Tuesday, September 29, 2009

Sekadar Makluman, Calon BN Adalah Isa

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

PERTUBUHAN Berita Nasional Malaysia (Bernama) melaporkan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad dinamakan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bagan Pinang.

Pencalonan Isa, 59 tahun, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin di bilik operasi BN di Port Dickson hari ini.

Penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini manakala pengundian berlangsung pada 1 Oktober.

Kerusi berkenaan dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum 2008. Ia kosong ekoran kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept. lepas.

Itulah sahaja yang hendak saya maklumkan kepada pengunjung dan pembahas yang dihormati sekalian.

Kata Orang Putih, it’s sometimes better to keep your mouth shut.

Nota Kaki: Harap maaf jika komen tidak dapat di’moderate’kan antara tengah malam ini hingga petang esok. Namun kalau boleh, saya akan cuba. Terima kasih.

PS: I am keeping my mouth shut because, to my not so sophisticated mind, some political developments in our country today defy logic.

106 comments:

  1. Elok juga Dato' rehatkan hati dan minda selepas pengumuman tersebut.

    Dulu berbueh mulut kita pasal paklah.. tetapi nampaknya perkara yang hampir sama berulang lagi dalam versi baru..

    Dulu kita percaya, sekali air bah, sekali pantai berubah..tapi nampaknya peribahasa itu tidak terpakai pada UMNO...sekadar mencurah air di daun keladi.

    Bagi saya, sudah tidak ada apa apa lagi perasaan pada UMNO, kalau dia nak mampus, mampuslah..

    ReplyDelete
  2. Salam Dato,

    CONFIRMATION OF PEOPLES MOOD....

    pru13 result..as it is so glaring today..soo glarrrring.


    Abu Bakar ab Rahman

    ReplyDelete
  3. Roti Planta8:31 PM

    Dato',
    Layan UMNO Teluk Kemang ni macam layan orang penagih dadah. Dah cakap jangan tapi buat juga. Tidak peduli nasihat orang. Biar rosak seluruh masyarakat UMNO asalkan dia senang.

    Jika Isa adalah calon terbaik UMNO di Bagan Pinang maka tidak heranlah generasi baru tidak menghormati lagi UMNO.

    Isa mungkin boleh menang di Bagan Pinang dengan bantuan 4000 undi Pos tetapi UMNO akan kalah ditempat-tempat lain nanti.

    Diharap UMNO akan menjemput ahli baru (Tun Mahathir) untuk berkempen.

    Bye/ Roti Planta

    ReplyDelete
  4. Roti Planta8:34 PM

    Dato',

    Selepas pengumuman tadi, rakan2 saya Pemuda UMNO Machang cukup ghairah untuk pergi berkempen disana kerana kata mereka 'Isa banyak duit', 'Isa tidak kedekut dan pemurah', 'Isa sanggup berhabis untuk menang'.

    Jadi pasti lumayan pengundi dan tukang kempen di Bagan Pinang.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:36 PM

    TAHNIAH UMNO....

    AKU DAH SERIK NAK SOKONG UMNO.
    SEOLAH-OLAH RASUAH SUDAH JADI DARAH DAGING UMNO.

    AKU KECEWA DENGAN SIKAP PIMPINAN UMNO, CENDERONG MENGAMALKAN RASUAH DALAM HIDUP MEREKA.

    BETUL LAA...
    APA YANG ORANG KATA...
    UMNO DAN RUSUAH SEPERTI IRAMA DAN LAGU.

    AKU KECEWA...
    AKU SEDIH....
    UMNO TETAP UMNO seperti DAHULU....
    RASUAH DAN UMNO...
    SEPERTI KULIT DAN ISI....

    SEDIHHHHHHHHHHHHHH..
    KECEWA............

    BUANG MASA,
    BUANG TENAGA....
    SELAMA INI, AKU DITIPU.....
    HARAPKAN UMNO....
    UMNO TETAP MACAM DAHULU...

    Rintihan ADAM AMIN
    Kg Jerlun,
    Kedah

    ReplyDelete
  6. wishediwaswrong8:38 PM

    Baguslah! UMNO ni dah jadi macam kelab keluarga politikiawan pula. Razak pergi, Najib ganti. Hussain Onn pergi, Hisham ganti,. Pak Lah pergi, KJ ganti??? Mahathir pergi, Mukhriz ganti. Isa hampir pergi, Isa Junior hampir ganti.

    Tak ada ahli UMNO lain ke yang tak perlu guna nama bapak? Ye la. Takut kalu pilih orang lain jadi macam Permatang Pasir pula. Pilih Isa jadi calon seolah-olah di seluruh Negeri Sembilan tak ada yang lebih bersih dari dia. Mungkin! Mungkin???

    Jadi, macam mana ni? Kata nak lakukan perubahan besar-besaran untuk mengembalikan kepercayaan rakyat. Ini nak mengguris hati se orang power broker yang namanya tercemar pun dah kecut perut.

    UMNO might (yes, just might) win the battle in Bagan Pinang. But chances are it would lose the next ten PRUs' war. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  7. I am very sad that the majority of the nearly 80% Malay voters still insist Isa to be their ADUN candidate. They are deaf, dumb and blind. The feelings at grassroot level are too strong in favour of Isa. UMNO has no choice but to sacrifice its principle in order not to lose face of losing. If they lose this seat it will be demoralising and disasterous for BN. The UMNO members in the area is more or less threathening UMNO. Either you pick Isa or they will vote the opposition.

    So now it would be very interesting how the opposition strategy would be. I wonder whether they can influence the voters not to vote the corrupted UMNO leader.

    Frankly, what Tun M said is all the truth. But in reality things are different on the ground which reflect how immatured the the Malay voters are.UMNO is really in a dilemma!!
    What a pity !!

    ReplyDelete
  8. Morally,Isa should relieve himself to be the candidate. I think he is very selfish. He is directly destroying the credibility of UMNO.What a shame !!

    For UMNO members in Bagan Pinang, they are just nuts for insisting Isa to be the candidate. Real haprak and HP6 !!!

    ReplyDelete
  9. If the Majlis Tertinggi UMNO collectively take the responsibilty to make Isa as UMNO's candidate for Bagan Pinang then I think they are just haprak and HP6 bunch of useless members of the first order. They have no moral !!

    They are "deaf,dumb and blind" !!!

    Anyway, it is not too late for Isa to retract for the sake of maintaining UMNO's credibility !!

    ReplyDelete
  10. Salam Dato'

    Dah rasa keliru dgn UMNO..BUkan susah sgt nk menangi hati rakyat..tunaikan je janji...janji utk berubah..tak kena duit pun..tak payah berhabis duit berkempen...tunai je janji utk berubah...baru lah ada harapan nak terus memerintah negara.. Kalau janji tak nak letak orang yang corrupted pun susah sangat UMNO nak tunai..maka bersiap sedia lah kita utk hidup di bawah pimpinan parti lain.. Rakyat kebanyakan dah muak dgn janji palsu UMNO

    Saya yang kalu di hiris lengan keluar darah UMNO pun dah muak..muak sangat sangat...

    Is it that difficult to leave ISA? he is yesterday's news..history ..done.. ape yg nak hidupkan balek kareer politik dia? Lagi susah nak menang hati rakyat seluruh Malaysia..Takpa lah..biar lahh ..Mungkin ini lah yg ALLAH dah tentukan..kita tau benda kita buat org tk suka...salah..kita buat juga..makanya ketentuan semakin hampir..

    Kita macam korek lubang kubur kita sendiri.

    ReplyDelete
  11. As-salam DAto..

    kalau menang majoriti 1k masih menang...

    ReplyDelete
  12. Dokter Lap9:51 PM

    better the devil you know.
    a 'lil corruption is good foe demoncracy.

    the objective here is to WIN.
    malaysia loves a WINNER.
    the more you win, the better you get.
    look at PR. they make a habit of winning by elections.

    even a crook looks handsome when he wins.

    mat isa isabout to win.
    dont potong stim!
    let the emperor be naked.
    let there be no shame no more.

    no UMNO no cry.

    ReplyDelete
  13. Berapa banyak orang Bagan Pinang terhutang budi dengan Isa. Satu juta, dua juta, tiga juta......?

    Atau satu sen, dua sen, tiga sen ....?

    ReplyDelete
  14. Najib and the rest of UMNO leaders where is your moral and intelligence?

    Tarok di punggong ke?

    ReplyDelete
  15. Yangretibase10:43 PM

    Assalamualaikum,
    Saya secubit pun tidak marah kepada UMNO kerana memilih Isa Samad sebagai calon. Sebenarnya UMNO terpaksa, kononnya demi kemenangan. Tetapi nampak sangat bahawa Isa Samad seorang yang pelahap dan rakus akan kuasa, kedudukan dan benda. Sewajarnya, dia harus memberikan peluang kepada orang muda.

    Walau bagaimanapun, saya berdoa ke hadrat Ilahi semoga Isa Samad kalah
    dalam prk Bagan Pinang 11 Okt. ini.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  16. The whole of UMNO national members should protest by sending petition to the President if they dare to express their views against the selection of Isa as the candidate to safeguard UMNO.

    When UMNO members can be vocal of Pak Lah by asking him to resign I think they should be doing the same towards Isa.

    Isa is no more relevent to be UMNO's potential ADUN.

    If UMNO leaders want their party to be clean this is the time to show their political will.

    ReplyDelete
  17. Salam, kita perlu juga fikir kehendak masyarakat Bagan Pinang, mereka lebih tahu hati budi Isa Samad sejak dari dulu sebagai pemimpin.

    Apakah kalau berjanggut, berjambang, berserban dan berjubah tidak ada iblis dalam diri mereka......

    Apakah Anwar, Mat Sabu, Mahfuz lebih baik dari Isa ?

    Kalau Isa tidak pernah mengambil peduli dengan masyarakat setempat, masakan mereka bersungguh nak kan Isa..... kalau setakat jadi Wakil Rakyat yang kerjanya ceramah siang malam macam musang lebih baik tak payah.....

    ReplyDelete
  18. Akum Dato'.

    Eloklah Dato' tak payah komen kerana tak dapat mengubah keputusan. Rehatkan minda bebaskan dari politik yang penuh dengan hipokrasi. Lain dicakap lain dibuat. Dari sini kita boleh lah membuat satu pendirian supaya tidak terlalu mengagungkan orang politik. Pemimpin banyak kategori bukan pemimpin politik sahaja yang layak dipanggil pemimpin dan mendapat penghormatan yang sepatutnya. Anggaplah bidang politik satu kerjaya sebagaimana kerjaya2 yang lain yang akan ada cacat celanya. Cuma dunia mereka ada sedikit beza berbanding kerjaya lain kerana pemimpin politik perlukan penyokong dan penyokong ini perlu dijaga bagai menatang minyak yang penuh kerana silap2 service lari kekelompok lain dalam satu parti atau lompat keparti lain. Didalam kumpulan penyokong ini ada yang ambil kesempatan untuk cari makan sebanyak mana dan selama mana yang boleh sehinggalah pemimpin itu berhenti atau diberhentikan.

    Dalam kes ini tak heranlah Bagan Pinang mahukan Isa jadi calon sebab Isa telah lebih 22tahun jadi MB dan ADUN kawasan PD. Orang2 kuat dia masih ada bersama pengikut tegar dia. Tambahan lagi beliau adalah Ketua Bahagian. Cuma satu cara beliau boleh menjaga intergriti dia dan UMNO dengan menolak untuk dicalonkan sebagaimana cadangan TDM. Tetapi ini tidak berlaku dan meletakan KL dalam serba salah. Pihak KL kena akur dengan kehendak bahagian kerana dikuatiri berlaku pembelotan.

    Kesimpulannya tak payah kita gundah gulana biarkan saja mereka membuat keputusan. Saya sendiri percaya dengan sistem dua parti dimana mereka akan bersaing secara sehat. Siapa yang lebih bersih, lebih memikir rakyat terbanyak,isu kemiskinan, perumahan,air ,
    perubatan dan lain2 kemudahan asas atau dalam kata lain yang menjalankan good governance dan bebas skandal kewangan. Jika parti A gagal kita pilih B. Jika B telah diberi peluang tidak dapat menjalankan pemerintahan yang bersih kita pilih A semula. Disini secara teorinya setiap parti akan cuba mengatasi rekod parti lawan dan faedahnya kepada rakyat terbanyak disamping dapat menghapuskan penyalahgunaan kuasa dan rasuah kerana takut rekod akan dibuka oleh parti lain next term. Ini lah sistem yang banyak dipakai oleh negara2 maju. Tidak timbul hanya A yang layak memerintah atau sebaliknya. Who can give the best service merangkumi semua aspek good governance tadi sepatutnya akan menjadi pilihan rakyat. Tak perlu ada kempen2 berlebihan yang memakan belanja yang besar. Rakyat tahu menilai siapa cakap benar dan sebaliknya. Kempen yang berlebihan akan back fired kerana seolah merendahkn minda rakyat yang rata2mempunyai pelajaran dan tahu hal ehwal semasa terutama dizaman maklumat dihujung jari. Tak perlu kita terjerit nak lakukan ubat kita jika ubat kita mujarab dan berkesan. Projek mee segera juga jadi bahan lawak kerana kenapa
    tiba2 mereka jadi super prihatin, baik yang terlampau dari biasa.

    Walaubagaimanapun orang politik yang paling saya hurmati dan kagumi adalah Allahyarham Tun Razak yang sayat turut menangis dihari kematiannya. Dia kurang bercakap tetapi banyak berfikir otak dia digunakan untuk memikir membantu rakyat, menyatukan rakyat.Terlalu banyak jasanya untuk ditulis ditambah lagi
    masalah2 negara pada masa itu termasuk Konfrontasi, Komunis dan rusuhan kaum.buta huruf, kemudahan asas, ekonomi orang melayu dan profesional melayu.

    Soalannya akan adakah pemimpin seperti dia akan lahir seperti juga P. Ramli dalam bidang seni.

    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Anonymous12:40 AM

    Datuk dan para pembahas,

    Kalau tidak ada-ada,masakan tempua bersarang rendah. Why Isa? Because he's popular. Itu semua orang tahu. Cikgu kampung ni pandai ambil hati, bersyarah pun bahasa orang kampong. Semua boleh faham.

    Tapi dia tertangkap kerana politik wang. Kena gantung tapi dia duduk diam-diam, macam buaya tunggu mangsa. Dia tunggu masa. Sekarang dia strike sebab dia dengan budak-budak dia tahu siapa lagi main duit tapi tak kena tangkap.

    Dia sudah pulas jantan perasuah politik lain. Either me or I bring you down brader! Ali Rustam pun macam itu. Dia didapati salah politik duit, diharam bertanding tapi kekal KM dan dilantik lagi ke dalam MT.

    Pasal apa brader? Pasal Ali Rustam dan budak-budak dia tahu siapa lagi yang tabur duit brader. Kunci barang mereka lagi. Lagi kuat pulas,lagi sengal.You main-main dengan gua, gua expose lu. Sekarang lu gosok gua, gua gosok lu. Bini lu pun gua gosok asal gua ada power. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

    Ini Datuk cerita Ali Baba dengan 40 orang penyamun terbus ala Umno. Penyamun dia kenal penyamun lain walaupun tak pakai tarbus.

    Ali Baba

    ReplyDelete
  20. Salam Dato'

    Tak pa lah kalau Dato tak nak kata apa-apa lagi.

    Saya dah serik pikul biawak hidup di Permatang Pasir tempuh hari.

    Kedegilan UMNO meletakkan mereka berjawatan di Bahagian sebagai calon membawa penyakit.

    UMNO masih tak sedar lagi kriteria memilih wakil rakyat tak sama dengan kriteria memilih pemimpin Bahagian. Kekuatan di akar umbi UMNO tidak bererti kuat di dalam masyarakat.

    Hari ini jangankan pengundi biasa kritikal terhadap siapa UMNO letak sebagai colon, ahli UMNO sendiri belum tentu memberikan sokongan membuta tuli.

    Dahlah orang muda tolak UMNO kerana Ketua Pemuda yang rasuah (bukan kata saya tapi ahli-ahli UMNO sendiri yang melaungkannya di PWTC tempuh hari), ini pulak menawarkan pemimpin yang yang parti itu sendiri mengesahkannya sebagai perasuah.

    Pemimpin UMNO harus berani mengukur baju di badan sendiri. Jangan terlalu merasakan menjadi calon merupakan hak asasi mereka sehinggakan lupa atau mengabaikan beban yang dipikul.

    Jangan kerana mementingkan diri sendiri hingga sanggup menggadaikan kepentingan parti dan bangsa. Harapnya Rohaizat dan Tan Sri Isa tidak begitu.

    BN mungkin akan menang di Bagan Pinang tapi apa yang bakal terjadi ialah depa untung sekupang rugi seringgit.

    Yang mengundi di PRK ini hanya di Bagan Pinang, tetapi seluruh negara memerhatinya.

    ReplyDelete
  21. Tok Ma1:29 AM

    Datuk,

    Apa beza Isa Samad dengan Samy Vellu.Tidak ada. Sama-sama greedy. Kedua-duanya rasa mereka masih gagah dan cerdik dari orang lain. Betullah kata Tun M ada antara pemimpin yang "duduk" tapi tidak tahu berdiri. Tamak dan haloba dikalangan pemimpin UMNO merupakan resepi kehancuran UMNO.

    Sudah menjadi MB selama 22 tahun kemudian ditambah pula dengan jawatan menteri pusat. Tidak cukup lagi kah?. Benarlah orang-orang politik baik dari parti apa sekali pun tidak tahu erti pencen.

    Sekiranya Isa menang, tidak mungkinkah akan wujud konflik dengan Mat Hassan (MB sekarang). Apakah nanti UMNO Negeri Sembilan akan jadi macam UMNO Trengganu ataupun UMNO Perlis.

    Selamat Hari Raya pada Datuk Kadir dan pembahas sekalian.

    ReplyDelete
  22. Dato'
    Walaupun TS Isa sebelum ni telah nyata dituduh dalam politik wang dan telah digantung 2 penggal olih MT UMNO namun untuk membersihkan dan melayakkan TS Isa Samad bertanding alasan mudah digunakan .
    Selain pendapat TS Isa Samad sendiri ia disokong olih beberapa pemimpin Umno termasuk Khir Toyo.
    Diambil contoh hukuman Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sebagai perbandingan.Jika Lim Guan Eng dan Anwar bolih kenapa Isa Samad pula dihalang.
    Inilah jenis pemimpin Umno yang masih lagi tidak memahami citarasa dan apa yang rakyat nampak.
    Dimatahati rakyat terutama penyokong PR,Lim Guan Eng dan Anwar adalah mangsa kepada ketidak adilan mahkamah Malaysia.Penyokong PR amat percaya bahawa Lim dan Anwar menjadi mangsa politik Dr M dan orang sekelilingnya.

    ReplyDelete
  23. yela tu Dato...

    bile time BN punya hal barulah "it’s sometimes better to keep your mouth shut" ye...
    bagus2...dato memang bagus..tak jauh beza dengan kebanyakan wartawan media perdana...syabas!

    ReplyDelete
  24. Lahpin7:17 AM

    Salam Dato',

    Tahniah kepada BN/UMNO kerana meletakkan Isa Samad sebagai calon PRK Bagan Pinang sekaligus menggali kubur sendiri untuk menghadapi PRU13. Sekali lagi BN/UMNO menunjukkan kepada rakyat bahawasanya mereka tersangat muflis calon yang berintegriti untuk diketengahkan dalam mana-mana PRK.BN/UMNO menampakkan dirinya persis tong sampah dalam arena politik tanah air.Kasihan mereka.Al- Fatihah untuk BN/UMNO.

    ReplyDelete
  25. Roti Planta7:52 AM

    Dato',
    Jika diizinkan Allah, Isa akan menang. Sebagai bekas MB selama 22 tahun, takkan dia hanya jadi ADUN biasa di dalam Dewan Negeri. Jika diberi jawatan Exco pun tidak padan dengan pengalamannya. Jawatan yang paling sesuai ialah MB. Dato' jangan terkejut jika pengikut tegar Isa akan tuntut jawatan MB pula dan mengugut akan pulau atau lompat jika keinginan mereka ditolak. Senjata 'lompat' amat kuat di Negeri Sembilan kerana PR hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi.

    Nampaknya selepas ini Isa akan kembali dan lagi pun Mohamad Hassan seolah MB dipilih oleh pusat bukannya pilihan orang Negeri Sembilan.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  26. sasha20207:55 AM

    Saya hairan bila baca komen kat sini. Apa masalahnya dengan Tan Sri Isa. Beliau telah dihukum kerana kesalahan politik bukannya kesalahan jenayah. Tempoh hukuman dah habis. Tak boleh ke beliau nak bertanding dan menebus kembali kesalahan yg dilakukan dulu.??

    Sedarlah, setiap orang yg bersalah tak semestinya bersalah selama-lamanya. DAN Orang yg baik tak semestinya akan baik selama-lamanya jugak.

    Yang penting, dia tak melakukan lagi kesalahan yg lalu.

    Berapa byk orang yg pernah masuk penjara, permah didakwa di mahkahmah, pernah ditahan dibawah ISA, menjadi calon dlm pilihanraya....dan menang.

    ReplyDelete
  27. sasha20208:09 AM

    Kepada pak man tempe,..

    Good komen tapi komen yg biasa kita dengar. Tak ada apa yg baru. Semua orang dah tahu.

    BN mempunyai track record yg baik. Apa yg perlu ialah penambahbaikan. Tak perlu nak robohkan rumah, just because ada satu pintu yg rosak.

    Untuk Pakatan Rakyat,...sebenarnya mereka menipu rakyat. Pakatan rakyat hanyalah slogan. Mereka tidak pernah didaftarkan dan agak sukar untuk membentuk pakatan rakyat kerana setiap parti dlm PR , mempunyai ego dan ideology masing-masing. Siapa ketua PR? Siapa timbalan, setiausaha dan sebagainya? Mana ada lagi. Mereka ni sebenarnya hanyalah kerajaan campuran di Selangor, perak dan kedah.

    Kerajaan campuran memang dikenali ramai sebagai kerajaan yg tak kuat dan mudah tumbang bila salah satu dari parti keluar dari kerajaan campuran.

    Kalau nak menang diperingkat persekutuan, kena ada pakatan seperti BN. Aku nak tengok siapa yg akan jadi Presiden kepada Pakatan rakyat. Anwar ke? hj hadi ke? atau Lim Guan eng ke? atau Lim kit siang ke? Kalau tengok senario mereka sekarang ni, i don't think mereka boleh menubuhkan pakatan rakyat seperti BN. Tak kan ada 3 ketua dlm pakatan rakyat. Sebab tu kat Selangor kacau bilau.

    ReplyDelete
  28. sasha20208:18 AM

    Kepada Yangretibase,,,,

    Kenapa doakan Tan Sri Isa kalah? Kalau dia memang orang yg betul-betul boleh membantu rakyat, kenapa tak disokong?

    Apa guna orang muda , tapi tak tahu buat kerja dan tak boleh membantu rakyat??

    Aku lihat, masih ramai orang yg buta informasi. Mereka tak boleh nak bezakan kesalahan politik dan kesalahan jenayah.
    Dalam politik, istilah RASUAH lebih luas. Nak belanja kawan makan, buat kenduri doa selamat, bagi orang hadiah, bantu orang miskin pun boleh dilihat sebagai RASUAH. Ini definisi yg dibuat oleh parti dan semua ahli perlu mematuhinya.

    Kalau nak diikutkan sebagai orang biasa, salah ke kalau nak buat semua yg dinyatakan diatas tadi? Ini semua bergantung kepada niat masing-masing.

    ReplyDelete
  29. Untuk menang UMNO sanggup buat apa sahaja.

    Yang peliknya mengapa pilih Isa Samad, tidak tokoh lain yang lebih bersih.

    Isa, ikut Mahathir UMNO boleh menang, tapi kalau orang yang bersih memang lebih bergaya lagi.

    Bubuh siapapun di Bagan Pinang UMNO pasti menang, kerana ia kubu Umno.

    PAS jangan harap untuk memang di negeri sembilan, miskipun letak calon yang bersih pun.

    Satu kerusi pun susah hendak menang.Demikian juga Melaka.

    Umno memang takut kalah lagi, sebab itu terpaksa bubuh Isa yang banyak duit.

    Soal bersih tidak timbul sangat,kerana dalam Umno bersih ke kotor ke sama sahaja.

    Kadang kadang yang kotor lebih baik berbanding dengan yang bersih.

    Orang Umno lebih suka kepada orang kotor, kerana yang kotor boleh buat apa sahaja.

    Agama islam sahaja yang mahu pada kebersihan, manakala Umno setakat hari belum yakin dengan perkara yang bersih.

    Sebab itu tokoh yang tak bersih diangkat semula untuk menang dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

    Inilah kemampuan perubahana yang dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin oleh itu jangan diharap Umno boleh berubah dari kurang baik kepada lebih baik.

    Umno diubah dari baik pada kurang baik.berubah juga namanya.

    ReplyDelete
  30. UMNO mmg cari pasal!

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum Datuk,

    1. Betullah kata Datuk,"it's sometimes better to keep your mouth shut.". Sebenarnya dengan keputusan kepimpinan BN/Umno menamakan TS Isa sebagai calon BN itu, kita "tidak terkata". Lidah pun kelu seketika.

    2. Kita tidak tahu apa sebenarnya hala tuju Umno sekarang. Nak katakan mereka tidak faham akan senario politik semasa adalah tidak mungkin.Ini kerana banyak sangat "orang luar" yang telah memberi pendapat sebelum ini supaya tidak menamakan TS Isa. Umno sebenarnya "never and will never learn from their mistakes".

    3. Saya pun bercelaru apabila membaca kenyataa pemimpin BN/Umno di akbar yang mengatakan bahawa pemilihan TS Isa itu adalah tepat kerana beliau adalah calon yang "terbaik".Kalau inilah pandangan kepimpinan Umno maka jelas sekali bahawa Umno, pada keseluruhannya telah ketandusan dan telah bankrup dengan pemimpin yang berwibawa, tegas dan BERSIH.

    4. Bayangkan jika TS Isa yang pernah dijatuhi hukuman gantung keahlian selama 3 tahun atas kesalahan RASUAH POLITIK, masih dianggap calon yang terbaik, maka bagaimana pula dengan calon yang kedua atau ketiga terbaik. Tentulah lebih teruk lagi moral mereka. Jika kita analisa pula komen kepimpinan Umno yang rata2 sokong pencalonan TS Isa maka ia menunjukkan bahawa mereka itu juga berada dalam gulungan yang sama. Cuma yang bezanya ada yang terlepas dari hukuman dan ada yang baru lepas.Tapi hakikatnya mereka berada dalam satu kapal yang menuju ke destinasi untuk menghancurkan parti.

    5. Bagi saya pula, yang selama ini mengharapkan Umno akan berubah dan membersihkan diri dari imej parti yang mengamalkan rasuah, nampaknya telah hilang keyakinaan terhadap kemampuan kepimpinan baru ini. Segala janji dan slogan yang diuar-uarkan untuk menukar imej parti yang selama ini tercemar, hanyalah ratorik semata-mata. Bagi saya, Umno telah melepaskan peluang terbaik bagi membukti kesungguhan mereka membersih imej parti apabila menamakan TS Isa sebagai calon BN.

    6. Kita tidak tahu bila agaknya Umno akan sedar. Kita khuatir apabila mereka mula sedar, tidak ada lagi rakyat yang akan menyokong perjuangan parti yang memandang remeh soal rasuah. Rakyat sudah tidak mahu lagi bersetongkol dengan Umno yang cakap tidak serupa bikin.

    7. Akhir kalam, saya minta maaf kerana sukar untuk saya membuat pendirian yang sama seperti Datuk supaya "to keep my mouth shut" dalam soal ini.

    ReplyDelete
  32. Anonymous9:30 AM

    Dato'

    Pakbelalang Said,

    "The whole of UMNO national members should protest by sending petition to the President if they dare to express their views against the selection of Isa as the candidate to safeguard UMNO."

    Pakbelalang nampaknya mungkin tak tahu bahawa Isa dipilih olih Ahli UMNO dan bukan pemimpin UMNO.

    Muhyideen dan DS Najib pula ishtihar bahawa pemilihan Isa adalah atas landasan kehendak rakyat, yaitu "Rakyat Didahulukan"...

    Adakah pilihan Isa pilihan Rakyat? Itu belum tahu...

    Tapi...Memang pilihan Isa adalah pilihan ahli UMNO dan "UMNO didahulukan".

    Jadi, Slogan "Rakyat Didahulukan" patut ditukar kepada "UMNO Didahulukan".....



    Joe Black

    ReplyDelete
  33. jangan monyet jangan.. jangan makan buah tu.. kata sang kancil kepada monyet

    ReplyDelete
  34. Anonymous10:14 AM

    Datok,
    Buat sementara umno akan untung dengan pencalonan isa.bacaan politik jangka panjang menunjukkan umno kehabisan calon/pelapis muda untuk masadepan.ini amat bahaya.Bagi Isa sendiri sebagai orang vateran dia sepatutnya memberi ruang kepada orang muda dengan menolak pencalonan dan memberi sokongan yang padu.ini tidak, tak cukup lagikah dengan berkhidmat bukan setakat wakil rakyat bahkan menjadi menteri besar selama lebih 22 tahun.tak cukupkah lagi jasa yang telah ditaburkan.orang akan nampak bukan untuk berjasa tapi utnuk menjaga kepentingan sendiri sahaja. percayalah , perangai macam ini akan merosakkan umno sahaja.umno akan menjadi harimau kertas sahaja,nampak saja saja benkeng,tapi tak dak apa2.
    sekian.zmy

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum Pak Kadiq dan semua!

    Cuma satu saya nak tanya betui ke yang si Isa ni pilihan rakyat Bagan Pinang ATAU hanya PILIHAN JUAK-JUAK POLITIK beliau yang sedang ternganga menantikan rezeki bergolek jika ditakdirkan si Isa menang.
    Kita dipermainkan dengan statement2 yang mengelirukan seolah-olah Isa adalah segalanya bagi penduduk Bagan Pinang. Saya rasa ini perlu diperbetulkan. Yang nakkan Isa ialah Juak-Juak UMNO Bagan Pinang, penduduk belum tontu laie...Tertanya saya kenapa TS Muhyiddin tak mau menisytiharkan sendiri tapi menyerahkan kpd Juak-Juak UMNO Bagan Pinang/PD yang menlaungkannya..cukup sinikal bukan. Hebat TS Muhyiddin, jelas dia tak mahu bertanggungjawab atas pencalonan Isa, barangkali.
    Akhir kata, pencalonan Isa memberikan beberapa implikasi besar iaitu kepada rakyat seluruhnya yang melihat UMNO dari kacamata yg berkehendakkan perubahan; Daya Keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Parti ; Raykat di Bagan Pinang sendiri dan Juak-Juak UMNO di sana.
    So....mcm yea?.

    ReplyDelete
  36. Anonymous10:39 AM

    Salam Dato'.

    Bagi saya inilah realitinya UMNO. Biasalah. Cawangan...Bahagian Bagan Pinang memang lah nak TS Isa jadi calon. Kemungkinan menang adalah tinggi. He will come back!. Kita kena faham...siapa pengampu dia sudah tentulah payah sikit hidup di bawah kepimpinan DS Mohamad Hassan MB N9 sekarang.Ada bahagian atau projek tu tak le sebanyak dulu. Satu parti iaitu UMNO tapi leader lain. TS Isa ada pengaruhnya sendiri. Duit banyak..harta banyak...tengok je la rumah ke..apa entah tu..mahligai kot kat PD tu. Tu baru yang kat PD...kat tempat lain ntah la besar mana.

    Oleh itu macam mana sekalipun..TS Isa kena naik semula kedudukannya dalam politik N9. Sokongan akar umbi Bagan Pinang memang la di tuntut. Dari orang-orang kuat UMNO je la..pengundi yang lain, wang dan habuan material akan digunakan untuk sokongan.Logik akal la, tak kan dah takde orang muda yang berkelayakan kat situ?...Dah dicantas?

    Itulah UMNO..Dulu awal penubuhan ok, kini dan selamanya....gini lah..nak menuju kehancuran. Suruh berubah tak nak juga. Kalau betul-betul sayangkan parti UMNO letakkan sesapa pun yang bersih peribadi lepas tu pakat sokong, kerja keras untuk dia menang...tak kan tak boleh. Ni takde lain la ni, kerana wang..wang..wang. Orang baru mana ade duit banyak kan.Tu la Dato' biasalah tu. Kat mana-mana tempat pun kebanyakannya kalau part UMNO macam tu la.Walau tak semua bahagian tapi majoritinya sebab tu lah!

    Tq Dato

    Malik Klang,

    ReplyDelete
  37. Inilah penyakit yang melanda BN.Dalam UMNO ada Isa Samad, dalam MCA ada Choi Soo Lek, dalam MIC ada Samy Vellu.Kata Sammy Vellu yang lebih kurang berbunyi "rakyat bukan bencikan saya tapi mereka benci BN". Inilah agaknya persepsi mereka....

    ReplyDelete
  38. Lebai Malang10:56 AM

    Terkenang ceramah seorang ustaz, diakhir zaman kita dikelilingi oleh manusia-manusia yang rosak akhlaknya. Mereka itu terdiri dari, penjenayah,perasuah,pemakan harta anak yatim dan lain-lain kemudharatan bagi manusia. Mereka itu dilantik oleh kamu-kamu yang tidak lagi menghayati Al-Quran dan Sunnah dan kamu sesat didalamnya.Diwaktu itu kita tunggulah balasan bala yang akan menimpa seluruh umatnya.

    Adakah suatu lagi bala seperti tsunami atau lebih teruk lagi akan menimpa kita semua? Wallahuaklam!..

    ReplyDelete
  39. Anonymous11:09 AM

    They should select a bohsia as candidate...same difference...

    Windtalker

    ReplyDelete
  40. langit biru11:14 AM

    CALON PILIHANRAYA
    By Dr. Mahathir Mohamad on September 24, 2009 3:32 PM http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/09/calon-pilihanraya.html

    3. Imej UMNO sekarang sudah banyak tercemar dengan politik wang semasa pemilihan Majlis Tertinggi. Boleh dikatakan hampir semua yang dipilih terlibat dengan rasuah.

    Dato' AKJ dan Pengundi,Penyokong,Ahli,Anggota,Orang UMNO.

    Kenyataan Tun di atas adalah satu penegasan dan pengesahan bahawa majoriti Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO melakukan "RASUAH POLITIK" yang diberi "nafas baru" sebutannya sebagai "POLITIK WANG".

    Inilah IBU SEGALA RASUAH.

    Dengan memenangi jawatan dalam parti, "secara automatik" akan dapat menjawat beberapa jawatan penting dalam badan-badan kerajaan/syarikat-syarikat/GLCs, dapat gaji buta mudah-mudah. Jawatan tu pula digunakan untuk mencari kepentingan peribadi dan politik.

    Kerana JAWATAN disandang berdasarkan RASUAH, maka kerja-kerja seterusnya pun melibatkan RASUAH.

    Kalau kita amat sedar dan amat ariff mereka ini pengamal rasuah, saya fikir menjadi KEWAJIBAN kita menolak semua mereka ini termasuklah parti ini.

    Mereka inilah PELINGKUP HARTA NEGARA, yang berkobar-kobar mewar-warkan KAMILAH PEJUANG MELAYU.

    Mereka inilah yang bersuara lantang MELAYU AKAN MATI TANPA UMNO

    HAKIKATNYA, MELAYU "TERGADAI" kerana UMNO.

    .....sesungguhnya, PR sudahpun menyiapkan SKRIP yang lengkap untuk kempen kali ini.

    UMNO sudah tidak dapat diselamatkan HANYA dengan tukar 2-3orang pemimpin UTAMA, KERANA sistem pembudayaan yang berteraskan politik wang atau rasuah politik sudah menjadi DARAH DAGING UMNO.

    RASUAH POLITIK PUNCA UTAMA UMNO DITOLAK DAN AKAN JATUH BERKECAI SEPERTI KACA, BERDERAI SEPERTI AIRMATA!

    Sudah saya katakan kpd Dato', tiba masanya Dato' menulis KRONOLOGI kejatuhan UMNO!!!

    ReplyDelete
  41. Sdr Lebai Malang

    Dalam politik orang UMNO, jangan sampai buat kerja liwat/dikonspirasi liwat seperti ................ tidak mengapa. Yang lain OK.

    ReplyDelete
  42. Sdr Roti Planta

    Bukan layan UMNO Telok Kemang ni macam layan orang PENAGIH DADAH, tetapi macam golongan hak asasi kita layan MAT REMPIT.Kurang tepat cara sdr beranalogi.

    Tidakkah PENAGIH DADAH tidak boleh dipulih berbanding dengan MAT REMPIT kita, sedangkan kita ingin melihat UMNO yang banyak berjasa itu dipulihkan? Tidakkah mainan politik UMNO pasca PRU 12 seganas MAT REMPIT bermain motosikal dijalan raya?

    ReplyDelete
  43. Salam Datuk,

    1. Saya nak tanya Datuk 2 soalan.

    2. Pertama, apakah pandangan Datuk bila Isa Samad dipilih jadi calon UMNO di Bagan Pinang. Sedangkan Isa Samad itu suci dalam debu?

    3. Kedua, jika begitu antara slogan "1MALAYSIA" oleh Najib dan blog "1MALAYSIA LINGKUP"...mana satukah yang lebih jelas dan relevan?

    4. kah kah kah...'1MALAYSIA' kena tipu. Last sekali "1MALAYSIA LINGKUP"...kah kah kah

    http://sukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  44. Sdr sasha2020

    Boleh saya tahu daripada mana TS Isa Samad kumpul wang untuk dijadikan wang 'rasuah politik' atau sepertinya bagi menjaga orang UMNO kelilingnya dan menaikan kedudukanya dalam UMNO yang orang tahu bertan2 jumlahnya yang jika dikira tak sepadan dengan gaji dan elaun MBnya selama 22 tahun?

    ReplyDelete
  45. Mustapha Ong12:09 PM

    Salam Datuk AKJ,

    I just cannot keep my mouth shut but deeply disappointed when Isa was picked as the candidate for the Bagan Pinang by-election. It's not about retaining the seat as Bagan Pinang is a strong BN constituency and whoever is the candidate will definitely win the by-election by a handsome majority.

    That's my bet from day one! But why Isa , who is morally tainted with money politics and had previously served as the MB for NS as well as a Federal Minister when he was ousted for being corrupted. To me Isa is selfish and he is without any political moral or principle. I don't believe if another UMNO candidate will not win the by-election, which is rather unthinkable.

    Yes, UMNO has made so many mistakes in the past and has never learn its lesson. The Bagan Pinang by-election is not about "wining or losing". It's about UMNO's political principle and I just cannot believe that Isa was endorsed by the top party leadership, which had damaged the image and integrity of the party.

    As an UMNO loyalist, I am really disappointed with the choice of Isa as the candidate.Now Hassan as the MB is under siege and there is no reason to believe that Isa will be morally satisfied to be in the EXCO and listen to Hassan. Why create such an issue, when it would have been appropriate to pick his son or even wanita UMNO Halimah as the alternative candidate.

    Is UMNO/BN afraid of it's own shadow and not confident of retaining the seat? An explanation to this effect is appropriate and we still want to hear from Najib or Muyhiddin why Isa was endorsed as the candidate.Don't let this issue die. Rasa malu sekali Datuk!

    ReplyDelete
  46. Dokperati12:29 PM

    Inikah calon terbaik bagi UMNO di Bagan Pinang? Pemimpin yang terbukti dengan rasuah.Rosak dan kotor la UMNO ni. PR tetap menang dihati mojoriti orangramai walaupun kecundang dihari pengundian nanti. Rasa muak dan mual serta kebencian orangramai semakin memuncak. Payah sangat ke UMNO nak cari pemimpin yang benar-benar bersih? Kena bayar juta-juta ke bila nak cari pemimpin yang bebas dari rasuah? Nahas dan bala sepatutnya dihindar tapi sekarang ni memang sengaja ditempah awal-awal lagi. Satu lagi proses pemangkin kemusnahan UMNO..

    ReplyDelete
  47. 1. Menang sorak, kampung tergadai. Peribahasa ini paling sesuai digunakan untuk Isa dan Teluk Kemang. Menang sorak, Teluk Kemang tergadai. Yang sorak nama Isa depan Timbalan Perdana Menteri itu hanya penyokong Isa sahaja. Majoriti Penduduk Teluk Kemang telah digadai dengan ahli-ahli UMNO (penyokong Isa)
    yang tidak faham erti maruah dan prinsip.

    2. Adalah dijangkakan, peratus undi rosak akan tinggi. Satu tanda protes daripada pengundi Teluk Kemang yang tidak suka Isa dan pembangkang. Isa kalau menang pun hanya kemenangan tipis.

    3.Pembangkang diakui sukar menang.
    BN akan menang tetapi kemenangan yang memalukan, pertama majoriti kurang dan kedua, wakil rakyat yang telah bersalah kerana politik wang boleh dipilih semula menjadi wakil rakyat.

    4. UMNO tidak bersungguh-sungguh banteras politik wang. Sepatutnya ada peraturan baru perlu dibuat, iaitu melarang mana-mana ahli yang didapati bersalah dalam politk wang untuk menjadi calon dalam pilihan raya buat selama-lamanya tidak kiralah dia tu pemimpin besar yang telah berjasa kepada rakyat sebesar mana sekalipun.

    5. Isa adalah pemimpin yang tidak tahu malu, rakus dengan kuasa dan wang. Dia telah kuasai satu negeri selama 22 tahun, setakat tanding di Teluk Kemang, memang 'kacang' baginya. Inilah satu contoh pemimpin UMNO - selagi ada sisa-sisa yang tinggal, tetap idam sampai tidak beri peluang kepada orang lain.

    6. Selepas ini, semua ahli UMNO yang didapati bersalah dalam politik wang tetap ada harapan menjadi calon pilihan raya. Oleh itu, gejala politik wang dalam UMNO akan terus berleluasa. Wang mampu beli ahli sehingga ahli tetap menyokongnya sekiranya dia diberi peluang bertanding semula.

    7.Isa bakal menang sebagai ADUN yang tidak bermaruah. Bagi pengundi Teluk Kemang yang ingin tegakkan amalan bersih, adalah lebih baik jangan undinya. Buatlah undi protes kalau tidak hendak undi pembangkang. Pengundi Teluk Kemang perlu buktikan mereka adalah pengundi yang berprinsip - tolak seorang calon yang telah terbukti bersalah dalam gejala rasuah.

    8. Pengundi Teluk Kemang pun buktikan kepada seluruh negara bahawa jangan membiarkan politik wang menguasai UMNO. Tolak Isa bermakna tolak politik wang. UMNO masih relevan tapi pemimpin seperti Isa tidak relevan langsung dalam UMNO.

    9. BN akan terus tidak dihormati rakyat kerana ada pemimpin yang 'kotor'. Kalau Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dapat kembali semula ke dalam MCA pada 10 Oktober dan pada keesokan hari Isa pula menang di Teluk Kemang,bermakna BN adalah sebuah parti yang suka menerima pemimpin berasuah dan melakukan perbuatan zina.

    10. Negara kita akan menjadi negara yang lemah jika ada pemimpin yang hanya tahu wang adalah segala-galanya tanpa mementingkan soal moral dan maruah.

    ReplyDelete
  48. Frankly, Dato', 3 months ago I just registered myself to be a member of UMNO through on-line registration and is now a member of an UMNO branch in my kampong at a retirement age of 59.

    Now I wonder whether I had made the right decision. I thought this is the right time to do a favour in a small way to help UMNO to strengthen the party.

    But I am rather disappointed and sad that UMNO have not changed much its outlook under Najib's leadership. I was hoping very much that Najib could really turnaround the fate of UMNO but I am yet to see any concrete changes in its outlook.

    Anyway, I am still confident and looking forward to what extent UMNO will change its constitution to revamp and revitalise its image from being a "dirty" party to a "clean" party free from corruption.

    If things do not improve to my expectations, I am afraid I will have to withdraw from being a member of UMNO. Maybe, it is no big deal to withdraw as a member but at least I hold to my principle.

    I do not want to associate myself to a "haprak and HP6" organization whose principles are like "shit"!!

    ReplyDelete
  49. Roti Planta1:13 PM

    Dato',
    Isa kata dia dah bersih sebab sudah menjalani hukuman. Umno terima sebab dia sudah bersih seperti bayi baru lahir.

    Jadi pada PRU13 nanti Umno boleh letak calon dikalangan pelacur yang telah bersih di Parlimen Bukit Bintang. Di negara luar ada pelacur menang pilihanraya, jadi Umno perlu 'Glocal' dalam memilih calon.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  50. Salam Aidilfitri Sir.

    One or two others should also follow your cue and leave politics to the politicians of the day.

    We give the locals whom they want, not whom outsiders think they should have.

    Regards.

    ReplyDelete
  51. Anonymous2:40 PM

    Assalamu'alaikum semua,

    Agreed, especially your statement - Kata Orang Putih, it’s sometimes better to keep your mouth shut.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  52. Dato'
    Orang puteh kata "the beginning of an end". Pencalonan TS Isa merupakan langkah kurang bijak UMNO yang seakan mencabar rakyat sekali lagi. Rakyat sudah menghukum dan akan menghukum UMNO secara total pada PRU13 nanti. Ternyata kepimpinan UMNO yang baru penuh dengan retorik. Pertukaran pemimpin pun nampaknya tidak upaya untuk mengikis rasuah dan persepsi rasuah dalam UMNO. UMNO tetap layu dan kaku. UMNO sudah boleh ditalkinkan. Tak payah tunggu PRU13.
    MYI

    ReplyDelete
  53. Tunggu dan lihat...

    Pengajaran terbaik adalah melalui pengalaman.. bukan percakapan.. kita cakap byk2 tak guna pun, tiada untung..yang boleh buat untung pada ckp byk2 hanya sykt telekomunikasi saja..

    Ibarat pepatah Melayu..
    "sudah terhantuk baru tergadah"..

    Masalahnya kepala2 depa ni keras mengalahkan batu..sbb tu lambat sikit nak tergadah..terhantuk sikit dia rasa takdak apa2 pun.. Ego melayu2 feudal moden ni memang tinggi...kena hayun dgn hammer 1000 lbs. baru nak terasa kot..

    Nak buat lagu mana..biaq pi la..dah depa memang mcm tu..

    Nantikan saja kesudahannya..awal sgt lg nak komen lebih2 pun..

    1Malaysia.. 1..sa

    (",)

    ReplyDelete
  54. Dato'

    Didn't I say before, ENOUGH IS ENOUGH?

    UMNO/BN NEVER LEARN.

    Look at TS ISA when ho spoke after the announcement, ARROGANT..... sheer ARROGANT. As if proud of his CONVICTED CRIME. As if, what he did was an honour.

    UMNO IS FACING SERIOUS VALUE CRISIS. Its leaders has lost their sense of value. Unlike Dr Mahathir present leader appears weak and cannot make own stand. Had to bow to pressure.

    It is the end of the road to UMNO. Bye bye.

    ReplyDelete
  55. ORANGUTAN PENANG3:46 PM

    Tok Kadiaq

    "FROM THE DEEPEST DESIRES OFTEN COME THE DEADLIEST HATE" -socrates

    ReplyDelete
  56. Anonymous4:04 PM

    Assalamualaikum Datuk...

    Salam Aidilfitri.

    Amboi pembahas sekalian...panasnya membaca komen2 saudara.

    Jangan emosional sangat.Kita masih di dalam bulan mulia dan baru selesai berpuasa sebulan pada Ramadhan lalu.

    Baru lepas dan tengah banyak lagi open house.Makan macam2 tak ingat penyakit nanti emosional sangat,sakit datang tiba-tiba.

    Rehat dan lapangkan diri macam Datuk Kadir ni.

    Suka saya ingatkan kpd diri sndiri dan saudara2 stiap komen yang ditulis biarlah bdasarkan fakta dan bukan auta.

    Nanti tak pasal2 jadi fitnah.Maklum tengah beremosi.

    Ada beberapa komen pembahas yang agak menarik.

    Lihat komen sasha2020.cool jek.Kita baca pun tak sakit jantung.

    Mudah je nak kupas isu politik ini sebenarnya.

    POLITIK UMPAMA KOREK HIDUNG.MAKIN KOREK MAKIN SEDAP.LAGI DALAM KOREK LAGI TERUJA.

    YANG TAK BEST KALAU DAH TERLEBIH SEDAP SAMPAI DIMAKAN TAIK HIDUNG TU.

    BETUL TAK PERUMPAMAAN SAYA?

    Sekian,maaf zahir batin.

    -Dora The Explorer-

    ReplyDelete
  57. AKUM DATO A.K.J>Pengmuman telah dibuat TPM telah mengumumkan calon BN/UMNO ialah TS ISA SAMAD yang dikatakan oleh TPM sebagai kehendak orang bagan pinang apakah ini suatu kenyataan yang benar jujur ikhlas atau ada yang tersirat lagi tersurat.Begitulah apa yang berlaku dalam kem BN/UMNO dengan penuh kata2 pujian yang teramat sangat kepada TS ISA SAMAD bagaikan tida cacat cealnya semua baik2 belaka.Sepatutnya UMNO/BN menjadikan calon nya adalah satu proses kearah pemulihan kearah perubahan yang sebenar atau kearah pemutihan agar ia dapat dilihat oleh rakyat sebagai wadah perjuangan kearah mempertahankan martabat orang mealyu itu sendiri.Pada pandangan saya pihak lawan BN/UMNO akan menggunakan isu TS ISA SAMAD dengan semaksima nya mungkin pembunuhan kreaktor akan dilakukan sebagaimana dipermatang pasir apakah ini sudah dikaji oleh BN/UMNO isu lama dan baru akan diolah menjadi satu cerita mahupun berbentuk drama bersiri atau filem cerekarama dan akhir nya rakyat yang akan melihat sama ada TS ISA menang atau kalah ya tetap memberi risiko yang tinggi kepada BN/UMNO kerana apa kerana BN/UMNO mengemukan pelakon yang tidak berbakat dikawasan itu dan pasti pada PRU 13 dia tetap menjadi isu kerana perlu ingat bagan pinang hanya PRK tetapi diperingkat nasional bagaimana?. SEKIAN DATO SEMOGA KITA TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG DIBERI KESIHATAN AKAL DAN FIZIKAL MARILAH BERDOA BERSAMA KEARAH ITU SAYA TUTUP DULU BICARA INI AZAN ASAR SEDANG BERKUMANDANG SERUAN UNTUK SOLAT TELAH TIBA WSLM JUMPA LAGI

    ReplyDelete
  58. Dear DAKJ,
    I think the real reason why Isa Samad was selected as ADUN candidate is because he has a secret weapon in his sleeve against Najib. If you dont select me , I will spill the beans. Remember the PD case. That's why politics in Malaysia sometimes defies logic.

    ReplyDelete
  59. Salam.

    Sesungguhnya TS Isa adalah manusia yang paling bersih lagi suci di seantero N9. Oleh itu, TS Isa adalah calon yang paling layak.

    ReplyDelete
  60. Anonymous5:04 PM

    Salam Dato'

    Telah tertanam dalam sanubari setiap insan agaknya, kalau nak menambahkan harta, nak naik kereta mewah 4-5 buah, memiliki banglo mewah 2-3 buah, jadi lah pemimpin politik. Kalau boleh jadi ADUN, untung-untung jadi MB sesebuah negeri.Ni yang terang tak payah disuluh kita lihat...pemimpin melayu kita dari UMNO ni la. Orang terkial-kial belajar sampai oversea belajar pun belum tentu kaya cepat berbanding kawan yang setakat SPM lepas tu masuk UMNO. Ampu sana sini....naik la cepat.
    Tapi kalau kita balik kepada tujuan asal penubuhan UMNO, ikhlas perjuangan...bukan ini yang sepatutnya. UMNO pembela MELAYU konon!!..Kalau ye pembela Melayu....tu kenyataan dan hakikat didepan mata, Negeri Kelantan yang majoritinya adalah orang melayu kenapa hidup begitu selepas 50 tahun lebih UMNO/BN memerintah Malaysia?
    Setakat cakap bila dah hilang sokongan..tapi realitinya pentingkan perut sendiri, juak-juak dan pengampu setia. Yang menentang cara hidup kita, walaupun Melayu dihukum....Kelantan tu lah contohnya!UMNO berubahlah kerana ia masih relevan cuma pemimpinnya dah ramai menyimpang....nampaknya.
    Maaf Dato'...emosional sikit bila teringat UMNO ADALAH PEMBELA BANGSA! Terima kasih kepada kerajaan UMNO/BN kerana hantar saya belajar jauh-jauh tapi bukan untuk diperbodohkan!Jujur saja walaupun ia pahit lagi bagus dari berfikiran semua orang masih macam zaman 50an-70an.

    thanks

    Insan Kecewa, Shah Alam

    ReplyDelete
  61. Anonymous6:10 PM

    Salam Dato'

    The biggies in BN have got real talent when it comes to sabotaging their own party.

    Even if Isa (in spite of his excess baggage) manages to pull it off, what exactly is the message that Najib is beaming to us?

    Are we living in Rod Serling's Twilight Zone? Surreal!

    Melati

    ReplyDelete
  62. Anonymous7:09 PM

    Datuk,

    Tan Sri Isa ni orangnya kelakar. Cakapnya suka berseloroh. Mudah didekati segenap golongan dan lawak jenakanya sering buat kita tergelak macam nak pecah perut. Karekter lawaknya seolah-olah jelmaan Arwahyarham Mahmood June yang disukai ramai itu.

    Tidak seperti sesetengah pembesar politik yang lain. Baru satu penggal jadi wakil rakyat; sudah sombong bongkak. Berlagak macam hebat sangat. Buat kerja malas. Dengan rakyat mereka buat tak tahu saja.

    Saya faham benar mengapa ramai orang di Bagan Pinang itu mahukan Tan Sri Isa sebagai wakil mereka. Dan saya faham benar mengapa sesetengah orang yang lain tidak mahu Tan Sri Isa ini bertanding kerana kes rasuahnya.

    Orang yang diluar UMNO pasti tidak akan faham mengapa Tan Sri Isa masih menjadi pilihan BN samalah seperti orang UMNO tidak akan faham mengapa Mat Sabu masih menjadi pilihan PAS dan Elizabeth Wong menjadi pilihan PKR walaupun sudah tercalit dengan skandal seks.

    Kita serah pada pengundi Bagan Pinang sajalah Datuk. Mereka yang punya kuasa untuk menentukan wakil mereka. Akibat baik dan buruk dari pilihan mereka ini, sama-samalah kita tunggu di PRU13 nanti.

    Dr Mahathir kata, Melayu mudah lupa.

    Saya kata, orang Malaysia semua mudah lupa.


    -sinbad-

    @ baru balik makan angin di PD.

    ReplyDelete
  63. MANTOL8:30 PM

    Salam.

    Zaman Pak Lah, UMNO letak orang baru. Orang muda. Pelapis konon. Rupanya penyamun bila dah berkuasa. Almaklum, usia muda, nafsu kuat.

    Bila yang berjasa disukai ramai, maka pemimpin yang sudah di atas mula la tak senang duduk.

    Pemimpin muda pun mencanang suruh tarik diri. Tapi si muda ini tidak popular pun sebab tidak reti berjasa. Hanya tahu menunjuk kuasa hingga BN hampir hilang kuasa.

    Semoga berjaya Tan Sri Isa.

    /MANTOL/

    ReplyDelete
  64. Salam Dato'

    Ada komen yg mengatakan rasuah dlm politik tu bukan jenayah kerana SPRM dan Polis tak ambil kes pun. Jadi bukan jenayah la. Dia bagi contoh org lain yg masuk penjara boleh bertanding dan menang tapi dia tak bagi tahu org lain tu masuk penjara kerana kesalahan apa.

    Ada juga yg mengatakan rasuah RM510 juta utk membeli kapal selam tu sebagai komisyen bukan rasuah.

    Juga dikatakan jangan di runtuhkan rumah hanya kerana satu pintu yg rosak tanpa memberitahu pintu lain dah banyak yang ternganga.

    Setakat yg saya baca hanya 2 komentar yg bersikap menyokong pencalonan TS Isa.

    Mana yg lebih penting masa depan individu atau parti? Sayangkan indivudu atau sayangkan parti?

    Sebagai ahli umno saya amat kecewa utk berhadapan dengan rakyat..amat kecewa.. umno semakin karam.

    Ahli-ahli umno yg diberikan kuasa sedang menghancurkan umno?

    Sesuailah Dato' hingga tak terkata..menutup mulut.

    ReplyDelete
  65. Umno membuat keputusan utk memuaskan hati segelintir pembesar-pembesar umno yg berkuasa tanpa memikirkan perasaan rakyat.

    ReplyDelete
  66. Anonymous12:49 AM

    Sometimes, the message is very clear when nothing is said. Somethings are better left unsaid then said.
    Habib RAK

    ReplyDelete
  67. malingsia is the truly thief nation of asia…
    noordin m. top is the truly gay in asia…he put his ass with a bom....jiaaahahahahahaahahahaaaaaaaa
    what a great nation, malingsia :P

    ReplyDelete
  68. Anonymous5:56 AM

    Salam DAKJ,

    Sekadar menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilihat sebagai pilihan yang salah tanpa mengambil tindakan konkrit dan berkesan tidak juga menggambarkan semangat untuk berubah.

    Jika itulah halnya tidaklah jauh bezanya (dari sudut keimanan) antara mereka yang sengaja mengambil jalan yang salah dan mereka yang menyaksikan kesalahan berkenaan tetapi tidak pula berbuat sesuatu agar kesalahan berkenaan dapat dibasmi dan seterusnya tidak diulangi.

    Ambil isu dadah sebagai analoginya: Kalau si A tahu tentang masalah penagihan dadah di kawasannya sendiri adalah disebabkan oleh kehadiran seorang pengedar dadah (si B), tetapi kalaulah si A tidak berbuat sesuatu yang signifikan dalam konteks menghalang si B daripada terus mengedar dadah makanya dari sudut pembasmian najis dadah bolelah dikatakan bahawa si A dan si B adalah kedua-duanya tidak boleh disandarkan harapan.

    Dalam konteks politik pula kalaulah ada sebuah parti (katakan parti A) mahu berpakat serta bersekongkol dengan sebuah parti lain (parti B) bagi tujuan yang baik sedangkan tujuan sebenarnya hanyalah untuk merampas kuasa dari tangan parti yang sedang berkuasa (iaitu parti C) maka dari sudut kemunafikan kepolitikan antara A dan B adalah seumpama mencari perbezaan antara 2x5 dengan 5x2 (iaitu sama saja jumlahnya).

    Oleh itu bagi juak-juak parti A yang sedar akan kesilapan besar yang dilakukan oleh parti sendiri (parti A) tetapi kalaulah mereka hanya berani menyatakan perasaan kesal di dalam hati makanya dalam konteks 'cakap tidak serupa bikin' tidakkah A di kira sebagai kalangan yang gagal di situ?

    Makanya kalaulah juak-juak parti A mahu mendabik dada dengan tahap keprihatinan terhadap masa depan status kebebasan partisipasi suara marhaen dalam kerangka politik lokal maka amatlah nyata bahawa mereka sedang menipu diri sendiri. Ini jauh lebih bahaya.

    Anak Bapak -- belum keliru.

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum Dato'

    It pains me that, for the first time, I actually pray that UMNO would lose in the coming Bagan Pinang by-election. Or, even if it won, I simply hope that the majority would be (much) slimmer.

    The general public's perception towards UMNO would never be the same again. It has clearly shown to the people that it has a place for corrupted politicians.

    ReplyDelete
  70. YBhg Dato',

    Faham kenapa Dato' tutup mulut. Sedih amat sedih melihat kapal umno yg semakin karam.

    Pengundi Bagan Pinang terutama sekali undi pos bakal menentukan samada mereka ataupun beberapa kerat pemimpin besar umnobn menentukan masa depan negara.

    Menang TS Isa bererti pengundi menggalakkan pembesar umnobn utk melantik lebih ramai lagi perasuah utk menerajui negara.

    Undi di tangan tuan-tuan.. selamat mengundi.

    ReplyDelete
  71. dato,
    nak wat camne, masalah umno ni pelbagai. ibarat perempuan tak cukup kain, tarik ke bawah yang atas terbukak, tarik ke atas yang bawah terlondeh. Tinggal lagi mana yang kurang problem, nak londeh ke nak terbukak.. Dilemma betul :-o

    ReplyDelete
  72. YBhg Dato'

    Assalamualaikum. Ini adalah satu kes ditelan mati emak diluah mati bapa kepada sebahagian pembahas. Pada saya inilah masanya kita melihat sesuatu secara matang ( selepas 52 tahun merdeka )dengan mengguna 'strategic thinking' dan tidak melalui emosi.

    Isunya betulkah pemimpin UMNO tidak berubah dalam kes pemilihan calun PRK ini. Mari kita gunakan KPI yang diperkenalkan YAB PM.

    (1 ) Calun yang dipilih adalah kemahuan ahli setempat. Ini menepati dasar rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan. Pemimpin UMNO tidak lagi mengamalkan konsep Majlis Tertinggi mengetahui semua dan dengan itu tidak lagi membuat keputusan sendiri dengan tidak mengambilkira kemahuan ahli diperingkat akar umbi.

    (2 ) Calun pernah dihukum kerana terlibat dalam politik wang.Rasuah memang tidak baik dan tidak boleh diamalkan walau sedikit pun. Soalnya politik wang ini melibatkan negara secara terus atau ianya berkisar dikalangan parti politik berkenaan sahaja. Adakah ianya melibatkan pentadbiran negara secara terus atau hanya politik dalaman parti sahaja.Adakah ianya amalan biasa calun atau disebabkan wujudnya sekatan-sekatan yang sengaja dibuat untuk menyukarkan sesorang bertanding sesuatu jawatan.

    Yang penting keputusan sudah dibuat. Tepat atau salah keputusan tersebut terpulang kepada rakyat tempatan menentukannya pada 11.10.2009 akan datang.

    Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain,
    Petaling Jaya

    ReplyDelete
  73. Salam Dato'

    Izinkan saya memberikan respond Islam terhadap pembalas2 yang mempertikaikan TS Isa sebagai calon PRK Bagan Pinang atas alasan terlibat dalam rasuah politik.

    1. Perlaintikan WAKIL Rakyat dibawah Akta Pilihanraya Malaysia memenuhi maksud takrif dan contoh penggunaan Hukum/Kontrak al-Wakalah atau Wakil-Mewakil Islam, 4 rukunnya, 2 syarat sah rukun pihak penerima wakil atau WAKIL yakni TS Isa sebagai calon WAKIL Rakyat PRK Bagan Pinang dan ORANG YANG MEWAKIL yakni para pengundi kawasan PRK Bagan Pinang.

    2. Hukum/Kontrak Wakalah Islam meletakkan syarat sah tunggal yang sama bagi pihak penerima wakil atau WAKIL dan ORANG YANG MEWAKIL seperti berikut:

    WAKIL dan ORANG YANG MEWAKIL hendaklah orang yang boleh dipertanggungjawabkan iaitu sempurna akal, cukup umur dan pintar.

    Manakala syarat sah yang ditetapkan bagi pihak penerima Wakil atau WAKIL ialah, mempunyai kuasa untuk mengendalikan perkara yang diWakil iaitu tugas dan tanggungjawab WAKIL Rakyat.

    ReplyDelete
  74. Salam Dato.

    Seperti Dato, saya cuba nak berpuasa dari mengulas isu Bagan Pinang tapi semakin ditegah semakin tinggi ketagihannya. Macam rokok juga.

    Pandangan saya mungkin agak berlainan dari pembahas yang lain. Saya melihat pencalonan ini bukan dari sudut "bekas pengamal politik wang yang dicalonkan semula" tetapi dari sudut kelangsungan hidup atau survival.

    Pertama, adakah pencalonan ISA akan betul-betul menjamin kemenangan UMNO-BN di Bagan Pinang?

    Perlu diingat, selain daripada untuk "menjamin kemenangan UMNO-BN" dalam PRK Bagan Pinang ini, pencalonan ISA juga dilihat sebagai satu platform/pentas untuk beliau bertapak kembali di Negeri Sembilan. Meneruskan kembali kelangsungan hidup selepas digantung beberapa tahun akibat politik wang/rasuah. Beliau juga, bagi pandangan saya dilihat sebagai "hanya seorang" / the only one yang mampu untuk menyanggah kepimpinan MB Mat Hassan. Dalam erti kata lain, saya lihat sudah ada pihak yang tidak berpuashati dengan MB Mat Hassan telah merencanakan ISA sebagai calon. Untuk apa? Tak lain tak bukan, untuk menjatuhkan MB Mat Hassan.

    Bukankah ini boleh menjadikan keadaan seperti di Terengganu dan Perlis di mana bekas MB masih berada sebagai ADUN dan akhirnya berbalah tak berhenti-henti? Sudah terang lagi bersuluh, lihatlah muka MB Mat Hassan semasa hari penamaan calon dan semasa semua mengangkat tangan tangan semasa pengumuman dibuat. Kelat bukan ? Di mulut lain bunyinya namun, di hati mungkin tak nampak tapi di riak muka terpancar segalanya.

    Kesimpulannya, selain soral moral, pandangan Tun Mahadhir dan sebagainya, banyak persoalan yg bermaiin di minda berhubung dengan penamaan ISA dan "survival politik" beliau sebagai calon UMNO-BN di PRK Began Pinang ini.

    Adakah dengan mencalonkan ISA "bagi menjamin kemenangan UMNO-BN di PRK Bagan Pinang" ini betul-betul strategi yang ampuh?

    Adakah ISA terlalu kebal di Bagan Pinang?

    Apakah "JIKA" tidak mencalonkan ISA, maka akan naik Sepandok "BOIKOT dan PROTES" oleh penyokong ISA?

    Dan setelah ISA dicalonkan, adakah penyokong MB Mat Hassan akan diam sahaja?

    Apakah tiada langsung penyokong MB Mat Hassan di Bagan Pinang?

    Sama-sama kita tunggu. Semua pihak pakat dok tunggu nak ngap saja ni. Ngap apa? Tak pastilakan. Tapi yang pasti. bukan Ngap Sayot la. Ngap Sayot pun dah kena ngap 8-0 dengan Jang haritu dalam Piala Malaysia. Hehe. Jangan mara nooo ... selingan saja ni

    ReplyDelete
  75. -Orang Kampong-11:41 AM

    kadang-kadang musykil juga ..apa dia KPI

    1. Untuk menjadi calon pilihan raya?

    2. Untuk jadi wakil rakyat yang berjaya (membangunkan dan membantu rakyat setempat)?

    Isa mungkin mendapat markah rendah untuk .1 tetapi mendapat markah tinggi untuk .2 .

    Ini yang perlu dipelajari oleh generasi pelapis UMNO dan Pihak PR sekali.

    Yang elok jadikan teladan, yang tak elok jadikan sempadan..

    Dalam konteks yang lebih besar, Isa
    berjaya menambat hati orang2 UMno setempat tetapi belum tentu rakyat setempat mengundi kepada dia nanti.

    -Orang Kampong-

    ReplyDelete
  76. Salam,
    Inilah kelemahan orang kita. Penagih dadah akan dicop sebagai penagih sampai mati walaupun dia sudah insaf. Semua majikan tak akan mengambil bekas-bekas penagih yang keluar dari pusat serenti untuk bekerja di syarikatnya. Sebab, anjing kalau dah makan tahi, kalau tak makan pun pasti akan dihidunya. Itulah perumpamaan yang orang kita pakai.

    Dalam kes politik Teluk Kemang, saya berasa amat bersimpati dengan ISA SAMAD. Apa salahnya memilih Isa Samad, dia adalah perasuah yang sudah insaf. Semua masyarakat di sekitar masih menyayanginya dan boleh menerimanya. So terimalah kehendak akar umbi penduduk Teluk Kemang.

    Pada saya adalah lebih baik memilih perasuah yang sudah insaf daripada memilih bakal perasuah baru kerana dia akan lebih pelahap

    ReplyDelete
  77. Anonymous12:54 PM

    Yang akan menentukan kemenangan pada PRU 13 nanti ialah golongan non-partisan atau atas pagar. Ramai dari golongan ini "mesra" kembali kepada BN apabila Tun kembali pada UMNO. Kini, ramai rasa tertipu. Rakyat didahulukan? No, no, no...warlords UMNO didahulukan.

    Windtalker

    ReplyDelete
  78. Lawak..lawak..

    It's sometimes better to keep your mouth shut.

    Dah tu kenapa Datuk hebahkan maklumat itu..bukan kah ramai yang emo dengan makluman Datuk ni..ke Datuk pun ada agenda tersembunyi..nak test market..

    Maaf..

    ReplyDelete
  79. Dato'

    Pakbelalang said,

    "Frankly, Dato', 3 months ago I just registered myself to be a member of UMNO through on-line registration and is now a member of an UMNO branch in my kampong at a retirement age of 59."

    You are now one of the 3 million plus members that UMNO claims to have. A statistic they will always proudly display.....

    Sad to say though that you've been had mate....

    If you do happen to wake up, you will again be the statistics that Tun Mahathir talks about when he claims that UMNO members refused to vote for UMNO because of its leaders.....

    ReplyDelete
  80. orgkpgdoha5:14 PM

    "Another brick(rotten) in the Wall" kata pink flyod
    UMNO should realize it in PRU 13.

    ReplyDelete
  81. sasha20208:06 PM

    pelik...masih ramai lagi yg tak faham dengan ulasan / komen yg saya hantar sebelum ini.

    Yang buat komen pun, banyak yg kurang bijak.

    Dulu, masa sayyidina Umar sebelum masuk Islam, adalah orang yg paling kejam dan bengis. Dosanya teramat besar. Bila dia masuk Islam, maka jadilah beliau umpama bayi yg baru lahir....

    Lepas tu terus berubah dan menjadi singa allah dan amirul mukminin yg kedua selepas Abu Bakar....

    Kalau ikut kebanyakan orang yg buat komen kat sini, yg mengatakan orang yg telah bersalah jangan diberi peluang, maka sayyidina umar pun tak patut jadi amirul mukminin.

    Yang penting disini, ialah kalau dia (Tan Sri Isa) disukai majoriti orang dikawasan itu, apa masalahnya...Ini bermakna , beliau pandai menjaga penduduk dikawasan beliau. Mungkin, beliau cepat menyelesaikan masalah rakyat, beliau kerap turun padang, banyak membantu orang susah tak kira parti politik, agama dan kaum.

    Janganlah jadi bodoh dengan mengatakan, kalau Isa menang dengan majoriti lebih besar, maka semua orang yg mengundi beliau dikatakan telah diberi rasuah...

    ReplyDelete
  82. sasha20208:12 PM

    RASUAH adalah satu perkataan yg sering digunakan untuk menjatuhkan sesiapa tak kira samada Kerajaan atau Parti atau Individu. Disetiap negara definisi RASUAH berbeza-beza. Di kira rasuah di negara lain tapi mungkin tidak dinegara kita.

    Dalam politik, setiap pemberian, hadiah, derma, membantu orang susah, pun boleh dianggap rasuah. Buat kenduri dan keramaian pun boleh dianggap rasuah.
    Ini semua sebenarnya kena ikut hati dan niat kita.

    ReplyDelete
  83. Sdr sasha2020

    Ramai yang tak faham dengan komen/ulasan sdr kerana hujah sdr menggunakan pandagan mata dan akal atau logik akal/sains yang, dalam Islam, disebabkan pemikiran manusia adalah terbatas. So, saya cadangakan sdr selepas ini gunakan hujah berdasarkan pandnagan mata hati.

    ReplyDelete
  84. Anonymous12:00 AM

    Salam dato kadir dan pembahas di sini.Selama ini dihebohkan satu dunia ahli umno ada berjuta-juta lemon.Tapi bila pilihanraya muka2 recycled haprak jugak yg tercalon.Bila menang tetap malu sbb kredibiliti calon terus dipersoalkan dan manipulasi undi pos.Kalau kalah lagilah malu.
    Lagu khas buat penyokong isa dan pengundi2 umno bagan pinang.

    DUIT
    Ada yang panggil ringgit
    Ada yang panggil dollar
    Ada yang panggil baht
    Ada yang panggil rupiah
    Semua ini duit
    Bikin orang belit

    Duit! Duit!
    Di mana kau duit
    Duit! Duit!
    Hutangku membukit

    Ada yang benci duit
    Ada yang cinta duit
    (bikin perut buncit)
    Skandal sana sini
    Punca juga duit
    Cari duit halal
    Agar jangan kesal

    Duit!
    Duit beli duit
    Duit!
    Buat beli cinta

    Ramai orang yang berkata
    Duit punca banyak dosa
    Jangan sampai makan rasuah
    Nanti bangsa jadi musnah

    Zaman ini zaman duit
    Tak ada duit diri tercepit
    Tapi jangan jadi hamba duit
    Nanti musnah diri sendiri

    rakyat tak bodoh.

    ReplyDelete
  85. Dalam menuju perubahan yang dituntut, UMNO menjadi keliru dan hilang punca apa 'perubahan' sebenarnya yang dimahukan ahli serta rakyat..

    Aplikasi 'trial and error' kini digunakan untuk mendapat formula perubahan tersebut.

    UMNO sendiri percaya mereka akan kalah besar di PRU13 nanti tetapi 'sikap tidak berputus asa dan mencuba' terus di amalkan Najib bagi mencari kunci ajaib membuka dan merungkai semua permasalahan dan fobia tersebut.

    Jika pembangkang meletakkan calon yang 'bermasalah' pun boleh menang, kenapa tidak UMNO, kenapa tidak kita cuba..mungkin itulah antara bisikan pada telinga Najib dan Muhyiddin.

    Yang jelas, terdapat perselisihan pendapat antara Najib dan Muhyiddin dalam soal calon Bagan Pinang dan sebagai merungkai masalah, kemahuan ahli UMNO dan masyarakat setempat dijadikan 'faktor penyebab' dalam pengumuman calon.

    Atas faktor 'calon tempatan popular' Isa terpilih mengatasi calon lain.

    Politik di Malaysia kini dipenuhi dengan pemimpin berciri ulamak sesat, nyanyuk, samseng, along, gengster, pengganas, komunis, penderhaka, peliwat, perasuah, pelacur, penzina, gay, lesbian, kaki bodek, kaki raba dan pelbagai lagi...dan itu perkara 'biasa' sesama mereka.

    Itulah 'menu' suci dalam debu yang dihidangkan kepada rakyat. Apakah kita masih mempunyai pilihan ??

    ReplyDelete
  86. As'kum Datuk,

    1. Saya hanya nak komen sedikit tentang ulasan " Sdra.Saji". Yang pertamanya sudah sahlah bahawa beliau adalah penyokong tegar TS Isa. Biasalah sebagai penyokong tegar sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawabnya untuk mempertahankan idolanya tanpa mengira apa persepsi orang.

    2. Kriteria yang diberikan oleh Sdra. Saji itu memang tepat dan betul.Tidak siapa yang boleh menafikan. Saya percaya kriteria ini juga sepatutnya digunakan oleh pucuk kepimpinan Umno. Cuma malangnya dalam kes pemilihan calon BN bagi PRK ini nampaknya dari beberapa ribu orang ahli Umno yang ada di Bahagian Telok Kemang atau di Negeri Sembilan, takanlah hanya TS Isa sahaja yang menepati kriteria ini. Mungkin ada kriteria tambahan pula yang digunakan.

    3. Saya percaya jika kepimpinan Umno berpegang kepada prinsip untuk membersihkan imej parti, maka mereka tentu tidak akan menamakan TS Isa sebagai calonnya. Bagi saya biarlah kita kalah dalam PRK ini kerana berpegang kepada prinip perjuangan parti (untuk membersih imej) daripada menang sorak, tapi seluruh kampung akan tergadai.

    ReplyDelete
  87. abdullahngah12:08 PM

    Membaca tulisan para pembahas sekalian, teringat dengan kata saidina Umar Al Khattab yang bermaksud: "manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat".

    Pro dan kontra mengenai Tan Sri Mohd Isa Samad ini dapat disimpulkan bahawa itulah para pemimpin umno yang ada sejak dahulu dan sekarang.

    Pun Dr Mahathir Mohammad yang beri nasihat pada Perdana menteri dan timbalannya agar jangan calon Isa bertanding di DUN Bagan Pinang tempoh hari.

    Barangkali saranan Tun Mahatnir itu bukan berupa nasihat, sebab itu kepimpinan umno membuat keputusan memilih Isa samad sebagai calon terbaik.

    Ada pembahas mengatakan isa Samad sudah bersih kerana sudah melepasi hukuman gantung selama tiga tahun.

    Bukan setakat itu sahaja, malah Isa dikatakan sudah insaf. Bermakna tidak akan melakukan rasuah lagi.

    Isa Samad bersih dari politik wang, tetapi dia masih belum bersih dengan lain lain rasuah, kerana belum dijatuhkan hukuman oleh SPRM.

    Bagaimana pula dengan harta yang dimilik semasa menjadi menteri besar selama 22 tahun itu.

    Beliau boleh dianggap bersih jika harta yang dimiliki itu diserahkan kepada kerajaan atas nama insaf dan bertaubah tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk rasuah.

    Adakah beliau sudah berhenti melakukan rasuah? Niat tidak cukup jika dosa rasuah belum diampun oleh manusia.

    Dosa rasuah bukan sahaja dosa dengan Allah tetapi ia berdosa dengan manusia. Allah tidak ampun dosa yang membabit manusia sama manusia, kecuali dosa manusia dengan Allah.

    Bersihkah Isa?

    ReplyDelete
  88. Anonymous2:19 PM

    Dato'

    Setiap individu ada hak masing-masing. Dalam konteks PRK, adalah menjadi hak individu untuk bertanding kalau ada kelayakan. Di BP semua yang bertanding adalah dianggap layak setelah pencalonan mereka diterima oleh SPR.

    Bagi pengundi, mereka juga ada hak untuk memilih dan atas sebab itulah mereka bebas memilih calon yang dimahukan berdasarkan pemahaman dan kesukaan masing-masing.

    Sebagai pelayar internet, mereka juga ada hak untuk memberikan pandangan berkenaan personaliti yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya. Cumanya adakah pandangan itu konsisten dan membina dalam konteks demokrasi?

    Apa yang diperhatikan ialah pandangan yang diberikan adalah tidak konsisten dan langsung tidak membina. Contohnya pemilihan calon. Apakah kriteria calon terpakai bagi bagi semua masa dan untuk semua parti politik?

    Kalaulah kriterianya adalah bersih dan bebas daripada melakukan kesalahan apakah ia harus terhad kepada rasuah saja?

    Kalaulah isunya adalah rasuah, apakah ianya hanya melibatkan 'politik wang' semata-mata?

    Kalaulah isunya adalah rasuah apakah ia melibatkan kesalahan semasa, kesalahan yang berlalu; yang belum dihukum atau yang telah menjalani hukuman?

    Kalau isunya adalah rasuah, apakah tidak ada beza antara yang telah bertaubat berbanding mereka yang terus mengamalkan rasuah.

    Kalaulah mereka yang telah melakukan kesalahan dan telah menjalani hukuman bagi sesuatu kesalahan dan bertaubat yakni tidak lagi mengulangi kesalahan berkenaan, apakah yang ini juga mahu di sekat daripada menjadi calon?

    Kalau jawapannya adalah ya, makanya apakah sekatan yang sama akan terpakai untuk calon dari parti sendiri dan bagi parti lawan; atau kriteria berkenaan hanya terpakai untuk parti lawan tetapi tidak untuk parti sendiri?

    Antihipokrit

    ReplyDelete
  89. Anonymous2:46 PM

    Para pengulas sekelian,

    Janganlah tuan-tuan semua susah hati. Isa Samad ni kes terpencil. Ia tidak mereflekskan dan mengiakan trend kehancuran yang melanda UMNO sekarang ini. Pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini yo lah. Pado pandangan den, orang Bagan Pinang dah lama kenal Isa Samad.(Fikirkan faktor ini, Tun Dr Mader dengan Isa Samad, siapa yang lebih lama memegang kuaso? Kek situ mungkin ada jawapannyo). Biar mereka tentukan nasib politik mereka. Jangan buat unjuran dan interpolasi yang bukan-bukan. Buang maso dan bazir emosi yo..Maksud den, jangan tersalah analisis. Isa Samad tetap menang. Tapi itu tidak menjadi penanda aras bahawo orang UMNO sudah maafkan perasuah-perasuah.

    Itu yo den nak posan.

    ReplyDelete
  90. Anonymous4:37 PM

    Datuk dan rakan pembahas,

    Nampaknya ramai pembahas dan boleh jadi juga pengundi Bagan Pinang yang bersikap dan bersifat mumafik talam dua muka. Lain cakap lain buat.

    Kalau Umno dan BN mahu calon suci, bersih dan bebas rasuah. Tapi kalau PR, ulamah merapu, bekas pesalah seks, pengamal free sex dan macam-macam lagi keburukan boleh diterima.

    Jadi kalahkan BN kalau calon tidak bersih macam anak baru lahir tapi pilih calon PR walaupun mereka sama kotor atau lebih kotor dari calon BN.

    Mari kita tebus harga diri. Mari kita jangan terus jadi manusia munafik. Tolak calon dan parti yang kotor tidak kira BN atau PR. Kalau tidak kita akan keluar mulut buaya tapi masuk mulut harimau.

    Ex-Banker.

    ReplyDelete
  91. Anonymous4:38 PM

    Sdr sasha2020

    Saidina Umar r.a. membuat kesilapan/dosa besar pada masa jahiliyah(sebelum masuk Islam), bila masuk Islam dah x buat dah. Yang si anu-si anu di negara ni dari kecik Islam dan dididik dengan ajaran ugama, tapi buat salah jugak. Dosa pahala Tuhan sahaja yang tahu.
    Tapi tak boleh lah terus berbuat dosa. Asalkan kembali kepada Islam, insya-Allah selamat.

    -peace to all

    ReplyDelete
  92. Anonymous4:55 PM

    Salam Dato'

    Buat saudara Dan Kajang, kriteria yg ada pd TS Isa yang paling utama ialah dia BANYAK DUIT. tu mustahak tu dalam UMNO...mana ade fisabilillah, perjuangan untuk menang mestilah berdasarkan wang dalam UMNO sekarang ni. Gantung poster hari ini, mlm org yg sama kait biar jatuh...pagi esok claim upah wang lagi utk naikkan poster semula. Biasalah jentera UMNO kalau takde duit banyak tak bergerak. Kalau letak calon lain atau muka baru orang UMNO tak semangat kerja.Duit tak banyak. TS Isa tak perlu diragui lagi tentang kekayaannya....jadi buat apa susah-susah....dia je la calon yang layak untuk UMNO/BN di Bagan Pinang.

    tq Dato'.

    Malik Klang.

    ReplyDelete
  93. Assalamu'alaikum Dato',
    Saya masih lagi ahli UMNO tp jika doa saya boleh menyumbang kpd kekalahan UMNO - Isa , maka saya mendoakan kekalahan beliau.

    Secara terang2an calon dipilih adalah pesalah rasuah (kalaupun bukan sabit undang2).

    UMNO semakin dah tak boleh diharap!!

    ReplyDelete
  94. Lebai Malang1:52 AM

    Assalamualaikum Dato',

    Sambung sikit lagi.

    Kenapa SPRM diujudkan oleh Pah Lah. Bukankah untuk menjadikan para pemimpin dan rakyat Malaysia amnya bebas dari gejala-gejala rasuah,penyelewengan, salahguna kuasa dan lebih penting lagi intergriti yang sihat lagi disanjung oleh dunia. Ingat kita telah terperosok ditangga ke 42 (2008)dari penilaian antara bangsa dari segi korupsi.

    Kenapa pula KPI (Kopentensi Prestasi Indek) itu pula diujudkan untuk wakil-wakil rakyat. Motifnya untuk melihat prestasi dan rekod-rekod perkhidmatan yang baik dan meningkat untuk wakil-wakil rakyat dan para pemimpin (terutama menteri-menteri).

    Kalau kita faham dan tidak menjadikan slogan-slogan itu retorik semata, kita tidak akan mengorbankan kehendak rakyat atau parti kerana semata-mata untuk melayani nafsu serakah sesetengah pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba dan tidak mempunyai rekod yang bersih.

    Atau kita cuba bermain sandiwara dengan menjadikan sesaorang calon itu kembiri dan sekiranya kalah maka tamatlah riwayat kerjaya politiknya disitu. Apakah kita sanggup memperjudikan parti Umno itu sebagai parti 'retorik' semata? Cakap tak serupa bikin. Apakah rakyat begitu bodoh untuk menilai permainan politik masakini?

    Didunia maya tanpa sempadan ini, rakyat sudah boleh mengekses perbagai info untuk ditelaah, dihayati, dikupas dari perbagai sudut untuk mencari maklumat-maklumat yang tepat dan gitu untuk dianalisis dan kemudianya dijadikan 'modul' untuk disimpan dikotak fikiran.

    Firasat saya, senang sahaja. Kemenangan TSIS nanti hanya ibarat 'menang jadi abu, menang jadi arang' kerana di Dewan Negeri nanti akan ada suatu lagi krisis dalaman yang akan menanti! Sama-samalah kita tunggu.

    Sebenarnya UMNO selalu lupa peristiwa masa lampau kerana pemimpin-pemimpin terdiri dari manusia-manusia yang hipokrit dan bebal yang berjuang untuk 'perut' bukan untuk bangsa melayu. Dapat segantang, agih secupak! Itulah UMNO.

    UMNOku tulin.

    ReplyDelete
  95. Sdr dan kajang

    Terima kasih kerana memberi perhatian komen saya mengenai isu pencalonan TS Isa dari sudut hukum/kontrak al Wakalah tersebut.

    Sdr dankajang,

    1. Saya orang Muar, Johor, menetap di KL sejak 1973, bukan ahli mana2 parti politik, bukan ahli perniagaan, jarang ke PD dan tidak pernah berjumpa dan bercakap dengan TS Isa.

    2. Pandanagan Islam saya dari sudut kontrak/hukum al-Wakalah tersebut merupakan usaha saya untuk memperjelaskan apa itu hak individu Muslim dan kumpulan dari segi hukum-hakam Islam yang diberikan oleh Islam terhadap TS Isa sebagai individu Muslim, ahli UMNO Bagan Pinang dan pengalaman luas sebagai wakil rakyat dsb, serta hak pengundi kawasan Bagan Pinang, di samping akur dengan pesanan ulamak dulu dan kini supaya umat Islam kembali kepada ajaran Islam jika berdepan dengan masalah luar biasa atau terpaksa membuat keputusan yang sukar, berbanding dengan pandangan lain berkaitan yang dilihat lebih berdasarkan kepada logik akal semata-mata yang terbatas sifatnya.

    3. Dalam lain perkataan, pencalonan TS Isa itu tidak bercanggah dengan Syariat Islam.

    4. Mengenai dakwaan rasuah politiknya itu dan daripada mana beliau memperlolehi wang untuk dijadikan wang rasuah politiknya, itu menjadi tanggungjawab pihak berwajib BPR/SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  96. Anonymous7:43 AM

    Assalamu'alaikum,

    Sebagai org 'paper' sy pohon Datuk buat sedikit 'research' dari akhbar-akahbar dulu dan 'post'kan apakah reaksi org UMNO bila Tun Razak ambil semula (Tun) Mahathir kepangkuan UMNO dulu. Lebih-lebih lagi pencalonan semula (Tun) Mahathir bertanding Pilihanraya ?

    Adakah ianya sama dengan pencalonan semula Tan Sri Isa ?

    Hanya ingin tahu sebab saya masih budak-budak masa tu.

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  97. Asssalamualaikum Dato,
    Umum dah umum dah, nak boleh buat apa.Biag la isa tenggelam dengan labu-labunya.Bior UMNO tenggelam dengan ISA-ISA nya

    ReplyDelete
  98. Salam Dato'

    Kekadang seronok juga membaca komen-komen utk cuba mempertahankan isu-isu yg dibangkit mengenai umno.

    Izinkan saya meminjam komen Man Ysf dlm blog ini mengenai umno; " ibarat perempuan tak cukup kain, tarik ke bawah yang atas terbukak, tarik ke atas yang bawah terlondeh".

    jika perempuan tu ok juga kot, tapi yg terlondeh ni lelaki dah berumur!

    ReplyDelete
  99. Sdr Man Ysf & Mat Jebon

    Sekadar bertanya, mengapa agaknya parti UMNO yang terkanal banyak wang dihari2 pilihanraya dan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang terkenal dengan kedai jual kain ela murah2,perempuan UMNO dikatakan tak cukup kain?

    ReplyDelete
  100. Anonymous1:44 AM

    Sdr Man Ysf, Mat Jebon dan Saji,

    "Sekadar bertanya, mengapa agaknya parti UMNO yang terkanal banyak wang dihari2 pilihanraya dan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang terkenal dengan kedai jual kain ela murah2,perempuan UMNO dikatakan tak cukup kain?"

    Maaf mencelah.
    Sebab tidak cukup kain ialah kerana semua kain-kain itu telah diborong oleh pakatan rakyat untuk membuat panji-panji dan kain rentang! Bukankah elok kalau semua bahan tersebut di hantar ke Manila dan Sumatera untuk kegunaan mangsa bencana?

    ALPASIKU

    ReplyDelete
  101. Anonymous5:55 AM

    Kalau kena tangkap rasuah, cukup dengan kena buang kerja, tak payah masuk jel? Sebab kena buang kerja itu pun sudah jadi satu hukuman?

    Itu ke logik Isa Samad yang telah dihukum?

    Lawak! Lawak!

    Ali Rustam kantoi rasuah tapi masih boleh jadi KM, jadi apa salahnya dengan Isa?

    Itu ke logiknya? Lawak! Lawak!

    Nasihat TDM dan Ku Li tak peduli, tanggung la apa yang akan jadi kelak.

    Sebab tu prospek Hassan vs Isa lebih menarik berbanding PRK Bagan Pinang!

    Fed-up

    ReplyDelete
  102. Sdr keluangman

    Jika sdr berusaha mengkaji 'perubahan' yang sudah dilaksanakan, dicadang dan sedang dilakukan oleh UMNO semenjak DS Najib menjawat jawatan Presidennya yang saya tidak perlu jelaskan dari sudut pemuliharaan atau konservasi bangunan bersejarah (KBB), sdr bukan sahaja tidak akan menjadi keliru dengan 'perubahan' tersebut, malah sdr tidak akan tergamak mengatakan UMNO keliru dalam melakukan 'perubahan' yang ditutut oleh sekelian ahli dan para pendokongnya.

    Ini, khasnya, berkaitan dengan pemiliahan pemimpin kitar semula/recycle, TS Isa Samad sebagai calon PRK Bagan Pinang.

    Kenapa tidaknya, ahli konservasi akan mengutamakan penggunaan bahan binaan recycle seperti genting "V" Cina dalam usahanya melakukan kerja KBB, selagi mana ianya masih terdapat dalam pasaran.

    ReplyDelete
  103. insan biasa10:23 AM

    itulah demokrasi ala barat. ikut suara ramai sekalipun salah di sisi Islam. Islam itu dagang, dan akan kembali pada dagang.

    begitulah kalau neraca kebenaran tidak ditimbang dgn neraca Islam. contoh: sekiranya satu tempat tu ramai umatnya tidak solat, maka tidak dianggap salah sekiranya org yg tidak solat diangkat menjadi pemimpin. sebab perbuatan meninggalkan solat sudah menjadi kebiasaan dan dianggap tidak asing lagi dan diterima sebagai cara hidup.

    begitu juga dgn rasuah, zina, arak sudah berleluasa dlm masyarakat, ianya lama kelamaan sudah tidak menjadi hal atau kudis lagi.

    walhal sekalipun satu dunia org Islam sudah tidak mahu solat lagi, tetap meninggalkan solat itu satu dosa besar di sisi ALLAH SubhanahuwaTa'ala.

    cuma hakikatnya, bukan saja pemimpin yg tidak solat tersebut berdosa di sisi ALLAH, malah masyarakat yg memilihnya juga adalah masyarakat yang sudah rosak akhlaknya.

    oleh itu tak perlulah masyarakat yg sudah rosak itu beriya2 mengaku memperjuangkan Islam...

    Wallahua'lam....

    ReplyDelete
  104. "Bila mana Datang KEBENARAN, Lenyaplah KeBATILAN dan Yang BATIL itu PASti LENYAP."

    ReplyDelete
  105. Salam Dato'

    Kemepen PRK Bagan Pinang nampaknya mula hangat Dato', apabila Presiden PAS, TGHA dalam ceramahnya semalam, telah 'memfatwakan' WAJIB mengundi calon BERSIH.

    Maknanya, dari sudut perundangan Islam yang dikaitkan dengan penggunaan konteks semasa hukum/kontrak al-Wakalah, TGHA dan jemaah PAS telah 'berijtihad' dari segi menambahjelaskan maksud ungkapan 'tanggungjawab pihak penerima dan pemberi wakil (calon wakil rakyat dan bakal pengundi)' di bawah syarat sah hukum /kontrak al-Wakalah yang saya bincangkan sebelum ini di atas.

    Sementara, TDM dilapurkan terus boikot jentera kemen UMNO/BN.

    ReplyDelete
  106. Dato', what you mentioned about the public transport system in Switzerland, it is definitely something we should adopt. But we are Malaysians. As such we cannot be Swiss, or Japanese, etc. But then we can learn and speak English, French, German, Japanese, etc. We can learn and use ICT very well. But then how come we cannot use the public toilets properly? But then after 50 years of Merdeka we still do not have a public transport system like the one in Switzerland. Since you are there, you should study, look at it, experience it and find more about the Zurich Integrated Public Transport System. Especially look at the trams efficiently running "at-grade" weaving through century-old and new buildings. Now, Dato' imagine how the trams running through Putrajaya. Finally, this part of the world originated the saying "form follows function" (the Bauhaus), and most of the things around there were developed based on this. Most of our Ministers, Govt leaders had been to Switzerland. They, like like you, had experienced and were impressed by the public transportation system. But when it comes to design and develop our own system, they forgotten about their experience in Europe. This sad, really sad, as Malaysians only the deserve less.

    ReplyDelete