[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[Versi Yang Dirombak/Revised Version)
PADA hari Jumaat, 16 Januari, akhbar arus perdana Berita Harian menyiarkan tajuk berita berbunyi “Harapan BN Cerah” dan meramalkan parti kerajaan pusat itu akan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Akhbar kembarnya, New Straits Times pula berkata : “Barisan Upbeat, Pas Edgy” (Barisan Yakin, Pas Gementar).
BH menokok tambah dengan menyiarkan temu ramah dengan Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak di mana Timbalan Presiden Umno itu menyangkal persamaan antara Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.
Utusan Malaysia memilih tajuk berita yang lebih neutral berbunyi “Jangan Terpengaruh Serangan Peribadi” dan semalam (17 Januari) menyiarkan tajuk ringkas “Siapa Pilihan Pengundi?”
Ternyata sekali BH dan NST membuat ramalan yang songsang sama ada kerana maklumat dan perisikannya tidak tepat atau kerana mahu menjaga hati pihak-pihak tertentu.
Seperti umum sudah maklum BN gagal mempertahankan Kuala Terengganu malah telah kalah dengan teruk.
Calonnya, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut dengan 2,631 undi. Dia memperoleh 30,252 undi berbanding Abdul Wahid yang memperoleh 32,883 undi.
Pengundi Kuala Terengganu nampaknya tidak termakan janji melangit yang dibuat oleh Umno dan BN malahan ahli dan penyokong Umno sendiri nampaknya masih marah dan menyimpan dendam terhadap kepemimpinan parti mereka.
Kekalahan ini pastinyalah memberi kesan yang besar kepada BN dan Umno, khasnya kepada Mohd Najib yang menjadi kepala perang Umno dan BN walaupun beliau berkata kekalahan itu tidak bermakna pengundi menolak BN dan memberi undi tidak percaya kepadanya.
Kekalahan ini sedikit sebanyak membayangkan yang pengundi Kuala Terengganu belum bersedia untuk memberi “endorsement” kepada beliau atau kepada proses pemulihan Umno dan BN yang diuar-uarkan itu.
Bagi Umno dan BN, kegagalan mempertahankan Kuala Terengganu memberi gambaran bahawa penolakan terhadapnya semakin meluas sejak pilihan raya umum Mac lalu.
Ini tentunya akan menyukarkan lagi kedudukan Mohd Najib apabila beliau mengambil alih pemerintahan negara Mac ini.
Tetapi seandainya beliau faham sentimen pengundi dan bersedia membuat perubahan yang drastik ke atas Umno, BN dan kerajaan selepas mengambil alih pemerintahan beliau mungkin dapat meredakan kemarahan pengundi khasnya dan rakyat jelata amnya.
Kekalahan di Kuala Terengganu adalah sumpahan dan bala yang sangat besar kepada Umno dan BN kerana ia adalah kerusi BN dan terletak di dalam negeri yang memberi sokongan yang sangat kuat kepada BN pada pilihan raya umum Mac lalu.
Gagal menakluki semula Permatang Pauh Ogos lalu tidak teruk kerana ia kubu Anwar Ibrahim dan terletak di dalam negeri yang menolak BN pada pilihan raya umum lalu.
Sekiranya Umno dan BN gagal memahami sebab musabab kekalahannya di Kuala Terengganu dan mengambil tindakan mengatasi kesilapannya, tragedi yang sama akan menimpanya pada pilihan raya kecil yang lain dan, yang lebih mendesak, pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak tidak lama lagi.
Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil.
Nyata andaian umum mengenai ketidaksuaian calon BN tetap apabila dia bukan sahaja gagal mempertahankan kerusi Kuala Terengganu sebaliknya kalah dengan teruk.
Janji pembangunan, penaburan wang dan kempen yang keterlaluan menyebabkan ramai pemilih berasa jijik. Begitu juga dengan peranan media massa arus perdana yang tidak berpijak kepada realiti apabila membuat laporan dan analisis menyokong Umno dan BN.
Boleh jadi juga pengundi masih belum puas hati dengan perubahan yang berlaku di Umno dan BN maka mereka terus menghukum Umno dan BN walaupun Abdullah sudah berjanji akan mengundurkan diri dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Mac ini.
Mungkin juga kaedah kempen “carpet bombing” oleh Umno dan BN, dan pergantungannya kepada jentera kerajaan, media massa arus perdana dan orang luar tidak lagi berkesan malah memualkan pemilih.
Kemenangan calon Pas membuktikan yang parti itu serta rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyatnya semakin kuat dan diyakini walaupun wujud perbezaan yang besar antara Pas dan DAP.
Apa pun, semua pihak wajib menerima pilihan yang dibuat oleh pengundi Kuala Terengganu itu.
To recap,
1. Umno and BN are not getting stronger, not yet;
2. The voters are yet to be fully convinced that they have changed;
3. Wan Ahmad Farid being the PM’s political secretary and is linked to Khairy Jamaluddin and 4th Floor was the wrong choice as a candidate;
4. Umno must be brave enough to acknowledge that Abdullah, Khairy, the 4th Floor Boys and some segments of the mainstream media are a liability during the by-election;
5. Mohd Najib is yet to sharpen his skills and be totally accepted as the anointed successor to Abdullah. He has own baggage that he needs to unload;
6. To make thing worse for Umno and the BN, Pas had successfully put up a much better candidate;
7. Umno and the BN have not changed their campaign tactics and styles. It's still the carpet bombing method;
8. The people are put off by the huge police presence and the presence of so many unfamiliar outside campaigners who are unfamiliar with KT;
9. The voters were put off by candidates of the Umno election this March using KT to “canvass” for votes or merely to show their faces to the party bosses;
10. Mixing local, national and international issues (Gaza) confused the voters;
11. Attempt to exploit the Hudud Law to pin down Pas and to stir up squabbles among PR parties backfired or had not affected the oppositions much;
12. The voters are getting more mature. They are not as easily spooked, intimidated and bribed;
13. They know now that the development money is their own money and are, therefore, entitled to it;
14. Mohd Najib, by not accepting defeat with humility, suggests the general arrogance of Umno and BN leaders and their inability to accept the fact that Umno and BN are no longer supreme;
15. Change or Umno and the BN will suffer further humiliation in the coming months and years, starting with the Sarawak state election;
16. For Umno, starts by firing those non-performing staff at its headquarters, remove those state liaison chiefs whose states fell to the opposition parties in the last general elections and not elect them to the Supreme Council in the March party election;
17. Come down from the high chairs. Stop from being treated like Kings, Lords and Masters. Sit on the plastic chairs with the rakyat and the voters. You are Wakil Rakyat. You are elected by them. You are not their Lords and Masters. They are, in fact, your Masters; and
18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.
Thank you and God bless.
Dato,
ReplyDeleteApabila BN mengumumkan nama calon, semua orang mula melihat ia akan kalah. Yang tak dapat melihatnya hanyalah pemimpin tertinggi parti.
Salam.
http://nobisha.blogspot.com
Saya mengikuti perbahasan analisis Astro Awani malam tadi dengan penuh khusyuk dan apa yang Datuk katakan sememangnya benar dan tepat. Dengan apa yang berlaku pada PRK Kuala Terengganu, jelas memperlihatkan UMNO sudah seperti mahu menamatkan riwayatnya sendiri namun apa ia langsung tidak disedari oleh pemimpin-pemimpinnya.
ReplyDeleteBagi saya, faktor parti dan calon (Wan Ahmad Farid) sendiri menjadi punca bukan sahaja kemerosotan undi yang memihak kepada BN tetapi kalah teruk dengan majoriti lebih 2k undi.
Apa pun Datuk...rakan-rakan journalist saya yang memang bertugas di Terengganu dan yang diarahkan berkampung di sana tersenyum lebar kerana bukan sahaja dapat duit poket yang entah berapa banyak...yang tukang berinya (BN dan Wan Ahmad Farid) pula beriya-iya minta journalist terbabit laporkan penafiannya kelmarin...hehehe.
Apa pun, tahniah kepada Pas terutama YB Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut..
Datuk,
ReplyDeleteProvokasi media arus perdana sanggat menyedihkan. Mereka masih mengulangi kesilapan yang sama pada PRU yang lalu. Mereka tidak belajar sesuatu dari mesej yang disampaikan rakyat tidak sampai setahun yang lalu. Nampaknya pelan peralihan Abdullah-Najib tidak menyakini pengundi. Justeru tekanan sepenuhnya terhadap kepimpinan Abdullah sebelum ini tidak bersifat total lagi. Semua pemimpian UMNO, BN dan Kerajan harus secara kolektif memikul beban penolakan rakyat ini. Mesejnya bukan PM dan pemimpian sahaja perlu berubah tetapi kaedah, sistem, dasar, agenda dan sebarang mekanisme bertindak harus merakyat dan membumi ke peringkat akar umbi!
Setiap niat & amal yg betul tuu akn mendapat hasil yg +ve. Mungkin juga rakyat Tganu merasa heran nape laa negeri depa masa PRU 12 dulu xleh joint 5 negeri PR. Hmm rakyat nii dh x larat nk bg isyarat, lagu tuu jugak kelaku!!
ReplyDelete(asap hijau)
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya adalah antara hampir 8 ribu rakyat yang menunggu keputusan didepan stadium negeri Terengganu malam tadi. Bila keputusan rasmi diumumkan, laungan takbir dan sorakan gembira berkemundang..saya ngaku memberi undi pada Pas, namun hati saya tidak dapat turut sama bersorak meraikan kemenangan pilihan saya. Kepuasan iya, gembira tidak.
Ternyata Najib masih tidak dapat menerima kenyataan. Saya masih percaya kepada BN tapi bukan kepimpinannya. Saya masih yakin bahawa BN saja yang mampu menjaga Malaysia tapi bukan barisan kepimpinannya yang ada sekarang terutama pemimpin Umno.
Pemimpin Umno menyeru rakyat memilih konsep BN, tapi katakanlah BN yang menang KT, pemimpin Umno akan perasan rakyat memberi sokongan pada mereka. Dan bila ternyata BN kalah, Najib pula kata beliau tidak percaya rakyat beri undi tidak percaya kepadanya.
Habis tu nak buat macamana lagi ?? Kepada Najib dan para pemimpin Umno sekarang - Apalagi yang rakyat seperti saya harus buat supaya anda semua dapat menerima mesej bahawa rakyat masih menyokong BN tapi waktu sama tidak mahu anda semua yang menjadi pemimpinnya ?????
Mungkinkah ini disebabkan kemarahan rakyat yang melihat para pembesar yang tidak membela rakyat khususnya berkaitan dengan harga barangan yang masih belum diturunkan termasuklah bil-bil yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dan syarikat-syarikat kerajaan. Harap-harap adalah kesedaran para pembesar negara di dalam hal ini.
ReplyDeleteDitambah pula sekarang ini ramai yang diberhentikan kerja. Pengundi akan sayangkan pemerintah seandainya mereka membela nasib rakyat. Membela dalam ertikata memudahkan kehidupan rakyat jelata!.
Kemarahan masih membuak-buak akibat kenaikan harga minyak tempoh hari dan ianya masih belum diubati sepenuhnya sehingga kini. Ya, harga minyak dah diturunkan tetapi harga-harga lain ada yang masih belum berubah. Masyarakat berpendapatan rendah masih mempersoalkan perkara ini.
Selain itu, selagi pembesar yang telah dibenci oleh rakyat tidak berundur, selagi itulah sokongan rakyat tidak akan diperolehi. Dah benci, takkan nak sokong pula.
Kecualilah ada perubahan yang dibuat untuk menggembirakan kehidupan rakyat jelata pada masa ini yang berasa sedang dihimpit kesesakan hidup! Barangkali para pembesar tidak merasainya kerana mereka golongan berada. KEHIDUPAN RAKYAT PENUH DENGAN HUTANG!.
Assasalamualikum Dato' dan semua pembaca.
ReplyDeleteNampaknya kali ini BN khususnya Umno masih tidur dibuai mimpi. Kenyataan Najib selepas keputusan PRK P36 nampaknya beliau belum sedar apa yang sedang berlaku. Atau kalau sedar pun buat-buat tak sedar.
Taktik dan cara berkempen masih sama dengan PRU12 dan permatang pauh dan tak hairanlah kalau ada PRK atau PRU13 sekalipun pada masa akan datang, taktik dan cara berkempen yang sama juga akan digunakan..dan UMNO/BN sudah tentu menerima kekalahan yang serupa.
Tekanan pada Najib sudah tentu berganda selepas ini kerana beliau sudah mengatakan bahawa umno/BN perlu menang pada PRK kali...tapi kalah dengan majority yang lebih besar...
Kemenangan PAS pada kali ini merupakan satu momentum terbaru pada PAS dan PR amnya. Manakan tidak tanpa peruntukkan wang yang besar pun masih berupaya menang.
Apa lagi umno/BN mahu perkatakan selepas ini..yang jelas rakyat telah "berkata-kata" pada umno/BN. Cuma umno/bn masih dibuai mimpi tak paham apa yang diperkatakan oleh rakyat...atau buat-buat tak paham...
Salam Dato',
ReplyDeleteSecara tidak langsung, Dato' telah menjelaskan kenapa semakin tidak ramai yang mahu bersumberkan MSM.
Dato' juga kata, "Jelas daripada keputusan Kuala Terengganu bahawa pemilihan calon dan penanganan isu tempatan adalah kunci kejayaan dalam pilihan raya kecil."
Sebenarnya rakyat Malaysia tidak terlalu cerewet. Dua perkara yang Dato' sebut itu iaitu jaga kualiti calon dan tangani isu tempatan. Ini sahaja yang perlu diberikan kepada pengundi.
Walaupun nampak Najib gagal tapi itu bukan isu asas. Lebih tepat lagi Najib dilihat belum keluar dari bayang-bayang Pak Lah apabila Wan Ahmad Farid dicalonkan.
Satu yang tidak disentuh Dato' ialah sokongan MCA dan Gerakan yang separuh jalan dan sokongan MIC yang tidak berjalan.
Nak benar-benar tahu samada BN sudah berubah atau tidak, kita tunggu laporan post-mortem BN.
Harap-harap tidak ada lagi sikap "denial".
p/s Di Permatang Pauh, DAP dan PAS sudah berkempen untuk PKR. Di KT, PKR dan DAP sudah berkempen untuk PAS. Bukan mengharapkan sesiapa mati, cuma teringin nak tengok bagaimana keadaan apabila PKR dan PAS berkempen untuk calon DAP. Terutama kempen PAS untuk DAP. Baru lengkap kita tengok sejauh mana keteguhan PR.
Datuk A Kadir Jasin!
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan beberapa perkara yang diutarakan oleh Datuk iaitu pertamanya akhbar arus perdana masih lagi membuat ramalan yang songsang, yakni tidak berpijak di bumi realiti. Ini amat berbahaya pada pandangan saya, kerana akhbar seperti ini tidak akan mendapat perhatian lagi selepas ini, walaupun sekarang ini pun sudah banyak ruang di dalam akhbar arus perdana yang telah diambilalih sedikit-demi sedikit oleh akhbar alternatif. Dan memang pun tidak adil bagi akhbar-akhbar arus perdana bersikap semacam itu, terhadap parti pembangkang, yang akhirnya mereka juga yang terima padahnya. Please! ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku. Baik pihak editorial akhbar tersebut, maupun pemegang saham atau pun ahli-ahli politik[sekiranya ada yang memainkan peranan], untuk tidak berterusan begini. Saya sayangkan akhbar BH, UM, NST tetapi pihak anda pun kena perbetulkan keadaan.
Dan yang keduanya, seperti biasalah pada setiap pilihanraya kecil, pihak BN akan menaburkan duit dan janji. Ini pun sudah menjadi satu amalan yang nampaknya seperti membazir dan dibuat-buat. Yang pada pandangan saya, rakyat Malaysia sudah semakin matang berpolitik, iaitu mereka bukan lagi boleh dibeli dengan janji manis[yang sebenarnya ada agenda di sebalik janji-janji tersebut]dan naterial. Tetapi nampaknya pihak pemimpin pula yang masih belum dapat mengubah tradisi yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai menjijikkan tersebut.
Dan akhir sekali saya sangat berharap, agar YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dapat membaca apa yang tersirat melebihi daripada apa yang tersirat, kerana pada masa sekarang, sudah tiada lagi, apa yang tergambar pada luaran itulah yang di dalam. Bak kata pepatah berani buat berani tanggung. YAB Datuk Seri Mohd Najib haruslah mengambil langkah yang drastik untuk beberapa bulan lagi sebelum bulan Mac, untuk menawan kembali hati rakyat Malaysia yang mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri.
BETUL SEKALI...MUAK DAN TERLEBIH2...MEDIA PERLU JUJUR .JANGAN MEMBODOHKAN ORANG RAMAI DGN BERITA MENGAMPU DAN TIDAK LOGIK DGN KEADAAN SEBENAR.
ReplyDeleteitulah BN, Jangan sombong, asyik2 kutuk peribadi anwar dan pemimpin2 warak seperti nik aziz, ustad hadi dan lain lain.
ReplyDeleteCukuplah Umno, jangan kutuk2 peribadi2 warak lagi.
Ini tidak, bodoh sombong da'ah lalu.
Habislah UMNO..GONE CASE! among malays!
Semua orang dah terima hakikat kemenangan BN tu.
ReplyDeleteAhli UMNO banyak yang terima hakikat UMNO tunjang BN semakin ditolak rakyat dan perlu buat rebranding dan membersihkan kekotoran - hasad dengki, rasuah dan lain-lain dan fokus kepada kebajikan rakyat.
Yang tak boleh terima hakikat ialah Abdullah Badawi, sebab tu dah nak pencen dah dia buat-buat sibuk lagi. Orang dah bagi hint, dah cakap terang-terang lagi suruh dia letak jawatan, dia buat bodoh je. Business partner anak dia kena sekatan oleh U.S. sebab ada link kepada pengganas pun, dia boleh buat bodoh lagi. Ataupun dia memang bodoh?
Sakitnya hati aku!!!
kalau zaman tun M dlu mesti dah guna politik balas dendam..wang royalti ditarik balik, janji2 pilihanraya hanya tinggal janji...
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato'
ReplyDeletePada pandangan saya, untuk memulihkan kekuatan UMNO/BN, mereka hendaklah cuba untuk mula buat perkara yang rakyat hendak:-
1. Hapuskan rasuah secara total
2. Letakkan kepentingan negara dan rakyat di hadapan, bukannya kepentingan segolongan pihak dan beberapa individu untuk membolot kekayaan negara ini
3. Polis jangan kejam sangat terhadap rakyat yang tidak menyokong kerajaan BN/UMNO, dengan menggunakan alasan "menegakkan undang-undang. Memukul, menembak, membelasah rakyat yang menyokong pembangkang adalah kebencian rakyat yang agak paling utama
4. Media arus perdana hendaklah dibebaskan untuk membuat laporan berlandaskan kebenaran bukan bersandarkan kepada agenda setengah pihak dan membohong terang terangan. Rakyat sudah amat muak. Bila BN/UMNO nak sedar strategi menggunakan media sudah tidak efektif lagi. Biarlah media bergerak bebas, dosa pun boleh dikurangkan.
5. Pemimpin BN/UMNO samada dari peringkat atas sehinggalah yang ke akar umbi jangan lah berlagak dengan kekayaan yang mereka perolehi dari kedudukan dan pangkat mereka. Rakyat menyampah. Ubahlah nawaitu, benar benar lah berjuang untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan masuk BN/UMNO jadi pemimpin untuk menjadi kaya raya.
6. Berlaku adillah kepada semua rakyat (walaupun di negeri negeri yang diperintah pembangkang). Orang akan lebih sayang kalau anda berlaku adil.
7. Cuba beri peluang kepada semua rakyat untuk mendengar kedua-dua belah pihak tanpa "filtering". Kalau BN/UMNO di pihak yang benar, tentu rakyat akan sokong dan undi mereka
7. Bebaskan semua tahanan ISA yang ditangkap menggunakan undang-undang tapi niatnya sangat jahat. Walau apa pun hamid albar kata, rakyat sudah tidak percaya. Selagi tahanan2 ini masih dikamunting, selagi itulah BN/UMNO tidak akan dapat bermula dengan proses penyucian dan peralihan
8. Undang undang yang jahat seperti ISA, AUKU, etc hendaklah dibatalkan. Selagi "stain" ISA ini ada di pihak kerajaan, selagi itu lah, mereka tidak akan dapat bermula dengan proses pemulihan.
9. Janganlah berani sangat mempersendakan hukum Allah. Kalau pun tak nak laksanakan hukum Allah, jangan lawan terang terangan.
Saya rasa banyak lagi benda benda yang perlu dilakukan untuk memulihkan sokongan rakyat kepada UNMO/BN, tetapi isu isu di atas adalah sebagai satu permulaan yang baik.
Azahari
It is clear Dato', something is not right with Najib.
ReplyDeleteUMNO members must be sincere and be honest to say the truth that their leaders are being rejected by the masses.
It is not Wan Farid the people dislike but Dato' I think you know who!!!
I saw you live on AWANI TV, you were still hinting on Pak Lah but I don't think so, or else do you want people to believe that Najib and the rest have no balls to disagree on the choice of candidate?
As I have said earlier the people will continue to send the same message to UMNO come yet another bye election.
Orang orang UMNO "tepok dada tanya selera", it's about leadership, musnah nya kerajaan Melaka sama yang berlaku dengan UMNO sekarang ini. History repeats itself!!!dh9753.
Dato' yang dihormati,
ReplyDeleteUMNO dan BN telah kalah.Kerajaan telah kalah.Sebabnya banyak.Tetapi, dari segi adaptabiliti, saya brpendapat pembesar UMNO harus melihat diri sendiri supaya boleh menjadi sesuai dengan perubahan-perubahan di dalam persekitaran masa kini.
Bolehkah Pembesar umno mengatururus kehendak persaingan di masa-masa akan datang?
Bolehkah pembesar UMNO menerima kritik dan maklumbalas ikhlas dari Ahli-ahlinya?
Dengan kekalahan yang memalukan ini, Pembesar UMNO dan BN harus mngambil Pendekatan bagi membawa perubahan-perubahan atau mencari metoda yang sesuai dan terbaik pada situasi yang akan mendatang.
-Makan gaji
Hahaha!
ReplyDeleteAda seorang pengulas di sini cakap utk memulihkan UMNO kena "hapuskan rasuah secara total".
Hahahaha!
Tidakkah dia faham bahawa kalau nak menghapuskan rasuah secara total kena mansuhkan UMNO tubuh parti baru?
Sebab rasuah tu dah masuk urat darah dan anggota badan UMNO dah!
Kebanyakan pemimpin dari yg paling kecil ke yang besar tangan mereka hitam dengan rasuah dalam satu segi atau lain.
UMNO oh UMNO... bila tarikh nak talqinkan UMNO ya?
Kita dah ada satu Barisan alternatif, iaitu Pakatan Rakyat, yang boleh mentadbir negara tersayang kami. BN bukan gabungan sulung lagi yang ada 'mandat' utk mentadbir negara.
Pilihanraya umum yang akan datang... habislah kau UMNO dan BN... kau tunggu tengok.
dato,
ReplyDeletemy view is BN got rejected not because of the choice of candidate; it is being rejected due to the *branding* / *image* to the brand itself ... Barisan Nasional...
creative
ONG TA KUT (MCA) WHAT SAY YOU ON THIS CONVICING WIN BY PAKATAN RAKYAT.
ReplyDeleteTHE CHINESE ARE NOT AFRAID OF HUDUD LAW.
LIKE I SAY WHATEVER EXISTING LAW WILL NOT APPLY AS LONG AS YOU ARE A LAW ABIDING CITIZEN.
ONLY CRIMINALS OR PEOPLE WITH BAD INTENTION ARE AFRAID OF HUDUD.
EXAMPLE PEOPLE FROM BN UMNO MCA MIC GERAKAN WHO ARE WORRIED ABOUT LOSING THEIR HAND.
Salam sejahtera Dato',
ReplyDeleteFor me, the moment that Pak Lah says BN is gonna win the election on TV, I thought thats it..they'll definitely lose..
And despite what they've said over and over,..i don't think they'll learn anything from this defeat either..
cheers!
salam dato,
ReplyDeletesetuju terutama pada ayat akhir dato...tolong jgn muakkan rakyat dgn keletah bini dan anak pinak yang lebih lebih...tolong jgn guna jwtn untuk laris niaga...macam kes kmterian pgankutan skarang...tolong jgn bodoh bodohkan orang...awak 2x kena bodoh nanti...mmmm
Tok Scribe,
ReplyDeleteFirst things first, tepat not tetap please.
A case of people's empowerment triumphs over the might of UMNO. So, UMNO is beatable when all is fair and square. UMNO can win again if it wants to ... change the disgusting old ways. However, some of the candidates vying for the top posts in March are a cause for concern. Is UMNO so bereft of high quality leaders?
Dato`
ReplyDeleteUMNO secara khususnya haruslah faham bahawa PEMIMPIN TERTINGGI mereka telah ditolak oleh rakyat.HARUS DIBEZAKAN antara pilihan UMNO dan pilihan RAKYAT.PEMAHAMAN SAYA DISINI BAHAWA MAJORITI ATAU KESEMUA AHLI UMNO ADALAH RAKYAT tetapi MAJORITI RAKYAT BUKANLAH UMNO.
PENOLAKAN OLEH RAKYAT ADALAH JELAS BAHAWA MEREKA MENOLAK PAK LAH PADA PRU12 DAN KINI AMAT JELAS BAHAWA KINI RAKYAT JUGA TIDAK MAHUKAN NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PM UNTUK RAKYAT MALAYSIA.
NAH!...SEKARANG PISAU DAN MENTIMUN DITANGAN UMNO.... ADAKAH ANDA MASIH MAHUKAN NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PRESIDEN UMNO TETAPI AKAN TEWAS DALAM PRU13 NANTI.
WASSALAM
Datuk,
ReplyDeleteKekalahan UMNO di PRK Kuala Terengganu ini adalah satu rahmat yang tak ternilai harganya.
Ia memberi peringatan terakhir yang amat keras pada para perwakilan UMNO yang bakal bersidang pada bulan Mac nanti agar tidak tersilap memilih pemimpin. Silap pilih jahanamlah diri!
Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir boleh kembali menarik nafas lega. Undi para perwakilan akan kembali kepada sentimen "survival" UMNO dan bukan "survival" isi perut dan kepentingan diri yang kembali menjadi-jadi sejak tamat mesyuarat bahagian-bahagian UMNO satu dua bulan lepas.
Hadi Awang, Mustafa Ali dan PAS Terengganu pun boleh kembali bersemangat menentang puak Erdogan PAS yang sebelum ini menunggu masa untuk menghentam lumat PAS Terengganu andai mereka tewas di PRK Kuala Terengganu ini.
UMNO tewas.
Pak Lah tewas.
KJ tewas.
Anwar tewas.
Husam Musa tewas.
Erdogan PAS tewas.
PAS menang.
Hadi Awang menang.
Mustafa Ali menang.
PAS Terengganu menang.
Muhyiddin menang.
Mukhriz menang.
-sinbad-
Assalamualaikum wbt.,
ReplyDeleteMelalui keputusan PRK KT yang memihak kepada parti PAS/PR mencerminkan bahawa gelombang krisis keyakinan rakyat teramai kepada kepimpinan UMNO/BN sudah sampai keperingkat yang amat parah dan membarah.
Seandainya jika diadakan pilihanraya umum sekali pun dalam waktu terdekat ini, besar kemungkinan rakyat akan memilih PR memerintah kerajaan pusat dan negeri-negeri. Tindakan rakyat sedemikian adalah untuk menghukum pemimpin dan parti-parti (BN) yang telah mengkianati amanah yang diberikan selama ini.
Sebenarnya rakyat sudah bosan dan jelak dengan gelagat dan lakunan para penguasa.
Dalam hal ini, saya lihat DS AAB sedar phenomina yang berlaku. Walaupun beliau telah cuba berbagai cara untuk membaiki keadaan kucar kacir yang berlaku, namun segala yang di usahakan tidak menjadi. Ini adalah kerana kecelaruan dalam rumah tangga BN itu sendiri sudah tidak dapat di kawal lagi.
Nasihat Pak Brahim, kepada para kepimpinan UMNO/BN eloklah muhasabah diri sebanyak mungkin. Sedarlah bahawa dunia yang kita huni ini ada kerajaanya, sementara kuasa yang diberikan itu adalah amanah yang sementara dari YANG MAHA BERKUASA. KUASA MEMBERI DAN MENGAMBIL TETAP BERADA DI TANGAN YANG MAHA KUASA. BERIMANLAH KITA SEMUA SEBAGAI HAMBA-HAMBANYA YANG MAHU BERFIKIR.
Assalamualaikum wbt.,
ReplyDeleteMelalui keputusan PRK KT yang memihak kepada parti PAS/PR mencerminkan bahawa gelombang krisis keyakinan rakyat teramai kepada kepimpinan UMNO/BN sudah sampai keperingkat yang amat parah dan membarah.
Seandainya jika diadakan pilihanraya umum sekali pun dalam waktu terdekat ini, besar kemungkinan rakyat akan memilih PR memerintah kerajaan pusat dan negeri-negeri. Tindakan rakyat sedemikian adalah untuk menghukum pemimpin dan parti-parti (BN) yang telah mengkianati amanah yang diberikan selama ini.
Sebenarnya rakyat sudah bosan dan jelak dengan gelagat dan lakunan para penguasa.
Dalam hal ini, saya lihat DS AAB sedar phenomina yang berlaku. Walaupun beliau telah cuba berbagai cara untuk membaiki keadaan kucar kacir yang berlaku, namun segala yang di usahakan tidak menjadi. Ini adalah kerana kecelaruan dalam rumah tangga BN itu sendiri sudah tidak dapat di kawal lagi.
Nasihat Pak Brahim, kepada para kepimpinan UMNO/BN eloklah muhasabah diri sebanyak mungkin. Sedarlah bahawa dunia yang kita huni ini ada kerajaanya, sementara kuasa yang diberikan itu adalah amanah yang sementara dari YANG MAHA BERKUASA. KUASA MEMBERI DAN MENGAMBIL TETAP BERADA DI TANGAN YANG MAHA KUASA. BERIMANLAH KITA SEMUA SEBAGAI HAMBA-HAMBANYA YANG MAHU BERFIKIR.
I hold Najib solely responsible for this ignominious defeat. It is about the Nation's leaders' credibility and he none. You can't create credibility through Umnp/BN media. Najib said the candidate was chosen unanimously by Umno and especially by himself and Pak lah. If Pak lah was the sole man who chose the candidate, it would have been something, but Najib denied it in a press conference and said he was for it and chose the same man. That said, even if the candidate is bad, if the pple have had confidence in Najib, they would have elected him, bcoz Najib will be the PM and the leader of Umno not Wan Farid. There are pple who don't like some PR MPs but will vote for them bcoz they were fielded by PR leaders. Credibility of the leader is what makes a party perfect. Once you have a strong (not through police force)leader who also has credibility, then the voters will stay with you. Remember, Dollah won bcoz of reforms not that he was going to be an ultra man. Once the reforms failed, he was rejected. Once he was thrown out by Umno, his inheritor is rejected and loathed more than Dollah. The back stops at Najib's door. He led the campaign, said he too chose Wan farid, spent millions on daily basis, used threats, bribery (of even journalists), visited KT daily, brought all Umno leaders and BN supporters to KT, fought in a state ruled by Umno with 2/3 majority, and then he failed. How can we blame Dollah for that? He even didn't care about the by-election and he is enjoying his holidays. Najib is already the PM. He needs to know that pple don't want him at all. Imagine if a General Election is held now? PR will romp to a crushing win, may be 2/3 majority.
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteRata2 orang dah meluat dengan kesombongan UMNO.
Orang juga meluat dengan TV1,TV3,Prima dan lain2nya.Seolah2 penonton tak pandai menilai apa yang sebenarnya berlaku.
Surat khabar menambahkan lagi kemeluatan rakyat.
Pemimpin Umno di peringkat bawah seperti JKKK juga banyak merosakan UMNO.Kerana depa juga mengisi tembolok masing2.
Kerana kokok berderai2 dan ekor bergelumang tahi , tunggulah masa untuk UMNO angkat bungkus.
Gelagat orang Melayu ni macam kadok menaiki junjung.
"... He has own baggage that he needs to unload;"
ReplyDeleteI don't think he'll unload Rosmah Dato'
:-)
UMNO tidak lah kalah teruk sangat seperti di Permatang Pauh. Di KT, UMNO dan PAS masih memperoleh undi yang seimbang.
ReplyDeleteTetapi PAS mungkin boleh menang lebih besar kalau media perdana seperti Utusan Malaysia, NST, TV3 dan RTM dapat bersikap lebih bebas.
Dato'
ReplyDeleteDari dulu lagi saya lihat dato' berkali kali menyuruh adli UMNO berubah perangai dan lebih mementingkan kepentingan orang melayu lebih dari kepentingan diri sendiri....Nampak nya semuanya "fell on deaf ears"
Najib dengan watak yang bertraditional dan berkelakuan royalti tak mungkin akan berubah dan tak akan dapat ubahkan parti...
Saya rasa lebih baik kita lihat dari sudut "write off UMNO" dan berusaha untuk menyiapkan front yang peogressive untuk masa depan Negara.
Politikus Bandar
Alhamudillah dan Tahniah di atas kemenangan PAS (secara tidak langsungnya PR).BN dan pemimpinnya masih lagi tidak mahu muhasabah diri dan begitu juga para ahlinya. kekalahan umno (BN) bukan disebabkan ianya umno tetapi pemimpin mereka yg masih dipilih dan disokong olih ahli. Ramai pemimpin umno yg mempunyai rekod yg buruk termasuklah najib dan wan farid sendiri!. Bila PR mengatakan itu dan ini pada pemimpin umno, mereka tak percaya, bila ratusan repot polis dibuat terhadap pemimpin tertentu umno, apa yg terjadi?..semuanya dibakul sampahkan?, Rakyat menyampah ini semua. Nampak sangat ketidakadilan. kalau report kat pemimpin PR, kemain cepat BPR atau polis bertindak! Rakyat menyampaj ini semua...banyak lagi isu-isu yg besar...kalau umno nak bungkus next election teruskanlah status quo ini..
ReplyDeleteSalam Dato' AKJ, mohon diberikan laluan untuk memberi komen.TK.
ReplyDeletePandangan saya:
1) BUKTI JELAS, RAKYAT MENOLAK PENTADBIRAN PAK PAKDIR DSAAB.
2) BUKTI JELAS, PENGUNDI SILENT MAJORITY (UNDI PENENTU) TIDAK MEMIHAK KEPADA BN.
3) YA. RAKYAT MARAHKAN BN KHUSUSNYA UMNO.
Pemimpin BN & UMNO, sombong.
UMNO perlukan perubahan besar. SINGKIRKAN, Orang DSAAB, KJ, Kaki Ampu, Mr YES dan kuncu-kuncunya yang menjadi liability kpd parti UMNO dan BN.
PAS kini menjadi parti alternatif kepada orang Melayu.
Benar kata Tun Dr Mahathir, Pak Pandir DSAAB telah merosakkan BN. Kepercayaan rakyat terhadap BN sudah terhakis.
Terima kasih
Rohaizat Zainal
Bandar Baru Bangi
reading the post and some of the comments, it makes me wonder...why do the supporters of umno can't see that umno is beyond saving?
ReplyDeleteumno dah terlalu rosak. rebranding ke, pembersihan ke will not do any good.
the only way out for the good people who support umno, is this: just leave and join PAS.
DO THE RIGHT AND BRAVE THING. SIMPLY DISBAND AND JOIN PAS.
bagi kalangan yang dah rosak teruk, corrupt dan tak boleh baiki lagi tu...well, these people can form another parti. call it parti pak man telo.
You forgot....
ReplyDelete19. Using Ezam and his "box tricks" backfired, people do not like hippocrites anymore. People has no respect for someone like Ezam, only the hero worshippers among UMNO.
Membaca akhbar arus perdana hari ini masih sahaja sama nadanya.
ReplyDeleteKalau demokrasi di Malaysia subur
UMNO sudah lama terkubur...
Yang menanti Paklah melawat Dubai,
Fudzail
http://1426.blogspot.com/
Salam Dato',
ReplyDeleteTahniah kpd PAS kerana memenangi PRK KT dgn majoriti yg bergaya. Salah tekaan saya sebelum ini yg merasakan calon BN akan menang. Meminjam tag-line siri Survival, "the rakyat had spoken..".
Kalaulah BN khususnya UMNO nak betul2 belajar dari episod PRK KT ni memang banyak yg boleh dipelajari. Antaranya, (i) rakyat dah semakin celik erti demokrasi sebenar (ii) PR is a formidable alternative to BN (iii) taktik2 ala "carpet bombing" semasa berkempen dah tak berkesan lagi dizaman internet ni ( yg juga zaman hampir setiap isi rumah ada seorang atau lebih graduat universiti) (iv) golongan pengundi muda yg peka politik lebih cenderung kpd parti yg mengutamakan meritokrasi dan tranparensi berbanding UMNO yg bergelumang dgn kronisme, nepotisme, politik wang, dan amalan sistem kuota yg tak demokratik.
Soalnya bolehkan UMNO menang mcm dulu-dulu? Saya yakin UMNO boleh kalau persepsi rakyat kpd UMNO mcm masa PRU 11 (2004). Masa tu Pak Lah dilihat sebagai Mr Clean (sayangnya sekarang tak lagi..). DS Najib tidak dilihat sebagai Mr Clean, malahan UMNO tak dilihat clean lagi. Itulah cabaran besar bagi UMNO.. to clean itself..boleh ke?
Pak Hj JB
Salam Dato'. As an UMNO supporter for the last 25 years, I am actually very happy that UMNO/BN lost the KT byelection. Now real reforms under Najib could start and Najib must now show that he IS the strong leader that we all hoped he is. UMNO and Malaysia has had no strong leadership for the last 5 years.
ReplyDeleteThe points that you noted are very relevant and needs to be read by UMNO members and the leadership especially UMNO President elect Najib.
UMNO at this time has shown that it is not fully committed to the reforms that is needed for it to survive and remain relevant come the next GE 13 in 2012. In the recent nomination process for the UMNO elections just look at the candidates who managed to get nominations for the senior posts. Ali Rustam, Mat Taib, Rahim Thamby Chik and Zahid Hamidi are not exactly politicians who would inspire confidence in the people of Malaysia. The recent debacle on the privatisation of IJN also shows clearly that UMNO/BN leadership are out of sync with the wants of the rakyat.
With the loss in KT, Najib must use this as a golden opportunity to focus all UMNO towards reform. Najib must use his vast clout and machinery to ensure the right candidate and NOT the most popular(money) candidate wins the Senior UMNO positions in the Supreme Council, the Vice President Posts and finally the Deputy President Post.
Najib must start today, by congratulating PAS for nominating the right candidate and then taking full responsibility for the KT byelection defeat.
Abdullah and his elks are irrelevant, DAP,PKR and PAS loose coalition is now at the BN main gate. Najib must start the UMNO reform process now, its survival as a viable Government is at stake.
Salam,
ReplyDeleteRakyat sudah membuat keputusan dan yang pasti, PAS sudah menang. Tidak begitu menghairankan kerana di situ sudah sememangnya kawasan yang tidak memberi kelebihan kepada mana mana pihak. Kemenangan itu adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, ada yang bersandarkan kepada isu nasional maupun isu tempatan. Bagi BN, walau sesiapapun yang menjadi calonnya terpaksa berhadapan dengan tentangan dari pembangkang dan juga berhadapan dengan penentang didalam BN@UMNO itu sendiri. Berhadapan dengan PAS@PR adalah biasa dan merupakan sesuatu yang boleh diterima tetapi masalah yang paling besar bagi UMNO@BN ialah terpaksa berhadapan dengan penentang penentang di dalam parti itu sendiri. Sukar bagi kita untuk menyalahkan penentang penentang yang wujud di dalam UMNO ini kerana mereka ada alasan tersendiri untuk tidak mengikut arus kepimpinan semasa. Jiwa dan hati mereka masih dengan UMNO dan rasa berat untuk 'mengisytiharkan' diri sebagai ahli PAS@PR kerana masih 'menyakini' bahawa UMNO adalah sebenarnya wadah kepada perjuangan umat Melayu dan juga Islam di Malaysia ini. Melalui pengalaman dan pemerhatian saya, jika kita terbabit dalam golongan yang melawan 'arus' dalam parti, kita akan dilayan lebih teruk dari pembangkang! Kita akan di hentam dan di label sebagainya hingga sukar untuk 'panggung' kepala. Ada ada saja 'peluru' yang datang kepada kita dari 'kawan-kawan' UMNO itu sendiri. Akhirnya kita akan 'tersadai' dan 'mati' semangat untuk berjuang dan 'membiarkan' sahaja parti di urus tadbir oleh puak puak yang 'menang'. Tetapi apabila pilihanraya, maka dihamburkan kata kata bahawa semua orang adalah penting dan bernilai, tetapi selalunya semua ini sudah terlambat.. Ramai orang orang hebat di dalam UMNO yang tersisih dan di ketepikan. Kita kena akaur bahawa akal dan semangat mereka adalah seumpama api dan sentiasa membara walaupun tinggal arang. Dan dari 'arang' yang di 'buang' oleh UMNO dikutip pula oleh Anwar Ibrahim.. Beliau berjaya meniup kembali 'arang-arang' ini menjadi bara dan kini semakin membakar di seluruh pelusuk negara. Oleh itu kita seharusnya menilai setiap orang itu dengan adil dan berhemah. Janganlah dipergunakan hanya untuk mencapai matlamat dan kepentingan peribadi sahaja. Janganlah 'memperkudakan' parti demi kebahagiaan diri,kaum kerabat dan juga kenalan sahaja. Sukar untuk kita keluar dari 'lubang' seandainya tali yang dibaling kepada kita sudah 'reput' dan 'licin'. Walaupun ramai yang melihat UMNO dan BN makin lemah tetapi jika mereka pandai 'mengutip' kembali 'arang-arang' yang dibuang dahulu, mungkin ada yang boleh di'tiup' kembali untuk menjadi api yang bakal bercahaya menerangi malam yang gelap gelita...
Datuk, biar saya terus terang. Rakyat bukan MARAH. Rakyat sudah MELUAT.
ReplyDeleteMarah boleh pujuk. MELUAT tu, marah, muak, mual dan segala rasa benci pada tahap yang maksima.
BN nak buat baik cara apa pun rakyat tak makan lagi.
Sudah lama sangat dengan sombong, bongkak, angkuh, penting diri sendiri, tindas, zalim dan segala punya tipu dan muslihat.
Rakyat sedang tunggu PRU yang akan datang.
Sudahlah.
Cukuplah.
tahniah buat rakyat kuala terengganu kerana memberikan kemenangan kepada calon yg benar2 layak dan berintegriti. ternyata tsunami poltik yg melanda pada 8 mac lalu masih kuat momentumnya.
ReplyDeletearah tsunami seterusnya adalah pilihanraya dun sarawak dan saya sebagai pengundi di sarawak tak sabar2 menanti tsunami. seperti dilaporkan dalam blog dan media beberapa minggu lalu, berbondong2 rakyat sarawak sudah menyertai pkr. seperti dijangka fenomena ini cuba di 'downplay' oleh pemerintah. tapi umum sudah menjangka akan berlaku perubahan politik di sarawak nanti.
Dear Dato AKJ,
ReplyDeleteWhen will UMNO get the message. It is so clear to us rakyat that we want credible leaders. UMNO might still be relevant provided they completetly overhaul the way they manage the party. I SUGGEST (sorry) Dato Seri Najib that you truly eat your humble pie and read the message of the rakyat. You have a blog and I gather many are giving their comments to you directly. There are many giving comments in this blog directed to you. Take it seriously and act on it. We still love UMNO/BN but the way you are still denying that there is a real problem in UMNO you will suffer in the the next election. Have someone to read all the political blogs. There are lots of information that you may gather from us bloggers. Get rid of your own 4th floor boys and start LISTENING to your heart and the rakyat. Enough is enough and get cracking. We want credilbe leaders.
saya sendiri sebagai pengundi di Kuala Terengganu sangat merasa terharu , kenapa baru sekarang atap baru di tukar, jalan baru diturap, duit poket banyak dapat, dua ratus , tiga ratus, sekadar itukah harga nilai undi yang akan menentukan masa depan mereka? BN terlalu mewah menggunakan wang rakyat sesuka hati mereka, mereka masih tidak sedar dan insaf... teringat kata jiran saya yang kuat BN berkempen kepada orang2 tua dikg saya, mereka mengajak membaca yasin padahal membuat jamuan untuk BN , kata mereka pangkahlah BN supaya tidak macam perak dan penang org cina berkuasa.. kemudian mak saya balik bertanya kepada saya.. kenapa parti BN tak ada orang cina india ke? saya tersenyum , orang tua yang hanya sekolah dewasa sudah pandai bersoal jawab, saya tanya dia lagi.. mak dapat duit? mak saya cakap tak payahlah duit dua ratus tiga ratus untuk beli undi dia, dia boleh cari duit sendiri sedang pak usu adik mak saya yang cacat kakinya bertahun2 terkinja meminta bantuan dari pusat kebajikan, dari Zakat tapi tak pernah dapat, meminta bantuan basikal roda tiga pun tak dapat, last dia dapat duit kebajikan dua hari sebelum mengundi.. inilah sebenarnya hasil dari ahli politik yang tidak memandang bertapa jurang yang sangat lebar antara rakyat, mereka menabur wang , tetapi menafikan pada media saya ketawa, rakyat pun ketawa, yang mereka lihat ahli2 pemuda pas siang malam berkempen dengan duit poket sendiri, apa yang mereka dapat? kenapa masih tidak memilih BN yang kaya dengan duit dan kaya dengan janji2? entahlah, pemimpin2 diatas masih tidak sedarkan diri mereka mengula2kan rakyat dengan duit ringgit yang rakyat tidak malu mengambilnya kerana itu adalah duit rakyat sendiri, yang dari harga barang melambung2... tidak salah rakyat mengambil duit yang diberi kerana itu adalah hak rakyat, dari mana duit itu semua kalau bukan dari rakyat? apa ada kalau mereka tidak berjawatan...
ReplyDeleteada orang berkata: "tak munasabah umno kalah".
ReplyDeletesama ada tak munasabah atau sebaliknya itulah hakikatnya.
Umno kalah lagi dan PAS menang dengan majoriti 2,631 undi.
Umno yang menang pada pilihanraya mum ke 12 dengan majoriti 628 undi -undinya merosok.
Bayangkan Datuk Razali dapat undi sebanyak 32,562 manakala Datuk Wan Ahmad Farid hanya dapat undi 30,252.
bercakap pasal tak munasabah umno kalah memang betul dan berasas.
Mengapa? pertama Umno habis wang rakyat sebanyak RM100 juta lebih dalam musim pilihanraya kecil parlimen kuala Terengganu.
anda barangkali belum lupa bahawa Muhamad Mohd Taib umum RM 51 juta untuk baik atap rumah rakyat miskin.
Datuk Seri Najib Razak pula umum RM 50 juta untuk pembangunan parlimen Kuala Terengganu, termasuk turap jalan jalan kampung buat longkang baik lonkang tersumbat.
salah seorang kontraktor dapat projek sebanyak RM 11 juta. Usaha cakaplah dengan kontraktor kelas.
Lima ratus orang kontraktor kelas F dapat projek buat jalan turap jalan baik longkang.
Betapa banyak dan mewahnya projek yang didatangkan secara mee segera.
Jadi sangat tidak munsabahlah Umno kalah, kerana orang kuala Terengganu ditimbun dengan kesenanagan yang tidak terduga.
Belum lagi wang yang diberi kepada setiap mengundi sebanyak RM 300, RM 500 dan RM 600 seorang.
Kalau RM 300 seorang barapa banyak wang rakyat dibelanja untuk pilihanraya parlimen Kuala Terengganu.
dan tak wajar Umno kalah, kerana betapa banyak wang rakyat dibelanjakan.
Walaupun Datuk Wan Farid kata: itu wang saya yang diberikan kepada seorang wartawana yang menyamar untuk membuktikan bahawa rasuah tetap belaka dan dilakukan oleh orang Umno.
"cuma teringin nak tengok bagaimana keadaan apabila PKR dan PAS berkempen untuk calon DAP"
ReplyDeleteSawit Trader
Salam,
Saya dah pernah nampak kempen sebegini tapi bukanlah dalam bi-election tapi masa PRU tahun lepas. Terkejut jugak saya bila melihat orang PAS bercakap tentang kelebihan Lim Kit Siang.
Tak sangka saya.
Dan bila ada percubaan satu stesyen TV untuk mengadu domba DAP dengan PAS, saya dapat lihat solidariti di kalangan calon DAP ketika itu dalam menidakkannya.
Sungguh2 budak perempuan TV (berapa ye) cuba nak dapatkan DAP untuk berkata sesuatu yang negatif.
Tak nampak macam dia orang tak boleh sekiranya dapat di iron out (maaf, tak pasti bahasa melayunya apa) perkara2 perkara pokok dengan cara berunding.
Integriti cuma caranya sekarang. Tak lebih dan tak kurang.
Wasalam.
Datuk dan para pembahas semua, mudah cakap, kalau Umno tak dengar cakap, Umno akan lingkup dan lingkap.
ReplyDeleteMudah cakap, Umno boleh suka-suka pilih Mat Ali Rustam jadi Timb Presiden. Kita ahli biasa Umno jangan duduk diam. Ada masa kita balas dendam.
Dengan orang macam Mat Taib, Mat Ali, Zahid Hamidi, Rahim Thamby Umno lagi elok mati. Kita pun tak sakit hati.
Bila tak ada Umno pandai-pandailah kita jaga diri. Pandai-pandailah kita cari ganti.
Apa yang buruk sangat pasal Pas? Pas ni buruk pasal parti kita Umno kata dia buruk. Bila parti kita Umno dah mati, Pas pun tak lah kena maki dan keji.
Tapi saya masghul tentang PKR. Parti ini orang Melayu TAK boleh harap. Ini makluk pelik. Muka Melayu, hati Cina, perangai India. Cakap mereka kita tak boleh percaya. Anwar tak ada, hanyutlah mereka.
Kalau Najib nak jadi Macam Pak Lah jugak, Mr Nice dia boleh jadi lah. kalau Umno mati dia pun mati juga. Bila Umno dah mati, dah kalah, kita tengok Pas, PKR dan DAP cucuh depa betoi-betol. Tapi kalau tak mau kalah pasal takut kena siasat dan diheret ke mahkamah, Najib silalah pulihkan Umno dengan segera. Tok sah dok dalih-dalih lagi.
Macam Datuk kata buang dulu kaki ampu dan kaki tipu di Menara Datuk Onn tu. lepas tu bersihkan MKT dan Perhubungan Negeri. Mahdzir Khalid tu dok buat apa lagi? Umno Kedah dah dah lingkup.
Ahli Umno Nami,
Kedah.
Salam Dato',
ReplyDeleteApa yang dilalui oleh UMNO sekarang adalah tepat seperti yang ditulis oleh Ibn Khaldun dalam bukunya, Mukadimmah, tentang kerajaan dan khalifah.
Nampakmya semangat kekitaan UMNO telah hilang sekarang, sebalikya semangat duit pula yang membara.
Mana-mana kerajaan yang hilang semangat kekitaannya akan menemui kehancuran. Jadi saya minta para pembesar UMNO bacalah buku karangan Ibn Khaldun itu, demi menyelamatkan UMNO.
Anak Bayan.
masih ada orang sayangkan umno atau dengan mereka mengharap supaya umno diselamatkan.
ReplyDeleteMacam mana hendak selamatkan umno, sedangkan para pemimpin yang ada sekarang macam pagar.
Harapkan pagar pagar makan padi. Demikian kata beberapa orang rakan yang ada PHD dan pensyarah di IPTA negara.
Macam mana hendak selamatkan umno, sedangkan para pemimpin umno macam anai anai.
Bayangkan fungsi anai anai dan pagar yang diharapkan untuk menjaga padi.
Mereka ini adalah pengkhianat. Ini bukan kata saya tapi kata KU LI.
Para pemimpin Umno lebih utamakan peribadi berbanding membela rakyat, apa tah lagi orang Melayu.
Kalau bahasa melayu hendak dihapuskan. Sah jika bahasa tiasa maka bangsa pun hilang.
Jadi apa yang ada pada Umno dan apa pula yang hendak kita harapkan kepada pemimpin yang ada.
Harapkan pagar - pagar makan padi.
assalamualaikum datuk,
ReplyDeleteterjawab sudah teka teki,hilang lah sudah kejutan,cam posting datuk terdahulu.
memang hilangnya kejutan kerana lihat saja apa komen najib bila kalah,masih tak mengaku,kalu mengaku itu baru betul2 kejutan.
kejutan yang kedua buat tok mat said,pasti terkejut bangang pasal rakyat tak takut akan ugutan beliau yang segala peruntukan akan di bawa ke kemaman,acu cuba tera teh, kita tenggok pru ke 13 nanti mung buleh dok jadi MB.baru 2,3 bulang jadi MB gong dok tetu kala.
buat pak lah lak acu mung wak kejutang,kata dok jadi turung,pasal rakyak dok berapa suka sangat ke najib,tapi tu aa payoh sikek pasal nantu mung tu lagi orng dok suka,ambe ingat mung belajo doh,rupanye mung lepah jugok diye gi ganu,tu yang hanyut tu.
caya lah hok ambe ghoyak ni,bukangnye rakyak tolok bn,rakyak cume tolok pemimping umno hok bodoh sombong,dok gheti belajor cam najib ngang keri tu cayalh tu hok rakyak nok.
Salam Dato' & Pembaca Semua....
ReplyDeleteMoral of the story daripada PRK KT ni maka doa2kanlah tiap2 bulan ada PRK sehinggalah PRU 13 nanti, kerana apa? Sebabnya:
1) Hanya bila ada PRK sahajalah atap bocor segera diganti..
2) Hanya bila ada PRK sahajalah longkang-longkang tersumbat akan segera diganti..
3) Hanya bila ada PRK sahajalah jalan-jalan rosak segera diturap..
4) Hanya bila ada PRK sahajalah rakyat yang menderita kerenah birokrasi meminta bantuan akan segera dibantu....
5) Yang lain tu anda semua tambahlah sendiri sbb bila PRK semua yang SEGERA2 tu nampak memang SEGERA..
Jika ini berlaku setiap bulan, 100juta++ setiap PRK, agak2 selama mana UMNO & BN dapat menaburkan wang?????
Fikir2 lah sendiri...
Dato`
ReplyDeleteBila lihat calon dan cara berkempen, kami dah tahu kekalahan dah dpt dipastikan
Memang susah kalau pemimpin suka perasan. Better Pak Lah step down lebih cepat. Kebencian rakyat pada beliau tak dapat dibendung lagi. Pilihanraya kecil buktinya. Terpulanglah samada UMNO sayang parti atau sayang Pak Lah
In as far as BN is concerned, their lost is because of leadership. Nothing to do with political parties. From Perlis to Sabah majority doesn't believe on Najib leadership-try again by-election in the near future if UMNO leadership wants to prove. Do these media owners think-when people buy BH,Utusan ,NST,and media associated with UMNO leadership because to trust those papers NO, they buy them because of something else-if these papers were created today no body will patronise them.
ReplyDeleteBadaksumbu
Benak dan bodoh sombong. Masih tak faham dan tak mahu belajar.
ReplyDeletePertama, media arus perdana dan juga media elektronik. Asyik cerita-cerita yang terlalu mengampu dan berat sebelah. Meluat sungguh.
Kedua, pengundi-pengundi menyampah, benci dan meluat dengan personaliti-personaliti tertentu yang turun berkempen. Orang-orang ini jangan dibenarkan untuk berkempen. KJ, Ezam, Muhammad Taib, Pak Lah. Mereka dah tak relevan.
Ketiga, kepimpinan UMNO tak sedar yang khidmat Tun Mahathir amat diperlukan untuk memulihkan UMNO.
Keempat, UMNO dalam kempennya masih menjaja barangan yang sama yang telah dijaja sejak berbelas tahun dahulu. Asyik bercakap tentang pembangunan..pembangunan...dan pembangunan..dan peruntukkan itu dan ini. Kita dah merdeka lebih 50 tahun. Tak kanlah bercakap tentang pembangunan sahaja.
Kelima, pemimpin-pemimpin UMNO termasuk pemimpin pemuda dan puteri dipelbagai peringkat dah jadi kaya raya. UMNO dijadikan platform untuk berkuasa dan menjadi jutawan. Jadi kenapa perlu mengundi mereka. Cukup disini sahajalah kerana mereka dah lupa daratan dan tak mahu lagi belajar.
JBK
Datuk,
ReplyDeletePemimpin mestilah seorang yang merendah siri, berilmu, tidak pentingkan harta, tamak, kroni dan yang sealiran dengannya. Apabila pemimpin berlagak macam dialah yang berkuasa, dialah yang berharta, rumahnya yang paling besar, cakapnyalah yang kena ikut...tunggulah masa kejatuhannya. Rakyat menyampah...dalam UMNO pemimpin sebeginilah yang ramai tapi sayang mereka masih belum sedar...
rakyat tak suka najib dan khairy menyebabkan kekalahan bn
ReplyDeleteMomentum aliran pengundi kpd Pakatan Rakyat sebenarnya semakin bertambah semenjak sblm & selepas p/raya umum lalu...
ReplyDeletei) Semenjak kebodohan kerajaan menaik harga minyak yg lalu sehingga harga barang melambung2 tinggi... semenjak itu la kebencian rakyat meluap-luap...
ii) Strategi lama spt memberi bantuan semasa praya adalah taktik lapuk sebenarnya...
iii) Nasi tambah yg ditabur oleh media Utusan, BHarian, TV3 menambahkan lagi kejatuhan saham UMNO..(Masih tak sedar2). Buat la lagi...
iv)Pemilihan calun pada sy ada bukan faktor utama dlm kekalahan ini...
v) Faktor duit dlm pemilihan UMNO sejak dahulu dah jd darah daging... Setiap gerakkerja semuanya bermatlamat kan duit... (Perkara ini la sgt membeza gerakkerja dlm PAS & UMNO)
Sebenarnya banyak lagi tuan...
Dato,
ReplyDeletesaya merupakan anak muda yang sudah rimas dengan media malaysia yang sentiasa menceritakan perihal kerajaan.tambahan dalam PRK atau PRU
Pembangkang dihentam dan diasak sehingga tiada ruang untuk mereka menjelaskan kenyataan mereka,cerita2 soal kerajaan bagus kerajaan baik diceritakan seolah2 pembangkang aamat buruk dan jahat.mengapa perlu jadi begini?
mengapa media malaysia masih sempit ruang akal?
banyak lagi perkara-perkara yang menyempitkan akal fikiran bangsa melayu.
Umno, Pak Lah and KJ masih tidur.
ReplyDeleteKalau lah tahun ini ada 20 ahli parllimen UMNO 'mati terkejut' dan PRK diadaakan maka UMNO dan BN can say "GOODBYE" . Kesian Najib, kerusi empuk jadi angan angan mat jenin je lah.
Kekuatan PR ialah, setiap Calon UMNO akan dilabel orang 'KJ' dahulu dan diikuti oleh 'Pak LAh'. Di sini 1-0 to PR. Jadi the rest are easy.
Untuk UMNO menjadi relevant, Khir Toyo perlu menderma semua stok 'penyapu' yang masih di simpan nya kepada 'UMNO' untuk menyapu diri sendiri supaya lebih bersih dan bersinar sinar. Dengan penyapu itu , gunakan lah untuk menyapu keluar ulat ulat busuk UMNO yang tidak berfaedah seperti KJ dan chroniclenya, Ezam dg kotak kotak nya, Nazri the celupar man dan lain lain terutaman nya Pak Lah ada had ada harinya. Pak Lah has damage UMNO.
Why UMNO and BN lost in KT because the PM agenda is to materialise the Pakatan Rakyat manifesto (coliation members are DAP-Dunia Aku Punya,PKR-Parti Kelentong Rakyat and PAS- Pangkah Aku Silap) like what he did in the Judiary. Rakyat pilih BN memerintah kerana mau BN laksanakan agenda rakyat bukan agenda pembangkang. That is one reason UMNO cannot deny!
My vote to PR for the next election unles UMNO REALLY CHANGE!
Dato'
ReplyDeleteOrang dah la jijik dengan cara berkempen UMNO, jangan sampai pula orang jijik dengan media terutama media arus perdana.
Benar kata Dato' media mesti berpijak di bumi realiti. Jangan lapor yang indah-indah dan manis-manis saja. Rakyat tahu apa yang real terjadi di tempat kejadian.
Terlalu manis pun muak jadinya! Kalau tak nak kutuk dan cakap yang buruk pun, bersederhanalah. Laporan mesti tepat, adil dan seimbang.
Hari ini media kekadang TERLEBIH SUDU DARI KUAH pulak!
NIZAM MAT SAARI
http://nizammatsaari.com/blog
Salam
ReplyDeleteDato, saya tidak bersetuju dgn kata kata Media terus dengan ramalan songsang, saya yakin media telah tahu, tetapi demi menggembirakan orang tertentu mereka terpaksa menyiarkan berita songsang. Media juga telah tahu bahawa rakyat tidak percaya Media Arus Perdana. Jadi MAP ini memang sengaja menyiarkan berita yang berlebih lebih sebagai "hint" petunjuk kepada rakyat. Contoh, media akan siarkan suatau isu dgn kata masalah yang berlanjutan lebih 20 tahun, jadi rakyat dah tahu, kalau sejak 20 thn, maksudnya itu sejak zaman BN berkuasa penuh.. namun tiada perubahan/tindakan... Jadi secara tidak langsung MAP telah meberitahu oranga ramai BN tak buat apa pun sejak 20 thn lalu.
18. They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen.
ReplyDeleteklasik betul point ni..
Datuk,
ReplyDeleteKeputusan Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu memberi sedikit sebanyak indikasi yang rakyat menolak Najib sebagai Perdana Menteri. Rakyat juga menolak program peralihan kuasa UMNO.
Kalau sekiranya UMNO mahu terus relevan pucuk pimpinan parti mestilah dipilih melalui pilihan terbuka. Termasuk calon presiden UMNO. Sesiapa sahaja boleh bertanding. Hapuskan kuota. Biar anggota-anggota parti memilih calon yang terbaik. Proses pemilihan dilakukan diperingkat cawangan dan bahagian dan bukan oleh 2000 wakil ke perhimpunan agung.
Calon-calon untuk jawatan presiden UMNO hendaklah membuktikan program dan dasar-dasar yang akan mereka lakukan sekiranya dipilih. Mereka juga mesti berani berdebat secara terbuka sebagaimana yang dilakukan dalam pilihanraya presiden Amerika. Mereka perlu sedar bahawa presiden UMNO bakal menjadi perdana menteri sekiranya BN menang majoriti. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia dan bukannya UMNO atau BN.
Sekarang tiba masanya ahi-ahli UMNO mendesak supaya diadakan perubahan dalam proses pemilihan pucuk pimpinan.
Ahli-ahli UMNO mesti berani membuat keputusan samada mereka mahu menyelamatkan parti atau pemimpin-pemimpin yang tidak laku. Ada antara pemimpin hanya layak menjadi jaguh kampung. Yang menyelamatkan mereka adalah kekayaan dan wang. UMNO perlu melalui proses "general overhaul".
Pak Lah pun satu. Tempoh perkhidmatan tinggal tidak berapa hari lagi tapi tidak habis-habis pusing dunia. Kalau untuk tujuan menggalak pelaburan bukankah Malaysia mempunyai menteri perdagangan dan industeri. Itu tugas dia. Bukan tugas perdana menteri.
Nampaknya Pak Lah merupakan perdana menteri Malaysia yang paling banyak membuat lawatan ke luar negara. Lebih hebat dari Presiden/Perdana menteri negara-negara maju. Pernah dengar perdana menteri Jepun " jet settings" seluruh dunia?. Setiap lawatan ini memerlukan belanja ratusan ribu kalaupun tidak jutaan. Lebih baik wang tersebut digunakan untuk projek-projek dalam negara.
Eloklah ahli-ahli UMNO buka mata dan bangun dari tidur kalau tidak mahu UMNO jadi macam Parti Negara.
Dato berkata benar dan tepat. UMNO perlu dipulehkan semangat dan dikuatkan rohnya sahaja.Saya tidak lihat bagaimana UMNO boleh berubah dan bertukar. Presiden in waiting Dato' Najib - yang terlalu banyak sampah. Naib Presiden Ali Rustam, Mohamad Taib dan Muhyiddin - yakinkah orang melayu dengan tokoh-tokoh ini. Pemuda pula, Khir Toyo, Mukhriz dan KJ - bolehkah mereka ini memberi inspirasi kepada para golongan muda.
ReplyDeleteSesuatu harus dilakukan. JIka mereka-mereka ini memegang tampuk pemerintahan, maka hancurlah melayu.
adnan Mohd
Waktu Hadi meminta Abdullah kekal memimpin BN dan teruskan dengan reformasi cetusan dari Abdullah, ramai rasa kurang selesa.
ReplyDeleteSeolah kucing sedang menguis.
Datuk dan para pembahas semua,
ReplyDelete1. Saya hairan, kalau Umno dan BN semakin lemah dan ditolak serta kalah teruk dalam dua PRK sejak PRU Ke-12, mengapa Pakatan Rakyat masih jadi pakatan sementara?
2. Kenapa Anwar Ibrahim, Haji Hadi dam Karpal Singh tidak sahkan dan daftarkan PR?
3. Sebab itulah saya tidak sokong PR dan saja setuju dengan Datuk bila Datuk Kata PKR dan DAP tidak penting dalam PRK Kuala Terengganu.
4. Saja jijik dengan politik baling lumpur antara Anwar dengan Ezam dalam PRK. Dulu bukan main sayang menyayang lagi.. macam lovers.
5. Kita boleh kutuk dan kritik Umno dan BN, tapi jangan lupa PKR, Pas dan DAP masih permainkan kita dengan janji menubuhkan Pakatan Rakyat.
6. Sekarang ini Pakatan Rakyat adalah pertubuhan yang tidak sah. Kalau kerajaan telah haramkan Hindraf, saya rasa kerajaan tidak patut benarkan nama Pakatan Rakyat digunakan untuk kelirukan orang ramai seolah-oleh ia sama dengan BN.
7. Tentang media massa arus perdana saya setuju dengan ZarAin yang mereka tahu BN akan kalah teruk tapi mereka buat laporan positif untuk jaga periok nasi.
8. Tajuk berita Berita Harian dan NST itu klasik daripada ketua pengarang macam Hishammudin Aun yang tunggu hari untuk jatuh kerusi.
9. Secara langsung mereka sabotaj Umno dan BN dengan buat pengundi meluat kepada Umno dan BN.
10. Umno dan BN tidak akan mati. Kita mahu banyak parti supaya kita ada pilihan. Boleh jadi Umno/BN kalah dan jadi pembangkang lepas itu pulih semula dan kembali berkuasa.
11. Pas, DAP dan PKR pula menang dan lepas itu jadi macam Umno dan BN -- mabuk kuasa, korup dan akhirnya kalah semula.
12.Inilah yang orang PR uar-uarkan sebagai two-party system.
Veteran BB
Saya macam nak tergelak dengar mereka-mereka yang cakap bahawa kalau hilang UMNO, Melayu hancur.
ReplyDeletePAS dan PKR takde orang Melayu langsung ke hah? Dalam DAP pun ada Melayu, tau tak.
Lebih-lebih lagi fahami lah bahawa negara ini dibina jadi negara yang moden ini oleh gandingan tenaga Melayu, Cina, India dan lain-lain. Maka jangan cakap jer pasal Melayu ni, Melayu tu. Kalau kau benar benar sayangkan tanah muka bumi ini, sayangilah segala insan yang berpijak atas tanah bumi ini dah telah memberi sumbangan kepada bumi Malaysia ini -- tidak kira dia bangsa apa pun
Ini dia rakyat Malaysia yang sebenarnya. Ini dia anak bumi ini yang sebenarnya.
Boleh tak siapa-siapa sini cabar hakikat ini? Saya persilakan.
"They elected you. They never elected your spouses, your children, your sons- and daughters-in-law, your kins and clansmen."
ReplyDeleteThis statement stands out! hahaha..
sampai cara isteri TPM beribadat pon nak masuk paper..
and today (The Star pg N6) TG Nik Aziz told PR members to accept victory with humility, read this in contrast to your statement no 14.
UMNO (BN) keep on harping the same issue, dah muak dan mual...hari2 dok kutuk dan hentam PR, seolah2 mereka (UMNO) tak pernah buat salah dan maksum.
asyik2 babi, camry, hudud, dan yang paling bodoh sekali surat 'ofisboy' ezam yang tak kesampaian...apa relevannya untuk PRaya?
Diantara perkara menarik yang sedang dinikmati oleh penduduk Perak yang beritanya telah di'blackout'kan oleh media arus perdana:
1)Cukai pintu di Perak (Ipoh) telah dikurangkan, quite a substantial amount. Senyum bila saya dapat notis cukai pintu baru2 ini.
2) Semua jalan kepunyaan kerajaan negeri di Perak sedang dalam proses penurapan.
Di Ipoh, 'fenomena' ini biasanya kelihatan ketika ada pilihanraya sahaja.
3) Rumput di bahu jalan dipotong setiap bulan sejak PR memerintah di Perak.
and also..
ReplyDeletesudah2 lah hentam dan 'carpet bom' DSAI dengan sodomee tu...
Salam,
ReplyDeletePelbagai faktor menjatuhkan BN. Spt perbincangan Dato di bernama tv, pengundi muda adalah majoriti. Dato, pengundi muda muak, jelek, menyampah dengan media perdana khususnya TV3 dan Utusan. Emosi ini dipindahkan ke kertas undi. Sebagai seorang Islam, saya ambil kesimpulan begini, TV3 ditubuhkan dengan modal jutaan ringgit. Namun, serangannya kepada PAS Allah gerakkan hati orang lain membelanya melalui blog yg tidak ada kos pun. Bukankah ini penghinaan dari ALLAH? jika kita mahu memikirkan.
salam DAKJ n Bloggers,
ReplyDeletetahniah sekali lagi saya ucapkan kpd pengundi2 p036
berapa byk kali lagi postmortem yg be end hendak lakukan?? kalau mayat sudah hancur dipostmortemkan!! sebab musababnya telah diketahui cuma sindrom "denial" mencengkam benak pemimpinnya!!
jgn diletakkan kesalahan ini kpd pak lah, yang sibuk berkempen sana sini, yg sibuk merasuah pengundi dgn projek2 pembangunan, janji longkang parit baru, kontrak klass f, duit royalti bukankah saudara pengerusi be end negeri iaitu dsn!! maka terjemahan dari prk ini amat mudah "rakyat menolak pm in waiting ini", kalau be end rasa penolakan KALI KE2 ini bukan mencerminkan kehendak rakyat keseluruhannya, mengapa tidak dibuat SNAP ELECTION, tidak perlu postmortem, keputusannya pasti tepat dan memuaskan hati semua rakyat
p/s : jika pemimpin itu bermaruah, pikulah tanggungjawab dari kesan kekalahan ini dengan melepaskan semua jawatan dalam KERAjaan, rakyat tidak mahu tengok muka2 ini di parlimen MalayISA lagi
HAMBA ALLAH
Sdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteI am happy and sad at the same time. Happy that UMNO/BN lost and sad that the likes of PL, KJ & Co are still in denial!
I don't hate/dislike UMNO/BN but I certainly hate the leaders within UMNO.
Najib just do not have the guts (or rather balls) to save UMNO. Maybe those are being controlled by his other half.
If UMNO/BN wants to get my ONE SINGLE INSIGNIFICANT VOTE, they have to get rid of Pak Lah, KJ & Co while at the same time issue a stern reminder to Najib's other half to check her behaviour as well as other LORDS within UMNO to behave and work for the people, NOT JUST FOR THEIR OWN GAIN!
I am nothing but a single vote!
Sekian.
Dari Borneo ke Minang
Dr.M can say many things and thinks he knows it all and he never makes a mistake. The KT result is not cause of Pak Lah. Pak Lah is not a factor here cos he is in every sense of the word not the PM. The lost is due to UMNO and an UMNO that got corrupted during the reign of Dr.M which is unable to cleanest itself. Dr.M and every UMNO leader out there do not hear or don't want to hear the message by the people. The people are sick of a corrupt and arrogant UMNO. Look at the infighting among UMNO in KT. Why? cause it is about power and money. Look at DAP and PAS, they can work together but UMNO can't cause the focus in UMNO is above self preservation and wealth accumulation. The reason why Pak Lah won big in 2004 cause he promised to clean shop but failed to do so even after getting a big mandate. The only UMNO leader who is making sense and know what is truly happening is Tengku Razaleigh.
ReplyDeleteand if UMNO thinks like Ali Rustam whereby there are hints of bypassing development at opposition area, may I remind them the money is from taxpayers and not UMNO or BN money. people will teach you another lesson next GE if you try to sideline areas held by opposition. Or we will all pay zakat and see what happens to the federal budget. Don't screw around with the people, we want a clean and fair government and UMNO is unable to do that cause corruption is part of the life. That's why people are rejecting UMNO.
Salam Dato'
ReplyDeleteSusulan daripada kekalahan BN dalam PRK ini beberapa pembesar BN khususnya UMNO membuat kenyataan untuk menyedapkan hati sendiri..Dato' Seri Najib sendiri misalnya selaku komander 'perang' dalam PRK ini mengulas bahawa ini hanya suatu kekalahan kecil dan ia tiada impak kepada lanskap politik diperingkat national.
Sebagai anak tempatan negeri saya mnegikuti perkembangan PRK ini daripada awal secara dekat walaupun tidak terlibat sebagai seorang pengundi. Daripada apa saya perhati kekalahan BN ini adalah disumbangkan oleh 3 perkara utama berikut :
1. Masalah calon - Sejak daripada hari pertama nama calon BN diumumkan lagi banyak suara dan rungutan malah daripada akar umbi UMNO sendiri yang kehairanan mengapa nama ini yang dipilih. Calon BN dilihat sebagai tidak mesra rakyat, sukar untuk turun padang, bersikap eksklusif dan ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena 'baham pitih'. Rata-rata berpendapat ada jurang yang terlalu jauh antara beliau dengan Allahyarham Dato' Razali dulu.
2. Jentera parti - Jentera parti BN, khususnya UMNO perlu diberi ongkos bagi setiap kerja yang dibuat..malah saya mendapat tahu ada yang perlu dibayar sejumlah tertentu bagi tujuan meramaikan kehadiran di pos dan markas-markas parti. Ini berbeza sekali dengan petugas-petugas PAS, mereka datang dari pelbagai pelusuk negeri dan sanggup bertungkus lumus tanpa dibayar se sen pun.
3. Semangat keluar mengundi - Penyokong pas terutama daripada luar daerah yang layak mengundi berkorban untuk balik mengundi, ini agak berbeza dengan peyokong UMNO, mereka inginkan imbuhan supaya kepulangan mereka untuk mengundi berbaloi dengan masa dan tenaga yang mereka ambil.
WaAllahua'lam.
Dato Kadir.
ReplyDeleteUMNO party saya,bapasaya dan tok saya.Sedeh melihat apa yang berlaku pada UMNO sekrang ini.Niatnya baik hendak menolong orang2 Melayu,tapi hairan sekali orang2 Melayu sendiri dah tak percaya yang UMNO betul mahu menolong mereka.
UMNO maseh dalam denial stage.Dalam kesebokan Pilehan Raya KT,Pemimpin mereka saperti Ali Rustam,Mat Taib,Khairi,Mukriz,Sharizat,Mahayuddin,lebeh memikirkan PilehanRaya UMNO mac ini.
Saya ingat satu solution yang baik bagi Najib bila menjadi Perdana Menteri ini ialah dissolve Parliment,Istiharkan Darurat,Tuboh MTN,dan guna kesemptan ini untok membetulkan Kesilapan2 kerajaan dan kemarahan Raayat.
Saya tidok fikir Najib boleh melakukannya.Tinggallah mimpi.
Selamat Jalan Melayu Malaya.
Dato KJ.
ReplyDeleteSaya ingat BN dah tak boleh di pakai.Raayat berbilang kaum telah menolaknya.India tak percaya lagi kapada MIC kerana Samy Vellu yang berlagat macam Tok Sami.
Orang Cina dah tak percaya kapada MCA dan Gerakan kerana pemimpinnya dah tak effective.
Orang Melayu maseh mempercayai UMNO tapi dengan gelagak pemimpinnya sekarang ini,ramai anak2 Melayu telah hilang keperchayaan.
Hanya satu solution yang ada kapada Najib,Recompose samula BN dengan bergabong dengan Pakatan Raayat.
Ada kah Najib mempunyai will power untok membuatnya.Tak mungkin.
Solutionnya mudah.Pak Lah jangan berhenti sabagai PM mac ini.Salain daripada rofomasi di bidang kehakiman,dan ACA,Pak lah lancarkan refomasi Politik.Ia mencari jalan untok mengabongkan parti politik ini untok keamanan Malaysia.
Hadi dan buat kenyataan yang ia suka Pak Lah to stay.Karpal Singh juga telah membuat kenyataan yang sama.Hanya menunggu green light dari Anwar.Mengikut orang kuatnya,Anwar lebeh suka Pak Lah to stay than Najib take over.
Salam.
Datuk,
ReplyDeleteBN kata mereka tetap akan membangunkan sekalipun kawasan tersebut pembangkang yang menang. Bagaimana dengan Wakaf mempelam yang seperti 20 tahun ketinggalan drp kawasan lain? Saya kira, BN kena cakap jika tak sokong dia, pembangunan tidak akan disalurkan. Cakap betul-betul. Jangan dusta.
Kepada orang KT, siapa yang nak bangunkan anda? Maka KT berterusan akan ketinggalan jauh dibanding Ipoh, Johor Bharu, Pulau Pinang dll. Kita kena berperangai bodoh kepada org yang bodoh. Baru diorang tahu dan faham.
The Politics of A Political Animal
ReplyDelete(cerita dua darjat)
Don't Blame Najib For BN Defeat, Says Mahathir
KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad said Datuk Seri Najib Tun Razak should not be blamed for the Barisan Nasional (BN) defeat in the Kuala Terengganu by-election.
"Some voters did not support BN because they do not like the candidate," he said when asked to comment on polls where Mohd Abdul Wahid Endut from Pas beat BN's Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh by 2,631 votes yesterday.
Speaking to reporters after launching the Save Palestinians Campaign organised by the Coalition of Malaysian NGOs at the Bangsar Sports Complex here today, Dr Mahathir said the voters had to choose between the BN candidate and Pas' and they finally picked the Pas candidate.
"They also do not like Pas but they were forced to choose," he said.
Najib who is BN deputy chairman led the coalition's election machinery.
-- BERNAMA
Boot licking and boot legging are two different things, det. You still think that any PM worth his salt will listen to you?
ReplyDeleteclean said...
3) Rumput di bahu jalan dipotong setiap bulan sejak PR memerintah di Perak.
ape-ape je laa kasim, dah dekat 1 tahun memerintah, yang ni je la yang boleh dibanggakan pun.
tanah kerajaan boleh pulak disedekah kepada cina. tapi pada india dengan melayu, dapat pajakan je. haii, sedih-sedih. PAS pulak tu yang memerintah (tapi DAP yang sebenarnya pegang kuasa).
Sultan korang pun dah bising. Lagi buat tak reti lagi. Adoii, apa nak jadi laa
Dato,
ReplyDeleteSaya tertarik dengan komen Dato 'Najib must unload his baggage'. Kalau baggage itu berbentuk beg empat segi, senang saja nak unload. What if baggage itu boleh bergelut, menjerit dan menangis? How to unload Dato?
Saya pun rasa Dato Najib perlu lebih humble menerima kekalahan. Nampak sour grapes sangat Dato Njb kata 'it's a small matter, it does not make any difference'.
Kalaulah its a small matter, why was Dato Najib the Deputy Prime Minister, campaigning in KT day and night, almost non stop sejak hari pencalonan?
Najib is only making a fool of himself, as Deputy Prime Minister. It means all the siang dan malam campaigning the DPM did was just kerja sia2, buang masa saja. It was just a small matter. Not important. Our DPM did not have anything more important to do. Elok lah tu.
Ternyata bahawa ramai pengundi melayu telah mengundi PAS.
ReplyDeleteInilah kesan nya kempen menentang Maths dan Sains dalam BI. Majoriti orang melayu tidak setuju. Diharap UMNO dapat memahami hakikat ini.
Calon bukan satu isu.Kalau dicalonkan Najib pun BN akan kalah kerana melayu telah menolak UMNO/BN.
Dah agak dah BN akan tewas lagi. Selagi org bernama Abdullah Badawi masih menjadi PM Malaysia selagi itulah BN akan tewas jika ada pilihanraya. Pak Lah sepatutnya turun selepas pilihanraya lepas. Meletakkan calon dr org kuat sendiri & meletak Najib pula sebagai pengarah pilihanraya merupakan politik kotor mainan PakLah... Adakah agenda PakLah sebenarnya utk menjatuhkan UMNO & BN???
ReplyDeleteKalangan pembesar UMNO sendiri masih leka merebut2 jawatan..takda niat utk melakukan pembersihan di dalam UMNO yg makin lama semakin kotor. Suara akar umbi hanya dengungan nyamuk diteliga mereka.
Sekali UMNO & BN jatuh...sukar utk bgn semula...dan rasanya UMNO & BN akan terus menjadi sejarah & terkubur terus angkara manusia durjana bernama Abdullah Badawi & Co...Sama2lah kita bacakan talkin utk UMNO.
BN tetap BN dengan UMNO-nya.. Sukar mereka hendak belajar dan sukar pula hendak berubah. masih gunakan media dan 'kerusi kerajaan' untuk memancing undi sedangkan rakyat telah jelak melihat karenah mereka. DS Najib gagal memenangi hati pengundi di KT dan apakah rakyat lain di luar KT juga berpegang seperti itu juga?
ReplyDelete"A party leadership in denial is unlikely to form a government with the realism and guts to face an economic meltdown that it also denies is happening.
ReplyDeleteWe are in uncharted waters with no one at the wheel."
- Tengku Razaleigh Hamzah
umno/bn semakin karam datuk. pemimpin yg tidak berpijak di bumi nyata dan cuba mengelirukan rakyat tak layak bergelar pemimpin dan bakal membawa padah kepada negara.
Salam Dato',
ReplyDeleteMasih ada yang percaya bahawa BN kalah bukan kerana PR kuat tetapi kerana BN lemah.
Jelas, jika ini juga nada post mortem BN seperti sejurus selepas PRU12 tempohari, BN akan kekal sebagai pihak yang lemah.
Mereka percaya PR adalah lemah, "malangnya" BN lebih lemah. Pelik bukan bunyinya?
Maka selama beberapa bulan ini, BN mencuba "rebranding campaign" dengan menunjukkan kononnya PR adalah lebih lemah dari yang disangka umum. Sekaligus cuba menonjolkan bahawa BN tidak selemah yang disangka.
Kerana sikap masuk bakul angkat sendiri itulah, "rebranding campaign" itu tidak menyelesaikan isu-isu pokok.
Jika BN membuang kesombongan mereka dan menerima hakikat bahawa BN lemah dan PR kuat, tentu nada "rebranding campaign" itu akan berbeza, tak gitu?
Jika jujur, tentunya "rebranding campaign" itu akan juga mengambil kira "physical rebranding" dan bukan sekadar "perception rebranding" semata-mata.
Cara mudah untuk melihat, saya bagi contoh.
Minyak naik mendadak 78sen seliter. Apabila turun, sedikit-sedikit. Tak pula merangkumi gas masak, kadar elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
Malangnya apabila sudah tentu bakal PM dinobatkan, perkara sama masih kekal dalam amalan.
Dan apabila tampak seolah-olah pasaran dunia seperti mahu kekal menjunam, apa perbincangan pertama yang diketengahkan BN?
YA, MEREKA MAHU MEMBINCANGKAN TENTANG HARGA LANTAI MINYAK PULA!
Itu belum cerita lain. Perlu ke saya senaraikan?
Kaedah pemilihan calun cawangan, bahagian dan di Perhimpunan Agung yang sama, barisan kabinet yang tidak banyak beza, dan tentunya cara kerja yang sama baik dalam isu nasional mahupun dalam menangani isu pembangkang atau rakyat.
Mana "reform" nya?
Sejak selesai PRU12, apa perubahan KETARA yang dibuat oleh BN yang boleh mengubah selera pengundi? Ada sesiapa yang boleh senaraikan? Yang pastinya, dalam kajang senarai saya, kosong!
Anda boleh memberi apa saja nama kepada PAS, PKR atau DAP. Jelasnya bila PRK berlangsung, jelas mereka dilihat sama-sama berganding bahu.
Dan pengundi dapat "relate" diri mereka dengan hujah dan pendekatan yang dibawa PAS, PKR dan DAP dalam isu tempatan dan nasional.
Menyatakan PAS, PKR dan DAP sekadar talam dua muka dengan agenda tersembunyi masing-masing, sekadar menunding jari mengatakan pengundi mudah ditipu.
Tunding jari kepada semua orang melainkan diri sendiri. Bukankah itu sombong namanya.
Sekali lagi, saya katakan jangan masuk bakul angkat sendiri.
Ukurlah baju dibadan sendiri.
Malah setakat ini, belum ada yang memberi komen balas apabila saya mengenengahkan isu sokongan MIC, MCA dan Gerakan dalam PRK36.
Bukan sekadar rumahtangga UMNO, rumahtangga BN pun dilihat goyah. Pengundi bijak menilai, meskipun dengan ulitan Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star dan lain-lain.
p/s ada yang mula membaca MSM dengan cara terbalik. Tajuk kata, "EKONOMI KUKUH" ditafsir sebagai ekonomi goyang. "NAJIB GANTI PAK LAH" ditafsir sebagai Pak Lah akan kekal kerusi PM.
I am glad they lost. I don't emphatised with them. I was not a PAS supporter but I certainly understand and will vote them. Pas is grounded, in touch in the all walks of people, humbled and in touch with reality. UMNO otherwise, is high and mightly, singing the same old tune. You are correct, the people are smarter, very much smarter. They no longer depend on the mainstream media for news..it's old, stale and distorted news anyway. UMNO never learn and it's their loss. I doubt if they will learn, maybe when the loose the next election and be obsolete. Thank you so much for the insightful analysis.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletemmg betul kata dato' AKJ...
media arus perdana selalu bias kepada kerajaan...
sampai rakyat dah mauk dan mual nak baca...bila dah muak...rakyat dah tak pecaya...rakyat akan cari sumber berita alternatif yang ceritanya lain dari arus perdana...dan rakyat akan percayakan berita yang menongkah arus perdana untuk mengubati rasa muak dan mual tadi...
from ; ahmadinejad_guaq chempedak
salam dato'...
ReplyDeletemungkin kekalahan Wan farid ni satu hikmah buat Mohd Najib Razak..
kalau dilihat akhbar2 pembangkang selepas penamaan calon..diberitakan bahawa Wan Farid adalah bayang2 pak lah yang bakal berada didalam kerajaan Mohd Najib...maka..dgn kekalahan ini...kurang la seorang orang Pak Lah dalam pentadbiran Najib.
from : ahmadinejad_guaq chempedak
Kolek yang kecil tidak mampu menolak arus kecuali disertakan dengan enjin yang padu. Di KT kolek itu mungkin kecil tapi enjinnya besar, menghairankan belum cukup untuk membelah ombak!
ReplyDeleteMungkin ramai yang memulas 'throttle' enjin.
Ex- Anak Perak?
ReplyDeleteDah jadi anak emas di negeri lain ya?
Tolong BACA sejarah dan latar belakang berhubung dengan penganugerahan tanah tersebut. jangan asyik dok putar belit, dah muak kena putar belit oleh media arus perdana. Memalukan orang Perak ja.
salah kah berbangga dengan kebersihan persekitaran?
potong rumput dibahu jalan memang satu perkara yang kecil, tapi tahukah anda apa akibat jika perkara2 kecil sebegini tidak dipedulikan?
Sila baca petikan Harakah ini:
Titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di ibu kota, 16 Januari lalu cuba diputarbelitkan Umno untuk menggambarkan kononnya pihak istana Perak juga tidak memperkenankan tindakan itu.
Isu ini berbangkit apabila kerajaan negeri mengambil langkah mengurniakan geran hak milik kekal kepada kampung baru dan kampung tersusun.
Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai "menggadaikan maruah bangsa dan agama" oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.
Malah Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) yang ditunggangi Umno, Datuk Seri Hilmi Ismail mendesak Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana gagal menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu dan sanggup 'menggadai' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.
Begitulah bersemangatnya pemimpin Umno dalam "membela orang Melayu" sehingga menganggap pemberian lot tanah kediaman kepada kaum Tionghua yang telah menetap puluhan tahun di kampung baru sebagai "menggadai hak Melayu".
Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!
Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai "mengkhianati hak Melayu"?
Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.
Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Orang macam anda dan yang 'sewaktu' dengan anda masih "in the state of oblivion"!
You have said it all.
ReplyDeleteAll I can say is UMNO will never change. It cannot change. It is beyond redemption.
If such blatant abuse of government machinery, media and money cannot win votes, then UMNO is dead as a dodo.
Datuk,
ReplyDeleteYou are spot on! But please add two more:
1. Drop Ezam like a hot potato
2. Samy should stay away from all elections, including MIC elections.
Democrat
Salam Pak Kadir,
ReplyDeleteSelamat Menyambut Maal Hijrah1430 dan Tahun Baru Orang Putih 2009.
Munkin pembaca dan bapak akan ketawakan saya kerna agak terlambat nak ucapkan selamat kepada pembaca dan kepada bapak.
Bagaimana saya terlambat memberi ucapan selamat ini begitu jugalah terlambatnya kerajaan BN (UMNO) untuk bertindak memperbaiki diri masing-masing.
Hasilnya BN hilang satu lagi kerusi Parlimen.
Bapak , macam mana panjang pun senarai Do's & Dont's yang dipaparkan dalam blog ini kalau pemimpin-pemimpin BN khasnya UMNO masih buta hati maka tiada gunanya.
Allah swt telah kaburkan penglihatan mereka dari sebelah depan;
Allah swt telah kaburkan penglihatan mereka dari sebelah kiri;
Allah swt telah kaburkan penglihatan mereka dari sebelah kanan;
Allah swt telah kaburkan penglihatan mereka dari belakang;
Allah swt telah kaburkan penglihatan mereka dari atas;
dan Allah swt telah kaburkan penglihatan mereka dari bawah.
Selagi mereka tidak bertaubat nasoha dan mohon ampun kepada Allah swt. dan
selagi mereka tidak memohon ampun kepada rakyat yang selama ini menipu dan memakan duit rakyat , selagi itulah mereka akan menemui kekalahan demi kekalahan.
Wass.
Sdr HeroHuruHara, antara lain, mengulas:
ReplyDelete"Kolek yang kecil tidak mampu menolak arus kecuali disertakan dengan enjin yang padu. Di KT kolek itu mungkin kecil tapi enjinnya besar, menghairankan belum cukup untuk membelah ombak!
Mungkin ramai yang memulas 'throttle' enjin."
Saya cukup tertarik dengan andaian (analogy) Saudara.
Saya dua kali menyusur dan menongkah arus Sungai Terengganu dengan dua jenis kapal -- sebuah bot kecil berinjin sangkut dan sebuah bot besar dua kamar tidur.
Sekali saya pergi memancing pada siang hari (dengan bot kecil) dan sekali mencandat sotong dengan bot besar.
Saya dapati lebih mudah keluar masuk muara Sg Terengganu dengan bot kecil daripada bot besar.
Dengan bot besar, silap-silap terkandas di "sandbank".
Sebenarnya Saudara, alam sekeliling menawarkan kita banyak ilmu dan pengajaran kalau kita celik mata dan terang hati.
Terima kasih.
Sdr Anak Mat Kilau. Pahang,
ReplyDelete1. Mohon maaf tidak dapat siarkan komen sdr kerana wujud unsur-unsur fitnah (libel);
2. Dalam komen saya, saya tidak merujuk secara khusus kepada isteri dan anak menantu sesiapa. It was a general statement;
3. Dalam komen sdr, sdr menyebut orang tertentu yang terbabit dengan pelantikan pengerusi Proton baru-baru ini;
4. Kalau maklumat sdr itu betul dan boleh dipertanggungjawabkan, saya turut berdukacita;
5. Adalah tidak masuk akal jika ada menteri dan pembesar yang buat keputusan rasmi atas kehendak bini dengan membelakangkan nasihat petugas politik dan perkhidmatan awam;
6. Kalau kita nak memerintah dan pada masa yang sama nak dengar cakap bini atau takut kepada bini, kita buatlah empayer sendiri -- kita beli pulau atau mana-mana wilayah yang hendak dijual. Kita isytihar diri kita Maharaja dan bini kita Maharani.
7. Soal bini atau laki YB ni, saya dah berbuih mulut cakap. Kita pilih YB kita. Kita tak pilih bini atau laki dia. Dia yang pilih bini atau laki dia.
8. Tapi kita juga yang buat mereka naik tocang. Kita layan mereka seolah-olah mereka juga wakil rakyat. Malah ada kaki ampu yang takut bini YB lebih daripada YB sendiri.
9. Pegangan saya satu saja. Rakyat yang YB mereka. Tak ada rakyat, tak adalah YB. Mereka wakil rakyat bukan tuan rakyat.
10. Yang ini pun kita juga yang silap. Kita undi YB kita lepas tu kita hormat dia seolah-olah dia tuan kita. Nak tegur pun takut.
11. Ikhlas cakaplah saya tak faham orang kita berpolitik. Tak hairanlah kalau ada YB yang berlagak macam manager estate zaman penjajah yang boleh buat apa saja.
Terima kasih.
Pengundi masih marah kepada BN???
ReplyDeleteTok Kadir, mimpi ko apo?
Pengundi dah MELUAT dgn BN!
Takkan tok pahem2 gi mu penulis-penulis blog yg kononnya pandit dan pujangga kalian?
Salam Datuk,
ReplyDeleteMungkin inilah puncanya.
1. Wan Ahmad Farid being the PM’s political secretary and is linked to Khairy Jamaluddin and 4th Floor was the wrong choice as candidate.
Mungkin semua orang tidak suka BN sebab ini.
2. Orang Luar eg.Khir Toyo naik skuter pusing kampung suatu yg ganjil .Nampak sangat BN bila pilihanraya saja nampak pemimpin.
Sibuk jaga negeri org , negeri sendiri tergadai.Kononnya support tapi penyumbang kepada rebah.
3.Tun Mahathir tidak sokong UMNO kerana tidak suka dengan Pak Lah.
Awal awal Tun sudah tidak setuju calon sombong.Bisa juga Tun ni.
Tapi sesuatu yg menghairankan TUN dari muda sampai tua UMNO adalah hidupnya.
4.Cara kuno BN tak laku lagi eg.Umum subsidi itu dan ini,peruntukan berjuta untuk itu & ini diwaktu pilihanraya.
5.TV3 , ampu habis habisan BN menjelekkan semua.
6.Sebenarnya ramai sudah berbelah bagi dengan PKR Issu Hudud ,babi.ITM dll tapi apakan daya nampak dimata BN lagi teruk.
4.Kekalahan petanda mungkin pilihanraya akan datang BN jadi pembangkang.
Again, pada pendapat saya kemenangan PAS bukan sebab PAS kuat, tetapi sebab undi protes... Walau macam mana pun tetap syukur PAS menang (takbir 3x)
ReplyDeleteBN/ UMNO pun satu hal jugak, asyik dok keluar statement jangan ada kempen peribadi untuk pemilihan UMNO nanti, itu yang calon-calon pemilihan UMNO berkempen ala kadar atau suam-suam kuku je, takut di cop salah guna medan kempen...
Dalam The Sun hari ini (19/1/09) ada analisis terperinci kekalahan BN terutamanya calon BN. Ada satu statement yang mengatakan calon BN sombong dan tidak mesra rakyat yang mana peristiwa memalukan ialah lambat sampai ke majlis gotong-royong buat bubur Asyura. Orang dah basuh periuk baru sampai dan gambar yang disiarkan kat media arus perdana hanya lakon semula.... Apa kes...???
sdr keling @ clean,
ReplyDeletenampaknya kaya sungguh kerajaan perak ni, bagi tanah kepada semua orang, tapi kenapa kedah, pulau pinang, dan selangor tak bagi tanah jugak ye? mungkin penang tak cukup tanah, boleh bagi flat rakyat sekali
harakah pun tak cerita kesemuanya, banyak lagi yang cina dapat, takpe lah, diorang pun rakyat malaysia jugak, tak gitu? bagi je lah, lepas ni boleh buka kandang khinzir banyak-banyak.
nampaknya kau pun in a state of oblivion jugak, DYTM Raja Nazrin pun murka juga kepada mereka yang tidak tahu sejarah macam kerajaan you-know-who ni yang suka sedekah tanah Perak ni, tak percaya? sebab kau tak dengar ucapan Tuanku masa konvensyen perniagaan Islam baru-baru ni.
Bro Sawit,
ReplyDeleteBetul, memang sejak Mac '08, takde 'reform' langsung pun oleh BN. Tak dinafikan, tetapi boleh tak senaraikan 'reform' yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang baru ni?
Bukan apa, kita ni rakyat biasa je, kais pagi makan petang, kais petang makan malam, setakat ni nampak 2 x 5 je.
Kalau nak bagi alasan baru 10 bulan, rasanya susah sikit kot nak terima, ye tak? Jangan mare ye
dato,
ReplyDeleteramai telah mengikuti nasihati Tun untuk menolak pimpinan yang lemah di bawah DS AAB.
tapi; jikalau ramai tidak suka dengan calon BN/UMNO Wan Farid; janganlah kata pengundi tidak berhak untuk memangkah untuk calon bebas selain PAS ...
kemenangan PAS/PR dalam PRK ini bukan masalah calon lemah/tidak disenangi ataupun disukai ramai berbanding dengan calon PAS/PR.
faktor kekalahan ialah UMNO/BN sendiri yang menjadi sombong/ghaib dengan kekuasaan yang dimiliki selama 50 lebih tahun tahahair merdeka dari jajahan British.
crea8tive
Dear Dato,
ReplyDeleteYou are right in the analysis that DS Abdullah, Khairy Jamaluddin , 4th Floor 'whatever' ( i am somewhat disgusted to even call them boys) , children ....are liabilities to BN and UMNO at this point of time.
The real issue is how to shed this perception? If UMNO and BN do not have the answer, UMNO and BN will lose and lose again.
Here are my own personal experience on the response I get when talking abt the KT election..
1. " Pak Lah step down then we'll see..."
2. " Why give power to arrogant and stupid people. Bravo KT! "
3. " They still try to discredit Tun Mahathir direct and indirectly...to me that is bad form and why should you elect ungrateful people"
4." How rich do Khairy and his son wants to be?"..enough is enough..
5. " They(BN/UMNO) think they are invincible...I know they will lose this one (KT election)"
6. "Why do all of them go to KT...dont they know the rakyat hates almost all of them..Why? 1st they discredit Tun, 2nd they are a bunch of 'Id**ts!"
7. " Ayaa...these people if they win they will forget one..."
8. " Why elect people who dont want to learn?"
and the comments keep coming in similar tone...
for the life of me, I cant understand how on earth UMNO does face the same response...they seem to believe they are still 'considered' by the people..
Brief description of a person/people who fall down for the same reason..
ReplyDeleteJatuh kali PERTAMA sebab yg sama - KEMALANGAN (Mac 8?)
Jatuh kali KEDUA sebab yg sama - ALPA/ TERLUPA. (Permatang Pauh?)
Jatuh kali KETIGA sebab yg sama - BODOH! (KT ?)
Conclusion: Why bring monkeys along for the campaign? Dare putting the stake of Islam in the middle of battle field for gain? Pls ask yourselves to whom do u belong..? As always ..the idiot never learn..
Apa-apa ajelah Najib.. banyak lg yg menanti di kemudian hari..
...Jatuh cinta lagi....lagi lagi jatuh cinta....aku jatuh lagi....lagi lagi lagi gila...
("/)
terima kasih saudara clean kerana menjelaskan isu tanah di perak dengan melampirkan artikel dari harakah. inilah akibatnya bila rakyat percaya bulat2 kepada media arus perdana tajaan umno/bn. sedihnya bila melihat ada juga rakyat yg percaya sepenuhnya media pengampu ini walaupun bilangan mereka tidaklah banyak sekarang. saya mengharapkan bila kerajaan berubah tampuk pimpinan nanti biarlah media arus perdana diberikan kebebasan supaya ada 'two side of the story'.
ReplyDeleteYang kelakarnya Pak Lah masih bernafsu mau mengkaji sebab-musabab BN kalah. Kalau dia baca n3 ini aje sudah cukup. Buat apalah berbazir-bazir duit dan masa?
ReplyDeleteMARIMEMANGKAH UNDI....
ReplyDeletesedar la sikit...bidang kuasa kerajaan negeri setakat mana saja...jgn la terlalu mengharap kerajaan negeri nak buat perubahan drastik kalau dapat memerintah negeri...bab kuasa membentuk dasar,kewangan, dan peruntukan pembangunan semua ada kat kerajaan pusat...kalau dah asyik kena sekat belanja...pokai la negeri...sebab tu kedah sampai nak tebang balak...bila pembangkang dapat memerintah semua peruntukan stop...tengok la pampasan balak kat kedah..royalti minyak kat terengganu masa pemerintahan PAS..semua kena sekat...mcm mana nak 'reform' bagi kemudahan dan taraf hidup yang terbaik utk rakyat?
mungkin MariMemangkah Undi pikir memang patut kerajaan pusat sekat bantuan kewangan kepada negeri pembangkang..alasannya sbb tak sama parti...tapi cuba kaji macam mana pembentukan Persekutuan?apa itu persekutuan tanah melayu?apa yg diserahkan oleh kerajaan negeri kepada persekutuan...apa tanggung jawab persekutuan terhadap negeri...LU PIKIR LA SENDIRI!!!!
FROM : AHMADINEJAD_GUAQ CHEMPEDAK
Salam Dato',
ReplyDeleteMariMemangkahUndi kata;
"Betul, memang sejak Mac '08, takde 'reform' langsung pun oleh BN. Tak dinafikan, tetapi boleh tak senaraikan 'reform' yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang baru ni?
Bukan apa, kita ni rakyat biasa je, kais pagi makan petang, kais petang makan malam, setakat ni nampak 2 x 5 je.
Kalau nak bagi alasan baru 10 bulan, rasanya susah sikit kot nak terima, ye tak? Jangan mare ye"
Saya sikit pun tak ambil hati. Macam saya kata, nak gelarkan PAS, PKR dan DAP apa pun suka hati lah.
Saya juga tak perlu hujah panjang nak bela mereka, saya bukan ahli parti mana-mana pun.
Cerita pasal 10 bulan PR diperingkat negeri? Kalau tidak sekadar ikut sumber MSM milik BN, saudara akan tahu.
Banyak pembaharuan kecil. Manakala pembaharuan besar, asyik kena kacau dengan federal.
Lagi banyak pula cerita BN, dengan halangan yang minima (kabinet dan majoriti parlimen) tetapi.....baca la sendiri!
Percaya dengan tidak je. Takpun pergi sendiri dan tanya orang tempatan.
Buat Ex_Anak_Perak dan Clean,
Fakta siapa betul? Jeng! Jeng! Jeng! Satu rujuk MSM milik BN dan satu lagi rujuk Harakah milik PAS. Sorang tinggal kat luar Perak, seorang lagi duduk di Perak.
Media mana yang ada reputasi yang baik? Tentunya bergantung kepada siapa yang membacanya.
Jadi saya cadangkan, seperti sebelum ini (banyak kali dah), baca kedua-duanya. Dan jangan lupa baca juga terbitan resmi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Baru tahu cerita penuh.
Terlalu banyak rasuah dan penyalahgunaan jentera kerajaan berlaku dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu yang berakhir pada 17 Januari lalu, kata Pengerusi Institut Nasional Untuk Ketelusan Pilihan raya (NIEI), Yunus Ali.
ReplyDeleteAntara dakwaan yang dibuat NIEI berhubung rasuah dan penggunaan jentera pilihan raya ialah :
Penubuhan dan pemberian RM 1 juta untuk Tabung Kecemasan Nelayan.
Peruntukan RM150,000 untuk skim pembangunan nelayan Kuala Terengganu.
Pemberian secara lambak tanpa tender 583 projek Kelas F yang bernilai RM15.8 juta.
Upacara mengasaskan projek pembinaan unit kardiologi yang bernilai RM10 juta.
Upacara perasmian projek pembinaan masjid di Kubang lkan (Kuala Terengganu) pada 15 Januari 2009.
Upacara pecah tanah pembinaan 1,200 unit Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Perasmian peruntukan RM100 juta untuk membina 1,000 unit rumah kos rendah di Kuala Terengganu.
Pemberian RM6.1 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Wei Sin.
Pemberian sebanyak RM2.5 juta untuk masyarakat Cina Kuala Terengganu.
Pengumuman geran RM 50 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
Pemberian pilot E-book (komputer) kepada 100 orang di Kuala Terengganu. Janji pemberian 23,000 buah E-book (komputer), berharga RM 1,300 sebuah, kepada kanak-kanak sekolah.
Seramai 206 orang penenun songket menerima satu set seorang Mesin Tenunan Tradisional yang berharga RM 695 seunit.
Pemberian RM408.6 juta kepada kerajaan Negeri Terengganu sebagai royalti minyak.
Mengisytiharkan projek untuk meluaskan ruang keluar-masuk pelabuhan perikanan di Pelabuhan Cendering.
Di peringkat kerajaan tempatan, Datuk Bandar Kuala Terengganu merangkap Pegawai Kanan Pilihanraya, Mat Razali Kassim didakwa berkempen dan mendesak kakitangan di bawahnya untuk mengundi BN. (Beliau telah meletakkan jawatan pegawai pilihan raya sehari sebelum pilihan raya kecil).
- dipetik dari harakah
ini untuk menyedarkan rakyat bahawa insentif2 yg diberikan semasa pilihanraya sebenarnya adalah sesuatu yg tidak normal dalam negara yg mengamalkan demokrasi, walaupun kita merasakan ianya perkara biasa kerana sudah berpuluh tahun dihidangkan dengan rasuah nyata begini setiap kali pilihanraya.
membantu dan berkhidmat utk rakyat adalah tanggungjawab pemerintah sebenarnya, tak kiralah siapa yg rakyat undi. apa yg perlu dipersoalkan adalah dari mana datangnya dana yg banyak ini yg begitu mudah didapati setiap kali adanya pilihanraya.
betul kata saudara sawit future trader.
ReplyDeleteini antara pembaharuan kerajaan selangor yg dikacau oleh federal >> "Selangor fights 30pc water hike, wants Syabas concession cancelled." - Malaysian Insider
sangat setuju dengan dato, kempen dan duit yang keterlaluan sangat meloyakan. syukurlah rakyat kuala terengganu masih ada maruah dan harga diri.
ReplyDeletesyukurlah rakyat kuala terengganu masih ada harga diri dan maruah dari terus dilacurkan oleh umno dan BN.
ReplyDeleteSalam sejahtera buat Dato',
ReplyDeleteSemoga sentiasa dilimpah kesihatan yang baik untuk terus mencanai minda. Moga apa yang baik dapat diterima pandang oleh yang membaca. Itu pun jika "mereka-mereka itu" masih membaca. Macam yang pernah saya nyatakan dahulu, ada bermacam-macam fesyen serta niat membaca. Pakai otak, pakai mata, pakai telinga, dan sebagainya. "Mereka-mereka itu" masuk kategori mana, hanya Yang Maha Kuasa Yang Mengetahui.
Pengundi di KT telah membuat keputusan. Dan kita maklum ianya tidak memihak BN (UMNO yang sebenarnya). Kita terima kekalahan dengan hati yang terbuka dan ini menunjukkan proses demokrasi hidup subur di Malaysia. Ini kata Timbalan PM.
Proses demokrasi tidak hidup sama sekali yang sebenarnya. Jika kita turuti kembali Perlembagaan, semestinya ada Pengelola Sementara (Caretaker Government) yang selalunya diketuai oleh Ketua Hakim Negara semasa proses pilihanraya umum. Dan PM ke, Timbalan PM ke, atau mana-mana menteri tidak punya kuasa sama sekali dalam tempoh tersebut untuk mengurus Negara. Apakah ini berlaku di Malaysia?
Jentera kerajaan masih diguna untuk tujuan berkempen. Apakah kita rasa kita lebih baik dari negara lain? Pakistan dan Bangladesh punya amalan proses demokrasi yang jauh lebih baik dari kita. Jangan kita mahu tipu diri sendiri. Cuma perbezaannya, senario politik mereka lebih ekstrem dan ganas dari orang Malaysia. Kita masih punya budi bicara serta akal fikiran yang waras.
Media membuat lintas langsung temuramah dengan pemimpin sepanjang kempen. Segala derma juga disiar secara lintas langsung. Malah mahu buka pusat kempen BN pun ada lintas langsung.
Saya setuju dengan Dato'. Masyarakat dah mual. Dah nak muntah pasal derma, lintas langsung, dan sebagainya ini. BN kata kita perlu lebih berusaha. Usaha sahaja tanpa berfikir juga satu pekerjaan Mat Jenin. Mat Jenin pun berusaha panjat pokok kelapa!!! Tapi, adakah dia berfikir? Mat Jenin bukan berfikir!!! Dia berangan!!!!
Tidakkah Timbalan PM sedar bahawa senario politik kita telah jauh berubah sama sekali. Sumber maklumat telah merentasi maya dan sampai ke destinasinya dalam masa kurang dari sesaat. Tidakkah kita sedar bahawa blog-blog telah merentasi fikiran semua generasi. Hatta, diceruk mana pun kita dapat akses kepada internet.
SUMBER MAKLUMAT.
GENERASI.
TREND.
POLAR BANGSA.
POLAR UMUR.
POLAR KAWASAN.
Bukan ini semua main peranan untuk menentukan kejayaan.
Saya merasa sedih kerana BN adalah asas kepada tertubuhnya Negara Malaysia. Tapi, jika pemimpin BN masih berfikir di tampuk lama, seharusnya kita jangan kecewa jika Dato Seri Anwar dapat mengotakan janjinya walaupun ia mengambil masa yang panjang.
Kepada PM, janganlah begitu sibuk menghayun kayu golf (semua orang tahu sukan kegemaran beliau). Corak serta gaya urusan PM juga telah diketahui orang. Janganlah merasa pelik jika orang kampung sibuk bercerita pasal PM.
Urusan pentadbiran kerajaan sekarang mudah dibaca. Ini bulan PM ada lawatan rasmi ke luar negara, TPM buat aktiviti dalam negeri. Bulan depan TPM buat lawatan luar negara, PM balik Malaysia!!!!!!!. Dah bertahun berlaku, orang pun dah masak dengan cara ini.
Bila banjir, masing-masing tidak tahu program yang lain, alih-alih berjumpa satu tempat di pusat penempatan sementara!!!!! (Coincidence)!!!!
Media juga perlu bersikap lebih jujur. Lihatlah kepada penyokong pembangkang. Siapa mereka ini? Dari golongan yang mana? Tidakkah kita masih mahu menafikan bahawa golongan yang menyokong pembangkang punya kebolehan serta kepakaran bidang IT yang jauh lebih maju (advanced) dari BN? Buka-buka lah laman sesarang (web) dan bandingkanlah? Dari situ sahaja kita sudah dapat menilai dimana BN dan pembangkang berada!!!!. Tidakkah ini kuasa MORAL!!!! Kalau moral dah awal-awal tewas, apa lagi jika duduk di gelanggang!!!!
Mr Clean,(macam Pak Lah ler plak ... hehe)
ReplyDeleteMinggu lepas saya balik kampung di Ipoh. Jalan-jalan di kampung-kampung Melayu macam Kampung Manjoi, Taman Meru, Kampung Sri Kinta tak nampak la pulak macam baru kena turap baru.
Tapi kalau pergi tempat-tempat macam Taman Pertama, Taman Ipoh, Jalan Silibin (Jalan P.Patto) memang saya nampak ada jalan baru diturap.
Tapi yang paling menarik.., saya terserempak dengan berbelas-belas ekor lembu yang bebas berkeliaran di jalan raya yang sibuk. Jenuh juga la nak mengelak tahi lembu yang banyak bertaburan di jalan tu.
Dah lama betul saya tak jumpa lembu-lembu berjalan-jalan di jalan-jalan raya di bandaraya Ipoh ni. Terbit nostalgia la pulak.
Betul kata saudara. Memang banyak perubahan yang berlaku.
-sinbad-
Sdri Minah Lop Lak,
ReplyDeleteMohon maaf tidak dapat siarkan komen sdri.
Dakwaan pembesar tertentu Berita Harian main terup di hotel penginapan mereka sampai pagi ada unsur fitnah.
Tetapi kalau betul,saya tidak hairan berasaskan cara pemberitaan BH yang saya baca.
BH kata harapan BN menang dengan mudah di KT adalah cerah. Itu berita muka depan mereka.
Mungin mereka main terup untuk kurangkan "stress".
Namun saya ambil maklum dan akan cuba nyatakan kepada mereka bila terserempak dengan mereka.
Mereka pun dulu budak-budak saya juga.
Terima kasih.
can you imagine what would have come out of BN leaders if they won in KT?
ReplyDeleteThink about it...surely it won't be it was a small win for us.
My observations
ReplyDelete1. MSM that spinned an UMNO win kept the news small when PAS won. Sore loosers.
2. UMNO to accept the defeat and work on change? People are still pointing fingers at each other. Good riddance.
3. Najib would not be able to bring about the necessary change. He plays safe.
4. Najib forsake his job as the Economic minister at a crucial time when our economy is stagnating even at a by election that is 'not important'.
5. Estimated between RM500 million to RM1 billion is thrown to the KT by election without results.
6. Too many luxury cars and police outriders blocking the road. Someone nearly died in Pahang when hit by a lorry as the junction is blocked for VIP to pass through.
7. Wan Farid is just an appointed senator who got lucky knowing the right people.
8. Terengganu chinese swings back to Barisan for economic reasons & probably not hudud. MCA is trumpetting as their achievement without wanting to know the real reasons. They will continue to loose support.
9. By elections are good. We almost have our electricity tariff lowered.
10.MCAC is confirmed toothless. It dares not act against many complaints of money politics in KT.
Ex Anak Perak dan Clean,
ReplyDeleteSaya ragu-ragu samada anda berdua betul-betul sudah membaca secara sepenuhnya titah ucapan Tuanku Raja Nazrin di majlis penutup Kongres Ekonomi Islam ke-3 itu.
Dengan izin Datuk Kadir Jasin, ini link ke satu blog yang menyiarkan dengan penuh titah ucapan itu:
http://bigdogdotcom.wordpress.com/
Sila baca sepenuhnya dan jangan ambil separuh-separuh.
Saya berpendapat bahawa laporan dari kedua-dua suratkhabar iaitu Utusan Malaysia dan Harakah itu tidak tepat dan masing-masing hanya ingin memenangkan pihak masing-masing.
Memang benar Tuanku Raja Nazrin ada menyentuh tentang sejarah kewujudan Kampung Baru dan boleh diintrepretasi sebagai menegur kepimpinan kerajaan negeri Perak (PAS?) sekarang ini, tetapi Tuanku juga ada menyentuh tentang salah guna kuasa dan pecah amanah yang berleluasa oleh pemimpin2 tertentu (UMNO?) hingga menyebabkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dipandang serong dan mahu dihapuskan oleh sesetengah pihak.
Jadi, kedua-dua pihak tidak kira UMNO atau PAS mestilah secara jujur menerima teguran ini dan jangan hanya menunding jari pada pihak yang lain.
Dan pada kita pula; penyokong-penyokong parti politik Melayu ini. Janganlah terlalu terikat dengan kepompong politik kepartian. Tidak semua yang datang dari PAS itu salah dan tidak semua yang datang dari UMNO itu betul. Dan begitu jugalah sebaliknya.
Kita sebagai penyokong haruslah bertindak sebagai kuasa pendesak dan jangan hanya membuta tuli menyokong apa sahaja tindakan pemimpin parti kita itu. Kita harus pastikan bahawa kepentingan agama dan bangsa kita tidak dilacurkan dan pemimpin kita tidak tergelincir dari landasan perjuangan agama dan bangsa.
UMNO dibawah kepimpinan Pak Lah sekarang ini sangat teruk dihukum oleh ramai orang termasuk ahli-ahli UMNO sendiri kerana Pak Lah dan ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang lain dilihat sebagai tidak amanah dan tergelincir dari perjuangan memartabatkan agama dan bangsa.
Namun, itu tidak bermakna yang PAS boleh mengambil alih teraju kepimpinan orang Melayu dan tanpa kuasa pendesak penyokong2nya dibenarkan melakukan kesilapan yang sama dilakukan oleh UMNO sepertimana yang berlaku di negeri Perak sekarang ini.
Ayuh, keluarlah dari belenggu dan kepompong politik kepartian. Tidak jadi salah menyokong mana-mana parti politik atau menjadi ahli mana-mana parti. Tapi jadi salah besar kalau kita hanya menjadi pengikut yang buta tuli dan membiarkan pemimpin kita buat apa sahaja yang mereka suka.
Peganglah pada saranan Tuanku Raja Nazrin ini;
"apa juga yang diperbincangkan dan apa juga rumusan yang dicapai tidak mungkin dapat dilaksanakan dan jauh sekali dari dapat dipenuhi jika umat Islam tidak kembali bersatu dalam satu ukhuwah perjuangan untuk mempertahankan maruah bangsa dan kehormatan negara. Berpeganglah kepada tali persaudaraan sebangsa – seagama, dan amalkan semangat biduk berlalu kiambang bertaut. Umat Islam di negara ini jangan sampai mengalami nasib menang sorak kampung tergadai, berdagang di bumi sendiri kerana dagang lalu ditanak, akhirnya itik kehausan di air dan ayam kebuluran di kepuk."
-sinbad-
Rosli Basiran di atas membuat 'andaian' berikut: "Saya merasa sedih kerana BN adalah asas kepada tertubuhnya Negara Malaysia".
ReplyDeleteIni andaian yang terlanjur dan salah. Andaian ini adalah hasil propaganda golongan memerintah sejak dahulu lagi.
Sudah lupakah Melayu (serta Cina dan India) arus kiri (PUTERA-AMCJA) yang memulakan perjuangan kemerdekaan (dan bukan UMNO yg belum tertubuh lagi masa itu)?
Sudah lupakah Hartal?
Sudah lupakah bahawa golongan arus kiri ini memperkenalkan Perlembagaan Rakyat, manakala UMNO dan Perikatan yang baru tertubuh menyokong Perlembagaan Federation yg dikemukakan British?
Sudah lupakah bahawa Arus Kiri mewakili rakyat biasa dan UMNO dan Perikatan memberi sokongan dan mendapat naungan golongan raja, aristokrat dan elit?
Fikir-fikirkan lah sebelum membuat deklarasi tak berasas seprti UMNOlah yang segala-galanya, atau tanpa UMNO tiadanya Malaysia. Ini fikiran atau pendirian yang maya dan sesat.
Kalau nak belajar dengan lebih mendalam mengenai isu ini, tontonilah dokumentari '10 Tahun Sebelum Merdeka', di sini.
Sekian.
Dato',
ReplyDeleteApa kata Ali Rustam (calon Timb Presiden UMNO) dlm akhbar BH sebagai respon kepada kekalahan BN di KT? Katanya, `Pembangkang membuat taktik kotor dengan berkumpul ramai2 di pintu masuk pusat mengundi dan ini menyebabkan pengundi takut nak datang'.
Boleh dato' gambarkan betapa rendahnya daya pemikiran pemimpim UMNO begini, dan kesannya jika ia menjadi pemimpin tertinggi UMNO??
"Najib says KT loss not a reflection on his leadership" - Malaysian Insider
ReplyDeletemacam mana lagi nak menyedarkan pemimpin yg begini datuk. tak hairanlah rakyat sudah meluat sekarang, benar2 meluat
Salam DAKJ,
ReplyDeleteBila kalah nada nya sayu dan penuh dengan penafian, begitulah BN. BN dan khasnya UMNO masih terus dengan strategi lama bila menghadapi PRK....mengebom kawasan seperti Israel mengebom Gaza, kemudian meminta maaf dengan muka selamba...cara BN dah lapok.
Berbeza dengan PR (PAS, PKR dan DAP), mereka memulakan langkah dengan merendah diri dan tidak lagi menghentam pemimpin BN secara total, menawarkan bantuan dan menjanjikan harapan.
Pengundi semakin bijak, bukan lagi ditahun 1969 hingga 1995, media semakin canggih..maklumat boleh diperolehi tanpa membeli akhbar atau menonton TV tajaan BN.
Talkin untuk UMNO semakin hampir, bertaubatlah.........
Beza meluat dgn marah:-
ReplyDeleteMARAH = Kita boleh maafkan jika kita dipujuk dan tuan punya diri berjanji untuk berubah dan tidak ulangi perbuatan yg menyebabkan kita marah tuh...
MELUAT = Kita dah sampai tahap tepu dah, buat baik macamanapun kita dah tak leh maafkan lagi ..macam bini tua meluat tgk laki dia kahwin lain i.e. bermadu.
So untuk UMNO..hampa kena sedar yg rakyat khususnya org Melayu dah MELUAT dah dgn hampa..bukan MARAH jer..MELUAT babe..!! Sorry..nahe..nahe..!!
Hussein Tokia (bukan Nokia)
Tokai, Kedah.
Dato Nordin,
ReplyDeleteSetuju dengan pendapat supaya istihar darurat dan pinda perlembagaan terutama sekali mengenai isu-isu tanah, bahasa kebangsaan dan banyak lagi perkara-perkara di dalam perlembagaan yang dikira kabur. Ini perlu supaya tidak menimbulkan masalah pada generasi akan datang.
Clean,
Cukai pintu di Ipoh diturunkan? Bagus. Tapi kenapa beri konsentrasi kepada perkara-perkara yang melibatkan kaum tertentu sahaja. Berapa kerat sangat Melayu yang tinggal di Ipoh dan dibandar-bandar lain di Perak. Bagaimana dengan isu-isu yang melibatkan orang-orang Melayu kampung khususnya isu tanah.
Untuk mengingatkan generasi muda tentang hubungan erat antara orang Melayu dengan Tanah saya cadangkan supaya "Semenanjung Malaysia" atau "Malaysia Barat" dikembalikan ke nama asalnya iaitu "Semenanjung Tanah Melayu" atau "Malaya". Orang-orang Sabah dan Sarawak hingga hari ini masih lagi menggunakan perkataan Malaya untuk Semenanjung.
Saya dibesarkan dizaman darurat dan tahu benar tentang kampung-kampung baru yang kini menjadi kubu DAP. Lalu saya teringat kepada peribahasa Melayu "kilas ikan di air sudah tahu jantan betina".
A'kum Dato'
ReplyDeleteUMNO, BN masih terlalu dungu tentang berkempen, menggunakan taktik lama, lapuk dan tidak bertamadun. Menabur janji dengan pembangunan dan wang ringgit serta cuba memperbodohkan rakyat. Mereka ingat dengan cara itu rakyat akan suka dan mengundi mereka. Ketika kempen inilah semua yang diminta rakyat dapat sedangkan masalah rakyat sebelum PRK tidak diambil peduli. Media arus perdana masih bebal dalam membuat dan menyampaikan berita yang benar kpd rakyat, tiada ruang untuk pembangkang dan hanya berita yg baik, memuji dan memuja kerajaan sahaja yang ada. Pada mereka semua yang dibuat oleh pembangkang salah dan tidak betul. Rakyat telah muak cara ini sejak zaman TDM lagi.
Pemimpin UMNO masih berpegang pada wang untuk menang dan sekiranya kempen seperti ini dalam PRK13 pastinya BN akan tersungkur.
Apabila Margaret Thatcher menjadi PM beliau terus engaged S & S sebagai konsultant yg menasihat dan memperbetulkan imej dan persepsi Rakyat kepada belaau dan kerajaan Ada juga selepas itu seorang menteri kanan di Malaysia menggunakan perkhidmatan s & S bagi perkara yg sama
ReplyDeleteNajib harus menkaji stategi yg sama untuk memperbetulkan imej dan persepsi ini...
bukan marah bn dato. bn yang tak pandai ambik hati pengundi dato
ReplyDelete