Tuesday, November 24, 2009

Perihal Datuk Menteri, Menantu Dan Carla Bruni

A Kadir Jasin

[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]

TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya tunduk kepada persepsi dan pendapat umum bahawa pelantikan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan adalah langkah tidak popular dan meragukan.

Apa pun alasan dan motivasi Menteri Besar Kelantan itu melantik menantunya ke jawatan penting yang sangat hampir dengan Pejabat Menteri Besar itu tidak berguna dan bermakna apabila berdepan dengan pendapat umum yang negatif.

Dipendekkan cerita, pengalaman Nik Abdul Aziz ini wajib serentak dijadikan teladan dan sempadan oleh semua Wakil Rakyat dan penjawat awam.

Teladan: Langkah Nik Abdul Aziz mengakui kesilapan dan memecat menantunya adalah tepat dan berani.

Sempadan: Sayangkan anak, menantu dan bini ada had dan batasan. Sayang di rumah bawa bahagia. Bawa anak, menantu dan bini campur tangan dalam urusan negara mengundang bencana.

Mungkin Nik Abdul Aziz termakan mantera meritokrasi. Mungkin pada perkiraannya si menantu layak dilantik ke jawatan itu atas dasar meritokrasi. Atau boleh jadi juga dia berasa bahawa sebagai Tok Guru, apa sahaja keputusannya akan dipersetujui dan dihormati.

Saya tidak akan kering air liur atau berhenti mengingatkan Wakil Rakyat bahawa pengundi memilih mereka dan memberi mandat kepada mereka. Pengundi tidak memilih apatah lagi memberi mandat kepada anak, menantu, isteri, abang, adik dan kroni mereka.

Teringat saya berita yang disiarkan oleh akhbar arus perdana tempatan pada 19 November lalu bertajuk “Carla Nafi Suami Jadi Pak Turut”. Carla adalah Carla Bruni-Sarkozy, seorang bintang filem Perancis yang kini isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.

Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.

Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.

Jadi janganlah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri.

38 comments:

  1. akm dato....

    Apa pendapat Dato dengan berita di bawah .....


    Isteri wakil rakyat diminta iringi suami dampingi rakyat - di petik dari utusan online

    SHAH ALAM 4 Nov. - Isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) diminta memainkan peranan untuk bergerak seiring dengan suami mereka bagi mendampingi rakyat dengan lebih dekat.

    Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pendekatan itu penting dan patut dipraktikkan terutama di negeri-negeri yang sedang dikuasai pakatan pembangkang.

    Beliau berkata, dengan berbuat demikian, para isteri wakil rakyat akan dapat menjiwai kemahuan dan keperluan rakyat.

    Pada masa yang sama, katanya, mereka dapat mengatur aktiviti dan program yang relevan dengan kehendak semasa rakyat serta kumpulan sasar.

    ''Saya rasa pendekatan ini penting terutama di Selangor kerana melalui program-program yang memenuhi kehendak rakyat kita akan dapat mengukuhkan silaturahim antara pemimpin serta isteri mereka dengan rakyat.

    ''Apabila terjalin kemesraan maka wujudlah kepercayaan serta perasaan sayang terhadap pemimpin dan cara ini diharap akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada BN.
    ''Saya juga minta isteri-isteri wakil rakyat agar turun padang dahulu untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan bagi mewakili suami yang mungkin terlambat kerana sibuk dengan tugas dan mesyuarat," kata beliau

    ReplyDelete
  2. salam tok,
    lain macam jer bunyi nya ayat yang hujung tu.. apa pun saya setuju bahawa tiada 1st lady didalam negara ini dan biarlah berpada apabila melakukan sesuatu kerana pengajaran yang lalu banyak mengajar, itu pun kalau nak ikut tok!
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. semua orang patut aware dengan konsep intergriti. kalau dah sah2 seseorang tu kompeten dan berwibawa, tak perlu recommendation dari bapa mertua pun boleh berjaya.

    ReplyDelete
  4. Sdr Tabuan,

    1. Saya tak kata isteri YB tak boleh ikut suami jumpa rakyat;

    2. Yang saya kata tak boleh adalah isteri, anak dan menantu YB yang rasa atau bertindak seolah-olah mereka ada kuasa macam YB;

    3. Saya pemberita tua. Saya pernah lihat dan kenal Tun Sharifah Roziah (Almarhum), Tun Rahah, Tun Suhaila, Tun Dr Siti Hasmah dan Allahyarhamah (Tun) Endon Mahmud; dan

    4. Isteri boleh menjadi aset dan bantuan kepada YB jika pandai memainkan peranan dan tahu batas serta sempadan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. setuju dgn datuk, semua isteri YB wajar mengikut suami masing2, tp cukup lah sekadar memberi sokongan,ataupun mungkin memberikan pandangan, bukan untuk menjadi lebih sudu dari kuah

    ReplyDelete
  6. Setuju, TGNA sangat berani. Ingatan yang bagus untuk semua yang tidak beringat.

    ReplyDelete
  7. Salam Datuk,

    Melalui pengamatan saya, majoriti isteri YB sekadar menjadi penyeri sewaktu suami menghadiri majlis. Namun, beliau aktif mengetui pelbagai kegiatan belakang tabir bersama kaum hawa.

    Pada masa sama wujud juga isteri YB (ADUN) jarang berucap di majlis keraian kerana berasa kekok, tidak memiliki kemahiran pengucapan awam. Jadi lebih selesa sekadar mengukirkan senyuman sambil bersalaman dengan orang ramai, khususnya perempuan dan bercakap sambil berbisik rapat ke telinga.

    Apapun, jika isteri YB dari pelbagai parti kurang bijak bercakap di khalayak bukan perkara menghairankan kerana segelintir YB juga kadangkala berucap secara kurang effektif, monotonous dan membosankan. Isteri YB di kampung saya, Kg. Sg. Bill di Tanjung Malim, Perak pula tidak pernah bersua muka. Mungkin kerana saya agak sibuk berkerja, YB dan isteri lebih sibuk berbanding saya.

    Di Amerika Syarikat, Michelle Obama sering dilihat mengiringi suami, Barack,ke majlis umum tetapi tidak kelihatan terlalu menonjol 'as if' beliau ketua negara (first lady) melalui kenyataan sewaktu berucap sebelum ini.

    Barangkali Michelle mempunyai penasihat terbaik berhubung setiap kandungan ucapan bakal dikongsikan dengan lebih 300 juta rakyat Amerika.

    ReplyDelete
  8. ORANGUTAN PENANG3:41 PM

    Tok Kadiaq

    Bila pikiaq balik gejala anak bini dalam pakatan rakyat memang lagi hebat dari BN.

    Anak anak Karpal,Anwar,Lim Kit Siang,
    siang siang lagi dah masuk politik.Memang dah kuah tumpah ka nasi kot.

    Jadi kaki kritik dan membangkang mcm saya ni memang syok,salah orang memang senang betui nampak.

    Cuma kalu pilih anak menantu ka jawatan yang ada kuasa,baik pikiaq balik.Tok Guru depa kata setan pangkat jeneral yang dok mai seduce.HeHe

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:47 PM

    Salam,

    Saya amat setuju dengan pendapat bahawa dalam kejayaan suami, ada isteri dibelakangnya.

    Tetapi harus mengetahui batas-batas dan had yg sewajarnya antara suami dan isteri..sy sentiasa mendengar bahawa bila lelaki menjadi pemimpin, maka lelaki itu bukan sahaja menjadi ayah dan ketua keluarga, tetapi ayah dan ketua kepada semua rakyat di bawahnya...

    Saya doakan semoga kesejahteraan Malaysia akan sentiasa diberikan oleh Nya.Amin

    Nik
    Daejeon

    ReplyDelete
  10. YB Dato':
    Tampalan Dato' kali ini terlalu menarik.
    Walau bagaimana pun kepujian patut diberi kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana sedia menerima pandangan orang lain dan megambil tindakan segera.Tak seperti sesetengah pemimpin tu Dato', langsung tak ambil kisah pandangan sesiapa pun seolah-olah dia saja yang cerdik! kalau betul-betul cerdik tu tak apalah Dato'!...
    Tentang tampalan Dato' yang hujung tu! amat menusuk kalbu Tok! harap-harap sampailah tuh!!...
    Terima kasih Dato'.

    ReplyDelete
  11. Now that you mentioned the exquisite Carla Bruni as

    First Lady I feel compelled
    to bring this issue uf our ministers behaving as though

    they are Silvio Berlusconi , someone that I do not like

    very much like but nonetheless thought to a be a 'great'
    fellow. He is everyman's[european wise that is ] dream.
    Slept with different great beauties and own one of the

    world' best football club and a billionaire to boot. And
    not forgetting that Carla is also Italian just like our

    friend.

    My cynical observation would indicate that many of our

    politicians like to be Sylvio only that we do not have
    as many promiscuous beauties as in Europe. Nonetheless
    the modus operandi is still the same , only that our

    politicos are similar fish in a smaller pond!

    Many of our politicos are muslims with no 'privelege'
    of catholic confessionals like Silvio, who could start
    every Monday with a 'clean slate'.

    Silvio Berlusconi, by virtue of being a catholic could
    only have one wife. But our muslim politicos are
    behaving exactly like Silvio when they have the
    privelege of having 4 wives and in the good tradition of
    Islamic values promote good healthy lifestyle.

    Just the other day , While I was waiting at carpark
    near a PPRT somewhere in Cheras, I made a small talk
    with a Chinese gentleman tinkering in the boot of
    his perdana . Surrounding him were a nice lady and her
    3 tall and pretty children in the teens. And this man
    introduced the woman as his wife [or rather one his two
    wives] . I was struck by the politeness of his children
    and they looked magnificently well fed, well brought up
    and children who would make any parents proud. Even when
    polygamy is not encouraged [or rather there is no

    prohibition ] in chinese culture , I have just been

    introduced to a successful social engineering thingy
    which Allah encouraged which our previous primes

    ministers silently or otherwise have curtailed or

    ignored . This is
    obvious when we study how many cabinet ministers have
    more than 1 wife in the last 4 regimes . Answer none.

    But if we ask how many politicos fornicated and have

    extra marital affairs ? Answer. A lot of them!


    Just imagine how much good the high earning politicos
    could do if each of them keep [ or for muslim politicos
    =properly marry ] a few women of the pprt or even middle

    class community. Funnily in a supposedly muslim
    country polygamy is frowned by the politicos and

    intellectuals but fornication is accepted [ at least
    no brouhaha is raised]

    ReplyDelete
  12. Salam Dato'

    Dalam Islam, punca segala masalah ialah ketidakmampuan manusia untuk melawan godaan syaitan daripada terjerumus melakukan nafsu paling jahat atau amarah seperti politik wang, berebut2 menjadi ketua parti dan membagi projek atau jawatan kepada anak dan menantu atau keluarga sendiri yang dipermudahkan dengan wujudnya apa yang disebut sebagai perkara2 yang menyukarkannya melawan godaan syaitan di sampingnya,yang antaranya, ialah;

    a) tidak percaya kepada Hari Pembalasan,

    b) terlalu cintakan diri sendiri, keluarga dan organisasi/kumpulan sendiri?

    Bagimana mungkin orang sealim TGNA itu boleh tidak mampu melawan godaan syaitan? Atau tidak tahu punca kepada segala masalah? Adakah kerana, lagi bertambah tinggi kealiman seseorang itu, lagi tinggi godaan syaitannya?

    ReplyDelete
  13. Anonymous5:01 PM

    Dato'

    Hairan mengenangkaan kebelakang ini kenapa Pas membuat begitu banyak 'pusingan U'. Apakah kerana baru belajar atau sememangnya itu ada kaitan dengan sifat manusia - lemah dan alpa?

    Hakikatnyaa, perlantikan jawatan dalam organisasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan bukanlah sesuatu yang bersifat rahsia. semua pihak bebas mendapat maklumat mengenainya.

    Oleh itu semestinyalah pelantikan menantu MB telah sampai kepada penglihatan, pendengaran atau pengetahuan semua pihak yang mengikuti perkembangan politik semasa dan termasuklah Pas.

    Apabila Pas tidak mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan berkenaan di awalnya, makanya persepsi yang melata dalam kalangan khalayak umum ialah: Pas tidak melihatnya sebagai sesuatu yang bersifat negatif.

    Tetapi setelah timbul huru-hara maya susulan apa yang dilihat sebagai amalan nepotisme dalam Perbadanan Negeri, kenapa Pas berubah pendirian dengan meminta MB Pas dari negeri Cik Siti Wan Kembang supaya mempertimbangkan semula kedudukan jawatan CEO dalam perbadanan yang di Pengerusikan oleh MB berkenaan?

    Antihipokrit

    ReplyDelete
  14. Salam dato,


    Dato ni menyalak bukit ka,salak gunung ?..tetapi tak mengapa juga,
    sebab MESTI ada seorang didalam sesuatu kelompok mengingatkan yang lain dan cuba mendidik/ memperbaiki/mendorong kejalan lebib baik atau benar....


    Dato tak perasan ka,diMalaysia ni, kalau seorang ahli keluarga ada `kuasa',tak kira le menteri ka,timbalan menteri ka,KP ke,KSU ka,ketua jabatan ka,mandur ka,guru besar ka,ketua kampung ka,ketua bahagian ka, cawangan ka,drebar menteri ka,tukang kebun pengarah ka dll....HABIS SEMUA AHLI KELUARGA DEKAT dan jauh `angkat bakul', lepas tu jadi `hangers on',tempek kuasa,jual nama sorang tu untuk semua dapat apa yang `dihajati', dengan cara sebenar ataupun secara `gelap'...


    ITU TAK MASUK lagi yang kata `saya',`kami',`semua' yang betui-betui sokong `tuan'....lagi ramai
    `hangers on' di kategori ini!.


    JADI, kalau TGNA seorang dari 27 juta orang yang `sedar' diri,cut short the damage line,correcting the `correctables'.. ada lagi 27 juta tolak satu yang bolih MENYUSAHKAN...


    BINI-BINI MENTERI,TIMB MENTERI( TAK KIRA NOMBOR BERAPA PUNYA BINI NI) elok dok kat rumah, kalau dok pi turun dengan laki, akan tambah
    `hangers on ni' lagi...menangis kat bini dia orang tu,merayu,bisik-bisik,salam bersisi dsb mintak tu mintak ni ikut laluan BINI...LAGI MENYUSAHKAN LAKI nanti...tak tolong salah,tolong nanti berbalah, tenguk saja dikata `buta mata',tak tenguk dikata `buta perut' ......., BINI ni kadang kadang LEBIH show nya dari laki!! ada laa contoh sepanjang masa sekarang,TV dan surat khabar pulak kipas kuat kuat BINI ni, kuat kuat betui sejak kebelakangan ini,ada laa yang diharapkan olih bos bos tu.....

    MASYARAKAT, kalau bolih NAK semua `free' ini akan lingkup dan melingkupkan negara kalau berterusan begini.

    YANG laki pulak dok pi cerita hal `rumah tangga' MALAYSIA kat new york,washington, bandung,singa-pura, bangkok tu BUAT APA, orang sana dengaq ka?...ATAU kat mana pi pun ORANG lain tak dengaq?..ganjil cerita `masaalah rumah tangga' malaysia olih memteri dsb dinegeri lain..ni pun satu `trend' baru juga...BUAT HABIH duit kut ni..kalau hantar reporters tu kira berapa orang lain dengaq dan faham lagi bagus...


    Abu Bakar Ab Rahman

    ReplyDelete
  15. Anonymous5:48 PM

    Salam Dato'

    Dato' kata, "Dalam sistem kepresidenan (presidency) Perancis seperti juga dalam sistem Amerika, Presiden adalah Ketua Negara dan Ketua Kerajaan. Jadi isteri Presiden Perancis dan Presiden Amerika memainkan peranan sebagai Wanita Pertama atau First Lady.

    Kita tidak ada sistem itu. Kita ada dua ketua. Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong dan Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri. Macam Ratu Inggeris Ketua Negara dan Perdana Menteri Inggeris Ketua Kerajaan.

    Jadi janganlah silap atau sengaja bagi gelaran atau jolokan Wanita Pertama (First Lady) kepada sesiapa. Kita tidak mahu berlaku salah protokol kerana negara kita adalah negara Raja Berperlembagaan dan kita ada adat resam sendiri."

    Saya rasa orang dan kumpulan yang cuba mempaparkan bini Najib sebagai Wanita Pertama negara itu kalangan yang tahu apa itu sistem kepresidenan dan sistem perdana menteri tersebut, dari segi apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan oleh bini Presiden dan Perdana Menteri masing-masing atau bukan calang2 orangnya.Tak percaya cek siapa di belakang Projek Permata Rosmah?

    Maksud saya, adakah mereka itu golongan yang keliru pemikirannya? Suka2 mengubah sistem mengikut selera? Gatal tangan? Atau, pembodek?

    Yang paling saya bimbang dan kebanyakan rakyat tidak tahu ialah sistem2 impot lain bagi keperluan pengurusan projek awam yang diubah2seperti yang dilakukan terhadap sistem perdana menteri itu yang menimbulkan masalah kepada negara dan orang Melayu.

    Saji

    ReplyDelete
  16. Roti Planta6:46 PM

    Dato',
    Seronok ye bila dapat tulis dan ulas kelemahan TGNA.... Macam India dapat todi... terus hentam sampai tak sedar diri.

    Bye/Roti Planta

    ReplyDelete
  17. Salam DAKJ

    Niat, masalah dan bermasalah

    Maaf lambat komen mengenai isu PRK semula di Kedah. Bagi saya, sebenarnya ianya bergantung pada niat. Nak sembahyang dimulai dgn niat, nak puasa, nak sedekah dan sebagainya adalah dimulai dengan niat. Kalau niat kerana Allah, Insyaallah selamat, kalau niat nak dapat ‘secondary gain’ atau niat nak niaya orang, insyaallah Allah akan balas dengan bala nanti. Hanya Allah yg mengetahui niat seseorang. Kita cuma boleh agak-agak je.

    So macamnilah. Kita ni manusia biasa, akan ada hari yg sihat, sakit, senang, susah dan sebagainya. Kalau YB tersebut memang tak sihat dan tak datang sebab memang ada masalah lebih mustahak menghalang, YB tersebut memang tidak bersalah. Tapi kalau buat-buat je, memang YB tersebut bermasalah. Kita tak tahu niat beliau dan yg mana benar dan yg mana salah. Hanya Allah yg maha mengetahui.

    Disebalik itu juga, kalau speaker tahu yg YB tersebut memang ada masalah pada masa tersebut, dan juga telah diberitahu kepada beliau, TETAPI masih dikenakan tindakan, sebenarnya yg bermasalah adalah speaker (kerana Speaker boleh menasihat tentang peraturan dewan dan tindakan yg boleh diambil pada masa itu juga jika beliau mahu). Lainlah kalau speaker sendiri ada agenda udang disebalik mee. Tetapi kalau speaker sendiri tahu niat YB tersebut cuma buat-buat masalah, memang speaker tak bersalah.

    Kesimpulannya, sekali lagi, hanya Allah mengetahui niat manusia. Kita boleh agak-agak je. Balasan yg adil dan setimpal akan diketahui di akhirat nanti. Tentang topic terbaru, nanti saya ulaskan. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  18. Salam Dato', saya sangatlah setuju jika kesemua isteri YAB dan YB kita mengikut contoh Tun Dr.Siti Hasmah Ali isteri kepada Tun Dr.Mahathir kita.

    ReplyDelete
  19. Datuk,

    Baru-baru ini Obama berada di Singapura menghadiri persidangan APEC dan seterusnya melawat Jepun, Korea dan China (PRC). Apa yang jelas beliau tidak ditemani oleh isterinya. Malah ketika turun dari kapal terbang di Singapura beliau memegang payung sendiri (ketika itu hujan). Tidak ada khadam-khadam untuk memegang payung untuknya. Cuba bandingkan beliau dengan orang-orang politik Malaysia baik kecil atau besar.

    Maria Schroeder, isteri Governor California, telah dua kali ditahan polis kerana bercakap telefon ketika memandu. Malahan dia dimarahi Arnold Schwarzenegger (suaminya) dikhalayak ramai kerana kecuaiannya. Arnold juga sering memandu kereta sendiri kepejabat dan ke majlis-majlis rasmi. Malahan hakim-hakim mahkamah agung, governor-governor, senator,congressmen dan mayor juga memandu sendiri. Bukan tak ada duit nak gaji pemandu cuma mereka rasa lebih dekat dengan rakyat apabila mereka memandu termasuklah berhenti di lampu isyarat.

    Isteri-isteri pula ( ahli politik dan pegawai awam) tidak boleh berlagak lebih dari suami. Apatah lagi menggunakan kemudahan-kemudahan kerajaan yang diberi kepada suami. Nanti kena hentam oleh akhbar dan berbagai pihak lain.

    Sekadar bandingan. Malaysia has a long way to go.

    ReplyDelete
  20. Roti Kaya8:25 AM


    Roti Planta said...
    Dato',
    Seronok ye bila dapat tulis dan ulas kelemahan TGNA.... Macam India dapat todi... terus hentam sampai tak sedar diri.

    Bye/Roti Planta

    6:46 PM



    Seronok kau ye kalau Pak Kadir ulas kelemahan BN.... Macam India dapat todi... terus hentam sampai tak sedar diri.

    Bye/Roti Kaya

    ReplyDelete
  21. Anonymous10:52 AM

    Dear Datuk,
    Its very difficult la, sure if the person elected and rise to big position, sure he/she will try give benefits to his family members. Many term & perspective how to view this kind of issue. It can be cronynism, or people give face to his father to do favour.

    Look here, we have Lee Kuan Yew and his son, Karpal & his son, Kit Siang and his son, Chua Soi Lek and his son.

    For UMNO/PAS, we have Pak Lah and his SON IN LAW, Nik Aziz and his SON IN LAW.....don't know why la...Malay leaders always favour SON IN LAW one or their wives like the BALKIS case.

    From,
    Ah Lam

    ReplyDelete
  22. Assalmualaikum Dato'.

    1. Actually being a First Lady is not just being beside the No.1(in our case, the PM).Of course I will agree that the wife should be beside the husband most of the time but not all the times.She should be seen as a number one suporter of the husband, wheather he is the PM,TPM,Ministers or MP/ADUN.

    2. But of course in the purely adminstrative functions the wife should not be around at all so as not to create the public immpresion that the wife has miggle in the running of the husband's office.

    3. Most importantly, the wife should also play a motherly roll especially amongst the young ones. I have had the opportunity to have lunch with the former First Lady (Tun Dr. Siti Asmah) at Sri Perdana when I brought along a group of PERKESO TASKA children to visit Sri Perdana. I was deeply suprised that she was not only the First Lady but also behave like a mother to the visitors like us. I did mentioned to her that she is like my mother. Her replied was "of course, I am, because I am also a mother to my children". I really admired her until today.

    ReplyDelete
  23. Anonymous1:14 PM

    Sdr OKJ,

    Mengikut keperluan peraturan dewan, kalau ADUN tak dapat datang, boleh bagi bagitahu speaker awal-awal.

    Dalam kes ini, Abu Hasan buat dek je. Speaker kena hantar wakil pegawai untuk siasat. Maknanya memang Abu Hasan memang ambil ringan dengan kerja.

    Dalam kes Nik Aziz, memang beliau berani. Sebab beliau sendiri yang umumkan.

    Malangnya tiada sesiapa yang peduli, siapa orangnya yang nak sponsor tu bagi keluarga Nik Aziz.

    Ariffahmi dah lama dilantik. Jadi kecoh cuma bila ada laporan MACC. Tak sampai pun sebulan lalu.

    Kes ini, terima kasih kepada MSM, menutup cerita wang ehsan. Terima kasih BN, orang Kelantan belum lupa cerita skandal PPRT.

    p/s tahniah rakyat Malaysia kerana GST akan di kuatkuasakan lebih cepat dari yang dijangka. Tidak secepat tindakan berikutan kebocoran RM28 billion seperti laporan Audit Negara. Atau secepat membentuk blue print untuk ekonomi negara menjadi ekonomi high income.

    Fed Up

    ReplyDelete
  24. Dato' dan rakan pembalas,

    Apa yang saya fahami daripada ayat posting Dato' berbunyi, "Saya tidak akan kering air liur atau berhenti mengingatkan Wakil Rakyat bahawa pengundi memilih mereka dan memberi mandat kepada mereka. Pengundi tidak memilih apatah lagi memberi mandat kepada anak, menantu, isteri, abang, adik dan kroni mereka" ialah;

    Dato' tidak kisah jika anak, menantu, isteri, abang dan adik kepada Wakil Rakyat diberikan jawatan awam atau politik dsb jika mereka juga berjaya menjadi Wakil Rakyat seperti Pak Lah dengan menatunya KJ iaitu bukan kerana atas dasar keroni atau ihsannya.

    ReplyDelete
  25. Dato Pathi.1:25 PM

    Dato Kadir.

    Rosmah beri arahan supaya ia di panggil First lady.Apa ini satu kesalahan dato.Kenapa Orang Melayu,termasok dato suka sangat jaga tepi kain orang.Suka mengumpat dan membuat fitnah,

    Semoga Kita di selamatkan oleh Allah dari bencana.Amin.

    ReplyDelete
  26. as-salam Dato,

    satu untuk MB kelantan, satu untuk Malaysia. seri.

    ReplyDelete
  27. tok

    ketika saya baca tulisan tok ..saya berada di arafah
    bagi saya ini ada tulisan tok terhebat
    tahniah..
    doa saya untuk bonda tok di kedah
    ingin saya berpesan
    "berikan yang terbaik semasa dia masih ada"

    salam

    ReplyDelete
  28. Anonymous8:49 PM

    SHAH ALAM, Nov 25 — Denying that he violated secrecy laws, Tan Sri Khalid Ibrahim today slammed the Federal Government for using bureaucracy as an excuse not to make public the Bukit Antarabangsa landslide report.

    The Selangor mentri besar was responding to Works Minister Datuk Shaziman Abu Mansor who said the report was not declassified because there was no request from the Ampang Jaya Municipal Council (MPAJ).

    “The state has already written a letter to the Public Works Department (PWD) asking for the report to be declassified and were told to write to the cabinet, which we did, now they want MPAJ to write to the cabinet,” Khalid told reporters here today.

    “This is an exercise of good bureaucracy, what’s easy is made difficult.” said Khalid sarcastically, but added he would order the municipality to do so.

    NAMPAK GAYA MAKIN SUSAH UNTUK UMNO/BN MENAWAN SELANGOR!

    minah ronggeng

    ReplyDelete
  29. Anonymous8:49 PM

    Dato'..

    Kontrak cuci kapal terbang apa cerita, macam mana?

    minah ronggeng

    ReplyDelete
  30. Sdr OKJ dan Fed up

    ISU PILIHAN RAYA KECIL SEMULA DI KEDAH

    1. Betul, apa yang sdr OKJ katakan tu, "ianya (semua amalan /perbuatan seperti tak hadir sidang DUN KEDAH) bergantung pada niat Sembahyang dimulai dgn niat, nak puasa, nak sedekah dan sebagainya adalah dimulai dengan niat. Kalau niat kerana Allah, Insyaallah selamat, kalau niat nak dapat ‘secondary gain’ atau niat nak niaya orang, insyaallah Allah akan balas dengan bala nanti. Hanya Allah yg mengetahui niat seseorang. Kita cuma boleh agak-agak je.

    So macamnilah. Kita ni manusia biasa, akan ada hari yg sihat, sakit, senang, susah dan sebagainya. Kalau YB tersebut memang tak sihat dan tak datang sebab memang ada masalah lebih mustahak menghalang, YB tersebut memang tidak bersalah. Tapi kalau buat-buat je, memang YB tersebut bermasalah. Kita tak tahu niat beliau dan yg mana benar dan yg mana salah. Hanya Allah yg maha mengetahui.

    Disebalik itu juga, kalau speaker tahu yg YB tersebut memang ada masalah pada masa tersebut, dan juga telah diberitahu kepada beliau, TETAPI masih dikenakan tindakan, sebenarnya yg bermasalah adalah speaker (kerana Speaker boleh menasihat tentang peraturan dewan dan tindakan yg boleh diambil pada masa itu juga jika beliau mahu). Lainlah kalau speaker sendiri ada agenda udang disebalik mee. Tetapi kalau speaker sendiri tahu niat YB tersebut cuma buat-buat masalah, memang speaker tak bersalah.

    Kesimpulannya, sekali lagi, hanya Allah mengetahui niat manusia. Kita boleh agak-agak je. Balasan yg adil dan setimpal akan diketahui di akhirat nanti."

    1. Tetapi, dalam fikah Islam, ia hanya diterima sebagai hujuh Islam yang digolongkan sebagai KAEDAH UMUM dari segi bagaimana sistem /cara perundangan Islam mengesahkan kedudukan YB Abu Hasan sebagai Wakil Rakyat DUN Seputih yang terdedah kepada tafsiran lanjut oleh pihak lain yang berkepentingan dengannya yang meliputi pakar perundangan Islam, media, sdr fed up (yang turut mengulas komen OKJ), Speaker DUN Kedah, MB KEDAH, YB UMNO/BN Abu Hasan, Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rayuan dan tidak terkecuali sdr OKJ sendiri, atau, dalam bahasa mudah, ada kekurangannya.

    2. Cara sistem perundangan Islam mengatasinya (kekkurangan KAEDAH UMUM tersebut)ialah dengan mewujudkan apa yang dipanggil sebagai KAEDAH KHUSUS dalam bentuk dasar, prinsip, hukum, kontrak atau seumpamanya.

    Di mana, dalam bab/hal pilihan raya di negara ini melibatkan perlantikan Wakil Rakyat bagi beberapa kawasan pilihan raya yang ditetapkan oleh pihak SPR, KAEDAH KHUSUSnya ialah hukum atau kontrak al Wakalah atau Melayunya Wakil-mewakil yang disediakan dalam bentuk takrif, contoh penggunaan, 4rukun dan syarat sah penggunaannya. Yang mana syarat sah penggunaannya itu dianggap meliputi kesemua syarat yang ditetapkan oleh SPR terhadap Wakil Rakyat, seperti mana yang saya bincangkan dalam komen saya sebelum ini.

    ReplyDelete
  31. Anonymous10:30 PM

    Datuk,

    Dengan izin.

    Sdr Fed Up,

    Informasi yang saudara kehendaki boleh diperolehi dari blog http:kickdefella.wordpress.com

    Siapakah Kickdefella ini?

    Kickdafella; nama sebenarnya ialah Syed Azidi Syed Abdul Aziz, bekas pengawai perhubungan korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ditamatkan kontrak/dipecat oleh CEO PMBK iaitu Ariffahmi menantu Nik Aziz.

    Dikhabarkan bahawa Syed Azidi adalah orang kuat Husam Musa, exco kanan Kelantan dan calon Timbalan Presiden PAS yang tewas kepada Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini.

    Kalau hal-hal berkenaan hanya bersumber dari Utusan Malaysia atau Berita Harian, saya pun cenderong tidak mahu ambil tahu sangat tetapi kalau sumbernya datang dari orang PAS itu sendiri, maka ......

    Jadi, tidak payah la nak berdolak dalih lagi. Kekusutan dan kekalutan di Kelantan sekarang ini bukan berpunca dari orang luar tetapi sebenarnya berasal dari pertelingkahan dalam PAS itu sendiri. Kita sedia maklum, dalam PAS sekarang ini pun dah ada macam-macam team. Masing-masing nak menjatuhkan masing-masing. Inilah realiti dan hakikat sebenar politik di Malaysia.


    -sinbad-

    ReplyDelete
  32. Anonymous12:01 AM

    Saya suka para terakhir Dato'. Saya rasa Dato' dan dah mula ramai orang bimbang kot-kot kadok naik junjung menyamar sireh.... lebih-lebih lagi menyebutnya sendiri terma itu di negara Arab baru-baru ini.

    Gambir.

    ReplyDelete
  33. Salam DAKJ

    Berakhirnya maksum seorang To’ Guru

    Akhirnya, ‘menantu CEO’ dilucutkan jawatan,.
    Itupun selepas pembesar & hulubalang atasan campur tangan,
    Macam biasa, tiada langsung rasa kekesalan,
    Penasihat undang undang negeri diletakkan kesalahan.

    Sidang di parlimen kemudiannya diadakan,
    Puji pujian diwar-warkan,
    Konon-kononnya atas keikhlasan,
    BANGKAI GAJAH cuba disorok-sorokkan

    Hulubalang tegar telah diarahkan
    Untuk cuba menutup kesilapan
    Menegakkan benang basah cuba usahakan
    Kucing bertanduk masih tak kelihatan

    Qada Qadar telah ditetapkan
    Maksum hanya untuk nabi dan rasul
    ‘Bayaran cash’ telah diberikan
    Untuk tauladan ataupun hanya kebetulan

    Sebelum saya mengundur diri
    Dipohon kemaafan dan disusun jari
    Diharap Prof Dato’ Dr Harun Din dijadikan pengganti
    Ilmunya tinggi tutur bicaranya terpuji
    Itulah dia ulama sejati & amat-amat dihormati.


    Selamat hari raya haji.Sekian, TQ.

    ReplyDelete
  34. Dato Pathi

    Dato kata, "Rosmah beri arahan supaya ia di panggil First lady.Apa ini satu kesalahan dato.Kenapa Orang Melayu,termasok dato suka sangat jaga tepi kain orang.Suka mengumpat dan membuat fitnah,"

    Dato kena faham bahawa, tiap2 sistem yang dicipta oleh manusia seperti sistem kepresidenan yang diprakitikan di US dan Pranchis dan sistem perdana menteri yang diprakitikan di England dan Malaysia yang Dato AKJ timbulkan itu diwujudkan untuk menjelas dan menterjemahkan sesuatu Dasar, Perlembangan, Wawasan, Konsep dsb yang telah dibina oleh sesebuah negara yang didasarkan kepada set falsafah, nilai dan budaya masyarakat setempat negara terbabit masing2, serta set matlamat yang dirangka dan sasarkan untuknya.

    Maksudnya,pembinaan sistem perdana menteri di negara ini yang didasarkan kepada sistem perdana menteri England atas faktor sejarah itu telah disesuaikan dengan falsafah, nilai dan budaya atau adat masyarakat di negara ini itu dapat difahami dan dipatuhi dengan baiknya oleh isteri2PM terdahulu, dari Tengku ke Pak Lah, tetapi tidak isteri Najib itu boleh menimbulkan pelbagai masalah yang tidak sukar untuk difikirkan seperti boleh menjatuhkan PM DS Najib.

    ReplyDelete
  35. Anonymous3:57 PM

    Dato Pathi, kamu kata "Dato Kadir.

    Rosmah beri arahan supaya ia di panggil First lady.Apa ini satu kesalahan dato.Kenapa Orang Melayu,termasok dato suka sangat jaga tepi kain orang.Suka mengumpat dan membuat fitnah,

    Semoga Kita di selamatkan oleh Allah dari bencana.Amin."

    1. Kamu yang kata DS Rosmah arah supaya dia dipanggil First Lady. Dalam tulisan Dato' Kadir dia tak sebut langsung nama DA Rosmah.

    2. Jadi siapa yang buat fitnah dan jaga tepi sarong orang lain? Bukan Dato' Kadir tetapi kamu yang jadi penyokong tegar DS Rosmah.

    3. Kamu ni Dato' Pathi faham ka soal demokrasi? Kalau kamu faham, kamu tentu tahu jadi hak rakyat jelata tegor dan perbetulkan akhlak dan tindak tandok pemimpin yang mereka pilih.

    4. Penyokong dan penyogok tegar macam Dato' Pathi inilah yang buat pemimpin kita dan anak bini mereka naik tochang.

    A Jaka,
    Jitra.

    ReplyDelete
  36. Yangretibase9:14 PM

    Assalamualaikum,
    Perdana Menteri sebuah negara Islam ialah seorang Khalifah. Isteri Khalifah ialah ummul mukmimnin atau ibu bagi umat Islam.

    Ibu bagi orang mukminin wajib bersifat dengan segala sifat solihah. Satu dariapada ciri sifat solihah yang mudah dilihat oleh orang mukmin ialah penutupan aurat.
    Ini bermakna, jika ibu orang mukminin tidak menutup aurat, tetapi sebaliknya selalu mendedah dan menonjolkan auratnya di khalayak umum, maka isteri Khalifah itu bukanlah seorang wanita yang solihah, tetapi dia seorang wanita yang tolihah.

    Dia tidak sebenarnya layak menjadi ummul mukminin; dia lebih layak menjadi ummul syayatin.

    Isteri Khalifah tidak perlu mengangkat dirinya menjadi TPM yang kedua. Dia tidak perlu menyibukkan diri atas urusan negara. Rakyat menyampah. Mungkin ada rakyat yang menyumpah.

    Wassalam. Tolong maafkan saya.

    ReplyDelete
  37. Dato;

    Kekadang buat komen kat blog Dato ni bimbang juga takut tak sebaya dengan bijak pandai yang dok buat komen disini.

    Tapi bila saya melawat terus, nampak banyak yang dok komen, terkeluar tajok. Ada yang berbalik pulak ka perkara Spiker Kedah nak buang Abu Hassan dari jadi ADUN. Yang saya baca pos Dato', pasai 'Perihal Datuk Menteri,Menantu dan Carla Bruni'.

    Banyak komen tak berkenan kat Rosmah fasal Rosmah kata dia 1st Leddy. Walhal pos Dato' tak cakap fasal itu. Mungkin yang dok buat komen tu nak lepas geram. Ok lah, itu biasa, kan?.

    Bercakap fasal menantu, anak, bini yang dihangkut buat kerja dalam pejabat yang dia sendiri ada kuasa, contoh macam Nik Aziz. Sudah barang tentu akan menimbulkan fitnah. Samada menantu dia, Ariffahmi Abd Rahman buat kerja bijak ka, smart ka, apa2 lagi ka yang boleh mendatangkan keuntungan kapada PMBK beratus2 kali ganda lebih dari orang lain buat kerja ka, orang, lebih2 lagi musuh beribu2 kali usaha akan mereka mainkan peranan untuk merosakkannya.

    Nik Aziz pun sudah tahu, siapa Husam Musa.

    Ariffahmi pandai bekerja meyakinkan bapak mentuanya, tapi Ariffahmi tiada deplomasi nak jaga Syed Azidi. Dia buang Syed Azidi, sedangkan Syed Azidi 'tangan besi' Husam. Disini pucanya. Api mula merebak dalam kepala Syed Azidi sahingga SPRM masuk buat siasatan dalam PMBK. Nik Aziz kata ini angkara bloger (Syed Azidilah tuu..).

    Saya tak pandai nak cakap fasal Carl Bruni. Presiden Prancis ni pelik orangnya. Bininya lelong gambar telanjang pun, deeeek je dia. Tergugat ka tidak politik dia di Prancis tu kita tak tahu. Mungkin Dato' Kadir Yasin tahu.

    Dato' Kadir ni onak orang kampong di Pendang. Pak dia aku panggil Pa kanjang. Tapi aku bukan anak penakan Pakanjang.

    ReplyDelete
  38. sofiuddin10:33 AM

    itu adalah hak ketua untuk memilih siapa yang patut mengetuai sesuatu organisasi. ketua lebih tahu kelebihan orang yang dipilih berbanding orang lain. mengapa orang lain perlu bersuara tentang perlantikan tersebut. memang lebih elok segala hal dibawa dalam mesyuarat. supaya semua orang boleh menyuarakan hasrat. tetapi apa saja hal mesti di bawah bidang kuasa ketua itu sendiri tidak kira siapapun yang dilantik menjadi ketua.

    ReplyDelete