A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
PEMBAHAS Saudara Salleh Majid dalam komennya kepada tampalan saya bertajuk “Pemilikan Asing Manifestasi Dasar Liberalisasi,” antara lain, berkata:
“Wang Tak Ltd, merupakan syarikat yang didaftar di Hong Kong tapi dimiliki oleh dua orang peniaga Malaysia yang terkenal....
“Saya hairan kenapa kerajaan perlu membeli semula saham-saham mereka di dalam Bernas. Apakah tindakan mereka memiliki saham dalam Bernas mengancam Negara? Saya tidak nampak apa salahnya. Lagi pun kerajaan masih memiliki golden shares (Bernas).
"Tindakan kerajaan ini set a “bad precedent” dan menghantar satu signal yang salah di pasaran modal di Kuala Lumpur.”
Saya rasa saya faham maksud pembahas Saudara Salleh Majid. Beliau bermaksud mengatakan:
1. Wang Tak adalah milik dua pelabur Malaysia walaupun berdaftar di Hong Kong;
2. Pemilikan saham Bernas oleh Wang Tak tidak mengancam keselamatan negara, apatah lagi kerajaan memiliki golden shares atau saham veto dalam Bernas; dan
3. Tindakan membeli balik semua atau separuh saham milik Wang Tak akan menjadi “bad precedent” atau contoh buruk yang mungkin menjejas minat pelabur terhadap Bursa Malaysia.
Saya sedar sebarang tindakan yang menyentuh pemilikan oleh Wang Tak atau mana-nama pelabur --- asing, tempatan atau pseudo-asing -- akan menyebabkan kecurigaan terhadap dasar liberalisasi yang diuar-uarkan oleh kerajaan.
Namun saya rasa kes ini masih perlu disiasat dan diperjelas kerana ia boleh mencetuskan implikasi politik yang buruk kepada kerajaan.
Orang biasa mana dia faham selok-belok pasaran saham. Yang dia tahu, dia jual padi kepada Bernas dan Bernas itu dulu milik negara.
Lagipun, ada alasan yang kuat untuk memahami sama ada urus niaga yang membabitkan Wang Tak itu disedari atau direstui oleh agensi-agensi kawal selaras seperti Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara hatta Kementerian Kewangan. Kita tidak mahu mereka tidur atau khayal!
Kita juga perlu mengelakkan perkara-perkara berikut berlaku tanpa disedari oleh kerajaan atau oleh agensi-agensi kawal selarasnya:-
1. Peniaga Malaysia yang membuat keuntungan daripada kegiatan dalam negara membawa keluar keuntungan mereka dan kemudian membawanya masuk semula sebagai pelaburan asing;
2. Bagi mengelakkan penjenayah tempatan dan antarabangsa menggunakan Bursa Malaysia sebagai tempat membersihkan wang haram (money laundering);
3. Bagi mengelak spekulator membeli saham syarikat strategik dengan tujuan manipulasi iaitu untuk memaksa kerajaan membelinya balik dengan harga yang tinggi seperti yang berlaku kepada Pantai Holdings;
4. Mengelakkan beberapa kerat syarikat Bumiputera yang disenaraikan di Bursa Malaysia daripada jatuh ke tangan bukan Bumiputera seperti yang terjadi kepada Taiping Consolidated Berhad (pemilik Lot 10) ketika krisis ekonomi 1997/98;
5. Walaupun Pentadbiran Mohd Najib Abdul Razak komited kepada liberalisasi dan globalisasi, namun komitmen asal Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak membina dan mempertahankan aset Bumiputera wajib diteruskan; dan
6. Kita jangan telan bulat-bulat mantera liberalisasi dan globalisasi oleh kuasa ekonomi Barat kerana mereka sendiri terus menghalang pengambilan alih syarikat strategik mereka oleh pelabur dari negara-negara membangun.
Jadi kita tidak boleh menyapu ke bawah tikar apa yang saya takrif sebagai pemilikan senyap-senyap oleh Wang Tak ke atas 31 peratus saham Bernas itu.
Kalau semuanya kita sapu ke bawah tikar, bila dan bagaimana kita hendak memulakan proses “mengKPIkan” dan “mengNKRAkan” Perdana Menteri dan kabinetnya?
pemain pasaran modal melihat dari sudut pandangan pasaran saham dan ekonomi.
ReplyDeletepecinta bangsa melihat dari sudut kedaulatan dan ketuanan bangsa. Survival bangsa dan penerusan bangsa berdaulat di utamakan.
Tindakab membiarkan saham syarikat-syarikat strategik neegara di boloti pelabur asing atau pelabur tempatan yang bersifat dan berjiwa asing perlu dibenteras.
Kerajaan perlua bertindakn bijak dan cepat sebelum semuanya telah terlalu lambat.
The trouble with us Malaysians is that when we embrace something foreign, we do it either because it is the in thing to do or because we want to please Uncle Sam. (Even Uncle Sam reserves some no-go nooks and corners). It doesn't matter if by so doing our back door is left ajar.
ReplyDeleteIt's not as if we had not put in place safety features like having representatives from the treasury on the board of GLCs. It's just that these custodians of public interests are either sleeping on the job or, God forbid, accessorised. Otherwise how does one explain the PKFZ fiasco, Tabung Haji purchase of Maju Junction Tower at almost double its market value, etc.
Future wars will be fought on the economic fronts and we have no choice other than to wise up to this new reality.
Dato
ReplyDeleteI agree with the thinking that since the Govt has a golden controlling share, why use Taxpayers' money to buy back these shares.
They would have to pay a hefty premium to acquire back this 30% since it is a substantial, controlling stake. Under normal circumstances, they would be running Bernas!
What they should be investigating also is how these 2 Malaysians acquired 30% equity in Bernas without the public's awareness, who benefited from the divestment and for how many millions and those responsible for yet another multi-million financial fiasco!
Investigations should also be carried out by an independent authority to see if these 2 M'sians actually had a management role in Bernas' commercial affairs via some 'Ali Baba' arrangement and whether they have or had any commercial contracts with Bernas, such as distribution rights for China, HK etc.
Heads should roll!!
dpp
We are all of 1 Race, the Human Race. That is all that really matters.
Dato',
ReplyDeleteDua rakyat Malaysia yang pegang saham dalam Wang Tak memang tak ada hati perut langsung...
Tak hairan harga beras akan naik lagi sebab nak beli balik saham-saham tu...
1Malaysia... Beras pun sendiri pun tergadai..
Globalisasi = Globalinasi
Liberalisasi = Liberalinasi
Saya amat setuju dengan sarana supaya syarikat yang dapat saham Bernas disiasat. Kerana di Malaysia sebuah syarikat milik orang China, orang Melayu dijadikan alat.
ReplyDeleteMungkin betul syarikat yang berdaftar di Hongkong itu milik rakyat Malaysia seperti mana kata Datuk Salleh Majid itu.
Yang membimbangkan kita rakyat Malaysia yang disebut itu barangkali diperalatkan oleh orang asing supaya menguasai saham saham milik agensi kerajaan.
Inilah yang pernah berlaku di Negara kita sepanjang khidmat Tun Dr Mahathir Mohammad dulu.
Orang Melayu jadi alat kepada orang lain untuk jadi kayaraya secara mudah atau dengan kata lain macam me segera yang juga pernah diambilkan oleh pemerintah yang tidak ada integeriti.
Cara ini adalah cara yang sangat mudah untuk orang melayu yang jadi kroni para pemimpin.
Bukan itu sahaja, malah banyak syarikat milik melayu di beli oleh orang asing dan orang yang berpengaruh untuk melaksanakan misi dan visi masing masing.
Kaedah yang dilakukan ini jelas dan nyata oleh setiap perdana menteri dan para pemimpin negara yang pernah disebut KU LI bahawa mereka adalah pengkhianat bangsa.
Inilah lakonan setiap perdana menteri dan para pemimpin negara sehingga menjadi punca khazanah negara tergadai.
Orang asing boleh miliki saham Bernas tidak menjadi sebarang kehairanan, kerana dasar kerajaan Melaya yang bertulangbelakangkan UMNO pernah lakukan leberalisasi pemilikan hartanah.
Rakyat asing boleh membeli rumah yang berharga RM 250.000 seunit punca Johor Bahru hampir separuh dikuasai oleh rakyat Singapura. Demikian juga di Selangor.
Kuala Lumpur jadi fokus utama.
Bandar baru puncung misalnya. Siapa yang memiliki rumah ditaman taman yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Sekarang apa sudah jadi Apabila orang asing menguasa hartanah dan ekonomi negara.
Pelbagai kegiatan buruk berlaku.
Wujudnaya kongsi gelap yang dilindungi oleh pihak tertentu.Tidak mustahil Ibu Kota akan dikuasai oleh Mapia.
Oleh itu tidak hairanlah sahan Bernas dijual kepada syarikat yang berdaftar di Hongkong itu.
Lebih lebih lagi perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah buka dan beri lampu hijau melalui leberalisasi ekonomi yang menjurus kearah mengadai negara secara berperingkat peringkat.
Inilah misi dan visi mereka yang diamanahkan oleh rakyat melalui pilihanraya umum lima tahu sekali. Tidak lebih daripada itu.
Oleh itu awas dengan kegiatan para pemimpin UMNO untuk mengkhianati bangsa di negara sendiri.
Awas, itulah musuh sebenar orang Melayu sejak dahulu lagi.Inilah punca orang Melayu lemah serba serbi.
Pemimpin yang diamanahkan untuk meminpin kejalan yang lurus tetapi telah memimpin kejalan kesesatan yang barangkali amat sukar untuk kembali kepangkal jalan.
Jalan kembali masih ada, tetapi mereka tidak mahu buka jalan jalan tersebut kerana yang memimpin mereka adalah syaitan syaitan belaka.
Saya rasa Khazanah Nasional bertanggong jawab dalam menentukan bahawa semua syarikat dimana kerajaan ada kepentingan mesti diurus dengan baik dan tidak ada "hanky-panky" atau penyelewengan berlaku dalam syarikat-syarikat tersebut.
ReplyDeletePengarah-pengarah di Khazanah Nasional semuanya "high powered" personality, berpengalaman luas dan berkelulusan tinggi. Hampir semuanya berkelulusan Chartered Accountant.
Kalau mereka tidak berkemampuan untuk menjaga kepentingan pelaburan kerajaan dalam meningkatkan nilainya lebeh baiklah mereka cari kerja lain.
Azman Mokhtar dan "gang-nya" hendaklah sentiasa berhati-hati dalam segala operasi pelaburan kerana di luar sana memang banyak "penyangak-penyangak" yang mencari peluang untuk meraih keuntungan dengan cuba "menenggek" dari kelemahan pengurusan Khazanah Nasional. Mereka akan cuba mencari "loopholes" yang membolehkan mereka mengambil kesempatan meraih keuntungan yang lumayan hasil dari "kebodohan" dan "kelalaian" pengurusan Khazanah Nasional.
DATO,
ReplyDeleteSALLEH MAJID HAS A POINT WHEN HE MENTIONED ABOUT THE GOLDEN SHARES.
I AM NOT THAT WORRIED.
CUMA BERAPA RAMAI BANGSAKU YANG PAHAM APA ITU "GOLDEN SHARES"
YANG DEPA TAU BERAS YG DEPA TANAM,TUNGKUIH LUMUIH UNTUNG NYA MILIK ASING.
ARWAH MAK SAYA TANAM PADI..CUTI SEKOLAH SAYA BERGELUMIANG DALAM BENDANG.SEDIH BILA PIKIAQ UNTUNG BUKAN KITA PUNYA.
I HAVE TO AGREE WITH YOUR CONCERN
DATO..MY EMOTION RUNS HIGH..HIK..HIK
NENEK MOYANG KAYA RAYA..TERGADAI
HARTA BENDA..BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
Salam dato,
ReplyDeleteNAK APA LAGI NI?????
PM.....ada
Menteri...ada
Acta...ada
Bank negara....ada
SC ......ada
FIC.....ada, sekarang dah tak ada.
Kem Keewangan....ada
AQAL?....entah apa maknanya.
AMANAH??? eh ni penduduk planet mana ni?
OTAK?.... apa benda ni?
ISLAM...eh ini ugama baru ka?
Nanti kami semak dengan mufti negara....
KALAU RAKYAT MARAH,KATA RAKYAT TAK KENANG BUDI..
DALAM MASA RAKYAT MARAH PUN KAMU SEMPAT JUAL SYARIKAT NEGARA... KALAU RAKYAT DIAM -DIAM....perlembagaan,DYMM Agong dan Parlimen put kamu orang lelong..
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato'
ReplyDeletePada pandangan saya baguslah tu, Bernas sudah ada pemilik baru, kerana ia tidak perlu lagi bergantung kepada monopoli Import Beras untuk berniaga. Kerajaan sekarang ini bolehlah buka monopoli ini kepada GLC-GLC lain atau tenderkan AP tersebut. Ini akan menjanjikan kos yang lebih rendah kepada pengguna.
Sekian, terima kasih
KMN
Siapakah kedua dua pemegang saham tu? Adakah mereka tu org kuat UMNo atau yg ada hubungan kuat dgn pimpinan UMNO...
ReplyDeleteJika wang boleh masuk kekantong mereka pimpinan UMNO biasanya tak ambil peduli samada ianya mengancam atau pun tidak keselamatan negara
Salam Hormat Datuk Hj AKadir,
ReplyDeleteIni munkin terpesong sikit daripada tajuk tetapi matlamatnya sama.
Kalau saya katakan PM Datuk Seri Najib adalah sahabat Datuk, adakah Datuk akan rasa bangga atau rasa diperli?
Namun daripada makrifat saya, setiap kali Datuk berhujah atau menghentam pasal pentadbiran beliau,umpamanya :
1. Poster iklan gergasi Menteri-Menteri di siring Jalan Raya perlu diturunkan. Sejurus kemudian(lebih kuranglah),PM pun menyuruh menurunkan poster-poster tersebut.
2. Ucapan Datuk pada 24 Jul pasal 1Malaysia hanya merupakan slogan dan menyuruh pentadbiran beliau tumpukan kepada 4 perkara yang Datuk senaraikan dalam ucapan tersebut.
Pada 27 Julai, PM terus membuat pengumuman 6NKRA dan KPI serta janji-janjinya.
Munkin Datuk akan komen, ini adalah secara kebetulan saja.
Tetapi berilah saya peluang membuat kesimpulan, bahawa Datuk mempunyai satu pertalian "halimunan", kalau tidak pun, ada satu kefahaman antara Datuk dengan PM.
Tujuan saya membangkitkan hal ini ialah:-
1. Tolong sampaikan kepada beliau dengan apa cara sekali pun,segala tindakannya selama 100 hari memerintah tidak secuit pun membantu orang Bumi.
2. Memang betul, "All men are equal" tetapi jangan lupa "some are more equal than others".
3. Segala "gula-gula" yang dijanjikan untuk bukan Melayu, hari ini janji, minggu depan dah dapat.
4. Janji nak tubuh Ekuinas(nak ganti PNB-lah ni), sampai la ni bayang Ekuinas pun belum ada.
5. Sekarang ini kontraktor Bumi tertunggu-tunggu kerana kalau ada projek baru hanya melalui perundingan(by negiotiations only).Jadi sesiapa yang ada pertalian "halimunan" dalam kerajaan maka merekalah yang untung.
5.Salah satu hadiah kepada rakyat pada 11 Julai; akan lancar Amanah Saham 1Malaysia. Baru je baki 1.6 bilion unit ASM habis dilanggan oleh bukan Bumi,dah lancar pula Amanah Saham 1Malaysia.
Banyakkan duit orang bukan Bumi, boleh beli saham tiap-tiap minggu?
Orang Bumi je yang terkebil-kebil cari wang untuk beli saham.
Hakikatnya, mana ada semangat Bumi atau nasionalis dekat dihati?
Sudah saya nyatakan,orang politik memang pandai berkata-kata,lembut gigi daripada lidah.
Sekiranya seruan Datuk seperti tajuk tampalan kali ini disahut oleh pentadbiran Najib betullah makrifat saya.
Saya ucapkan Alhamdulilah.
Tetapi pada masa yang sama,Datuk Noh Omar telah menyatakan semalam bahawa satu syarikat Bumi akan membeli balik saham tersebut.
Inilah contoh klasik cerita walhasil balik asal.
Walhasil cari fasal tu pasal tak hasil.
(Maaf la, pinjam slogan PRamlee/Datuk)
Akhir sekali,saya rasa fikiran Datuk Salleh Majid (X-Presiden KLSE),samalah dengan fikiran PM Datuk Seri Najib.
Dah terlalu kebaratan.
Terima kasih.
Salam Dato', nampaknya kerajaan kita masih belum belajar dari sejarah atau pun sedikit cuai didalam perkara ini.
ReplyDeleteNot too long ago Parkway Holdings had controlling interest in Pantai and the same Government(different PM) had to cough out a substantial amount of money to regain control.
Any and all companies with Malaysia's strategic interest must be guarded and guarded well. This is the responsibility of the Government, even the American Government with their liberalised economy make sure that their strategic interest companies are not controlled by outsiders (remember Dubai Port wanting to take control of some American ports shot down by the Americans in 2006). Just look at the Thaksin Government downfall in part for selling a strategic Thai communication /satellite company to Temasek in 2006 also.
The Government must find ways and means to ensure that Wang Tak of Hong Kong equity is reduced to below 15% at most.
Those who do not learn from history are cursed to repeat it.
Aisehman has a very interesting post here: http://feedproxy.google.com/~r/aisehman/wpfeed/~3/H5jDFmwL9c0/
ReplyDeleteI can't agree more with him. The problem is many of us do not want to admit that a lot of equity has been allocated to Bumiputera and analyse the reasons why they are not retained.
The key reason why Bumiputera still hold a small percentage of equity in the country to date is not because they have been given a small share of the pie. It is because they are usually enjoyed by the influential few and many of these people have no long-term interest in holding their shares, either because they want to get rich quick, or because they are incapable of adding value to their shares.
Also, no matter how much share we intend to distribute to Bumiputera, only a very small amount will reach the average and poor folks. Most of them will be 'sapu' by the rich Bumis either through their political influence or due to their higher capability. The 5% housing discount is a good example. Who do you think benefit the most from this policy?
It is also not right to assume that all Chinese are rich. Most of the wealth are concentrated to only a small number of Chinese. This is a global problem not unique in Malaysia. The top 2% of the world's population control more than 90% of the wealth in the world.
Instead of always thinking along racial lines, let us all Malaysian work together to increase our country's share in the global wealth. The government should also implement more policies to redistribute wealth between the rich and poor, through taxation and other incentives.
This is not an issue of one race is having too much and another is having too little.
Thank you.
Datuk,
ReplyDeleteI am sorry to have to say that too many of the debaters here hava a blinkered view bacause their minds have been poisonedd
They all blame the failure of the NEP to the Bumiputera equity issue. But little is recognized of the millions of Bumis and non-Bumis who have been lifted out of poverty by the NEP.
Even the equity issue can be corrected if from now on all or most of new IPO shares are given to Bumi Trust agencies like PNB.
PNB has done good with the cheap shares it initially received from the government. Now more of its unit trust funds are open to all us Malaysians.
Why not we also remind the anti-NEP people of the gambling, alcoholic beverages, pig rearing and other haram businesses exclusily given to the non-Muslims? Even sugar monopoly is still in the hands of one Chinese after 50 years of independence.
Have the Malays and the Muslims ever called for the banning of these haram businesses?
So please do not run down the NEP because of a few greedy and lucky Malays. And don't for one minute think that the Chinese achieved everyhing on their own. Thay as Umnoputras and some Malays.
Ex-Banker.
Kalaulah Cina yg membawa keluar capital itu dianggap pengkhianat. Apa pula dengan Cina yang melabur dalam Amanah Saham atau yg membeli bond kerajaan yg digunakan utk pelaburan atau expenditure dlm negeri yg majoritinya..........
ReplyDeleteBodoh betulah punya Cina. Hi hi hi.
Alan Lee
Salam Dato',
ReplyDeleteSalleh Majid sounds a lot like Bush the free-marketer... and look at what happens to the US economy? Bailing out of banks, auto co.'s, you name it... it should be clear that "free market" is utopia... as long as we have humans, there will be greed, and not controlling greed in the name of preserving free market is just plain vanilla bulls**t!
DBK
assalamualaikum wbt....
ReplyDelete1. yang menarik perhatian saya adalah pmbelian senyap2 oleh wang tak. bolehkah ini berlaku walaupun kita punya banyak badan2 pengawasan?
2. inilah yg dikatakan buat sesuatu tanpa prinsip. liberalisasi yg sedang dilangsungkan haruslah mempunyai suatu prinsip yg diikuti dengan disiplin yg ketat agar tak tergadai semua aset kita.
3. kenapa dis people takmau belajar dengan apa yg terjadi pada pantai holding?
4. hujung2 cerita, petani yg susah payah tanam padi...org luar jugak yg dapat untung, yg tentukan nasib para petani kita....
5. kami rakyat biasa tertanya2 kenapa aset strategik kita (makanan rutin) dikuasai org asing?
6. kes ini harus disiasat. sebaik, setulus dan dengan sangat hati2. no interruption dari pihak berkepentingan. andai siasatan ini berjalan lancar, meningkatlah intergriti kerajaan kita. andai terbengkalai di tgh jalan atau tiada langsung, tergadailah maruah kita....
malu sungguh kerajaan kita ni....
H.A.P.R.A.K
Dato',
ReplyDeleteMacam masa kita belum merdeka dulu. Ada Melayu yang lebih 'putih' daripada orang putih. Sanggup menjadi barua dan dalang orang putih. Menghina dan memiskinkan bangsa sendiri demi kekayaan yang diberikan oleh orang putih.
Kini selepas merdeka ada orang Melayu bermata lebih 'sepet' daripada orang Cina. Sanggup menjadi barua Cina Hong Kong dan mengkhianati negara demi kekayaan.
Tapi,... yang saya peliknya mereka inilah yang dipuja dan dipilih untuk memimpin GLC dan politik negara.
Tapi,... isu ini akan senyap kejap lagi kerana kerajaan nak bagi kupon beras untuk tutup mulut rakyat.
Bye/Roti Planta
Datuk,
ReplyDeleteAs long as the government still holds the majority of the shares and the management of the company is still control by Malaysian, I see no rational in buying back the shares owned by Wang Tak.
-sinbad-
Salam DAKJ
ReplyDeleteKais pagi makan pagi
Saya bertanyakan seorang mengenai keutamaan. Diantara tiga perkara, yang mana satu menjadi keutamaan? Sex atau health atau wealth. Jawapannya; Sex… eh silap Health. Ehmm….
Kemudian saya tanya lagi, bila dapat gaji bulanan, apakah yang akan dilakukan? Dijawabnya bayar hutang-hutang termasuk master card.
Saya tanya lagi sekali; duit yg lebih dibuat apa? Jawapan terakhinya. Tiada duit balance sebab dah habis dibayar hutang. Saya pun tak tanya dah lepas tu.
Tak tahulah scenario di atas ni significant ke tak tapi saya rasa significant. Kalau tak masakan ASB bila dibuka ke non Malay, sekejap je habis. Tapi bila bercakap bukan main lagi macam ‘Money doesn’t matter’. Bila cakap je saham berjuta juta, koperasi ke dah tak pandang dah.
Saya rasa ramai lagi yg kais pagi makan pagi versi modern iatu perlukan active income dan cuma segelintir je yg ada passive income iaitu duduk kat rumah pun dapat duit. Sekian TQ.
Dear DAKJ
ReplyDeleteI just want to update everybody regarding a new respiratory infection. It has just killed 2 people in northwest China. According to the media, it is called pneumonic plague, which is due to Yersinia pestis.
Yersinia pestis is a gram negative bacteria. It is a zoonosis disease which usually occurred among animals, especially rodent, mammoths and dogs. Unfortunately, now it is transmitted to human by flea bite commonly, or by direct contact or by airborne exposure. It is a very virulent organism where if it is not treated within 24 – 48H, death is inevitable.
For the clinical manifestation, it may present with a sudden onset of high grade fever with respiratory symptoms. In human, 3 principle forms are identified; pneumonic plague, bubonic plaque or septicemia. As everybody knows, gram negative infection is very dangerous and in gram negative sepsis, the mortality is as high as 50% or more.
For your information, most of the pneumonias are caused by gram positive infections, and it is usually responding well to penicillin or macrolide. However, in Pneumonia plaque, probably it won't be effective by gram positive coverage and need to be given gram negative coverage as well. The first line treatment is aminoglycoside but watch out for the complications, especially ototoxicity and acute renal failure.
OKlah pendek je. Saya rasa dah sampai masanya kita hapuskan semua babi dan anjing di Malaysia ni. Janganlah ada idea nak bagi vaksin kat anjing pula nanti. Sekian TQ.
Dato Kadir.
ReplyDeleteTerima kaseh kerana mengambil ulasan saya untok di bahaskan lebeh lanjut.izinkan saya untok menambah lagi ulasan saya.
1-Jikalau kita tidak mahu orang asiang menguasai syarikat yang di sinarai di BSKL maka kita tidak lah payah menyinaraikan saham itu di pasaran saham.Bukan sahaja BERNAS dan Pantai Holding,banyak lagi syarikat malaysia boleh di kuasai oleh orang asing.SC dan FIC tak boleh buat apa2.Jika pegangan mereka melebehi 33% mereka kena pula buat General Offer(GO).Ini peraturan yang di tetapkan oleh SC.
Bila PM najib mengumumkan dasar liberasasi dan mengalakkan pelaboran asing,FIC pun tak payah,maka tindakan kerajaan membeli samula saham Bernah dari Wang Tak akan memberi gambaran dasar liberasasi Najib tidak serious.
2.Wang Tak sungguh pun di daftar di Hong Kong tapi di mileki oleh dua perniaga Malaysia yang terkenal,iaitu Tan Chi Nam dan Teo dari Petaling Garden.Bagi kedua mereka ini BERNAS merupakan syarikat yang penoh sentiment dan nostlagia.Kedua2 mereka merupakan perniaga beras yang terkenal dalam tahun 60 han.Saya tidak percaya kedua2 mereka akan melakukan sasuatu kapada Bernas yang boleh mengancam keselamatan negara.Mereka tidak ada keupayaan untok menaikan harga beras atau mempengarohi dasar beras negara.Mereka kedua merupakan peniaga yang terhormat saperti Robert Kouk dan bekalan Gula.
Samasa Tun Mahathir menjadi PM,apa yang di minta oleh Syed Mokhtar semua di luluskan tapi apabila Syed Mokhtar minta supaya monopoly Gula oleh Robert dibatalkan,Tun Mahathir say "No"Ini kerana Robert banyak jasanya dalam mengstabilkan harga gula di Malaysia.
3-Dato ada menyentuh syarikat Taiping Cons.pemileh Lot 10 dan Star Hill.Ingin saya jelaskan sawaktu Dato Sulaiman dalam kesusahan kewangan ia mahu menjual syarikat nya.Ia menawarkan kapada PNB,mereka tolak,ia menawarkan kapada Tabong Haji,mereka tolak.
Dia menawarkan kapada UDA Holding mereka tolak.Jadi apa harus dia buat,jika ia tidak menjual saham2nya akan dijual oleh bank.Bila YTL menawarkan kapadanya dengan harga yang lumayan,ia terus menjual.Siapa yang salah di sini.
5-Mengenai Pantai Holding.Bila Dato Mohzani mahu menjual sahamnya didalam Pantai Holding kapada Johore Corp,Kementerian kewangan tidak membenarkan ia membelinya.Jikalau tidak salah Tan Sri Ali ada menulis satu surat dalam majallah Dato Malaysia Business,dan mempersoalkan keputusan Kementerian Kewangan pada waktu itu.Bila Makhzani menjual kapada Parkway Holding maka baru Kementerian kewangan sebok dan meminta Khazanah membeli samula saham itu dengan memberi keuntongan kapada Pakway Holding sabanyak 80 juta ringgit dalam masa 3 bulan ia memegang saham itu.Satu lagi keputusan yang tak masok akal.
6-banyak lagi Dato asset dan syarikat bumiputra yang jatoh katangan Bukan bumiputra.Perak Hanjong kelang simen di Perak,asalnya milek SEDC Perak,sekarang milek YTL Cement.Andaman Hotel di langkawi dahulu milek Landmark holding.(milek Tan Sri Rahman),sekarang milek Genting.Naluri Bhd,dahulu milek Tan Sri Tajuddin,sekarang milek George Lim dari Atlan Holding.
Siapa kah yang kita hendak salahkan.Sebab itu bila Pak menteri kita menyuarakan hasrat hendak mempertahankan milek bumiputra didalam perhimpunan Agong UMNO,saya hanya lah dapat senyum kambing.
Datuk KJ,
ReplyDeleteSaya setuju ekuiti Bernas tidak boleh dikuasai oleh Warga Asing atau oleh rakya Malaysia yang dipergunakan oleh rakyat asing.
Ini satu kesilapan kerajaan dimasa lepas kerana menjual saham dalam syarikat strategik kepada swasta.
Datuk,
ReplyDeleteDua individu yang dimaksudkan mesti disiasat. Tambah-tambah lagi ianya melibatkan beras yang merupkan makanan "staple" dan melibatkan keselamatan negara. Malaysia seringkali dipermain-permain dan diperbodohkan oleh rakyat Malaysia sendiri,semata-mata untuk kepentingan diri. Mereka menjadi kaya hasil dari kebaikan dan nikmat negara ini kemudiannya membawa keuntungan keluar negara. Mereka tidak lebih dari pengkhianat yang perlu diambil tindakan tegas.
Saya rasa kerajaan patut memikirkan untuk mengambilalih pengurusan Bernas sepertimana sebelum diswastakan. Keselamatan negara dan rakyat perlu diutamakan.
Saya juga setuju dengan pandangan beberapa orang pembahas tentang penjualan rumah dan juga tanah kepada rakyat Singapura. Ada antara mereka tidak kena mengena dengan Malaysia tetapi membuat keuntungan melalui penyewaan dan penjulan rumah/tanah. Setahu saya hanya pangspuri sahaja yang boleh dibeli oleh rakyat asing, tapi bagaimana rakyat singapura boleh beli rumah dengan tanah. Beberapa negara lain seperti Thailand dan Philippine hanya membenarkan rakyat asing membeli pangsapuri jauh sekali dari membeli tanah. Malahan di Thailand rakyat negara itu yang berkahwin dengan rakyat asing tidak dibenarkan mempunyai harta yang ada kaitan dengan tanah termasuk rumah.
Kalau dibiarkan berterusan jangan terkejut satu hari nanti Singapura akan menguasai Malaysia. Afterall Penang diperintah oleh saudara PAP singapura. Begitu juga dengan Selangor dan Perak (sebelum dimbil alih BN). Nampaknya kata-kata Lee Kuan Yew ketika Singapura masih dalam Malaysia yang Malaysia hanya akan mempunyai Perdana Menteri Melayu dalam masa 20 tahun akan menjadi kenyataan.
Muga-muga Penyokong Pas dan Melayu PKR bergembira atas nikmat yang akan diperolehi nanti.
Hi Dato AKJ
ReplyDeleteIt is proven the existing wealth distribution system is not fair, rich, well connected ones getting rich.
Anyone can prove otherwise, please feel free to enlighten me.
Msia is a third world country, our leaders, are labelled as animals monkeys in the parliament.
Our average earning power is poor.
1. poor publlic transportation system, everyone need a car, and to have a car 1/3 - 1/2 of our earning goes to car. If there is an alternative, this portion of expenses can be saved up, perhaps enable BUMI to buy some ASB shares, and you dun have to open it to anyone else.
2. Fact is Malaysians are poor, our currencies are weak and getting weaker. Our earnings are further eroded by inflation and weak currencies. How to save, when you can barely survive.
3. Is our nation progressing? I think not, in fact it is moving backwards. Ask your self this, given, your quality of living improve for the last 10 years.
4. We have significant portion of pple that think that they need to be subsidized for life, it is thier entitlement, this is a third world mentality.
5. Good luck, Malaysian
YKN
Salam sekali lagi Datuk,
ReplyDeleteSaya ingin memohon maaf kepada Datuk Salleh Majid diatas tanggapan saya yang salah tadi.
Kalau segala ulasan lanjutan Datuk Salleh itu berasas, kenapa selama ini duk diam saja.Dah tak jadi Presiden Bursa Saham baru nak diluahkan?
Bukankah sudah terlambat?
Memang,memang betul.
Ahli politik sifat bermuka-muka( two-faced).
Ahli politik cakap depan lain cakap belakang lain.
Memang pandai main sandiwara.
Betullah tanggapan saya pasal mereka ini.
Langsong tidak boleh diharap.
They are playing the big boys' games.
Kita "munchkins" yang kena tipu dan ditelan hidup-hidup.
SubhanAllah.
Salam Dato',
ReplyDeleteSelidikilah bagaimana proses pemilikan itu boleh berlaku tanpa disedari. Pastinya akan ada yang boleh dipersalahkan. Lepas tu apa pulak? Biasanya, tak ada apa-apa tindakan konkrit diambil sehinggalah ada satu lagi pemilikan asing mengambil tempat. Dan kitaran penyiasatan dan salah-menyalahkan pun berulang lagi, dan lagi, dan lagi....Itulah kita Dato'. As a race, we are in deep shit. Why I am here?
Teringat satira SN Dato' Shahnon Ahmad, Shit.
Pak Hj JB
Salam Dato'
ReplyDeleteMengapa Dato' tak sama2 cadangkan Menteri Kementerian Asas Tani pada ketika saham Bernas itu dijual kepada Wang Tak Ltd diselidik? Tidakkah Menteri bertanggungjawab terhadap dasar2 kementerian? Dan, jika ia melibatkan DEB dan menterinya nasionalis Melayu, tidakkah mereka dibaris hadapan mempertahankannya?
Assalamualaikum Pak Hj.Kadir dan semua,
ReplyDeleteI think it is a good respond from Datuk Saleh Majid re his first posting. Datuk Saleh, u kata u tersenyum bila pemimpin UMNO bercakap hendak menjaga kepentingan syrkat bumi. Saya pun sama. Agak-agaknya kenapa kita sinikal begitu...tak lain dan tak bukan melainkan kerana kita tahu mereka hanya pandai bobrok sahaja. Dengan erti kata lain, Datuk Saleh, bacaan datuk sebagai ahli ekonomi, TIDAK akan sama dengan bacaan dan tindakan orang politik yang membuat keputusan dalam sesuatu hal termasuklah hal ehwal beras ini.
Walaupun sejarah menunjukkan bahawa kedua-dua orang Cina ini adalah orang Malaysia...pakah jaminnannya!.
Kita orang biasa melihat BERAS N SIGNIFIKANNYA DENGAN PENANAM PADI. Kesan langsungnya kepada petani yang majoritinya orang kita. Jika gula sudah terkawal oleh orang sana dan kemudian padi pula juga ada unsur pengaruhnya di situ barangkali, kita akan kegetiran suatu hari nanti.
Seperkara yang memeningkan kepala kita ialah...kenapa KERAJAAN TIDAK MENJELASKAN KEPADA PUBLIC BAHAWA KEDUA-DUANYA ORANG MALAYSIA. APAKAH KERAJAAN TAKUT BERHADAPAN DENGAN SENTIMEN DENGAN ORANG MELAYU ATAU KERAJAAN TAKUT PERASAAN ORANG BUKAN MELAYU TERUSIK...ENTAHLAH.
Makin lama, makin sukar dimengertikan. Terlalu sofistikated kerajaan baru kita. Ikhlas
Salam Dato'
ReplyDeleteTidak semua kekayaan seseorang itu datangnya dari hasil titik peluh individu itu sepenuhnya. Banyak yang jadi kaya raya adalah atas dasar yang dibina dan dikawal oleh pemerintah seperti yang pemberian permit import dan eksport; lesen menebang, mengorek, menggali (hasil hutan, perut bumi dan di bawah dasar lautan); lesen memaju, membina dan selenggara bangunan dan kilang; dan banyak lagi!
Menerusi agihan ruang dan peluang oleh mana-mana pemerintah inilah yang membolehkan sebahagian mereka ini menduduki carta teratas senarai individu terkaya dalam mana-mana negara yakni bukan khusus di negara ini saja. Hakikatnya rakyat di mana-mana negara sekalipun tidaklah menganggap peluang yang diberikan oleh pemerintah kepada segolongan hartawan (yang dikira bertuah ini) sebagai sesautu yang kurang adil apatah lagi kalau adanya semangat kenegaraan yang tinggi dalam kalangan hartawan yang berjaya itu.
Pada sudut yang lainnya pula, kita sebagai rakyat yang meletakkan pemerintah di kedudukan berkenaan dan seterusnya menerusi pemerintah inilah kebanyakan uasahawan dapat membina empayar perniagaan, mendapat untung, mengumpul harta dan memiliki saham itu dan ini tidaklah mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kalau diperhalusi, sebagai golonga majoriti kita boleh minta dihargai kerana atas pilihan kitalah yang telah menentukan siapa yang memerintah dan menerusi pemerintah inilah yang para hartawan mendapat ruang dan peluang mereka.
Yang peliknya, dalam ketika golongan majoriti tidak pernah minta dihargai, golongan minoriti pula begitu sombong mengatakan semua kekayaan yang dimilki adalah atas titik peluh mereka sepenuhya! Lebih ekstrem dari itu apabila golongan minoriti menyindir dengan fakta iaitu kononya merekalah yang menyumbang 90% daripada cukai yang dipungut oleh pemerintah makanya golongan majoritilah yang harus memberikan penghargaan kepada kalangan minoriti kerana menyumbang kepada kemakmuran negara. Huh! sampai begitu sekali mereka memutar belitkan susur galur kemakmuran sesebuah negara.
Atas alasan yang sama (titik peluh mereka sepenuhnya) membuatkan mereka ini liat untuk berkongsi kemakmuran yang dimilki. Dan atas alasan yang sama jugalah mereka mahukan proksi mereka dalam PR untuk menduduki kerusi pemerintah dalam waktu tidak jauh dari sekarang! Cumanya adakah impian mereka akan tercapai? Melihat betapa mudahnya Melayu pembangkang menerima bulat-bulat alasan golongan minoriti dalam konteks siapa yang yang perlu menghargai dan siapa yang perlu dihargai, tidak keterlaluan dikatakan jelingan golongan majoriti terhadap kerusi pemerintah bukanlah perkara yang boleh diperkecilkan. Lebih-lebih lagi apabila ada rakan sebangsa yang semudah itu diperkudakan oleh de fakto Melayu pertama dan yang juga merangkap proksi bagi pihak yang mana jelingan mereka bermotifkan sesuatu yang perlu disedari sedari awal sebelum 'nasi menjadi bubur'.
Anak Bapak -- pro-perkongsian
Anonymous YKN said...
ReplyDelete4. "We have significant portion of pple that think that they need to be subsidized for life, it is thier entitlement, this is a third world mentality."
Subsidy is a third world mentality? No, I totally disagree with your notion. The prove lies in the current global economic crisis. It is beyond a shadow of a doubt that the affirmative actions and the state handouts is still very much needed not only by the Main Streets but also amongst the Wall Streets who boastfully remarks: "subsidy is a third world mentality"!
antihipokrit
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteAdakah dasar liberalisasi ekonomi, terutama sektor perkhidmatan dan kewangan; dan pemilikan saham Bernas boleh dikatakan sebagai "a prelude" kepada persiapan rundingan Malaysia-US FTA (MUFTA)?
Isu ini sudah tenggelam agak lama jugak, dan nampak-nampak gaya macam menjurus ke arah itu sahaja sekarang ni?
U.S. memang sudah lama bercadang hendak menembusi pasaran kita dengan membawa masuk GM Rice (genetically modified rice). Ada kaitan kah keterbukaan pembelian saham Bernas ini dengan maksud tersebut?
Dengan tekanan yang dibuat oleh U.S di dalam beberapa siri rundingan MUFTA sebelum ini, adakah kerajaan sudah "tunduk" kepada tekanan dari pihak US?
Adakah kerajaan berpendapat bahawa untuk meningkatkan ekspot negara, kita mesti bersetuju dengan MUFTA itu nanti?
Apa pendapat Datuk?
Terima kasih
Azman Mohd Isa
Datuk,
ReplyDeleteDS Najib telahpun mengumumkan pemegang-pemegang jawatan penting dalam Ekuinas. Harap Ekuinas berjaya.
Tapi diperhatikan beberapa orang yang dilantik ini telahpun mempunyai berbagai jawatan dalam pelbagi institusi. Mampukah mereka ini memikul tanggungjawab baru di dalam Ekuinas. Perkara seumpama ini nampaknya telah menjadi kebiasaan. Ada orang yang memegang berpuluh-puluh jawatan dalam GLCs dan tidak termasuk syarikat-syarikat sendiri. Dalam keadaan seumpama ini apakah kita pelik kalau instutusi-instutusi yang mereka ceburi tidak begitu mencapai kejayaan.
Manusia mempunyai kebolehan dan kemampun yng terhad. Apatah lagi kalau umur sudah melepasi usia pencen.
Wismaputra juga mengumumkan tentang perlantikan Jamaluddin Jarjis sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat. Dia telahpun berumur 58 tahun. Agak menarik beliau dilantik jadi Duta dikala Duta-duta "Career diplomats", pegawai-pegawai dan kakitangan awam telah mencecah umur bersara. Apakah orang-orang politik lebih bergeliga otaknya dari pegawai-pegawai kerajaan? Lantaran itu mereka tidak kenal usia bersara?.
Dato.
ReplyDeleteSemalam sawktu Najib meresmikan mesyuarat UMNO bahagian Pagoh ia membuat beberaka kenyataan yang betul mengenai pegangan equity Bumiputra di Pasaran Modal Malaysia.
Sabanyak 54 billion saham telah di peruntokkan kapada bumiputra termasok kapada Tan Sri dan Dato.Yang tinggal sekarabg tidak sampai 2.4 billion.Mereka menjual kerana harganya baik atau tidak mampu membayar hutang samasa membeli saham itu.
Ini lah masaalah sabenar kenapa saham Bernas dan lain syrikat bumiputra jatoh katangan orang lain.Jadi dengan membeli samula saham2 ini dari Wang Tak apakah matlamat kita sabenarnya.Hendak mengelakkan Bernas jatoh katangan bukan bumiputra.kita maseh ada pelabor Bumiputra,syed Mokhtar sabagai pemegang terbesar di Bernas.atau kita tidak mahu bukan bumiputra memiliki saham dalam sektor yang stratagik.Kalau bagitu kita jadikan Bernas syrikat private.ini bermaana kita membeli semua saham bernas di pasaran saham saperti kita jadikan UDA dari syrikat public kapada private.Jikalau tidak kita akan menghantar satu signal yang salah kapada pasaran saham yang amat sensitive dengan berita2 bagini.
Ingat tak samasa Tan Sri halim hendak menjual 20% saham Time enginering kapada singtel bernilai hampir 5 billion.Ini bukan strategic stake.Mereka hanya di beri dua board seat and no management control.Halim amat memerlukan wang ini untok menyelamatkam empirenya yang banyak berhutang.Bila Tun Mahathir menolak cadangan ini,maka empire Renong collape dan di ambil aleh Khazanah.Tamat lah riwayat syarikat bumiputra yang terbesar.
Bila Tan Sri Tajuddin terpaksa berhutang untok membeli saham MAS kerana di suroh oleh kerajaan untok menyelamatkan Bank Negara yang hampir benkrup,ia terpaksa mengadai saham TRInya yang memiliki celcom waktu itu.Bila Tajuddin tidak dapat membayar hutangnya ia menjual samula saham MAS nya kapada Kerajaan dan bila ia hendak mengunakan want tadi untok membeli samula saham2 TRI dari Danaharta,SC tidak membenarkan.Akhirya saham2nya TRI di jual kapada Talikom.Saorang lagi Perniaga Melayu gugor.
Bila Danaharta menjual saham Naluri kapada Atlan yang dimileki oleh George Lim(Naluri mempunyai cash deposit hampir 1 billion hasil jualan sahan MAS)SC memberi kebenaran kapada nya mengunakan wang itu untok membeli saham Sriwani.Apa Sri wani lebeh baik dari Celcom?.
Kenapa SC bersikap double standard.Bila Tajuddin meminta ia menolak dan bila George Lim meminta ia setuju.jadi Dato bila you menanya apakah SC tak boleh buat apa dalam pembelian saham Bernas oleh Wang tak,saya memang tidak terkejut.
Saya maseh ingat dahulu samasa Tun Daim menjadi Menteri Kewangan,kita betul menjaga supaya pegawai2 dalam CIC dan kemudian dijadikan SC betul2 bersemangat Melayu.Munir majid yang menjadi SC chief waktu itu tahu kenapa ia di pileh mendudoki tempat itu sunggohpun pada waktun itu Malek Marican merupakan calun favourite.Tapi Munir di anggap lebeh semngat Melayu dalam hatinya dan tidak liberal saperti Malek maricam.
Sekarang inin saya tahu sama ada Tan Sri Zainah tahu kenapa dia di lantek menjadi SC Chief.Saya berharap ia tahu yang dia dilantek di situ kerana dia Melayu dan bukan kerana kelulusannyan sahaja.
Sayu tahun yang Najib memang sedar apa yang berlaku dalam pasaran saham dan eqiuti bumiputra bila ia beruchap di Pagoh dan saya berharap ia mengambil tindakan segera untok mengatasi masaalah ini supaya ianya balance dengan dasar liberasasinya yang baru ia umnukan.
Saya berharap agar ini akan menjawab persoalah yang Dato timbulkan.
Dato,
ReplyDeleteBernas is a listed company. Nobody should use emotion, whether it is bumi-themed, kedaulatan bangsa - themed, etc to question the sales and purchases of shares of a listed company. If we start doing it, then others can too:
1. what if the vietnamese, sudanese, other central asian countries are against petronas' involvement in oil and gas business in their repective country, because it is their natural resources?
2. what if the arabs say the presence of Gamuda and WCT are detrimental to the rights of the bumiputera-arab contractors in Dubai, Qatar, etc?
3. What if the Thais and vietnamese say they will only supply rice to us if they are allowed to distribute rice in this country, because it is their strategic industry, and it will help to maximise profits for their farmers?
4. What if the indonesian govt ask our plantation companies to leave sumatera, because they say these companies rob their natives of their land?
5. what if every destination country wants a 50% share of airasia, because airline business is considered as their strategic industry?
The point is, never offer shares to public of any entity that is considered as strategic. Therefore, the govt should delist Bernas, MAS, Petronas, Maybank, CIMB, and every GLC company. So simple.
Vinse
Salam Dato'
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pembahas Sdr Salleh Majid yang mempersoalkan usaha kerajaan untuk membeli semula saham2 Wang Tak Ltd atas alasan2 yang beliau telah berikan itu.
Cuma, saya lebih bersetuju jika beliau akhiri pandangannya itu dengan mengatakan bahawa,bukan sahaja pembelian semula tersebut akan menggalakan gejala baru mendapatkan wang 'kick-back' di kalangan pemimpin2 UMNO yang berkepentingan dan hipokrat dengan menghalalkan cara yang salah, bahkan menjadikannya sebagai satu budaya baru.
Senang aje, syarikat berkepentingan nasional dan strategik tak usahlah disenaraikan dibursa saham. Mengenai saham yg diperuntukan utk bumiputra pun senang diselesaikan, adakan saham rizab melayu spt tanah rizab melayu shj. Sumbangan hampir 90% cukai drpd kaum bukan bumiputra ? Benda ni kena tanya Tun Mahathir sendiri. Saya sendiri pun tak percaya. Jikalau personal income tax boleh jadilah kerana kebanyakan bumiputra bayar zakat. Kalau campur sekali corporate tax memang tak logik kecuali bisnes yg lain semua rugi belaka... hi hi
ReplyDeleteAlan Lee
Sah kerajaan dahulu dan sekarang asyik main kayu tiga.lempar batu sembunyikan tangan.
ReplyDeleteMacam syarikat penerangan Malaysia airline (MAS) yang dibeli oleh Tan Sri Tajuddin Ramli.
Bila Tan Sri Tajuddin Ramli bermasalah dengan hutang Bank mahu tidak mahu kerajaan kena beli dengan harga yang tinggi.
Untuk selamat konon. Pada hal pihak kerajaan waktu itu main kayu tiga.
Demikian juga dengan apa yang berlaku pada pantai holding yang dihalang oleh kementerian kewangan.
Abila sudah dijual kepada Singapura padan muka. Siapa punya angkara. Sudah Tentu Tun Dr Mahathir punya kerjaa.
Saya dah kata jangan diharap pada orang yang tidak ada integriti. Jika kita tidak ubah sudah tentu habislah khanazah negara dimiliki oleh orang asing.
Lama lemaan negara habis tergadai. Mereka tidak susah kerana sudah banyak harta boleh pindah kemana sahaja yang mereka suka.
Kalau sudah banyak harta boleh beli istana di luar negara. Yang susah rakyat jelata yang jumlah puluhan juta akan hidup menderita macam rakyat palestin.
Yang dibunuh sejumlah satu juta tidak mengapa, tapi bagaimana yang masih hidup, terutama generasi muda yang mungkin tidak berakidah lagi.
Tidak mustahil generasi muda negara kita yang semakin hari semakin ramai rosak akidah angkara para pemimpin yang tidak jujur.
Dato'
ReplyDeleteApa yang hendak diharapkan kepada umno untuk jaga kepentingan melayu?
...... tak aaaada harapannnnnnn!!!!!!
Tunggulah saat kehancurannya...
Wany
Dear DAKJ,
ReplyDeleteApa yang di'exposed'kan oleh Dato Salleh Majid hanyalah 'tip of the iceberg'. Berapa banyak dan luas tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan-kerajaan negeri kepada SEDC, SIDC,SADC, Yayasan itu dan ini, Syarikat Permodalan itu dan ini atas alasan menyusun semula masyarakat di bawah DEB, dalam sekelip mata akhirnya berpindah tangan kepada orang lain. Berapa banyak konsensi hutan diluluskan kepada tokoh-tokoh politik yang akhirnya dapat komsisyen atau kuah sahaja sementara nasinya pergi kepada orang lain. Berapa banyak lesen dan permit yang diluluskan oleh agensi-agensi kerajaan kepada tokoh politik yang akhirnya digunakan oleh orang lain juga.Dan banyak lagi dan banyak lagi.Akibatnya, matlamat DEB untuk menambah penyertaan Bumiputera dalam industri dan perdagangan menjadi 'moving goal posts" tak tercapai-capai hingga kini. Jadi bila PR membangkitkan isu DEB, pemimpin-pemimpin UMNO dan pembodek-pembodek mereka lantang menuduh mereka mempersoalkan ketuanan Melayu hingga ada yang menuduh Anwar penderhaka kepada orang Melayu.Siapa sebenarnya yang mengagalkan hasrat DEB kalau bukan orang-orang UMNO sendiri, terutama mereka yang telah mendapat nikmat dari peluang-peluang yang disediakan. Mereka sepatutnya mengunakan peluang-peluang itu untuk menjadikan 'snowballing effects' bagi meningkat dan meng'sustain; penyertaan Bumiputera dalam bidang industri dan perniagaan. Tetapi sebaliknya mereka memilih jalan singkat untuk mengayakan diri sendiri secara 'instant' dengan menjual terus apa yang mereka dapati kepada oranglain. Inilah salah satu perkara yang dipertikaikan oleh orang middle class dan bawahan China dan India.Mereka melihat pelaksanaan DEB itu hanya memboncetkan perut pemimpin-pemimpin UMNO tertentu dan tokeh-tokeh terpilih mereka, kemungkinan besar orang-orang MCA atau GERAKAN. Saya harap Noor Azam membaca posting saya ini dan 'contemplate' siapa yang bacul
Salam DAKJ
ReplyDeleteMaaf Dato’ keluar tajuk sikit. Saya Cuma nak ucapkan tahniah kepada YB Dato’ Dr Hassan Ali kerana mula berani mengatakan yg benar. Begitulah juga kepada Ustaz Harun. Macamnilah kalau nak jadi pemimpin Islam. Walaupun baru sikit, tapi OKlah for beginner. Kepada To’ Guru dan Ustaz-ustaz lain bila lagi. Kalau salah kena kata salah pada kafir laknatullah tu. Janganlah diperkudakan lagi, dan kita boleh buat baik tapi kena berpada pada, sebab bila kita bagi betis, mereka nak bukan je peha tapi semua sekali. Akhir kata, jauh perjalanan luas pengalaman. Sekian TQ.
YBhg Dato'
ReplyDeleteAssalamualaikum. Memang hebat apa yang didedahkan pembahas mengenai kedudukan syarikat-syarikat strategik yang disenaraikan di bursa saham kita.Saya percaya ramai yang tahu mengenai apa yang berlaku sebelum ini tetapi tiada ruang untuk membincangkannya seperti yang terdapat sekarang.
Saya harap PM mengambil ini sebagai sesuatu yang baik dan tidak mengambil tindakan (atas desakan pihak tertentu )menutupnya untuk memberi gambaran palsu yang semuanya baik.Yang penting kita bersama-sama menyumbang idea dan tenaga untuk membaiki keadaan.
Dalam hal ini nyatalah Allahyarham Tun Abdul Razak berpandangan jauh bila menyatakan kita mahukan pembangunan tetapi ianya hendaklah mengikut keperluan kita. Kita tidak boleh mengambil sesuatu begitu sahaja dari negara yang maju kerana ia akan membawa keburukan kepada negara kita kerana persekitaran yang berbeza antara kedua-dua negara.
Malangnya kita mahukan kejayaan yang segera. Kita mengambil apa-apa idea sahaja dari negara maju untuk melonjak kehadapan. Hasilnya semuanya hancur. Kerajaan perlu menimbang pandangan pembahas Vinse yang walaupun nampak radikal tetapi ada kebenarannya.
Masalah yang kita hadapi sekarang tidak berlaku andainya Kerajaan pada masa itu tidak beria-ia sangat hendak mewujudkan "jutawan segera".Sekiranya saham sebanyak RM600 juta diagih-agihkan dalam RM 50,000 satu lot dan tidak dalam RM 150 juta satu lot maka yang mendapat faedah adalah 60,000 bumiputera dan tidak 4 orang bumiputera sahaja.Dimasa kegawatan ekonomi orang yang memegang saham RM 50,000 lebih mudah mempertahankan saham mereka berbanding dengan mereka yang memegang saham RM 150 juta.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya.
Salam Dato'
ReplyDeleteOf late I dread reading your blog (and others) since they are most often than not filled with dreadful news. I'll have a very tough time at the ballot box (PRU 13) since mana-mana parti pun kong-kali-kong - as of now.
Melati
Dato'
ReplyDeleteGreat Strategy for Investors to make Quick Big Bucks. Buy up Shares in Certain Sensitive Companies. Build up number of shares enough to give the Govt. the jitters....
When Khazanah rush in to buy back for the government... Make an Offer to sell at phenomenal profits..
Or.....Qioetly Deal with the Khazanah Back Room Boys..Heh heh.
MACC where art thou?
Joe Black
Baca betoi2 tulisan Dato AKJ dan Salleh Majid.
ReplyDeleteNi lah tindakan hebat UMNO, yang kononya PEMBELA Melayu. MAsa PRU, pi kampung2 dok habaq, Melayu akan MATI tanpa UMNO, tapi hakikatnya Melayu lagi cepat mati kerana UMNO.
Salam Dotao'
ReplyDeleteHakikatnya, sistem2 Barat yang kita pakai yang seadanya itu dicipta berdasarkan set pemikiran yang diselaraskan dengan nilai2 budaya yang menjadi anutan masyarakat Barat.
Set pemikiran yang dimaksudkan ialah rasionalisme, sekularisme, libralisme, kapitalisme, hendonisme, materialisme.
Sementara nilai2 budaya yang dimaksudkan ialah nilai yang menjadikan bangsa Barat sebagai bangsa contoh dan penjajah sejagat.
Nilai2 budaya yang dimaksudkan ialah semangat ingin tahu/ mencuba yang tinggi, melakukan yang terbaik dari semasa kesemasa, berfikir menggunakan akal hingga hadnya atau stretch to the limit, dokumenteri dan functional, di samping akhlak2 mulia yang kita sering uar-uarkan seperti petriotik, amanah, berterus terang dan menepati masa.
Jika ditanya golongan ulamak, mereka akan mengatakan set pemikiran Barat tersebut bercanggah dengan syariah atau idelisme Islam. Khasnya sekularisme yang mengasingkan kehendak kehidupan beragama dengan kehendak kehidupan duniawai. Tetapi bersetuju dengan nilai2 budaya Barat tersebut.
Maksud saya, untuk kita (orang Melayu) menggunakan sistem2 Barat dengan berkesan atau cara orang Barat sendiri lalukan, dalam erti kata tidak menimbulkan perkara2 tidak baik seperti menyeleweng DEB, kita kena patuhi nilai2 budaya masyarakat Barat tersebut. Baik kita yang terlibat di peringkat pelaksanaan DEB, mahupun peringkat penguatkuasaannya.
Salaam, Dato'
ReplyDeleteCould you please enlighten the rest of us as to exactly what economic philosophy you subscribe to - free market, controlled free market, socialist or communist/Marxist?
Because, as far as I can recall, you have never put on record what your thinking is on the economic issues of the day.
Fo example, can the NEP and affirmative action co-exist synergistically with the dictates of a free market where the market dictates the allocation of resources, capital and talent rather than leaving it to the dictates of the state?
Or to what extent should free market principles be subordinated to a socio-economic agenda centred around affirmative action?
Is the principle of meritocracy in sync with free market principles?
I have posed these questions to try and ascertain exactly what your agenda is, and where you are coming from.
That surely is fair, is it not?
Salam buat Dato' AKJ,
ReplyDeletePertamanya saya bukan ahli korporat. Tiada juga kenalan dato-dato atau tan sri-tan sri. Mungkin saya tidak fasih membicarakan tentang "business". Komen saya berdasarkan sedikit pemerhatian.
Kami adalah rakyat yang berjuta yang tiada akses kepada maklumat disebalik setiap urusan jual beli syarikat gergasi.
Perkara pokok yang sepatutnya diambil kira adalah BERNAS dahulunya Padi dan Beras Negara. Sebuah jabatan kerajaan. Kakitangannya penjawat awam. Tapi, bila ada dasar kerajaan diubah atas alasan untuk meningkatkan kualiti serta kecekapan pengurusannya, maka ianya dijadikan sebuah syarikat berstatus BERHAD.
Soalannya:-
1. Siapakah yang arahkan ini?
Bukahkah ia arahan mantan (apa erti mantan ini pun saya tidak faham-semasa saya sekolah tidak pernah pun saya jumpa perkataan mantan ini-kalau tidak silap ini perkataan cedok dari INDONESIA)PM yang sekarang ini bercakap kononnya berjuang untuk MELAYU!!!
2. Siapakah yang untung?
Bukankah teraju pengurusan BERNAS ini dahulu dikuasai penuh oleh satu keluarga bekas seorang MUFTI!!!! Atas dasar apa seorang MUFTI diberi pengurusan BERNAS, sedangkan kelayakan adalah jauh berbeza.
3. BERNAS diniagakan dalam Pasaran Modal. Apakah yang berlaku dalam Pasaran Modal?
JUAL BELI saham. Jadi, yang ingin duit, jual saham. Siapa ada duit, beli saham.
4. Apakah kesimpulannya?
5. Siapakah yang bersalah?
Kesimpulannya adalah tidak wajar satu ekuiti seperti Wang Tak disalahkan sama sekali. Ini kerana mereka beli SAHAM BERNAS.
Yang wajar disalahkan adalah mereka-mereka yang tidak ada fikiran BERNAS yang menjual saham-saham BERNAS kepada Wang Tak.
Yang patut disalahkan adalah mereka-mereka yang langsung tidak punya akal BERNAS yang tukar PADI DAN BERAS NEGARA kepada BERNAS.
Mungkin komentar ini tidak BERNAS pada mereka, tetapi sebagai RAKYAT MALAYSIA KAMI TERKILAN KERANA SEBUAH INSTITUSI HAK NEGARA DIJADIKAN MILIK INDIVIDU SAMA SEPERTI BEBERAPA LAGI INSTITUSI HAK NEGARA YANG LAIN.
YANG TERBARU, JABATAN UKUR DAN TIMBANG DAH JADI METROLOGY CORPORATION SDN BHD!!!!!!
LIHAT IKRAM!!!! SEBUAH JABATAN LATIHAN DAN KAJIAN JKR DAH JADI SEBUAH KOLEJ UNIVERSITI!!!!!
INI SEMUA KERJA SIAPA!!!!!
MULA-MULA BAGI PADA INDIVIDU YANG DIANGGAP BOLAH DIPERCAYAI, LEPAS ITU KENA JUAL!!!!!!
CERITA AKAN DATANG!!!!JABATAN PERDANA MENTERI DITUKAR JADI PM MANAGEMENT CORPORATION SDN BHD!!!!DAH MUAK, JUAL!!!! INI JUAL NEGARA SUDAH JADINYA!!!!
Tidak bolehkah kita pelajari sesuatu yang baik dari sejarah silam untuk kita jadikan garisan keputusan kita untuk hari ini dan akan datang?
Salam Dto'
ReplyDeleteMemmbaca komen2 diatas tersenyum sendiri . Ibarat cakap belakang2 je lah tak meninggalkan kesan dan tidak merubah apa2.
Balik kepada basic lah. Pertama siapa yang memilih pemimpin. siapa yang memberi mereka kuasa.endorsement dan mandat membuat sesuatu keputusan, Bagaimana dasar digubal. semunya dibuat oleh parti yang menang majority pilihanraya yang kita sendiri undi.
Parti yang kalah jadi lah pembangkang yang selalu dilabel negatif kerana selalu membawa isu2 kelemahan dasar atau pemimpin pemerintah, mereka2 ini ada yang digelar pengkianat, pembelot bangsa melayu,penderhaka dan macam2. Samada tuduhan itu betul atau tidak, atau memang pembangkang tidak patriotik , sejarah yang akan menentukan kerana pahlawan dan pejuang2 melayu zaman british ramai digelar penderhaka tapi terbukti tidak benar.
Dalam hal BERNAS ini Jawapannya anda sendiri ada sumbangan. so apa nak merungut lagi. Kamu sudah memilih mereka, sudah tentu kamu sudah memikirkan stail kepimpinan dan dasar sesuatu parti. So apa sahaja dasar yang nak dilaksanakan jika pada pandangan pemimpin yang kita pilih itu baik untuk rakyat dan negara(walaupun ukuran baik buruk itu subjektif) maka kita sebagai orang yang meletakan mereka ditempat pembuat dasar itu wajib patuh tanpa bangkangan. Bak kata A.R Tompel asyik nak bangkang bila nak laksana dasar.
Saya masih ingat kata seorang pemimpin terkenal pada masa ucapan pertamanya menjadi pemimpin.' Pada hari ini saya diangkat menjadi pemimpin , Oleh itu saya akan memimpin tuan2(memerintah lah ertinya)bukan untuk dipimpin( diperintah atau diarah oleh pengikut). Saya rasa Dato' masih ingat siapa pemimpin itu sebab Dato' orang surat khabar.
Kesimpulannya tak guna kita nak bising2 dan mempersoalkan sesuatu yang kita sendiri ada peranan (mengundi dalam pilihanraya dan memilih pemimpin)seterusnya didalam membuat dasar negara melalui proses demokrasi majority or simple majority ruled the minority. yang menang memerintah Negara, itu sistem kita. Kalau dah tak setuju sangat dengan dasar kerajaan sekarang tunggu next PRU13. very simple tak payah pening2 kepala. Berani ke buat perubahan dan mengguna hak mengundi sebijak2nya mengikut KPI
Wassalam
Esok2 kalau pegangan saham dia dah banyak, dia dah boleh buat tawaran awam kepada pemegang saham minoriti...
ReplyDeleteMaka jadilah sebuah lagi al-kisah Maxis..
Ingat lawak ke isu ni? Asah & minyak sikit kepala otak yang berkarat tu kalau yg rasa takdak apa2 tu..ada faham ka?
Sudah terhantuk
baru nak tegadah..?
Esok2 org singapura & hong kong makan nasik berperiuk,
Org malaysia makan selipar getah..
1Malaysia apa kejadah..?,
Beras sendiri orang lain boleh kedarah..
(".)
salam En. A Kadir Jasin. Coretan anda mendedahkan saya dengan situasi semasa. Semoga encik dalam keadaan sihat selalu dan sentiasa diberikan oleh Allah minda yang bernas dan tajam bagi meneruskan coretan yang bermutu.
ReplyDelete