Tuesday, September 01, 2009

Kelakuan Buruk Di Jalan Raya Bermula Di Sekolah

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

NEGERI China. Sun Weiming, seorang eksekutif, dijatuhkan hukuman mati. Di Negeri itu, hukuman mati dijalankan dengan tembakan di kepala dari jarak dekat. Baru-baru ini kaedah suntikan racun diperkenalkan.

Kesalahan Sun Weiming adalah menyebabkan kematian empat orang ketika memandu dalam keadaan mabuk. Hanya ganti rugi dan pengampunan daripada keluarga mangsa boleh menyelamatkan nyawa beliau. Se perempat daripada 265,000 kemalangan jalan raya di Negeri China sepanjang tahun ini disebabkan oleh pemandu mabuk.




Menjalankan hukuman mati di Negeri China

Malaysia lebih kecil daripada negeri China dan sama ada mabuk atau tidak, purata seramai 18 pengguna jalan raya maut setiap hari. Pada tahun 2007 sebanyak 393,319 kemalangan jalan raya dilaporkan, meningkat 72.2 peratus daripada tahun sebelumnya.

Pelbagai kempen dan operasi diadakan, tetapi nampaknya tahap kecekapan memandu dan tatatertib di jalan raya tidak bertambah baik.

Yang terakhir cuba membantu menjadikan jalan raya lebih selamat adalah syarikat Plus Expressway Berhad (PLUS). Ia telah melancarkan inisiatif yang diberi nama Malaysians United for Road Safety atau Mufors.

Mufors mempelawa dan menggalakkan orang ramai dan pertubuhan menjadi rakan dalam usaha ini. Untuk tujuan itu, Plus telah membuka laman web http://www.090909.org.my/ bagi membolehkan orang ramai mengambil bahagian.

Salah satu program kempen ini adalah mendapatkan seramai mungkin membuat ikrar menyokong dan menghormati Hari Keselamatan Jalan Raya pada 9 September ini.

Saya kata baguslah. Sebagai orang lama yang mula memandu sejak tahun 1969 dan pernah memandu di beberapa negara maju, saya terpaksa terus terang mengatakan kemahiran memandu, pengetahuan mengenai kenderaan dan akhlak di jalan raya telah merosot dengan begitu teruk.

Ini bukan kerana bilangan kenderaan yang semakin banyak, tetapi kerana orang yang memandu dan menaiki kenderaan semakin jahil justeru itu tidak peduli mengenai aspek-aspek keselamatan, undang-undang dan akhlak di jalan raya. Macam beri parang atau senapang kepada orang yang tidak tahu menggunakannya.

Kelajuan tidak membunuh (speed does not kill). Yang membunuh adalah kejahilan mengenai kenderaan dan pemanduan.

Tengok saja bagaimana kereta bernombor plat Pulau Pinang sentiasa berada di lorong kanan (lorong laju) walaupun dipandu dengan perlahan. Bila kita beri lampu isyarat hendak memotong, dia buat bodoh saja. Kalau kita beri lampu, lagilah dia memperlahankan keretanya.

Dan tuan-tuan Polis dan JPJ, mana ada bas dan lori yang dipandu 90km sejam di lebuh raya seperti diwajibkan? Ada bas yang dipacu sehingga 150 atau 160km sejam tuan!

Sifat buruk dan tumpah darah di jalan raya ini bermula di rumah dan dimantapkan oleh sistem pendidikan. Mana ada ibu bapa, pegawai pendidikan, guru besar, guru disiplin dan anggota polis yang peduli murid sekolah rendah menunggang motosikal ke sekolah?

Sudahlah kempen keselamatan jalan raya diambil sambil lewa. Zaman saya dulu latihan keselamatan jalan raya dan Shell Traffic Game wajib. Kita diajar stop, look, go. Kita diajar pandang kanan, pandang kiri dan pandang kanan lagi barulah melintas jalan raya. Sekarang pejam mata dan lintas.

Pergi sajalah ke sekolah luar bandar dan pinggir bandar, ratusan murid yang belum sampai umur memandu sudah menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen dan dengan tidak memakai topi keledar. Tidak hairan kalau antaranya anak polis, anak pegawai JPJ dan anak cikgu.

Daripada menunggang secara haram inilah merebaknya “budaya” Mat Rempit yang terbawa-bawa apabila mereka memandu kereta, bas dan lori. Jadi apalah yang kita nak hairankan sangat kalau 18 orang mati setiap hari di jalan raya.

Malangnya pemandu dan penunggang durjana ini turut membunuh orang yang tertib di jalan raya dan pihak penguatkuasaan serta kehakiman masih tidak menampakkan kesungguhan untuk menghukum berat pembunuh jalan raya ini.

Kelajuan tidak membunuh. Kelalaian membunuh (speed does not kill. carelessness does).

52 comments:

  1. Anonymous1:36 PM

    Salam Dato',

    Speed does kill but carelessess kills more.

    PDRM khasnya Cawangan Trafik macam tak tahu mana yang utama. Tak ada maknanya mengeluarkan beribu-ribu saman ekor setiap hari jika tak ada tindakan susulan yang betul-betul tegas. Sampai bila polis trafik hendak menyorok bawah jembatan atau dalam semak semata-mata nak pekena saman ekor kpd yang memandu laju? Lepas tu ada yang bertepek-tepek surat saman tapi masih bebas memandu. PDRM buat apa ni?

    Perangai pemandu kita atas jalan raya adalah manifesatsi kebobrokan akhlak kita. Melihatkan gelagat kita atas jalan raya, maka menjadi kelakar bunyinya bila kita mengatakan kita bangsa yang berbudi bahasa. Dulu pernah saya terbaca komen Mat Saleh tentang kita, " Malaysians are nice people until they are behind the wheels". Bila memandu kita lihat manusia macam plastik (bukan "Palestin") aje. Itulah kita, menyedihkan tapi benar.

    Dato menyebut tentang pendidikan sebagai pendekatan untuk membetulkan krisis ini. Benar Dato'. Saya ingin menyebutkan semula kata-kata Maryam Jameela sedikit masa dulu, lebihkurang begini, "we will not be able to solve the so-called economic problem until we treat them as moral (akhlaq) problem'. I think the same is true for our road menace problem.

    Pak Hj JB

    ReplyDelete
  2. mtgbertam1:48 PM

    Dato,

    Ramai antara kita yang berkesempatan melawat negara2 maju khususnya Eropah, Jepun, Australia dan AS. Antara yang pasti menjadi sebutan ialah sikap pemandu di sana yang terlalu bertolak ansur. Pelbagai pujian yang kita ucapkan ketika melihat fenomena demikian, tapi sekembalinya ke tanah air kita tak dapat praktikkan, hatta orang yang berkesempatan berada di negara2 yg saya sebutkan tadi.

    Dalam Islam, solat sehari semalam 5 waktu adalah difardhukan. Allah sebut dalam Quran bahawa solat ini amat susah untuk dilaksanakan kecuali orang yg khusyu'. Allah izinkan ibubapa menghukum anak2 jika sudah berusia 10 tahun tapi masih tidak mahu melakukan solat. Ertinya, persoalan solat yang perlu kita dirikan setiap hari 5 kali pun Allah bagitahu supaya kena latih sejak kecil. Begitu juga dengan puasa.

    Berbalik kepada persoalan memandu, kita belum ada generasi yang dapat mendidik generasi baru dalam pemanduan di jalanraya. Walaupun sekarang ini sudah ramai yang mahu mencontohi sikap pemanduan di negara2 maju tetapi sekembalinya ke tanah air mereka sendiri tidak dapat praktikkan. Kenapa?

    Kerana masing2 mahu orang lain yang berubah. Masing2 tidak mahu mempraktikkan dalam diri sendiri amalan pemanduan berhemah, berbudi bicara. Akhirnya, langsung tiada perubahan.

    Bahkan negara yang kurang maju seperti Indonesia pun, saya perhatikan (Bandung & Jakarta) lebih baik pemanduannya berbanding dengan Malaysia.

    Entahlah dato'......

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:01 PM

    Dato,

    Manusia sekarang memandu Kereta macam Kepala Lembu di Shah Alam....

    dunia kiamat

    ReplyDelete
  4. akm dato selamat berpuasa dan selamat merdeka...moga di kurniakan oleh Allah swt kesihatan dan keceriaan.Di permudahkan segala urusan kecil, besaq dunia dan akhirat.

    Tulisan dato pada kali ini ada yg saya setuju dan ada yang saya tak setuju.

    'Tuan pengarah JPJ atau Tuan Polis...Dalam operasi pada malam ini pihak kami telah berjaya mengeluarkan 3000 keping saman" Saya sifatkan operasi ini berjaya"..
    Bagi saya ini menunjukan pihak berkenaan telah gagal, gagal mendidik, bukankah JPJ yg meluluskan lesen memandu, bukankah JPJ salah satu panel mengubal/menyusun soalan/tatacara untuk seseorang rakyat malaysia mengambil lesen...banyaknya saman menunjukan JPJ gagal. Undang-undang untuk mendidik bukan nya menghukum.

    2. Apabila seorang pesalah di tahan kerana tiada lesen memandu,pemandu akan disaman pemilik kenderaan juga di saman.Bila bayar saman kerajaan dapat duit. Tapi pesalah tadi tetap tiada lesen memandu. Sepatutnya keluarkan arahan pesalah perlu hadir mengambil ujian memandu dan saman tadi dapat di kurangkan kerana pesalah telah hadir mengambil lesen memandu.
    atau pon duit saman di jadikan bayaran utk mengambil lesen.

    3.Budak-budak kg naik moto kesekolah.. saya budak kampung dan bersekolah di sekolah menengah jelai batu kurau Perak. Jarak sekolah dengan rumah lebih kurang 16 km. Bas sekolah ada di sediakan..tetapi bila ada kelas tambahan seperti selepas waktu sekolah dan juga pada hari sabtu..Bas sekolah tidak di sediakan.. alasan pengusaha kerana tak ramai...rugi..
    ..Bas harian memang tiada langsung di kampung kami, dari pantai besar ijok nak pergi pekan batu kurau atau ke bank atau hospital di bandar taiping perlu naik brek sapu.
    atau JPJ panggil teksi haram.
    Jadi kami sebagai pelajar, nak pergi kelas tambahan terpaksa naik motor, tanpa lesen memandu.

    Saya berpendapat eloklah kiranya lesen memandu di ambil di sekolah, belajar memandu di sekolah, trek memandu di sekolah JPJ buat test pon di sekolah...sebab kenderaan adalah keperluan masa kini.
    Bila habis sekolah dah ada lesen memandu.

    ReplyDelete
  5. saya amat setuju dengan tuan,

    saya juga percaya Dasar Pendidikan Negara perlu di ubah untuk kesesuai semasa dan kepentingan negara di masa hadapan,kerana inya melibatkan kelakuan-kelakuan yang tuan perkatakan, lebih lebih lagi kefahaman tentang seni, salam :)

    ReplyDelete
  6. SALAM DAK
    IZINKAN,

    WE AGREE 100% WITH YOUR VIEWS..
    THE MORE REASON A COMPLETE REVAMP OF THE TRAINING SCHOOL PROGRAMMES FOR NEW ROAD USERS AND A 'DETENTION' CLASS TO REHAB RECKLESS AND CARELESS ROAD USERS SHOULD BE INSTITUTED ASAP!

    POSTING FINES/COMPOUNDS AND DEMERITS DON'T SEEM TO DETER THOSE 'MANIACS'..

    ALFATIHAH, AMIN

    ReplyDelete
  7. kereta bernombor plate pulau pinang tu saya setuju, entah kenapa.... bila balik kg, masuk jer Juru, akan jumpa lah pemadu macam ni....pelik...

    ReplyDelete
  8. ORANGUTAN PENANG3:30 PM

    TOK KADIAQ,

    BETOI KATA DATUK PASAI PEMANDU PULAU
    PINANG WALAU SAYA ASAI DARI SANA.

    DEPA MAIN PARK IKUT DAN..MEMANG JENIH DAH MACAM TU..SIKIT TAK PIKIAQ PASAI ORANG LAIN..KALU KITA BUAT TAK KESAH,
    LAGI DEPA NAIK KEPALA..BAHAYA ORANG
    JENIH NI!

    MASA SAYA AMBIK LESEN DULU,TEMPAT MAT SALEH,MANA ADA SEKOLAH MEMANDU LA.. APA LA..

    AMBIK WRITTEN TEST,ORAL TEST,LEPAS TU BAWAK KERETA PI KAT RTD(sini jpj)PEGAWAI DIA MAI DOK SEBELAH,ROUND ROUND,BAYAQ NZD 15,TERUS DAPAT LESEN TAK PAYAH NAK RENEW SAMPAI UMOQ 75 TAHUN..DEPA TAKUT MATA KABOQ PASAI TU MAI RENEW BALIK BILA TUA!

    LUAQ NEGARA MEMANG KURANG ACCIDENT.
    MAT SALEH LAGI KUAT MABUK,TAPI DEPA JENIH PIKIAQ PANJANG.NAIK TEKSI KA..PANGGIL KAWAN MAI AMBIK KA..LAGI PUN ROAD BLOCK SANA SINI,KENA KALU MAKAN TAK HABIH.

    SEMUA BERKENAAN SIKAP..SELAGI LOQLAQ MASA MEMANDU,SELAGI TU BUAT APA PUN TAK GUNA!

    BILA 'ARAMAITI'DI NEGERI DIBAWAH BAYU,SAYA TAK LUPA MOTTO,

    DONT DRINK AND DRIVE!

    SELAMAT BERPUASA

    ReplyDelete
  9. "Pergi sajalah ke sekolah luar bandar dan pinggir bandar, ratusan murid yang belum sampai umur memandu sudah menunggang motosikal ke sekolah tanpa lesen dan dengan tidak memakai topi keledar."

    comment:

    1. Ini memperlihatkan bagaimana lemahnya sikap displin ibu-bapa orang Melayu terhadap anak-anak remaja mereka. Mereka di manjakan !!

    2. Mereka tidak begitu ambil berat sangat tentang perkara-perkara yang boleh menghancurkan masa depan anak-anak mereka.

    3. Inilah salah satu punca kita boleh kaitkan juga dengan prestasi pelajaran anak-anak diluar bandar yang kurang mencapai tahap cemerlang.

    4. Kalau ada social saintis yang boleh buat penyelidikan tentang apakah "priority utama yang didahulukan" oleh ibu-bapa terhadap anak-anak mereka diantara ibu bapa bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Malanau, Iban, Dayak dan orang asli, kita tentunya akan dapat keputusan sikap ibu bapa yang berbeza diantara mereka.

    5. Apakah priority ibu-bapa bangsa Melayu terhadap pelajaran anak-anak mereka mengikut ranking?

    6.Don't be surprised that generally the Malay parents particularly those in the rural areas , is not giving No. 1 priority with regard to their childrens' education!!!

    7. Ibu bapa orang Melayu banyak lalai tentang menjaga anak-anak remaja mereka. Itu sebabnya banyak remaja di luar bandar yang masih di bangku sekolah lagi sudah berjinak-jinak dengan dadah. Mungkin ibu bapa tidak sedar langsung !!Akhirnya nasi sudah jadi bubur !! Anak-anak tongang terbalik kehidupan mereka !!

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:08 PM

    Salam Dato'

    Kesian jugak kepada Sun Weimeng kerana nyawa beliau di letakkan pada nilai yang serendah itu cuma disebabkan oleh penangan daripada minuman yang memabukkan! Wah duh, wah duh...

    Kalaulah masa boleh berundur, rasa-rasanya akhlak eksekutif ini dapat dibentuk semula dengan mudah dan dengan itu beliau dapat diajar pula kaedah pemanduan berhemah!

    Jika di halusi (dalam perspektif arak), sekiranya keadilan menjadi prioriti, alangkah baiknya kalau Sun Weimeng mendapat peluang untuk dibicarakan menurut perundangan Islam. Bagaimana?

    Ya, alangkah baiknya kalau sebuah Mahkamah Islam Dunia dibentuk bagi memberi ruang pilihan kepada sesiapa saja warga dunia yang tidak berpuas hati dengan undang-undang jenayah nasional di negara masing-masing, untuk mendapat keadilan menerusi perundangan Islam.

    Dalam konteks lokal, apakah sudah sampai masanya untuk pemandu diasak dengan peraturan yang lebih tegas dan hukuman yang lebih berat? Seram jugak Dato'.

    Apapun kalau difikirkan semula senario itu tidaklah menggerunkan sangat meskipun diura-urakan hukuman dijadikan lebih berat kerana kemungkinannya ialah pemandu dapat lepas dengan mudah.

    Itulah realitinya iaitu dalam mana-mana penjuru dunia, bukan saja 'pagar' di negara membangun tidak boleh diharapkan bahkan aspek penguatkuasaan semacam tidak ada taring!

    Antihipokrit

    ReplyDelete
  11. Salam,
    Pemandu di negara ini sudah sampai ke tahap perlu dikawal ketat, tidak boleh dibiarkan lepas bebas. JPJ dan PDRM perlu membanyakkan anggotanya supaya setiap hari mereka berada di jalan raya untuk mengawal dan menimbulkan rasa gerun di hari pengguna. Ya, overhead kerajaan akan naik kerana menggajikan lebih banyak anggota JPJ dan PDRM tetapi percayalah, pulangan daripada saman akan meningkat!

    Saman ekor? Ekor mana boleh mengawal kepala dan otak?

    ReplyDelete
  12. Salam DT AKJ,
    Memang benar di Jalanraya Malaysia "Kelajuan Tidak Membunuh Tapi Kecuaian Yang Bolih Membunuh".Ungkapan ini sangat tepat untuk di Lebuhraya Malaysia.
    Nampaknya keutamaan PDRM pada masa ini lebih menjurus kepada menyaman pemandu laju dari pemandu lalai.Mereka menyangka memandu laju itu lebih bahaya dari kelalaian memandu.Sebab itulah
    kita jarang dengar Saman Ekor dikeluarkan kepada pemandu yang memandu Amat Perlahan di Lorong Paling Kanan di lebuhraya di malaysia ini. Kita juga tak pernah dengar kereta penumpang yang berkuasa kecil membuat muatan penumpang yang berlebihan, pemandunya disaman.
    Akhir-akhir ini kita diberitahu pihak berkuasa telah dan akan memasang kamera bagi merakam dan menyaman pemandu yang memandu laju di Lebuhraya.Adakah kamera yang di pasang itu untuk merakam dan menyamam pemandu yang memandu perlahan di lorong paling kanan juga?.
    Saya yakin kalau pihak berkuasa membuat kajian punca kemalangan di lebuhraya kita, punca utamanya adalah dari kenderaan yang dipandu perlahan di Lorong kanan bukannya kerana pemandu laju.

    ReplyDelete
  13. Dato,
    Semua yang langgar undang-undang pergi sekolah dan semua yang ikut undang-undang tak pergi sekolah. Sebab tu bermula di sekolah. Pikirlah

    ReplyDelete
  14. wishediwaswrong5:45 PM

    Dalam tahun lepas, di England, se orang pemandu racing professional dilucutkan lesen memandu selama enam bulan kerana memandu lebih hadlaju di jalanraya. Bila dia hendak ke mana-mana, maka terpaksalah dia meminta ibunya membawanya ke situ.

    Di Australia, pada satu ketika dulu, polis trafik mengikori kereta perdana menteri hingga ke pejabatnya dan menyerah saman kerana memandu laju.

    Masalah kita di sini pihak penguatkuasa tidak menguatkuasa undang-undang yang ada. Bukan kita tak ada undang-undang. Kalau the full force of the law dilaksanakan, pemandu kita akan jadi pemandu se baik di negara-negara maju.

    Mengenakan kompaun tidak mencukupi. Lebih lucu lagi, ada pula tawar menawar antara pesalah dengan penguatkuasa samada di tepi jalan atau di balai polis. Macam di pasar malam pula nampaknya.

    Kini tiba masanya perkara-perkara melucukan seperti ini dihentikan. Janganlah ada lagi kuasa discretionary kerana kuasa ini boleh dan sering disalahgunakan yang membawa kepada rasuah.

    Saya rasa melucutkan lesen memandu buat beberapa ketika adalah memadai untuk membendung masalah pemanduan. Jika inipun tidak berkesan, maka padanlah kita tembak saja pesalah jalanraya seperti di China.

    ReplyDelete
  15. YBhg Dato,

    Assalamualaikum. Satu tajuk yang baik kerana tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan cuti Hari Raya.Sangat menyedihkan pada masa lampau suasana meriah diiringi dengan statistik kemalangan dan korban jalan raya walaupun berbagai kempen diadakan olih pelbagai pihak untuk mengurangkan kemalangan ini.

    Cara sebahagian dari kita belajar dahulu adalah melalui pengawasan orang tua kita. Ia mengambil masa yang lama , mungkin setahun sebelum mengambil ujian. Bayangkanlah berapa kali kena marah apabila membuat kesilapan yang mungkin telah menjadikan kita pemandu yang berhati-hati hari ini. Cara sekarang kita diajar"skill " memandu setakat bagaimana hendak lulus ujian.Kita tidak terdedah kepada pelbagai situasi yang berlainan apabila memandu sendiri selepas mendapat lesen. Tak heranlah kita melihat banyak pintu kereta kemek mungkin akibat dilanggar orang tidak cukup pengelaman semasa hendak memakir kerita.

    Ya , kita sekarang mengamalkan konsep satu Malaysia.Dari itu semua orang hendaklah tertakluk kepada satu undang-undang dengan tiada pengecualian. Semua orang hendaklah tertakluk kepada peraturan yang sama dan tidak mengikut jenis kenderaan yang dibawa dan kedudukan orang yang didalamnya.Dalam banyak kes mereka-meraka yang berkedudukan tinggilah yang memecut kereta tidak mengikut had laju yang menjadikan orang lain panas hati dan turut sama sehingga ia menjadi satu budaya.Kita pernah terbaca terdapat 6000 saman ekor kepada kenderaan salah seorang pemimpin kita semasa ops tangkap dijalankan.Apabila penguatkuasaan dijalankan dengan saksama dan tegas barulah kita boleh harap keadaan akan bertambah baik.Begitu juga jangan beri apa-apa keistimewaan kepada pengusaha pengangkutan yang besar mahu pun kecil.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  16. Saya perhatikan sikap tidak menghormati orang lainlah merupakan punca utama kemalangan jalan raya. Memandu dengan amat perlahan juga merupakan contoh tidak menghormati orang lain. Apatah lagi menelefon sambil memandu. Tak kurang biadabnya apabila kenderaan berat mengekori motosikal terlalu hampir sampai boleh dikira "attempted murder"...

    Kalaulah warga Malaysia lebih sopan...
    Kalaulah pemilik kenderaan lebih prihatin...
    Kalaulah polis dan JPJ tak pilih bulu dalam tindakan...

    Fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  17. khai fikri6:20 PM

    SALAM DAKJ
    MALAYSIA NI HAMPIR NASI JADI BUBUR.
    KALAU PEMANDU NAK BERMORAL BANYAK PERKARA PERLU DIBUAT.
    1. MENTERI SAMPAI KEBAWAH HARUS BERSIH.
    2. POLIS DARI ATAS KEBAWAH JUGA TAK RASUAH
    3. PEMBUAT UNDANG2 DAM KEHAKIMAN JUGA BEBAS DAN BERSIH.
    4. BARU RAKYAT ADA RASA HORMAT PD MEREKA, SISTEM UNDANG2 DAN RASA TERPANGGIL UTK BERSAMA2 BERUSAHA KEARAH MAEJADI PEMANDU MALAH WARGA YG BAIK2
    5.KEBAJIKAN ASASI RAKYAT YG BERSANGKUTAN DGN UPAH MINIMA, MAKAN MINUM, PERUMAHAN, PENDIDIKAN, KESIHATAN DAN TABUNGAN MASA DEPAN MESTI DIJAMIN AGAR FIKIRAN MEREKA SENTIASA TENANG(DAN TAK JADI PEMARAH) KETIKA BERADA DI JALAN RAYA.
    6.SISTEM UJIAN MEMANDU MESTI LEBIH KOMPREHENSIF , BEBAS RASUAH DAN LEBIH FRIENDLY.....IKUT CARA AUSTRALIA DIMANA TESTER MEREKA
    SANGAT LEM
    AH LEMBUT TAPI TEGAS.
    7. JANGAN ADA SISTEN PANDANG BULU DLM MENGHUKUM PESALAH JALAN RAYA TERMASUK GOLONGAN BERPANGKAT ATAU KAYA.

    HI BANYAKNYA KERJA2 TERTUNGGAK YG PERLU DIBUAT OLEH MANA2 KERAJAAN YG ADA NIAT MENJADI BERSIH.
    SOALNYA ADAKAH UBN BERSEDIA?

    ReplyDelete
  18. Anonymous6:44 PM

    Salam Dato'

    Benar kata Dato'. Lihat saja kelakuan ibubapa di depan pintu pagar sekolah setiap pagi bila menghantar anak masing2

    Fazilis

    ReplyDelete
  19. selamat berpuasa dato.

    Pemandu di malaysia banyak yg kurang ajar pasal kurangnya penguatkuasaan dan juga hukuman tak tegas dan menggerunkan.

    Andaikata di Malaysia, untuk kesalahan memandu hingga menyebabkan kematian di hukum mati, saya rasa ramai pemandu lebih berhati-hati. Ditambah pula dengan penguatkuasaan yang jitu dan efisien.

    Ada orang yg saya kenal bawa kereta di KL selama 9 tahun tanpa lesen.

    Ramai tahu polis atau JPJ takkan buat roadblock time orang pergi & balik kerja. Padahal time itu lah ramai orang yg takde lesen bawak kereta dan motor.

    Kalau kena tahan pun, masih boleh kaw-team.

    Saya masa mula2 bawak kereta dulu berazam nak jadi pemandu yg baik, tapi bila tengok pemandu lain melanggar peraturan tanpa hukuman dan senang terlepas, maka banyak jugak ia memberi kesan pada sikap pemanduan saya kini.

    Bagi saya tak guna jugak buat kempen itu ini, kerana kempen bersifat bermusim, habis kempen, habisla semangat.

    Kat Malaysia ni priority masih tak betul. Kalau betul kerajaan nak hapuskan rasuah + jenayah, patutnya diperbanyakkan lagi pengambilan penguatkuasa (polis & BPR), dan dinaikkan lagi gaji mereka. Saya rasa orang takde nak komen sangat walaupun bayar cukai tinggi andaikata polis tak makan rasuah, kerja cekap, jenayah sikit.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum,

    saya amat setuju posting datuk kali ini, serta komen2 yg lain ttg hal ini. budaya pemanduan yg sihat ini bkn sekadar di lingkaran penguatkuasaan undang2 yg sedia ada, ttp perlu jg diperpjgkan di peringkat pendidikan itu sendiri.

    satu lg isu yg saya jg tak brapa puas hati ttg budaya pemanduan yg tak brapa elok & selamat, antaranya ialah penguunaan 'hazard light' ketika hujan. kalau la lebat sgt hujan tu sampai tak brapa konfiden nak pandu tu, apa la salahnya berhenti sekejap kat tepi ke, ataupun bawa perlahan di sebelah plaing kiri jln. sepjg pengalaman saya bawa kereta ni, lbh2 lagi ketika di highway, masih ada lagi jenis pemandu yg 'terlbh bijak' psl 'hazard light' nih.

    ReplyDelete
  21. semalam, semasa memandu dari KB ke KL..ketika melalui jalan kuala lipis-merapoh, ada pemandu mereng dari lorong bertentangan keluar barisan dan memecut menghala ke arah saya yg berada di lorong bersebelahan..

    saya terpaksa mengelak dan turun ke bahu jalan utk mengelakkan dari dirempuh oleh si mereng tersebut.

    jika saya lambat bertindak..apa jadi dengan saya dan adik-adik yang berada dalam kereta tersebut?

    masih ada manusia yang tidak bertamadun di negara ini.

    ReplyDelete
  22. Memang memeningkan perangai pemandu Malaysia kita ni...

    Kalaulah ia tidak membahayakan org lain, sekurang2nya kita boleh menggeleng kepala atau setidaknya pun menggelakkan mereka.

    Benarlah rungutan orang luar bahawa pemandu M'sia ini berubah daripada manusia yg bersopan santun kepada syaitan di stereng.


    Secara peribadi saya tidaklah mahu meneka kenapa yg seperti itu jadi begitu.

    Cuma berdasarkan pengalaman saya di daerah saya di Besut ini khususnya dan negeri Kelantan/Terengganu amnya, kebanyakan pemandu yang menjadi bahaya kepada org lain bukanlah kerana mereka ini kurang ajar atau sombong dengan kemampuan mereka membawa laju (samada kereta mewah atau kereta ubah suai).

    Yang begitu ada juga, tetapi tidaklah ramai. Kebanyakkannya anak muda baru naik pangkat dari motor ke kereta atau samseng/org berasa samseng di luar kereta sekalipun.

    Apa yg saya perhatikan, kebanyakannya pemandu yang tidak sedar tabiat pemanduan mereka menjadi punca org lain susah. Seperti pemandu yang keluar simpang tanpa melihat kiri kanan, berhenti mengejut atau beransur2 tanpa memberi isyarat mahu ke kiri atau ke kanan, meletak kenderaan mengikut suka hati tanpa memikirkan laluan orang lain dan juga pemandu yang gemar menghuni lorong kanan sepanjang masa walaupun memandu 60km/jam.

    Terlalau ramai mereka yang seperti itu, sampai kita yg memandu secara mengikut peraturan menjadi minoriti. Kita yg benar menjadi salah kerana tiada org lain seperti kita.

    Agaknya mengapa manusia yang sopan, berhemah dan lemah lembut menjadi begitu 'callous' kepada keperluan org lain?

    dalam setengah kes, saya berasa ia adalah kerana kita jarang mampu menterjemahkan etika hidup dalam masyarakat daripada ajaran agama kita.

    Kalau benar kita mampu, tidaklah berlaku seorang yg berkopiah membuang dengan mudahnya sampah keluar dari kenderaan tanpa sedikitpun rasa malu.

    Benar kelajuan tidak membunuh, sebab apa yg saya perhatikan pemandu di sini yg perlahan sgt leka dan lalai kerana mereka rasa selamat memandu perlahan, tetapi mereka tidak mengambilkira org lain...

    ReplyDelete
  23. Basree Rakijan11:03 PM

    saya teruju dgn pemerhatian datuk iaitu perangai buruk pemandu malaysia bermula di sekolah lagi. memang di tempat saya pun ramai remaja yang tidak berlesen membawa motorsikal. tanpa topi keledar. mak bapak mereka pun biarkan saja perkara ni. pihak sekolah pun membutakan mata dan memekakkan telinga saja...

    ReplyDelete
  24. Salam DAKJ

    Jiran tetangga kita

    Baru baru ni saya ke Indonesia. Saya ingat pemandu Malaysia tak disiplin, rupa rupanya orang di sana lagi hebat. Bila saya tanya pemandu teksi, jawabnya ‘peraturan jalanraya untuk dilanggarin bukan untuk diikutin’. Saya pun tak cakap banyak dah lepas tu, Cuma berdebar je.

    Satu lagi, bila ke selatan pada hujung minggu, plat kereta singapore pula bukan main laju sekali macam pelesit.Saya ingat saya dah bawa laju, rupa-rupanya mereka lebih laju lagi. Tapi bila masuk Singapore, elok je bawa kereta, takut kena saman agaknya.

    Tapi tak boleh lawan jalan kat Thailand. Jalannya cantik macam highway lebuhraya utara selatan kita tapi tiada tol pun (free pulak tu). Saya pun terkejut pada mulanya. Cuma sayang seribu sayang, orang melayu Selatan Thai yg ada kereta tu tak sepadan dengan jalan yg canggih. Jalan di Selatan Thai relatifnya lenggang.

    Jika dibuat perbandingan, hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Sebenarnya kita bertuah dilahirkan di bumi Malaysia. Apa yg perlu adalah penambahbaikan. Salah satu cara adalah dengan kaedah Problem solving. Sebenarnya kaedah ni selalu diguna pakai oleh professional untuk menyelesaikan masalah. Kita kena tahu apa masalahnya dulu, baru dapat selesaikan satu persatu dengan berkesan.

    Jika dilihat pada statistik kemalangan, penunggang dan pembonceng motosikal yg <250 cc kebawah mendahului carta kemalangan. Dan satu lagi, jalan bandaran dan persekutuan tinggi kemalangannya berbanding dengan lebuhraya. Walaupun kita memandu laju di lebuhraya tapi kemalangannya amat kurang. Satu lagi, masa muda dulu, kita selalu memandu jauh berjam jam. Mula mula ikut peraturan, tapi bila penat dan boring mulalah pikir nak cepat sampai. Bawa laju, potong dua tiga kereta sekali gus, double line, main bantai saja. Alhamdullih selamat. Tapi ada juga yg nasib tak baik dan padam.

    Kalau ada masa, saya poskan tentang cara mengatasinya pula. Tapi ia memerlukan modal dan pelaburan dari semua pihak termasuk pengguna sekali. Maaf cakap, masalahnya, bila sebut nak kenakan tol ke atau nak naikkan tol sedikit, orang kita, macam biasa, terus melenting dan tuduh yg bukan-bukan. Biasalah tu. Sekian TQ.

    p/s; seronok jugak tak cakap pasal politik sekali sekala.

    ReplyDelete
  25. cikgu cola rm10011:13 PM

    saya guru yang mengajar di sek ren di luar bandar mengakui adanya murid-murid sek terutamanya tahun 6yang datang ke sekolah dengan menunggang motorsikal. ada seorang murid ini telah dinasihat oleh saya selaku guru disiplin dan telah dirujuk kepengetahuan gpk hal ehwal murid,guru pembimbing(kaunseling) dan juga guru besar. bagaimanapun murid ini masih lagi terus menunggang motorsikal ke sekolah. bapa murid ini dipanggil ke sekolah. malangnya setelah beberapa kali kedua ibu bapanya enggan bekerjasama untuk hadir. sehinggalah saya pun tak ingat entah kali yang keberapa akhirnya si bapa ini datang juga

    nak tau apa jawapan dan alasan si bapa?

    1. itu motor saya dan anak saya.
    2. dia malas datang sekolah kalau naik basikal tapi kalau naik motor dia rajin pergi.
    3.cikgu nak datang ke ambil dia ke kat rumah kalau dia malas datang sekolah?

    itu adalah segelintir ibu bapa yang meremehkan soal disiplin dan keselamatan anaknya. walaubagaimanapun terdapat ramai murid yang berubah dan menerima reguran kami serta tidak lagi menunggang motorsikal ke sekolah.

    Dato'
    Tidak adil menyalahkan guru kerana murid membawa motorsikal ke sekolah. Ibu bapa yang memberi kunci motor( ada yang membelikan anak motor) yang paling bersalah. sehingga ke hari ini masih belum ada pihak polis,jpj ataupun jabatan keselamatan jraya datang ke sekolah membuat pemantauan perihal murid membawa motor ke sekolah rendah.
    kebanyakan murid yang membawa motor ini meletakkan kenderaan mereka di luar sekolah di dalam kawasan rumah-rumah penduduk kampung. kebiasaannya rumah-rumah yang menjadi 'port parking' ini tidak terlalu hampir dengan sekolah.tujuannya untuk mengelakkan dari dikesan oleh pihak sekolah. kebanyakan maklumat diperolehi dari murid2 lain.

    kami guru-guru sudah biasa diper'salah'kan dalam sebarang isu yang berkaitan dengan kelemahan murid baik dari segi kurikulum mahupun sahsiah murid. semua salah cikgu

    ReplyDelete
  26. Salam Dato'

    Banyak pembalas yang menekankan kepada penguatkuasaan undang2 yang efisen di negara ini untuk mengatasi masalah kelakuan buruk di jalan raya berdasarkan pengalaman di negara2 Barat.

    Malah, ada yang pergi lebih jauh apabila mengatakan, penguakuasaan undang2 perlu melibatkan semua bidang dan peringkat.

    Maknanya, apa jua kelakukan buruk atau mungkar di dunia ini mampu di atasi dengan cara penguakuasaan undang2 berkaitan.

    Cuma tidak ada yang cuba untuk menjelaskan bahawa, penguatkuasaan undang2 yang mereka maksudkan itu merupakan penguatkuasaan luaran atau second defence yang amat diperlukan ketika mana penguatkuasaan dalaman atau first defence terbukti gagal yang amat sesuai bagi negara yang sama ada berstatus sekular atau antara Islam dengan sekualar atau ringkasnya, Islam sekular.

    Di mana, dalam Islam, penguatkuasaan dalaman atau first defence ialah gabungan nilai tawhid dan akhlak yang tinggi. Manakala penguatkuasaan luaran atau second defence ialah nilai syariah yang meliputi bidang muamalat dan jenayah.

    Persoalan yang perlu ditanya ialah, mengapa masyarakat Barat yang sekular dan sebahagiannya atis itu dilihat tinggi nilai akhlaknya, jika nilai akhlaknya di jalan raya dijadikan ukuran?

    ReplyDelete
  27. Sdr Orang Jauh

    Logiknya, tidakkah pemadu yang tidak mempunyai lesen tu tidak dapat tidak kena berkelakuan baik di jalan raya kerana ..........?

    ReplyDelete
  28. ..salam merdeka, Dato'..

    ..saya dari desa dan luar bandar..
    ..bukan kerana kurang disiplin atau tidak peduli atas keselamatan anak-anak mereka..cuma mereka tiada pilihan..sekolah terlalu jauh..anak ramai yang bersekolah..kereta tiada..yang ada satu atau dua buah motosikal..nak hantar seorang-seorang..leceh dan memakan masa..kalau ibu bapa menoreh..mereka telah meninggalkan rumah sebelum anak-anak mereka lagi..jadi siapa nak hantar mereka kesekolah?..jawabnya anak bermotorsikal sendiri dengan adek memboceng..kalau adek-adek..dua atau tiga..semua diboncengkan..jimat trip dan minyak..nak ambil lesen memandu tak cukup umur..bas sekolah mahal..basikal?..lambat..lagipun, siapa naik basikal sekarang?..didesa dan dikampung, motosikal sudah lama menggantikan basikal sebagai cara pengangkutan..dan budak-budak didesa pandai naik motor sebelum mereka pandai berjalan..inilah realitinya..

    ReplyDelete
  29. Salam Dato,

    Mungkin saya kejam...

    APA KATA sesiapa yang terlibat dengan kemalangan jalan raya tidak diberi keutamaan ambulan,kat hospital,kat balai polis,kat mahkamah,kat pejabat socso,pejabat epf.KALAU cacat sikit pun diberi turun pangkat dan kalau cacat banyak diberhentikan kerja....

    SAYA HARAP DALAM 1-2 tahun semua jadi baik la kot kalau dilayan macam ni...BIAQ PI KAT DEPA...pandai buat pandai tanggung,jangan nak susahkan manusia lain..


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  30. el-Barokhas12:23 AM

    Dato',

    " Speed does not kill. Carelessness does". Saya nak tambah sikit: Poor attitude does, too.

    Mungkin satu kajian perlu dibuat tentang korilasi di antara tekanan darah semasa mengguna jalanraya di Malaysia berbanding di negara-negara maju.

    Selain dari banyak pemandu Pulau Pinang (he he) yang mengamalkan road-hogging, pemandu wanita (bukan semua) yang paling tidak bertimbangrasa terutama kalau kita beri lampu isyarat nak tukar lorong atau nak masuk ke jalan besar dari jalan kecil. Depa tak bagi punya. Teori saya mereka mungkin sedang menderita jiwa kerana hal rumahtangga dsb.nya dan inilah peluang mengembalikan buah keras.

    Antara yang menyakitkan hati pemandu lain ialah pemandu kereta-kereta besar berkuasa tinggi. Walapun jalan sesak dan trafik menjadi perlahan, mereka hendak juga memotong dengan memberi isyarat lampu dan tetuang (horn) seolah-olah mereka mempunyai hak yang lebih ke atas jalanraya daripada pengguna lain.

    Satu negara yang saya takut nak guna kenderaan ialah Arab Saudi. Di sana, di lebuhraya, kebanyakan kemalangan berkesudahan dengan maut kerana kombinasi kelajuan dan kecuaian. Dalam keadaan demikian, pemandu akan dipenjarakan sehinggalah kesemua keluarga simati memberi keampunan.

    Pemandu di Arab Saudi suka sangat menggunakan hon. (Mungkinkah ini disebabkan mereka tidak dibenarkan bermain alat musik?). Di musim haji mela-mula kita tak dapat tidur kerana bising dengan hon kenderaan tetapi lama-kelamaan kita pun menjadi mangli dengan hingar-bingar itu. Dan bila kembali ke Tanahair, begitu terasa kesunyiannya.

    Di Arab Saudi, bahagian yang pertama diperksa pembeli motoka second-hand ialah honnya, samada berfungsi dengan baik atau tidak. Bahagian yang hampir tidak pernah diperiksa ialah windscreen wiper. Sering terjadi motoka terpaksa dihentikan bila hujan turun, bukan kerana motoka rosak tetapi wiper tak berfungsi atau getahnya dah cair dek cuaca padang pasir yang amat panas itu.

    ReplyDelete
  31. ..izinkan saya tambah sikit lagi,Dato'..

    ..saperti saya kata, budak-budak sakecil Tahun 5 dan 6 menunggang motosikal adalah realiti..sikap dikampung, motosikal sama dengan basikal..itu pun satu realiti.. dan apabila budak-budak ini membesar dan pindah ke bandar, mnereka akan membawa sikap ini kebandar..

    kerajaan banyak 'lip-service' tapi tidak mengambil sebarang tindakan untuk myelesaikannya..kita dicadang 'think out of a box..'tapi yang dipikirkan hanya sekadar 'political advantage' sahaja..apa jua operasi yang dijalankan olih mana-mana badan penguatkuasa hanya sekadar mengeluar saman dan mengutip denda..ia tidak bertujuan untuk menyelsaikan masaelah..

    ..and so, let's think out of a box..

    1..adakan kempen berbasikal kesekolah secara besaran..terutama bagi murid-murid sekolah rendah..dapatkan buah fikiran dari guru-guru..beri hadiah..incentive..galakan bagi mereka yang berbasikal..caranya endless..

    2..permudahkan mendapat lesen untuk murid-murid sekolah menengah..JPJ bersama Raayat diperluaskan kesekolah..dimana basic skills diuji dan lesen dikeluarkan..
    lesen percubaan murid, katakan..

    3..turunkan had umur untuk lesen ini ke 13 tahun..budak-budak ini akan menunggang motor with or without license..baik berlesen..

    4..skim perlindungan insuran khas dan berbeza untuk mereka..mungkin separuh premium..

    5..sesudah berlesen, tindakan susulan ialah pemakaian topi keledar..guru-guru diberi kuasa untuk bertindak bagi mereka yang tidak memakainya..sesudah berlesen, memakai topi keledar is just another step..

    6..Kempen keselamatan jalan raya olih badan-badan berkuasa..tahan untuk ajar..bukan tahan untuk saman..contoh..kempen pasang lampu pada waktu malam..polis dan JPJ adakan sekatan jalanraya dengan berbekal bulb lampu..untuk diberi kepada mereka yang menunggang tanpa lampu..pasang disitu dan kutip RM1.00 untuk kos..

    7..subsidi kos topi keledar..hapus tax, apa saja asal kos topi tidak melibihi RM10.00..(If you can spend millions printing political posters..)

    8..galakan untuk warga emas memiliki lesen saperti di 2..mereka akan tetap tunggang..with or without license..baik berlesen..

    .sebenarnya Dato', banyak lagi caranya..sekiranya kita benar-benar ingin menyelesaikannya..sekiranya kita berani menghadapinya dan berani mengubahkannya..susahnya kita sekadar berani mengata..tetapi tidak berani bertindak untuk mengubah..politics today are not willing to sacrifice for the common good..itu masaelahnya..

    ReplyDelete
  32. abdullahngah8:43 AM

    Semua pembahas kelakuan buruk di jalan raya bermula di sekolah bersetuju bhawa sikap manusialah yang menjadi punca kecelakaan jalan raya.

    Rasulullah SAW pernah sumpah seorang pemuda dengan perkataan "celaka kamu".

    Mengapa Rasulullah SAW berkata demikian, sedangkan beliau menyeru pendakwah hendaklah berhikmah atau berkatalah dengan penuh lemah lembut.

    Sehubungan dengan itu kita juga kena ingat bahawa manusia yang hidup semantara diatas muka bumi ini dibekal dengan nafsu (hawa nafsu).

    Hawa nafsu yang dimasukkan kedalam manusia ini sebenar telah dimasukkan kedalam neraka selama 100 tahun, kerana pernah berkata pada Allah aku, aku - kau, kau.

    Apabila keluar dari neraka Allah panggil dan bertanya semula dengan ssoalan yang sama dan jawapan yang diberi juga sama. aku, aku kau,
    kau.

    Oleh kerana masih degil juga maka Allah humbangkan semula kedalam neraka selama 100 tahun lagi.

    Inilah bentuk hukuman bagi mahklok yang degil.

    Setelah sampai masa selama 100 tahun Allah keluarkan nafsu dan ditanya dengan soalan yang sama, maka dijawapnya aku adalah "hamba Allah".

    Maka dimasukkan kedalam manusia, termasuk manusia zaman sekarang ini yang boleh kita lihat secara jelas da nyata sepertimana yang disebut oleh pembahas.

    Rasulullah SAW berkata yang bermaksud: " manusia terbahagi kepada empat golongan.

    1. mereka diberi ilmu dan harta 2. mereka diberi ilmu tidak diberi harta. 3 mereka diberi harta tidak diberi ilmu. 4 mereka tidak diberi ilmu dan tidak diberi harta.

    Mereka yang diberi ilmu dan harta adalah merupakan manusia yang terbaik berbanding dengan yang lain, kerana cukup lengkap untuk melayari kehidupan diatas muka bumi ini.

    Ada ilmu tidak menggunakan ilmu "celaka kamu". Diberi harta tapi tidak bayar zakar serta tidak membelanjakan ke jalan Allah celaka kamu.

    Demikianlah dengan golongan yang tiga lagi itu. Tapi yang malang sekali ialah mereka yang diberi harta tidak diberi ilmu dan tidak diberi ilmu dan tidak juga diberi harta.

    Nafsu terbahagi kepada tiga. 1. Amarah 2. lawamah 3. mutmainah.

    Sesiapa yang memiliki nafsu amarah cellakalah mereka. Mereka yang memilki lawamah juga celakalah mereka. Manakala yang memiliki nafsu mutmainah akan berada dalam selamat.

    Kita tidak tahu berapa peratuskah jumlah manusia jenis nafsu nombor satu ini di negara kita.

    Berapa peratuskah jumlah manusia jenis nafsu nombor dua ini di negara kita.

    Dan berapa perastuskah jumlah manusia jenis nafsu nombor tiga di negara kita.

    Tanggungjawab yang paling pokok ialah kerajaan yang memerintah untuk mendidik rakyat di bahwa taktuknya.

    Ibu bapa merupakan tanggungjawab nombor dua mendidik anak dirumah, manakala guru hanya bidang tugas yang digaris oleh kerajaan.

    Apaila kerajaan baik maka baiklah rakyat. Kerajaan yang baik tiada mat rempit, tiada penagih dadah, tiada penagih arak.

    Macam ibu bapa yang baik juga.akan lahir anak anak yang baik, kerana makanan yang diberi kepada anak mereka juga halal.

    Bagaimana sebuah kerajaan yang rasuah dan beramal dengan riba dapat mengatasi masalah yang berlaku dan menjadi kecelakaan kepada negara, termasuk banyak menangung kerugian hasil kecelakaan jalan raya yang berlaku semakin tahun semakin meningkat itu.

    ReplyDelete
  33. as-salam Dato,,

    sampai bila nak kurangkan terlepas semak terlepas pandang terlepas periksa..oleh pihak berkuasa..

    kederaaan berat semasa Musim Perayaan..

    ReplyDelete
  34. Anonymous10:10 AM

    In US, if you got a ticket from the police for whatever offence , your particulars will be in all sort of record systems; with the local and state police, ATF, sheriff, may be the FBI too. And your car insurance premium will increase automatically, as insurance agents have access to your driving record. The fines are fantastically high. If you fail to pay, the court will issue a waran tangkap against you. All enforcement agencies would then have your waran tangkap, you simply cannot escape.

    Over here, the buses and drivers can have many many many saman, but they can still be on the road. Kira fantastic jugak lah tu.

    Windtalker

    ReplyDelete
  35. Bersetuju dan tersenyum bila Datuk sebutkan plat kereta Pulau Pinang.

    Barangkali disebabkan hukuman yang tidak seberapa berat menyebabkan kesalahan sentiasa berulang-ulang dilakukan. Mungkinkah disebabkan pihak penguatkuasaan lebih mementingkan wang ringgit berbanding memberikan pengajaran yang setimpal? Apatah lagi kepada pemandu yang samseng, menyebabkan kesamsengan mereka bertambah-tambah.

    Mungkinkah disebabkan mereka kaya maka dendaan dari segi harta benda boleh dilakukan sewenang-wenangnya sehingga sampai ke tahap menjadi samseng jalan raya yang mengakibatkan orang yang tidak bersalah juga terlibat sama.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum... Dato dan semua yg membaca...

    SEMAIAN BENIH MEMBENCI DALAM BERPOLITIK PUNCA PEMANDU MALAYSIA RAKUS DAN MEMBENCI ORANG LAIN DI JALAN RAYA... Ini teori saya...



    Perjalanan yang aman dan damai sambil menikmati alunan radio kekadang akan terganggu dengan sikap KETUANAN sesetengah pemandu kereta di Malaysia... Saya dapati pengalaman selama memandu di jalan-jalan raya Malaysia akan kita jumpa pemandu-pemandu yang angkuh, sombong dan merasa jalan raya mereka yang punya... sikap-sikap buruk, huduh dan menjelikkan pemandu lain ini saya merasa hairan kenapa ia lebih banyak berlaku di Malaysia... bukan di Eropah dan lain-lain negara. Setelah lama saya berfikir dan berfikir maka saya telah mendapat jawapanya malam ini... Ini tidak lain dan tidak bukan ia semata-mata kerana sikap ketuanan dan kebencian kepada orang lain yang telah lama disemai dalam jiwa rakyat Malaysia... Jika ini budaya yang disemai oleh pemimpin Melayu ke dalam jiwa orang Melayu dengan sikap KETUANAN saya fikir bukan sahaja kehidupan kita seharian rasa terancam dengan bangsa lain tapi lebih rasa terancam bila berada dijalan raya bila semakin ramai yang mengamalkan rasa KETUANAN semasa berada dijalan raya... Saya jarang jumpa pemandu yang berhemah dan menghormati pemandu lain tanpa melihat jenis kenderaan mereka... Jika berjumpa mereka seperti memberi laluan dan lain-lain rasa kemanusiaan pasti saya akan mengangkat tangan tinggi-tinggi tanda terima kasih dan persahabatan... Saya juga cukup bertimbang rasa melihat pemandu lain yang memerlukan laluan yang sepatutnya saya rasa bertimbang rasa tanpa mengenali siapa mereka...




    Dengan sikap KETUANAN di jalan raya Malaysia yang semakin menjadi-jadi adalah punca utama Malaysia memegang rekod yang "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" dari segi kadar kemalangan dan kematian di jalan raya berbanding beberapa negara-negara lain dalam dunia ni. Sebab apa kemalangan tinggi kadarnya di Malaysia?????? Saya tidak fikir sebab lain tapi saya fikir budaya angkuh, riak dan KETUANAN yang disemai dalam jiwa rakyat Malaysia yang menghasilkan pemandu-pemandu biadap dan mementingkan diri tanpa merasa malu kepada orang lain. Jadi punca utama kemalangan adalah sikap dan sikap ini disemai lama.. sikap apa??? tentulah sikap angkuh, bongkak dan rasa KETUANAN di jalanraya maka ramai yang memandu laju dan mementingkan diri sendiri yang merasa jalan raya mereka yang punya... Sila lihat data kemalangan jalan raya di bawah yang mana Malaysia mempunyai kadar kematian perkapita yang tertinggi dikalangan 54 buah negara di dunia. Sumber : http://www.driveandstayalive.com/info%20section/statistics/stats-multicountry-percapita-2003.htm


    Ramai pemandu Malaysia jadi baik bila ada sekatan jalanraya jer... lepas tu masing-masing menjadi jaguh di jalan awam... Inilah punca mengapa statistik antara tertinggi di dunia.. semaian benih benci kepada manusia lain dan juga perasaan angkuh rasa KETUANAN berkenaan.

    ReplyDelete
  37. langit biru11:32 AM

    Yang menarik perhatian saya kali ini adalah gambar hukuman mati di China. Adakah remaja perempuan dlm gambar itu adalah Sun Weiming? Kalau bukan Sun Weiming, apalah agaknya dosa remaja perempuan itu dihukum bunuh!

    Nampak dibelakangnya, puluhan askar sambil bersantai saja! Apapun kesalahan remaja perempuan itu, hukuman itu nampak zalim tidak berperikemanusian.

    Marilah kita sama-sama berjuang untuk menegakkan hukum Islam sebagaimana disuruh oleh Allah s.w.t (bukan sebagaimana disuruh UMNO,PAS,PKR dll).

    Sebagaimana ayat 59 surah An-Nissa

    "Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

    ReplyDelete
  38. Anonymous11:37 AM

    Tok,

    Nombor plat D lagi hebat dari plat P.

    Rock Lee

    ReplyDelete
  39. No More Cash Payment At Tanjung Kupang Toll Plaza

    KUALA LUMPUR, Sept 1 (Bernama) -- PLUS Expressways Bhd will no longer accept cash payments once the electronic transaction is fully implemented at the Tanjung Kupang Toll Plaza at the Linkedua in Johor from Sept 14.

    "Only Touch 'N Go cards, particularly PLUSMiles Touch 'N Go or Smart Tag cards are accepted for transaction at the toll plaza," PLUS said in a statement on Tuesday.


    comment:

    1. Have they really studied the implication of such move.

    2. It is practical?

    3. What will be the reaction of the public?

    4. Will it cause incovenience to the public?

    5. Is there a better alternative?

    6. Hopefully, the public won't demonstrate at plaza being instigated by the opposition parties.

    7. Bear in mind that every small issue (small or big) that causes public anger will end up with 20 votes for every 100 "instantly" gone to the opposition if we based on law of average.

    ReplyDelete
  40. Sdr Langit Biru,

    Gambar itu hanya contoh. Ia menunjukkan bagaimana hukuman mati dijalankan di China. Pesalah lalu lintas yang saya sebut dalam cerita saya masih merayu.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  41. Dear DAKJ,
    Melihat gambar yang Dato terakan, saya terkenang orang-orang Islam etnik Uighyur dan lain-lain kumpulan etnik yang dibunuh oleh tentera China kerana kononnya mereka pengganas, walhal mereka adalah sebenarnya pejuang-pejuang kemerdekaan atau yang menuntut hak-hak mereka yang ditindas oleh Kerajaan Komunis China. Kabarnya beribu yang telah dibunuh secara kejam oleh rejim China. Kenapa Kerajaan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara OIC yang lain tidak mengambil apa-apa tindakan tentang hal ini? Dengan kuasa sumber-sumber asli yang negara-negara OIC ada dan juga sebagai 'dumping ground' bagi barang-barang China yang tidak berkualiti, sepatutnya negara-negara OIC mempunyai 'bargaining power' yang kuat untuk membantu saudara-saudara seugama mereka di negara China dengan memberitahu rejim komunis itu itu supaya memberhentikan kezaliman mereka.

    ReplyDelete
  42. sedari@sedara Saji,

    lagila logik kalau orang yang takde lesen tu tak tau undang-undang jalan raya.

    tukar lorong sesuka-hati, masuk simpang tak kasi signal, tak berenti betul kat garisan traffic light, kejar lampu merah, tak tau apa zebra crossing, tak tau sapa priority untuk masuk @ keluar simpang.

    ReplyDelete
  43. Memang bertepatan untuk bincang isi keselamaan jalan raya ketika Aidilfitri menjelang tiba.

    Saban tahun PDRM melalui Ops Sikap mencatatkan ramai rakyat terkorban dalam kemalangan. Dalam sekelip mata, ada yang hilang anak, suami, isteri dan saudara-mara tersayang. Dan tidak kurang pula yang cacat kekal dan cedera parah.

    Kesimpulan yang kita perolehi kebanyakan adalah berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Tak boleh salahkan sebab tak ada papan tanda, jalan licin, brek tak berfungsi dan pelbagai alasan lagi yang kesemuanya memang kesilapan dan kecuaian kita.

    Negara kita tidak mengamalkan undang-undang yang begitu kejam algi zalim seperti Negara China. Di negara kita, kalau menyebabkan kematian, seseorang pemandu akan dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda.

    Namun sejauh manakah hukuman ini akan menyedarkan pemandu kita lebih bertanggungjawab dan mengelakkan daripada melakukan kecuaian?

    Saya setuju dengan pandangan Rock Lee (11.37 am). Kalau berbanding plat Pulau Pinang, plat D lagi ganas, butal dan 'ikut bapak punya undang-undang'.

    Bagi orang luar bila memandu masuk ke negeri yang bernombor plat D, nescaya akan melalui pengalaman ngeri. Sikap sabar, berwaspada dan bertolak ansur mesti kena letak dalam kepala. Tak kiralah anda dilanggar atau terlanggar, biarpun setakat bumper kemik sahaja, laporkanlah kepada polis dengan segera.

    Kereta rosak mungkin perkara kecil, tapi nyawa perlu diutamakan. Jangan kerana bumper kemik sampai nak bergaduh. Silap-silap muka sendiri pun akan turut 'kemik' dek dibelasah.

    Saya tidak mahu menyalahkan pemandu kereta dan penunggang motosikal yang berplat D. Barangkali disebabkan tiada tekanan ketika di jalan raya, mereka boleh menggunakan jalan raya bagaikan dia punya sendiri.

    Cuma satu kelebihan ketika di negeri D ialah jarang kita mendengar bunyi horn kereta. Yang membunyikan horn kereta biasanya adalah kereta bukan berplat D.

    Yang paling mengecewakan ialah sikap penunggangnya terutama sekali golongan remaja. Mereka boleh menunggang ke segenap pelosok kampung tanpa memakai topi keledar. Barangkali kebanyakan pun tak ada lesen. Di sana gambaran seperti ini sudah tidak menghairankan lagi bagi penduduk tempatan.

    Kalau nak tengok aksi mat rempit (samseng jalanan), senang sahaja. Sudah ada 'port' masing-masing. Malangnya, walaupun polis sudah buat operasi, mereka tetap degil dan masih terus nak jadi hero dan berlagak macam stuntman.

    Saya bukan bermaksud semua pemilik kenderaan dan motosikal berplat D adalah golongan yang tidak mengikut undang-undang, cuma segelintir daripada mereka masih boleh dapat dilihat di pekan-pekan kecil di sekitar negeri berplat D itu sehingga hari ini. Barangkali di negeri-negeri lain pun sama keadaannya.

    Agak pelik kenapa rakyatnya yang terkenal dengan berbudi bahasa tidak boleh diamalkan sikap itu ketika di jalan raya.

    Di sini saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan kepada semua pengguna jalan agar berhati-hati di jalan raya lebih-lebih lagi dalam musim perayaan, terutama sekali kepada pemandu bas ekspres. Ini kerana anda bukan sahaja membawa nyawa sendiri, tapi nyawa yang berharga dalam satu bas antara 30-40 orang.

    Sekali lagi, kebanyakan bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan adalah terdiri daripada bas yang berplat D kerana pemandunya adalah berasal daripada negeri yang berplat D.

    Dakwaan saya barangkali kurang tepat namun jika membaca kembali akhbar-akhbar lama mengenai kes-kes kemalangan besar pada musim perayaan, tentunya ada yang setuju dengan saya.

    ReplyDelete
  44. Anonymous10:06 PM

    Susah sangat ke untuk kita mengaku bahawa keluarga Melayulah yang paling ramai sekali tidak tahu disiplin/undang-undang? Orang Melayu suka memilih jalan kehancuran?

    Siapakah raja kepada semua yang memberi isyarat "tak nampak" supaya kita tidak mematuhi undang-undang? Oi jangan, ini dah bab sedition nampaknya.

    Orang dewasa semasa memandu tak ingat kepada kalimah mengucap?

    Atau pun kelakuan mereka semasa memandu menggambarkan begitu bergeloranya hati mereka.

    Kenapa, tidak mendapat habuan si isteri ke? Atau kat pejabat kena tibai oleh bos? Mental Health warga Malaysia sebenarnya bermasalah. Mental Health? Apa kejadah tu, kata Menteri Otak Siuman.

    Atau pun kita orang Melayu pada dasarnya "power crazy". Jadi dalam keretalah pada microcosomnya adalah empayar kekuasaan kita. Di luar tak merasa langsung untuk berada dalam keadaan "in control"? Maka punahlah keberhasilannya.

    Atau pun terlampau banyak drug-addict drivers, pure and simple.

    Sekali lagi mana kalimah mengucap? Yang ada kalimah al Quraan di kaca belakang kereta (dan memakai ketayap) pun memandu terasuk oleh setan. F1 Schumacher pun lebih hormati garis kembar jalan.

    Eh, apa dah jadi pada ikhtiar Traffic Games yang selalu diadakan pada tahun-tahun 60an hingga 80an dahulu? Itu pun ehsan sektor swasta.

    Kenapa Kerajaan tak buat?

    Lecehlah Kerajaan nak buat, banyak kerja lain yang hendak di buat. Yaler, shopping kat Paris masa Krismas, mendirikan benang-benang basah, cakap-cakap politik kosong, adu domba.. Lagi pun Traffic Games ni takde glamerlah. Lebih berbaloi melibatkan aku dalam Akademi Fantasia.

    Kot sekali-sekala kenalah buat undang-undang baru, seperti tali keledar di belakang. Kalau tak buat nanti orang kata apa kerja aku sebagai seorang menteri buat. Tunjuklah ala kadar aje. Lagi pun hayat politik aku seperti nyawa ikan sekarang.

    Astag afirullah al azim...betullah tu, kita sebenarnya dah lupa pada kalimah mengucap.

    mat royan

    ReplyDelete
  45. Pak Lang12:54 AM

    Datuk,

    Yang berkelakuan buruk ni bukan setakat budak-budk sekolah, orang-orang muda atau pemandu bas dan lori sahaja malahan pemandu-pemndu teksi juga. Di Kuala Lumpur ada pemandu-pemandu teksi yang meletakkan kereta ditepi-tepi jalan khususnya di hadapan Pudu Raya. Perbuatan seumpam ini menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya atau menambahkan sesaknya jalan raya.

    Bila polis memberi saman mereka marahkan polis. Bila disuruh beredar mereka buat "u turn" tunggu sampai polis pergi. Lepas tu mereka kembali ke tempat yang sama.

    Bila bercakap tentang kelakuan buruk di jalan raya, kita memuji orang-orang dari negara-negara maju khususnya negara-negara barat. Mereka tetib, bertolak ansur dan sabar. Jelas kerana sikap begitu mereka berjaya menguasai dunia.

    Di Amerika Syarikat memberi jalan dan menghormati pemandu-pemandu "senior citizen" merupakan satu etika yang diutamakan. Ianya salah satu perkara penting dalam ujian memandu. Tindakan membuli senior citizen (ada yang lebih 80 tahun tapi masih memandu kerana itu merupakan sebahagin dari hak sebagai rakyat) boleh dihukum. Begitu juga dengan hak-hak orang-orang yang berjalan kaki.

    Tapi di Malayasia bukan nak beri jalan sebaliknya dimaki hamun. "Dah tua tak payahlah nak memandu. Duduk rumah. Sembahyang banyak-banyak. Menyusahkan orang saja". Malahan mereka dibuli dengan berbagai cara termasuk menekan hon, main lampu dan mengikuti dari belakang dengan begitu rapat.

    Malahan ada pula pemandu yang menekan minyak apabila melihat orang menyeberang jalan meskipun pejalan kaki mempunyai "right of way".

    Datuk, yang penting ialah sikap, undang-undang dan infrastruktur. Kalau mempunyai "free way" yang luas dan cantik sahaja tidak memberi apa-apa erti kalau mentaliti tidak berubah. Apatah lagi kalau "highway" dua lorong macam Malaysia.

    ReplyDelete
  46. ALFATIHAH, AMIN.
    SALAM DAK
    IZINKAN,

    APA YANG DINYATAKAN OLEH 'PAK LANG' MEMANG BENAR..
    DI UK BILA MENANTI LAMPU HIJAU DIPERSIMPANGAN..PEMANDU DIHADAPAN TIDAK AKAN BERGERAK SELAGI 'PEDESTRIAN' MASIH ADA BERJALAN MENYEBERANG..
    DAN JIKA NAK 'REVERSE' KELUAR DARI PARKING LOT..PEMANDU YANG PERASAN KITA NAK KELUAR AKAN BERHENTI MEMBERI KITA LALUAN..WALAUPUN DIA BUKAN NAK MENGAMBIL TEMPAT LETAK KERETA TERSEBUT..TIADA SIAPA PUN HONK DIA KERANA 'BERHENTI'..

    BERMACAM2 LAGI PANDU BERHEMAH MEREKA.

    PERNAH KAMI KATAKAN KEPADA ISTERI TENTANG ETIKA MEMANDU DI UK..
    KITA LIHAT NEGARA MAJU YANG TAK LEBELKAN DIRI MEREKA LEBIH 'ISLAM' DARI NEGARA2 YANG MELEBELKAN DIRI MEREKA ISLAM..

    'SIAPA YANG SEBENARNYA MENGAMAL CIRI2 MANUSIA BERTAMADUN YANG DITUNTUT AGAMA?'..

    ISLAM ITU SUCI..PURE AND PERFECT.

    ALFATIHAH, AMIN.
    11:56 AM

    ReplyDelete
  47. wishediwaswrong12:49 AM

    Sdr. Shah 1.47 pm tanya mengapa Malaysia dan negara-negara OIC tidak membantah terhadap kekejaman negara China ke atas rakyatnya yang berketurunan Turki (Aigur).

    Jawapannya samalah dengan jawapan kepada soalan mengapa Arab Saudi, Kuwait serta kebanyakan negara-negara Arab lain, sekarang ini, sudah tidak mengutuk Israel tentang kekejaman ke atas rakyat Palestin.

    Walaupun wang banyak dan sumber tenaga asli diberi Allah merlimpah ruah, mereka telah jadi impotent (mati pucuk) atau dengan lain-lain perkataan, maruah sudah jadi arwah.
    OIC sudah jadi 000000IC (Oh, Kosong, Zero, Yillek, Zilch, Gunduk Impotent C...)

    ReplyDelete
  48. Anonymous11:29 AM

    Guru tidak boleh dipersalahakan sepenuhnya dalam hal ini. Ibu bapa juga bertanggungjawab kerana:

    1. Membenarkan anak-anak membawa motosikal ke sekolah walaupun tanpa lesen dan di bawah umur.

    2. Membiarkan anak-anak mereka merokok(rokok pemangkin kepada salahlaku dan perbuatan jahat pelajar sekolah; mencuri, peras ugut, buli,ponteng dsb) dan menunjukkan contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Ibu bapa yang merokok tidak layak melarang anak merokok. Tambahan pula mereka suruh anak membeli rokok untuk mereka. Tuan kedai x nak jual nanti mak bapak datang marah mereka pula. Sebab itulah kita masih dapat melihat budak bawah umur bebas membeli rokok di kedai2.

    3. Di kawasan luar bandar terutamanya kawasan Felda, anak2 dimanjakan dan dibiarkan sahaja berbuat apa yang mereka mahu. Guru2 tidak dapat membendung gejala negatif di kalangan mereka kerana disokong ibu bapa. Bila ditegur, kereta guru dicalar, tayar dibocorkan. Cermin tingkap di sekolah pun tak ada, kena karate.

    Cabaran guru masakini terutamanya di luar bandar amat hebat. Dulu2 anak2 kawasan luar bandar boleh dikatakan hormat pada guru. Tapi generasi sekarang amat menyedihkan.
    kerjasama ibu bapa da guru amat perlu untuk mengubah masyarakat ke arah yang lebih baik.

    -taknak rokok

    ReplyDelete
  49. makbudak12:00 PM

    Salam Dato',

    bagaimana rakyat nak hormat undang2 kalau pihak penguasa sendiri tak menunjukkan contoh yg baik? begitu juga dgn para2 pemimpin.

    saya bercakap berdasar salah satu pengalaman benar yang saya sendiri alami apabila saya pernah dicabar berlumba dgn sebuah kereta wira putih yang ada lambang polis di tepi pintunya sewaktu di highway plus.

    mungkin saya pemandu wanita yang memotongnya dianggap mencabar, sedangkan saya memandu mengikut halaju yang ditetapkan. bila berlaku beberapa kali potong memotong, pemandu kereta polis tersebut akhirnya mengikut belakang kereta saya dgn begitu dekat, membuat saya takut lantas memperlahankan kereta dgn niat agar beliau memotong kereta saya dan jangan ganggu saya lagi. namun, beliau terus mengekori rapat kereta saya dan akhirnya bila lihat saya masih tidak memecut, beliau akhirnya memotong kereta saya dan memandu beriring pula dengan kereta saya.

    sambil memandu dan memandang ke hadapan, anak buah saya yang duduk di bahagian belakang memberitahu yang pemandu kereta polis tersebut mengisyaratkan kepalanya agar saya berlumba dgn beliau dan oleh kerana saya buat tak layan, barulah beliau melajukan kenderaan dan tidak menggangu saya lagi. kalau saya ada melanggar undang2 kenapa tak tahan saja saya waktu itu? sebaliknya beliau menunjuk aksi lagaknya seolah2 mencabar seorang pemandu wanita agar berlumba pula dengannya di atas lebuhraya. di mana lojiknya?

    oleh itu saya sendiri kesal dengan sikap segelintir pihak yg sepatutnya menguatkuasakan undang2.
    andai mereka sendiri pun bagai mempersenda2 undang2 yang ada, rakyat biasa apatah lagi?

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  50. nor'aini3:59 AM

    saya cadangkan dato' tulis mengenai tandas awam pula..

    ReplyDelete
  51. Pemandu di Malaysia harus memasuki kelas memandu berhemah semula apabila didapati menyalahi undang-undang jalanraya.Setiap lima atau sepuluh tahun harus mengikuti kursus memandu secara berhemah untuk menyegarkan ingatan tentang undang-undang jalanraya.

    ReplyDelete
  52. Slamat brpuasa Dato' contoh paling simple.tgok negara jiran kita , Thailand...kalau sesiapa yg pernah ke sana.pasti kita kagum dgn sikap tolak ansur pemandunya di jalan raya..atau di simpang lampu isyarat..betullah kita ni kekadang kemudahan kelas pertama ..mentaliti kelas 3

    ReplyDelete