A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
[MUTAKHIR] -- SAYA kini di Ipoh. Seperti wartawan lain yang tidak ditauliahkan membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri, saya tidak boleh menghampiri “istana demokrasi” itu.
Kad Pengakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia yang saya pegang tidak laku. Itulah yang dimaklumkan dengan tegas oleh anggota polis yang bertugas.
Bagi yang tidak pernah berhubung dengan polis Malaysia, mereka mungkin menganggapnya sebagai kasar dan bengis. Bagi saya, itulah cara menjalankan perintah yang mereka tahu.
Justeru itu, seperti ribuan rakyat jelata Malaysia yang tertumpu di Ipoh untuk menyaksikan “democracy in action” saya kehilangan kebebasan sivil (civil liberty) saya kerana pergerakan dihadkan.
Ironi. Kerana demokrasi (kononnya) kita hilang kebebasan sivil apabila undang-undang tidak membezakan antara pemerhati dan curious onlookers dengan penunjuk perasaan – antara rakyat jelata yang menghormati undang-undang dengan mereka yang mirip kepada anarki.
Hati saya terubat hanya apabila rakan seperjalanan, Ahmad A Talib aka Pahit Manis memperkenalkan saya kepada juadah hebat – culinary delights – Bandar raya Ipoh.
[Posting Asal]
URA-URA tunjuk perasaan besar-besaran oleh penyokong pakatan tidak berdaftar, Pakatan Rakyat, di Ipoh hari ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang serupa di Kota Baru, Kelantan pada tahun 1977.
Akibat daripada tunjuk perasaan dan kekacauan yang berlaku selepas itu, Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Allahyarham Hussein Onn telah mengisytiharkan darurat di Kelantan.
Buat seketika, Kelantan ditadbir terus oleh Kerajaan Pusat melalui Akta Undang-Undang Kuasa-kuasa Darurat (Kelantan) 1977.
Seperti di Perak sekarang, ia disebabkan oleh perebutan kuasa dalam Dewan Undangan Negeri.
Peristiwa itu jelas di ingatan saya kerana saya berada di perkarangan bangunan DUN ketika tunjuk perasan itu berlaku dan terkena lumpur yang dibaling oleh penunjuk perasaan dari luar pagar.
Ketua tunjuk perasaan itu adalah orang muda yang panas darah yang seangkatan dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim. Beliau adalah Ahli Parlimen bebas (Pas) Pasir Mas sekarang, Ibrahim Ali.
Sebagai wartawan saya bertembung dahulu dengan Ibrahim Ali sebelum yang “diperkenalkan” secara peribadi kepada Anwar pada tahun 1982 apabila dia menyertai Umno “sebagai ayam baru tumbuh bulu pahat”.
Ungkapan itu diberikan kepadanya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Anwar menang pilihan raya umum 1982 di Permatang Pauh dengan merampas kerusi itu daripada Pas.
Ibrahim dan Anwar adalah pemimpin pelajar dan produk pengajian tinggi Dasar Ekonomi Baru. Anwar belajar dan bergiat di Universiti Malaya manakala Ibrahim di Institut Teknologi Mara (kini UiTM).
Ramai pengulas politik merujuk kepada tunjuk perasaan yang dikepalai Ibrahim itu sebagai punca dan alasan perisytiharan darurat yang sekali gus menamatkan riwayat kerajaan pimpinan Pas di Kelantan.
Krisis itu bermula apabila Pas mahu memecat Menteri Besar Kelantan, Mohamad Nasir yang berupa Menteri Besar kerajaan campuran Barisan Nasional. Mohamad Nasir adalah pemimpin kanan Pas dan Pas pada waktu itu anggota BN.
Apabila Pas cuba memecat beliau menggunakan undi DUN, Adun Umno memihak kepada Mohamad Nasir. Ini mencetuskan krisis. Pas memecat Mohamad Nasir dan tunjuk perasaan yang didalangi oleh Ibrahim itu menyebabkan darurat diisytiharkan.
Mohamad Nasir menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan membentuk kerajaan gabungan dengan Umno apabila darurat ditarik balik. BN memerintah Kelantan sehingga tahun 1990.
Pas kembali berkuasa dengan bantuan parti serpihan Umno, Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Walaupun Tengku Razaleigh kemudiannya kembali ke pangkuan Umno dan Parti Semangat 46 dibubarkan, BN gagal menakluki semula Kelantan hingga hari ini.
Krisis Perak terjadi apabila tiga orang Adun PR – dua daripada Parti Keadilan Rakyat dan seorang daripada DAP -- keluar parti dan mengikrarkan sokongan kepada BN.
Ini memberikan BN kelebihan suara mudah (simple majority) untuk menubuhkan kerajaan.
Hari ini, kesahihan (legitimacy) pengambilan alih kuasa oleh BN itu akan diuji bukan oleh penunjuk perasaan di jalan raya tetapi oleh undi para Adun.
Jadi eloklah mereka diberi peluang walaupun tunjuk perasaan dan demonstrasi adalah modus operandi yang sinonim dengan Anwar dan sebahagian penyokong tegarnya.
I heard BN is not a registered coalition because the ROS themselves didn't recognize the movement
ReplyDeleteN no Pakatan did not call upon the rakyat 2 congregate at Ipoh 2day
The rakyat r gathering there due 2 Mamak Zambry n BN's provocation
He did mention in a recent Malaysiakini interview that his government 2 go back 2 the people
Hopefully after seein the large crowd,he'll hav a change of heart n plead 2 HRH 2 call 4 snap polls,
InsyaAllah
Bacakan artikel ini, terasa sangat untuk tidak mahu melihat keadaan yang sama berlaku di Perak, mahupun di mana-mana. Banyak perkara akan berantai lagi sekiranya ia berlaku.
ReplyDeleteSemoga suasana di Perak kini dan mendatang, akan akhirnya ketemu penyelesaian yang terbaik dan saksama.
Mari, kita bersama berdoa, untuk kebaikan semua pihak.
- Zainun
Salam, Dato';
ReplyDeleteJika kita memandang usaha DSAI untuk membentuk kerajaan Persekutuan dengan cara memujuk MP BN melompat parti pada September lalu sebagai tidak bijak, kurang waras, dan yang seumpama dengannya, apakah pendirian kita dalam hal di Perak ini? (Tidaklah diketahui sama ada tiga ADUN itu keluar PR kerana dipujuk atau apa-apa.)
Sama seperti usaha DSAI itu (tidak menjadi realiti), kejadian yang telah pun berlaku di Perak ini menimbulkan kebimbangan dan mungkin kebencian yang berkekalan di hati rakyat kepada BN tentunya. hal itu sudahpun dizahirkan di Bukit Gantang oleh pengundi bukan Melayu dan tentunya Melayu juga.
Apa-apa pun, rakyat Malaysia, amnya dan rakyat Perak, khususnya, seharusnya menjauhi emosi melulu. Apakah yang akan diperoleh rakyat daripada demonstrasi itu? Jika demonstrasi itu berjaya menggulingkan kerajaan yang dikatakan "haram" oleh pihak tertentu itu, MB lama dan EKSKO lama akan kembali memegang tampuk pemerintahan negeri. Tapi, dapatkah rakyat memandu CAMRY seperti mereka? Atau dengan mengekalkan kerajaan yang mengambil alih Perak sekarang, adakah Ladang Bikam itu akan kembali ke tangan Melayu?
Seharusnya, kita tunggu 3/4 tahun lagi. Kalau dunia belum kiamat, PRU akan datang lagi.
Dato'
ReplyDeleteSaya setuju dengan Dato'.
Dari segi Arithmetic, disebabkan oleh sokongan dari 3 wakil Bebas, BN Berhak memegang Kuasa...
Tetapi dari segi Moral, oleh kerana wakil bebas tersebut telah mengaku menerima rasuah sex dll (Walau pun Kes mereka masih belum didengar), BN telah mencemarkan diri bersepakat dengan Adun Adun tersebut guna untuk mendapat kuasa. Dr M telah memberi amaran supaya UMNO fikir baik baik sebelum menerima mereka sebagai Ahli...
Bagi Rakyat...Persoalannya, when you associate with Crooks will you be seen to be a Crook? Kalau mereka tak mengaku menerima rasuah sex mungkin kita boleh anggap "Innocence until proven guilty"!
Ini sama juga dengan Ketua Putera UMNO Al Azeez hendak mengambil Mat Rempit untuk menjadi Ahli UMNO. Kononnya nak tolong Mat Rempit. Jadi adakah patut UMNO menerima Wakil bebas ini untuk menolong mereka? dan bukan untuk mendapat kuasa?
There seems to be no limit....
Ini dikatakan "Politics of Expediency", Malaysia Boleh...
Datuk,
ReplyDeleteNampaknya Pas sanggup mengadakan sembahyang hajat untuk menyelamatkan kerjaan DAP di Perak. Apalah yang ada pada PAS. Cuma MB boneka dari 6 orang ADUN yang memenangi PRU 08. Baik Pas atau PKR tidak mewakili majoriti Melayu Perak. Sebaliknya majoriti Melayu Perak menyokong UMNO.
Sembahyang hajat ini mungkin bertujuan memohon Allah jahanamkan sesama Melayu dan islam (UMNO) dan selamatkan kerajaan PR yang didominasi DAP. Begitu rapuh hubungan sesama Melayu/islam sekarang ini dek kerana politik. Harap Melayu Pas dan PKR sedar dari mimpi enak tapi mengerikan bangsa Melayu.
Saya rasa sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Jalan terakir ialah mengistiharkan darurat dan Perak diperintah terus dari Kuala Lumpur. Kalau perlu istihar darurat seluruh Malaysia.
Tiga puluh sembilan tahun selepas 13 Mei 69 kini giliran orang-orang Melayu/islam berlawan sesama sendiri untuk kepentingan orang lain. Nampaknya Malaysia menyertai beberapa buah negara islam yang sedang bertelingkah sesama sendiri seperti berlaku di Pakistan, Somalia, Afghanistan, Iraq, Yemen, Algeria dan beberapa negara islam lain.
Melayu shame on you!
Datuk AKJ,
ReplyDeleteKalau setakat pakai baju hitam tapi tak sampai berhimpun di jalan2raya macam mana?
Pada hemat saya, itu pun dah cukup baik untuk menunjuk civil disobedience.
Saya pakai serba biru hari ni sebab tak ada baju hitam yang memang tak berapa sesuai di negara panas macam kita.
Salam Dato',
ReplyDeleteIbrahim Ali menganjurkan tunjuk perasaan bagi menyokong Mohamad Nasir atau menentang Mohamad Nasir? Dato' lupa sebut yang itu.
Setahu saya, dalam umur parti BERJASA yang tak panjang, Ibrahim Ali adalah orang kuatnya. Dan Ibrahim Ali menjadi ahli UMNO pada hujung nyawa parti BERJASA.
Saya teringat artikel Dato' yang lepas. Betulkah PAS keluar dari BN kerana pengaruh PAS yang berkembang di FELDA seperti yang Dato' tulis sebelum ini atau disebabkan isu di Kelantan ini?
Walaupun kampung saya di Terengganu, saya dibesarkan di Kelantan. Versi saya dan "orang lama" di Kelantan agak berbeza dengan fakta Dato'.
Salam Datuk,
ReplyDeleteJust when my ignorant mind thought that the present Perak constitutional debacle was entirely unprecedented (because of party-hopping by significant number of MPs), this article of yours alerted me that it is yet another case of history almost repeating itself. Interesting, interesting!
At least these elements are present in both incidents; the tussle in the State Legislative Assembly and that “Ibrahim” element (and what it entails – street demonstrations).
Now I wonder if the Emergency legislation would follow .. he he..he.. just a thought…
I ran Google search on this Ibrahim Ali. No wonder a friend of mine once coined him as “Ibrahim Ali Katak”.
I think we need strong majority in state legislative assemblies. Look at what simple majority has done to the four-year stretch in between general elections. It creates people restlessness in states where MPs are prone to amphibious political behaviours.
Salam Datuk,
ReplyDeleteJust when my ignorant mind thought that the present Perak constitutional debacle was entirely unprecedented (because of party-hopping by significant number of MPs), this article of yours alerted me that it is yet another case of history almost repeating itself. Interesting, interesting!
At least these elements are present in both incidents; the tussle in the State Legislative Assembly and that “Ibrahim” element (and what it entails – street demonstrations).
Now I wonder if the Emergency legislation would follow .. he he..he.. just a thought…
I ran Google search on this Ibrahim Ali. No wonder a friend of mine once coined him as “Ibrahim Ali Katak”.
I think we need strong majority in state legislative assemblies. Look at what simple majority has done to the four-year stretch in between general elections. It creates people restlessness in states where MPs are prone to amphibious political behaviours.
Salam Tuan AKJ.
ReplyDeleteThe point is bukan apa yang akan berlaku, tetapi 'cara' BN mengambil alih Perak dilakukan. Kalau MB Nizar dibuang sebagai MB Perak mengikut proses DUN Perak yg betul, perkara2 sebegini tidak akan berlaku. Sekarang ini, masalah BN is the 'perception' of legitimacy of the BN Perak state government.
Dan hanya menuduh Anwar dan geng2nya adalah kaki demonstrasi, bagaimana pula demonstrasi2 pihak BN ? Oh ye, saya lupa bahawa demonstrasi mereka semuanya adalah 'terpimpin'.
Dato Kadir.
ReplyDeleteTulisan Dato amat baik sekali.Saya amat berharap YB Nasaruddin.Timbalan President PAS dan y.B Hasan Ali membaca Blog ini.
Ini merupakan pengalaman yang amat pahit yang menimpa PAS bila bergabong dengan UMNO/BN sejak tahun1974.
Nik Aziz,merupakan orang mengalami pengalaman yang terus akan peristiwaini dah serik,sebeb itu dia membankkan keras.
UMNO daN bn TAK BOLEH DI PERCAYAI/
Bapak Borek Anak Rintik.
apakah hal yang sama akan berlaku di Perak?
ReplyDeletedato KJ
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi pengalaman. ini perlu diberi tahu kepada budak-budak sekarang.
usabukata
Salam Datuk,
ReplyDeleteWalaupun saya tidak fasih dengan undang-undang dan perlembagaan negeri Perak, saya rasa dalam perebutan kuasa ini kedua-dua pihak telah melanggar undang-undang dan perlembagaan. Kalau undang-undang dan perlembagaan tidak perlu dipatuhi and dihormati lagi, apatah kita masih sebuah negara yang berintegriti?
Pada pandangan saya sebagai orang Perak, cara yang paling mudah untuk menyelesaikan kekemelutan ini adalah melalui pilihan raya. Ramai penduduk di pekan saya pun bersetuju dengan cadangan ini.
Salam Dato',
ReplyDeleteNampaknya keadaan Perak makin memeningkan.
Bukan sekadar ada 2 MB, kini sudah ada dua Speaker dan dua Sidang DUN.
Lepas ni, lagi kerap usung file pergi mahkamah ke?
Assalamua'laikum Datuk
ReplyDeleteKeluhan Datuk itu nampak terkilan kerana tidak dapat melihat dan mendengar secara dekat apa yang sedang berlaku diDUN Perak.
Tapi ada hikmahnya,diKelantan terkena lumpur,mungkin kalau ditakdir boleh masuk mungkin kena batu pula.Apa pun renunglah the "root cause" sehingga civil liberty Datuk itu dinafikan.
Berbalik kepada ketegasan anggota polis bertugas dipersekitaran DUN Perak itu saya mengucapan tahniah dan berharap semua pihak2 berkuasa dapat menjalankan tugas saperti anggota polis yang Datuk "encounter".
Kurang ketegasanlah, salah satu punca kacau bilau yang rakyat Malaysia perlu lalui dan berharap semua agensi penguat kuasa undang undang akan menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa memilih bulu dan keadaan dan bertindak dalam ruang lingkup undang undang.Jelak dengan segelintir yang tidak mematuhi undang undang dan sentiasa ingat mereka sahaja betul den menggunakan perasaan lebih dari akal.
Wasalam
Bagus le....
ReplyDeleteOrang PAS/PKR sanggup bangun awal2buat persiapan untuk berdemonstrasi tengah panas terik, demi mempertahankan kerajaan DAP.
Orang DAP sanggup bangun awal2, buat persiapan untuk jual baju kuning dan air mineral kepada "hulubalang demokrasi" dari PAS/PKR.
Siapa cerdik? Saya kurang pasti.
Siapa lembu? Itu sudah pasti.
McPapadum
Time to declare emergency or better still declare Perak state as as having "absolute monarchy system". Kuasa balik semula kepada Sultan Melayu jajahan Negeri Perak. I still remember when the late Tun Ismail made a public statement on TV telling the rakyat that DEMOCRACY IS DEAD.
ReplyDeleteYes, history would soon repeat itself. DEMOCRACY IS DEAD AND THIS TIME FOR GOOD.
Actually, I am a monarchist and a typical conservative person of old generation. I believe in "guided democratic feudal system" if there is such a term.
I don't believe in absolute Westminster parliamentary democracy. It is a nuisance because our multi-racial rakyat are inclined to take advantage by abusing the system. The rakyat are still not matured enough to practise the system even after 50 years of practising it.
So in order to prevent anarchy and causing a lot of distractions to the daily life of the rakyat I think the most appropriate thing to do is for the rakyat "berpayong semula bersama Raja Melayu".
Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !!
Salam Dato'
ReplyDeleteSetelah meneliti beberapa komen utk artikel ini,saya berasa komen2 yg diberikan banyak nya menyalahkan UMNO.Mereka ini terdiri dari samada org Melayu yang telah berjaya atau baru nak berjaya dlm hidup.Ini pun semasa Malaysia diperintah oleh parti BN yg mana tunjangnya UMNO.Tp terfikirkah mereka jika BN tidak lg memerintah Malaysia,adakah mereka ini akan terus berjaya atau tersekat oleh politik yang tidak tentu arah...Harap2 mereka ini tidak seperti Pak Pandir...yang menang sorak tp kampung tergadai...Fikir2 kan lah wahai Melayu cetusan DEB ini...yg mahu DEB dimansuhkan.Adakah mereka fikir akibat emosi mereka ini,anak cucu cicit mereka merempat di negara sendiri...
Dato',
ReplyDeleteKembalikan kuasa memilih ketangan rakyat dan BN serta mahkamah tak perlu buang masa dengan perkara yang merugikan khasnya kepada rakyat Prak dan Malaysia amnya.
BN/PR perlu menerima keputusan pilihanraya yang bakal diadakan untuk rakyat Perak.
BN tak menunjukkan sifat "gentle" bila membeli 3 ADUN PR dan masih tak dapat menerima kekalahan teruk mereka pada PRU 12. Pada PRU 13, rakyat Perak akan menghukum mereka dengan mata 56-3 (PR-BN) atau 59-0 (PR-BN).
Awas tsunami PR akan menghancurkan pengaruh BN sekiranya BN terus membuat provokasi dengan menggunakan jentera kerajaan.
Terimalah keputusan PRU 12, PR memerintah Perak.
Anak_Malaysia
Dato'
ReplyDeleteSaya rasa Melayu ni memang cepat lupa.. Saya org Perak dan juga pengundi di Perak.
Kalau lah PR ni di biarkan memerintah, maka akan pudarlah harapan Melayu.
Dan juga jikalau BN masih dengan "antic" lama nye. Juga masa hadapan melayu pudar.
Kalau Dato' ada kad pengenalan yang lama. Di muka hadapan, apakah yang tertera di bawah gambar ? Perkataan nya ialah " Persekutuan Tanah Melayu"..
Apa maksud dia ? Ini adalah Tanah Melayu bukan Malaysia. Skang ni, melayu sendiri yang nak lupakan yang ini adalah Tanah Melayu..
Apa nak jadi Dato' ?
Kekalutan yang timbul adalah kerana pemimpin BN yang mengambil tindakkan terburu-buru untuk menumbangkan kerajaan PR di Perak.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju jika undang-undang anti-lompat parti diperkenalkan. Ini akan menghalang trajedi seperti di Perak berulang lagi dan juga menyelamatkan negara kita dari hura-hara politik. Yang jadi mangsa adalah rakyat jelata yang tak berdosa.
Kepada PM kita, fikir-fikirkanlah akan undang-undang anti-lompat tu, kalau slogan "RAKYAT DIUTAMAKAN" hendak direalisikan.
Anak Bayan.
Datuk,
ReplyDeleteSaya telah 'dihambat' dari memasuki kawasan DUN perak pagi tadi olih beberapa pegawai polis yang berunifom biru. Dahulunya polis2 ini dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan.
Berdasarkan cara yang digunakan untuk menghambat saya, nama pasukan yang tersebut diatas patut dikekalkan.
As'kum Dato',
ReplyDelete1. On second thought it's not a bad idea to also declare state of emergency for Perak if the situation becomes out of control. Looking at today's incident at the DUN sitting, I don't think we can see a peaceful solution that soon.
2. What we can expect after this is that the state goverment's machinery will be on a stand still and the state administration will be paralysed. In the end rakyat will suffer. Actually rakyat are fed up with the current situation. They wanted a steady and stable goverment, especially with the present economic crisis. Malaysian by nature are a peace loving people. They don't mind the goverment declaring the state of emergency as long as there will be peace and harmony in the state. As it is now, the politicians only want power and that the welfare of the rakyat now has become number 8th priority for them.
3. It may sound very simple and stupid. But in reality I think this (declaring state of emergency in Perak) is the best solution under the present circumstances. I sincerely hope the Goverment will consider this.
Saya dalam tingkatan enam semasa peristiwa di Kelantan pada tahun 1977. Saya tidak nampak berlakunya kekacauan dan anarki ekoran demonstrasi yang dianjurkan itu sehingga memerlukan peristiharaan darurat seluruh Kelantan. sekiranya tiada agenda lain dari kerajaan pusat ketika itu, memadai dikenakan perintah berkurung di Kota Bharu sahaja..
ReplyDeletesalam DAKJ n Bloggers,
ReplyDeleteepisod DUN berak telah pun berlalu, sekali lagi kita menyaksikan bagaimana pihak bn mengunakan kekerasan dan pihak berkuasa untuk mengheret seret keluar tuan speker >..< dan entah undang2 mana diguna pakai untuk melantik speker baru
peristiwa hitam ini akan menjadi model kpd pembangkang bn nanti dinegeri2 bawah PR untuk diikuti, walaupun bukan dlm 2 3 tahun ini mungkin ia akan diguna pakai di tahun2 mendatang.....
kepada tuan sawit, mungkin dato terlupa nak jawab soalan tuan mengenai "pas dlm felda" tempoh hari (",)
atau sengaja sembunyi fakta
p/s : tahniah kepada bn berak, tunggu nnt pru13
HAMBA ALLAH
MPs Among Those Arrested Outside Perak State Assembly Building
ReplyDeleteIPOH, May 7 (Bernama) -- Police today detained several individuals including members of parliament and party supporters for attempting to assemble outside the Perak Darul Ridzuan building, the venue for the state assembly sitting.
comment:
Yes,yes, yes! They deserve to be reprimanded.
I just hate those who do not obey the law. Very disgusting indeed !!
Perbuatan bodoh.The law of the country is to maintain peace, harmony and security. No compromise!
Don't give a damn to those who go against the law. It must be abided by all civilised citizens.
Salam DAKJ,
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr M kali ini. BN atau lebih tepat lagi UMNO terlalu tergopoh-gapah untuk mendapatkan kuasa di Perak. Mereka mungkin berjaya kali ini, walaupun dengan jalan yang paling kotor dari segi politik dan undang-undang. Namun saya pasti rakyat tidak akan dapat memaafkan mereka. Jika mereka mengikut saluran yang betul mungkin rakyat akan dapat menerima peralihan kuasa tersebut.
Saya pasti pada PRU yang akan datang, BN & UMNO akan disingkirkan terus di negeri Perak. Sebenarnya jika kerajaan mengambil keputusan yang sama sepertimana yang dilakukan di Kelantan(MAGERAN), BN & UMNO akan menjadi lebih tenat di seluruh Malaysia.
Penyokong pembangkang seringkali dianggap suka berdemonstrasi kerana dengan cara demikian sahaja mereka dapat meluahkan perasaan mereka terhadap kepincangan kerajaan ada, tetapi jika penyokong kerajaan berdemonstrasi kenapa pandang sebelah mata sahaja?
Tulisan dato' kelihatan setuju dengan Dato' shafie Abdullah penguam umno yang mahu "darurat" diadakan diperak sebagai jalan penyelesaian krisis yang berlaku.
ReplyDeletependekatan ini menampaknya tidak rasionalnya penguam demikian juga dengan orang yang setuju akan kaedah itu.
Memilih kaedah itu yang barangkali mendapar kebencian rakyat, kerana jalan mudah masih terbuka luas untuk mencapai penyelesaian, iaitu serahkan kepada rakyat untuk menentukan sesebuah kerajaan.
Ini sangat sesuai dengan demokrasi yang diamalkan di negara kita bahawa pilihanrayalah yang paling sesuai dan serasi.
Serahlah kepada rakyat yang menentukan sesebuah kerajaan baru aman tidak jadi kecuh sepertimana yang berlaku sekarang.
Persidangan Dewan jadi kecuh, kerana masing masing buat sesuatu dengan hal yang difikirkan baik, sedangkan apa yang dilakukan itu jelas dan nyata tidak baik malah semakin rumit untuk mendapat penyelesaian.
Menteri masih belum putus, walaupun penguam negara telah nytakan Nizar sudah lucut jawatannya, kerana tiada kepercayaan. tapi mahkamah belum upaya membuat keputusan muktamad.
Begitu juga speaker. Sekarang ini sudah ada dua speaker di DUN Perak. Tidakkah ini jadi haru biru.
Mungkin inilah jalan untuk kerajaan pusat mengumumkan darurat di Perak.
Tapi jangan lupa dengan rancangan ini boleh membuat rakyat bertambah benci dengan kerajaan yang diterajui oleh Mohd Najib Razak.
Lebih lebih lagi orang akan mempertikaikan slogan rakyat didahulukan dan prestasi diutamakan.
Kalau kerajaan pusat umum darurat di Perak rakyat didahulukan jadi kosong. Apatah lagi satu Malaysia yang jelas kosong dari maknanya.
Datuk,
ReplyDeleteBicara soal demonstrasi nih, bukan kah UMNO juga tertubuh dari demonstrasi haram jalanan oleh org-org Melayu yang menentang Malayan Union ketika itu. Demonstrasi haram yg dianjurkan oleh pelbagai NGO Melayu dari Batu Pahat ke Kuala Kangsar pada April 1946, lalu tertubuhlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United National Malay Organisation) pd 11 May 1946 di Johore Bahru.
Pls re-confirm my facts above?
Nasib baik ketika itu British masih lagi "baik hati" tidak di ISA kan dan disembur air asid kuning terhadap semua pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu dan org-org Melayu yg berdemo secara haram di jalanan tuh, kalau tidak; for sure tak wujudlah UMNO tuh.
Rgds/Ir Fariz Salleh - KL
Perak akan kembali ke tangan Pakatan Rakyat untuk tempoh yang agak lama selepas ini...sama seperti apa yang berlaku di Kelantan.
ReplyDeleteTakdir tuhan...siapa tahu?
DATUK..
ReplyDeletejanganlah tulis stail dulu datuk...mana ada ura2 PR yang panggil utk demo..
kalau ada masa luangkan masuk ke blog-blog UMNO dan tengok sendiri statement mereka yang lagi dasyat...bukan takat ajak berdemo sahaja...
mana taknya..samseng dan polis pon leh masuk sidang DUN...apa cerita??
just FYI kindly take note.
p/s: mintak2 dijauhkan darurat kat Perak Darul Ridzuan, rakyat dah makin celik.
anak mami
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dato' A. Kadir Jasin dan sekalian warga,
ReplyDeleteSaya terpanggil sekali lagi untuk memberi sepatah dua kata berbentuk positif dalam blog Dato' A. Kadir Jasin di sini. Setelah kali terakhir saya memasuki dan melayari laman internet dengan hanya bertujuan menulis komen dalam blog ini, sekali lagi saya memasuki dan melayari laman internet dengan satu-satunya tujuan untuk menulis komentar dalam blog ini di samping menjenguk blog http://rockybru.com.my/ dan http://kuda-kepang.blogspot.com/.
Saya seperti Dato' A. Kadir Jasin sebagai warganegara tanahair tercinta kita ini percaya bahawa kebebasan demokrasi bertamadun itu mesti berpaksikan Rukun Negara, perlembagaan-perlembagaan dan lunas-lunas perundangan di Malaysia berserta hak-hak asasi yang sedia termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di mana Malaysia adalah signatori.
Kita semua mesti ingat bahawa kesetiaan kita kepada Raja (Sovereign) dan Negara (Country) seperti tertera dalam Rukun Negara yang Kedua.
Saya amat bersetuju dengan nasihat Tun Dr. Mahathir ketika ucapannya di England tahun lepas bahawa 'war and violence is primitive'. Memang beliau bijak! Beliau sentiasa saya ibaratkan sebagai guru saya walaupun adakalanya saya tidak sukakan cara tindakan beliau dalam teknik pendidikan. Kita semua wajar menghayati nasihat Tan Sri Megat Najmuddin bahawa 'guru yang tidak pernah hadir dalam kelas pun dianggap sebagai rasuah!'.
Kita semua mesti menghayati titah nasihat Tuanku Sultan Perak dan raja Dr. Nazrin dalam istiadat keputeraan Tuanku Sultan Perak dan pelbagai pandangan majoriti dan minoriti dalam kes Roe v. Wade yang diputuskan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Saya amat berharap Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, seorang yang berkelulusan undang-undang, juga menghayati asas-asas kes tersebut. Kita semua mesti menghormati 'life and liberty'!
Eloklah kita semua bersatu memikirkan cara mengatasi pemanasan global yang kian meruncing. Saya hayati saranan Putera Charles dalam berita yang dilaporkan hari ini dalam akhbar The Star. Mungkin si katak menunggu dicium puteri-puteri lawa dan kaya yang masih hidup! Kelakar!
Tulus ikhlas,
Hakimi bin Abdul Jabar
Batu Pahat, Johor
MALAYSIA
seanadainya tunjuk perasaan itu jalannya bagi memperjuangkan hak maka rasanya tak salah...UMNO juga pernah buat tunjuk perasaan jangan kita buat lupa atau jadi orang pelupa sepertimana yang ada dalam UMNO....
ReplyDeletesaya teramat sedih bila melihat orang PAS mengadakan solat hajat untuk kerjaan pakatan rakyat...sekiranya solat itu untuk kerajaan negeri Kelantan saya boleh terima dan saya sendiri akan solat bersama orang PAS, tapi di Perak bila Nizar sendiri mengatakan PAS tidak ingin daulatkan islam, apa ertinya PAS bermati-matian perjuangkan kerajaan mereka...adakah mereka boleh laksankan Islam, adakah mereka boleh menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk umat islam?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaya sangat sedih dengan apa yang berlaku di Perak. Keadaan ini amat memalukan dan Umno khasnya perlu mengkaji semula apa yang mereka dah lakukan.Jika Umno menang sekalipun ini bukan kemenangan rakyat.Dan akhirnya pada pru 13 nanti parti Umno yang disayangi oleh datuk akan hancur. Nampaknya pentadbiran Najib lebih teruk dari Pak Lah.
Nina
Menjangkaui Banjaran Inas terus melewati Banjarang Bintang,
ReplyDeleteMelepasi Pengkalan Hulu, Lenggong dan Kuala Kangsar,
Lami nampak dan terasa bahang hangat dari Ipoh,
Rupanya api tirani sedang rakus meratah pohon demokrasi
Zamry terus berlagak 'Temanlah pilihan rakyat,
Berselindung di belakang jubah yang mulia, dikawal bentara seragam biru,
Dibela jaksa terariff yang mentafsir berbagai tafsiran,
Semuanya memehak pada mika dek
kuasa di Putera Jaya,
Kenapa Zamry, mika takutkan rakyat yang memilih mika?
Berilah hak dan kuasa itu kepada mereka moga mereka sayangi anda,
Yang mana utama, mika? baginda? atau rakyat jelata?
Semoga tenteram rakyat Perak dapat lena tidur,
Tenang juga kami diseberang sini boleh tumpang berdengkur.
Dato,
ReplyDeleteSaya yg duduk jauh ni, bila baca suratkabar online, rasa malu bila baca berkenaan apa yg jadi hari ini di Perak (7/5/09).
Kenapa sampai jadi macam ni? sampai bilakah perkara ini harus dibiarkan berlarutan? Takkan nak biarkan sampai 4 tahun lagi macamni.
Saya juga berpendapat walaupun mahkamah dah putuskan sapa berkuasa nanti, Perak tetap takkan tenang.
Rasanya patut bubarkan aje DUN, dan adakan balik pilihanraya. Selepas pilihanraya itu nanti, sesiapa yg kalah pasti akan kena akur dengan pilihan rakyat. Sesiapa yg menang pun, lantakla dia nak mendabik dada pun. Asalkan itu pilihan rakyat.
Adakah BN takut kalah, maka mereka tidak mahu pilihanraya baru? Adakah PR pasti mereka MASIH menjadi pilihan rakyat?
Saya paham orang politik sekarang dari mana2 parti pun jenis gila kuasa walaupun berjuang atas dasar agama pun. Tapi takkan la sampai hilang rasional dan hilang akal pulak. Tak malukah bila orang luar baca cerita pasal kita? Tak malukah kita dengan anak-anak kita, generasi akan datang?
Betul-betul memalukan. Inikah orang kita yg dikenali dengan tinggi adab dan bersopan-santun?
Agaknya apa kata Najib pasal hal ini? 1Malaysia? Kerajaan Rakyat?
Dato' kata Anwar Ibrahim produk DEB. Bukankah AI mula mengaji di UM pada lewat 60-an, sebelum DEB lagi?
ReplyDeleteDato' masih secara halus mahu memburuk-burukkan AI dgn cerita2 lama tahun 70-an. Walhal Dato' sendiri pernah menulis dlm blog ini bagaimana demonstrasi Baling tahun 74 berjaya secara tidak langsung mendesak kerajaan membantu petani2 miskin melalui beberapa skim baru kerajaan.
Saudara AI boleh memilih jalan mudah kalau benar beliau ingin kuasa. Dato' sendiri sedia maklum Tun Razak pernah beberapa kali secara peribadi meminta AI masuk UMNO dan kerajaan. Akhirnya AI masuk UMNO sebab Dr. Mahathir. Hubungan antara mereka berdua mula terjalin 'ironically' tatkala Mahathir menulis buku 'Malay Dilemma'-nya dan saudara AI menyebarkannya di kalangan kami mahasiswa ketika itu.
Datuk;
ReplyDeleteTidak usahlah menuduh pihak lain seolah-olah UMNO ini terlalu maksum. Mungkin Datuk sudah lupa yang juak-juak UMNO pernah mengadakan demonstrasi di KOMTAR membantah kerajaan DAP di PP. Ataupun oleh kerana ia dilakukan oleh UMNO, maka ia dianggap perhimpunan aman? BN/UMNO memerintah berpuluh tahun di PP sehingga melayu dihina dengan begitu teruk.
Melihat perkembangan di Perak, saya sudah terlalu takut kerana UMNO/BN sanggup meningkah undang-undang/perlembagaan untuk mendapatkan kuasa dan wang. Cara speaker digulingkan adalah satu lagi sejarah hitam yang berlaku di negara kita.
Saya melihat UMNO terhegeh--hegeh di Perak adalah lebih untuk mengejar kekayaan. Juak-juak UMNO di Perak, Selangor, Kedah dan PP sudah kehilangan banyak projek dan tidak mampu lagi untuk menyapu duit rakyat. Sebab itu org-org UMNO merana kerana tiada lagi projek untuk menampung kehidupan mewah mereka.
Arwah Abang Z adalah contoh yang saya tidak akan lupakan sampai bila2. Habis tanah rakyat disapu dan duit rakyat dimakan. Cukuplah UMNO, hanya melayu lama dan kuno sahaja yang masih meyokongnya. PAS adalah alternatif terbaik untuk mereka.
Akibat kegopohan seorang TPM (yang kemudiannya menjadi PM) seluruh rakyat Perak samada yang pro BN atau PR terpaksa menerima padah.
ReplyDeleteSebagai seorang ahli politik kanan yang berpengalaman sepatutnya beliau bersabar dan merujuk dulu sebelum mengambil tindakan.
Melihat kepada senario rasanya permainan tarik-tali dan keluar masuk mahkamah tidak akan selesai sehingga PRU13.
Datok,
ReplyDeletehuraian mengenai krisis politik kelantan 1977 adalah versi lama dan selapis saja.bukan datok seorang saja menyaksi kejadian itu,ada banyak lagi. demo di kelantan itu dibuat2 supaya bn boleh tendang pas,dulu orang kelantan payah nak akses info dan arif politiking.la ni lain,bn nak buat kat perak macam kat kelantan,mana boleh,pikiaq sikit.zaman la ni orang cerdik pandai banyak.saya tengok berita kisah dun perak,rasa pelik ,tak malu kah mb baru dok ketegag tak tentu pasal,jadi mb tapi tak leh nak bersidang.nak lawan yb siva pun kecut.nampaknya bn/umno umpama harimau kertas saja,dari segi hujah/law mereka kalah.nasib baik ada polis/askar tolong bantu .sepatutnya dun perak kena bubar saja,itu saja ubat.dok ketagag buat apa,sekian.zmy
Datok
ReplyDeleteSabagai salah saorang ahli IPPC yang dilantek adakah Dato setuju tindakan polis dalam menghadapi sidang DUN adalah tidak profisional.
saperti kata Tan Sri Yuen,bekas ketua Polis Perak.pasokan polis tidak boleh mengambil sikap memehak.Ia sapatutnya mempertahankan hak semua orang yang bernama raayat malaysia.
Nampak sangat tindakan Tan Sri Musa merupakan tindakan untok membodek Hishamuddin dan Najib,dengan harapan servicenya di sambong lagi satu tahun.
Apakah kita hidup dalam zaman dharurat,orang nak pakai baju hitam pun kena tangkap.
Najib dah masok perangkap PKR.Dia tak tahu bagaimana hendak keluar.Tindakan najib sejak menjadi PM yang cuba mengambarkan ia saorang yang mahu berbaik dengan raayat hancur berdebu.
so Sawit, kau punya fakta berbeza daripada datuk punya. adakah kau rasa yang kau punya versi tu lebih betul atau apa?
ReplyDeletecamana datuk? dia punya betul atau datuk punya yang betul? suruh masing-masing buat statutory declaration lah macam P.I. Bala dengan Raja Petra suka buat tu.
Melayu mesti sokong Pakatan Rakyat. Anwar akan bagi Melayu apa saja yang orang Melayu nak.
ReplyDeleteKalau Melayu nak "BULAN" Anwar boleh bagi. Kalau Melayu nak "ROKET" Anwar pun boleh bagi.
Wal hasil, Melayu cakap saja apa Melayu nak. Pendek kata,semua boleh dapat. Itulah janji murni Anwar !! kah,kah,kah !!
http://www.youtube.com/watch?v=_qNx7ggPTLc
ReplyDeleteSalam Ketenangan Dato'
Saya nampak ramai yang tension dengan peristiwa DUN Perak. Untuk melegakan rasa tegang (rehatlah sat) sempena Hari Ibu saya lampirkan saluran di atas untuk sama2 kita kenangkan BUDI emak kita. Bagi mereka yang masih ada emak, layanlah mereka sebaik2nya. Hayati lah kata dalam apa yang disajikan dalam http/www itu.
terima kasih dato' kerana ingatkan perisitiwa tahun 1977 di kelantan itu.
ReplyDeleteBanyak sebab kenapa PAS perlu ditewaskan masa itu, dan tumbangkan kerajaan kelantan masa itu adalah sebagai kambing hitam semata-mata.
1. Tengku Razali Hamzah bersama Tun Dr Mahathir adalah perancang utama, termasuklah Tun Abdullah Ahmad Badawi, Syed Agil, Anuar Zaini, Latif, Azz Shamsudin dan lain-lain.
2. Kebimbangan orang-orang melayu ialah mereka akan berpecah dua parti dan tidak satu apabila PAS tersebar di Felda semasa Arwah Dato' Asri menjadi menterinya.
3. Apabila perpecah dua parti masa itu, ditakuti ialah kuasa perpaduan akan hilang walaupun ada 9 sultan menjadi ketua negeri.
4. Kehidudpan masa itu bangsa melayu sangat uzur, dan tidak mampu untuk menjadi dua kumpulan. Ini berbesa sekali sekarang di mana orang-orang melayu sudah ramai yang jadi pengawai, ketua GLC dan ahli-ahli politik.
Ahli-ahli fikir bangsa melayu bimbang jika kerajaan Perak terus diperintah oleh pembangkang, akan banyak kemusnahan berlaku, yang mungkin sukar untuk dibaiki.
Ini berbeza di kedah dan kelantan, tetapi di selangor keadaan membahaya juga boleh terjadi jika usaha-usaha untuk menyelamat tidak berhasil.
Begitu pun di Pulau Pinang, walaupun diperintah secara terang-terang oleh DAP, kebimbangan yang amat sangat tidaklah ada.
DAP yang terus terang dengan DAP yang sembunyi sebenarnya lebih bahaya yang sembunyi-bunyi seperti yang berlaku di Perak dan Selangor sekarang.
Ingatlah banyak nyawa telah terkorban kerana membasmi perjuangan Parti Komunis Malaya. Adakah kita mudah lupa dengan peristiwa hitam ini?
Salam,
ReplyDeleteSaya rasa memang tak ada harapan la UMNO nak menang lagi lepas ni di lembah kelang jauh sekali di perak dan mungkin juga kekalahan difederal makin menjadi realiti pada pilihanraya umum akan datang.
Bye -bye One Malaysia.
generasi X
Salam Encik Kadir;
ReplyDeleteApa yang terjadi diPerak adalah sejarah hitam terhadap institusi negeri Perak itu sendiri. Jadi elok le kata pakai baju hitam! Pembuat undang undang sendiri tidak menghormati undang undang! Ini baru betul, harap kan pagar,pagar makan padi! Mangkok mangkok Melayu ni tak habis habis dengan selogan MP boneka! Masaalahnya bukan boneka - hatta sesiapa sahaja yang mementang kezaliman patut disokong. Di Pulau Pinang tu, puak mana yang melelong tanah tanah orang Melayu - hatta tanah wakaf> Jawap lah!
Orang zaman batu ni kena celik sikit. Kat Malaysia ni kalau taruh "Melayu" mungkin laku, tapi kalau kan tempat lain "Melayu" tak ada harga. Yang ada harga ialah ilmu dan kepakaran. Jadi puak zamn batu ni keluarlah dari bawah tempurung!
Salam Dato,
ReplyDeleteBagi saya yang tinggal jauh diluar negara agak kecewa dan malu akan peristiwa yang sedang berlaku di Perak.
Pada pendapat saya cara yang terbaik bagi menyelesaikan permasalahan ini ada dengan mengadakan semula pilihanraya negeri Perak.
Biar rakyat Perak yang menentukan siapa kerajaan pilihan mereka. Itu jalan yang terbaik... yang pastinya bukan pilihan BN/UMNO...
Seperti yang disuarakan oleh beberapa komenter tentang kerajaan PR yang dibayangi oleh DAP yang hanya memguntugkan kaum lain.. disini saya ingin bertanya kepada komentar2 tersebut bagaiman pula dengan keadaan di Pulau Pinang yang sebelum ini diperintah oleh BN/Gerakan.
Sebagai anak Pulau Pinang saya dibesarkan di sana dibawah kerajaan BN betapa daifnya nasib orang melayu disana. Sentiasa terpinggir dalam arus pembangunan.
Sewaktu pemerintahan BN, dimana saja perkmpungan atau majoriti orang melayu tinggal disitulah juga Kerajaan BN akan adakan projek pembangunan perumahan..
Bila projek dijalankan, orang melayu ini akan dipindahkan ke beberapa tempat lain. Jadi dengan cara ini, bilangan penduduk melayu berkurangan. Projek perumahan baru yang didirikan semuanya berharga ratusan ribu dan orang melayu 1-2 orang sahaja yang berkemampuan.. akhirnya kawasan tersebut menjadi majoritinya kaum lain..
Jadi jangan kita buat tuduhan yang melulu kononnya kerajaan PR Perak adalah boneka DAP yang majoritinya kaum Cina.. sedangkan sudah lama dipraktikan oleh kerajaan BN di Pulau Pinang...
"Jadi eloklah mereka diberi peluang walaupun tunjuk perasaan dan demonstrasi adalah modus operandi yang sinonim dengan Anwar dan sebahagian penyokong tegarnya."
ReplyDeleteDo you and can really believe in what you blogged?
Today's happenings in Ipoh clearly show that when the Constitution AND the Law left them with no legal avenues, UMNO/BN and therefore Najib, resorted to violence in shamefully mistreating the Constitutional and Legal Peral Speaker.
They illegally misdirected the police (who were in plainclothes and wearing 'Official' tags to pathetically to try and hide their misconduct) to use force where they had no jurusisdiction or authority!!
Why do you implicate Anwar? Surely you should condemn Zambry, Najib and The IGP who turned Ipoh into a War Zone!!
If that is not a kind of Nazism, I don't know what is!
http://donplaypuks.blogspot.com
I think it is high time for the government to act now to stop all this nonsense in the political front.
ReplyDeleteIt looks like it has become out of control. The oppositions are really ridiculing the democratic system to test the government's strength.
Drastic action must be taken once and for all and move on to focus on the development of the country.
Much time has been wasted just to "entertain" these irresponsible leaders of the opposition who don't seem to be bothered about anything else except trying to rock the whole government machinery.
We cannot allow this situation to continue. It affects our country's security and political stability. It does not augur well if the govt. just let it continue with this kind of uncertainty in the political front.
ENOUGH IS ENOUGH of fooling around. There must be a limit to everything in order to ensure that the rakyat feel comfortable and safe.
So Hisham, I suggest you should start preparing another round of "OPERASI LALANG" to check this rot. Don't give them a damn.
We are really tired to see all the stupid antics shown by the oppositions.
Kerajaan jangan jadi macam "PONDAN". Kerajaan jangan ikut rentak mereka yang tidak bertanggong jawab dan menjadi pengkhianat negara.
A responsible government must act without fear and favour to protect the majority of the rakyat who want peace of mind to continue with their life in order to earn decent living for their families.
Don't worry about being unpopular. The issue is whatever action taken must be seen to protect the country's peace and security.
Being a minister of Internal Affairs how I wish you to repeat the statement made by the late Tun Ismail appeared on TV way back after May 13 1969 incident telling the rakyat that DEMOCRACY IS DEAD. Itu baru anak "JANTAN".
PERAK ASSEMBLY SHOWDOWN: Perak Regent admonishes Nizar to respect royal address
ReplyDeleteThe Raja Muda told the duo: “I don’t want to get involved in this. I just want to give my speech, so respect my speech, when I am giving it. You understand that? If you want to work with me in future, you have to respect my speech. Understand?
comment:
What a great Regent he is.
Daulat Tuanku !!
Salam Dato' AKJ
ReplyDeleteDemokrasi bukanlah pilihanraya semata-mata. Masa bertanding, lawanlah, tapi bila dah ada pemenang, yang kalah kena terima dengan sikap terbuka. Sama yang menang atau lebih-lebih lagi yang kalah, perlu memberikan sepenuh kerjasama demi kesejahteraan semua pihak. Di Malaysia, wujud unsur yang berbeza dengan wajah demokrasi lain dalam penentuan kuasa, iaitu Raja-Raja Melayu. Parti politik tidak disebut di dalam Perlembagaan tetapi Raja-Raja Melayu disebut secara langsung.
Apa cara sekalipun yang menjadi pilihan dalam krisis kuasa di Perak, kepentingan rakyat perlu menjadi keutamaan. Dengan menafsirkan tindakan Sultan sebagai memihak kepada BN menunjukkan bahawa golongan berkenaan menganggap Sultan campur tangan dalam hal ehwal politik. Sultan boleh menitahkan UMNO yang menguasai 27 kerusi membentuk kerajaan minoriti selepas PRU-12, jika prinsip demokrasi yang dijadikan sandaran, selaras dengan tuntutan BN ketika itu. Kalau Baginda memihak kepada BN, sudah tentu BN dibenarkan untuk membentuk kerajaan minoriti kerana parti-parti lain bertanding secara bersendirian.
Yang jadi punca kekecohan bukanlah Baginda atau tindakan serta keputusannya. Masalah dicetuskan oleh mereka yang tidak mahu menghayati prinsip demokrasi dengan menerima kekalahan secara rasional, sebagaimana BN ketika ditolak permintaan mereka membentuk kerajaan minoriti dahulu. Nizar yang merupakan bekas aktivis IRC ini bukanlah bijak sangat apabila dia mengakui bahawa hanya 28 orang ADUN yang menyokong kerajaannya ketika menghadap Baginda Sultan. Secara matematik pun, dengan pengakuan sedemikian, Nizar mengaku bahawa dia tidak beroleh sokongan majoriti di DUN kerana jumlah kerusi DUN Perak ialah 59 (59 - 28 = 31; 28 < 31).
Dah silap dan dah kalah tu, buatlah cara kalah, terimalah demi kepentingan rakyat dan negeri. Pilihanraya melibatkan kos kewangan dan masa yang tinggi, merugikan rakyat serta negeri, apatah lagi dalam keadaan ekonomi sebegini. BN bukan takut kalah kalau buat pilihanraya tetapi BN tidak mahu derhaka, lebih penting lagi tidak mahu membazirkan sumber rakyat dan negeri untuk memenuhi tuntutan nafsu segelintir yang perasan mereka berpengaruh untuk menang dan berkuasa. Hakikatnya, ketika berkuasa seketika, mereka begitu haloba memperkosa khazanah dan hak yang ada.
Kepada yang bukan rakyat Perak tu, tak perlulah menyibukkan diri berdemonstrasi di sana. Orang Perak tidak kurang ilmu untuk membuat penilaian dan pertimbangan.
Datuk
ReplyDeleteKadang-kadang Polis pun terlalu mengikut arahan tanpa boleh memikir sendiri.
Saya teringat ketika rusuhan Baling dan saya sebagai Exco pelajar ketika itu menjaga stor milik persatuan kami. Saya tahu bebenar isi dalam stor itu tidak ada bahan merbahaya.
Tetiba esok pagi bila serbuan dibuat polis mereka mengatakan bahawa stor kami ada menyimpan senjata merbahaya untuk merusuh dan ditunjukkan kepada senjata yg ada seperti parang dll.
Inilah sikap dari dulu hingga kini yg polis tunjuk kan untuk menggambarkan seolah olah yg siapa bankang BN/UMNO akan dituduh bermacam macam.
PakLang
Salam Dato',
ReplyDeleteBegitu mudah, beberapa orang tukang komen menyaran dan menyokong perintah darurat dan ops lalang edisi baru.
Yakin sangat ke rakyat Malaysia akan lupa pada PRU13 nanti?
Sdr. A Kadir Jasin,
ReplyDeleteI am really baffled to say the least...!!!
Why is BN so desperate to takeover Perak from PR?
Till today, I have yet to comprehend the official as well as unofficial reasons for this desperate act.
Sdr. AKJ, your enlightenment on this is very much appreciated.
Sekian.
Dulu puak2 UMNO cakap Anwar gelojoh nak jadi PM.
ReplyDeleteMelihat situasi di Perak ini, siapa nampak lagi gelojoh?
Najib atau Anwar?
p/s: ada satu mangkuk hayun kat sini suruh datuk dan sdr sawit buat SD, saya mintak2 janganlah buat benda nie smua...bukan apa..takut datuk dan sdr sawit plak 'hilang' nanti...hee...hee..hee...
anak mami
Datuk..
ReplyDeleteramai pengomen tulis/cadang suruh bubar DUN Perak, tak payah lah buang masa, tak dak yang nak dengar pon...
Pembubaran DUN Perak tak mungkin berlaku dan BN/UMNO akan menafikan ini "at all cost"!
sebabnya?
mesti 'bungkus' punya BN di Perak...
anak mami
Salam Dato,
ReplyDeleteWalaupun BN berjaya merampas kuasa di Perak, keadaan masih gawat. Zambry mungkin MB tapi majoriti rakyat Perak tidak menyokong beliau.
Bubarkan DUN jalan adalah jalan paling baik. Memang benar, banyak wang akan habis untuk pilihanraya tapi jika itulah harga sebuah ketenteraman dan kestabilan, kenapa pula kita tidak sanggup membayarnya?
Selama ini pun BN telah banyak membazir serta merasuah, apalah sangat dengan pilihanraya DUN Perak itu?
Selama BN memerintah Perak pun, ekonomi Melayu masih ketinggalan. Saya tidak nampak hasrat BN merampas DUN Perak kerana rakyat, tetapi lebih kepada mabuk kuasa.
Dear DAKJ,
ReplyDeleteSaya syorkan Pak Belalang diwatikahkan sebagai 'AHLIL NUJUM NEGARA'. Pemikiran politik macam Pak Belalang inilah yang telah menjadi salah satu faktor kemerosotan prestasi UMNO/BN dalam PRU yang lalu. Pemikiran ini hanya sesuai untuk senario politik 60an dan 70an, zaman pra-globalisasi, pra-ICT, pra-kesedaran politik dan demokrasi di kalangan generasi baru dan pra-kesedaran tentang hak-hak sebenar rakyat.Saya syorkan Pak Belalang naik 'time machine'untuk gostan belakang dan hiduplah selama-lamanya di zaman itu.Mengenai Anwar Ibrahim, betul kata salah seorang penulis komen. Saya masuk Universiti Malaya sama tahun dengan Anwar ,iaitu tahun 1968, era pra DEB.
YBhg Dato'
ReplyDeleteAssalamualaikum. Apa yang berlaku di DUN Perak memberi kita ruang untuk mengetahui apa sebenarnya keadaan Negara kita yang sebelum ini kita war-warkan sebagai yang terbaik dirantau ini. Apa yang berlaku memalukan kita seolah-olah kita tidak bertemadun berbanding dengan negara-negara yang kita tertawakan dahulu olih kerana berlakunya kekecohan semasa persidangan parlimen mereka.
Selepas 52 tahun merdeka wajarlah kita melihat kedudukan kita dengan objektif dan tidak emosional. Allah memerlukan kita berbincang dan mengambil keputusan secara kolektif. Kalau dahulu semasa parti pemerintah mempunya 2/3 majoriti di Parlimen masalah bolihlah disembunyikan (sweep under the carpet ) melalui penggubalan undang-undang yang menghalalkan sesuatu tindakan. Sekarang lain ceritanya melainkan sesuatu perkara itu dipersetujui olih sebahagian besar wakil-wakil rakyat dari kedua-dua belah pihak. Inilah yang dikatakan kerajaan uniti.
Tiada masalah yang tidak bolih diselesaikan jika penyelesaian adalah kemahuan kita.Ada dua tindakan yang perlu diambil ,ia itu ,mengikuti nasihat TDM supaya tidak bergopoh gapah dalam membuat keputusan dan nasihat DSN supaya setiap wakil rakyat mengatakan kebenaran dan berani mengakui kesalahan bila terlanjur membuat kesilapan.
Kekecohan di DUN Negeri Perak tidak berlaku sekira persidangan ditunda kepada satu tarikh selepas mahkamah menetapkan siapa sebenarnya MB Perak patut menerajui negeri tersebut memandangkan terdapat 2 MB , 2 Speaker, dan Speaker diusong keluara Dewan.
Masalah ini bolih diselesaikan secara orang tua. DSN bolihlah menubuhkan "Council Of Elders " untuk mencari rumusan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang terdapat masakini di negara ini amnya dan masalah DUN Perak khasnya.
Semoga Allah memberi kita hidayah bagaimana untuk maju sebagai sebuah negara yang sejahtera dan berkebajikan.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohgammad Dain,
Petaling Jaya.
Dato',
ReplyDeleteIbrahim Ali tu belajar kat ITM pun tak habis. Setahu saya masa di ITM tu kerja nya berpidato macam tin kosong dari dulu sampai sekarang, jadi dirasakan dia ni tak setaraf dengan Anwar.
Najib harus lah berhati hati dan jangan membiarkan polis buat sesuka hati macam kat dalam DUN semalam. Apa kata satu hari nanti mereka masuk rumah tok Najib macam dia masuk rumah to Anwar dulu, masa itu menyesal tak berguna. Tanya Anwar apa perasan dia apabila polis guna kuasa macam negara ini negara polis.
History repeats itself, the Police and the military must always be kept in the barrack, the renegade normally do not appear from the top bras as they are well fed but it is those rank and file whom one day will turn the tide around as they are the people who are fully aware of the happening on ground.
Pehak berkuasa mesti berhati hati bahawa tidak ada kerajaan yang berkuasa dapat menahan kebangkitan rakyat.Atau kita akan terus begini. Dato'"Sekadar Ingatan Juga." dh9753.
Ybhg Dato
ReplyDeleteFAKTA [1] Yang JELAS lagi nyata BN mempunyai suara MAJORITI dalam DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
FAKTA [2] DAP memang bebal tak tahu kira berapa sebenar nya kerusi mereka
FAKTA [3] MB boneka DAP, memang tak tahu malu - tak tahu dai hanya dipermainkan dan di perbudakkan oleh DAP
FAKTA [4] DYMM Sultan dah pun mempersetujui pembukaan DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK, tapi seolah-olah SPEAKER dari pehak yang kalah tak faham titah baginda
FAKTA [5] Demokrasi jelas memihak kepada BN dengan jumlah undi berpehak kepada BN
NYATA DAP adalah pehak yang paling rugi dengan strategi BAJU HITAM - yang kelihatan lemah tanpa sokongan gerakan masal dari PAS yang mungkin sudah tidak lagi mahu menjadi hamba DAP
[saya faham jika Dato tak mahu menyiarkan komen saya yang lebih awal]
OrangBaruLahir
This is not about malay fighting malays or malay political power being erode like pak lang put it.This is about right and wrong,this is about democracy,about the trust of the people that was given to the PR goverment but was snacthed disgracefully by the BN.PAS has got its priciples, it will never fall for umno trap of malay unity. Malays are very united under PAS. Its umno that need unity cause you guys always figthing for power, in pakatan states you guys fighting to gain power, in BN lead states you guys laso fighting among yourselves like terrganu and perlis.So you see umno is the one with problem not malays and remember not all umno members are malays and not all malays are umno members but all PAS members are MUSLIMS, you get the picture? So please stop all this unity crap, stop calling malays stupid and shameless.If you guys are serious about islamic unity come join us.
ReplyDeleteSalam Dato',
ReplyDeleteKapish kata, "so Sawit, kau punya fakta berbeza daripada datuk punya. adakah kau rasa yang kau punya versi tu lebih betul atau apa?".
Mungkin Kapish dah cap saya sebagai penyokong pembangkang jadi jangan percaya cakap saya.
Sila rujuk temubual Ibrahim Ali dengan NST bertarikh 1hb Mac 2009.
Tapi di arkib NST On-line, kena ada password dan ID. Kalau sudi, boleh juga baca extract penuh di Malaysia Today http://mt.m2day.org/2008/content/view/18676/84/
Harap sudi, pasal susah payah saya cari artikel tu. Yang percuma yang saya jumpa hanya di Malaysia Today.
1977, PAS disingkir dari BN. 1998, Ibrahim Ali dijemput sebagai calun pilihanraya mewakili BERJASA dan menang. Selepas itu Ibrahim Ali masuk UMNO kerana dikatakan Parti Berjasa terlalu kecil. Tidak berapa lama kemudian, Parti BERJASA terkubur.
Dikatakan Ibrahim Ali jadi kepala panas darah pada peristiwa 1977. Tapi tak sampai setahun, tukar akidah politik.
Bukankah itu menandakan adanya keraguan dalam "bantahan" Ibrahim Ali terhadap Mohamad Nasir yang menubuhkan Parti Berjasa?
p/s cuba lah belajar berartikulasi dengan baik. Langkah yang pertama adalah banyakkan membaca. Langkah kedua, jangan terus melompat dan mendidih-didih apabila tidak bersetuju dengan pendapat orang.
Dato'
ReplyDeleteSyabas BN Perak!!
Dengan mengguna polis dan jentera kerajaan untuk memaksa semua ikut kehendak anda, anda telah berjaya memberi semangat baru kepada pakatan rakyat dan menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadap anda....
Dengan membawa kepada semangat bersatu Pakatan Rakyat, anda semua telah membantu mengeratkan lagi hubungan kerjasama DAP dan PAS yang berpadu untuk menentang anda...
Sekarang musuh anda akan mengatur langkah Ala Mao Tse Tung "The Long March" untuk mengambil balik kuasa di Perak...
PR patut berterima kasih kepada BN kerana membantu mereka mendapat simpati rakyat sebagai "underdog" yang telah didera dan diheret secara kasar....
Padan lah Bollywood nak pindah keMalaysia...Banyak betul pelakon pelakon bolywood disini!!
Salam Dato,
ReplyDeleteWAHAI ORANG-ORANG MELAYU....
1.SERONOH,MEGAH dan BANGGA mempertahan kedudukan seorang India!
2.SERONOH dan MEGAH dan BANGGA mempertahan kedudukan seorang lagi India !
3.SERONOH,MEGAH dan BANGGA benar
bergaduh sesama sendiri...
4.SERONOH BENAR dan MEGAH BETUL MEMPERSENDA institusi raja melayu.
5.SERONOH,MEGAH,BANGGA benar mempermainkan institusi legislatif.
6.SERONOH,MEGAH,BANGGA tunjuk teladan buruk kepada keluarga, rakan-rakan,masyarakat dan dunia..
7. MELAYU ITU DAH LUPA UGAMA,LUPADIRI,LUPA SEGALANYA....
8.INI adalah satu dari banyak lagi
episodes ORANG MELAYU BERSUNGGUH-SUNGGUH menjahamkan bangsa dan negara....dengan MEGAH,BANGGA, HALOBA dan TAMAK.......
RAMAI melayu sikitol dan mandeling sejak akhir-akhir ini!
CINA dan INDIA BERSORAK DAN BERTEPUK TANGAN.....
Insayaallah akan berjaya kearah itu lah kita semua.....BUAT LAH BERSUNGGOH-SUNGGOH!!!!!
MENGAPA SUNGGUH RAMAI ORANG MELAYU DAH SANGAT BODO DAH NI?...
Abu Bakar Ab Rahman
Ooooh, sekarang baru sesetengah dari kita tahu yang BN pernah buat coup de tat seperti ni dulu di kelantan!! Terima kasih lah datuk kerana menyedarkan kita bahawa taktik ini bukan lah kali pertama!
ReplyDeleteTentang wartawan masuk tu, ada kebenaran pun tak guna, saya tonton rtm, bernama tv, tv 3 nampaknya sivakumar BISU, atau cakap tanpa suara, jadi buat coverage tapi orang tak dengar dan tak siar berita sebenar pun tak guna.
Biar lah, saya syor kan kepada rakyat perak tak usah lah susah susah nak tunjuk perasaan lagi. Sabar, sabar... kita tunjuk saja perasaan kita menjelang 2013 nanti
mat taib
Saya rasa the next general election ni BN akan suffer di Perak. For sure Pakatan will exacerbate this matter to the max.
ReplyDeleteSaya suka BN ambil alih Perak tapi kecewa dengan cara ianya diambil. It may be lawful but it is very unethical.
Memangla idea lompat parti dan hijack kerajaan ni idea Pakatan tapi BN telah merealisasikan idea tersebut untuk kepentingan diri sendiri and for that, BN is no different than PKR. Takkan la takde cara lain yang lebih berhemah untuk ambil balik Perak?
Salam Datuk,
ReplyDeleteOn a general note, I always wonder what kind of creature bloggers fall under. And why they blog? Is it just to opine, to influence, or just for fun?
To seek for the truth, perhaps?
Or adakah ianya satu perjuangan?
I personally feel that bloggers are a stubborn lot!
Take your case, for example: rata rata comments you received are against your ideals and many disagree with your persuasions. And yet all can see that you are in no way moved. You are steadfast to your age old 'pegangan'. Not unlike the government of the day.
Self-denial is indeed a difficult disease to cure
adam
No argument seems to convince you that there is another side of the same coin
ReplyDeleteadam
Datuk, we should also remember, it is unlikely that Najib will be able to live down the political baggage of having orchestrated the three-month Perak constitutional and political crisis and stalemate spawning two Mentris Besar, two Speakers, two Assemblies together with three renegade State Assembly members and a renegade State Assembly clerk unless he is prepared to act boldly to admit his colossal error and misjudgement and agree to the dissolution of the Perak State Assembly for the holding of Perak state-wide general election to return the mandate to Perakians.
ReplyDeleteThank you
lks
Tn Hj AKadir,
ReplyDeleteBolehkah Tn.Hj memberi penjelasan
lebih lanjut lagi berdasarkan
komen berasiam?
Saya rasa macam ada cerita di
balik tabir.
Harap apa yg telah berlaku
di DUN Perak tidak akan
berlaku di DUN Selangor.
Saya takut penyakit ini akan
berjangkit.Macam kena virus
AH1N1.
Saya faham Selangor pun
ikut style Perak sebab
Selangor dan Perak ada
pertalian darah.
Jgnlah pulak BN main baling
batu sembunyi tangan di Selangor.
Terima sajalah kenyataan.
Rakyat yg pilih mereka.
Biarkan rakyat rasa macam mana
dibawah parti pembangkang.
Sekarang ini ekuiti 30% dah
ditarik balik. Liberalisasi
sana dan sini. Ekonomi negara
bukan dipegang oleh anak Bumi.
Rasakanlah menagih ke sana
ke sini,nak minta piti.
Siapa suruh undi PAS/PKR/DAP?
BN kena rajin buat homework.
TPM/Guru Besar beri UMNO 2
tahun utk belajar ABC balik.
Belajar kira-kira balik.
Belajar Ugama balik.
Tunggu hari peperiksaan
pada 2012?
Baru tahu siapa pass siap fail.
Terima kasih.
Ybg Dato',
ReplyDeleteRealiti politik sekarang ini adalah dimana dua gabungan politik telah terbentuk BN dan PR. Tak kira lah dah berdaftar ke belum ke. yang pasti mereka ada penyokong sendiri dan diantara mereka cuba mengatasi yang satu pehak lagi untuk memerintah negara. Banyak advantage masih ditangan BN sebab menguasai peringkat Federal. Penguasaan undi dlm PRU12 menunjukan perubahan sikap pengundi yang sangat memeranjatkan dimana sokongan kepada PR mendadak naik. dengan kata lain gabungan politik terbahagi dua seakan2 sistem Dua parti telah ujud dimalaysia. Persoalannya sekarang mereka telah mempunyai kekuatan yang seimbang. BN ada pengikut PR pun ada pengikut. Kalau kita nak memberikan komen terpaksalah berlaku adil tidak memihak. kerana masing2 gabungan ada alasan mereka. adakah apa yang dibuat PR semua tak betul dan apa yang dibuat BN semua betul,begitu juga sebaliknya .kerana mereka adalah insan2 politik bermatlamatkan kuasa. Siapa betul dan siapa lebih betul akan dihakimi oleh rakyat bukan kita atau media. Jika kita tengok bagaimana peranan media telah membantu BN dalam PRU dan PRK tetapi adakah ia berkesan. Adakah ia membantu BN dlm meraih undi. Jawapannya tidak.
Merujuk kepada kes Perak ni walaupun BN mengatakan mereka dipehak yang benar dan mengikut undang2 dan mengikut kehendak rakyat dan PR pulak mengatakan mereka yang benar. Keadaan sebenar tidak diketahui samada rakyat menyokong tindakan A atau B. Masalah ini akan berpanjangan kerana ini permasalahan politik hendaklah diselesaikan secara politik. So apa pilihan terbaik dalam situasi ini. sudah tentu dipulangkan kepada rakyat buat keputusan dan keputusan itu akan dihormatu oleh kedua pehak yang bertelagah.
kalau kita sebagai pemerhati bebas melihat dengan kacamata positif sistem dua parti ini adalah baik dan sesuai dengan perkembangan zaman menuju kearah negara maju seperti US. Siapa yang boleh offer better service, lebih telus, sistem lebih baik, good governance, berjaya benteras rasuah, kurangkan atau hapuskan kronisma,gabungan tersebut akan jadi pilihan rakyat. siapa yang hanya retorik sahaja cakap tak serupa bikin akan dihukum dan ditolak oleh rakyat . very simple.
Pada masa itu KPI rakyat KPI sebenar akan berjalan yang dibuat setiap 5 tahun. Tak perlu kita nak marah2 kepada sesiapa. siapa pemimpin lebih baik atau kurang baik perangai nya seperti kaki demo ke, apa2 ke tidak timbul lagi kerana rakyat yang menjadi hakim sebenar.
Apa yang perlu dipastikan adalah pertandingan hendaklah dipadang yang samarata, undang2 SPR hendaklah diikut dan dilaksanakan sebaik2nya. Kebebasan SPR menjalankan tugas sebagaimana dalam Perlembagaan without fear and favour. Jika segala sistem yang ada diikuti sebaik2nya semua pehak akan sejuk hati dan menerima kekalahan dan yang menang pula akan bekerja bersungguh untuk term yang akan datang, leka dengan agenda sendiri bermakna next term tumbang dan ganti dengan yang satu lagi. Rakyat sudah ada pilihan dan tidak terikat dengan satu pilihan sahaja. Wassalam
Anaknda Adam,
ReplyDeleteManusia tanpa pegangan, ibarat lalang dalam angin, sampah di permukaan laut.
Why I blog?
Because I have opinion to share.
Whether you agree with me or otherwise, is your choice.
I think you're young and angry.
So write to let off your anger and in so doing share your views with others.
Thank you.
Sdr The Botak Man,
ReplyDeleteI won't harzard an answer.
But Si Kitols are everywhere.
They can be in the political parties. They can also be in the Palaces.
Si Kitols play one against another for their personal benefit.
Some Si Kitols survive well and long. They love being seen with powerful people.
Thank you.
Dato'
ReplyDeleteDan Kajang said:
"1. On second thought it's not a bad idea to also declare state of emergency for Perak if the situation becomes out of control. Looking at today's incident at the DUN sitting, I don't think we can see a peaceful solution that soon.
3. It may sound very simple and stupid. But in reality I think this (declaring state of emergency in Perak) is the best solution under the present circumstances. I sincerely hope the Goverment will consider this."
Ada juga pelawat pelawat yang lain disini ingin diadakan "Emergency Rule" diMalaysia.
Boleh... bukan Tak Boleh Buat. Semua pembangkang juga boleh ditahan jika hendak. Tapi kalau buat mesti sanggup tanggung padahnya....
Negara Negara "Trading Partner" Malaysia saperti Amerika, UK, Australia dll. akan memulau kita kerana kita boleh dianggap sebagai Negara yang telah buang demokrasi, jadi semua rakyat kena tanggung akibah kemerosotan ekonomi kerana "Sanctions".....
Adakah semua rakyat sanggup menerima padah ini? (Negara Cuba Contoh yang boleh dipakai). Kalau semua sanggup jadi miskin papa macam diCuba tak apa..
The Barisan Nasional (BN) government has probably scored another first in the world. It has sent its police force to enter a state legislative assembly hall to physically haul the sitting speaker out of the assembly hall and escort another speaker of its choice to take over the empty seat during a melee. Through this act, BN claimed that it has successfully ousted the Pakatan Rakyat speaker V. Sivakumar.
ReplyDeleteWe have seen scuffles between opposing legislators in legislative assemblies in other parts of the world, notably in Taiwan and South Korea. And we have also seen Sergeants-at-arms getting physical in such situations. But I don’t believe there is a precedent anywhere that the police force enters a legislature to take control of events – least of all, physically evicting an incumbent speaker and physically installing a new speaker from the opposing camp, like what happened in the Perak state assembly on May 7.
Under the doctrine of separation of power, upon which the Malaysian Constitution is founded, neither the Executive, nor the Judiciary can meddle into the affairs of the legislature. As the supreme body of a government and as an independent institution, the legislative assembly enjoys autonomy and has always been meticulously out of bounds to the police force.
Sending a horde of police personnel into the assembly hall to forcibly enforce a decision of one party against another is therefore a heinous and unforgivable act of violation of the fundamental principles of our Constitution. First, the police should never intrude into the sacrosanct ground of the assembly; and second, the police should never take side in a political dispute, as it should at all time act as a politically neutral body to enforce law and order.
The pandemonium that broke out in the Perak Assembly is rooted in a tussle for legitimacy to govern the Perak State. The constitutional crisis exploded in early February when the Ruler appointed a new Menteri Besar from BN when the incumbent Pakatan Menteri Besar had not resigned, resulting in two parallel governments. The issues that complicate the impasse now are:
a) whether the three defectors from Pakatan did or did not resign as assemblymen
b) whether the suspension of BN Menteri Besar Zambry Kadir and his six executive councilors for 18 months and 12 months respectively from the assembly are valid
c) which of the two is rightful Menteri Besar
All these three issues are now being legally contested in a web of suits and counter suits in the high courts, the eventual outcomes of which may take years to decide as they wiggle their ways to the higher courts. The obvious, and in fact the only practical solution to the stalemate, is a dissolution of the assembly and return the mandate to the people of Perak. Failing which, the Perak crisis will continue to fester as unbearable political and economic sore to not only Perakians but to all Malaysians.
Meanwhile, BN must not be too quick to celebrate their ‘success’ in physically evicting the incumbent Pakatan speaker Sivakumar, as physical eviction is not necessary the same as legal eviction. As rightly pointed out by Pakatan Menteri Besar Nizar Jamaluddin and speaker Sivakumar, the motion of no confidence in speaker Sivakumar was null and void as he had not even convened the meeting yet when the motion was proposed by Zambry. Besides, Siva had already issued a letter of rejection of the motion a day earlier, in exercise of his right under the standing orders.
As for the police violation of the Constitution, the prime culprits ultimately responsible for this debacle are the Inspector General of Police Musa Hassan and Home Affairs Minister Hishammuddin Hussein. In any established democracy, they will have to defend their honor by offering to resign. However, short of resignation, the least they should do now is to offer an apology to the nation.
Sdra Nur Mohd Nidzam,
ReplyDeleteAre you sure that the police entered the Dewan to remove or install anybody?
The way I read it, the Speaker was removed form the Dewan by the Bentara. If I am not mistaken, the Bentara are officials of the House.
Thank you.
Datuk,
ReplyDeleteBetulkah ada dikalangan pembahas mempuyai pemikiran "zaman batu". Mungkin pembahas jenerasi tahun 40n atau lebih awal termasuk dalam kategori ini. Atau kerana pemikiran kita berlainan dari jenerasi ini lalu dikatakan pemikiran zaman batu.
Yang penting ialah prinsip. Jenerasi zaman batu ini lebih mementingkan bangsa Melayu. Ini adalah kerana mereka melalui zaman pahit bukan sahaja terhadap negara iaitu Tanah Melayu bahkan bangsa Melayu sendiri. Jenerasi ini pernah mengalami penghinan dan ketidak adilan dizaman sebelum merdeka. Paling trajik jenerasi ini merupkan sisa-sisa perang dunia kedua dan pemerintahan Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya). Ramai dikalangn jenerasi ini yang kehilangan sanak sudara/ibu bapa akibat dari kekejaman komunis. Pasti ramai yang tidak dapat lupa bagaimana orang-orang yang disayang ini disembelih macam ayam.
Tapi jenerasi ini amat konsisten dengan pendiriannya. Tidak ada "colour blind". Jangan lupa pengorbanan jenerasi zaman batu ini hingga membolehkan jenerasi muda Melayu mengecap segala kenikmatan yang ada hari ini. Kerana perjuangan merekalah jenerasi muda Melayu mempunyai tempat di negara ini tidak seperti kaum pribumi Fiji yang sekadar menjadi buruh memotong tebu di ladang-ladang kepunyaan rakyat Fiji keturunan India.
Apa yang berlaku terhadap penduduk Melayu di Pulau Pinang (Pulau) adalah satu tragedi. Orang-orang Melayu Pulau Pinang khususnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN mesti beranggungjawab. Tanah-tanah orang Melayu diambil/beli kerana pembangunan temasuk pembinaan rumah-rumah mewah yang hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya sebahagian besarnya kaum Cina.
Semuanya ini berlaku di zaman pemerintahan parti Gerakan sejak tahun 69. Pulau Pinang sudah banyak persamaan dengan Singapura. Tapi apa bezanya antara Gerakan dengan DAP. Kedua-dua parti ini memainkan peranan penting dalam perarakan kemenangan pilihanraya Mei 69 hingga meletusnya 13 Mei. Perarakan ini melalui Kampung Baru dengan membawa penyapu dan lain-lain peralatan yang menghina seolah-olah mahu menyapu orang-orang Melayu dari Kuala Lumpur dan Selangor. Bezanya Gerakan menganggoti BN sedangkan DAP terus dengan agenda Malaysian Malaysianya. Apa bezanya pemerintahan Gerakan dengan DAP di Pulau Pinang kini?
Apa yang berlaku di Pulau Pinang tidak boleh diputar kembali. Sebaliknya pertahankan yang masih ada khususnya di Perak dan Selangor. Jangan biarkan sejarah Pulau Pinang berulang. Tetapi apa yang berlaku di Perak dizaman pemerintahan PR khususnya berhubung dengan tanah mengembalikan mimpi ngeri Pulau Pinang.
Orang-orang Melayu zaman batu tetap mempertahankan bangsa Melayunya "come what may". Kalau kaum-kaum lain mempertahankan etnik, bahasa dan budaya mereka kenapa tidak Melayu. Tidak benar Melayu hanya laku di Malaysia. Jangan sekali-kali apologetik. Kalau ada yang malu kerana berketurunan Melayu eloklah tukar bangsa (Melayu) dalam Kad Pengenalan.
Melayu di luar negara tetap bangga dengan keturunan Melayu. Orang-orang Melayu sudah ramai yang berjaya di US, UK, Australia dan beberapa negara di Eropah. Sebagai contoh ada orang Melayu yang bertugas sebagai professor (scientist) di sebuah universiti tertua dan terkenal di Los Angeles. Ada anak Melayu (yang dibesarkan di AS)mendapat penghargaan dari Presiden AS kerana kejayaan akdemik yang cemerlang. Tetapi Melayu-melayu di luar negara tidak pernah heboh meminta biasiswa kerajaan Malaysia. Mereka lebih rela berdikari. Lagi pun mereka pasti tidak layak.
Sdr. Nur Mohd Nizam,
ReplyDeleteAwak ni pernah belajar di US ke? Saya tanya kerana awak menggunakan perkataan "you guys", "crabs" dan lain-lain. Anak saya empat orang berkelulusan universiti-universiti US dan tinggal di negara itu sudah hampir-hampir 10 tahun tapi mereka tidak gunakan perkataan seperti yang awak gunakan.
Janganlah lebih sudu dari kuah.
Salam Dato',
ReplyDeleteSaya juga yakin bukan Bentara yang mengeluarkan Siva dari dewan.
Untuk lebih jelas, saya sarankan Dato' tengok gambar dan klip video yang bersepah-sepah di internet sekarang.
Yob Perak
ReplyDeleteAssalamualaikum Dato',
Saya adalah generasi selepas merdeka. Skrg saya dah faham (walaupun belum faham sepenuhnya).
Bagi saya (mungkin Dato' dan sebilangan pembaca tak setuju), Umno/BN telah memerintah negara lebih 50 tahun.
Sy menyokong Pas tak kala berada di S.Alam pada tahun allahyarham Dato'Ishak Baharom dilucutkan jawatan kerana tindakan beliau terhadap gadis MELAYU yang beragama ISLAM dalam satu pertandingan ratu cantik.
Dato' mungkin masih ingat lagi peristiwa tersebut?
Adakah Umno mengajak org Melayu ke arah jalan yg diredhai Allah?
Saya adalah anak jati Ipoh dan skrg dah bermaustatin di Johor yg kuat Umnonya.
Apa yg saya lihat, Umno membiarkan org Melayu pada paras miskin atau sederhana mudah utk digula-gulakan masa p/raya nanti. Satu peristiwa pd p/raya 1999, geran tanah org MELAYU masih belum diserah walaupun sudah lama menduduki tanah tersebut, premium/cukai tanah dah dibayar, segala urusan dokumentasi telah dilakukan tapi geran masih belum diberi. Kenapa? Nanti masa p/raya mudah utk dapat undi !!!. Tapi dah dekat p/raya, geran tanah masih belum dapat, kerana geram dan marah mereka pacak bendera bulan. Hah... lepas tu boleh pula beri geran tanah. Dah akhir Umno pun menang.
Dato'
Sila buka blog PR terutama blog Cina Islam sbb beliau berada di dlm dun.
Dato', balik kepada permasalahan MELAYU yg ramai komentar menyebutnya. Tahap kemiskinan = org Melayu, Mat Rempit pun org Melayu, ragut = org Melayu, buat anak =org Melayu, dan macam2 lagi masalah. Kenapa ini tidak diambil tindakan. Dimanakah MELAYU tanpa ISLAM?
"Orang Barat maju kerana meninggalkan agama mereka tapi orang ISLAM mundur kerana meninggalkan ISLAM"
Rasulullah (saw) sendiri menyebarkan ISLAM utk semua bangsa dan byk lagi sejarah-sejarah Islam utk kita buat pedoman. Malah tamadun Islam dibangunkan dari pelbagai bangsa tapi di Malaysia ni kita masih lagi hendak memainkan sentimen kaum.
Dato' kenapa susah sangat Umno utk melaksanakan hukum Allah yang jelas dan nyata dalam al-Quran? Dah lah tak mahu melaksakannya, bila kerajaan negeri Kelantan hendak melaksanakan, diugut dan diancam.
Org Umno ni org Islam tp mengapa sampai sanggup mempertahankan perlembagaan Lord Reid.
Kemudian membuat kenyataan yg kurang cerdik.
"Kalau nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan.."
dan maca2 lagi.
Saya bukanlah pandai dlm bab agama Islam tp bila masuk dlm gerakan Islam, byk ilmu yg saya dapat dan saya dapat muhasabah diri.
Jadi Dato', Islam adalah penyelesaian kpd permasalahan diatas.
Selepas ini, rakyat miskin dah tak dapat bekalan air percuma.
Selepas ini, tak dapat sumbangan utk pelajar melanjutkan pelajaran.
Selepas ini, apa jadi dgn tanah utk sekolah pondok Pak Teh ???
Dato', jgn lupa buka youtube tajuk 10 Years before Merdeka.
Wasalam.
Salam Dato'
ReplyDeleteGaneson tu siapa? Yg bukan adun boleh lantik jadi speaker ker?
Saya tak arif perkara ni, setahu saya hanya adun shj yg boleh menjawat jawatan speaker dgn lantikan oleh ahli adun.
Peninglah Dato'.
sawit futures trader said...
ReplyDeletep/s cuba lah belajar berartikulasi dengan baik. Langkah yang pertama adalah banyakkan membaca. Langkah kedua, jangan terus melompat dan mendidih-didih apabila tidak bersetuju dengan pendapat orang.
4:02 PM
sawit, jangan laa cepat sangat buat kesimpulan, kita tanya satu soalan yang mudah. sdr rasa sdr punya versi pun betul ke tidak? tu pun nak melenting.
iye la, you claim your version betul, what is the basis? mesti ada sumber kan? ok lah, dah cakap daripada newspaper, ataupun dengan ibrahim ali punya interview, maksudnya based on hearsay jugak lah.
err datuk, you pegi sendiri kan di DUN kelantan tu kan?
since when did i label you as penyokong pembangkang?
so sawit, my advise to you:
cuba lah belajar berartikulasi dengan baik. Langkah yang pertama adalah banyakkan membaca. Langkah kedua, jangan terus melompat dan mendidih-didih apabila tidak bersetuju dengan pendapat orang. tambah satu lagi, langka ketiga, fahami soalan orang dan berhenti berperangai keanak-anakan. terima kasih.
Salam Dato',
ReplyDeleteBuat sdr Kapish,
Dalam komen saya yang asal sudah saya katakan saya dibesarkan di Kelantan.
Dan temubual NST itu adalah dengan Ibrahim Ali sendiri.
Itupun dikatakan hearsay?
Dan adakah sdr sudah lupa sdr minta saya dan DAKJ masing-masing buat SD. Itu ayat dari orang yang tenang atau melawak ke?
Saya sepatutnya buat tidak tahu sahaja dari awal.
saya lihat kemelut di perak dapat dielakkan awal lagi jika pihak bn sabar. pertama sekali semasa rampasan kuasa dulu dimana bn seharusnya menunggu sehingga sidang dun berjalan dan mengusulkan undi tidak percaya terhadap mb nizar, kerana bn sudah mempunyai majoriti, tak kisahlah kiranya 3 adun pr sudah melompat atau tidak.
ReplyDeletekeduanya, sidang dun 7 mei lalu sepatutnya ditangguhkan sehingga keputusan mahkamah mengenai mb yg sah dikeluarkan. saya rasa kacau bilau dalam sidang dun sudah dijangka oleh pihak bn dan diambil kesempatan untuk mencemarkan pr sebagai penyebab kekecohan dewan.
malam tadi pm mengumumkan bn sanggup bekerjasama dgn pr dalam isu perak tetapi bukan dgn mengadakan kerajaan campuran. setahu saya dari awal lagi pr kuat mengusulkan pembubaran dun dan diadakan pilihanraya negeri yg baru tetapi bn seringkali mengelak. kita semua tahu apa sebabnya. kalau diadakan pilihanraya dun besar kemungkinan bn akan kalah lebih teruk kerana yg menang sebelum ini pun dengan majoriti yg berkurang dari pru11 lalu. bn betul2 phobia dgn pilihanraya sekarang ini.
lihat saja kes manoharan yg menggertak akan mengosongkan kerusinya jika dia tidak dibebaskan dari tahanan isa. kalau bn yakin dirinya kuat sudah pasti ia beriya2 menanti pengosongan kerusi dan bertanding utk merebut kerusi dari pr. tetapi tidak, bn tunduk dgn gertakan manoharan dan membebaskan beliau beserta 12 yg lain.
tulisan dato' half truth. Pandangan dangkal dari sebelah pihak utk pihak itulah..
ReplyDeletelagi satu DSAI digambarkan berperangai demontrasi jalanan.. sebaliknya dia cuba berjuang membetulkan kerajaan dari dalam tetapi gagal.. dah tu dibuat tuduhan yang ternyata palsu.. begitu aib kalau dato kene gitu bagaimana.. betapa berat dan kental perjuangan DSAI, saya sangat respek bukan macam dato' ikut arus saja tanpa ada pertimbangan intelektual.
Salam dato dan semua,
ReplyDeleteI was away and busy with work so could not answer earlier.
Dato regarding the the removal of the speaker I am sure you can get acess to various sites to witness the actions of the authority concern first hand.
To Tok Ma,
saya tak pernah kenegara yahudi tu,saya juga tak ingin kesana dan tidak akan hantar mana mana ahli keluarga saya kesana walaupun ditaja 100% oleh kerajaan umno ini.
Kalau Tok ma nak tau saya belajar disini dinegara yang saya cintai ini MALAYSIA.