A Kadir Jasin
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SUKA atau tidak, kita terpaksa akui bahawa sebenarnya wujud banyak persamaan antara Umno dan Pas. Bukan sahaja kedua-duanya dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, tetapi pemikiran dan tindak-tanduk mereka juga banyak yang sama.
Daripada sudut sejarah, ini tidaklah menghairankan kerana Pas adalah serpihan Umno dan sejak berpisah pada awal tahun 1950an mereka berkongsi pengundi atas pagar yang ada masa mengundi Umno dan ada masa mengundi Pas.
Namun satu persamaan yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini adalah kedua-dua parti itu nampak begitu takut dituduh ekstrem kerana mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang kedua-duanya sudah menjadi “peminta maaf” (apologist) dalam perhubungan kaum dan agama di negara ini.
Mereka nampaknya berasa begitu bimbang dan bersalah mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.
Keadaan ini menjadi semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila pencapaian Barisan Nasional merudum dan Pakatan Rakyat melambung.
Sejak itu, adalah mustahil bercakap mengenai orang Melayu dan agama Islam tanpa dituduh cauvinis dan pelampau.
Seperti kata bekas seorang pembesar PKR yang kini bekerja dengan kerajaan BN, apabila Melayu bercakap mengenai hak, mereka dituduh perkauman.Tetapi apabila kaum-kaum lain bercakap mengenai hal yang sama, ia adalah hak mereka.
Sebaliknya orang bukan Melayu dan bukan Islam semakin berani sehingga ada yang mempersoalkan bantuan kerajaan dalam pembinaan masjid dan surau dan mahu semua rumah ibadat diberi layanan yang serupa.
Bahaya Pertahan Melayu/Islam
Sekarang mempertahankan kepentingan Melayu dan agama Islam boleh membawa bencana.
Pada bulan September 2008, Majlis Tertinggi Umno melucutkan hak dan menggantung keahlian
Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail, selama tiga tahun atas tuduhan menyentuh sensitiviti kaum.
Dosa Ahmad Ismail ialah dia bercakap mengenai asal usul kaum Cina dan India sebagai keturunan pendatang. Walaupun dia mendapat sokongan kuat ahli Umno dan orang Melayu kerana pendiriannya, Umno di bawah kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi tetap menggantung keahliannya. Dia diampunkan dan diberikan kembali hak awal bulan ini.
Sebelum itu, bekas Ketua Pemuda Umno yang kini salah seorang Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein Onn, memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris ketika menjadi Ketua Pemuda.
Beberapa minggu kebelakangan ini pula, apologist Umno berlumba-lumba mengiakan dakwaan pembangkang kononnya Biro Tatanegara menjalankan program yang berbau perkauman.
Nampak sangat yang semakin ramai pembesar Umno dan Pas takut memperkatakan hal-hal seperti Perlembagaan dan Kontrak Sosial apatah lagi mempertahankannya.
Mereka takut mempertahankan hak biasiswa, perjawatan dan pelesenan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang semuanya termaktub dalam Perlembagaan.
Sebaliknya, seperti tiung yang dikikis lidahnya, mereka mengulangi mantera kapitalisme dan liberalisme Barat seperti globalisasi, persamaan, meritokrasi, padang permainan sama rata dan hak asasi manusia yang menjadi panggilan nafiri DAP dan PKR.
Semakin jarang mereka bercakap mengenai kemiskinan dan kemelaratan orang Melayu dan Bumiputera.
Mengenai gadis Melayu dari pedalaman Kelantan, Perak dan Kedah yang semakin ramai menjadi GRO di dewan-dewan karaoke kelas internasional yang kita tahu siapa pemilik dan pelanggannya. Tidak hairanlah kalau dewan-dewan karaoke kelas internasional ini jarang diserbu polis dan Jabatan Agama Islam.
Dan mengenai jurang kemiskinan dan pendapatan yang semakin ternganga antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara bandar dan luar bandar.
Dr Hassan Ali Lwn Pas
Sekarang Pas pula dilaporkan akan mengambil tindakan disiplin ke atas pembesarnya yang mahu penjualan arak dan kegiatan mungkar diharamkan di kawasan majoriti Melayu di Selangor.
Media massa arus perdana dan alternatif sejak beberapa hari kebelakangan ini melaporkan yang Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Adun Gombak, Dr Hassan Ali, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, akan dikenakan tindakan disiplin.
[Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.]
SUKA atau tidak, kita terpaksa akui bahawa sebenarnya wujud banyak persamaan antara Umno dan Pas. Bukan sahaja kedua-duanya dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, tetapi pemikiran dan tindak-tanduk mereka juga banyak yang sama.
Daripada sudut sejarah, ini tidaklah menghairankan kerana Pas adalah serpihan Umno dan sejak berpisah pada awal tahun 1950an mereka berkongsi pengundi atas pagar yang ada masa mengundi Umno dan ada masa mengundi Pas.
Namun satu persamaan yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini adalah kedua-dua parti itu nampak begitu takut dituduh ekstrem kerana mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan yang kedua-duanya sudah menjadi “peminta maaf” (apologist) dalam perhubungan kaum dan agama di negara ini.
Mereka nampaknya berasa begitu bimbang dan bersalah mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.
Keadaan ini menjadi semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum 2008 apabila pencapaian Barisan Nasional merudum dan Pakatan Rakyat melambung.
Sejak itu, adalah mustahil bercakap mengenai orang Melayu dan agama Islam tanpa dituduh cauvinis dan pelampau.
Seperti kata bekas seorang pembesar PKR yang kini bekerja dengan kerajaan BN, apabila Melayu bercakap mengenai hak, mereka dituduh perkauman.Tetapi apabila kaum-kaum lain bercakap mengenai hal yang sama, ia adalah hak mereka.
Sebaliknya orang bukan Melayu dan bukan Islam semakin berani sehingga ada yang mempersoalkan bantuan kerajaan dalam pembinaan masjid dan surau dan mahu semua rumah ibadat diberi layanan yang serupa.
Bahaya Pertahan Melayu/Islam
Sekarang mempertahankan kepentingan Melayu dan agama Islam boleh membawa bencana.
Pada bulan September 2008, Majlis Tertinggi Umno melucutkan hak dan menggantung keahlian
Ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail, selama tiga tahun atas tuduhan menyentuh sensitiviti kaum.
Dosa Ahmad Ismail ialah dia bercakap mengenai asal usul kaum Cina dan India sebagai keturunan pendatang. Walaupun dia mendapat sokongan kuat ahli Umno dan orang Melayu kerana pendiriannya, Umno di bawah kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi tetap menggantung keahliannya. Dia diampunkan dan diberikan kembali hak awal bulan ini.
Sebelum itu, bekas Ketua Pemuda Umno yang kini salah seorang Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein Onn, memohon maaf kerana menghunus dan mencium keris ketika menjadi Ketua Pemuda.
Beberapa minggu kebelakangan ini pula, apologist Umno berlumba-lumba mengiakan dakwaan pembangkang kononnya Biro Tatanegara menjalankan program yang berbau perkauman.
Nampak sangat yang semakin ramai pembesar Umno dan Pas takut memperkatakan hal-hal seperti Perlembagaan dan Kontrak Sosial apatah lagi mempertahankannya.
Mereka takut mempertahankan hak biasiswa, perjawatan dan pelesenan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang semuanya termaktub dalam Perlembagaan.
Sebaliknya, seperti tiung yang dikikis lidahnya, mereka mengulangi mantera kapitalisme dan liberalisme Barat seperti globalisasi, persamaan, meritokrasi, padang permainan sama rata dan hak asasi manusia yang menjadi panggilan nafiri DAP dan PKR.
Semakin jarang mereka bercakap mengenai kemiskinan dan kemelaratan orang Melayu dan Bumiputera.
Mengenai gadis Melayu dari pedalaman Kelantan, Perak dan Kedah yang semakin ramai menjadi GRO di dewan-dewan karaoke kelas internasional yang kita tahu siapa pemilik dan pelanggannya. Tidak hairanlah kalau dewan-dewan karaoke kelas internasional ini jarang diserbu polis dan Jabatan Agama Islam.
Dan mengenai jurang kemiskinan dan pendapatan yang semakin ternganga antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara bandar dan luar bandar.
Dr Hassan Ali Lwn Pas
Sekarang Pas pula dilaporkan akan mengambil tindakan disiplin ke atas pembesarnya yang mahu penjualan arak dan kegiatan mungkar diharamkan di kawasan majoriti Melayu di Selangor.
Media massa arus perdana dan alternatif sejak beberapa hari kebelakangan ini melaporkan yang Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Adun Gombak, Dr Hassan Ali, dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, akan dikenakan tindakan disiplin.
Dr Hassan Ali dan Khalid Abdul Samad...bakal berdepan tindakan disiplin.
Menurut portal berita Malaysian Insider, mereka sedang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana dituduh mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti.
Antara bukti ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperkecilkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan PKR.
Adalah diketahui umum bahawa Dr Hassan pernah bertikam lidah dengan Exco DAP bagi Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu, mengenai penjualan arak di kedai-kedai runcit, termasuk Seven Eleven, di kawasan majoriti Islam. Dr Hassan mahu ia diharamkan.
Walaupun Dr Hassan dilaporkan mendapat sokongan Pas Selangor, tetapi jelas pendiriannya tidak mendapat restu dan sokongan kepemimpinan nasional Pas yang lebih mengutamakan pakatan dengan DAP dan PKR.
Laporan media mengatakan yang Jawatankuasa Disiplin Pas telah mengesahkan ada kes yang kukuh terhadap Dr Hassan dan Khalid. Mereka mungkin dipanggil menghadapi jawatankuasa itu antara 7 dan 9 Januari ini.
Pada 9 Oktober saya menulis dalam blog ini mengenai tindakan Dr Hassan. Antara lain saya berkata: “Tidak menghairankan jika gimmick Hassan itu mendapat sokongan luas ahli Pas Selangor yang termakan propagandanya, tetapi ditentang oleh PKR, DAP dan sesetengah anasir dalam Pas sendiri.”
Khalid Abdul Samad pernah dilaporkan menggesa Dr Hassan supaya mengikut dasar parti atau keluar dari Pakatan Rakyat.
Seperti dijangkakan, Dr Hassan sendiri sudah lama tidak bercakap mengenai hak kawasan majoriti Islam bebas daripada arak dan kegiatan mungkar.
Sebaliknya, dia dipetik oleh media pada 26 Disember sebagai berkata dia dan PAS Selangor akan tetap bersama PR untuk meneruskan kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid Ibrahim.
Dia juga menyangkal spekulasi yang dia telah memutuskan untuk keluar kerajaan PR dan menjadi Adun bebas.
Islam, Melayu Jadi “Taboo”
Jelas bahawa sejak menyertai DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas tidak lagi lantang bercakap tentang kepentingan Melayu dan Islam.
Malah seperti yang dimanifestasikan oleh kes Dr Hassan dan isu rumah sembelihan babi serta kubur Hindu di Kedah, bercakap mengenai Islam pun mesti berhati-hati apatah lagi bertindak dalam hal yang menyentuh hak kaum dan agama lain.
Soalnya, siapakah yang akan bercakap secara berani dan lantang mengenai hak, kepentingan dan keluh-kesah orang Melayu dan Islam di negara ini?
Adakah Umno dan Pas tidak lagi menganggap hak, kepentingan dan keluh-kesah orang Melayu dan Islam sebagai keutamaan kerana mereka kini berlumba-lumba mengambil hati bukan Melayu dan bukan Islam?
Adakah mempertahankan hak dan memperbaiki kebajikan kaum majoriti tanpa membelakangkan kaum minoriti satu tindakan perkauman, cauvinis dan melampau?
Kalau tuntutan hak oleh orang Melayu dianggap perkauman, apa halnya dengan tuntutan hak oleh orang bukan Melayu?
Kesimpulannya, parti majoriti Melayu dan Islam wajib membuat pendirian dan menentukan keutamaan mengenai apa yang mereka perjuangkan dan untuk siapa.
Kalau mereka takut berjuang untuk bangsa Melayu dan agama Islam, eloklah mereka berhenti daripada bertopengkan Melayu dan Islam.
Lebih baik mereka menukar nama dan dasar parti mereka menjadi parti liberal atau pseudo-liberal yang berdasarkan liberalisme Barat.
Tetapi ingatlah, apa pun dasar dan ideologi mereka, satu hakikat yang wajib diterima ialah, tidak ada negara pelbagai kaum dan agama akan selamat dan sejahtera jika kepentingan kaum dan agama majoriti diabaikan.
Nota Kaki: Kalau nak tahu mengenai koro, sila baca rencana berjudul “Would Koro Victims Like To Speak Up?” keluaran 17 Jun, 2008.
Banyak fakta tonggang terbalik!
ReplyDeleteLantaklah DAKJ, goreng la sampai hangus....
Fed Up
Ni semua hasil kerja tangan Anwar Ibrahim. Sebabkan nak kuasa dan jadi PM, habis Melayu dan Islam digadai. Kononnya untuk keadilan ... piirahhhh
ReplyDeleteAnti_PKR
Datuk,
ReplyDeleteYg sama antara ahli PAS dan UMNO cuma nama dan bangsa shj dan munkin juga tinggal dikampung yang sama.Semakin hari semakin jadi tak sama.
Kami ahli sebenarnya sedang cuba menjauhkan diri dari jadi melayu UMNO.Malayu UMNo adalah spt yg kita ketahui skg ini.Tak kisah pasal rasuah.Malahan bila saya bangkitkan pasal kehilangan enjin jet f5E baru baru ni pun mendapat reaksi yg sejuk.Jawapan mereka "ala biasa la tu".Maknanya mereka tak rasa marah dan sensitif dgn ketidak pedulian pimpinan UMNO mengenainya.
Isu arak di Selangor telah dijawab dlm byk blog dan komen komen.Arak ni berpunca dari UMNO,yg lulus pun UMNO,kilang arak pun org UMNO ada sharenya.Malahan ladang babi pun orang yg ada kaitan dgn UMNO pun ada sharenya.Undang undang yg dibuat oleh UMNO pun tak kata beer tu arak.Malahan dikampung kampung melayu.todi dan beer biasa dijual dikedai runcit Cina.Mengapa dibangkitkan di Shah Alam shj.
Kami ahli PAS memang marah pd Hassan Ali.Sepatutnya isu isu ini boleh jadi senjata untuk menyerang UMNO kembali.Tapi kebodohan Hassan Ali dlm menangani isu ini telah memberi advantage pd UMNO.
Satu lagi beza PAS dan UMNO.Kami ahli PAS lebih bebas mengkritik pimpinan tanpa rasa takut sebab yuran parti kami bayar sendiri..keh keh keh.
Pada kami musuh pada Islam dan PAS adalah UMNO.Malahn pada sya mush org org melayu adalah UMNO.UMNO setelah 52 tahun main lagi enggan melaksanakan Islam.Siapa yg menyekat tok tok guru PAS mengajar kat surau.Siap yg kata hukum Islam tu zalim,Siapa yg sampai skg menganiaya org melayu PAS?Siapa yg menggadaikan tanah org melayu/kerajaan negeri pd tokeh cina? Hak royalti minyak dinafikan? Takda nama DAP kepada persoalan diatas.
Jadi camna nak kat DAP ni musuh org melayu?
Tok,
ReplyDeleteRakyat sebenarnya mempertikaikan "hak" UMNOputera, bukan hak bumiputera. Banyak projek tak siap, runtuh, kualiti tak elok, tapi tiada tindakan, sebab mereka kontraktor UMNO. Kaum bumiputera lain seperti orang asli masih ketinggalan. Di zaman Mahathir, isu hak melayu dan DEB serta perlaksanaannya hanya dimainkan oleh DAP. Tetapi tidak diendahkan oleh majoriti rakyat, kerana Mahathir membangunkan negara supaya semua rakyat merasai economic cake yang dibawa oleh dasar-dasar beliau. Orang Cina pernah kalahkan Kit Siang dan Karpal Singh di Pulau Pinang kerana menghargai Mahathir.
Isu perkauman hidup semula di zaman pak lah, bukan melayu mulai muak dengan Hishamuddin, KJ, dan Pemuda UMNO. Jadi bila orang Cina DAP dan melayu PAS/PKR dapat bersemuka dan bersatu, carilah puncanya.
Windtalker
akm..dato, di doa kan moga sihat dan sejahtera...
ReplyDeleteorang Melayu amat mengharapkan para pemimpin Melayu yang mereka pilih dalam setiap pilihanraya.
Mereka amat menaruh harapan kepada para pemimpin ini tak kira dari parti mana sekalipun untuk membela nasib mereka di bumi Melayu.
Tetapi hari ini Para pemimpin Melayu yang di beri harapan oleh umat Melayu telah belot,mereka sudah tidak lagi memperjuangkan, mempertahankan hak-hak dan keistimewaan umat Melayu.
Mereka lebih banyak memperjuangkan nasib kantung mereka sahaja.
Umat Melayu di bumi Melayu sekarang seperti di timpa Malapetaka yang mat dahsyat. Lebih Dahsyat daripada penubuhan Malayan Union oleh Inggeris dahulu.
Jika dulu Umat Melayu bersatu bangun menentang Malayan Union kerana menghapuskan hak dan keistimewaan umat melayu. Mereka sanggup bersabung nyawa dan bergolok gadai demi mencapai demi perjuangan tersebut.
Tetapi kini tidak lagi, Orang bukan Melayu yang tidak di terima sebagai rakyat di negara lain tetapi di terima sebagai Rakyat dan di beri pelbagai hak di negara ini , tetap lagi tidak berpuas hati dan masih lagi membuat pelbagai tuntutan.Banyak tuntutan mereka berjaya.
Ternyata korban dan kepercayaan yang di berikan oleh masyarakat bukan melayu kepada pemimpin yang mewakili mereka tidak sia-sia, ternyata para pemimpin mereka melaksanakan visi dan misi demi mencapai matlamat.Pemimpin mereka tidak belot...
Adakah salah para pemimpin mereka membuat tuntutan? Ataupon salah pemimpin kita yang di berikan harapan dan kepercayaan tetapi tidak tahu melaksana kan kerja?
Ataupon sebab kita telah melaksanakan 1Malaysia yang mana di lihat banyak hak dan segala keistimewaan terhakis kerana pelaksaan 1Malaysia. Apabila ada tuntutan maka di gunakan alasan 1 Malaysia. Maka banyak yang kita lihat terhakis kerana 1Malaysia.
Sekiranya 1Malaysia ini puncanya hak keistimewaan orang melayu yang di perjuangkan dan di pertahankan sejak turun nya union jack terhakis dan hancur terbarai oleh tuntutan yang tidak munasabah dan sering di ikut oleh para pemimpin Melayu, Maka Orang Melayu perlu bangun sekali lagi Menentang 1Malaysia seperti mana mereka menentang Malayan Union.
benar dato'
ReplyDeletesebenarnya melayu, bila bercakap pasal hak orang melayu dikatakan recist....tapi bukan melayu menuntuk yang bukan untuk bangsanya tak pulak kata recist...
sebenarnya bila sebut pasal hak dan keistimewaan sepatutnya PAS dan UMNO perlu bersatu kerana ini yang menentukan masa depan anak bangsa kita.
apa yang mereka hendak tu sebenarnya sudah melampau. tapi UMNO dan PAS macam bodoh sombong. angkuh. ego. Tak sedar diri lagi.
Yang tak boleh terima akal tu ada melayu yang berjuang untuk kesamarataan... tapi tak pernas sedar yang anak masuk sekolah tak kena bayar pun tak mampu nak sara dan anak2 orang cina masuk universiti tanpa pinjaman dan biasiswa.
orang bukan bumiputra kurang didalam kerajaan tapi bayang kan sekiranya samarata, kita bolehkah kira berapa orang anak orang cina jadi operator di kilang2..
orang yang paling bodah bila nak samakan lembu dengan kambing...dan konsep samarata yang deperjuangkan puak ini adalah kandang lembu nak sama besar kandang kambing. sampai ke satu tahap tahi kambing nak bagi sama besar tahi lembu.
Komsep samarata ini perlulah sesuai. kalau anak umur 3 tahun belikan lah baju untuk budak 5 tahun dan kalau 12 tahun kenalah baju yang saiz S. Kalau dah umur 3 tahun nak bagio sais S jugak nanti abang dia yang 12 tahun tu menberontak...takut2 jugak jadi balik abang memberontak.
tapi takperlu takut..pasal peminpin PAS sibuk jaga kepentingan takut calon lain naik di kawasan dia dan peminpin UMNO dok sibuk cari duit untuk PAU 2012.
Salam datuk AKJ,
ReplyDeleteKita harap salah satu dari kedua-dua parti utama itu samada UMNO atau PAS akan berbalik kepangkal jalan perjuangan asal mereka. Sekiranya mereka meneruskan rentak dan gerakcara seperti sekarang,penakut dan sangat menjaga hati pengundi bukan melayu bertujuan meraih sokongan baru,sebaliknya sangat pengecut dalam menperjuangkan nasib peribumi/bumiputera/islam jangan salahkan kita semua kalau kedua2nya akan menerima nasib seperti Lebai Malang.Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.
Janganlah bila sudah teratuk baru hendak mengadah.Mereka yang memimpin kedua2 parti nampaknya sanggup mencurah air di tempayang hanya dengan mendengar ramalan kaji cuaca hujan lebat akan turun.
Sepatutnya mereka dengan bijak mencari sokongan baru dan jangan menganggapkan Orang Melayu terutamanya,yang kini menjadi penyokong tegal tidak akan berpaling tadah.Pemimpin Melayu tidak bolih beranggapan yang hati dan nasib masa depan kita bumiputera islam ini tidak perlu dijaga kerana kita adalah penyokong dan pengikut yang sentiasa setia. Pemimpin politik hari ini perlu diingatkan jangan anggapkan diamnya kita Orang Melayu selama ini,tandanya kita setuju dengan tindaktanduk mereka.Kepada pemimpin bukan Bumiputera/bukan Islam juga perlu berhati-hati dalam mencari sokongan dan publisiti dan jangan cuba KEJUTKAN HARIMAU TIDUR, sebelum NASI MENJADI BUBUR.
JuruteraPencen
Dato',
ReplyDeleteSaya suka menggelar era yg kita lalui kini sebagai 'era keliru'.
Rakyat, malah pemimpin seakan kehilangan fundamental. Tidak pasti di mana berpijak, tidak jelas ke mana dituju.
Pengabaian kita selama ini kepada aspek memperkuatkan jatidiri, menyebabkan generasi hari ini semakin hilang jatidiri, malu menjadi Melayu, malah Melayu dilihat sebagai sekadar satu label, lebih buruk, cuma liabiliti.
Sindrom ini bukan cuma di kalangan rakyat, malah cerdik pandai, lebih teruk di kalangan pemimpin sendiri.
Cenderung mendabik dada sebagai bangsa global rekaaan barat, akibatnya hilang patriotik.
Memang sangat mencabar untuk membuat pembetulan kepada perkara yang terabai sekian lama.
Dato',
Saya berasa, Melayu sedang berada di hujung tanduk.
Sekumpulan pemimpin dan cerdik pandai Melayu, eloklah duduk berbincang.
Wallahua'lam.
Datuk
ReplyDeleteSememangnyalah UMNO dan PAS satu kelumpuk manusia beragama Islam dan bangsa Melayu. Sembahayang jenazah di masjid2 disertai oleh jemaah tak kira ahli UMNO atau PAS. Begitu juga menguruskan mayat. Ketika itu kita insaf bahawa kita adalah orang islam,yakini kita tidak boleh mengharpkan orang di luar linkarangan kita untuk menguruskan jenazah. Tetapi amalan dan pegangan ini kerkecai apabila berdepan dengan tekan dan cabaran semasa yang akan menentu hidup mati bangsa Melayu. Mengapa begitu. Jawaban boleh dicari sendiri oleh setiap orang Melayu yang cinakan bangsa dan agamanya. Hatta, apapun jawaban,jangan tinggalkan agama dan bangsa kerana ia adalah berangkai.angan sekali-kali kita ketepikan salah satu.itulah Malaysia
Dato' AKJ,
ReplyDeleteApakah tulisan Dato' kali ini benar-benar menampakkan keresahan hati sebagai orang lama, orang tua sebagai Melayu Islam?
Sejak PRU 12 2008, begitu ramai orang UMNO, ahli UMNO, penyokong UMNO begitu resah gelisah yang kononnya tiada lagi pembelaan wajar bagi Melayu.
Hakikat sebenarnya adalah, UMNO sudah lama membuang nilai-nilai Islam di kalangan orang Melayu, maka lahirlah Melayu moden hari ini seperti kerja-kerja GRO, Teman Sosial dan sebagainya. Inilah natijah daripada dasar-dasar UMNO yang terus menerus mengenepikan dasar-dasar Islam.
UMNO begitu hebat melaungkan kalimah keramatnya yang berkurun lamanya, "Demi Agama,Banggsa, Dan Negara", tapi ternyata itu cuma laungan laksana menanam tebu dibibir sahaja. Dalam hati, begitu gelojak dan rakus merompak kekayaan negara dan orang Melayu.
Siapa yang menggadaikan Tanah-tanah Melayu kepada developer besar Cina-cina. Apakah orang PAS yang langsung tiada kuasa? Sudah tentulah pembesar-pembesar UMNO yang tiada kelulusan akedemik yang tinggi, tiada langsung ilmu perniagaan tapi begitu pelahap mengambil alih tanah-tanah orang Melayu untuk dijual kepada developer besar Cina dan mengambil keuntungan 10%, 20% menagih dari taukeh besar Cina! Inilah maruah Melayu UMNO, menjadi pengemis kepada taukeh besar Cina!! Modus operandi ini telah zaman berzaman berlalu.
Dasar DEB amat baik, tapi pemimpin UMNOlah yang mengeksploitasikan dasar ini untuk kepentingan diri. Ketirisan (istilah yang agak lembut) yang sebenarnya RASUAH begitu berleluasa dalam kepimpinan UMNO, yang langsung tidak takut kepada hukum-hukum Allah s.w.t.
Selepas PRU 12, juak-juak UMNO tak habis-habis bercakap tiada pembelaan bagi umat Melayu. Cukup aneh, kerana selepas menodai hak-hak Melayu, mereka tampil kononnya sebagai pembela Melayu.
Sebenarnya, mereka resah gelisah kerana "skim cepat kaya" iaitu projek-projek sudah terlepas dari tangan mereka, manakala kecurangan kepimpinan mereka sebelum ini sedikit demi sedikit timbul telah menjejas reputasi mereka.
Mahathir dakwa Pak Lah habiskan 270 billion dalam masa 5 tahun, selepas beliau sendiri dituduh membazirkan 100 billion.
Enjin jet hilang tu berlaku zaman Najib jadi Menteri Pertahanan, maka layakkah beliau jadi PM. Kalau Jepun ,kalau tak harakiri paling kurang letak jawatan.
Maka kesimpulannya, UMNO sudah terlalu Koro!!!
Ya Dato', mereka makin hampir pada titik persamaan.
ReplyDeleteTuan, hal ini tidak ganjil sbb bukan Melayu berjaya menggunakan 'kuasa undi'.
ReplyDeleteMereka buktikan bahawa kuasa undi mereka boleh menentukan masa depan parti2 itu.
Masalahnya org Melayu tidak terbuka mata utk bertindak menggunakan kuasa undi. (kecuali sedikit ketika 1999--kesannya waktu itu masing2 mahu jadi juara Melayu-Islam.)-
Cadangan : perlu ada usaha pendidikan politik kepada pengundi Melayu.
Sudah 52 tahun UMNO memerintah Malaysia. Kalau hak Melayu diabaikan jangan salahkan orang bukan Melayu. Sistem perbankan yang menjadi landasan semua economy moden di kuasai oleh orang-orang UMNO di Malaysia. Kalau pengabungan Eon Bank dan Hong Leong Bank jadi kenyataan maka orang Cina tempatan hanya menguasai satu bank di Malaysia sahaja. Dalam sejarah Malaysia orang Cina tempatan hanya jadi Menteri Kewangan sekali saja. Jadi, kalau orang Melayu miskin salah siapa? Orang UMNO dan segelintir orang PAS rasa 'frus' sekarang kerana cara lama Melayu rasis menakutkan orang bukan Melayu sudah tidak boleh dipakai lagi. Setiap kali isu rusuhan perkauman dibangkitkan ia menjejaskan FDI Malaysia. Sistem ekonomi modern pantang pada rusuhan perkauman. Inilah realiti modern yang rasis UMNO tidak dapat mengenepikan demi menjaga kepentingan UMNOputra dan juga PASputra. Lagipun orang bukan Melayu sudah pandai semenjak peristiwa Mei 1969. Mereka tidak akan bagi UMNO dan Melayu Ultras peluang untuk merusuh. Ingat baik-baik siapa yang sedang menderita di Zimbabwe kerana dasar ekonomi rasis Mugabe yang angkuh dan bodoh.
ReplyDeleteAdakah orang-orang Melayu mahu jadi angkuh dan bodoh seperti Mugabe atau lagi teruk lagi?
Salam Datuk,
ReplyDeleteNamun satu persamaan yang sangat ketara sejak akhir-akhir ini adalah kedua-dua parti itu nampak begitu takut dituduh ekstrem kerana mempertahankan hak orang Melayu dan agama Islam.
Dalam PAS, "org. No. 2", TGNA, bersuara lantang dan sayangkan DAP drp Parti Melayu (UMNO) yang dikafirkan.
Dalam UMNO, "org. No. 1 PARTI MELAYU", DSNR, nampaknya sayangkan kaum lain lebih dari kaum Melayu, dan sentiasa pakai topi "1Malaysia Mandarin" sehingga terlupa pakai topi "UMNO Keris".
Nampak macam ada persamaan juga di antara No. 2 PAS dan No. 1 UMNO.
Dalam PAS, No. 1nya, TGHH, nampaknya macam beri kiasan kepada perpaduan walaupun ada perbezaan pendapat.
Dalam UMNO, No. 2nya, TSMY, menyokong saranan Sekolah Satu ALiran oleh Prof. Khoo sebelum org. No. 1 UMNO menyekel .. "Sekolah vernakular tidak boleh diganggu. Saya jamin"
Nampak macam ada persamaan juga di antara No. 1 PAS dan No. 2 UMNO.
Hanya anak-anak buah seperti Ahmad Ismail yang JANTAN, pucuk pimpinan pula macam TIKUS MONDOK?.
Salam Dato',
ReplyDeleteSekarang bekerja di Ajman, UAE jadi dah tak guna "Dhahran Sea". Kemelut Melayu/Islam di tanah air dah sampai tahap memualkan lah Dato'. Saya dah tak larat nak pikir dah... ada kawan bagi cadangan, masa untuk "destress" dan pergi gali ubi kat kampong...
Betul tu Dato' AKJ,
ReplyDeleteKalau saya mengomen di sni bahawa saya menyokong tulisan Dato' dan sayangkan Melayu dan Islam, pastinya saya akan dikatakan racist. Cuba buka ruangan komen-komen di dalam The Malaysian Insiders dan sebagainya yang mempertikaikan hak-hak peribumi bumiputera, pastinya mereka akan dianggap hero. Apa nak buat Dato' Menteri Dalam Negeri sendiri macam tak berwibawa hendak mempertahankan hak-hak orang Melayu dan Islam. Potong sajalah.
Apa yang Dato' coretkan adalah luahan yang sama majoriti kami profesional Melayu atas pagar. Both parties sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib dan masadepan orang Melayu dan Bumiputera serta Islam di Nusantara. Probably kita perlu sebuah parti baru!
ReplyDeletePembahas Vinnan,
ReplyDeleteAda kesilapan fakta yang besar dalam komen Sdra/Sdri.
Bank milik bukan Melayu adalah
1. Public Bank
2. Hong Leong Bank
3. Eon Bank
4. Alliance Bank.
Bank milik kerajaan/GLC
1. Maybank
2. CIMB
3. RHB
4. Affin Bank
5. Bank Islam
Bank milik individu Bumi
1. AmBank
2. Bank Muamalat.
terima kasih
SalAm Dato" dan rakan pembahas,
ReplyDeleteTidakkah dengan persamaan yang berasaskan kelemahan dan kekoroan ini, harapan Pas dan Umno bergabung dan menjadi kuat serta bernai menjadi lebih cerah?
Kalau pada tahun 1969 Melayu dicabar dari sudah politik, hari ini, selepas DEB Melayu dicabar dari aspek politik, agama dan ekonomi. Hatta perbankan Islam itupun dikuasai oleh bukan Islam di segi simpanan dan pinjaman.
Dato' adakah Pas dan Umno terlalu bodoh untuk menyedari hal ini sehingga terus diperalatkan dan diperas ugut oleh kaum dan agama minoriti?
Kalau tak silap saya, DSAI pernah berhujah tentang the tyranny of the minority atau kekejaman minoriti.
Ex Banker
Assalamua'laikum Datuk,
ReplyDeleteDah bermacam macam saranan buat untuk menyatuan orang melayu tetapi kedua dua entiti ini dilihat masih mencurigai antara satu dengan lain.
Ini bukan salah siapa, semuanya disebabkan kealpaan orang kita juga dari mula.
Orang melayu malu untuk bertindak sebab sentiasa diasuh bertolak ansur dan bertimbang rasa. Lihat semula adakah bangsa lain terutama kaum cina adakah mereka bersikap demekian. Meraka berpegang business is business friends come later.
Teringat saya tentang kawan berbangsa cina berugama Islam dan sekarang tlah cukup berjaya dalam hidup dan mempunyai gelaran. Beliau berkata sikap orang cina, makin baik dia dengan sesaorang itu semakin kuat sembelihnya. Kenapa sedemikian, bila sudah akrab, kepercayaan timbul, mana ada syak lagi. Itulah sebab mereka berjaya.Tiada kesetiaan untuk hidup.
Satu contoh lagi. Orang orang cina ini mungkin nampak bertelagah dalam ideologi politik tetapi mereka tetap bersatu dalam pelajaran. Ini juga diakui oleh YB Kepong dalam wawancara diAstro Awani atas tajuk "satu sekolah."
Tapi lihat saja orang melayu,dalam satu masjid pun tak boleh sembahyang bersama.Bagaimana nak bersatu?
Umno mempergunakan nama melayu untuk mendapatkan projek dan seterusnya wang.
ReplyDeletePeduli apa dia dengan Orang Melayu.
Berapa ramai orang Melayu merempat?
Berapa ramai orang Melayu membangsat?
Dan apabila kuasa dah hampir terlepas barulah hendak mengajak orang lain supaya bersatu. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Sedarlah diri UMNO itu yang telah busuk. Kalau nak bersatu bubarlah UMNO dan masuklah parti lain. Buat apa kami nak tolong UMNO dapat talian hayat untuk merembat harta negara dan mengkayakan anak beranak serta keluarga sendiri?
AKUM DATO= Saya sebenarnya malas nak cakap pasal melayu tapi terpanggil juga pada PRU 1999 Umno ditolak kebanyakan orang melayu dan disokong kuat oleh bukan melayu termasuklah kekalahan LIM KIT SIANG dan KARPAL SINGH dan pm pada masa itu Dr mahathir telah membuat sesuatu dan akibatnya mungkin akan kita tanggung sampai dunia kiamat agak nya lah.Pindaan kawasan pilihanraya telah dilakukan dengan mengecilkan majoriti melayu dan hampir sama dengan pengundi bukan melayu contoh nya KAPAR.KUALA LANGAT.KUALA SELANGOR juga SHAH ALAM dan lain2 tempat mungkin satu kejutan lagi akan berlaku dalam PRU 13 sama2 lah kita lihat apa akan jadi.Kesilapan semalam kesan nya akan kita rasai pada minggu depan begitulah apa yang terjadi jangan salahkan orang lain lebih baik kita salahkan diri orang melayu itu sendiri. Sebelum terlambat mari kita fikirkan nya dan cari jalan bagaimanakah untuk mengukuhkan kedudukan orang melayu. berfikiran terbuka dan sedia dikeritik demi masa depan kita semua. wslm dato
ReplyDeleteBegitulah nasib orang Melayu sejak sekian lama.
ReplyDeletePuncanya adalah disebabkan para pemimpin Melayu tidak ada integriti setelah buat kerajaan perikatan dan Barisan Nasional.
Lihat sahaja bandar bandar besar diseluruh negara. Pembangunannya dilaksanakan secara tidak seimbang.
orang melayu terpinggir dan dihalau mencari penempatan baru untuk disesuaikan dengan kadar pendapatan semasa.
atas sebab para pemimpin yang diberi kepercayaan memiliki sikap bangga diri mahu lihat negara jadi cantik sehingga tergamak ketepikan hak Melayu keturunan asal negara ini.
Penting diri sendiri juga menjadi punca melayu hilang segala galanya.
Hilang tanah adat, hilang punca reseki apabila Kuala Lumpur dibangunkan menjadi macam Amerika syarikat yang jenayahnya berlaku setipa waktu.
negara tidak selamat miskipun dikatakan aman dan makmur.
paling pokok para pemimpin takut hilang kuasa sebab itu segala yang berlaku tertumpu kepada pihak yang lebih kuat kuasa ekonominya.
Oleh itu tidak hairanlah jika pemimpin Melayu jadi bacur macam bacur dengan isteri.Malah ada yang tergamak jadi tali barut untuk mencapai cita cita peribadinya.
Oleh itu para pemimpin mesti akur dengan segala tuntutan orang lain dan ketepikan hak Melayu agar misi dan visi peribadinya mencapai kejayaan.
Mereka tidak kisah pasal kemiskinan dan kesudahan yang menimpa rakyat jelata asalkan mereka dapat kumpul berapa banyak harta.
Begitulah nasib oleh melayu apabila bekerjasama dengan orang kafir. Mereka rela buat apa sahaja asalkan cita cita mereka tercapai.
Demikian juga para pemimpin sekarang yang sudah bekerjasama dengan DAP. UMNO memenag sudah lama pengalamannya bekerjasma dengan MCA dan MIC yang akhirnya segala apa yang jadi hak Melayu sudah dijual dan gadai.
Nampak sangat PAS Juga utamakan politik kepertian berbading dengan utama agama. Politik tidak boleh pisah dengan agama sudah mula dilupakan apabila bekerjasama dengan DAP.
Takut kalah dalam musim pilihanraya raya lebih besar berbanding dengan dengan Allah sehingga tergamak bercakap ikut sedap mulut sedangkan ada ayat Quran jelas dan nyata pasal itu.
mereka mulai lupa, kerana ada orang kata lupakan dulu Islam kalau mahu menang dalam pilihanraya, termasuk jangan hairu pemuncup yang sering mengagalkan perjuangan Islam selama ini.
""Islam, Melayu Jadi “Taboo”
ReplyDeleteJelas bahawa sejak menyertai DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, Pas tidak lagi lantang bercakap tentang kepentingan Melayu dan Islam.""
Dato;
you talk so much la dato'. Macam baguih ja. Dah butahati ke apa?
Dari dulu PAS tak pernah cakap macam tu. Korang dalam UMNO yang dipimipin oleh memanda Menter Perdana DKK TDM yan 'tolong cakap' fitnah untuk pihak PAS dalam media arus perdana untuk takut2kan orang Cina, dan juga melagakan orang melayu.
Dan tangan Dato merupakan tangan yang pernah menulis dan menaip fitnah2 tersebut! Jangan lupa Dato'!
Taubat sebelum terlambat!
minah ronggeng
Tok Kadiaq
ReplyDeleteMenarik betui tulisan tok.Bab koro ni jangan buat main.Darai pun melenting.
Yang syok nya tok 'hit the sweet spot'.Biaq pembesaq pembesaq dan penyokong setia UMNO dan PAS tau yang depa pembelot bangsa.
SINDROM LABU DAN LABI KAH KAH KAH
DAKJ,
ReplyDeletedaripada awal lagi memang saya menyampah dengan konsep 1Malaysia. Sebab saya tahu ia kan digunakan oleh bukan Melayu untuk melebihkan tuntutan mereka. Saya kenal orang yang membuahkan original konsep tu. Najib telah mengambil konsep tu tapi telah mengolah mengikut think tank dia. Walhal the original concept it was to be used to protect the Malay. Inilah bahana lembu punya susu sapi punya nama.
Sekarang siapa susah? Melayu jugak yang susah. Tu sebab sebelum ni saya cakap dgn Datuk, cakap dengan Pak Menteri sekarang ni macam cakap dengan keldai.. Celup lagi idea (konsep) orang tanpa melihat dari sudut strategi dan operasi.
Kekadang letih bagi idea... sebab keluar hasilnya lain. Macam Mukriz cakap pasal islamic financial system, gold dinar standard...mengarutnya je....selagi tak da legal framework with power of enforceability under the law yang lain semuanya buang kat tingkap. Apa gunanya akad ikut syarak lepas tu nak enforce kat court mana?
Ini yang macam Datuk sendiri cakap half past six.....
Keturunan Jebat
Datuk,
ReplyDeleteSememangnya UMNO dan PAS bukan sekadar ada persamaan tetapi sama seperti buah limau dijemur waktu panas terik. Dulu UMNO nyaring mempertahankan hak-hak orang Melayu dan agama Islam.PAS pula berkokok tentang negara Islam. Apa yang Kerajaan buat untuk kemajuan Islam semuanya tak kena. Sekarang apa dah jadi. BERSATU? Jangan disebut. Jauh panggang dari api. Natijahnya, apa yang terdaya orang Melayu lakukan ialah merayu, "Maafkan kami, maafkan kami..." apabila bukan melayu mempertikaikan hak kita.
Sebagai seorang Melayu,berumur 70 tahun, sesungguhnya saya amat malu kepada Dr.Mohd Ridhuan Tee. Apa tidakanya, tulisannya setiap minggu di Utusan Malaysia yang menyatakan kebenaran dikecam hebat oleh parti2 politik yang didominasi bukan Melayu dan blok-blok yang pro-pembangkang. Apa yang menghirankan,tidak ada pemimpin PAS dan jarang sekali UMNO membelanya. Harus diingat beliau seorang Islam tetapi bangsanya tetap Cina. Dimanakah kewibawaan kita. Mujurlah ada bangsa lain sanggup menerima maki hamun membela maruah Melayu yang hanyut entah ke mana.
Saya sangat setuju dengan pandangan bernas LangitBiru.Segala permasalahan melayu masa kini adalah berpunca dari UMNO.Nampaknya depa sudah ketinggalan kereta api untuk memperbetuikannya.
ReplyDeleteSemua dah gila bukan setakat koro lagi dah jadi puru.Nik Aziz kata orang bukan melayu bole jadi MB janji dia Islam.Ni apa punya tunggang terbalik ni habis dia tu bukan Islam ke?Semua org Islam bukan melayu baik belaka ke? Semua org melayu yang Islam jahat semua ke.Lebih baik Nik Aziz buat kenyataan macam ni,Semua orang Islam tak kira apa bangsa boleh jadi ahli PAS baru la UMNO ada akai.Sebenaqnya saya dah bosan dengan pemimpin politik Melayu.Baik UMNO baik PAS masing masing dah hilang IMAN
ReplyDeleteSalam DAKJ..
ReplyDeleteSebenarnya MELAYU sekarang boleh digelar 'PENAKUT",'PENGECUT","DAYUS" DAN "PEMBELOT"..
Sekarang merata-rata orang melayu takut untuk bercakap mengenai kepentingan bangsa Melayu, kalau nak cakap pun dlm bilik air dengan bini atau dengan dinding ..Malah orang melayu bila dicabar pleh bangsa bukan melayu ,terus minta maaf sampai nak cium tanah di Tanah Melayu..Nampaknya kita betul-betul menyerah kalah dalam perjuangan bangsa Melayu mahupun Islam.
ELok lah kita bangkit semula sedar akan matlamat bangsa kita..Perjuangan kita bukan mengambil hak orang bukan melayu yang telah kenyang makan hasil bumi Tanah Melayu. Dari era british orang melayu telah ditiduri oleh pemerintah supaya duk di kpg sengap3 dan buat kerja tani ..lepas tu jual kat cina dan cina jual balik dekat org melayu dgn keuntungan.
Datuk..Datuk perhatilah dalam semua industri semua telah diekploitasi oleh bangsa bukan Melayu..sedarkan kita org Melayu yang seluar dalam yg kita pakai dtg dari bukan melayu...ekonomiapa ini..
OLEH ITU, bila cakap hal kepentingan Orang melayu utk masa depan anak.cucu cicit org melayu jgn kita undur balik cakap kita...
Hak kita ada dalam Tanah Malayu Malaysia...
jangan hanya Tinggal Keretapi Tanah Melayu aja...
Itu pun menteri bukan melayu yang jaga...
Pii.llaa..org politik Melayu...
Sudara/saudari Vinnan,
ReplyDeletePasai hang dah buka cerita ni aku nak tambah sikit.ini apa yang aku nampak pekerja depa pasai cara aku kais pagi makan pagi banyak berurusan dgn bank.Selalu bawak depa pi karaoke.
1.Hong Leong Bank.
-Bumi..1 despatch 2 jaga
-India..0
2.Eon Bank
-Bumi..2 kerani 2 jaga
-India..0
3.Alliance
-Bumi..2 jaga
-India..0
3.Public Bank
-Bumi..2 kerani 2 jaga
-India..0
Ni apa yang aku nampak di cawangan yg aku dok selalu pi,tempat lain aku tak tau.Mungkin ada ramai lagi Bumi/India kat belakang dok buat teh atau cuci toilet yang aku tak nampak.
TQ
Salam Dato,
ReplyDeleteDemi masa depan Melayu,
1.Tiong besaq-besaq yang nipis dan BERCABANG lidahnya elok jadi tiong ori balik,biar lidah dan teloq macam lama..jangan beridaman BERTELOQ MERAK....
2.TERUSKAN BERCAKAP,MENULIS dan berpuisi tentang MELAYU...selagi melayu bercakap mengenai melayu, menulis mengenai melayu,berpuisi mengenai melayu..selagi itulah SUKAR melayu dihapuskan...
3.Setiap pagi matahari naik,setiap malam gelap...musim ni musim MELAYU SEJUK,MELAYU KECUT PERUT,MELAYU RAMAI TERPOTONG TELOQ MASA BERSUNAT dan PECAH TELOQ sebab lama sangat DOK kat kerusi dibilik berhawa dingin....
4. TERUSKAN menulis dato, kerana mungkin pemikiran dato menjadi salah satu penunjuk mentaliti `melayu asli' di hujung kurun 20 dan diawal kurun 21....generasi melayu pertengahan kurun 21 atau hujung kurun 21 mungkin akan hilang pedoman....
5.Dato, melayu SEDANG MENCARI adam smith,lincon,karlmax, genghis khan,hitler,keynne dikalangan melayu seperti mereka adalah dari gulungan bawahan, orang bawahan rakyat biasa tetapi `otak' mereka mengubah dunia....
Abu Bakar Ab Rahman
Dato'
ReplyDeleteDato' tubuh saja parti baru
dato, jadi presiden
dan melayu2 yang lompat parti sana-sini-sinun
jadi ahli2 ,senang cerito
Dan perjuangkanlah hak melayu islam.
sbb dari perjuangan dan tafsiran mengikut bangsa maka cina masuk islam terpaksa pakai cina islam,india masuk islam pakai india muslim.Inilah sbbnya terlalu memperjuangkan bangsa!
Islam untuk semua
tidak melayu untuk semua
(sudirumusibarat)
Satu dari punca keadaan ini berlaku ialah penukaran oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri nama Tanah Melayu menjadi Malaya/Malaysia, Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia, Sekolah Melayu jadi Sekolah Kebangsaan. Tulisan Melayu (jawi) yang hatta dalam zaman Tanah Melayu dijajah British digunakan secara meluas telah dikuburkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sendiri. Lebih teruk lagi negara berbilang bangsa dan agama sekarang dah ditukar menjadi 1Malaysia. Orang Melayu sendiri sebenarnya yang memadamkan identiti bangsa dan agamanya. Maka bangsa-bangsa lain pun naik mualah.
ReplyDeleteUMNO kena tukar nama ke PKMB/Pekembar, baru nampak melayu kot, memperjuangkan bahasa kebangsaan. Ahli UMNO perlu dibersihkan di semua peringkat. Rasuah dan sifat mazmumah yang berkubu dalam parti perlu dikikis. Tudungkan semua puteri dan wanita UMNO mengikut syariat Islam. Jaga perilaku anak bini jangan sampai keluar internet terlebih sosial, tonggang, clubbing dll. yang tak elok. Jangan berkira sesama Islam, yang perlu bantu, beri saja. Jangan diratah sesama kroni saja. Pada pendapat kalau UMNO/pekembar dapat mengembangkan sifat mahmudah di kalangan ahlinya, seterusnya menjadi contoh yang baik dari segi Islam dan tata susila manusia, menegakkan syiar Islam, pas mungkin dibubarkan dan semua join UMNO.
ReplyDeletep/s: persamaan sebilangan ahli pas dan umno
= bersama Israel menembak rakyat Palestin dengan menghisap rokok berkotak-kotak setiap hari.
-antirokok
Assalamu'alaykum Dato' AKJ.
ReplyDeleteMentaliti pemimpin UMNO terhadap orang Melayu
1. Ketika mereka solid menyokong UMNO : Kita (Pemimpin UMNO) boleh "abaikan mereka (orang Melayu) kerana mereka telah disumbat dalam guni (UMNO)dan tak akan dapat keluar".
2. Ketika mereka tidak solid menyokong UMNO (PRU 10): Orang Melayu "dibelasah sehingga nyawa-nyawa ikan" (cth. Kerajaan Trengganu (PAS) dinafikan hak wang royalti dpd Petronas, dan, kini Kerajaan Kelantan (PAS).
3. Mereka (pemimpin UMNO) suka pengikut (orang Melayu) yang tidak ada kemahiran berfikir (mereka akan menurut sahaja arahan pemimpinnya tanpa soal). Satu-satunya jalan (iaitu tasawur Islam) yang akan memungkinkan orang Melayu boleh berfikir dan menimbang ditutup rapat atau dihalang-halangi. Pemimpin akan mudah mengurus pengikut sebegini (akur tanpa soal); tetapi dalam masa jangka panjang orang Melayu tidak dapat melahirkan pemimpin yang bijaksana sebaliknya akan dikuasai oleh orang-orang yang mementingkan diri sendiri. (Sepatutnya selama 50 tahun UMNO menjadi tunjang Kerajaan Malaysia (seperti yang selalu dicanangkan) UMNO mengambil kesempatan sepenuhnya peluang memperkasa pendidikan Islam (berserta dengan pelbagai disiplin ilmu kontemporari yang lain) merentasi pelbagai batas kaum dan agama rakyat Malaysia (sekali gus untuk menafikan peluang PAS meraih sokongan pengundi semasa pilihanraya). Pengikut yang punyai pemikiran kritis (berlandaskan syariah) akan menjadikan pemimpin sentiasa alert terhadap amanah yang dipikul.
4. Kini apabila kerajaan negeri di Kelantan, Kedah dan Selangor diperintah oleh orang Melayu (bukan dari UMNO) mereka (pemimpin UMNO) mencanangkan gendang gagasan perpaduan Melayu. Apakah ini ikhlas atau sebaliknya kerana peluang mereka mengisi tembolok sudah terancam.
Salam Datuk AKJ
ReplyDeleteInilah jadinya apabila kuasa dijadikan berhala. Masing-masing ghairah memperoleh dan mempertahan kuasa sehingga segala-galanya dimanipulasi untuk kepentingannya.
PAS menghalalkan kerjasama dengan bukan Islam (baca DAP) kununnya berpandukan sirah Rasulullah saw. Jika perjanjian dengan puak-puak Yahudi di Madinah yang dijadikan sandaran, kita sedia maklum ketika itu Islam telah dominan dalam pemerintahan di sana. Keadaan PAS sekarang ini tidaklah sedemikian melainkan di Kelantan dan Kedah. Buat seketika di Perak pun, PAS adalah minoriti yang menumpang kasih DAP.
Jadi analoginya tentulah tidak tepat. Walau bagaimanapun kepada para pengikut PAS yang telah dikunci pemikirannya, hujah sebegini akan ditolak mentah-mentah.
Jika wujud kerjasama dengan bukan Islam sebelum tertegaknya kerajaan di Madinah, kita faham bahawa kerjasama itu adalah untuk menumbangkan kekuasaan bukan Islam. Keadaan di Malaysia tidak sedemikian, melainkan orang PAS mengkafirkan orang-orang yang tidak sehaluan dan sealiran dengan mereka.
Persaingan Umaiyah dan Abbasiyah mungkin lebih tepat untuk diambil sebagai analogi. Alangkah baiknya jika orang PAS boleh kemukakan dalil bahawa Abbasiyah pernah bekerjasama rapat dengan orang kafir untuk menumbangkan kekuasaan Umaiyah.
Yang pastinya, baik Umaiyah mahupun Abbasiyah tidak bersikap koro dalam mempertahankan agama dan umat Islam apabila berhadapan dengan bukan Islam.
Kalau Raja-Raja Melayu dah di amanahkan kuasa mentabir negara kepada pemimpin Melayu untuk menjaga hak orang Melayu tapi telah gagal untuk disempurnakan lebeh baiklah serahkan semula kuasa kepada Raja-Raja Melayu.
ReplyDeleteApa gunanya diberi kuasa tetapi pemimpin Melayu tak bersatu hati, bertelagah antara mereka hinggakan hak orang Melayu sudah dicabar dengan bongkaknya oleh orang bangsa lain.
Apa maknanya ini? Mereka boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa sendiri. Mereka DAYUS !!DAYUS ! DAYUS! Perjuangan apa namanya. Cakap orang Johor perjuangan "taik kucing" !!!
Datul dan para pembahas,
ReplyDeleteSaya pengundi atas pagar. PRU 2004 undi BN negeri dan Parlimen. Sokong Abdullah Badawi orang baik yang buat janji perubahan.
PRU 2008 undi Pas untuk DUN tapi rosakkan undi untuk Parlimen. Tak sanggup nak bagi undi kepada DAP atau BN (MCA).
PRU 2004 saya undi BN pasal Umno Kuat masa diserahkan oleh Tun kepada Pak Lah. Pak Lah pula orang baik.
PRU 2008 saya undi Pas kerana Pas nampak kuat dan Umno teruk di bawah Pak Lah. Tapi saya tetap tak sokong DAP atau PKR.
Bagi PRU akan datang saya dalam dilema. Umno dan Pasa macam Datuk kata sama-sama lemah dan kacau bilau kerana abai orang Melayu dan ikut sangat kehendak orang Cina dan India.
Kalau Umno pimpin BN, saya hanya boleh terima PR kalau Pas yang pimpin. Tapi sekarang PR dipimpin bersama oleh PKR dan DAP yang lebih kuat dari Pas. Pas jadi pengikut bukan induk dalam PR.
Tapi kalau Pas bersatu padu dan tanding PRU akan datang atas nama dan lambang Pas, saya mungkin sokong Pas lagi.
Saya mahu Umno dan Pas kuat. Bukan Umno dan Pas yang lemah dan jadi alat parti bukan Melayu.
MAP (Melayu Atas Pagar)
Tinta Hitam,
ReplyDeleteHang punya hati pun hitam. Atau hang hidup dalam kawasan hitam yang gelap gulita.
Hang kata,"Satu lagi beza PAS dan UMNO.Kami ahli PAS lebih bebas mengkritik pimpinan tanpa rasa takut sebab yuran parti kami bayar sendiri..keh keh keh."
Poorah, hang baca ni, "Published: Monday December 28, 2009 MYT 5:49:00 PM
PAS members who took part in demo to face disciplinary action
KOTA BARU: PAS members, who took part in the demonstration in front of the Selangor PAS headquarters in Shah Alam on Sunday, will face disciplinary action, said its disciplinary committee chairman Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
However, he said initial investigations showed those involved were not PAS members.
“If it is proven any PAS member was involved, severe disciplinary action will be taken but so far we have found that they are not (PAS members), including the group’s spokesman,” he told reporters here on Monday.
The demonstrators numbering some 20 people had demanded that PAS leave the ruling Pakatan Rakyat coalition in Selangor.
On another matter, Tuan Ibrahim said there was no truth to rumours that the party had taken disciplinary action against Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hassan Mohamed Ali and Hassan’s former deputy Khalid Abdul Samad.
He said their cases, pertaining to Selangor PAS matters, would be heard on Jan 7 and 9 respectively. - Bernama
Apa toleransi hang dok cakap. Pas lagi diktator dari Umno. Cakap Nik Aziz mana hangpa berani jawab.
Kamjat
KOTA BHARU 28 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.
ReplyDeleteMenteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.
Beliau berkata, cadangan itu juga mampu meluaskan penyebaran Islam kepada masyarakat lain kerana bertindak adil kepada semua kaum.
Komen ambo
Tok Guru buat apa mu dok ngecek. Kalu mu beghani mu buat la. Mu pi Dewen mu tuka perlembagaan. Do ngecek ngapu tak guno. Ambo nak tengok mu ngecek kosong atau mu sunggoh-sunggoh. Biar ghoyak macam Tok Guru buken macam oghen mabuk.
Kamjat
Salam DAKJ
ReplyDeleteMaaf Dato’, lama tak beri komen.
Baru-baru ni, masa saya kat Australia, saya ada berborak dengan driver teksi yg asalnya dari Somalia tapi sekarang dah jadi PR sana. Dia kata > 99% orang Somalia beragama Islam. Tapi perang dekat sana dah lebih 20 tahun dan dia sendiri pun tak berani nak balik dan cari kerja tempat sendiri. Bila kita fikir balik, Negara yg dekat 100% Islam pun berlawan antara sama sendiri dan jadi lanun pula sekarang ni, inikan pula negara kita yg 60% je Islam. Katanya lagi, mesti ada sesuatu yg besar tak kena.
Pada firasat saya, memang ada benda yg besar tak kena menyebabkan Islam jadi lemah. Bukan sebab Islam itu sendiri tapi sebab pelbagai tafsiran yg dilakukan mengikut sedap dan selera masing masing. Contohnya seperti tafsiran yg mengatakan Allah juga mencarut, boleh tentukan sapa masuk syurga dan neraka, nak berkawan dengan syaitan semata mata demi untuk menjatuhkan sesama Islam, dan lagi dan lagi dan lagi. Tak larat rasanya nak senaraikan.
Sebenarnya, zaman sahabat lagi telah terjadinya tafsiran yg pelik- pelik ni. Sebab itulah dikatakan seburuk buruk manusia di dunia ini adalah golongan Khawarij dan golongan Khawarij ini jugalah menjadi anjing-anjing di akhirat nanti. “Ya Allah, laknatilah golongan Khawarij ini dimuka bumi ini dan hidangkanlah mereka dengan azab sengsara yg maha dahsyat di akhirat kelak”. Sekian TQ.
Bercakap pasai hak, saya ada tengok satu filem rencana di astro kalau tak silap tajuknya SICKO.
ReplyDeleteDi Perancis, kerajaan tanggung semua kos perubatan dengan cekap. Ertinya, dengan peralatan, kepakaran dan masa yang baik. Kita punya peralatan, tetapi tidak mampu mengambil kakitangan perubatan yang ramai sebab JP tidak luluskan pengambilan disebabkan faktor kewangan.
Bukan itu saja, depa (Perancis) sediakan khidmat doktor bergerak ke rumah2 jika ada keperluan bagi yang tidak berdaya untuk keluar.
Mereka juga sediakan bantuan pembantu rumah secara percuma jika rakyatnya memerlukan. Cth, jika ada wanita yg bersalin dan perlu pembantu untuk kerja-kerja di rumah maka kerajaan akan hantar petugas. Dia boleh disuruh buat semua, memasak, mebersih, menjaga anak. Dia akan datang 3-4 kali dalam seminggu.
Pasai apa kita tak boleh jaga kebajikan rakyat kita yang tak ramai ni dato'? Kata rakyat diutamakan. Hakikatnya, semua rakyat kena tanggung sendiri. Bukan negara tak kaya, tapi kekayaan di sedut oleh pemimpin2 parti pemerintah dan kroni2nya. Dilogikkan dengan membina projek2 mega yang sebetulnya, kalau takdak pun takpa.
Takdak hak orang melayu pun takpa asal anak2 kita dapat pendidikan dengan kos yang rendah (mungkin percuma). Buat apa ada hak, tapi rakyat terbanyak kena berbaris panjang menunggu giliran mendapat rawatan. Bahkan untuk kes2 kronik terpaksa menunggu berbulan untuk sampai giliran buat operation. Yang dok perjuangkan hak ni sebab nak tibai projek kerajaan tanpa tender. Yang dok perjuang hak melayu ni ada la beberapa kerat yang nak jadi kaya instant, tapi yang jadi naya rakyat terbanyak. Bina bangunan pencakar langit kos beratus juta. Dengan kos itu dah boleh gajikan berapa ramai pakar perubatan letak dihospital2 yang banyak dibina. Bina hospital pun sebenarnya hasil dari direct nego ketua2 bahagian yg dok lobi menteri. Hasilnya, terdiri bangunan hospital tapi kakitangan takdak.
Kalau dato' drive di highway dato' tengok kereta singapore pecut laju2 tanpa kena saman. Depa siap bagi high-bem pada kereta kita suruh ketepi. Yang dok kena saman, kereta rakyat kita. Hak apa kalau mcm ni?
Era sekarang, tak perlu canang hak sapa2. Rakyat dah muak dengan slogan, retorik. Rakyat dah buka mata. Dulu orang melayu tak ramai suka melancong luar negara. La ni, dah jadi kebiasaan. Depa dah tengok bagaimana negara lain ditadbir urus. La ni bukan cerita hak2 melayu, la ni rakyat nak hak rakyat. Hak yang selama ni di `mentedarah' oleh puak2 parti pemerintah.
Tulisan dan point dato dalam rencana ini sesuai pada zaman studio jalan ampas saja.
Assamualaikum Dato',
ReplyDelete1. Jika kita tengok dari segi sejarah memang kita tidak dapat menafikan bahawa Umno telah memain peranan penting dalam menjaga hak orang Melayu selama ini.
2. Hanya sejak kebelakangan ini apabila Pas dan PKR menang lebih sedikit undi dalam PRU 12 keadaan telah menjadi maha kalam kabut. Pas dan PKR sebenarnya telah merosakkan keadaan orang Melayu kerana hendak sangat pejabat di Putrajaya hingga sanggup gadai maruah orang Melayu. Umno pula dah lupa daratan dan hanya berminat untuk pegang jawatan dalam parti. Akhirnya orang Melayu jadi mangsa orang2 rakus dalam Umno, PAs dan PKR.
AKUM DATO=Cuba dato semak kembali antara MCA GERAKAN DAN DAP mana yang lebih banyak mengguris hati orang melayu? mungkin dato akan kata DAP tapi kalau ikut fakta kita akan berfikir banyak kali.Kalau ikut fakta MCA melalui timbalan nya pada masa dato LIM KIM SAI minta jawatan timbalan perdana menteri kedua dengan kuasa executif walaupun ya sudah lama apakah mesti lupakan perkara itu dimana selepas PRU 12 MCA ada meminta jawatan timbalan pengurusi BN dan siapakah yang minta CHIN PENG dibawa balik keMALAYSIA bukankah pemimpin GERAKAN DATO boleh buat analisa siapakah yang lebih racist SAHABAT BN atau SAHABAT PR.Orang melayu mesti berfikir pada masa ini kenapa ini berlaku bagaimana ketua wanita gerakan juga mempersoalkan hak melayu ini sepatutnya UMNO/BN mengatasi disiplin rakan2 mereka dahulu baru hendak mengulas tentang PR dan juga DAP.Pemimpin DAP melakukan sesuatu ikut buku undang2 misal nya nak saman SULTAN kerana itu dibenarkan oleh undang2 saya harap orang2 melayu memperbaiki diri dahulu baharulah kita memikirkan sesuatu agenda yang lebih baik bagi orang melayu dan generasi masa depan kita. sekian dato wslm
ReplyDeleteSalam Dato'
ReplyDeleteApa yang saya faham...Islam tidak membezakan penganutnya walaupun berlainan bangsa. Jadi PAS memang tak nampak racistnya. Cuma UMNO ni la masalahnya. Bila dah terancam....teringatkan bangsa, mengingatkan bangsa tentang nasib masa depan. Tapi bila senang lenang, terlentang kekenyangan harta!LUPA BANGSA....LUPA NEGARA!!!!
Malik...Klang
Assalamualaikum wahai semua penyokong UMNO tegar yang kurang mampu untuk melihat 'kebenaran',
ReplyDeleteDengan ikhlasnya, sukalah saya memaklumkan kepada anda bahawa PAS ibarat langit (tingginya) manakala UMNO ibarat bumi(rendahnya). Demikianlah jauhnya perbezaan antara PAS dengan UMNO.
Buktinya mudah untuk dilihat oleh mereka yang hatinya bersih oleh hidayah dan inayah Allah SWT: Perlmbagaan PAS ialah al-Quran dan as-Sunnah, sedangkan perlembagaan UMNO bersifat keduniaan.
"WAHADAINA HUNNAJDAIN". Sesungguhnys, PAS telah memilih jalan yang benar antara dua jalan yang disediakan oleh Allah SWT; dan jalan yang satu lagi itu ialah jalan yang sesat.(Na'uzubillahi minzalik).
Kesimpulannya, antara PAS dengan UMNO itu TERLALULAH BESAR perbezaannya, ibarat warna putih dengan warna hitam.
UMNO memang parti politik Melayu yang ditubuhkan khusus untuk memperjuangkan dan membela hak Melayu. Namun, setelah lebih daripada 50 tahun UMNO mengambil amanah tersebut, adakah UMNO benar-benar telah berjaya memperjuangkan hak Melayu di tanah air sendri?
UMNO sebenarnya telah gagal! Sekiranya UMNO serius dan ikhlas memperjuangkan hak Melayu sepanjang tempoh lebih daripada setengan abad itu, sudah tentu SEMUA orang Melayu pada waktu ini mampu hidup dalam penuh keselesaan. Tiada lagi Melayu yang hidup dalam penderitaan sebagaimana yang terpaksa ditanggungi oleh keluarga Melayu pada masa ini.
Kasihan Melayu di negeri sendiri. Ada yang lebih malang nasib mereka daripada pendatang asing; bahkan ada pendatang haram pun yang lebih mewah daripada Melayu pemilik negara sendiri.
UMNO memang tidak boleh dipercayai lagi. Tunggulah PRU ke-13 nanti. Sabarlah wahai Melayu. PAS tetap akan membela kamu.
Wassalam. Tolong maafkan saya.
Salam DAKJ,
ReplyDeleteDi Malaysia agama islam ialah agama rasmi, maksudnya hanya pakai islam bila ada majlis rasmi atau nak merasmikan majlis. Itu pun jemput imam untuk baca doa sahaja. Lepas itu gasak apa nak jadi. Kareoka dah jadi macam budaya.
Pernah terjadi di Melaka nak merasmikan kolam renang jemput ustaz baca doa. Habis doa ramai-ramai terjun dalam kolam tak tutup aurat. Baik juga ustaz yang dijemput orang yang bijak senyum aja lepas baca doa.
Bila ditanya ustaz baca doa apa semacam aja bunyinya. Dia kata dia tak baca doa tapi baca syair arab. Alasan katanya tak sesuai minta keberkataan pada sesuatu yang terang-terang akan melanggar hukum Allah.
Hadirin yang datang khusyuk berdoa tapi hampeh tak paham..kesian melayu.
-Melayu muflis tanpa hak islam.
-Melayu macam lalang kalau tak ada semangat mempejuangkan hak islam.
-Melayu miskin akhlak tanpa akhlak islam
-Melayu koro bila tinggalkan amalan islam
-Anthony Russel-
Y.Bhg Datuk AKJ,
ReplyDeleteKesediaan MB Kelantan untuk menukar undang tubuh negeri tersebut boleh dilihat sebagai apa?
Satu lagi bentuk stratgey "appeasement" kepada kaum bukan Melayu atau benar-benar satu strategy perjuangan memperkembangkan Islam?
Bunyinya macam sedap didengar -- "...sudah tentu Islam itu sendiri akan dihormati dan lebih ramai yang menjadikan Islam sebagai pegangan agama".
Nak dapat hormat mesti bagi post MB kah dahulu? Kalau tak bagi tak hormat?
Apa cerita ni?
Terima kasih
Azman Mohd Isa
assalamulakum datok
ReplyDeletesaya bersetuju dengan tabuan dan pakbelalang
1.melayu perlu bangkit dengan ape cara sekali pun sebelum terlambat
2.biar majlis raja-raja berbuat sesuatu dan biarlah YDP Agung memerintah Malaysia.
3.PM hanya sebagai bendahara tetapi keputusan adalah ditangan YDP Agung dan begitulah seterusnya mengenai jawatan-jawatan lain di dalam kabinet.
Salam Datuk yang dirindui,
ReplyDeleteSaya percaya sampai kiamat pun kita tidak boleh lari daripada politik perkauman. Hanya satu hipokrit sahaja yang akan mampu berkata " we are one race, the human race." Saya percaya parti politik mengikut kaumlah yang akan memperjuangkan hak-hak sesuatu kaum itu secara tulus ikhlas. Tidak ada kaum lain yang akan mampu memperjuangkan hak-hak satu kaum lain pula dengan sebegitu tulus ikhlas. Kalau dah nak hidup sama-sama perlulah ada perkongsian kuasa sesama kaum.
Sebaliknya DAP yang berteraskan ideologi tidak berteraskan perjuangan kaum dapat bertahan sebegitu lama. Adakah ia menyangkal pendapat saya di atas ? Tidak. DAP bersatu hanya untuk menentang Melayu. DAP tidak pernah memegang kuasa secara total. Jadi kebolehan ideologi DAP untuk menyatukan pelbagai kaum tidak pernah diuji. DAP hanya boleh terus berkuasa (jika satu hari mereka mampu menggenggam kuasa) jika dan hanya jika mereka buat sebijik macam PAP di Singapura. Bunga-bunganya telah nampak di P. Mutiara. Orang Singapura kerja-kerja-kerja, takdak politik. Bagus gak kot cam tu ? A koro nation.
Walaupun Pas adalah parti menolak perkauman (kononnya) tapi kita tidak dapat menolak bahawa Pas adalah parti orang Melayu. Tak dak pulak kita dengar org Cina atau India ghairah sangat nak masuk Pas ni kan ? Senang cakap, Pas adalah parti orang Melayu yang lebih prihatin atau berangan-angan untuk prihatin kepada hukum-hakam Islam berbanding dengan Melayu UMNO yang memang tidak prihatin.
Tetapi Pas terlalu ideal dengan angan-angan tentang negara Islamnya. Makin bercelaru bila bergabung tenaga dengan DAP dan PKR (ha ha ha !). Kalaulah Pas berpijak di bumi, lihat realiti dalam undang-undang perlembagaan, Pas akan nampak jalan bahawa untuk berkuasa Pas perlu bantuan semua Melayu Islam kat Malaysia ni. Tak pun kau buat coup d'etat.
Yang pegang kuasa pulak makin lemah dan koro. Atas nama Melayu, depa tipu Melayu. Betul kata Datuk. Alat kelamin politiknya telah terperosok kot ! Ataupun telah bughut.
Saya ada satu cadangan; untuk menenangkan keresahan orang Melayu Islam hari ini, ada satu kalimat sahaja yang perlu keluar dari mulut DS Najib. Kalimat itu ialah : "Wahai tuan-tuan semua, sudahkan tuan-tuan semua mendirikan solat ? Sudah masuk waktu 'ni. Kalau belum jom kita sama-sama berjemaah."
Ikhlas, pasti lepas tu banyak masalah dapat selesai.
Saudara OKJ,
ReplyDeleteSaya fikir saudara ni banyak syok sendiri, bangga diri, masuk bakul angkat sendiri. Bilamana meeting sama menteri pun beritahu dalam blog baru saja habis meeting dengan menteri. Bila pi Australia pun masuk dalam blog baru saja balik dari Australia.
Saya langsung tak heran kalau dok semeja dengan menteri BN, apatah lagi kalau menteri BN tu dari UMNO, kerana mereka itu sebenarnya tidak layak jadi menteri, tiada ilmu, tiada modal insan dan ihsan yang tinggi, tiada roh taqwa, roh islam di dada.
Pemimpin UMNO yang bersikap apologetik kpd MCA,Gerakan,PPP dll sebenarnya kerana mereka ini semuanya laksana lembu yang dicucuk hidung, boleh ditarik kesana kemari. MCA,Gerakan bersama kroni bisness Cina yang besar telah cucuk hidung pemimpin UMNO hari ini, tu sebab tak da siapa dalam pemimpin UMNO yang berani hentam MCA,Gerakan.
UMNO Penang nak jadi pengerusi BN, Najib arah tutup mulut, walaupun alasan UMNO Penang amat berasas.
Mana ada pemimpin UMNO yang berani sentuh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?? Masa Mahathir cadang sekolah Wawasan, semua pemimpin Cina baik dari BN atau pembangkang bangun lawan, mana ada pemimpin UMNO berteriak lawan? Macammana nak lawan kalau dah dicucuk hidung oleh taukeh2 besar Cina!!!
Saudara OKJ,
Saudara ni berada bawah tempurung, tak nampak dunia politik sebenar!
Balik-balik cakap Khawarij.
Baiklah, buktikan lah yang UMNO ni pembela Islam. Sila senaraikan seberapa banyak bukti dan bujah, InsyaAllah ada manusia yang ada roh Islam, Roh Taqwa akan membalas segala hujah tersebut. Buktikanlah secara ilmiah, dan fakta.
Janganlah ambil hujah pemandu teksi sebagai sandaran!!!
apapun, Melayu melancung keluar negara la ni dah terlalu ramai. Kalau setakat Australia tu boleh kata macam orang Kota Bharu turun KL,terlalu ramai!!!
Kalau di anggap pokok kelapa, saya baca tulisan saudara seperti pelepah muda yang paling muda!!!
Apabila perkataan & pemikiran tidak selari dengan perbuatan ia boleh di klasifikasikan sebagai
ReplyDeletehipokrit..
Kalau dalam hukum-hakam Islam ia di panggil munafik.
Dan pemimpin2 melayu adalah hipokrit tahap maksima..itu kenyataan..
Selagi mana UMNO & PAS koro terus bergaduh, berpecah, memperjudikan maruah agama dan bangsa demi politik..selagi tu lah takkan dapat majoriti 2/3 dalam Parlimen..jangan mimpi negara Islam..
UMNO terus hidup dalam dunia keegoan dan kerosakan..hangpa ada kuasa tapi hangpa lupa kat org2 yg sokong hangpa dengan darah & air mata dejak sebelum merdeka..hangpa khianat amanat kat anak cucu depa tu hari ni..peralaih masuk tembolok suku sakat hangpa saja..habih nak harap org sokong hangpa masa susah? Masa senang pandai sedap2 sendiri saja..jalan daa..
PAS terus hidup dalam dunia kejahilan dan keperasanan kealiman..kalau rasa dah Islam sangat & tak perlu label Melayu awat hangpa tak pi tarbiah Lim Kit Siang, Karpal Singh dan puak DAP masuk Islam? Berapa ramai bukan Islam yg dah ditarbiah masuk Islam oleh PAS dan jadi ahli parti? Lagu mana hangpa nak yakinkan "silent majority" yg kat luar tu dgn perangai lagu ni? Nampak gaya asyik tunduk kehendak bukan Islam saja..lagu tu ka?
Maka..sesungguhnya..teruskan lah menjilat anu2 kaum lain demi survival tembolok politik masing2..kenapa perlu bising & melenting? bukan itukan yg manusia2 ini mahukan?
Saya mahu lebih dari ini semua..
Dato'..cadangan tubuh parti ke3 tu patut dipertimbangkan..
(",)
Antara yang paling malang ialah Dato' sendiri yang baru bersuara selepas sekian lama cuba bertahan.
ReplyDeleteHari ini kepuraan tidak dapat disimpan lama di dalam dada, bengkak takkan susut malah terus menanah dan akan meletup.
UMNO sudah berubah, mungkin Dato masih bermimpi..
Kami dah lama tahu, dah lama perasan, dah lama bercakap, dah berbueh mulut....tapi siapalah kami untuk diberi perhatian dan didengar.
Jika Dato' merasakan tulisan Dato' juga akan diberi perhatian kerana 'nama dan pengaruh' Dato' sebelum ini, saya rasa harapan dan impian itu bukan lagi realiti sekarang..
Dato AKJ,
ReplyDeleteSaya rasa pelik ngapa blogger yang canggih, yg begitu berpengalaman spt Dato asyik dok pilih topik-topik kaum dan agama......bagi saya, ini tidak banyak bantu manyatukan kita tetapi akan sentiasa deselar "takut ngan bayang kita sendiri"! Dato rasa konsep 1Malaysia tepat ke pada waktu ni?? Cuba renung........
Salam,
ReplyDeleteToleransi; mungkin ini yg cuba dipraktikkan oleh pemimpin2 kita tak kira la mana2 parti sekalipun. Demi toleransi, maka mereka tidak mahu sekali2 isu perkauman timbul.
Ini mudah, kerana jika isu perkauman timbul, bangsa Melayu beragama Islam akan terhapus secara tidak langsung di bumi Malaysia. Maka toleransi diamalkan. Tak mahu tabur pasir dalam periuk nasi la katakan.
Maka dengan itu, prinsip, maruah serta nama bangsa Melayu beragama Islam digadai.
Lihat saja sejarah bagaimana Turki Uthmaniyah hancur menjadi negara sekular.
Orang kita menepuk dahi, orang lain menepuk tangan.
.sijagat.nusantara.
Datuk, bila hang nak berhenti spin macam ini. You are losing credibility because of it. Hutang budi kepada UMNO ada hadnya. Jangan kompromi maruah. Selamat Tahun Baru, 2010.
ReplyDeleteTOK..menarik lendakan fikiran tok dalam soal isu berbangkit.
ReplyDeleteDi MALAYA ni menarik hanya satu bangsa di dunia ini di kaitkan dengan agama"
"BANGSA MELAYU WAJIB BAGI BANGSA INI AGAMA NYA ISLAM" yang kita bimbang Islam di Yakini HAK beribadat mungkin tersasar..kerana dalam Islam kerjasama sesama makluk Ciptaan YANG MAHA ESA..perlu di junjung kerana ISLAM asas penganggan NYA KASIH SAYANG sesama INSAN (UMAT NABI MUHAMMAD)..di malaysia ni agak longar semangat ini.Semangat ini hanya dapat di lihat BILA HARI JUMAAT..lepas sembahyang mereka berdusta sesama sama mereka..
ISLAM YANG MANA SATU YANG KITA PERLU ANUTI...mohon pandangan Ybhg DATO..
salam untuk bonda di kampung
Salam DAKJ
ReplyDeleteJerat yg mengena. Sepandai-pandai murai berbunyi akhirnya kena ke muka sendiri.
Saya masih ingat lagi masa kecil dulu, selalunya ada ustaz datang ke surau setiap hari Khamis malam Jumaat untuk memberi tazkirah. Antara tazkirah yg masih saya ingat ialah tentang mana Rasullullah SAW cukup menghormati gurunya.
Diceritakan pada suatu hari semasa Rasullullah SAW sedang menaiki unta merentasi padang pasir bersama sahabatnya, baginda telah kebetulannya bertemu dengan seorang Badwi. Rasullullah SAW dengan cepatnya turun dari unta yg ditungganginya dan pergi kearah Badwi tersebut dan bersalaman serta memberikan hormat. Sahabat Rasullullah SAW yg bersama baginda menjadi tercengang dan tertanya-tanya lalu menanyakan kepada Rasullullah SAW apa yg sedang berlaku. Baginda pun terus menceritakan bahawa orang Badwi tersebut adalah gurunya yg mana beliau telah mengajar baginda cara-cara menghidupkan api (menggunakan najis unta jika tidak silap saya). Begitulah murninya sifat Rasullulah SAW terhadap gurunya tanpa mengira status seseorang tersebut.
Pengajaran dari kisah di atas ialah, dalam Islam kita tidak boleh merendah-rendahkan martabat seseorang walaupun mungkin pengetahuan dan kekayaan kita melebihi dari mereka. Tak semestinya kita ikut apa yg mereka kata, tapi jangan sesekali kita merendahkan martabat mereka termasuk juga pemandu teksi.
Inilah dia contoh pengikut yg bila bercakap je kata nak menegakkan Islam dan pakai serban dua tiga lapis tapi perangai macam ? Tidak langsung menghormati pendapat orang lain. Apa kata pemandu teksi sekiranya mereka mendengar hujah saudara di atas. Saya memang saja je meletakkan pengalaman di atas untuk pembaca menilai sendiri ‘hatibudi’ ahli parti yg kononnya nak menegakkan Islam. Alhamdulillah, kena juga jerat yg tak seberapa ni. Sekian TQ.
Orang Melayu tidak sedar diri bahawa sebenarnya mereka masih lagi dicengkam oleh "penjajah".Penjajah dalaman yang bersifat "musuh dalam selimut"!!Orang Melayu mudah diperalatkan dan diperangkap oleh "penjajah" ini dan tidak dapat menangkis tekanan yang dilakukan oleh mereka secara halus dan bertubi-tubi kebelakangan ini. Akal orang Melayu sungguh singkat, baik pemimpinnya mahupun pengikutnya.Tidak cerdek!!!
ReplyDeleteOrang Melayu masih khayal dengan kerenah politik yang remeh temeh dan tidak ada arah tujuan kemana mereka hendak pergi. Sedih !! Dah 50 tahun merdeka orang Melayu masih lagi lemah longlai bercakaran sama sendiri. Akhirnya, kehancuran akan menimpa bangsanya. Itulah hakikatnya jika orang Melayu masih berterusan meraba-raba mencari sesuatu yang tidak pasti akan menjelma jika diri mereka bersifat "tongong" !!!
Berbagai peluang telah diusahakan untuk memajukan diri tapi mereka masih lagi menuding jari kearah orang lain apabila mereka gagal dan tidak dapat menerima dan akui bahawa kegagalan mereka mungkin adalah kerana perbuatan mereka sendiri. Mereka kurang keyakinan diri sendiri !!
Belum terlambat lagi. Sudah sampai masanya kita mengambil iktibar tentang apa yang berlaku disekeliling kita dan bertekad untuk bersama-sama berganding bahu untuk memperbaiki keadaan bangsa kita. Tidak ada jalan singkat melainkan kunci untuk kejayaan ialah kita mesti berkomporomi dan mecari jalan tengah untuk BERSATU ke arah memertabatkan bangsa kita sebagai bangsa yang bermaruah !!!
Melayu akan selama-lamanya daif dalam segala lapangan baik mereka sokong PAS atau UMNO kerana pemimpin kedua-dua parti tidak memperlihatkan kebijaksanaan mentabir negara dengan sebaiknya. Mereka telah gagal memertabatkan bangsa dan agama.Mereka syok sendiri sahaja!!
ReplyDeleteMelayunya kemana dan Islamnya kemana?
Semuanya tongang terbalik. Satu parti memperjuangkan bangsa Melayu dulu dan satu lagi memperjuangkan Islam dulu. Tapi kita lihat apa hasilnya? Haprak dan HP6 !! 2 X 5 !!!
SUDAH TIBA MASANYA UNTUK UMNO KELUAR DARI BN...
ReplyDeleteNIK AZIZ DESAK UMNO KELUAR BN – harakah daily
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.
Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.
"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.
Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.
"Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."
DASYAT...DASYAT...UMNO...DULU....KINI...SELAMANYA....SATTU MALAYSIA..
minah ronggeng
Saudara OKJ,
ReplyDeleteTiada salahnya ambil pendapat manusia mana sekalipun hatta daripada pemandu teksi.
Akan tetapi, terlalu dangkallah kalau saudara melihat negara Somalia sedemikian hanya sekadar berbual-bual dengan pemandu teksi, tanpa kajian yang lebih mendalam!
Saudara belum menjawab persoalan pokok yang saya kemukakan.
Harap saudara dapat buktikan bahawasanya UMNO pembela Islam!
Assalammua'laikum Datuk,
ReplyDeleteHakikatnya apa yang berlaku sekarang ini adalah kesalahan UMNO yang terlalu murah hati bagi kaum pendatang taraf warganegara.
Sekarang, rasakanlah azabnya.
Padan muka kamu, aku, engkau, kita, kitaorang, kami, dia..
Sekali lagi... padan muka!!
pakcik,
ReplyDeleteminta betulkan sikit ayat tentang umno. sapa kata umno parti org islam? rasanya kat makaya sana ramai juga siam bukan islam jadi ahli amno.
kat sabah ni pun ramai bumiputra bukan islam jadi ahli amno. amno takada syarat WAJIB melayu dan islam utk jadi ahli parti. rasanya utk jadi ahli pas WAJIB islam tapi tak kira apa bangsa sekali pun.
affendi hussain said...
ReplyDelete"Apabila perkataan & pemikiran tidak selari dengan perbuatan ia boleh di klasifikasikan sebagai
hipokrit..
Kalau dalam hukum-hakam Islam ia di panggil munafik".
Setakat ini saya setuju dengan pandangan anda.
Selagi mana UMNO & PAS koro terus bergaduh, berpecah, memperjudikan maruah agama dan bangsa demi politik..selagi tu lah takkan dapat majoriti 2/3 dalam Parlimen..jangan mimpi negara Islam..
Mungkin saudara terlepas pandang keputusan PRU 2004, apabila BN memenangi 90% kerusi parlimen dengan UMNO saja menguasai hampir 2/3 kerusi parlimen!
PAS terus hidup dalam dunia kejahilan dan keperasanan kealiman..
Dunia kejahilan bagaimana yang saudara maksudkan? Tolong jelaskan dengan fakta ilmiah dengan lengkap.
Keperasaan kealiman...(pertama sekali nahu bahasa Melayu anda di sini kurang jeals dan tepat). Walaubagaimanapun, maksud saudara keperasaan kealiman ini boleh diketogorikan sebagai bangga diri, taksub diri sendiri yang mana Islam amat mencela sifat-sifat mazmumah ini dalam beberapa ayat Al-Quran. Dalam ramai ramai pemimpin PAS, siapa yang yang bersikap sedemikian?
kalau rasa dah Islam sangat & tak perlu label Melayu awat hangpa tak pi tarbiah Lim Kit Siang, Karpal Singh dan puak DAP masuk Islam? Berapa ramai bukan Islam yg dah ditarbiah masuk Islam oleh PAS dan jadi ahli parti?
Petunjuk dan hidayah adalah hak Allah swt. Nabi Muhammad saw hanya menyampaikan risalah syariat Islam, dan Allah swt akan menentukan siapa yang akan diberi petunjuk dan hidayah.
PAS bertanggung jawab menyampaikan kepada bukan Islam bahawasanya Hukum Islam itu adil, dan setiap orang Islam dituntut beramal dengan hukum-hukum Islam. PAS menyampaikan kepada bukan Islam bahawasanya terdapat Hukum Siasah Kenegaraan Dan Pemerintahan dalam ajaran agama Islam, tidak seperti agama agama yang lain, yang mana setiap umat islam dipertanggungjawabkan merealisasikan dalam sistem pemerintahan negara.
Sebaliknya, UMNO tidak habis-habis menakutkan Bukan Islam dengan Hukum Hudud yang digambarkan sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusian. UMNO langsung tiada niat dan istiqamah untuk melaksanakan Islam sebagai Dasar atau tunjang pemerintahan.
Di sini UMNO dan PAS berbeza. Walaupun satu bangsa/kaum, satu bahasa, satu warna kulit tapi UMNO menolak Islam. Tiada sebab yang kuat untuk kami PAS bersatu dengan UMNO yang tidak insaf-insaf mengenepikan Islam!
Mtgbertam, Tinta Hitam dan para pengikut fanatik Pas (Nik Aziz),
ReplyDeleteKemarin aku hantar komen ni kat Datuk.Dia pon dah siar. Tabik Datuk.
KOTA BHARU 28 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.
Beliau berkata, cadangan itu juga mampu meluaskan penyebaran Islam kepada masyarakat lain kerana bertindak adil kepada semua kaum.
Komen ambo
Tok Guru buat apa mu dok ngecek. Kalu mu beghani mu buat la. Mu pi Dewen mu tuka perlembagaan. Do ngecek ngapu tak guno. Ambo nak tengok mu ngecek kosong atau mu sunggoh-sunggoh. Biar ghoyak macam Tok Guru buken macam oghen mabuk.
Hari aku baca dalam paper naib presiden parti hangpa, Tuan Ibrahim Tuan Mat kata Pas tak ada hasrat nak tukar perlembagaan Kelantan.
Ni la aku dak dok kat kat hagpa, terutamanya kpd orang negeri aku Mtgbertam geng ghazal parti kepala batas yang kemarok penari darai, Tok Guru dia cakap tak serupa bikin. Sampai macam tu dia nak ambik hati Cina dan India.
Mana ada Pas ikut Islam. Cuba hangpa jangan jadi fanatik sangat, hangpa baca apa Tuan Ibrahim kata. Baca jugak akhbar arus perdana. Jangan dok dengar Harakah saja. Kalu hanpa kata surat khabar Umno tipu, Harakah pun tipu juga. Tipu hangpa la supaya fanatik sokong Pas.
Kamjat
Salam dato dan semua,
ReplyDeleteSELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU.. 1431 dan 2010.
Destiny hidup jangan KOSONG.JIWA JANGAN KOSONG.
1. Cuba sebaiknya mengamalkan islam.
2. Cuba sebaiknya sebagai ketua keluarga.
3.Cuba sebaiknya sebagai isteri.
4.Cuba sebaiknya sebagai majikan
5.Cuba seebaiknya sebagai pekerja
6.Cuba sebaiknya sebagai rakyat biasa
Yang kat ATAS `KAYANGAN' TU,
KURANGKAN jiwa,ilmu dan amali JEMUAN ,JEBON dan LIGAN MIMPI,ligan harta,ligan darjat,juai tanah,juai maruah,juai pasiaq,jual ayaq, juai pelabuhan,juai injen,,juai visa,juai ugama dan entah apa lagi yang depa tengah juai.......JUAI BINI?
Abu Bakar Ab Rahman
Salam Dato',
ReplyDeleteAcap kali kita mempertikai keadaan ekonomi, politik dan sosial yg berlaku skrg maka berbondong lah mereka yg berkata semuanya berpunca drpd umno dan BN.
Bagi saya itu ada benarnya. Namun yg paling penting, bagai mana kita nak membetulkan keadaan?
Jawab mereka , kita tukar kerajaan!!
Mungkin itu juga ada benarnya tetapi secara peribadi ia begitu berisiko utk survival org melayu dan islam.
Saya rasa pemerintah BN perlu dikekalkan tetapi pembesar2 UMNO dan parti2 komponen BNyg perasuah, tamak dan pentingkan diri wajib disingkirkan!
Dlm segala keributan, BN telah terbukti mentadbir negara dgn relati baik. Saya bimbang pakatan PAS, DAP dan PKR hanya bersifat sementara kerana agenda parti antara langit dgn bumi.
Contohnya perjuangan PAS ialah menegakkan negara Islam (walaupun kini dinafikan secara putar belit oleh org PAS sendiri). Sementara DAP mahukan negara sekular! Malah Karpal Sigh pernah berkata "langkah mayat aku dulu kalau nak dirikan negara Islam".
Sekarang ni mereka hanya berlakon dan menyembunyikan belang masing2 di mata rakyat semata2 nak menang pilihanraya! Kerana itu PAS kini lebih lembut dr biasa dlm isu2 agama islam.
PKR punya hanyalah parti Anwar Ibrahim, tanpa beliau PKR akan lebih cepat berkubur.
Tuk,
ReplyDeleteYou should be able to see from the above comments that Malay voters are smart nowadays. Thanks to progress made since independence. All 3 major Malay based parties (UMNO, PAS & PKR) realized this. The only difference is the way these parties have been responding so far and position themselves, going left, centre or right. One thing for sure they cannot easily fool Malay voters anymore. I give equal example for all of them:
1. Hak istimewa orang Melayu – UMNO may use this to regain their lost support but what will determine it success is its sincerity to bela nasib bangsa. They have seen abused by certain quarters to amass self-wealth and they don’t want repeat. If UMNO can convince them, UMNO may regain their support. Majority Malay voters want to keep this hak which is constitutional.
2. Negara Islam or Islamic principles – PAS is seen has been mellowed down by Sdr Anwar promised of kejatuhan BN in the next general election. Be aware that Malay voters (excluding hard core PAS members) have been receiving mixed signals coming between two Tuan Guru, Haji Hadi and Nik Aziz. Most Kelantanese will give 100% support to Nik Aziz but many Malay voters still respect Haji Hadi uncompromised stand on Negara Islam. They see this as saviour from onslaught of Western decadence and Muslim liberal. By shelving this temporary and thinking that Malay voters will accept it is a mistake and will affect PAS credibility. To hard core PAS member, don’t blame UMNO or pro-UMNO people to be quick on using this as their ammunition. Arak issue in Selangor is only one symptom. There are many others in the mind of Malay voters like riba’ transaction in Selangor state financial operation and treasury.
3. Mixing up between blame UMNO-putra and hak Melayu in constitution. PKR’s field days of blaming UMNO for everything is running out. Malay voters are increasing confused especially with liberal Malay in PKR. Despite being lead by pious man like Sdr Anwar, Islamic values are not their strong selling point. You know how Malay are very proud Muslim and very sensitive about it ?. If UMNO-putra is at fault, what’s the need to erase Malay’s identity ?. Especially when many of them have benefitted, especially high education from the affirmative action by BN’s government lead by UMNO. Kelicikan Sdr Anwar also doesn’t help. Many Malay voters anxiously waiting for sodomy2 trial to begin.
My only personal advice to my fellow Malay is focus on your children education. Do whatever within your control to give them good and well balanced education. Don’t blame government (PR or BN likes) for your every mis-fortune. Have you done enough your-self ?.
“You can fool some people some of the times but you cannot fool all people all of the times.”
Anonymous (2)
Tok Kadiaq,
ReplyDeletePas dah kena main dengan DAP atas pujuk raya PKR. PKR nak jadi PM. Depa peduli apa kalu DAP main Pas.
Cuba baca artikel dalam blog Adun DAP R S N Rayer (Seri Delima, Panang)ni
"DAP only has qualms about Islamic state
by YB. R.S.N. Rayer
KUALA LUMPUR: The DAP accepts Islam as the country’s official religion as long as PAS has no plan to turn the country into an Islamic state or introduce hudud laws, its chairman Karpal Singh said.
He said that he had, at no time, belittled Islam and DAP had no quarrel with PAS except for its fundamental ideology to turn Malaysia into an Islamic state and introduce hudud laws.
»The Chinese and Indians in Kelantan are happy, but that doesn’t mean that they subscribe to the creation of an Islamic state« KARPAL SINGH
Karpal Singh said the DAP accepted Islam as the official religion of the country as guaranteed under the Federal Constitution.
“PAS must accept and face reality and not depart from what the Constitution provides and the views of former prime ministers Tunku Abdul Rahman and Tun Hussein Onn.
“There’s no doubt that the Chinese and Indians in Kelantan are happy, but that doesn’t mean that they subscribe to the creation of an Islamic state or the introduction of hudud laws,” he said in a statement yesterday.
Karpal Singh said the Pakatan Rakyat coalition, comprising DAP, PKR and PAS, could defeat Barisan Nasional in the next general election provided PAS does not insist on turning the country into an Islamic state or seek the introduction of hudud laws.
On Sunday, PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat criticised Karpal Singh for saying that PAS should not dream about becoming the backbone of the proposed coalition and establishing an Islamic state in the country.
Posted in: DAP | 0 comments | Links to this post |
Kalu hangpa tak paham Orang Putih, minta geng DAP dan PKR terjemah. Tapi jaga jaga sat nin depa kelentong pangpa lagi. Jangan jadi macam Umno yang lama kena kelentong oleh Sammy Vellu.
Kamjat
Sdr Anak Ascot
ReplyDeletePanjang umur, sdr sebagai orang Melayu, tidak akan malu lagi jika Dr.Mohd Ridhuan Tee ditakdirkan menjadi MB Kelantan Cina Islam yang pertama!!!!
Sdr Windtalkar
ReplyDeleteSdr kata, "Rakyat sebenarnya mempertikaikan "hak" UMNOputera, bukan hak bumiputera. Banyak projek tak siap, runtuh, kualiti tak elok, tapi tiada tindakan, sebab mereka kontraktor UMNO."
Saya setuju
Tetapi, bagaimana dengan sindiran yang mengatakan bahawa jika PR memerintah mereka juga akan melakukan hal yang sama iaitu menyerahkan projek kerajaan kepada kontraktor kroninya dan takut mengambil tindakan terhadap yang bermasalah?
1.
Salam Dato' AKJ
ReplyDeleteYang akhir2 ini UMNO dilihat sama Koro PAS dalam mempertahankan hak Melayu adalah kerana;
1. Pemimpin PAS sama ada sudah mula dirasuk fahaman kapitalis atau pemimpin PAS tidak mampu menggunakan hukum-hakam atau hujah Islam untuk mempertahankan hak Melayu dengan cara tidak menyakitkan hati bukan Melayu
2. Pemimpin UMNO terus dirasuk oleh fahaman kapitalis dan sekular
3. Pemimpin UMNO dan PAS menghadapi masalah untuk mengatasi ancaman era globalisai membabitkan penjagaan kepentingan orang Melayu
Amat Berbeza. Tak caya Sila lihat Perlembagaan Parti.
ReplyDeleteTinggal lagi, para AHLI tidak DiNafikan RAMAI AMAT Persamaan...
SEBAB APA???
Ini kerana.....
Di Malaysia ada 60-40.
60 percent dengan KALIMAH TAUHID
Dari 60 percent itu pula TAK SAMPAI Sembilan Peratus Yang BENAR-BENAR Faham Apa Itu ISLAM!!!
Bayangkanlah..
Syukur Tak TerHingga ke HadratNYA atas KurniaanNYA
WALI ALLAH SWT Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...
Usah main-main dengan Para WALI ALLAH SWT!
Hormati Mereka!
Usah kita Lupa SULAIMAN ABDUL RAHMAN TAIB Pernah Menyindir TokGuru ABDUL HADI AWANG di Parlimen Malaysia Tempoh hari...
HARI INI.....
Tak apalah, tak baik DEDAHKAN KEAIBAN ORANG...nanti ALLAH SWT Telanjangkan Kita Secukup-Cukupnya...
SILA HORMATI WALI ALLAH SWT.
Salam DAKJ
ReplyDeleteManisnya madu
Bila bercerita mengenai madu, saya teringat tentang ‘Hangi’ dengan ‘Manukau honey’ dekat Te’ Poia. Setakat pumkin rebus, keledek rebus, kentang rebus, jagung rebus dan semuanya rebus-rebus, rasanya biasa je tapi bagi mat salleh mereka kata sedap sangat. Ialah, lain orang lain seleranya. Begitu jugalah di Malaysia. Ada kata manisnya madu dan ada juga kata pahit dan geli-geleman tengok madu.
Kalau dulu bermadu ni kadang-kadang je kita dengar, sekarang boleh kata tiap tiap minggu pula. Tiada siapa kata tak boleh, tapi moleklah kalau dapat keizinan dari semua pihak dulu. Ikutlah perintah mahkamah, kalau disuruh tunggu sekejap, tunggu je lah. Tak lari gunung dikejar. Tak payahlah bawa lari anak orang. Tak molek tu terutama di negeri yg pangkah je masuk syurga. Kesian orang tua yg membesarkan anaknya tu. Dan apa kata bini tua dan anak-anak pula. Bila kita tua nanti, kalau anak sendiri buat lagu tu, baru tahu langit tinggi rendah.
Yelah, bila cakap je macam mufti. Tapi pantang tengok dahi licin disapunya. Bini tua tak mati lagi pun dah pasang dua. Ada juga yg cerai pulak bini no 2 untuk kawin 3. Tapi OK jugalah dari main bantai je bini tu samada OK ke no entry ke, peduli apa. Mungkin sebab inilah isu baiah talak tiga tak jadi hal sebab dah ada spare part. kalau nak tolong janda ke, OK juga tapi targetnya anak dara. Miew…….. Paling teruk bila ada juga kategori yg bermadukan jantan, tapi dok setio sapa loni. Gilo !!!!!!!!
Cuma satu je saya nak tahu, apa hukumnya kalau mahkamah kata berpisah dulu tapi tak diikuti. Takut takut kalau begitu-gitu, yelah pengantin baru. Jika mahkamah kata tak sah, harap-harap dijalankan hukuman rejam sampai mati dan rotan 100 kali untuk yg sepatutnya. Kepimpinan melalui tauladan dan kenalah jalankan barulah orang percaya. Jangan ada double standard atau bagi alasan kerajaan pusat tak benarkan ataupun kesilapan teknikal. Akhir kata, Selamat tahun baru. Sekian TQ.
sebab tu saya dah tak berapa peduli pasal politik ni...!!
ReplyDeleteMungkin saudara terlepas pandang keputusan PRU 2004, apabila BN memenangi 90% kerusi parlimen dengan UMNO saja menguasai hampir 2/3 kerusi parlimen!- Langit Biru
ReplyDeleteSalam sdr,
Statistik keputusan PRU ke-12:(sila klik)
Dewan Rakyat:-
Jumlah kerusi: 222; BN menang: 140 (63.1%)
UMNO: 79 (35.6%)
- mana 2/3 UMNO yang dimaksudkan saudara? 2/3 = 148! Bercakap biarlah alasnya fakta sdr. Saya lihat sudah menjadi semcm "trademark" penyokong2 fanatik parti politik dialam siber ini.
Dunia kejahilan bagaimana yang saudara maksudkan? Tolong jelaskan dengan fakta ilmiah dengan lengkap.
- Jahil: perbuatan & lisan tak setimpal ilmu..Fakta Ilmiah? Saya bg contoh fakta realiti cukuplah:
1) Kes zina Eli Wong? (ahh..Muslimah PAS pembela?)
2) Chin Peng hero?
3) UMNO (ahlinya semua?) kafir
4) Ikut tuduh SPRM bunuh TBH? (walhal masih disiasat)
5) Kecam mufti Perak kerana tegur TGNA?
Keperasaan kealiman...(pertama sekali nahu bahasa Melayu anda di sini kurang jeals dan tepat). Walaubagaimanapun, maksud saudara keperasaan kealiman ini boleh diketogorikan sebagai bangga diri, taksub diri sendiri
yang mana Islam amat mencela sifat-sifat mazmumah ini dalam beberapa ayat Al-Quran. Dalam ramai ramai pemimpin PAS, siapa yang yang bersikap sedemikian?
- Sedar atau tidak bicara Nik Aziz sendiri menjurus kpd itu..Nah, dah tentu org2 spt sdr akan bermatian menafikannya..pemimpin besar UMNO biasalah. Mohd Najib dgn "ubah gaya hidup", Nazri Aziz si juara. Ingatkan masa zmn AAB saja gambar pemimpin merata ceruk..tgklah sendiri kat Kedah & Kelantan..taksub mengagung pemimpin itu sudah hampir kpd syirik.. kenapa perlu tuduh org lain takkan masuk syurga walhal itu urusan Allah? Allah mencarut(?) saya pun boleh mencarut?; walhal Allah tu Tuhan..kita makhluk, patutnya kita ikut sahsiah Nabi. Rasulullah s.a.w kaki maki-hamun org ke?
Petunjuk dan hidayah adalah hak Allah swt. Nabi Muhammad saw hanya menyampaikan risalah syariat Islam, dan Allah swt akan menentukan siapa yang akan diberi petunjuk dan hidayah.
- Adakah sdr cuba mempersenda perjuangan Rasulullah menyebarkan syiar Islam dgn strategi minda dgn bekorban harta, darah & air mata? Baginda bukan posmen. Baginda Nabi, Ketua Negara Islam Madinah & Jeneral 5*..kalau sekadar mahu menyampai tak perlu bina itu semua. Jika Rasulullah s.a.w berfikiran sempit minda subsidi mcm itu, nescaya Islam hanya akan bertapak di kota Mekah & Madinah..boleh saja baginda duduk berdoa “berilah hidayah kepada sekalian umat manusia”..tiada kejayaan tanpa perancangan & usaha saudara.
PAS bertanggung jawab menyampaikan kepada bukan Islam bahawasanya Hukum Islam itu adil, dan setiap orang Islam dituntut beramal dengan hukum-hukum Islam. PAS menyampaikan kepada bukan Islam bahawasanya terdapat Hukum Siasah Kenegaraan Dan Pemerintahan dalam ajaran agama Islam, tidak seperti agama agama yang lain, yang mana setiap umat islam dipertanggungjawabkan merealisasikan dalam sistem pemerintahan negara.
- Kaedah mcm posmen ke? Cuba huraikan "master plan" PAS bagaimana mencapai objektif itu? Brp % dah capai? ka masih mcm takuk 50-60an lg? Adakah sekadar bicara manis di mulut saja? DAP dilihat masih lagi tegar perspektifnya anti-Islam, apakah hanya sekadar "syok sendiri" PAS?
Bukannya hangpa semua "yesterday boys" dlm politik negara.
(",) bersambung...
sambungan sdr langit biru,
ReplyDeleteRasulullah sendiri ada "master plan" menakluk Mekah..baginda satukan akidah, tegak perpaduan & kuatkan ekonomi di Madinah yg terasnya dari bangsanya sendiri iaitu Arab. PAS buang terus bangsa & dan harap puak2 tegar anti-Islam akan terus menelan bulat2 kemanisan berbicara (contra flow) Sdr berharap DAP mendapat kurniaan hidayah seperti zaman purba sedangkan cabaran di akhir zaman amatlah sukar? Adakah ahli2 PAS sudah menjadi umat terbaik selaras tuntutan 5 Rukun Islam? Perlu diingat, mereka itu kuat perpaduan & kekuasaan ekonomi lebih dari org2 Islam di sini. Apa yg saudara rasa PAS ada lebih yg mereka tiada untuk dikagumi & dihormati mereka? Siapa jd kuda tunggangan siapa?
Sebaliknya, UMNO tidak habis-habis menakutkan Bukan Islam dengan Hukum Hudud yang digambarkan sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusian. UMNO langsung tiada niat dan istiqamah untuk melaksanakan Islam sebagai Dasar atau tunjang pemerintahan.
- Kenapa perlu "generalize" kepada parti? Jika pemimpin onarnya, kenapa semua ahlinya memikul dosa? Ahli PAS sendiri tak 100% merestui kepimpinan mereka. UMNO memang gagal melaksanakan pemerintahan 100% Islam, sebusuk2 pemimpin mereka ada juga sedikit hasilnya dlm ekonomi & akedemik Islam seperti Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat, UIAM. t/kasih kpd pemimpin UMNO sebelum abad ke-21. Jika hudud terlaksana pun selagi riba masih berleluasa dikalangan org Islam sendiri apakah sudah lengkap semua? saya kira saudara adalah salah sorang pengguna 100% perbankan islam untuk semua urusan pinjaman & simpanan & ahli2 PAS harapnya bebas RIBA.
Islam & Melayu dulunya satu..kenapa dipecahkan? Nenek moyang kita membina keagungan di Nusantara kerana kesatuan bangsanya dlm Islam.
Di sini UMNO dan PAS berbeza. Walaupun satu bangsa/kaum, satu bahasa, satu warna kulit tapi UMNO menolak Islam. Tiada sebab yang kuat untuk kami PAS bersatu dengan UMNO yang tidak insaf-insaf mengenepikan Islam!
Your above statement is self-explainatory.. inilah contoh yg saya maksudkan dgn “keperasanan kealiman” dikalangan pengikut fanatik PAS. Saya memang bukan professor bahasa melayu. 'Alim' itu terbitan 'ilmu'. Org yg alim adalah org yg berilmu dan mengetahui apa yg dibicarakan. Apakah saudara mengetahui perihal kesemua ahli UMNO..adakah dikalangan 1.8-2.0 juta itu kesemuanya menolak Islam dan merestui tindak tanduk pemimpin mereka? Nauzubillah saudara, ini menjurus kpd fitnah..saranan saya marilah sama2 cermin diri.
p/s: Dato AKJ, ternyata cadangan Parti ke3 tu memang amat diperlukan.
Wallahualam
(",)
YBhg Dato,
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya rasa kita sudah sampai "rock bottom". Tiada siapa pun pemimpin Melayu termasuk ulama' terlepas dari kena cerca . Sempena dengan Tahun Hijrah 1431 dan Tahun Masihi 2010 marilah kita bersama-sama "pick up the pieces" dan bina balik bangsa kita yang telah pecah berkecai.Mungkin kita perlu sembahyang hajat minta Allah pulihkan semula daya memikir kita yang sudah keliru hingga tidak tahu lagi mengenal antara yang baik dengan yang buruk. Jangan tolak keperluan ini dengan mengatakan ini adalah tanda akhir zaman.
Jangan salahkan UMNO atau PAS sebagai organisasi yang bertanggungjawab kita berada dalam keadaan ini.Yang salahnya terdapat pemimpin yang dilantik mengambil jalan mudah dengan mengswastakan tanggungjawab kepada individu atau kumpulan tertentu untuk berfikir bagi pihak mereka.Mereka terpengaruh dengan ungkapan "Don't work hard , work smart". Ada yang menyatakan tidak bijak menanam padi di negara ini. Lebih bijak dan menguntungkan jika bertanam padi diluar negara.Begitu juga ada yang berpendapat lebih baik jika kita minta pakar undang-undang memikirkan cara terbaik bagi mengendali termasuk perlantikan hakim-hakim negara .
Jangan malu dilahirkan sebagai orang Melayu hingga ada yang terfikir untuk membuang bangs dan ugama dalam kad pengenalan. Maju terus dan yakin bahawa "Tidakkan Melayu Hilang DiDunia" dengan izin Allah.
Raja Abdul Rahman bin Raja Mohammad Dain
Petaling Jaya
Salam Ybhg Datuk...
ReplyDeleteSelamat menyambut tahun baru Datuk...
Saya setuju sangat dengan Saudara ab seperti ada dalam lagu...
'Terbang sang helang tinggi, sampai ke mana lagi, ingin engkau jelajahi, sehingga kau terlupa yang tinggi jatuh jua,bila tiba ketika...kau ke tanah akhirnya '
Pada yang di kayangan tu pakat2lah jadi cenderawasih..burung di awan..terbang pula berkawan2...permainan para2 wali dan makanannya pun si awan2...
IQ dan EQ kena seimbangkan barulah jadi muslim profesional.
Selamat beramal di malam yang penuh sejarah ilmu ini. Lebih2 lagi jatuhnya pada malam menyambut tahun baru...
Keliwon malam jumaat paling istimewa.
Buang yang keruh ambil yang jernih..marilah kita pakat2 teguh peribadi.
Assalamualikum semua!!!
Qaseh Bonda,
ReplyDelete"cenderawasih..burung di awan..terbang pula (mari?) berkawan2."
Itu hanya dalam lagu. Mungkin penciptanya tidak tahu.
Cenderawasih (Paradisaeidae dalam susunan Passeriformes) bukan burung di awan dan tertangnya pula jarang berkawan.
Cenderawasih burung belukar. Hidup di bumi di celah-celah akar.
Bila masa untuk mengawan. Turunlah ke bumi mencari pasangan. Bulu ditunjuk pelbagai warna. Menari, menyanyi ke sini sana.
Untuk maklumat lanjut, tontonilah National Geographic dan Animal Planet kegemaran emak saya. Dia kata drama Melayu buang masa.
Terima kasih.
Maaf Dato'
ReplyDeleteSedikit pertambahan fakta.
Sdr Langit Biru
Statistik Pilihanraya ke-11 2004
(klik sini)
Dewan Rakyat:-
Jumlah kerusi : 219
BN menang : 198 (90.4%)
UMNO: 109 (49.8%)
2/3 = 146 kerusi.. kekurangan 37 kerusi lagi..kalau campur PBB Sarawak (11) yg melayu islam pun baru jadi 120..mana majoriti 2/3 dimaksudkan saudara?
Hakikatnya dakwaan saudara masih tak mengubah apa2 fakta sebenar.
Masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan ini?
(atau sabotaj/bom diri/U-turn etc. menifesto Negara Islam PAS sendiri?)
Udahlah tu taksub & fanatik tahap maksima sgt..politik yg dok main la ni pun acuan Lord Reid..apa yg baguihnya 'ulamak' yg terikut lagha main permainan sebegini? Fikirlah masa depan umat Islam di Malaysia yg majoritinya adalah bangsa anda sendiri..bukan bangsa DAP.
("/)
Sdr AbGJaS
ReplyDeleteSdr kata, "Acap kali kita mempertikai keadaan ekonomi, politik dan sosial yg berlaku skrg maka berbondong lah mereka yg berkata semuanya berpunca drpd umno dan BN.
Bagi saya itu ada benarnya. Namun yg paling penting, bagai mana kita nak membetulkan keadaan?
Jawab mereka , kita tukar kerajaan!!
Mungkin itu juga ada benarnya tetapi secara peribadi ia begitu berisiko utk survival org melayu dan islam.
Saya rasa pemerintah BN perlu dikekalkan tetapi pembesar2 UMNO dan parti2 komponen BNyg perasuah, tamak dan pentingkan diri wajib disingkirkan!"
Saya kata menyingkirkan pembesar2 UMNO /BN yang perasuah, tamak dan pentingkan diri bukan sahaja tinggi risikonya, malah akan memudahkan PR menumbang kerajaan UMNO/BN, atas alasan majoriti pembesar UMNO/BN perasuah, tamak dan pentingkan diri. Bahkan bakal pengantinya tidak kurang begitu.
Sdr Qaseh Bonda
ReplyDeleteSdr kata, "IQ dan EQ kena seimbangkan barulah jadi muslim profesional."
Sepengalaman saya, bukan sahaja IQ dan EQ kena seimbang, malah kena juga kuasai ilmu ukuarawi dan duniawi sekali gus.Di mana, ilmu duniawi perlu meliputi ilmu2 sains dan teknikal.
Sdr raja2u
ReplyDeleteSdr kata, "Jangan salahkan UMNO atau PAS sebagai organisasi yang bertanggungjawab kita berada dalam keadaan ini.Yang salahnya terdapat pemimpin yang dilantik mengambil jalan mudah dengan mengswastakan tanggungjawab kepada individu atau kumpulan tertentu untuk berfikir bagi pihak mereka."
Saya kata kebenyakan pemimpin yang dilatik tengelam dek dipengaruhi fahaman kapitalis dan sekular
Saudara Affendi Hussain,
ReplyDeleteSaya nyatakan “BN memenangi 90% kerusi parlimen dengan UMNO saja menguasai hampir 2/3 kerusi parlimen”. Sekali-kali saya tidak nyatakan UMNO menguasai 2/3 kerusi parlimen. Mungkin saudara terlepas pandang perkataan HAMPIR di depannya.
Saya nyatakan, “Petunjuk dan hidayah adalah hak Allah swt. Nabi Muhammad saw hanya menyampaikan risalah syariat Islam, dan Allah swt akan menentukan siapa yang akan diberi petunjuk dan hidayah”.
Ulasan saudara, Adakah sdr cuba mempersenda perjuangan Rasulullah menyebarkan syiar Islam dgn strategi minda dgn bekorban harta, darah & air mata? Baginda bukan posmen. Baginda Nabi, Ketua Negara Islam Madinah & Jeneral 5*..kalau sekadar mahu menyampai tak perlu bina itu semua. Jika Rasulullah s.a.w berfikiran sempit minda subsidi mcm itu, nescaya Islam hanya akan bertapak di kota Mekah & Madinah..boleh saja baginda duduk berdoa “berilah hidayah kepada sekalian umat manusia”..tiada kejayaan tanpa perancangan & usaha saudara.
Saudara,
Ketahuilah bahawasanyanya petunjuk dan hidayah adalah hak Allah swt semata-mata. Perhatikan dalil-dalil Al-Quran.
Ayat 82 Surah An-Nahl,
“Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang”.
Ayat 35 Surah An-Nahl,
“maka tidak ada kewajiban atas para rasul, selain dari menyampaikan (amanat Allah) dengan terang."
Ayat 40 Surah Ar-Rad,
“Dan jika Kami perlihatkan kepadamu sebahagian (siksa) yang Kami ancamkan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu (hal itu tidak penting bagimu) karena sesungguhnya tugasmu hanya menyampaikan saja, sedang Kami-lah yang menghisab amalan mereka”.
Ayat 68 Surah Al-A’raf
“Aku menyampaikan amanat-amanah Tuhanku kepadamu dan aku hanyalah pemberi nasihat yang terpercaya bagimu".
Ayat 99 Surah Al-Maidah,
Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allah mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
Ayat 92 Surah Al-Maidah,
Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul (Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami, hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.
Ayat 20 Surah Al-Imran
Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: ""Apakah kamu (mau) masuk Islam?"" Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah).
Wahai Saudara Affendi Hussain,
Bila bercakap, bila berfikir, janganlah bersandarkan logik fikiran akal semata-mata, dengan meninggalkan nas-nas Al-Quran yang jelas. Akal fikiran manusia sebenarnya lemah dan kekuatannya ada hadnya.
Orang yang menyokong PAS cuba beri tahu apa yang PAS dah lakukan untuk meningkat kebajikan orang Melayu Islam selama ini? Saya tak nampak satu pun !!
ReplyDeleteSaya nak tunggu kerajaan PAS buat Amanah Saham Islam di Kedah dan di Kelantan !! Bila kerajaan PAS boleh lancar ASI dan dapat beri pulangan pembahagian keuntungan secara Islam lebeh dari ASB?
Ini baru satu soalan sahaja. Kalau nak ikutkan saya ada berjela soalan untuk PAS jawab. Memadailah satu soalan sahaja!!
-Wahab-
Assalamualaikum Dato’AKJ.
ReplyDeleteSuka saya mencadangkan tulisan saudara Affendi Hussain ini sebagai kata-kata penutup tirai 2009 yang paling efektif:
"Apabila perkataan & pemikiran tidak selari dengan perbuatan ia boleh di klasifikasikan sebagai
hipokrit..Kalau dalam hukum-hakam Islam ia di panggil munafik".( Affendi Hussain, The Scribe Kadir Jasin,Disember 2009).
Apa yang ditulis itu ada kaitan dengan iman,yakin di hati,lafaz dilidah,amal dengan perbuatan. Iman pula wajib dilengkapkan dengan Jihad. Antara Jihad Akhbar (Jihad Paling Utama) adalah berkata benar kepada pemimpin yang zalim. Zalim disini bukanlah zalim melakukan penderaan/penyiksaan fizikal, tetapi zalim bermaksud tidak mensyukuri nikmat Allah dengan ingkar kepada suruhan Nya, melanggar larangan Nya. Dan nikmat paling tinggi anugerah Illahi adalah nikmat Iman dan Islam.
Surah Ar-Rahman banyak menceritakan nikmat-nikmat Tuhan. Dan diulang-ulangi sebanyak 31 kali pertanyaan Allah swt kpd manusia dan Jin dalam Surah Ar-Rahman,
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu berdua mahu dustakan (wahai manusia dan jin)?”.
Benar sekali Rasulullah saw ada “master plan” untuk menakluk Mekkah Al-Mukarramah. Dan benar sekali Rasulullah menyatukan Muhajirin dan Ansar dengan satu kalimah tauhid dan akidah yang mantap. Dan jangan lupa, benar juga yang diperangi Rasulullah saw adalah kaum keluarga para sahabat sendiri yang menolak kebenaran syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Para sahabat membuang kaum keluarga bah kan memerangi mereka demi pertahankan syariat Islam dan tindakan para sahabat ini mendapat pujian Allah swt dalam Al-Quran sebagai satu perniagaan yang tak rugi.
Bagi pendukung Islam, tugas mereka meyampaikan ajaran syariat Islam dan menegakkan Islam dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam. Berapa % yang tercapai terpulanglah kepada Allah swt yang penting pendukung Islam berusaha tanpa jemu dan bertaqwa kepada Allah swt.
Tiada satu kaum atau bangsa pun yang sanggup membuang terus kaum/bangsanya selain para sahabat. PAS tidak membuang bangsanya, sebaliknya menyeru bangsanya kembali ke pangkal jalan yang benar, meninggalkan UMNO yang sudah menyeleweng dasar-dasar dan perbuatannya dari Islam.
Saudara menulis…..puak-puak tegar anti-Islam…… Siapa puak-puak tegar anti-Islam ini? DAP? Bagaimana dengan MCA? Gerakan? MIC? PPP? BN? Dulu, mereka semua ini adalah sama, tiada satupun yang “Islamic friendly” bahkan semuanya anti-Islam.
Jangan kita lupa pesan Rasullullah saw bahawa jika umat Islam menolak ajaran-ajaran Islam, nescaya umat ini akan digantikan dengan umat yang lebih baik dari mereka:
Ayat 57 Surah Hud, "Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan) nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudarat kepada-Nya sedikit pun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu."
Kita merancang, Allah swt menentukan. Jika ditakdirkan ramai ahli DAP masuk Islam, itu kehendak Allah swt, bukan urusan manusia. Akan tetapi, jika mereka tidak masuk Islam tetapi menerima Pentadbiran Kerajaan Islam, itu sudahpun mencukupi.
(Adakah ahli2 PAS sudah menjadi umat terbaik selaras tuntutan 5 Rukun Islam?)
ReplyDeleteUmat Muhammad saw sememangnya umat terbaik sebagaimana termaktub dalam beberapa ayat Al-Quran. Akan tetapi, Muhammad saw sendiri mengakui akan tiba satu masa umat ku umpama buih-buih di lautan, lantaran tiada jatidiri pegangan kepada tali agama yang kukuh dan kuat iaitu Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Semua umat Muhammad saw perlu berusaha ke arah itu, iaitu menjadi umat terbaik yang berpegang kukuh dan kuat kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu cara hidup yang sempurna dan lengkap. Al-Quran itu tiada keraguan di dalamnya, tiada kebengkokan jalannya, petunjuk kepada semua manusia. Jadi mengapa kita memilih untuk tidak berhukum dengan hukum Allah swt?
(Kenapa perlu "generalize" kepada parti? Jika pemimpin onarnya, kenapa semua ahlinya memikul dosa?)
Apakah benar soalan ini datang dari saudara? Asas utama demokrasi dalam organisasi parti adalah taat kepada pemimpin. Jika pemimpin buat onar, pemimpin berdosa, ahlinya yang reda taat dengan onar nya juga berdosa. Maka sebab itulah dinyatakan Jihad Akhbar adalah berkata benar kepada pemimpin yang salah dan zalim. Disana terdapat beberapa firman Allah swt kepada orang-orang yang beriman janganlah kegerunan kamu kepada manusia menghalang kamu berkata benar.
Taat kepada pemimpin hanya terhad kepada perkara perkara kebaikan yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Pemimpin dalam Islam adalah Ulil Amri, iaitu pemimpin yang taat kepada Allah swt dan taat kepada RasulNya. Piagam Madinah atau Piagam Muhammad saw, iaitu Kontrak Sosial Pertama atas mukabumi, satu perjanjian yang bernaung dibawah petunjuk Allah swt, meletakkan asas utama negara Islam Madinah tiada lain adalah Allah dan RasulNya.
Maka kita perlu berdialog asas utama kepimpinan. ASAS UTAMA umpama POKOK. Dari nya tumbuhnya dahan, cabang , ranting dan buah. Jika pokok yang baik, lahirlah dahan,cabang,ranting dan buah yang umumnya baik.
ASAS UTAMA atau POKOK sesebuah negara adalah perlembagaan dan undang-undangnya yang menjadi dasar pemerintahan.
Hudud adalah hanya sebahagian sahaja dari Hukum/Undang-UndangJenayah Dalam Islam (Hukum Islam). Hukumnya adalah wajib dilaksanakan bagi pemerintah yang beragama Islam. Allah swt sudah berjanji dalam Al-Quran bahawasanya jika Hukum Islam ditegakkan oleh sesebuah pemerintahan, nescaya Allah swt akan mengangkat kemasalahan jenayah negeri tersebut. Janji siapa yang paling ditepati selain dari janji Allah swt? Inilah Iman, keyakinan mutlak di hati.
(Jika hudud terlaksana pun selagi riba masih berleluasa dikalangan org Islam sendiri apakah sudah lengkap semua?)
Maka bilamana ASAS UTAMA atau POKOK (Perlembagaan dan Undang-undang Islam) sesebuah negara ditegakkan, maka menjadi kewajiban pemerintah pula mentadbir urus negara selaras dengannya. Wajib bagi pemerintah membajai pokok ini dengan taqwa yang akan menghasilkan segala perkara (dahan,cabang,ranting,buah) selaras dengan Islam. Contohnya, Pakar pakar ekonomi, kewangan dan perbankan perlu mengkaji lagi dan lagi dan lagi hingga terhasilnya sistem kewangan Islam yang bebas dari riba. Maka sudah pasti ianya bukan boleh dilakukan sekelip mata tetapi memerlukan masa. Kewangan Islam Perbankan Islam yang bebas dari riba, Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat, UIAM,perbankan Islam, Takaful dll adalah umpama cabang-cabang dan ranting-ranting yang perlu kita sokong dan jayakan semoga ianya lebih baik dalam menepati nilai-nilai dan ciri-ciri Islam.
(
Your above statement is self-explainatory.. inilah contoh yg saya maksudkan dgn “keperasanan kealiman” dikalangan pengikut fanatik PAS…. 'Alim' itu terbitan 'ilmu'. Org yg alim adalah org yg berilmu dan mengetahui apa yg dibicarakan.)
ReplyDeleteFanatik atau ta’sub adalah terlalu hampir kepada taghut. Sesiapa yang mengikuti taghut sesungguhnya ia mengikuti Syaitan…… Nauzubillah. Dengan itu, orang-orang yang beriman dilarang samasekali taksub/fanatik kepada manusia/pemimpin. Reda dan taat kepada pemimpin yang menyimpang dari ajaran Islam sama seperti mengikuti taghut!
(Apakah saudara mengetahui perihal kesemua ahli UMNO..adakah dikalangan 1.8-2.0 juta itu kesemuanya menolak Islam dan merestui tindak tanduk pemimpin mereka)?
( Pembetulan fakta, ahli UMNO mencecah 3.2 juta ahli, bukan 1.8-2.0juta.) Dasar-dasar Pentadbiran dalam Parti UMNO direalisasikan melalui Dasar-Dasar Pemerintahan Negara yang mengenepikan Dasar-Dasar Syariat Islam. Islam telah diistiharkan oleh Allah swt sewaktu Nabi saw melakukan Hajjatul Wada’ tahun ke 10 Hijrah sebagai agama yang lengkap sempurna yang Allah swt meredhai Islam sebagai Agama Umat Muhammad saw. Sempurnanya Islam termasuklah dasar-dasar pemerintahan sesebuah negara oleh pemimpin beragama Islam. Politik adalah sebahagian dari Islam, dan Islam tidak akan lengkap tanpa Politik. Maka dalam Islam, Politik menegakkan Syariat Islam dalam sesebuah negara yang majoriti penduduknya adalam Muslim adalah satu Jihad.
Taat kepada pemimpin adalah WAJIB. Akan tetapi TAAT itu hanya terhad kepada perkara-perkara yang membawa kebaikan selaras dengan Syariat Islam. Tiada lagi kewajiban taat kepada pemimpin kiranya pemimpin itu menyimpang dari Syariat Islam.
Bubar UMNO. Bubar PAS. Dua-dua tak boleh pakai!! Habiskan boghas !!
ReplyDeleteBuat parti baru. Parti KELABU !!!
-pak dogol-
Saya sokong langit biru. Satu pandangan yang bernas. Itu macamlah !! Be practical, man !!
ReplyDeleteDi suruh kita sokong perjuangan Islam tapi isi perjuangan tak tentu hala nak dibawa kemana. Bermacam-macam tafsiran yang dilafazkan tapi kebanyakannya cakap berusur RIAK kononnya "aku"lah lebeh memahami apa itu pentadbiran Islam. Semua cakap propaganda politik kosong.Akhirnya orang Melayu Islam jadi "mereng"!!! Cakap ikut nafsu saja.Fikiran dah tak rasional. Apa yang dianjurkan semuanya haprak!!
"mat zero"
salam dato. sebenarnya yg jual dan dagai hak melayu tu amno bukan pas. adalah tidak adil mengatakan pas dan umno adalah sama, sedangkan sudah jelas umno yg membuat onar tapi dibutakan dan di pekakkan telinga ooleh pengamal media sejak dr zaman dato lagi. Cuba renungkan .....
ReplyDeleteSalam DAKJ
ReplyDeleteSenyum kambing; Penutup 2009
1. Nampaknya doa bala To’ Guru dah dimakbulkan, cuma terkena pada MUKA SENDIRI. Mungkinkah ini satu daripada bayaran cash daripada Allah untuk ditunjukkan dimuka bumi lagi? Juga mungkinkah ini satu dari balasan mentafsirkan Quran ikut selera sendiri? RM 800 juta kena saman pasal kes 1964. Oh Ya., masa tu siapa yg perintah? Lepas tu, dah perintah dekat 20 tahun ni buat apa? Makan gaji buta ke atau tak reti apa-apa?? Pusing punya pusing, alih alih salahkan orang lain. Itulah namanya bodoh sombong. Lain kali, kalau tak tahu tanyalah kepada orang yg tahu. Minta nasihat dan bawalah berbincang luar mahkamah untuk ‘win win situation’. Insyaallah, atas nama Islam, saudara yg dah berapa kali dikafirkan dan didoakan bala akan tolong mana yg boleh untuk kebaikan semua.
2. Bila bercakap je, mestilah adil tapi Adil ke dia je. Anak dara orang pun dikebasnya sampai To’ Ketua terpaksa buat laporan polis minta carikan. Tak malu.Satu lagi bayaran cash untuk negeri yg kononnya pangkah je masuk syurga.
3. Sekalung tahniah YB kerana sekarang perkataan ALLAH dah boleh digunakan untuk agama lain di Malaysia ni. Cuma satu je, Pastikan YB ada jawapan yg betul-betul bernas di akhirat nanti ye. Ingat, kesannya bukan sekarang tapi generasi akan datang.
4. Kenapa tiada komen dari e-paper rasminya kali ni?(sehingga tarikh ditulis), Tengah pikir la tu apa nak dipusing. Cadangan saya tajuknya adalah; ‘Alhamdulillah, YB kita dah berjaya menyokong penggunaan perrkataan ALLAH untuk agama lain.’ Mungkin lepas ni, bolehlah kerja lebih keras supaya projek BABI yg tergendala dulu di Kedah dan Selangor dipercepatkan pula. Lagipun ‘Influenza A HINI swine strain’ sekarang dah ada vaksin. Sekian TQ.
Datuk,
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2010.
Minta maaf kerana sudah lama tidak beri komen dalam blog Datuk ini. Terlalu sibuk dengan kerja dan berniaga sampai tidak ada masa nak baca blog pun.
Sempena Tahun Baru 2010 ini, saya menyeru pada rakan-rakan dan pada diri saya sendiri agar bekerja lebih kuat dan gigih berusaha untuk memajukan agama, bangsa dan tanahair. Janganlah hanya kuat komplen dan menyalahkan orang lain diatas kekurangan pada diri kita. Mungkin sekali sekala, kita wajar cermin diri sendiri dan bertanya; apakah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan tanahair selain dari komen kita yang berjela-jela itu.
-sinbad-
Salam Tahun Baru Ybhg Datuk,
ReplyDeleteThanx for the info.
Kalau semua rakyat Malysia seperti emak Datuk dan Mak saya dah tentu kita hidup aman damai...tiada sengketa sesama kita apatah lagi sama bangsa dan ugama.
Tapi sayangnya semua jadi caca marba dan buang masa sepertimana drama melayu.
Macamana bosannya kita tengok drama macamtu lah realitinya hidup sekarang.
Pengarah drama dengan pemimpin negara sama kualiti....Low class!
Semua bergantung pada producer.
Salam Datuk
ReplyDeleteSelagi orang melayu tidak mempunyai pemimpin yang adil, bijak, dan taqwa kepada Allah, selagi itulah orang melayu bermasalah!!!
Dan selagi itulah, Malaysia tidak boleh mejadi sebuah negara contoh.
Happy New Year To All. Looking foward for a better life for all Malaysians. Hidup Malaysia. One Malaysia !!!
ReplyDeleteSalam dan Selamat tahun 2010 DAKJ,
ReplyDeleteBagus lah diperingatkan.
Dulu, kini dan esok?, termaktub dalam lipatan sejarah sejak zaman Empire Mallaca lagi, yang merosakkan dan menjatuhkan melayu ialah MELAYU sendiri. Dizaman sekarang ini kalau dilihat peristiwa -peristiwa yang berlalu , Kalau nak tolong melayu ialah melayu sendiri. Kalau nak perosak melayu ialah melayu juga. Kerana melayu banyak perhati , tolak ansur dan bersikap tak apa dan biarlah. Tengok lah pemadat ialah melayu majoriti, jadi GRO juga ramai melayu dan pengguna juga ramai melayu, tokeh nya sape?, sendiri mau tahu lah., lumba motor juga melayu, bersenang-sennag juga melayu . Aku tak tahu apa nak jagi, kerana takut menegor kot atau bagaimana?. Ennnnnttttttaaaaah laaaaaaaahhhhh.
Pak Malau tertitis air mata.
TOK KADIAQ
ReplyDelete'AS OUR ENENIES HAVE FOUND WE CAN REASON LIKE MEN,SO NOW LET US SHOW THEM WE CAN FIGHT LIKE MEN ALSO'-Thomas Jefferson
Selamat Tahun 2010 untuk semua.
Perdebatan dan PerBAHASan yang amat BAGUS dan TERBUKA di Medan KadirJasin. Inilah Yang Kita Mahu. 1Malaysia. Kebebasan Suara MUTLAK. Kerna Janji ILAHI... Yang Benar TETAP Benar, Usah Takut!
ReplyDeletePara Umat MUHAMMAD SAW Hanya Perlu Pegang LIMA PERKARA sebagai FORMULA KEJAYAAN ABADI.
1. Memurnikan AKIDAH
2. Memuliakan AKHLAK
3. Istiqamah dalam SYARIAT
4. PENGORBANAN HARTA
5. PENGORBANAN DIRI.
Ingatlah, Banyak Mana SOLAT dan PUASA pun... andai AKIDAH kita TERGELINCIR, TIADA MAKNANYA!
Ayuh Rakyat MALAYSIA... Ayuh kita NAIK ROKET untuk ke BULAN!
Sedikit Henjutan untuk kita TAKLUK PutraJaya!
Ujian-ujian BerTimpa buat Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan adalah TANDA ALLAH SWT akan MENGURNIAKAN Sesuatu YANG TIDAK PERNAH KITA BAYANGKAN...
Tunggu...
SELAMAT TAHUN BARU
1MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTMAKAN.
SAUDARA SAUDARI KU
ReplyDeleteBangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga .
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita '
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya -TUN MAHATHIR
TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA
Salam AKJ.
ReplyDeleteNampaknya ramai pembahas mcm tak faham message nak disampaikan...naif sangat dengan keadaan semasa dan emosional tak tentu pasal...tu dia ramai melayu kena 'jajah' kat sini..kena jajah dengan pemimpin politik and parti...masih tak sedar diri..sampai boleh kata nik aziz tu wali Allah saya tak tau la nak samakan tahap mana kebodohan pembahas tu...
Macam ni la...pembahas yg tak faham2 tu balik sekolah belajar matematik and sains, boleh fikir secara logik skit...and ada lebih common sense...
Khairul
assalamualaikum....
ReplyDelete1.saya tak paham dengan sebahagian pengulas posting DAKJ kali ni...
2.DAKJ tengah bercakap tentang dilema org melayu...penagih dadah,corruptor,GRO dan macam2 lagi masalah kita sebagai bangsa melayu beragama Islam di negara Malaysia...
3. dan menurut pandangan beliau (yg telah beliau tunjukkan selama ini)...UMNO dan PAS lah yg byk membentuk pemikiran dan jalan hidup/kerja org melayu kita....
4. kalau PAS/UMNO benar..maka insyaAllah benarlah melyu malaysia..kalau PAS/UMNO dok bermimpi/bergaduh/lumat satu sama lain, punahlah melayu malaysia
5. dan perkara itu sedang berlangsung!!!tgh dok jadi...PAS kata UMNO gila..UMNO kata PAS gila..
6.kita dok gaduh2...org lain ambik kesempatan...takkanla tak paham2 lagi kot!!!
7. yg saya dok baca slama ni...PAS/PKR ni takleh kena tegur langsung...tegur sikit,mulalah depa mengamuk...hangpa ni gila ka apa?..jgnla dok taksub sgt..kalau ada salah tu,kita terimala...open mindedla sikit...
8. yg UMNO pulak..jgnla dok ngampu tak abeh2...UMNO tu amanah..bukan tmpat cari habuan...tu yg org meluat kat hangpa tu....
9. 1 lagi masalah melayu hari ni..yg dah kaya, pandai, senang tu dah lupa zaman2 susah dulu...dia tak ingat tok nenek dia nk makan pon susah..bila dh senang sikit,nk blagak,nk ek!takdakla kaya mana pon,pandai pon tadak la mana sgt pon...blagak ja lebih
10. bukak kepala sikit...org dok tgh bagi semangat supaya lebih bersatu..hngpa sedap ja pi down dia...piang betoi la hngpa ni!..
11. so,please b open minded..baca baik2 apa DAKJ...kalau ada yg xbetoi,tegur baik2..bagi fact yg menyokong hujah,jgn dok taksub ja..macam tu la kita berbahas...
wassalam.....
H.A.P.R.A.K
Macam mana tak koro Dato,
ReplyDeleteBila UMNO istihar Malaysia negara Islam, Pas yang kedepan sekali menafikannya.
UMNO membantah perkataan Allah digunakan oleh ugama lain,tetapi orang-orang Pas yang beria-ia menyokongnya.
Khalid Samad itu bukankah adik Shahril Samad, orang UMNO?
Kerana itu UMNOlah yang salah!
Semuanya boleh putar dan boleh belit.
PakChak
Hai..selamat tahun baru..
ReplyDeleteSaya setuju dgn saudara Kadir Jasin..sekarang ni semakin ramai pemimpin UMNO yang semakin takut merpekatakan dan mempertahankan hak Melayu..ada juga yang sanggup berpaling tadah..saya amat kecewa sekali..entah apa entah yang mereka takutkan..its better to die as a fighter rather than live as a coward
Dato.
ReplyDeletePAS dan UMNO macam langit dengan bumi.Mana sama.Soal imdividu tak sama dengan Party.Macam Islam dan Umatnya.Islam itu luhur dan berseh tak sama dengan umatnya yang macam perangai.
Kejatohan UMNO sudah tidak dapat di elak.Kenaikan PAS pula sudah tidak dapat di sekat.
Salam Dato'
ReplyDeleteYang penting sekarang adalah bangsa melayu bersatu. Ini adalah agenda utama kita. Bila kita bersatu bangsa lain tak akan berani untuk mempersoalkan kedudukan kita. Untuk itu PAS perlu ubah pemimpinnya agar pemimpin yg baru boleh terima perpaduan ini. Buang saja Nik Ajis tu sebab dia yg dah bersekongkol dgn kafir laknat! Dia bukannya ulamak tapi ular dalam semak yg mematuk bangsanya sendiri. Bila dia tak ada maka senang untuk berbincang soal perpaduan melayu dan umah. Dalangnya skrg adalah Nik Ajis dan ini dipergunakan sepenuhnya oleh DAP untuk meraih sokongan bangsa melayu dari PAS. Pada UMNO pula, bersungguh sungguh membela nasib kaum melayu. Guna apa saja dlm Perlembagaan dan Undang2 untuk mempertahankan hak orang-orang melayu. Jika ini berlaku maka semua orang melayu akan membela UMNO. Jgn pemimpin tertinggi UMNO dgr cakap ahli2 UMNO yg terlalu mengagungkan bangsa lain demi kepentingan wang dan kuasa. Pemimpin begini tidak pentingkan bangsa dan agamanya,malah jika dia boleh senang dan kaya dia akan tetap mengkhianati bangsa melayu itu sendiri. Skrg sudah tiba masa dan ketikanya untuk kita bangsa Melayu Islam untuk menang kembali hak kita yg semakin lama semakin terhakis disebabkan beberapa orang bangsat seperti Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. Berindaklah UMNO dan ahli PAS yg sayangkan bangsa Melayu Islam.
Anti-Pengacau Melayu dan Islam.
Salam Dato',
ReplyDeleteSindrom koro ini memang benar......
sebab tu ramai pakai nama samaran, anonymous........
ada yang pakai muka badut...muka keluang...muka pokok...muka pakistan....muka tebuan....macam-macam lagi...
tapi cerita gah macam tahu semua perkara.....
ada 2-3 orang aje yang berani tunjuk muka......
...Dato' berani ada gambar dengan "kawan" lagi...
Apa pun, memang pemimpin parti pemerintah dan pembangkang bangsa majoriti kita tidak berani nak suara.....
tapi jadi "tong kosong" macam bung......BANYAK....
Kes kalimah ALLAH boleh dipakai dalam jurnal kristian pun tidak ada yang cabar......
tiada siapa yang nak cabar pun...kalau yang diDAULAT pun senyap macam TUNGGUL......
OKJ dan Manisnya madu,
ReplyDelete“…..harap-harap dijalankan hukuman rejam sampai mati dan rotan 100 kali untuk yg sepatutnya. Kepimpinan melalui tauladan dan kenalah jalankan barulah orang percaya. Jangan ada double standard atau bagi alasan kerajaan pusat tak benarkan ataupun kesilapan teknikal……”
Saudara OKJ khususnya, dan Orang UMNO, Ahli UMNO, Penyokong UMNO, Pengundi UMNO umumnya.
Saya yakin KAMU SEMUA merujuk kepada beberapa ayat hukum dalam Al-Quran yang berkaitan dengan zina.
Ayat 32, Surah Al-Isra, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
Ayat 2 Surah An-Nur, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”.
Perhatikan ayat dari Surah An-Nur, “DAN JANGANLAH BELAS KASIHAN KEPADA KEDUANYA MENCEGAH KAMU UNTUK (MENJALANKAN) AGAMA ALLAH, JIKA KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH, DAN HARI AKHIRAT”.
TIADA pengecualian kepada sesiapa jua pun jika mereka melanggar perkara perkara yang ditegah oleh Allah swt. Muhammad saw akan memotong tangan puterinya Fatimah kiranya Fatimah dibuktikan mencuri. Tiada DOUBLE STANDARD, TIADA BELAS KASIHAN kepada pelaku maksiat. Perkara ini amat jelas dan terang kerana itu adalah arahan Allah swt yang wajib ditaati dan diikuti.
Hukum meminum arak (merujuk kes Kartika) juga dijelaskan dengan terang dalam al-Quran.
Ayat 178 Surah Al-Baqarah:"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu kisas …”. Ayat ini jelas merupakan satu ayat perintah yang wajib dilakukan sebgaimana ayat perintah berpuasa yg berbunyi, "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa …”.
Semua perkara yang dibincangkan itu adalah sebahagian dari Hukum Hudud Dan Kisas.
Dan ingatlah janji Allah swt dalam Surah Al-Baqarah Ayat 179, “Dan dalam kisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa”.
Maksud jaminan kelangsungan hidup disini adalah Allah swt akan mengangkat masalah-masalah jenayah dan mengembalikan keamanan penduduk negeri tersebut yang mana pemimpinnya melaksanakan Hukum-Allah swt.
Wahai OKJ, Orang UMNO, Ahli UMNO, Penyokong UMNO, Pengundi UMNO,
KAMU TAHU SEMUA ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT YG DISAMPAIKAN OLEH RASULULLAH SAW SUPAYA DILAKSANAKAN HUKUM_HUKUM ALLAH ITU, TAPI KENAPA KAMU TIDAK MELAKSANAKANNYA DAN MENGHALANG USAHA MELAKSANAKANNYA
Ingatlah amaran Allah swt dalam Surah Al-Maidah Ayat 5, “Barang siapa yang KAFIR SESUDAH BERIMAN (tidak menerima hukum-hukum Allah swt ) maka hapuslah amalannya dan ia di hari akhirat termasuk orang-orang merugi.
Janganlah kamu menjadi KAFIR SESUDAH BERIMAN dengan tidak menerima hukum-hukum Allah swt BAHKAN MENGHALANG ditegakkan Hukum-Hukum Allah swt dengan pelbagai alasan.
Mengapa Hukum-Hukum (Undang-Undang British) yang dipilih yang dikehendaki.
JAWABLAH PERTANYAAN ALLAH SWT diakhirat kelak sepertimana ayat 50 Surah Al-Maidah,
“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin”?
Saya menjadikan The Scribe Kadir Jasin ini sebagai saksi peringatan saya kepada kamu akan ayat-ayat Allah swt.
Sdr pak dogol
ReplyDeleteDari sudut dan konsep dan ciri pengurusan dan organisasi moden (K&CPOM, membubar UMNO dan PAS untuk digantikan dengan parti baru seperti yang sdr dan pembalas2 lain cadangkan itu merupakan contoh penggunaan apa yang dipanggil sebagai ciri aspek teknikal dalam K&CPOM yang dilihat sinonim dengan golongan kemanusiaan (dianggap melipuiti golongan agama)di negara ini untuk menyelesaikan masalah organisasi. Ia bukan sahaja belum tentu menyelesaikan masalah, malah mengambil masa yang lama dan ada kos yang perlu dibayar!
Saya, sebagai golongan teknikal, lebih menekankan kepada penggunaan ciri sistem dan atur cara yang saya bincangkan sebelum ini. Lain2 yang ditekankan oleh golongan kemanusiaan ialah ciri kemudahan dan peralatan.
Datuk,
ReplyDeleteSecara ringkasnya, saya berpendapat jikalau kita ingin melaksanakan undang-undang jenayah Islam (hudud), kita mestilah mengIslamkan sistem sosial masyarakat di negara kita ini terlebih dahulu. Ini kerana, perlakuan jenayah itu sendiri terbit dan banyak dipengaruhi oleh kehidupan masyarakat itu.
Persoalannya sekarang, adakah sistem sosial masyarakat di Malaysia ini mengikut cara Islam? Apakah ia hanya memadai dengan hanya menjadikan Islam sebagai agama resmi negara?
Kita tidak harus hanya melihat kepada rumah-rumah pelacuran, perjudian, penjualan minuman keras dan sebagainya untuk mengatakan bahawa sistem sosial masyarakat di negara kita ini tidak mengikut Islam; tetapi
Persoalan yang paling kritikal; apakah hak keistimewaan orang Melayu itu sendiri dibenarkan atau selari dengan tuntutan Islam?
Kalau kita mengatakan YA ...
Bagaimana pula dengan tuntutan Islam yang mahukan umatnya bekerja kuat, berusaha gigih, jujur, amanah, bersikap adil, bekerjasama, menuntut ilmu dan sebagainya?
Jikalau orang Melayu itu benar-benar menurut tuntutan Islam ini, nescaya orang Melayu itu boleh bersaing dengan bangsa-bangsa yang lain dan tidak perlukan hak keistimewaan untuk kekal bernyawa.
Datuk,
Mengikut pendapat saya. Selagi orang Melayu masih memerlukan kuota kemasukan ke sekolah asrama penuh, universiti-universiti awam, biasiswa pendidikan, kuota perkhidmatan awam, pinjaman MARA, peluang menuntut di UiTM, IKM dan macam-macam M lagi ... selagi itulah orang Melayu tidak layak hendak menuntut hukum hudud itu dilaksanakan. Ini kerana, dikacamata Islam, orang Melayu itu sendiri tidak bersikap adil dan saksama terhadap masyarakat lain. Macammana nak buat hudud kalau diri sendiri pun tak adil?
Terimalah hakikat bahawa orang Melayu kena bebaskan diri mereka dari bantuan hak keistimewaan ini dahulu dan persiapkan diri untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain secara adil dan saksama. Tidak ada cara lain lagi selain dengan bekerja kuat dan berusaha gigih.
Minta maaf cakap la. Ini bukan soal politik. Hakikatnya orang Melayu tidak kira dari UMNO, PAS, PKR semua masih ketagihkan bantuan dari hak keistimewaan Melayu ini. Jadi tidak perlulah nak tunjuk hero jadi champion memperjuangkan hudud. Buktikan terlebih dahulu yang kita ini tidak perlukan apa-apa tongkat. Itu lebih penting.
Bulatkan tekad. Lepas ni kalau kita dapat projek atau kontrak atas dasar "Melayu", kita mesti tolak. Kalau kita dapat naik pangkat atau dapat kerja jawatan tinggi sebab kita ni "Melayu", kita mesti tolak juga. Kalau anak kita dapat biasiswa sebab dia "Melayu", kita reject! Jangan hantar anak kita belajar di MRSM, IKM, UiTM sebab kuota Melayu lebih dari bangsa lain. Pinjaman MARA pun jangan sentuh. Lot tapak dan kedai niaga MARA pun jangan masuk sebab sewa murah sangat sebab nak tolong Melayu. Macam-macam lagi lah. Sendiri mau ingat lah.
-sinbad-
Dato
ReplyDeleteBanyak pembahas menyarankan agar PAS dan UMNO bergabung untuk mengukuhkan perpaduan melayu, untuk memantapkan melayu dalam arus globalisasi dan berbagai alasan lain.
Ia, ia adalah satu saranan yang baik dan masih mempunyai peluang yang cerah untuk direalisasikan jika kedua-dua belah pihak mempunyai keikhlasan dan tidak bermain politik.
satu segi, PAS sudah berpuluh tahun mengajak UMNO dan UMNO(Baru) kearah perpaduan melayu dan Islam. Satu hakikat yang tidak boleh disangkal dan menjadi catitan sejarah, semua ajakan itu dipandang sepi oleh UMNO/UMNO(Baru) lantaran pada masa-masa tersebut mereka berasa kuat dengan gagasan BN.
Yang menjadi peliknya, mengapa selepas pasca mac 2008, setelah UMNO(Baru) mendapati mereka lemah, tiba-tiba hendak menagajak PAS membentuk perpaduan melayu.
UMNOdan UMNO(Baru) memerintah negara ini selama 52 tahun secara berterusan. Apa jua nasib malang atau kejayaan orang melayu adalah hasil kerja UMNO dan UMNO(Baru). PAS dan parti-parti lain tidak ada sekelumit pun kuasa dalam menentu halatuju bangsa melayu selama ini. APa jua nasib orang melayu hari ini adalah hasil tangan UMNO dan UMNO(Baru).
Kalau pencapaian ekonomi orang melayu masih rendah, ia adalah hasil kerja mereka. Jika orang melayu masih tidak berupaya bersaing dengan orang lain, ia juga hasil tangan mereka. Hakikatnya, selama 52 tahun UMNO dan UMNO(Baru) memonopoli perjuangan orang melayu.
Berbalik kepada saranan untuk perpaduan, tolak ahli-ahli UMNO, majoriti orang melayu masih sangsi akan niat dan ajakan UMNO(Baru) untuk bersatu.
Apatah lagi, dalam membuat seruan kepada perpaduan melayu, UMNO masih lagi menindas dan menidakkan hak orang melayu lain yang bukan ahli UMNO. Banyak contoh-contoh yang saudara boleh sebut mengenai double standard ini.
Jadi onus utama untuk mengerakkan jentera perpaduan ini terletak diatas bahu UMNO. Mereka perlu membuktikan keikhlasan mereka. Persepsi sekarang, mereka hanya berminat untuk mencapai perpaduan melayu hanya untuk mengekalkan kuasa pemimpin-pemimpin mereka sahaja.
Persepsi ini perlu dirombak oleh UMNO dan menunjukkan mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk perpaduan melayu. Bukti yang paling besar dan mempunyai impak yang maksimum adalah memberi balik wang royalti kepada kelantan dan terengganu sebagaimana yang dinikmati oleh sabah dan sarawak sekarang.
bat8
Datok.
ReplyDeleteHari ini dan semalam,ahkbar2 utma dan stesen TV memainkan issue Allah ini sacara besaran.Saolah Umat Islam di malaysia akan habis di kristiankan.Demonstrasi di adakan di sana sini dan ucapan yang berapi di keluarkan.Pehak polis tidak melarangnya.
Sudah tentu UMNO dan BN mengunakan issue ini untok mendapatkan sokongan Melayu Islam.Nampak benar bagitu murah sekali ugama Islam di letakkan dan di politikkan.Ini telah menakutkan orang Cina dan India yang kebanyakannya berugama kristian.
It a double edge sword dan saya hairan pentabiran Najib tidak membuat apa2.Biar Biarkan si lunchai dengan labu2nya.
Salam sdr Langit Biru,
ReplyDelete1. "Hampir" 2/3 pun, apa yg sdr cuba tegaskan disitu? Tanpa 2/3 di Parlimen mana2 parti pun tak boleh buat apa2 utk pinda Perlembagaan Persekutuan..jadi kemana sdr nak bawa hujah perdebatan dlm soal ini? Pls enlighthen us..
2. Begitu banyak dalil al-Quran yg dipetik berhubung tanggungjawab
Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan Islam..
Soalan saya: adakah saudara faham beza maksud "menyampaikan" (arab:) 'balagha' dengan menyampaikan (arab:) 'khataba'? Mcm 'Delivery Order'? Yg saya faham lebih kurang mcm "To supply, deliver, training, testing ,comissioning & maintenance to complete implementation..".. "full package".
Seperti saya sebut sebelum ini Rasulullah bukan posmen..dan sejarah perjuangan baginda bukan sekadar hanya "lip services". Jikalau tak, dah lama pengikut baginda kena sembelih sebelum sempat sampai Islam itu kpd org melayu mcm saya & sdr.
Jika sdr betul2 mahu mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adakah menyampaikan secara lisan seperti kaedah yg dilakukan oleh PAS itu sudah memadai?? Kit Siang & Karpal Singh sudah lama dipentas politik bersama PAS..adakah mereka & pengikut mereka semakin menerima Islam atau 10x tegar skrg? Marahkah saya umpamakan mcm posmen? Dapat surat mereka koyak & lempar dlm tong sampah. UMNO takyah cakap ler..byk bapak setan, lg la tak boleh tarbiah LKS & KS..
3. Perlu diingat, Allah s.w.t berfirman KEPADA Muhammad s.a.w dalam ayat2 itu..bukan PAS/UMNO..Rasulullah yg MAKSUM itu tiada dipertanggung jawabkan andaikata baginda gagal atau wafat tanpa mencapai objektif misi "menyampai"..tetapi adakah baginda sekadar 'complacent'? Tidak. Islam pernah menang & baginda telah tunjukkan kaedahnya utk kita fikir. Ia lebih dari sekadar lisan.
4. Naqli semata-mata tanpa aqli? a.k.a membuta tuli? Itu yg idealnya pada pandangan sdr? patut juga belajar berfikir (sila klik artikel ini..) Islam sendiri menegah penganutnya membuta-tuli ikut..
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (Al-Israa', 17:36)
5. Petikan sdr,
"Ayat 32, Surah Al-Isra, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
- Lihat, dekati zina pun dah tak boleh, inikan membela..saya cadangkan saudara mentarbiah Muslimah PAS sendiri seperti kes Eli Wong..bolanya dikaki sdr untuk 'menyampaikan' skrg.
6. "Saya menjadikan The Scribe Kadir Jasin ini sebagai saksi peringatan saya kepada kamu akan ayat-ayat Allah swt."
- Wahai sdr, bukankah elok ditambah selepas perkataan "kamu" itu dengan "..dan diri saya sendiri" seperti bicara khatib khutbah Jumaat agar tidak nampak riak, takbur & ujubnya..sdr rasa maksum? Nauzubillah..
7. Ayat Al-Quran dibawah adalah untuk renungan peringatan kita semua:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.?"
(Ali-Imran, 3:142)
Pendirian saya terhadap UMNO & PAS:
"Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah.. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. "
(Al-Hujaraat, 49:9)
Masih mahu bicara agenda perpecahan? Bila tepuk dada berbicara jangan lupa bertanya aqal.
Wallahualam
(",)
EKONOMI: Riba
ReplyDelete"Maka bilamana ASAS UTAMA atau POKOK (Perlembagaan dan Undang-undang Islam) sesebuah negara ditegakkan, maka menjadi kewajiban pemerintah pula mentadbir urus negara selaras dengannya."
- Takkan kita nak jadi mcm Yahudi kot..bila tertegak "Temple of Solomon" baru ajaran Taurat boleh diperaktikkan..pemimpin ingkar akan jawab di akhirat..soal tanggungjawab akidah kita sendiri bagaimana?
"Kewangan Islam Perbankan Islam yang bebas dari riba, Tabung Haji, Bank Islam, Bank Rakyat, UIAM,perbankan Islam, Takaful dll adalah umpama cabang-cabang dan ranting-ranting yang perlu kita sokong dan jayakan semoga ianya lebih baik dalam menepati nilai-nilai dan ciri-ciri Islam."
- bukan PERLU, tetapi WAJIB, (Al-Baqarah: 275-279),riba itu ibarat memerangi Allah & Rasul..amat dahsyat kan? Sistem kewangan Islam adalah kunci utk umat Islam Malaysia selaku pengguna majoriti utk menguasai kembali ekonomi, tetapi realitinya? pak aji pak lebai pun ramai yg kutuk krn jahil..
"..Pakar pakar ekonomi, kewangan dan perbankan perlu mengkaji lagi dan lagi dan lagi ....Maka sudah pasti ianya bukan boleh dilakukan sekelip mata tetapi memerlukan masa."
- time is not the luxury we have..noktahnya kiamat..Kajian ilmiah berkenaan namanya fiqh muamalat, dah lama ada, nak pakar fiqh muamalah tersohor ttg aplikasi sistem kewangan islam dlm perbankan moden boleh saja rujuk kajian ulamak mcm Dr. Yusof al-Qardrawi.
Seperti saranan seorang komentar diatas, kenapa kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru sendiri masih tak tubuh Amanah Saham Kelantan yg bebas riba & boleh menjana ekonomi umat dan boleh menjadi contoh kpd Kerajaan Pusat yg dituduh 'tidak islamik' smp skrg? tunggu bila lg..dah lebih 3 penggal dah.
Untuk makluman sdr., hikmah dari kejatuhan sistem kewangan riba di USA, kini sistem perbankan Islam sudah mula menguasai pasaran dunia..Jika dulu hanya berpusat di USA, Switzerland & Eropah kini semuanya mula bertumpu di Timur Tengah. Di Malaysia sendiri bank2 bukan Islam sudah berlumba-lumba membuka sayap perbankan Islamnya..syarat utama BNM untuk sesuatu bank membuka subsidaries "syariah compliance" adalah perlu ada panel penasihat syariah yg ada kuasa eksekutif, BNM sendiri ada auditor syariahnya utk memantau..jika dulu jangan mimpi org Islam menjawat jawatan tinggi dlm bank mereka, kini berlambak-lambak graduan fiqh muamalat boleh dpt jawatan tinggi.
..ttp tulah k'jaan pimpinan UMNO ni..yg baik buat separuh2..ada konvensional, ada islamik yg jln selari..bayangkan kalau ia ibarat makanan, sebelah kedai makanan halal, sebelah jual babi..tak rasa jelik & pelik ke?
Org bukan islam sendiri dah nampak kebaikan perbankan islam tetapi org melayu islam masih ramai yg buta mata, minda & hati. Kalau majoriti tak sokong mcm mana nak nak jadi umat terbaik? Mcm mana 'mini-market' nak jadi 'hypermarket' jual harga lebih murah? itu analogi beza kadar % pembiayaan islam dgn pinjaman konvensional.
"Umat Muhammad saw sememangnya umat terbaik sebagaimana termaktub dalam beberapa ayat Al-Quran."
- Ya. Bukan umat UMNO & bukan umat PAS. Ia adalah umat Muhammad s.a.w yg berjuang pada zaman baginda dan sehingga kejatuhan Khalifah terakhir Uthmaniah..mereka mmg terbaik di dunia sbb mereka menang serba serbi..ttp tidak mcm sekarang, yg mana bukan Islam tidak lg hormat & gerun kerana kita telah lemah dari segi perpaduan, ilmu, ekonomi & ketenteraan.
"Asas utama demokrasi dalam organisasi parti adalah taat kepada pemimpin. Jika pemimpin buat onar, pemimpin berdosa, ahlinya yang reda taat dengan onar nya juga berdosa."
- kaedah pengundian melalui perwakilan dlm UMNO tidak mewakili kehendak sebenar ahli2..berdosakan mereka itu?
Sdr langit biru, harap dpt ringkaskan hujah kpd isi & kurangkan bunga2 bahasanya..t/kasih
(",)
Saudara Affendi Hussain,
ReplyDeleteAlhamdulillah saya faham maksud "menyampaikan", dan terpulang kepada saudara bagaimana saudara mahu menerimanya. Ada baiknya, saya dan saudara merujuk kepada kitab-kitab tafsir dan ulamak ,maksud tafsir "menyampaikan" di atas. Dan saya tetap dengan pendirian saya bahawasanya Petunjuk Hidayah adalah hak Allah swt semata-mata.
Saudara banyak menyentuh Sunnah Rasulullah saw, maka itu jugalah persamaan kita semua umat Rasulullah saw, iaitu beriman kepada rasul dan berusaha sedayaupaya mengikuti segala langkahnya TERMASUKLAH dalam siasah politik. Apakah UMNO begitu hebat mengamalkannya sebagai TUNJANG pemerintah? Di sini persoalan pokoknya. Apakah YB-YB UMNO begitu hebat melaksanakan Sunnah Rasulullah saw? Rasulullah saw melarang rasuah politik, meraih undi dengan memberi rasuah politik sebagaimana pemilihan pemimpin dalam UMNO! Dan saudara sebagai ahli UMNO “menghalalkan” apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw dalam proses pemilihan pemimpin!
Dalam hal ini, saudara mempunyai mata, hati, telinga yang dapat menilai apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa. Jikalau saudara reda dan tetap menyokong pemimpin-pemimpin UMNO itulah yang dikatakan “IKUT MEMBUTA TULI”.
Bilamana kita cakap pasal hukum zina,mencuri,membunuh dan apa apa jenayah sekalipun, kita merujuk kepada semua masyarakat Islam. Tanggungjawab dan KEWAJIBAN kita adalah berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah swt. Kita berdebat BAGAIMANA NAK HUKUM orang yang melakukan JENAYAH. Nak hukum orang berzina, nak hukum orang membunuh, nak hukum orang mencuri NAK HUKUM ORANG BUAT JAHAT DAN SALAH dari segi hukum. Rasulullah saw berhukum dengan hukum Allah swt, dan kita yang mengaku beriman dengannya wajib juga berhukum sebagaimana Rasulullah saw berhukum. Jadi, mengapa UMNO tak nak berhukum dengan hukum Allahswt?
“bukankah elok ditambah selepas perkataan "kamu" itu dengan "..dan diri saya sendiri" seperti bicara khatib khutbah Jumaat agar tidak nampak riak, takbur & ujubnya..” terimakasih, saya terima dengan hati terbuka...satu peringatan yang baik.
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.?"
(Ali-Imran, 3:142)
Cukup sempurna sekali ayat 142 Surah Al-Imran. Amat relevan dan amat sesuai untuk semua orang Islam umumnya dan pejuang-pejuang Islam khususnya, dalam konteks negara kita orang PAS dan UMNO. Satu ayat yang amat sesuai untuk sama sama kita berfikir, merenung dan bermuhasabah diri. Amat sesuai saudara dan saya menyampaikan ayat ini kepada semua YB-YB Melayu Islam.
Saudara mengambil gambaran UMNO dan PAS sebagai “dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah”.
Saudara dan saya amat jelas dan pasti apa perbezaan UMNO dan PAS, apa yang diperjuangkan UMNO dan PAS, dan mengapa kedua-duanya berbalah! Siapa yang berbuat aniaya? Apakah orang yang memegang tampuk kekuasaan atau orang yang menyeru menyampaikan kebenaran berhukum dengan hukum Allah swt.?
Saudara Affendi Hussain,
ReplyDeleteSaudara melontar persoalan , “Jika hudud terlaksana pun selagi riba masih berleluasa dikalangan org Islam sendiri apakah sudah lengkap semua?”
Saya menjawab, "Maka bilamana ASAS UTAMA atau POKOK (Perlembagaan dan Undang-undang Islam) sesebuah negara ditegakkan, maka menjadi kewajiban pemerintah pula mentadbir urus negara selaras dengannya."
Saudara membalas lagi, “Takkan kita nak jadi mcm Yahudi kot..bila tertegak "Temple of Solomon" baru ajaran Taurat boleh diperaktikkan..”
Saya tak tahu apakah saudara benar-benar fokus dalam perbincangan atau sengaja putar belit kenyataan! Sekali-kali saya tidak pernah menyatakan ajaran Al-Quran tidak boleh dipraktikkan selagi Perlembagaan Dan Undang-Undang Islam tidak ditegakkan, sebagaimana Yahudi di atas!!!
Undang-undang Islam kita mahu, Sistem Kewangan/Perbankan Islam yang bebas dari RIBA pun WAJIB kita laksanakan dan kita mahukan. Tiada pertentangan akan perkara ini! TIADA PERTENTANGAN antara saya dan saudara tentang “fiqh muamalat”. Itu yang sama-sama kita mahukan. Yang jadi pertentangan saya dan saudara adalah saya mahu Undang-Undang Islam dan saudara mahu Undang-Undang British untuk hukum orang jahat!
Alhamdulillah, adik saya sendiri seorang pakar dalam Fiqh Muamalat, dan beberapa ahli keluarga saya terlibat dalam bidang tersebut yang sedang bekerja di Dubai. Tentu sekali saya setuju dengan pengalaman Saudara di Timur Tengah.
Sebagaimana yang saya nyatakan, ekonomi atau fiqh muamalat ini adalah cabang-cabang Islam yang perlu/wajib kita sokong dan jayakan. Banyak lagi cabang-cabang Islam yang perlu/wajib kita jayakan seperti pendidikan,sosial,ketenteraan dan lain-lain. Saya percaya dan yakin, banyak perkara yang mengandungi nilai-nilai Islam lahir dari pemikiran golongan yang berilmu, baik golongan professional atau golongan akedemik, YANG MEMPUNYAI FIKRAH ISLAM.
Yang saya pasti, ia lahir bukan dari pemikiran YB-YB UMNO!!!
“ kaedah pengundian melalui perwakilan dlm UMNO tidak mewakili kehendak sebenar ahli2..berdosakan mereka itu?” Saya tidak bercakap mengenai seorang dua pemimpin UMNO. Saya bercakap mengenai halatuju dan landasan Parti UMNO. Apakah halatuju UMNO mengangkat ISLAM dalam Siasah Pentadbiran Kenegaraan? Apakah halatuju UMNO mengangkat Undang-Undang Islam dan Perlembagaan Islam sebagai asas sebuah Negara? Apakah landasan parti UMNO bergerak atas landasan Sunnah Rasulullah saw dan Sunnatul Quran? Apakah tidak berdosa menyokong sebuah parti yang terang dan jelas menolak Undang-Undang Islam?
sdra affendi
ReplyDeletesaya juga tidak tahu mengapa Kerajaan PAS kelantan belum membuat amanah saham kelantan yang bebas dari riba. Mungkin ada kekangan yang kita tidak tahu. Apatah lagi ia memerlukan kepakaran dan kewangan yang besar. Wallah huallam.
Saudara terlupa mungkin bahawa sistem gadaian Islam yang ada hari ini adalah buah fikiran dan daya usaha kerajaan PAS kelantan. Bermula dari usaha kerajaan pas kelantan yang tidak seberapa ini, sistem gadaian islam ini telah dit5eruskan dengan meluas oleh kerajaan kita untuk manfaat rakyat.
That say something untuk sebuah kerajaan negeri yang miskin seperti kelantan.
Mungkin terengganu adalah sebuah negeri yang diperintah oleh orang islam yang lebih sesuai untuk memulakan amanah saham yang bebas dari riba memandangkan negeri tersebut mempunyai keupayaan kewangan yang lebih kukuh dengan adanya hasil royalti minyak.
soal kepartian kita tolak ketepi. yang ppenting, mana-mana pihak yang mempunyai keupayaan perlu mengambil inisiatif melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama.
Yang paling penting, pihak-pihak yang memperjuangkan naib kita orang melayu islam perlu bersifat complimentary dalam tindakan politik mereka agar kesejahteraan ummah terpelihara.
bat8
Datuk,
ReplyDeletePerbincangan kat sini semakin berpanjang lebar nampaknya.
Saya ingin bertanya kepada pakar-pakar iaitu saudara abdullahngah, langit biru dan adiknya pakar fiqh muamalat itu :-
Di dalam sistem matawang yang bukan sistem matawang Islam itu, dalam keadaan di mana pemerintahan Islam pun tak jalan, daripada mana pulak datang riba itu ? Dalam zaman ini, ada lagi kah riba itu ?
Sila-lah pakar-pakar sekalian tolong jawabkan.
Thank you.
Eh eh ..
ReplyDeleteMaksud den, langit biru dan adiknya dan affendi hussain, bukannya abdullahngah.
Salam sdr langit biru,
ReplyDeleteUntuk makluman sdr, saya bukan ahli mana2 parti politik atau taksub mana2 parti atau pemimpin seperti saudara.
I'm an objective & result oriented person.
Beribu malah mungkin berjuta org diluar sana adalah mcm saya..Jadi apa yg boleh org seperti anda yakinkan pada kami akan halatuju jelas parti kalian? Makin lama hala tuju PAS semakin kabur bila asyik jadi balaci DAP. Dgn Tok Najib pun saya menyampah dgn konsep 1Malaysia.. 2x5 saja.
Keluarlah PAS dari kokun PR..apakah PAS rasa watak2 dlm DAP & PKR itu semuanya suci utk hidup bersekongkol? Watak2 PKR itu sendiri ex-UMNO conman . Siapakah pembela "underworld business"?
Cuba buat bancian brp pertambahan rumah2 urut, pub, kareoke yg dah dilulus semenjak pemerintahan kerajaan baru Selangor..kat Shah Alam sek23 dkt pusat khidmat ADUN/Parlimen ada satu baru buka..ingatkan zmn dulu je teruk. Patut skrg makin baik. Ada baca Metro, Kosmo etc. ka apa depa bongkar tempat2 tu punya perkhidmatan?
Kura-kura dlm perahu..
Aku selesa aku buat2 tak tahu?
Tutup mata, telinga tuli, lidah pun kelu..
Lantiklah Dr. Harun Din jadi Mursyidul Am. Dia lebih layak dari segi ilmu. Dia saja yg nampak konsisten & teguh dlm fakta & pendirian. Tetapi sorang pun org PAS tak pernah panggil dia Tuan Guru..kenapa? Itu baru ulamak..bukan "ular mak!"..Tgk isu "Allah" pun sudah le.
Undi itu rahsia, ttp apa guna berahsia kerana semua org kecewa pada tahun 2008 dgn prestasi & sikap pimpinan masa itu yg diterajui UMNO. Saya org Kedah & pengundi parti yg memerintah skrg..sdr ada masalah dgn itu? PRU13 tak tentu lg sapa saya undi.
Jadi skrg boleh tak sdr bentangkan dalam 'points form' masterplan proposal PAS untuk mencapai penubuhan negara Islam di Malaysia?
Mcm nak buat loan bank perniagaan lah..kena ada working proposal untuk penilaian..yg dinilai adalah pada kandungan objektif, kaedah perlaksanaan, pasaran & rasionaliti..fakta & nilai (fact & figure), bukan pada kesusasteraan bahasa semata.
Boleh saudara bentangkan seumpamanya pada saya dlm bahasa org tak pandai (lay man) nak faham?
Bat8:
Saudara terlupa mungkin bahawa sistem gadaian Islam yang ada hari ini adalah buah fikiran dan daya usaha kerajaan PAS kelantan.
Tak perlu lupa sdr..give credit to where its due.
Rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983, Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK) telah membuka anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dgn ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992. Kemudian baru di pelopori oleh Bank Rakyat secara komersial.
Pajak gadai adalah satu bentuk pembiayaan (financing) - value depreciated product..saya harapkan produk pelaburan - value added kpd setiap RM yg dilabur berlandaskan konsep syariah profit sharing. Kalau % pulangannya lebih dari ASB yg berasas riba (sumbangan keuntungan konvensional Maybank), nescaya berbondong-bondong modal org islam seMalaysia akan masuk ke Kelantan & bolehlah diguna untuk menjana projek2 negeri yg mendatangkan pulangan hasil tanpa perlu bantuan kerajaan pusat..
Tak ke bagus? Tak perlu lah sekadar melalak maki hamun saja.
Oklah selamat tahun baru 1431H & 2010M.. i'm moving forward to next topic..jumpa di sana..
(",)
tok mat tempel..
ReplyDeleteOrg tanya pasal ilmu kenalah kita respon..supaya dia tak terus terlungkup dlm tempurung tak reti dia..
Nak cerita pasal riba kt blog ni seminggu tak habis..
Riba pun tok tak reti? Fahamkan dulu apa dia item 'ribawi' pastu hukum2 dia.. mana boleh takdak..Tok rasa2 al-Quran tu cerita tipu ka tok?
Tok pi belajaq kat sini lah noo..guna fungsi carian..taip perkataan RIBA pastu baca & fahami artikel2 berkenaan..yg ni dlm bahasa melayu, bukan omputih atau arab..don't worry tok..mesti faham punya..mesti mauu..
riba tu bukan dok atas riba lah tok..kalau bulan jatuh ke riba, bukan tok sorang saja kena..satu dunia mampuih mcm kena bom hydrogen mega..tu pun kena belajaq pikiaq ilmu fizik jugak tok..
(sila klik disini)
Selamat beroleh ilmu.
Wasalam.
("/)
Salam Datuk AKJ;
ReplyDeleteUMNO dan PAS sama saja.YB YB UMNO asyik cari nama dan glamour(termasuk cari duit) dan YB YB PAS baru belajar mencari nama. Ada juga lebih daripada itu, seperti yang kita lihat di Kelantan.
Banyak juga cerita yang mahu saya ceritakan tentang Bapak Bapak Menteri kita dan YB YB yang saya kenal, tapi tunggulah bila ada masa dan kelapangan.
askum Dato'AKJ,
ReplyDeleteSaya hairan kenapa soal kalimah Allah sangat diperbesarkan, yang penting hukumnya ditegakan (hukum islam)tentang kalimah tu cukup diambil berat, kalimah Allah disayang hukumnya dipermainkan,saya masih teringat kata mantan PM dulu kalau nak makan soup tangan pergilah keKelantan.Sekarang dia pula nampak beriya-iya benar tak bagi orng kristian guna kalimah Allah. Orang2 Nasrani(ahli kitab)yang masih menggunakan kalimah Allah sebagai 'Rab'mereka adalah satu masyarakat disuatu perkampongan di Mesir,mereka masih mengamalkan syariat Nabi Isa as. Tidak makan babi,minum arak dll. Cuma mereka ini tidak mahu mengaku Nabi Muhammad pesuruh Allah.Wallah hu 'alam.