[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[Update, 16 Mac] -- SEPASANG suami isteri lagi dihadapkan ke mahkamah, kali ini di Kuala Terengganu, atas dua tuduhan mencaci Sultan Perak dalam laman web pejabat Baginda.
Mereka adalah ahli perniagaan Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan isterinya Fatimah Maisurah Abdullah, 34, seorang peguam.
Mereka didakwa membuat komen berkenaan dalam laman web http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang dipautkan kepada laman web Pejabat Sultan Perak, www.sultan.perak.gov.my.
Ini menjadikan bilangan yand didakwa lapam orang.
[Posting Asal]PERTUDUHAN terhadap enam orang pembahas blog semalam atas tuduhan menghina Sultan Perak menjadi satu lagi mercu tanda bagi dunia blog Malaysia.
Mereka dituduh di tempat berasingan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.
Peristiwa ini sekali gus menamatkan andaian bahawa blog, pemblog (blogger) dan pengomen adalah bebas dan di luar kawalan undang-undang.
Secara peribadi, saya telah sejak sekian lama berulang kali mengingatkan masyarakat blog, sama ada pemblog atau pembahas, agar berhati-hati dan sentiasa menghormati undang-undang.
Tetapi nasihat seperti ini bukanlah mudah diterima kerana ramai pemblog, pembahas dan pembaca percaya bahawa blog adalah bebas dan tidak ada siapa yang boleh bertindak ke atas mereka.
Apatah lagi majoriti pemblog dan pembahas adalah bukan wartawan dan tidak terlatih di bidang undang-undang.
Malah ada di kalangan pemblog wartawan dan mereka yang fasih mengenai undang-undang pun ramai berasa seolah-olah mereka di luar kuasa undang-undang.
Di kalangan pembahas pula, majoriti adalah orang muda dan anggota biasa masyarakat yang penuh emosi dan mengulas untuk melepaskan geram.
Dalam rancangan “Perspektif Kita” keluaran saluran satelit Astro Awani baru-baru ini, saya memberi kata dua bahawa tidak ada siapa pun di bumi Malaysia ini yang terlepas daripada kawalan undang-undang.
Saya mengingatkan pemblog bahawa mereka tertakluk kepada semua undang-undang negara, khasnya yang berkaitan penyebaran maklumat dan propaganda, seperti Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Rahsia Rasmi.
Setidak-tidaknya pun mereka boleh dikenakan tindakan sivil seperti saman malu.
Malah saya mengatakan bahawa menulis di dinding bangunan atau tembok pun boleh diambil tindakan jika mengandungi unsur-unsur di atas dan penulisnya berjaya dikesan.
Atas alasan dan kesedaran itulah saya dari awal-awal lagi menyatakan dalam pengenalan blog ini bahawa “we wish to maintain a high level of integrity and responsibility among our participants”.
(Kita berhasrat mengekalkan tahap integriti dan tanggungjawab yang tinggi di kalangan peserta kita.)
Dan dalam setiap posting baru, saya mengulangi pesanan bahawa “ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan.”
Saya juga tidak melayan komen yang hanya menggunakan pengenalan “anonymous” tanpa nama sebenar atau samaran di bawahnya.
Adalah mustahil bagi saya, para pembahas dan pembaca membezakan antara seorang pengulas “anonymous” dengan pengulas “anonymous” yang lain.
Alhamdulillah, tidak terlalu banyak komen seperti di atas yang saya terima. Jadi tidaklah banyak komen yang terpaksa saya tolak.
Kesan tindakan mahkamah ini tidaklah semuanya negatif walaupun ia sedikit sebanyak akan menakutkan sesetengah pembahas daripada terus menghantar komen.
Namun dalam jangka masa panjang, saya berharap ia akan memberi kesan positif di mana para pembahas akan berhujah dengan tepat, pintar, waras, berhemah dan bertimbang rasa.
Saya sendiri kecewa dengan sikap fanatik segelintir pembahas yang langsung tidak boleh menerima perbezaan pendapat dan sangat emosional. Malah kita yang memberi ruang ini pun dimaki hamunnya.
Sikap mereka bercanggah langsung dengan dakwaan bahawa mereka matang dan demokratik. Elok jugalah pembahas seperti itu diadili oleh mahkamah atau tidak lagi mengambil bahagian di ruang demokratik ini.
Peristiwa ini juga membuktikan yang blog ini bukan lagi media pinggiran yang diberikan pelbagai label negatif. Blog sudah diakui penting dan mula diadili sama seperti media arus perdana.
Bagi saya, ini adalah perkembangan yang positif dan akan menjadikan komuniti pemblog lebih bertanggungjawab dan dihormati.
Seperkara lagi, lebih baik pemblog diawasi oleh masyarakat dan diadili oleh mahkamah daripada dikawal dan diadili oleh cawangan eksekutif dan perkhidmatan awam.
Ringkasan Kes Daripada Utusan Online
Chan Hon Keong 26, dituduh bersama isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, menghina Sultan Perak melalui laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak, www.sultanperak.gov.my. di Permatang Pauh, Butterworth, kira-kira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lalu.
Rutinin Suhaimin, 35, dituduh melakukan kesalahan sama menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen di alamat http://booksdreambook.com/duli/duli.html yang pada pukul 6.33 petang pada 13 Februari lalu di Kundasang, Sabah.
Nor Hisham Osman, 36, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelik sifatnya di http://books.dreambook.com.web per/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak iaitu www.sultan.perak.gov.my. Perbuatan itu didakwa dilakukannya pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan, Selangor.
Muslim Ahmad, 54, didakwa atas tiga tuduhan menulis komen menghina Sultan Perak menggunakan perkhidmatan Internet menghina Sultan Perak di Setapak, Kuala Lumpur pukul 2.21 dan 2.27 petang, 7 Februari lalu.
Azrin Md. Zain, 33, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah menulis komen yang menghina Sultan Perak.
YBhg Dato` Kadir
ReplyDeleteKalau kita perhatikan, amalan kutuk mengutuk dan bahasa kasar sudah menjadi sub budaya. Saya tidak bercakap pasal kutuk-kutuk politik. Saya melihat kepada budaya remaja sahaja.
Kutuk mengutuk antara kawan-kawan dalam kalangan remaja sudah jadi lumrah. Itulah trenda masa kini. Budak itu kutuk budak ini. Kutuk kaukau. Balas balik pun kaukau.
Kalau ada kawan dalam kalangan itu berbahasa elok dan lurus maka ia dilabel skema.
Pada mereka, skema mungkin bermaksud sesuatu yang telah ditetapkan, mengikut urutan, mengikut peraturan.
Jadi kesimpulan yang saya buat, orang muda pada hari ini adalah anti skema. Alergik kepada yang menjadi kebiasan. Mungkin waktu dulu kita kata anti establishment.
Trenda (gejala?) seperti ini sudah lama. Remaja pada hari semalam sudah menjadi orang dewasa pada masa ini, namun ada sesetengah masih mengikuti trenda semasa remaja.
Soal caci mencaci, makin hamun pun sudah hangat satu masa dahulu. Siapa pengasas retorik maki hamun dan caci mencaci? Ini soalan jujur.
Dalam Parlimen pun sama. Sesorang YB yang berhujah mengikut fakta dan rasional tidak mendapat perhatian. YB yang hujah dengan emosi mendapat tepukan gemuruh. Jika itu adalah ciri-ciri untuk jadi popular, maka tidak heranlah elemen emosional diasah dan disuburkan dalam gaya kepimpinan.
Minat YB Sallehuddin Ayub. YB Shahrir Samad pun minat jugak.
Pak Kadir,
ReplyDeleteSangat berharap dengan kekuatan pena Pak Kadir dapat menyedari had had kebebasan.Ada perbuatan perbuatan yang kita tidak boleh mencuba,umpama merasai kejutan elektrik silap silap membawa maut. Demi kesejahteraan generasi kemudian biarlah serdahana dan melalui lunas lunas yang dihalalkan.
Datuk,
ReplyDelete1. Memang mudah untuk kita mencari kesalahan dan mendakwa seseorang atas kesalahan tertentu.
2. Tetapi adakah kita mahu berfikir dan mengkaji kenapa mereka ber6 itu sanggup dan berani melakukan kesalahan seperti itu?
3. Jawabnya mudah iaitu kini rakyat sudah tidak takut lagi untuk bangun menentang segala bentuk "Dasar, Peraturan atau undang-undang" yang mereka fikir ia tidak adil lagi buat diri mereka.
4. Mereka boleh didakwa tetapi kita perlu ingat Tuhan akan bersama dengan pihak yang benar.
5. Tuhan tidak menilai sama ada anda seorang Raja, Pemimpin atau pun seorang rakyat. Tuhan akan merujuk undang-undangNYA dan bukan undang-undang yang dicipta oleh manusia. Masa akan menentukan hukumanNya.
http://politikanjing.blogspot.com
Tok..ada bahasa dapat mendamaikan keadaan..ada kala bahasa bisa dan menjadi racun..
ReplyDeletesemasa saya di katil di ampang putri ..anak saya membaca TALKIN untuk saya di atas permintaan saya..anak saya mengalir airmata di kelopak matanya..saya terasa sayu kerana TALKIN untuk itu..di tulis oleh anak saya sebagai amanat bila saya pulang untuk mengadap YANG MAHA KUASA...
ada menulis tampa mengikut akal yang waras dan pesan tok untuk mereka..
"SAYA SELALU BERTANYA APA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK NEGARA DAN MASA DEPAN ANAK BANGSA" ..
saya lihat ramai rakyat tengelam punca...
tok..salam untuk keluarga semua...saya doakan.
Dato',
ReplyDeleteKesan fitnah, hasutan dan propaganda pimpinan politik dan wartawan lebih buruk daripada bloggers kerana mereka mempunyai pengikut dan edaran yang luas. Bila pula kerajaan nak mendakwa wartawan utusan malaysia kerana tulisan fitnah.
Bye/Roti Planta
Begitu cepat Datuk tindakan yang diambil polis .
ReplyDeleteRasanya .. apa yang berlaku kpd tunjuk perasaan terengganu ttg kalimah NATANG .. di mana hasil siasatannya ?
Mereka adalah sebahagian dari pemblog yang telah menerima 'upah setimpal' atas berani buat berani tanggung.
ReplyDeleteApapun mereka juga terpengaruh dengan gelagat segelintir pemimpin pujaan mereka yang masih lantang dan bebas.
Yang didakwa masih di kategori pemblog ikan bilis mentah sedangkan tenggiri dan bawal masih bebas.
Adakah undang2 di Malaysia masih dwi standard.
Dato,
ReplyDeleteSaya sebenarnya ingin menulis mengenai isu ini. Bagaimanapun oleh kerana Dato dah menulis mengenainya, biarlah saya jadi tukang tambah saja.
Saya membahagikan bloggers sosio-ekonomi ini ada beberapa kategori:
1. Bloggers provokasi - membuat blog atau menulis komen bertujuan untuk menimbulkan reaksi negatif dari kelompok tertentu.
2. Bloggers sehala (one way) - cut and paste artikel dari blog / website lain yang serasi dengan pandangannya. Betul atau fitnah itu tak penting. Apa yang penting ialah tulisan tu serasi dengan pandangannya.
3. Bloggers informasi - memberikan informasi mengenai aktiviti politik seseorang atau sesebuah organisasi.
4. Bloggers diskusi - saya fikir blog Dato termasuk dalam kelompok ini. Dan saya juga cuba untuk belajar dari Dato dalam hal ini.
Kita perlu menggalakkan blog berwajah dan bertanggungjawab. Kalau tidak, blog akan menjadi tempat untuk psych war saja dan ia tidak memberikan apa2 manfaat.
Saya fikir tidak salah untuk kita kritikal. Apa yang penting ia harus dikendalikan dengan bersopan.
Terima kasih.
Siang tadi (14.3.09) di UM berlangsung satu forum setengah hari tentang undang-undang dan blog anjuran fakulti undang-undang UM. Memang apa yang dibincangkan amatlah sesuai dengan apa yang terjadi
ReplyDeleteSaya sendiri hairan dengan ramai blogger yang terlalu emosional dalam meluahkan ketidakpuasan hati masing2 dalam blog mereka atau blog yang dikunjungi... Sepatutnya kita bersikap moderate atau atas pagar.. bukannya bermakna kita takut atau pengecut tetapi bersederhana itu lebih baik...
ReplyDeleteSdr Zurich AlQaf YM,
ReplyDelete1. Itulah berkat dan penawar anak yang baik;
2. Semakin kita tua, semakin terasa betapa kita sepatutnya mendidik anak-anak kita lebih baik;
3. Alhamdulillah, kita dianugerahkan anak-anak yang baik. Saya ada lima orang. Cucu dua;
4. Saya doakan dan harapkan Sdr tekun berubat dan segala ujian dilalui dengan sabar.
Kepada para pembahas semua,
Sila ambil maklum komen yang terlalu songsang faktanya atau masih menghasut tidak akan saya siarkan.
Ingat, undang-undang tidak memilih antara orang yang tahu dengan yang tidak tahu.
Di sisi-sisi undang-undang, kejahilan bukan pembelaan.
Silap bandingkan kekebalan MP (itu pun dalam Dewan saja) dengan blogger dan pembahas blog.
MP dipilih oleh rakyat. Kita tidak dipilih oleh sesiapa.
Terima kasih.
saya setuju ramai pembahas blog terlalu emosional, kerana manusia dibekalkan dengan perasaan yang pelbagai.
ReplyDeleteBarangkali kita tidak sedar siapakah yang mendidik manusia yang hidup diatas muka bumi.
Rasulullah SAW dididk oleh Allah subhan nahu wataala secara langsung tetapi manusia biasa macam kita ini jauh sekali untuk mendapat pendidik tersebut.
Ulamak pun kadang payah untuk mendapat pendidikan seumpama itu.
Kalau mereka yang ulamak tidak mendapat pendidik sepertimana RasulullahSAW, apalah sangat orang Awam yang ada PHD atau kumpulan pemikir cndiakawan dan aktivis.
Soal emonsional atau tidak tidak harus membuat kita kecewa, kerana manusia pelbagai ragam dan memiliki kesatuan pemikiran yang berbeza satu sama lain.
Kita sedia maklum kebanyakan manusia yang ada diatas muka bumi ini didik oleh Iblis sikit sajak yang dididik oleh malaikat. Jauh sekali telah didik oleh Allah.
Apabila telah dididk oleh iblis sudah tentu apa tindakan baik menulis dalam blod ke, pembahas blos ke mereka menerima petujuk yang sesat.
Memang Iblis tidak pernah mengajak manusia ke jalan yang lurus. Sebab itu apa apa tindakan yang dilakukan oleh kebanyakan manusia baik para pemimpin sekalipun mereka mereka seolah olah telah mengajar rakyat emosional boleh dikenakan tindakan undang undang.
Tindakan mereka yang dikata emosional itu atas nama kecewa dan tidak puashati terhadap pemimpin yang diamanahkan memimpin mereka ke jalan yang llurus, tetapi dipimpinan kejalan kesesatan.
Ada yang tidak patuh dengan undang. Mereka kata orang lain tidak patuh dengan undang undang yang sedia ada tetapi mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak patuh dengan undanag undang yang sedia.
Bukan setakat tidak patuh dengan undanag malah ada yang tidak ambil kira soal halal/haram yang ditetap oleh Allah subha nahu walaata.
Inilah punca ramai manusia emosional, tambahan pula mereka dibekal dengan hawa nafsu. Kalau mereka memiliki nafsu amarah sudah tentu ia mendorong dan cenderung kearah yang sangat dibenci oleh Allah.
Salam Dato'
ReplyDeletePada pendapat saya, bersopan -santun dan mengawal budi bicara adalah satu budaya ketamadunan tinggi yang masih belum mampu dicapai oleh majoriti masyarakat kita termasuklah dikalangan YB-YB ... saya kira elok benar tindakan diambil pada mereka ini ... malah imuniti YB-YB itu pun patutnya ditarik balik ... adalah lebih malang jika kalangan YB yg dianggap pemimpin mempunyai tahap kesopanan yang rendah
Pakcik...pakcik..rakyat sedar pendakwaan mereka ber enam tu bermusim,skrg ni musim umno nak mengawan,skrg ni musim umno nk bodek sultan,.dah beribu kali khir toyo di tempekan,muhyidin di sembabkan,najib di monggol kan....tak de apa2 pon...cukup la pakcik..hentikan projek nak tipu melayu,,melayu dh lama kena tipu sesama melayu.
ReplyDeleteKnape mereka emosional ?
ReplyDeleteapakah punca mereka menjadi emosional ?
itu yang perlu di kaji !!!
salam dato'
ReplyDeletebiarlah dalam segala hal kita bersederhana... lakukan apa sja dengan kewarasan akal... jgn terlalu ikut hati atau nafsu. iman perlu dijadikan pedoman...
Salam DAKJ
ReplyDelete1. Saya setuju; pembahas kena bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Berani kerana benar, jangan menipu dan diam jika tidak tahu.Jangan buat buat tahu.
2. Maaf Dato’ sebab tak setuju dengan Dato’ sikit. Memanglah kita tak dipilih oleh manusia lain tetapi setiap manusia adalah khlalifah Allah di muka bumi ini. Sebenarnya setiap kita adalah istimewa, cuma ilmu dan amalan kita yang membezakannya.
3. Saya bukannya doctor falsafah tetapi salah satu falsafah hidup saya ialah “if you say yes to something, you will say no to something else”(copy and paste dari professor saya). Seseorang yang rajin bekerja sehingga lewat malam memang akan dipuji oleh majikannya tetapi adakah ia berlaku adil kepada anak isterinya?
4. Kita dikurniakan akal fikiran dan juga hawa nafsu untuk digunakan dengan seadilnya. Bagi menterjemahkannya, tidak salah kita menggunakan kesemua kurniaan tuhan termasuk suka, duka, marah, sedih, sabar, berang, sakit hati, dendam TAPI mestilah kena pada tempatnya iaitu berlaku ADIL pada diri sendiri.
5. Untuk berlaku adil dalam pertimbangan diri, bukannya datang secara tiba tiba dan sekejap.Pertimbangan yang adil CUMA dapat dikecapi selepas puluhan tahun dan ianya lebih cepat jika penuh ilmu didada.
6. Sekali lagi dipohon maaf Dato’ sebab berfalsafah pula sikit kali ini. Mungkin saya boleh memberi beberapa tips dan pendapat untuk berlaku adil di lain posting Dato’. TQ
Datuk Kadir dan pelayar dunia maya sekalian, Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya tergerak untuk turut sama dalam debat blog Datuk kali ini. Maafkan kalau analisis dan kupasan saya agak akademik kerana saya dari aliran perguruan dan pendidikan.
Maladi (penyakit) minda muda Malaysia yang Datuk unjurkan itu adalah akibat sistem pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan dan kecemerlangan gred sehingga kita terlupa dan terabai naluri manusia, bermula dengan dunia kanak-kanak apabila kita cukup inquisitif dan sentiasa mahu bertanya soalan.
Tetapi sistem pendidikan kita yang berpaksikan peperiksaan itu membunuh inquisitiveness atau perasaan ingin tahu itu daripada tadika sehingga IPT di mana anak-anak kita dipaksa mendengar tetapi tidak digalakkan bertanya apatah lagi berbahas.
Dari aspek psikologi dan fisiologi manusia ini sudah salah kerana manusia diberikan banyak naluri. Naluri melihat, mendengar, bertutur dan banyak lagi. Dalam sistem pembelajaran yang holistik kesemua naluri ini wajib digunakan serentak supaya yang didengar dan dilihat, termasuk melalui pembacaan, dijelmakan dalam bentuk penulisan dan penuturan.
Tetapi ini tidak berlaku dalam sistem pendidikan kita maka pelajar menjadi bisu, tidak pandai bercakap dan kaku, tidak pandai menulis. Akhirnya ilmu dan informasi tidak masuk lagi ke dalam benak mereka kerana berlaku kesesakan maklumat yang tidak dapat dizahirkan melalui pengucapan tulisan.
Justeru itulah, Datuk apabila lulusan sistem pendidikan ini berhujah sama ada dalam pertuturan biasa, dalam debat atau tulisan, hasil karya mereka hambar dan penuh dengan emosi, maki hamun dan kekhilafan yang Datuk sebutkan itu seperti tidak bisa membedakan antara yang dipilih dan yang dilantik, antara kebal wakil rakyat di Parlimen dengan rakyat jelata yang dikatakan tidak kebal.
Sebagai bekas guru yang disekolahkan pada zaman penjajah dan matang dalam era kemerdekaan, saya dukacita melihat bagaimana sistem pendidikan kita semakin hari semakin tidak bermaya dan gagal melahirkan pemikir dan pengartikulator yang berkaliber, kesudahannya kita berdepan dengan satu atau dua generasi yang cetek ilmu dan pemikiran.
Sejak bersara saya menjadi guru tuisyen. Saya gusar kerana kemampuan berfikir, bercakap dan berbahas kini terhad kepada segelintir anak orang Melayu kelas menengah yang mengutamakan bahasa Inggeris walaupun bahasa Melayu anak mereka bagus sedangkan anak orang kampung dan Melayu kelas bawah lemah dalam kedua-dua bahasa. Manifestasi kepada maladi adalah komen-komen yang hambar dan diskusi blog yang sangat rendah taraf maklumat serta ilmunya yang kini turut tergambar di akhbar, radio dan TV.
Guru Pencen
Aslmkm Dato,
ReplyDeleteNegara semakin tidak aman. Inilah akibatnya bila K'jaan lemah.
Perkara2 yang dulu tidak menjadi isu dan diterima sekarang dibantah2 dimerata tempat.
Undang2, pihak berkuasa dan anggota keselamatan diperlekehkan. Polarisasi kaum semakin ketara.
Ini semua tidak akan berlaku, atau setidak2nya akan dapat dibendung jika K'jaan kuat.
Inilah sebabny mengapa Dr. Mahathir menekankan betapa perlunya K'jaan yang mempunyai 2/3 majority. Tambahan pula kerana M'sia adalah sebuah negara majmuk. Banyak perkara boleh menjadi sensitif jika tidak diuruskan dengan cekap dan berhemah.
Isu yang kecil pun boleh sahaja dieksploitasi sehingga mencetuskan
perbalahan kaum.
Laman2 blog sekurang2nya dapat menjadi 'outlet' untuk meluahkan perasaan. Tetapi tidak perlulah menggunakan bahasa yang kesat atau bersikap biadap.
Dan sesiapa sahaja yang menyalahi undang memang patut dikenakan tindakan yang sewajarnya. Walau dimanapun kesalahan itu dilakukan.
Salam Dato.
ReplyDeleteIngatan Dato itu memang kena pada masanya. Moga rakyat Malaysia mengambil iktibar dan lebih beradab dalam berbicara.
Cuma saya ingin menyorot kata Dato
"...saya memberi kata dua bahawa tidak ada siapa pun di Malaysia ini yang terlepas dari kawalan undang-undang"
Pernyataan itu sebenarnya half truth. Amat terang dan nyata di mata kita bahawa ada orang macam mana bebal sekalipun dalam pelanggaran undang-undang tetap bebas dari tindakan undang-undang. Buktinya terlalu banyak. Cuma apakah kita bersedia mengakuinya dan seterusnya mengambil tindakan. Penafian tidak memungkinkan kita melangkah jauh untuk pembaikan.
"Dr M says Perak grab unlawful" - Malaysian Insider
ReplyDeleteSekali lagi mantan pm berkempen utk pr.
Datuk,
ReplyDeleteAda orang bertanya, mengapa mereka ini menjadi emosional? Apa puncanya?
Jawapan saya mudah sahaja. Sebab mereka ini BODOH PIANG! Membenarkan diri mereka dikuasai oleh perasaan marah. Membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh orang-orang politik yang jadi batu api menghasut penyokong-penyokong mereka agar membuat kelam kabut dengan tujuan untuk kembali mendapat kuasa.
Mengapa parti-parti politik Pakatan Rakyat tidak tampil kehadapan untuk membantu membela mereka-mereka ini di mahkamah?
Mengapa parti-parti politik Pakatan Rakyat tidak tolong mengeluarkan duit untuk membayar denda yang dikenakan?
Sebabnya, pemimpin politik tidak suruh pun mereka ini masuk laman web rasmi Sultan Perak dan membuat komen yang berbahasa kesat di situ. Masuk rumah orang, kenalah jaga adab! Jangan tunjuk kurang ajar!
Tapi kalau dah emosional sangat, buat kerja BODOH. Tanggunglah sendiri!
Orang politik, macam biasa ... mereka nak selamat diri, mereka cabut lari.
-sinbad-
salam DAKJ n Bloggers,
ReplyDeletebtol..btol..btoll.. berani tulis berani tanggung!!bloggers kena lah ada standard dia tersendiri, bezakan dgn media sampah....hari2 melapor fitnah dan mengampu, so ayuh bloggers kritik mereka ini dgn fakta...bukan auta!!
saudara kluangman, dwi standardlah salah satu punca makian dan cemuhan dlm dunia siber, lihat sahaja isu "NATANG" tiada apa2 tindakan kerana.........lu pikirla sendiri
p/s: kesian umno bkt selambau :-P
HAMBA ALLAH
Salam Dato'...
ReplyDeletesbg org muda (range 20-30) sy berasakan mmg majority kami berasa sgt geram yg x dpt diluahkn secara lahiriah..mmg tidak ptt para bloggers terlalu emosional dan bersikap biadap..sy sendiri sgt tdk bersetuju dgn sikap sedemikian.Namun begitu inilah hakikat yg terjadi dewasa ini..rata2 kami bukan lah cetek sgt mahupun cerdik sgt..namun kami dpt menilai dan mmbezekan ape yg tersorok dan tersirat d sebalik undang2 dan hukum buatan manusia..kalo btol semua manusia tdk terlps dr undang2, mengapa ada shj VIP atau VVIP yg seringkali terlepas..ini semua rmai org2 dewasa (atau org yg berasa mereka tua dan berpngalaman lebih)terlepas pdg sdgkn mereka terlupa ada 1 lg generasi yg mungkin la dato' tafsirkan sbg tdk mtg,emo etc, sdg memerhatikan dunia malaysia dr hati yg tulus putih..
Sekian...
Dato'
ReplyDeleteNampaknya 'Kempen Budi bahasa budaya kita' gagal...
Macam mana tak lingkup, Ali,Tong Seng n Mutusamy yg dok berbahas
diParlimen pun takdak budi bahasa.
Serupa dengan Kempen Tak Nak Merokok, depa pembuat dasar pun berasap telinga-hidung.
Saya sokong sapa-sapa yg jahat mulut dan diterjemahkan melalui blog diambil tindakan.
'Berani buek berani Tanggung'
Salam Dato,
ReplyDelete1. Saya bersetuju dengan komen Cikgu Pencen.
2. Inilah masanya untuk kita menilai dan merombak sistem pendidikan negara seperti yang telah di nyatakan Professor Ungku Aziz baru2 ni.
Sekian. Wassalam.
Dato' dan kawan kawan semua,
ReplyDeleteKita mesti beringat bahawa bumi Malaysia bukan semacam Bumi Dunia yang sudah maju. banyak diantara rakyat kita yang masih belum mempunyai kematangan yang perlu untuk berdebat dan berbincang secara civil.
Jika kita semua berbincang secara "sticking to the point" dan jangan mengikut sangat emosi maka baru lah dapat kentungan bertukar fikiran....
Saya bersetuju tetapi saya tidak ada keyakinan dengan badan kehakiman dan ada kalanya badan penguatkuasa tidak adil dalam pelaksanaan tugas mereka jadi saya rasa lebih baik blog diadili oleh blogger seperti yang di youtube dimana video yang tidak bersesuaian boleh di "flag".Malah saya rasa semua subjek sepatutnya dibincangkan supaya jalan penyelesaian dapat ditemui.Dengan mengatakan sesuatu isu itu sensitif maka jalan penyelesaian tidak dapat ditemui.Di Amerika dan banyak negara barat yang maju terdapat "Freedom of Speech"walaupun isu tersebut sensitif seperti di amarika isu perkauman dan agama turut dibincangkan.Jadi ruang blog sepatutnya mengamalkan prinsip tersebut barulah demokrasi dapat bercambah dan isu sensitif dapat diselesaikan.
ReplyDeleteSaya tidak senang dengan post datuk kali ini. Kerana apa?
ReplyDeleteEmosional yang keterluan tidak salah, tetapi yang salah sepatutnya adakah isu yang dikomen itu adakah isu benar, dan tidak menghasut yang boleh memecahkan keamanan negara.
Menghasut termasuk menghina raja yang patut dihormati adalah dikira sebagai memecahkan undang-undang dan orang yang membuat kesalahan seperti itu harus dihukum.
Namun menyatakan yang benar seperti taatkan pemerintah, patuhi undang-undang adalah untuk kebaikan jemaah, tetapi kalau ada individu yang mencabar jemaah, maka orang yang keluar jemaah adalah boleh dihukum.
Pemebangkang adalah satu-satunya contoh yang keluar dari jemaah, tetapi kerajaan tidak pula menghukum. Kenapa?
http://pkrpasdap.blogspot.com
ReplyDeleteNIK AZIZ BENCI UMNO, ADAKAH NIK AZIZ SAYANG DAP?
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya merupakan salah seorang blogger muda (lingkungan 25-30 tahun).
Jika ada yang mengatakan ramai bloggers generasi saya terlalu emosional kerana sekatan kebebasan, provokasi dan sebagainya, saya kurang setuju.
Saya rasa, emosional tidak bertempat kini sudah menjadi satu budaya tetapi bergantung juga pada didikan orang tua, guru, rakan sebaya dan pemimpin politik masing-masing.
Seharusnya kita perlu menjadi orang yang lebih beradab, tetapi status umur di jadikan lesen untuk sangat emosi.
Mungkin juga ini hasil sistem reformasi, tetapi saya tidak mahu bias kerana satu tika dahulu pemuda umno juga menganjurkan demo.
Mungkin kita perlu ada kesedaran diri kerana jika generasi ini dibiarkan begini, apa akan jadi pada generasi selepas ini?
Salam hormat.
Tok,
ReplyDeletepembahas ni ramai yang lupa bahawa politik itu subjektif, ikut citarasa masing masing lah.
Grow up lah
Macam kita nak makan dengan kawan atau keluarga, ada yang nak makan ni ada yang nak makan tu.
Kalau nak selesai masalah makan, pergi food court, masing masing pilih kegemaran masng masing dan enjoy makanan tu semeja dengan aman dan kenyang.
Kalau tak ada pilihan yang disukai juga, pergi lah makan sorang sorang di restoran pilihan anda atau blog yg ikut citarasa minda anda.
Apa yang penting ? kerjasama ! macam wonderpet pulak
Dato'
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pemerhatian Dato' tentang "sikap fanatik segelintir pembahas yang langsung tidak boleh menerima perbezaan pendapat dan sangat emosional". Pada saya mereka ini biasanya juga angkuh dan merasakan pihak mereka sahaja lah yang baik dan betul.
Kumpulan pembahas ini amat taksub kepada parti mereka dan amat membenci UMNO sehingga usaha UMNO untuk membenteras rasuah pun dilihat sebagai satu usaha untuk menipu orang Melayu. Tetapi pembahas yang sama akan kelihatan amat berpuas hati apabila menulis tentang betapa kotornya UMNO dengan amalan rasuah ahli-ahlinya. Bercakap tentang betapa rasuahnya UMNO mereka suka tetapi bercakap tentang usaha membersihkan UMNO dari amalan rasuah mereka keji dan sindir.
Saya rasa individu saperti ini, jika UMNO memulakan kempen untuk menderma darah pun akan dipandang dengan sinis dan mereka mungkin akan mendakwa ahli-ahli UMNO terdiri dari puntianak yang suka minum darah.
Ini lah cabaran besar buat UMNO jika mereka mahu dilihat sebagai satu parti yaang tidak boleh diperlekehkan. Usaha membasmi rasuah ini perlu lah dilakukan dengan serius dan bukan satu usaha yang hanya dilakukan to gain political mileage atau untuk membunuh calon lawan.
Melati
Datok,
ReplyDeletesaya fikir bukan semua orang boleh diajar atau ditegur dengan bahasa lembut,manis ,molek dan berlagu.kekadang perlu dengan bahasa kasar,menyumpah seranah,maki,hamun dan sebagainya.itu pun masih tak faham-faham kerana di sana ada pepatah melayu 'pekak badak'.terutama ahli politik.bagi saya tak salah,tengok keadaan,melampau atau tidak juga tengok keadaan.bukan bahasa kasar/kesat yang ditakutkan,tetapi fenomena keberanian rakyat menyatakan pendapat,pendedahan rasuah ahli poltik.maksiat politik ,ini yang ditakutkan ramai.
sekian,
zmy.
Salam Dato',
ReplyDeleteTukang batu api pun ramai.......
Salam,
ReplyDeleteManusia yang ber otak, belum tentu dia ber akal.
Manusia yang ber akal, belum tentu dia ber ilmu
Kalau boleh, jadilah manusia yang menggunakan otak nya untuk berakal dan berilmu.
Salam Dato' AKJ
ReplyDeleteTindakan undang-undang adalah jalan terakhir kepada mereka yang tidak mahu mengikut resam yang diterima pakai oleh majoriti masyarakat. Semoga ini akan menjadi pengajaran kepada yang lain supaya lebih berhemah dalam menulis di ruang siber. Kita juga perlu bersedia dengan segelintir yang akan terus mencabar undang-undang itu, sama sepertimana peserta tunjuk perasaan berharap mereka diberkas pihak berkuasa untuk buktikan keberanian mereka, kononnya.
salam dato,
ReplyDeletesaya ingin memberi pandangan, bg saya emosional itu boleh, tak salah, tp bgaimana cara kita menggunakan emosional itu. Adakah dgn cara mencerca, menghina, memaki, memfitnah, meburuk-burukkan org lain dan menghasut.
kalau dlm tulisan kita boleh tau prasaan emosional itu dr pkataan yg digunakan. kalau dlm pcakapan face2face pulak dr cara suara itu dikeluarkan, adakah ditinggikan scara kasar atau ditinggikn scara penegasan.
dlm penulisan blog atau berbahas dlm blog pihak lain, kalau emosional tiada maka pandangn dan isi bicara yg nak disampaikan itu akn jd lembik. org lain tak ada smangat nak baca, kita sbgai pbaca boleh perhatikan bgaimana cara penyampaian isi blog atau artikel itu dibuat. Adakah ia mampu membuka minda, mbri tauladan atau mnyakiti hati org lain dan mewujudkan rasa benci dan dendam.
tp kalau dah keterlaluan emosional sampai komen org lain pun nak dihina, ditidakkan dan menulis dgn perkataan yg jelik spt "celaka", "bangsat", "bodoh" dan perkataan itu ditujukan khas pd seseorg memanglah akn menimbulkan kmarahan pihak lain itu. bila jd mcm tu, blog akn jd tempat pertikaman lidah, membenih kebencian thdp pihak lain dan memcahbelahkan masyarakat.
bg saya, penulis atau pembahas blog dgn emosi yg melampau2 sdemikian perlu diambil tindakan yg swajarnya. kalau di alam realiti, memang masing2 dah bertumbuk, bergaduh bila seseorg itu memulakan maki hamun.
jd gunakan emosional itu scara bijaksana. kadang2 pun blogger yg dah berumur ni ada juga yg lebih teruk dr org muda.
"tiada siapa pun di malaysia terlepas dari undang-undang"
ReplyDeleteDato', saya ragu-ragu dalam hal ini
Dol
Saya musykil la Datuk. Balik2 melayu jugak la yang kene tangkap sedangkan blog ataupun comments yang menghina kaum melayu dan raja2 kita majoritinya dtg dari kaum lain.
ReplyDeleteDatuk bukak saja laman Yahoo Answers/Travel/Asia Pacific/Malaysia dan Datuk boleh baca pelbagai soalan2 sensitif diutarakan by some users in there. Saya baca pun sakit hati dibuatnya...
Tapi kaum melayu jugaklah yang kene cekup. Sama ada kaum melayu ni tak pandai berhemah ataupun saja kerajaan ni nak ambik hati kaum lain kononnya kerajaan ni ada jugak ambil tindakan kepada kaum melayu bak kata pepatah, sindir menantu anak dimarahnya(i hope i got it right there).
Tapi walau bagaimanapun, padan muka pada penghina2 tersebut. Saya berpegang teguh kepada kuasa Sultan kerana baginda2 adalah penaung melayu.
Salam Dato'
ReplyDeleteYang kena cekup skg adalah pengunjung2 blog yg menulis dgn emosional..bila pulak orng yg bercakap dgn emosional bk dicekup..aduan polis kabarnya dh beratus2 dibuat..apa yg tidak kena..mmg betulkah agaknya telahan yg mengatakan " s " is king..
Datuk,
ReplyDeleteHairan juga bedasarkan kepada yang telah didakwa dan dijatuh hukum golongan yang membuat komen jijik terhadap Sultan Perak ini sebahagian besarnya Melayu. Kenapa agaknya.
Lalu saya terkenang satu kejadian kira-kira 30 tahun lalu apabila saya dikompaun oleh polis kerana memandu melebihi had laju. Maklumlah masih muda dan baru dapat kereta. Anggota polis yang menahan saya membuat komen yang saya masih ingat hingga ke hari ini. Katanya adalah lebih baik gunakan wang (denda) untuk membeli susu anak. Kalau awak mati kemalangan siapa nak jaga anak bini.
Kalaulah anggota polis ini masih hidup apakah dia akan membuat komen yang sama dalam isu ini.
Salam.
Salam Dato',
ReplyDeleteManusia akan dinilai dari budi bahasanya dan para bloggers akan dinilai oleh ayat-ayat yang ditulisnya.
Para bloggers seharusnya bertanggungjawab atas semua tulisan yang dituliskan, dan Dato' sebagai tuanpunya laman berhak untuk tidak menyiarkan ulasan yang berbentuk menghina dan menfitnah.
Teruskan berkarya, dan kami akan membacanya.
Anak_Parit
Assalamualaikum Dato'
ReplyDeletemasa saya bersekolah dahulu, pernah kami melawat Parlimen untuk mengikuti sidang dewan yang sedang berlangsung.
tapi sejak dua menjak ni, bila ada cadangan rakan-rakan setugas untuk membawa anak murid kami ke parlimen (untuk melihat sendiri sidang dewan), saya terpaksa fikir banyak kali....kenapa?
saya takut anak-anak murid saya melihat apa yang bertentangan dengan yang kami ajar disekolah.
Setuju dengan dato,
ReplyDeleteMemang banyak blogger emosional sekarang.Cth terbaik dr sini:-
http://perakbangkit.blogspot.com/2009/03/panas-di-bukit-gantang-semangat-memali.html
Provokasi taraf ini sepatutnya sudah di tangkap polis.Namun dia penyokong UMNO,sudah tentu tiada tindakan.Harap kenkawan UMNO boleh tegur sikit blogger ini
Hebat betul blogger2 kita.Haihh..
Saya mencaci dan mengutuk blogger Umno tidak boleh disamakan dengan tindakan Umno mengharamkan media pembangkang diterbitkan atau menggunakan wang pembayar cukai untuk melancarkan propaganda dengan menggunakan RTM. Kita bukan mahu Utusan menjadi adil dalam liputan, tetapi kita mahu orang lain juga dibenarkan menerbitkan akhbar yang sokong parti selain BN. Seperti The Guardian, Daily Telegraph, Daily Mirror, The Sun etc menyokong apa2 parti mereka suka di UK.
ReplyDeleteIni yang orang berotak Umno tak faham. Menyalahgunakan institusi negara disamakan dengan tindakan blogger mencaci dan memaki hamun.
I am a Malay, but when a robber enters my house, I don't care whether he's Malay or not. this is how Malays view Umno these days.
Correction,
ReplyDelete"tiada siapa pun pemimpin PR di malaysia terlepas dari undang-undang"
YBerbahagia Dato',
ReplyDeleteMemang ramai pemblog yang berbahasa dengan nada yang emosional. Sebenarnya bukannya tak boleh beremosional tetapi biarlah emosional itu disalurkan dengan bahasa yang baik.
Tetapi pada masa kini mereka membuat komen blog dengan nada emosional yang tidak 'berbahasa' atau pada bahasa melayu mudahnya kurang bahasa.
Sering kala komen-komen ini berubah menjadi komen-komen yang tidak beradab langsung hinggakan menyentuh sensitiviti dan melampaui batas.
Mungkin mereka ini merasakan diri mereka atau bangsa mereka dah cukup kuat seolah-olah hatta sampai ke peringkat institusi raja itu diperendah-rendahkan.
Saya memang amat marah bila institusi raja-raja melayu dikotak-katikkan.
Kita bukanlah bangsa yang dapat berdiri sendiri tanpa institusi raja. Institusi raja adalah pelindung kita dan menaung kita.
Jangan kita terikut-ikut dengan mereka-mereka yang gah dengan jawatan besar dan pengaruh yang bangga dengan taraf pendidikan mereka lantas merujuk kepada kebangkitan rakyat seperti di Perancis ataupun di Rusia.
Mereka di Rusia dan di Peranchis telah maju jauh, maju ke hadapan dalam bidang pendidikan, ekonomi dan segala-galanya tatkala bangsa melayu kita pada 50,70 tahun yang lepas masih lagi belum kenal apa itu parti, ideologi, politik, apatah lagi kekuatan ekonomi.
Hanya segelintir sahaja yang tahu apa yang berlaku di India, tanah-tanah Arab,Turki dan lain-lain lagi pada masa itu.
Kini ., kita masih lagi lemah dalam segala-gala bidang tetapi sesetengah daripada kita berlagak seseolah kita boleh berdiri sendiri darpada penaung kita iaitu Raja dan Sultan-sultan kita.
Mudah-mudahan kita semua sedar sebelum nasib nasi menjadi bubur.