percaya bukannya UMNO akan berubah malahan ianya sedang berubah.
Saya yakin percaya sekiranya lebih muka-muka baru yang timbul, UMNO akan terus berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Bagilah UMNO 2 tahun lagi. Sokonglah UMNO dalam tempoh ni. Kita sama-sama lihat. Apa-apa pun kalau 2008 adalah tahun memperingati bahawa rakyat masih berkuasa seperti yang dipertontonkan di Pilihanraya. Pada pilihanraya yang akan datang rakyat akan membuat pilihan.
salam dato.memandangkan ds najib skrg memegang portfolio menteri mata duitan@ pm in waiting list maka saya terpanggil utk mensumbangkan lagu ini kpd ds najib dan ahli2 umno dulu,kini x selamanya.
ReplyDeleteAda yg panggil ringgit
Ada yg panggil dollar
Ada yg panggil baht
Semua ini duit
Bikin org belit
Duit!Duit!
Di mana kau duit
Duit!Duit
Hutangku membukit
Ada yg benci duit
Ada yg cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jgn kesal.
Ramai org yg berkata
Duit punca byk dosa
Jgn sampai makan rasuah
Nanti bangsa jd musnah
Zaman ini zaman duit
Takde duit diri tercepit
Tapi jgn jd hamba duit
Nanti musnah diri sendiri.
Semoga ds najib memegang amanah rakyat bila berada di kementerian duit-duit.
dato, bila ds najib in power, dr doom dah start berangan utk buat come back dlm umno sbg de facto umno sepanjang hayatnya.Nauzubillah...
rakyat tak bodoh.
Dato Najib adalah difacto presiden UMNO dan defacto perdana menteri. untuk mengelakkan RASUAH POLITIK dlm UMNO yg makin tenat Dato Najib harus bertindak segera demi negara .
ReplyDeleteDato Najib misti memberikan isyarat corak kepimpinan dan pemimpin yg beliau mahu bersama sama beliau untuk membawa Malaysia menghadapi cabaran cabaran dan realiti baru.
Dato Najib harus melaksanakan meritokrasi dlm UMNO memilih orang yg sesuai untuk jawatan yg sesuai .
Tim Presiden adalah amat penting sebagai orang no 2 jika sesautu berlaku kepada beliau diatas kehendak Allah orang no 2 layak menggantikan beliau .
Ini adalah amanah dan percaturan negara , buatlah tindakan untuk negara do it for the nation.
Dato' Abdul Kadir bin Jasin
ReplyDeleteSalam hormat.
Suka atau tidak suka, bakal YAB Perdana Menteri adalah Nombor 1 yang menang tak (dak orang berani) bertanding. Hairan juga kenapa orang yang LEBIH usia bertanding jawatan yang KURANG tinggi dari orang yang KURANG usia. Kalau yang di ATAS lebih muda dari yang di BAWAH, mengkala orng no 2 nak boleh naik atas sementelah yang LEBIH tua duduk di atas pun yang di bawah tak berpeluang NAIK. Dulu2 ada satu ungkapan popular; sampai tua la lu.
DS Abdullah kesampingkan wasiat Almarhum datuknya.
ReplyDeleteDS Najib membelakangkan perjuangan Almarhum ayahandanya.
Kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO ini telah mengkianati perjuangan suci dan hasrat orang MELAYU. Kepimpinan mereka telah melencong dari landasan sebenar perjuangan UMNO. Terlalu banyak retorik, pembohongan dan keegoan. Hala tuju yang tidak jelas dan menyempitkan ketamadunan BANGSA DAN AGAMA.
Dan yang lebih parah lagi adalah ramainya penyokong UMNO ibarat sokong yang membawa rebah. Harapkan pagar, pagar makan padi.
APABILA DIBERIKAN AMANAH, DIKIANATI.
APABILA BERJANJI, DIMUNGKIRI.
APABILA BERCAKAP BANYAK BERTBOHONG.
APABILA BERSUMPAH, SUMPAH PALSU.
Dear D.Kadir.
ReplyDeleteRakan kita ada sentuh mengenai Tengku Razaligh.
Biar saya cerita di sini hubongan Najib dan tengku Razali.Masa Tun Razak jadi PM,Tengku Razali merupakan Bendari UMNO,Chairman Bnak Bumiputra.Ia juga Pengasas BanK Bumi.
Najib baru pulang dari England.Tun Razak meminta Tengku Razali supaya mengajar dan mengespose Najib dalam bidang pengurusan dan Perniagaan.Jawatan pertama Najib pada waktu itu ia lah Pegaw.ai Petronas.Pejabatnya waktu itu di Jalan Pudu.Saya maseh ingat waktu itu Najib saorang yang pemalu,Tak bergaul dengan kita arang2 biasa,maklumlah dia datang dari keluarga Aristocrat.
Tenguku Razali terus memimpin Najib sampai lah ia mula memasoki Politik.
Jadi,Jika Najib salepas menjadi Perdana Menteri tidak Mengindahkan Tengku Razali,saya rasa ia memeng tak mengenang budi.Ia pernah memberitahu saya yang Tengku dah lepas zaman gemilangnya.Tapi saya kata idea danfikirannay maseh bernas terutama dalam Ekonomi.sakurangnya lantek dia sabagai Penasehat Ekonomi.Macam kita Lantek Tan Siew Sen dulu.
Sdra,
ReplyDeleteKemana mahu Dato Najib membawa kita semua? Itu soalan saya kepada beliau seperti yang saya tulis dalam blog saya. Bagi saya, mungkin ada baiknya beliau memberi gambaran siapa di kalangan yang akan bertanding yang dia mahu sebagai pasukannya. Apabila dia menjadi presiden Umno, dia perlukan rakan seperjuangan yang kuat, taat dan berani. Beliau perlu membawa pembaharuan dalam Umno. Jika Najib gagal membina pasukannya sendiri, dia akan sentiasa dilihat sebagai orang yang meneruskan kerja-kerja parti peninggalan Abdullah Badawi. Untuk keberkesanan, Najib kenalah menyuarakan 'peferred team dia." Dia tak perlu malu atau 'coy' dalam memilih sesiapa yang beliau fikir layak. Dato Najib rak mampu memerintah tanpa team yang sehaluan dengannya.
Oleh yang demikian Dato, Najib perlu menamakan saja pilihannya. Saya kira ini tak salah kerana yang benar-benar berkuasa dalam pemilihan ialah pemimpin akar umbi. Tak semestinya perwakilan akan akur dengan kehendak Najib.
Macam meminang Dato - belum tentu ibu bapa pengantin perempuan akan menerima pinangan walaupun si lelaki telah memilih pasangan yang berkenan di hati.
Pick your team before the election Dato. Senang buat kerka nanti!
PAHIT MANIS
Sdr Ahmad A Talib aka Pahit Manis,
ReplyDelete1. Beranilah Mohd Najib menyatakan secara terbuka atau secara bisik-bisik "team pilihannya?"
2. Tanggapan umum Muhyiddin adalah runningmate Mohd Najib. Tetapi adakah semua bahagian Umno faham dan pilih Muhyiddin Mac ini
3. Benar Mohd Najib tidak akan dicabar lagi untuk jawatan Presiden, tetapi Abdullah masih Presiden dan PM.
4. Mohd Najib tentu tahu Mohd Ali Rustam adalah proksi Abdullah untuk memusnahkan Muhyiddin "yang derhaka". (Mula-mula Zahid Hamidi tetap macam biasa Zahid tahu dahan mana lebih kukuh). Jadi beranikah Mohd Najib memberi endorsement terbuka kepada Muhyiddin;
5. Abdullah masih PM. Dia masih boleh rombak Kabinet atas alasan mengisi jawatan MCA. Sambil menyelem dia boleh mimum air. Dia boleh gugurkan Muhyiddin kalau dia mahu. Tapi saya rasa ini perbuatan tempah maut;
6. Kalau Mohd Najib nak endorse Muhyiddin melalui pencalonan, masa tak banyak lagi. Sabtu dan Ahad ini selesailah pencalonan oleh bahagian;
Sdr Roslan Majid,
7. Saya ingat waktu Mohd Najib jadi pegawai pelatih di Petronas di Jalan Pudu (dekat pejabat Empat Nombor Ekor). Dia jaga PR tapi jarang sekali beriteraksi dengan pemberita cabuk macam saya waktu itu. Saya banyak buat liputan Petronas;
8. Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan Allahyarham Tun Abdul Ghafar adalah calon Naib Presiden yang di"endorsed" oleh Allahyarham Tun Abdul Razak;
9. Macam saya dah kata berulang kali, kalau Mohd Najib salah pilih penasihat atau tidak dengar nasihat orang yang pakar dan berpengalaman, dia akan jahanan, Umno akan jahanam dan BN akan jahanan;
10. Membaca laporan pembentangan "Belanjawan-dalam-Belanjawan" oleh Mohd Najib dua hari lalu, saya rasa "he has a lot more to learn."
11. I thought the Parliament should finish off the original budget proposal tabled by Abdullah then only debate what appears to me to be a supplementary budget by Mohd Najib. I may be wrong;
Sdra Pak Brahim,
12. Kalau rakyat jelata sudah mula berarak ke Istana (macam di Perak semalam) untuk minta Raja-Raja Melayu campur tangan dalam hal Melayu, agama Islam dan Perlembagaan, saya bimbang akan berlaku konflik atau Umno menjadi semakin tidak relevan kepada orang Melayu dan umat Islam di Malaysia.
Terima kasih kepada semua.
Dear Kadir.
ReplyDeleteMemeng betul.Najib membenteng belanjawan dalam belanjawan.Ia salah.Ia patut membentengkan Supplement Budget salepas habis debat.
Saya tak tahu siapa nasehat Dia.Pak Lah pun ada pada waktu itu dan ia tahu najib salah tapi ia benarkan.Mingkin nak malukan Najib.Dia nak memalukan Najib.
Ini lah politik.
Salam Dato',
ReplyDeleteDato' dan Azmin Ahmad.mp ada menyebut tentang cerita Najib di parlimen dua hari lepas.
Bagi saya mustahil Najib orang nombor dua negara dan bakal jadi orang nombor satu (maksudnya orang lama dalam politik) tak tahu protokol. Kalau nak kata setiausaha dia tak tahu, cikai sangat.
Walhal, sebenarnya, menunggu sehingga ke babak akhir baru nak umum pakej baru ekonomi tanpa mengambil kira faktor timing juga sudah salah etika sebenarnya.
Kesimpulan saya sendiri, Najib belum yakin dengan diri sendiri dalam menghadapi isu ekonomi negara. Sebab itu jugalah, saya meneka, Najib cuba mengelak dari perlu bersoal-jawab panjang-panjang dengan MP lain.
Betul kata Najib, kita kena bersedia menghadapi 2009. Cuma Najib belum sedar, beliau sendiri pun belum tentu bersedia dengan 2009.
p/s Dato' boleh bagi cadangan mana saya nak dapat teks ucapan Najib di parlimen tu? Sekali imbas, macam tak ada pun cerita baru. Nak juga kaji tengok.
Scribe,
ReplyDeleteAkhir kalam, renungkanlah kebenaran nasihat dan amaran Sheikh Abdullah Fahim --- “Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan berniat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina.”
PS: Sheikh Abdullah Fahim adalah datuk kepada Abdullah Ahmad Badawi.
I wonder when Najib can relate to that? Walauapapun, Taniah dan Syabas atas kejayaan UMNO memperolehi Presiden baru; dan Najib - moga berkekalan rumahtangga.
No, I think Najib can clean up the whole mess and do a real good job of it - his way.
And yes, Scribe, I think you are very witty. You wouldn't want to let the king cobra out of the bag would you?
teks ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2009 dari najib di sini >
ReplyDeletehttp://kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=1408
Politik Wang = Politik Rasuah..
ReplyDeletesama la tu... panggil penyodok (spade)..penyodok ler..
same product, only different packaging..
hukumnya pun sama..HARAM..yg subahat & penerima pun jatuh hukum sama..
tu pun kalau percaya Allah s.w.t wujud lah..
Kenapa ramai orang tertipu dengan momokkan anwar?
ReplyDeleteAdakah benar segala yang dikatakan anwar tehadap Najib?
Bagaimana dengan diri anwar sendiri?
Salam Dato' AKJ,
ReplyDeletePertembungan tiga penjuru dalam merebut jawatan TP UMNO @ TPM antara Muhyidin, Ali Rustam dan Mike Tyson.
BPR dan Lembaga Disiplin UMNO seharusnya lebih pro aktif bila pertembungan seperti ini berlaku dalam UMNO dengan meneliti perjalanan para calon sehingga Mac 2009.
Dua menteri dan seorang Ketua Menteri yang bercadang merebut satu kerusi TPM adalah suatu yang menarik untuk di pantau proses perjalanan/pelobian dan pengundian.
Muhyidin yang lantang bersuara semestinya bukan calon favourite untuk Najib gandingkan bersama kerana ia akan menyusahkan Najib untuk tahun pemilihan yang akan datang bila muhyidin "mengidam" kerusi Presiden.
Ali Rustam atau Mike Tyson adalah gandingan impian Najib kerana Ali KM dan pegang kerusi DUN sahaja dan Mike pula setakat senator yang akan ditamatkan penggalnya.
Adalah mustahil untuk Ali dan Mike diberikan kerusi Parlimen dengan senario politik tak menyebelahi BN buat masa ini, oleh yang demikian kedua-duanya akan kekal ditempat mereka walaupun jadi TPM, senario tersebut adalah lebih selamat buat Najib.
Mike seperti yang diketahui umum adalah jutawan dan amat setia pada bos dan akan sanggup "bersara" di kerusi TPM sampai bila-bila.
Ali Rustam pula telah diketahui oleh ahli UMNO dengan ketidak kecekapan beliau dalam memegang jawatan dan ini diperlihatkan dalam kerusi Naib Presiden.
Najib sehingga sekarang tidak mahu umumkan teammate beliau kerana takut teammate tak menang seperti terjadi dalam MCA.
Najib lebih selesa sekiranya Hishammuddin jadi TPM tetapi Hisham hanya bertanding NP sahaja.
PAU bulan Mac 2009 nanti kita akan melihat betapa banyak RM ditaburkan kerana tempoh berkempen yang panjang akan menyukar LD dan BPR membuat pemantauan, salah guna kuasa menteri dan penjawat awam pasti akan berlaku bila para pelobi berhabisan melobi para perwakilan.
Sehingga semalam untuk pencalonan dari bahagian sahaja, ada yang mampu membeli secara tunai 1.3 proton saga dan waja, bayangkan bila pengundian peringkat nasional berlangsung, mungkin Brabus pun mampu di beli secara tunai.
Pemimpin yang korup akan menjahanamkan negara.
Anak_Parit
Siapa untung dgn senario macam ni?
ReplyDeleteAgama kita ?
Bangsa kita ?
atau
bangsa dia?
agama dia ?
Siapa sanggup korban perasaan
'benci marah dendam hasad dengki '
demi utk agama bangsa dan agamanya di kalangan kita?
Salam Dato
ReplyDeleteBaru2 ini saya bertekak dengan seorang kawan. Kata saya PKR tidak mungkin dapat memerintah dengan baik atas satu alasan besar- PKR has no foot soldiers!. No party can run a country without foot soldiers. Marah dia.pelbagai alasan dan strategi yang diutarakan bahawa PKR mampu.
Pada pandangn saya keanggotaan sebuah parti politik itu mestilah merupakan a cross-section of the society at large. Keahliannya mesti meliputi seluruh masyarakat. Dari seorang tukang sapu kepada seorang koporat. Dari orang biasa kepada ulama. Dari suri rumah kepada datuk nenek. Then we can put it as the party is in touch with the masses.
PKR doesn't represent this scenario. UMNO yang dahulunya begitu utuh juga sudah terpalit dengan malaise ini. UMNO sudah tiada lagi foot soldiers. To join UMNO is for projects and contracts. Foot soldiers are promoted to rank holders- through their own whim and fancies. Politik wang is part and parcel of this new identity, a distorted representation of the Malay masses.
Evolusi ini akan menghancorkan UMNO if unchecked. But the momentum towards self destruction is so massive today that I am not sure if Pak Lah or Najib or whoever in charge can put a halt to it.
Personally, the upper echelon of UMNO leadership is perceived as too tainted by the people ( whether true or false is a different matter) that I am not sure if the process is reversible. But my bet is to let the present UMNO die a natural death and rebuilt an UMNO Baru Baru in place. But then..dream on...