Wednesday, June 24, 2009

40 Tahun Terasa Macam Semalam

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

APABILA kita seronok atau asyik melakukan sesuatu, masa berlalu begitu pantas dan tanpa kita sedari.

Hanya apabila seorang wartawan muda menemu bual saya beberapa hari lalu, baru saya teringat bahawa bulan ini genaplah 40 tahun saya menjadi wartawan. Minta maaflah kalau bunyi macam masuk bakul angkat sendiri. Nostalgia!

Perjalanan ini bermula pada 16 Jun, 1969 apabila saya menyertai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai pemberita kadet atau pada waktu itu lebih dikenali sebagai “cub reporter.”

Pejabat Bernama pada waktu itu hanyalah sebuah banglo dua tingkat di Circular Road yang kemudian ditukar menjadi Jalan Pekeliling dan kini dikenali sebagai Jalan Tun Abdul Razak.

Antara rakan sepengambilan saya adalah Hashim Makaruddin (Tan Sri) yang kini Pengerusi Utusan Melayu Berhad, Mervin Nambiar (Pengarah Jualan dan Pemasaran AFP Asia-Pasifik, Hong Kong), Nor Amanah (berhijrah ke Australia), Tan Jooi Long (rakan sedarjah di Kolej Sutlan Abdul Hamid) dan Cecelia Surin.

Saya cukup bernasib baik kerana pada waktu itu Bernama mengamalkan dasar dwibahasa – Melayu dan Inggeris – dan kami mempunyai mentor di kalangan wartawan kanan seperti Mazlan Nordin (Tan Sri), mendiang Chang Yen Fooi, Abdul Wahab Majid (Datuk), Allahyarham Nordin Zainuddin, Alias Ali (Datuk), Musa Scully, Goldin Miranda dan ramai lagi.

Saya juga bernasib baik diberi keyakinan membuat liputan pemimpin kanan seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein awal-awal kerjaya saya.

Mentor saya waktu itu adalah Ahmad Rejal Arbee (Datuk) yang kemudian menjadi Ketua Pengarang Bernama. Kami kerap keluar membuat “assignment” bersama-sama dengan menaiki kereta Austin Healey Sprite tanpa bumbung milik beliau.

Hebat bila berambut panjang menaiki kereta tanpa bumbung!

Saya juga bertuah mendapat latihan dan bimbingan daripada Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail, mendiang Tan Sri Lee Siew Yee, Allahyarham Tan Sri Nordin Sophie dan mendiang Felix Abisheganadan apabila saya menyertai Kumpulan New Straits Times pada tahun 1976.

Apa yang boleh saya katakan adalah dunia kewartawanan yang saya ceburi 40 tahun lalu itu amat berlainan dengan dunia kewartawanan sekarang yang serba canggih tetapi terlalu sensasi dan penuh cerita skandal.

Masa berlalu, zaman berubah.

45 comments:

  1. Tahniah Dato.. kami-kami ini hanya baru belajar menulis pada zaman yang telah berubah ini. Cuma menulis melalui blog.. entah-entah tak ada yang melayari.. hanya syok sendiri, namun.. keseronokan apabila menulis, yang kadang-kadang terlupakan masa berlalu.

    ReplyDelete
  2. Roti Planta4:17 PM

    Tahniah Dato',
    40 tahun adalah lama dan 40 tahun juga adalah sekejap, semua bergantung kepada apa yang kita telah buat.

    Boleh ke Dato' senaraikan 10 perkara terbaik/termanis/terbagus dan 10 perkara paling tidak suka/paling benci/paling buruk yang telah Dato buat sepanjang perjalanan hidup sebagai wartawan.

    Semoga 10 perkara pertama akan menjadi panduan dan 10 perkara kedua akan menjadi tauladan kepada genarasi baru.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:03 PM

    Kalau bolih pusing kebelakang semula bagaimana Datuk?
    But surely no regrets? Is there any Datuk?.
    Semoga terus di anugerahi ALLAH dengan kesihatan dan keberanian.dh9753

    ReplyDelete
  4. Dato’, pengalaman luas, ketinggian jawatan dan pendedahan yang pernah dilalui, networking kepada sumber-sumber maklumat tertinggi, serta reputasi yang baik dan konsisten, adalah rencah kepada keberanian dan kredibiliti seorang penulis atau wartawan. Serba sedikit sejak saya menjadi pelajar media di UM pada tahun 86/89, saya mengikuti perkembangan you.
    Saya fikir Dato’ memiliki ciri-ciri yang saya sebutkan itu. Malah Dato’ adalah generasi pelapis yang ditinggalkan oleh beberapa tokoh kewartawanan negara.
    Saya agak tersentuh hati bila Dato’ sebut dunia kewartawanan hari ini penuh skandal dan sensasi.
    Saya setuju. Barangkali itulah salah satu faktor mengapa akhbar menjadi kurang kredibiliti di mata rakyat, dan mereka ghairah mencari sumber berita alternatif.
    Saya percaya itu adalah isu dan cabaran besar dalam dunia kewartawanan kita hari ini. Unsur-unsur, kebertanggungjawaban, tanggungjawab sosial, semangat patriotik, dan sebagainya, perlu diperkukuhkan di kalangan wartawan muda.
    Mungkin sudah sampai masanya, tokoh-tokoh seperti Dato’ berkumpul, berbincang, merancang sesuatu, bagaimana kita boleh mengembalikan kredibiliti bidang yang kita cintai ini.
    Ilmu dan pengalaman Dato’ dan rakan seangkatan sangat berguna diturunkan kepada generasi wartawan yang ada atau pelapis yang masih di IPT. Selain menulis di blog dan akhbar, mungkin Dato’ dan rakan-rakan, perlu lebih kerap turun ke sekolah media di IPT, atau memperbanyakkan sesi bualbicara pengukuhan dengan para penglibat media.
    Semoga you meneruskan perjuangan dan tidak give-up.
    zainalpanglimagarang

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:52 PM

    Datuk AKJ...

    Boh la 'gambag' sekali. Time Datuk kerja tu umog saya baru 3 taon.

    ReplyDelete
  6. Masa berlalu zaman berubah-betul-betul sangat malang sekarang media kita sebegini, penuh dengan propaganda dan sensasi.

    ReplyDelete
  7. tahniah Pak Kadir!

    ReplyDelete
  8. Saya rasa zaman sekarang ramai wartawan hiburan banyak buat dosa.Banyak buat fitnah. Banyak menghuru-harakan rumah tangga orang dengan gosip yang keterlaluan hingga boleh mengaib dan menjatuhkan maruah seseorang.

    Semuanya ini adalah kerana sifat gelojoh media owners yang hendak meraih keuntungan dengan membuat liputan cerita sensasi dengan tidak memikirkan apa akibatnya terhadap orang lain.

    Ia, mereka yang dianiaya boleh mengambil tindakan undang-undang jika ceritanya tidak benar tetapi the damage is done. Maruah mereka sudah terpalit dan dipandang serong oleh masyarakat.

    Apa pendapat Dato'?

    ReplyDelete
  9. Dato',

    I feel the quality of reporting particularly in the Malay tabloids is much below expectation. It does not reflect very high maturity of thoughts. Intellectually, the contents are all RUBBISH !!

    Don't you think so, Dato'?

    ReplyDelete
  10. Harun Dan.12:29 AM

    Dato Kadir.

    Bagus juga kita mengingat yang masa itu berjalan dengan cepat.Selain dari mwengenang kan pengelaman yang kita lalui,perlu juga kita mengenangkan persediaan yang kita lakukan untok Roh kita.

    Kita makan nasi kandar,minum teh tarek,kawin dua,tinggal di rumah banglow yang mewah.Ini untok Jasad kita.

    Makanan untok Roh kita supaya ia tidak ketandusan ialah sembahayang,puasa ,memberi Zakat,pergi haji,berjihad harta dan raga DLL.

    Harap jangan jadi ramai orang Islam melayu yang kaya,bila dah mati baru sibok nak membuat upah haji untok ayah,

    ReplyDelete
  11. Anonymous1:28 AM

    Dato' yang dihormati,

    Masa tidak akan berundur oleh itu beruntunglah kalau masa yang berlalu digunakan sebaik-baiknya dalam menghasilkan perubahan dalaman kendiri agar menjadi lebih matang, mantap jati dirinya, peka terhadap persekitaran, teliti dan rapi gerak kerjanya, dan yakin dengan keputusan yang diambil.

    Kalau misalnya dulu-dulu kegagalan dalam percintaan menimbulkan perasaan kehampaan dan kekecewaan tetapi dengan kematangan, kesabaran dan kecekalan yang bertambah akan mampu menjadikan seseorang itu lebih berjaya dalam berhadapan dengan kegagalan dan kehampaan yang sama tadi.

    Begitu juga kalau dulu-dulu keperluan dan kebergantungan yang disandarkan terhadap mana-mana individu, kumpulan, sektor atau sistem adalah sekian-sekian tetapi kini (di sebabkan perubahan yang dialami) maka keperluan dan kebergantungan tadi turut berubah.

    Atas sebab itu apabila permintaan dan keperluan seseorang terhadap layanan, perkhidmatan atau produk yang dapat memenuhi kriteria dan standard naluri dan citarasa tidak didapatkan maka itu timbullah perasaan kurang senang, kesal, sebal dsbnya.

    Apapun lazimnya manusia akan cuba mencari jalan keluar daripada semua kekangan dan permasalahan. Dan jalan keluar bagi layanan, perkhidmatan dan produk yang tidak secocok dengan kemahuan atau tidak setimpal dengan tenaga, masa atau material yang dihabiskan adalah dengan beralih kepada alternatif lain yang lebih layak dan mampu memenuhi permintaan dan harapan.

    Dalam suasana bermasyarakat, mana-mana individu sememangnya berhak mengharapkan dan mendapatkan yang terbaik daripada apa yang tersedia untuknya atau yang ditawarkan dalam persekitaran pasaran tetapi dalam masa sama indivdu ini juga harus dapat memberikan yang terbaik dalam apa jua yang ditawarkan atau yang diperlukan daripadanya. Dengan itu timbullah perasaan harmoni dan percaya mempercayai antara satu sama lain.

    Idealnya ialah kalau setiap komponen dalam komuniti sedar tentang peranan dan keperluan dalam memberikan yang terbaik di sebalik tuntutan sendiri untuk mendapatkan yang terbaik daripada orang lain. Maka dengan itu barulah seluruh komuniti dapat bergerak secara serentak ke hadapan bagi menyesuaikan diri dengan perubahan zaman.

    Cumanya keidealan ini tidak mudah menjelma. Biasanya ada ramai individu yang mahukan terbaik daripada orang lain tetapi dalam ramai-ramai ini banyak pula yang tidak mahu atau tidak dapat atau liat dalam memberikan yang terbaik kepada orang lain. Kepincangan ini memberi kesan negatif.

    Contohnya dalam isu pandemik selesema babi (Influenza A H1N1), harapan menggunung tinggi diletakkan atas bahu pihak berwajib untuk menyebarkan maklumat benar dan telus di samping membendung wabak berkenaan dari menular pada tahap yang membimbangkan. Namun, mampukah beban tersebut dipikul bulat-bulat oleh satu pihak semata-mata tanpa pihak massa betul-betul faham dan peka terhadap keperluan kerjasama terbaik?

    Oleh itu dalam konteks bergerak ke hadapan, perubahan jelas yang diinisiatifkan dan dipandu oleh satu atau dua individu menjadi tidak bermakna yakni tidak memberikan impak yang signifikan terhadap pergerakan keseluruhan massa kalau majoriti individu tidak bergerak pada kadar yang
    sepatutnya.

    Justeru mana-mana individu yang sedar tentang keperluan terhadap perubahan minda dan sikap harus tidak hanya membawa dirinya saja ke depan tetapi dalam masa sama akan berusaha (menerusi bimbingan, didikan dan tunjuk ajar) bagi memastikan pihak lain dapat turut maju ke depan secara bersepadu dan beriring-iringan.

    Dan apabila semua pihak dapat bergerak ke arah depan yang sama dan pada kadar kelajuan yang setara barulah dapat dilihat melatanya sebaran gelombang perubahan iaitu aspek yang penting lagi kritikal yang perlu ada bagi menerokai laluan kondusif menuju perealisasian aspirasi, visi dan wawasan.

    ANAK BAPAK -- PASCA MERDEKA

    ReplyDelete
  12. SALAM DATO.

    ESOKNYA (17 JUNE 1969 ) LAHIRLAH SEORANG BAYI LELAKI- DI LAHIRKAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU.

    SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 40.

    IKHLAS

    ReplyDelete
  13. I recently re-read the book, "Unsung Heroes", authored by a former Malaysian cabinet minister.

    Your name was mentioned in the book.

    Apparently, you too had an involvement in the attempt to 'prepare the population's pscyhe,' in bracing for what is now considered as a done deal.

    I could not help but to think, how wonderful it would be, if you were to author books of high-quality with 'real and meaningful contents' now.

    There are too many books in the marketplace nowadays -- on Malaysia and her ongoing developments -- which exaggerate the points and ideas presented in them unabashedly.

    Extremely elaborate and highly pretentious, these books are littered with repeated ideas and points that form the core identity and personality of such publications.

    It appears as if the scale has heavily tipped over, in favor of the rhetorical style of writing. New, fresh and previously unknown ideas and points are a constant factor that never fail to elude most authors.

    I strongly believe, as such that, "content-rich" style of writing should instead be vehemently and consistently promoted to become the accepted norm, rather than a sparse and an oddity in the publication of high-quality books on all Malaysian-related topics.

    ReplyDelete
  14. Anonymous4:05 AM

    Salam Dato'

    Dalam kesibukan meniti kehidupan, masa berlalu begitu pantas sekali. Tanpa disedari sel-sel kelabu sudah mula berkurangan, rambut sudah mula memutih, kulit tidak secantik dahulu lagi dan berat badan pula semakin bertambah.

    Semakin usia meningkat, semakin kerap memikirkan tentang kehidupan. Sesekali saya berangan-angan betapa seronok dan bebas stressnya kehidupan ini jika ia boleh diaturcarakan saperti perisian komputer.

    Saya terfikir alangkah mudah dan teraturnya kehidupan jika saya boleh "Undo" segala kesilapan yang telah saya lakukan ekoran dari mengambil keputusan-keputusan yang kurang bijak. Setelah itu saya "Redo" pula untuk menghasilkan kehidupan yang lebih sempurna. Alangkah seronoknya jika saya boleh "Delete" segala peristiwa pahit dan sedih yang pernah ditempuhi. Gembira bukan kepalang jika segala peristiwa manis boleh di "Save" dan di "Copy and Paste" berulang-ulang kali supaya kehidupan yang dicipta sentiasa dipenuhi oleh perkara-perkara yang menggembirakan dan menyeronokan sahaja.

    Tetapi rasanya kehidupan tidak lah sebegitu seronok dan menarik jika tiada gelombang yang sesekali datang melanda.

    Melati

    ReplyDelete
  15. abdullahngah8:54 AM

    40 tahun macam hari ini iaitu satu hari. Begitulah apa yang dirasai oleh orang yang tidak ditimpa masalah didunia ini.

    Mereka ada gaji boleh makan apa yang mereka mahu makan.pendek kata mereka adalah golongan mewah macam para pemimpin yang memerintah negara sekarang.

    Sebab itu orang macam ini tidak tahu apa yang berlaku kepada rakyat yang miskin.Mereka boleh kata kamu miskin kerana kamu malas kerja.

    Terutama sekali kepada para pemimpin yang dapat gaji puluhan ribu sebulan dan ratusan ribu sebulan.Mereka mewah duduk dalam banglo dan istana. Makan minum kerajaan yang tanggung. besak pun kerajaan juga yang tanggung.

    Sudah tentu mereka seronok sehingga tidak sedar apa yang berlaku kepada rakyat yang kais pagi makan pagi dan kais petang belum tentu dapat memakannya.

    Kadang kadang mereka lupa dan tidak tahu menghargai yang mereka dicipta oleh Allah sebagai insan yang ada agama yang diredhai.

    Jadi kejadiannya yang dicipta oleh Allah itu seolah olah mereka bebas tidak ada tanggungjawab untuk membantu manusia yang susah.

    Rakyat dibiarkan susah, sebab itu orang Melayu yang susah semakin susah dan yang miskin jadi papa kedana.

    Mungkin mereka tidak ingat dengan apa yang akan berlaku terhadap diri mereka di akhirat nanti.

    Di Akhirat nanti sehari macam seribu tahu. Bayangkan kalau seribu tahun berada di alam akhirat hendak tunggu dihari pembalasan untuk tentukan masuk syurga atau neraka.

    Jika lepas seksa kubur selamat, tapi bagaimana kalau tidak lepas seksa kubur.diseksalah sepanjang seribu tahun atau sejuta tahun.

    Orang yang rasa 40 tahun macam sehari barangakali dia tidak kisah pasal parti apa yang mereka sokong dan tidak kisah siapa yang memerintah negara ini, kerana mereka tidak hadapi sebarang masalah.hidup senang sehingga tidak sedar sudah sampai masanya kubur kata mari, rumah kata pergi.

    maaf saya pinta.

    ReplyDelete
  16. Mustapha Ong9:00 AM

    Salam khas untk sdr Datuk KJ,

    Tahniah Dato on your long survival in the media circle for the last 40 years. Not all of us can survive decently for so long, if we do not have principle with journalistic value and professional ethics in our soul and mind.

    Having said that, some of us made it rich and famous too. No names here as they are all our friends.For you,if I were PM Najib,I'll not hesitate to appoint you as the next Chairman of Bernama.

    Dato, I would like to comment further on the controversial issue of "Malay unity via unity government",though I had written on this topic earlier.The latest is in my blogging comments out in Malaysian Insider of 24 June 2009, with reference to Samy Vellu's call for Indian Unity.

    Unity amongst Malaysians is very sensitive and should not be treated lightly or camouflaged by ulterior motive by all political parties concerned particularly UMNO and PAS.

    I am convinced of PM's public statement yesterday that the non Malays will be protected if there is such a call for a unity government. On the other hand, myself as a "Melayu celop" with forward thinking more than a Melayu asli (In fact my family is more "Melayuness than the ordinary Malay) has yet to see the virtue of Malay unity.

    As I had said earlier and I repeat that "some Malays likened themselves to the majority Singaporean kiasu attitude".There is no genuine effort made towards Malay unity even before we had achieved our independence.

    I remembered both UMNO and PAS tried to be united for political gains, but never made it to the agenda because some of our Malay leaders themselves were not sincere and neither trustworthy in their Malay agenda.So unless and until the Malays themselves can accept the call for "Malaysian Unity" under Najib's 1Malaysia concept, any efforts to reunite the Malays, given the current polarisation of Malays will fail miserably and a waste of time.

    Personally, I will not trust the current PAS,PKR and DAP political leadership in their empty slogan to unite the Malays towards achieving national solidarity. If we do not see eye to eye with PAS and PKR, we should not talk about Malay unity but concentrate to unite UMNO members and work together with the other non Malay parties in Barisan Nasional, who can contribute to UMNO's national agenda under Najib's administration.

    We should not be ashamed to admit that not all Malays and bumiputras in UMNO are truly united.Look at the political mirror and come up with a solution to overcome our own fear for Malay unity.

    Having said that, UMNO leadership certainly provide the unique political platform, not only to unite the Malays, but also accommodate the non Malays whose rights are equally protected in the Federal Constitution. I say give PM Najib some space and ensure that we are united in order to face the people in the next PRU13.

    ReplyDelete
  17. Anonymous9:20 AM

    Datok,
    tahniah atas pengalaman yang rencam dan berkesan.dalam islam mudah saja iaitu "sebaik2 manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain".masa 40 ,atau 50 tahun adalah waktu saja,yang diukur adalah jasa dan kebaikan yang ditinggalkan.saya yakin dalam tempoh 40 tahun amat banyak pahit manis yang boleh dikongsi atau baik dijadikan teladan jahat dijadikan sempadan.manusia akan diukur dengan kebaikan/kebijaksanaan bukan tempoh masa yang dilalui. terlebih elok lagi,jika dapat dijadikan pengalaman itu sebagai panduan kepada generasi berikut. semoga Datok terus baik dan sempurna.
    zmy

    ReplyDelete
  18. Sdr Mustapha Ong, among other things, said:

    "For you,if I were PM Najib,I'll not hesitate to appoint you as the next Chairman of Bernama."

    Brother Ong, thank you for the thought.

    But if you recall, I was Bernama Chairman for one term in 2000 -- soon after I left the NSTP.

    I am happy and pretty alright where I am today.

    Also thank you to all debaters for your kind thoughts.

    Maybe some day I'll sit down and write my pengalaman as a writer to be shared with all of you.

    Thank you.

    ReplyDelete
  19. Dato',
    Wah ramainya mentor Dato', hmm I wish I can be like you, mentors are a dime a dozen these days, yang ramai ialah kaki 'tumpang sekaki' dan kaki 'copy paste'.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih kepada yang mengingatkan.

    Alhamdulillah, Allahyarham ayah saya dan ibu saya ke Makkah menunaikan Haji dua kali.

    Sekali atas peluh dan keringat mereka sendiri kerana itulah yang diwajipkan. Mereka mampu tanpa berpajak gadai.

    Kali kedua saya hantar mereka kerana saya pula ada kemampuan.

    Saya tidak percaya kita perlu berulang alik ke Makkah. Lebih baik kita buat sedakah. Maka saya baru sekali ke Makkah untuk Haji pada tahun 1991.

    Waktu itu baru lepas Perang Telok yang pertama. Jadi tidak ramai orang Malaysia yang berani ke Makkah.

    Maka legalah saya dan isteri kerana tidak ramai jemaah. Kebetulan Haji Akhbar pula.

    Saya menulis beberapa buah rencana mengenai pengalaman saya, khasnya tentang jemaah Haji Malaysia yang amat taat kepada arahan Tabung Haji dan tentang ceteknya pengetahuan mereka mengenai sejarah Makkah dan Madinah.

    Malah ada yang menyangka "Maqam Ibrahim" berhampiran Kaabah itu sebagai kubur Nabi Ibrahim Hissalam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Salam DatoAKJ,

    Oh rupanya Dato' senior saya dekat KSAH. Gembira rasanya. Tahniah di atas ulang tahun ke 40.

    ReplyDelete
  22. Sekali-sekala saya harap dapat Dato selitkanla jugak gambaq2 retro Dato zaman dulu-kala. Rasanya Dato musti ada simpan punya gambaq masa berambut panjang, fesyen seluaq kaki kembang dan sebagainya.

    Kami ni boleh dengaq cerita sajala ....

    ReplyDelete
  23. Tahniah Dato, kehidupan dan perjuangan yang penuh warna warni...adakah anda telah puas dan adakah anda telah mencapai objektif dan cita cita semasa mula menjadi wartawan?
    Adakah dato telah memberi cukup untuk negara dan adakah dato merasa cukup hanya berbangga dapat interview pemimping agong kita?
    Anyway i like your comment obout LKY visit on astro awani..that sound brilliant..salute

    ReplyDelete
  24. Mustapha Ong12:32 PM

    Dear Dato KJ,

    Thank you for your timely comments. it's not about your time with Pak Mahathir or Pak Lah when you were called to serve Bernama as stated by you.

    I believe those of us who are truly patriotic and ready to work in the national interest and support the incumbent government's agenda, with the least personal agenda to enrich themselves should be given the chance to serve the leadership in any capacity.

    Like you and me who are known to be Pak Mahathir and Pak Lah's loyalist for more than 40 decades, should move on but NOT OUT in order to serve the party and government.I am not a hypocrite as labeled by the opposition bloggers, but given a chance, I'll also like to serve PM Najib and his administration, in whatever role and capacity based on the merits of my loyalty to the party and government for more than 45 years.
    INSYAALLAH, JALAN ITU SENTIASA DIBUKA, TAPI TAK CUKUP TERANG UNTUK DIKESAN OLEH YANG BERKUASA. TAK APALAH KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG AKAN MENENTUKAN.TUHAN ITU MAHA KUASA DAN MAHA ESA. YANG BURUK ITU ADALAH DARIPADA SAYA, YANG BAIK DAN FITRAH ITU DARIPADA NYA, AMEEN.

    ReplyDelete
  25. chungyan4:18 PM

    Dato,
    Masa mungkin berlalu dan zaman pantas berubah tetapi integriti dan kebenaran merupakan tunjang kepada profession kewartawanan. Bak kata pepatah tak lapok dek hujan tak lekang dek panas.

    ReplyDelete
  26. Tahniah Dato'..
    Dato', adakaha wartawan dulu terikat sepertimana wartawan sekarang yg kita ketahui tertakluk kepada kerajaan?

    ReplyDelete
  27. Salam Dato`

    Saya sama spt Shah Alam yg mula melihat dunia sehari selepas Dato` menjadi wartawan...Selamat Ulang Tahun utk kita...Yea!Yea!

    ReplyDelete
  28. As'kum Dato'

    1. Tahniah kerana Dato' telah berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kewartawanan. Menarik juga cerita imbasan Dato' semasa mula jadi Wartawan dulu.

    2. Dato' bernasib baik kerana ada juga mentor atau senior reporters untuk memberi tunjuk ajar kerja. Tapi saya tidak bernasib baik seperti Dato' semasa saya mula bertugas pada awal 1971 dulu. Ini kerana jabatan mula saya ialah PERKESO, iaitu sebuah jabatan baru di bawah Kementerian Buruh (sekarang ini Kementerian Sumber Manusia). Secara resmi, PERKESO bermula pada 1 Januari 1971. Jadi saya adalah antara kakitangan pioneer jabatan itu.

    3. Saya mula bertugas hanya sebagai Kerani biasa sahaja pada masa itu. Tapi pada masa itu PERKESO hanya mempunyai beberapa kerat sahaja kakitangan termasuk Ketua Pengarah dan Ketua Akauntan. Yang lainnya adalah peringkat Kerani biasa. Tiada Pegawai kanan lain.

    4. Jadi saya dan beberapa lagi Kerani baru yang lain pada masa itu terpaksa membuat semua jenis kerja dari Peon hinggalah ke Pegawai. Yang lebih teruk lagi ialah kami tiada siapa (selain Pegawai2 atasan) untuk kami bertanya atau membuat rujukan.
    Saya masih ingat apabila kami menerima kes tuntutan PERKESO yang pertama Ketua Pengarah saya ketika itu hanya menyerahkan fail kes dan sebuah buka Akta PERKESO untuk dibaca dan seterusnya berbincang dengannya mengenai cara menyelesai kes itu. Bayangkan bagaimana keadaan saya ketika itu, sebagai seorang kakitangan junior diberi tanggungjawab yang amat besar dan berat. Dengan hati yang cekal saya menerima tanggungjawab itu dan akhirnya dapat menyelesai kes pertama itu. Itu merupakan satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan dalam hidup saya.

    5. Selain dari itu saya juga pernah diberi suatu tanggungjawab untuk menterjemah dari bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia ucapan YB Menteri Buruh ketika itu semasa beliau melancarkan Skim Pencen Ilat di TV Malaysia pada malam 31 Disember 1973. Saya berasa sungguh berbangga tidak terhingga. Bayangkan perasaan saya semasa mendengar Menteri membaca ucapan terjemahan saya di TV pada malam itu.

    6. Hari apabila saya terkenang walaupun saya bermula dengan jawatan Kerani biasa di PERKESO tapi saya bersyukur kerana berkat kesabaran dan kecekalan saya berjaya meningkat kedudukan jawatan saya. Saya bersara pada awal 2006 sebagai Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korperat dan Perancangan PERKESO. Saya berterima kasih kepada bekas Ketua Pengarah saya dulu yang telah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada saya dulu.

    ReplyDelete
  29. Salam DAKJ

    Hobi

    Tahniah diucapkan kepada Dato’ sebab lebih 40 tahun dalam bidang kewartawanan, Dato’ masih menulis dan akan menulis. Ini dikatakan minat atau hobi. Hobi adalah perkara yg kita suka buat. Ada hobi dapat untung tetapi lebih banyak hobi yg membazir.Tapi sebenarnya hobi yg membazir kalau dilakukan dengan betul boleh membawa untung. Bercakap mengenai hobi, hobi saya yg paling saya suka adalah mesin rumput. Bila bunyi saja mesin rumput tak kira samada yg tolak atau galas, saya rasa teruja. Satu lagi bakar sampah. Lebih besar api lebih saya suka. Just nak relaxkan otak. Selamat malam. Sekian, TQ.

    ReplyDelete
  30. Anonymous2:52 AM

    Salam Dato'

    With your permission:

    Saudara Mustapha Ong

    I read your latest comment with interest & with more than a little curiosity.

    I must confess that I only started reading the blogs only last year. Yes, a real "late bloomer". I turned to the blogosphere because I had become very, very disenchanted with the previous PM's way of not running the country. I was also very disgusted with the way news were being presented to the public by both the pro government & pro opposition self-serving spin masters.

    "Like you and me who are known to be Pak Mahathir and Pak Lah's loyalist for more than 40 decades..."

    From what I have read, I think when it comes to writing about TDM, Dato' AKJ has shown quite a bit of restraint. To my way of thinking that is understandable since TDM isn't the PM anymore.

    However, I sort of didn't get that kind of vibes where Pak Lah, the then Prime Minister was concerned. Sure, the gloves were not 100% off but Dato' had been very critical of Pak Lah in his writings here especially towards the end of his reign as the PM.

    But then, what do I know. I'm just thinking aloud here.

    "...should move on but NOT OUT in order to serve the party and government."

    Saudara Mustapha Ong, I agree with you. Having excellent academic qualification is good but having proven working track record, sterling reputation and love for the country are priceless.

    Too many wannabes in the past and present adminstrations are long on academic credentials (even this is questionable) and short on experience, reputation and love for this country.

    "I'll also like to serve PM Najib and his administration, in whatever role and capacity based on the merits of my loyalty to the party and government for more than 45 years."

    If ever your wish is granted, I hope you'll be one of those who get to ask all the hard questions. I think the cup has long runneth over where the "Yes, Prime Minister!" people are concerned but the cup is plenty big enough for more devil's advocates.

    Melati

    ReplyDelete
  31. Khusus pada wartawan sekelian,

    Belajarlah menulis dari orang lama seprti Pak Kadir ni...

    Biar zaman berubah namun semangat jati diri terus dapat dipupuk, di semai dan di baja melalui tulisan2 saudara saudari...

    Bukankah menulis ini salah satu cabang mendidik manusia dan alangkah bertuahnya dapat di manfaatkan melalui tulisan2 anda...

    Muhasabah diri selalu...apakah aku telah melaksanakan tanggungjawab dengan betul adil dan saksama...

    Memulislah dengan ketulusan dan keberanian supaya nama dan tulisan menjadi ikutan sepanjang zaman...

    Besar pahalanya sekira anda berada di landasan yang betul..

    ReplyDelete
  32. Dato
    Harap disambung nostalgia ini kerana dalam kegalutan politik,cerita cerita begini akan dapat melupakan sementara semuanya ini.

    ReplyDelete
  33. Masyaallah! Ketika saya baru lahir pada 1969, tuan sudah pun memulakan karier tuan... Tidak hairan setiap tulisan tuan sentiasa memberi kesan dalam jiwa..,

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum Dato.

    Tahniah. Saya sebagai budak yang baru belajar nak menulis, perlukan sumber/reference. And you're one of them.

    Hope that you can continue writing, and do so brilliantly.

    If ada masa lapang, harap2 Dato dapat la jenguk2 dan tinggalkan kat komen kat laman2 kami yang tak seberapa.

    ReplyDelete
  35. Menarik Kisah TOK..

    ada kala meniti suratan sebagai seorang PEJUANG BANGSA penuh dengan liku liku ..tapi bila TOK masih lagi berjuang depa tak peduli pun sebab tok bukan kaki ampu...bila kita dah balik...baru lah berbakul bakul depa puji...saya belajar dari DATUK HARUN...

    apa pun TAHNIAH TOK sekeluarga..
    (jangan lupa ziarah bonda selalu)

    salam

    ReplyDelete
  36. Mustapha Ong9:35 AM

    Dear Melati,

    I thank you from the bottom of my heart on your sentiments about Tok Kadir and my linkage with our PM mantan. I agreed with you that not all that we had done were beamed with appreciation or reciprocated with a stalk of rose.

    Yes our contributions towards national service was priceless, but having served Tun Mahathir and Pak Lak Lah (Tun) remains our memoir and certainly will be cherished for a long time into our future and twilight years.

    If you are following my blogged comments, I had provided a forum of healthy interactions and exchanges of views, (which we may differ from time to time).To me as a blogger in my own space and right, I do not condone negative views or non-constructive comments from the opposition or anti-government agents.

    I do condemn cabinet ministers including Kak Fidah, Samy Vellu, ZAM and many others, including Anwar Ibrahim and Lim Kit Siang, without fear or favour. Yes I do get moral support from PM Mantan Pak Mahathir and Pak Lah, but I also got bashings from both PMs at times, when my comments were too direct and focused on the public figures involved.

    In politics, there are no permanent enemies, but if we are good Muslims, we should indulge in "Fitnah" being one of the greatest sins according to the Quran.

    I am proud of this country after having served the nation for more than 49 years and there is still a role for me under PM Najib's administration. Sometimes, the anti-establishment bloggers condemned me with all kinds of names an cruel insinuations, but I am not at all deterred by all those uncultured statements.

    I seldom retaliate even upon provocations, but at times I just could not tolerate in order to defend my integrity.That's the price all of us have to pay, if we want to play national politics.I also have not sue those who framed me up in their political agenda as I am a "God fearing Muslim" but let Allah swt punished those who "fitnah me and my family through their political and media spin".

    ReplyDelete
  37. Anonymous7:02 PM

    Dato

    With permission

    Saudara Mustapaha Ong

    You're welcome.

    "I do not condone negative views or non-constructive comments from the opposition or anti-government agents."

    Yes, at times these comments (on any issues) can really make your stomach heave & roil. Frankly speaking, I still have not got used to postings that maki hamun any bloggers just because they hold different views. Yes, we can all do without the maki hamun. On the other hand, if all postings are polished & genteel, well, it wouldn't be as interesting.

    I'm sorry but I don't feel the same way about Pak Lah. He was such a careless PM. So negligent that the country is still reverberating from what he had & hadn't done. He started off with a big bang but signed off with a whimper.

    I wish TDM had groomed his successor long before he went into retirement. One just cannot simply pick a successor at such late hour thinking he or she is just a temp & malleable in nature. The job is just too big & too important. We and the future generations are all affected by any decisions and policies made by the PM & his team. Yes, this is my quarrel with TDM (albeit a one-sided one since he doesn't even know me). Hell's bells! A lot of other decisions of much lesser importance have been made with much more care!

    Yes, of late your name keeps cropping up in blogosphere. I'm afraid, I just don't know what to say to you except for just bersabar. Anything else I say would come across as very patronizing and memandai-mandai.

    Whatever it is, I'm sure a lot of us are already sick and tired of our inept govt. and opposition leaders. They are acting more and more like Sheriff Hobo who either shoots his mouth off or shoots himself in the foot.

    "Same old, same old."

    Melati

    ReplyDelete
  38. Anonymous11:48 PM

    Dear Dato' AKJ,
    40 years huh?
    Congratulations.
    I am 9 years behind you but I have left journalism to cross over to the "dark" side.

    Good luck and keep up the tempo. I admire your stamina.


    Cheers
    Simple Chinaman
    (who submitted notice of resignation to you on your last day in NST!)

    ReplyDelete
  39. Salam DAKJ

    Boleh Dato’ tulis sikit mengenai samakan UMNO dengan Ajaran sesat Ayah Pin, Komunis dan Chin Peng serta komen mufti dalam Paper harini.Saya nak bagi sikit pendapat. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  40. Anonymous12:16 PM

    hahaha...teringin tengok gambar datuk berambut panjang zaman muda...:-)

    aman

    ReplyDelete
  41. Tenaga Nasional Berhad had announced earlier in the week that it would start its nuclear power plant by 2025, once it got the green light from the government.

    comment:

    WE DON'T NEED NUCLEAR POWER PLANT. Tak paham ke? It is NOT safe.I don't think TNB is ready to run a nuclear plant. It is better to utilise its scarce resources to make TNB more efficient in areas where there are still weaknesses within TNB operations.

    If ever the government were to agree to have a nuclear plant I would suggest the government establishes a totally new company (not a subsidiary of TNB)to focus solely on the development of nuclear plant.

    ReplyDelete
  42. PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat has invited Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to an open debate to find a solution to the prolonged political standoff between PAS and Umno.

    comment:

    I don't think it will achieve anything at all. Lately, I feel all statements made by Nik Aziz were rather shallow in his thinking. He was rather emotional and unable to grasp the real issue in hand confronting his own party.

    A confused Tok Guru and I think he is already senile. Personally, I am not comfortable to acknowledge him as a "spiritual" leader. I think there is no such term in Islam. To call him as a Muslim scholar is alright but I also doubt whether he is really a Muslim scholar !!

    ReplyDelete
  43. Anonymous3:46 PM

    Salam Dato'

    Salam Saudara Mustapha Ong

    Ooops...Sheriff Lobo.

    Melati

    ReplyDelete
  44. Tok,

    Tahniah. Apakah saya akan merasai pengalaman yang begitu lama? Namun dihati saya seperti yang diajarkan oleh Datuk ialah 'jadilah wartawan walaupun di mana berada' waima pergi menunaikan haji. Journalist forever.

    Teringat tulisan Datuk mengenai Bank Rakyat di mana pertandingan Joe Bugner dan Muhamad Ali adalah seri - tiada kalah, tiada pemenang. Yang kalah ialah Bank Rakyat - menghadapi pelbagai masalah. Semoga dijadikan pengajaran.

    Saya ada berbincang dengan kawan-kawan mahu meraikan Datuk tidak lama lagi. Mungkin MPI boleh ambil inisiatif. Semoga Datuk panjang umur dan memberikan banyak lagi sumbangan kepada negara.

    ReplyDelete
  45. Tahniah Dato', perjalangan panjang yang dilalui. Betul kata Mrakunman, kami ni hanya menulis melalui blog dah, tapi Dato sudah memberikan sumbangan yang besar kepada bangsa dan negara yang tercinta ini.

    ReplyDelete